Solat Sunat Rawatib

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby Bongsu on Wed Jun 06, 2001 1:39 pm

Nak tanya sikit???

Ade member ana, bangun malam, sembahyang isyak pada pukul tiga pagi, sebelum sembahyang isyak dia sembahyang sunat Qabliyataan lepas sembahyang isyak di buat Ba'diyataan.

Lepas tu dia tahajud.

Soalan ana 'masa' sembahyang sunat rawatib itu boleh ke delay bila kita sembahyang isyaa.

Yang berilmu tuuuu sampai-sampaikan lah
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby shabb on Thu Jun 07, 2001 7:00 am

Assalamu`alaikum bongsu,

Rawatib yg lebih berat dituntut adalah yg selepas `isha' (ba`diyyah), menurut beberapa riwayat. Cthnya yg drpd Ibnu Umar:

'Aku mengingati drpd Nabi (s) 10 raka`at: dua raka`at sebelum zuhur dan dua raka`at selepasnya, dua raka`at selepas maghrib di rumahnya, dua raka`at selepas `isya' di rumahnya, dan dua raka`at sebelum salat subuh.' [muttafaqun `alaih]

So yg sebelum `isha' tu tak lah seberat spt selepasnya. Wbgmanapun yg qabliyyah tu secara umum boleh dilakukan, drpd hadith drpd `Abdullah bin Maghaffal, bahawa Rasulullah (s) bersabda:

'Di antara dua adhan (yakni azan dan iqamah) ada salat.' [muttafaqun `alaih]

Oleh kerana tidak disebut secara spesifik waktu mana dilakukan salat qabliyyah tu, maka insha' Allah tiada kekangan utk memilih waktunya. Wallahu a`lam.
shabb
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 890
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: SEL

Postby Bongsu on Thu Jun 07, 2001 7:48 am

Waalaikumsalam saudara Shabb,

Syukran atas jawapan yang diberikan. Bagaimana pula dengan dua raakat sebelum asar.

Bolehkah tolong jelaskan.
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby shabb on Thu Jun 07, 2001 8:42 am

Assalamu`alaikum sekali lagi bongsu,

Salat nawafil (optional) yg mengiringi salat fardu ada dua jenis: sunnah mu'akkkadah dan sunnah ghairu mu'akkadah. Mu'akkadah adalah yg kerap dilakukan oleh Nabi (s), atau yg tak pernah ditinggalkannya. Ghairu mu'akkadah pulak adalah yg tak dilakukan oleh Nabi (s) secara kerap.

Salat nawafil mu'akkadah adalah yg disebut di atas dlm hadith Ibnu `Umar, berjumlah 10 (atau 12 atau 14 dlm ahadith lain).

Dan salat sebelum `Asar termasuk dlm kategori ghairu mu'akkadah. Boleh dibuat 4 rakaat (drpd hadith hasan Al-Tirmidhi) atau 2 rakaat (hasan Abu Daud).

Harapnya dpd kita praktikkan...
shabb
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 890
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: SEL

Postby seribayu2k on Thu Jun 07, 2001 9:28 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:24 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Bongsu on Thu Jun 07, 2001 1:19 pm

Waalaikumsalam saudara Shabb,

Syukran selagi lagi dan Alhamdullilah kerana menjelaskan kepada ana.

Rajin datangnya dari Allah, nak bertanya pun datang dari Allah, nak menjawab pun Allah yang gerakkan. Tak nak jawab pun datang dari Allah. Allah semuanya jua.

Mungkin ana boleh share cerita nii kat sahabat-sahabat yang ana dengar dari seorang ustaz.

Semasa Rasullah dibangkitkan pada sangka kala kedua, perkataan pertama yang baginda ucapkan ialah 'Manakah umat ku, Manakah umat ku'. Baginda na make sure umatnya selamat dan tak masuk api neraka.

Terharu ana mendengar cerita ni. Baginda tak tanyer pun Aishah mana, anak dan cucunya mana.

Jadi siapakah umat nabi Muhamad itu. Adakah Kita semuakah yang beragama Islam ni???.

Atau mereka yang yang mengikut sunnah-sunnah beliau. Wallahu alam.
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Thu Jun 07, 2001 11:28 pm

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:25 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Bongsu on Fri Jun 08, 2001 12:22 am

Waallahu alam cik Seri,

Sebelum tu ustaz tu ade cerita yang pada satu ketika Rasullah hanya ade sebiji kurma untuk hidangan.

Lepas tu potong tiga pulak tu. Malaikat bersedih, Gunung menawarkan diri untuk menjadi emas, tapi semua Rasullah tolak.

Allah pun bertanya, apa yang engkau nak Ya Muhammad.

Rasullah pun minta pada Allah yang umatnya tidak dimasukkan ke neraka.

Allah pun perkenankan permintaan Rasullah.

Jadi cik Seri, hebatnya Rasullah, gunung emas pun ditolaknya.

Jadi ustaz itu buat conclusion sebagai orang Islam. Mission ada dua sebelum sakratul maut.

Pertama 1. Menjadi hamba Allah,
Kedua 2. Menjadi umat nabi.

Wallahu alam
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Fri Jun 08, 2001 9:17 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:26 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Bongsu on Fri Jun 08, 2001 1:30 pm

Assalamualikum Seribayu2K

Seri = Cahaya yang indah
Bayu = Angin yang segar

Indah nama tuu. Kedua-duanya punya sifat boleh di rasa tak boleh dipegang.
Ciptaan Allah jua lah kedua-duanya.

Maksud ana ialah berkenaan mission tu bukanlah masa nak mati. baru nak mintak. Maksud ana immediately,as soon as possible (asap)sebelum malaikat Izrail menjemput kita.

Cik Seribayu kata sebelum lahir ke dunia penuh iman didada. Ana setuju.

Cuma ana lupalah apakah perjanjian sebelum kita lahirkan kat dunia nii. Seribayu ingat keee. Boleh lah share .Ana dalam proses nak ingat, mula-mula kenal cahaya (nur), lepas tu kenal angin (nafas), lepas tu kenal seri kenal bayu jadi Seribayu. Cuma kalau ana nak belajar mengenal seribayu nilah, mula ana kenal nama dia, lepas tu ana kenal perangai dia dia tapi takat tulah jelah . Kalau ade rezeki ana kahwin dengan dia (bersatulah tuu), tapi kalau tak kenal takan ana nak cungkil mandi pakai sabun apa, shampoo guna brand apa, dan macam-macam lagilah benda rahsia. Jadi bagi analah bila seribayu kata belum lahir dah penuh iman, jadi mungkin seribayu faham ape yang ana melalut kat atas niii. Jika sebaliknya ana minta maaf utara selatan timur barat.

Cuma lagi satu ana adelah terdengar ade orang cerita sesungguhnya dikumpulkan kejadian dalam perut ibunya selama 40hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian jadi seketul daging iaiti 40 hari, kemudian diutus kan malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkan menulis empat kalimat, rezekinya, umurnya, amalnya dan bahagia atau celakanya ..........

Yang ana faham dalam hadis ini, semua dah set, skrip dah ade, panggung dah ade, pelakon dah ade, cuma kita melakonkan je.Yang ade rezeki jadilah pelakon-pelakon terbaik.

Master script - Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, nabi Muhamad persuruh Allah.
Itu jeeeee.



Wallahu alam.
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby ima_along on Fri Jun 08, 2001 11:22 pm

errr..bongsu ..heheh camner laks ngan namer hamba nih ..heheeh best jugak perr.

so seri aper lagik muler kan lah watak awak tuh ..kekek nih ramai yang nak tonton akan datang ...

jangan marer yer seri...
Yakini lah Allah yang senantiasa bersama orang² yang beriman..
ima_along
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 684
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: ipts selangor

Postby aMyzZa on Sat Jun 09, 2001 1:47 am

Assalamualaikum

Errr... lakonan apa plak nih??? Ada menang award ker??? Ehehehe... :gigi:
User avatar
aMyzZa
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1277
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Sat Jun 09, 2001 10:21 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:26 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Bongsu on Sat Jun 09, 2001 1:22 pm

Assalamualaikum sahabat-sahabat ana sekalian,

Ana nak sambung sikit bab berlakon niii,

Bukan ape, permilihan aktor-aktor dan aktres-aktress terbaik ni ade jugak cabarannya.

Sebanya dalam skrip ade pelakon-pelakon special yang membawa watak jahat.

Yang ana faham ialah ialah nafsu dan syaitan.

Kata orang niii, nafsu niii ade tujuh macam fe'elnya. Baginda Rasullah ade bagitau semasa beliau balik dari perang.

"Kita telah kembali dari perang kecil ke perang besar" Yang dimaksudkan dengan perang besar ialah perang melawan hawa nafsu.

Pelakon terbaik kenalah tau menewaskan pelakon yang berwatak jahat niiii. Orang kata kena guna Sabun Zikir atau sabun Asma Ul-Husna, hari-hari cuci, (mujahadah) dengan izin Produser yang ade sifat kasih,sayang, itu kecundanglah si pelakon jahat itu.

Lagi satu adelah seorang pelakon yang berwatak jahat yang memang membawa peranan musuh kepada cucu cicit nabi Adam ini. Semua orang tahu. Tapi kata beliau kalu pelakon kat dunia niii, ade skrip ikhlas, taat, dan yang paling utama dikenali oleh Produser filem kerana skripnya rajin mencuci dan rajin menangis kerana kenangkan lakonan-lakonan dahulu yang geng dengan pelakon jahat (taubat) . Dengan izin Produser tidaklah diganggunya.

Jadi walaupun skrip dah ade, masa nilah kite berdoa. Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan iman. Ya Rahman Ya Rahim.

Waallahualam. Hanya Tuhan Maha Mengetahui.
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Sat Jun 09, 2001 11:14 pm

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:27 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Bongsu on Sat Jun 16, 2001 1:18 pm

Begitulah Seri........

Doakanlah kat ana supaya Allah limpahkah cahaya kat ana supaya ana pun jadik pelakon glamour macam semua sahabat kat sini.
Bongsu
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun May 20, 2001 8:00 am

Postby seribayu2k on Sat Jun 16, 2001 11:15 pm

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:28 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby penamerah on Tue Jun 19, 2001 2:00 am

A’kum
Jangan lupa doa untuk diri sendiri, penting tu...
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby seribayu2k on Tue Jun 19, 2001 7:38 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:25 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby penamerah on Fri Jun 22, 2001 1:04 am

A’kum
Tuhan, berikanlah kami kebaikan dan kesabaran.
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby seribayu2k on Fri Jun 22, 2001 5:14 am

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : seribayu2k pada 2001-07-05 15:27 ]</font>
seribayu2k
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1548
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: KL

Postby Tok Syam (nick lama) on Fri Jun 22, 2001 7:01 pm

Adalah kelebih sunat rawatib itu ialah Allah membinakan surga khas
untuk sipengamal.
Tok Syam (nick lama)
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1204
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest