KAYU KOKKA, KEBENARAN DAN KEKARUTANNYA

Untuk apa-apa bicara berkaitan aqidah Islam.
Pengendali :: g@y@t

KAYU KOKKA, KEBENARAN DAN KEKARUTANNYA

Postby stutroop on Fri May 05, 2006 8:55 pm

saya buka topic baru ni, sbb topic asal sudah dicemari oleh mereka yang ********. harap para ilmuan yang cintakan agama dapat berdiskusi secara ilmiah disini.

saya mulakan dengan usul pertama yang dibawakan oleh ustaz am,

Kekarutan Sekitar Kayu Kokka
Oleh: Abu Abd Rahman Al Madini.
(Musim Haji Tahun 1426H)


Kokka yang ajaib


“Adik, kat mana saya nak beli tasbih Kokka?”
“Ustaz ada orang pesan saya kayu Kokkalah, sini murah tak?”
“Aku dah beli dah, berkilat engkau…wangi lagi.”

Ungkapan-ungkapan begini amat sinonim bagi pengunjung Tanah Haram pada musim haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah yang datang dari jauh dengan membawa panji tauhid dalam talbiah mereka kadangkala turut terpukau dengan karut marut serta khurafat yang datang bersama kayu Kokka.
Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini?

Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara semua kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu seperti Turki dan Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi lagi. Bahan asas bahtera nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib juga di ambil daripada kayu Kokka!!

Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati di kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama dalam pelbagai bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan, untaian tasbih ataupun butiran tasbih bahkan krim dan minyak.

Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh menjadi penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu terdapat kisah-kisah pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita yang direka-reka bagi melariskan barangan ataupun mainan serta tipu daya syaitan yang berbentuk khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyesatkan orang beriman serta melalaikan mereka dari bergantung serta bermohon kepada Allah.

Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat) daripada Abdullah bin Mas'ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali yang telah dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata, “Mataku sakit, sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika aku tinggalkannya sakitku menyeksa.” Ibnu Mas'ud menjawab, “Yang sebenarnya ini adalah kerja syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia menyakitkanmu dan jika engkau taatinya ia membiarkanmu”. [lihat Sunan Ibn Majah (no.3530].

Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal agama. Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk diamalkan. Dalil dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang sahih dan hasan, serta ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi sia-sia dan mungkin mengundang dosa sahaja.

Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina bahtera kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah asas yang sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa bahtera itu daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui bahawa ianya daripada Kokka?

Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan bukanlah hujah yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung daripada bala atau musuh serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam kisah ajaib kayu Kokka.

Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh, siapakah yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya? Ataupun sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan sebagai sumber arkeologi.

Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine. Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood. Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss. Lihat (www.keyway.com)]

Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)]

Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab) sendiri tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita kokka?!

Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah kerana tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak mungkin tidak dapat mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang kayu Kokka? Mustahil!!

Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar dalam mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut (dengan izin Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu telah memakainya dan tubuh mereka menjadi kebal…) Ujarnya: "Kalaulah Kokka ni macam yang disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai kayu kokka semasa berperang kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!"

Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun ramai yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya keajaiban Kokka.

Mensyukuri nikmat Iman

Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya yang Dia kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting memandangkan nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia mudah terhakis dari hati mukmin sekiranya dia melakukan dosa samada besar maupun kecil. Ia adalah satu-satunya barang dagangan sang insan apabila dia dihadapkan di hadapan Allah pada hari kiamat.

Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia lagi dengan melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan menghapuskannya. Serta ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala amatlah halus dan sukar dilihat mata kasar sehingga disebut bahawa ia lebih sukar dilihat daripada kaki semut hitam yang merayap di atas batu yang legam pada malam yang amat kelam.

Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan adalah penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik. Jesteru, kita hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang mampu menjadi benteng pemelihara iman.

Syirik dalam ‘Kokka’

Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah.

Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki. Oleh yang demikian orang yang berkata, “Rezeki saya di tangan fulan,” telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu memberi rezeki pada selain dari Allah.

Firman Allah SWT bermaksud:
”(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab 'Allah', maka katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.)” [Yunus: 31]

Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah kufur dan syirik yang mesti di jauhi.

Firman Allah yang bermaksud:
”(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]

Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat adalah hak Allah yang khas baginya.

Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, “Saya tak sembah selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji…semuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan yang berat!”

Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu’, takut, berharap dan tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.

Di manakah syiriknya?

Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau apa-apa sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara tersebut mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan syirik dalam tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan melakukan sebab yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya yang mampu memberi manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau tangkal atau sebarang jampi serapah yang menyalahi syara’ dan sunnah Rasulullah SAW.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi Rasullullah SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu [dengan tujuan berlindung daripada bencana atau memohon manfaat] maka pergantungannya adalah pada benda itu). [lihat Sunan Tarmizi (no 2072)]

Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya: (Barangsiapa yang mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/154)]

Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya ada beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan pemakai terhadap benda-benda ini.

Peringkat pertama.


Sekiranya dia beri’tiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang mampu memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia telah terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan syahadah. Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang telah dilakukan. Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain daripada Allah. Lebih teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang langsung tidak mampu memberi manfaat padanya maupun menolak sebarang bencana baik secara logik akal apatah lagi di sisi syarak yang telah menafikannya dari awal lagi.

Peringkat kedua.

Sekiranya dia beri’tiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini sebagai sebab atau alat untuk mandatangkan manfaat daripada Allah dan menolak bala -sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab untuk sembuh atau pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-, sesungguhnya dia telah tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang demikian kerana dia telah mereka-reka perkara dalam agama yang tidak diizinkan oleh Allah di samping mendakwa bahawa Allah menyukai perkara yang ia lakukan. [lihat: Fath al-Majid (m.s 104)]

Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan senapang. Ubat dan senapang sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara Kokka sebab dan akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata, “Bawalah senapang ini. Musuh akan takut.” Kata-katanya diterima akal. Inilah maksud zahir. Lantas ianya dibenarkan. Namun kalau disebut, “Jika anda membawa tasbih ini musuh akan takut,” orang yang berkata tadi mestilah membawa dalil yang lain bagi menyokong dakwaannya kerana sebabnya tidak zahir.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin bahawasanya Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah ini?) Lelaki itu menjawab, “Penangkal Wahinah” [sejenis penyakit pada lengan] Baginda lantas bersabda, (Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanad yang hasan. [lihat Musnad Imam Ahmad (4/445)]

Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar dosa selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh membawa kepada syirik yang besar.

Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan dosa syirik. Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil tidak akan kekal di dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan azab dan seksa yang maha pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga.

Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti ditinggalkan. Ini kerana ia merupakan perbuatan ahli bid'ah dan kita dilarang dari menyerupai mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan keredhaan dan kesukaan kita pada perkara tersebut. Apatah lagi para pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan Hajah) yang menjadi teladan di tanah air.

Dalam sebuah hadith daripada Ruwaife’ bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaife’, engkau mungkin akan hidup lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya barangsiapa yang mengikat janggutnya atau menggantungkan tali panah pada haiwannya [untuk mengelak 'ain] atau beristinja’ dengan tahi binatang sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri daripadanya.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/108-109)]

Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli majusi. Ianya merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia dipopularkan oleh trend muzik global seperti hiphop dan alternatif. Rasulullah SAW melarang dari meniru mereka dan berlepas diri daripada orang yang meniru mereka walaupun ia tidak memasuki agama majusi .[lihat Fath Majid (m.s 152)]

Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus bahkan ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti lilitan penganut agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai perkara yang menjadi simbol mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya kumpulan sufi penyembah kubur yang banyak di India. Ia adalah simbol ahli bid'ah yang tidak harus ditiru walaupun dengan tujuan saja-saja.

Menurut ulama, tiada suatu bid'ahpun yang dilakukan melainkan suatu sunnah (yang bertujuan seumpama bid'ah tadi) telah dimatikan.

Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan petang seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari? Adakah dia tahu doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW Hasan dan Husin dari terkena 'ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan butir kokka pada dahi anaknya sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum tidur yang boleh menjauhkannya dari sihir ataupun dia hanya meletakkan butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah Nabi SAW yang ditinggalkan akibat bid'ah Kokka!

Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan khasiat perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal) untuk mengubati sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut seperti penangkal, pelemah musuh, anak menangis, penghalau hantu dan sihir amatlah tidak dapat diterima.

Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua, moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya.

Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat hebat dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya yang benar dalam tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu dihisab apatah lagi diazab. Wa Allahu a`lam.

Sumber: http://www.tranungkite.net/ dengan sedikit pindaan dan suntingan . Tajuk asal artikel: Keajaiban Kayu Kokka
stutroop
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 118
Joined: Tue Oct 18, 2005 7:52 am

Postby stutroop on Fri May 05, 2006 8:58 pm

BUKU TERBITAN DARUL NU'MAN

Rahsia & Kelebihan KAYU KOKKA - Jenis Kayu Bahtera Nabi Nuh & Tongkat Nabi Musa AS.
Penulis: Fathur Rahman Kod: DN 420 ISBN: 983-046-352-4 Tebal: 80 m.s. Harga: $5.00

KANDUNGANNYA

MUKADDIMAH

1. TUMBUH-TUMBUHAN DALAM SISTEM PERUBATAN TRADISIONAL
A. Sumber Utama Dalam Sistem Perubatan
1. Manfaat & Khasiat
2. Bahan Aktif Tumbuh-Tumbuhan
B. Dijadikan Ubat
C. Bukti Saintifik & Keberkesanan Kayu Kokka

2. PERUBATAN TRADISIONAL SEBAGAI WARISAN
A. Kepercayaan Animisme (Semangat)
B. Penawar Pelbagai Penyakit Berbahaya
C. Mujarab & Murah
D. Memberi Manfaat yang Besar

3. SEJARAH POKOK KOKKA
A. Asal-Usul
B. Manfaat & Khasiat

4. KAYU KOKKA & BAHTERA NABI NUH AS
A. Bahtera Nabi Nuh AS Di Gunung Ararat Turki
B. Saiz Bahtera Nabi Nuh AS & Keajaiban Gunung Ararat
C. Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS Dilitupi Salji
D. Pengalaman Para Pengkaji Bahtera Nabi Nuh AS
1. Catatan Seorang Pendaki
2. Catatan Jurugambar
3. Kesaksian Seorang Jurutera Minyak
4. Pengakuan Paderi Kristian
5. Pengakuan & Kesaksian Para Saintis
6. Pengalaman Seorang jurutera Tentera
7. Kisah Seorang Tentera Udara
8. Penemuan Pengkaji Dasar Laut
9. Pengalaman Ketua Pengarang Akhbar Turki
E. Keajaiban Bahtera Nabi Nuh AS & Kesan Sejarah Islam yang Terulung

5. KAYU KOKKA & TONGKAT NABI MUSA AS
A. Peristiwa Kenabian Di Segitiga Sinai
B. Tongkat Nabi Musa AS
1. Membelah Batu
2. Bentuk & Panjangnya
3. Bertukar Menjadi Ular

6. MUKJIZAT TONGKAT NABI MUSA AS
A. Menelan Ular Ahli Sihir
B. Membelah Laut & Menenggelamkan Firaun
C. Membelah Tebing
D. Senjata Handal
E. Tasbih

7. KHASIAT POKOK KAYU KOKKA
A. Daun
B. Kulit
C. Batang & Buah
D. Akar
E. Cabang

8. KAYU KOKKA SEBAGAI PENAWAR & PELINDUNG

Kayu Kokka Asli dan Bermutu
PERHATIAN

Rahsia dan Kelebihannya
A. Menyihatkan Badan
B. Menerangkan Penglihatan
C. Penyebab Wajah Bersinar
D. Perasaan Benci
E. Mendatangkan & Menyekat Rezeki
F. Kefahaman dan Ingatan
G. Rahsia & Kelebihan Menurut Pengalaman Pemakainya

SUMBER: http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka/buku.html
stutroop
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 118
Joined: Tue Oct 18, 2005 7:52 am

Postby stutroop on Fri May 05, 2006 8:59 pm

JAWAPAN DARIPADA SEORANG 'KOKKA USER"

Aku mempersetujui artikel ini... tapi dalam konsep dan pendapat yg aku
pegang selama ini.. jika kita meletakkan kepercayan kita bahawa kayu Kokka
boleh memberi kuasa melindungi, megubati dan mempengaruhi keadaan..
hukumnya adalah syirik kecil. dan apabila kita sampai bergantung harap pada
kayu kokka sampai membelakangi Allah S.W.T hukumnya adalah syirik besar.
Bahkan kalau kita bergantung harap pada ubatan moden hospital yg ada
kemujaraban dari segi sainstific dan klinikal pun adalah syirik jika kita
tak tawakkal dan mempercayai kekuasan Allah S.W.T. Seorang ustaz pernah
mengatakan pada sesi kuliahnya, bahawa sekiranya kita sakit kepala dan
apabila kita makan Panadol.. terus sahaja sembuh... dan pada saat itu
terdetik dalam hati kita bahawa Panadol inilah yg membuatkan kita sembuh...
tanpa sedikit pun terselit dalam sanubari kita bahawa Allah S.W.T yg
berkuasa menyembuhkan kita.... nescaya jatuh syiriklah kita.

begitu jugaklah kayu kokka... meskipun terdapat begitu banyak cerita
tentang keajaiban kayu kokka yg mana aku sendiri mengalaminya... tapi kalau
terdetik dalam hati kita seperti halnya cerita Panadol tadi... maka jatuh
syirik jugaklah kita.. Maka apakah kita perlu berserah dan hanya berdoa
kepada Allah S.W.T semata-mata jika kita dalam kesakitan, kesempitan dan
terancam. Apakah konsep TAWAKAL itu hanya berserah dan berdoa kepada Allah
S.W.T semata-mata. tentu sama sekali tidak... Islam tidak mengajar umatnya
hanya meminta-minta dan berdoa tanpa sebarang usaha... Contohnya kalau
sakit kepala... cukupkah kalau hanya sekadar berdoa kepada Allah S.W.T
tanpa sebarang usaha untuk memakan ubat seperti Panadol.. kita bukan
manusia "maksum atau mempunyai almai'dah". Allah S.W.T menyuruh kita
bertawakal dan bertawakal bukan bererti berserah semata-mata.. ia mesti
didahului dengan usaha kemudian baru berserah.. Kalau tiada Usaha masakan
rezeki dan nikmat akan datang bergolek..???

Berusahalah dengan cara pilihan anda sama ada secara sainstific ataupun
tarditional (mistik) asalkan tidak membelakangi kepercayaan bahawa Allah
S.W.T sahajalah yg berkuasa menentukannya... baik yg sainstific bahkan lagi
yg mistik kalau tanpa Tawakal kepada Allah S.W.T seumpama kita ini seperti
orang kafir atau tiada kepercayaan kepada Tuhan.. maknanya kita berusaha
bersungguh - sungguh tapi tidak berserah dan redha kepada Allah S.W.T ...
inilah yg dikatakan tindakan orang2 syirik dan tidak beriman seperti orang
kafir. Memang Allah S.W.T kabulkan pada hampir semua usaha orang Syirik dan
Kafir sama ada dgn usaha sainstific atau mistik tapi kenikmatan yg mereka
perolehi hanya di dunia semata-mata. Kita sebagai orang Islam mesti
mengejar kedua-duanya DUNIA dan AKHIRAT. Tak boleh tinggal salah satu...
jangan kejar Akhirat sahaja Dunia pula ditinggalkan...
bahkan lagi asyik mengejar kenikmatan dunia manakala akhirat pula
ditinggalkan.

Akhir kata... Jangan kita melalui hidup ini dgn fikiran yg sempit.. Setiap
ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat.
Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan
bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan
manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang
terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu
berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT
lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang
bermanfaat.. Berusahalah dgn segala kudrat dan sumber yg ada.. fahamilah
konsep Tawakal dan seterusnya... TAWAKALLAH KEPADA ALLAH SWT.
stutroop
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 118
Joined: Tue Oct 18, 2005 7:52 am

Postby stutroop on Fri May 05, 2006 9:00 pm

JAWAPAN DARIPADA DARULNU'MAN MELALUI EMEL:

Terima kasih diatas sambutan anda terhadap usaha kami dalam memartabatkan nilai murni agama Islam.

Di website kami ada dijelaskan tentang Keyakinan dan Kepercayaan yakni dua tekad berkaitan aqidah yang berbeza (sila baca dengan teliti dan faham maksud serta tujuan sebenar) agar tidak membawa kepada syirik yang mana boleh merosakkan aqidah.

Khasiat kayu Kokka bergantung pada niat dan amalan individu. Jika kebaikan dapat pahala, untuk keburukan balasannya dosa. Senjata boleh membunuh dan senjata juga boleh jadi pelindung mempertahan diri. Ubat boleh jadi penawar dan ubat juga boleh jadi racun jika disalah guna. Mohon kepada Allah SWT dalam segala hal demi kebaikan, insya Allah.

Sila hubungi Hj Mohd/Abu Nu'man di talian 019 23 786 00 atau 03 -26912645 untuk keterangan lanjut mengenai masalah ini dengan lebih khusus.
stutroop
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 118
Joined: Tue Oct 18, 2005 7:52 am

Postby stutroop on Fri May 05, 2006 9:03 pm

kepada semua, ini adalah perkara melibat aqidah umat Islam, oleh itu, harapnya kita dapat mencari satu keputusan dan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan ini.

wassalam

alfaqir ilallah
stutroop
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 118
Joined: Tue Oct 18, 2005 7:52 am

Bicara Aqidah

Postby melayu on Sun May 07, 2006 12:51 pm

Bicara Aqidah


stutroop wrote:kepada semua, ini adalah perkara melibat aqidah umat Islam, oleh itu, harapnya kita dapat mencari satu keputusan dan penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan ini.

wassalam

alfaqir ilallah


mana umat ISLAM tu sekarang ni di masa dan tat kala ni, jam jam ni... mana dia umat ISLAM tu? brader stutroop....?
:matabulat:

okay lah, sebab bicara ni bicara AQIDAH.... jadi nak tanya je, tak ada apa pun, apa kata stutroop pasal koka ni? pandangan peribadi la...
bukan hukum ya, pandangan peribadi je, nak pakai ke tak payah... kira kita ni menyembang je....
sambil sambil tu jangan lupa lah AQIDAH...

:kenyit:
yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan....
kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..
User avatar
melayu
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7116
Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm

Postby jamban on Fri May 26, 2006 5:00 pm

kayu tetap kayu...tak memberi bekas
jamban
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Sun Dec 25, 2005 9:13 pm
Location: Semenanjung Tanah Melayu,Tanah Jawi

Postby melayu on Fri May 26, 2006 9:14 pm

jamban wrote:kayu tetap kayu...tak memberi bekas


tiadalah kayu itu "berkuasa" ....
iya ke tak?

:-?
yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan....
kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..
User avatar
melayu
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7116
Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm

Postby iperswis2 on Sat May 27, 2006 12:29 pm

Pada pandangan saya, yang paling bermasalahnya adalah MARKETING kayu kokka. Iaitu mengaitkannya dengan para Rasul-Rasul Allah.
iperswis2
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 292
Joined: Thu Jan 27, 2005 1:15 pm
Location: Malaysia

Postby jamban on Sat May 27, 2006 1:28 pm

siapa yg mengatakan kayu tu ada power...syirik ..nauzubillah

beribadat untuk cari pahala pun syirik.....

carilah guuru. yg arif....mengaji dan belajra lah bab akidah....usuluddin
jamban
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Sun Dec 25, 2005 9:13 pm
Location: Semenanjung Tanah Melayu,Tanah Jawi

Postby melayu on Sat May 27, 2006 1:54 pm

gerak kan serentak... jangan terpisah....
banyak yang pegang satu satu...
bak kata kawan sorang tu dari kampung pinang sebatang:

kalau mengaji FEQAH nanti asyik nak bertelingkah,
kalau mengaji USUL nanti selalu SASUL
kalau mengaji THOREQAT nanti kena IKAT...
kalau mengaji TASAWWUF nanti semuanya di SAUK...
habis tu macam mana?
aku tanya dia, dia kata, jalan serentak...
baru "KENA".....

apa yang kena?
aku tanya lagi..
dia kata:
KENA pada tempat laa.... kan dia bagitau "Sesuatu yang di letak tak kena TEMPAT nya itu ZALIM"....

aku angguk je laa...

apa benda tu?
tanya lagi.....

dia kata:

"LAGI MAU TANYA?", kemudian dia balun gelak aje....
aku pun GELAK.....

:gelak:
yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan....
kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..
User avatar
melayu
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7116
Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm

Postby jamban on Sun May 28, 2006 11:23 am

melayu wrote:gerak kan serentak... jangan terpisah....
banyak yang pegang satu satu...
bak kata kawan sorang tu dari kampung pinang sebatang:

kalau mengaji FEQAH nanti asyik nak bertelingkah,
kalau mengaji USUL nanti selalu SASUL
kalau mengaji THOREQAT nanti kena IKAT...
kalau mengaji TASAWWUF nanti semuanya di SAUK...
habis tu macam mana?
aku tanya dia, dia kata, jalan serentak...
baru "KENA".....

apa yang kena?
aku tanya lagi..
















....awas jangan menyindir fekah, tarekat itu perjalanan nabi dan shabat.....
dia kata:
KENA pada tempat laa.... kan dia bagitau "Sesuatu yang di letak tak kena TEMPAT nya itu ZALIM"....

aku angguk je laa...

apa benda tu?
tanya lagi.....

dia kata:

"LAGI MAU TANYA?", kemudian dia balun gelak aje....
aku pun GELAK.....

:gelak:





awas jangan menyindir fekah, tarekat itu perjalanan nabi dan shabat.....
jamban
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Sun Dec 25, 2005 9:13 pm
Location: Semenanjung Tanah Melayu,Tanah Jawi

Postby awang bin ali on Wed May 31, 2006 11:52 am

jamban wrote:siapa yg mengatakan kayu tu ada power...syirik ..nauzubillah

beribadat untuk cari pahala pun syirik.....

carilah guuru. yg arif....mengaji dan belajra lah bab akidah....usuluddin


ok ler..jgn cepat sangat melatah tu.. :D Nanti bila org tanya ko, keta ko power ke dak..bila ko jawab je power, terus jatuh talak nanti yakni syirik.

kayu tu ada power, yg dikurniakan oleh Allah swt atasnya...dan hanya leh brfungsi ngan izin dan kehendakNya.
Bribadat tu memangler cari pahala..abis tu apa lagi nak dicari? keja cari duit ke bang..atau sapa keja nak cari duit ni syirik gak? Makan tu ibadat gak..tapi maksud makan ialah nak kenyang ler, makan nak kenyang ..syirik gak bang?

brtenang...dan brlapanglah dada. :)
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby kicap` on Wed May 31, 2006 12:52 pm

kawin pun kena ada power..tak ada power kalu habishhh..hikhikhik...
kicap`
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 336
Joined: Fri May 23, 2003 11:56 am

Postby awang bin ali on Wed May 31, 2006 3:12 pm

kicap` wrote:kawin pun kena ada power..tak ada power kalu habishhh..hikhikhik...


ishhh jaga2..nanti ada pulak kata ko syirik tu..

Semua ciptaan2Nya ada keistimewaan dan kelebihan..tiadalah diciptakan semua tu sia2. Cuma kita kena pringatkan diri sentiasa ..semua tu dari Allah swt, kepada Allah swt jua kembalinya.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby WARIS on Wed May 31, 2006 4:45 pm

Betul tu awang bin ali, nasihatilah mereka2 ini :P sebelum nasik menjadi bubur
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby awang bin ali on Wed May 31, 2006 5:24 pm

nasihat tu sebenaunya utk diri sendiri gak..maklumlah kekadang diri sendiri pun trlanjur gak.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby WARIS on Thu Jun 01, 2006 10:52 am

Terlanjur tu perkara biasa le awang bin Ali sbg manusia...tetapi kalau MELANJURKAN diri tu yg pelik skit bila difikirkan semula.

Apa pendapat bang Awang :gelak:
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby melayu on Sun Jun 04, 2006 5:15 pm

awang bin ali wrote:nasihat tu sebenaunya utk diri sendiri gak..maklumlah kekadang diri sendiri pun trlanjur gak.


betul laa tu abang awang...
tapi.....

nak nasihat kan diri tu pun biar laa kenal diri yang nak di nasihatkan Tu ....
kot kalau ada KENAL...
kalau tak kenal.. nak kata apa?

pendek kata kena laa kenal DIRI Tu.....
andai tak kenal jugak. buat laa apa yang patut...

tak kuasa aku nak bagi nasihat kat tok tok imam....
tak kuasa aku nak nasihat kat para para ustaz/ustazah....

memasing laa....

kan?

:P
yang benar TETAP benar dan yang salah TETAP salah walau macam mana di pertikai kan....
kerana yang TETAP tidak akan pernah berUBAH... KEKAL IA selama nya..
User avatar
melayu
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7116
Joined: Sun Apr 24, 2005 12:46 pm

Postby webweb on Wed Jun 14, 2006 10:41 am

nak menyelit...
6. MUKJIZAT TONGKAT NABI MUSA AS
A. Menelan Ular Ahli Sihir
B. Membelah Laut & Menenggelamkan Firaun
C. Membelah Tebing
D. Senjata Handal
E. Tasbih


saya tak baca lagi buku ni, namun harap mukjizat tu tak diletakkan pada tongkat.
sebab Mukjizat dianugerahkan oleh Allah hanya kepada Nabi2 & Rasul2 dan bukan pada tongkat. "kalau" dlm buku ni mukjizat telah diletakkan pada tongkat, ianya amat2lah menyedihkan.

then ttg kayu kokka ni pula, bg saya tiap sesuatu tu pasti ada kelebihan & kekurangan bila dibandingkan sesama makhluk. dan Allah swt jadikan sesuatu tu dgn bersebab dan biasanya sebab itu adalah sebab yg boleh diterima akal (adat kebiasaan) dan semua sebab yg terjadi itu juga adalah dgn Kehendak Allah.
seperti api yg boleh membakar asbab kepanasannya, pisau yg boleh memotong asbab ketajamnya, tumbuhan yg boleh menjadi penawar bg sesetengah penyakit asbab ikatan2 kimia yg ada didlm tumbuhan tersebut dll. semua ini Allah jadikan dgn bersebab dan wajib kita yakin yg api yg panas dan boleh membakar,pisau yg tajam yg boleh memotong dan semuanya itu dapat melakukan semua itu adalah dgn Kehendak Allah.
dan dgn kehendak Allah jualah perkara2 itu juga berlaku diluar adat kebiasaan seperti api tidak boleh membakar, tongkat yg boleh membelah lautan dll yg biasanya terjadi seperti dgn asbab mukjizat/karamah dan seperti perkara yg terjadi pada sesetengah individu biasa seperti jatuh dari tempat yg tinggi tanpa barang sedikit kecederaan (sihir dikecualikan kerana sihir bukanlah benar2 dapat mengubah barang sesuatu sifat atau bentuk kerana apa yg berlaku hanyalah permainan pengaburan pada pancaindera dan perlu belajar utk mendapatkan sesuatu kesaktian, apapun berjaya pengaburan sihir itu juga adalah dgn Kehendak Allah).

kesimpulan mudah, wajib kita faham yg walau sebanyak manapun kelebihan yg ada pada sesuatu makhluk berbanding makhluk yg lain, semuanya adalah dgn Kehendak Allah.
webweb
Ahli
Ahli
 
Posts: 10
Joined: Fri Jun 09, 2006 3:03 am


Return to Bicara Aqidah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron