Apa pandangan sahabat/biah tentang ilmu kasyaf

Untuk apa-apa bicara berkaitan aqidah Islam.
Pengendali :: g@y@t

Postby amrizal on Mon Oct 09, 2006 10:05 am

al-afif wrote:Salam :D

eeemmmph.
mana cerita tajuk asal?
dah tak minat dengan tajuk ke?

ana ....... :matabulat:



Orang lain dah bagi hint dah.. ni asyik dengan angan2 sendiri..
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah memudahkannya jalan menuju syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
User avatar
amrizal
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 289
Joined: Tue Mar 28, 2006 5:13 pm
Location: bumi Allah nan Indah

Postby al-afif on Mon Oct 09, 2006 10:46 am

Salam :D

Qaaf, 16:
(terjemahan)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."
ilmu dicari
al-afif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 507
Joined: Thu Aug 10, 2006 5:16 pm
Location: kl

Postby Abdul Rahman on Mon Oct 09, 2006 10:59 am

al-afif wrote:Salam :D

Qaaf, 16:
(terjemahan)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."


pada ayat diatas pun kedapatan ilmu kasyaf..
hanya yg mengenali akan diberi KENAL..
hanya yg KENAL akan diberi TAHU..
yg KENAL dan diberiTAHU ahan mengeTAHUI..
mengeTAHUi tentang ilmu kasyaf..
kasyafnya dimana..
kasyafnya pada apa..
kasyafnya utk apa..
kasyafnya sebab apa..
dan..
siapa yg kasyaf?..
Huddan + Baiyinat + Furqan = Quran!
Abdul Rahman
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 616
Joined: Fri Jun 23, 2006 2:04 am
Location: Tanah Melayu

Postby amrizal on Mon Oct 09, 2006 11:05 am

Abdul Rahman wrote:
al-afif wrote:Salam :D

Qaaf, 16:
(terjemahan)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya."


pada ayat diatas pun kedapatan ilmu kasyaf..
hanya yg mengenali akan diberi KENAL..
hanya yg KENAL akan diberi TAHU..
yg KENAL dan diberiTAHU ahan mengeTAHUI..
mengeTAHUi tentang ilmu kasyaf..
kasyafnya dimana..
kasyafnya pada apa..
kasyafnya utk apa..
kasyafnya sebab apa..
dan..
siapa yg kasyaf?..


Ni terjemah ikut sendiri ker ape?
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah memudahkannya jalan menuju syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
User avatar
amrizal
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 289
Joined: Tue Mar 28, 2006 5:13 pm
Location: bumi Allah nan Indah

Postby al-afif on Mon Oct 09, 2006 11:09 am

Salam :D

Al Qashash, 69.
(terjemahan)
"Dan Tuhan mengetahui apa yang disembunyikan (dalam) dada mereka dan apa yang mereka nyatakan."
ilmu dicari
al-afif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 507
Joined: Thu Aug 10, 2006 5:16 pm
Location: kl

Postby melayu on Wed Nov 01, 2006 11:15 am

hadirnya sang IBLIS cuba menganggu perjalanan... MAMPU kah IBLIS itu?
apa kah kekuatan untuk menentang sang IBLIS yang merupa?

:gelak:
yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan....
kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..
User avatar
melayu
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7116
Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm

Postby Abdul Rahman on Wed Nov 01, 2006 5:01 pm

katanya p.ramlee..
'kang aku tembak dgn senapang gajah baru tau'.. :gelak:
Huddan + Baiyinat + Furqan = Quran!
Abdul Rahman
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 616
Joined: Fri Jun 23, 2006 2:04 am
Location: Tanah Melayu

Postby melayu on Sat Nov 04, 2006 1:24 am

Alhamdulillah..
GHAIB gitu je ye?
HEBAT.....

:gelak:
yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan....
kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..
User avatar
melayu
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7116
Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm

Postby Pujangga Sufi on Tue Nov 21, 2006 4:09 pm

Firman Allah ;

Barangsiapa yang buta di dunia , maka di akhirat ianya buta dan bertambah sesat lagi. ( Surah Al Israq )

Manusia hari ini rata-rata mempunyai mata, akan tetapi Allah berkias dan memberikan satu perumpamaan dengan mengatakan mereka buta
kerana sangka manusia mereka mampu melihat dan berkeupayaan melihat hanya dengan mata kepala sahaja
dan mereka tidak mengetahui ,terlalai dan terlupa ada lagi satu mata yang dipanggil mata hati

Jika manusia mempunyai sedikit rasa dan terpanggil dengan firman Allah di atas, maka dia akan cuba muhasabah, menganalisa diri sendiri, adakah dia termasuk dalam golongan yang buta dan cuba mencari satu ubat atau penawar untuk menyembuhkan dia supaya menjadi celik.
Kerana orang buta itu pasti akan sesat kerana tidak nampak jalan yang sepatutnya dituju didunia dan diakhirat.

Firman Allah ;

Hati itu tidak berdusta akan apa yang dilihatnya.( S.An-Najm 11).

"Kerana bukan lah sebenarnya yg buta itu mata, tetapi yg buta itu adalah
hati yg berada didalam dada" ( S. Al hajj 46 ).


Firman Allah : " Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui"

" Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang celik"

Cuba lihat kisah Saidina Usman yang kasyaf melihat zina mata pada seorang sahabat .

Anas bin Malik r.a menceritakan:
"Semasa aku masuk menemui Othman bin Affan r.a aku bertemu seorang wanita dalam perjalanan, lalu aku sempat mengerling memandangnya dan tertarik kepada kecantikannya. Lalu semasa aku menemuinya Othman berkata kepadaku: "Seorang dari kamu menemuiku sedangkan kesan zina kelihatan pada kedua matanya". Adakah engkau mengetahui bahawa zina mata itu ialah memandang? Hendaklah kamu bertaubat atau aku akan mengenakan hukuman takzir. Lalu akupun bertanya? Adakah lagi wahyu (kepadamu) selepas Nabi? Maka Othman menjawab: "Tidak, tetapi (dengan pandangan) basirah hati burhan dan firasat yang benar".


Hadis rasulullah SAW: “Takutilah akan firasat orang mukmin, bahawasanya orang-orang mukmin itu melihat dengan Nur Allah”. – Riwayat al-Bukhari dalam at-Tarikh al-Kabiir; at-Tirmizi dalan as-Sunan - dari Said al-Khudri r.a – Rujukan: Mukhtarul Ahadith an-Nabawiah oleh Sayyid Ahmad al-Hashimi

Mampu melihat dan memandang dengan mata hati inilah dipanggil kasyaf. Mereka melihat dengan di pandu dan dipimpin
dengan Nur Allah, cahaya Allaha
Ianya terbentuk dan lahir dengan kebersihan, kesucian , keluhuran hati nurani natijah dari mujahadah dan proses penyucian
hati mereka.
Jika hati itu gelap dan penuh dengan karat-karat dosa dan sifat-sifat mazmumah . Itulah yang menyebabkan hati
terdinding dari kasyaf dan tidak dapat menilai akan sesuatu kebenaran itu.

Bila hati gelap dan terdinding maka jadilah pendakwaan ilmu kasyaf itu kesesatan semata-mata.
Kerana mereka tidak mengalami dan merasainya.
Maha suci Allah dari segala dakwaan yang tidak berlandaskan kebenaran.


Hadis nabi SAW yang bermaksud, “Dalam diri anak Adam ada segumpal daging apabila baik maka baiklah seluruh badan, apabila jahat maka rosaklah seluruh badan, itulah hati”. – Hadith riwayat al-Bukhari dan Imam Muslim dalam sepotong hadith tentang perkara syubhat dari Abu Abdullah Nu’man bin Basyir r.a
.

Sebab itulah hati kena disucikan dan dibersihkan dengan proses mujahadah yang konsisten dan berterusan.


Wallahu A'lam
Pujangga Sufi
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 44
Joined: Mon Aug 09, 2004 2:55 pm
Location: Allah

Ilmu Ladunni + Ilmu Kasyaf

Postby cahaya_fisabilillah on Wed Nov 22, 2006 9:56 am

Tumpang tanya, Maksud kasyaf apa yek? ghaib ke? Ada beza dengan pandangan kasyaf ke? :matabulat:
_______________________________________________________________________________________

Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.


Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW, beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga kasyaf.


(sumber: http://www.darulnuman.com/soal/urut22.html#212)

Kasyaf memberi seseorang itu banyak kebolehan antaranya satunya adalah pandangan kasyaf atau pandangan balik dinding. Mengapa digelar pandangan balik dinding? Ini adalah kerana seseorang itu dpt melihat sesuatu yg tiada depan mata yg bukan masanya menggunakan hati+akal sama ada benar atau tidak tetapi mendatangkan kebaikan cthnya melihat kasih Allah s.w.t dan kemuliaan Baginda Rasulullah s.a.w.

Kasyaf terjadi apabila seseorang itu mendpt ilmu ladunni tentang perkara ini ya'ni tidak perlu dituntut atau dibaca. Selalunya diperolehi oleh golongan Muhaddisin seperti Umar r.a, Ibn Abbas, Imam al-Ghazali dan lain-lain semasa zaman Rasulullah. Selain itu antaranya adalah dpt melihat hati org lain, mempunyai firasat yg hebat, mengetahui rahsia al-Quran dan lain-lain. (sumber: pustaka nasional oleh Imam al-Ghazali -Keajaiban hati)

Wallahu a'lam.. :kenyit:
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby Pujangga Sufi on Thu Nov 23, 2006 11:33 am

Saya lanjutkan lagi perbicaraan dan pandangan saya tentang kasyaf berdasarkan neraca Al Quran dan sunnah.

Nabi bersabda :" Jikalau tidaklah syaithan-syaithan itu mengelilingi hati anak adam ( manusia ), niscaya mereka dapat
memandang ke alam malakut yang tinggi ." ( Hadis diriwayatkan Ahmad dari Abu Hurairah ).

Hadis ini menunjukkan jika manusia sudah suci,bersih jiwanya, luhur hatinya mampu memandang ke alam malakut yang tinggi.
Inilah yang dinamakan kasyaf iaitu pandangan di sebalik dinding dimana hijab telah terangkat natijah dari jiwa yang
bersih suci dan luhur. Dapat memandang kerana sudah tiada lagi syaithan yang bertapak di hati anak adam itu

Sesungguhnya syaithan-syaithan itu mengelilingi hati, apabila hati itu dipenuhi dengan sifat -sifat tercela. Sesungguhnya
sifat-sifat tercela itu tempat duduk dan penguasaan syaithan bersama bala tenteranya.
Insan yang berjaya membersihkan hatinya dari sifat -sifat tercela dan memurnikannya, syaithan tidak dapat berkeliling
dan menguasai hatinya.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah syams ayat 9 - 10:

" beruntung mereka yang mensucikan jiwa mereka dan merugilah mereka yang mengotori jiwa mereka".

Firman Allah lagi surah Al Hijr ayat 40 :

" kecuali dari hamba engkau yang ikhlas ( Mukhlis ) di antara mereka "

Firman Allah lagi dalam surah Al Hijr ayat 42 ;

" Sesungguhnya hamba-hambaku , tiadalah engkau berkuasa di atas mereka ".

Akan tetapi jika hati penuh dengan kotoran, karat-karat dosa , sifat -sifat tercela dan penyakit-penyakit mazmumah, maka bersaranglah hatinya
dengan syaithan-syaithan yang menghalangnya dirinya kasyaf iaitu dapat memandang alam ketuhanan yang lebih tinggi.

Ilmu mukasyafah iaitu ilmu pembukaan merupakan pakaian Nabi Muhammad, para sahabat, para Wali Allah dan para
Arifbillah. Mereka ini semua kekasih Allah yang dianugerahkan kebolehan memandang diluar batasan manusia biasa.

Jika kita tidak dapat memperolehi anugerah yang sedemikian rupa, janganlah kita terus membuat kesimpulan ilmu mukasyafah
ini adalah sesat semata-mata atas sebab kita tak mengalaminya dan kedangkalan ilmu kita sendiri.
Timbulnya dakwaan kasyaf ini sesat semata-mata kerana kejahilan mereka sendiri dalam mendalami bidang tasauf atau bidang
kerohanian dan hati-hati mereka berpenyakit dan mereka masih tidak sedar hingga sekarang.
Mereka lupa hati-hati itu perlu dibersihkan dan disucikan untuk kembali kepada Allah.

Mengatakan kasyaf itu sesat, dusta dan pembohongan semata-mata seolah-olah mengatakan Nabi , para sahabat, para wali dan arifbillah itu
sesat , dusta dan berbohong semata-mata juga. Dan tuduhan dan dakwaan ini adalah amat berat kerana yang dituduh itu semuanya
kekasih Allah.

Allah memberi amaran keras dalam hadis qudsi, nabi bersabda :

" Barangsiapa yang memusuhi para waliku, maka aku akan istiharkan perang dengan mereka ".

Perang yang dimaksudkan disini bukan perang yang kita fahami atas maksud zahiriah.
Akan tetapi perang yang di maksudkan disini iaitu mereka itu akan terus jauh dan terdinding dengan rahmat, hidayah,pertolongan
petunjuk dan kasih sayang Allah. Hati mereka akan terdinding dan terus terhijab .
Bila Allah sudah mengistiharkan perang siapa lagi dikalangan makhluk yang sanggup menolong dan melawan Allah
yang Maha gagah perkasa.

Nasihat saya mereka yang menuduh dan mendakwa ilmu mukasyafah itu sesat, dusta dan bohong semata-mata, bertaubatlah dan
kembali ke pangkal jalan. Kembalilah kepada Allah yang Maha Esa.

Manusia itu selalu bermusuh dengan apa yang tidak diketahuinya, apa yang tidak difahami, apa yang tidak
dilihat dan dipandangnya . Manusia itu juga sentiasa bermusuh dengan kejahilan diri mereka sendiri.


Wallahu A'lam
Pujangga Sufi
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 44
Joined: Mon Aug 09, 2004 2:55 pm
Location: Allah

Postby cahaya_fisabilillah on Fri Nov 24, 2006 12:47 pm

Firman Allah,

"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah mendapatkan petunjuk-Nya, maka Allah akan membuka hati orang itu kpd Islam" (al-An'am:125)


Inilah dimaksudkan akan darjat Iman atau mendapat Nur-Illahi, setiap kali Mendapat Nur-Illahi, setiap itulah darjat seseorang itu bertambah. Benar, kejelasan dan keimanan terhadap Allah itu mempunyai 3 peringkat.

tingkat pertama: Ialah iman orang awam(orang kebanyakan tidak banyak berilmu). itulah iman taqlid semata-mata.

Tingkat kedua: Ialah iman orang yg ahli ilmu kalam atau mutakallimin(ahli theologie)

tingkat ketiga:Ialah iman orang2 ma'rifat, yaitu iman yg membuktikan (adanya Allah) dgn nurul-yaqin. Inilah iman para Mufarridun(mereka yg membersihkan hati sehingga putih seperti kain putih), inilah iman para syuhada, waliyullah.

Firman Allah,
"Orang yg berjuang utk Kami akan Kami tunjuk mereka itu kpd jalan Kami"(al-Ankabut:29)

Lagi,
"Barang siapa yg takut kpd Allah, maka Allah akan menjadikan utknya jalan keluar"(at-Talaq:2)


Sabda Rasulullah,
" Takutlah kpd firasat org mukmin, bahawasanya org mukmin itu melihat dgn nur Allah"

Sabda Rasulullah,
"Dalam hati itu ada 2 langkah: 1 langkah daripada malaikat yg berupa menjanjikan kebaikan, membenarkan yg haq; maka barangsiapa yg menemukan sifat demikian. hendaklah ia tahu bahawa itu drp Allah yang Maha Suci dan hendaklah ia memuji kpd-Nya. 2 langkah drp lawan(syaitan) yg berupa ancaman dgn kejahatan, mendustakan yg haq dan melarang perbuatan baik. Barangsiapa yg mendapati hal demikian, hendaklah ia mohon perlindungan Allah drp syaitan yg dijauhkan rahmat. Kemudian ia membaca firman Allah s.w.t, "Syaitan itu mengancam kamu sekalian dgn kemiskinan dan menyuruh kamu sekalian dgn perbuatan jahat".


Hanya, kedua itu adalah 2 perhatian drp Allah dan perhatian drp musuh. Ianya bagai ditarik-tarik antara 2 perhatian itu.

Sabda Rasulullah,
"Hati org mukmin itu berada di antara 2 jari Tuhan(Allah) yang Maha Pemurah".

maksud 2 jari Allah bukan bermakna Allah mempunyai jari yg terdiri drp tulang, darah dan otot, tetapi ianya membawa maksud Allah itu boleh dan berkuasa utk membolak balikkan hati hamba-Nya seperti mana anda membolak balikkan jari anda. Hati menurut fitrahbya sesuai utk menampung pengaruh malaikat dan syaitan dgn sesuan antara satu sama lain (50/50). hanya yg menyebabkan ianya melebihi satu yg lain disebabkan nafsu dan amarah. dan apabila manusia menetang nafsu dan amrah, ianya kan menaikkan sifat malaikat itu pula.

Nabi bersabda :
" Jikalau tidaklah syaithan-syaithan itu mengelilingi hati anak adam ( manusia ), niscaya mereka dapat
memandang ke alam malakut yang tinggi ." ( Hadis diriwayatkan Ahmad dari Abu Hurairah ).


sebab perihal itulah yg menyebab kasyaf terbuka kerana adanya sifat malaikat di dalm hati. Ada pintu antara dunia fana dan alam malakut(saya tak jumpa namanya, akan diproses lagi) seperti mana Nabi Sulaiman membuka hatinya ya'ni dpt melihat perkara ghaib.

wallahu a'lam.. :D
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby awang bin ali on Fri Nov 24, 2006 2:39 pm

mm kita tulis kita sendiri pun tak faham..elok gak sekali sekala baca balik dan fahamkan...ataupun kerana cut n paste, jadi hanya sepintas lalu dan rasa2nya sesuai..lalu tak trfikir.

Dah ditulis diatas..bahwa iman ada brperingkat2. So jika mereka kata kashaf ni hanya khayalan dan penipuan semata2, benarlah pada iman tahap org yg menulis tu, so brlapang dadalah..

Org belajar math sampai tingkatan lima, dia belajau ada 3 dimensi je..yg belajau advance math lak kabau ada 5 dimensi..ada tuan2 prof lak kata ada 32 dimensi..

Mat2 yg belajau setakat SPM ni kata pada mat2 yg belajau advance math ni kelentong je..dan mat2 yg belajau advance ni lak kata kat puak2 prof ni semua kelentong je atau mengarut je.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby cahaya_fisabilillah on Mon Dec 04, 2006 8:56 am

Hati org kafir itu seperti di dalam laut yg gelap mempunyai ombak yg tebal dan diatas ombak itu ada ombak yg lain di bawah awan yg hitam pekat.

Jikalau ada golongan mereka yg tidak dianugerahkan ilmu tentangnya, nescaya mereka tidak akan tahu. Antara yg pintar itu ada yg lebih pintar drpnya akan sesuatu yg lain. bukans emua hati boleh menerima sesuatu. Biarlah ianya menjadi petunjuk kpd mereka yg melihat dgn sepasang mata yg didalamnya bukan dgn mata yg diluarnya ya'ni mereka yg beriman.

Firman Allah,
"Barang siapa yg mengamalkan sesuatu ilmu yg ada padanya, nescaya Kami akan menambahkan sesuatu ilmu yg belum diketahui olehnya".

Dia(allah) mampu menjadikan sesuatu yg belum dijadikan dgn hanya berkata 'Kun'. Apabila Dia berkata-kata, nescaya petir dan malaikat akan sembah sujud kpd-Nya.
___________________________________________________________________________________________________
Last edited by cahaya_fisabilillah on Tue Dec 05, 2006 10:55 pm, edited 1 time in total.
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Re: Apa pandangan sahabat/biah tentang ilmu kasyaf

Postby Syaahil Hamid on Mon Dec 04, 2006 10:28 pm

amrizal wrote:Adekah ilmu kasyaf itu wujud atau ilmu ini satu kesesatan yg nyata..


Kasyaf bermakna terbuka, ia merupakan istilah ilmu tasauf atau ilmu yang membicarakan hati atau ilmu yang membicarakan soal pengenalan hamba dengan Tuhan Nya.

Kasyaf bukanlah suatu yang perlu dituntut, tetapi suatu natijah yang menjadi tetamu kepada orang2 mukmin yang mempertahankan agamanya dan kasyaf merupakan anugerah Allah kepada hamba2 Nya bagi mempertahankan kulliyat yang 5. Kasyaf juga merupakan firasat orang2 mukmin sebagaimana maksud hadis tentang ilmu firasat...

" takut oleh kamu akan firasat orang mukmin ", yang memberi maksud supaya kita mengelak daripada ada syak, dzon dan waham terhadap apa yang tidak kita tahu akan ehwal orang2 yangh menjadi kekasih Allah s.n.w. Sangkaan buruk terhadap kekasih Allah akan mendatangkan jauh kita terhadap agama Allah, kerana kekasih Allah merupakan mereka yang menjaga agama Allah, maka jika sengkaan buruk terhadap penjaga agama Nya, agama mana lagi yang harus kita cari...itulah dikehendaki daripada makna takut. Kerana yang paling ditakuti adalah berlaku buruk sangka...buruk sangka yang paling ditakuti apabila kita jauh dengan agama Allah. Kerana jauh dengan agama akan jauhlah kita dengan Allah...

Maka kasyaf merupakan suatu ilmu yang bukan dengan jalan belajar kerana tidak dituntut mendapatkan kasyaf tetapi dituntut mendekati ahli kasyaf...kasyaf yang sebenar2 merupakan pengenalan di dalam membezakan yang haq dengan yang batil....yang haq dan yang batil itu, bukanlah sesuatu jalan, tetapi orang yang menjalani jalan itu...
Syaahil Hamid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 170
Joined: Wed Mar 22, 2006 9:22 am
Location: dungun

Re: Apa pandangan sahabat/biah tentang ilmu kasyaf

Postby Syaahil Hamid on Mon Dec 04, 2006 10:28 pm

amrizal wrote:Adekah ilmu kasyaf itu wujud atau ilmu ini satu kesesatan yg nyata..


Kasyaf bermakna terbuka, ia merupakan istilah ilmu tasauf atau ilmu yang membicarakan hati atau ilmu yang membicarakan soal pengenalan hamba dengan Tuhan Nya.

Kasyaf bukanlah suatu yang perlu dituntut, tetapi suatu natijah yang menjadi tetamu kepada orang2 mukmin yang mempertahankan agamanya dan kasyaf merupakan anugerah Allah kepada hamba2 Nya bagi mempertahankan kulliyat yang 5. Kasyaf juga merupakan firasat orang2 mukmin sebagaimana maksud hadis tentang ilmu firasat...

" takut oleh kamu akan firasat orang mukmin ", yang memberi maksud supaya kita mengelak daripada ada syak, dzon dan waham terhadap apa yang tidak kita tahu akan ehwal orang2 yangh menjadi kekasih Allah s.n.w. Sangkaan buruk terhadap kekasih Allah akan mendatangkan jauh kita terhadap agama Allah, kerana kekasih Allah merupakan mereka yang menjaga agama Allah, maka jika sengkaan buruk terhadap penjaga agama Nya, agama mana lagi yang harus kita cari...itulah dikehendaki daripada makna takut. Kerana yang paling ditakuti adalah berlaku buruk sangka...buruk sangka yang paling ditakuti apabila kita jauh dengan agama Allah. Kerana jauh dengan agama akan jauhlah kita dengan Allah...

Maka kasyaf merupakan suatu ilmu yang bukan dengan jalan belajar kerana tidak dituntut mendapatkan kasyaf tetapi dituntut mendekati ahli kasyaf...kasyaf yang sebenar2 merupakan pengenalan di dalam membezakan yang haq dengan yang batil....yang haq dan yang batil itu, bukanlah sesuatu jalan, tetapi orang yang menjalani jalan itu...
Syaahil Hamid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 170
Joined: Wed Mar 22, 2006 9:22 am
Location: dungun

Postby awang bin ali on Tue Dec 05, 2006 12:54 pm

macam2 andaian pasal "kasyaf"..

Tak yah perkara ler..sapa2 ngaku dia ada kasyaf, good 4 him. dan tak yah sedih ler kalau tak der..good 4 you gak. :)
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby cahaya_fisabilillah on Tue Dec 05, 2006 10:53 pm

kita juga perlu ingat tiada apa yg mustahil atas bumi Allah s.w.t.. Dia Maha Pencipta yg boleh mencipta apa-apa skalipun.. walau apapun carilah Cinta Allah melalui hati kerana ianya merupakan suatu kuasa yg hebat yg ada pada Allah dan makhluk-Nya. sezarah Qadar itu terletak pada hati.. oleh itu jagalah hati dan sucikanlah ia seperti putihnya kain putih.

Wallahu a'lam :kenyit:
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby Abdul Rahman on Wed Dec 06, 2006 2:21 pm

:D

tanya kawan aku..
kasyaf tu unsur dari dalam atau dari luar?.. :)
Huddan + Baiyinat + Furqan = Quran!
Abdul Rahman
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 616
Joined: Fri Jun 23, 2006 2:04 am
Location: Tanah Melayu

Postby awang bin ali on Wed Dec 06, 2006 3:14 pm

kasyaf adalah salah satu kurniaNya pada sesapa yg Ia kehendakki walaupun bukan pada org ISlam..

Kurniaannya yg trbesar ialah dapat amalkan kehidupan nabi saw dalam kehidupannya..
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby cahaya_fisabilillah on Thu Dec 07, 2006 11:06 pm

dan kurniaan dlm kehidupan para nabi adalah 'Cintakan Allah'. itu anugerah paling tinggi. ye x? :D
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby awang bin ali on Tue Dec 12, 2006 11:25 am

cinta tu sendiri ada banyak peringkatnya..
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby al-afif on Tue Dec 12, 2006 12:05 pm

Salam :D

".... cinta tu sendiri ada banyak peringkatnya.."

macam pernah ana dengar, tapi dimana ya???

:kenyit:
ilmu dicari
al-afif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 507
Joined: Thu Aug 10, 2006 5:16 pm
Location: kl

Postby awang bin ali on Tue Dec 12, 2006 12:30 pm

awang baru je tulis tu..apsal dah ada org tulis ke?
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby al-afif on Tue Dec 12, 2006 12:42 pm

Salam :D

..maaf Tn Awang...

... ana mcm pernah dengar perkataan tu, tapi tak ingat siada dan dimana...,
...maafkn ana

dah terlanjur tu.... story le peringkatnya... :kenyit:
ilmu dicari
al-afif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 507
Joined: Thu Aug 10, 2006 5:16 pm
Location: kl

Postby awang bin ali on Wed Dec 13, 2006 9:52 am

Lagi banyak memberi lagi tinggi peringkatnya..
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby cahaya_fisabilillah on Wed Dec 13, 2006 10:16 am

cinta banyak peringkat dan banyak jenis.. berbagai jenis ini mengdtgkan hasil yg berlainan. dan itulah sebahagian perihal ruh yg tidak diberitahu oleh Allah s.w.t. berkaitan hati. sebagai sumber kekuatan ya'ni ar-ruh. ianya bleh membara bila-bila masa dan itu digelar semangat. semangat dtg apabila ada perasaan mahu mempertahankan. cinta itu umpama mukjizat, umpama ubat, umpama cahaya, umpama nyawa dan ada jiga mengatakan umpama virus/ penyakit.

kalau pendapat tuan awang begitu dan begitu, saya juga mempunyai kefahaman tentang cinta,

cinta tidak seperti perasaan lain cuma ada sangkut paut dgn suka dan minat(berkenan). namun suka dan minat juga bukan dikatakan cinta. cinta dlm erti lain adalah iman(ini perihal hamba dan Allah). Iman itu umpama cahaya, apabila semakin ia terang, ia akan berevolusi menjadi cinta dan itulah sehebat-hebat iman. Orang yg cintakan Allah adalah org yg beriman. Dan org yg cintakan Allah tidak sama sekali disentuh oleh api neraka. cinta menghasilkan pelindung yg amat kuat semasa di padang masyar ya'ni tangisan sewaktu hidup. dgn tangisan cinta sahaja api neraka bleh terpadam. dlm syafaat nabi juga masuk perihal cinta, jadi cinta ini jadi syafaat. cinta melayakkan kita ke syurga.

perihal kedua berkenaan cinta Allah. seseorang itu boleh mengeluarkan bahang yg amat/ cinta drp Allah s.w.t. jikalu dlm pertempuran antara musuh, cinta juga yg akan membantu sehinggakan jiwa juga akan terasa begitu hebatnya cinta Allah/ pertolongan Allah sampaikan ketika itu. misalnya, jika seseorang itu mempunyai 1 kekuatan, nescaya akan jadi 27 kekuatan semasa tempurnya di medan perang. misalnya kedua Baginda Rasulullah s.a.w. baginda mempunyai 10 kekuatan pada peringkat normal kerana cintanya lama. apabila berberang kekuatannya meningkat ke 100. ar-ruh adalah sumber kekuatan melalui hati.

mengapa ar-ruh? Dato' Fazilah Kamsah memperceritakan perihak cinta pandang pertama, cinta pandang pertama ini apabila ruh si fulan tertarik kpd ruh si fulan yg lain. jadi kalau cinta kedua-dua fulan akan tertarik antara satu sama lain kerana terikatnya ar-ruh antara satu sgn yg lain. jadi kalau cinta takde yg sorang nih takde perasaan cinta, sorang nih ada, sorang nih takde.

sefahaman ana, cintakan manusia tingkatnya kurang menyerlah/ tidak kelihatan, mungkin ada, tapi tidak jauh antara satu dgn yg lain. cintakan Allah itu yg ada banyak darjat + peringkat + jenis + kemampuan lain + perkara lain +++++ dan +.
seperti malaikat, cintanya mutlak kpd Allah, sekiranya seseorang itu meletakkan cintanya kpd Allah secara total, nescaya dia mampu menandingi malaikat(tanpa keramat Allah pada malaikat itu)/ maksudnya hati itu amat kuat walaupun jiwa tak kuat. seperti mana wali akhbar yg mengeluarkan tenaga batiniah yg amat tinggi nilainya. misalnya menangkap petir pada tangan/ berjalan pada permukaan air/ terbang/ telepati ke satu tempat lain. cinta itu juga yg membuatkan Allah itu membantu wali tersebut. cinta manusia terhad, tapi cinta Allah tidak ada had, dan sape yg tinggi tu sampai 10,000 ke, 100, 000 ke sjuta ke... tu yg hebat tu sampai jadi Waliyullah. ada banyak lagi perihal cinta nih, kalau cite sampai tua pun tak habih.


wallahu a'lam.. :kenyit:
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby awang bin ali on Wed Dec 13, 2006 10:39 am

Nabi saw..abiskan keseluruhan hartanya sehingga Siti Khadtijah jadi kurus dan abis barang2 kemasnya. Siang malam fikir tentang keselamatan dan kesejahteraan ummatnya..

Dikisahkan, Allah swt brtanyakan naper gitu sekali susah payah mu sehingga hampir membinasakan kamu, tidak diciptakan segala2nya melainkan kerana engkau, wahai Muhammad saw..Wahai Allah swt, tidak lah segala2nya ini (susah payah) semata2 kerana Engkau.

Gembiranya Allah swt..bila hambaNya yg jauh trsesat kembali padaNya, lebih 70 kali ganda gembiranya seorg ibu yg peolehi kembali anaknya yg hilang...

Nabi saw telah korbankan segala2nya utk gembirakan Allah swt, tanpa minta sesuatu utknya...memberi tanpa meminta2. Bila diberi peluang meminta..digunakan utk gembirakan Allah swt jua ngan brdoa utk kebaikan ummat ni. Bila dikabarkan akan ehwal Hussein dan Hasan ra..diminta oleh anaknya yg sangat ia kasihi yakni Fatimah rh, agar gunakan doanya yg khusus utk selamatkan cucu2nya dari musibah trsebut..tu pun disimpannya utk selamatkan ummat2nya jua dan ni juga utk gembirakan Allah swt jua.

Abu Bakr ra..telah memberi seluruh kehidupan dan hartanya utk sukakan nabi saw..sehingga brkata jika diizinkan brdoa diakhirat kelak, nescaya dibesarkan tubuh badannya utk tutupi sekelian pintu2 neraka agar tiada yg dapat masuk..ni adalah sungguh2 prkataan bukan saja2 kiasan atau ibarat atau angan2..apa faedahnya yg dia dapat? Seluruh hartanya abis digunakan utk sukakan nabi saw sehingga tiada apa yg ditinggalkan utk bahgian keluarganya..

Bila melihat kesedihan nabi saw keatas bapa sedaranya abu talib..prkataan yg keluar dari Abu Bakr ra, jika satu keperluan utk sembelih kedua ibu bapanya utk perolehinya hidayat utk Abu Talib, pasti aku lakukan..kata2 ni bukan main2.

Nabi saw dan Abu Bakr ra..adakah sesapa yg leh tandingi kasih mereka dan cinta mereka? Jika dihimpunkan sekeliannya selepas Abu bakr ra sehingga kiamat, pasti tiada tandingannya..apa lagi nabi saw.

Mulakanlah memberi..tanpa meminta2... Jika meminta2 biarlah utk kesejahteraan dan kebaikan org lain.

Utk ni ringankan tulang belakang, ikatlah perut..kosongkanlah uncang2.

Nak amalkan mudah.. :) Dapat je gaji, selepas bayau semua bil dan hutang..bakinya berilah pada keluarga trdekat dan pada mereka yg memerlukan.."cukuplah sekeping roti dan segelas air setiap hari" (nasihat Allah swt pada Musa as).

JIka nak lebih dua roti..abaikanlah hasrat ini. Cukuplah jadi seorg hamba yg biasa.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby cahaya_fisabilillah on Wed Dec 13, 2006 10:53 am

sebab tu lah Saidina Abu Bakar ngan Umar al-Khattab tak pernah tumbang semasa di medan tempur.. paling baik nyer skali cite masa meke serang 200, 000 tentera musuh yg lengkap bersenjata dgn hanya 10,000 ahli. berapa lama diorang gaduh?.. pernah tenggok diorang cedera parah? kalau lihat ngan betul, mesti pantas gilerz diorang lari, hayun pedang cam nak rak.. hayun jee mesti kena 30-40 org sekali gus, tambahan pedang Umar r.a. makk.. 27 org skali hayun.. WOOooo.. kalau tang Abu Bakar a.s tu pedang kecik, mesti laju gilerz cam peluru melulu.. apatah lagi Baginda Rasulullah yg kekuatan normalnya 10, masa perang ganda 100.. whusshh.. tulah bahang cinta yg saya maksudkan... bahang yg kuar drp hati nurani menjadi tenaga batin yg hebat... kalau ada 10 org cam mereka masa skarang nih, sorang serang je amareka terus lingkup.. kalau org kita.. haaa... lingkup gak... lingkup kedai kopi.. :gelak: :gelak: :gelak:
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby awang bin ali on Wed Dec 13, 2006 11:11 am

tu hasilnya..yg tiada mereka mengharap atau meminta2..salah satu hasilnya atau faedahnya atau fadhailnya.. Yg menjadi rahsia tetap tinggal rahsia.. hanya pencinta memahaminya.

Hasilnya, fadhailnya selalu dicanang2 agar ada org yg menuruti jejak langkah mereka..
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

PreviousNext

Return to Bicara Aqidah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 4 guests