Ustaz Sulaiman Endut kembali ke RahmatuLlah

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby relief on Thu Sep 27, 2001 3:17 am

Image

Assalamu'alaykum WaRahmatuLlah hiwaborakatuh,

Dengan ini diberitakan bahawasanya Ustaz Sulaiman Endut, telah kembali ke RahmatuLlah pada jam 3 pagi, 26 September 2001. Jenazah beliau akan dikebumikan selepas solat dzuhur.
Semoga Rohnya bersama2 orang yg beriman. Sadakah Ummul Kitab Al-Fatihah



Image
Ustaz Sulaiman Endut
--------------------

Ustaz Sulaiman Endut dilahirkan di Kuala Terengganu pada tahun 1946. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya. Beliau berjaya memasuki Fakulti Islam, UKM dan memperolehi ijazah pada tahun 1974. Pada tahun 1990-1991, beliau menyambung pelajarannya ke Muslim College, London.

Kerjaya awal beliau adalah sebagai guru, pensyarah ITM, pegawai penyelidik, ketua penerbitan di bahagian Hal Ehwal Islam, Setiausaha Baitulmal, Wilayah Persekutuan, Pengarah Hal Ehwal Islam cawangan Sabah dan Ketua Pendaftar Nikah Cerai di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kerjaya terakhir, beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid, di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau banyak menulis buku-buku agama khususnya yang berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian.

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : relief pada 2001-09-26 13:46 ]</font>
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby permata62 on Thu Sep 27, 2001 3:22 am

Al-Fatihah....
semoga rohnya bersama roh yang terpilih disisiNya.
Amin
permata62
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 137
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Johor Bahru.. :):)

Postby sitinurul on Thu Sep 27, 2001 3:54 am

Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali

relief;
apa sebab kematiannya? rasanya baru je tangok dia kat tv.
sitinurul
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 162
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: tanjung puteri

Postby Avicennia on Thu Sep 27, 2001 3:57 am

assalamualaikum..

Semoga rohnya dirahmati Allah & tergolong dalam golongan yang beriman. Amin.

Al Fatihah.

Terserempak dengan Allahyarham yg sentiasa tersenyum setahun yg lepas dalam Feeder Bus on the way to Melawati
Avicennia
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Johor Bahru

Postby penamerah on Thu Sep 27, 2001 7:36 am

Innalillahiwainnailaihiraji’un
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby essjay99 on Thu Sep 27, 2001 7:52 am

Innalillahiwainnailaihiraji’un
kami semua akan menyusul kelak...
essjay99
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 479
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Kajang

Postby relief on Thu Sep 27, 2001 8:35 am

akak ana kata, ALlahyarham meninggal disebabkan sakit perut semalam..time tu nak pergi Tilawah Al-Quran.. makcik ana kata, meninggal disebabkan sakit perut mati syahid.. WALlahu A'lam
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby mart_no on Thu Sep 27, 2001 8:48 am

Kullu nafsin zaikatul maut... innalillahiwainna ilaihirojiun...
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby bebudak on Thu Sep 27, 2001 11:32 am

innalillahiwainna ilaihirojiun...
User avatar
bebudak
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2266
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby Laxamana on Thu Sep 27, 2001 3:18 pm

Innalillahiwainnailaihiraji’un .... Laxamana sungguh tersentuh akan betapa baiknya hati Allahyarham Ustaz Sulaiman Endut.... beliau pernah satu ketika, bila sebut saja betapa baiknya isteri nya, maka meleleh lah airmatanya bercucuran... kerana kasih nya akan isteri yang begitu baik... masya Allah.... Laxamana perlu banyak belajar... dan banyakkan zikir serta berdo'a agar Allah S.W.T. lembutkan hati sikit... walaupun ada kalanya perempuan ni.... ada-ada saja.
Laxamana
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 147
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby KulopAtoi on Thu Sep 27, 2001 8:05 pm

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun

Semuga Allah menghimpunkan kita dan dia didalam gulungan yang baik di sisi Nya...

wassalam

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : KulopAtoi pada 2001-09-27 06:06 ]</font>
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby paulina on Thu Sep 27, 2001 11:48 pm

semoga rohnya dicucuri rahmat.ingat lagi semasa saya menghadiri kursus perkahwinan 6 tahun lalu, dialah antara penceramah yg murah dengan senyuman.
paulina
Ahli
Ahli
 
Posts: 10
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: selangor

Postby neep on Fri Sep 28, 2001 2:11 am

Al-Fatihah...
neep
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Fri May 25, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Wanita Melayu on Fri Sep 28, 2001 5:46 am

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun

Bila terbaca namanya... saya teringat ketika menghadiri khusus kahwin 8 tahun dulu. Dalam ramai2 ustaz, allahyarham lah yg pandai mengambil hati peserta2 khusus. Diselitkan berserta kisah suka duka perkahwinan agar menjadi ikhtibar buat pasangan yang hendak berkahwin..... Tapi kini allahyarham pergi kepada yang Hak. Dan kami di sini akan menyusul pula, tetapi entah bila.

Semoga allahyarham ditempatkan oleh Allah dikalangan para anbia2, syuhada2, solehin2 dan sodikin2 hendaknya. Amin.

AL-FATIHAH.
Wanita Melayu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 19
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Klumpur

Postby relief on Fri Sep 28, 2001 5:53 am

ada pembetulan..ana baca kat suratkhabar, ALlahyarham Ustaz meninggal kerana sakit jantung pada pukul 2 pagi..

ALlahu akbar..betul ke Laxamana? harapnya kaum laki kat BMC dijodohkan dgn muslimah yg berakhlak baik..tapi laki pun kena turut sama.. WAllahu A'lam


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Image
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby agg on Fri Sep 28, 2001 7:19 am

diberitakan jenazahnya akan disemadikan di dungun terengganu...
semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya
Insyaallah...
agg
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 59
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: tg rambutan

Postby yidin on Fri Sep 28, 2001 10:53 am

a'kum...:senyum:

sedih rasa sebab Allahyarham ustaz Sulaiman merupakan bekas pelajar sekolah badai...sek men agam sultan zainal abidin. sekolah yg pernah melahirkan tokoh2 seperti Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, tan sri wan mokhtar ahmad, yusof nor dan lain2. harap2, badai dapat ikut jejak langkah mereka.amin:sedih:

hilangnya sebiji permata islam. Insya Allah, akan timbul lagi sebiji permata bagi menggantikannya.:senyum:
Yidin vs. Mufis
yidin
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2586
Joined: Fri Jun 08, 2001 8:00 am
Location: sini

Postby Laxamana on Fri Sep 28, 2001 5:44 pm

On 2001-09-27 15:53, relief menulis:
ada pembetulan..ana baca kat suratkhabar, ALlahyarham Ustaz meninggal kerana sakit jantung pada pukul 2 pagi..

ALlahu akbar..betul ke Laxamana? harapnya kaum laki kat BMC dijodohkan dgn muslimah yg berakhlak baik..tapi laki pun kena turut sama.. WAllahu A'lam


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Image


Betull... Insha Allah. :senyum:
Laxamana
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 147
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Dear on Fri Sep 28, 2001 7:07 pm

Innalillahiwainnailaihiraji’un
User avatar
Dear
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 870
Joined: Fri Feb 23, 2001 8:00 am
Location: Subang Jaya

Postby azizah on Sat Sep 29, 2001 4:11 am

Al-Fatihah ...

Moga-moga rohya dicucuri rahmat Allah s.w.t.


Wassalam
azizah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 50
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Subang Jaya

Postby balqis isyqee on Sat Sep 29, 2001 5:23 am

Assalamualaikum...

Innalillah wa inna ilaihi raji'un....

mudah2an roh allahyarham ustaz akan ditempatkan bersama2 para solihin dan syuhada' insyaAllah...

wassalam
balqis isyqee
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby pikachu on Sat Sep 29, 2001 5:32 am

Innalillahiwainnailaihiraji’un

Hilangnya sukar diganti.
pikachu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 16
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Miri


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests