mubarak wrote:ASSALAMUALAIKUM.
1. Seorang kakitangan kerajaan yang menghadiri kursus di suatu tempat yang jaraknya melebihi 2 marhalah dan sudah tahu kursus akan berakhir pada tarikh-tarikh tertentu ,dan dia sudah pasti tahu bila dia akan kembali ke rumahnya iaitu setelah tamat kursus tersebut. Adakah orang seperti ini mendapat rukhsah solat ( adakah boleh beliau qasar atau jamak solat ) sebaik sahaja beliau check in di hotel tempat dia berkursus ? mohon penjelasan dan sumber rujukan.
Dalam soal ini fuqaha' bersependapat dia masih wajib mendirikan solat kerana mukallaf. (maka, berdosa jika dia tidak solat)
Cuma ada sedikit perselisihan dalam menentukan maksud musafir dan tempoh yang diharuskan qasar/jamak. Namun untuk membolehkan dia mendapat rukhsah tersebut ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, antaranya:
1) musafir kerana perkara yang diharuskan (bukan perkara maksiat)
2) tidak berniat untuk bermukim melebihi 3 hari (syafie) atau 15 hari (hanafi)
3) jarak melebihi 2 marhalah
4) masa bermusafir kurang daripada 3 hari (tidak termasuk hari pergi dan balik)-syafii
Jika jadual kursusnya itu ditetapkan selama 5 hari (tak termasuk hari datang dan balik), maka dia ada 2 pilihan jika hendak mendapatkan rukhsah mengikut mazhab syafie
i) tidak berniat untuk ikuti kursus tu selama 5 hari. maksudnya dia kena niat datang kursus 3 hari je. hari last niat balik awal atau datang lewat (ponteng sehari la tu). tapi ini tak berapa baik la untuk kerja.
ii) buat aduan kepada penganjur kursus suruh pendekkan masa kursus kepada 3/4/5 hari sahaja (2 hari untuk perjalanan), demi meraikan pendapat mazhab syafii. Tengok macam ILIM kursus dia 4 hari je.
tapi kalau kursus induksi yang sampai 2 minggu, elok juga minta pandangan fatwa. sebab saya tak berani nak bertalfiq terus kepada mazhab hanafi tanpa ada panduan fatwa. Namun jika ada kekeliruan dan keraguan, eloklah berpegang kepada 'al-azimah' iaitu hukum asal.
2.benarkah ada pendapat yang mengatakan lelaki haram memakai sutera walaupun sutera campuran.

Saya tak pasti itu adalah fatwa atau pandangan ulamak fiqh, tapi pandangan itu memang ada sandarannya kepada kaedah fiqhiyyah: 'apa yang haram sedikit atau banyaknya adalah sama'. Jika lelaki haram memakai sutera, maka kain kapas yang dicampur sutera juga haram kerana masih mengandungi sutera. begitu juga kalau lelaki haram memakai emas, maka memakai emas bercampur perak juga haram. Ini adalah dalam keadaan biasa dan aman. namun ia berbeza dgn keadaan darurat yang tidak dapat dipisahkan antara yang halal dan yang haram, maka bolehlah dikira halal selagi mana yang halal lebih banyak daripada yang haram. yang haram 100% pun boleh menjadi halal, jika tahap daruratnya terlalu tinggi sehingga melibatkan kepentingan nyawa atau agama.
Itu semua perlu penelitian dan perbahasan lanjut. namun soal lelaki pakai sutera campuran, adalah sewajarnya dielakkan. lainlah kalau pakai sutera tiruan, kerana sutera tiruan bukan sutera. sutera campuran masih ada kandungan sutera. WA