bagaimana tinjauan fiqh ??

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

bagaimana tinjauan fiqh ??

Postby Arif Fachrudin on Sat Jun 28, 2003 3:07 pm

ada satu isu di bicara siasah & haraki, yang membahas tentang keharaman demokrasi sebagai azas sebuah negara..

dengan point bahawa :
demokrasi = dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
dalam demokrasi : hukum dibuat & ditetapkan oleh suara majoriti
dalam demokrasi : menetapkan apa-apa perkara adalah mengikut suara majoriti..

bagaimana tinjauan fiqh dalam perkara ini ? mohon penjelasan..
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby g@y@t on Mon Jun 30, 2003 7:06 am

As'kum,

Terima kasih kpd Ariff yg membawakan topik/persoalan ini di bicara fiqh. Saya sudahpun membaca diskusi topik ini di bicara siasah secara sepintas lalu. Insya Allah saya akan cuba jelaskan setakat yg mampu.

Dlm membicarakan mengenai demokrasi ini, kita akan dapati terdapat dua kelompok yg saling bertentangan. Iaitu yg mengatakannya haram dan satu lagi yg mengatakannya tidak. dlm menetukan hukumnya, kita tidak boleh tergopoh2 krana ini juga boleh dimasukkan di bawah isu khilafiah. Utk memperolehi pendapat yg rajih, kajian serta rujukan yg byk diperlukan utk memerhati hujah kedua2 pihak. Saya tidak mempunyai masa dan sumber yg byk utk melihat hujah2 mereka. Apatah lagi ilmu saya yg cetek ini. Saya pasti lagi ramai antara kita yg lebih layak drpd saya utk memberikan jawapan.

Namun, saya akan cuba juga menjawabnya setakat yg mampu. dan mungkin akan ada koreksi atau komentar ataupun tambahan dari yg lain.

-------

Setelah melihat sumber yg saya ada, saya dapati pihak yg mengatakan haram itu menggunakan hukum haramnya tasyabbuh berdasarkan hadis berikut:

Daripada Ibnu Umar ra dia berkata, Baginda RasululLah s.a.w pernah bersabda, “ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “ [Hadits Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam at-Tirmidzi dlln]

Memandangkan demokrasi ini adalah sistem yg dicedok dari luar Islam, maka mereka berpendapat, mengambil sistem ini dikategorikan juga sebgi meniru kaum kafir. Maka sesuailah dgn hadis lain yg menceritakan apa yg akan terjadi kpd umat Muhammad saw iaitu:

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Kamu pasti akan mengikuti sunnah (cara) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?" Baginda bersabda, "Kalau bukan mereka, siapa lagi?“ [Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim.]

Mereka juga mengatakan, bahawa demokrasi ini adalah hukum rakyat oleh rakyat dan bertentangan dgn prinsip Hakimiyyah hanya milik Allah.

---------

Manakala pihak mengatakan sebaliknya berpendapat bhw mencedok sistem kuffar tiada salahnya. Ia tidak termasuk Hukum tasyabbuh kerana sistem ini boleh membawa faedah kepada umat Islam. Setelah itu, boleh lah menambah ke atas pemikiran, strategi dan sistem2 ruh Islam, yang menukarkannya menjadi sebhgn dari kehidupan org2 Islam dan akan luputlah bentuknya yang asal. Dalam hal ini, demokrasi ialah kaedah praktikal membentuk kerajaan dan memilih pemimpin dan islam tidak ada masalah mengadaptasikan ke dalam sistemnya. Inilah pendapat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kalau kita lihat pada zaman hayat Rasulullah saw sendiri, baginda dlm perang khandak/ahzab mengambil idea menggali kubu dari Salman al-Farisi, sedangkan startegi ini berasal dari Parsi.

Saidina Umar al-Khattab mengambil sistem perakaunan dari Parsi dan mewujudkan sistem kepolisian. Manakala Mu'awiyah mengambil sistem keselamatan dengan mewujudkan bodyguards yg diambil dari budaya Rumawi dan Parsi.

Adakah tindakan Umar al-Khattab ini masuk ke bab bid'ah ataupun beliau melakukan sesuatu yg haram. Jawapannya pasti tidak kerana Rasulullah saw bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,

"....Maka, sesiapa sahaja yang hidup selepasku ini , dia pasti akan mendapati begitu banyak perselisihan. Oleh itu , hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin , lagi mereka itu adalah orang yang mendapat pimpinan..."[Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

Apabila melihat intipati demokrasi tulen, ia membawa maksud masyarakat memilih org yg menjadi pempimpin bagi menguruskan mereka supaya segala perkara yg baik dapat dilakukan oleh pemimpin yg mereka pilih sendiri. Melalui sistem ini juga, rakyat mempunyai hak utk menegur kerajaan(kebebasan bersuara). Melalui intipati ini, kita akan dapati ia juga termasuk ke dlm intipati agama Islam itu sendiri. Sbg cth, Islam mengingkari seseorang menjadi Imam di dalam solat dlm keadaan makmum membenci dan tidak meredhainya. Ini berdasarkan hadis yg bermaksud:

"Ada 3 golongan ,anusia yang mana solat mereka tidak diangkatkan memelibihi kepala mereka walaupun sejengkal. Seseorang lelaki yang mengimami satu kaum dalam keadaan mereka membencinya."[Hadis riwayat Ibn Majah]

Kalau dilihat kpd sistem pilihanraya pula, ia seumpama btk penyaksian terhadapat seseorang yg dipilih itu. Dgn erti kata lain, apabila kita memangkah seseorang calon itu, kita telah menjadi saksi bhw calon itu adalah calon yg layak dan adil utk memegang jawatan yg dipertandingkan itu. Dgn itu, orang yg menjadi saksi ke atas seseorang yg tidak layak, bermakna dia telah melakukan satu dosa krn menjadi saksi palsu. apatah lagi mereka yg menajdi saksi atas sebabcalon itu kerabatnya/kenalannya atau inginkan kedudukan, atau mempunyai kepentinga peribadi. Kerana Allah telah berfirman dalam surah at-Thalaq ayat 2 yg bermaksud

"....hendaklah kamu(saksi) tegakkan kesaksian itu karena Allah..."

Allah juga berfirman dlm surah al-Baqarah ayat 283 yg bermaksud,

"....janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Demokrasi hanyalah satu sistem atau alat sahaja. Jika salah cara, punahlah negara. Kalau betul caranya, Islam boleh cemerlang. Perlu diingatkan bhw kita membincangkan demokrasi tulen yang mana rakyatnya merupakan orang Islam yg berilmu dan dapat membezakan yg mana yg benar dan yg mana yg bathil. WA.

bersambung....

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby Arif Fachrudin on Mon Jun 30, 2003 11:40 am

g@y@t wrote:As'kum,
Terima kasih kpd Ariff yg membawakan topik/persoalan ini di bicara fiqh. Saya sudahpun membaca diskusi topik ini di bicara siasah secara sepintas lalu. Insya Allah saya akan cuba jelaskan setakat yg mampu.

Dlm membicarakan mengenai demokrasi ini, kita akan dapati terdapat dua kelompok yg saling bertentangan. Iaitu yg mengatakannya haram dan satu lagi yg mengatakannya tidak. dlm menetukan hukumnya, kita tidak boleh tergopoh2 krana ini juga boleh dimasukkan di bawah isu khilafiah. Utk memperolehi pendapat yg rajih, kajian serta rujukan yg byk diperlukan utk memerhati hujah kedua2 pihak. Saya tidak mempunyai masa dan sumber yg byk utk melihat hujah2 mereka. Apatah lagi ilmu saya yg cetek ini. Saya pasti lagi ramai antara kita yg lebih layak drpd saya utk memberikan jawapan.

Namun, saya akan cuba juga menjawabnya setakat yg mampu. dan mungkin akan ada koreksi atau komentar ataupun tambahan dari yg lain.

-------

Wa’alaikum salam wa rahmatullahi wa barakaatuh...
Terima kasih juga sdr. g@y@t sudi menjawab, masaalah ini, dan ariff mintak maaf jika dianggap terlambat membawa masaalah ini ke forum yang lebih serius, iaitu dalam perbahasan hukum fiqh, perbahasan yang sentiasa mengedepankan hujjah dengan landasan utama Kitabullah wa sunnaturrasul.
Saya setuju dengan sdr. g@y@t bahawa semestinya kita tidak boleh tergopoh-gopoh dalam menentukan hukumnya...
Sebagaimana saudara g@y@t, apatah lagi saya ni yang masih sangat-sangat-sangat cetek ilmu ni mengharapkan kengkawan sumer yang memiliki pengetahuan sudi berkongsi pendapat kat sini... dengan matlamat supaya kita mendapatkan hujjah yang kokoh dan kebenaran yang tidak mengandung keraguan lagi...

g@y@t wrote:Setelah melihat sumber yg saya ada, saya dapati pihak yg mengatakan haram itu menggunakan hukum haramnya tasyabbuh berdasarkan hadis berikut:

Daripada Ibnu Umar ra dia berkata, Baginda RasululLah s.a.w pernah bersabda, “ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “ [Hadits Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam at-Tirmidzi dlln]

Memandangkan demokrasi ini adalah sistem yg dicedok dari luar Islam, maka mereka berpendapat, mengambil sistem ini dikategorikan juga sebgi meniru kaum kafir. Maka sesuailah dgn hadis lain yg menceritakan apa yg akan terjadi kpd umat Muhammad saw iaitu:

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Kamu pasti akan mengikuti sunnah (cara) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani?" Baginda bersabda, "Kalau bukan mereka, siapa lagi?“ [Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim.]

Mereka juga mengatakan, bahawa demokrasi ini adalah hukum rakyat oleh rakyat dan bertentangan dgn prinsip Hakimiyyah hanya milik Allah.

---------

hujjah daripada pihak yang menganggap keharaman demokrasi tidak hanya seperti yang telah di tuliskan sdr. g@y@t diatas, saya akan menambahkan dengan membawa lagi tulisan yang telah dibawa sdr. Mujaheid dan juga tulisan sdr. Zainal Abidin yang pernah aku kirimkan di forum bicara siasah & haraki, sebagai berikut :
mujaheid wrote:MENGGUGAT DEMOKRASI

Demokrasi , merupakan istilah yang seringkali dilaung-laungkan oleh ramai orang. Bukan sahaja orang bukan Islam, tetapi orang-orang Islam pula telah tertipu untuk menyatakan pernyataan yang serupa. Dikatakan tertipu, kerana dua hal. Pertama, kerana di dalam kamus politik Barat, orang-orang Barat hanya menciptakan dua istilah sahaja dalam sistem politik mereka, iaitu teokrasi dan demokrasi.
Teokrasi artinya pemerintahan Tuhan, sedangkan demokrasi adalah pemerintahan manusia, atau rakyat. Kerana itu, apabila seseorang dikatakan tidak demokratik, bererti identik dengan sistem ketuhanan, yang otoritarian, diktator dengan menggunakan nama Tuhan, zalim dan sebagainya. Akhirnya, orang takut dikatakan anti demokrasi. Sebab, anti demokrasi bererti identik dengan jahat, zalim, otoriter dan sebagainya. Sebab, hanya ada dua istilah dalam kamus politik mereka. Mereka langsung menutup mata terhadap istilah dalam Islam, iaitu sistem Khilafah, yang tidak demokratik dan tidak teokratik. Bahkan istilah Khilafah, yang sebelumnya lebih dahulu ada dalam pentas politik dunia, dan berjaya menguasai dunia lebih tiga belas abad, sebelum lahirnya demokrasi, langsung dihapus dan tidak pernah dimasukkan dalam kamus politik mereka. Inilah penipuan pertama. Dan kerana itu, orang Islam yang mengikutinya tentu layak dikatakan tertipu.

Kedua, demokrasi dicuba untuk diislamkan. Dan penipuan yang kedua inilah yang jauh lebih berbahaya, dibandingkan dengan penipuan yang pertama. Sehingga ramai orang Islam, malah ulama’-ulama’ kaum muslimin yang tertipu, kerana penipuan yang kedua ini. Karana itu, mengingat besarnya penipuan yang kedua ini, dan besarnya kesan penipuan ini dalam dunia Islam, malah lebih berbahaya lagi kerana jelas-jelas bertentangan dengan Islam tetapi dikatakan sesuai atau tidak bertentangan dengan Islam, tulisan ini mencuba menghuraikan seputar sejarah masuknya demokrasi dalam dunia Islam.

Seperti biasa, apabila terdapat idea-idea baru yang bukan daripada Islam, ulama’lah yang digunakan untuk menjadi buldozer agar idea-idea tersebut boleh berjalan mulus tanpa ada halangan. Sebut saja, Muhammad Abduh, dengan karya tafsirnya, yang kemudiannya ditulis oleh muridnya, Rasyid Ridha, yang diberi tajuk Tafsir Al-Qur’ani Al-Hakim: Al-Manar, adalah orang yang berani mengatakan, bahawa mengambil hukum British adalah tidak salah. Sebab, pemerintahan British merupakan pemerintahan yang mendekati kepada keadilan, dibandingkan dengan pemerintahan Islam. Dan adil itu merupakan sifat daripada Islam. Fatwa ini disampaikan oleh Muhammad Abduh, apabila menerangkan tafsir surat Al-Maidah: 44, kepada rakyat India, agar dapat menerima pemerintahan British, yang kafir-imperialis itu.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Al-Maraghi, bekas Syeikh Al-Azhar, yang mengeluarkan fatwa tentang kewajipan seorang khalifah daripada keturunan Quraisy. Dan mencuba untuk meragukan kedudukan khalifah Othmaniyah yang sah. Sebab, khalifah Othmaniyah, bukanlah dari keturunan Quraisy, kerana itu kekhalifahannya tidak sah. Sang Syeikh ini juga menolak bahawa syari’at Islam diterapkan di zaman moden sebagai perlembagaan. Dia juga dengan berani membenarkan pemerintahan Islam untuk tidak melaksanakan hukum Islam kepada orang-orang asing, meskipun mereka sendiri menghendakinya. Juga membenarkan orang-orang kafir zimmi untuk tidak dijatuhi uqubat, apakah berupa hudud, jinayat, ta’zir atau mukhalafat, apabila mereka menyimpang dari penerapan hukum Islam, yang menjadi syarat diperolehinya jaminan zimmah mereka.

Kemudian golongan intelektual yang terkenal kerana pandangan kontroversinya, kerana buku yang ditulisnya, Al-Islam Wa Ushulu Al-Hukmi, iaitu Ali Abdurraziq. Ali kemudian dipecat dari seluruh jawatannya di Al-Azhar, termasuklah kedudukannya sebagai ulama’ Al-Azhar, malah kemudian sijilnya ditarik semua oleh University Al-Azhar. Ali Abdurraziq mengatakan, bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan spiritual sahaja. Sedangkan ajaran politik tidak diajarkan oleh Islam. Dalam hal ini, Dr. Mahmud Al-Khalidi, guru besar di University Yarmuk, Jordania, dalam bukunya Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau’i As-Syari’ah Al-Islamiyah, menyebutkan ada 7 dakwaan yang ditujukan kepada Ali, antara lain kerana sikapnya yang menyatakan, bahawa: (1) Syari’at Islam merupakan syari’at spiritual, yang tidak ada hubungannya dengan pemerintahan dan pelaksanaan urusan dunia, (2) Jihad Nabi saw. adalah untuk mewujudkan cita-cita baginda sebagai raja, bukan untuk agama dan dakwah, (3) Sistem pemeritahan zaman Nabi saw. masih samar, kacau-bilau dan belum ada standard, (4) Tugas utama Nabi hanyalah menyampaikan syari’at dan bukannya untuk berkuasa dan melaksanakan syari’atnya, (5) Sahabat tidak pernah melakukan kesepakatan untuk mengangkat imam (khalifah), (6) Peradilan merupakan tugas syari’at, (7) Pemerintahan Abu Bakar, dan khalifah-khalifah setelahnya bukanlah kekuasaan keagamaan.

Begitulah, kebiasaan orang-orang kafir memasukkan idea-idea kufur mereka, untuk menimbulkan keraguan kaum muslimin kepada agamanya serta memasukkan ajaran-ajaran yang bukan daripada Islam untuk diislamkan. Dengan cara ini pula, kita dapat melihat pintu demokrasi yang asalnya tertutup di dunia Islam kemudian menjadi terbuka. Dan yang membuka itu adalah para ulama’ syu’, atau meminjam istilah Ali bin Al-Haj, dalam buku Fashlu Al-Kalam Muwajahati Zulmi Al-Hukkam, disebut ulama’ salathin. Kerana kedudukan mereka sebagai Syeikh Al-Islam yang bertugas mengeluarkan fatwa untuk kepentingan pemerintah. Maka, kita mengenal Dr. Abbas Mahmud Al-Aqqad, Dr. Ahmad Amin, Dr. Fahmi Huwaidi, Syeikh Al-Ghazali, Dr. Yusuf Al-Qardhawi, sebagai barisan intelektual, apabila tidak layak disebut sebagai ulama’, yang membuka pintu tersebut. Mula-mula Abbas Mahmud Al-Aqqad, diikuti Ahmad Amin, Fahmi Huwaidi, Syeikh Al-Ghazali dan seterusnya hingga Yusuf Al-Qardhawi. Mereka inilah yang mempunyai ‘jasa’ untuk memasukkan idea-idea kufur tersebut dengan fatwa mereka ke dalam ajaran Islam.

Logika Keluarnya Fatwa Ulama’ tentang Demokrasi

Ulama’-ulama’ yang mengeluarkan fatwa bolehnya kaum muslimin menggunakan demokrasi sebagai sistem pemerintahan mereka dalam dilacak, yang masing-masing mempunyai alasan yang sama. Dan pandangan mereka yang paling mendasar, dapat dirumuskan menjadi tiga alasan:

Pertama, pemikiran yang mendominasi wajah dunia Islam ketika itu hingga ketika ini, bahawa apa sahaja yang tidak bertentangan dengan Islam, dan tidak ada dalil yang menyatakan dengan tegas melarangnya, maka hukum untuk mengambilnya dimubahkan. Mereka menggunakan dalil, bahawa Nabi saw. melihat sendiri amalan akad Jahiliyah berlaku di tengah-tengah orang ramai, sedangkan baginda saw. mendiamkannya. Dan apa sahaja yang tidak baginda saw. akui, bererti dilarang. Jadi, apa sahaja yang baginda akui, bererti sah. Dan apa sahaja yang baginda larang, bererti haram. Demikianlah, maka semua pemikiran, hukum atau perlembagaan yang tidak bertentangan dengan Islam, dan tidak ada larangan yang menyatakannya, maka dapat diambil.

Kedua, kemubahan adalah apa sahaja yang tidak mengandungi kesulitan (al-haraj). Menafikan wujudnya kesulitan pada sesuatu, bererti merupakan dalil kemubahannya. Maka, mengambil apa yang tidak dinyatakan terlarang, adalah mubah. Begitu pula, apabila syara’ mendiamkannya, dan tidak menerangkan hukumnya, maka itu hukumnya mubah. Sebab, apa sahaja yang didiamkan oleh syara’ hukumnya adalah mubah. Nabi bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT. Telah memfardhukan kepada kamu berbagai-bagai kefardhuan, maka janganlak sekali-kali kamu mengabaikannya. Dia juga melarang daripada sesuatu, maka janganlah kamu sekali-kali melanggarnya. Dia juga telah menetapkan ketentuan (hukum-hukum), maka janganlah kamu sekali-kali melampauinya (melanggar), Dan Dia juga telah membebaskan sesuatu sebagai rahmat bagi kamu, bukan kerana lalai, maka janganlah kamu sekali-kali mencari-carinya."

Kerana itu, maka apa sahaja yang tidak dilarang oleh syara’ adalah mubah. Dan apa sahaja yang tidak dinyatakan terlarang oleh nas, dan didiamkan oleh syara’ adalah mubah. Sehingga mengambil hukum dan perlembagaan yang tidak dinyatakan oleh syara’, serta tidak dinyatakan terlarang oleh syara’ termasuklah dalam kemubahan ini, sebab di dalamnya tidak terdapat kesulitan (al-haraj). Kerana memang tidak dinyatakan terlarang. Juga kerana tidak dinyatakan di dalam syara’. Malah didiamkan oleh syara’.

Ketiga, Islam adalah agama yang mengajarkan syura, keadilan, persamaan dan kekuasaan di tangan ummat. Dan semuanya ini merupakan inti daripada demokrasi, maka demokrasi hakikatnya berasal daripada Islam. Islam juga telah menyamakan antara miskin dan kaya, hak dan kewajipan, menteri dengan penggembala kambing, dan mendorong agar urusan mereka dibincangkan dengan sesama mereka, bahkan ianya merupakan kaidah utama amar makruf dan nahi mungkar. Sedangkan syura di dalam ajaran Islam, dalam istilah moden telah disusun dalam bentuk institusi yang bernama Parlemen. Sementara amar makruf dan nahi mungkar, dalam bahasa moden diistilahkan dengan kebebasan pers dan jurnalistik, kebebasan individu dan kolektif untuk menerbitkan dan menyatakan pendapat dan pandangan, untuk mengawal apa yang mereka anggap salah. Dan tidak ada yang maksum. Pemerintah tidak maksum. Menteri Besar tidak maksum. Maka, mereka boleh diluruskan, diancam, dan dipaksa dengan kekuatan oleh opini am. Yang semuanya ini dalam Al-Qur’an disebut tawashau bi al-haq. Dan semuanya itu merupakan bahagian daripada demokrasi. Jadi, demokrasi berasal daripada Islam. Al-Qur’an telah mengajarkannya, dan baginda saw. juga telah memerintahkannya. Maka, jadilah ia sebagai bahagian daripada ajaran Islam.

Kekeliruan Logika Fatwa Ulama’

Apabila kita mahu berfikir ulang, secara jernih dan sungguh-sungguh mencari kebenaran, maka setelah kita analisis, ketiga alasan yang menjadi dasar logika keluarnya fatwa ulama’ tersebut adalah kacau-bilau. Antara lain, dapat dilihat dari beberapa aspek:

Pertama, ada perbezaan antara pemikiran yang berkenaan dengan aqidah dan hukum syara’ dengan pemikiran yang berkenaan dengan sains, enjinering, industri, penemuan-penemuan dan sebagainya. Pemikiran yang berkenaan dengan sains, enginering dan sebagainya, sememangnya dapat diambil daripada orang bukan Islam, apabila tidak bertentangan dengan Islam. Sedangkan pemikiran yang berkenaan dengan aqidah dan hukum syara’ sememangnya tidak dapat diambil daripada orang bukan Islam, kecuali apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah saw. dalam Al-Kitab dan As-Sunnah. Atau apa sahaja yang dinyatakan oleh kedua sumber tersebut, iaitu Ijma’ Sahabat dan Qiyas.

Dalil mengenai masalah ini, adalah sabda baginda saw., yang menyatakan:

"Aku hanyalah manusia seperti kamu, maka apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan agama kamu, ambillah. Dan apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan dunia kamu, maka aku hanyalah manusia." (H.r. Imam Muslim dan An-Nasa’i dari Rafi’ bin Khudaij).

Disamping itu, juga terdapat sabda baginda saw. yang lain dalam kes penyerbukan pokok kurma, yang menyatakan:

"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu." (H.r. Imam Muslim dari Anas dan Aisyah).

Kerana itu, apa sahaja yang bukan daripada urusan syari’at, iaitu bukan masalah aqidah dan hukum syara’, selama tidak bertentangan dengan Islam, maka dapat diambil. Namun, apabila ianya merupakan masalah aqidah dan hukum syara’, maka hanya dapat diambil daripada Rasul dan bukan daripada yang lain. Inilah yang difahami oleh para sahabat. Dan gambaran ini, nampak dalam kes perang Badar. Apabila Hubab bin Mundir Al-Jamuh, hendak menolak pandangan Nabi, terlebih dahulu beliau bertanya: Apakah ini merupakan pendapat, wahyu atau strategi? Yang dalam masalah ini, nampak dalam pemahaman sahabat, bahawa ada perbezaan antara pendapat, strategi dan wahyu. Apabila dijawab oleh Rasulullah, bahawa: Ini merupakan pendapat dan strategi (yang mubah), maka Hubab langsung sahaja mengajukan ketidaksetujuannya dengan pendapat dan stretegi baginda saw. Dan baginda saw. menerima usulan Hubab tersebut.

Dengan demikian, kerana masalah demokrasi ini merupakan masalah sistem. Dan sistem pemerintahan ini adalah kumpulan aturan (hukum) yang lahir daripada aqidah tertentu, iaitu Kapitalisme, maka hakikatnya ia merupakan pemecahan yang ditetapkan oleh aqidah Kapitalisme tersebut untuk memecahkan masalah yang lahir dalam kehidupan orang yang meyakini aqidah tersebut. Maka, mengambil sistem tersebut telah memastikan orang yang mengambilnya meyakini kebenaran Kapitalisme, terlepas daripada seberapa besar keyakinanannya kepada aqidah tersebut. Dan ini tentu bertentangan dengan aqidah Islam, yang menuntut tauhidullah secara mutlak. Kerana itu, dalam masalah tersebut, kaum muslimin hukumnya haram menggunakan sistem tersebut, meskipun tidak meyakini kebenarannya. Bahkan lebih haram lagi, apabila meyakini kebenarannya. Yang dapat menjerumuskannya kepada penyekutuan Allah dengan makhluk-Nya. Iaitu, adanya keyakinan yang menganggap adanya zat lain, selain Allah yang juga mampu membuat sistem yang sama dengan Allah. Na’uzu billah.

Kedua, bahawa Rasulullah saw. telah melarang kita untuk mengambil selain daripada baginda saw. dengan larangan yang tegas. Sabda baginda saw.:

"Dan sesiapa sahaja yang membuat perkara baru dalam urusanku ini, yang tidak bersumber dari ajaranku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Dan sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan, yang tidak sesuai dengan perintahku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Dan sesiapa sahaja yang membuat perkara baru dalam urusanku ini, yang tidak bersumber dari ajaranku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Kamu pastinya akan mengikuti sunnah-sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga apabila merika masuk lobang biawak kamu pasti akan mengikutinya. Saya bertanya (Abi Said Al Hudri) "Ya Rasulullah apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" jawab Rasulullah: "Siapa lagi kalau bukan mereka" (H.r. Bukhari dari Abi Said Al Hudri)

Nas-nas di atas menerangkan larangan untuk mengambil selain ajaran kita, hadis yang pertama melalui dua riwayat di atas dengan tegas melarang serta mencela untuk mengambil selain daripada ajaran kita dengan mengatakan: "Maka ianya tertolak". Sedangkan dua hadis yang terakhir mengandungi makna larangan yang sama. Oleh kerana itu, mengambil hukum dari perlembagaan selain Islam terkena larangan tersebut sebab tindakan itu merupakan tindakan mengada-adakan perkara baru di dalam ajaran agama kita yang bukan bersumber daripada ajaran agama Islam, tetapi di ambil daripada selain Islam, disamping tindakan itu sama dengan mengikuti umat dan bangsa lain seperti Parsi dan Romawi atau Inggeris dan Perancis. Kerana itu hukum mengambilnya adalah haram.

Yang ketiga, Rasululluh saw adalah seorang rasul yang apabila disoal tentang hukum yang belum diterangkan oleh wahyu maka beliau tidak akan menjawab dan sebaliknya menunggu sehingga Allah menurunkan hukum tersebut, telah diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud yang mengatakan: "Nabi saw telah ditanya tentang ruh, kemudian nabi diam sehingga turun ayat (tentang ruh)". Hadis riwayat dari Ibnu Mas’ud.

Diriwayatkan pula dari Jabir bin Abdillah yang mengatakan saya sakit kemudian Rasulullah mendatangi ku untuk menjenguk ku bersama Abu Bakar, mereka berjalan lalu mendatangi ku ketika aku sedang tidak sedarkan diri, Rasulullah kemudian berwuduk dan mengalirkan air wuduknya kepada ku kemudian aku sedar, aku bertanya pada Rasulullah, Ya Rasulullah, dan Abu Sufian juga bertanya aku bertanyakan wahai Rasulullah apa yang mesti aku putuskan tentang harta ku? Apa yang mesti aku lakukan terhadap harta ku maka beliau tidak menjawab pertanyaan ku sehinggalah turun ayat waris. (H.r. Bukhari dari Jabir bin Abdillah)

Semuanya ini menerangkan bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil selain yang dibawa oleh wahyu, apabila Rasulullah saw sendiri tidak menerangkan pandangan baginda sendiri sehingga baginda menunggu wahyu sehingga wahyu itu datang maka hal itu menjadi dalil bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil apa pun kecuali apa yang dinyatakan oleh wahyu.

Yang keempat, Allah memerintahkan kita untuk mengambil apa yang diperintahkan oleh rasul dan melarang kita apa yang dilarang oleh rasul untuk kita dan memerintahkan kita untuk mengambil rasulullah sebagai hakim iaitu berhukum pada apa yang dibawa oleh rasulullah. Allah telah berfirman:

"Apa-apa yang disuruh oleh rasulullah maka ambillah dan apa-apa yang dilarang oleh rasul maka tinggalkanlah"

Mafhum ayat tersebut adalah bahawa apa yang tidak disampaikan oleh rasul kepada kita tidak boleh kita ambil, mafhum mukhalafah dari ‘manahakum anhu’ (apa yang dilarang oleh nya untuk kamu) itu tidak dapat dinyatakan gugur berdasarkan keumuman nas yang tidak membolehkan untuk mengambil selain daripada syariat Islam sesuai dengan firman Allah:

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim (pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan." (Q.s. An Nuur : 63)

"Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari (kufur terhadap) taghut itu. (Q.s An Nisaa: 60)

Selain itu Rasulullah saw telah bersabda:

"Setiap perbuatan yang tidak ada perintah kami atasnya, maka perbuatan itu tertolak" (H.r Muslim).

Notes : Kalau boleh minta jasa budi baik saudara ainsyam_mujahid menyatakan nama pakar undang2 tersebut. Mungkin orangnya yg sama saya jadikan rujukan.....

Wallahua'alam...
_________________
Islam is RIGID
Yg perlu diubah ialah keadaan agar mengikut Islam,
Bukannya Islam agar mengikut keadaan

From: "Zainal Abidin" <Zainal2000@t...>
Date: Wed Jun 18, 2003 3:28 am
Subject: RE: [padhang-mbulan] MENGGUGAT DEMOKRASI

Assalamu'alikum warahmatullahi wabarakatuh

Hanya untuk menyambung tulisan Mas Arif Fachrudin, kebetulan juga saya pernah mebuat tulisan singkat tentang demokrasi (yang sebenarnya dibuat sekitar pertengahan tahun lalu setelah mendatangi acara suatu partai yang mengaku partai Islam (padahal sih hanya partai 'Islam'), silahkan dikoreksi :

Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillahilladzi kholaqol insaan wa ‘allamal qur’aan
Segala puji bagi Allah subhanahu wa ta’ala Yang menciptakan manusia & Yang telah mengajarkan Al Qur'an.

Shalawat & salam senantiasa kita curahkan kepada Rasulullah Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam yang selalu kita ikuti & kita cintai, beserta para sahabatnya, dan semua pengikutnya yang setia (walaupun kita tidak pernah bertemu dengannya) sampai akhir zaman.

Saya mencoba menulis ini bukanlah untuk mencari keuntungan pribadi, tetapi sebagai sesuatu yang mudah-mudahan bermanfaat bagi saudara-saudara saya (seiman) yang bersedia membuka hatinya untuk menerima kebenaran yang datangnya oleh ALLAH yang dan disampaikan melalui Rasul-Nya Muhammad SAW.

Mengingat pembahasan ini mengenai haramnya berdemokrasi menurut Allah & Rasul-Nya, maka saya akan mencoba memulai dari keterangan tentang demokrasi itu sendiri.

DEMOKRASI DAN APLIKASINYA

Dari segi bahasa kita tidak akan menemui kata demokrasi ini dalam bahasa arab, karena memang demokrasi ini adalah asalnya bukan dari bahasa arab.
Untuk itu kalau kita mencarinya dalam literatur Islam, maka kita tidak akan menemui kata-kata tersebut. Tetapi dari segi sistemnya, maka sistem demokrasi ini telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, tetapi bukan dalam menyetujui sistem itu, melainkan dalam hal menolaknya & mencelanya.
Ketika kita membicarakan demokrasi disini, yang menjadi pembicaraan adalah SISTEM-nya, bukan mengenai teknologi & alat-alat (benda) yang digunakan dalam praktek demokrasi, karena teknologi & alat yang digunakan akan sangat beragam & tergantung pada zaman dan tidak berperan dalam sebagai komponen & unsur sistem ini kecuali hanya sebagai alat bantu.
Ada beberapa pengertian mengenai demokrasi :
1. Demokrasi (Pemerintahan oleh Rakyat) semula dalam pemikiran Yunani berarti bentuk politik dimana rakyat sendiri memiliki dan menjalankan seluruh kekuasaan politik. Ini mereka usulkan untuk menentang pemerintahan oleh satu orang (monarki) atau oleh kelompok yang memiliki hak-hak istimewa (aristokrasi) dan bentuk-bentuk yang jelek dari kedua jenis pemerintahan ini
(tirani dan oligarki).
2. Pemerintahan oleh rakyat dapat dilakukan secara langsung atau melalui wakil-wakil rakyat. Secara langsung terdapat dalam demokrasi murni, melalui wakil-wakil rakyat dalam demokrasi perwakilan (seperti yang berlaku di Indonesia). Bersama-sama dengan monarki dan oligarki, demokrasi tercatat sebagai salah satu bentuk pokok pemerintahan. Dalam perjalanan sejarah, arti
demokrasi mengalami perubahan yang mendalam.
3. Dasar pemikiran modern tentang demokrasi ialah ide politisfilosofis tentang kedaulatan rakyat. Ini berarti, semua kekuasaan politik dikembalikan pada rakyat itu sendiri sebagai subyek asali otoritas ini. Yang ditambahkan di sini ialah persyaratan agar semua warga negara mampu menggunakan rasionya dan mempunyai suara hati. Dan hendaknya mereka sendiri, sebagai manusia yang bebas dan pada dasarnya sama, berperan serta dalam mengambil keputusan
tentang masalah-masalah politik yang menjadi perhatian mereka. Bagaimanapun, rakyat secara keseluruhan dapat menjalankan kekuasaan tertinggi negara secara bersama hanya pada satu tingkat yang sangat terbatas (demokrasi langsung atau demokrasi murni). Karena itu proses-proses hukum harus dituangkan dalam undang-undang dasar. Proses-proses semacam itu memungkinkan
rakyat mengambil bagian secara tidak langsung dalam pembentukan kebijakan politik dengan pemilihan secara bebas dan rahasia wakil-wakil rakyat yang mendudukijabatan dalam jangka waktu tertentu. Wakil-wakil ini dipilih menurut prinsip yang ditentukan oleh suatu mayoritas tertentu dan mereka diberikan hak dan kewajiban yang digariskan secara jelas (demokrasi perwakilan atau representatif).
Jelas disini, bahwasanya demokrasi adalah sistem yang dibuat oleh manusia yang ditujukan untuk mengatur manusia dalam suatu sistem yang dianggapnya benar dan cocok untuk pembuatnya. Mereka membuat hukum, untuk menghukumi manausia, menurut apa yang mereka pandang benar. Asalkan disetujui oleh kebanyakan dari mereka maka itulah yang benar. Maka kebenaran ini akan menjadi relatif & amat tergantung kepada selera penduduk, budaya & zaman dimana & kapan aturan itu dibuat.
Sistem ini dibuat dan berasal dari suatu bangsa yang tidak mengenal aturan Allah yang sesungguhnya telah menciptakan mereka & menguasai mereka secara keseluruhan
Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman :

Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui." Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali Imran 3 : 29)

KOMITMEN PEMBACA

Sebelum kita memasuki pembahasan, ada baiknya kita mengetahui beberapa ayat & hadits berikut yang harus kita cermati :

Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An Nisaa 4 : 59)
Oleh karena itu, mari kita sepakati lebih dulu, kalau ada pertentangan diantara kita, agar dikembalikan kepada Allah & Rasul-Nya, bukan kepada pendapat-pendapat yang bertentangan dengan Allah & Rasul-Nya, walaupun pendapat itu datangnya dari guru kita, dari murabbi kita, ataupun dari orang yang kita cintai dan kita hormati dan lain-lain
Sesungguhnya kita akan kehilangan iman, jika kita tidak berserah diri kepada hukum / keputusan yang diberikan oleh Allah & Rasul-Nya

Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An Nisaa 4: 65)

Waspadalah, jangan sampai kita menggadaikan iman kita hanya dengan menolak keputusan / aturan yang datang dari Allah & Rasul-Nya

Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebagian dari mereka menolak untuk datang. (An Nuur 24 : 48)

Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. (An Nuur 24 : 49)

Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan." "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (An Nuur 24 : 51)

Kita sepakati juga bahwa kita mengimani ayat diatas, sehingga kita, dalam hal ini & juga hal lainnya, akan bertahkim kepada Allah & Rasul-Nya & tidak akan menyalahi keputusan Rasulullah SAW, manusia yang paling mengetahui tentang Dien ini (Islam). Penolakan dari pentahkiman kepada Rasulullah SAW ini akan mengakibatkan kita, sekali lagi, kehilangan iman

Mudah-mudahan Allah selalu melapangkan dada kita dalam menerima petunjuk-Nya dan menutup rapat dada kita dari bisikkan-bisikkan yang menyesatkan:

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al An’aam : 125) Abdullah bin Umar bin al-'Ash ra. telah menceritakan bahwa Rasulullah saw.
telah bersabda:

"Tidaklah beriman seseorang di antara kamu sebelum hawa nafsunya tunduk pada apa yang aku bawa."(hadits ini menurut an-Nawawi adalah sahih dan dicatat dalam Kitab al-Hujjah dengan para perawi yang tsiqah).

Mari kita berlindung kepada Allah Ta’ala dari kesempitan hati dalam menerima petunjuk-Nya dan sunnah Rasulullah SAW.

Jika saudara-saudara, para demokrat & para pendukung demokrasi, tidak menyetujui ayat & hadits diatas, saya menyarankan agar saudara menghentikan membaca tulisan ini sampai disini. Tujuannya, karena keterangan dibawah ini akan menerangkan haramnya demokrasi yang telah dilakukan oleh sebagian saudara-saudara kita & mungkin anda kita sendiri, wallahu a’lam. Jika kita menjalankan sesuatu yang belum diketahui larangannya, mungkin bisa termaafkan (mungkin) tetapi kalau kita melakukan sesuatu yang sudah jelas & sudah kita ketahui larangannya, maka kita bisa termasuk orang yang dzolim (jika mengetahui, tidak menolak kebenaran larangan itu, tetapi tetap melaksanakan yang dilarang itu), tetapi bahkan bisa menjadi kafir, jika menolak kebenaran larangan itu (tanpa melihat apakah melaksanakan atau meninggalkan larangan itu). Ini semua, jika larangan itu adalah dari Allah & Rasul-Nya.

Untuk itu, mari kita perbaiki niat kita untuk selalu menta’ati-Nya

Allahumma arinal-haqqo haqqo warzuqnittibaa’a
Ya Allah perlihatkanlah kami bahwa yang benar itu benar, dan lapangkanlah kami dalam mengikutinya
Wa arinal baathilan baathilan warzuqnijtinaaba’
Dan perlihatkanlah kami bahwa yang bathil itu bathil & lapangkanlah kami dalam menolaknya

ISLAMKAH DEMOKRASI ?

Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillah, anda telah memilih untuk meneruskan membaca tulisan ini, mudah-mudahan Dia memberikan kita kelapangan dalam melaksanakan perintah-Nya, aamiin.

Sekarang mari kita bahas satu persatu perbedaan mendasar masalah demokrasi ini :
1. Sumber Kebenaran
Sesungguhnya kebenaran itu hanyalah dari Allah Ta’ala, walaupun itu hanya didukung oleh satu orang dibumi ini, maka kalau datangnya dari Allah Ta’ala maka itu tetaplah kebenaran, firman Allah Ta’ala :

Katakanlah: "Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kepada kebenaran?" Katakanlah: "Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (Yunus 10 : 35)

Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.(Al Baqarah 2 : 147)

Yang demikian itu adalah karena Allah telah menurunkan Al Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) Al Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh. (Al Baqarah 2 : 176)

Dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu yaitu Al Kitab (Al Qur'an) itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya. (Faathir 35 : 31)

Kebenaran tidak dilihat jumlah pendukungnya karena Allah Ta’ala sama sekali membutuhkan kita untuk mendukung kebenaran-Nya dan tidak rugi kalau kita meninggalkannya, tetapi kitalah yang membutuhkan-Nya, firman Allah Ta’ala :

Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) karena sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An Nisaa 4 : 170)

Perbedaan :
- Demokrasi membutuhkan dukungan mayoritas untuk membenarkan sesuatu, walaupun itu pada hakikatnya adalah salah. Demokrasi juga tidak selalu membenarkan apa yang dibenarkan Allah, bisa saja & bahkan sangat sering terjadi ialah demokrasi menghalalkan apa yang di haramkan Allah & mengharamkan apa yang dihalalkan Allah
- Kebenaran yang hakiki, yang datang dari Allah, tidak memerlukan dukungan siapapun, karena Allah Maha Kaya & Menguasai segala sesuatu semuanya. Allah tidak perlu pendukung untuk mendukung kekuasaannya (tetapi parpol, praktisi demokrasi, mencari-cari dukungan untuk memenangkan golongannya)

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk melanjutkan penulisan mengenai Demokrasi ini & menyampaikan ke anda semua.

Selamat membaca & selamat meninggalkan larangan Allah Ta’ala

2. Suara Terbanyak
Demokrasi selalu mengetengahkan bahwa suara terbanyak adalah yang menang, tidak perduli apakah suara terbanyak ini sesuangguhnya berakibat buruk terhadap manusia. Dalam praktek demokrasi di Indonesia kita mengenal adanya musyawarah (insya Allah “perbedaan musyawarah dan demokrasi” akan kita bahas kemudian)untuk mencapai mufakat untuk memutuskan suatu masalah. Jika “musyawarah” ini gagal maka akan dilakukan voting untuk mengambil keputusan.
Suara terbanyak akan menentukan keputusan yang akan diambil dalam voting ini, tidak peduli apakah keputusan ini benar atau salah, anda bisa melihat praktek ini di DPR/MPR, organisasi-organisasi dll. Jadi model demokrasi seperti ini adalah suatu kenyataan pada demokrasi di Indonesia & di beberapa negara lainnya, dan tidak bisa dipungkiri keberadaan metode ini
Apakah suara terbanyak ini baik untuk manusia dan bisa dianggap benar ?
jawabannya adalah sesuai dengan firman Allah Ta’ala :

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Al An’aam 6 : 116)

Sesuai ayat diatas ini maka menuruti mayoritas orang malah akan menyesatkan dari jalan Allah, inilah sunnatullah & larangan dari Allah agar kita tidak hanya mengikuti mayoritas, karena sesungguhnya mayoritas manusia itu hanya mengikuti persangkaan saja. Padahal persangkaan itu tidak akan berguna untuk mencapai kebenaran

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Yunus 10 : 36)

Katakanlah: "Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)".(Ar Ruum 30 : 42) Ketika kita diberitahu Allah (melalui ayat diatas) bahwa mayoritas manusia adalah musyrik, apakah kita akan tetap mengikuti mayoritas orang (yang notabene adalah musyrik) ?

3. Hak Menentukan Hukum
Demokrasi membenarkan pembuatan hukum sesuai kemauan manusia, asal disepakati oleh kalangan mayoritas. Apakah Allah membolehkan yang seperti ini ? perhatikan firman Allah yang berikut ini :

Katakanlah: "Sesungguhnya aku (berada) di atas hujjah yang nyata (Al Qur'an) dari Tuhanku sedang kamu mendustakannya. Bukanlah wewenangku (untuk menurunkan azab) yang kamu tuntut untuk disegerakan kedatangannya.
Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan yang paling baik. (Al An’aam 6 : 57)

Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih. (Asy Syuuraa 42 : 21)

Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah (orang-orang kafir), lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendak-Nya), tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya; dan
Dia-lah Yang Maha cepat hisab-Nya. (Ar Ra’d : 41)
Setelah memperhatikan ayat-ayat yang menyatakan bahwa hak mementukan hukum adalah hanya milik Allah, maka apakah kita mengatakan bahwa kita boleh bersama-sama menentukan hukum (termasuk menentukan hukum berbeda dengan yang telah diatur Allah) ?

4. Kekuasaan Tertinggi
Menurut demokrasi kekuasan tertinggi berada ditangan rakyat, lihat UUD 45. Padahal kekuasaan tertinggi hanyalah ditangan Allah Ta’ala:

Dan Dialah yang mempunyai kekuasaan tertinggi di atas semua hamba-Nya, dan diutus-Nya kepadamu malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya. (Al An’aam 6 : 61)

5. Menghalalkan Yang Haram Dan Sebaliknya

Cukuplah dikatakan syirik (meng-ilah-kan sesuatu selain Allah), orang yang mengikuti siapapun yang menghalalkan apa yang di haramkan Allah & mengharamkan apa yang dihalalkan Allah :
Diceritakan dan Adi bin Hatim ra. bahwa ia mendengar Nabi saw. membaca ayat berikut:

Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (At Taubah 9 : 31)

Lalu aku katakan kepada Nabi: "Kami tidak menyembah kepada mereka." Nabi bersabda: "Tidakkah mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah,kemudian kamu juga mengharamkannya, dan mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah, kemudian kamu menghalalkannya juga?" Aku menjawab: "Ya". Beliau bersabda: "Yang demikian itu berarti menyembah mereka". (H.R. Ahmad
At-Tirmidzi dengan derajat hasan).

...Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang
baru. (Ath Thalaaq 65 : 1)

Berkumpul didalam forum Demokrasi

Sesungguhnya Allah Ta’ala melarang kita jika berkumpul dengan suatu kaum, jika mereka sedang mengolok-olok ayat-ayat Allah, perhatikanlah firman Allah yang berikut ini :
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al - quran bahwa apabila kamu mendengar ayat - ayat Allah diingkari dan diperolok - olokkan oleh orang - orang kafir ) , maka janganlah kamu duduk beserta mereka , sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain . Karena sesungguhnya ( kalau kamu berbuat demikian ) , tentulah kamu serupa dengan mereka . Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang - orang munafik dan orang - orang kafir
di dalam jahannam . (An-nisa 4:140)

Insya Allah akan saya lanjutkan lagi mengenai “Perbedaan Syura (musyawarah) dan demokrasi)”

Camkanlah ayat ini :
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat - ayat dari tuhannya lalu dia berpaling daripada (ayat ayat Tuhannya)nya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya ? Sesungguhnya kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka , ( sehingga mereka tidak ) memahaminya , dan ( kami letakkan pula ) sumbatan di telinga
mereka ; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk , niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama – lamanya”. (Al-kahfi 18:57)

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Kesimpulan

Mudah-mudahan ayat ayat diatas dapat menerangkan dengan jelas bahwa demokrasi adalah sangat bertentangan dengan apa yang diturunkan Allah & Rasul-Nya
APAKAH KITA MASIH MAU BERDEMOKRASI ? APAKAH KITA SIAP BERTENTANGAN DENGAN ALLAH DAN RASUL-NYA ? (anda sudah tahu jawabannya)

BAGAIMANA DENGAN BERPARTAI POLITIK YANG IKUT SERTA DALAM PROSES DEMOKRASI?
Jawab : - Kalau minum khamar haram, bagaimana dengan berjualan khamar ?
- kalau berzina haram, bagaimana dengan germonya ?
- kalau berjudi haram, bagaimana dengan penyedia tempat judinya ?
(sekarang anda juga sudah tahu jawabannya dari pertanyaan ini !)

Tulisan saya ini masih jauh dari sempurna & maafkan saya kalau ada kesalahan (yang pasti datangnya dari kebodohan saya). Tolong beritahu saya jika ada kesalahan, dengan demikian saya dapat memperbaikinya & kita telah saling tawashaw bil haq

Insya Allah akan dilanjutkan dengan kemudharatan demokrasi & jalannya.

Wallahu a’lam bishowab

Penulis

Catatan :
- Tulisan ini saya sarikan dari sumber sumber yang terpercaya, jadi silahkan dikritik isinya
- Tolong semua ayat-ayat yang tercantum ditulisan ini, dilihat juga tulisan dalam bahasa arab-nya
________________________________________________
________________________________________________
Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Zainal

g@y@t wrote:Manakala pihak mengatakan sebaliknya berpendapat bhw mencedok sistem kuffar tiada salahnya. Ia tidak termasuk Hukum tasyabbuh kerana sistem ini boleh membawa faedah kepada umat Islam. Setelah itu, boleh lah menambah ke atas pemikiran, strategi dan sistem2 ruh Islam, yang menukarkannya menjadi sebhgn dari kehidupan org2 Islam dan akan luputlah bentuknya yang asal. Dalam hal ini, demokrasi ialah kaedah praktikal membentuk kerajaan dan memilih pemimpin dan islam tidak ada masalah mengadaptasikan ke dalam sistemnya. Inilah pendapat Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kalau kita lihat pada zaman hayat Rasulullah saw sendiri, baginda dlm perang khandak/ahzab mengambil idea menggali kubu dari Salman al-Farisi, sedangkan startegi ini berasal dari Parsi.

Saidina Umar al-Khattab mengambil sistem perakaunan dari Parsi dan mewujudkan sistem kepolisian. Manakala Mu'awiyah mengambil sistem keselamatan dengan mewujudkan bodyguards yg diambil dari budaya Rumawi dan Parsi.

Adakah tindakan Umar al-Khattab ini masuk ke bab bid'ah ataupun beliau melakukan sesuatu yg haram. Jawapannya pasti tidak kerana Rasulullah saw bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,

"....Maka, sesiapa sahaja yang hidup selepasku ini , dia pasti akan mendapati begitu banyak perselisihan. Oleh itu , hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Ar-Rasyidin , lagi mereka itu adalah orang yang mendapat pimpinan..."[Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

Apabila melihat intipati demokrasi tulen, ia membawa maksud masyarakat memilih org yg menjadi pempimpin bagi menguruskan mereka supaya segala perkara yg baik dapat dilakukan oleh pemimpin yg mereka pilih sendiri. Melalui sistem ini juga, rakyat mempunyai hak utk menegur kerajaan(kebebasan bersuara). Melalui intipati ini, kita akan dapati ia juga termasuk ke dlm intipati agama Islam itu sendiri. Sbg cth, Islam mengingkari seseorang menjadi Imam di dalam solat dlm keadaan makmum membenci dan tidak meredhainya. Ini berdasarkan hadis yg bermaksud:

"Ada 3 golongan ,anusia yang mana solat mereka tidak diangkatkan memelibihi kepala mereka walaupun sejengkal. Seseorang lelaki yang mengimami satu kaum dalam keadaan mereka membencinya."[Hadis riwayat Ibn Majah]

Kalau dilihat kpd sistem pilihanraya pula, ia seumpama btk penyaksian terhadapat seseorang yg dipilih itu. Dgn erti kata lain, apabila kita memangkah seseorang calon itu, kita telah menjadi saksi bhw calon itu adalah calon yg layak dan adil utk memegang jawatan yg dipertandingkan itu. Dgn itu, orang yg menjadi saksi ke atas seseorang yg tidak layak, bermakna dia telah melakukan satu dosa krn menjadi saksi palsu. apatah lagi mereka yg menajdi saksi atas sebabcalon itu kerabatnya/kenalannya atau inginkan kedudukan, atau mempunyai kepentinga peribadi. Kerana Allah telah berfirman dalam surah at-Thalaq ayat 2 yg bermaksud

"....hendaklah kamu(saksi) tegakkan kesaksian itu karena Allah..."

Allah juga berfirman dlm surah al-Baqarah ayat 283 yg bermaksud,

"....janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

hujjah diatas rasanya belum menjawab apa yang dikemukakan oleh sdr. Mujaheid mahupun sdr. Zainal Abidin...

g@y@t wrote:Demokrasi hanyalah satu sistem atau alat sahaja. Jika salah cara, punahlah negara. Kalau betul caranya, Islam boleh cemerlang. Perlu diingatkan bhw kita membincangkan demokrasi tulen yang mana rakyatnya merupakan orang Islam yg berilmu dan dapat membezakan yg mana yg benar dan yg mana yg bathil. WA.

disini mungkin letak perbezaan mendasar antara dua pihak yang saling berbeza pendapat..
saya memandang yang berlaku sekarang ni, demokrasi bukat setakat alat sahaja, demokrasi bukan setakat peraturan untuk memilih seorang pemimpin sahaja... melainkan ianya adalah merupakan azas dalam bernegara..
tengoklah di mana-mana negara, di negara kita memasing juga.. betapa tak diakuinya hudud mahupun syari’at islam, sebelum demokrasi mengesahkannya, sebelum suara majoriti menyetujui hukum tersebut diberlakukan untuk menghukumi rakyat dinegara kita...
kerana negara kita memang telah memilih demokrasi sebagai azas bukan Kitabullah wa sunnaturrasul..

jika kita memilih Kitabullah wa sunnaturrasul sebagai azas, tak masalah memilih pemimpin dengan menampilkan beberapa calon yang memenuhi kriteria pemimpin sesuai Kitabullah wa sunnaturrasul, kemudian masyarakat memilih lebih condong yang mana dari salah satunya.. kita menjadikan penemuan-penemuan para ahli sebagai jalan takwa kita.. dengan tetap menempatkan Kitabullah wa sunnaturrasul sebagai mizan kita, sebagai neraca kita, dan bukan demokrasi yang menggantikan kedudukan keduanya..

g@y@t wrote:bersambung....

Wassalam

Alhamdulillah.. saya sentiasa menunggu sambungan dari sdr. g@y@t, untuk menyempurnakan pemahaman kita bersama..

Apa-apapun saya sentiasa mengharapkan koreksi kengkawan semua manakala saudara mendapatkan kekeliruan pada tulisan saya, semuga Allah subhanahu wa ta’ala sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah Nya kepada kita semua, sehingga kita tidak termasuk orang orang yang tersesat, dan semuga Allah subhanahu wa ta’ala meridhai segala aktifiti kita, amin...
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby g@y@t on Tue Jul 01, 2003 4:22 am

as'kum,

Terima kasih kerana memberi respon yang baik. terima kasih juga krn sudi membawakan hujah ke Bicara Fiqh. Ini lebih memudahkan kita utk melihat dan merujuk.

Petama sekali, apa yg saya tulis di atas itu, bukanlah kesemuanya. Seperti yg sdr nampak, saya mengatakan posting saya akan bersambung. Ini bermakna, apa yg telah saya nukilkan masih belum habis. Kerana kesuntukan masa, saya terpaksa berundur dahulu sblm dapat menyelesaikan/menjawab persoalan ini.

Keduanya, sekali lagi saya tekankan, saya hanya menjawab mengenai demokrasi tulen. saya tidak menjawab dari aspek demokrasi m'sia ker, demokrasi british ker, atau demokrasi mana2 negara. Saya hanya melihat intipati demokrasi itu yg sebenar. Bukannya melihat kesan demokrasi itu. Kerana kalau ingin mengetahui hukum sebenar sesuatu perkara kita kena tau dari awalnya. bukan melangkah terus ke akhir.

Sebagi cth, berjual-beli itu harus, tapi boelh saja ia membawa ke haram kalau tidak kena gaya. Begitu juga dgn demokrasi. ia hanya satu sistem. Adakah kerana salah guna pemimpin terhadap demokrasi itu, maka kita terus mengharamkannya.

Berbalik kpd persoalan kita.

hujjah daripada pihak yang menganggap keharaman demokrasi tidak hanya seperti yang telah di tuliskan sdr. g@y@t diatas, saya akan menambahkan dengan membawa lagi tulisan yang telah dibawa sdr. Mujaheid dan juga tulisan sdr.

ya benar. Tidak semua saya masukkan kerana:
1) seperti yg saya katakan, akan bersambung
2) kekurangan masa dan sumber rujukan utk mentelaah isu ini
3) kalau kita lihat kembali hujah2 yg diutarakan, kebykannya menghala kearah hujah yg sya nyatakan di atas. Mari kita lihat beberapa hujah dan bandingkan dgn apa yg saya masukkan terlebih dahulu....

Demokrasi , merupakan istilah yang seringkali dilaung-laungkan oleh ramai orang. Bukan sahaja orang bukan Islam, tetapi orang-orang Islam pula telah tertipu untuk menyatakan pernyataan yang serupa. Dikatakan tertipu, kerana dua hal. Pertama, kerana di dalam kamus politik Barat, orang-orang Barat hanya menciptakan dua istilah sahaja dalam sistem politik mereka, iaitu teokrasi dan demokrasi.
Teokrasi artinya pemerintahan Tuhan, sedangkan demokrasi adalah pemerintahan manusia, atau rakyat. Kerana itu, apabila seseorang dikatakan tidak demokratik, bererti identik dengan sistem ketuhanan, yang otoritarian, diktator dengan menggunakan nama Tuhan, zalim dan sebagainya. Akhirnya, orang takut dikatakan anti demokrasi. Sebab, anti demokrasi bererti identik dengan jahat, zalim, otoriter dan sebagainya. Sebab, hanya ada dua istilah dalam kamus politik mereka. Mereka langsung menutup mata terhadap istilah dalam Islam, iaitu sistem Khilafah, yang tidak demokratik dan tidak teokratik. Bahkan istilah Khilafah, yang sebelumnya lebih dahulu ada dalam pentas politik dunia, dan berjaya menguasai dunia lebih tiga belas abad, sebelum lahirnya demokrasi, langsung dihapus dan tidak pernah dimasukkan dalam kamus politik mereka. Inilah penipuan pertama. Dan kerana itu, orang Islam yang mengikutinya tentu layak dikatakan tertipu.

Kedua, demokrasi dicuba untuk diislamkan. Dan penipuan yang kedua inilah yang jauh lebih berbahaya, dibandingkan dengan penipuan yang pertama. Sehingga ramai orang Islam, malah ulama’-ulama’ kaum muslimin yang tertipu, kerana penipuan yang kedua ini. Karana itu, mengingat besarnya penipuan yang kedua ini, dan besarnya kesan penipuan ini dalam dunia Islam, malah lebih berbahaya lagi kerana jelas-jelas bertentangan dengan Islam tetapi dikatakan sesuai atau tidak bertentangan dengan Islam, tulisan ini mencuba menghuraikan seputar sejarah masuknya demokrasi dalam dunia Islam.

Bukankah apa yg cuba diutarakan adalah hukum tasyabbuh. Iaitu org Islam mencedok sistem org kuffar. Apa yg nampak lainnya, hanyalah susunan ayat sahaja. sana ditipu, kita tertipu, islam tertipu dan .....Semuanya membawa kpd 2 hadis yg telah saya utarakan di atas.

Seperti biasa, apabila terdapat idea-idea baru yang bukan daripada Islam, ulama’lah yang digunakan untuk menjadi buldozer agar idea-idea tersebut boleh berjalan mulus tanpa ada halangan. Sebut saja, Muhammad Abduh, dengan karya tafsirnya, yang kemudiannya ditulis oleh muridnya, Rasyid Ridha, yang diberi tajuk Tafsir Al-Qur’ani Al-Hakim: Al-Manar, adalah orang yang berani mengatakan, bahawa mengambil hukum British adalah tidak salah. Sebab, pemerintahan British merupakan pemerintahan yang mendekati kepada keadilan, dibandingkan dengan pemerintahan Islam. Dan adil itu merupakan sifat daripada Islam. Fatwa ini disampaikan oleh Muhammad Abduh, apabila menerangkan tafsir surat Al-Maidah: 44, kepada rakyat India, agar dapat menerima pemerintahan British, yang kafir-imperialis itu.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Al-Maraghi, bekas Syeikh Al-Azhar, yang mengeluarkan fatwa tentang kewajipan seorang khalifah daripada keturunan Quraisy. Dan mencuba untuk meragukan kedudukan khalifah Othmaniyah yang sah. Sebab, khalifah Othmaniyah, bukanlah dari keturunan Quraisy, kerana itu kekhalifahannya tidak sah. Sang Syeikh ini juga menolak bahawa syari’at Islam diterapkan di zaman moden sebagai perlembagaan. Dia juga dengan berani membenarkan pemerintahan Islam untuk tidak melaksanakan hukum Islam kepada orang-orang asing, meskipun mereka sendiri menghendakinya. Juga membenarkan orang-orang kafir zimmi untuk tidak dijatuhi uqubat, apakah berupa hudud, jinayat, ta’zir atau mukhalafat, apabila mereka menyimpang dari penerapan hukum Islam, yang menjadi syarat diperolehinya jaminan zimmah mereka.

Kemudian golongan intelektual yang terkenal kerana pandangan kontroversinya, kerana buku yang ditulisnya, Al-Islam Wa Ushulu Al-Hukmi, iaitu Ali Abdurraziq. Ali kemudian dipecat dari seluruh jawatannya di Al-Azhar, termasuklah kedudukannya sebagai ulama’ Al-Azhar, malah kemudian sijilnya ditarik semua oleh University Al-Azhar. Ali Abdurraziq mengatakan, bahawa Islam adalah agama yang mengajarkan spiritual sahaja. Sedangkan ajaran politik tidak diajarkan oleh Islam. Dalam hal ini, Dr. Mahmud Al-Khalidi, guru besar di University Yarmuk, Jordania, dalam bukunya Ad-Dimuqrathiyah Fi Dhau’i As-Syari’ah Al-Islamiyah, menyebutkan ada 7 dakwaan yang ditujukan kepada Ali, antara lain kerana sikapnya yang menyatakan, bahawa: (1) Syari’at Islam merupakan syari’at spiritual, yang tidak ada hubungannya dengan pemerintahan dan pelaksanaan urusan dunia, (2) Jihad Nabi saw. adalah untuk mewujudkan cita-cita baginda sebagai raja, bukan untuk agama dan dakwah, (3) Sistem pemeritahan zaman Nabi saw. masih samar, kacau-bilau dan belum ada standard, (4) Tugas utama Nabi hanyalah menyampaikan syari’at dan bukannya untuk berkuasa dan melaksanakan syari’atnya, (5) Sahabat tidak pernah melakukan kesepakatan untuk mengangkat imam (khalifah), (6) Peradilan merupakan tugas syari’at, (7) Pemerintahan Abu Bakar, dan khalifah-khalifah setelahnya bukanlah kekuasaan keagamaan.

Begitulah, kebiasaan orang-orang kafir memasukkan idea-idea kufur mereka, untuk menimbulkan keraguan kaum muslimin kepada agamanya serta memasukkan ajaran-ajaran yang bukan daripada Islam untuk diislamkan. Dengan cara ini pula, kita dapat melihat pintu demokrasi yang asalnya tertutup di dunia Islam kemudian menjadi terbuka. Dan yang membuka itu adalah para ulama’ syu’, atau meminjam istilah Ali bin Al-Haj, dalam buku Fashlu Al-Kalam Muwajahati Zulmi Al-Hukkam, disebut ulama’ salathin. Kerana kedudukan mereka sebagai Syeikh Al-Islam yang bertugas mengeluarkan fatwa untuk kepentingan pemerintah. Maka, kita mengenal Dr. Abbas Mahmud Al-Aqqad, Dr. Ahmad Amin, Dr. Fahmi Huwaidi, Syeikh Al-Ghazali, Dr. Yusuf Al-Qardhawi, sebagai barisan intelektual, apabila tidak layak disebut sebagai ulama’, yang membuka pintu tersebut. Mula-mula Abbas Mahmud Al-Aqqad, diikuti Ahmad Amin, Fahmi Huwaidi, Syeikh Al-Ghazali dan seterusnya hingga Yusuf Al-Qardhawi. Mereka inilah yang mempunyai ‘jasa’ untuk memasukkan idea-idea kufur tersebut dengan fatwa mereka ke dalam ajaran Islam.

Haaa....yg ni saya tak nak komen. Apabila masuk bab yg mengatakan ulama' itu salah, ulama' tu tak betul sehinggakan mengatakan mereka berkerjasama dgn puak kuffar, saya tak nak masuk campur. Saya tidak berhak menyangkal mereka. Kita boleh memebri komen, tapi kita tidak boleh membuat satu2 tuduhan yg tidak ada bukti yg kukuh. Kalaulah benar, mereka melakukan kesilapan, apakah kerana kesilapan mereka yg sedikit, terus kita mengatakan mereka ini tidak layak utk dipanggil ulama' sedangkan jasa mereka lebih byk dr kesilapan mereka. Ust Asri dalam ceramahnya ada memberikan satu disiplin yg amat penting jika kita ingin menbahaskan seseorang ulama' iaitu:

maruah manusia ini adalah lubang drpd lubang2 neraka. Barangsiapa yang cuba menghampirinya dan tersilap langkah dan mencerca orang lain tanpa sebab, terjun dia ke dalam neraka.

Kekeliruan Logika Fatwa Ulama’

Apabila kita mahu berfikir ulang, secara jernih dan sungguh-sungguh mencari kebenaran, maka setelah kita analisis, ketiga alasan yang menjadi dasar logika keluarnya fatwa ulama’ tersebut adalah kacau-bilau. Antara lain, dapat dilihat dari beberapa aspek:

Pertama, ada perbezaan antara pemikiran yang berkenaan dengan aqidah dan hukum syara’ dengan pemikiran yang berkenaan dengan sains, enjinering, industri, penemuan-penemuan dan sebagainya. Pemikiran yang berkenaan dengan sains, enginering dan sebagainya, sememangnya dapat diambil daripada orang bukan Islam, apabila tidak bertentangan dengan Islam. Sedangkan pemikiran yang berkenaan dengan aqidah dan hukum syara’ sememangnya tidak dapat diambil daripada orang bukan Islam, kecuali apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah saw. dalam Al-Kitab dan As-Sunnah. Atau apa sahaja yang dinyatakan oleh kedua sumber tersebut, iaitu Ijma’ Sahabat dan Qiyas.

Dalil mengenai masalah ini, adalah sabda baginda saw., yang menyatakan:

"Aku hanyalah manusia seperti kamu, maka apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan agama kamu, ambillah. Dan apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan dunia kamu, maka aku hanyalah manusia." (H.r. Imam Muslim dan An-Nasa’i dari Rafi’ bin Khudaij).

Disamping itu, juga terdapat sabda baginda saw. yang lain dalam kes penyerbukan pokok kurma, yang menyatakan:

"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu." (H.r. Imam Muslim dari Anas dan Aisyah).

Kerana itu, apa sahaja yang bukan daripada urusan syari’at, iaitu bukan masalah aqidah dan hukum syara’, selama tidak bertentangan dengan Islam, maka dapat diambil. Namun, apabila ianya merupakan masalah aqidah dan hukum syara’, maka hanya dapat diambil daripada Rasul dan bukan daripada yang lain. Inilah yang difahami oleh para sahabat. Dan gambaran ini, nampak dalam kes perang Badar. Apabila Hubab bin Mundir Al-Jamuh, hendak menolak pandangan Nabi, terlebih dahulu beliau bertanya: Apakah ini merupakan pendapat, wahyu atau strategi? Yang dalam masalah ini, nampak dalam pemahaman sahabat, bahawa ada perbezaan antara pendapat, strategi dan wahyu. Apabila dijawab oleh Rasulullah, bahawa: Ini merupakan pendapat dan strategi (yang mubah), maka Hubab langsung sahaja mengajukan ketidaksetujuannya dengan pendapat dan stretegi baginda saw. Dan baginda saw. menerima usulan Hubab tersebut.

Dengan demikian, kerana masalah demokrasi ini merupakan masalah sistem. Dan sistem pemerintahan ini adalah kumpulan aturan (hukum) yang lahir daripada aqidah tertentu, iaitu Kapitalisme, maka hakikatnya ia merupakan pemecahan yang ditetapkan oleh aqidah Kapitalisme tersebut untuk memecahkan masalah yang lahir dalam kehidupan orang yang meyakini aqidah tersebut. Maka, mengambil sistem tersebut telah memastikan orang yang mengambilnya meyakini kebenaran Kapitalisme, terlepas daripada seberapa besar keyakinanannya kepada aqidah tersebut. Dan ini tentu bertentangan dengan aqidah Islam, yang menuntut tauhidullah secara mutlak. Kerana itu, dalam masalah tersebut, kaum muslimin hukumnya haram menggunakan sistem tersebut, meskipun tidak meyakini kebenarannya. Bahkan lebih haram lagi, apabila meyakini kebenarannya. Yang dapat menjerumuskannya kepada penyekutuan Allah dengan makhluk-Nya. Iaitu, adanya keyakinan yang menganggap adanya zat lain, selain Allah yang juga mampu membuat sistem yang sama dengan Allah. Na’uzu billah.

Kedua, bahawa Rasulullah saw. telah melarang kita untuk mengambil selain daripada baginda saw. dengan larangan yang tegas. Sabda baginda saw.:

"Dan sesiapa sahaja yang membuat perkara baru dalam urusanku ini, yang tidak bersumber dari ajaranku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Dan sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan, yang tidak sesuai dengan perintahku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Dan sesiapa sahaja yang membuat perkara baru dalam urusanku ini, yang tidak bersumber dari ajaranku, maka ia pastinya tertolak." (H.r. Imam Muslim dari Aisyah).

"Kamu pastinya akan mengikuti sunnah-sunnah orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga apabila merika masuk lobang biawak kamu pasti akan mengikutinya. Saya bertanya (Abi Said Al Hudri) "Ya Rasulullah apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" jawab Rasulullah: "Siapa lagi kalau bukan mereka" (H.r. Bukhari dari Abi Said Al Hudri)

Nas-nas di atas menerangkan larangan untuk mengambil selain ajaran kita, hadis yang pertama melalui dua riwayat di atas dengan tegas melarang serta mencela untuk mengambil selain daripada ajaran kita dengan mengatakan: "Maka ianya tertolak". Sedangkan dua hadis yang terakhir mengandungi makna larangan yang sama. Oleh kerana itu, mengambil hukum dari perlembagaan selain Islam terkena larangan tersebut sebab tindakan itu merupakan tindakan mengada-adakan perkara baru di dalam ajaran agama kita yang bukan bersumber daripada ajaran agama Islam, tetapi di ambil daripada selain Islam, disamping tindakan itu sama dengan mengikuti umat dan bangsa lain seperti Parsi dan Romawi atau Inggeris dan Perancis. Kerana itu hukum mengambilnya adalah haram.

Yang ketiga, Rasululluh saw adalah seorang rasul yang apabila disoal tentang hukum yang belum diterangkan oleh wahyu maka beliau tidak akan menjawab dan sebaliknya menunggu sehingga Allah menurunkan hukum tersebut, telah diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud yang mengatakan: "Nabi saw telah ditanya tentang ruh, kemudian nabi diam sehingga turun ayat (tentang ruh)". Hadis riwayat dari Ibnu Mas’ud.

Diriwayatkan pula dari Jabir bin Abdillah yang mengatakan saya sakit kemudian Rasulullah mendatangi ku untuk menjenguk ku bersama Abu Bakar, mereka berjalan lalu mendatangi ku ketika aku sedang tidak sedarkan diri, Rasulullah kemudian berwuduk dan mengalirkan air wuduknya kepada ku kemudian aku sedar, aku bertanya pada Rasulullah, Ya Rasulullah, dan Abu Sufian juga bertanya aku bertanyakan wahai Rasulullah apa yang mesti aku putuskan tentang harta ku? Apa yang mesti aku lakukan terhadap harta ku maka beliau tidak menjawab pertanyaan ku sehinggalah turun ayat waris. (H.r. Bukhari dari Jabir bin Abdillah)

Semuanya ini menerangkan bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil selain yang dibawa oleh wahyu, apabila Rasulullah saw sendiri tidak menerangkan pandangan baginda sendiri sehingga baginda menunggu wahyu sehingga wahyu itu datang maka hal itu menjadi dalil bahawa tidak dibenarkan untuk mengambil apa pun kecuali apa yang dinyatakan oleh wahyu.

Yang keempat, Allah memerintahkan kita untuk mengambil apa yang diperintahkan oleh rasul dan melarang kita apa yang dilarang oleh rasul untuk kita dan memerintahkan kita untuk mengambil rasulullah sebagai hakim iaitu berhukum pada apa yang dibawa oleh rasulullah. Allah telah berfirman:

"Apa-apa yang disuruh oleh rasulullah maka ambillah dan apa-apa yang dilarang oleh rasul maka tinggalkanlah"

Mafhum ayat tersebut adalah bahawa apa yang tidak disampaikan oleh rasul kepada kita tidak boleh kita ambil, mafhum mukhalafah dari ‘manahakum anhu’ (apa yang dilarang oleh nya untuk kamu) itu tidak dapat dinyatakan gugur berdasarkan keumuman nas yang tidak membolehkan untuk mengambil selain daripada syariat Islam sesuai dengan firman Allah:

"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim (pemutus) terhadap perkara yang mereka perselisihkan." (Q.s. An Nuur : 63)

"Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari (kufur terhadap) taghut itu. (Q.s An Nisaa: 60)

Selain itu Rasulullah saw telah bersabda:

"Setiap perbuatan yang tidak ada perintah kami atasnya, maka perbuatan itu tertolak" (H.r Muslim).

apa yg saya dapat dari quote ini, penulis mengatakan demokrasi ini merupakan satu perkara akidah. Baiklah. Kalau benar ia merupakan perkara yg boleh merosakkan akidah, maka pasti, ia haram hukumnya. Ttp pada pandangan saya yg lemah, demokrasi tulen tidak melibat akidah. Dr Yusuf Qaradawi sendiri menolak demokrasi yg bersifat menyalahi hukum syara'. Apa yg beliau katakan mengenai hukum yg dikeluarkan oleh beliau adalah demokrasi yg mana hukum syara' menjadi tulang belakang kpd sistem demokrasi.

Kita tidak nafikan, demokrasi tanpa batasan syara' adalah merbahaya. Kerana dgn hanya suara majoriti, hukum yg halal boleh diharamkan dan begitulah sebaliknya. Sesungguhnya di situ hak Allah telah dicabuli.

Saya sarankan kpd mereka yg hendak mengkaji bab ini, lihatlah dari awal. Kaji dari pucuk pangkal dia. Apakah itu demokrasi? Apakah maksud sebenar demokrasi? Dan seterusnya maju setapak lagi dgn mengambil cth beberapa buah negara demokrasi dan etc.

Oleh itu saya dapati, demokrasi ini asalnya harus seperti mana tertakluk dalam 2 hadis yg dimasukkan oleh sdr mujaheid iaitu:

"Aku hanyalah manusia seperti kamu, maka apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan agama kamu, ambillah. Dan apabila aku memerintahkan sesuatu kepada kamu daripada urusan dunia kamu, maka aku hanyalah manusia." (H.r. Imam Muslim dan An-Nasa’i dari Rafi’ bin Khudaij).

"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu." (H.r. Imam Muslim dari Anas dan Aisyah).

Walaubagaimanapun, syara' mesti menjadi batas kpd demokrasi ini. tiada salah kita ambil yg baik, dan kita buang yg tidak sesuai dgn Islam. Kemudian kita tambahlah ciri2 Islam lagi kedalam demokrasi itu. WA.

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby Arif Fachrudin on Tue Jul 01, 2003 7:49 am

Assalamu'alaikum...

terimakasih, atas respon kedua dari sdr. g@y@t...

tolong saudara membaca kembli lebih teliti apa yang saya tanyakan pada postingan pembuka topik ini... iaitu :

ada satu isu di bicara siasah & haraki, yang membahas tentang keharaman demokrasi sebagai azas sebuah negara..

dengan point bahawa :
demokrasi = dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
dalam demokrasi : hukum dibuat & ditetapkan oleh suara majoriti
dalam demokrasi : menetapkan apa-apa perkara adalah mengikut suara majoriti..

bagaimana tinjauan fiqh dalam perkara ini ? mohon penjelasan..

semuga pembahasan berikutnya lebih fokus kepada apa yang saya persoalkan diatas... terima kasih...

billahittawfiq wal hidayah,
Wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh..
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby g@y@t on Wed Jul 02, 2003 1:05 am

W'salam...

Maafkan saya kiranya sdr tidak berpuas-hati dgn jawapan saya sblm ini. Baiklah. Saya akan cuba penuhi permintaan sdr kali ini dgn melihat satu-persatu hujah yg dikemukakan oleh sdr.

1) demokrasi = dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.

Kite tidak nafikan bhw demokrasi dicipta oleh manusia. Kita juga tidak nafikan syura pula berasal dari Islam. Tapi adakah mengamalkan demokrasi bermakna menolak hukum Islam. Adakah apabila dilaungkan fahaman demokrasi beerti mendahulukan hakimiyyah manusia. Tujuan sebenar mereka adalah menolak kuasa pihak diktator yg berkuasa secara zalim dan angkuh.

Orang Islam yg menyeru ke arah demokrasi atas alasan demokrasi itu adalah satu btk pemerintahan yg sesuai dgn prinsip2 ISlam asasi dlm memilih calon pemimpin, mengakui syura, nasihat, menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar, menentang kezaliman, dan menolak kemaksiatan khususnya apabila sampai ke tahap kekufuran yg nyata, tidak boleh dikatakan sbg seorang Islam yg mencanggahi Al-Quran dan hadis.

2) -dalam demokrasi : hukum dibuat & ditetapkan oleh suara majoriti
-dalam demokrasi : menetapkan apa-apa perkara adalah mengikut suara majoriti..

Kedua2 huah di atas sama saja antara satu dgn yg lain. Saya tak nampak apa yg lainnya. Apa yg lain perkataan yg dipakai shj. umpama 1 itu nombor, 2 itu nombor. Kesimpulannya 1=nombor=2. Jadi saya sekalikan shj.

Ya, mmg benar Islam tidak mengakui cara ini dan tidak prnah menyokong seseorang kerana pendapat ramai menyetujuinya, sebaliknya Islam melihat intipati benda yg dicadangkan, adakah ianya benar atau salah? Jika ia benar, ia boleh dilaksanakan walaupun hanya satu suara shj yg menyokong. Atas sebab itulah syara' mesti menjadi guideline. Demokrasi tidak boleh diunggulkan ke atas hukum syara'. Perkara yg harus hukumnya di dalam demokrasi, kita pakai. Begitulah sebaliknya.

Saya telah pun mengatakan perkara ini di dalm posting sblm ini, tapi sdr tidak dapat memahaminya. Kalau sdr mengatakan demokrasi yg tiada batas syara', maka hukumnya haram. Dan inilah jgua pendapat Dr Yusuf Al-Qaradawi. Ttp kalau demokrasi itu kita hadkan pada hal2 tertentu mengikut batasan syara', maka hukumnya harus.

Sbg cth, fatwa2 tidak boleh dikeluarkan berdasarkan demokrasi. Hukum2 syara' juga tidak boleh melalui demokrasi. Apa yg boleh cthnya, undang2/ negara yg bersifat keduniaan seperti undang2 lalu-lintas dan lain2.

Kesimpulannya, demokrasi itu hukumnya harus selagi ia tidak mencanggahi al-Quran dan as-sunnah. Ttp sekiranya demokrasi diunggulkan melebihi al-Quran dan as-Sunnah, maka di situ, kita menentangnya.

Saya tidak pasti mengapa sdr Arif rasakan bhw saya tidak menjawab persoalan sdr sblm ini. Seadngkan apa yg saya jawab dalam posting ini sama shj dgn posting seblmnya. Cuma kali ni, saya clarifykan dan pecahkan satu-persatu mengikut kemahuan sdr. Jika masih tidak berpuas hati, maka saya tidak dapat berbuat apa2. Sdr berhak memilih pendpt yg kuat pada sdr. Cuma ingin saya tanyakan satu shj. Sekiranya sebuah negara itu mengamalkan demokrasi, sedangkan kita memilih pendpt haram demokrasi secara mutlak, bgmn pula kita ignin merampas pemerintahan itu jika tidak melalui demokrasi juga. Adakah kita akan berperang dgn pentadbir?

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekasaran. Apa yg saya nukilkan ini mungkin ada silapnya. Di harap kpd yg lebih arif dapat turun sama membantu meleraikan permasalahan ini secara ilmiah dan tenang. WA.

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby tytsezh on Wed Jul 02, 2003 9:35 am

assalamualaikum

sekadar untuk mencelah..je,

satu persoalan timbul,jika dempokrasi haram tanpa kompromi,apakah cara atau jalan untuk kita mengembalikan sistem yang dianjurkan oleh islam dalam arah aliran kontemporari ini.?

Kita maklum bahawa kita berhadapan dgn sistem yg telah ada,bukanya dgn keadaan tiada bersistem lalu kita diberi pilihan untuk mencorakan sistem pemerintahan,sudah tentu kita memilih cara kita sendiri.

Jadi jika kita katakan tiada jalan lain melainkan jalan melalui kekerasan dan senjata maka persoalan timbul,apakah jalan sebegini dibenarkan oleh syarak?sejauhmana besarnya kemudaratan yg timbul?tidakkah akan meragut nyawa yg tak berdosa?

jika kita katakan..ya jln kekerasan tidak boleh,maka jalan terbaik kita pulaukan saja sistem demokrasi,maka apa jadinya dgn kewajipan kita menegakkan negara Islam dan mentadbinya dgn hukum2nya?dimana kita nak laksanakan konsep amar makruf nahi mungkar dgn ertikata lebih besar(menggunakan kekuasaan)?adakah cara ini selaras dgn Islam dgn membiarkan kemungkaran besar berlaku tanpa ada usaha?

seperkara lagi adakah betul disisi syarak kita hanya membiarkan bukan ahli al\adl memmenuhi ruang dalam parlimen bagi membuat sesuatu ketetapan termasuk mengenai hukum hakam atas alasan kene jauhi demokrasi?

tak perlu dihuraikan disini ttg ancaman azab Allah jika meninggalkan konsep amar makruf nahi mungkar.

Sememamngnya diketahui..ada perbezaan mendasar antara demokrasi dan musyawarah..perkara utama ialah hakimiyaah illahiyah(lihat al-maududi,HUman right In Islam).lain-lain prinsip dalah sama..prinsip keadilan,musawah,kebebasan.Sebahagian besar prinsip demokrasi adalah sama kecuali dalam hal hakimiyayah illahiyayah.

Soalnya..dalam berhadapan dgn keadaan yg sedia ada.membiarkan semua anggota legislatif bukan dari ahli al-adl ,bukanlah lebih besar mudaratnya dari pada kita menggunakan wasilah yg samaa bagi memboleh ahli al-adl duduk menguasai badan tersebut.

al-Duraini,ahli fiqh semasa dalam manahij al-ususliyyah ..menjelaskan,ijtihad fi al-tatbiq(ijtihad dalam perlaksanaan) sama pentingnya dgn ijtihad fi alfahm(ijtihad dalam pemahaman),kerana pemahaman yg tepat kepada maksud nas,tidak semestinya menjamin perlaksanaan maksud tersebut kepada sesuatu kes yg tepat dan betul.ini adalah kerana makna dan maksud yg betul kemungkinan diaplikasikan kepada kes yg tidak betul dan tidak selari dgn maksud tek perundangan itu.

Dalam soal ini kembali kepada tabiat perundangan islam itu sendiri yg berseifat relatif,yg membolehkan dalam perkara yg tidak jelasijtihad digunakan.

Dalam kontek ini,hujjah-hujjah mengatakan demokeasi adalah haram adalah dalam kontek ijtihad,penggunana nas-nas yg diberikan adalalah bersifat relatif jika dikaitkan dgn keadaan yg sedia ada maka ijtihad fi at=tatbiq dan al-fahmi perlu diambil kira dalam soal ini.

Dalam kontek sejarah Islam persitiwa di Saqifah bani Saadah,lihatlah persistiwa pencalunan berbagai pihak dibuat..dimana ansar mencalunkan saad bin ubadah,maka dengan segera abu Bakar memetiuk hadis pemimpin adalah dari kalangan quraisys..dan akhirnya penyelesaian dibuat dgn Abu Bakar di Baiah oleh org ramai,1(alMawardi,al-ahkam al-sultaniah).

Proses seterusnya menyaksikan pencalunan..atau penamaan oleh khlaifah sebagi pengganti(di zaman Omar) dan di zaman umawiyyah/abbasiyyah proses perlantikan dibuat secara penamaan dari bapa ketas anaknya.atau dari abg kepada adik.(zaman ini dalah zaman perkembangan fiqh dan mazhab).

so bagaimana..soalnya dizaman kita ni..

formulanya yg dapat saya simpulkan..ambil kira realiti semasa

Kaedah fiqh menyatakan.
tidak dapat disempurnakan sesuatu yg wajib melainkan denganya(sesuatu yg lain) maka dgnya(sesuatu yang lain )turut menjadi wajib.

menegakkan negara islam,melaksankan hukum,dan menghalang ahl al-fisk dari wewenang menetapkan hukum dan mencegah mungkar adalah wajib,maka perkara itu tidak dapat dilaksanakan melainkan degan adanya wasilah(demokrasi),maka wasilah itu turut sama menjadi wajib untuk kita sertai.

kaedah

kemudaratan yg lebih berat tidak dapat dihindarkan atau dihilangkan dgn menanggung kemudaratan yg lebih ringan,maka dibenarkan melaksanakan kemudaratan yg lebih ringan untuk menolak atau menghindar kemudaratan yg berat.

Kaedah

harus melakukan /memilih kemudaratan yg lebih ringan(ahaffu ad daraian)

maka demokrasi mudarat..tapi membiarkan hukum Allah/ terbiar lebih memudaratkan.dan memilih jalan untuk berperang/rampas kuasa untuk menegakkan sistem Islam lagi memudaratkan.

apabila berlaku pertentangan dua kemudaratan maka perlu memilih mudarat yg lebih kecil untuk menghindarkan kemudaratan yg lebih besar.

Dalam hal in..demokrasi adalah sisitem yg paling hampir kepada Islam,cuma prinsip hakimiyyah illahiyah je yg membezakannya.

Ulamak telah pun berijtihad dalam hal ini,terpulang pada kita menilai,menuduh ulamak adalah tali barut,ulamak suk dsb adalah juga bukan dari sistem atau cara perbahasan dalam Islam.Sepatutnya kita meraikan apa jua pandangan mereka dalam kontek semasa..mereka mencurahkan sepenuh tenaga untuk berijtihad dan meleraikan kekusutan yg ada.Hujjahlah pendapat mereka secara ilmiah bukanya dgn cercaan dan makian.

wallahu aklam
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby g@y@t on Wed Jul 02, 2003 11:47 pm

As'kum,

Haaaa....pakar fiqh kita dah turn padang. Alhamdulillah tytsezh berjaya jawab dgn baik sekali. Saya harap kita sudahpun paham mengenai isu ini. Terima kasih kepada Tytsezh.

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby Arif Fachrudin on Thu Jul 03, 2003 2:53 am

Assalamu'alaikum..

terima kasih sdr. g@y@t dan sdr. tytseh telah peduli dengan masaalah ini, semuga pembahasan kita ini sentiasa dalam petunjuk & keridhaan Allah subhanahu wa ta'ala, amin.

memang benar apa yang disampaikan oleh sdr. tytseh bahawa persoalan bakal timbul manakala demokrasi haram tanpa kompromi, dengan ertikata terjadi hal yang sebaliknya segalanya diputuskan dengan pemaksaan pihak-pihak 'berkuasa' dsb..

sekali lagi agaknya saya perlu menjelaskan lagi apa yang saya permasalahkan di topik ini.
sebetulnya sebelum ini telah saya quotekan lagi tulisan pembuka saya ditopik ini dan telah saya cetak tebal dan beri warna berbeza pokok permasalahannya, tetapi rupanya kurang diperhatikan.
yaitu masalah : keharaman demokrasi sebagai azas sebuah negara..
bukannya menggugat sama sekali cara-cara yang digunakan dalam demokrasi, melainkan menggugat demokrasi sebagai azas sebuah negara !

adakah kita ridha demokrasi mengalahkan Hukum Allah, Kitabullah wa sunnaturrasul ?, tapi inilah yang terjadi manakala demokrasi sebagai azas sebuah negara !
sepatutnya Hukum Allah lah azasnya, dasarnya, pemandu segenap gerak langkah pentadbiran negara, termasuk juga pemandu jalannya demokrasi sekiranya diperlukan untuk memutuskan mana-mana pilihan yang memerlukan pertimbangan majoriti.
yang perlu dirubah adalah meletakkan kembali Hukum Allah, iaitu Kitabullah wa sunnaturrasul sebagai azas, ditempatkan sebagai Hukum yang utama.

dan untuk merubahnya kita tidak perlu mengadakan peperangan dengan pentadbir negara kita, tidak perlu juga kita berlepas diri dan membiarkan ahl al fask menguasai medan pentadbiran negara.

yang diperlukan adalah niyat kita, kebulatan hati kita, untuk mereform kembali tatanan kehidupan kita.
yang diperlukan adalah rekomend daripada barisan Ulama & cendekiawan muslim tentang perlunya perbaikan azas ini..

bahawa pembahasan hal-ihwal Hukum adalah dengan adu argumentasi & pemilihan hujjah terbaik bukan dengan pooling ala demokrasi... (ingat dalam demokrasi setiap orang harganya sama, 1 orang = 1 suara, manusia hanya dinilai sebagai quantiti, quality sama sekali tak dihargai!)

bahawa penggunaan demokrasi (pooling) sepatutnya hanya terbatas mengenai selera, mengenai pilihan suka-taksuka bukan mengenai salah-benar, bukan mengenai masaalah hukum dan segala perkara yang berkaitan dengannya.

Jadi menurut saya jelas,
HARAM demokrasi dijadikan azas sesebuah negara, sebab semestinya Hukum Allahlah yang HAQ menjadi azasnya, sedangkan cara-cara demokrasi hanyalah salah satu alat sahaja, maka tak sepantasnya dijadikan azas !

sekali lagi adalah niyat dan kesungguhan hati muslimin sekalian yang diperlukan untuk memperbaikinya, dan barisan 'Ulamalah yang dapat diharapkan sebagai motor penggerak / lokomotif dari usaha perbaikan ini, bukannya meletakkan harapan satu-satunya kepada demokrasi untuk perbaikan ini (kerana ini tak mungkin, menyalahkan demokrasi sebagai azas dengan jalan demokrasi), melainkan dengan hujjah yang tak terbantahkan !

dan masih banyak kerja yang mesti dibuat, untuk perbaikan ini, ini menyangkut perbaikan system pentadbiran...
masih banyak kerja yang mesti dibuat oleh sekalian Ulama, para pewaris para nabi, penyuluh & penerang jalan ummat yang lemah ini...

Yaa.. Allah, berilah kekuatan kepada Ulama diantara kami, untuk sentiasa sabar dalam mengajarkan Ilmu-ilmu MU kepada kami rakyat yang lemah ini, dan berilah hidayah kepada kami semua sehingga kami tidak tersesat, tidak menjadi bangang kerana kebodohan kami, melainkan kami menjadi rakyat yang mengerti kerana sudi menerima hidayah MU dan mahu mentaati perintah-perintah MU, mahu berhukum dengan Hukum MU dengan Kitabullah wa sunnaturrasul. amin.

billahittawfiq wal hidayah,
nashrun minallah wa fathun qariib,
Wassalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby tytsezh on Thu Jul 03, 2003 10:21 am

assalamualaikum..

saya telahpu menulis bagi menyambung bahasan lalu namun invalid session,takperla..eheheh G@y@t sayalah bukanlah pakar fiqh..cuma peminat fiqh je.apapun mohom sdr arif memberi sedikit input ttg sistem yg Islam sarankan dalam soal kenegeraan termasuk perlantikan ketua negara,perlembagagan,syura dsb..mungkin boleh kita bincang bersama untuk mendapat manfaat darinya.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Thu Jul 03, 2003 1:20 pm

assalamualaikum..

dah 2 kali invalid session ni,penat gak..mungkin terlalu lama masa senggang antara nak menaip dan merujuk..tak mengapa.sebenarnya tiada perselisihan sebanar antara kita,saya tetap menganggap demokrasi acuan tersebut yg berorientasikan suara majoriti dalam semeua pperlaksanaan tentunya mudarat dan tak boleh dijadikan asas.Seme ulamak cendekiawan kata begitu kecuali ali abd Raziq al-ahkam fi Usul al-ahkam (1925) tulisan ini telah disanggah oleh ramai ulamak.

dalam hal kita ni ada elok nya sdr pengendalikan copy dan paste fatwa al-qhardawi ttg Islam dan demokrasi serta tajuk kepelbagaian parti dalan Negara Islam.Kita jadikan asas perbincangan dan kita telusi satu persatu hujjah beliau dgn hati lapang,

seperkara lagi mari kita selusuri pemikiran al-maududi dalam hal ini.Rujukan boleh dibuat dalam kitab nya Khilafah dan Kerajaan,Political Theory of Islam,al-Hukumah al-Islamiyah,Perinsip2 Utama Negara Islam,Human Right In Islam,Islam dan Pembaharuan,Islami Riyasat,Prinsip-Prinsip Utama Negara Islam,Mafahim Islam Haula al-Din,sistem Pemerintahan Islam di bawah Pimpinan Rasulullahi,Islam dan Nasionalisma,Kesatuan Dunia Islam dll.

yang bertajuk bahasa Malaysia ialah karya beliau yg telah diterjemahkan,saya sarankan membaca buku al-maududi ini kerana beliau adalah salah sorang tokoh yg lantang dalam mengemukakan fikrah pemerintahan dan kenegaraan islam.

dari pengamatan saya beliau terpaksa mengakui bahawa ruh demokrasi (islam telah mendahului dalam hal ini)telah ada semasa negara dalam pimpinan Rasul dan akhirnya beliau mengemukakan istilah yang sepatutnya sesuai dalam kontek sekarang ialah TEODEMOKRASI campuran antara demokrasi dan teokrasi,ianya memberi erti kesepaduan antara demokrasi terpimpin dgn teokrasi ilahi muslim diberi kuasa majoriti dgn sekatan sekatan tertentu agar bertindak sebagai pelaksana dan pengawal kepada undang-undang ilahi(lihat Political Theory of Islam).

Walauapapun tunjangnya adalah syarak,acuan nya mengikut kaedah syarak bukan acuan mana2 soal nama dan corak perlaksanaan apa saja boleh sebab tiada ketentuan nas.Inilah yg dimaksudkan oleh Qardawi dalam fatwanya.maka boleh dijadikan asas pemerintahan dan tidak bercanggah dgn mana2 nas syarak.Ini perlu kepada seperti yg dikatakan al-Durrani ijtihad fi al-tatbiq dgn ijtihad fi al-fahm .

Islam sebenarnya telah mendahului seme prinsip dalam demokrasi,prinsip syura yang dikenali kini dengan istilah lain dalam demokrasi telah pun ada,cuma Islam membataskan syura dalam beberapa hal,tidak boleh melawan perkara yg telah dinaskan.

Konsep pemisahan kuasa eksekutif,kehakiman dan perundangan merupakan tunggak dalam demokrasi,teori ini mula diperkenalkan oleh ahli falsafah Perancis Montesqieu(1689-1755 m),tentunya dalam kontek Islam telah lama mendahului,kalau tidakpun di zaman rasul ianya berjalan lancar pada zaman Omar al-khattaba(lihat arif al-kindi,al-Qhada fi al-Islam,Ibn Khadun dalam Muqadimmah).maka sudah tentu ade perbezaan dari sudut pengamalan dan tujuan sesuai dengan asas yg dipegang,jadi apa jua yg dibincang dalam demokrasi telah pun ada pada prinsipnya dalam Islam,maka jika kita dapat memegang tampuk pemerintahan boleh le diteruskan amalan tersebut dengan membentuk asas kepada syarak tanpa perlu menukar nama bentuk wasilah tersebut.

perlembaganaan adalah rujukan hubungan antar pemerintah dan rakyat,dalam hal ini sahifah madinah telah wujud jauh sebelum tamadun lain yg ada sekatrang,maka dalam kontek hari ini bolehlah guna pakai perlembagan yg ada dgn memasukan peruntukan ttg hukum tertinggi ialah Quran dan Sunnah mana yg tidak konsisten dgn keduannya maka undang2 lain terbatal setakat mana tidak konsistenn ya undang2 tersebut.
(lihat Perlembgaan Pakistan artikel 31) dan Iran artikel 2)

di Malaysia pinda sahaja perkara 4 sebagai asas,maka dgn sendirinya gugur lah manaundang2 yg bertentangan,termasuklah undang yg bersangkutan dgn pemilihan pemimpin,perlantikan menteri,dll.jadual ke 9 senarai negeri hendaklah dimansuhkan,semua ini dapat dilakukan bila ahli aldl menguasai badan perundangan (parlimen) tanpa perlu menukar sistem yg ada atau menukar nama sistem.

maka buat masa sekarang..samalah kita berdakwah,memberi kefahaman dan memulakan usaha kearah memilih pemimpin yg dipercayai biarpun dibawah sistem yg ada.,ruang dan masa yang ada jgn dihabiskan dgn mempersoalkan persoalan ijtihadi yg tidak ada penghujung .
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby anis_shuhada on Thu Jul 10, 2003 3:30 pm

assalamua'laikum
nak tumpang mencelah ye..segan gak nengok seme pakar2 di sini...

walaupun perkataan demokrasi pada asalnya memberi erti "daripada rakyat untuk rakyat" iaitu rakyat mempunyai hak untuk bersuara dan memilih sesiapa saja menjadi pemimpin, bukan semua negara yang mengamalkan demokrasi itu betul2 praktikkannya 100%. setiap kerajaan lain caranya bila ia bukan lagi berada di atas kertas(dipraktikan).Malaysia pun bukan mengamalkan demokrasi sepenuhnya.....masih lagi ada "limitation" dalam sesuatu segi. kalau betul2 demokrasi...siapa saja berhak mengatakan apa sahaja dgn lantang tanpa disekat....:). Bagi anis la, USA yg boleh dikatakan di anatara negara yg melaungkan "demokrasi" pun tidak juga mempraktikkannya 100% dalam suatu hal..contohnya apabila rakyat bangun menentang supaya membatalkan misi ke Iraq, usaha tu tetap dijalankan.

Sewajarnya bagi sesebuah negara Islam atau yg mengaku sebagai negara Islam mcm Malaysia ni (ye ke.. :)...)mengikut cara pemerintahan Islam dengan mengambil konsep syura sebagai asasnya...tapi untuk ketika ini..kita perlu juga melihat keadaan n suasana selagi ia tidak bercanggah dgn syariat di samping membuat perubahan n pembetulan jika berpeluang/mampu. Kalaulah amalan seperti sebuah mahkamah di USA baru2 ni yg meluluskan amalan 'liwat' atas hak demokrasi n "hak asasi manusia" itu ye la malaysia atau mana2 negara Islam tak boleh le ikut. sememangnya hanya pakar sahaja yg boleh memimpin begitu juga bila masuk bab2 agama n mengeluarkan fatwa..sudah tentu bukan semua atau sembarangan org saja yg boleh melakukannya.

Anis tertarik dgn kata2 saudara kita tu tentang pandangannya terhadap ulama2 yg dikatakan mmg ditugaskan utk menerima apa sahaja yg diberi oleh "kuffar" seperti Syekh Muhammad Abduh. Memang tokoh peradaban ni menjadi satu isu hangat/kontroversi. adakah salah kalau kita mengambil n mengkaji mana2 sistem atau apa saja yg diberi oleh Barat/kuffar ni dan menyesuaikannya selagi ia memberi manfaat n tidak menyalahi ajaran Islam. Bukan semua daripada barat tu salah. Mengikut Ibnu Khaldun n Syeikh Abduh sendiri......"mengapa kita harus terus buang kemajuan n peradaban yg diambil daripada barat selagi ia memberi manfaat..kerana asalnya peradaban n kemajuan Barat itu sendiri datang daripada peradaban Islam sebelum mereka ni keluar dari kepompong kegelapan/Dark Age.

apepun bagi anis la, kita jgn cepat melatah n menuduh, untuk mempraktikkan secara sepenuhnya kadang2 kita perlu bermula sedikit2....bergantung kpd keadaan n suasana.mohon maaf kalau tersilap..sedia menerima teguran(memang skg ni tengah mencari bahan2 ni utk penulisan n bahan ngajar saya..:)

wallah hu a'lam
sampaikanlah sesuatu kebenaran walaupun sukar - terimalah teguran walaupun pahit...:)
anis_shuhada
Ahli
Ahli
 
Posts: 10
Joined: Wed Jun 18, 2003 4:39 am

Postby Arif Fachrudin on Sun Jul 13, 2003 4:21 pm

assalamualaikum..

wa'alaikum salam wa rahmatullahi wa barakaatuhu,

tytsezh wrote:...........sebenarnya tiada perselisihan sebanar antara kita,saya tetap menganggap demokrasi acuan tersebut yg berorientasikan suara majoriti dalam semeua pperlaksanaan tentunya mudarat dan tak boleh dijadikan asas.Seme ulamak cendekiawan kata begitu kecuali ali abd Raziq al-ahkam fi Usul al-ahkam (1925) tulisan ini telah disanggah oleh ramai ulamak.
..........
..........

alhamdulillah..
apakah ini bermakna bahawa saudara tytsezh sependapat dengan saya tentang : "HARAMNYA DEMOKRASI SEBAGAI AZAS SESEBUAH NEGARA/KUMPULAN" ?
tolong luruskan sekiranya maksud sdr. tytsezh tidak demikian adanya..

==========================================
jika saudara mengajak mendiskusikan hal lain, iaitu mengenai macam mana system pemerintahan yang sesuai dengan syari'at Islam, tentang pemilihan pimpinan negara, adab syura dsb, boleh kita buka satu topik mengenai hal tersebut, atau membahas mengenai pemikiran abul a'la al maududi atau yang lainnya boleh dibahas di topik tersendiri...

topik ini saya buka, sebenarnya saya ingin kejelasan dalam tinjauan fiqh mengenai demokrasi sebagai azas...
dan pertanyaan selanjutnya jika ianya dinyatakan haram sebagai azas, adakah sesuatu yang perlu diperbaiki didalam kehidupan bernegara kita, apa yang perlu di perbaiki dan macammana agaknya langkah yang mungkin boleh diambil untuk mengadakan perbaikan...

tapi selama diantara kita masih belum seia sekata, mengenai keharaman demokrasi sebagai azas, jomlah pembicaraan tetap fokus dalam hal tersebut tidak melebar kemasaalah lainnya...

billahittawfiq wal hidayah,
nashrun minallah wa fathun qariib,
wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby g@y@t on Mon Jul 14, 2003 7:19 am

As'kum,

Hmm....nampaknya tujuan Sdr arif bertanya bukannya inginkan kepastian dalam tinjaun fiqh. ttp lebih kpd inginkan 'sokongan'. Sdr seolah2 ingin membawa perdebatan di bicara siasah ke bicara fiqh pula melaui kata2 sdr di bawah:

tapi selama diantara kita masih belum seia sekata, mengenai keharaman demokrasi sebagai azas, jomlah pembicaraan tetap fokus dalam hal tersebut tidak melebar kemasaalah lainnya...

Perlu dijelaskan, apa yg kami lampirkan adalah hujah dan pendapat ulama'. Tidak lebih dari itu. Kami tidak mengeluarkan fatwa. Dan kami tidak berhak utk mempersoalkan fatwa ulama' Apa yg bolehpun, kita tarjih dan pilih pendpt yg terkuat pada diri kita sendiri. Perbicangan yg tidak berlandaskan kpd keikhlasan utk menuntut ilmu serta mencari kebenaran adalah sia2. Krn masing2 tak mau mengalah. Masing2 nak menang. Sedangkan dlm perbincagnan itu kita harus berlapang dada. Kalau tiba2 kita dpt tau pendapat yg kita tak sokong itu lebih kuat(berdasarkan nas dan dalil), maka kita wajib bertukar pegangan kita. Kita tidak boleh taksub.

Maafkan saya kiranya tulisan ini menyinggung atau membuat sdr marah. Ini hanyalah teguran sahaja. Bukan kpd sdr shj, ttp juga kepda saya sendiri serta pengunjung yg lain. WA.

Wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby khaulah_azwari on Mon Jul 14, 2003 3:02 pm

assalamua'laikum

maaf nak mencelah....
apa yg dibincang di sini bnyk input n manfaatnye...maaf kalau saya nak sampaikan ni pada encik arif kita....apa yg telah diberitahu oleh sahabat2 di sini termasuk bro.gayat adalah yg benar n diambil dr sumbar yg sah...

bercakap soal demokrasi ni..ia adalah satu ideologi..itu kita harus paham terlebih dahulu....haram atau tidak....itu adalah hukum dari segi syara' kena lihat bagaimana demokrasi itu diamalkan...cuba lihat apa yg saudari anis cube jelaskan...
semoga info yang diberi oleh sahabat2 dapat membantu kita semua n encik arif..:)

untuk memahami satu2 ideologi jgn hanya melihat dari satu sudut..cuba lihat dr bnyk aspek...semoga ia akan memberi manfaat kpd kita dalam memahami satu2 perkara itu...bukalah minda...semoga apa yg kita cari menemui jawapan....kalau perdebatan yg dicari sampai bila pun tak akan selesai kerana selagi tiada yg menyokong kita ..masih kepuasan tidak kita rasa.

mohon maaf kalau ada terkasar bahasa tersilap menulis.
wallah hu a'lam..:)
khaulah_azwari
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 730
Joined: Wed Dec 26, 2001 8:00 am
Location: negeri ridzuan

Postby Arif Fachrudin on Mon Jul 14, 2003 6:03 pm

wa'alaikum salam wa rahmatullahi wa barakaatuh,

terimakasih kepada sdr. g@y@t dan sdr. khaulah_azwari yang telah memberikan teguran dan peringatan kepada saya, sekali lagi saya mengucapkan terimakasih..

kepada saudara saya g@y@t, sungguh bukan maksud saya meminta sokongan dari mana-mana pihak, melainkan ingin menguji apa yang sedang saya pahami saat ini, iaitu :
DEMOKRASI ADALAH HARAM DIJADIKAN AZAS SESEBUAH NEGARA/KUMPULAN.

tolong jangan dipotong kalimatnya menjadi "Demokrasi Haram" itu saja, dan apa yang cuba dibawakan saudara g@y@t dalam tulisannya bukanlah memfokuskan terhadap permasalahan yang saya bawa, tetapi cuba menghadirkan pendapat-pendapat ulama mengenai demokrasi, dan saya menghargai pendapat-pendapat itu, tetapi dari tulisan yang dibawa saudara g@y@t sekalipun rasanya membenarkan apa yang saya pahami kat atas tu..

tetapi jika saudara masih mempunyai kepahaman lain, jomlah kita diskusikan lagi bersama, boleh jadi memang kepahaman saudara yang lebih kuat hujahnya, insya Allah saya dengan lapang dada akan menerima dan merubah apa yang saya pahami sebelumnya, tetapi jika tidak demikian, masakan saya mesti mengingkari hati nurani saya sendiri ?

bukan pula saya mahu memindah perdebatan dari forum bicara siasah & haraki, tetapi saya pindah disini ini semata-mata menginginkan ini dibahas dalam tinjauan fiqh, dengan hujjah Quran, Sunnah dan apa-apa yang dibenarkan oleh syari'ah...

billahittawfiq wal hidayah,
nashrun minallah wa fathun qariib,
wassalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 9:48 am

assalamualaikum

maaf yer kerana lambat memberi respon..atas sedikit kesibukan dan keuzuran.

Sebenarnya setiap dari semua aspek kehidupan syarak adalah asa s segalanya,samada pemerintahan atau pun lainnya.Salnya nak membandinkan wahyu(syarak) dengan wasilah(demokrasi) kene ke tu...terpulang.Demokrasi adalah satu laedah ,cara atau apa saja yg diberi nama begitu,ketika ini itulah amalan yg diikuti..soalnya sekarang adakah wasilah ini(demokrasi) bercanggah atau tidak dgn syarak..maka buatlah acuan..natijahnya..ada beberapa keadaan ( demok) adalah tidak secocok dgn syarak..seperti dalam soal hakimiyyah illahiyah..maka sudah tentu kita menolaknya..namun adakah kerana itu kita menolak semua prinsip yg lain..satu soalan adakah prinsip yg lain itu bervcanggah dgn syarak..jika ya..tolak..jika tidak..boleh terima pakai.

inilah dimaksudkan oleh Qardawhi demokrasi bertunjang syarak,dan oleh maududi dgn teory teodemokrasi

.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby Arif Fachrudin on Wed Jul 16, 2003 10:23 am

wa 'alaikum salam wa rahmatullahi wa barakaatuh,

alhamdulillah sdr. tytsezh bersedia meneruskan bicara kita ini, tiada kesalahan apapun dari sdr. tytsezh yang perlu dimaafkan, sebaliknya saya minta maaf kerana telah mengganggu waktu dan pemikiran saudara, apapun semuga saudara mengikhlaskannya, dan saya berterimakasih untuk itu.

Demokrasi adalah satu laedah (kaedah yang belum betul ?), namun adakah kerana ada yang belum betul kita menolak semua prinsip yang lain ? tentu tidak, dan topik ini saya buka bukan untuk tujuan itu... melainkan untuk mendapatkan kejelasan mengikut tinjauan fiqh, berkenaan Demokrasi di jadikan azas, azas yang saya maksudkan adalah rujukan utama, sesuatu yang tak boleh dibantah ketetapannya, bahkan sebagai azas, demokrasi adalah yang berhak menentukan segalanya, sama ada memilih pemimpin, menetapkan aturan yang berlaku (undang-undang) dan sebagainya.
itu yang saya permasaalahkan... haram ke tidak seperti itu menurut tinjauan fiqh..
sedangkan yang saya pahami adalah azas tu sepatutnya Al Quran dan Sunnah, semuanya mesti tidak boleh bercanggah ngan keduanya, namun ada kalanya suara majoriti diperlukan untuk memilih sesuatu itu adalah sah-sah saja selama tidak bercanggah ngan azas tadi...
jadi disini saya nak mengajak meletakkan posisi demokrasi pada tempatnya, yang jelas ianya tak layak sebagai azas, itu menurut kepahaman saya sehingga saat ini, dan sekiranya ada yang menganggap kepaham saya ni salah, dan saudara masih sayangkan saya iaitu tak rela saya berada dalam kesesatan, sila perbetulkan mana-mana kepahaman saya yang saudara pikir masih salah, itu juga yang saya pahami dari tawashaw bilhaq wa tawashaw bisshabr..

billahittawfiq wal hidayah,
wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby khaulah_azwari on Wed Jul 16, 2003 11:37 am

wa'alaikumussalam
:) rasenye sudah jelas apa yg diberitahu oleh saudara tytsezh..jazakallah..oh ye selamat dtg dialukan kpd pengendali baru kite..moga selalu2lah akhi berkongsi ilmu di sini.

8)
khaulah_azwari
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 730
Joined: Wed Dec 26, 2001 8:00 am
Location: negeri ridzuan

Postby Arif Fachrudin on Wed Jul 16, 2003 12:35 pm

khaulah_azwari wrote:wa'alaikumussalam
:) rasenye sudah jelas apa yg diberitahu oleh saudara tytsezh..jazakallah..oh ye selamat dtg dialukan kpd pengendali baru kite..moga selalu2lah akhi berkongsi ilmu di sini.

8)

assalamu 'alaikum...

apa maksud khaulah_azwari DAH JELAS tu ?
apakah DEMOKRASI HARAM SEBAGAI AZAS SEBUAH NEGARA ? atau halal ?
sedangkan apa yang saya pahami dari hujjah-hujjah yang diberikan mengarah kepada YANG HAQ SEBAGAI AZAS ADALAH AL QURAN & SUNNAH, dan selain keduanya HARAM DILETAKKAN MENGUNGGULINYA (menjadi sandaran diatas keduanya)..

sedangkan kalau kita menengok apa yang berlaku kat negara-negara saat ini, saya tak reti tentang negara Malaysia, tetapi apa yang saya pahami dengan Negara Indonesia yang telah meletakkan demokrasi sebagai azasnya, sehingga apa kata majoriti itulah yang legal, baik dalam pemilihan pimpinan, legislatif dan penetapan undang-undang mengikut prinsip-prinsip demokrasi, apapun yang telah ditetapkan demokrasi sah adanya sekalipun bercanggah ngan Quran & Sunnah, dan apapun yang datang dari Quran & Sunnah tidak berlaku sebagai aturan hukum selama belum ditetapkan sebagai ketetapan hukum dengan cara demokratis...

kalau kita melihat keadaan separti itu, adakah sesuatu yang perlu diperbaiki ? ataukah tak der apa yang perlu diperbaiki lagi kerana semuanya dah ok dah.. semuanya dah sesuai tinjauan fiqh dan syari'ah islam...

tak kan setakat bincang cam ni pun dah dikira terrorist... heheheh :gelak:

billahittawfiq wal hidayah,
wassalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakaatuh.
Astaghfirullah al'adhim..
Arif Fachrudin
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 177
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 4:38 pm

assalamualaikum.

soal pemerintahan negara termasuk dalam fiqh muassir(semasa)apa jua yg dibawa sebagai dalil adalah berbentuk prinsip umum,soal perlaksanaan terpulang pada suasana dan uruf sesuatu tempat.namun dari segi prinsip tetap thabat tapi dari segi perlaksanaan ada murunah(taghayur).

apa yg sya tulis dah menjawab sebenarnya..bagi diri saya tapi bagi sdr saya tak tahulah.ada elok arif menjelaskan atau menceritakan secara detail ttg konsep pemerintahan yg sdr faham disini.

Demokrasi ni pun dari segi taarif dan perlaksanaan dikalangan tamadun barat masih bertelagah..di UNESCO mereka berbincang dan masih kabur ttg itu dan tiada kata sepakat.akhirnya terpaksa merujuk pada prinsip Abraham Lincoln ttg demokrasi.Bagi kita demokrasi tanpa had adalah tertolak.

Demokrasi mesti bertunjangkan syarak,rujukan sekarang jika nak dibuat hendaklah pada negara Iran dan Pakistan(saya akan kupas dgn detail ).
kemudian).Asas kepada !(dua saksi yg benar )adalah qatie,tanpa komfromi.

Mnegenai dalil ttg pengharaman demokrasi secara per se(kecuali dalam bab hakimiyah illahiyah) adalah bersaskan ijtihad,begitu juga sebaliknya,maka jika nak berpegang dengan apa yg sdr arif fahami silakan,tiada masalah tidak membawa kepada kesesatan.

Bagi saya semua itui.
demokrasi boleh diamalkan dan dijadikan wasilah dalam perlantikan pemimpin,pemerintahan,mesyuarat,pemisahan kuasa,persaman keadilan, dll, dgn syarat ianya tetap tertaaluk pada dua saksi yang adil(quran dan sunnah).mesyuarat boleh tetapkan hukum,tapi dalam perkara yg tiada nas,pilihanraya boleh saja tapi syarat nak jadi pemimpin kena jelaskan dalam perlembagagan,perlembagaan hendaklah ada gurdian council yg terdiri dari cendikiawan/ulamak dalam menapis segala undang2 yg dilulus.alhli al=hall wal aqd(parlimen) hendaklah ditetapkan syarat pemilihanya.perlantikan ketua negara oleh parlimen hendaklah digariskan dalam perlembagaan. apa masalah nya untuk menerima pakai semua itu janji asasnya adalah syarak.

Sdr arif sila lihat fatwa al-qahrdawi dan buku2 al-maududi untuk lebih jelas,pandangan ini (dari saya)adalah tidak mengikat(mulzim) dan tidak mempunya apa kesan darinya.Boleh ditolak dan boleh diambil terpulang...
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Tue Jul 22, 2003 10:52 am

artikel 2,perlembagaan Republik Islam Iran menyatakan;

1. The One God (as stated in the phrase)

"There is no God except Allah.Its exclusive sovereignty
and the right to legislate,and necessity of submission
to His commands.

2. divene revelation and its fundamental role in setting forth the laws

3.the return to God in the hereafter,and the constructive role of this belief
in the course of man's ascent towards God.

4 The justice of God in creations and legislations.

5.continuous leadership(Imamah) and perpetual guidance and uts fundamental role in ensuring the uninterrupted process of revolution of islam.

6.The exalted dignity and value of man,and his freedom coupled with resposibility before God.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Tue Jul 22, 2003 11:02 am

Bagi menyempurnakan tujuan yang disebut dalam artikel 2 tersebut,pihak berkuasa memikul tanggungjawab mengarah seluruh pihak menjayakanya melalui penyediaan suasana yang menyuburkan benih2 etika yang berlandaskan alidah serta menentang segala bentuk kerosakan.

(artikel 3 dan 3(1))

artikel 4,

semua undang-undang sivil,keseksaan,kewangan,pentadbiran,politik dan lain peraturan hendaklah berasaskan secara keislaman..Secara mutlak keseluruhan prinsip terpakai kepada semua artikel perlembagaan dan lain lain undang-undang dan peraturan.Ali-ahli fiqh dilantik sebagai 'Guardian Council' yang menjadi penentu dalam perkara tersebut(artikel 3(1))

tugas al-amr bil makruh wan al-nahy an al-munkar adalah tugas sejagat yang dimainakan oleh semua rakyat kepada kerajaan dan oleh kerajaan kepada rakyat yang berlandaskan undang-undang.(artikel 8)

Agama Rasmi Islam,mazhab syiah jaafariah semenatra mazhab2 lain bebas diamalkan dan dihormati.(artikel 12)
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Tue Jul 22, 2003 11:17 am

Dalam soal pemilihan calon presiden,ia hendaklah daripada mereka yang mepunyai keilmuan agama dan politik,warganegara Iran,keturunan Iran,ada keupayaan mentadbir,rekod yang baik dipercayai dan iltizam dengan prinsip asas mazhab utama negara.(artikel 117).

cara pemilihan;

pandangan orang ramai dilibatkan,mereka dilibatkan dengan cara pilihanraya(artikel 6).Presiden hendaklah dipilih dengan suara majoriti mutlak dari pengundi.Walaupun pemilihan itu diundi tetapi calun mestilah melepasi syrat yang perlu ada seperti tercatat dalam artikel 117,walaubagaimanapun ianya hendaklah terlebih dulu melalui tapisan oleh badan khas iaitu' Guardian Counsil'),begitu juga dengan wakil-wakil parlimen dan wakil-wakil majlis daerah.

calun Presiden ditapis dari segi sifat adilnya,takwa dan kemahiran dalam bidang fiqh selain dari perkara pentadbiran yang lain(artikel 107)

sambung..
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Re: bagaimana tinjauan fiqh ??

Postby Arif_Fachrudin on Tue Apr 05, 2011 2:21 am

membaca kembali tulisan-tulisan yang lalu...
Arif_Fachrudin
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1204
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Ponorogo

Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron