HADAD ALWI - SYIAH???

Untuk apa-apa bicara berkaitan aqidah Islam.
Pengendali :: g@y@t

Postby Anis Wardah on Sat Jul 20, 2002 4:25 am

Assalamualaikum, Artikel ini telah dikirimkan kpd ana semalam dan telah ana periksa laman web kumpulan nasyid ini dan memang terdapat kebenaran dlm dakwaan penggunaan konsep 'Nur Muhammad' dlm lirik lagu nasyid mereka. Sesiapa yg memiliki kaset2 mereka mungkin boleh memeriksa liriknya Wallahua'lam

--------------------------------------------------------------------------------

BERITA Harian 29 April lalu, melaporkan
kepopularitian penyanyi dari Indonesia bernama Haddad Alwi. Beliau dikatakan memperjuangkan lagu nasyid yang bermesej Islam dengan menekankan konsep selawat sebagai isi penting dalam setiap albumnya.

Penyanyi berkenaan sudah menghasilkan tujuh
albumberteraskan selawat. Sambutan masyarakat terhadap album itu mendorong syarikat rakaman tempatan mempromosi dan memasarkan album terbarunya Haddad Alwi & Sulis- Cinta Rasul Orchestra Special Edition.

Siaran radio tempatan juga sering memutarkan
lagu beliau manakala televisyen mula menayangkan klip videonya, malah, ada pihak yang mula menganjurkan persembahan untuk penyanyi berkenaan. Memang terbukti, lagu nyanyian beliau cukup berpengaruh kerana ketika pulang berhari raya di kampung, saya
pernah melihat sanak saudara terutama kanak-kanak begitu asyik menonton VCD lagu itu berulang kali. Ini tidak menghairankan kerana album itu dikatakan memang berkualiti. Penyanyi itu juga menjelaskan penghasilan albumnya untuk menarik
minat anak muda dan kanak-kanak.

Laporan media ada mencatat beberapa judul lagunya yang antara lain ialah Nur Muhammad. Berdasarkan judul ini ia jelas berkaitan konsep Nur Muhammad yang menjadi salah satu daripada kepercayaan sesat puak Syiah dan
beberapa tarikat Sufi.

Kedudukan konsep ini sebagai sesat dibuktikan sarjana Islam dan sudah lama diwartakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

(Lihat risalah Mengenal Ajaran Sesat, 2000, hal. 6-7).

Saya tidak pernah membeli kaset atau CD lagu itu untuk menghafal seni katanya. Bagaimanapun, saya sempat menangkap beberapa petikan rangkapnya melalui siaran radio, yang antara lain bermaksud:

"Nur Muhammad saw bertajalli dalam tubuh Saidina Ali
ra."

Maksud ini jelas membawa konsep Nur Muhammad mengikut fahaman Syiah Imam 12 yang beriktikad bahawa Nur Muhammad itu berasal daripada Nur Allah, manakala Nur Allah itu pula menjelma dalam diri Imam yang diketuai
Saidina Ali ra.

Saya juga mendengar lagu terbaru nyanyian beliau berjudul Madinatul Ilmi yang diiringi Orchestra Victoria Philharmonic dan Sydney Concert melalui radio dan televisyen. Rangkap pertama dan kedua seni kata
lagu itu ada hubungan dengan ajaran sesat berrbunyi:
"Ana Madinatul Ilmi Wa Aliyyu Babuha, Faman Aradal
Madinata Fa'tiha Mim Babiha" bermaksud: "Aku
(Rasulullah) ialah bandar ilmu manakala Ali pula ialah pintunya. Sesiapa yang inginkan ilmu itu maka hendaklah ia masuk melalui pintunya."

Ungkapan ini adalah petikan sepotong hadis palsu rekaan Syiah untuk menonjolkan kelebihan Ali.Kepalsuan hadis sudah dijelaskan oleh sarjana ilmu
hadis dalam 20 kitab antaranya Ibn al-Jauzi di dalam kitab al-Maudu'at (jil. 1, hal. 350-353); Az-Zahabi dalam Tartib al-maudu'at, (jil. 1, hal. 286-293); Al-'Ajluni dalam Kasyf al-Khafa', (jil. 1, hal. 618);

As-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, (jil. 1, hal. 189); As-Suyuti dalam al-Lali' al-Masnu'ah, (jil. 1,hal. 329, 330 dan 334); Asy-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu,ah, (jil. 1, hal. 1090) dan Mulla Ali al-Qari
dalam al-Asrar al-Marfu'ah. Oleh kerana Nur Muhammad dan hadis palsu direka oleh Syiah untuk menegakkan ideologi mereka, lagu itu juga perlu dilihat sebagai mendukung ideologi itu.

Saya tidak menafikan ada beberapa lagunya yang mempunyai seni kata yang baik seperti Ummi. Saya mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik penerbitan dan pemasaran album penyanyi berkenaan kerana seni katanya umpama jarum halus yang menyuntik
racun kesesatan secara sembunyi.

Sejajar dengan arahan Jakim kepada jabatan agama menyekat ajaran sesat oleh rakyat asing ( Berita Harian 30 April lalu), tulisan ini juga menyarankan pihak berkuasa agama, media, syarikat rakaman dan
penganjur mengambil tindakan yang sama terhadap kemungkinan penyerapan ajaran sesat melalui lagu nasyid asing. Semoga usaha ini dapat menyelamatkan akidah generasi muda kita.

pensyarah ukm bangi
Anis Wardah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 703
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: dunia yg fana...

Postby 515O on Sat Jul 20, 2002 9:29 am

A'kum dan w'salam,

Terimakasih sdri Anis.

TQ.
515O
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Allah kita datang dankpdNya kita kembali

Postby bani_adam on Sun Jul 21, 2002 8:39 am

ala biasalah .. lazimnya benda-benda yg sesat nie rasanya memang manis dan sedap didengar macam lagu nasyid mereka tu.. jangan lah jadi macam kisah al-Arqam tu pulak.. dah elok-elok jalan yg dibawa tu alih-alih ada tambah-tambahan lak dalam Mengucap Dua Kalimah Syahadah tu..

Tambah pulak dah seronok guna 'khadam' tu... dikatakan pulak kat pengikutnya yg kita org Islam nie boleh guna Jin utk menolong kita lak.. lihat lah kembali buku mereka 'Aurad Muhammadiyah' tu kalau ada sesiapa yg masih menyimpannya lah..

Anyway bagus gak dimaklumkan perkara-perkara spt ini supaya umat Islam terutama kat Malaysia yg Tercinta ini tidak dirosakkan oleh aqidah yg sesat sampai akhir hayat nanti..

Wassalam.
bani_adam
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 115
Joined: Sat Nov 24, 2001 8:00 am
Location: K.Lumpur W/P

Postby musykil on Tue Aug 13, 2002 12:41 pm

"Ana Madinatul Ilmi Wa Aliyyu Babuha, Faman Aradal
Madinata Fa'tiha Mim Babiha" bermaksud: "Aku
(Rasulullah) ialah bandar ilmu manakala Ali pula ialah pintunya. Sesiapa yang inginkan ilmu itu maka hendaklah ia masuk melalui pintunya."

Cik Anis, komen tentang Hadad Alwi tu teman tak tahu ler, tetapi tentang hadith di atas minta maap. Hadith itu bukan dari syiah. Sememangnya Rasulullah melebihkan akan Saidina 'Ali dalam segala hal kerana beliau yang mula-mula ikut Rasulullah, mula-mula Islam dan diasuh sejak 'rebung', seumur 8 thn dan membenarkan, patuh, malah berkorban nyawa untuk Nabi dengan berbaring di atas tempat tidur Nabi takkala Nabi berhijrah ke Madinah. Malah dikahwinkan dengan puteri Nabi iaitu Saiditina Fatimah Az-zahra untuk kesinambungan 'Aal baginda.

Saidina 'Ali memiliki ilmu yang sangat tinggi hasil asuhan terus menerus sejak dari Nabi diajar Jibril di gua Hira'. Beliau ikut setiap cara sholat Nabi, zikir-zikir dsbnya. Mungkin sikapnya yang sangat sederhana menyebabkan orang tidak menyedari hal ini. Sehinggalah Nabi bersabda spt hadith yang Cik Anis bawa di atas.

Sebenarnya masih wujud musuh-musuh Islam, orientalis, individu2 walau yg bergelar ulama yang memusuhi 'Aal Rasulullah sehingga sekarang ini. Tidak hairanlah Ahlibait diusir dari kota Mekah yang diwariskan Nabi untuk Ahlilbait. Nama asal iaitu Hijaz pun telah ditukar menjadi Saudi dari nama keluarga Saud.

Ketika Rasulullah duduk tawarruk, Hassan dan Hussin naik di belakang Rasulullah. Nabi merasa sebak dan dapat merasakan akan tanda-tanda 'Aal-nya (keluarga/keturunannya) akan ditimpa musibah sepeninggalannya nanti. Maka Rasulullah mengangkat tangan berdoa "Ya Allah, kayakanlah bumi Arab ini dengan emas hitam untuk ahlibaitku".

Dari Abu Ibnu Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Siapa yang ingin hidup seperti hidupku, mati seperti matiku dan menempati syurga Adn yang disediakan oleh Tuhanku, maka hendaknya ia menjadikan 'Ali sebagai pemimpinnya selepasku, menjadikan walinya sebagai pemimpinnya dan mengikuti jejak ahlibaitku selepas aku, kerana mereka itu itrahku (anak cucuku), mereka diciptakan dari kejadianku dan diberi pengertian dan ilmuku, maka neraka wail bagi umatku yang mengingkari keutamaan mereka, yang memutuskan hubunganku dengannya dan kelak Allah tidak memberi mereka syafaatku". Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Ar-Rafi'e.

Kita bertuah kerana masih ada ahlibaitnya hingga sekarang ini walau cuba dihapuskan oleh Mu'awiyyah dan anaknya Yazid hingga tercetusnya peristiwa Karbala. Kita tak pernah sensitif dgn hal ini. Bagaimana kalau di Padang Mahsyar nanti Nabi tak sensitif bila kita minta Nabi bantu melalui syafaatnya tapi tak dilayan kerana sangkut dalam hal ini sdgkan waktu itu seluruh manusia perlukan pertolongan Allah hari di mana matahari sejengkal di atas kepala, peluh menenggelamkan kita dan kaki berpijak di atas kaki (too crowded).

Itulah yg boleh teman khabor, Solawat atas Rasulullah s.a.w. , Terimakasih Rasulullah atas jasamu, akan kami teruskan jejakmu walau dibenci oleh org yang menentang, dan akan kami jaga silaturrahim dgn 'Aal-mu, dengan izin Allah jua.
wassalaam.
musykil
Ahli
Ahli
 
Posts: 9
Joined: Sat Aug 10, 2002 8:00 am

Postby raiza raihan on Tue Aug 20, 2002 12:40 am

YER KE.....SAYA PUN ADA DENGAR GAK..KEKAWAN CAKAP PASAL NI..MEMULA TU INGATKAN GOSIP2 JER...TAPI BILA BETUL2 KITA HAYATI MAKNA LAGU DIA TU MMG BETUL APA YG ANIS KATAKAN...SAYA DAH PUN TERBELI KASET DAN VCD HADAD ALWI NI...SO APA TINDAKAN KITA SETERUSNYA YER?
raiza raihan
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 76
Joined: Wed Feb 06, 2002 8:00 am
Location: uia

Postby nari on Wed Sep 18, 2002 5:45 pm

Assalamualaikum..

kerana itu berhati-hati kalau mahu mengkritik.. hadis itu terlalu banyak
dalam kitab ahli sunnah..
nampaknya saudari anis tidak pernah
mendalami sirah nubuwah atau
berfikir secara rasional..
hanya terikut apa yang
terkeluar dalam kenyataan di dada akhbar..

kata Syadina Ali..

manusia menjadi musuh apa yang
tidak diketahuinya..
nari
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 17
Joined: Sun Dec 30, 2001 8:00 am
Location: Kuala Lumpur

Postby Muwahid on Sat Sep 21, 2002 4:14 pm

assalamualaikum

adakah banyak bererti benar? adakah sedikit bererti salah? memang benar hadiths itu adalah hadiths mungkar yang di reka oleh syiah yang pro sayidina ali. Saya tidak nafikan bahawa Ali ra adalah khalifah dan saya juga mengambil atsar2 beliau.A fact is a fact. Memang banyak yang telah dicemari oleh pihak syiah sehingga buku2 sunnah pun mereka reka2. Berhati2 lah saudara2 ku sekalian dengan pengerakan syiah ini.
Muwahid
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 40
Joined: Sat Sep 07, 2002 8:00 am

Postby Abu Nawas on Mon Sep 23, 2002 6:35 am

Assalamualaikum!

Saya amat gusar dan sedih melihatkan permusuhan yang berpanjangan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w semenjak dari lahirnya Rasul sehinggalan ke hari ini. Asyik-asyik menghina, membenci, mencaci, memboikot, membuang daerah dan berbagai-bagai perlakuan yang menyedihkan yang telah dihadapkan kepada keluarga Rasul s.a.w. Saya tidaklah membela Syiah, tetapi jika mengkaji sejarah mereka ini.. kita akan dapati bahawa keseluruhannya penuh dengan tangisan dan sungguh menyayat hati. Pembubuhan, pembantaian dan segala macam musibah telh dikenakan keatas mereka. Fikirlah sendiri wahai saudara se agama betapa zalimnya kita umat Islam membunuh sesama sendiri...membenci sesama sendiri...Terus terang saya katakan bahawa kebencian ini semakin menular hatta kepada mereka yang bergelar pensyarah, Ustaz dan Alim....Amat malang sekali.

Semuga Allah s.w.t mengampuni kita.
Abu Nawas
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Sun Sep 22, 2002 8:00 am

Postby madini on Tue Sep 24, 2002 1:52 am

Assalamualaikum...

Sekadar pandangan/nasihat yang mungkin boleh berguna utk kita semua.

Aper yang ditulis oleh Anis itu adalah benar,
hadis yang terdapat dalam lirik lagu Haddad
Alwi itu adalah hadis maudu' yang telah di
sahkan oleh ulamak2 yang muhaqqiqin dan tabahhur dalam ilmu hadis seperti Ibnu Jauzi,
Azzahabi,Assuyuti,Assyaukani dan banyak lagi.

Jadi apabila telah jelas ianya maudu' maka haram beramal,berhujah serta menyampaikannya
tanpa menyebut kecacatannya.

Bukan tak ada hadis yang sahih tentang kelebihan Saidina Ali dan kelebihan Ahlu Bait,jadi mengapa harus mengguna dan mempertahankan hadis yang jelas maudu'nya.

Banyak hadis sahih antaranya diriwayatkan oleh Imam Muslim,sabda nabi saw :"Siapa yang
berdusta keatasku dengan sengaja maka ambil
lah tempat tinggalnya didalam api neraka"
Nauzubillahi min zalik.
Jadi berhati-hatilah,jangan terlalu emosional.

Dalam perkara yang berkaitan dengan sahabat dan Ahlu Bait,Imam Ghazali membahagikannya
kepada tiga golongan:

1/Rafidhah (Syi'ah),Mereka keterlaluan dalam
menyintai ahlu Bait sehingga terjerumus dalam
membenci dan mencerca sahabat2 yang lain.

2/Nashibah,mereka keterlaluan dalam menyintai
para sahabat dan memusuhi ahli bait.

3/Ahlus Sunnah,mereka menyintai kesemuanya
para sahabat nabi dan ahli baitnya,dan menjaga lidah mereka dalam peristiwa yang melibatkan para sahabat,seperti pertikaian
yang berlaku antara Mu'awiah dan Saidina Ali
radiallahu anhuma,dengan tidak mencerca mana
mana pihak. (lihat Raudhatul Tolibin Wa Umdatus Salikin)

Jadi,pada golongan manakah kita????
Tepuk dada tanya selera!!
madini
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 305
Joined: Mon Jun 24, 2002 8:00 am

Postby cintarasul on Thu Jan 09, 2003 2:40 pm

As-salamu-alaikum,
Apalah ante ni, kenapa jahil sangat tentang hadith....hadith Ana Madinatul Ilm ada dalam kitab sunnah..Cubale tengok kitab Mustadrak karya al-Hakim...(al-Hakim ni ulama hadith sunnah bukan syiah) kat situ ada banyak hadith tentang kelebihan Ali...Dia tak kata hadith itu palsu (maudhuk) sebalik sahih. Janganle main hentam saje..orang kata palsu ante kata palsu cubale buat kajian...Ingatle sikit fitnah itu lebih besar dosa daripada membunuh..
Ante fitnah semua orang syiah dari zaman dulu sampai zaman sekarang..Wah terror ente nak pikul dosa dari dulu sampai hari kiamat..???
ingatle agama Islam ni bukan agama milik ahli sunnah wal jamaah tetapi milik Allah..ASWJ hanya baru timbul selepas lebih satu abad selepas kewafatan Rasul saw.
Apa ante fikir ikut mazhab aswj yang empat itu ante fikir boleh masuk syurga?
Mana ada hadith suruh ante ikut mazhab syafie, hanafi, hambali, maliki???? Imam syafie sendiri tidak minta orang ikut dia? Jadi di akhirat nanti jawable sendiri....
dan bersiaplah dengan ganjaran dari fitnah yang anda buat tanpa usul periksa...
Wasalam.
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby tenangkan hatiku on Fri Jan 10, 2003 1:19 am

asalamaulikum..
baik juga jawaban semua itu..berdasarkan ilmu yang sempat diceduk dari gedung ilmu dan dari pintu yang terbuka.Apa yang diketahui tidak la..semua syiah tu sesat...begitu juga la..ahli sunah waj jemaah..sebagai mana bahai dari syiah dan qadiani dari ahlisunah waljamaah..mereka nie...adalah serpihan dari induknya..
Yang benar adalah yg mengikut Rasullulah s.a.w..kalau mengikut Rasullulah dari keturunannya sahaja dengan mengambil semparna nama syed dan sebagainya..tidaklah ada jamian untuk tidak sesat..yang dijamin betul ialah mengikut apa yang rasulullah sampaikan dan laksanakan..

Persoalan Nur Muhamad itu bukan la..semua nya menyesatkan..kerana Nur Muhammad itu kalau ditukarkan pada kalimah Nur itu bererti keteranagan ..tidaklah..menyesatkan..kerana keterangan bagi diri Rsulullah itu telah ada sebelum kelahiran Muhammad s.a.w..
Sekian dulu la...buat difikirkan..

wasalamaulikum
tenangkan hatiku
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby 515O on Fri Jan 10, 2003 2:14 am

Pada 2003-01-08 23:40, cintarasul menulis:
As-salamu-alaikum,
Apalah ante ni, kenapa jahil sangat tentang hadith....hadith Ana Madinatul Ilm ada dalam kitab sunnah..Cubale tengok kitab Mustadrak karya al-Hakim...(al-Hakim ni ulama hadith sunnah bukan syiah) kat situ ada banyak hadith tentang kelebihan Ali...Dia tak kata hadith itu palsu (maudhuk) sebalik sahih. Janganle main hentam saje..orang kata palsu ante kata palsu cubale buat kajian...Ingatle sikit fitnah itu lebih besar dosa daripada membunuh..
Ante fitnah semua orang syiah dari zaman dulu sampai zaman sekarang..Wah terror ente nak pikul dosa dari dulu sampai hari kiamat..???
ingatle agama Islam ni bukan agama milik ahli sunnah wal jamaah tetapi milik Allah..ASWJ hanya baru timbul selepas lebih satu abad selepas kewafatan Rasul saw.
Apa ante fikir ikut mazhab aswj yang empat itu ante fikir boleh masuk syurga?
Mana ada hadith suruh ante ikut mazhab syafie, hanafi, hambali, maliki???? Imam syafie sendiri tidak minta orang ikut dia? Jadi di akhirat nanti jawable sendiri....
dan bersiaplah dengan ganjaran dari fitnah yang anda buat tanpa usul periksa...
Wasalam.


A'kum,

Jika anda adalah penyokong Syiah, maka alangkah "cantiknya" budipekerti anda yang dibunyikan didlm tulisan anda.

Jika anda penyokong Syiah, dan jika anda mengaku anda bagus, maka kebenaran kebagusan yang anda akui itu "tidak" ter-bayang didalam tulisan anda itu.
515O
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Allah kita datang dankpdNya kita kembali

Postby cintarasul on Fri Jan 10, 2003 2:18 pm

As-salamu-alaikum wm.wb.

Sama ada bagus atau tidak...benar atau tidak...hanya boleh diukur dengan siasat dan kajian terhadap apa yang di "bunyikan" dalam tulisan saya....Misalnya betulkah hadith dalam Mustadrak itu? Sahihkah? Maka siasatlah...carilah kitab tersebut....dan buktikan bahawa ia tidak benar dan tidak sahih.....TETAPI ante dan seperti kelazimannya orang-orang yang anti kepada syiah ahlul bait as suka membuat tohmahan dan prejudis sebelum sampai kepada hakikatnya maksudnya tidak mahu langsung membuka kitab...
INilah penyakit golongan anti-syiah ahlul bait as dan akhirnya mereka terjerumus kepada fitnah yang dahsyat..Maka cubalah keluar dari tradisi ini dan lihatlah pandangan orang lain dengan fikiran yang terbuka dan buktikan secara ilmiah...Jangan emosi melulu....ia tidak membawa manfaat kepada diri sendiri...
Ingatlah Islam adalah agama Allah SWT dan ikutlah ajaran Islam sebagaimana kehendak Allah SWT bukan kehendak diri sendiri...
Sejenak:
Yang tidak menghairan syaitan akan melenting apabila disebut nama Ali.....Maka jadilah pencinta Ali dan bukan menjadi sekutu mereka yang memusuhi Ali as..
Wasalam.
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby wak long on Fri Jan 10, 2003 11:12 pm

Perkara ini sudah menjadi lumrah dari dulu-dulu lagi.Sesiapa yang menunjukkan rasa hormat, kasih dan cinta pada Sayyidina Ali a.s berserta ahlu bait yang lain akan dituduh sebagai syiah .Itulah kejayaan propaganda Bani Ummayyah yang mencerca Ali a.s dan keturunannya dari mimbar mesjid.Sampai hari ini kesannya tetap ada dan sampai penghujung dunia tetap akan ada.Perkara ni telah dijelaskan Rasulullah s.a.w.

Cinta pada Ahlu Bait itu wajib.Mengakui keutamaan mereka dituntut oleh Allah , Rasulullah s.a.w.Malah amal tak di terima tanpa mengenal hak mereka.

Imam Syafie sendiripun di tuduh yang bukan-bukan hanya kerana menyanjung, mencintai dan memihak kepada Ali dan Ahlu Bait.Selagi kita tidak kenal siapa itu ahlu bait dan hubungannya dengan Allah, Rasulullah, Syurga , neraka , amal , ibadat dsbnya, kita tidak mungkin mnecintai mereka seperti yang dituntut oleh syariat.

Apa perlunya kita bersolawat tapi dalam masa yang sama kita menyakiti hati mereka.Menyakiti Rasulullah.

Apa ertinya kita bersolat, tanpa mengenal hak-hak mereka ?

Wassalam
wak long
Ahli
Ahli
 
Posts: 5
Joined: Mon Dec 30, 2002 8:00 am

Postby tenangkan hatiku on Sat Jan 11, 2003 12:13 am

wasalamualaikum
Kepada yg sudi membaca catitan ana yg lalu dan mengakui kebenaran kelebihan Ali.r.a,ada kebenaranya setelah mengikut dilog para ulama yg lalu.Itu tidak dapat dinafikan bila kita semua membuka ruang bagi menceduk ilmu....tidak la dihati ini menidakkan keutamaannya dan kelebihan keluarganya .kebenaran tetap akan benar dan amat lega rasanya apabila keyakinan yang disandarkan pada kebenaran.
Oleh kerana ana telah menemui 4 jenis bunyi hadis yang hampir sama maksudnya..cuba la..kita fikirkan

1.Sekiranya ada nabi setelahku ,pastilah Ali sebagai pengantinya ...dari kita syiah

2.Sekiranya ada nabi setelahku,pastilah Umar sebagai pengantinya..dari pengikut kalangan penuntut ahli sunah.

3.Sekiranya ada nabi setelahku pastilah Muawiyah sebagai pengantinya..dari anak murid pada kitab lama .

4 Sekiranya ada nabi setelahku pastilah Umar Abd Aziz sebagai pengantinya..dari pengikut satu kumpulan jemaah yg terkenal juga la..dimasa dulu.

Semua hadis ini..telah ana dengari semasa belajar dari kelompuk yang berlainan..

marilah kita bincangkan..dimana benarnya.
Yang pasti hanya satu yang benar sepatut diyakini.Ini semua berlaku kerana sejarah dan perjalanan sebutan itu lahir.

wasalam
tenangkan hatiku
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby tenangkan hatiku on Sat Jan 11, 2003 12:16 am

maaf catitan yang lalu..silap sedikit kerana bukan kita....tapi kitab..harap diperbetulkan..
wasalam
tenangkan hatiku
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby wak long on Sat Jan 11, 2003 3:48 am

Amat malang peristiwa hari khamis.Begitulah tangis Ibnu Abbas.Itulah puncanya sampai ke hari ini.

Namun demikian itulah jalan cerita yang telah ditetapkan.Sengaja di buat begitu untuk menguji iman kita samada kita menjunjung perintah Rasulullah s.a.w setelah ketiadaannya.

Tidak ada yang lebih tersembunyi melainkan kebenaran...

Amat malang sekali...
wak long
Ahli
Ahli
 
Posts: 5
Joined: Mon Dec 30, 2002 8:00 am

Postby cintarasul on Sat Jan 11, 2003 8:55 am

As-salamu-alaikum wm.wb.
Dalam peristiwa Hari Khamis, Nabi SAWAW meminta kertas dan qalam untuk menulis perkara yang menyebabkan mereka tidak akan sesat kemudian hari..ia satu isyarat yang sama dengan hadith tsaqalain iaitu dua pusaka berat yang juga menyebutkan perkara yang menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kedua-duanya adalah Kitabullah, dan itrah, ahlul bait Nabi SAWAW.
Justeru, umat wajiblah mengenal mereka dan mengikuti petunjuk mereka supaya mereka tidak tersesat. Ini adalah satu jaminan Rasul SAWAW.
Kembali kepada topik/lagu Hadad Alwi tentang Madinatul Ilm itu tercatat dalam al-Hakim, 4, cetakan Beirut, Lebanon, halaman, 95, disebutkan hadith,"Ana madinatul Ilm wa-'Aliyun babuha fa man aradal-madinah fal-ya'til-bab." - menurut al-Hakim, hadith ini sahih dari segi isnadnya tetapi tidak dikeluarkan oleh kedua-dua (Bukhari dan Muslim).
Hadith lain tentang Ali as:

"<b>Di antara 'alamat munafiq ialah membenci Ali</b>."

al-Hakim, 4, hlm.,99. al-Hakim menyatakan:"Hadith ini sahih mengikut persyaratan Muslim tetapi tidak dikeluarkannya."

Hadith lain:
"<b>Barang siapa mencintai Ali, mencintaiku(Rasul SAWAW), dan barang siapa marah/membenci Ali, maka membenciku</b>."

al-Hakim menyebut: hadith ini sahih mengikut persyaratan syaikhain (Bukhari dan Muslim) tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka.

Hadith lain menyebut orang yang membenci Ali akan masuk neraka wail, hlm. 108, kitab yang sama.

Ali sebagai wali setiap mukmin selepas Nabi, hlm. 106 dan lain-lain lagi. Hadith ini adalah sahih dari segi isnad.

Justeru, mencintai Ali adalah saranan Nabi SAWAW dan menurut al-Qur'an pula, cinta hendaklah diikuti dengan mengikuti kepada yang dicintai, bermakna kewajipan umat ialah mengikuti ahlul bait as dan ini sejajar dengan hadith tsaqalain (dua pusaka berat).

Semoga Allah SWT membuka hidayah kepada kita untuk mencintai Ali as dan ahlul bait as, mengikuti petunjuk mereka agar kita selamat di dunia dan di akhirat.


Wasalam.
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby wak long on Sun Jan 12, 2003 12:23 am

Mengenai hadis ‘Ali adalah pintu ilmu pengetahuan” yang sebenarnya terdapat banyak hadith yang menyokong fakta ini. Satu darinya dipanggil ‘Hadith Madina’ Ianya hampir berterusan penyampainya oleh kedua golongan [sunni dan shia] bahawa nabi berkata pada banyak keadaan mengenai Ali bahawa dia adalah ‘Pintu kepada pengetahuannya’ Ini adalah kata-katanya: ‘Saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang ingin mencari ilmu hendaklah datang melalui pintunya.’
Amat malang bila mengatakan hadith yang kuat ini penyampai solo atau hadith yang lemah. UlamaASWJ yang terkenal telah mengesahkannya. Kita seharusnya merujuk Jam’u’l-Jawami’y oleh Suyuti; Tahdhibu’l-Ansar oleh Muhammad Bin Jarir Tabari; Tadhkiratu’l-Abrar oleh Seyyed Muhammad Bukhari; Mustadrak oleh Hakim Nishapuri; Naqdu’s-Sahili oleh Firuzabadi; Kanzu’l-‘Ummal oleh Ali Muttaqi Hindi, Kifayatu’t-Talib oleh Ganji Shafi’i; dan Tadhkiratu’l-Muzu’a oleh Jamalu’d-din Hindi.
Mereka menulis; ‘Jika sesiapa menolak hadith ini, dia pastinya telah salah.’ Juga di dalam Rauzatu’l-Nadiya oleh Amir Muhammad Yamani, Bahru’l-Asanid oleh Hafiz Abu Muhammad Samarqandi, dan Matalibu’s-Su’ul oleh Muhammad Bin Talha Shafi’I, mereka telah mengesahkan kesahihan hadith ini.
Hadith ini telah disampai di dalam berbagai cara dan dari berbagai punca. Kebanyakkan dari para sahabat dan pengikut telah menyampaikannya, termasuk Ali, Abu Muhammad Hasan Bin Ali, cucu nabi yang tua, Abdullah Ibn Abbas, Jabir Ibn Abdullah Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud, Hudhaifa Bin al-Yaman, Abdullah Ibn Umar, Anas Bin Malik, and Amr Bin As.
Diantara tabi’in [generasi kedua selepas sahabat] yang berikut ini telah menyampaikan hadith tersebut: Imam Zainu’l-Abidin, Imam Muhammad Baqir, Asbagh Bin Nabuta, Jarir Azzabi, Harith Bin Abdullah Hamdani Kufi, Sa’d Bin Ta’rifu’l-Hanzali Kufi, Sa’id Bin Jabir Asadi Kufi, Salma Bin Kuhail Hazarmi Kufi, Sulayman Bin Mihran A’mash Kufi, Asim Bin Hamza Saluli Kufi, Abdullah Bin Uthman Bin Khisam al-Qari al-Makki, Abdu’r-Rahman Bin Uthman, Abdullah Bin Asila al-Muradi, Abu Abdullah Sanabahi, and Mujahid Bin Jabir Abu’l Hajjaj al-Makhzumi al-Makki.
Ramai dari ahli hadith ASWJ yang terkenal dan juga ahli sejarah telah menyampaikannya. Terdapat lebih kurang 200 rujukan dari ASWJ yang telah menyampaikan hadith yang suci ini. Sebahagiannya adalah seperti berikut.
ULAMA SUNNI YANG TELAH MENYAMPAIKAN HADITH ‘KOTA ILMU PENGETAHUAN’
(1) Abad keiga pengulas dan ahli sejarah Muhammad Bin Jarir Tabari (m 310 H.): Tahdhibu’l-Athar.
(2) Hakim Nishapuri (m. 405 H.): Mustadrak, v.III, pp. 126,128,226.
(3) Abu ‘Isa Muhammad Bin Tirmidhi (m 289 H.): Sahih
(4) Jalalu’d-din Suyuti (m 911 H.): Jam’u’l-Jawami’y dan Jam’u’s-Saghir, v.I, p. 374.
(5) Abu’l-Qasim Sulayman Bin Ahmad Tabrani (m 491 H.): Kabir dan Ausat.
(6) Hafiz Abu Muhammad Hasan Samarqandi (m 491 H.): Bahru’l-Asanid.
(7) Hafiz Abu Nu’aim Ahmad Bin Abdullah Ispahani (m 410 H.): Ma’rifatu’l-Sahaba.
(8) Hafiz Abu Amr Yusuf Bin Abdullah Bin Abdu’l-Bar Qartabi (m 463 H.): Isti’ab, v.II, p. 461.
(9) Abu’l-Hasan Faqih Shafi’i Ali Bin Muhammad Bin Tayyib al-Jalabi Ibn Maghazili (m 483 H.): Manaqib.
(10) Abu Shuja’ Shirwaih Hamadani Dailami (m 509 H.): Firdausu’l-Akhbar.
(11) Abu’l-Mu’ayyid Khatib Khawarizmi (m 568 H.): Manaqib, p.49 and Maqtalu’l-Husain, v.I, p.43.
(12) Abu’l-Qasim Bin Asakir Ali Bin Hasan Damishqi (m 572 H.): Ta’rikh-e-Kabir.
(13) Abu’l-Hujjaj Yusuf Bin Muhammad Andalusi (m 605 H.): Alif-Bas, v.I, p. 222.
(14) Abu’l-Hasan Ali Bin Muhammad Bin Athir Jazari (m 630 H.): Asadu’l-Ghaiba, v. IV, p.22.
(15) Muhibu’d-din Ahmad Bin Abdullah Tabari Shafi’i (m 694 H.): Riyazu’l-Nuzra, v.I, p.129 dan hakha’iru’l-Uquba, p.77.
(16) Shamsu’D-Din Muhammad Bin Ahmad Dhahabi Shafi’i (m 748 H.): Tadhkiratu’l-Huffaz, vol.IV, p.28.
(17) Badru’d-Din Muhammad Zarkashi Misri (m 749 H.): Faizu’l-Qadir, vol.III, p.47.
(18) Hafiz Ali Bin Abi Bakr Haithami (m 807 H.): Majma’u’z-Zawa’id, Vol.IX, p.114.
(19) Kamalu’d-Din Muhammad Bin Musa Damiri (m 808 H.): Hayatu’l-Haiwan, vol. I, p.55.
(20) Shamsu’d-Din Muhammad Bin Muhammad Jazari (m 833 H.): Asnu’l-Matalib, p.14.
(21) Shahabu’d-Din Bin Hajar Ahmad Bin Ali Asqalani (m 852 H.): Tahdhibu’l-Tahdhib, vol.vii, p.337.
(22) Badru’d-Din Mahmud Bin Ahmad Aini Hanafi (m 855 H.): Umdatu’l-Qari, vol vii, p.631.
(23) Ali Bin Hisamu’d-Din Muttaqi Hindi (m 975 H.): Kanzu’l-Ummal, vol. vi, p.156.
(24) Abu’r-Ra’uf Al-Munawi Shafi’i (m 1031 H.): Faizu’l-Qadir, Sharh-e-Jami’u’l-Saghir, vol. iv, p.46.
(25) Hafiz Ali Bin Ahmad Azizi Shafi’i (m 1070): Siraju’l-Munir Jam’u’s-Saghir, vol. III, p.63.
(26) Muhammad Bin Yusuf Shami (m 942 H.): Subulu’l-Huda wa’l-Rishad fi Asma’i Khairu’l-Ibad.
(27) Muhammad Bin Yaqub Firuzabadi (m 817 H.): Naqdu’s-Sahih.
(28) Imam Ahmad Bin Hanbal (m 241 H.): Mujaladab-e-Munaqab, Musnad.
(29) Abu Salim Muhammad Bin Talha Shafi’i (m 652 H.): Matalibu-s-Su’ul, p.22.
(30) Sheikhu’l-Islam Ibrahim Bin Muhammad Hamwaini (m 722 H.): Fara’idu’s-Simtain.
(31) Shahabu’d-Din Dowlat Abadi (m 849 H.): Hidayatu’s-Su’ada.
(32) Allama Samhudi Seyyed Nuru’d-Din Shafi’i (m 911 H.): Jawahiru’l-Iqdain.
(33) Qazi Fazl Bin Ruzbahan Shirazi: Ibta’lu’l-Batil.
(34) Nuru’d-Din Bin Sabbagh Maliki (m 855 H.): Fusulu’l-Muhimma, p.18.
(35) Shahabu’d-Din Bin Hajar Makki (m 974 H.): Sawa’iq-e-Muhriqa.
(36) Jamalu’d-Din Ata’ullah Muhadith-e-Shirazi (m 1000 H.): Arba’in.
(37) Ali Qari Harawi (m 1014 H.): Mirqat Sharh-e-Mishkat.
(38) Muhammad Bin Ali as-Subban (m 1205 H.): Is’afu’l-Raghibin, p.156.
(39) Qazi Muhammad Bin Sukani (m 1250 H): Fawa’idu’l-Majmu’a fi’l-AHadithi’l-Muzu’a.
(40) Shahabu’d-din Seyyed Mahmud Alusi Baghdadi (m 1270 H.): Tafsir-e-Ruhu’l-Ma’ani.
(41) Imam Al-Ghazali: ‘Ihya’u’l-Ulum.
(42) Mir Seyyed Ali Hamadani Faqih-e-Shafi’i: Mawaddatu’l-Qurba.
(43) Abu Muhammad Ahmad Bin Muhammad Asimi: Zainu’l-Fata (ulasan pada Sura ‘Hal Ata’).
(44) Shamsu’d-Din Muhammad Bin abdu’r-Rahman Sakhawi (m 902 H.): Maqasidu’l-Hasana.
(45) Sulayman Balkhi Hanafi (m 1293 H.): Yanabiu’l-Mawadda, Ch. xiv.
(46) Yusuf Sibt Ibn Jauzi: Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma.
(47) Sadru’d-Din Seyyed Husain Fuzi Harawi: Nuzahatu’l-Arwah.
(48) Kamalu’d-Din Husain Meibudi: Sharh-e-Diwan.
(49) Haiz Abu Bakr Ahmad Bin Ali Khatib Baghdadi (m 463 H.): Ta’rikh, vol. II, p.377, vol. iv, p. 348, dan vol. vii, p.173.
(50) Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (m 658 H.): Kifayatu’t-Talib, penghujung pada bab 58. Selepas menyebutkan yiga hadith yang sahih dari nabi, dia berkata: ‘Secara ringkas, para sahabat yang berpengetahuan tinggi, generasi yang kemudian daripadanya, dan keturunan nabi telah mengakui kemuliaan, luas pengetahuan dan saksamanya keputusan Ali. Pada menentukan kepastian, Abu Bakr, Umar dan Uthman dan para sahabat yang lain merujuk kepada dia mengenai perkara agama dan mengikuti nasihatnya di dalam urusan pentadbiran. Mereka mengakui bahawa dialah tertinggi di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan. Dan Hadith ini tidak melampaui pada penganggaran terhadap dirinya oleh kerana keduduknya disisi Allah dan nabi dan juga yang beriman adalah lebih tinggi dari itu; Imam Ahmad Bin Muhammad Bin Al-Siddiqi Maghribi di dalam pengesahan pada hadith itu telah menulis sebuah buku; Fathu’l-Mulku’l-Ali bi Sihat-e-Hadith-e-Bab-e-Madinatu’l-Ilm, (dicetak oleh Ilamiyyah Press, Egypt, 1354 A.H
Seyyed Adi’l -Akhtar: Seorang ulama, penulis dan pemimpin sunni; Saya kerap melihat di dalam hadith bahawa nabi telah berkata bahawa pada mengatakan kemuliaan Ali adalah ibadah. Ulama yang agung, Mir Seyyed Ali Hamadani Shafi’i, menulis di dalam Mawaddatu’l-Qurba bahawa nabi berkata malaikat melihat dengan perhatian yang khusus pada perhimpunan yang mana kemuliaan dan kehormatan Ali diperkatakan. Mereka memintakan rahmat Allah bagi manusia tersebut. Lebih-lebih lagi pada menyatakan hadith itu sendiri adalah ibadah. Maka saya minta bahawa kamu menyampaikan lebih banyak hadith supaya perhimpunan ini menjadi pusat bagi kesempurnaan berdoa.
HADITH ‘SAYA ADALAH RUMAH KEBIJAKSANAAN’
Terdapat hadith yang mungkin telah disampaikan secara turutan. Ahli hadith dari kedua golongan telah menyampaikannya. Di antara ulama ASWJ yang telah menyampaikan adalah Imam Ahmad Bin Hanbal (Manaqib, Musnad, Hakim (Mustadrak, Mulla Ali Muttaqi (Kanzu’l-Ummal, part VI, p.401, Hafiz Abu Nu’aim Isfahani (Hilyatu’l-Auliya, v.I, p.64, Muhammad Bin Sabban Misri (Is’afu’r-Raghibin, Ibn Maghazili Faqih Shafi’i (Manaqib), Jalalu’d-Din Suyuti (Jam’u-s-Saghir, Jam’u’l-Jawami’y and La’aliu’l-Masnu’a, Abu ‘Isa Tirmidhi (Sahih, v.II, p.214, Muhammad Bin Talha Shafi’i (Matalibu’s-Su’ul, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi (Yanabiu’l-Mawadda), Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i (Kifayatu’t-Talib, Sibt Ibn Jauzi (Tadhkirat-e-Khawasu’l-Umma), Ibn Hajar Makki (Sawa’iq Muhriqa, ch.9, Fasl 2, p.75, Muhibu’d-Din Tabari (Riyazu’n-Nuzra), Sheikhu’l-Islam Hamwaini (Fara’idu’s-Simtain), Ibn Sabbagh Maliki (Fusulu’l-Muhimma), Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali (Sharh-e-Nahju’l-Balagha), dan ramai yang lain lagi. Mereka mengesahkan sahihnya hadith ini dan telah menyatakan nabi sebagai berkata: ‘Saya adalah rumah kebijaksanaan dan Ali adalah pintunya; maka jika sesiapa yang berhajat menambah pengetahuan, dia hendaklah datang melalui pintu.’
Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i telah mengkhususkan bab 21 kepada hadith ini. Setelah memberikan punca dan rujukannya, dia memberikan ulasannya sendiri mengenainya. Dia kata hadith ini tinggi kedudukannya. Iaitu Allah, punca kebijaksanaan dan pengetahuan bagi segala sesuatu, dan yang telah mengajarkan amalan bermakruf dan menjauhkan yang mungkar kepada nabi, yang kemudian telah memberikan hadian ini kepada Ali. Makanya nabi berkata: ‘Ali adalah pintu bagi kebijaksanaan saya. Iaitu, jika kamu berhajat untuk mendapat faedah dari kebijaksanaan saya, kamu hendaklah berpaling kepada Ali, supaya kebenaran dapat didedahkan kepada kamu.’
Ibn Maghazili Shafi’i di dalam Manaqib, Ibn Asakir di dalam Ta’rikh (menulis dari Sheikhnya sendiri), Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id, Dailami di dalam Firdaus, Muhammad Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch.58, Sheikh Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, dan yang lainnya dari ulama ASWJ telah menyatakan dari Ibn Abbas dan Jabir Ibn Abdullah Ansari bahawa nabi, memegang Ali pada tangannya berkata: ‘Ini adalah Ali – ketua dan pemimpin yang mulia dan pembunuh bagi yang kafir. Sesiapa yang menolong dia adalah yang mendapat sokongan, dan sesiapa yang meninggalkan dia, adalah dia sendiri telah ditinggalkan.’ Kemudian nabi meninggikan suaranya berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Maka jika sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, dia hendaklah memasuki melalui pintunya.’
Juga Shafii mengatakan bahawa nabi berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Tidak ada sesiapa yang memasukki kedalam rumah melainkan melalui pintunya.’
Pengarang Manaqib-e-Fakhira mengatakan dari Ibn Abbas bahawa nabi berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Maka jika sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama, dia hendaklah memasuki melalui pintunya.’ Kemudia dia berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Dia berdusta yang memikirkan bahawa dia boleh sampai kepada saya melalui cara yang lain selain dari melalui kamu.’
Ibn ‘Abi’l-Hadid di dalam Sharh-e-Nahju’l-Balagha, Abu Ishaq Ibrahim Bin Sa’da’d-din Muhammad Hamwaini di dalam Fara’idu’s-Simtain dari Ibn Abbas, yang agung Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib dari Amr Bin As, Imamu’l-Haram Ahmad Bin Abdullah Shafi’i di dalam Dhakha’iru’l-Uquba, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Mir Seyyed Ali Hamdani di dalam Mawaddatu’l-Qurba, dan bahkan fanatik terbesar, Ibn Hajar di dalam Sawa’iq-e-Muhriqa, ch.IX, Fasl 11, p.75, Hadith 9 oleh Bazaz dari hadith 40 bahawa dia telah merakamkan mengenai kemuliaan Ali, Tabrani di dalam Ausat dari Jabir Ibn Abdullah Ansari, Ibn Adi dari Abdullah Ibn Umar Hakim dan Tirmidhi dari Ali telah mengatakan bahawa nabi Allah berkata: ‘Saya adalah kota pengetahuan, dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang mencari pengetahuan hendaklah datang melalui pintunya.
Kemudian mereka mengatakan mengenai hadith yang sama: manusia yang jahil keberatan untuk menerima hadith ini dan sebahagian dari mereka telah mengatakan ini adalah hadith palsu. Tetapi apabila Hakim [pengarang Mustadrak], berkata: ‘Sesungguhnya itu adalah hadith yang benar.’
PENJELASAN PADA HADITH ‘PINTU PENGETAHUAN’
Pengarang Abaqatu’l-Anwar, Allama Seyyed Hamid Husain Dihlawi Sahib, telah menyusun dua jilid yang menunjukkan punca dan kebenaran hadith ini. Setiap jilid adalah sebesar jilid sahih Bukhari.
Sekarang, hanya kerana Allah, berlaku adillah. Adakah wajar untuk menutup pintu pengetahuan yang mana nabi telah bukakan untuk ummahnya? Adakah wajar pada manusia untuk membuka pintu kepada sesaorang yang mereka pilih, yang tidak punya kaitan pada aras kedudukan pengetahuan Ali?
.
Apabila nabi mengatakan: ‘Saya adalah kota ilmu pengetahuan dan Ali adalah pintunya,’ semua pengetahuan kota boleh didapati melalui pintu bagi pengetahuan. Pengetahuan yang sedemikian termasuklah pengetahuan pada yang ghaib.
Diantara yang lain Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, v.I, p.65, Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch.74, dan Sulayman Balkhi Hanafi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch 14, p.74, dari Faslu’l-Khitab menyebutkan Abdullah Ibn Mas’ud, penulis wahyu sebagai berkata: ‘Sesungguhnya al-Quran telah diwahyukan pada tujuh huruf, setiap huruf mempunyai maksud yang terang dan yang tersembunyi. Sesungguhnya Ali memahami keduanya yang jelas dan yang tersembunyi dari al-Quran.’
Ulama terkenal ASWJ telah mengakui di dalam buku sahih mereka bahawa Ali mempunyai pengetahuan pada yang ghaib. Selepas nabi dialah murtaza [yang dipilih] diantara semua ummah.
Abu Hamid Ghazali, di dalam bukunya Bayan-e-Ilmu’l-Ladunni telah mengatakan yang Ali sebagai berkata: ‘Nabi meletakkan lidahnya di dalam mulut saya. Dari air ludah nabi, 1 000 bab pengetahuan telah disampaikan kepada saya, dan dari setiap bab, 1 000 bab yang lain telah disampaikan kepada saya.’
Pemimpin ASWJ yang terkenal, Sulayman Balkhi Hanafi, di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, p.77 mengatakan dari Asbagh Ibn Nabuta, yang mengatakan dari Amirul-Mukminin sebagai berkata: ‘Sesungguhnya nabi telah mengajarkan kepada saya 1 000 bab pengetahuan, setiap bab yang mana telah membuka 1 000 bab yang lain, menjadikan semuanya sejuta. Makanya saya mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan berlaku sehingga kehari pengadilan.’
Di dalam bab yang sama dia megatakan dari Ibn Maghazili pada pengesahan Maghazili sendiri dari Abus-Sabba, yang menyampaikan dari Ibn Abbas, yang mengatakan nabi sebagai berkata: ‘Pada malam Miraj, apabila saya berada pada Allah, Dia berkata kepada ku dengan keyakinan. Apa sahaja yang saya pelajari, saya ajarkan kepada Ali. Dia adalah pintu bagi pengetahuan saya. Penulis terkenal, Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi, menyampaikan yang sama dari nabi dengan cara begini: ‘Jibril membawa kepada ku permaidani dari syurga, saya duduk padanya sehingga saya sampai kehadirat tuhan ku. Kemudian dia berkata kepada ku dan memberitahu ku perkara yang rahsia. Apa sahaja yang saya pelajari telah disampaikan oleh saya kepada Ali. Dia adalah pintu pada pengetahuan saya.’ Kemudian nabi memanggil Ali dan berkata: ‘Ali untuk bersama dengan kamu adalah untuk bersama dengan saya, yang menentang kamu samalah yang menentang saya. Kamu adalah pengetahuan yang menyambungkan saya dan ummah saya.’
Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya, Mulla Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-Ummal, v.VI, p.392, dan Abu Ya’la mengatakan dari Ibn Lahi’a, yang mengatakan dari Hayy Bin Abd Maghafiri, yang mengatakan dari Abdu’r-Rahman, yang mengatakan dari Abdullah Bin Umar, yang menyampaikan bahawa nabi yang berada diranjang kematian berkata: '‘Bawakan adik saya kepada saya.’
Apabila Abu Bakr datang kepadanya, nabi memalingkan mukanya. Sekali lagi dia berkata: ‘Bawakan adik saya kepada saya.’ Kemudian Uthman datang, nabi memalingkan mukanya juga. Sebahagian yang lain mengatakan bahawa selepas Abu Bakr, Umar datang dan kemudian Uthman.
Selepas itu bagaimana pun Ali dipanggil masuk. Nabi menutupnya dengan selimut dan merihatkan kepalan baginda kepada beliau. Apabila Ali keluar, manusia bertanya kepadanya: ‘Ali apakah nabi memberitahu kamu?
Imam berkata: ‘Nabi mengajarkan kepada saya 1 000 bab pengetahuan dan setiap bab mengandungi 1 000 bab yang lain.’
Hafiz Abu Nu’aim Ahmad Bin Abdullah Ispahani (m.430 H.) di dalam bukunya Hilyatu’l-Auliya, v.I, p.65, menulis mengenai kemuliaan Ali, Muhammad Jazari di dalam Asnu’l-Matalib, p.14, dan Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch. 48, telah mengatakan dengan punca yang dipercayai dari Ahmad Bin Imran Bin Salma Bin Abdullah bahawa dia berkata: ‘Kami sedang berada di dalam kumpulan nabi apabila dia ditanya mengenai Ali Ibn Abi Talib. Nabi berkata: ‘Kebijaksanaan telah dibahagikan kepada 10 bahagian; darinya 9 telah diberikan kepada Ali dan yang satu telah dibahagikan kepada seluruh ummah.’
Juga Mu’affaq Bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, Mullah Ali Muttaqi di dalam Kanzu’l-Ummal, v. VI, pp. 156 dan 401 dari kebanyakkan ulama yang terkenal, Ibn Maghazili Faqih Shafi’i di dalam Faza’il dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda dengan pengesahan yang sama dari penulis wahyu, Abdullah Bin Mas’ud, Muhammad Bin Talha Shafi’i di dalam Matalibu’s-Su’ul, p. 14, dan ramai lagi yang mengatakan dari Hulays Bin ‘alqama bahawa apabila nabi ditanya mengenai Ali dia berkata: ‘Kebijaksanaan telah dibahagikan kepada 10 bahagian, yang mana 9 darinya telah berikan kepada Ali, dan seluruh ummah menerima satu bahagian. Dari satu bahagian itu pun bahagian Ali adalah yang terbesar.’
Juga di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.14, ianya telah dikatakan dari Sharh-e-Risala Fathu’l-Mubin oleh Abu Abdullah Muhammad Bin Ali al-Hakim Tirmidhi bahawa Abdullah Bin Abbas mengatakan hadith yang berikut: ‘Pengetahuan ada 10 bahagian, 9 bahagian khas untuk Ali, dan selebihnya adalah untuk seluruh umah. Dari satu bahagian itu, Ali telah diberikan bahagian yang terbesar.’
Juga Muttaqi Hindi di dalam Kanzu’l-Ummal, v.VI, p.153, Khatib Khawarizmi di dalam Manaqib, p. 49 dan Maqtalu’l-Husain, v.I, p.43, Dailami di dalam Firdausu’l-Akhbar, dan Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.III, mengatakan nabi sebagai berkata: ‘Selepas saya diantara seluruh ummah yang paling terpelajar dan yang paling bijak adalah Ali Ibn Abi Talib.’

Maka semua pengetahuan, termasuk peristiwa penting yang telah lalu dan yang akan datang, telah diberitahu kepada mereka semasa hidupnya nabi. Sebahagian pengetahuan telah diamanahkan kepada mereka oleh nabi apabila baginda hendak meninggalkan dunia ini.
Ulama ASWJ telah menyebutkan satu hadith dari Ummul-Mukminin Aisha mengenai maksud ini. Pada penghujungnya dia berkata: ‘Nabi memanggil Ali dan memeluknya dan menutup kepalanya dengan selimut. Saya meletak kepala saya kehadapan dan cuba hendak mendengar kepada mereka, tetapi saya tidak dapat memahami apa-apa. Apabila Ali mengangkat kepalanya, dahinya dipenuhi dengan peluh. Manusia berkata kepadanya, ‘Ali apa yang nabi katakan kepada kamu dalam waktu yang panjang?’
Kemudian Ali berkata: ‘Sesungguhnya, nabi mengajarkan kepada saya 1 000 bab pengetahuan, setiap darinya membuka 1 000 bab yang lain.’
Semasa permulaan kenabiannya , nabi memberikan jamuan kepada 40 orang dari saudara terdekatnya dirumah Abu Talib. Selepas dia mengistiharkan kenabiannya, Ali adalah yang pertama untuk mengatakan kepercayaannya. Nabi memeluknya dan meletakkan air ludah baginda kemulutnya. Ali kemudian mengatakan tentang kejadian itu, ‘sejurus selepas itu, pancutan air telah keluar dari dada saya.’ Ulama ASWJ yang mashor telah mengatakan, sedang dia menyampaikan syarahan, Imam telah menunjukkan pada tujuan yang sama. Dia berkata: ‘Tanyakan kepada saya apa yang kamu tidak faham sebelum saya mati. Dada saya adalah tempat simpan ilmu yang tidak terhad.’
Kemudian menunjukkan kepada perutnya dia berkata: ‘Ini adalah gudang pengetahuan; ini adalah air ludah nabi; ini adalah apa yang nabi telah mengenyangkan saya seperti bijirin.
Disepanjang usia dewasanya nabi memberikan pengetahuan dan rahmatnya kepada Ali di dalam banyak cara. Apa saja ilmu yang Allah berikan kepada nabi, nabi letakkannya kedalam dada Ali.
Hujjatu’l-Islam Abu Hamid Ghazali menulis bahawa ‘terdapat sebuah buku dari ilahi dan ketua yang zuhud, Ali Ibn Abi Talib. Tajuknya adalah Jafr-e-Jam’u’d-Dunya wa’l-Akhira. Ianya mengandungi semua sains, yang jelas, yang terselindung, perkara yang ghaib, zat bagi sesuatu benda dan kesannya, zat pada nama dan hurufnya, yang mana tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Ali dan 11 keturunannya. Yang sebenarnya mereka telah mewarisi dari bapa mereka.’
Begitu juga Sulayman Balkhi di dalam bukunya Yanabiu’l-Mawadda, p.403, memberikan dengan mendalam ulasan mengenainya dari Muhammad Bin Talha Shafi’i’s Durru’l-Munazzam. Dia kata bahawa Jafr-e-Jami’a mengandunggi kunci pengetahuan, ianya mengandunggi 1 700 muka surat dan kepunyaan Imam Ali Ibn Abi Talib secara khusus.
Juga telah dikatakan di dalam Ta’rikh-e-Nigaristan dari Sharh-e-Mawaqif bahawa Jafr dan Jami’a adalah dua buku milik Ali secara khusus. Ia memberitahu, melalui pengetahuan huruf, semua kejadian sehingga akhirnya dunia ini. Keturunannya juga meramalkan mengikuti pada asas buku tersebut.
Dia menulis segala yang telah berlaku atau yang akan berlaku sehingga kehari pengadilan. Dia menulis nama-nama bayinya yang belum lahir dan keturunannya dan nama sahabat dan juga musuh mereka. Dia juga menulis apa sahaja yang akan berlaku kepada mereka sehingga kehari pengadilan. Kemudian nabi memberikan buku dan pengetahuan Jafr kepada Ali dan menjadikannya sebagai warisan. Ini adalah buku yang sama mengenainya Abu Hamid Ghazali berkata: ‘Jafr-e-Jami’a adalah sebuah buku milik Ali secara khusus. Ianya mengandungi segala-galanya.’
Kedua, apa yang ditulis bukanlah penulisan buku biasa, Ianya ditulis dengan huruf rahsia dan tanda-tanda.
Pengarang Ta’rikh-e-Nigaristan telah mengatakan dari Sharh-e-Mawaqif bahawa Jafr dan Jami’a mengandung huruf, melaluinya keterangan telah disampaikan.
Kemudian nabi Allah menyerahkan kunci rahsia itu kepada Ali . Hanya mereka yang mempunyai kunci itu boleh membaca rahsia di dalam buku itu..

Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada kita.



<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: wak long pada 2003-01-11 11:16 ]</font>
wak long
Ahli
Ahli
 
Posts: 5
Joined: Mon Dec 30, 2002 8:00 am

Postby 515O on Sun Jan 12, 2003 1:44 am

A'kum dan w'salam,

Personally, saya tidak membeza-bezakan antara SEMUA sahabat-sahabat Rasul Allah s.a.w, apatah lagi keluarga baginda.

Dan saya MEMANG mengajar diri sendiri saya mencintai SEMUA orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Apatah lagi hendak "membenci" mereka semua itu. Nau'zubillah.

Saya fikir SEMUA yang mengaku muslim WAJIB berprinsip seperti diatas.

Tidaklah payah sangat untuk meng-selarikan kebenaran hakikat IMAN dengan kesemua yang diatas itu kan?

TETAPI, diharap janganlah taasub kepada setengah-setengahnya. Taasublah kepada SEMUA. Dan apa yang samar-samar (kerana kita tidak ada masa itu, dan kita hanya membaca kitab2) dimasa lepas itu SERAHlah kepada yang benar2 mengetahui APA SEBENARNYA yang ada didalam HATI pihak-pihak yang terlibat didalam kejadian-kejadian sedih tersebut...iaitu Allah Azza Wajalla, Tuhan manusia-manusia itu semua.

Saya telah membesar dengan "acquired-understanding" akan kebesaran peribadi dan iman Saidina Ali karamallah wajha sehingga saya telah pun bercita-cita untuk menamakan anak saya (jika ada, sekrg pun bujang lagi) sempenanya.

Tetapi, orang-orang yang mengaku mencintai mereka, hendaklah mencintai mereka kerana cinta mereka-mereka kepada Allah dan Rasul. Ikhlas atas dasar ini.

Jadi, orang-orang ini akan menunjukkan budipekerti yang mulia semasa hendak "menunjukkan" kecintaan/sokongan mereka kepada yang kurang faham/jahil/bukan Islam.

Bukan dengan cara memaki tak tentu hala dsbnya.

Orang ramai akan berkata didalam hati, "Beginikah sikap orang yang mengaku mencintai orang (Ali r.a.) yang dicintai Tuhan Semesta Alam?

Syiah ke, Ahli Sunnah ke, saya rasa lebih selamat untuk saya yang kurang arif didlm hal ini mengambil jalan orang yang kurang arif, iaitu NEUTRAL, tidak mahu terburu-buru "melabel" yang bukan-bukan kerana mereka-mereka ini semua adalah MANUSIA penyembah Tuhan yang Satu seperti saya juga jadi iman mereka sama cuma "cara" itu yang selalu menjadi pertikaian tetapi "cara" itu saya rasa "ada" penyelesaiannya (insyaAllah) cuman iman itu yang penting. Kerana imanlah...kita semua tidak kira apa mazhab, adalah BERSAUDARA dan setiap saudara ADA HAK-HAKnya. Apa pun saya sentiasa mengajar diri berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah supaya tidak sesat, insyaAllah.

Tetapi, nikmat iman TIDAK diturunkan oleh Tuhan Yang Satu untuk menjadi "punca" maki-memaki, tuduh-menuduh dsbnya.

Kembalilah kepada "asal" iman itu sendiri.

Dan ingatlah bahawa sudah lebih seribu tahun lebih berlalu dari zaman Rasul s.a.w. Dan memang "logik" lah jika ada perselisihan.

Tetapi janganlah ianya diburuk-burukkan lagi, sepatutnya usaha yang paling tepat ialah mencari TITIK PERSAMAAN itu sendiri iaitu iman.

Kita umat Islam asyik "suka" bergaduh sesama sendiri sehingga kita "lupa" siapa musuh kita yang sebenarnya. Kita lawan saudara seIslam kita habis-habisan, yang ada iman seperti kita ini, dan kita BIARKAN musuh-musuh kita yang nyata iaitu Syaitan dan musyrikin.

Syurga atau neraka, cubalah fikir2 baik-baik, HAK siapa itu sebenarnya untuk menentukan dan melabelkan bila kita masih bernyawa ini? Hak Tuhan kan?



Nak bincang, bincang baik-baik. Dlm suasana persamaan iman dan menjaga hak-hak masing2.



Maafkan saya untuk apa-apa kesalahan.

Kerana orang beriman itu, kerana imannya, adalah manusia yang amat mulia, diantara manusia-manusia yang tidak ber-iman.

TQ.


<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: 515O pada 2003-01-11 10:50 ]</font>
515O
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Allah kita datang dankpdNya kita kembali

Postby wak long on Sun Jan 12, 2003 2:09 am

Alhamdu lillah.

Sebagaimana di tegaskan oleh Syaiddina Ali a.s sendiri:

"Ada dua kelompok manusia yang terpesong di dalam menanggapi diriku.Satu kelompok yang terlalu mendewakan aku dan menisbahkan aku denagn apa-apa yang tidak aku miliki.Satu kelompok lagi yang melampau mebenci dan memusuhi diri ku."

Segala puji hanyalah untukNya.

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: wak long pada 2003-01-11 11:10 ]</font>
wak long
Ahli
Ahli
 
Posts: 5
Joined: Mon Dec 30, 2002 8:00 am

Postby cintarasul on Sun Jan 12, 2003 4:05 pm

As-salamu-alaikum wm,wb.
Hadith-hadith yang telah disebutkan ikhwan-ikhwan kita tentang kelebihan 'Ali as menunjukkan bahawa Rasulullah SAWAW menganjurkan umat cinta kepada Ali as sebagaimana kita cinta kepada Rasul SAWAW. Jika kita mencintai Rasul SAWAW maka kita mengikuti ajarannya dan begitu juga dengan mencintai Ali as bererti kita disuruh berada dalam kelompok pengikut-pengikutnya dan menjauhkan diri daripada orang-orang yang memusuhinya sebagaimana kita cinta kepada Rasul SAWA dan pada masa yang sama kita tidak mungkin bersikap "neutral" kepada orang-orang yang memusuhi Nabi SAWAW. Dalam cinta - ada satu konsekuen bagi menunjukkan cinta iaitu bersikap benci/tidak suka kepada yang tidak disukai oleh yang dicintai. Tidak mungkin kita cinta kepada Nabi SAWAW dan pada ketika yang sama kita bersimpati kepada Abu Jahal...
Malahan al-Qur'an dan hadith-hadith Nabi SAWAW menunjukkan isyarat bahawa keadilan Tuhan tidak membezakan sesiapa hatta anak Nabi pun akan masuk neraka sebagaimana kisah Nabi Nuh as. Namun, al-Qur'an memberikan jaminan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan masuk syurga dan orang-orang yang berbuat kemungkaran akan masuk neraka. Hal yang sebaliknya tidak boleh terjadi - misalnya orang jahat masuk syurga atau orang baik masuk neraka kerana hal ini akan bertentangan dengan sifat keadilan Tuhan. Justeru, adalah jelas dalama ajaran Islam sesuatu itu adalah konkrit - yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Malahan al-0ur'an memberikan amaran:
"Janganlah kalian cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak akan dijilat api neraka."

Apakah perkara yang paling zalim terhadap diri sendiri selain daripada tidak memberi peluang kepada diri sendiri memilih perkara yang benar dan menolak kebatilan?

Apakah hadith Nabi SAWAW tidak cukup jelas supaya kita berpegang kepada al-Qur'an dan itrah, ahlul baitnya supaya kita tidak tersesat? Hadith ini adalah sahih dan mutawatir tetapi mengapakah diabaikan oleh kebanyakan umat Islam yang mengaku mengikut ahlul sunnah wal-jamaah? Adakah hadith ini tidak bermakna mengikuti jalan lain adalah sesat? Tidakkah kesesatan akan masuk neraka??

Wasalam.

Wasalam.
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby KulopAtoi on Sun Jan 12, 2003 5:34 pm

wa alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh... :senyum: :senyum:

terpanggil akan patik pacal yang hina untuk berkata kata sepatah dua... :senyum:

Seruan untuk kasih kepada Rasulullah saw adalah sahih dan benar, begitu juga seruan untuk kasih kepada Saidina Ali Karamallahu wajha .... sesuatu yang dikenal pasti benar dari Rasulullah saw.

Seruan untuk mengasihi Ahlul Bait juga adalah benar dan kita seperti muslim yang lain mengaku, kita cinta kepada Rasulullah saw, Saidina Ali dan Ahlul Bait.

Seruan untuk mengasihi sahabat sahabat yang lain juga adalah seruan Rasulullah saw... sebagaimana Rasulullah saw mengistiharkan akan cintanya kepada Abu Bakar dan Umar.

Didalam meletakkan pemerhatian dan mempertingkatkan kefahaman, perlu dapat di pisahkan antara yang hak dan yang batil.

Dimana kah letakknya kekalutan dan kekeliruan fikrah dan jalan .... sehingga Ali di agung agungkan .... bukan begitu apa yang di minta oleh Rasul junjungan kita... sehingga sahabat di kafirkan... sehingga ahli sunnah wal jamaah pasti kekal didalam neraka... manakala syiah dan pengikutnya... syurga tersenyum menanti dan teramat rindu akan mereka.... :senyum:

Saya setuju dengan peringatan yang diberikan oleh wak long... :senyum: .... tinggi hikmah wak... :senyum:

dan saya juga seperti cintarasul dan juga wak long... pastinya mahu mengaku dan beramal untuk cinta kepada Allah dan Rasul Nya... Ali dan sahabat sahabat selainnya, Fatimah, Khadijah, Aisyah dan isteri isteri baginda yang selain nya... bahkan seluruh Ahlil bait nya...

Sebagaimana yang disebutkan juga oleh Rasulullah... walau pun.. walau pun secara peribadi... apa yang saya ikrarkan... hanyalah bertanam tebu di bibir mulut sahaja... :senyum:

Tidak lain hasrat saya menukilkan apa yang diatas... melainkan mengajak diri sendiri untuk berhati hati... agar tidak tergelincir kedalam fitnah... yang pastinya terlalu hebat bagi saya untuk menghadapi nya..

Terima kasih kepada cintarasul yang mengajak kita bersama berfikir akan salah satu ciri mukmin sebenar... mengasihi Allah dan Rasul Nya, Ahlu Bait dan sahabat sahabat pilihan nya yang lain...

wallahualam wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby cintarasul on Sat Jan 18, 2003 10:49 pm

As-salamu-alaikum wm.wb.
Seperti lazimnya - dakwaan yang ditujukan kepada syiah ialah:
"....sehingga Ali di agung agungkan .... bukan begitu apa yang di minta oleh Rasul junjungan kita... sehingga sahabat di kafirkan... sehingga ahli sunnah wal jamaah pasti kekal didalam neraka... manakala syiah dan pengikutnya... syurga tersenyum menanti dan teramat rindu akan mereka......."

Saya rasa kenyataan ini jika tidak dijelaskan mengikut pandangan syiah maka ia akan jadi fitnah yang hebat kepada umat Islam (Dan hal ini memang telah terjadi sejak dari zaman dulu lagi...).

Syiah memandang Saidina Ali a.s (alaihissalam) sebenarnya mengikut apa yang dianjurkan oleh Nabi SAWAW dalam hadith-hadithnya dan ia banyak terdapat dalam sumber-sumber ASWJ juga misalnya dalam Bukhari, Muslim dan al-Hakim, Musnad Ibn Hanbal, al-Hakim dalam Mustadraknya dan lain-lain lagi. Justeru Syiah tidak melebih-lebihkan atau mengurangkan apa yang dianjurkan oleh Nabi kita SAWAW. Misalnya hadith Nabi SAWAW menyebut, "barang siapa yang mencintai Ali, maka mencintaiku, barang siapa yang membenci Ali, maka ia telah membenciku...." Begitu juga hadith berbunyi,"Barang siapa membunat Fatimah marah, membuat aku marah..." Maka yang jadi sensitif apabila hadith-hadith ini diapplikasi kepada orang yang bertindak tidak mengikut hadith tersebut - misalnya Muawiyah memerangi Ali, mencaci Ali di atas mimbar, atau sahabat Abu Bakr dan Umar menyebabkan Fatimah a.s marah kepada mereka berdua seperti mana tercatat dalam Sahih Bukhari bab Perang Khaibar (disebut Fatimah tidak bercakap kepada mereka sehingga beliau wafat).
Apa yang syiah lakukan hanyalah menimbangkan perbuatan sahabat dengan hadith tersebut, tidak lebih dari itu. Dan banyak lagi contoh-contoh lain misalnya Peristiwa Hari Khamis yang disebut oleh Wak Long (kalau tidak silap) jika dinilai dengan al-Qur'an dan hadith yang mewajibkan umat taat kepada Allah dan RasulNya tetapi mengapakah saidina Umar tidak/melarang/tidak memenuhi permintaan Nabi SAWAW yang meminta kertas dan kalam untuk menulis wasiat yang penting? Jika dinilai pada ketika perbuatan itu berlaku - maka Umar telah menyalahi perintah al-Qur'an dan Sunnah dan hal itu tidak wajar menjadi ikutan ummah.
Tetapi dengan menilai begini, ASWJ menuduh syiah mencaci sahabat walhal syiah lakukan hanyalah mengukur perbuatan sahabat dengan sunnah dan al-Qur'an kerana kita tahu juga Nabi SAWAW turut memanggil Abdullah bin Ubayy (kepala munafik) sebagai sahabat juga. Dalam hal ini 'sahabat' Abdullah bin Ubayy adalah memang munafiq. Tidak mungkin ada ASWJ melabelkan dia tidak munafiq dan si munafiq akan masuk neraka. Malahan ada hadith dalam Sahih Muslim menyebut sebilangan sahabat akan dihalau dari telaga al-Haudh dan dibawa ke neraka. Tetapi terdapat orang yang cuba mencari-cari makna lain tentang istilah sahabat tetapi tafsiran itu tidak relevan dengan hadith tersebut. Ini bermakna memang ada 'sahabat' akan masuk neraka. Dalam hal ini ukuran kita adalah al-Qur'an iaitu yang menyebut:
"Barang siapa yang beramal walau sebesar zarrah kebaikan akan dibalas kebaikan dan barang siapa beramal walau sebesar zarrah keburukan akan dibalas keburukan."
Surah 3: 161:
"...kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal.."
Contoh-contoh dalam al-Qur'an menunjukkan hal ini tanpa mengira kedudukan misalnya anak Nabi atau isteri Nabi (Nabi Nuh) pasti masuk neraka. Malahan (maaf jika terkasar) dalam Surah al-Tahrim, Allah SWT memberi amaran kepada saidatina Aisyah dan Hafsyah disebabkan sikap mereka terhadap Nabi SAWAW.
Nabi SAWAW juga turut memberi amaran kepada puterinya menunjukkan ketegasannya berbunyi:
"Sekiranya Fatimah mencuri akan aku potong tangannya (menunjukkan hukum Islam tidak memilih bulu maka begitu juga tentang sahabat lain).

Demikian keadilan Allah SWT sebagaimana tercatat dalam al-Qur'an dan ditegaskan dalam hadith-hadith Nabi SAWAW. Semoga dengan ini syiah tidak dilabel sebagai mencaci sahabat.
Wasalam.
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby madini on Fri Jan 24, 2003 2:37 am

W.salam..

Alhamdulillah sekiranya cintarasul tidak terlibat dalam golongan orang2 yg mencaci sahabat,kerana itulah yg disarankan oleh nabi
s.a.w sebagaimana terdapat dalam sahih Bukhari (Janganlah kamu mencela sahabat2ku,
walau pun salah seorang dari kamu mendermakan
harta/emasnya sebanyak bukit uhud sekalipun,
tidak dapat menyamai dgn secupak yang didermakan oleh sahabatku mahu pun separuh darinye)

Jadi dalam menilai sahabat,janganlah kita mencelikkan sebelah mata dan memejamkan sebelah mata yang lain,sehingga walaupun kita tidak mencaci sahabat,tetapi seolah2 cuba menimbulkan kesangsian serta keraguam terhadap sahabat2 nabi s.a.w radiallahu anhum
yang mana awal2 lagi Allah telah meredhai mereka didalam alquran sebagaimana tersebut dalam surah al-mujadalah ayat 22,dimana mereka ini samada muhajirin ataupun ansar berhabis-habisan berjuang bersama2 nabi hingga mereka sanggup membunuh ahli keluarga sendiri demi mempertahankan kesucian agama Allah dan rasulnya seperti Abu Ubaidah yang telah membunuh bapanya dalam peperangan badar,Abu Bakar yang telah mendermakan seluruh hartanya fisabilillah,dan Umar mendermakan separuh dari hartanya begitu juga Usman dan sahabat2 yang lain yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk islam,
Allah menggelarkan mereka ini sebagai hizbullah dan menjanjikan mereka syurga yang mengalir dibawahnya sungai2 dan Allah meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah.
Masyaallah,siapakah kita utk berperasangka terhadap mereka,kadangkala utk mengeluarkan not kertas seringgit utk peminta sedekah pun kita agak keberatan,jadi malulah kita utk memperkatakan sesuatu yang memburukkan Abu Bakar yang dengan senang hati menyerahkan kesemua hartanya utk agama Allah.

Lebih2 lagi Abu Bakar,Umar dan Usman termasuk saidina Ali karramallahu wajha sendiri adalah antara orang2 yang dijanjikan syurga oleh rasulullah s.a.w,dan dalam hadis yang lain kita disuruh berpegang teguh dengan sunnah rasulullah serta sunnah para2 khulafa' rashidin selepasnya.

Disini kawan ingin bawakan beberapa hadismengenai kelebihan sahabat2 besar nabi s.a.w yang dipertikaikan oleh sebahagian syiah (mungkin bukan kesemua syiah begitu),
dan kawan tak bawa hadis mengenai kelebihan Ali kerana bagi kawan tidak ada sebarang khilaf tentang Ali,orang syiah menyayangi Ali
begitu juga kami Ahlus sunnah wal jamaah juga menyayangi Ali.

Hadis dari sahih Bukhari:

-(Sesungguhnya Nabi s.a.w mendaki bukit uhud
bersama Abu Bakar,Umar dan Usman,maka tiba2 bergoncanglah bukit uhud,lalu berkatalah nabi
s.a.w:Tenanglah wahai uhud! sesungguhnya diatasmu ini ialah seorang nabi,seorang siddiq(Abu Bakar),dan dua orang syahid(Umar dan Usman).

-Berkata Ibnu Abbas r.a:Aku sedang berdiri dikalangan orang ramai yang berdoa kepada Allah utk Umar al-khattab setelah dibaringkan diatas katilnya(kewafatan Umar)
tiba2 seorang lelaki berada dibelakangku dan meletakkan tangannya keatas bahuku dan berkata:Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya aku berharap agar Allah menjadikanmu bersama2 sahabatmu(Abu Bakar dan Umar)kerana aku telah banyak kali mendengar rasulullah berkata:Ketika aku bersama Abu Bakar Dan Umar.:gigi:an aku telah melakukan bersama Abu Bakar dan Umar.:gigi:an aku telah berpergian bersama Abu Bakar dan Umar.
Maka aku amat berharap agar kamu juga dihimpunkan Allah bersama mereka berdua.
Maka Ibnu Abbas pun menoleh kebelakang,dan rupa2nya lelaki dibelakangnya itu adalah Ali ibn Abi tolib r.a.

-Amru Ibnul Ash telah bertanya kepada nabi s.a.w siapakah orang yang paling dikasihi oleh nabi?Lalu jawab nabi:Aisyah.Maka dia bertanya lagi:Siapakah dari kalangan lelaki?
Jawab nabi:Ayahnya(Abu Bakar).Ia bertanya lagi:Kemudian siapa?Jawab nabi:Kemudian Umar Ibn Al-Khattab)

Dan banyak lagi hadis2 tentang kelebihan dan ketinggian martabat mereka disisi nabi s.a.w
yang tak perlu dipertikaikan lagi oleh orang2 yang benar2 beriman dan menghargai jasa2 mereka yang tidak ternilai utk islam ini.

Berkenaan hadis mengenai kemarahan Fatimah terhadap Abu Bakar dalam masalah harta peninggalan rasulullah pula harus diteliti dengan cermat,jangan mengambil separuh hadis dan meninggalkan bahagian yang lain,baca keseluruhan hadis tersebut terlebih dahulu,mengapa Abu Bakar enggan menyerahkan harta peninggalan nabi s.a.w selepas wafatnya
ketika dituntut oleh Fatimah r.a??
Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar itu adalah semata2mengikut hukum rasulullah dimana sabdanya:Kami para anbiya' tidak mewariskan(untuk ahli waris kami)dan peninggalannya dikira sebagai sedekah utk umat islam.Jadi mana yang lebih utama?Menurut hukum nabi atau menurut kehendak Fatimah r.a.
Dan Abu Bakar juga telah menitiskan airmata
ketika saidina Ali menimbulkan cerita itu,lalu berkata:Demi Allah tuhan yang nyawaku ditangannya,sesungguhnya kaum kerabat rasulullah itu lebih aku sayangi dari kaum kerabatku sendiri,tetapi aku tidak akan meninggalkan sesuatu apa pun yang kulihat nabi s.a.w melakukannya kecuali aku juga akan melakukan yang sama dengan nabi s.a.w.
Dan itulah hukm nabi dalam membahagikan harta
khaibar.
Setellah mendengar itu,saidina Ali lantas membai'ah Abu Bakar sebagai khalifah.

Itulah secara ringkasnya rentetan cerita dari hadis tersebut,renungkanlah dengan hati yang bersih,lupuskanlah segala perasangka yang tidak baik terhadap sahabat radiallahu anhum,termasuk Muawiah yang merupakan salah seoarang penulis wahyu nabi s.a.w dimana nabi telah bersabda:Cucuku ini(iaitu Hasan)
akan mendamaikan diantara dua kelompok besar orang islam yang bertelagah.
Dalam hadis tersebut nabi tetap menganggap kedua kelompok itu (Ali dan Muawiah)sebagai
orang2 islam tanpa mencela salah satu antara keduanya.

Janganlah kita mengungkitkan nama Abdullah IBn Ubai juga sebagai sahabat,kerana istilah sahabat menurut imam Bukhari ialah:orang ya ng berjumpa dengan nabi s.a.w semasa hidupnya
dan ia seorang islam.
Jadi orang munafik seperti Abdullah tidak termasuk dalam ta'rif sahabat,kerana sebenar2 islam itu adalah luar dan dalam,bukan sekadar luar jer islam tapi dalam
tetap kufur,dan orang2 munafik ini tempatnya adalah didalam neraka yang terkebawah sekali.
Nauzubillahi minzalik.
madini
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 305
Joined: Mon Jun 24, 2002 8:00 am

Postby cintarasul on Fri Jan 24, 2003 9:30 pm

As-salamu-alaikum wm.wb.
Definisi sahabat sepatutnya dirujuk menurut apa yang difahamkan oleh al-Qur'an dan hadith Nabi SAWAW.
Jika menurut al-Qur'an istilah sahabat digunakan juga kepada teman Nabi Yusuf yang berada dalam penjara disebut 'ashabi sijni' dan beliau ini bukan orang beriman kepada Allah. Begitu juga tentang Abdullah bin Ubai juga Nabi SAWAW - ketika Umar meminta izin untuk membunuhnya Nabi SAWAW melarangnya dengan menyatakan nanti orang akan berkata Nabi SAWAW membunuh 'sahabat'nya.
Malahan al-Qur'an menyebutkan di kalangan orang-orang Arab (Madinah) ada yang tersangat kuat nifaqnya (muraddu ala nifaq) iaitu mereka ini sudah pasti sebahagian daripada orang yang bertemu Nabi (sahabat).
Begitu juga dalam hadith "SEBAHAGIAN SAHABAT MASUK NERAKA" iaitu apabila mereka bertemu Nabi di telaga al-Haudh, tetapi mereka di larang dan kemudian di giring ke neraka - istilah yang digunakan ialah 'ashabi' (sahabatku).
Sahih Bukhari - Hadis no.28.(2294) Daripada ‘Aisyah berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya(ashabi-hi):Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada(para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka).Mereka sentiasa mengundur ke belakang(kembali kepada kekafiran)(Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)
Sila rujuk Sahih Bukhari dan Muslim. Jadi menurut al-Qur'an dan Nabi SAWAW sendiri istilah sahabat tidak terbatas kepada sahabat yang benar-benar beriman tetapi juga termasuk orang kafir dan munafiq. Namun kita tidak akan berselisih jika berpendapat semua sahabat "YANG BAIK" dan tidak melanggar perintah Allah dan RasulNya masuk syurga dan begitu juga sebaliknya.
Justeru al-Qur'an telah menegaskan:
"Bahawa orang-orang yang berbaiah kepada kamu (NABI) sesungguhnya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barang siapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang ssiapa menepati janjinya kepada Allah, maka Allah akan memberi pahala yang besar (al-Fath: 10). Juga lihat ayat ke 16 Surah yagn sama dan banyak lagi ayat Qur'an menyatakan pembalasan Allah terhadap manusia bergantung kepada amalnya sama ada buruk atau sebaliknya.

Tentang Fatimah AS yang murka kepada Abu Bakar dan Umar - hadith Nabi SAWAW menyatakan: Barang siapa yang membuat Fatimah marah, membuat aku marah dan barang siapa yang membuat aku marah membuat Allah marah.

Hadith ini cukup terang dan tidak mungkin dapat diterima untuk menyatakan kehendak Fatimah marah kepada Abu Bakr bertentangan dengan kehendak Nabi SAWAW. Tambahan pula Fatimah adalah disucikan (tahirah) seperti dalam surah 33:33. Hadith yang dibawa oleh Abu Bakr adalah hadith Ahad berlawanan dengan kenyataan Fatimah as yang mempunyai saksi dan beliau sendiri adalah suci dan kenapa pula Abu Bakr tidak mengingati hadith 'Fatimah marah'? Tidakkah hadith tersebut merupakan amaran kepada sesiapa sahaja terhadap Fatimah as kerana kemarahan Fatimah boleh membawa kemurkaan Allah SWT! Apakah kehendak Abu Bakr tidak bertentangan dengan kehendak Nabi SAWA dan kehendak Allah SWT tentang Fatimah AS?
Tentang hadith nabi-nabi tidak mewariskan harta kepada anak-anak mereka, maka Fatimah as telah menjawab dengan terang benderang dan salah satu hujahnya yang mudah ialah apakah bapanya tidak boleh mewariskan harta kepada anaknya seperti bapa-bapa orang lain dan dalam al-Qur'an disebut Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud.
Dalam Mustadrak disebut: Sesungguhnya Allah marah di atas kemarahanmu (Fatimah) dan redhai di atas keredhaanmu (Fatimah).
Fatimah tidak bercakap selama 6 bulan dengan Abu Bakr dan Umar sehingga wafat.

Maka apakah yang betul jika berdasarkan hadith ini ialah Fatimah berbuat salah dan Fatimah bercanggah dengan kehendak Allah dan RasulNya? Jika anda berpendapat demikian maka hadith di atas menjadi tidak berguna dan sia-sia?? Hal ini tidak mungkin dapat dibenarkan kerana banyak hadith yang menyokong bahawa Fatimah adalah wanita mulia dan benar. Malahan dalam hadith juga dikatakan Fatimah cara bercakap menyamai Rasul SAWAW. Fatimah adalah pemimpin wanita di syurga (saidati-nisa fil-jannah).

Maka wajarkan anda berpendapat Fatimah tidak mengikut kehendak Rasul SAWAW? Jika pendapat anda dibenarkan maka hadith tentang kelebihan Fatimah seperti di atas menjadi ucapan yang sia-sia...Maka hal ini tidak mungkin berlaku kepada Nabi SAWAW.

Tentang Ali as membaiah Abu Bakr silalah lihat hadith 546, Sahih Bukhari Bab Perang Khaibar, bagaimana Ali as membaiah Abu Bakr:
"...dia (fatimah) marah kepada Abu Bakr dan tidak bercakap sehingga dia wafat (INGAT: hadith - Allah marah di atas kemarahan Fatimah...) Dia hidup selama 6 bulan selepas Nabi wafat. Ali telah menyempurnakan jenazahnya pada malam hari (kisah ini sama yang terdapat dalam Sirah Ibn Ishak). Ketika Fatimah hidup, orang ramai menghormati Ali as tetapi selepas beliau wafat, Ali menyedari perubahan sikap orang ramai (engkar) terhadapnya, Maka Ali kemudian membai'ah Abu Bakr....baca hingga selepas). Kisah ini menyamai pendapat Ali dalam Nahjul Balaghah, khutbah ke 3 yang lebih terperinci lagi).
(Sila baca Nahjul Balaghah untuk lebih lanjut).
Jika benar Ali tidak hal hadith perwarisan tetapi Abu Bakr lebih tahu, tetapi hadith yang dibawa Abu Bakr adalah hadith Ahad dan bagaimana Ali yang disebut Nabi Pintu Ilmu tidak tahu hadith tersebut dan bagaimana pula Fatimah yang tetap berkeras dengan pendapatnya sehingga wafat dan tidak pernah membaiah Abu Bakr sebaliknya marah kepada Abu Bakr? Manakah hadith yang lebih kuat jika semua hadith dibentangkan?? Namun tindakan Fatimah as telah menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah...

Tentang isteri yang paling dicintai Nabi SAWAW ialah Khadijah bukan Aisyah seperti tercatat dalam Sahih Muslim bab fadail Khadijah (nota: Malahan Aisyah cemburu terhadap kelebihan Khadijah) dan dalam Mustadrak (sunni)disebutkan wanita yang paling dicintai Nabi SAWAW ialah Fatimah as dan lelaki yang paling dicintai ialah Ali as. Khadijah juga disebut salah seorang pemimpin wanita di syurga (saidatinisa' fil-jannah) Malahan dalam Surah al-Tahrim, Aisyah telah diberi amaran untuk diceraikan. Bukalah al-Qur'an untuk rujukan.

Sila ke laman:

Wasalam.
(Bersambung jika diperlukan)....

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: cintarasul pada 2003-01-24 14:51 ]</font>

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: cintarasul pada 2003-01-24 15:13 ]</font>
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby madini on Mon Jan 27, 2003 3:19 am

Pada 2003-01-24 06:30, cintarasul menulis:
As-salamu-alaikum wm.wb.
Definisi sahabat sepatutnya dirujuk menurut apa yang difahamkan oleh al-Qur'an dan hadith Nabi SAWAW.
Jika menurut al-Qur'an istilah sahabat digunakan juga kepada teman Nabi Yusuf yang berada dalam penjara disebut 'ashabi sijni' dan beliau ini bukan orang beriman kepada Allah. Begitu juga tentang Abdullah bin Ubai juga Nabi SAWAW - ketika Umar meminta izin untuk membunuhnya Nabi SAWAW melarangnya dengan menyatakan nanti orang akan berkata Nabi SAWAW membunuh 'sahabat'nya.

-----------------------
madini:
Itulah jawapannya...kalau kita renungkan akan jelas pada kita bhw sahabat itu mempunyai 2 definisi dari segi bahasa dan syarak.
Dari segi bahasanya memang orang seperti Abdullah Ibn Ubai dan orang munafik juga disebut sebagai sahabat tetapi dari segi syaraknya tidak,kerana jelas pada kita setengah sahabat seperti dalam hadis Haudh
masuk neraka kerana kemurtadan mereka,tetapi dalam hadis yang lain serta al-quran sendiri Allah dan nabi memuji para sahabat
seperti hadis (Sahabat2ku seperti bintang2 dilangit,siapa sahaja yang kamu ikut nescaya akan peroleh petunjuk)
Jadi maknanya,takkan kita ikut Abdullah Ibn Ubai pun akan dapat petunjuk jugak,kerana ia
juga dikira sebagai sahabat mengikut definisi saudara.Semestinya tidak!
Dan saudara juga telah menjawab kenapa nabi tidak membunuh orang2 munafik,kerana takut timbul fitnah pada kemudian hari.

-------------------------
Tentang Fatimah AS yang murka kepada Abu Bakar dan Umar - hadith Nabi SAWAW menyatakan: Barang siapa yang membuat Fatimah marah, membuat aku marah dan barang siapa yang membuat aku marah membuat Allah marah.

-----------------------
madini:
Pada kawan hadis ini bukanlah secara mutlak
membuat Fatimah marah akan terus membawa kemurkaan nabi dan Allah,seperti juga ayat menyuruh kita taat kpd Allah dan rasulnya adalah bersifat mutlak,tetapi ayat selepasnya yang menyuruh taat kpd pemimpin tidaklah bersifat mutlak,iaitu wajib taat kpd pemimpin selagimana tidak bercanggah dgn
perintah atau larangan Allah dan rasulnya.
Adakah apa yang Abu Bakar buat itu salah,sedangkan ia hanya menurut hukum nabi s.a.w yang lebih utama utk diikut dari kehendak fatimah kerana hukum Allah dan rasulnya lebih utama utk ditaati.
Dan kalau kita teliti kisah tersebut sebagaimana yang dihuraikan oleh imam Nawawi
bhw Fatimah tidak bercakap dengan Abu Bakar selepas itu kerana ia jatuh sakit,dan tidak pernah berjumpa dengan Abu Bakar,jadi dalam masalah ini tidak boleh dikatakan Fatimah berdosa kerana tidak bertegur sapa dengan Abu Bakar,kerana mereka tidak pernah bersua selepas itu.

-----------------------
Tentang hadith nabi-nabi tidak mewariskan harta kepada anak-anak mereka, maka Fatimah as telah menjawab dengan terang benderang dan salah satu hujahnya yang mudah ialah apakah bapanya tidak boleh mewariskan harta kepada anaknya seperti bapa-bapa orang lain dan dalam al-Qur'an disebut Nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud.

------------------------
madini:
Pada kawan,hujah itu bukanlah terang tetapi samar,kerana ia terangan2 bercanggah dengan nas.
Dan boleh dikatakan itulah antara khasais para anbiya' iaitu tidak meninggalkan hartanya utk warisnya sebagaimana orang lain.
Antara khasais nabi juga ialah,isteri2 nabi tidak boleh dinikahi oleh orang lain selpasnya,tidak ada seorang pun yg kata boleh,jadi takkan ini kita boleh terima tapi khasaisnya tentang waris pula tak boleh saudara terima.
Maksud ayat,nabi Sulaiman mewarisi Nabi Daud
itu bukanlah dari segi harta,tetapi mewarisi kenabian.

----------------------
Dalam Mustadrak disebut: Sesungguhnya Allah marah di atas kemarahanmu (Fatimah) dan redhai di atas keredhaanmu (Fatimah).
Fatimah tidak bercakap selama 6 bulan dengan Abu Bakr dan Umar sehingga wafat.

Maka apakah yang betul jika berdasarkan hadith ini ialah Fatimah berbuat salah dan Fatimah bercanggah dengan kehendak Allah dan RasulNya? Jika anda berpendapat demikian maka hadith di atas menjadi tidak berguna dan sia-sia?? Hal ini tidak mungkin dapat dibenarkan kerana banyak hadith yang menyokong bahawa Fatimah adalah wanita mulia dan benar. Malahan dalam hadith juga dikatakan Fatimah cara bercakap menyamai Rasul SAWAW. Fatimah adalah pemimpin wanita di syurga (saidati-nisa fil-jannah).

Maka wajarkan anda berpendapat Fatimah tidak mengikut kehendak Rasul SAWAW? Jika pendapat anda dibenarkan maka hadith tentang kelebihan Fatimah seperti di atas menjadi ucapan yang sia-sia...Maka hal ini tidak mungkin berlaku kepada Nabi SAWAW.

----------------------
madini:
Allah dan rasulnya mengiktiraf kelebihan seseorang bukanlah bermakna ia selamat dari kesilapan,kerana tidak ada yang maksum selain nabi s.a.w,tetapi kesilapan para sahabat termasuk Fatimah tidaklah mencacatkan kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah dan nabi kepada mereka.
Jadi jelas ucapan nabi bukanlah sia-sia,tetapi ia berlari dalam kontek masing-masing.

----------------------------

Tentang Ali as membaiah Abu Bakr silalah lihat hadith 546, Sahih Bukhari Bab Perang Khaibar, bagaimana Ali as membaiah Abu Bakr:
"...dia (fatimah) marah kepada Abu Bakr dan tidak bercakap sehingga dia wafat (INGAT: hadith - Allah marah di atas kemarahan Fatimah...) Dia hidup selama 6 bulan selepas Nabi wafat. Ali telah menyempurnakan jenazahnya pada malam hari (kisah ini sama yang terdapat dalam Sirah Ibn Ishak). Ketika Fatimah hidup, orang ramai menghormati Ali as tetapi selepas beliau wafat, Ali menyedari perubahan sikap orang ramai (engkar) terhadapnya, Maka Ali kemudian membai'ah Abu Bakr....baca hingga selepas). Kisah ini menyamai pendapat Ali dalam Nahjul Balaghah, khutbah ke 3 yang lebih terperinci lagi).
(Sila baca Nahjul Balaghah untuk lebih lanjut).

------------------------
madini:
Baca juga pengiktirafan Ali terhadap kelebihan Abu Bakar dalam hadis yang sama.
Sebab kenapa Ali lambat membaiah Abu Bakar bukanlah kerana tidak bersetuju dengan Abu Bakar tetapi sekadar berasa kecil hati kerana
ia sebagai ahli keluarga nabi tidak dibawa berbincang dulu tentang perlantikan Abu Bakar
sebagai khalifah dan berasa seolah seperti diabaikan,tetapi Umar serta sahabat yang lain telah bersegera membaiah Abu Bakar utk mengelakkan pertikaian yang berpanjangan yang mungkin boleh membawa kepada pertelingkaha antara muhajirin dan ansar dan tidak dapat menunggu lebih lama utk berbaiah
walaupun tanpa kehadiran Ali,ini semua dilakukan demi utk menjaga maslahatan yang lebih besar,dan selepas perjumpaan antara Abu Bakar dan Ali,dan segalanya terjawab dengan baik maka Ali lantas membaiah Abu Bakar.Selesailah.
Hatta selepas Abu Bakar meninggal dunia pun saidina Ali tetap mengiktiraf Abu Bakar sebagai orang yg paling mulia selepas nabi s.a.w dan seterusnya Umar.
Jadi kawan tertanya niat saudara yang cuba menimbulkan kontroversi terhadap sahabat2 rasulullah yang terbilang seperti Abu Bakar dan Umar ini??

-------------------------
Jika benar Ali tidak hal hadith perwarisan tetapi Abu Bakr lebih tahu, tetapi hadith yang dibawa Abu Bakr adalah hadith Ahad dan bagaimana Ali yang disebut Nabi Pintu Ilmu tidak tahu hadith tersebut dan bagaimana pula Fatimah yang tetap berkeras dengan pendapatnya sehingga wafat dan tidak pernah membaiah Abu Bakr sebaliknya marah kepada Abu Bakr? Manakah hadith yang lebih kuat jika semua hadith dibentangkan?? Namun tindakan Fatimah as telah menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah...

----------------------
madini:
Bukan setakat hadis ahad,bahkan hadis mursal sahabat adalah diterima pakai oleh ulamak hadis,kerana sepakat mengatakan para sahabat semuanya thiqah,tidak perlu dipertikaikan.
Tidak semua sahabat mengetahui setiap hadis rasulullah termasuklah Ali,jadi masing2 lengkap melengkapi sebagimana sabda nabi (Hendaklah orang yang hadir disisiku (menerima hadis)menyampaikan kepada yang ghaib).

------------------------
Tentang isteri yang paling dicintai Nabi SAWAW ialah Khadijah bukan Aisyah seperti tercatat dalam Sahih Muslim bab fadail Khadijah (nota: Malahan Aisyah cemburu terhadap kelebihan Khadijah) dan dalam Mustadrak (sunni)disebutkan wanita yang paling dicintai Nabi SAWAW ialah Fatimah as dan lelaki yang paling dicintai ialah Ali as. Khadijah juga disebut salah seorang pemimpin wanita di syurga (saidatinisa' fil-jannah) Malahan dalam Surah al-Tahrim, Aisyah telah diberi amaran untuk diceraikan. Bukalah al-Qur'an untuk rujukan.

--------------------------
madini:
Hadis tentang Aisyah ialah wanita yang paling dicintai oleh nabi juga sahih dalam sahih Bukhari.
Dalam hadis yang lain nabi melebihkan Aisyah keatas seluruh wanita seperti kelebihan daging keatas seluruh makanan.
Jadi macamaner nak jawab???
Sebab tu lah kawan kata,semuanya berlari dalam konteks masing2,Khadijah r.a adalah wanita terunggul disisi rasulullah begitu juga Aisyah dan fatimah r.a,dan kami ahli sunnah waljamaah menerima kesmuanya tanpa banyak kerenah,kerana mereka 2 itu adalah orang2 yang penting dalam hidup rasulullah s.a.w.


Wallahu a'lam
madini
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 305
Joined: Mon Jun 24, 2002 8:00 am

Postby KulopAtoi on Mon Jan 27, 2003 6:22 am

:senyum: :senyum: :senyum:
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby cintarasul on Mon Jan 27, 2003 11:44 pm

As-salamu-alaikum wm.wb.
1. Definisi sahabat sepatutnya mengikut al-Qur'an dan hadith dan tidak mengikut takwil sendiri. Justeru, tidaklah timbul (tidak ada dalam al-Qur'an atau sunnah) definisi sahabat mengikut bahasa dan syariah! Yang menjadi masalah kepada saudara ialah apabila SAHABAT MENJADI KAYU UKUR KEPADA KEBENARAN SEPATUTNYA KEBENARAN MENJADI KAYU UKUR KEPADA SAHABAT DAN SESIAPA SAHAJA. Jika kita mengikut al-Qur'an dan sunnah Nabi SAWAW ialah kebenaran menjadi kayu ukur kepada individu, justeru kita lihat dalam al-Qur'an sesiapa sahaja yang melanggar perintah Allah akan menerima pembalasan yang setimpal mengikut hukum Allah tidak kira sesiapa sama ada anak Nabi atau isteri Nabi atau sahabat nabi misalnya anak Nabi Nuh, isteri Nabi Lut, sahabat nabi Musa (Samiri) atau isteri Nabi Muhammad di ancam cerai dalam Surah al-Tahrim. Tanpa membelakangkan status Ummu Mu'minin. Yang salah tetap salah. Maka kaedah anda mengukur kebenaran berdasarkan perbuatan sahabat akan menimbulkan kemusykilan kepada anda sendiri. SEPATUTNYA yang menjadi pengkhususan kepada istilah sahabat ialah SAHABAT YANG BAIK - MAKA MEREKA INI MENJADI BINTANG DI LANGIT DAN SEBAGAINYA MENGIKUT HADITH-HADITH NABI SAWAW TETAPI SAHABAT YANG MENENTANG RASUL, MENENTANG FATIMAH, ALI DAN AHLUL BAIT NABI SAWAW TIDAK MUNGKIN TERMASUK SAHABAT YANG BAIK misalnya Muawiyah menentang Ali, Yazid menentang Husayn as dan seumpamanya. Justeru Ammar bin Yassir yang terbunuh dalam Perang Siffin disebutkan dalam hadith sebagai terbunuh oleh kelompok derhaka (baghi) iaitu Muawiyah.
2. Jika anda baca Sahih Muslim tentang kelebihan isteri-isteri Nabi SAWAW anda akan dapat memahami bahawa isteri Nabi yang paling dicintai ialah Khadijah sehinggakan Aisyah sendiri cemburu terhadapnya. Ini pengakuan Aisyah sendiri. Lagipun kecintaan Nabi kepada isterinya bukanlah cinta manusia biasa umpama Laila-Majnun, tetapi mempunya asas yang kukuh dari segi agamanya kerana Khadijah wanita petama Islam, Khadijah berkorban hartanya untuk Islam, Khadjah memberikan zuriat kepada Nabi SAWAW dan hal ini tidak dapat diberikan oleh Aisyah. Lebih-lebih lagi Nabi tidak pernah berkahwin lain ketika Khadijah hidup tetapi Nabi mempunyai isteri lain semasa Aisyah hidup. Justeru, hal ini jelas menunjukkan Khadijah isteri yang paling dicintai Nabi SAWAW. Jika Aisyah, maka apakah asas cinta Nabi kepadanya? Maka ingatlah cinta Nabi bukan seperti orang biasa statusnya....
3. Kisah Fatimah marah kepada Abu Bakr dicatat juga dalam Sirah Ibn Hisyam di mana beliau dimakamkan di malam hari tanpa kehadiran Abu Bakr dan Umar. Malahan dalam hadith Sahih Bukhari itu jelas Fatimah marah kepada Abu Bakr. Umum mengetahui kemarahan Fatimah disebabkan tanah Fadak dan isu kepimpinan (khalifah). Maka hal ini tidak dapat ditakwilkan lagi kerana jelas marahnya sehingga tidak bercakap (bukan tidak bercakap kerana tidak berjumpa tetapi tidak marah) Semoga hal ini tidak dikelirukan...
4. Isu perwarisan - Kenabian tidak boleh diwariskan kerana jika kaedah anda itu diterima maka semua anak-anak Nabi jadi Nabi walaupun ada di kalangan anak-anak Nabi jadi Nabi tetapi kenabian adalah dilantik oleh Allah SWT. lagipun tanah Fadak adalah pemberian Nabi kepada Fatimah, dan hal ini diterima oleh khalifah Umar bin Abd. Aziz yang menyerahkan Fadak kepada keturunan Fatimah ketika baginda berkuasa.
5. Kemarahan Fatimah adalah kemarahan Nabi dan Allah tidak bolehlah disamakan dengan ayat taat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri. Namun ketaatan kepada Rasul dan Allah adalah mutlak. Jadi ikut ayat ini pun kena taat kepada Fatimah dan bukan ada syarat dibelakangnya tetapi sebaliknya ada ancaman iaitu jika ' tidak taat kepada Fatimah dan membuatkan dia marah, akan mendapat kemurkaan Allah dan RasulNya'. Jadi ia merupakan ketaatan mutlak. Adakah Fatimah berbuat kesalahan dengan marah kepada Abu Bakr? Jawapannya tidak kerana kemarahan Fatimah adalah kemarahan yang berasaskan dua perkara yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya:
1. Tanah Fadak.
2. Isu Kepimpinan Ali.

Maka kemarahan Fatimah bukan emosi suka hati tetapi isu agama yang wajar diketengahkan kepada masyarakat supaya mereka sedar sampai hari ini. Dan Fatimah adalah wanita yang disucikan dalam Surah 33:33 iaitu tidak berbuat dosa. Maka kesaksian Fatimah tentang Tanah Fadak wajib diterima Abu Bakr kerana dalam sunnah pun ada kes satu orang untuk dua kesaksian seperti Dzus-Syahadatain, inikan pula Fatimah yang suci itu. Dan hadith yagn dibawa oleh Abu Bakr adalah hadith Ahad. Maka hadith ini tidak boleh menolak kesaksian Fatimah yang juga membawa Um Aiman, suami dan anak-anaknya sebagai saksi. Apakah wajar permintaan Fatimah as ditolak Abu Bakar? Dan akhirnya Umar bin Abd. Aziz telah memberikan Tanah Fadak kepada keturunan Fatimah. Apakah anda menolaknya juga?

6. Tentang isu Ali membaiah Abu Bakr..Kenapa kita tidak jawab soalan kenapa Abu Bakr tidak membaiah Ali as yang telah dilantik oleh Rasul pada hari Ghadir dan disaksikan oleh lebih 100 ribu orang ketika pulang dari haji...Tentang baiah Ali kepada Abu Bakr , silalah baca Nahjul Balaghah Khutbah ke-3 untuk mengikuti penjelasan Ali sendiri..

7. Jika ada hadith yang bercanggah-canggah, mmaka hadith itu hendaklah dirujuk kepada al-Qur'an jika bertentangan dengan al-Qur'an maka ia bukan hadith yang sahih dan wajar diketepikan kerana tidak mungkin Nabi sawaw bercakap perkara yang bercanggah dengan al-Qur'an...itu kaedahnya..

8. Mengapa perlu ditanya niat saya - tetapi tidak ditanya niat yang memulakan isu yang sedang kita bincangkan ini - mendakwa syiah sesat itu adalah satu fitnah yang jelas bukan niat sahaja..Sepatutnya fitnah ini perlu dtangani dengan adil dan saya hanya menjelaskan perkara yang mengelirukan anda..

Wasalam.
cintarasul
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Wed Jan 08, 2003 8:00 am

Postby KulopAtoi on Tue Jan 28, 2003 8:28 am

wa alaikums alam warahmatullahi wabarakatuh..

Ahlan biiik :senyum: :senyum:

ternyata cintarasul amat mampu berhujjah dengan penyertaan dalil dalil yang sahih dan benar menurut pendekatan Ahli Sunah Wal Jamaah... Alhamdulillah... cam baca buku Al Murajaaah lak... sapa nama Imam tu.. tak ingat dah :senyum: :senyum: :senyum:

dan kalau kita turuti pendekatan hujjah dengan hujjah... hadith dengan hadith... tafsir dengan tafsir... maka kesudahan nya nanti adalah kesudahan yang telah berlaku dan juga merupakan kesudahan yang sedang berlaku... iaitu bakal tidak terjumpa satu titik pertemuan yang bakal menyatukan kedua dua kumpulan pemikiran...

bahkan... say cam dah jangkakan...

bakal timbul isu fatimah wanita yang paling mulia.....
bakal timbul isu abu bakar, omar dan osman adalah manusia berdosa...
bakal timbul bab pewarisan...
bakal timbul isu kepimpinan dan walak semestinya dikembalikan kepada Ali
bakal timbul kekhalifahan Abu Bakar dan Omar dan Osman adalah kezaliman..
bakal timbul isu muawiyah...

dan wat else... bab nikah mutaah... dengan riwayat Ibnu Abbas yang masyhur... dan memacam lagi... :senyum:

so camana.. kalau didatangkan sejuta muka surat dari kalangan mana pun diatas isu isu yang disebutkan.. dengan dalil dalilnya... tafsiran Al quraan nya, tak kira ler... alquraan tu al quraan syiah atau al quraan ahli sunnah... :senyum:...

dan didatangkan hadith hadith nya.. sama ada dari jalan ahli sunnah atau jalan syiah...

pendapat ulamak ulamak muktabar nya...

maka pihak ahli sunnah juga mampu mendatangkan sejuta muka surat untuk menguatkan pendapat mereka pula.. :senyum:

so bila agaknya nak abis... :senyum:

yang di minta... kasih kepada ahlul bait... wokey... no problem.. yang ni persoalan akidah... dan ibadah...

yang di minta... apa lagi... fatimah yang paling utama... wokey no problem... walau kita kata... boleh kita pakai hadith dan rujukan lain akan wanita yang paling utama.. tapi takper... mender ni bukan persoalan akidah... :senyum: dan tidak juga merupakan persoalan halal haram dalam ibadah harian kita...

lagi apa...

fatimah marah kat abu bakar dan tak bercakap ngan abu bakar sepanjang hayatnya... lagi sekali.. dari sudut individu...ni bukan persoalan akidah dan ibadah secara mutlak...

apa lagi... entah... :senyum:...

anyway tima kasih kepada akhi cintarasul... teruskan perbincangan... dapat gak teman menelaah sejarah lama dan debat lama... dan cuba menilai akan relevensi nya dalam amalan akidah dan ibadah di hari ini... :senyum:

dan kepada akhi madini... jawab... jangan tak jawab... :senyum: :senyum: :senyum:

wallahu alam wassalam...


<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: KulopAtoi pada 2003-01-27 17:40 ]</font>
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Next

Return to Bicara Aqidah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest