USUL AL-FIQH

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

Adakah ada di kalangan pengunjung BMC yg berminat utk mempelajari ilmu usul fiqh secara online?

Ya, saya berminat...
46
100%
tidak, kurang berminat
0
No votes
 
Total votes : 46

Assalamulaikum...

Postby AL MUNTAZIRAH on Sun Jul 03, 2005 11:12 pm

Ismah li........boleh tak ana nak minta ustaz tolong jelaskan tentang sejarah pembinaan dan perkembangan usul fiqh......syukran ala kullihal....siiru ala barakatillah...
'INTANSURULLAHA YANSURKUM WA YUTHABBIT AKDAMAKUM"
AL MUNTAZIRAH
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Sun Jul 03, 2005 10:57 pm
Location: Kelantan

Postby g@y@t on Wed Oct 05, 2005 6:36 pm

as'kum,

kebetulan topik selepas ini adalah berkaitan dgn apa yg ditanya. Jadi saya sambung shj perbhasan usul fiqh ini.

--------------------

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

Secara tidak langsung telah berlaku pd zaman Nabi saw.

Ilmu usul fiqh menjadi lebih jelas pd masa sahabat ra. Mereka menjadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sbg sumber utama. Apabila tidak didapati dlm keduanya, maka mereka berijitiad. Salah-satu kaedah yg diguna pakai adalah Masalih al-Mursalah. Kaedah ini dipakai mengenai pembukuan al-Qur’an.. Selain itu, kaedah Sadd al-Zaraa’I juga dipakai dan byk lagi kaedah lain.

Namun, secara formalnya, usul fiqh dimulai pd pertengahan kurun 2H oleh Imam as-Syafi’I ketika menulis kitab ar-Risalah. Sejak pembukuan tersebut, ilmu usul fiqh berkembang dgn pesatnya. Setiap mazhab menyusun kaedah2 yg dipakai oleh imam mereka utk dijadikan asas.



KAEDAH PENYUSUNAN ILMU USUL FIQH

Kita boleh bhgkan kpd 3:

ulama’ syafi’I
membuat kaedah berdasarkan nas atau menetapkan kaedah yg disokong dalil dan meniggalkan kaedah yg bertentangan dgn dalil

ulama hanafi
berdasarkan zann yg kuat bhw imam mereka berpegang kpd kaedah2 itu. Mereka melakukan ‘reverse engineering’ terhadap fatwa2 yg dikeluarkan oleh imam mereka. Dari fatwa tersebut mereka akan cuba mengorek kaedah yg mereka sangkakan imam mereka pakai.

ulama mutakhir
menggabungkan kedua2 kaedah di atas.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Sat Oct 08, 2005 2:13 pm

AL-AHKAM

Definisi dari sudut istilah:

Perkara yg dituntut oleh kata2 syara'(al-Qur'an dan as-Sunnah) yg bersangkutan dgn perbuatan org yg bertanggungjawab, samada permintaan, memberi pilihan maupun penetapan.

Pembhgan hukum syara':

1. Wajib: Perintah sayara' dalam bentuk mesti
2. Mandub(sunat): PErintah syara' dlm btk tidak mesti.
3. Muharram: Larangan syara' dl bentuk kemestian.
4. Makruh Larangan syara' yg tidak dlm btk mesti.
5. Mubah: Apa yg tidak berkaitan dgn larangan maupun perintah.

Sedikit tambahan:

bersambung....
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Mon Oct 10, 2005 10:28 pm

Apa yg telah saya senaraikan di atas adalah pd sudut jumhur ulama'. Setiap pembahagian di atas, terdapat pecahan2. Tetapi saya rasa berpadalah dgn ahkamul khamsah di atas sbg asas.

Pd ahkamul khamsah di atas, terdapat perbezaan dgn ulama' hanafiah. Saya rasa perlu dijelaskan perbezaan ini krn kita akan bertemu dgn pembahagian ini, khususnya jika ingin mengkaji mazhab lain. Dan perlulah bagi mereka yg ingin keluar dari kepompong taqlid utk mengetahui pembahagian ini agar tidak terkeliru kemudian hari.

Ulama hanafi membahagikan hukum taklifi kpd:

1. Fardhu
2. wajib
3. sunat
4. haram
5. makruh tahrim
6. makruh tanzih
7. harus

Definisi(yg sama spt jumhur tidak diulang)

Fardhu: tuntutan pasti syara' melalui dalil yg qati'i. Ia mesti dilaksana, diberi pahala apabila dilaksanakan dan disiksa jika ditinggalkan dan menjadi kafir jika diingkari. Cth: solat 5 waktu

Wajib: Tuntutan syara' melalui dalil Dzanni. Ia mesti dilaksana, diberi pahala apabila dilaksanakan dan disiksa jika ditinggalkan tetapi tidak menjadi kafir jika diingkari. Cth: tahiyyat awal dlm solat

Makruh Tahrim: Makruh yg menghampiri haram. Tuntutan pasti utk meninggalkan sesuatu dgn berdasarkan dalil dzanni. Ia mesti ditinggalkan, diberi pahala apabila ditinggalkanny, disiksa jika dilakukan tetapi tidak menjadi kafir jika mengingkari. cth: Kebykan ulama yg menghukum makruh rokok, memasukkannya ke dalam makruh tahrim.

makruh tanzih: Tuntutan tidak pasti utk meninggalkan. Ia tidak mesti ditinggalkan, diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak mendapat apa2/siksa jika dilakukan.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Tue Oct 11, 2005 9:24 pm

SUMBER2 HUKUM

Terbhg 2:
Dalil qat'i
Dalil Dzanni

Qat'i

Dalil2 yg disepakati ulama'

1. al-Qur'an
2. as-Sunnah
3. Ijma'
4. Qias

Dzanni

Dalil2 yg tidak disepakati ulama'

1. istihsan
2. masalih al-Mursalah
3. uruf
4. istishab
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Tue Oct 11, 2005 9:31 pm

Dalil Qat'i: al-Qur'an

Definisi: ialah lafaz di dlm bhs arab yg diturunkan kpd Nabi saw melalui perantaraan Jibril as. Ia menjadi mukjizat kpd baginda dan dipindahkan kpd umatnya secara mutawattir dan dikira ibadat apabila membacanya.

Terbhg 2 berdasarkan surah 3 ayat 7 iaitu:

Muhkamat = ayat yg terag dan jelas maksudnya dan dapat difahami dgn mudah

mutasyabihat = 2 pengertian:

1. ayat2 yg mengandungi beberapa pengertian dan ia tidak dapat ditentukan dgn pasti maksudnya. Cthnya perkataan Quru' dalam surah al-Baqarah ayat 228. Ia boleh membawa 2 maksud yg berbeza iaitu suci dan haidh.

2. ayat2 yg Allah shj tau maksudnya spt Alif Lam Mim, sifat2 Allah etc.

bersambung....
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Sat Oct 15, 2005 11:12 pm

Para ulama' dalam hal ayat2 mutasyabihat (dgn pengertian kedua di atas) berbeza pendpt mengenainya:

1. membolehkan takwil
2. tidak boleh beramal dan tidak boleh ditakwilkan.

Di dlm al-Qur'an,hukum di dalamnya terbhg 3:

1. aqidah
2. akhlak dan
3. amalan (ibadah dan muamalat)

Al-Qur'an merupakan sumber utama dari semua suber hukum yg ada. Ini telah menjadi ijma' ulama AWSJ. Pd zaman hayat Rasulullah saw, hukum2 di dlm al-Qur'an diturunkan dalam 2 btk:

1. Penetapan hukum secara langsung
2. Penetapan hukum secara tidak langsung iaitu pembetulan kpd ijtihad Nabi saw. (Para ulama' berselisih, apakah nabi saw berijtihad ataupun semuanya wahyu. Tetapi kita tidak akan menghuraikan perihalnya di sini. Mungkin kemudian, insya Allah)

Adapun dalil2 di dalam al-Qur'an dalam membicarakan mengenai satu2 hukum dibhgkan juga kpd dua iaitu:

Qat'i =jelas dan putus seperti jenis hukuman hudud
Dzanni = tidak jelas dan umum

Konsep Pembinaan Hukum al-Qur'an

1. Tidak membeban dan memberat2kan. Dalilnya surah al-Baqarah ayat 185

2. meringankan bebanan atau taklif. Dalilnya surah al-Maidah ayat 101.

3. berperingkat2 spt penurunan hukum2 arak.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Sun Nov 06, 2005 9:13 pm

Dalam al-Qur'an terdpt beberapa kaedah dalam memahami maksud ayat2 tertentu. Apakah ia membawa maksud haram, harus etc.

Lafaz tuntutan€ melakukan sesuatu

1. dgn lafaz amar yg soreh [4:36]
2. dgn lafaz fi'il amar[64:16]
3. lafaz fi'il amar dgn lam al-amr.[22:29]
4. dgn kalimah yg jelas menunjukkan kefardhuan.[2:178]
5. menceritakan kebaikan sesuatu.[2:220]
6. fi'il jawab.[2:196]
7. menunjukkan kebaikan sesuatu perkara dunia dna akhirat.[65:2]

Lafaz tegahan

1. dgn lafaz nahi yg soreh. [12:90]
2.dgn lafaz menyuruh utk meninggalkan sesuatu.[6:151]
3. menceritakan kebaikan dan keburukan sesuatu.[2:189]
4. perbuatan yg disertai janji tidak baik. [4:93]
5. lafaz nafi.[4:91]

Lafaz ibahah

1. lafaz yg jelas menunjukkan keharusan dan mengharamkan sesiapa mengingkarinya.[al-a'raf:32]
2. lafaz yg menunjukkan pilihan.[5:5]
3. lafaz nafi kehraman dan juga kewajipan.[24:61]
4. lafz menunjukkan sesuatu itu dijadikan utk manusia.[2:29]
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Sun Nov 06, 2005 9:28 pm

bab sterusnya adalah mengenai sunnah. Utk tidak membuang masa, saya rasa memadai utk dibaca pd url berikut mengenai bab ini. http://www.bicaramuslim.com/bicara6/vie ... php?t=6297

saya cuba ingin menambah pd bab hadis mutawattir. Iaitu hadis mutawattir dibhgan kpd 2 iaitu mutawattir maknawi dan lafzi.

lafzi = diriwayatkan oleh sebilangan perawi dgn matan dan maknanya sama

maknawi = diriwayatkan sebilangan perawi tapi hanya maknanya sama.

Boleh juga kpd yg ingin membaca artikel tambahan, sila ke url berikut:


MEngenai hadis Ahad:

http://www.bicaramuslim.com/bicara6/vie ... php?t=8257
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/vie ... php?t=6752
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Mon Nov 07, 2005 10:31 pm

IJMAK

dari segi bahasa = bersetuju dalam sesuatu perkara
syara' = persepakatan para mujtahid dalam satu perkara berhukum hukum syara' slps kewafatan Nabi saw. [byk definisi diberikan pdnya. Dan ada juga definisi yg memberikan implikasi kpd pemakaian ijmak dlm sumber hukum. utk kali ini kita berpada dgn definisi ini]

Kehujahan ijma' sebagai hukum syara' disokong dgn nas2 al-Qur'an (spt an-Nisa':115) dan juga hadis.

Ijmak terbhg 2:

1. soreh = jelas kesepakatan berlaku antara semua mujtahid.
2. sukuti = terdapat segelintir yg hanya mendiamkan shj. Mereka tidak menafikan maupun menolak sesuatu hukum yg dikeluarkan oleh mujtahid yg lain.

Ijma' soreh ini diterima oleh semua mazhab yg menerima ijma' sebagai sumber hukum. Manakala sukuti, terdapat beberapa perbincangan sekitarnya.

Ijma' sukuti, ada yg menerima dan ada juga menolaknya. Yg menerimanya terbhg pula kpd 2 golongan iaitu mengatakan ia sebagai hujah dzanni( dan di pihak yg lain mengatakannya hujah yg qat'i(Hanafiah, Ahmad). MEreka yg mengatakan ianya hujah dzanni adalah berdasarkan kpd berdiam dirinya segelintir mujtahid tidak membuktikan bersetujunya mereka kpd sesuatu hukum yg dilkeluarkan(sebhgn pengikut Imam Abu Hanifah dan pengikut Imam as-Syafi'i).

Adapun pendpt yg tidak menerimanyam, adalah disebabkan ijma' itu sendiri membawa maksud muafakat. Apabila wujudnya segelintir mujtahid berdiam diri, maka ia tidak boleh dijadikan hujah bhw mereka bersetuju. Oleh itu, jika tidak dikatakan mereka setuju, maka ia tidak boleh dikatakan ijma' sama sekali. Pendpt ini dipegang oleh sebhgn pengikut Imam Malik dan Imam as-Syafi'i.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby Dreamkiller on Wed Dec 07, 2005 5:15 pm

kenapa kelas ni macam dah stop jer?
Dreamkiller
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 56
Joined: Mon Jun 14, 2004 9:44 pm
Location: Parit Raja, BP, Johor.

Postby g@y@t on Fri Dec 16, 2005 9:24 pm

kenapa kelas ni macam dah stop jer?


as'kum,

maaf...ana skrang dalam proses pindah rumah..jadi semua bahan rujukan dah masuk kotak... memandangkan roses perpindahan ini dibuat secara slow2, maka lama sket la utk ana menjawab mana2 soalan....tapi jika ada para ustaz di sini (yg pastinya ada), tolong2la sahabat yg lain yg inginkan bantuan.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby IbnuShah on Sun Jan 29, 2006 1:57 pm

emmmm... :matabulat:
(",) Sedekahkan senyuman anda
IbnuShah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 76
Joined: Tue Jun 21, 2005 11:50 am
Location: Bumi Tuhan

Postby g@y@t on Mon Jan 30, 2006 4:01 pm

hmmmm..... :oops: :o :-? :matabulat:
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Sat Aug 19, 2006 9:34 am

as'kum,

salam kembali setelah lama membisu dalam tajuk ini. Dan kali ini, ana belum lagi menyambung tapi ingin melampirkan artikel perihal sejarah perkembangan dan pembukuan usul fiqh. Harap dapatlah ia memberikan manfaat. Dan jika ada sesiapa yang ingin menambah, silalah berbuat demikian agar lebih lengkap. WA.

---------------------

Ilmu usul fiqh merupakan satu ilmu yang amat penting, khususnya kepada para ilmuwan Islam. Ilmu ini menjadi asas dalam pembentukan hukum-hakam Islam. Sesiapa yang mempelajari ilmu usul fiqh, pasti merasa puas apabila dibentangkan perbahasan para ulama perihal satu-satu hokum atau fatwa. Ini kerana mereka dapat memahami apa yang dibicarakan. Jika tidak, ia akan menjadi seperti orang melayu yang tidak tahu berbahasa India tetapi berada di majlis mereka.

Dalam usaha memartabatkan ilmu usul fiqh dalam masyarakat awam, kita akan membahaskan dalam artikel ringkas ini perihal ‘Sejarah Pembukuan Ilmu Usul Fiqh’.
Untuk membentangkan tajuk di atas, perlu juga dilihat kepada ‘Sejarah dan Perkembangan Perundangan Islam.’ dalam konteks usul fiqh.

Sebahagian para pengkaji, apabila membicarakan mengenai Perkembangan Perundangan Islam ketika peringkat pembinaan dan kesempurnaan, mereka membahagikan kepada beberapa marhalah selepas kewafatan Rasulullah saw. Antaranya:
1. Marhalah Pertama: Perundangan di Zaman Khulafa’ ar-Rasydin
2. Marhalah Kedua: Umawiyin
3. Marhalah Ketiga: Abassiyyah

Ilmu usul fiqh sebenarnya telahpun wujud sejak zaman Nabi Muhammad saw. Jika diteliti sirah, kita akan dapati kaedah-kaedah istinbath hukum telah pun ada. Antara dalilnya adalah hadis berikut:

Rasulullah SAW mengutuskan Muaz ra ke Yaman. Baginda betanya kepadanya, “ Bagaima engkau hendak lakukan sekiranya datang kepadamu satu-satu perkara?” Jawab Muaz “Aku akan menghukumnya dengan Kitab Allah.” Tanya baginda lagi, “Jika tidak ada di dalam Kitab Allah?” Maka jawab Muaz, “Aku akan menghukum dengan sunnah Rasulullah.” Tanya Baginda lagi, “Jika tidak ada dalam sunnah Rasulullah?” Maka jawab Muaz, “Aku akan berijtihad dengan pandanganku dan aku tidak akan cuai.” Rasulullah SAW menepuk dada Muaz seraya berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah bagi perkara yan diredhai oleh Rasulullah.”

Ilmu ini menjadi semakin jelas selepas kewafatan Baginda SAW. Pada zaman Sahabat misalnya, kita akan dapati mereka menggariskan kaedah-kaedah instinbath hukum yang mana bolehlah kita ringkaskan kepada:
1. Kitab Allah
2. Sunnah Rasulullah SAW
3. Ijma’
4. Ra’yu

Ini dibuktikan melalui pengakuan para sahabat sendiri seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain ra. Dan juga melalui fatwa-fatwa mereka.

Pada era Umawiyin(tabi’in), pelbagai peristiwa dan isu baru muncul. Perselisihan begitu ketara, samada dalam soal fiqh maupun politik. Era ini menjadi kemuncak bagi golongan Syi’ah dan Khawarij. Perselisihan politik ini khusunya telah menyebabkan lahirnya pelbagai manhaj fiqh yang pastinya mempunya kaedah istinbath hukum yang berlainan. Ini lebih ketara pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan. Yang mana wujud segolongan ulama’ yang tugasnya terbatas kepada fatwa-fatwa halal dan haram sahaja. Selepas itu, muncullah ramai mujtahid yang agung. Pada zaman inilah penyebaran hadis ligat berlaku.

Walaupun pelbagai perkara baru timbul,bagi mereka yang berada di jalan yang benar, ada asasnya sumber-sumber hukum pada zaman ini masih tetap kekal sama sepertimana pada zaman Khulafa’ ar-Rasyidin. Hanya saja terdapat pendetailan dalam setiap sumber-sumber tersebut.

Setelah kejatuhan kerajaan Umawiyin, bermulalah pula zaman pemerintahan Abassiyyah. Marhalah ini dikenali sebagai zaman kegemilangan bagi fiqh Islam. Fiqh dibahaskan dengan begitu mendalam masa zaman ini. Sehinggakan fiqh itu menjadi satu ilmu yang berdiri dengan sendirinya. Sedangkan pada zaman-zaman sebelumnya, ia tercakup dalam fatwa-fatwa sahaja. Kegemilangan ini adalah kerana beberapa sebab. Antara:
1. Tumpuan yang diberikan oleh para khalifah kepada fiqh dan fuqaha’
2. Usaha mendidik para pemerintah dengan didikan agama
3. Kebebasan berfikir
4. Banyaknya perdebatan ilmu dan perbahasan di kalangan para ulama’
5. Banyak perkara baru muncul yang memerlukan fatwa
6. Pengaruh ilmu dan kebudayaan umat lain terhadap akal fikiran
7. Pembukuan ilmu dan penterjemahan kitab ilmiyah.

Adapun jika dilihat kepada sumber-sumber perundangan, perbahasannya begitu luas. Ilmu-ilmu dibahaskan dengan mendalam. Berikut disenaraikan sumber-sumbernya:
1. Kitab Allah
2. Sunnah Rasulullah saw
3. Ijma’
4. Qias
5. Istihsan
6. Masalih al-Mursalah
7. Istishab al-Asli
8. Sad al-Zara’i
9. Amal ahli Madinah
10. Qaul Sahabi
11. Urf
12. Syara’ Man Qablana

Demikianlah marhalah-marhalah utama sebelum kejatuhan era kegemilangan.

Pembukuan Ilmu Usul Fiqh

Seperti yang dijelaskan di atas, usul fiqh telahpun wujud sejak zaman Rasulullah saw. Hanya saja ia tidak disusun sepertimana adanya pada zaman sekarang. Kita akan akan mendapati kaedah-kaedah ini diselit ditengah-tengah fatwa mereka. Persoalannya, siapakah yang membukukan ilmu usul fiqh ini.

Kalau kita banyak membaca, kita akan dapati orang yang pertama kali membukukan ilmu usul fiqh ini dengan sistematik ialah al-Imam as-Syafi’I rhm dengan kitabnya bernama ar-Risalah. Demikianlah umum diterima pendapat ini. Tetapi kita perlu jelas bahawa terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat sebaliknya.

Abdul Wahab Ibrahim Abu Sulaiman dalam bukunya ‘al-Fiqh al-Usuli’ menyebut bahawa masing-masing tokoh antara mazhab usul mendakwa merekalah yang pertama menyusun ilmu tersebut. Kalangan Hanafi mengatakan Imam Abu Yusuf orang pertama menyusun dan menulis ilmu usul fiqh. Sementara di kalangan Malikiyyah, dikatakan Imam Malik yang pertama membicarakan ilmu usul fiqh. Begitulah seterusnya dalam mazhab-mazhab yang lain.

Melihat kepada perbezaan ini, dapatlah kita lihat bahawa pada era as-Syafi’I memang ditandai sebagai zaman pelbagai aliran teori pemikiran hukum. Diyakini sebelum as-Syafi’I sendiri, telah wujud ilmu usul fiqh.

Hal ini memang sukar dimungkiri memandangkan sebelum as-Syafi’I rhm sendiri, ilmu usul fiqh ini telahpun berada di kalangan masyarakat. Hanya ia belum di susun menjadi satu kitab yang sistematik. Yang mana Imam as-Syafi’I, membukukan ilmu ini menjadilah kitab yang kita kenali sekarang iaitu ar-Risalah.

Dr Abd Wahab Khalaf dalam kitab Usul Fiqhnya mengatakan bahawa orang yang pertama menghimpunkan kaedah-kaedah yang berserakan itu ialah Imam Abu Yusuf, pengikut Imam Abu Hanifah. Ini dinyatakan oleh Ibn an-Nadim dalam al-Fahrasat. Tetapi himpunan kaedah-kaedah ini tidak pernah sampai kepada kita. Dan katanya Dr Abd Wahab lagi bahawa orang pertama yang menyusun kaedah-kaedah usul fiqh dengan sistematis dengan dalil dan ulasan yang baik ialah Imam as-Syafi’I rhm dalam ar-Risalah. Dan inilah satu-satunya kitab usul yang sampai ke tangan kita. Atas dasar itulah, Imam as-Syafi’I rhm dikenali sebagai bapa kepada ilmu Usul Fiqh ini.

Pun begitu ada juga ulama seperti Imam as-Isnawi dalam kitab at-Tamhid dan as-Suyuthi seperti yang dinukilkan oleh al-Hijawi dalam al-Fikr al-Samiy fi al-Traikh al-Islami mengatakan Imam as-Syafi’I merupaka orang pertama menulis kitab usul fiqh secara ijma’.

Apapun, pendapat Dr Abd Wahab Khalaf di atas lebih adil. Allahu ‘alam.

RUJUKAN

Ilmu Usul al-Fiqh oleh Dr Abd. Wahab Khalaf

Muqaranah Mazahib fi al-Usul oleh Drs Romli

Pengantar Hukum Islam oleh Tengku Hasbi Muhammad Hasbi as-Siddiqi

Pengantar Usul Fiqh oleh Ustaz Abd Latif Muda dan Ustazah Rosmawati

Perundangan Islam; Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya oleh Fadilah Sarnap.

Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh 2004; Tajuk Kertas Kerja: ‘al-Imam as-Syafi’i: Penyusun Ilmu Usul Fiqh’ oleh Hj Ibnor Azli Ibrahim dan Hj Radzuan Nordin.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

assalamualaikum...

Postby miftahulhaq on Sun Aug 20, 2006 1:10 am

assalamualaikum....ya akhi syukran atas penjelasan yg di atas semoga kamu mendapat balasan yg setimpal dari allah subhanahu wataala amin...jazakumullah khairan khairul jaza'.








yg benar
hamba allah yg lemah lagi kerdil ini.
miftahulhaq
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Fri Aug 18, 2006 3:39 pm
Location: singapore

Postby g@y@t on Sun Aug 20, 2006 7:27 am

hrp apa yg dilampirkan memenuhi kehendak sesiapa yg mencari maklumat mengenainya. WA.

wasalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby FongSaiYuk on Mon Aug 28, 2006 1:49 pm

adapun sumber perundangan Islam Quran, sunnah, ijmak dan qiyas hanya disepakati di kalangan ulama ahlissunah wal jamaah, adapun ulama' syiah tidak berpegang kepada ijmak lantaran mrk tidak mengiktiraf ulama selain daripada mereka.. tambahan buku yang menarik utk dibca ialah mazahibul arbaah oleh imam abu zahrah (ada translation dalam b. inggeris)
adapun, kalau nak ikut, tadwin usul fiqh (penulisan usul fiqh) sebermula yang diasaskan oleh imam syafiee adalah sangat panjang dan menarik kalau kita dapat membacanya secara terperinci..

hehe cuma soklan yang timbul: mana datang dulu? usul fiqh atau fiqh? ehehe... soklan biasa utk anak2 murid..
User avatar
FongSaiYuk
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1322
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: KL @ `arus el bahr el mutawassit

Baru terjumpa hari ini ada website yang membicarakan feqah

Postby kaktora on Thu Dec 07, 2006 2:45 pm

bagus ada topik feqah...dapat belajar secara online...harap di teruskan lagi.
kaktora
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 179
Joined: Wed Dec 06, 2006 2:57 pm
Location: Hulu Langat (Orang Ulu ulu ma)

Postby al-afif on Thu Dec 07, 2006 5:43 pm

Salam :D

sangat baik dan bagus dari pengendali g@y@t.

ana hampir terlupa dan ter isi semula dengan article tu
boleh lah teruskan, perlebar dan diperpanjangkan bicara tu.

terima kasih. :kenyit:
ilmu dicari
al-afif
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 507
Joined: Thu Aug 10, 2006 5:16 pm
Location: kl

Postby Abdul Rahman on Thu Dec 07, 2006 6:30 pm

:D

mari kita belajar bersama..
ilmuNYA berada dimana-mana..
meliputi sekaliannya..
untung bagi yg mahu berfikir dan mengambil pelajaran..
sila.. :)
Huddan + Baiyinat + Furqan = Quran!
Abdul Rahman
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 616
Joined: Fri Jun 23, 2006 2:04 am
Location: Tanah Melayu

Postby IBNE ABBAS on Mon Mar 19, 2007 6:03 pm

where are you mentor ?
IBNE ABBAS
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 118
Joined: Sun Sep 24, 2006 8:11 pm
Location: SOMEWHERE

Postby abuqais on Tue Feb 05, 2008 1:51 pm

apa kata kita sambung balik kuliah usul fiqh ni. sebelum tu kita putuskan beberapa perkara asas

1. Tentukan muqarrar (silibus) iaitu kitab utama yang nak dirujuk. Cadangan saya, kita pakai kitab al-wajiz fi usul al-fiqh, oleh Dr. Abdul Karim Zaidan. Kat UIA (ijazah) pakai buku ni sebagai rujukan utama.

2. Lantik seorang mentor atau pemudahcara untuk sampaikan kuliah secara online.

3. Sebarkan forum kuliah ni kepada orang yang berminat supaya lebih ramai yang dapat belajar. Tarik ramai lagi ahli forum berkunjung ke website ni. Orang IT tentu tahu macammana caranya.

4. Tentukan kekerapan posting tajuk kuliah. mungkin setiap hari sabtu dll. So satu minggu satu topik sahaja, lagi 6 hari ialah masa untuk berdialog dan berbincang, kalau masih ada yang tidak jelas, kita lanjutkan tajuk hingga mingu berikutnya.

5. Peraturan berkuliah. Untuk jimat masa, kos dll. Diharapkan jangan hantar posting yang panjang-panjang, soalan pun pendek-pendek. Lebih baik belajar sikit-sikit tapi berterusan (istiqamah).

Macammana, ada respon?
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

respon usul fiqh

Postby abuqais on Wed Feb 06, 2008 2:07 pm

nampaknya masih belum ada yang respon ni...

P/S: biasala tu bab-bab menuntut ilmu ni lambat sikit kot (bukan lambat banyak) he, he. setakat ni undian pun baru 46 je. kira ok la tu daripada 00. ye tak?
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby g@y@t on Wed Feb 06, 2008 3:20 pm

ana rasa mmg bagus saranan tu. cuma sapa yg akan kendali jer...Nampak gaya enta la Tuan Guru nya…

Tp bila difikir balik, ada baik kalau kita bahas fiqh syafi’I beserta dalilnya terlebih dahulu… ataupun sekali harung 2 topik… Camner TG AbuQais
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

usul fiqh

Postby abuqais on Wed Feb 06, 2008 10:06 pm

MasyaAllah, tuan g@y@t, ana belum layak jadi tuan guru la... jadi tuan murid boleh la... he, he..

Ana memang minat sangat fiqh syafi'i tu. Sebab itu dah jadi amalan kita kat Malaysia ni. Bila kita bahas fiqh syafie secara mendalam kita akan dapat belajar usul fiqh mazhab syafie sekali. Memang kita dapat belajar sekali harung je dua-dua tu. mudah dan praktikal. tak payah pening kepala baca kitab usul fiqh tapi sukar atau tak dapat nak aplikasikannya pada hukum furu'.

Kalau baca kitab fiqh syafie, kita akan tahu istilah dan usul fiqh syafie, turutan keutamaan dalil dalam mazhab syafie, teknik pentarjihan, nama tokoh dan karya fiqh mazhab syafie. Bagi yang cintakan ilmu memang best sangat-sangat la tu...

Ana sokong 100% kalau tajuk tu dipilih.

Bagi ana kitab fiqh mazhab syafi'i yang agak mendalam dan lengkap ialah kitab mughni al-muhtaj tulisan al-khatib al-syarbini.

Harapnya adalah orang yang sanggup ajarkan kepada kita bab-bab yang terpilih daripada kitab ni. contohnya bab muamalat dan munakahat dll.
Ana bantu sikit-sikit boleh la...
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby g@y@t on Wed Feb 06, 2008 10:16 pm

aduh.. mana boleh sket2 je enta tolong... enta la kena ngajor... enta kan takhassus bab fiqh ni....... :)

Mughni Muhtaj agak baik juga. sederhana la jgk dibanding majmu'. apapun, tunggu enta mula....silakan....
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

kuliah online

Postby abuqais on Wed Feb 06, 2008 10:32 pm

kalau dah gitu kata tuan g@y@t, ana akan cuba setakat yang mampu.
Paling cepat ana boleh mula minggu depan la lepas cuti. walau apa pun harap enta dapat bantu ana tambah-tambah yang mana kurang...

Cuma ana nak minta pendapat enta kita nak kemukakan teks bahasa arab atau tidak. Kalau ada bahasa arab lagi bagus, tapi nak taip tu lambat skit. So ana cuba scan muka surat tertentu. Nanti kalau ana tak tau, ana akan minta bantuan anta macam mana nak pamerkan halaman tersebut.

Majulah Fiqh untuk negara.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

Postby g@y@t on Fri Feb 08, 2008 7:02 am

hmmm...nak scan mungkin amik masa. ana mmg ada kitab arab dia. tp rasanya online boleh cari kot yg softcopy... nanti ana cuba cari. Enta nak mula topik apa?
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Kuliah Tafaqquh Online

Postby abuqais on Sun Feb 10, 2008 3:47 pm

Assalamualaikum,

‎Boleh tak kita buka POST baru untuk KULIAH TAFAQQUH ONLINE ni. Harap ‎pengendali dapat meletakan POST tersebut sebagai post STIKCY.

Rasanya untuk permulaan ni, kita mulakan dengan tajuk muamalat dulu, kerana ia sangat penting dan sering diamalkan ‎dalam urusan seharian kita. Ia juga adalah asas untuk membangunkan ekonomi umat ‎Islam agar lebih maju dan ‘syariah compliance’. Semoga nanti, kita dapat menjauhi ‎segala bentuk transaksi muamalat yang tidak berlandaskan syariah. ‎

Kita gunakan medium bahasa melayu dulu. Teks kitab dalam bahasa arab akan diterjemahkan. Nanti kalau perlu penjelasan lanjut kita akan bawakan teks asal dalam bahasa arab, untuk diperbahaskan. Sebabnya nak scan kitab arab tu, mungkin payah jugak. Kalau perlu nanti kita usahakan.

Selepas ini kita akan mulakan posting baru untuk kuliah tafaqquh mazhab syafi'i bermula dengan bab jualbeli. InsyaAllah.
"Menyemarak Jiwa Tafaqquh" www.juraish.blogspot.com
abuqais
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 03, 2008 10:47 am
Location: Darul Ehsan Darul Makmur

PreviousNext

Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: Majestic-12 [Bot] and 0 guests