IS: HAKIKAT AMALAN AWAL MUHARAM

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

IS: HAKIKAT AMALAN AWAL MUHARAM

Postby g@y@t on Tue Feb 17, 2004 12:50 pm

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.

Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat.

Wahai sahabat-sahabatku se-Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Doa merupakan satu anugerah Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah saw yang sahih berkisar mengenai doa ini. Bahkan Allah telah menyediakan pula waktu-waktu mustajab untuk kita berdoa. Namun kita mesti juga akur bahawa segala ibadat yang kita lakukan mestilah berlandaskan dalil yang kukuh dan bukannya akal semata-mata.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu tauladan (contoh ibadat) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah.” Surah Al-ahzab ayat 21

Allah juga telah berfirman:
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu buat kamu dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku atas kamu, dan telah Aku redhai Islam menjadi agamamu.” Surah Al-Maidah ayat 3

Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan perintah kami(Allah dan RasulNya), maka amalan itu tertolak.” Hadis riwayat Muslim

Imam Syafi’I juga pernah menegaskan dalam kitabnya Ar-Risalah dengan kata-kata beliau yang masyhur:
“Sesiapa yang beristihsan (menyangka baik sesuatu amalannya yang direka), beerti dia telah membuat satu syariat dan sesiapa yang membuat syariat, maka ia sudah kafir.”

Maka di sini terang mengatakan bahawa ibadat itu tidak boleh di ambil mudah. Hujah akal tidak menghalalkan sesuatu ibadat. Kerana asal sesuatu ibadat itu haram selagi tidak ada dalil yang mengharuskannya.

Doa Awal dan Akhir Tahun

Insya Allah pada kali ini, kita akan membuat kesimpulan/ringkasan mengenai isu amalan awal muharam. Untuk memudahkan kita, Kami akan mengkhususkan kesimpulan kita ini berkisar mengenai amalan doa awal dan akhir tahun.

Berikut adalah doa yang dimaksudkan:

Awal tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Akhir tahun
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

Manakala berikut ini adalah fadhilat serta kaedah pembacaan yang sering kelihatan:

Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu".

Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".

Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Bacalah doa awal tahun berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah.

Bacalah doa akhir tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

Kami telah cuba untuk mencari serta menjejak kesemua fadhilat serta kaedah pembacaan di atas, namun sayangnya hasil pencarian kami tidak membuahkan sebarang hasil. Bukan hanya kitab-kitab hadis sittah, malahan kitab hadis dhaif dan palsu juga telah kami cuba mencarinya namun hasilnya serupa, hampa.

Bukan di situ sahaja usaha kami, bahkan fatwa-fatwa dan sumber dari ulama’-ulama’ luar negara selain nusantara telah kami selongkar, tapi juga tidak membuahkan hasil. Maka kami telah membuat kata putus bahawa semua fadhilat serta kaedah pembacaan yang dinyatakan di atas adalah batil dan tidak sabit pada nas al-Quran dan hadis sahih.

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
“Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawtir

Ibnu Mas’ud pernah berkata yang bermaksud:
“Hendaklah anda sekalian mengikuti apa saja yang dibawa oleh Rasulullah saw dan jangan anda mengada-adakan sesuatu yang baru. Sesungguhnya sudah cukup bagi anda sekalian(sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw).”

Ibnu Abbas juga pernah berkata:
“Hendaklah anda sentiasa bertaqwa kepada Allah dan beristiqamah. Ikutilah(apa saja yang disunnahkan oleh Rasullah saw) dan janganlah anda mengada-adakan sesuatu yang baru.”

Kesimpulan

Doa pada asal memang terdapat dalam Islam. Dalilnya cukup banyak. Baik di dalam Al-Quran maupun hadis-hadis sahih. Namun begitu, terdapat juga sesetengah pihak yang menaylahgunakan konsep berdoa itu yang sebenar. Mereka menciptakan waktu-waktu khas yang kononnya mustajab yang tidak sabit dari al-Quran dan hadis, mereka menciptakan fadhilat-fadhilat yang kononnya memberi ganjaran apabila dilakukannya dan bermacam-macam lagi. Kesan dari itu wujudlah sepertimana yang sedang kita bincangkan ini iaitu doa awal dan akhir tahun.

Kami berpendapat adalah tidak salah untuk dibacakan doa-doa tersebut. Kerana berdoa memanglah digalakkan. Tetapi doa tersebut tidaklah seharusnya dijadikan satu amalan yang dilakukan hanya kerana datangnya tahun baru. Apatah lagi dikaitkan doa tersebut kononnya sabit dari Rasulullah saw. Juga mengatakan dengan membacanya maka akan diperolehlah fadhilat-fadhilat tertentu. Kerana kesemua riwayat yang berkaitan doa awal dan akhir tahun ini adalah batil. Ingatlah pada sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud:
“Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat.” Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
“….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”

Doa tersebut boleh saja dibaca pada lain-lain waktu. Bukan dikhaskan hanya pada awal dan akhir tahun sahaja.

Beginilah pendapat dan pegangan kami. Sekiranya terdapat sesiapa yang mungkin dapat mengutarakan dalil dari al-Quran dan hadis yang sahih berkaitan amalan ini haraplah berbuat demikian. Kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang lemah.

Sekian. Wassalam


Rujukan
Fatwa Islamiyah
-Sheikh Abdul Aziz bin Baz
-Sheikh Muhammad bin Salih Al-Uthaimin
-Sheikh Abdullah bin Abdur-Rahman Al-Jibreen
-The Permanent Committee and the decisions of Fiqh Council
Disusun oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad

Khilafiah, Bid’ah dan Maslahah Umum
Oleh Ustaz Basri Ibrahim

Bid’ah Menurut Ahli Sunnah
Oleh Rasul Dahri

Du’a – The Weapon of the Believer
Oleh Abu Ammaar Yasir Qadhi

www.Islamonline.com

Islam Question and Answer website

SJ-1162: Sambutan awal muharam

http://islam.tc/ask-imam/index.php
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Tue Feb 17, 2004 12:58 pm

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

-Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
-Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
-Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
-Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
-Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
-Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
-Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
-Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
-Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
-Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
-Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
-Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
-Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Perihal 14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura.

Secara umum, kesemuanya merupakan sunnah nabi kir Muhammad saw. Tetapi secara umum di sini bermaksud bukan hanya utk hari tersebut sahaja malah utk hari2 lain juga. Tetapi sayang amalan2 yg mmg sebenarnya sunnah umum telah dicemari dgn fadhilat2 yang bathil sama sekali. Ketahuilah bahawa Allah telah menyediakan tempat di neraka jahanam bagi mereka yg menciptakan sesuatu kemudian disandarkan kepda Rasulullah saw. Dan kethuilah tidak ada org yg lebih layak utk mengatakan akan fadhilat2 tersebut melainkan Allah dan Rasul-Nya.

Sebenarnya, amalan2 besertakan fadhilat2 tertentu tersebut telahpun dijelaskan kebatilannya di dalam fatwa pada 10 Muharam yang dimasukkan oleh Tn Hj Kamin(al-Ahkam) kita iaitu:

1. SEJARAH ASSYUURA


{ وَلَكِنَّهُ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَ الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ , فَقَالَ : مَا هَذَا ؟ فَقَالُوا , هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى مِنْ الْغَرَقِ فَنَحْنُ نَصُومُهُ , فَقَالَ : نَحْنُ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ . فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ }

{"....Bila Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau telah melihat beberapa orang Yahudi yang sedang berpuasa pada hari Assyuura. Bila bertanya, "Apa Ini?", mereka berkata. "Ini adalah hari apabila Allah menyelamatkan Musa dari lemas, maka kami berpuasa hari ini". Baginda berkata "Kami lebih berhak keatas Musa dari kamu", maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh [umat islam] berpuasa pada hari tersebut."}

وَكَانَتْ قُرَيْشٌ أَيْضًا تُعَظِّمُهُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ . وَالْيَوْمُ الَّذِي أَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ كَانَ يَوْمًا وَاحِدًا , فَإِنَّهُ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فِي شَهْرِ رَبِيعٍ الأَوَّلِ , فَلَمَّا كَانَ فِي الْعَامِ الْقَابِلِ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ ثُمَّ فُرِضَ شَهْرُ رَمَضَانَ ذَلِكَ الْعَامِ , فَنَسَخَ صَوْمَ عَاشُورَاءَ .

"Quraish juga memuliakan hari ini semasa zaman Jahiliyyah. Hari dimana manusia diarahkan berpuasa untuk hanya satu hari. Apabila Nabi saw datang ke Madinah, ia adalah didalam bulan RabieulAwwal, dan pada tahun hadapannya baginda berpuasa Assyuura dan mengarahkan semua orang berpuasa. Kemudian pada tahun itu puasa di wajibkan pada bulan Ramadan dan berpuasa 'Assyuura' di mansuhkan".

وَلَمْ يَأْمُرْ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْعَامَّةَ بِصِيَامِهِ , بَلْ كَانَ يَقُولُ : { هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ , وَأَنَا صَائِمٌ فِيهِ فَمَنْ شَاءَ صَامَ } . وَقَالَ : { صَوْمُ عَاشُورَاءَ يُكَفِّرُ سَنَةً , وَصَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ } . { وَلَمَّا كَانَ آخِرُ عُمْرِهِ صلى الله عليه وسلم وَبَلَغَهُ أَنَّ الْيَهُودَ يَتَّخِذُونَهُ عِيدًا , قَالَ : لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ } . لِيُخَالِفَ الْيَهُودَ , وَلا يُشَابِهَهُمْ فِي اتِّخَاذِهِ عِيدًا , وَكَانَ مِنْ الصَّحَابَةِ وَالْعُلَمَاءِ مَنْ لا يَصُومُهُ , وَلا يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ , بَلْ يَكْرَهُ إفْرَادَهُ بِالصَّوْمِ , كَمَا نُقِلَ ذَلِكَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْ الْكُوفِيِّينَ , وَمِنْ الْعُلَمَاءِ مَنْ يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ . وَالصَّحِيحُ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ صَامَهُ أَنْ يَصُومَ مَعَهُ التَّاسِعَ ; لأَنَّ هَذَا آخِرُ أَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لِقَوْلِهِ : { لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ , لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ مَعَ الْعَاشِرِ }

"Nabi saw tidak menceritakan kepada semua orang mengenai puasa 'Assyuura' ini, tetapi beliau mengatakan, "Ini adalah hari Aassyuura, Saya berpuasa pada hari ini dan barangsiapa inginkan berpuasa hari ini maka bolehlah ia berpuasa". Dan sabda beliau :"Berpuasa pada harin Assyuura akan mengampunkan dosa dalam setahun, dan berpuasa pada Hari Arafah mengampunkan dosa 2 tahun". Apabila menuju kearah dekat dengan kematian beliau, Nabi saw mendengar bahawa orang Yahudi mengambil haru Assyuura sebagai hari Raya, beliau berkata, "Jika aku hidup sehingga tahun depan, Aku pasti akan berpuasa pada hari ke 9" - bagi membezakan dengan orang yahudi, dan tidak mengikut mereka mengambil hari tersebut sebagai hari perayaan."

2. AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Amalan yang paling sahih pada bulan Muharram dan juga 10 Muharram ialah berpuasa. Nas berpuasa bagi Hari Assyuura adalah sebagaimana yang terdapat dari petikan diatas. Manakala berpuasa secara umum pada bulan Muharram ialah:

أفضل الصيام بعد شهر رمضان صيام شهر الله المحرم - رواه مسلم/1163 .

"Seafdal-afdal (sebaik-baik) berpuasa selepas bulan Ramadan ialah bulan Al-Muharram"

3. AMALAN-AMALAN TAMBAHAN DIHARI ASSYUURA

Berkata Sheikh Ibnu Taimiyyah lagi :

لَمْ يَرِدْ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا عَنْ أَصْحَابِهِ , وَلا اسْتَحَبَّ ذَلِكَ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ , وَلا غَيْرِهِمْ . وَلا رَوَى أَهْلُ الْكُتُبِ الْمُعْتَمَدَةِ فِي ذَلِكَ شَيْئًا , لا عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا الصَّحَابَةِ , وَلا التَّابِعِينَ , لا صَحِيحًا وَلا ضَعِيفًا , لا فِي كُتُبِ الصَّحِيحِ , وَلا فِي السُّنَنِ , وَلا الْمَسَانِيدِ , وَلا يُعْرَفُ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الأَحَادِيثِ عَلَى عَهْدِ الْقُرُونِ الْفَاضِلَةِ . وَلَكِنْ رَوَى بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ فِي ذَلِكَ أَحَادِيثَ مِثْلَ مَا رَوَوْا أَنَّ مَنْ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ مِنْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَمَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَمْرَضْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَأَمْثَالِ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ , وَرَوَوْا أَنَّ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ تَوْبَةَ آدَمَ , وَاسْتِوَاءَ السَّفِينَةِ عَلَى الْجُودِيِّ , وَرَدَّ يُوسُفَ عَلَى يَعْقُوبَ , وَإِنْجَاءَ إبْرَاهِيمَ مِنْ النَّارِ , وَفِدَاءَ الذَّبِيحِ بِالْكَبْشِ وَنَحْوَ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فِي حَدِيثٍ مَوْضُوعٍ مَكْذُوبٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم : { أَنَّهُ مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ السَّنَةِ }

"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}".

وَكَانَ مِنْ الصَّحَابَةِ وَالْعُلَمَاءِ مَنْ لا يَصُومُهُ , وَلا يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ , بَلْ يَكْرَهُ إفْرَادَهُ بِالصَّوْمِ , كَمَا نُقِلَ ذَلِكَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْ الْكُوفِيِّينَ , وَمِنْ الْعُلَمَاءِ مَنْ يَسْتَحِبُّ صَوْمَهُ . وَالصَّحِيحُ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ صَامَهُ أَنْ يَصُومَ مَعَهُ التَّاسِعَ ; لأَنَّ هَذَا آخِرُ أَمْرِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لِقَوْلِهِ : { لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ , لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ مَعَ الْعَاشِرِ } كَمَا جَاءَ ذَلِكَ مُفَسَّرًا فِي بَعْضِ طُرُقِ الْحَدِيثِ , فَهَذَا الَّذِي سَنَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم . وَأَمَّا سَائِرُ الأُمُورِ : مِثْلُ اتِّخَاذِ طَعَامٍ خَارِجٍ عَنْ الْعَادَةِ , إمَّا حُبُوبٌ وَإِمَّا غَيْرُ حُبُوبٍ , أَوْ تَجْدِيدُ لِبَاسٍ وَتَوْسِيعُ نَفَقَةٍ , أَوْ اشْتِرَاءُ حَوَائِجِ الْعَامِ ذَلِكَ الْيَوْمِ , أَوْ فِعْلُ عِبَادَةٍ مُخْتَصَّةٍ . كَصَلاةٍ مُخْتَصَّةٍ بِهِ , أَوْ قَصْدُ الذَّبْحِ , أَوْ ادِّخَارُ لُحُومِ الأَضَاحِيّ لِيَطْبُخَ بِهَا الْحُبُوبَ , أَوْ الاكْتِحَالُ وَالاخْتِضَابُ , أَوْ الاغْتِسَالُ أَوْ التَّصَافُحُ , أَوْ التَّزَاوُرُ أَوْ زِيَارَةُ الْمَسَاجِدِ وَالْمَشَاهِدِ , وَنَحْوُ ذَلِكَ , فَهَذَا مِنْ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ , الَّتِي لَمْ يَسُنَّهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلا خُلَفَاؤُهُ الرَّاشِدُونَ , وَلا اسْتَحَبَّهَا أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا مَالِكٌ وَلا الثَّوْرِيُّ , وَلا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ , وَلا أَبُو حَنِيفَةَ , وَلا الأوْزَاعِيُّ , وَلا الشَّافِعِيُّ , وَلا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ , وَلا إسْحَاقُ بْنُ رَاهْوَيْهِ , وَلا أَمْثَالُ هَؤُلاءِ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ , وَعُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ ---

"Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas bersama atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid'ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah saw atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak Al-Thawri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Haneefah, tidak al-Aozaa’i, tidak al-Shaafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Raahwayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......"

(Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra Ibnu Taimiyyah Jilid 5(شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله : الفتاوى الكبرى ج :5))

-----------

Namun, mungkin ada yg tidak perasan bhw apa yg terkandung di dalam fatwa tersebut turut membuktikan kebatilan 14 perkara sunat yang cukup popular itu. Utk memudahkan sumer, saya membuat ringkasan dgn mengaitkan terus kpd 14 perkara sunat tersebut.

Berikut adalah fatwanya:

"Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi'en yang merekomenkan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da'if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya'kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}". "Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas bersama atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid'ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah saw atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak Al-Thawri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Haneefah, tidak al-Aozaa’i, tidak al-Shaafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Raahwayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......"
(Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra Ibnu Taimiyyah Jilid 5)

Yang di-bold-kan di atas merangkumi beberapa amalan yang termasuk didlm 14 perkara sunat tersebut. Sila rujuk di bawah utk 14 perkara sunat tersebut. Utk perkara ke 14 kami telahpun berjumpa hadis berkaitan iaitu:

dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Kata Ibnul Jauzi: Hadith ini tidak ragu lagi maudhu'nya.
Penyakitnya ialah Habib bin Abu Habib yang terdapat pada sanadnya.

Kata Ahmad: Habib bin Abu Habib adalah berdusta.

Kata Ibnu Adiy: Ia membuat hadith.

Kata Abu Hatim Ibnu Hibban: Hadith ini adalah batil, tiada asalnya. Dan katanya lagi: Habib adalah penduduk Marwu, ia membuat hadith ke atas orang-orang yang thiqah, tidak halal menulis hadithnya melainkan atas jalan mencacat celanya.

Kata az-Zahabi: Habib bin Abu Habib al-Kharthathi al-Mirwazi adalah pembuat hadith seperti yang dikatakan oleh Ibnu Hibban dan lain-lainnya. Beliau lalu menyebutkan hadith di atas dan mengatakan bahawa dia adalah maudhu'.
(Lihat: Himpunan Hadis-hadis Dha'if dan Maudhu', Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris, hal. 552)

Kesimpulan

Ternyatalah kebatilan akan amalan2 yg bersertakan fadhilat2 tersebut. Amalan2 10 muharam tersebut tidak sabit dari al-Quran maupun sunnah. Namun begitu, amalan2 tersebut secara umum mmg la sunnah. Tidak ada bezanya amalan tersebut berbanding hari2 yang lain kecuali terdapat dalil yg mengatakan sebaliknya.

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby ishiero on Wed Mar 03, 2004 12:11 pm

saya nak bertanya..
macam mana ngan perlaksanaan puasa pada 10 Muharram..
ada yang mengatakan kita perlu puasa sebelum atau selepas 10 Muharam tersebut, supaya ibadah puasa kita tidak seperti org yahudi.. maknanya kita tak boleh puasa asyura nie sehari jer la kan??
ishiero
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Wed Mar 03, 2004 12:07 pm

Postby g@y@t on Wed Mar 03, 2004 9:38 pm

ada yang mengatakan kita perlu puasa sebelum atau selepas 10 Muharam tersebut, supaya ibadah puasa kita tidak seperti org yahudi.. maknanya kita tak boleh puasa asyura nie sehari jer la kan??


as'kum,

Puasa 10 Muharam ini adalah sunat hukumnya. Begitu juga puasa satu hari seblm ataupun slpsnya iaitu sunat bukan wajib spt yg dikatakan oleh Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadis Muslim. [Lihat Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi(3/12).] Namun, lebih afdhal jika berpuasa juga sblm/slps. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby fikrah_islami on Fri Mar 05, 2004 1:10 pm

assalamu'alaikum warahmatulLah... :)

Ana ingin kongsikan sedikit info...

Walaupun sudah berlalu 1 Muharram...amalan berdo'a
di akhir tahun dan di awal tahun boleh dilaksanakan...

'Amalan itu dimulakan ketika di zaman kerajaan Abbasiyyah.
Ulama'2 menganjurkan sedemikian untuk mengingatkan
ummat Islam yang kian lalai dalam penghayatan Islam...
..menurut Ustaz Hanafi.

WALLAHU A'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby g@y@t on Fri Mar 05, 2004 9:12 pm

As’kum,

Terdapat beberapa perkara yg perlu ditekankan mengenai posting sdr fikrah.

1. Pertama sekali dan yg paling penting, jika diteliti dgn cermat artikel di atas, tidak terdapat larangan secara mutlak mengenai amalan berdoa dgn doa awal dan akhir tahun ini. Apa yg ditekankan adalah fadhilat2 tertentu yg dijanjikan kesan dari membaca doa itu. Bahkan, kesemuanya palsu. Yg menuedihkan lagi fitnah telah dilakukan kpd sahabat Baginda saw, Ibn Abbas ra yg kononnya beliau mengatakan "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu". Ini merupakan satu pendustaan ke atasnya. Maka jika dii’tiqadkan sedemikian rupa iaitu dgn membaca doa tersebut akan dapat fadhilat2 yg dinyatakan di atas, maka ketahuilah bahawa itulah bid’ah.

Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yg berdusta atas namaku dgn sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka jahannam.”[HR Jamaah dari Abu Hurairah]

Hadis di atas adalah hadis mutawattir yg mana Imam Nawawi mengatakan 200 org sahabat yg meriwayatkannya. Oleh itu, barangsiapa yg mengamalkan doa di atas dgn keyakinan akan fadhilat2 tertentu sedangkan dia tahu ia merupakan satu pendustaan(tidak benar) maka dia telah menempatkan dirinya dalam neraka.

Adapun mengamalkan doa itu ttp tidak beri’tiqad seperti di atas, dan juga tidak mengkhususkan doa itu utk waktu2 tertentu, maka di situ tidaklah mengapa. Sekiranya ditetapkan waktunya sehinggakan ia hanya diamalkan pada ketika itu, maka ia serupa dgn menetapkan sesuatu yg tidak disyariatkan. Pengkhususan ini termasuk dalam bid’ah yg diterangkan dalam hadis berikut:

“Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat.” Hadis riwayat Muslim

Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:
“….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”

Dalam hadis lain iaitu:

عن أبي نجـيـج العـرباض بن سارية رضي الله عنه ، قال : وعـظـنا رسول الله صلي الله علية وسلم موعـظة وجلت منها القلوب ، وذرفت منها الدموع ، فـقـلـنا : يا رسول الله ! كأنها موعـظة مودع فـأوصنا ، قال : ( أوصيكم بتقوى الله ، والسمع والطاعة وإن تأمر عليكم عبد ، فإنه من يعــش منكم فسيرى اخـتـلافـا كثيرًا ، فعـليكم بسنتي وسنة الخفاء الراشدين المهديين عـضوا عـليها بالـنـواجـذ ، واياكم ومـحدثات الأمور ، فإن كل بدعة ضلاله ).

رواه أبو داود [ رقم : 4607 ] والترمذي [ رقم : 2676 ] وقال : حديث حسن صحيح.


Daripada Abu Najiih al-Irbaadh bin Saariah ra katanya, "Rasulullah saw telah memberikan suatu nasihat kepada kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu ). Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan." [Riwayat Abu Daud [no: 4607] dan Tirmidzi [no: 2676] dan berkata : Itu adalah Hadith Hasan shahih]


Walaupun sudah berlalu 1 Muharram...amalan berdo'a
di akhir tahun dan di awal tahun boleh dilaksanakan...

'Amalan itu dimulakan ketika di zaman kerajaan Abbasiyyah.
Ulama'2 menganjurkan sedemikian untuk mengingatkan
ummat Islam yang kian lalai dalam penghayatan Islam...
..menurut Ustaz Hanafi.


Konsep pembelajaran yg perlu dititikberatkan ialah ittiba' dan bukannya taqlid. Apakah dalil yg membenarkan doa tersebut sebagai satu amalan khusus utk awal muharram? Adakah hujah Ust Hanafi di atas boleh dijadikan satu hujah dalam menetapkan satu hukum? Cuba lihat kembali kitab2 usul fiqh. Boleh atau tidak sesuatu ibadat khusus dicipta tanpa sebarang petunjuk dari Allah dan Rasulnya? Apakah amalan2 yg semmgnya sunat sudah diamalkan sepenuhnya sehingga masih tidak mencukupi? Bukankah Rasulullah saw telah berpesan kpd kita seperti berikut:

لحد يث الخامس عن ام المؤمنين أم عبد الله عـائـشة رضي الله عنها ، قالت : قال رسول الله صلي الله صلى الله عليه وسلم من أحدث في أمرنا هـذا مـا لـيـس مـنه فهـو رد .

رواه الـبـخـاري رقم : 2697 ، ومسلم رقم :1718 .وفي رواية لمسلم : مـن عـمـل عـمـلا لـيـس عـلـيه أمـرنا فهـو رد


Daripada Ummil Mu'minin Ummi Abdillah, 'Aisyah r.a. telah berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu yg baru didalam urusan (ugama) kami ini, yg bukan darinya, maka hal itu ditolak". [Diriwayatkan oleh Bukhari no:2697, dan Muslim no:1718. Dan didalam riwayat Muslim: "Barangsiapa yang melakukan perbuatan (amalan) yang bukan dari perintah kami, maka ia adalah tertolak"]

Saya mengatakan, memadailah apa yg telah disyariatkan oleh Allah dan RasulNya. Itupun tidak terdaya utk kita amalkan. Sekali lagi saya tekankan, yg mahu berdoa, teruskan. Apa yg saya ingin tekankan i'tiqad dan pengkhususan kita terhadap doa itu. WA

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby miftahul sudur on Thu Mar 11, 2004 4:42 pm

    maknanya.. 'amalan2 ulamak2 melayu kat nusantara ni tak betul ke? bagaimana dgn kitab2 mereka yg diajar dimasjid, disurau, dipondok dsbnya? kalau tak betul maka mereka tergolong dlm golongan yg mengamalkan bidaah yg mana nerakalah tempat mereka? please clarify
miftahul sudur
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 562
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: tanah

Postby g@y@t on Thu Mar 11, 2004 9:23 pm

Hmmmm….pertama sekali saya yakin setiap insan yg melakukan sesuatu amalan samada amalan2 itu ada dalilnya ataupun tidak, pasti inginkan keredhaan Allah. Tidak ada seseorang yg melakukan amalan krn ingin mengingkari Allah dan juga ingin masuk neraka.

Keduanya, tidak ada manusia yg maksum melainkan RasulNya. Setiap manusia tidak terlepas dari kesilapan. Itulah lumrah manusia. Imam al-Ghazali sendiri telah melakukan kesilapan yg cukup besar bahkan lebih hebat ancaman dari Rasulullah saw iaitu memalsukan kata2 Baginda saw. Ini dikatakan sendiri oleh ulama’2 hadis yg menilai semula hadis2 di dalam kitab beliau iaitu ihya ulumuddin. Imam Iraqi, iaitu ulama yg mentahqiq kitab Imam al-Ghazali berkata bahawa di dalam kitab tersebut terdapat hadis yg sahih, dhaif, dhaif jiddan bahkan maudhu dan tiada asalnya. Imam Iraqi mengatakan lagi bahawa tidak boleh seseorang itu menaqalkan sebarang hadis dari kitab Ihya’ tanpa diperiksa akan status hadis tersebut. Meskipun begitu, ulama’2 tetap mengatakan Imam al-Ghazali merupakan seorang ulama’ muktabar di kalangan syafi’iyyah dan kesilapannya adalah sesuatu yg di luar pengetahuannya. Sekiranya Imam al-Ghazali sendiri melakukan kesilapan, tidak mustahil pula ulama’2 yg lain melakukan kesilapan juga.

Oleh itu, kita bersangka-baik(husnul dzan) dgn ulama’2 terdahulu khususnya ulama’ Nusantara. Mungkin pada ketika itu, tidak terdetik di fikiran mereka utk melakukan kajian terhadap amalan ini. Ataupun mungkin tidak sampai berita perihal perkara ini pada ketika itu. Krn kita perlu tahu juga perkembangan ilmu pengetahuan tidak semudah sekrang yg mempunyai sumber media massa yg byk sekali. Dgn erti kata lain mereka tidak menyedari bhw amalan ini tidak ada nas. Allah swt berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 yg maksudnya:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa), "Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Rasulullah saw juga bersabda yg maksudnya

Daripada Ibn Abbas ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah mengabaikan dari umatku: kekeliruan, kelupaan dan apa saja yg dipaksakan kpd mereka.”[HR Ibn Majah, Hakim dan Baihaqi dgn sanad yg sahih sebagaimana yg dikatakan oleh Imam Nawawi dalam al-Majmu’(VI/309)]

Berdasarkan hadis di atas, Allah swt itu tidak akan menghukum sesuatu yg kita tidak ketahui atau tidak sengajakan. Sesugguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Sebagai cth, puasa Nifsu sya’ban itu tidak ada dalilnya. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya fiqhus siyyam mengatakan bhw sesiapa yg berpuasa pada hari itu krn sempena hari tersebut(nifsu sya’ban}, hukumnya haram dan paling rendahpun makruh. Namun begitu, jika seseorang itu tidak tahu akan bid’ahnya amalan ini(tidak tau amalan ini tiada asal usulnya), insya Allah, amalannya diterima bersandarkan hadis di atas.

Ketahuilah bhw neraka atau syurga itu semuanya kuasa Allah dan menjadi hakNya utk menempatkan kita di mana. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby kasmaran on Mon Nov 08, 2004 5:58 pm

assalamualaikum...

saya ada terdengar, tentang hadith yg melarang pergi ke kenduri arwah. boleh sesiapa tolong post kan di sini. terima kasih
kasmaran
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 666
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby g@y@t on Tue Nov 09, 2004 6:40 am

as'kum,

Drpd Jabir bin Abdullah ra katanya, "Kami menganggap berkumpul di rumah si mati dan menyiapkan makanan termasuk dalam hukum ratapan."[HR Imam Ahmad dan Ibn Majah dgn sanad yg sahih]

Peringatan: Ada byk hadis yg melarang berkumpul di rumah si mati. Namun, hadis2 tersebut boleh dikatakan umum. Ia tidak spesifik kpd kenduri arwah spt yg diadakan di M'sia. Dalam memberikan hukum kpd kenduri arwah ini, kita perlu bijak dan mengambil kira hadis2 yg lain supaya tidak timbul perkara yg tidak diingini berlaku. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby kasmaran on Wed Nov 10, 2004 12:08 pm

terima kasih
kasmaran
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 666
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby smurf on Mon Feb 14, 2005 11:45 am

emmm..banyak sekali perkara yg menjadi amalan sejak kecil..rupa-rupanya adalah bidaah...
ImageImageImage
smurf
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1247
Joined: Mon Jul 14, 2003 11:44 am
Location: tanah

Postby khairelhafiz on Wed Mar 16, 2005 6:29 pm

"perkara yang bid'ah adalah dhalalah,dan segala dhalalah adalah haram"
khairelhafiz
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 141
Joined: Sat Feb 12, 2005 12:34 pm

Postby kleemann on Wed Feb 08, 2006 9:18 am

Assalamualaikum,
Saya bersetuju yg sesetangah amalan2 bulan Muharram tdk ada Nas nya. Namun begitu ia tidak menghalang kita drp terus melakukan nya... cuma Jgn lah kita ber 'iktiqad melakukan amalan2 tersebut bersandarkan Hadith2 yg maudhu' itu . Contoh..bersedekah bubur assyura tuh kan bagus... berkumpul ramai2, gotong royong dan merapatkan sillaturrahim sesama islam kan bagus!!!!.. Kan itu tuntutan agama...
kita harus sentiasa berhati2..Jangan sampai kita menghalal kan yg haram dan mengharamkan yang halah..

Wallahualam.
kleemann
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Sun Oct 02, 2005 9:25 pm
Location: KL

Postby jamban on Wed Sep 20, 2006 12:52 pm

setiap hari kita dianjurkan berdoa kepada Allah tak kira masa
jamban
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Sun Dec 25, 2005 9:13 pm
Location: Semenanjung Tanah Melayu,Tanah Jawi

Postby quratul ayuni on Thu Jan 18, 2007 4:46 pm

Salam..


Selamat menyambut maal hijrah..

dan pada yang beramal (doa..) ni, aku highlightkan balik
:D

Image
User avatar
quratul ayuni
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1498
Joined: Fri Feb 23, 2001 8:00 am

Postby amrizal on Thu Jan 18, 2007 9:30 pm

Rasulullah saw telah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari yang beerti:
“Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang tidak ada hubungan dengan urusan kita, maka ia tertolak.”

Maka di sini telah jelas bahawa barangsiapa yang mengamalkan amalan awal Muharam(Doa Awal dan Akhir Tahun), beriqtikadkan bahawa ia mempunyai kelebihan sepertimana yang digambarkan, apatah lagi mengatakan amalan ini adalah sunnah Rasulullah saw, maka amalannya tertolak. Dan Allah Rasulullah saw juga telah memberi amaran kepada mereka yang berdusta terhadap baginda saw dalam hadis sahih yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya di dalam neraka.” Hadis Mutawtir


Dan demikianlah hendaknyer..

Wallahu a'lam
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah memudahkannya jalan menuju syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
User avatar
amrizal
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 289
Joined: Tue Mar 28, 2006 5:13 pm
Location: bumi Allah nan Indah

Postby PenMerah on Fri Jan 19, 2007 8:45 am

assalamualaikum Tuan Haji Gayat..

Boleh tak karangkan saya... doa-doa yang syahdu...
untuk KELUARGA, SEMASA PERHIMPUNAN, MAJLIS PENUTUP KURSUS DAN DOA LEPAS SEMBAHYANG tetapi dalam bahasa malaysia? Contohnya doa-doa yang pernah saya hadiri di KURSUS BINA INSAN..

Sekian,terima Kasih
:D
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby zikri on Fri Feb 09, 2007 10:30 pm

Assalamualaikum

bagus tu pena merah tapi kalau boleh minta juga tuan aji kita tu bagi doa selamat masuk dan kelauar dari kubur.... sebab apa masuk kubur semua orang selamat sebab orang hidup tolong uruskan tapi masa keluar kubur tu kena bangun sendiri takde sape nak tolong dan bantu. ade ke doanya tuan aji?

hamba yang bodoh
zikri
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am

Postby syihab on Sat Jan 12, 2008 9:13 am

Assalammualaiikum warahmatullahhiwabarakatuh,

Maha kuasa Allah atas makhluknya
Nabi Muhammad adalah utusan Allah


Alfakir hendak sumbang informasi;
Terkait dengan kata bid'ah...
tidak semua bid'ah itu dhalalah...
karena bid'ah itu ada beberapa kategori..
didalam ilmu "mantik" bisa di pelajari

contoh 1:
antum menggunakan internet dan,
ini merupakan kategori bid'ah
karena di jaman nabi tidak ada internet
tapi bid'ah ini bukan bid'ah dhalalah

contoh 2:
di jalan raya yang lurus sudah ditetapkan
rambu-rambu resmi dari pemerintah dan kepolisian
tapi ada rambu tambahan yang di buat oleh penduduk setempat,
misalkan rambu yang bertuliskan "Hati-hati banyak anak-anak"

kita perumpamakan

Jalan raya yang lurus adalah Agama Islam
rambu-rambu resmi dari pemerintah dan kepolisian adalah Alqur'an dan Hadist Rasul
rambu yang bertuliskan "Hati-hati banyak anak-anak" adalah = amalan yang di lakukan para ambiya dan ulama
Semuanya berlaku untuk keselamatan bagi si pengendara mobil/motor dan juga si pejalan kaki/ anak-anak yang
ada di jalan raya tersebut
nah kategori ini bukan bid'ah dhalalah,

kecuali misalkan ada rambu-rambu tambahan yang bertuliskan "Ngebut = Benjut"
(rambu ini yang secara umum diartikan, bila Ngebut, maka akan di Pukuli/ Babakbelur")
nah kategori ini merupakan bid'ah dhalalah

Kembali ke masalah doa awal dan akhir tahun,
Penentuan tahun Hijriah adalah di masa khalifah Umar bin Khatab, sehingga bila di cari hadistnya, maka tidak akan diketemukan jua (silahkan membaca sejarah islam di Wikipedia Indonesia, ensiklopedia bebas berbahasa Indonesia.)
Dan penentuan tahun Hijriah adalah hasil mufakat para sahabat agar penanggalan secara Islam ada dan bisa di pakai untuk proses administrasi ke khalifahan pada saat itu
Dan penentuan tahun Hijriah ini bisa dikategorikan Bid'ah, tapi bid'ah Hasanah, karena bermanfa'at bagi ke maslahatan umat Islam

Kembali ke masalah doa awal dan akhir tahun,
Bila di bandingkan dengan perayaan tahun baru masehi yang penuh hura-hura (nyanyi, berjoget, tiup terompet, kembang api, dll) ini merupakan kategori bid'ah dhalalah...

Dan benar bila para alim-ulama terdahulu, me-lazimkan do'a pada awal dan akhir tahun,
dan do'a itu banyak macamnya, tapi di buatkan oleh alim-ulama terdahulu, sebuah "standard do'a" (istilah alfakir sendiri) yang memudahkan bagi orang-orang awam untuk berdo'a bagi dirinya dan bagi keluarganya, agar mendapatkan ampunan dan ridho dari Allah
Karena banyak kaum awam yang hendak berdo'a tapi tidak tahu cara berdo'a yang benar dan do'a apa yang sebaiknya di baca, maka di buatkan lah oleh para alim ulama suatu amalan do'a yang mudah, singkat dan bisa dibaca.

Dan penyebutan fadhilah dibalik do'a tersebut, mungkin untuk memberikan motivasi bagi kaum awam untuk membaca do'a/ bermunajat kepada Allah, dari pada hanya membuang waktu percuma dengan cara hura-hura

Dan Alfakir yakin, Allah bisa memberikan lebih besar lagi dari Fadhilah tersebut bagi hambanya yang meminta kepada Nya

Dan Alfakir yakin pula, bahwa juga masih banyak kaum awam yang tetap enggan berdo'a / bermunajat kepada Allah pada saat pergantian tahun tersebut, wallahu'alam

Karena hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang,
apakah do'a kita pada malam tahun baru tersebut di ijabah atau tidak, wallahu'alam,
Tapi bila kita berbuat maksiat pada malam tahun baru maka, hal itu sudah pasti dicatat oleh Malaikat

Sabda Rasulullah, yang secara umum berisi " Ikutilah Al qur'an, Sunnahku dan sunnah para Khalifah dan orang-orang alim (ulama dan tabiin) didalam mempelajari Islam, niscaya kamu akan selamat" Wallahu'alam

Imam Nawawi Meriwayatkan: " Hadist Do'if boleh dilakukan (hukumnya di bolehkan) selama hadist tersebut hanya berkaitan dengan amal ibadah saja (untuk mendekatkan diri kepada Allah), sedangkan bila berkaitan dengan Hukum Islam, maka hukumnya adalah Haram, kecuali hadist tersebut hadist Hasan dan Shahih", wallahu'alam

Di riwayatkan diantara Tanda-tanda akhir jaman adalah : "Akhir Umat akan melaknat Awal Umat",
yaitu akan ada suatu masa dijaman nanti satu kaum yang menganggap ajaran-ajaran yang di sampaikan oleh alim-ulama terdahulu adalah salah,kolot, ketinggalan jaman dan lain-lainnya
Padahal alim-ulama terdahulu belajar agama dari guru-guru nya terdahulu yang belajar agama islam dari guru-gurunya yang lebih terdahulu yang langsung belajar agama islam dari guru-guru nya yang labih-lebih terdahulu yang juga belajar agama islam terus menyambung hingga para sahabat-sahabat nabi dan dari para khalifah, yang mereka dapatkan ajaran langsung dari rasul Muhammad Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam

Demikian sekilas sumbang informasi dari alfakir,

Bila di kemudian hari terdapat perbedaan dalam keilmuan, kita kembalikan kepada Alqur'an dan Sunah Rasul seperti kutipan dari website Islami dibawah ini:

Setiap orang dapat diambil perkataannya dan ditinggalkan, kecuali Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang ma'shum (terlindung dari kesalahan). Dan semua yang datang dari para salaf -ridhwanullah 'alaihim- bila sesuai dengan al-Qur'an dan sunnah kami menerimanya. Namun bila tidak sesuai dengan al-Qur'an dan as-sunnah, Rasulullah lebih kami utamakan untuk diikuti.

wallahu'alam bishawab


Jazakallah khairan katsira,

wassallammuallaiikuum warahmatullahi wabarakatuh


syihabuddin bin haji muhammad zainuddin bin haji abdul hammid bin haji abdul syukur bin muhammad ali


Note:
kata "As'kum"..tidak ada artinya,
dan alangkah indahnya bila kita pakai kata yang di ajarkan oleh baginda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yaitu:
"Assalammualaiikum warahmatullahhiwabarakatuh"
syihab
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Fri Jan 11, 2008 11:41 am
Location: jakarta,indonesia

Postby g@y@t on Sat Jan 12, 2008 3:23 pm

w'slm,

Persoalan bid'ah telah banyak kali dibincangkan. Dan dr penulisan enta, jelas enta tidak phm ke mana perbincangan bid'ah itu pergi. Sehinggakan tidak dapat dibezakan antara bid'ah dari segi syara' dan bid'ah dari sudut bahasa. Maka bercampurlah hujah2 enta antara bid'ah yg diperselisihkan dgn bid'ah pada erti bahasa.

Mengenai kalimah as'kum, semmgnya tidak ada maksudnya. Tp apa yg penting kefahaman org pada apa yg dibacakan itu. Apabila ditulis akum/askum etc, semua org phm bahawa itu salam dan kalimah lengkapnya adalah seperti yg enta tulis. Pon kalau nak dikira, penulisan salam dalam rumi juga salah kerana sebutan2 huruf yg tidak tepat pada makhrajnya yg membawa kepada maksud lain.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Doa dalah untuk kebaikan

Postby DgMangatta on Tue Jun 17, 2008 2:13 pm

Kalau doa untuk kebaikan , bacalah.
Ikhlas kerana Allah
DgMangatta
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 15
Joined: Mon Aug 28, 2006 6:45 am
Location: sabah


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 5 guests