by sukma on Fri Aug 02, 2002 7:22 am
Masa mula-mula masuk BicaraMuslim dulu, sukma pun ada buat posting yg mendapat byk reaksi negatif. Walaupun niat sukma baik, tetapi cara sukma tu memang mengundang kontroversi.Itu sukma akui kebodohan sukmalah puncanya. namun begitu sukma belajar dari hal tersebut. Sepatutnya, kalaulah sukma ni betul2 sedare sesama Islam, sukma patut PM orang yg buat posting tu bertanyakan kenapa ia post sesuatu yg begitu dan beri nasihat yg sepatutnya. Bukan memalukan dia di pablik.Dia nak terima atau tak, terpulanglah. Pada pendapat sukma, kadang2 seseorang itu terlalu ghairah menceritakan pengalamannya bila ia mendapat atau belajar sesuatu yg baharu. Kadang2 ia tak sedar itu cuma permainan fikirannya saja. Tetapi sebab forum disini tidak menghalang posting2 yg sebegitu, apa nak dikata. Sukma yakin Serai berniat baik dalam memberi pendapat, cuma penerimaan masing2 berbeza spt berlaku pd sukma dahulu. Yg respon pun rasa sukma begitu juga. Pada pendapat sukma, apa2 yg tertulis disini, betul atau salah adalah permulaan ilmu sahaja. Yg betul ambil lah sebagai tauladan kearah kebaikkan dan yg salah juga sebagai tauladan kearah kebaikkan juga. maksudnya yg tak betul dijadikan sempadan supaya tak berlaku kpd kita. Al Quraan pun memberi peringatan melalui hal2 yg baik2 spt balasan pahala dan hal2 yg kita rasa takut spt balasan neraka. Bila mendapat kebaikkan dari penulisan disini, belum bernama ilmu kecuali diamalkan. Itu pun baru first step. Bila amal sungguh2, diizinkan Tuhan mendapat rasa amalan itu, kemudian sudah rasa mendapat keyakinan. Keyakinan pun ada tingkatan2 nya. Semoga kita diberikan semua ini oleh Tuhan. Jadi, kesimpulannya, tanya diri sendiri apa sebab masuk BicaraMuslim, jika mencari yg Haq,InsyaAllah Tuhan beri yg haq, jika lain yg dicari,itu yg dapat. Bukan kah segala sesuatu itu bermula dgn Niat. Maaflah jika tulisan sukma ini masih lagi berbau kontoversi, sukma sudah cuba sedaya-upaya agar ianya tidak menyinggung sesiapa. Ya Allah, itu saja yg aku terdaya.