perkataa islam di dalam politik...

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby ima_along on Sat Mar 17, 2001 7:36 am

Assalammualaikum..
abang² kakak² ku yang di hormati...

begini..hamba sangat lah keliru nyer akan persoalan ini ..
kerana sehingga kini masih menari² di benak fikiran ini...
bukan lah niat untuk hamba berpolotik ..tetapi sekadar ingin penjelasan terperinci dari abg² ku dan kakak² ku ..

hamba sebenarnya ingin bertanyer ..

menggugurkan perkataan islam di dalam parti polotik itu adalah benar atau salah ?

kerana hamba begitu fenin memikirkan nyer ..
ada org cakap perlu ..kerana ..
rata² ahli politik di era ini telah mempergunakan nama islam untuk memancing rakyak jelata..

dan ader dengar di sebelah pihak puler mengatakan perkataan islam itu tidak patut di gugur kan dalam parti politk ..
kerana aper yang kiter buat tidak kira pentadbiran ker politik ker harus berlandas kan islam ..

hamba harap dapat lah mendengar penjelasan dari pihak abg²ku dan kakak² yang bijak sana ini...

niat dihati hendak melupakan sahaja persoalan ini..
tapi makin di luper kan makin sering ianya menghantui diriku ..
(fuh lamak cam bercintan laks....ahaks!)
wassalam..

salam ukhwah dari hamba....:senyum:
Yakini lah Allah yang senantiasa bersama orang² yang beriman..
ima_along
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 684
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: ipts selangor

Postby Saiham on Sat Mar 17, 2001 7:43 am

A’kum..

Di dalam Islam ada politik, mengapa nak buang prkataan Islam dalam politik yang berteraskan Islam, kecuali yang berteraskan sekularisma dan nasionalis /kebangsaan langsung tak kena mengena dengan Islam, memang layak lah tiada perkataan Islam.
Saiham
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 81
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am
Location: Selangor

Postby kiethegreat on Sat Mar 17, 2001 8:51 am

assalamualaikum...

memang kena buang perkataan Islam dalam politik...pasal dah salah konsep dan disiplin ilmu..

nie semuer pasal omputih yg tetapkan dasar disiplin dalam pengajian..tue pasal laa Islam jadi kecik dan tak leh berdiri sendiri sebagai satu disiplin ilmu..jadik cabang jer...

Sebenarnya politik tue dalam Islam..tak der Islam dalam politik..so buang perkataan Islam dalam politik dan masukkan politik dalam Islam...

ekekekekeke....wassalam..
kiethegreat
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2140
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: mana mana laa...janji bahgia

Postby awang bin ali on Sat Mar 17, 2001 9:12 am

Kie...ok tu..

Islam ialah amalan yg hidup dalam setiap muslim..bukan sekadar
nama..

Amalkan Islam dalam politik..yang mana dalamnya trsembunyi
hidayah2 Allah swt..dan melaluinya yg kafir masuk Islam..yg lemah
Islamnya jadi kuat Islamnya..yg brmaksiat dapat tinggalkan maksiat..
yg rasuah tinggalkan rasuah..yg tak bramanah jadi bramanah..yg
salah guna kuasa, brtaubat dan guna ngan betul..ni yg comel..
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7530
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby kiethegreat on Sat Mar 17, 2001 9:20 am

assalamualaikum...

awang....ekeekeke..
bila dah masukkan politik dalam Islam..bermakna tak perlu lagi amalkan Islam dalam politik...pasal yg kecik ikut yg besar..anak anak ikut mak bapak..

kalau politik masuk dalam Islam...secara auto politik ikut Islam..tak payah nak terap / tanam nilai Islam..pasal kalau politik tetap nak masuk dalam disiplin Agama Islam ader kriteria yg perlu diikuti untuk melayakkan politik diiktiraf sebagai politik Islam (Islam - politik)..ekekekeee

maknyanyer politik tue lembu dicucuk hidung dan ikut jer hala tuju tuan lembu tue...ekeke..awang ko bela lembu ker?? aku booking taun depan punyer korban bleh??ekekekeke...

wassalam..

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : kiethegreat pada 2001-03-16 18:22 ]</font>
kiethegreat
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2140
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: mana mana laa...janji bahgia

Postby mart_no on Sat Mar 17, 2001 10:03 am

Assalamualaikum...

Politik di dalam bahasa Arab ialah siasah. Asal perkataannya ialah ‘saasa’. ‘Saasa alqaumu siasatan’ yang bermakna mengurus, memimpin umat serta bertanggungjawab terhadap mereka.

Pada istilah ia bererti pentadbiran hal ehwal negara, daya usaha memperolehi kuasa tampuk pemerintahan untuk menjalankan hukum. Jadi, politik Islam adalah untuk melaksana (mendaulatkan) hukum Allah. Ini adalah kewajipan, seperti firman Allah dengan maksud:-

“Barangsiapa tidak berhukum dengan hukuman yang telah diturunkan oleh Allah, mereka itu adalah orang-orang kafir”

– Al-Maidah ayat 44

Seperti yang anda semua ketahui Islam itu ad-din yang lengkap yang terkandung di dalamnya cara hidup yang merangkumi segala aspek kehidupan termasuk cara ibadat, muamalat, munakahat, jinayat dan segala aspek kehidupan dunia termasuk cara-cara memerintah, mengatur masyarakat dan rakyat (inilah dia politik)...

Secara ringkasnya di dalam Islam itu terkandung POLITIK, apabila kita menggunakan politik itu untuk mendaulatkan hukum Allah. Yang dikatakan mempolitikkan Islam itu apabila hukum Islam itu diletakkan di taraf nombor 2, sebagai agama rasmi, sekadar untuk baca doa, sekadar pergi haji, nikah kahwin dsb.

Tetapi apabila menghukum orang Murtad, hukum orang liwat, hukum orang mencuri, hukum orang merompak, rogol tidak berhukum dengan hukum Islam. Mereka lebih yakin hukum ciptaan manusia yang diwarisi dari penjajah British (Sir Lord Reid) yang diguna pakai oleh negara kita sekarang..... inilah dia memperalatkan Islam untuk politik. Bila sesuatu hukum tak mencabar kehendak nafsu, mereka gunakan. Tapi, bila mencabar kehendak keyakinan dan fahaman nafsu pemimpin, mereka ketepikan hukum Islam tersebut.

Jadi, kesimpulannya tidak ada nas yang mengharamkan penggunaan perkataan ‘Islam’ di dalam parti yang meletakkan dasar dan perjuangannya berlandaskan Islam...

Sesungguhnya nama sesuatu parti itu adalah satu alat dan kaedah di dalam pentadbiran untuk mencapai matlamat apa yang mereka perjuangkan. Kita tidak boleh memisahkan antara pentadbiran dunia dan akhirat...

InsyaAllah, ada masa saya sambung lagi...

– Wallahua’lam
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby mart_no on Sat Mar 17, 2001 10:09 am

Assalamualaikum...

Saya telahpun masukkan beberapa pandangan ulamak mengenai politik dalam topik yang lain yang mungkin Hamba Allah tak perasan. Di sini saya ‘paste’kan untuk tatapan anda semua:-

1) Imam al Ghazali:
“Sesungguhnya kuasa politik sangat perlu untuk melaksanakan syariat Allah. Sesungguhnya syariat itu dasar dan kerajaan itu pengawal. Dan setiap yang tidak ada dasar maka pasti ia akan runtuh. Setiap barang yang tidak ada pengawal, pasti akan hilang”

– Ihya’ Ulumiddin, juzuk 1 (Qhirah: Muassasah al halabi wa syurakuhu, 1976) m.s. 16

2) Syeikh Yusuf al Qardhawi:
“Orang yang memisahkan agama Islam dari politik itu adalah orang yang sesat lagi menyesatkan orang ramai. Oleh yang demikian kedua-duanya tidak boleh didengar dan tidak boleh diterima sama sekali”

– Majalahul Dakwah Shoutul Hak Wal Hirriyyah, bilangan ke-8.

3) Syeikh Muhammad Abduh:
“Islam adalah agama dan syariat, telah ditentukan padanya hukum Hudud dan telah dirangkakan hak-hak, bukanlah orang yang beraqidah pada zahirnya bagi mereka yang memerintah dengan hukum yang mengikut hawa nafsu dan syahwat. Maka mereka merendahkan kebenaran dan melampaui batas. Dan tidak sempurna perlaksanaan hukum syarak, kalau tanpa adanya kekuatan atau kuasa bagi menegakkan hukum-hukum Hudud dan melaksanakan hukumnya dan menjaga serta melindungi peraturan masyarakat”.

– Ahmad Syalaby, Al Siyasaah Fi Al Fikri Al Islami cetakan kelima (Mesir: Maktabah Al Nadhah, 1983) m.s. 34

4) Ibn Taimiyah:
“wajib diketahui bahawa mendirikan negara adalah sebesar-besar perkara yang disuruh oleh Islam. Bahkan tidak akan tegak agama ini tanpa negara, kerana sesungguhnya tidak sempurna Bani Adam tanpa berkumpul di atasnya setengah dengan setengah yang lain”

– Taqiyuddin bin Taimiyah, al Siyasah al Syariyyah fi Ishahi al Ra’i wa al Ra’iyyah (Mesir: Dari al Kitab al Arabi, 1969) m.s. 61

– Wallahua’lam
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby kiethegreat on Sat Mar 17, 2001 11:16 am

assalamualaikum...

mekasih pakcik martno.....ko memang best bab politik nie....aper kata ko masuk calon tahun 2005 ...alaaa..sekarang owang dah muak ngan gomen...kalah pun tak ler sampai hilang wang pertaruhan...

pastu betul laa ko kata pasal yg ko citer..nak bubuh ker nak buang ker perkataan Islam tue lantak engkau ler...pasal pelaksanaan yg penting daripada syiar...tapi syiar pun amat penting gak pasal iklan / promosi ekekekee.....

lastly..gomen abih idea dan jealous pasal PAS guna perkataan Islam dari awal lagi...kalau tak dia orang pun berminat nak guna gak..ekekekekee....dunia iktiraf gomen Islam tapi rakyat tak...ekekekekekeke....tue pasal laaa dia dengki..

wassalam
kiethegreat
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2140
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: mana mana laa...janji bahgia

Postby Saiham on Sat Mar 17, 2001 3:07 pm

A’kum..
Tima kasih martno, beri jawapan yang jelas dan terang. Sekurang-kurngnya tambah pengetahuan ana yg cetek.
Saiham
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 81
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am
Location: Selangor

Postby relief on Sun Mar 18, 2001 1:49 am

kalau peratusan undi melayu byk memihak kepada UMNO, isu nak buang nama Islam dalam politik or pertubuhan takkan timbul...
Image
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Sun Mar 18, 2001 7:14 am

ekekekkkk.....

cian hamba Allah nih...

alahai...
Qyiam ku tetap padaNya, iMpOsSibLe iS NoThInG
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby shambotak on Sun Mar 18, 2001 1:42 pm

Image
hidayat...
shambotak
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 241
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am

Postby ima_along on Mon Mar 19, 2001 3:48 am

Assalammualaikumm...

terima kasih kepada yang memberi penjelasan yang sungguh bernas sekali .akan hamba jadik kan pegangan ..

terumata abg mart no yang bijak bistari ..

err..hai seri asal ler pulak tuh..

muram jerk nampak ..

err latihan silat arih tuh ....berkobar² nampak ..kekekekek
wassalam..
Yakini lah Allah yang senantiasa bersama orang² yang beriman..
ima_along
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 684
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: ipts selangor

Postby Saiham on Mon Mar 19, 2001 10:54 am

A’kum,

Betul tu Relief, bila dah terdesak macam-macam boleh jadik. Kalau boleh, padang bola yang hijau pun nak dicatnya biru. khi khi khi......
Saiham
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 81
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am
Location: Selangor

Postby awang bin ali on Tue Mar 20, 2001 12:38 am

Gugur kan je..he he
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7530
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Tue Mar 20, 2001 4:35 am

ekekekkk....

okler...hamba Allah bagitau dia kem calam

kat seme...jawab ler...aaa

wajib tuh...

to hamba Allah

saper kata hamber bermuram...

tapi dlm atie memang ler pedih biler

kebaikkan kiter disalah gunakan

kirenyer mengambil kesempatan diatas

kebaikkan kiter ler..tapi hamber tetap

menerima itu seme ngan redha...:D

mngkin ader hikmah desebaliknyer

_________________
rindu along

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-03-19 13:36 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby ima_along on Tue Mar 20, 2001 7:35 am

Assalammualaikum...w.b.r

oits...

ayat power nampak kekekekekke...
Yakini lah Allah yang senantiasa bersama orang² yang beriman..
ima_along
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 684
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: ipts selangor

Postby awang bin ali on Wed Mar 21, 2001 3:17 am

seribayu2k..

Kebaikan memangler dimenafaatkan..mesti ler ambik kesempatan
dari kebaikan seseorg..kalu tidak rugiler..

Ambik kesempatan dari keampunan Allah swt..banyakkan istighfar
Ambik kesempatan dari kemurahan dan kekayaan Allah swt..banyakkan brdoa dan mohon ..
Ambik kesempatan dari kebaikan Nabi saw..banyakkan selawat..

Ambik kesempatan dari kealiman seseorg..banyakkan ziarah, brtanyakan ilmu..

gitu ler kira2nya ..he he
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7530
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby ibad on Wed Mar 21, 2001 12:21 pm

Assalamu'laikum....Pendapat saya,jika berpolitik didlm sistem yg bukan sistem Islam,baiklah gugurkan saja.

Inilah diantara satu sebabnya berpolitik didlm sistem yg lahir dari Barat,walaupun ianya didukungi oleh org2 Islam yg masih tak paham2....Jika mereka rasakan diri mereka itu "diganggu",maka mereka akan melakukan apa saja utk melepaskan mereka drpd sebrg "gangguan".

Bagi kita yg berpenat lelah didlm perjuangan,tiba2 disuntik dgn suntikan yg agak mencabar.Nasib baik belum diharamkan!Kalau tak,lagi tak berpeluang utk meneruskan perjuangan.

Sabhor je le....:kool:.:kool:
ibad
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 21
Joined: Mon Mar 19, 2001 8:00 am

Postby mart_no on Wed Mar 21, 2001 1:40 pm

Assalamualaikum...

Saya harap penerangan yang panjang lebar ini, dapat membetulkan kekeliruan sesetengah umat Islam yang dengan mudah mengharamkan sesuatu yang harus, sedangkan perkara tersebut adalah perlu memandangkan suasana Islam yang semakin ditekan atas dasar kuasa politik sekular yang memerintah negara...

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan PARTI POLITIK itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf)

4). Alangkah malangnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah baginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang). Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah “kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

5) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

6) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin), memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

7) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

9) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula.

– Wallahua’lam
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby X-MEN on Wed Mar 21, 2001 4:19 pm

Ya salam..


Ni yang payah..Bila sebut fitrah semua pandai dan tahu tapi bila soal islam dan politik tak tahu mana nak beza.

maka Kesimpulanya...Meh Kita pakat ramai-ramai ghi bubuh atau tambah mana yang tak ada islam sebab bila tak bubuh maka nanti di katakan tak islam..


Sek.Keb. Islam.
Pejabat Kadi Islam
Sultan Islam
Jabatan Pengangkutan Islam
United Malay Islam Organisation
Jabatan Penjara Islam Semalaysia
Barisan Islam Nasional
Barisan Islam Alternatif.

Mana-mana yang dok ada perkataan Islam pergi buangkan dalam mana-mana jabatan atau pertubuhan.

Jabatan Agama malaysia..( Semua ugama boleh jaga)
Parti Agama Malaysia ( Semua boleh join )
Kesatuan ???


Inilah dia cerita pak pandir Moden.

Si Pekebun dengan kambing yang dibawanya sirih....dimana seberang sungai ada harimau kan semua tahu jawapannya tapi dok cari jawapannya.


Wassalam.
X-MEN
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 60
Joined: Tue Mar 20, 2001 8:00 am
Location: Malaya

Postby awang bin ali on Sat Mar 24, 2001 3:06 am

???

Besar tu masalah ni..he he..dah gosok gigi ke belum?
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7530
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Galak on Sat Mar 24, 2001 6:59 am

Ifrit kot...bau busuk je ni....
Galak
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 925
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Kuala Terengganu

Postby awang bin ali on Sat Mar 24, 2001 7:26 am

Ifrit mana ada dah..dah lari trkentut2..kena aku punya jampi daa..

hai pasal perkataan pun nak gaduh...nak gugur .gugur je ler..nak kekal
..kekal je ler..apa ada hal..

gugur ke..tak gugurke..Islam tetap Islam
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7530
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests