Pertanyaan tentang Penceraian

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

Pertanyaan tentang Penceraian

Postby presetz on Thu Oct 16, 2008 4:25 pm

Assalammualaikum kepada semua dan selamat hari raya....

di sini saya ingin bertanya kepada shabat2 atau ada ustaz2 di sini mengenai satu masalah atau situasi saya...

baru2 ini keluarga saya dan isteri saya (besan) ada berselisihan pendapat di rumah saya dan ade sedikit pertelingkahan berlaku. dipendekkan cerita setelah keluarga isteri saya balik..saya di "basuh" oleh abag saya di ruang tamu...selepas itu ibu saya pula "basuh" di biliknya....sementara itu perasaan saya dan kepala otak saya sgt2 la bercelaru dan pusing...dan secara tak sengaja saya ungkapkan perkataan "KALAU MACAM NI CERAI JE LAH.." hanya di hadapan ibu saya sahaja, tiada org lain ketika itu dan saya terus ke luar rumah...tapi di dlm hati saya tidak terdetik pn utk melafazkan perkataan itu..jadi saya dlm keadaan delima sekrg ini..adakah percakapan saya itu sah atau tidak..setengah2 pendapat ianya sah..sesetengahnya pula tidak...
jadi saya ingin meminta bantuan pandangan dri tuan2 atau ustaz2 yg bijaksana mengenai ini dari segi hukum syarak.

Terima Kasih Wassalam......
presetz
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Thu Oct 16, 2008 11:34 am

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby PenMerah on Thu Oct 16, 2008 8:37 pm

walaikumsalam... awak lelaki ker pompoan...?
kalau was-was gugur talak tuh ustaz aku cakap...
tapi cam nie lah cadangan aku... sebab nko dah rejester suami isteri...

cadangan:-
nko nikah balik... solw talk ngan bapak mertua nko... nko tau kan syarat2 sah nikah... abis citer... tak yah lapor kat pejabat kadhi... itu antara keluarga nko ngan tuhan yanng tau lebih penting... jadi keadaan nko normal lah balik... 8)
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby fikrah_islami on Tue Oct 21, 2008 12:59 pm

assalamu'alaikum :)

presetz, nampaknya soalan mahkamah syariah nih :)

Tiadalah saya dapat menjatuhkan hukum :). Anyway saya bincang
dengan opismet saya tadi n kami fikir belum jatuh 'talaq' sebab saudara
baru bercadang bukan menjatuhkan 'talaq'.

Anyway, harap pakar2 bidang syariah dapat membantu n saya
pindahkan topik nih ke bicara fiqh yer :)


Syukran
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1912
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby Couns on Sat Oct 25, 2008 8:37 pm

"KALAU MACAM NI CERAI JE LAH.."

perkataan 'kalau' itulah yg menjadi batas satu perbuatan atau percakapan tu....
maksud lain bagi 'kalau' ialah 'jika sekiranya...', perkataan 'jika' juga ialah sesuatu yang belum 'dilakukan'
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby WARIS on Tue Oct 28, 2008 11:51 am

RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan.

Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri itu masih suka kepada suaminya. Sebaliknya suami boleh merujuk isteri yang diceraikan walaupun isteri itu tidak lagi suka kepada suaminya. Menurut jumhur ulama, ada tiga rukun utama rujuk iaitu suami, isteri dan sighah (lafaz).

Kewujudan saksi hanya disunatkan.Rukun pertama, suami hendaklah seorang yang baligh. Tidak sah rujuk bagi suami yang belum baligh. Suami hendaklah seorang berakal dan tidak sah rujuk sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika suami dipaksa dan ketika rujuk, suami hendaklah kekal dalam Islam. Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku perceraian. Tidak boleh merujuk isteri yang diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai idah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus.

Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuknya tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak rajie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk.Rujuk juga hanya boleh berlaku ketika isteri dalam tempoh idah.

Tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya idah isteri atau isteri berkenaan murtad ketika dirujuk.Rukun ketiga, sighah (lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dituju kepada isteri seperti ‘engkau’ atau ‘nama isteri itu’ atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah itu pula tidak boleh digantungkan (ditaklikkan) dengan sesuatu.Contohnya suami berkata: “Abang rujuk awak jika awak suka.” Atau: “Abang kembali kepada awak jika emak awak datang.”

Rujuk yang digantungkan atau ditaklikkan dengan sesuatu syarat seperti contoh di atas adalah tidak sah.Jenis lafaz rujuk terbahagi kepada dua iaitu lafaz sareh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran/simbolik).Contoh lafaz sareh seperti kata suami “Abang rujuk kembali kepada kamu”. Lafaz seperti ini adalah sah dan tidak memerlukan niat. Manakala lafaz kinayah menggunakan bahasa sindiran atau kiasan yang membawa maksud untuk rujuk seperti kata suami “Abang pegang awak”. “Awak masih isteri abang” jika menggunakan lafaz kinayah maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk rujuk ketika malafazkan perkataan sindiran itu.

Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukunnya adalah sah walaupun rujuk yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk.Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.

Dari sudut peruntukan undang-undang, saudara boleh melihat Seksyen 52 (2) – (9) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Antara lain, Seksyen ini menyebut bahawa sekiranya isteri tamat idah, maka tidak boleh dirujuk. Sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju dengan sebab dan alasan yang dibenarkan hukum syarak, maka dia tidak boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahkamah hendaklah melantik satu jawatankuasa pendamai seperti diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Ini bermaksud, sekiranya isteri tidak bersetuju dengan alasan yang diterima syarak seperti suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memerintahkan satu jawatankuasa dilantik. Jawatankuasa ini akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya.Seorang suami dilarang merujuk dengan maksud jahat seperti bertujuan untuk menyakiti atau menganiaya isteri yang hendak dirujuk.

Ini berdasarkan Surah al-Baqarah ayat 231 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka. Dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum itu sebagai ejek-ejekan dan permainan”. Dari segi hukum rujuk juga, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara lain.Makruh rujuk pula jika perceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami dan isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyayangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya.

Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atau menzalimi isteri yang ingin dirujuknya itu.Merujuk kepada kes saudara, berdasarkan mazhab Syafei, kedudukan rujuk yang saudara buat melalui SMS adalah tidak sah walaupun mempunyai niat untuk rujuk semula bersama isteri. Lafaz rujuk yang dibuat oleh saudara adalah berbentuk tulisan (kitabah) dan bukannya secara lisan melainkan saudara seorang bisu (tidak boleh berkata-kata).

Untuk makluman saudara SMS dianggap sebagai tulisan (kitabah).Namun begitu sekiranya saudara membaca balik SMS itu secara berlafaz sebaik saja saudara menghantar SMS itu, rujuk itu dianggap sah kerana saudara melafazkan rujuk. Saudara perlu melafazkan kembali lafaz rujuk berkenaan secara lisan terhadap isteri di dalam tempoh idah isteri saudara. Sekiranya tempoh idah habis, maka saudara dikehendaki menjalankan akad nikah baru dengan bekas isteri saudara.

Jika dengan akad nikah yang baru, saudara perlu ingat, bilangan talak saudara dengan isteri tersebut berkurang kepada dua sekiranya sebelum ini bercerai dengan talak satu. Saudara juga perlu mengambil kira lafaz taklik yang dibaca ketika perkahwinan dahulu, kerana sesetengah negeri meletakkan taklik iaitu sekiranya suami merujuk tanpa persetujuan isteri maka boleh jatuh satu lagi talak.

Perkahwinan, perceraian dan rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seorang berkahwin secara baik dan terhormat, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian juga dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan menggunakan SMS dan sebagainya. Begitu juga apabila suami ingin merujuk isteri, wajarlah berdepan menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan suami, kerana ia bukan perkara main-main.

Untuk mengesahkan rujuk yang saudara buat, saya menasihatkan agar saudara dapat membuat permohonan pengesahan rujuk di hadapan Pendaftar, Nikah, Cerai dan Rujuk di Pejabat Agama di tempat saudara. Semoga perkahwinan saudara akan dapat diselamatkan dan beroleh keberkatan.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby g@y@t on Tue Oct 28, 2008 7:33 pm

as'kum,

Artikel En. waris tiada kaitan dgn soalan yg ditanyakan. Mgkn Waris boleh dapatkan artikel yg tepat bagi menjawab persoalan di atas.adapun mengenai persoalan yg diajukan di atas, perkahwinan sdr masih sah dan tidak jatuh talak. Kita perlu phm bhw ada dua kondisi talak:

1. lafaz sarih
2. lafaz kinayah

Lafaz sarih atau yg jelas adalah spt "Aku ceraikan engkau" atau "aku dan engkau jatuh 1 talak".

Adapun lafaz yg samar atau kinayah, adalah lafaz spt "engkau dan aku tidak bersama lagi" dan seumpamanya...

Bagi lafaz yg jelas, ia tidak memerlukan niat. Berbeza dgn lafaz yg samar yg mana ia perlu disusuli dgn niat.

dlm kes yg ditanyakan ini, ia termasuk dalam lafaz kinayah dan ia memerlukan niat. Dan inilah pendpt dalam mazhab Syafi'i. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby abuqais on Tue Nov 11, 2008 2:19 pm

WARIS wrote:RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan....


Tuan Waris, terima kasih atas maklumat dan penyebaran ilmu. Tapi lebih elok kalau tuan sebutkan sumber pengambilan supaya lebih adil kepada penulis-penulisnya. Rasanya macam pernah baca pasal rujuk ni dalam laman web www.jais.net.my. Maaf ye kalau saya tersilap. Maklumat tu ada kene mengena dengan saya sebab tu saya perasan. Sumber asal dan utama: Buku Ruju' Menurut Perundangan Islam (Terbitan: JAIS).
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby abuqais on Tue Nov 11, 2008 2:33 pm

presetz wrote:Assalammualaikum kepada semua dan selamat hari raya....

di sini saya ingin bertanya kepada shabat2 atau ada ustaz2 di sini mengenai satu masalah atau situasi saya...

baru2 ini keluarga saya dan isteri saya (besan) ada berselisihan pendapat di rumah saya dan ade sedikit pertelingkahan berlaku. dipendekkan cerita setelah keluarga isteri saya balik..saya di "basuh" oleh abag saya di ruang tamu...selepas itu ibu saya pula "basuh" di biliknya....sementara itu perasaan saya dan kepala otak saya sgt2 la bercelaru dan pusing...dan secara tak sengaja saya ungkapkan perkataan "KALAU MACAM NI CERAI JE LAH.." hanya di hadapan ibu saya sahaja, tiada org lain ketika itu dan saya terus ke luar rumah...tapi di dlm hati saya tidak terdetik pn utk melafazkan perkataan itu..jadi saya dlm keadaan delima sekrg ini..adakah percakapan saya itu sah atau tidak..setengah2 pendapat ianya sah..sesetengahnya pula tidak...
jadi saya ingin meminta bantuan pandangan dri tuan2 atau ustaz2 yg bijaksana mengenai ini dari segi hukum syarak.

Terima Kasih Wassalam......


Assalamualaikum tuan Presetz,

Ni jawapan dari perspektif pengamal undang-undang syariah le lebih kurang. Tak siapa pun boleh beri jawapan yang muktamad dalam persoalan cerai melainkan Mahkamah Syariah sebab ia melibatkan soal hukum Syarak, undang-undang dan pendaftaran. Kalau tuan nak selamat lebih baik failkan permohonan pengesahan perceraian luar mahkamah di mahkamah Rendah Syariah berhampiran. Sebabnya lafaz tu adalah sarih dari sudut perkataan 'CERAI' tapi komponen sighahnya terselindung. Kalau tuan sebut 'KALAU MACAM NI AKU CERAIKAN DIA/ AKU CERAIKAN ENGKAU" maka jatuhlah talaq. tapi sebab tuan tak sebut siapa yang menceraikan dan siapa yang diceraikan, maka hukum talaq tak dapat diputuskan melainkan setelah tuan memberi keterangan kepada hakim. antaranya adakah tuan menujukan ungkapan cerai tu kepada isteri sebagai orang yang diceraikan? Siapakah pelaku bagi perbuatan cerai itu, adakah diri tuan sendiri? Kalau ada terlintas dalam hati ketika itu tuan sebagai orang yang menceraikan dan isteri tuan sebagai orang yang diceraikan, maka saya bimbang akan jatuh talak. jangan sembunyikan niat yang terselindung, dan tanyalah kepada hakim, tentu jawapannya muktamad.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby abuqais on Tue Nov 11, 2008 3:10 pm

Couns wrote:"KALAU MACAM NI CERAI JE LAH.."

perkataan 'kalau' itulah yg menjadi batas satu perbuatan atau percakapan tu....
maksud lain bagi 'kalau' ialah 'jika sekiranya...', perkataan 'jika' juga ialah sesuatu yang belum 'dilakukan'


Memang perkataan KALAU menunjukkan perbuatan itu digantungkan kepada syarat, tetapi dalam kes ini ia telah dikaitkan dengan perkataan MACAM NI. Jadi maksudnya syarat itu sudah berlaku. Apa yang difahami perkataan MACAM NI tu lebih cenderung merujuk kepada perkara yang sedang atau telah berlaku, bukan merujuk kepada perkara yang akan berlaku. Nak dikatakan ia bermaksud memberi cadangaan pun susah jugak nak diterima. Sebab kalau dikatakan itu hanya cadangan, siapa pula pihak yang boleh memberikan persetujuan terhadap cadangan tu? Sebagai contoh, kalau saya tak nak satu barang milik saya, lalu saya katakan kepada orang yang memegang barang itu, KALAU MACAM NI, AMBIK JE LAH. Maksudnya saya memang nak bagi barang tu kepada dia, bukan nak bagi cadangan supaya dia ambil barang saya.Tapi terpulanglah kepada empunya diri apa yang dimaksudkannya selagi ia boleh diterima uruf dan Syarak. Susah jugak nak faham masalah orang ni...
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby cahaya_malam on Wed Apr 01, 2009 9:56 pm

assalamu'alaikum

kalau kita ingin memfailkan fasakh tapi bukan di neggeri asal kita nikah macam mana ustaz???
bolehkah dilakukan sedemikian??
apa prosedurnya???
maaf jika bukan pada tempatnya saya bertanya
cahaya_malam
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 70
Joined: Mon Mar 10, 2008 12:32 am
Location: nomad

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby WARIS on Thu Apr 02, 2009 8:17 am

abuqais wrote:
WARIS wrote:RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan....


Tuan Waris, terima kasih atas maklumat dan penyebaran ilmu. Tapi lebih elok kalau tuan sebutkan sumber pengambilan supaya lebih adil kepada penulis-penulisnya. Rasanya macam pernah baca pasal rujuk ni dalam laman web http://www.jais.net.my. Maaf ye kalau saya tersilap. Maklumat tu ada kene mengena dengan saya sebab tu saya perasan. Sumber asal dan utama: Buku Ruju' Menurut Perundangan Islam (Terbitan: JAIS).




betul la tu...
sbb hal2 hukum hakam agama saya mmg berhati-hati buat kutipan...
kadang2 tu saya mmg rujuk dgn kawan2 di JAKIM

Hukum hakam Islam bukan ciptaan baru, walaupun ditulis semula...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Pertanyaan tentang Penceraian

Postby WARIS on Thu Apr 02, 2009 8:28 am

g@y@t wrote:as'kum,

Artikel En. waris tiada kaitan dgn soalan yg ditanyakan. Mgkn Waris boleh dapatkan artikel yg tepat bagi menjawab persoalan di atas.adapun mengenai persoalan yg diajukan di atas, perkahwinan sdr masih sah dan tidak jatuh talak. Kita perlu phm bhw ada dua kondisi talak:

1. lafaz sarih
2. lafaz kinayah

Lafaz sarih atau yg jelas adalah spt "Aku ceraikan engkau" atau "aku dan engkau jatuh 1 talak".

Adapun lafaz yg samar atau kinayah, adalah lafaz spt "engkau dan aku tidak bersama lagi" dan seumpamanya...

Bagi lafaz yg jelas, ia tidak memerlukan niat. Berbeza dgn lafaz yg samar yg mana ia perlu disusuli dgn niat.

dlm kes yg ditanyakan ini, ia termasuk dalam lafaz kinayah dan ia memerlukan niat. Dan inilah pendpt dalam mazhab Syafi'i. WA.

wassalam




Dalam konteks ini, fuqahak membahagikan perceraian dua keadaan iaitu perceraian yang soreh (al-Talak al-Soreh) dan perceraian secara sindiran (al-Kinayah) (Wahbah al-Zulaily : 6897). Al-Jaziri berpendapat bahawa hanya kedua-dua lafaz ini sahaja boleh menjatuhkan talak. Talak tidak jatuh dengan perbuatan seperti suami yang bertindak menghantar isterinya balik ke rumah kedua ibubapanya tidal dikira sebagai talak jika tiada lafaz walaupun suami berniat demikian. (Awadh al-Jaziri : 249)

Talak yang soreh

Jumhur Ulama’ sepakat berpendapat bahawa Talak yang soreh ialah lafaz yang jelas dari segi maknanya dan kebiasaannya membawa erti talak. Contohnya, seorang suami berkata kepada isterinya, "Saya ceraikan awak". Lafaz begini memberi kesan jatuh talak walaupun tanpa niat.

Mazhab Al-Syafie menggunakan tiga konotasi yang berbeza dengan membawa maksud yang sama iaitu perceraian, penghapusan milik atau pembubaran perkahwinan iaitu al-Talak(Surah al-Baqarah 229),

Talak al-Kinayah (Talak Secara Kiasan)

Jumhur ulama’ berpendapat talak al-kinayah ialah talak yang dinyatakan secara kiasan atau sindiran yang boleh ditafsir dengan dua kemungkinan sama ada memberi maksud cerai atau sebaliknya. Contohnya, "Pulanglah engkau ke rumah bapamu". Atau "Keluarlah kamu dari rumah ini". Lafaz Talak al-kinayah seperti ini memerlukan kepada niat. Hanya dengan wujudnya niat talak akan jatuh.

Mazhab al-Syafie dan Hanbali berpendapat, lafaz yang dianggap kinayah adalah seperti lafaz "Awak haram ke atas saya". Sekiranya suami melafazkan kepada isterinya dengan niat menceraikannya maka jatuh talak. Walau bagaimanapun, Mazhab Hanafi dalam menyatakan pandangan mengenai perkataan haram berpendapat bahawa sekiranya suatu masyarakat telah melazimkan perkataan tersebut sebagai talak maka ia dikira sebagai lafaz soreh bukan lagi kinayah dan jatuh talak walaupun tanpa niat. (Wahbah AL-Zuhaily : 6897)

Talak Melalui Tulisan (Bil Kitabah)

Pendapat Jumhur

Kebanyakan Fuqahak berpandangan bahawa talak melalui tulisan hanya berlaku sekiranya disertai dengan niat. Ini adalah kerana tulisan adalah sama kedudukannya dengan kata-kata seseorang yang boleh difahami maksudnya. Walaupun Fuqahak sependapat bahawa talak boleh jatuh dengan perantaraan tulisan berdasarkan kriteria tertentu, mereka berbeza pandangan dalam menentukan kriteria tersebut.

Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi mensyaratkan dua kriteria tulisan yang sama statusnya dengan lafaz iaitu :


Tulisan yang jelas


Ditujukan khusus kepada isterinya yang tertentu.

i) Tulisan Yang Jelas

Al-Hanafiah berpendapat bahawa tulisan yang dapat dilihat dengan jelas (lafz al-mustabinah) seperti yang tertera di atas helaian kertas, batu, tanah dan ianya ditujukan kepada isteri dengan tertera nama dan alamat beserta tulisan yang jelas (marsumah) seperti "Aku ceraikan kamu" statusnya sama dengan lafaz soreh. Bagaimanapun talak dengan tulisan yang tidak jelas (ghair al-mustabinah) seperti tulisan yang dilakarkan di udara atau di atas air dan tiada apa-apa kesan yang boleh dilihat dan tidak maka tidak jatuh talak. (Wahbah al-Zuhaily : 6902, al-Jaziri 250 dan al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah : 24)

ii) Ditujukan khusus kepada isterinya yang tertentu

Tulisan yang tidak dapat ditentukan kepada siapa cerai itu ditujukan seperti "Aku ceraikan si dia" atau hanya menyebut sifatnya seperti "Aku ceraikan si putih kuning" memerlukan kepada niat. Hanya lafaz yang disertai niat sahaja talak akan jatuh.

Secara ringkasnya Mazhab Hanafi berpandangan jatuh talak apabila tulisan tersebut jelas yang tentu siapa yang ditujunya (al-Marsumah) sama seperti kedudukan talak yang soreh. Tetapi sekiranya tidak jelas (ghair al-Marsumah), maka perlu ada niat. (Wahbah al-Zuhaily : 6902, al-Jaziri 250 dan al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah : 24)

Dalam konteks tulisan suami yang bertaklik melalui tulisannya seperti menyatakan "Apabila sampai sahaja tulisan ini kepada kamu, maka jatuh talak"; Hanafi menyatakan jatuh talak apabila tulisan tersebut sampai ke tangan isteri sama ada isteri membacanya atau tidak. Malah sekiranya isteri tidak memahaminya, talak tetap jatuh. Ini kerana tulisan yang soreh membawa maksud talak dan ditujukan khusus kepada isteri yang dimaksudkan itu, sama statusnya dengan lafaz soreh. Hukumnya jatuh talak walaupun tanpa niat. (al-Jaziri : 250).

Begitu juga kedudukan talak ditulis di atas sepucuk surat yang dikirim melalui penghantar kepada isterinya yang berjauhan sekiranya memenuhi syarat talak maka hukumnya jatuh talak seperti mana lafaz yang soreh.

Mazhab Syafie dan Maliki

al-Syafi’iyyah dan al-Malikiyyah berpendapat talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk soreh tidak menjatuhkan talak dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Sebagai contoh suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis secara soreh (contoh :"Aku ceraikan kamu") atau kinayah menceraikan isterinya maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat demikian.

Mazhab Syafie juga berpendapat bahawa talak melalui tulisan yang sama statusnya dengan lafaz, adalah tulisan yang disertai dengan niat. Ini kerana talak melalui tulisan dianggap sama dengan lafaz talak secara kinayah. Selain daripada tulisan yang disertai dengan niat sebagai syarat jatuh talak, Syafie juga mensyaratkan bahawa tulisan tersebut juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada isterinya. (al-Jaziri : 253)

- JAKIM
05 Mac 2004
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: Bing [Bot] and 2 guests