AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 12:42 am

Kaedah Ahl Al Sunnah Wa Al Jamaah

A: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah meletakkan al-Qur’an dan al-Sunnah di tangga yang teratas. Tidak ada petunjuk mahu pun hujah yang dapat mendahului petunjuk dan hujah al-Qur’an dan al-Sunnah. Justeru Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak berfikir, berucap atau berbuat sesuatu melainkan ia berasal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah manakala hasil daripada pemikiran, ucapan dan perbuatan tersebut juga selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Penjelasan:
Ciri ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mendahului (melakukan sesuatu perkara)
sebelum (mendapat hukum atau kebenaran daripada) Allah dan RasulNya;
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui.
[al-Hujurat 49:01]


Ciri ini membetulkan manhaj sebahagian orang yang mendahului Allah dan Rasul-Nya dalam mencipta dan melakukan sesuatu pemikiran, ucapan atau amalan.
Kemudian apabila ditanya apakah dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, barulah mereka tercari-cari ayat dan hadis yang dapat disesuaikan dengan pemikiran,
ucapan dan amalan tersebut. Apabila ternyata tidak ada yang dapat dijadikan dalil, mereka beralih kepada strategi menggunakan ayat dan hadis yang umum,
mentakwilkan maksudnya dengan takwilan yang batil[1], menggunakan hadis yang tertolak sanadnya,
atau – yang paling masyhur – memberi alasan: “Memang tidak ada dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, tetapi Allah dan Rasul-Nya tidak melarangnya”.
Strategi di atas ditolak oleh ayat pertama surah al-Hujurat di atas. Dalam urusan agama, sesuatu pemikiran,
ucapan dan perbuatan hendaklah mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya mendahului al-Qur’an dan al-Sunnah.
Tidak termasuk dalam perbincangan di atas adalah sarana yang digunakan untuk mencapai sesuatu hasil. Sarana boleh,
bahkan patut, dipelbagaikan asalkan hasilnya tidak mendahului Allah dan Rasul-Nya. Penulisan yang menarik,
penyampaian yang kreatif, perumpamaan yang membangkitkan minda, internet,
persembahan Power Point dan sebagainya adalah sarana-sarana yang tidak termasuk dalam larangan mendahului Allah dan Rasul-Nya.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 12:46 am

B: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengunggulkan al-Qur’an dan al-Sunnah di tangga yang teratas secara zahir dan batin.

Penjelasan:
Ditekankan faktor zahir dan batin kerana sebahagian orang menyebut-nyebut bahawa mereka mengunggulkan al-Qur’an dan al-Sunnah, tetapi hakikatnya mereka hanya mengunggulkan secara zahir manakala batinnya mengunggulkan sesuatu selain al-Qur’an dan al-Sunnah, seperti pendapat tuan guru, amalan masyarakat serta faktor-faktor keduniaan seperti ego dan maruah.
Seandainya terbukti pemikiran, ucapan dan perbuatan mereka selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, pasti mereka akan bergembira dan menonjol-nonjolkan keselarian tersebut. Namun apabila terbukti berbeza dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, batin (dada) mereka terasa amat sempit lagi gusar, lalu mereka berpaling daripada al-Qur’an dan al-Sunnah atau cuba menjustifikasikan pemikiran, ucapan dan perbuatan tersebut dengan strategi yang seumpama mereka yang tidak mendahulukan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Faktor zahir dan batin amatlah penting kerana ia merupakan ciri-ciri orang yang benar imannya:

Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan
(hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti);
dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
ke jalan yang lurus.

Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus ialah)
mereka yang berkata: “Kami beriman kepada Allah dan kepada Rasul-Nya
serta kami taat”; kemudian sepuak dari mereka berpaling
(membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu,
dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang
yang sebenarnya beriman.

Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah
dan Sunnah Rasul-Nya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar
(menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka,
mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).

(Mengapa mereka bersikap demikian),
adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit atau kerana mereka ragu-ragu,
atau pun kerana mereka takut bahawa Allah dan Rasul-Nya
akan berlaku zalim kepada mereka?
(Allah dan Rasul-Nya tidak sekali-kali akan berlaku zalim)
bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim
(disebabkan tindakan mereka itu).

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman
ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”,
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[al-Nur 24: 46-51]




Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 12:50 am

C: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah berinteraksi dengan al-Qur’an dan al-Sunnah melalui tiga syarat berikut:
al-Sunnah tersebut terbukti sahih sebagaimana yang dinilai oleh para mujtahid atau ahli hadis yang muktabar.
al-Qur’an dan al-Sunnah dirujuk secara keseluruhannya. Ini kerana keseluruhan al-Qur’an dan al-Sunnah,
sama ada antara ayat dengan ayat, antara hadis dengan hadis dan antara ayat dengan hadis, ia saling melengkap,
menjelas dan memperinci antara satu sama lain.
al-Qur’an dan al-Sunnah difahami berdasarkan kefahaman generasi al-Salaf al-Shalih.

Penjelasan:
Ketiga-tiga syarat di atas ditekankan kerana jika dikaji sejarah pelbagai aliran dan kelompok yang tersasar dari dulu hingga kini,
bahkan pada masa-masa akan datang, akan didapati mereka juga berinteraksi dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Akan tetapi:
Mereka tidak membezakan darjat al-Sunnah yang dirujuk.
Malah kebanyakan hadis yang mereka dakwa sebagai al-Sunnah memiliki darjat yang amat lemah (dha‘if jiddan), palsu (maudhu’) atau yang tidak memiliki asal usulnya.
Mereka tidak merujuk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah secara keseluruhannya. Mereka hanya mengambil sebahagian al-Qur’an dan/atau sebahagian al-Sunnah,
sekadar apa yang selari dengan kehendak mereka.
Mereka tidak memahami al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat.
Mereka memahami atau melakukan takwil yang amat pelik terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah sehingga akhirnya melahirkan pemikiran,
ucapan dan perbuatan yang berbeza dengan al-Salaf al-Shalih.
Para pembaca sekalian boleh mengkaji buku saya yang menjawab golongan anti hadis (20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya)
dan yang menjawab golongan Syi‘ah (Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah Rafidhah Dalam Persoalan Khalifah)
untuk melihat bagaimana golongan-golongan ini memiliki dalil daripada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk mendokong kefahaman mereka.
Namun cara mereka berinteraksi dengan al-Qur’an dan al-Sunnah tidak menepati tiga syarat di atas sehingga akhirnya menyebabkan mereka tersasar dari jalan yang benar.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta‘ala membimbing kita dan mereka ke jalan yang benar.
Pemahaman generasi al-Salaf menjadi hujah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah
sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya),
dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman,
Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya,
dan (pada Hari Akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam;
dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
[al-Nisa’ 4:115]

Yang dimaksudkan dengan orang-orang yang beriman ialah generasi yang pertama sekali menerima risalah Islam daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,
iaitu para sahabat, kemudian diikuti oleh generasi selepas mereka, iaitu para tabiin, diikuti dengan generasi selepas mereka, iaitu tabi-tabiin.
Maka jalan mereka ialah kefahaman mereka tentang al-Qur’an dan al-Sunnah yang mereka terima daripada Rasulullah.
Orang-orang selepas mereka hendaklah mengikuti jalan yang sama, iaitu kefahaman yang sama.
Ayat di atas memberi ancaman keras bagi sesiapa yang mengikuti jalan atau kefahaman yang berbeza dengan kefahaman generasi awal,
iaitu generasi al-Salaf.
Namun tidak semua individu daripada kalangan generasi al-Salaf yang dapat digunakan kefahaman mereka sebagai hujah
kerana ada di kalangan mereka yang tidak mengikuti jalan atau kefahaman para sahabat. Oleh kerana itu perkataan al-Salaf dilengkapi dengan perkataan al-Shalih iaitu,
mereka yang mengikuti apa yang baik lagi benar daripada jalan atau kefahaman para sahabat. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan)
dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka
dengan kebaikan, Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia,
serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
[al-Taubah 9:100]
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 12:54 am

D: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak membezakan al-Sunnah antara mutawatir atau ahad untuk dijadikan sumber rujukan.
Selagi mana ia adalah sahih, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menerima Hadis Ahad sebagai sumber ilmu yang meyakinkan
sehingga dapat dijadikan dalil dalam semua persoalan seperti aqidah, fiqh, hukum faraid, hukum hudud dan akhlak.

Penjelasan:
Demikian kedudukan pertengahan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah antara (1) mereka yang menolak al-Sunnah secara mutlak,
(2) mereka yang menerima al-Sunnah secara mutlak tanpa membezakan darjat hadisnya dan
(3) mereka yang menerima sebahagian al-Sunnah, iaitu yang bersifat mutawatir dan menolak sebahagian al-Sunnah, iaitu yang bersifat ahad.
Membezakan antara mutawatir dan ahad hanya berlaku mulai kurun pertengahan, tidak pada zaman al-Salaf al-Shalih.
Hadis mutawatir adalah hadis yang diriwayatkan oleh sekian banyak orang dalam setiap peringkat sanadnya sehingga mustahil berlaku kesilapan.
Hadis ahad adalah hadis yang diriwayatkan oleh seorang, dua atau tiga orang sahaja dalam setiap peringkat sanadnya sehingga mungkin berlaku kesilapan.
[1] Berkata Ibn al-Qayyim rahimahullah (751H) berkenaan penerimaan hadis ahad pada zaman al-Salaf al-Shalih:

Termasuk hal ini (kedudukan hadis ahad) ialah pengkhabaran sebahagian sahabat kepada sebahagian yang lain
kerana mereka sesungguhnya berpegang teguh kepada hadis yang disampaikan oleh salah seorang dari mereka daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Tidak ada seorang pun daripada mereka yang berkata kepada orang yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah
bahawa hadis kamu adalah hadis ahad yang tidak memberi faedah ilmu sehinggalah (ia bersifat) mutawatir.[2]

Ada pun pembezaan antara hadis mutawatir dan ahad oleh para ahli usul mulai kurun-kurun pertengahan,
pembezaan tersebut hanya ditumpukan jika hadis ahad berdiri dengan sendirinya. Hadis ahad dalam bentuk sebegini,
menurut para ahli usul tersebut, tidak dapat membawa ilmu yang meyakinkan.
Akan tetapi jika hadis ahad tersebut memiliki pembuktian (Qarinah) daripada dalil yang lain atau sudah terkenal menjadi pemikiran dan amalan umat Islam sejak zaman awal (al-Salaf),
maka para ahli usul berpendapat bahawa ia dapat membawa ilmu yang meyakinkan. Berkata al-Syaukani rahimahullah (1250H):

Ketahuilah bahawa perbezaan pendapat yang kami sebut pada awal perbahasan ini berkenaan hadis ahad sama ada menghasilkan ilmu yang berupa sangkaan atau keyakinan,
ia hanyalah berlaku apabila hadis ahad tersebut tidak disertai dengan pembuktian yang menguatkannya.
Ada pun jika ia disertai dengan pembuktian yang menguatkannya atau ia sudah masyhur atau dikenali secara terperinci, maka perbezaan tersebut tidak berlaku.[3]

Pada hakikatnya hadis-hadis ahad tidak ada yang berdiri dengan sendiri melainkan ia memiliki pembuktian dari dalil yang lain dan/atau diamalkan
oleh umat Islam sejak zaman awal. Justeru yang benar pembezaan antara hadis mutawatir dan ahad di kalangan para ahli usul hanyalah perbincangan
teori manakala secara praktikalnya mereka tetap menerima hadis ahad sebagai dalil yang dapat membawa ilmu yang meyakinkan.
Para pembaca sekalian perlu menguasai perbezaan ini secara mendalam kerana pada masa kini ada sebahagian individu dan aliran yang
menolak hadis ahad dengan alasan palsu konon para ahli usul juga menolak hadis ahad. Individu dan aliran ini sebenarnya berhajat untuk
menolak hadis secara keseluruhan, lalu mereka memperalatkan perbincangan teori di kalangan para ahli usul untuk menjustifikasikan
hajat mereka secara praktikal. Dengan menolak penggunaan hadis ahad, mereka sebenarnya menolak penggunaan hadis secara keseluruhan
kerana jumlah hadis yang mencapai taraf mutawatir tidak sampai jumlah satu peratus dari keseluruhan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang dibukukan.
Selain itu perlu juga diketahui bahawa hanya seorang “Ahli Hadis” yang mampu membezakan sesuatu hadis sama ada ia adalah ahad atau mutawatir.
Tidak boleh menerima dakwaan “Ini adalah hadis ahad” dari sebarangan orang sekali pun dia masyhur di mata masyarakat sebagai seorang agamawan.
Contoh yang lazim disebut-sebut adalah dalam bab azab kubur dan penurunan Nabi Isa pada akhir zaman.
Saya telah membuktikan taraf mutawatir hadis-hadis dalam kedua-dua bab tersebut dalam artikel yang boleh dirujuk dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah
(Buku 1) terbitan Jahabersa, Johor Bahru.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 12:56 am

E: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengiktiraf, bahawa dalam kes-kes yang amat terpencil,
wujud perbezaan dalam menilai darjat hadis di kalangan para ahli hadis. Ini kerana menilai darjat hadis
adalah sebuah ijtihad yang tetap memungkinkan lahirnya perbezaan dalam hasil penilaian. Oleh itu:
Jika berlaku perbezaan antara dua atau lebih tokoh, hendaklah diambil penilaian daripada tokoh yang memiliki hujah yang lebih kuat dan jelas.
Jika berlaku perbezaan antara dua atau lebih tokoh, dimana kedua-duanya memiliki penilaian yang sama-sama kuat dan jelas,
maka ia terbuka kepada kecenderungan masing-masing. Pada waktu yang sama masing-masing pihak hendaklah menghormati
kecenderungan pihak yang berbeza dengannya.
Jika berlaku perbezaan pada satu tokoh yang sama, hendaklah diambil penilaiannya yang terakhir.
Jika tidak mampu membezakan antara dua penilaian yang berbeza, maka hendaklah menangguhkannya atau
merujuk perbezaan tersebut kepada ilmuan yang mampu menghalusinya.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 12:58 am

F: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengiktiraf wujudnya perbezaan pendapat dalam menerima hadis yang lemah (dha‘if) dalam persoalan yang menerangkan
keutamaan sesuatu amal (Fadha’il ‘Amal), anjuran dan ancaman (al-Targhib wa al-Tarhib) serta dalam persoalan yang didiamkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.
Terhadap persoalan-persoalan di atas, sebahagian tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mencukupkan diri dengan hadis-hadis yang sahih dan hasan manakala
sebahagian tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah yang lain menerima hadis dha‘if. Walaubagaimana pun penerimaan hadis dha‘if dalam
persoalan di atas hanya dibolehkan jika ia menepati empat syarat berikut:


Hadis tersebut dipastikan memiliki kelemahan yang ringan. Hadis yang berat kelemahannya (Dha‘if jiddan),
palsu (maudhu’) dan tidak diketahui asal-usulnya tidak diterima.
Hadis tersebut termasuk dalam asas-asas agama.
Hadis tersebut disampaikan dalam bentuk yang menunjukkan kelemahannya atau disampaikan sambil menerangkan kelemahannya.
Tidak boleh menyampaikannya dalam bentuk yang pasti kerana ia akan memberi sangkaan kepada masyarakat bahawa ia adalah sahih.
Hadis tersebut digunakan dalam suasana yang terpencil. Tidak boleh menggunakannya secara meluas atau dengan kekerapan yang tinggi
kerana ia akan memberi sangkaan kepada masyarakat bahawa ia adalah sahih.
Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak menerima hadis dha‘if yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas,
atau yang diragui sama ada memenuhi syarat-syarat di atas.

Penjelasan:
Tiga syarat di atas terdapat dalam semua kitab ilmu hadis[4] manakala syarat yang keempat ini
dikemukakan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (852H) dimana beliau berkata:

Sedia dikenali bahawa para ahli ilmu mempermudahkan penerimaan hadis dalam bab keutamaan (al-Fadha’il)
sekali pun di dalamnya memiliki kelemahan selagi mana ia bukan hadis maudhu’. Namun disyaratkan
bagi orang yang mengamalkannya bahawa dia yakin hadis tersebut adalah dha‘if dan dia tidak memasyhurkannya
kerana dibimbangi orang lain akan beramal dengan hadis yang dha‘if tersebut (tanpa mengetahui ia adalah dha‘if)
sehingga mensyari‘atkan apa yang tidak disyari‘atkan atau dia meriwayatkannya kepada sebahagian
orang yang jahil sehingga disangkakan ia adalah sunnah yang sahih.[5]

Pada asalnya jumhur ulama’ membolehkan penggunaan hadis dha‘if, selagi mana ia menepati syarat-syaratnya.
Apabila para ulama’ tersebut mengamalkan hadis-hadis dha‘if, mereka benar-benar memerhatikan syarat-syaratnya.
Namun dengan berlalunya masa, ramai yang menggunakan hadis dha‘if tanpa memerhatikan syarat-syaratnya.
Maka meluaslah hadis-hadis yang amat lemah, palsu dan yang tiada asal usulnya.
Maka atas sebab ini serta beberapa sebab yang lain, beberapa ilmuan pada masa kini berpendapat melarang
menggunakan hadis yang dha‘if agar orang ramai tidak lagi terdedah kepada penggunaan hadis dha‘if oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap syarat-syaratnya. Dengan pelarangan ini, orang ramai tidak lagi
mengenal apa-apa hadis melainkan yang sahih dan hasan sahaja.[6]
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby akuumno on Fri Jul 08, 2011 9:23 am

Bagus tok buka topik ni... ada kaitan dgn beberapa topik yg kita bincangkan. Maksud saya, ada golongan mengaku mereka adalah ASWJ, tetap sebenarnya merekalah membawa perpecahan kepada ASWJ melalui tafsiran Al Quran dan Hadis mereka sendiri... tidak mengikut tafsiran ulama2 ASWJ yang telah kita sepakati.
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2964
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 11:04 am

Tok sedang buat macam2 kajian lagi ne.mengumpulkan pelbagai maklumat untuk sama2 kita bahas dan kaji
dimana salah atau silap,benar atau batilnya ajaran yg.ada akhir zaman ne.

Jadi Tok seru semua sahabat2 yg.ada info tu.....sumbang2 la sikit kat laman bmc.Kita jadikan pusat maklumat setempat
untuk semua forumer.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Fri Jul 08, 2011 11:21 am

G: Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dalam rangka meletakkan al-Qur’an dan al-Sunnah pada tangga yang teratas,
berwaspada kepada unsur-unsur yang akan mengalih kedudukan tersebut kepada tangga yang ke bawah. Unsur yang dimaksudkan adalah bid‘ah,
kerana bid‘ah bersifat menggantikan firman Allah dan sabda Rasul-Nya serta menenggelamkan al-Qur’an dan al-Sunnah
sehingga akhirnya kedua-dua sumber tersebut terhapus daripada menjadi pegangan umat Islam.

Penjelasan:
Berkata Hasan bin ‘Athiyah:

Tidaklah satu kaum mencipta satu bid‘ah dalam agama mereka melainkan Allah mencabut daripada sunnah (Nabi) mereka sesuatu yang semisalnya,
kemudian tidaklah ia dikembalikan kepada mereka sehinggalah pada hari Kiamat.[1]

Perkara ini adalah sesuatu yang benar-benar berlaku pada masa kini dimana terdapat sebahagian amalan bid‘ah yang sudah sebegitu masyhur
di sisi masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sebahagian daripada Islam. Malah apa yang sunnah menjadi bid‘ah dan apa yang bid‘ah menjadi sunnah.
Apabila ditegur kepada mereka untuk kembali mengikuti Islam yang tulen, yang ditegur pula akan dilabel sebagai ahli bid‘ah. Mereka akan berkata:
“Lihatlah ahli bid‘ah ini, mereka menyuruh kami meninggalkan ajaran Islam!”
Disebabkan kemampuan bid‘ah untuk menghapuskan al-Qur’an dan al-Sunnah, para ilmuan berusaha membanteras bid‘ah sekali pun ia berada pada tahap yang amat kecil.
Ini kerana setiap bid‘ah akan bermula secara kecil-kecilan lalu kemudian membesar secara bertahap-tahap sehingga akhirnya
membumi di kalangan masyarakat serta dianggap sebagai Islam atau sunnah. al-Barbahari rahimahullah (329H) berpesan:

Jauhilah setiap perkara bid‘ah sekecil mana pun kerana bid‘ah yang kecil lambat laun akan membesar.
Demikianlah dengan (setiap) bid‘ah yang terjadi pada umat ini, ia berasal dari perkara kecil dan remeh yang
mirip dengan kebenaran sehingga banyak orang terperdaya dan terkecoh, lalu mengikat hati mereka sehingga susah untuk keluar dari jeratannya.
Akhirnya ia menjadi darah daging yang diyakini sebagai agama. Tanpa disedari,
perlahan-lahan mereka menyelisihi jalan yang lurus dan keluar dari Islam.[2]

Selain dua faktor di atas, terdapat banyak faktor lain yang menjadikan bid‘ah salah satu dasar yang terpenting dalam Islam untuk dikawal dan dibasmikan.
Ia bukanlah perkara “cabang” atau “ranting” yang boleh diremehkan. Berikut dikemukakan duabelas faktor tambahan:


· Pencipta dan pengamal bid‘ah menyekutukan Allah.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah
yang mensyari‘atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan oleh Allah?
[al-Syura 42:21]


Agama Islam adalah kepunyaan Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga Allah sahaja yang berhak untuk mensyari’atkan
apa yang dikehendaki-Nya. Apabila manusia mencipta bid‘ah di dalam Islam, bererti dia meletakkan dirinya pada
kedudukan Allah sehingga layak mensyari’atkan sesuatu yang baru dalam agama. Apabila manusia mengikut sesuatu bid‘ah, bererti dia mempunyai sembahan,
iaitu tuhan selain Allah, yang mensyari’atkan agama baru bagi dirinya untuk diikutinya.
Oleh kerana itulah Allah bertanya dalam bentuk pengingkaran (istifham ingkari), apakah mereka “…mempunyai sembahan-sembahan selain Allah…”
sehingga layak dijadikan sumber pensyari’atan agama.
Yang dimaksudkan sebagai “…sembahan-sembahan selain Allah…” boleh terdiri daripada tokoh-tokoh kaum musyrikin yang mencipta syari’at tersendiri,
lalu dijadikan agama yang berbeza daripada agama Islam. Ia juga boleh terdiri daripada tokoh-tokoh agama Islam yang mencipta syari’at
tersendiri dalam bentuk pemikiran atau amalan, lalu menganggap ia adalah bahagian daripada agama Islam padahal ia
berbeza daripada syari’at Islam tulen yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Maka berdasarkan ayat 21 surah al-Syura di atas, ketahuilah bahawa mencipta dan mengamalkan bid‘ah dalam agama Islam adalah satu
kesalahan yang amat berat kerana ia boleh membawa kepada dosa syirik.


· Pencipta dan pengamal bid‘ah menganggap Islam tidak sesuai untuk manusia.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang jauh dari kesesatan;
(turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia
(dengan keadaan bersedia dari semulajadinya - fitrah) untuk menerimanya;
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama ciptaan Allah itu;
itulah agama yang betul lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
[al-Rum 30:30]


Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintah kita untuk “…menghadapkan wajahmu…”,
yakni merendahkan diri ke arah mengikut sepenuhnya agama Allah, iaitu agama Islam. Sebabnya, lanjut Allah Subhanahu wa Ta'ala,
adalah kerana agama Islam tersebut Allah ciptakan sesuai dengan fitrah manusia sehingga antara Islam yang tulen dan manusia yang
sihat tidak mungkin ada pertentangan dan ketidak-sesuaian. Atas dasar kesesuaian ini, Allah melarang manusia daripada mencipta
sebarang perubahan pada agama-Nya kerana ia sudah cukup betul lagi lurus.
Malang sekali kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat ini, lalu mereka mencipta dan mengamalkan perubahan pada
agama Islam yang asal agar ia lebih sesuai, lebih baik dan lebih molek dengan kehendak mereka.
Firman Allah yang bermaksud: “…tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama ciptaan Allah…” merupakan dalil jelas
yang melarang bid‘ah. Ini kerana bid‘ah bersifat mengubah agama Allah yang sudah sedia sesuai di atas fitrah manusia.
Selain itu mengubah agama Allah, yakni mencipta dan mengamalkan bid‘ah, bererti menganggap agama Islam yang pada
asalnya diciptakan oleh Allah adalah tidak sesuai dengan fitrah manusia sehingga tidak lagi merupakan agama yang betul dan lurus.
Maka atas anggapan ini, orang yang lazim mencipta dan mengamalkan bid‘ah akan “memalingkan wajahnya” kepada sesuatu yang
lain daripada firman Allah (al-Qur’an) dan sabda Rasul-Nya (al-Sunnah).
Maka berdasarkan ayat 30 surah al-Rum di atas, ketahuilah bahawa mencipta dan mengamalkan bid‘ah dalam agama
bererti menganggap Allah “tersilap” dalam mencipta agama Islam ini sehingga ia tidak sesuai dengan fitrah manusia.
Maha suci Allah daripada anggapan sedemikian.


· Pencipta dan pengamal bid‘ah menganggap Islam belum sempurna.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu,
dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
[al-Maidah 5:03]


Dalam ayat yang masyhur di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala mengiktiraf tiga perkara tentang agama Islam, iaitu:
1. Islam telah disempurnakan oleh Allah untuk kita.
2. Islam adalah satu nikmat yang telah Allah cukupkan untuk kita.
3. Islam telah Allah redhai sebagai agama untuk kita.

Apabila seseorang itu mencipta dan mengamalkan bid‘ah, dia menafikan ketiga-tiga perkara di atas. Secara lebih terperinci:
1. Dia menganggap Islam masih belum sempurna sehingga masih perlu dikurang atau ditambah.
2. Dia menganggap kenikmatan Islam masih belum mencukupi sehingga masih perlu dikurang atau ditambah.
3. Dia menganggap Allah masih tidak meredhai Islam sehingga masih perlu dikurang atau ditambah.

Justeru apabila mencipta dan mengamalkan bid‘ah, seseorang itu menganggap Allah “masih belum matang” dalam mengiktiraf kesempurnaan,
kenikmatan dan keredhaan-Nya terhadap Islam sehingga masih perlu untuk dilakukan pengurangan atau penambahan.
Maha suci Allah daripada anggapan sedemikian.


· Pencipta dan pengamal bid‘ah menganggap Rasulullah tidak sempurna dalam melaksanakan tugasnya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Wahai Rasul (Allah)! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya),
maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya.
[al-Maidah 5:67]


Selanjutnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tidak tertinggal sesuatu apa jua yang menghampirkan (kalian) kepada syurga
dan menjauhkan (kalian) daripada neraka melainkan sungguh, telah dijelaskan kepada kalian.[3]

Dalam hadisnya di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa baginda telah pun menyampaikan segala yang “diturunkan kepadamu dari Tuhanmu”.
Tidak sekadar itu, apa yang baginda sampaikan sudah mencapai kesempurnaan untuk menghampirkan umat Islam ke syurga dan menjauhkan umat Islam dari neraka.
Tidaklah seseorang itu mencipta dan mengamalkan bid‘ah melainkan dia menganggap Rasulullah “belum sempurna” dalam melaksanakan tugas baginda.
Anggapan seperti ini adalah satu sindiran dan ejekan kepada baginda. Ini adalah satu kesalahan yang amat berat berdasarkan firman Allah:

Katakanlah: “Patutkah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya
kamu memperolok-olok dan mengejek?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta),
kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman.
[al-Taubah 9:65-66]



· Pencipta dan pengamal bid‘ah memisahkan diri daripada Rasulullah.
Suatu ketika pernah beberapa orang bertanya kepada isteri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkenaan amalan baginda.
Lalu kerana ingin beribadah melebihi baginda, sebahagian daripada mereka berazam untuk tidak bernikah, sebahagian
lagi enggan memakan daging dan sebahagian lagi enggan menyentuh tilam. Mendengar azam sedemikian,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar, memuji Allah dan bersabda, maksudnya:

Apa terjadi, kenapa orang-orang ini berkata sedemikian dan sedemikian?
Padahal aku bersolat dan juga tidur, aku berpuasa dan juga berbuka
dan aku juga mengahwini wanita. Maka sesiapa yang berpaling daripada sunnahku
maka dia bukan daripada aku.[4]


Orang yang mencipta dan mengamalkan bid‘ah lazim memberi alasan: “Apa salahnya, Nabi tak buat tetapi Nabi tak larang.” Hadis di atas membatalkan alasan ini.
Orang-orang yang bertanya kepada isteri Rasulullah juga ingin menambah amal dan mereka menganggap ia tiada salahnya kerana Nabi tidak pernah melarangnya.
Keinginan mereka kemudian dilarang oleh baginda, bahkan dikategorikan oleh baginda sebagai “…yang berpaling daripada sunnahku…”.
Hadis di atas juga menunjukkan bahawa sikap yang benar dalam mengikuti sunnah Rasulullah
ialah melakukan apa yang dilakukan oleh baginda (sunnah fi‘iliyyah) dan meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh baginda (sunnah tarkiyah).
Selain itu hadis di atas dan penjelasan yang mengikutinya membatalkan kaedah yang dibuat-buat oleh para pencinta bid‘ah, kononnya:
“Apa yang didiamkan oleh Rasulullah tidak bererti dilarang”. Kaedah yang benar adalah:
“Setiap ibadah adalah dilarang melainkan terdapat petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang membolehkannya,
manakala setiap urusan dunia adalah dibolehkan melainkan terdapat petunjuk daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang melarangnya”.


· Bid‘ah menjauhkan umat Islam daripada kejayaan.
Dalam suasana kemunduran umat Islam masa kini, ramai yang mencari jalan untuk kembali menempuh kejayaan.
Sayang sekali, jalan yang mereka tempuh ialah mencipta dan mengamalkan bid‘ah seperti mengambil pemikiran bukan
Islam dan mengislamisasikannya serta menambah atau mengurangkan amalan tertentu. Mereka menganggap Islam yang
tulen tidak mampu untuk memandu umat ke arah kejayaan sehingga perlu dicipta dan diamalkan bid‘ah.
Ini adalah jalan yang salah. Jalan yang benar adalah kembali kepada Islam yang tulen, iaitu firman Allah (al-Qur’an) dan sabda Rasul-Nya (al-Sunnah).
Hanya dengan pemikiran dan amalan yang menepati petunjuk Allah dan Rasul-Nya, umat Islam akan kembali menempuh kejayaan. Firman Allah:

Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.
[al-Ahzab 33:71]

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman
ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,
supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”,
dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
[al-Nur 24:51]


· Bid‘ah mencerai-beraikan umat Islam.
Satu fakta yang tidak tersembunyi sejak zaman awal Islam sehingga ke hari ini adalah umat Islam telah bercerai-berai kepada pelbagai aliran dan jamaah.
Tidaklah aliran atau jamaah ini bercerai melainkan mereka terlebih dahulu mencipta dan mengamalkan bid‘ah, sama ada dalam bentuk pemikiran atau amalan,
lalu mereka bercerai dan mengunggulkan diri sendiri dengan bid‘ah tersebut. Bid‘ah-bid‘ah tersebut menjadi ciri-ciri yang
membezakan antara satu aliran dengan aliran yang lain, antara satu jamaah dengan jamaah yang lain. Bahkan ia membezakan
aliran-aliran dan jamaah-jamaah tersebut dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana sunnah lawannya
adalah bid‘ah dan sunnah hanya satu manakala bid‘ah tidak terbatas jumlahnya.
Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka
dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau (wahai Muhammad)
memiliki kaitan sedikit pun dalam (perbuatan) mereka.
Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah.
Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada Hari Kiamat kelak)
apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
[al-An’aam 6:159]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dibebaskan daripada memiliki apa-apa kaitan dengan aliran-aliran yang
bercerai-berai kerana hakikatnya dalam mereka bercerai, mereka berpaling dan memisahkan diri mereka daripada
sunnah baginda dan berpegang kepada bid‘ah yang tidak berasal daripada baginda.
Sikap mencipta dan mengamalkan bid‘ah, kemudian bercerai kepada pelbagai aliran dan jamaah dengan
masing-masing mengunggulkan aliran dan jamaah tersendiri adalah sikap orang-orang musyrik yang Allah melarang kita
daripada mengikutinya. Bahkan ia adalah salah satu keyakinan atau perbuatan yang mencemari kemurniaan tauhid seorang muslim.
Firman Allah:

Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah,
iaitu orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan.
Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
[al-Rum 30:31-32]



· Pencipta dan pengamal bid‘ah tidak mendapat apa-apa ganjaran, malah terhapus ganjaran amalan-amalannya yang lain.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang mencipta dalam urusan kami ini apa yang tidak berasal daripadanya
maka ia tertolak.

Dalam riwayat yang kedua, (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda):
Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak berada atas urusan kami maka ia tertolak.[5]

Berkata al-Nawawi rahimahullah (676H) ketika mensyarahkan hadis di atas sebagai:

Berkata pakar bahasa Arab, perkataan (الرد) dalam hadis ini memiliki makna tertolak, iaitu ia adalah batil tanpa sebarang keraguan terhadapnya.
Dan hadis ini merupakan asas yang agung daripada asas-asas agama Islam. Ia merupakan salah satu daripada sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
yang padat tetapi memiliki makna yang amat luas. Sesungguhnya ia amat jelas dalam menolak setiap bid‘ah dan orang-orang yang suka mencipta bid‘ah.

Dalam riwayat yang kedua terdapat tambahan yang menjadi bantahan kepada sebahagian orang yang beramal dengan bid‘ah yang tercipta sebelumnya,
sehingga apabila diperhujahkan ke atasnya berdasarkan riwayat yang pertama, dia berkata: “Saya tidak mencipta apa-apa bid‘ah”. Maka diperhujahkan
ke atasnya riwayat yang kedua dimana ia secara jelas menolak setiap jenis bid‘ah sama ada pengamal tersebut mencipta bid‘ah itu
atau (sekadar mengamalkan) bid‘ah yang sudah tercipta sebelumnya.

…dan hadis ini di antara yang patut dihafal dan digunakan untuk membatalkan perbuatan-perbuatan mungkar (iaitu bid‘ah)
dan disampaikan sebagai dalil (bagi membatalkan perbuatan bid‘ah).[6]

Tidaklah seseorang itu mencipta atau mengamalkan sesuatu bid‘ah melainkan dia memiliki sikap angkuh bahawa apa yang
dilakukan itu adalah lebih baik, lebih sempurna, lebih molek daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Ini sebenarnya membatalkan seluruh amal seseorang itu sekalipun di antara amal tersebut ada yang benar-benar mengikuti sunnah baginda.
Ini kerana sikap angkuh tersebut sinonim dengan sikap meninggikan suara di atas suara Rasulullah sebagaimana yang disentuh oleh ayat berikut:

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi,
dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya
sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengah yang lain.
(Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya,
sedang kamu tidak menyedarinya.
[al-Hujerat 49:02]



· Bid‘ah mencemari ketulenan Islam.
Termasuk kesan bid‘ah adalah ia mencemari ketulenan Islam.
Islam adalah agama terakhir yang diturunkan melalui Rasul Allah yang terakhir, Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Jika bid‘ah tidak dilarang, agama Islam akan mengalami perubahan yang pelbagai sehingga dalam masa yang tidak seberapa,
Islam yang tulen tidak lagi diketahui ramai dan diamalkan.
Tanpa larangan daripada melakukan bid‘ah, Islam akan menjadi seperti agama-agama lain yang mengalami pelbagai perubahan.
Tidak sekadar itu, Islam akan menjadi umpama sebuah drama yang boleh diubah-suai mengikut citarasa pengarah dan penontonnya.
Dalam perkataan lain, Islam akan berubah-ubah mengikut citarasa para tokoh dan umatnya, bukan lagi Allah dan Rasul-Nya.


· Pencipta dan pengamal bid‘ah mengalami kerugian jangka masa panjang.
Berdasarkan poin-poin di atas, dapat diketahui bahawa bid‘ah memiliki implikasi yang amat besar kepada agama dan umat Islam.
Pencipta dan pengamalnya akan mengalami kerugian yang amat besar di dunia dan akhirat.
Kerugian akan menjadi berlipat kali ganda apabila seorang pencipta bid‘ah mengajar ciptaannya itu kepada orang ramai.
Dia akan mendapat dosa selagi mana bid‘ahnya itu diamalkan oleh mereka dan generasi-generasi seterusnya.
Demikian juga bagi para pengamal bid‘ah, sekali pun dia tidak mengajarnya, amalan tersebut tentu akan dicontohi
oleh orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Sekali lagi,
dia akan mendapat dosa selagi mana bid‘ahnya itu dicontohi oleh mereka dan generasi-generasi seterusnya.
Inilah yang dimaksudkan sebagai “Pencipta dan pengamal bid‘ah akan mengalami kerugian untuk jangka masa panjang”.
Berbeza jika seseorang itu beristiqamah dengan amalan yang sahih berasal daripada al-Qur’an dan al-Sunnah,
maka ajarannya atau amalannya, apabila diikuti oleh orang ramai, akan menghasilkan pahala kepadanya
selagi mana ia diamalkan oleh mereka dan generasi-generasi seterusnya. Semua ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk maka baginya pahala
sepertimana pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit jua pahala mereka. Sesiapa yang menyeru kepada kesesatan maka ke atasnya dosa
sepertimana dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit jua dosa mereka.[7]


Bahkan apabila seseorang itu berusaha untuk menghentikan amalan bid‘ah, sama ada yang turun-temurun dalam keluarganya atau masyarakatnya,
dia tidak boleh dikatakan bersikap tidak sopan kepada orang-orang terdahulu dan merosakkan tradisi masyarakat. Yang benar dia berjasa besar kepada orang-orang yang terdahulu dan masyarakat.
Ini kerana tindakannya menghentikan amalan bid‘ah tersebut akan menghentikan kerugian daripada terus menimpa orang terdahulu yang mencipta dan mengamalkannya.
Seterusnya jika diikuti dengan doa keampunan, pasti Allah, dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Pengampun, akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang terdahulu.


· Pencipta dan pengamal bid‘ah akan ditimpa bala bencana dan azab.
Terdapat sekian banyak ayat al-Qur’an yang mewajibkan umat Islam untuk mentaati perintah larangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Salah satu daripadanya adalah perintah mengikuti sunnah baginda dan larangan daripada membuat bid‘ah, sebagaimana hadis baginda yang masyhur:

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Mahdiyyin al-Rasyidin (mendapat petunjuk).
Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham.
Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama)
kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.[8]

Sesiapa yang sengaja menjauhi sunnah dan mendekati bid‘ah, maka dia termasuk orang yang mengingkari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Dia termasuk dalam perbincangan ayat:

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya,
beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana,
atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[al-Nur 24:63]


· Pencipta dan pengamal bid‘ah sukar untuk bertaubat.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sesungguhnya Allah menutupi tabir taubat dari setiap pencipta dan pengamal bid‘ah.[9]

Terdapat dua sebab mengapa pencipta dan pengamal bid‘ah sukar untuk bertaubat:

Pertama: Pencipta dan pengamal bid‘ah pada asalnya adalah mereka yang berpaling daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka mengurangi,
menambah dan mengubah suai daripada apa yang tulen daripada Allah dan Rasul-Nya.
Sikap pencipta dan pengamal bid‘ah yang berpaling daripada al-Qur’an dan al-Sunnah menyebabkan Allah memalingkan hati mereka dari kebenaran.
Pemalingan ini menyebabkan mereka tidak tahu bahawa mereka berada di atas kesalahan, lalu tidak bertaubat darinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Maka ketika mereka berpaling (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya),
Allah palingkan hati mereka (dari mendapat petunjuk);
dan sememangnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.
[al-Saff 61:05]

Kedua: Pencipta dan pengamal bid‘ah berada di atas satu halunasi bahawa mereka sedang berada di atas kebenaran.
Maka halunasi ini menyebabkan mereka merasakan tidak perlu bertaubat kerana taubat hanya untuk orang yang berada di atas kesesatan. Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) menjelaskan:

Oleh sebab itu para ilmuan Islam seperti Sufyan al-Tsauri dan selainnya berpendapat, sesungguhnya bid‘ah lebih dicintai oleh iblis daripada maksiat.[10] Sebabnya,
bid‘ah tidak mempunyai harapan untuk bertaubat daripadanya manakala maksiat mempunyai harapan untuk bertaubat daripadanya.
Maksud “bid‘ah tidak mempunyai harapan untuk bertaubat daripadanya” ialah kerana pelaku bid‘ah mengambil untuk agamanya apa yang tidak disyari‘atkan Allah,
tidak juga Rasul-Nya, lalu menjadilah indah amalan yang sebenarnya buruk, sehingga dipandangnya sebagai baik.

Selagi mana dia memandangnya baik, maka tidak mungkin dia bertaubat. Ini kerana langkah pertama untuk bertaubat
ialah seseorang itu menyedari perbuatannya adalah buruk lalu bertaubat daripadanya, atau dia merasa telah meninggalkan perintah,
baik yang bersifat wajib atau sunat lalu bertaubat dan kembali mengamalkannya. Justeru selagi mana dia (pencipta dan pengamal bid‘ah)
menganggap baik satu perbuatan padahal yang benar ia buruk, maka selagi itulah dia tidak bertaubat.[11]


Walaubagaimana pun semua ini bukanlah bermakna Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak akan menerima taubat seandainya pencipta
dan pengamal bid‘ah ingin bertaubat kepada-Nya. Penjelasan Ibn Taimiyyah sekali lagi menjadi tumpuan:

Oleh kerana itu para ilmuan menyatakan: “Allah menutup pintu taubat bagi pencipta dan pengamal bid‘ah”, ertinya mereka (pencipta dan pengamal bid‘ah)
tidak mahu bertaubat kerana menyangka sedang berada di atas petunjuk. Seandainya mereka bertaubat,
maka Allah akan menerima taubat mereka sebagaimana (Allah) menerima taubat orang kafir.
Sesiapa yang mengatakan bahawa taubat pencipta dan pengamal bid‘ah tidak diterima secara mutlak, maka dia telah salah dengan satu kesalahan yang amat dahsyat.[12]

Oleh itu Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah bukan sahaja meninggalkan bid‘ah tetapi mereka menjauhkan diri dari sekecil-kecil bid‘ah atau sesuatu
yang masih samar-samar hukumnya sama ada bid‘ah atau tidak. Ini kerana jika sebelah langkah telah termasuk dalam wilayah bid‘ah,
amat sukar untuk keluar daripadanya. Hakikat ini boleh diperhatikan pada suasana sebahagian individu atau masyarakat yang terjebak
dalam bid‘ah. Amat sukar untuk menarik mereka keluar ke arah sunnah. Bahkan hari demi hari ciptaan dan amalan bid‘ah mereka
bertambah kerana mereka menyangka sedang berada di atas hidayah yang bertambah-tambah.
Duabelas faktor di atas adalah sebahagian daripada sekian banyak faktor kenapa Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sangat berwaspada terhadap bid‘ah,
berusaha untuk membanterasnya dan mengingatkan umat Islam daripadanya. Ada pun maksud bid ‘ah, maka ia akan dijelaskan dalam bab aqidah insya-Allah.



[1] Dikeluarkan oleh al-Darimi dan sanadnya dinilai sahih oleh Husain Salim Asad dalam semakannya ke atas Musnad al-Darimi, hadis no: 99.

[2] Syarh al-Sunnah (edisi terjemahan oleh Zaenal Abidin dengan judul yang sama; Pustaka Imam adz-Dzahabi, Jakarta, 2006), usul no: 07 dengan beberapa suntingan bahasa. Terdapat beberapa edisi terjemahan kitab Syarh al-Sunnah. Edisi terbitan Pustaka Imam adz-Dzahabi disyorkan kerana ia memuatkan sama matan arab asal dan catatan pentahqiq kitab, Kholid bin Qasim al-Roddadiy, di bahagian notakaki.

[3] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 2, hadis no: 1647 (Min Ghara’ib Musnad Abi Zar). Dikemukakan oleh al-Haitsami dalam Majma al-Zawa‘id dan beliau berkata: “Para perawi al-Thabarani adalah para perawi yang sahih kecuali Muhammad bin ‘Abd Allah bin Yazid al-Maqri dimana beliau adalah thiqat.” Rujuk Bughyah al-Ra‘id fi Tahqiq Majma’ al-Zawa‘id wa Manba’ al-Fawa‘id, hadis no: 13971. Ali Hasan Ali ‘Abd al-Hamid al-Halabi mensahihkan sanadnya dalam al-Itman li al-Takhrij Ahadits al-Musnad al-Imam, hadis no: 21399, sebagaimana yang beliau sebut dalam bukunya ‘Ilm Ushul al-Fiqh al-Bida’ (edisi terjemahan oleh Asmuni Solihan atas judul Membedah Akar Bid‘ah; Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2000), ms. 5.

[4] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1401 (Kitab al-Nikah. Bab disunatkan bernikah bagi…).

[5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1718 (Kitab al-Aqdiyah, Bab mengkritik hukum yang batil dan menolak urusan bid‘ah).

[6] Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi (tahqiq: ‘Irfan Haswanah; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut, tp.thn), jld. 6, ms. 295.

[7] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2674 (Kitab al-‘Ilm, Bab sesiapa yang membuat sunnah yang baik…).

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4609 (Kitab al-Sunnah, Bab berkenaan mengikuti sunnah).

[9] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no: 4202 (Bab al-‘Ain, Orang yang bernama ‘Ali). Dikemukakan oleh al-Haitsami dalam Majma al-Zawa‘id dan beliau berkata: “Riwayat al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, para perawinya adalah sahih kecuali Harun bin Musa al-Farawi dimana beliau adalah thiqat.” Rujuk Bughyah al-Ra‘id fi Tahqiq Majma’ al-Zawa‘id wa Manba’ al-Fawa‘id, hadis no: 17457. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no: 1602.

[10] Apakah perbezaan antara maksiat dan bid‘ah? Maksiat adalah perbuatan orang yang mengakui perintah larangan Allah dan Rasul-Nya, tetapi tidak mentaati perintah larangan tersebut kerana nafsunya. Bid‘ah adalah perbuatan sengaja berpaling atau mengubah perintah larangan Allah kepada apa yang difikirkannya lebih baik. Justeru pelaku maksiat sentiasa merasai bahawa kemaksiatan yang dilakukannya adalah salah, berbeza dengan pelaku bid‘ah dimana dia sentiasa merasai bahawa bid‘ah yang sedang dilakukannya adalah betul.

[11] Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2002), jld. 10, ms. 09.

[12] Majmu’ al-Fatawa, jld. 11, ms. 684.

Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby akuumno on Fri Jul 08, 2011 11:19 pm

Ini baru bahan ilmiah, bahan untuk dijadikan hujah sebab ada rujukkan nota kaki...
Mana2 pihak yg mendakwa mereka adalah dijalan yg benar, orang lain adalah rosak akidah, perlu mengemukakan seperti yg tok lampiran...
Jgn sekadar ambil sepotong dia ayat Al Quran dan hadis, buat tafsiran sendiri tidak mengikut tafsiran ulama2 muktabar ASWJ... kemudian mengaku mereka ada ASWJ. :D
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2964
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Sat Jul 09, 2011 2:16 am

H: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menerima kesepakatan al-Salaf al-Shalih, khasnya kesepakatan para sahabat, sebagai rujukan agama.
Pada waktu yang sama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengiktiraf bahawa dalam beberapa persoalan tertentu,
wujud perbezaan pendapat di antara al-Salaf al-Shalih.
Maka di antara perbezaan tersebut, Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah merujuk kepada pendapat
yang paling mendekati al-Qur’an dan al-Sunnah.

Penjelasan:
Ini merupakan kedudukan pertengahan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah antara
(1) mereka yang menolak pendapat para sahabat secara mutlak dengan (
2) mereka yang menerima pendapat para sahabat secara mutlak tanpa membezakan sama ada ia disepakati atau diperselisihkan.

Pendapat generasi al-Salaf al-Shalih terbahagi kepada dua kategori:
· Pertama: Pendapat yang tidak duduk dalam wilayah ijtihad, seperti dalam perkara aqidah dan ibadah.
Pendapat kategori pertama ini menjadi rujukan selagi mana tidak ada pendapat lain daripada kalangan tokoh generasi al-Salaf al-Shalih yang menentangnya.
Ini kerana sedia dikenali bahawa al-Salaf al-Shalih adalah satu generasi yang amat berhati-hati daripada mencipta sesuatu bid‘ah dalam perkara aqidah dan ibadah.
Justeru jika mereka menyatakan sesuatu pendapat dalam perkara aqidah atau melakukan sesuatu ibadah,
ia dalam beberapa sudut tertentu memiliki asal usul daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
sekali pun mereka tidak secara jelas menyandarkannya kepada baginda.

· Kedua: Pendapat yang duduk dalam wilayah ijtihad, seperti dalam perkara fatwa, muamalat, strategi kepimpinan dan sebagainya.
Pendapat kategori kedua ini dijadikan sumber perbandingan bagi para mujtahid masa kini dalam memberi sesuatu pendapat.
Ini kerana sebagaimana tokoh generasi al-Salaf al-Shalih boleh berijtihad, maka tokoh generasi kemudian juga boleh berijtihad.
Ijtihad pada zaman al-Salaf al-Shalih mungkin tepat dan mungkin tidak tepat untuk dirujuk kepada isu zaman kini.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Sat Jul 09, 2011 2:19 am

I: Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah menerima al-Qiyas sebagai sumber dalil agama,
selagi mana ia dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat yang digariskan oleh para ulama’ Ushul al-Fiqh
dan hasilnya tidak bertentangan dengan al-Qur’an, al-Sunnah dan kefahaman al-Salaf al-Shalih.

Penjelasan:
al-Qiyas adalah memberi hukum kepada satu persoalan baru dengan menghubungkannya kepada persoalan
yang sudah sedia ada hukumnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kesamaan ‘illat (sebab) antara kedua-dua persoalan tersebut.

Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah berada di pertengahan antara
(1) mereka yang menolak al-Qiyas secara mutlak dengan
(2) mereka yang mengamalkan al-Qiyas tanpa memerhatikan syarat-syaratnya.
Terdapat dua syarat yang jarang-jarang diperhatikan ketika menggunakan al-Qiyas:
al-Qiyas tidak boleh digunakan untuk membuat ibadah yang baru. Ini kerana tidak boleh ada ibadah yang boleh menjadi “persoalan baru” dalam Islam.
Pengecualian adalah dalam faktor yang menghalang kesempurnaan ibadah,
dimana al-Qiyas boleh digunakan kerana penghalang tersebut boleh wujud dalam bentuk “persoalan baru” selari dengan peredaran zaman dan tempat.
Contoh, hukum solat di atas kenderaan moden boleh diqiyaskan kepada hukum solat di atas unta kerana ia tidak melibatkan ibadah yang baru,
cuma faktor penghalang yang baru. Kedua-duanya memiliki ‘illat yang sama, iaitu kesukaran untuk melaksanakan solat secara berdiri.
al-Qiyas tidak boleh digunakan untuk memberi hukum kepada persoalan yang sudah sedia wujud pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
al-Qiyas hanya digunakan untuk “persoalan baru”, iaitu isu-isu yang wujud selepas terhentinya wahyu al-Qur’an dan wafatnya Rasulullah.
Oleh itu sebagai contoh, tidak boleh mengqiyaskan hukum anjing dengan hukum khinzir kerana anjing sudah sedia wujud pada zaman Rasulullah dan
baginda tidak menyatakan daging anjing adalah najis sebagaimana daging khinzir.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Sat Jul 09, 2011 6:04 pm

SIAPAKAH AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMA`AH??? Dipetik dari laman web: http://bahrulkalam.blogspot.com/
Pengertian Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dari sudut istilah membentuk tiga perkataan yang
mempunyai makna yang berbeza.

1. Ahl, bermaksud keluarga, golongan atau pengikut.
2. Al-Sunnah, iaitu segala yang di ajarkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam,
maksudnya semua yang datang dari Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berupa perbuatan,
ucapan dan pengakuan baginda[1].
3. Al-Jama`ah, iaitu apa yang telah disepakati oleh para sahabat Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam pada zaman Khulafa al-Rasyidin (Khalifah Abu Bakar radiyallahu`anhu, Umar bin
al-Khatthab radiyallahu`anhu, Uthman bin `Affan radiyallahu`anhu dan `Ali bin Abi Thalib
radiyallahu`anhu). Kata al-Jama`ah ini di ambil dari hadis Nabi.

Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:.
Maksudnya: "Barangsiapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang damai di syurga,
maka hendaklah ia mengikuti al-Jama`ah".
[Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi dan al-Hakim
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Mon Jul 11, 2011 4:58 pm

Image
Terdapat beberapa istilah yang mempunyai hubungkait dengan isu perbezaan pendapat antaranya;

Al Khilaf (perselisihan pendapat),
Al Dhad (perdebatan),
Al Ikhtilaf (perbalahan).


Image

Image

Image
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Mon Jul 11, 2011 5:01 pm

Boleh dikatakan kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertengkaran dan perpecahan amat sinonim dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri.

Mereka cukop gemar memonopoli pemikiran dan tidak besedia untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit seperti inilah yang disebut sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan virus berbahaya yang sedang merebak dalam urat saraf umat Islam saat ini sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendukong Islam terdahulu.

Image

Gara-gara penyakit hati inilah maka kita dapat menyaksikan suasana umat Islam yang amat menyedihkan serta menyayat hati. Banyak masa & tenaga dihabiskan kerana asyik tertumpu pada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlombaan yang masing-masing, tak mau kalah.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Mon Jul 11, 2011 5:06 pm

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.
(Surah Hud 11 : 118-119 )

Perselisihan pendapat dan perbezaan pandangan adalah lumrah kejadian Allah. Namun ini tidak bermakna Allah menyuruh hambanya sentiasa berbalah, sebaliknya Allah memerintahkan hambanya untuk bersatu atas kebenaran.

Ungkapan terkenal tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani:

“Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.”

Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz juga tidak pernah berharap para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini karena baginya, perselisihan faham akan membuka pintu keluasan, dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeda.
(Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asarah).

Image

Image
Perbedaan pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam seandainya kita bersedia dan siap menghadapinya secara dewasa.

Image
Tetapi andaikata kita menangapinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbedaan pendapat pasti menjadi bahan bakar dan penyemarak api persengketaan yang akan membinasakan.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Mon Jul 11, 2011 6:13 pm

Apa bezanya umat dizaman nabi dan para sahabat menuntut ilmu jika dibandingkan dengan umat selepas
runtuhnya zaman kegemilangan Islam di tangan khalifah terakhir.

Apa yg.boleh dikatakan untuk zaman abad 20 dan 21 ne....kebanyakan ilmu dipelajari dari mentelaah buku2
dan kitab.Ada yg.mengikuti pendidikan tinggi dan pondok.Memasing akan beramal mengikut apa yg.diajarkan oleh
guru tanpa banyak soal.Samada guru itu sebagai modal untuk dilihat atau tidak...adalah tidak penting.

Jadi...umat akhir zaman memang pandai2 dan mengetahui pelbagai ilmu dalam agama...tapi sangat kurang
yang dapat dijadikan contoh samada perkataannya, perbuatannya,kehidupannya.Kehidupan para ilmu hari ini
telah disesuaikan dengan zaman dan corak kehidupan masa kini.

Soal zaman mungkin tak jadi masaalah kerana kita boleh mengingati Allah
dalam apa jua keadaan,...tapi soal mengubah dan menambah ajaran agar sesuai dengan zaman tu
yg.bermasaalah.

Ilmu agama diguna pada akhir zaman sudah tidak bertujuan untuk hidup akhirat tapi untuk tujuan dunia.
Apa yg.patut di tegakkan disorok atau tidak dinyatakan,...apa yg.menjadi keuntungan suatu pihak akan segera
disebarkan sebagai menghalalkan perbuatannya.

Dah tibalah masanya barisan Ahlulsunnah waljamaah bersatu dengan semangat yg.kuat dan membebaskan diri
dari cengkaman2 yang menghalang dari berkata benar.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Mon Jul 11, 2011 6:18 pm

Jangan ler kita tiru klaku puak2 Ghulu' seumpama Khawarij serta Syiah yg.sanggup mengkafirkan para sahabat serta isteri2 Rasulullah saw yang diridhoi oleh Allah, yang didalam Al-Qur'an telah dijelaskan sifat-sifatnya, bahawa mereka orang yang paling keras kepada golongan Kuffar.

Allah SWT menjadikan golongan Kuffar sangat benci kepada mereka. Allah meridhoi mereka dan disamping telah menjadi ketetapan hukum didalam syariat Islam yang suci, bahawa barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia telah kafir, sebagaimana tersebut di dalam Bukhori, Muslim dan lain-lainnya.

Disebutkan di dalam kitab المقاصد الحسنة oleh Al-Imam Al-Sakhawi Radhiyallahuanhu: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Baihaqi di dalam kitab المدخل dengan sanad yang منقطع yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Abbas Radiyallahu 'Anhuma dengan lafaz:

إن أصحابى بمنزلة النجوم فى السماء فأيها أخذتم به اهتديتم و اختلاف أصحابى لكم رحمة

Maksudnya: Sesungguhnya kedudukan para sahabat aku adalah seumpama bintang-bintang di langit(yang menunjukkan arah kepada yang tersesat). Mana-mana sahabatku yang kamu ikuti maka kamu akan mendapat hidayah (petunjuk). Perbezaan pandangan di kalangan sahabatku adalah rahmat kepada kamu semua.

Hadis ini diriwayatkan oleh ramai para ulama terkemuka hadis. Antaranya ialah Al-Imam Thabrani dan Al-Dailami dengan lafaz yang sama(terdapat rawi yang Dhoif pada sanadnya). Begitu juga Al-Imam Al-Zarkasyi dan Ibn Hajar di dalam اللآئى menyandarkan hadis tersebut kepada Nasr Al-Maqdisi di dalam الحجة dengan secara مرفوع (menyandarkan kepada baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam) tanpa memberikan sebarang komen terhadap sanadnya. Ramai lagi para ulama yang membicarakan hadis ini di dalam kitab-kitab mereka. Antaranya ialah Ibn Hajib di dalam kitabnya المختصر, Al-Hulaimi, Al-Qadhi Hussain, Imam Al-Haramain dan lain-lain para ulama yang muktabar radiyallahu anhum.

Image
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Mon Jul 11, 2011 6:30 pm

Ada diriwayatkan pernah seorang munafik bertanya secara sinis kpd.Syaidina Ali semasa beliau menjadi khalifah.

"Yaa.. Amirul Mukminin, kenapa semasa Tuan menjawat jawatan khalifah, banyak berlaku pemberontakan di sana sini."

Syaidina Ali pon menjawab secara spontan lagi ringkas;

" Sebelum Aku, orang mcm. aku bilangannya ramai dan orang mcm.dikau adalah sedikit.
Tapi masa sekarang, orang mcm. Aku sedikit bahkan orang mcm.dikau telah ramai bilangannya."


WALLAHUA'LAM.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Mon Jul 11, 2011 8:22 pm

Apatah lagi pada abad 21 ne....orang berilmu ramai dan yang mengamalkan ilmu sedikit.
Ilmu sebagai paspot mendapat tempat dalam kehidupan sedangkan amal berbentuk fardhu kifayah
sedikit orang perjuangkan.Kerana fardhu kifayah ne tak banyak upah dan keuntungan segera sebaliknya
kena keluar modal sendiri nak usahakan.

Yang ada hanya usaha kecil kecilan sebagai memenuhi permintaan setempat dan diusahakan oleh
orang2 yg.mempunyai kesedaran dan tanggung jawab agama.Umat islam lebih rela menyumbang
dana,menderma,menyokong daripada mereka bersama sama membantu dalam usaha, bersama sama
merasai bertapa beratnyanya kerja yg.ditanggung selain dari kekurangan yang ada di pihak pengusaha
amal kebajikan.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby akuumno on Mon Jul 11, 2011 9:53 pm

ABU SIRR wrote:Jangan ler kita tiru klaku puak2 Ghulu' seumpama Khawarij serta Syiah yg.sanggup mengkafirkan para sahabat serta isteri2 Rasulullah saw yang diridhoi oleh Allah, yang didalam Al-Qur'an telah dijelaskan sifat-sifatnya, bahawa mereka orang yang paling keras kepada golongan Kuffar.

Allah SWT menjadikan golongan Kuffar sangat benci kepada mereka. Allah meridhoi mereka dan disamping telah menjadi ketetapan hukum didalam syariat Islam yang suci, bahawa barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia telah kafir, sebagaimana tersebut di dalam Bukhori, Muslim dan lain-lainnya.

Disebutkan di dalam kitab المقاصد الحسنة oleh Al-Imam Al-Sakhawi Radhiyallahuanhu: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Baihaqi di dalam kitab المدخل dengan sanad yang منقطع yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Abbas Radiyallahu 'Anhuma dengan lafaz:

إن أصحابى بمنزلة النجوم فى السماء فأيها أخذتم به اهتديتم و اختلاف أصحابى لكم رحمة

Maksudnya: Sesungguhnya kedudukan para sahabat aku adalah seumpama bintang-bintang di langit(yang menunjukkan arah kepada yang tersesat). Mana-mana sahabatku yang kamu ikuti maka kamu akan mendapat hidayah (petunjuk). Perbezaan pandangan di kalangan sahabatku adalah rahmat kepada kamu semua.

Hadis ini diriwayatkan oleh ramai para ulama terkemuka hadis. Antaranya ialah Al-Imam Thabrani dan Al-Dailami dengan lafaz yang sama(terdapat rawi yang Dhoif pada sanadnya). Begitu juga Al-Imam Al-Zarkasyi dan Ibn Hajar di dalam اللآئى menyandarkan hadis tersebut kepada Nasr Al-Maqdisi di dalam الحجة dengan secara مرفوع (menyandarkan kepada baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam) tanpa memberikan sebarang komen terhadap sanadnya. Ramai lagi para ulama yang membicarakan hadis ini di dalam kitab-kitab mereka. Antaranya ialah Ibn Hajib di dalam kitabnya المختصر, Al-Hulaimi, Al-Qadhi Hussain, Imam Al-Haramain dan lain-lain para ulama yang muktabar radiyallahu anhum.

Image


Ni satu lagi bahan ilmiah... ada bahan rujukan, boleh kita merujuk, betul ke tidak hadis ni... kemudian ditarjihkan oleh siapa.
Kalau kita main balun satu hadis, kemudian kita tafsir sendiri, berat la... :D

Ada golongan yg mengaku ASWJ, tetapi hentam para sahabat nabi...
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2964
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Mon Jul 11, 2011 11:08 pm

Majoriti umat Islam di Malaysia telah berabad-abad lamanya menerima dan mengamalkan Islam
berasaskan pendekatan aliran Ahli Sunah Waljamaah hingga menjadi begitu dominan dan berwibawa.
Hakikat ini telah menjadikan Malaysia malah rantau ini paling seragam dalam pegangan akidah, amalan syariah.
berbanding dengan masyarakat Islam di rantau lain.
Pendekatan Ahli Sunah oleh masyarakat Islam di Malaysia dalam aspek akidah dan kepercayaan ialahfahaman dan aliran Asyairah dan Maturidiah.
Aliran Asyairah yang diasaskan oleh Abu Hasan bin Ismail Asyaari (260H - 330H)
dan aliran Maturidiah diasaskan oleh Abu Mansur Muhammad bin Muhammad Maturidi (w. 333H.).
Imam Abu Hasan hidup dan berjuang di sekitar Asia Barat, khususnya Iraq, Syria, Mesir
manakala Imam Abu Mansur di Asia Tengah bermastautin di Samarkand,
Uzbekistan.Kekukuhan pegangan masyarakat Islam dalam akidah Islam kepada kedua-dua aliran di atas dapat dilihat dari aspek berikut:

1. Pegangan dan amalan masyarakat Islam.
2. Pengajian dan pendidikan.
3. Pentadbiran undang-undang Islam dan penguatkuasaannya.

Masyarakat Islam akan merasa ganjil dan resah apabila terdapat aliran lain yang berbeza daripada
apa yang telah mereka anuti menyelinap masuk atau cuba melebarkan pengaruhnya.
Akidah Islam merupakan aspek yang tetap tidak berubah walaupun masyarakat dan situasi berubah.
Ini berbeza dengan aspek Syariah yang bersifat murunah (anjal).
Faktor penting dalam pengajian dan pendidikan akidah Islam ialah kitab yang diguna dan dijadikan rujukan oleh sesebuah institusi.
Dalam konteks ini kekuatan pegangan masyarakat Islam Malaysia kepada aliran Asyairah dan Maturidiah dapat dilihat menerusi
kitab akidah yang menjadi bahan pengajian dan sumber rujukan sama ada di institusi pengajian formal yang menawarkan
pengajian Islam atau di institusi tidak formal seperti pengajian halaqah diAhli Sunah Satu Pemahaman Semula masjid, atau surau.
Keseluruhannya menggunakan kitab berorientasikan aliran Asyairah dan Maturidiah yang ditulis sendiri oleh tokoh-tokohnya,
baik dalam bahasa Melayu, Arab atau terjemahan.
Sementara kitab dalam aliran lain tidaklah banyak atau popular kecuali bagi tujuan kajian penyelidikan.
Kitab yang tersenarai dalam Jadual 1 dan 2 telah bertapak kukuh dalam sistem pengajian dan pendidikan Islam di negara
ini bermula daripada sistem pengajian pondok hinggalah kepada sistem yang lebih teratur dan tersusun seperti di Sekolah agama,
Kolej dan Universiti. Begitu juga dalam pengajian dan pendidikan tidak formal bagi orang awam.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Mon Jul 11, 2011 11:11 pm

E n a k m e n P e n t a d b i r a n U n d a n g - u n d a n g I s l a m d a n P e n g u a t k u a s a a n –

Perkara yang berkait dengan agama Islam
adalah di bawah kuasa Raja-raja dan Kerajaan Negeri di Malaysia.
Kebanyakan enakmen Kerajaan Negeri dan Wilayah banyak
memberi tumpuan pada kesalahan Jenayah Syariah selain daripada
pentadbiran, institusi fatwa, penubuhan mahkamah Syariah,
pendakwaan, pentadbiran masjid, tatacara pemelukan agama Islam,
pendidikan agama Islam dan undang-undang keluarga Islam.
Walau bagaimanapun dalam bidang akidah tidak terdapat
undang-undang yang jelas, khusus dan terperinci. Bagi Negara
Brunei pegangan dan amalan menurut Ahli Sunah adalah jelas
dan dinyatakan di dalam Perlembagaan Negara Brunei. Agama
rasmi bagi Negeri ialah agama Islam menurut Ahli Sunah
Waljamaah, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya
(Perlembagaan Negeri Brunei 1959). Namun demikian di Malaysia
jika dilihat pada institusi fatwa dan Mahkamah Syariah pendapat
yang dipakai dan menjadi hujah pada lazimnya ialah qaul
muktamad dalam mazhab Syafii. Jika tidak terdapat di dalam
Mazhab Syafii atau boleh membawa kepada keadaan yang
berlawanan dengan kepentingan awam maka qaul muktamad
mazhab Hanafi, mazhab Maliki atau mazhab Hanbali boleh
dipakai.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Tue Jul 12, 2011 12:43 am

Pendidikan Islam berkait rapat dengan penyebaran Islam di rantau Alam Melayu. Ia telah melahirkan satu fenomena masyarakat baru yang mempelajari ilmu yang bermula dengan ilmu asas Islam, iaitu ilmu Akidah, Fiqh dan Tasawuf.

Pada peringkat awal, pendidikan Islam di Malaysia berjalan atas inisiatif individu yang banyak digerakkan oleh para ulama. Usaha mereka telah melahirkan banyak pusat-pusat pengajian Islam yang dikenali dengan berbagai-bagai nama. Di antaranya, “langgar” yang digunakan di utara Semenanjung Tanah Melayu, “madrasah” yang digunakan di pantai barat Semenajung dan “pondok” yang banyak digunakan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran pula, pendidik silam di Tanah Melayu menggunakan metod membaca sebuah kitab secara terperinci. Metod ini telah melahirkan pelajar yang menguasai ilmu secara terperinci (halaman demi halaman), dari perkara pokok hingga kepada segala persoalan cabang. Dalam pemilihan kitab pula, pendidik atau guru akan memilih kitab yang mempunyai kewibawaan (autoriti) dalam setiap bidang .

Sebelum lahir teknik pecetakan kertas untuk menghasilkan buku, metod ini telah menghasilkan satu gaya manuskrip Melayu yang mempunyai catatan tepi teks asal manuskrip. Walau bagaimanapun, metod membaca sebuah kitab secara terperinci ini berterusan untuk beberapa kurun.

Metod seterusnya yang digunakan ialah metod hafazan. Dasar penggunaan metod ini ialah amalan yang dilakukan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah saw pada setiap bulan Ramadan. Malaikat Jibril akan mendengar firman-firman Allah yang dihafaz oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw pula menyampaikan firman-firman tersebut kepada para sahabat sesuai dengan masalah dan peristiwa yang dihadapi. Kemudian, para sahabat disarankan supaya menghafaz firman Allah tersebut.

Oleh kerana jumlah para sahabat2 amat terhad, terutamanya setelah berlakunya penyebaran Islam keseluruh Semenanjung Tanah Arab dan di luar wilayah ini menyebabkan lahir beberapa inisiatif untuk membukukan firman-firman Allah. Inisiatif ini merupakan ijtihad Sayyidina Uthman Ibn Affan, selaku seorang sahabat . Hasilnya, firman-firman Allah di tulis, dikumpul dan dibukukan menjadi satu mashaf. Ia dikenal dengan mashaf Uthmaniyy.

Di samping itu, Ibn Khaldun menegaskan metod hafazan ini di dalam kitab Muqaddimah beliau dengan katanya:

“Kebiasaan berbahasa adalah diperoleh dengan banyak menghafaz. Kualiti yang baik daripada kebiasaan berbahasa adalah hasil dari kualiti yang baik daripada bahan yang dihafaz.”


Dalam pelaksanaan metod ini, para pelajar dikehendaki menghafaz kaedah atau formula dalam sesuatu bidang ilmu. Di samping itu, metod ini digunakan sesuai dengan pepatah Arab yang bermaksud:

“Ilmu itu tersemat di dada, bukan (hanya tertulis) di dalam kitab”
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Tue Jul 12, 2011 12:58 am

Pemikiran Kritis Menurut Islam ??? :kenyit:
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Tue Jul 12, 2011 2:03 am

Mungkin kemajuan2 yang dicapai abad 21 ini telah menjadikan umat islam tidak mempratikkan kaedah
zaman2 terdahulu.Semua ilmu agama tak perlu dihafal sebaliknya cukup saja tersimpan dalam kitab2.
Alquran dan hadith sudah tidak perlu di hafal kerana segalanya telah tertulis.Bila mana ada pemasaalahan...
kerja yg.mudah adalah membuka buku dan bacakan saja hadith atau serahkan saja pada pihak yang arif
selesaikan.

Sebab itu umat akhir zaman terutama gulongan muda tidak berani untuk menegur kesilapan terutama
soal feqah kerana mereka masih ragu2 atau tidak mempunyai hujah nas dan dalil.Yang melakukan
kesilapan dalam amal juga tidak dapat menyedari kesilapan kerana tidak rajin mendalami ilmu.

Gulongan yang masuk aliran tarikat juga kebanyakan tidak mempunyai ilmu2 asas dalam beragama
dan akhirnya mereka dipengaruhi ajaran2 dan fahaman yang diluar pembawaan ahli sunnah waljamaah.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Tue Jul 12, 2011 3:12 pm

ABU SIRR wrote:Pemikiran Kritis Menurut Islam ??? :kenyit:


Istilah ‘pemikiran kritis’ adalah suatu istilah yang banyak disebut oleh para ilmuwan sejak mutakhir ini. Banyak kursus pengajian di Universiti tempatan yang memasukkan subjek-subjek pemikiran kritis dengan tujuan untuk melahirkan graduan universiti yang mampu berfikir secara kritis. Istilah pemikiran kritis telah diberikan beberapa definisi oleh pelbagai pihak, khususnya tokoh-tokoh sarjana Barat.

Berfikir secara kritis dari segi konsepnya melibatkan jaringan makna seperti berfikir secara serius, berfikir secara mendalam bagi membuat sebarang pertimbangan, membuat analisis, sintesis dan penilaian teliti terhadap sesuatu untuk memutuskan sama ada sesuatu itu patut diterima atau ditolak, berfikir secara melihat masalah dari berbagai-bagai dimensi, juga berfikir secara cekap bagi menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea/hujjah/pandangan.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Tue Jul 12, 2011 3:50 pm

Begitu juga dengan usaha untuk memahami sesuatu isu atau perkara yang dibincangkan atau dihadapi, mencari jalan-jalan penyelesaian, menilai beberapa jalan penyelesaian itu dan memilih yang terbaik, membuat rancangan untuk melaksanakannya seterusnya melaksanakan perancangan itu dan akhirnya menilai sama ada ianya berkesan atau tidak.

Dalam bahasa Arab terdapat istilah ‘al-fikr al-naqdi’ yang boleh dikaitkan dengan konsep ini. Istilah ini
bermaksud;

“Pemikiran yang mampu melihat kekurangan, kesilapan dan keaiban yang terdapat pada sesuatu amalan, kalaupun pemikir tersebut tidak mampu mengemukakan pandangan alternatif bagi menggantikan pandangan yang dikritiknya”

Bukan hanya kemukakan slogan solusi umum jerk umpama "Kembalilah kpd.Al Quran & Sunnah".

Ringkasnya pemikiran kritis adalah kecekapan, kecerdasan dan keupayaan minda manusia untuk menilai sesuatu gagasan idea, hujah, pemikiran dan pendapat yang diterima oleh seseorang. Seseorang pemikir kritis bukan secara mudah menerima sesuatu perkara, tanpa melalui proses tapisan, penyaringan dan pertimbangan-pertimbangan yang antaranya mengambil kira persoalan benar atau salahnya fakta tersebut itu.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby ABU SIRR on Wed Jul 13, 2011 11:41 am

abu_sirr wrote:Berpikir Secara Mendalam

Image

Image

Banyak yang beranggapan bahawa untuk "berpikir secara mendalam", seseorang perlu memegang kepala dengan kedua telapak tangannya, dan menyendiri di sebuah ruangan yang sunyi, jauh dari keramaian dan segala urusan yang ada. Sungguh, mereka telah menganggap "berpikir secara mendalam" sebagai sesuatu yang memberatkan dan menyusahkan. Mereka berkesimpulan bahawa pekerjaan ini hanyalah untuk kalangan "filosof".

Padahal, sebagaimana telah disebutkan dalam pendahuluan, Allah mewajibkan manusia untuk berpikir secara mendalam atau merenung. Allah berfirman bahwa Al-Qur'an diturunkan kepada manusia untuk dipikirkan atau direnungkan:

"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan (merenungkan) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran" (QS. Shaad, 38: 29).

Yang ditekankan di sini adalah bahawa setiap orang hendaknya berusaha secara ikhlas sekuat tenaga dalam meningkatkan kemampuan dan kedalaman berpikir. :idea: :idea: :idea:


Sat lagik kang mesti ada yg. FENIN.. Huhuu.. :gelak: :gelak: :gelak:
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: AHL AL-SUNNAH WA AL-JAMAAH

Postby Tok Syam on Wed Jul 13, 2011 2:38 pm

Patah pingang keldai mengikut tuan yang mempunyai banyak kitab...berbakul bakul
diusung sana sini.

Rasanya perlu satu perbendaharaan yang terpelihara bagi merujuk hadith sahih atau
menyenaraikan keputusan2 yang telah dibincangkan oleh ulama2 ahli sunnah seluruh dunia
mengenai suatu isu....siap dengan index.

Jadi bila umat islam ada masaalah terus rujuk pada perbendaharaan...tak payah nak tunggu
ulama2 atau ustaz nak syarah.

La ne zaman dah canggih...tak pakai buku.Lagi pun nak selak buku untuk pencarian memang
meletihkan.Lepas tu siap ada cop pengesahan ulama terkini tentang hadith2 sohih.

Ini hal kena suruh khalifah abad 21 laaa.... :D
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Next

Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest