Waktu diharamkan solat ?

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

Waktu diharamkan solat ?

Postby apit on Thu Feb 14, 2008 11:01 pm

Assalamualaikum..
ana ada dapat artikal nie dari email..
cuma nk dapat kepastian dr yg lebih arif..betul ke kandungan artikal nie?


WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT



Waktu diharamkan sembahyang ialah:

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.


Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.

Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.
Ya Allah Ya Tuhanku, Jauhilah HambaMu Ini Dari Perbuatan Keji Dan Munkar..Amin
apit
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 60
Joined: Tue Dec 02, 2003 4:17 am

Postby abuqais on Fri Feb 15, 2008 11:00 pm

Saya telah merujuk kitab fiqh al-manhaji (mazhab syafii) jilid 1, halaman 143

Kesimpulannya: waktu yang disebutkan itu adalah waktu yang dimakruhkan solat sunat padanya. Makruh ini membawa kepada haram (makruh tahrimi). Yang melakukannya tidak berdosa tetapi tidak mendapat pahala bahkan sangat wajar mendapat celaan. jadi kalau dah tak dapat pahala lebih baik ditinggalkan, buang masa kita je. :(

Waktunya ialah:

1- selepas solat subuh hingga tiba waktu duha. (bukan selepas habis waktu subuh, tapi selepas sahaja selesai solat subuh)
2- ketika matahari ditengah langit hingga masuk waktu zuhur, kecuali pada hari jumaat untuk orang yang beriktikaf dalam masjid.
3- selepas solat asar hingga masuk waktu maghrib.

Hukum makruh tahrimi ini tidak terpakai bagi orang yang bersolat di Masjid al-Haram, Mekah pada bila-bila masa. Begitu juga tidak makruh bagi solat yang didirikan kerana bersebab seperti qada' solat wajib, solat tahiyatul masjid dan sunat wudu' pada bila-bila masa.

wallahu a'lam.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby apit on Thu Feb 21, 2008 3:41 pm

tq ustaz Abuqais..
sedikit tambahan dr Ustaz Hazmi (ana tanya pendapat dia gak)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ


"Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit." (H.R Bukhari dan Muslim)

Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya:

ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ


"Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

Dari hadis-hadis ini, ulama menjelaskan terdapat lima waktu yang dilarang bersolat, dua berkaitan dengan perbuatan dan tiga berkenaan dengan masa:

1. Larangan bersolat setelah menunaikan solat subuh sehingga terbit matahari.

2. Larangan bersolat setelah menunaikan solat asar sehingga terbenam matahari.

3. Larangan bersolat semasa terbit matahari sehingga ia meninggi.

4. Larangan bersolat semasa matahari tegak sehingga ia condong.

5. Larangan bersolat semasa matahari hampir terbenam sehingga ia tenggelam.

Walaupun begitu, waktu yang diharamkan solat itu adalah selain solat fardhu yang masih belum tertunai. Adapun solat subuh, sebagai contoh.. wajib ditunaikan segera apabila kita tersedar lewat dari tidur, dalam apa waktu dan keadaan sekalipun.
Ya Allah Ya Tuhanku, Jauhilah HambaMu Ini Dari Perbuatan Keji Dan Munkar..Amin
apit
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 60
Joined: Tue Dec 02, 2003 4:17 am

Postby tajdid on Sat Mar 01, 2008 6:17 pm

Saya mendapati artikel dalam blog ini menarik tentang tajuk yang diperbincangkan. http://ibadah.blog.com/2006/11/
tajdid
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 25
Joined: Tue Jan 01, 2008 3:32 pm
Location: Selangor

Postby seraiwangi on Sun May 11, 2008 3:17 pm

salam ukhuwwah fillah...

syukran atas rakan yg membicarakan topik ini...ada manfaatnya...
** seraiwangi sekadar menumpangkan artikel(dr petikan) ini utk perkongsian semua..
:kenyit:

Sejarah Solat 5 Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

wallahua'lam
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby PenMerah on Thu May 22, 2008 4:36 pm

Best Regards,

Shahrizal

Sa

Agilent Technologies (M) Sdn Bhd

Penang , Malaysia.

Telnet : +6046807074




Wajib bersegera qada solat- Dari Utusan Malaysia 21-3-08

SOALAN:
SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat
subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.

Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya
yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.

JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua
jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran.
Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan
al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal
tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa.
Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi
tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah
mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan
mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: "Wahai Bilal kita telah ditimpa malam",
maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala
Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal
tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga
sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal
bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: "Demi ayahku dan ibuku apa
yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah". Kemudian
kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal
iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: "Barang siapa yang melupai solat
maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman
yang bermaksud: " Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu,
Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku." (Tahaa:14 ),
(riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram
mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat
yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun
qada solat.

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada 'Uqbah bin 'Amir memberitahu yang
bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan
mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik
tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat
Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat
fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit
selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh 'Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm:
260-261).

Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah
mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan
waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan
pandangan: "Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada
waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada
solat boleh dilakukan bila-bila sahaja." (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh
al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang
muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja
walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada
waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang
yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya.
Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau
buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak
acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka
leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

Jika mengharap supaya Allah s.w.t mengampun dosa meninggalkan solat wajib disertakan
qada seperti mana yang disebut oleh Saidina Ali bin Abi Talib mengenai taubat.

Beliau menyebut enam perkara yang menjadikan taubat itu benar: menyesal terhadap
perbuatan yang lepas, berazam tidak akan kembali kepada kancah maksiat,
mengembalikan hak orang yang dizalimi, meminta halal pemilik barang sekiranya
diambil tanpa izin pemiliknya, melangsaikan ibadat fardu yang tertinggal, mendidik
diri dalam mentaati Allah s.w.t seperti mana dididik berbuat maksiat kepada Allah.

Solat itu adalah tiang agama pelihara ia nescaya kita dipelihara Allah. Bagi
sesetengah orang solat fardu pun sudah cukup berat ditunaikan inikan pula mengqada
yang tertinggal, pasti sukar.

Oleh yang demikian jangan sekali-kali bersikap malas atau alpa daripada solat. Allah
berfirman yang bermaksud, (Kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan
orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli
sembahyang, (iaitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya. (al-Maa'un:4-5).
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby PenMerah on Thu May 22, 2008 4:37 pm

From: HUSSAIN,RAUF (A-Malaysia,ex1)
Sent: Wednesday, May 14, 2008 4:51 PM
To: MAT-SAAD,FAIRUS (Non-A-Malaysia,ex1)
Subject: FW: KristianisasiCjaga-jaga)





DEAR ALL MUSLIM, PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIM..
SEKARANG NIE KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN ..1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU
TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI
DENGAN JENAMA (AIR MINERAL):-
1. AL -BARAMKAH
2.AL-MANSORI
3. AL-BISTARIA
P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA @ DIBELI @ MENCURI... SEMUA AIR-AIR INI
TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER'

TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM /SAHABAT/SAHABIAH &DLL.
SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA (ISLAM), AKAN
TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE ...SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI
OLEH ALLAH SWT..
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests