by kiethegreat on Sat Mar 24, 2001 12:24 am
sambungan ekekekekek,......
syarat ijab and qabul
ijab dan qabul dilakukan dalam satu majlis / stu keadaan jika bercerai majlis sebelum penerimaan maka ucapan ijab terbatal dengan sendirinyer..
pihak yg memulakan ijab tidak menarik balik ucapannyer sebelum penerimaan ucapan itu kerana penarikan balik ucapan ijab itu adalah membatalkannya
tiada tander tander keengganan drp pihak penerima seperti penerima mencelahkan dengan perkataan lain / asing drp aqad kerana pencelahan dengan perkataan asing itu menunjukkan keengganan pihak penerimer..
bersepakat antara ijab dan qabul walaupun secara tidak langsung..
Hukum perkahwinan yg sah...
perkahwinan yg mengcukupi rukun dan syarat mempunyai beberaper hukum..antaranyer..
halal pergaulan dan persetubuhan..ekekeke...kecuali semaser haid, nifas dan semaser berihram serta zihar yg belum membayar kaffarah, berdsarkan firman
"Dan mereka yg menjaga kehormatannya kecuali kepada pasangan mereka (isteri) atau hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela"
" Dan mereka akan bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang haid, katakanlah; darah haid itu satu benda yg menjijikkan dan mendatangkan mudharat"
" Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya perempuan perempuan (isteri) itu adalah tawanan kamu, tidak memiliki sesuatu, kamu telah mengambilnya (sebagai isteri) dengan amanah Allah dan kamu telah menghalalkan kehormatannya dengan kalimah Allah"
sabit musaharah atau persemendaan, sebahagian daripadanya sabit semata mata aqad dan sebahagian lagi sabit dengan persetubuhan
sabit pesaka, jika salah seorang drp mereka meninggal dunia berdasarkan firman
"Dan bagi kamu separuh daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak"
" Jika kamu mempunyai anak maka bagi isteri isteri kamu satu perlapan daripada harta peninggalan kamu setelah ditunaikan wasiat dan hutang kamu"
sabit keturunan anak yg dikandung isteri
suami wajib menyedia dan menyerahkan maskahwin kepada isteri sebagai tukaran penyerahan diri kepada suami
suami wajib menyediakan nafkah dan tempat tinggal yg sempurna kepada isteri berdasarkan firman
"Dan bapa bertanggungjawab memberi makan minum dan pakaian kepada ibu itu secara sempurna"
"Hendaklah mereka yang mempunyai kemampuan memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah berikan nafkah dari apa yang Allah berikan kepadanya"
" Tempatkan isteri isteri (yang sedang beriddah) itu di tempat kediaman kamu yang sesuai dengan kemampuan kamu"
suami berhak menghalang isteri keluar dari tempat tinggal berdasarkan firman
" Dan jangan kamu mengeluarkan mereka dari tempat kediaman mereka sehingga habis iddah mereka dan jangan membenarkan mereka keluar rumah kecuali mereka melakukan perbuatan keji yang nyata"