Sukacita dimaklumkan bahawa, lanjutan dari Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Perhimpunan Kali Ke-2 BicaraMuslim.com yang telah diadakan pada 16 Jun 2001, Mesyuarat telah bersetuju untuk menganjurkan satu pertandingan `Memberikan Tema’ bagi perhimpunan kali ini. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan :-
1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA
AHLI BicaraMuslim.Com
2. Tema yang akan ditulis hendaklah berkonsepkan kepada `Ukhwah Islamiah’ dimana setiap ahli yang mengemukakan penyertaan dikehendaki memberikan Tema dan sedikit ulasan mengenai Tema berkenaan.
3. Setiap ahli dibenarkan menghantar seberapa banyak pernyertaan.
4. Hanya SATU (1) Tema terbaik sahaja yang akan dipilih. Dan Tema terbaik ini akan dijadikan Tema kepada Perhimpunan kali ini.
5. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.
6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30hb. Jun 2001.
Sebagai tambahan kepada perkara-perkara yang dinyatakan oleh sdra Ariaputra, berikut adalah perkara-perkara yang mungkin boleh membantu.
i. Hadiah akan diberikan kepada hanya penyertaan terpilih (maksudnya...hanya satu hadiah saja akan diberikan...hehehehe...)
ii. Sebagai contoh, tema perhimpunan pertama dahulu...dinamakan Jalinan Ukhwah Pulau Ketam...mengambil sempena lokasi perhimpunan di Pulau Ketam. Jalinan Ukhwah pula diambil bersempena perjumpaan pertama ahli yang sudah tentu perlu dieratkan persahabatan dan sebagainya.
iii. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dikemukakan di sini atau terus kepada Ariaputra...
Bagi wanita2 dan gadis2...elok bonau datang ngan muhrim sendiri..
suami, ayah, pakcik, atau abang...maklumler..fitnah ni bila2 leh brlaku
maupun dalam masjid..
Tarikh yang telah terpilih sebenarnya ialah pada 31hb Ogos 2001 dan kemungkinan berlanjutan hingga 2hb. Sept. 2001. Tarikh ni masih tentatif...bergantung kepada keadaan...
Dalam apa jua kerja, Islam mengajar hidup berjemah,bermesyuarah,
bantu membantu dan hasilnya akan lebih baik dari kerja sendirian.
Amalan kesempurnaan itu terdapat dalam masyarakat dan bukan
dalam bersendirian.Hamba yg.cintakan Allah mestilah cintakan
saudara2 seugamanya seperti cintakan diri sendiri.
ana sekadar ingin memberi idea...
manalah tahu kot² boleh dapat hadiah...he he he...
tema ana "jalinan ukhwah tanpa fitnah BM 2"
*...dalam menjalinkan ukhwah ni tak kira lah wanita atau lelaki...haruslah kita menjaga syariat...yelah jangan sampai di katakan orang, hubungan ingin dieratkan tapi...batas pergaulan tidak di jaga...semoga kita sama² menghormati dan menjaganya demi islam yang tercinta.....*
rasanye tu saja dari ana...
harap di maafkan segala kesalahan dan tersilap tutur kata.....(semoga di beri tunjuk)
"sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana"