Azura_Salam wrote:Assalammualaikum,
Saya ingin tanya BENARKAH KALIMAH ALLAH YG SERING MANUSIA NAMPAK DGN HURUF 'Alif, Lam, Lam, Ha' di langit/di objek di dunia ini ADALAH BUKTI ZAT YG MEMANG HADIR DRP ALLAH TU SENDIRI & BUKTI ALLAH TU WUJUD MELALUI KALIMAH INI?
wujudnya Allah adalah suatu yg hakiki yang tidak dapat ditolak dari sudut mana sekalipun...baik naqli mahupun aqli
kalimah Allah yang terdapat dimana2 objek bukanlah zat Allah...hanyalah simbol kepada nama Zat yang maha Agung
dalam Quran banyak ayat2 yang menyuruh kita perhati kpd kejadian alam ini yang menjadi bukti wujudnya Allah
*lihatlah kpd kejadian unta
*lihatlah kepada kejadian langit
*lihatlah kepada kejadian bumi
*lihatlah kepada kejadian manusia
*lihatlah kepada gunung-ganang...dsb
itu semua adalah tanda2 yang amat nyata bagi mereka yang mahu berfikir...termasuklah kalimah Allah yang wujud pada mana2 objek sbg tanda kebesaran dan kewujudan Allah.
Boleh tak kongsi dgn saya, melalui hadis mana & drp siapa mengatakan kewujudan KALIMAH ARAB ini mmg datang drp ALLAH utk manusia?Sbb, dikatakan, N.Muhammad sendiri tak pernah nampak Allah kan?
Bahasa arab adalah bahasa pertuturan ahli syurga..
Bukan bahasa arab sahaja...tetapi semua bahasa yang ada didunia ini datang drpd Allah..."Dialah (Allah) yang mengajarkan manusia sesuatu yang tidak diketahui oleh manusia sebelumnya" surah Al-Alaq.
N.Muhammad S.A.W melihat Allah ketika peristiwa mi'raj...walaupun dinafikan oleh Aisyah R.A..namun sahabat2 yang besar lainnya mensabitkan perkara tersebut.