HIBAH-makna dan contohnya

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

HIBAH-makna dan contohnya

Postby IbnuShah on Wed Dec 03, 2008 7:50 am

Ada tak sesiapa yg boleh bagi tau pegertian, contoh dan rujukan tentang pekara ini.....
(",) Sedekahkan senyuman anda
IbnuShah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 76
Joined: Tue Jun 21, 2005 11:50 am
Location: Bumi Tuhan

Re: HIBAH-makna dan contohnya

Postby Shamsudin on Wed Dec 03, 2008 4:12 pm

salam..

Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia.
Harta dianggap sebagai satu amanah yang mesti diuruskan dengan baik dan sasempurna mungkin,berdasarkan peraturan dan hukum Allah swt.
Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan diakhirat mesti diurus dan dirancang semasa hidup ini.
Sesungguhnya Islam telah menyusun,mengatur system dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta melalui kaedah:

Wakaf - Harta diberi untuk tujuan kebajikan kerana Allah. Pemberian yang tidak boleh dibatalkan.
Sedekah - Pemberian sumbangan ikhlas yang mengharapkan keredaan Allah.Menolong dan membantu meringankan beban sesama insan.
Hibah - Pemberian sukarela semasa hidup tanpa mengharapkan imbalan.Hibah boleh diberi kepada waris atau bukan waris
Wasiat - Satu deklarasi oleh pewasiat semasa hayatnya keatas hartanya & manfaatnya untuk kebajikan waris yang dibenarkan oleh syarak.
Faraid.
- Formula Pembahagian Pewarisan Harta Pusaka yang telah ditentukan oleh Islam

Berbalik kepada soalan saudara ;-
Hibah bermaksud pemberian. Di dalam Islam, hibah adalah pemindahan harta tanpa balasan mengikut syarat-syarat tertentu. Pemindahan milik yang dibuat dengan niat memperolehi pahala di akhirat dipanggil sadaqah. Apabila barang pemberian dibawa kepada penerima kerana menunjukkan rasa horrmat kepadanya ianya dikenali sebagai hadiah .

Memberi pemberian digalakkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Bertukar-tukar hadiah dikalangan kamu kerana ia mengukuhkan
perasaan sayang di antara satu sama lain."

"Berilah hadiah kepada seseorang lain kerana hadiah menghindari rasa cemburu"

Seseorang boleh menurut undang-undang memberi hartanya kepada seseorang yang lain secara inter vivos, iaitu semasa hidup dan ia tidak terhad jumlahnya. Tetapi jika dia membuat pemberian melalui Wasiat pemberian adalah terhad hanya setakat satu pertiga daripada keseluruhan hartanya.


Ciri–ciri Deklarasi Hibah

Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat
Pemberian daripada ibu/bapa kepada anak boleh dibatalkan.
Pemberian kepada selain daripada anak-anak tidak boleh dibatalkan
Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah

Kelebihan membuat Deklarasi Hibah

Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta penghibah ( Pusaka )
Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah
Aset tidak tertakluk kepada Faraid
Hak benefisiari selamat dan terjamin

Syarat-syarat Deklarasi Hibah

Harta mestilah pemilik sepenuhnya Settlornya
Harta yang masih dalam tanggungan atau pinjaman boleh diisytiharkan sekiranya pembayaran pinjaman dilindungi oleh insuran ie: MRTA
Deklarasi Hibah yang dibuat daripada ibu/bapa kepada anak boleh dibatalkan.
Pendaftaran PA (Power of Attorney) akan dibuat pada Deklarasi ini.
Deklarasi perlulah ditandatangani oleh 2 orang saksi lelaki Muslim, di mana salah seorang daripada saksi hendaklah sama ada peguam atau pun Pesuruhjaya Sumpah.

Banyak lagi perkara yang boleh saya kongsikan pada sahabat semua,
saya agen kepada Amanah Raya Berhad & As-Salihin Trustee Berhad.
sekiranya ada pertanyaan, sila lah nyatakan atau hubungi saya:

Mohd Samsudin Ismail
'Islamic Estate Planner'
Moreclass Wealth Advisory Sdn. Bhd (813043-D)
T: 03-5512 8700(G.Line)/5513 8236/017-3797368
F: 03-5519 0878
E: samsudin@moreclass.com.my
W: http://www.moreclass.com.my
Shamsudin
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Tue Oct 28, 2008 4:04 pm

Re: HIBAH-makna dan contohnya

Postby abuqais on Mon Jan 05, 2009 3:47 pm

Secara praktikalnya sebarang pertikaian mengenai hibah bolehlah dibuat pengesahan kepada Mahkamah Syariah. Hibah yang dibuat dan sempat dilaksanakan semasa hidup mungkin tak bermasalah. Tapi kalau pelaksanaannya selepas penghibah mati, ini akan jadi masalah sikit dari sudut perundangan kerana melibatkan banyak pihak berkuasa. Sepanjang penglibatan saya mengendalikan kes-kes hibah di Mahkamah Syariah masalah banyak timbul dalam perkara berikut:

1) Saksi Hibah: Bermasalah dalam mengemukakan saksi untuk mensabitkan berlaku hibah. Jumlah saksi adakalanya tidak mencukupi.

2) Lafaz hibah: Jarang saksi atau pemohon sendiri dapat mengemukakan lafaz hibah secara verbatim seperti yang didengar olehnya atau oleh saksi daripada penghibah. Kalau ada pun selalu berbeza-beza. dan kebanyakkannya tak ingat ayat asal dan terpaksa buat ayat sendiri. Ini tidak betul dari segi persaksian. Saksi hendaklah memberitahu apa yang dia dengar sebijik-sebijik supaya Hakim dapat memahami apakah kehendak sebenarnya. Kalau saksi cuba menafsirkan atau mengalih bahasa daripada ayat asal, kemudian sekiranya pemahamannya itu salah, saksilah yang akan dipertanggungjawabkan. Sebab itu serahkan tugas mentafsir maksud lafaz/ayat/sighah asal (nas asal) kepada hakim. Cuma kalau dapat saksi hendaklah bertanya sendiri kepada penghibah apa niat dan maksudnya jika lafaz hibah yang diucapkan itu kurang jelas. Jika dah jelas maksudnya, beritahu ayat tersebut kepada hakim. Biasanya masalah ni timbul bila melibatkan penghibah yang telah meninggal dunia. Hakim dah tak boleh nak soal si mati. terpaksalah hakim tanya saksi. kalau saksi jenis yg tak tahu apa yang disaksikan, maka jadilah dia saksi yang menyaksikan atas kejahilan, dan inilah yang menjadikan hisabnya susah di Akhirat. Wal iyazubillah.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Re: HIBAH-makna dan contohnya

Postby WARIS on Wed Jan 28, 2009 11:22 am

RAMAI di kalangan umat Islam sekarang ini sudah mula mempraktikkan pemberian hibah kepada orang tersayang sama ada ahli waris atau bukan ahli waris. Contohnya, ayah memberi tanah kepada anak bongsunya ketika dia masih hidup.

Atau, seorang ibu memberi rumah dibelinya kepada anak angkatnya. Begitu juga datuk memberikan dusun buah-buahan kepada cucunya yang tidak dapat harta pusaka kerana dilindungi oleh ahli waris lain dan sebagainya.

Apakah sebenarnya yang dikatakan hibah dan bagaimana ia dijalankan? Hibah ialah suatu pemberian iaitu al-atiyyah yang berkaitan dengan benda atau selainnya. Hibah menurut syarak ialah satu akad yang dibuat seseorang kepada seseorang lain, ketika seseorang masih hidup secara sukarela memindah milik sesuatu harta miliknya kepada orang itu.

Hukum hibah ialah sunat dan digalakkan dalam Islam terutama kepada keluarga terdekat. Allah berfirman yang bermaksud, "Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka gunakanlah pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi kesudahannya." (Surah al-Nisa', ayat 4)

Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berikanlah hadiah, kamu akan berkasih sayang."

Ini bermaksud sunat bagi kita memberi harta atau barang kepada sesiapa yang kita sayangi sebagai pemberian hadiah secara sukarela tanpa apa-apa bayaran. Hibah mempunyai rukun dan syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikannya sah di sisi hukum syarak. Jika salah satu rukun atau syarat hibah itu tidak ada, maka hibah berkenaan adalah tidak sah.

Rukun hibah ialah:


orang yang memberi hibah (penghibah),


orang yang menerima hibah (penerima hibah),


barang yang dihibahkan dan


lafaz hibah iaitu ijab dan kabul.

Syarat bagi penghibah ialah seorang yang baligh, waras, cerdik dan pemilik sah bagi harta yang dihibahkan. Hibah yang dibuat kanak-kanak atau orang tidak waras adalah tidak sah. Begitu juga hibah seseorang ke atas harta yang masih dalam gadaian atau mempunyai hutang dengan pihak bank adalah tidak sah.

Syarat bagi orang yang menerima hibah pula, ia hendaklah orang yang berkemampuan dari segi hukum syarak untuk menerima harta atau barang yang dihibahkan, antaranya seperti baligh dan berakal.

Walau bagaimanapun, penerima hibah yang tidak cukup syarat boleh menerima harta hibah melalui wali. Contohnya, seseorang menghibah harta kepada kanak-kanak atau orang tidak waras, maka wali bagi kanak-kanak atau orang yang tidak waras itu boleh menerima harta hibah bagi pihak mereka.

Harta atau barang yang dihibahkan pula mestilah sesuatu yang bernilai pada pandangan syarak pada waktu hibah dibuat, milik sah orang yang memberi hibah dan hendaklah jenis yang boleh diserahkan pada waktu itu.

Contohnya, ayah menghibahkan sebidang tanah kepada anaknya. Tanah adalah jenis harta yang bernilai daripada sudut pandangan syarak. Namun begitu, tanah itu hendaklah bebas daripada sebarang gadaian dengan pihak bank.

Jika mempunyai sekatan gadaian, tanah itu tidak mencukupi syarat sebagai harta yang boleh dihibahkan. Ia belum menjadi milik sah orang yang memberi hibah dan juga tidak boleh diserahkan pada waktu itu kerana sekatan gadaian menghalang serahan atau pindah milik dibuat.

Syarat sighah ialah perlu adanya lafaz ijab dan kabul. Lafaz ijab dan kabul dalam hibah hendaklah mempunyai persamaan. Contohnya, penghibah berkata, "Aku beri barang ini kepada kamu" lalu dijawab penerima, "aku terima barang ini."

Lafaz ijab dan kabul dalam hibah tidak boleh dikenakan syarat tertentu dan tidak boleh disyaratkan sebarang tempoh masa tertentu. Jika ada hibah diberikan tetapi disyaratkan dengan tempoh masa tertentu untuk dilaksanakan seperti hibah al-Umra dan al-Ruqba, hukum hibah itu tetap sah tetapi syarat yang dikenakan dianggap terbatal.

Hibah al-Umra bermaksud penghibah memberi harta atau barang kepada penerima hibah dengan syarat jika penerima hibah meninggal dunia, harta atau barang itu hendaklah dipulangkan kembali kepada penghibah atau waris penghibah jika penghibah sudah meninggal pada waktu itu.

Contohnya, Ali berkata kepada Ahmad, "Aku beri kebun ini kepada engkau selagi engkau hidup saja. Jika engkau mati, kebun ini hendaklah dipulangkan semula kepada aku atau waris aku jika aku meninggal terlebih dulu."

Hibah seperti ini sah hukumnya, tetapi syarat yang dikenakan iaitu kebun itu dipulangkan secara automatik kepada penghibah atau waris penghibah apabila penerima meninggal dunia adalah batal.

Hibah al-ruqba pula bermaksud hibah dibuat dengan satu perjanjian antara penghibah dengan penerima hibah bahawa jika berlaku kematian salah seorang daripada mereka, maka harta dihibahkan itu akan berpindah kepada masih hidup.

Contohnya, Ali berkata kepada Ahmad, "Aku beri kebun ini kepada engkau. Jika engkau mati dulu, kebun ini dipulangkan kepada aku, jika aku mati dulu kebun ini terus menjadi milik engkau". Hibah seperti ini juga sah hukumnya, tetapi syarat yang dikenakan itu adalah batal.

Ini bermaksud, hibah yang dibuat adalah sah tetapi syarat yang diletakkan itu tidak mengikat kedua-dua pihak kerana syarat berkenaan dianggap batal dan tidak diiktiraf oleh hukum syarak.

Ada beberapa persoalan lain berkaitan seperti bolehkah seseorang menghibahkan hartanya kepada orang lain ketika dia sedang sakit, nazak atau dipanggil mar dal-maut? Bolehkah waris kepada pemberi hibah tidak bersetuju dengan hibah dibuat dan ingin membatalkannya?

Bolehkah harta yang dihibahkan itu ditangguh pemberiannya selepas pemberi hibah meninggal? Dan jika berlaku pertikaian, ke mana pihak yang bertikai boleh pergi mendapatkan penyelesaiannya, sama ada di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil? Perbincangan seterusnya akan disambung pada minggu depan.

Mohd NoorAizan Md Idrus
Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron