Mari Belajar Menterjemah Al Quran Secara Harfiah

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Mari Belajar Menterjemah Al Quran Secara Harfiah

Postby Taiko on Thu Feb 28, 2002 2:27 pm

A’kum wbkt buat semua sahabat BMC yg dikasihi :senyum:

Di atas ribaan Taiko skang nie adalah Kitab Terjemah Al Quran Secara Lafzhiyah – Jilid 1 yg Taiko ngaji 2 taun yg lalu. Di dalam pengajian ini, sahabat² semua akan lebih mudah faham secara tersurat setiap kali membaca Al Quranul Karim. Dan setiap itu lah juga sahabat² semua kena hafal setiap makna pada setiap patah perkataan dalam satu ayat Al Quran (huhhh…Taiko sampai laa ni masih dok kat Surah Al Baqarah aje :gigi:).

Pada masa yg sama,Taiko akan selitkan sikit tatabahasa Arab..kerana pengajian ini saling berkait rapat drp segi fi’il(verb), isim(noun) dan huruf(prepositions) …terutama sekali bab fi’il yg sememangnya begitu banyak cabang lagi menyabarkan diri ini:senyum:
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 11:06 am, edited 4 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Thu Feb 28, 2002 2:33 pm

Kalau boleh…sahabat semua bersama² Al Quran dan Terjemahannya sekali bagi memudahkan pembelajaran :senyum: ini.
Baiklah …mari kita mulakan bersama-sama yer…. :senyum:


Surah Al Fatihah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Image
i) bismi = bi + ismi = dengan + nama = dengan nama
ii) Allãhi = Allah
iii) ar-rahmãni = Maha Pemurah
iv) ar-rahìmi = Maha Penyayang


Image
i) Alhamdu = segala puji
ii) lillahi = li +llahi = bagi Allah
iii) rabbi = Tuhan
iv) al-‘ãlamìna = semesta alam


Image
i) Arrahmãni = Maha Pemurah
ii) Ar-rahìmi = Maha Penyayang


Image
i) Mãliki = yang memiliki
ii) yaumi = hari
iii) ad-dìni = pembalasan


Image
i) Iyyaka = Iyya + ka = hanya/akan + engkau = akan engkau
ii) na’budu = na + a’budu = kami sembah
iii) wa iyyaka = wa + iyya + ka = dan + hanya/akan + engkau = akan engkau
iv) nasta ‘ìnu = na + asta ‘ìnu = kami + minta pertolongan = kami minta pertolongan


Image
i) ihdina = ihdi + na = tunjukki + kami = tunjukki kami
ii) as-sirãta = jalan
iii) al-mustaqìma = lurus/benar


Image
i) Sirãta = (iaitu)jalan
ii) al-lazìna = segala yang /org² yang
iii) an ‘amta = an ‘am + ta = telah diberi nikmat oleh + Engkau = telah Engkau beri nikmat
iv) ‘alaihim = atas mereka
v) ghairi = bukan
vi) al-maghdhùbi = org² yg dimurkai
vii) ‘alaihim = atas mereka
viii) walad-dhãllìn = wa + la + ad-dhãllìna = dan + tidak + org² yg sesat = dan tidak org² yg sesat.


(Insya Allah bersambung lagi…)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 11:15 am, edited 3 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby prof_a'watif on Thu Feb 28, 2002 4:18 pm

Assalamualaikum..

Bagus atas usaha nii....tapi..cadangan prof la..kalau..ayat2 quran tu ditulis dalam bahasa arab dan terjemahan ditulis dalam melayu lagi cantik..sebab kita dapat bezakan antara huruf latin dan huruf Arab...kerana quran diturunkan dalam bahasa Arab dan setiap satunya mempunyai i'jaz.Dan utk mengelakkan daripengeliruan kerana ia adalah suatu menda yang di usahakan oleh orentalis supaya quran di tulis dalam bahasa latin..apa2 pun ayat quran kalau tak boleh tulis dalam bahasa Arab tulis terjemahan sahaja...:senyum:
prof_a'watif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 574
Joined: Fri Dec 07, 2001 8:00 am
Location: sg.ramal dalam

Postby Taiko on Thu Feb 28, 2002 11:46 pm

w'kumsalam wbkt prof_a'watif ... :senyum:

cadangan prof la..kalau..ayat2 quran tu ditulis dalam bahasa arab dan terjemahan ditulis dalam melayu lagi cantik..sebab kita dapat bezakan antara huruf latin dan huruf Arab...kerana quran diturunkan dalam bahasa Arab dan setiap satunya mempunyai i'jaz


Terima kasih di atas cadangan prof tu... sememangnya Taiko nak buat Ayat Quran dlm bahsa Arab ...tapi apalah daya Taiko ... sebab dlm internet ni banyak hadnya ... semuanya telah didefaultkan :senyum:


Dan utk mengelakkan dari pengeliruan kerana ia adalah suatu menda yang di usahakan oleh orentalis supaya quran di tulis dalam bahasa latin..


Hmmm...
Dalam hal nie...memang Taiko tak berniat langsung lah nak melatinkan ayat Quran. Itu sebab Taiko menyarankan agar setiap sahabat yg ikuti pengajian ini mesti bersama² Quran + Terjemahannya ...sebagai paparan sebenar. Dan Taiko di sini sebagai pemberi panduan dlm pembelajaran ini secara siber... :senyum:


apa2 pun ayat quran kalau tak boleh tulis dalam bahasa Arab tulis terjemahan sahaja


Ahahhh!!..Ini adalah satu perkara mustahil utk Taiko ngajo kat sini...sebab... kalau buat terjemahan saja ... kita takleh nak keep track perkataan yg mana yg nak di harfiahkan :senyum:
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 11:17 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Fri Mar 01, 2002 12:47 pm

Insya Allah… hari ini kita mulai perlahan² dengan surah Al-Baqarah ayat 1-2 :senyum:
Sedia yer sahabat semua…dengan kitab masing² :senyum: ...tarik nafas... lepassss :senyum:... ulang semula ...tarik nafassss ... :senyum: lepasss ... :senyum:


Surah Al Baqarah(Sapi Betina)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Image
Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang


Image
(Allah lebih Maha Mengetahui akan maksudnya )


Image
i) Zalika = itu
ii) al-kitãbu = Kitab
iii) = tiada
iv) raiba = keraguan
v) fìhi = fi + hi = didalam + nya = didalamnya
vi) hudan = satu petunjuk
vii) lilmuttaqìna = li + almuttaqìna = bagi + org² takwa = bagi org² takwa


(Insya Allah bersambung lagi…) –2
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 11:20 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Nur_An_Nur on Fri Mar 01, 2002 1:19 pm

:senyum:
never ask for things to be easier..ask yourself to be better!
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Postby Taiko on Sat Mar 02, 2002 12:43 pm

isyhhh..isyhhhh…si Nur nie… dari tadi asyik senyum jek … :senyum: Suspen lak Taiko dibuatnye....tapi takper…takper…asalkan bahgia… :senyum:

Seterusnya Surah Al-Baqarah : 3. Buka kitab yer sahabat² semua… :senyum:
Saper yg dah ngantuk tu …gi la cecepat amik ayo …utk ilangkan rasa ngantuk …pas abis ayat ni…korang tido sesangat ler.. :senyum:

Image

i) al-lazìna = iaitu segala yang
ii) yu’minùna = mereka beriman
iii) bilghaibi = bi + al-ghaibi = dengan + yg ghaib = dengan yg ghaib
iv) wa yuqìmùna = wa + yuqìmùna = dan + mereka mendirikan = dan mereka mendirikan
v) as-solãta = solat/akan solat
vi) wamimmã = wa + mimmã = dan + drp apa yg = dan drp apa yg
vii) rozaqnã hum = rozaqnã + hum = telah diberi rezeki oleh Kami + akan mereka = telah diberi rezeki oleh Kami akan mereka/telah kami beri rezeki mereka
viii) yuñfiqùna = mereka belanjakan


(Insya Allah bersambung lagi…) –3
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 11:24 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Sun Mar 03, 2002 12:53 pm

Image Baiklah sahabat² semua…Taiko harap semuanya telah pun mulai familiar dgn perkataan² yg berulang² … :senyum: dan sememangnya banyak perkataan² dlm Al Quran itu akan berulang² :senyum:
Secara tak langsung… mudah utk kita ingat + faham setiap kali membaca di surah² lain :senyum:…Once kita dah ingat satu perkataan tu…maka applykan juga pada ayat² yg lain..
Sedia yer semua ngan kitab ..? :senyum: …kali ini ke Surah Al-Baqarah : 4.


Image

i) Wallazìna = wa + al-lazìna = dan + segala yg = dan segala yang
ii) yu’minùna = mereka beriman
iii) bimã = bi + mã = dgn + apa yang = dgn apa yang
iv) uñzila = telah diturunkan ia
v) ilaika = ila(i) + ka = kepada + engkau = kepada engkau
vi) wamã = wa + mã = dan + apa yang
vii) uñzila = telah diturunkan ia
viii) miñqoblika = min + qoblu + ka = drp + sebelum + engkau/mu = drp sebelum engkau
ix) wabil ãkhirati = wa + bi + al-ãkhirati = dan +dgn + akhirat = dan dgn akhirat
x) hum = meraka
xi) yùqinùna = mereka yakin

(Insya Allah bersambung lagi…) – 4
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:33 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Tue Mar 05, 2002 12:34 pm

Image Seterusnya di Quran + Terjemahannya …Surah Al-Baqarah : 5:senyum:

Image

i) Ulã`ika = mereka itu/org² itu
ii) ‘alã hudan = ‘alã + hudan = atas + petunjuk = atas petunjuk
iii) mirrabbihim = min + rabbi + him = daripada + Tuhan + mereka = drp Tuhan mereka
iv) wa ulã`ika = wa + ulã`ika = dan + mereka itu/org² itu = dan mereka itu
v) humu = mereka(lah)
vi) al-muflihùna = org² yg beroleh kemenangan/keuntungan


(Insya Allah bersambung lagi…) – 5
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:38 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Wed Mar 06, 2002 12:56 pm

Untuk pengajian hari ini… Taiko akan sentuh sedikit tentang Tatabahasa :senyum: …sebagaimana ustaz Taiko pernah ngajo dedulu.. :senyum:

Spt yg sahabat semua sedia maklum …

Fi’il terbahagi kepada 4 iaitu
i) Fi’il Madhi – Kata koje yg Sudah berlaku
ii) Fi’il Mudhori’ – Kata koje yg Sedang dan Akan berlaku
iii) Fi’il Amri – Kata koje Suruh
iv) Fi’il Nahi – Kata koje Larang


Image i) Fi’il Madhi -> perkataan itu akan menjadi makne telah di (fi’il) oleh (dhomir). Cth:-
- an’ama = telah di beri nikmat oleh ia
- an’amtu = telah di beri nikmat oleh aku
- an’amnã = telah di beri nikmat oleh kami

Lazimnya, tanda maklum adalah berbaris atas :senyum:

Image

Image ii) Fi’il Mudhori’ -> perkataan itu akan menjadi makne (dhomir) sedang/akan(kekadang tak sebut pun) (fi’il). Cth:-

- yan’imu = ia sedang/akan memberi nikmat
- an’imu = aku sedang/akan memberi nikmat
- nan’imu = kami sedang/akan memberi nikmat
- tan’imu = engkau sedang/akan memberi nikmat

Lazimnya, tanda maklum adalah dgn adanya alif(aku), nun(kami), ya(ia), ta(engkau) atau ustaz kata ANAYTU …didepan perkataan :senyum:

Image


(Insya Allah bersambung tatabahasa lagi…)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:42 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Thu Mar 07, 2002 12:26 pm

Imageiii) Fi’il Amri -> perkataan itu akan menjadi makne (fi’il) lah oleh dhomir. Cth:-

- an’im = beri nikmat lah oleh engkau
- an’imã = beri nikmat lah oleh kamu berdua
- an’imù = beri nikmat lah oleh kamu semua

Image


Imageiv) Fi’il Nahi -> perkataan itu akan menjadi makne jangan (dhomir) fi’il. Cth:-

- la tan’im = jangan kamu beri nikmat
- la tan’imã = jangan kamu berdua beri nikmat
- la tan’imù = jangan kamu semua


Image


Jadi… Taiko harap sahabat² semua pegang konsep ini betul² …dan ulangkaji konsep ini dari Fatihah + Al Baqarah 1-5 .. besok…Taiko akan soal sorang² :senyum:

(Insya Allah bersambung lagi..)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:52 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Fri Mar 08, 2002 12:16 pm

Di sini…Taiko ada satu soklan utk sahabat² semua…
Taiko petik drp soklan ustaz Taiko dulu … yg berbunyi spt berikut :senyum: :-

Image bagi perkataan ja’ala bagi dhomir anta
Apakah Fi’il Madhi, Fi’il Mudhori’, Fi’il Amri dan Fi’il Nahi nye?
..err …ada sesaper yg ingin mencuba? :senyum: Kalau salah tak ape…kita perbetulkan bersama² :senyum:

(Insya Allah bersambung lagi..)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:55 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Sat Mar 09, 2002 11:51 am

mekasih limau :senyum: …bantuanmu kukenang sampai bila² :senyum:
_________________________________________


Sahabat² semua…kita sambung kembali dgn buka kitab kita di Surah Al Baqarah : 6 :senyum:

Image


i) Innal lazìna = Inna + al-lazìna = Sesungguhnya + segala yang = Sesungguhnya segala yang
ii) kafarù = telah kufur mereka /(mereka) kafir
iii) sawã`un = sama sahaja
iv) ‘alaihim = ‘ala(i) + him = atas + mereka = atas mereka
v) a`añzartahum = apakah telah diperingatkan oleh engkau akan mereka / apakah engkau peringatkan mereka
vi) am lam = am + lam = atau tidak
vii) tuñzirhum = engkau peringatkan akan mereka / engkau peringatkan mereka
viii) lã yu’ minùna = la + yu’minùna = tidak + mereka beriman = tidak mereka beriman



(Insya Allah bersambung lagi…) – 6
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:57 am, edited 3 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Tue Mar 12, 2002 12:00 pm

Sahabat² semua :senyum: …tarik nafas pepanjang :senyum:…lepasss…. :senyum: . Dongakkan kepala ke atas … kiri …. kanan ..dan bawah :senyum: ….
Sambungan yg seterusnya di Surah Al Baqarah : 7 :senyum: .


Image


i) khatama = telah menutup ia
ii) Allahu = oleh Allah
iii) ‘alã qulùbihim = ãla + qulùbihim = atas + hati² mereka = atas hati² mereka
iv) wa ‘alã sam’ihim = wa + ‘alã + sam’ihim = dan + atas + pendengaran mereka = dan atas pendengaran mereka
v) wa ‘alã absãrihim = wa + ‘alã + absãrihim = dan + atas + penglihatan mereka
vi) ghisyãwatun = ada tutupan / tutup
vii) walahum = dan bagi mereka
viii) ‘azãbun = siksaan
ix) ’azìmun = yang berat / besar



(Insya Allah bersambung lagi…) - 7
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 9:58 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Wed Mar 13, 2002 11:50 am

Baiklah sahabat semua :senyum: …kita teruskan pengajian kita di Surah Al Baqarah : 8 :senyum: .

Image

i) waminannãsi = wa + min + annãsi = dan + daripada(sebahagian) + manusia = dan daripada(sebahagian) manusia
ii) man = (ada)orang yang
iii) yaqùlu = ia berkata
iv) ãmannã = telah beriman kami
v) billãhi = dengan Allah
vi) wabil yaumi = wa + bi + al-yaumi = dan + dengan + hari akhirat = dan dengan hari akhirat
vii) wamãhum = wa + mã + hum = dan(walhal) + tidak + mereka = dan(walhal) tidak mereka
viii) bimu’minìna = org² yg beriman


(Insya Allah bersambung lagi …) –8
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:03 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Thu Mar 14, 2002 12:46 pm

Selanjutnya :senyum: …kita teruskan pengajian kita di Surah Al Baqarah : 9 :senyum: .


Image


i) yukhãdi’ùna = mereka menipu
ii) Allãha = akan Allah
iii) wallazìna = dan segala yg
iv) ãmanù = telah beriman mereka
v) wamã yakhda’una = dan(walhal) tidak mereka menipu
vi) illã = kecuali
vii) añfusahum = diri² mereka
viii) wamã yasy’urùna = dan(walhal) tidak mereka sedari

(Insya Allah bersambung lagi…) – 9
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:09 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Fri Mar 15, 2002 12:24 pm

Bersambung lagi pengajian kita di Surah Al Baqarah : 10 :senyum: .

Image


i) fì qulùbihim = fì + qulùbihim = di dalam + hati² mereka = di dalam hati² mereka
ii) maradun = (ada)penyakit
iii) fazãda = maka telah menambah ia
iv) humu = akan mereka
v) Allãhu = oleh Allah
vi) maradhan = akan penyakit
vii) walahum = dan bagi mereka
viii) ’azãbun = siksaan
ix) alìma = yg amat pedih
x) bimã = dengan apa yg/ dengan sebab
xi) kãnù = telah adalah mereka
xii) yakzibùna = mereka berdusta


(Insya Allah bersambung lagi…) – 10
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:14 am, edited 2 times in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby muharram on Sun Mar 17, 2002 4:58 pm

Assalamu'alaikum...

Erm.. Saya berminat dgn ruangan yg ust. Taiko kendalikan nie..

saya juga nak cuba jawab soalan tu... buleh?

Fi'il Madhi bg ja'ala(anta) - ja'alta
Fi'il Mudhori' - taj'alu
Fi'il amr - ij'al
Fi'il nahi - la taj'al.

erm.. kalau salah minta dibetulkan....

Ada cadangan sikit, rasanye pembelajaran nie akan bertambah best kalau kita sertakan sekali i'rab bg setiap kalimah al-Qur'an tu... sekadar cadangan :senyum:

waLlahua'lam...
muharram
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 11
Joined: Fri Feb 08, 2002 8:00 am

Postby Taiko on Mon Mar 18, 2002 6:18 am

Yeaaaahhhh!!! Tepat sekali jawapan saudara tuh! :gigi:
Bijak ...bijak ... macam Taiko gak :lidah:
kih kih kih :gigi:

err..sdr muharam, masa Taiko bajor ngaji ngan ustaz dedulu ...dia lebih tekankan bab teknik harfiah + tata bahasa arab versi Al Quran :senyum:
Beliau memang ada ajo i'rob harfiah ni...tapi sekali lalu je. Jadi lah kan, Taiko ni..memang tak kuasai sepenuhnya bab i'rob...sentiasa terkial² rujuk nota + buku yg ustaz penah bagi dedulu :senyum: .

Insya Allah...pas ni Taiko akan selit sikiiit jek i'rob ...mana yg Taiko dan lah ekk. Itu pun...dibuat masa sessi harfiah ayat dijalankan. Ok dok? Pasal nak wat i'rob kan semuanya ...memang luar drp kemampuan Taiko :senyum:.
Arigato gonzaimaso! di atas cadangan saudara tuh :gigi:

-Yang Beno-
Taiko Tanakura
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:16 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Mon Mar 18, 2002 11:03 pm

Sahabat² semua :senyum: …hari ini kita sambung bab tatabahasa pula :senyum:

Ustaz Taiko dulu ade pesan …dalam pengajian harfiah Al Quran nie..kita kene sentiasa berhati² dijalan raya :gigi: …pasal mende ni ada byk formula² yg mesti di hapal. Jadi…Taiko pon salin ler mana yg dapat …
Ustaz ajo laju wooo …tak dapek den nak nolong haaa :lidah: …terkial² Taiko menyalinnya… spt berikut :-


Image Formula 1: Huruf Jãr - bi
---------------------------

1) Apabila bi berganding mim kemudian diikuti fi’il = bimã + fi’il = dengan sebab + fi’il.

Cth :- Al Baqarah : 10
bimã kãnù = dengan sebab telah jadilah mereka(telah adalah mereka)



2) Apabila selepas bi diikuti isim = akan + isim

Cth:- Al Baqarah : 20
bisam’ihim = akan pendengaran mereka
(yang ni pon…kekadang Taiko leh terbabas gak.. .Taiko selalu terbuat dengan pendengaran mereka :gigi:)



3) Apabila setelah bi diikuti isim faél = takde apa² maksud = 0

Cth :- Al Baqarah : 8
bimu’minìna = org² yg beriman -> BUKANNYA “dengan org² beriman”.



4) Apabila sesudah fi’il ada bi = makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaan kedua²nya :senyum:

Cth 1a:- Al Baqarah :102
Isytarãhu = telah membeli ia akannya

Cth 1b:- Al Baqarah:102
syarau bihì = telah menjual dengannya

Cth 2a:- Al Baqarah: 17 -> zahaba = telah pergi ia
zahaballãhu binùrihim = telah menghilangkan ia akan cahaya mereka


(Insya Allah bersambung lagi…)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:21 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Tue Mar 19, 2002 10:54 pm

Image Formula 2: Huruf Jãr – ‘an
--------------------------


1) Apabila sesudah fi’il ada ‘an= makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaannya :senyum:

Cth :- Al Baqarah : 130 -> raghiba = telah cinta/suka ia
yarghabu ‘an = ia membenci dari



Image

Image Formula 3: Huruf Jãr - wa
-------------------------

1) Apabila wa bertemu domier = walhal + domier

Cth 1 :- Al Baqarah : 22
wa añtum = walhal kamu

Cth 2 :- Al Baqarah : 85
wa huwa = walhal dia

Cth 3 :- Al Baqarah : 138
wa nahnu = walhal kami


(Insya Allah bersambung lagi …)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:26 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Wed Mar 20, 2002 10:48 pm

Image Formula 4: Huruf Jãr – ‘ala
------------------------

1) Apabila sesudah fi’il ada ‘ala = makna fi’il akan berlawanan -> cuba lihat perbezaannya :senyum:

Cth :- Al Baqarah : 37 -> tãba = telah bertaubat ia
fatãba ‘alaihi = maka telah menerima taubat Ia atasnya


Image


Image Formula 5: Huruf Jãr – ila
--------------------------

1) Apabila sesudah fi’il ada ila

Cth :- tãba ila = telah bertaubat ia kepada


(Insya Allah bersambung lagi …)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:29 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Thu Mar 21, 2002 11:24 pm

Ehemmm…ehemmm …err…ari ni kita sambung balik ngan ayat yg seterusnya yer sahabat semua :senyum: …pasal Taiko dapati korang dah berasap pala nak pahamkan bab tatabahasa :lidah:

Takper…take ur time …kita teruskan pengajian kita di Surah Al Baqarah : 11 :kool: .


Image


i) wa `izã = wa + ìzã = dan + apabila = dan apabila
ii) qìla = telah dikatakan oleh orang akan ia /telah dikatakan ia
iii) lahum = bagi mereka
iv) lãtufsidù = jangan kamu berbuat kerosakan (note: ingat tak lagi? Ini fi’il nahi)
v) fil ardhi = fi + al-ardhu = di/pada + bumi = di/pada bumi (i' rob = majrur)
vi) qãlù = telah berkata mereka
vii) innamã nahnu = sesungguhnya hanyasanya kami
viii) muslihùna = org² yg berbuat kebaikan


(Insya Allah bersambung lagi…) -11
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:35 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Fri Mar 22, 2002 11:06 pm

Seterusnya di Surah Al Baqarah : 12 :kool: .

Image


i) alã = ingatlah
ii) innahum = inna + hum = sesungguhnya + mereka = sesungguhnya mereka
iii) humu = mereka(lah)
iv) al-mufsidùna = org² yg membuat kerosakan
v) walãkin = dan tetapi
vi) lã yasy’urùna = la + yasy’urùna = tidak + mereka sedar = tidak mereka sedar.


(Insya Allah bersambung lagi…) –12
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:46 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby muharram on Sat Mar 23, 2002 7:43 am

Assalamu'alaikum...

em..lame dah tak jengok sini....

AlhamduliLlah, bertambahlah ilmu...

:senyum:

'ala kulli hal, syukran kathiran di atas pengajaran & pembelajaran tuh...

Teruskan usaha!

WaLlahua'lam. :senyum:
muharram
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 11
Joined: Fri Feb 08, 2002 8:00 am

Postby melor on Sun Mar 24, 2002 12:16 am

Assalam mu'alaikum...Taiko :senyum:

Hebat nama ni...cam satu kumpulan yang gerun nak sebut :gigi: :gigi:

baca Al-Quran dengan sebutan betul... Nak sebut jer...tapi betul ker apa yang melor sebut ni??? sebab seperti melor baca buku tanpa didengar oleh gurunya..

Problems jugak nih..

Teruskan bicara dan penyampaian Taiko..
melor
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 193
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: pulau

Postby Taiko on Sun Mar 24, 2002 9:37 pm

W'kumsalam wbkt...
terima kasih kembali di atas sokongan murni dari muharam itu .. :senyum:
mudah²an saudara beroleh manfaat yg berterusan hendaknye

melor...heheheee..apa ada pada nama? keganasan Taiko takkan dipamerkan sewenang²nya dlm ruangan nie ..kih kih kih :gigi:
jadi...usah takut atau bimbang :kenyit:

jika disebut soal tajwid nie...nampak gayanya kenelah melor belajar dekat kelas lain yg live lagi unplugged :gigi:
..kat sini, Taiko tak mampu nak perbetulkan tajwid sahabat² harfiah Taiko nih :senyum:. Tu sebab laa Taiko amat² menggalakkan agar buka Terjemahan Quran sebagai panduan makhraj sebenar...dan bukannya tulisan rumi yg Taiko dah taipkan tu :senyum:

Taiko nie..sekadar memberi panduan dlm menyampaikan pengajian harfiah sekadar mana yg termampu :senyum:
w'pun Taiko akui akan kekurangan yg ada disini...ia tidak menghalang kita drp utk terus menimba ilmu ini secara siber kan? :kenyit:
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Mon Mar 25, 2002 11:57 pm

Dedulu…sebelum memulakan kelas harfiah, ustaz suka mulakan dgn penyampaian hadis terlebih dulu… :senyum: .Fuhhh…ustaz harfiahkan hadis ni laju wooo…Taiko harap²… ape yg Taiko dah salin nie tak salah lah hendaknye.


Rasulullah saw telah bersabda: “Barangsiapa sibukkan akan dirinya dengan Al Quran dan mengingatiku, dari meminta ku, akan aku berikannya yang lebih baik apa yang diberikan olehku org² yg meminta, dan keutamaan kalam Allah Maha Suci akan Dia dan Maha Tinggi atas segala ucapan spt keutamaan Allah atas ciptaanNya.”
(H R Tirmizi)




Emmmm…ari nie kita sambung tatabahasa agik ekk … :senyum:

Image Formula 6: man = orang yang / barangsiapa
-------------------------------------


1) Apabila di awal ayat, sesudah perkataan man ada huruf jãr min = tidak ada siapa …


Cth 1 :-
wa man ahsanu minallãhi = dan tidak ada siapa yg lebih baik drp Allah

Cth 2 :- Al Baqarah : 114
wa man adzlamu mimman = dan tidak ada siapa yg lebih zalim drp org yg


(Insya Allah bersambung lagi …)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:50 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Tue Mar 26, 2002 11:12 pm

Image Formula 7: mã = apa yang ATAU barang yang ATAU tidak/tiada :
-------------------------------------------------------

Cth 1 :- Al Baqarah : 85
wamallãhu bighãfilin = dan tidak/tiada Allah dengan lalai


Cth 2 :- Al Baqarah : 99
wamã yakfuru = dan tidak/tiada ia kufur


Cth 3 :- Al Baqarah : 57
mã rozaqnãkum = apa yang telah merezekikan Kami akan mereka


1) Jika sesudah bertemu lãkin(tetapi) atau illã(kecuali) -> ia akan bermakna tidak/tiada .


Cth 1 :- Al Baqarah : 9
wamã yakhda’ùna illã = dan tidak/tiada mereka menipu melainkan/kecuali

Cth 2 :- Al Baqarah : 57
wamã dzolamùnã walãkin = dan tidak/tiada telah zalim/aniaya mereka akan Kami dan tetapi




2) Jika sesudah bertemu min -> ia akan bermakna apa jua .

Cth :- Al Baqarah : 106
mã nañsakh min ãyatin = apa jua yg Kami hapuskan drp satu ayat



3) Jika sesudah bertemu li -> ia akan bermakna apa jua .

Cth :- Al Baqarah : 110
wamã tuqaddimù li añfusikum = dan apa jua kamu sediakan utk diri² kamu


(Insya Allah bersambung lagi …)
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:55 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Postby Taiko on Wed Mar 27, 2002 11:31 pm

Ooooppp…benti kejap dari formula² ….seterusnya kita bersambung di Surah Al Baqarah : 13 :kool: .

Image

i) wa`izã = dan apabila
ii) qìlã = telah dikatakan oleh orang akan ia
iii) lahum = bagi mereka
iv) ãminù = berimanlah kamu (note:- masih ingat lagi? nie fi’il amri)
v) kamã = ka + mã = seperti + apa yang = seperti apa yang / seperti mana
vi) ãmana = telah beriman ia
vii) an-nãsu = manusia / orang²
viii) qãlù = telah berkata mereka
ix) anu`minù = adakah kami beriman
x) kamã = seperti mana
xi) ãmana = telah beriman ia
xii) as-sufahã`u = oleh org² yg bodoh
xiii) alã = ingatlah
vii) innahum = sesungguhnya mereka
xiv) humu = mereka(lah)
xv) as-sufahã`u = org² yg bodoh
xvi) walãkin = dan tetapi
xvii) la ya’lamùna = tidak mereka mengetahui


(Insya Allah bersambung lagi…) –13
Last edited by Taiko on Mon Mar 15, 2004 10:58 am, edited 1 time in total.
Taiko
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 3530
Joined: Mon Jun 25, 2001 8:00 am

Next

Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest