Hal-Hal Mimpi

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Hal-Hal Mimpi

Postby puyengskecik on Fri Aug 22, 2008 1:13 am

Bismillah..

Adapu hal-hal bermimpi adalh sesuatu yang memberi manfaat. Seperti firman Allah di dalam surah Al- Fath (48:27)
"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya). "

Dan Allah berfirman di atas lisan nabi yusuf di dalam surah Yusuf (12:4)
"Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".

Seperti mana yang dikatakan oleh penyusun Kitab Al-Muzhir: "Syaitan tidak akan menjelma menjadi cahaya bukan sahaja Rasulullah malah segala saluran himat, kasih sayang dan hidayah seperti para nabi, para wali, malaikat, kaabah, matahari, bulan awan putih dan sebagainya. Kerana syaitan adalah penjelmaan sifat Al-Qahru yang mana tidak akan menyerupai mana-mana bentuk kecuali yang menyesatkan. Orang yang berada di dalam penjelmaan Al-Hadi tidak akan menjelma di dalam bentuk Al-Mudhil kerana sesuatu yang berlawanan tidak akan muncul di dalanm bentuk lawannya. Seperti api dan air. Air tidak akan menjelma menjadi apai dan sebaliknya kerana di antaranya terdapat perbezaan zat yang bertentangan. Dan Allah membezakan antara hak dan batil, benar dan salah sepertimana di dalam FirmanNya di dalam surah Ar-Ra'ad (13:17)

"Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan."

Maka, tidak terdaya syaitan menjelma dengan kesemua cahaya-cahaya yang berkaitan dengan Saluran seprti yang dinyatakan tadi.

Mimpi mengandungi akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. SEperti melihat bidadari, istana-istana, pemuda-pemuda pelayan syurga. Begitu juga lapangan cahaya yang putih seperti matahari, awan putih dan sebagainya. Ini semua berkaitan dengan sifat hati.

Mimpi melihat haiwan yang halal daginya atau burung-burung adalah mimpi yang berkaitan dengan nafsu Mutmainnah. Kerana kehidupan nafsu Mutmainnah bersumber dari jenis-jenis tadi.

Contohnya;

Sapi datang dari syurga untuk Nabi Adam bertani di dunia Unta datang dari syurga untuk menjaga kaabah zahir dan batin. Kuda sebagai alat untuk perang kecil dan perang besar. Semua itu adalah untuk akhirat.

Rasulullah bersabda;

"Kambing itu dijadikan dari madu syurga, sedang sapi dijadikan dari za'faron syurga, unta dari cahaya syurga, kuda dari angin syurga dan baghal dicipta dari nafsu Mutmainnah yang terendah. Bila seseorang bermimpi melihat baghal bermakna malas dalam ibadah dan nafsunya berat."

Keldai dijadikan dari batu-batu syurga. Ia diciptakan untuk keperluan Nabi Adam a.s dan keturunannya di dunia dalam rangka menempuh darajat akhirat.

Bermimpi berbicara dengan roh manusia yang alim dan elok rupanya adalah dari penjelmaan cahaya ketuhanan kerana ahli-ahli syurga rupanya sangat-sangat elok.

Inilah mimpi-mimpi dari akhlak yang terpuji. seandainya bermimpi memerangi segala cahaya-cahaya dan saluran hikmat seperti yang dinyatakan, bermakna telah melakukan kesalahan yang amat berat yang menghampiri syirik dan terkeluar dari syriat islam.

Mimpi dari akhlak tercela pula berpunca dari nafsu Amarah, Lawamah dan Malhamah. Semua sifat ini akan dinyatakan di dalam mimpi-mimpi binatang buas dan sebagainya.

Harimau melambangkan sifat sombong pada Allah dan sesama manusia yang lain.

Singa melambangkan sifat sombong dan menagungkan diri pada manusia.

Beruang melambangkan sifat marah dan selalu ingin mengalahkan orang yang berada di bawahnya.

Serigala melambangkan suka memakan barang yang haram dan subahat tanpa dapat membezakannya.

Anjing melambangkan sifat hubud dunia (cintakan dunia) dan suka memaksa dan marah kepada urusan duniawi.

Babi melambangkan sifat dengki, tamak, dendam dan mengikuti keinginan syahwat.

Arnab melambangkan suka berhelah dan tipu daya di dalam urusan duniawi.

Musang sama seperti arnab tetapi lebih kepada sifat lupanya.

Kucing melambangkan sifat kikir dan munafiq.

Ular melambangkan sifat suka menyakiti orang dengan lisan seperti marah dan menjelek-jelekkan orang lain serta suka berbohong. Ada juga melambangkqan permusuhan dengan orang lain.

Kala jengking melambangkan sifat suka mengedipkan mata sebagai isyarat, menakut-nakutkan orang dan mengadu-ngadu.

Tawon melambangkan sifat suka menyindir.

Jika bermimpi memerangi binatang-binatang tadi dan tidak mampu mengalahkannya bermaksud perlu memperhebatkan lagi amalan atau ibadah dan perbanyakkan berzikir. Jika sebaliknya bermakna telah berjaya menghapuskan sifat buruk.

Jika bermimpi binatang tadi berubah menjadi manusia beerti keburukkan telah diganti kebaikkan.

Inilah mimpi-mimpi yang berkaitan dengan sifat buruk.

Begitulah ringkasan dan kesimpilannya yang dipetik dari kitab Syeikh Abdul Qadir Aljailani "Sirru Asrar".

Wallahu A'lam.
memandang satu pada yang banyak dan memandang banyak pada yang satu..lepaskan semuanya..nama dinuranimu..
puyengskecik
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 38
Joined: Fri Aug 15, 2008 9:47 pm
Location: petaling jaya

Postby WARIS on Thu Aug 28, 2008 8:38 pm

Aku pernah bermimpi di suap makanan oleh lelaki alim berjubah putih...
Apa maksudnya yek...
ada sapa2 yang pakar disini...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby Couns on Fri Aug 29, 2008 12:02 pm

WARIS wrote:Aku pernah bermimpi di suap makanan oleh lelaki alim berjubah putih...
Apa maksudnya yek...
ada sapa2 yang pakar disini...


macam mana kita boleh tau yg pakai jubah putih tu semestinya org alim? :gelak:
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby WARIS on Fri Aug 29, 2008 6:11 pm

sebab dia bagi salam...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby Couns on Sun Aug 31, 2008 12:16 am

WARIS wrote:sebab dia bagi salam...

alasan tak kuatlah tuan... :gelak:

david arumugam tu pun pandai beri salam..!!! :D
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby WARIS on Mon Sep 01, 2008 7:21 am

Lantak le dia...
Soalannya ialah kalau mimpi di suap makanan oleh orang alim..apa maknanya..
Yang korang nak tunjuk pandai soal menyoal ni atas mimpi ni, kenapa plak?... :P

Jawab je le kalau tahu...


Satu lagi kalau mimpi digigit pacat/lintah seluruh badan...apa maknanya?
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby Couns on Mon Sep 01, 2008 11:21 am

WARIS wrote:Lantak le dia...
Soalannya ialah kalau mimpi di suap makanan oleh orang alim..apa maknanya..
Yang korang nak tunjuk pandai soal menyoal ni atas mimpi ni, kenapa plak?... :P

Jawab je le kalau tahu...


Satu lagi kalau mimpi digigit pacat/lintah seluruh badan...apa maknanya?


aikk...marah nampak... :gelak:

ala beli saja tuan buku 'tafsir mimpi dari pandangan islam', tebal 3 inci, harga lebih kurang rm45.00..
bukan setakat mimpi digigit lintah, digigit janda pun ada :D
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby WARIS on Mon Sep 01, 2008 12:19 pm

Aku nak jawapan/pandangan dari ahli BMC...bukan dari buku.. :P
Oppss...abg counsellor pernah digigit janda tak?syhhhh...storyla skit..

Makcik akunilah takde ni...tak pe... :D
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby maratussolehah on Mon Sep 01, 2008 5:38 pm

boleh dengar jugak ceramah dr Ust Haron Din Ust ttg tafsir mimpi
Image
Image
maratussolehah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 13
Joined: Wed Jul 23, 2008 9:37 pm

Re:

Postby puyengskecik on Sat Sep 06, 2008 3:09 am

WARIS wrote:Aku pernah bermimpi di suap makanan oleh lelaki alim berjubah putih...
Apa maksudnya yek...
ada sapa2 yang pakar disini...


Bismillah..

ada kebaikkan dan kemulian yang menghampiri saudara samaada dari segi sifat, mahupun kebajikkan dan ianya adalah diredhai. Mungkin saudara ada sesuatu perkara yang saudara musykilkan samada baik atau buruk perkara itu. maka mimpi ini menunjukkan bahawa perkara itu baik dan mulia.

atau saudara sedang mendekati sifat yang terpuji dan baik jadi ditunjukkan di dalam mimpi..

Wallahu A'lam.
memandang satu pada yang banyak dan memandang banyak pada yang satu..lepaskan semuanya..nama dinuranimu..
puyengskecik
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 38
Joined: Fri Aug 15, 2008 9:47 pm
Location: petaling jaya

Re:

Postby puyengskecik on Sat Sep 06, 2008 3:13 am

WARIS wrote:

Satu lagi kalau mimpi digigit pacat/lintah seluruh badan...apa maknanya?


Bismillah..

Maafkan saya jika tersinggung..mimpi saudara membawa maksud saudara sedang melakukan perkara yang termasuk di dalam maratabat nafsu amarah atau lawamah dan jika diteruskan akan memakan diri sendiri dan hilanglah sifat terpuji. atau saudara sedang melakukan sesuatu yang mengurangkan pahala. maafkan saya..inilah tafsirnya.
memandang satu pada yang banyak dan memandang banyak pada yang satu..lepaskan semuanya..nama dinuranimu..
puyengskecik
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 38
Joined: Fri Aug 15, 2008 9:47 pm
Location: petaling jaya

Re: Hal-Hal Mimpi

Postby Slumber on Tue Sep 09, 2008 12:15 am

Malam Ku Bermimpi

Hmmm....malam ku bermimpi, siang ku berangan. Ntah ler....
Image
Slumber
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 81
Joined: Mon Feb 11, 2008 12:17 pm
Location: Malaysia

Re: Hal-Hal Mimpi

Postby frust tunggeng on Tue Sep 09, 2008 11:56 am

:gelak: kawanku bermimpi ..katanya , dia naik kereta menuruni bukit dgn reverse gear, semakin laju hingga tak boleh stop then biarkan kereta itu menghamtam bukit & apa2 aja janji stop ... kereta kemek skit tapi yg memandunya selamat tiada apa2 berlaku :D :matabulat:
Allah berdiri dgn sendiri
frust tunggeng
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1186
Joined: Thu Jul 14, 2005 10:30 am
Location: sini je

Re: Re:

Postby WARIS on Wed Sep 10, 2008 9:03 am

puyengskecik wrote:
WARIS wrote:Aku pernah bermimpi di suap makanan oleh lelaki alim berjubah putih...
Apa maksudnya yek...
ada sapa2 yang pakar disini...


Bismillah..

ada kebaikkan dan kemulian yang menghampiri saudara samaada dari segi sifat, mahupun kebajikkan dan ianya adalah diredhai. Mungkin saudara ada sesuatu perkara yang saudara musykilkan samada baik atau buruk perkara itu. maka mimpi ini menunjukkan bahawa perkara itu baik dan mulia.

atau saudara sedang mendekati sifat yang terpuji dan baik jadi ditunjukkan di dalam mimpi..

Wallahu A'lam.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Re:

Postby WARIS on Wed Sep 10, 2008 9:14 am

puyengskecik wrote:
WARIS wrote:

Satu lagi kalau mimpi digigit pacat/lintah seluruh badan...apa maknanya?


Bismillah..

Maafkan saya jika tersinggung..mimpi saudara membawa maksud saudara sedang melakukan perkara yang termasuk di dalam maratabat nafsu amarah atau lawamah dan jika diteruskan akan memakan diri sendiri dan hilanglah sifat terpuji. atau saudara sedang melakukan sesuatu yang mengurangkan pahala. maafkan saya..inilah tafsirnya.



Mungkin berkaitan nafsu amarah....
Rumah Ibu saya baru dirompak dan beliau telah dibunuh... :nangis:
Saya redha atas kematian beliau tapi agak marah dgn individu yang membunuh beliau...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Re:

Postby Slumber on Wed Sep 10, 2008 10:11 am

WARIS wrote:Mungkin berkaitan nafsu amarah....
Rumah Ibu saya baru dirompak dan beliau telah dibunuh... :nangis:
Saya redha atas kematian beliau tapi agak marah dgn individu yang membunuh beliau...


Salam,

Innalillahi wainnailaihi rajiun....semoga roh ibu tuan berada di dalam RahmatNya, dan Al Ghafur akan mengampunkan segala dosanya. Amin
Takziah untuk Tuan Waris sekeluarga.

Wassalam
Image
Slumber
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 81
Joined: Mon Feb 11, 2008 12:17 pm
Location: Malaysia

Takziah TuanWARIS

Postby Couns on Wed Sep 10, 2008 11:39 am

WARIS wrote:Mungkin berkaitan nafsu amarah....
Rumah Ibu saya baru dirompak dan beliau telah dibunuh... :nangis:
Saya redha atas kematian beliau tapi agak marah dgn individu yang membunuh beliau...


Takziah Tuan!
sama macam kes di Shah Alam tu semalam....
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: Re:

Postby seraiwangi on Wed Sep 10, 2008 12:44 pm

WARIS wrote:

Mungkin berkaitan nafsu amarah....
Rumah Ibu saya baru dirompak dan beliau telah dibunuh... :nangis:
Saya redha atas kematian beliau tapi agak marah dgn individu yang membunuh beliau...


Salam Ukhuwwah Fillah...
Innalillahi wainnailaihi rajiun....moga Tuan waris sekeluarga bersabar dgn ujian ini...n moga2 roh arwah ibu Tuan dalam ketenangan n dirahmatiNYA....Image


p/s....pengalaman sendiri pun..malam sebelum arwah ayah serai koma n dibawa mengadap ilahi..serai juga telah berMIMPI berlaku satu pertumpahan darah..peperangan yg "kurang jelas' nampak....tapi yg jelas arwah ayah dlm mimpi memandang sayu n makin menjauh......jauh......bila tersedar..keesokan hari...baru diterima perkhabaran sedih itu...
..maybe mimpi itu suatu alamat n petanda shj...kkdg maybe benar n maybe mainan tido..wallahua'lam. 8)
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Re: Re:

Postby puyengskecik on Wed Sep 10, 2008 6:10 pm

WARIS wrote:

Mungkin berkaitan nafsu amarah....
Rumah Ibu saya baru dirompak dan beliau telah dibunuh... :nangis:
Saya redha atas kematian beliau tapi agak marah dgn individu yang membunuh beliau...


Semoga ibumu dirahmati Allah dan berada didalam orang2 yang dikasihi dan dilimpahi rahmat di syurga. Amin.
memandang satu pada yang banyak dan memandang banyak pada yang satu..lepaskan semuanya..nama dinuranimu..
puyengskecik
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 38
Joined: Fri Aug 15, 2008 9:47 pm
Location: petaling jaya

Re: Hal-Hal Mimpi

Postby WARIS on Thu Sep 11, 2008 9:43 am

Apakah cara kematian ibu saya itu boleh dianggap syahid?
Semasa saya menurunkannya kedalam liang lahad...masih terdapat darah meleleh ditangan saya... :nangis:
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Hal-Hal Mimpi

Postby Azura_Salam on Sat Oct 18, 2008 4:53 pm

akum,

Tertarik dgn perkara tafsir mimpi ini..
Bole tak sesiapa beritahu makna mimpi saya iaitu;

Dalam mimpi tersebut saya bersama ibu saya dan keadaan suasana mlm seperti
suasana siang jam pukul 8.00 atau 9 pagi,
tetapi sebenarnya jam ditgn saya dlm mimpi itu pada pukul 11.00mlm..
sepatutnya keadaan gelap.

Di dalam mimpi itu juga,saya mencari punca,macam mana keadaan malam boleh menjadi
seterang pada suasana pagi jam 8 dan 9 pagi..dan apabila saya pusing belakang saya,
kelihatan 2 kalimah iaitu kalimah Allah dan Muhammad saya nampak dan hilang
sedikit demi sedikit kedua2 kalimah itu dr pandagan saya, dan apabila saya pandang di atas
kepala saya(kerana cahaya begitu terang sgt di atas kepala saya, saya lihat
terdapat lebih daripada 10 bulan yg terang(seperti bulan penuh) mengelilingi diri saya
di atas kepala saya.Ibu saya pula tidak kelihatan setelah saya pandang ke ats untuk
melihat bulan yg mengelilingi saya, warnanya sangat putih dan cahayanya sungguh putih
tidak menyilau kan mata..tetapi sgt terang benderang.Jadi tidak hairan la saya berada
di dlm keadaan terang spt waktu pagi jam kul 8@ 9 pg.


Saya amat terkejut dan tersedar drp mimpi tersebut .Tetapi sehingga kini,saya tidak mengerti maksud mimpi yg saya dapat itu.

Boleh kah kekwn di sini terangkan maksud tersebut?
-Azura_Salam-
Azura_Salam
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 101
Joined: Fri Jun 04, 2004 5:23 pm

Re: Hal-Hal Mimpi

Postby Couns on Sat Oct 25, 2008 8:57 pm

'satu gambar mempunyai seribu maksud yg boleh tersurat, satu mimpi mempunyai seribu gambaran yang tersirat' - couns
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: Re:assalamualaikum

Postby sahz on Tue Dec 09, 2008 8:47 pm

puyengskecik wrote:
WARIS wrote:Aku pernah bermimpi di suap makanan oleh lelaki alim berjubah putih...
Apa maksudnya yek...
ada sapa2 yang pakar disini...


Bismillah..

ada kebaikkan dan kemulian yang menghampiri saudara samaada dari segi sifat, mahupun kebajikkan dan ianya adalah diredhai. Mungkin saudara ada sesuatu perkara yang saudara musykilkan samada baik atau buruk perkara itu. maka mimpi ini menunjukkan bahawa perkara itu baik dan mulia.

atau saudara sedang mendekati sifat yang terpuji dan baik jadi ditunjukkan di dalam mimpi..

Wallahu A'lam.
sy bnyak mngalami mimpi yg pelik2 nak d crtakan trlalu bnyak. .dan takut jaga di salah ertikan. .nk brtnya untk nak mencari maksud di disebaliknya boleh ke tanya kat tuan/puan?
sahz
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Sat Dec 06, 2008 8:43 pm

Re: Hal-Hal Mimpi

Postby WARIS on Mon Dec 15, 2008 1:47 pm

Kalau mimpi digigit lintah satu badan...
..apa maksudnya ye...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests