PERIHAL MENYATAKAN SOAL AQIDAH SERTA MANHAJ SALAF DAN KHALAF

Untuk apa-apa bicara berkaitan aqidah Islam.
Pengendali :: g@y@t

PERIHAL MENYATAKAN SOAL AQIDAH SERTA MANHAJ SALAF DAN KHALAF

Postby g@y@t on Fri May 07, 2004 10:43 pm

Usul 20 Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna

Usul ke-10

PERIHAL MENYATAKAN SOAL AQIDAH SERTA MANHAJ SALAF DAN KHALAF



"Mengenal Allah SWT, Mentauhid Dan MenyucikanNya Adalah Setinggi-Tinggi Akidah Islam. Ayat-Ayat Sifat Dan Hadith-Hadithnya Yang Sahih Dan Penyerupaan Yang Layak Dengannya; Kita Beriman Dengannya Sebagaimana Ia Datang Tanpa Takwil Dan Ta’til. Kita Jangan Cuba Mendedahkan Khilaf Di Antara Ulama’ Dalam Masalah Itu. Sudah Cukup Bagi Kita Apa Yang Telah Cukup Bagi Rasulullah SAW Dan Sahabat-Sahabatnya”


Firman Allah SWT:


"Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: kami beriman dengan semuanya (ayat-ayat yang mutasyabihat) dari Tuhan kami. (Ali Imran : 7)



KETERANGAN

Dalam usul ini Al Imam Asy Syahid menjelaskan kedudukan Tauhid dalam aqidah Islam sambil menerangkan jalan tengah dalam ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih.

Pendapat Al Imam Asy Syahid dalam hal ini adalah benar dan bersandarkan Al Kitab dan Sunnah. Bagi Allahlah kepujian dan pemberian.


Ketinggian Kedudukan Tauhid

Sudut-sudut pengetahuan amat banyak tetapi yang paling tinggi ialah aqidah Islam. Sudut-sudut aqidah juga banyak tetapi yang paling tinggi ialah mentauhidkan Allah. Iman yang benar dan Tauhid yang hak menjadikan, seseorang itu mendapat ketenangan, kemuliaan, keamanan dan kerehatan. Sebaliknya tanpa iman beliau menjadi resah dan tiada pegangan. Allah berfirman:


"Maka manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak untuk mendapat keamanan (dari malapetaka) jika kamu mengetahui? Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk . (Al An ‘aam: 8l-82)

Kerana itulah Allah SWT memerintahkan dengan Tauhid sebelum perkara lain. Allah berfirman:


“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah.” (Muhammad: 19)

Kewajipan Muslim terhadap aqidah yang tertinggi ini merangkumi tiga perkara:

· Makrifah dengan yakin, bukannya lintasan fikiran.

· Tauhid yang benar tanpa ragu-ragu kepadanya.

· Iktikad kesempurnaan Allah dari sebarang kekurangan.

Dalam hal ini Allah berfirman:


"Katakanlah: Dialah AIlah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan dan tiada seorang pun yang setara dengannya.” (Al lkhlas: 1-4)



"Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.(As Syura: 11)



Oleh kerana ruangan ni tidak mengizinkan keterangan secara terperinci, maka saya nyatakan secara ringkas.

· Apakah yang menghidupkan umat Islam setelah mati?

· Apakah yang membangunkan mereka setelah tidur?

· Apakah yang menyemarakkan mereka setelah padam?

· Apakah yang memberikan mereka kekuatan setelah dihina?

· Apakah yang menjadikan mereka pemimpin umat-umat setelah mereka adalah gembala-gembala kambing?

· Itulah iman dengan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.


Pendirian Terhadap Sifat-sifat Allah SWT:

Setiap Muslim wajib menthabitkan semua sifat-sifat kesempurnaan bagi Tuhannya dan menyucikan-Nya dari sebarang kekurangan.


Di sana terdapat sifat-sifat yang di sekitarnya timbul pertikaian pendapat yang lama, rnemecahkan hati-hati, memporak-perandakan saf-saf dan menyia-nyiakan waktu iaitu sifat-sifat yang terdapat perbahasan di kalangan salaf dan khalaf seperti: Mata, tangan, jari-jari, turun dan seumpamanya. sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat dan hadis-hadith-hadith sifat.

Umat Islam telah membuat beberapa pendirian terhadapnya sejak dahulu hingga sekarang. Al-Imam Asy-Syahid pada zamannya melihat pendirian-pendirian ini yang menimbulkan belas kasihan. Perkara tadi telah melampaui batas dan menimbulkan perbahasan yang panjang.

Para pembahas membuat ketetapan, setengahnya kadang-kadang mengkafirkan setengah yang lain. Yang peliknya, para pembahas tadi tidak ada pada mereka melainkan:

· Taksub dan melampaui batas kesucian.

· Alangkah baiknya kalau perbahasan ini ditentukan oleh ahli ilmu, namun ia meluaskan perbahasan untuk menyibukkan orang yang mampu mencapai dan yang tidak mampu mencapainya.

· Alangkah baiknya kalau perbahasan ini diadakan selepas selesai dari membahaskan perkara-perkara utama yang disepakati bersama.

Iman Tanpa Takwil dan Ta’til

Imam Asy Syahid telah membuat pendirian yang bijaksana.

· Beriman dengannya tanpa takwil dan ta’til.

· Menjauhkan diri dari menyebut perselisihan ulama’ padanya.

Beriman dengan sifat-sifat tanpa takwil dan ta’til adalah mazhab salaf yang lebih arif, bijaksana dan lebih selamat.

· Tanpa takwil maksudnya tanpa memalingkan maknanya yang rajih lagi hampir kepada yang marjuh lagi jauh tanpa kaitan yang mewajibkannya. Maka maknanya yang dekat sudah maklum dalam fikiran.

Mazhab salaf memegang makna ini mengikut makna yang layak dengan kebesaran Allah dan tidak memberatkan diri dengan makna-makna yang jauh dan sampingan tanpa keperluan.

Ta’til pula bermakna menafikan madlul-madlul (maksud-maksud yang didalilkan) lafaz yang menyifatkan Allah secara mutlak. Di sisi orang yang memegang ta’til Allah SWT tidak bercakap, tidak mendengar, tidak melihat dan seumpamanya.


Menahan Diri Dari Pertelingkahan Ulama’

Para ulama’ telah berselisih pendapat secara panjang lebar sejak zaman dahulu hingga sekarang tentang masalah sifat-sifat ini. Perselisihan ini memberi kesan kepada kesatuan muslimin dan keadaan mereka amat menyedihkan. Al-Imam Asy-Syahid datang untuk menenangkan ketegangan ini kerana beliau mendapati bahawa perbahasan mengenainya menuju jalan buntu dan tidak benar. Beliau telah meminta agar tidak mendekati khilaf ulama’ silam dalam halini dan meminta agar cukuplah mengetahuinya secara ringkas (ijmal).

Ini bukanlah bermakna lari atau menyembunyikan perkara yang wajib dijelaskan. Bahkan itulah kebijaksanaan, kerana pada setiap ‘maqam ada maqal’ dan manusia berbeza-beza dalam pemahaman dan penerimaan mereka. Manusia juga tidak boleh hidup seorang diri dan bercakap dengan diri sendiri.

Al-Imam Asy-Syahid dapat mengesan perkara ini dan mahu menyatukan hati-hati umat yang tidak mungkin dapat bersatu melainkan berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta meninggalkan huraian yang dipertikaikan. Apa yang dilakukan oleh Al-Imam Asy-Syahid adalah manhaj dan tarjih ulama’ Islam yang terkemuka dalam hal ini.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

“Umat tidak berselisih dan berpecah jika pertikaian itu boleh diputuskan dengan ilmu dan keadilan. Jika tidak, maka dengan berpegang kepad ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak. Wajib menyuruh orang awam berpegang dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak serta mencegah mereka dari hanyut dalam huraian (tafsil) yang mencetuskan perpecahan dan perselisihan. Sesungguhnya perpecahan dan perselisihan adalah di antara sebesar-besar perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan RasulNya[ii].

Syeikhul Islam mempunyai kalam (huraian) yang bernilai di dalam hal ini, kalaulah tidak kerana takutkan meleret-leret, nescaya saya sebutkan kalamnya[iii].

Alangkah bijaksana dan arifnya Al-Imam Asy-Syahid ketika beliau meminta agar menahan diri dari pertelingkahan tadi dan meminta agar berpada dengan ijmal yang tsabit dengan nas dan ijmak berdasarkan firman Allah:


[i]“Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengan ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu di sisi Tuhan kami”. (Ali Imran: 7)


Dalam Risalah ‘Aqaid karangan Al-Imam terdapat keterangan yang sempurna lagi ringkas kepada usul ini. Selepas menyebut sebahagian ayat dan hadith yang menunjukkan kepada sifat, beliau berkata:

Dalam masalah ini, manusia terbahagi kepada 4 golongan:

1. Satu golongan mengambilnya secara zahir sahaja, maka mereka pun menyifatkan Allah dengan wajah seperti wajah-wajah makhluk, tangan atau tangan-tangan seperti tangan mereka, ketawa seumpama ketawa mereka dan begitulah seterusnya hingga mereka menyangka Tuhan seperti orang tua. Sesetengahnya pula menyangka bahawa Allah itu seperti pemuda. Mereka adalah golongan Mujassamah dan Musyabbahah yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Islam. Kata-kata mereka tidak benar langsung. Memadailah kita menjawab tuduhan mereka dengan firman Allah yang bermaksud:


“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Asy-Syura: 11)


“Katakanlah: Dialah Tuhan Yang Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung padaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas: 1-4)


2. Satu golongan pula menolak makna lafaz-lafaz itu dalam sebarang bentuk iaitu dengan menafikan segala madlulnya terhadap Allah SWT. Di sisi mereka, Allah tidak bercakap, tidak mendengar dan tidak melihat. Ini adalah kerana semua itu tidak boleh berlaku melainkan dengan menggunakan anggota, sedangkan anggota wajib dinafikan dari Allah SWT. Oleh sebab itulah mereka menafikan sifat-sifat Allah SWT dan berpura-pura mensucikanNya. Mereka ialah golongan Muatthilah dan sebahagian ulama’ sejarah ‘Aqaid Islamiyyah menggelar mereka Al-Jahmiyyah.

Saya rasakan tiada seorang yang beraqal pun terpengaruh dengan kata-kata remeh ini, kerana sudah dibuktikan bahawa sebahagian makhluk dapat bercakap, mendengar dan melihat tanpa anggota (pancaindera). Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT kalau bercakap mestilah menggunakan anggota? Maha Suci Allah dari semua itu. Inilah dua pendapat batil yang tidak layak diperhatikan. Tinggal lagi dua pendapat di hadapan kita yang berada di dalam perhatian ulama’ ‘Aqaid iaitu pendapat salaf dan pendapat khalaf.

Pendapat Salaf Tentang Ayat-ayat Sifat Dan Hadith-hadithnya

3. Golongan salaf mengatakan: “ Kita beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith ini sebagaimana ia datang (secara zahir) dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT. Mereka mentsabitkan tangan, mata, bersemayam, ketawa, takjub... dan lain-lain dengan makna-makna yang tidak dapat kita kesan. Kita serahkan kepada Allah untuk meliputi makna tersebut dengan ilmuNya. Lebih-lebih lagi kita telah ditegah daripada perkara tersebut dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud: “berfikirlah kamu tentang kejadian Allah. Jangan kamu berfikir tentang zat Allah. Sesungguhnya kamu tidak dapat mencapainya.”

Al-Iraqi berkata: “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim, dalam kitab Al-Hilyah dengan isnad yang dhaif dan juga oleh Al-Asbahani dalam kitab At-Targhib wa At-Tarhib dengan isnad yang lebih sahih darinya. Begitu juga Abu Syaikh. Mereka semua menafikan persamaan (serupa) di antara Allah dan makhluk. Lihatlah kata-kata mereka tentang hal ini.

Abu Al-Qasim Al-Lalika’ie di dalam kitab Usul As-Sunnah meriwayatkan dari Muhammad bin Al-Hassan, Abu Hanifah RA berkata: “Seluruh fuqaha’ baik di timur dan barat telah bersepakat tentang (wajib) beriman dengan Al-Quran dan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang tsiqah dari Rasulullah SAW tentang sifat Tuhan, tanpa tafsir, tanpa sifat, tanpa bandingan. Sesiapa yang menafsirkan tentang perkara itru pada hari ini, ia telah terkeluar dari jalan Nabi SAW dan telah memisahkan diri dari jamaah kerana mereka semua (jamaah) tidak menyifatkan dan tidak menafsirkannya. Mereka hanya memberi fatwa dengan apa yang ada di dalam Kitab dan Sunnah kemudian mereka diam”.

Al-Khalall menyebut di dalam kitab As-Sunnah dari Al-Hanbal menyebut hal ini dalam kitab-kitabnya seperti kitab As-Sunnah Wal Mihnah. Al-Hanbal berkata: “ aku bertanya Abu Abdillah tentang hadith: “sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia” dan hadith “sesungguhnya Allah melihat” dan hadith “sesungguhnya Allah meletakkan kakinya” serta hadith-hadith yang seumpama ini?”

Maka Abu Abdillah menjawab: “kita beriman dengannya dan membenarkannya tanpa cara dan maknanya. Kita tidak menolaknya sedikit pun. Kita tahu bahawa apa yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW adalah benar jika sanad-sanadnya sahih. Kita tidak menolak firman Allah dan tidak menyifatkanNya lebih dari apa yang Dia sendiri sifatkan dirinya tanpa had dan kesudahan. Firman Allah:


“Tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya” (Al-Ikhlas: 4)

Barmalah bin Yahya meriwayatkan sambil berkata: “ aku mendengar Malik bin Anas berkata : sesiapa yang menyifatkan sesuatu dari zat Allah seperti, firman Allah yang bermaksud “tangan Allah terbelenggu” lalu dia mengisyaratkan tangannya ke tengkuknya, dan seperi firmanNya yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang Maha Mendengar dan Maha Melihat” lalu dia mengisyaratkan kepada matanya, telinganya atau tangannya, anggota-anggota tersebut hendaklah dipotong darinya kerana dia telah membandingkan Allah SWT dengan dirinya. Kemudian Malik menambah lagi: “tidaklah kamu mendengar kata-kata Al-Barra’ ketika beliau menceritakan bahawa Nabi SAW telah mengorbankan empat ekor korban sambil Al-Barra’ mengisyaratkan dengan tangannnya sebagaimana Nabi SAW lakukan. Al-Barra’ berkata : “tanganku lebih pendek dari tangan Rasulullah SAW”. Al-Barra’ tidak suka (benci) untuk menyifatkan tangan Rasulullah SAW kerana menghormatinya. Sedangkan Nabi SAW adalah makhluk. Maka bagaimanakah boleh kita bandingkan pula Pencipta yang tidak serupa dengan sesuatu pun?

Abu Bakar Al-Athram, Abu Amru’ At-Tolamanki dan Abu Abdillah Ibn Abi Salamah Al-Majishun telah meriwayatkan kalam yang panjang tentang makna ini. Kemudian disudahi dengan katanya: “apa yang disifatkan oleh Allah terhadap diriNya dan dinamakan dari lisan RasulNya, kita namakannya sebagaimana yang Dia namakan. Kita tidak boleh membebankan diri dengan sifat lain. Bukan itu dan bukan ini dan kita tidak boleh mengingkari dengan apa yang disifatkanNya serta tidak membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan”.

Ketahuilah mudah-mudahan kamu dikasihi Allah, bahawa Al-Ismah[iv] dalam agama tidak selesai di tempat kamu habis dan kamu tidak melebihi apa yang telah dihadkan kepada kamu. Sesungguhnya di antara dasar agama ialah mengetahui yang makruf dan mengingkari yang mungkar. Perkara yang kamu makrifah dan hatimu tenang dengannya, disebut dalilnya di dalam Kitab dan Sunnah dan ilmunya diwarisi oleh umat maka janganlah takut untuk menyebut dan menyifatkannya terhadap Tuhanmu tentang apa-apa yang disifatkan dirinya dan janganlah membebankan diri untuk menghadkan sifat tersebut. Perkara yang diingkari oleh dirimu dan tidak terdapat dalam Kitab dan Sunnah yang menyebut tentang sifat Tuhanmu, maka janganlah bebankan diri untuk mengetahuinya dengan aqal kamu dan janganlah menyifatkannya dengan lidah kamu dan diamlah sebagaimana Tuhanmu diam tidak menyebutnya. Jika kamu membebankan diri untuk mengetahui apa yang tidak disifatkan oleh Tuhanmu tentang dirinya maka samalah seperti kamu mengingkari apa yang disifatkan olehnya. Sebagaimana kamu memandang berat apa yang diingkari oleh orang yang mengingkari terhadap apa yang disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya. Maka begitu juga hendaklah kamu memandang berat orang-orang yang membebankan diri menyifatkan Tuhan dengan apa yang tidak disifatkan oleh Tuhan terhadap diriNya.

Demi Allah! Sesungguhnya telah menjadi mulia orang-orang Muslim yang mengetahui perkara-perkara makruf serta dengan pengetahuan mereka, makruf itu dikenali dan mengingkari perkara mungkar serta dengan keingkaran mereka mungkar itu diingkari. Mereka mendengar apa yang disifatkan oleh Allah tentang dirinya di dalam KitabNya dan apa yang sampai kepada mereka tentang perkara yang seumpama itu dari NabiNya. Tidak sakit (rosak) hati seseorang muslim dengan menyebut sifat ini dan menamakannya daripada Tuhan. Mukmin tidak boleh mencari sifat-sifat atau nama yang lain dari apa yang disebut oleh Tuhan. Apa-apa yang disebut oleh Rasulullah SAW bahawa Baginda menamakan sifat TuhanNya maka ia adalah sama dengan apa yang dinama atau disifatkan oleh Tuhan sendiri.

Orang-orang yang mendalam ilmunya, yang berhenti sekadar ilmunya, yang menyifatkan Tuhan dengan sifat yang disifatkan oleh Tuhannya, dan orang-orang yang meninggalkan dari menyebut sifat yang tidak disebut oleh Tuhan tidak mengingkari sifat yang dinamakan itu kerana ingkar dan tidak mencari-cari sifat lain yang tidak dinamakanNya kerana kononnya perbahasan yang mendalam kerana kebenaran ialah meninggalkan apa yang ditinggalkan dan menamakan apa yang dinamakan.

Firman Allah:


“Sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. Dan mengikut jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya dan Kami masukkan ia ke dalam neraka jahannam dan jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”. (An-Nisa’: 115)

Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada kita semua hikmat dan menjadikan kita orang-orang salih”.

Mazhab Khalaf Tentang Ayat-ayat Dan Hadith-hadith Sifat

4. Tadi saya ada menyebut bahawa golongan salaf beriman dengan ayat-ayat dan hadith-hadith sifat sebagaimana ia datang secara zahir dan meninggalkan penjelasan maksudnya kepada Allah SWT dalam keadaan mereka beri’tiqad bahawa Allah SWT suci dari sebarang persamaan dengan makhlukNya.

Golongan khalaf pula berkata: “ Kami beriman bahawa makna-makna lafaz ayat-ayat dan hadith-hadith ini bukanlah dikehendaki secara zahir bahkan ia adalah majaz (kiasan) yang tidak ada halangan untuk mentakwilkannya. Mereka mula mentakwilkan wajah dengan makna zat, tangan dengan makna kekuasaan, dan begitulah seterusnya untuk lari persamaan dengan makhluk. Saya menyatakan diri sini contoh kata-kata mereka:

Abul Faraj bin Al-Jauzi Al-Hanbali berkata di dalam kitabnya Menolak Syubhat Persamaan: “Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kekallah wajah Tuhanmu”[v] . Para ulama’ tafsir berkata: Kekallah Tuhan kamu. Begitu juga mereka berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Mereka mahukan wajahNya” iaitu mahukanNya.

Ad-Dhahhak dan Abu Ubaidah berkata tentang firman Allah yang bermaksud: “Setiap sesuatu binasa kecuali wajahNya”[vi] iaitu “melainkan Dia”. Beliau menyebut pada kitabnya satu fasal yang terpeinci untuk menolak pendapat mereka yang berkata bahawa berpegang kepada zahir ayat dan hadith adalah mazhab salaf. Kesimpulan dari kata-katanya ialah berpegang dengan zahir adalah tajsim[vii] dan tasybih[viii] kerana zahir lafaz ialah apa yang diistilahkan kepadanya tangan tiada makna sebenar yang lain kecuali anggota dan begitulah seterusnya”.

Beliau juga berpendapat bahawa menamakan ayat-ayat dan hadith-hadith tersebut sebagai ayat-ayat dan hadith-hadith sifat adalah nama yang direka-reka dan tidak terdapat di dalam Kitab dan Sunnah dan bukan hakikat. Ia tidak lain kecuali tambahan. Beliau telah berdalil terhadap kata-katanya dengan dalil-dalil yang banyak yang tidak ada ruang untuk saya menyebutnya di sini.

Fakhruddin Ar-Razi berkata di dalam kitabnya Asas At-Taqdis: “Ketahuilah bahawa nas-nas Al-Quran tidak boleh dipegang secara zahir kerana beberapa perkara:

Zahir firman Allah maksudnya: “Dan supaya kamu diasuh di atas mataKu[ix]” bermaksud Nabi Musa AS berada di atas mata itu secara bersentuh (melekat) dan lebih tinggi dari mata itu. Perkara ini tidak boleh diterima oleh orang-orang yang beraqal.

Firman Allah maksudnya: “Buatlah kapal itu dengan mata-mata Kami[x]” bereerti alat-alat untuk membuat kapal tersebut ialah mata itu sendiri.

Bertsabitkan beberapa biji mata (mata-mata) pada satu muka adalah amat jelek. Maka tampaklah kemestian menuju kepada takwil iaitu dengan kita tanggungkan lafaz-lafaz ini dengan makna sangat mengambil berat dan menjaga (mengawal)”.

Imam Al-Ghazali menyatakan pada juzuk pertama dari kitab Ihya’ Ulumiddin ketika membicarakan tentang nisbah ilmu zahir kepada ilmu batin dan bahagian-bahagian yang terdapat padanya zahir dan batin serta takwil dan tidak takwil:

“... Bahagian ketiga: Sesuatu perkara itu kalau disebut secara soreh (nyata) akan difahami tanpa terjadi apa-apa mudarat. Tetapi ia dikinayahkan[xi] secara isti’arah[xii] dan ramz[xiii] supaya lebih memberi kesan kepada hati pendengar. Di antaranya sabda Nabi SAW yang bermaksud :


“Sesungguhnya masjid mengecut dari kahak sebagaimana mengecutnya kulit di atas api”[xiv]

Maknanya ialah: Roh masjid dalam keadaan ia dimuliakan dan membuang kahak di dalamnya adalah menghinanya. Kamu dapat lihat bahawa kawasan masjid tidak menegcut kerana kahak. Begitu juga dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “tidaklah orang-orang mengangkat kepalanya sebelum imam takut kalau Allah menukarkan kepalanya menjadi kepala kaldai[xv]”

Perkara itu dari segi gambarannya tidak berlaku sama sekali. Namun dari segi makna memang ada kerana kepala kaldai tidak berlaku secara hakikat rupa bentuknya, bahkan secara khusus iaitu dungu dan bodoh. Jadi sesiapa yang mengangkat kepalanya sebelum imam, maka kepalanya sudah menjadi kepala himar dari segi makna dungu dan bodoh iaitu secara maksudnya, bukan rupa bentuk

Rahsia ini diketahui bahawa ia adalah bukan zahir, sama ada dengan dalil aqli atau syar’i. Dari segi aqalnya, menanggung secara zahir tidak boleh seperti sabda Nabi SAW maksudnya: Hati orang mukmin berada di antara dua jari dari jari-jari Tuhan yang Pemurah.” Kerana kalau kita periksa hati orang yang mukmin, kita tidak bertemu dengan sebarang jari. Maka ketahuilah bahawa ia adalah kinayah bagi kekuasaan kerana ia lebih difahami tentang kesempurnaan kekuasaan Tuhan.”

Kami juga menyebutkan huraian ini pada tempat lain dalam perbahasan ini dan apa yang kami sebutkan ini sudah memadai. Dengan itu jelas kepada saudara tentang jalan salaf dan khalaf. Dua jalan ini menjadi tempat khilaf yang hebat di kalangan ulama’ ilmu kalam yang terdiri dari pemimpin-pemimpin muslimin. Masing-masing golongan memperkuatkan mazhabnya dengan hujah-hujah dan dalil-dalil. Kalau saudara kaji perkara ini, nescaya saudara akan dapati bahawa jarak khilaf di antara dua golongan tersebut tidak akan menjadi khilaf yang hebat kalau kedua-dua belah pihak meninggalkan sikap melampau dan berlebih-lebih. Juga perbahasan dalam perkara-perkara seumpama ini sekali pun panjang, tidak akan membawa kepada garis penamat melainkan natijah yang satu iaitu menyerahkannya kepada Allah. Kita akan terangkan kepada saudara tentang perkara ini Insya Allah.

Di Antara Salaf Dan Khalaf

Saudara telah tahu bahawa mazhab salaf dalam ayat-ayat dan hadith-hadith sifat ialah berpegang kepada apa yang zahir tanpa menafsir atau mentakwilkannya. Mazhab khalaf pula mentakwilkannya mengikut makna yang sesuai dengan kesucian Allah SWT yang tidak ada bandingan di kalangan makhlukNya.

Saudara juga mengetahui tentang khilaf yang hebat berlaku di antara dua pendapat ini sehingga membawa kepada kata-mengata dengan gelaran asabiyyah. Keterangan lanjut bolehlah dilihat dari perkara-perkara berikut:

Kedua-dua golongan bersepakat bahawa Allah Maha Suci dari sebarang persamaan dengan makhluk.

Kedua-dua belah pihak memutuskan bahawa yang dikehendaki dengan lafaz nas-nas pada zat Allah Taala bukannya zahir sebagaimana yang diistilahkan kepada makhluk. Ini bermakna kedua-dua berpakat di dalam masalah tasybih (perbandingan).

Kedua-dua pihak mengetahui bahawa lafaz itu diistilahkan untuk menerangkan apa yang ada dalam jiwa atau yang berlaku di bawah pancaindera yang bergantung kepada ahli-ahli bahawa dan pencipta istilahnya. Sesungguhnya bahasa sekali pun luas tidak dapat meliputi perkara yang ahli-ahlinya tidak mengetahuinya dengan hakikat sebenarnya. Hakikat yang berhubung dengan zat Allah termasuk di dalam perkara ini. Bahasa lebih dekat pada mendatangkan lafaz-lafaz yang menunjukkan kepada hakikat-hakikat. Menentukan makna bagi lafaz-lafaz ini secara khas adalah satu penipuan.

Apabila perkara ini telah diakui, ertinya salaf dan khalaf telah bersepakat tentang asal takwil dan titik khilaf di antara kedua belah pihak hanya terbatas kepada: Pihak khalaf menambah penentuan makna yang dikehendaki dari lafaz twersebut kerana kemestian menyucikan Tuhan, lebih membawa ke arah penakwilan untuk menjaga aqidah orang awam dari syubhat tasybih (membandingkan Allah dengan sesuatu). Maka sebenarnya ia adalah satu khilaf yang tidak perlu dibesar-besarkan atau dibuat perbalahan.

Tarjih Mazhab Salaf

Kita meyakini bahawa pendapat salaf iaitu diam dan menyerahkan makna itu kepada Allah SWT adalah lebih selamat dan lebih utama diikuti bagi menghapuskan takwil dan ta’til. Jika sekiranya saudara terdiri dari orang-orang yang diberi kebahagian oleh Allah dengan ketenteraman iman dan dilimpahi dadanya dengan kesejukan maka janganlah cari ganti yang lain. Di sudut ini kami yakin bahawa takwil-takwil khalaf tidak boleh dihukumkan ke atas mereka dengan kufur dan fasiq. Pertelingkahan yang panjang di antara mereka dulu dan sekarang adalah tidak perlu kerana ‘dada Islam’ lebih lapang dari itu. Sesungguhnya setengah manusia yang berpegang kuat dengan pendapat salaf pernah beralih kepada takwil di beberapa tempat. Beliau ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Di antara takwil-takwil tersebut ialah pena’wilan beliau di dalam hadith yang bermaksud: “Hajarul Aswad adalah tangan kanan Allah di bumi.”[xvi] dan hadith yang bermaksud: “Hati Mukmin itu berada di antara kedua jari dari jari-jari Tuhan Yang Pemurah”[xvii]. Serta hadith yang bermaksud: “Sesungguhnya aku dapati bahawa diri Tuhan Yang Pemurah dari sebelah kanan.”[xviii].

Sesungguhnya saya dapati pada Imam Nawawi, sesuatu yang boleh mendekatkan jurang khilaf di antara dua pendapat tadi yang tidak meninggalkan peluang untuk berselisih dan bertengkar. Lebih-lebih lagi salaf sendiri mengaitkan keharusan takwil dari segi akal dan syara’ dengan tidak bertentangan dengan mana-mana usul agama.

Ar-Razi di dalam kitabnya Asas At-Taqdis berkata: “Kemudian jika kita haruskan takwil bermakna kita bekerja sukarela dengan menyebut takwil-takwil tadi secara tafsil (terpeinci). Jika kita tidak benarkan pula bermakna kita menyerahkan ilmu tentangnya kepada Allah Taala. Ini adalah kanun am yang dirujuk kepadanya semua perkara mutasyabihat (kesamaran). Bagi Allahlah segala taufiq.

Rumusan Kajian Ini

Salaf dan khalaf bersepakat bahawa yang dikehendaki bukan zhir yang dikenali di kalangan manusia iaitu takwil pada keseluruhannya. Mereka juga bersepakat bahawa setiap takwil yang bertentangan dengan usul syariah tidak harus.

Jadi, khilaf ini hanya terbatas pada takwil lafaz dengan yang harus pada syara’. Ia adalah perkara mudah sebagaimana yang saudara nampak dan adalah yang dipegangi oleh sebahagian salaf. Namun perkara paling penting yang mesti disalurkan tumpuan Muslimin sekarang ialah menyatukan saf, menyatukan kalimah sedaya mungkin. Cukuplah kita dengan Allah, Dialah sebaik-baik wakil[xix].

Semoga dalam rumusan yang baik ini menjadi peringatan kepada orang yang mempunyai hati atau pendengaran dalam keadaan dia menyaksikan.



Artikel ini adalah petikan buku Pandangan Semula Kepada Risalah Ta’alim (Nadzarat fi Risalah At-Ta’lim) oleh Muhammad Abdullah Al-Khatib, terbitan Pusta Media Budi, muka surat 108 - 125


--------------------------------------------------------------------------------

[i] . Setiap kedudukan mempunyai cara percakapan yang sesuai untuknya.

[ii] . Al-Fatawa: 12/237

[iii] . Al-Fatawa: 3/343, 5/266

[iv] . Pemeliharaan dari kesalahan dan dosa.

[v] . Ar-Rahman: 37

[vi] . Al-An’aam: 52

[vii] . Mengatakan Allah berjisim

[viii] . Mengatakan Allah ada bandingan.

[ix] . Taha: 39

[x] . Hud: 37

[xi] . Disebut secara kiasan.

[xii] . Mendakwa makna sebenar kepada sesuatu kerana melebih-lebihkan dalam perbandingan seperti: “saya bertemu singa”. Sedangkan yang dimaksudkan ialah lelaki yang berani dan garang. Sila rujuk ilmu Balaghah.

[xiii] . Tanda atau isyarat.

[xiv] . Az-Zubaidi berkata di dalam Syarah Al-Ihya’ : berkata Al-Iraqi : Hadith ini tidak ada asal di dalam Hadith marfu’ bahkan ia adalah kata-kata Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya. Aku (Az-Zubaidi), menyatakan bahawa Hadith ini juga diriwayatkan oleh Abd Ar-Razzaq secara mauquf dari Abu Hurairah. Di dalam Sahih Muslim dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW melihat kahak di dalam masjid di arah kiblat seraya berkata: “mengapakah salah seorang daripada kamu mengadap Tuhannya lalu dia meludah di hadapannya? Adakah dia suka kalau ada orang mengadapnya lalu orang itu meludah mukanya?”

[xv] . Fathul Bari : 2/214 no. 691

[xvi] Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwiyatkan dan disahihkan oleh Al-Hakim dari hadith Abdullah bin Umar

[xvii] . Diriwayatkan oleh Muslim dari hadith Abdullah bin Umar RA.

[xviii] . Al-Iraqi berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dari Hadith Abu Hurairah di dalam Hadith yang menyebut dengan maksud: “Aku dapati diri Tuhan kamu adalah dari sebelah kanan”. Rijalnya adalah thiqah.

[xix] . Majmu’ Rasa’il – Aqidah : 324

http://free.hostdepartment.com/h/hasriz ... usul10.htm
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Tarjih Mazhab Salaf

Postby asrie on Thu Jun 09, 2005 4:52 pm

assalamualaikum,
Dalam Risalah Ta'lim itu juga disebutkan bahawa Imam Al-Banna mentarjih kan Mazhab Salaf.rujuk m/s 151.Lagipun yang mula-mula ta'wil sifat mutasyabihat ialh mu'tazilah.bahkan Imam Al-Asy'ari sendiri menolak Ta'wil Tafsil ini seperti yang dapat dilihat dalam Al-Ibanah Fi Usuliddiyanah dan Maqalat Al-Islamiyyin wakh tilafil Musollin.
asrie
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 89
Joined: Wed Jun 08, 2005 10:40 pm
Location: penang

akidah

Postby sky on Mon Jul 04, 2005 12:46 am

nak tanya satu soalan.....apa maksud Akidah?
sky
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Sat Jul 02, 2005 12:58 am
Location: klang valley

Aqidah

Postby asrie on Mon Jul 04, 2005 2:25 am

Aqidah:عقيدة berasal daripada perkataan 'aqada:عقد bermakna secara lughahnya menyimpul dan makna masdarnya simpulan atau ikatan.Dalam kamus Al-Marbawi,aqiid:عقيد bermakna yang beraqad.Berdasarkan makna aqada tadi menurut kamus Al-Marbawi,aqidah bermakna:simpulan iman-Kamus Al-Marbawi,juz 2.m/s 36.
Makna aqidah dari segi istilahnya dan inilah yang terpenting,menurut yang diberikan oleh SS Hj.Said Hj Ibrahim dalam kitab beliau Aqidah Ahli sunnah wal jamaah,ialah "Ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan,kerasulan dan perkara samiyyat(ghaib)berdasarkan dalil-dalil yakiniyyahyang 'aqliah dan naqliah yang boleh menghilangkan semua keraguan dalam hati seseorang".-Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah,m/s 9.Manakala ta'rif yang diberikan oleh Dr.Ibrahim Muhammad Al-Buraikan dalam kitab beliau Al-Madkhal li Dirasah Al-Aqidah Al-Islamiyyah 'ala Mazhabi Ahli Sunnah wal Jamaah adalah:"العلم بالأحكام الشرعية العقدية المكتسب من الأدلة اليقينية و رد الشبهات و قوادح الأدلة الخلافية"-Ilmu tentang hukum-hukum syariat dalam bidang i'tiqad(kepercayaan) yang diambil dari dalil-dalil yakiniyyah(mutlak)untuk menolak syubhat dan dalil-dalil khilafiyyah(berlawanan dengan kebenaran) yang cacat.Maka beliau mensyarah ta'rif ini sebagai berikut:
1)Ilmu:Pengetahuan tentang sesuatu sebagaimana adanya ia.
2)Ahkam:Kaidah dan prinsip Aqidah yang diambil daripada dalil-dalil yaqiniyyah syar'iyyah.
3)Adillah:Ertinya petunjuk dan secara istilahnya bermaksud:sesuatu yang jika dikaji secara sahih akan membawa kepada sesuatu pengetahuan informatif.
Dihubungkan perkataan adillah dengan yaqiniyyah(yakin,pasti)kerana aqidah mestilah yaqiniyyah jadi mestilah didasarkan kepada benda yang yakin pula.
4)Menolak syubhat pula adalah dengan dalil-dalil yaqiniyyah tadi sama ada naqal(Al-Quran &Hadis) ataupun 'aqal atau Hissiyah(fizikal) dan Fitroh.
Syubhat pula adalah perkara yang samar-samar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya atau kesalahannya.
5)Qawadih pula adalah sesuatu yang merusak dalil-dalil yang benar tadi.
Sayyid Sabiq pula mendefinisikan aqidah dengan lebih mudah iaitu Perkara yang mengandungi 6 elemen:Beriman kepada Allah,Malaikat,Kitab-kitab samawi,Rasul-rasul dan Nabi-nabi Allah,Hari Akhir dan Qadha' dan Qadar.
Ta'rif yang pertama dan yang kedua lebih masyhur dan lebih terpeinci.Jadi jelaslah sekarang 'aqidah adalah ilmu tentang pokok kepercayaan agama Islam itu.Tanpa aqidah kita akan terlepas dari Islam seperti panah meluru keluar daripada busurnya kerana aqidah adalah simpulan dan ikatan kita dengan Allah dan agamanya Islam.
asrie
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 89
Joined: Wed Jun 08, 2005 10:40 pm
Location: penang

Postby putrasabil on Sat Apr 15, 2006 12:13 am

segala kebaikan pada mazhab salaf
segala kejahatan ( bid`ah) pada mazhab khalaf......................
" Bersama menjejaki Salafusoleh "
putrasabil
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 16
Joined: Fri Apr 14, 2006 10:57 pm
Location: jengka

Postby Syaahil Hamid on Wed Apr 19, 2006 3:31 pm

putrasabil wrote:segala kebaikan pada mazhab salaf
segala kejahatan ( bid`ah) pada mazhab khalaf......................


segala kebaikan berada pada muslim lagi mukmin.
Syaahil Hamid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 170
Joined: Wed Mar 22, 2006 9:22 am
Location: dungun

Postby g@y@t on Wed Apr 19, 2006 5:33 pm

segala kebaikan pada mazhab salaf
segala kejahatan ( bid`ah) pada mazhab khalaf......................


ini satu statement yg melampau dan tidak dapat diterima......semoga kita diampunkan Allah dari segala kesilapan yg sedar dan juga tidak sedar....

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby Syaahil Hamid on Thu Apr 20, 2006 11:51 am

g@y@t wrote:
segala kebaikan pada mazhab salaf
segala kejahatan ( bid`ah) pada mazhab khalaf......................


ini satu statement yg melampau dan tidak dapat diterima......semoga kita diampunkan Allah dari segala kesilapan yg sedar dan juga tidak sedar....

wassalam


Kenyataan tu dah betul Tuan, sebab ahli salaf berada dizaman rasul...penganut2 ahli salaf ni kitalah. Bukan deme...tu. Depa mengaku je, sebab dah tak tahu macam mana nak jadi betul. Jalan mudah mengaku betul...dan nak bagi kemas lagi kata orang lain sesat/bidaah...itu je. Bukannya benarpun. So, saudara jangan susah hati. Allah dan rasul serta as sahabi dan aulia' sentiasa bersama kita...
Syaahil Hamid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 170
Joined: Wed Mar 22, 2006 9:22 am
Location: dungun

Check This Out

Postby air_master on Thu May 11, 2006 12:25 pm

Image
Kadang2 terpikir jugak.. kita dok sibuk bincang macamana itu akidah, tapi bila nk terang kat non-muslim hatta 'Ustaz' sendiri punfail meyakinkan soalan yang terbuku di kepala Non Musllim..

Sibuk bertelagah tentang salaf dan khalaf, jangan pula dakwah kepada non Muslim diabaikan..skarnag cuba buat konklusi mcmana nak terang pada nonMuslim bagi mudah paham

Tri lawat link nie.. 8)
http://www.lamancd.com
air_master
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Thu May 11, 2006 12:13 pm

Betul

Postby asrie on Fri May 26, 2006 9:28 pm

Kenyataan segala kebaikan berada pada mengikut salaf dan segala kejahatan terletak pada bid'ahnya salaf adalah kenyataan yang betul dan masyhur daripada ulama' salaf dan salafiyyah hatta Syeikh Daud Al-Fathani sendiri dalam kitab Al-Jawahirus Saniah menyebutnya pada halaman 37 sedangkan Kitab beliau itu sendiri membicarakan aqidah Asya'irah.Dr.Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah menyebutnya beberapa kali dalam tulisan dan ucapan beliau yang InsyaAllah akan saya bawakan nanti.
asrie
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 89
Joined: Wed Jun 08, 2005 10:40 pm
Location: penang

Re: Betul

Postby gujiks on Fri Jun 23, 2006 9:47 am

asrie wrote:Kenyataan segala kebaikan berada pada mengikut salaf dan segala kejahatan terletak pada bid'ahnya salaf adalah kenyataan yang betul dan masyhur daripada ulama' salaf dan salafiyyah hatta Syeikh Daud Al-Fathani sendiri dalam kitab Al-Jawahirus Saniah menyebutnya pada halaman 37 sedangkan Kitab beliau itu sendiri membicarakan aqidah Asya'irah.Dr.Yusuf Al-Qardhawi sendiri pernah menyebutnya beberapa kali dalam tulisan dan ucapan beliau yang InsyaAllah akan saya bawakan nanti.


jika dpt sila dtgkan perenggan asal dari petikan tersebut ... baru la diterjemahkan dibawahnya .....
gujiks
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 34
Joined: Sun Aug 21, 2005 11:40 pm
Location: Tanah Melayu

Postby gujiks on Fri Jun 23, 2006 9:54 am

putrasabil wrote:segala kebaikan pada mazhab salaf
segala kejahatan ( bid`ah) pada mazhab khalaf......................


berhati2 bila menulis .... dinamakan golongan khalaf ini adalah 3oo tahun selepas kewafatan nabi s.a.w .... di sisi meraka barisan para ulama sehingga kehari ini .... kalimah bid`ah tidak pernah dinukilkan pada zaman kegemilangan salaf yg ditujukan sesama muslim ... kecuali pada golongan muktazilah dan syiah yg bermain dalam bid`ah berakidah .... dan kebykkan perbincangan pada keduanya tidak dihukumkan kafir .... kecuali segelintir ......

berbeza semenjak Allah mengangkat ramai org berilmu kelangit . ... yg membidah dan mengkafirkan sesama muslim dengan bergitu mudah dan semudah gerakan bibir atas dan bawah ......
gujiks
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 34
Joined: Sun Aug 21, 2005 11:40 pm
Location: Tanah Melayu

Postby fikrah_islami on Mon Aug 28, 2006 9:44 pm

assalamu'alaikum.. :)

mencari nur hidayah..dengan minda yang terbuka.

FAHAMAN AL-TABDI’ MENGANCAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Posted on Tuesday, June 20 @ 20:32:38 MYT by al-kausar

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan pelbagai pihak mendakwa diri mereka sebagai golongan Ahli Sunnah wal Jamaah semakin menjadi-jadi. Mereka mendakwa hanya aliran mereka satu-satunya yang benar dan terselamat. Bahkan tanpa segan silu menuduh golongan yang lain sebagai sesat dan menyeleweng. Ekoran itu, berlakulah tuduh-menuduh, sesat-menyesat dan kafir-mengkafir sesama muslim. Situasi ini sekaligus menjadikan masyarakat kita bertambah keliru. Ia sedikit sebanyak memberi ancaman terhadap pegangan murni kita selama ini.

Sebenarnya, fahaman ini telah dikaji, diteliti dan diperhati sudah sekian lama. Keberhasilan kajian antara pro dan kontra sebenarnya sudah diperolehi. Namun kedudukannya secara jelas belum dimuktamadkan pemerintah. Lantaran itu, isu-isu perpecahan ummat yang berasaskan kepada kepelbagaian fahaman seringkali mencuit hati kita.

Asal-usul :

Fahaman ini dikatakan berasal dari fahaman al-Salafiyyin. Iaitu golongan yang bersikap fanatik terhadap fahaman Muhammad Abd Wahab dan pengikut-pengikutnya. Sebenarnya golongan ini telah lama wujud di Negara kita semenjak 1900 tahun dahulu.

Ia dikenali dengan fahaman Kaum Muda dibawah pimpinan Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki. Golongan ini tidak bertaklid kepada mana-mana mazhab yang muktabar. (sila lihat Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-14 bersidang pada 22-23 Okt 2006)

Fahaman ini mula berkembang ke seluruh tanahair khususnya di Kuala Pilah pada tahun 1939 dibawah pimpinan Us Hashim Abd Ghani dengan gelaran fahaman Ittiba’ al-Sunnah. Golongan ini mendakwa hanya berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja. (sila lihat Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-14 bersidang pada 22-23 Okt 2006) Kini fahaman ini semakin menular dan berkembang-biak di pusat-pusat pengajian tinggi.

Golongan professional juga tidak ketinggalan mudah terpengaruh dengannya. Ia mudah diterima kerana cara pengamalannya yang dikatakan senang dan ringkas. Namun, dalam beberapa kes mereka bertindak agresif terhadap pegangan dan amalan kebiasaan masyarakat seperti wirid, berdoa beramai-ramai, melakukan qunut, menyapu muka selepas solat, bertahlil, membaca Yasin/al-Kahfi malam jumaat, solat hajat dan lain-lain.

Amat menyedihkan bila sesetengah pihak menganggap talqin yang dibacakan Imam Besar Masjid Putra semasa pengebumian Allahyarhamah Datin Seri Indon itu sebagai satu bid’ah yang sesat. Demikian juga halnya talqin yang dibacakan pada hari pengebumian Allahyarham Tun Ghaffar Baba.

Golongan ini mendakwa pembacanya layak dihumban ke dalam neraka kerana telah melakukan sesuatu yang tidak diajar Rasulullah. Selain itu, mereka juga berpendapat pahala bacaan ayat suci al-Qur’an tidak sampai kepada arwah. Malah amalan ini disamakan dengan budaya hindu.

Bagi majoriti umat Islam di Malaysia, kita menerima pakai amalan ini kerana ia mempunyai dalil, diamalkan oleh para alim ulamak kita dan telah diputuskan oleh fatwa negeri-negeri. Maka usaha untuk mempertahankan pegangan dan fahaman ini dilakukan.

Justeru, berlakulah pertentangan antara kedua golongan ini. Lalu masyarakat menjadi mangsa. Maka, diharapkan semua pihak mampu memberi perhatian terhadap permasalahan ini. Sekaligus mengambil inisiatif terhadap langkah-langkah pencegahan yang berkesan.

Methodologi fahaman al-Tabdi’ :

Hasil kajian terhadap buku-buku, majalah, ceramah, seminar, forum dan CD yang dikeluarkan golongan ini didapati mereka menyebarkan fahaman seperti berikut :

1) Mengetengahkan isu kafir-mengkafir

2) Mempromosi ayat mutasyabihat secara meluas

3) Mendasari salah faham terhadap bid’ah

4) Menyerang golongan tasawuf/tarekat

5) Menyuburkan fahaman memvisualisasikan Tuhan

6) Menentang fatwa Kebangsaan dan negeri-negeri

7) Mempunyai fahaman yang keras dan ekstrem

8 )Menolak pegangan imam mazhab

Kedudukan : Isu fahaman ini sebenarnya telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Okt 1985.

Namun kuasa menentukan status fahaman ini tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan negeri untuk memfatwakannya.

Oleh itu, amatlah wajar fatwa mengenai fahaman ini diputuskan. Usaha ini sedikit sebanyak mampu meleraikan permasalahan yang berlaku. Semoga usaha pembangunan insan dan tamadun tidak terganggu dengan fahaman rigid golongan ini.

Oleh : Hj Zamihan al-Ghari,
Pen.Pengarah Dakwah,
JAKIM, Putrajaya


sumber: http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1154#26596


..adakah dengan sikap mereka, Islam menjadi tinggi..????
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1912
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby g@y@t on Wed Aug 30, 2006 8:41 am

salam,

ust zamihan seorang ulama' yg lantang menentang aliran salafiyyin. Namun setiap pendpatnya pasti ada yg menyanggahnya kembali. Saya tidak mengatakan beliau salah atau betul. Kami kita menilai kedua2 belah dgn adil. WA.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby fikrah_islami on Wed Aug 30, 2006 1:59 pm

g@y@t wrote:salam,

ust zamihan seorang ulama' yg lantang menentang aliran salafiyyin. Namun setiap pendpatnya pasti ada yg menyanggahnya kembali. Saya tidak mengatakan beliau salah atau betul. Kami kita menilai kedua2 belah dgn adil. WA.


assalamu'alaikum.. :)

AlhamdulilLah, ana setuju dengan gayat.. kita perlu menilai kedua2 belah
pihak. Ana mengikuti pembentangan Ustaz Zamihan di "seminar pengajian
bersanad dan sains Islam" tempoh hari dan ana merasakan kedua2 belah pihak
perlu membuka minda untuk mencari titik2 persamaan..

..sekiranya sikap keras dengan pandangan masing2 tanpa mahu mengambilkira
pandangan golongan lain..maka, kesatuan sukar diwujudkan..

seminar yang akan diadakan 2-3 September inie adalah antara langkah2 yang
diambil untuk menjernihkan pemikiran ummat tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah..

..sesiapa yang berminat, sila hubungi segera pihak urusetia seminar..


From: yasofa


Assalamu alaikum wr. wb.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin..

Insha Allah...

Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Pemikiran Islam.

Tempat : Dewan Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa : Kampus Gombak.

Masa : 2 - 3 September 2006 ( SABTU dan AHAD )

Penganjur : Anjuran Bersama Unit Pentadbiran Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA dan YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

Peserta : Terbuka kepada semua terutama kepada pelajar IPTA/IPTS

Yuran Penyertaan : RM 100.00 - Awam
RM 50.00 - Pelajar (termasuk makan minum, buku kertaskerja ( 8 kertas ), fail dan alatulis.)

Penyertaan : 500 yang pertama

Pembentang Kertas Kerja :

Insha Allah, seramai Lapan ( 8 ) orang Pembentang akan memberikan kertaskerja masing-masing. Kesemua 8 orang ini adalah ulama besar dan tokoh-tokoh terkemuka dari negara-negara Timur Tengah.

Tarikh Tutup Seminar ini adalah pada 30 Ogos 2006

Sila daftarkan diri anda dengan segera. tempat adalah terhad. First Come First Serve.

Untuk keterangan / booking :

Tuan Imam Haji Mohd Farid : 019 384 2032
Tuan Haji Solahuddin Azraie : 012 686 7315
Ustaz Muhammad Hanif : 019 663 7785
Ainul Amriz Utusan : 019 227 9226.

juga sila hubungi:

03-6196 5905 / 6196 5904 (En.Shahrul / Pn.Azah)
Faks:603-6196 5024

Jangan Lepaskan peluang ini.

Wassalam...

-------------------------------------------------

Pakej Seminar:
Seminar 2 hari, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang, Kertas kerja Seminar dan Sijil Penyertaan

Peginapan:
Tidak disediakan

Bahasa Pengantar:
Bahasa pengantar dalam Bahasa Arab dan terjemahan kertas kerja dalam Bahasa Melayu

-------------------------------------------------------------------------

Latarbelakang

Perpaduan ummah dan pemikiran Islam yang murni merupakan salah satu daripada aset penting bagi menjamin kebahagiaan setiap individu dan kesejahteraan umat sejagat. Walau bagaimanapun, kemurniaan pemikiran Islam ini telah semakin pudar dan ternoda dengan meresapnya pelbagai fahaman yang bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dan seterusnya menggugat perpaduan ummah.

Seminar Perpaduan Ummah dan Pemurnian Pemikiran Islam 2006 akan mengupas permasalahan berkaitan perpaduan ummah serta pemikiran Islam bagi menghilangkan kekeliruan yang wujud di kalangan umat Islam masa kini serta kembali kepada pemahaman dan pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah selaras dengan pemahaman yang diwarisi dari ulama' muktabar dan yang disepakati.


Objektif:

Menyediakan ruang bagi ulama dan cendekiawan untuk membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam
Mendedah dan mentashih kembali pemikiran dan pemahaman Ahli Sunnah wal Jamaah selaras dengan pemahaman yang diwarisi dari ulama muktabar
Memastikan pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah tetapi suci, tidak bercampur dengan sebarang keraguan dan berasaskan dari sumber yang betul
Mendedahkan penyelewangan pemikiran dan pemahaman yang berlaku secara disedari atau tidak disedari dalam masyarakat
Mengenal pasti langkah bagi meletakkan kembali kesucian dan kemurnian pemikiran Ahli Sunnah wal Jamaah di kalangan umat Islam

Kumpulan Sasar:
Pensyarah-pensyarah, Mahasiswa/i dan Para Pelajar di Universiti/Kolej, Institusi Pengajian Tinggi/Awam dan Swasta di Malaysia
Semua Pengetua Madrasah/ Pondok, Para Pendakwah Bebas, NGO, Kumpulan Anti Hadith, Kumpulan Salafi/ Wahabi/ Tajdid/ Reformis, Kaum Tua dan Kaum Muda, Kumpulan Liberal, Kumpulan Ajaran Sesat, Kumpulan dan Individu yang berminat.

-----------------------------------------

Insha Allah.. berikut adalah penceramah-penceramah yang akan membentangkan kertas kerja (kemungkinan ada pindaan pada list penceramah yang dapat hadir)

Aturcara Seminar
Hari Pertama: 2 September 2006 (Sabtu)


8 pagi - Pendaftaran peserta & Minum Pagi

9 pagi - Majlis Perasmian Pembukaan
------------ oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Seri Sanusi bin Junid
------------ Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

10 pagi - Kertas Kerja 1
-------------Salafi Dulu dan Kini Serta Implikasinya Terhadap Perpecahan Ummah
-------------oleh Al 'Allamah Syeikh Saeed Abdel Latif Mahmoud Faudah
-------------Tokoh Ulama Jordan

11 pagi - Jamuan Ringan

11:30 pagi - Kertas Kerja 2
-------------Pentashihan Hadith Tawassul dan Ziarah
-------------oleh Al 'Allamah al Muhaddith
-------------Syeikh Mahmoud Said Mamduoh
-------------Penyelidik, Pusat Penyelidikan Islam, Dubai

12:30 tgh - Makan Tengahari / Solat Zuhur

2:30 petang - Kertas Kerja 3
-------------Perbahasan Tentang Hadith Jariah
-------------oleh Al 'Allamah Syeikh Ahmed Mohktar al Sellami
-------------Mantan Mufti Tunisia

3:30 petang - Kertas Kerja 4
-------------Pandangan al 'Asya'irah dan al Maturidiah Terhadap Konsep al Tafwidh dan al Takwil
-------------oleh al 'Allamah Mohamed Ibrahim Abdel Baes
------------- Ahmad Ghonim al Khatani
-------------Tokoh Ulama' Hadith Mesir

4:30 petang - Minum petang / Solat Asar / Bersurai

Hari Kedua: 3 September 2006 (Ahad)

8 pagi - Minum pagi

9 pagi - Kertas Kerja 5
-------------Pemahaman Tentang Hadith-hadith Mutasyabihat
-------------oleh Prof.Dr.Farouk Hamada
-------------Profesor Jabatan Hadith
-------------Universiti Muhammad V, Moroko

10 pagi - Kertas Kerja 6
-------------Kebatilan Pembahagian Tauhid kepada 3 Bahagian
-------------Prof.Dr.Omar Abdullah Kamel
-------------Tokoh Ulama Arab Saudi

11 pagi - Jamuan Ringan

11:30 pagi - Kertas Kerja 7
-------------Kaedah Usul: Al Tarku La Yuntaju Hukman
------------Perkara Yang Tidak dilakukan oleh RasuluLlah SAW
------------Tidak Menatijahkan Suatu Hukuman
-------------oleh al 'Allamah Syeikh Abdullah Farraj al Sharif
-------------Tokoh Ulama' Arab Saudi

12:30 tgh - Makan Tengahari / Solat Zuhur

2 petang - Kertas Kerja 8
-------------Hukum hakam Kubur
-------------oleh al 'Allamah Syeikh Osama el Sayed
------------------ Mahmoud Muhamed Saad
--------------Pensyarah, Universiti al Azhar, Mesir

3 petang - Sidang Pleno

4 petang - Pembentangan dan Penyerahan Resolusi Seminar

5 petang - Majlis Penutup
-----oleh Y.Bhg al Fadhil Ustaz Hamidon bin Abdul Hamid
-----------Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni
-----------Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia

5:30 petang - Bersurai

Nota:Program Seminat tertakluk kepada pindaan



syukran..
Last edited by fikrah_islami on Wed Aug 30, 2006 2:01 pm, edited 1 time in total.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1912
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby g@y@t on Sun Sep 03, 2006 8:15 am

alhamdulillah kertas kerja seminar di atas, ana dah dpt dr seorang shbt yg menghadiri seminar di kuantan...

cumanya ana kurang setuju jika dikatakan seminar ini utk menjernihkan keadaan dengan erti kata mencari satu titik pertemuan. Khususnya dalam beberapa topik pembentangan di atas spt kesesatan pembhgn kpd 3 tauhid. sedangkan pembahagian ini telah diterima umat islam seluruhnya dan dibhskan oleh para ulama' muktabar. Kalau benarlah ia satu kesesatan, TG Abd Hadi tergolong dalam org yg sesat krn membhskannya dalam kitab aqidah beliau. Oleh itu, ana merasakan ia lebih mengkelam-kelibutkan keadaan. Yg menjadi mangsanya orang awam juga. WA.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Pandangan peguam mazhab syafie

Postby arabpeguam on Mon Dec 04, 2006 3:05 pm

g@y@t wrote:
segala kebaikan pada mazhab salaf
segala kejahatan ( bid`ah) pada mazhab khalaf......................


ini satu statement yg melampau dan tidak dapat diterima......semoga kita diampunkan Allah dari segala kesilapan yg sedar dan juga tidak sedar....

wassalam



Assalamulaikum. ini adalah stetement manusia bercakap tanpa ilmu. beribu-ribu ulama berpegang kepada jalan takwil dan bukan takwil. kalu macam tu, dah beribu-ribu ulama sudah sesat dan masuk neraka. ini adalah hujah golongan penyamar atau celup wahabi.
arabpeguam
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 25
Joined: Fri Dec 01, 2006 5:32 pm


Return to Bicara Aqidah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest