Campuran tidak halal dalam susu

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Campuran tidak halal dalam susu

Postby farafeezsha7 on Thu Jan 18, 2007 8:13 am

As'kum.Saya dpt maklumat dalam susu tepung bayi terdapat sejenis bahan 'wei' yg merupakan bahan tidak halal. Sumber dari CAP Penang mengatakan, para pengusaha susu tepung mengatakanbahan tersebut terpaksa dimasukkan utk memudahkan bayi menghadam susu..Apa pendapat netters?tq
farafeezsha7
Ahli
Ahli
 
Posts: 7
Joined: Sun Dec 24, 2006 3:41 pm

Postby Aliff on Thu Jan 18, 2007 12:39 pm

Waalaikumussalam..

Wei / Wei Tenusu Kering / Whey adalah suatu bahan sampingan lebihan pengeluaran keju (cheese) yang kini semakin banyak dimasukkan oleh pengilang ke dalam makanan seperti susu tepung bayi, biskut dan minuman serbuk (seperti Horlicks).

Penggunaan wei mungkin ada kebaikan pemakanan, tetapi yang jelas ialah wei ialah bahan lebihan yang banyak yang jika dimanfaatkan oleh pengilang tersebut, boleh mendatangkan keuntungan ekonomi.

Masalah wei dari segi Islam ialah puncanya. Jika wei itu berasal daripada pengeluaran keju yang menggunakan enzim halal seperi rennet halal, vegetarian rennet ataupun enzim sintetik, maka tiada persoalan apa-apa. Ianya jelas halal.

Tetapi jika sebaliknya rennet itu datang daripada lembu yang tidak disembelih secara halal, ataupun tiada maklumat tentang punca wei itu, maka lebih baik dielakkan.

http://www.eathalal.org/fatwas.htm#Whey

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.134

Lebih baik dielakkan perkara syubhat, terutamanya bahan makanan yang akan menjadi darah daging, terutamanya bagi anak-anak kita yang kita harapkan dapat menjadi anak-anak soleh solehah yang dapat membantu kita apabila kita telah pergi nanti.
User avatar
Aliff
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 681
Joined: Thu Feb 22, 2001 8:00 am
Location: 31°58'44.23"S, 115°48'58.87"E

Postby tukang cari.. on Thu Jan 18, 2007 12:51 pm

bagus...jwpn bijak
Penjejak Cinta ALLAH
tukang cari..
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 113
Joined: Mon Sep 18, 2006 4:41 pm

Postby WARIS on Tue Jan 23, 2007 1:00 pm

Ummat Islam semakin terhimpit apabila teknologi pemakanan dipelopori oleh orang kufar...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest