pertanyaan kesalahan dalam solat

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

pertanyaan kesalahan dalam solat

Postby saf_malam on Tue Jun 22, 2004 5:58 pm

Assalamualaikum..

Saya ingin meminta bantuan nasihat dari pengendali dan teman semua mengenai buku yang saya baca berjudul 239 KESALAHAN DALAM SOLAT karya Abdullah-Qari Bin Hj.Salleh A.Q.HA.S
Tujuan saya bagi memperbaiki mutu solat saya.
Antara perkara yg disentuh dalam buku ini adalah mengenai bidah dalam solat akibat sekian lama jarak antara wafat nabi dan penyebaran umat Islam serata dunia.
Yang membingungkan saya antara bidaah yang dinyatakan adalah yang sudah sebati menjadi amalan kita dan juga terdapat dalam tatacara solat dalam penerbitan buku-buku panduan solat.
contohnya:
BIADAH SEBELUM SOLAT
a- memukul beduk sebagi tanda waktu solat,sahur atau berbuka puasa.
rujukannya kitab Al-I'tisham

soalan saya : benarkah? kerana ianya menjadi tradisi di negara kita .


BIDAAH SEKITAR SOLAT
A- membaca USOLLI dalam pelbagai bentuk dgn tujuan membantu niat tetapi sebnarnya menyusahkan.
B- melafazkan niat dengan nyaring.
Saya sering mendengar jemaah melafazkannya dengan nyaring adakah benar salah? Kerana niat itu rukun Qolbi bukannya rukun qauli.
C- benarkah doa iqamah tidak wujud dan biadah membacanya?
menurut pengarang Iqamah sebagai gerakkan menuju solat dan tiada sepatutnya wujud antaranya doa seperti doa selepas azan.
D-was-was pada niat seperti mengulangnya berkali-kali takut silap.
adakah mengulangnya kerana was-was itu bidah.?
E-berqunut sentiasa dalam solat subuh.
Menurut pengarang, imam Syafie suka doanya dihafal bukan disunatkan
(rujukannya ialah Al-majmu'(3:504, Imam Nawawi Al-Ibda"38 danAl Qaul Al-Mubin (130)m

F_ sujud sahwi dengan membaca
SUBHANA MALLA YANAMU WA LA YASHU
MENURUT BELIAU BACAAN INI BERSUMBER DARI MIMPI SEORANG SUFI
Beliau cadangkan agar baca bacaan biasa dalam sujud.

BIDAAH SELEPAS SOLAT

A- mengangkat tangan ketika berdoa.

Menurut beliau nabi berdoa dihujung wirid tanpa mengangkat tangan
Tanngan hanya diangkat ketika beliau melakukan solat-solat sunat.
........................

Saya memahami kandungannya mengenai pelbagai bidah yang berlaku dan menerima ilmu mengenai kecacatan dalam solat.

Tetapi perkara yang saya nyatakan diatas saya fahami separuh saja kerana ianya sudah menjadi tradisi amalan kebanyakkan kita khususnya.

Saya berharap penerangan dan bantuan dari pengendali dapat mengubati kegundahan hati saya dalam usaha memperbaiki mutu solat saya.
InsyaAllah.

Sekian Wassalam.







:matabulat:
hatiku berdetik
menelitiku sedetik
ulik iman ku ulik
ulik dengan amal dan ihsan
moga jadi semolek insan
sampaikan jalanku kepada Tuhan..
saf_malam
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 11
Joined: Mon Apr 19, 2004 2:00 am
Location: johor

Postby g@y@t on Fri Jun 25, 2004 9:10 pm

as'kum,

Buku tulisan Ust Abdullah Qari boleh dikatakan satu penulisan yg sgt baik. Beliau bermanhaj salafi dan tidak ta'sub kpd mana2 mazhab. Fikrahnya adalah berpegang kpd al-Qur'an dan as-Sunnah dan memerangi amalan bid'ah yg tiada sumbernya dari agama. Tidak ada apa yg perlu dimusykilkan mengenai penulisannya. Setiap apa yg diutarakan akan diiringi dgn dalil serta hujah ulama' muktabar. Amalan masyarakat tidak semestinya benar begitu juga sebaliknya. Apa yg patut dilakukan adalah menimbang amalan kita agar bersesuaian dgn al-Qur'an dan as-Sunnah.

a- memukul beduk sebagi tanda waktu solat,sahur atau berbuka puasa.
rujukannya kitab Al-I'tisham

soalan saya : benarkah? kerana ianya menjadi tradisi di negara kita .


Amalan tradisi ini merupakan satu bid'ah yg waji diperangi sekiranya dii'tiqadkan sebagai satu sunnah serta disuruh oleh agama. Amalan yg benar hanyalah azan. Tidak pernah diajar dimulakan azan itu dgn beduk atau seumpamanya. Ia boleh menyebabkan suasana yg bising dan tidak senang krn bunyinya.

A- membaca USOLLI dalam pelbagai bentuk dgn tujuan membantu niat tetapi sebnarnya menyusahkan.


Sudah byk kali dijelaskan. Perkara ini merupakan perkara khilaf yg tidak pernah selesai diperdebatkan. Jumhur fuqaha' mazhabi mengatakan ianya sunat. Namun yg jelas tidak ada dalil yg membawa ke arah hukum sunat itu. tidak ada sebrg riwayat samada daripada Nabi saw ataupun para sahabat yg melafazkan niat itu. Saya tidak mengatakan ianya bid'ah. Tapi pendpt yg rajih adalah lafaz niat itu bukanlah sunat. Niat itu di hati bukannya di lidah. Sekiranya ada yg ingin berpegang kpd pendpt yg mengatakan ia sunat, silakan, begitulah sebaliknya. Tidak wajar dijadikan perkara ini sebagai modal perbalahan. Saya lampirkan jawapan saya mengenai lafaz niat sblm ini. WA.

-------------

Isu talafudz niat(dgn lidah) ini dibahaskan ulama' mengenai hukumnya, baik utk solat maupun ibadat yg lain. Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, ulama' mutakhirin terkeliru dgn pernyataan syafi'i mengenai solat iaitu: "Sesungguhnya dia tidkalah sama dgn ibadah puasa. Tidaklah seseorang masuk di dalam kecuali dgn zikir(lafaz-g@y@t)." Lalu mereka mengira zikir itu hendaklah org itu melafazkan niatnya, padahal apa yg dimaksudkan dgn zikir oleh Imam as-Syafi'i adalah takbiratul ihram, bukan yg lainnya.

kalau kita melihat hadis2 Rasulullah saw mengenai definisi ataupun cara slat Nabi saw, kita tidak akan dapat menemui sebrg petunjuk Nabi saw dalam bab melafazkan niat sblm solatdgn kata2 spt "ushalli......"

Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam fatwanya menenai talafudz niat ini mengatakan

"Mengeraskan niat tidak wajib dab tidak pula sunnah menurut kesepakatan muslimin. Bahkan, org yg mengeraskan niatnya adalah org yg melakukan bid'ah dan bertentangan dgn syariat. Apabila ia melakukan itu krn meyakini bahawa itu termasuk syariat maka ia jahil dna sesat yg patut utk mendapat sanksi dan hukuman."(fatawa an-nisa)

Beliau menambah lagi:

"Sedangkan melafazkan niat dgn suara yg perlahan pun tidak diwajibkan mneurut para imam yg empat dan sekalian imam muslimin. Tidak seorang pun imam mengatakan bahawa melafazkan niat adalah wajib, tidka pada bersuci, tidak pada solat dan tidak pula pada haji."

Niat yg sebenar adalah dalam hati tanpa perlu mempunyai susunan perkataan tertentu. Bahkan secara umumnya, setiap perkara yg ingin kita lakukan memerlukan niat. Sbg contoh; kalau kita ingin makan, pasti seblm itu telah terlintas dalam hati kita utk makan. itulah dikatakan niat. Adapun lafaz niat adalah spt "sahaja aku nak makan...", dn saya pasti tidak ada seorangpon makhluk dalam dunia ini melafazkan niat sebegitu jika mau makan. Begitu jgualah dgn ibadat. Apabila kita ingin bersoat misalnya, kita telah pun ada niat itu. Kita sudah tau solat apa, berapa rakaat etc. Mustahil seseorang yg ingin solat tidak tau apa solat yg ingin dilakukan. Tidka perlu meusun perkataan ataupun melafazkan niat krn tiada contoh darpada Rasulullah saw.

Sekian. WA.

bersambung........
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Fri Jun 25, 2004 9:13 pm

C- benarkah doa iqamah tidak wujud dan biadah membacanya?
menurut pengarang Iqamah sebagai gerakkan menuju solat dan tiada sepatutnya wujud antaranya doa seperti doa selepas azan.


Berkenaan doa sesudah iqamat, terdapat dua pendapat. Setengahnya mengatakan dibolehkan dan doanya adalah sama dengan doa sesudah azan. Manakala pendapat yang lain mengatakan ia adalah bid’ah.

‘The Permananent Committee and the Decision of Fiqh Council’ mengatakan bahawa membaca doa selepas iqamah adalah dibolehkan berdasarkan keumuman hadis seperi yang bermaksud.

“Apabila kamu mendengar muazzin, maka jawablah dengan apa yang dikatakannya.”Au Qama Qol [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Mereka mengatakan hadis ini secara umum mengatakan mengenai azan dan Iqamah kerana keduanya dipanggil azan jua. Sepertimana terdapat hadis menyuruh kita berdoa selepas azan maka dibolehkan juga untuk berdoa selepas iqamah. Maka dengan hujah ini mereka mengatakan dibolehkan untuk berdoa sepertimana doa sesudah azan. WA
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Fri Jun 25, 2004 9:20 pm

E-berqunut sentiasa dalam solat subuh.
Menurut pengarang, imam Syafie suka doanya dihafal bukan disunatkan
(rujukannya ialah Al-majmu'(3:504, Imam Nawawi Al-Ibda"38 danAl Qaul Al-Mubin (130)m


Satu lagi persoalan khilafiah. Telah byk kali dijelaskan. Memadai saya lampirkan kesimpulan drpd artikel yg panjang lebar tulisan Ust Zainys dari al-ahkam.

------------

Qunut adalah di antara masalah yang menjadi objek pertikaian sesetengah pihak. Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi faktor pertelingkahan sesama saudara seislam.

Kami berharap umat Islam warga Malaysia, khususnya, tidak melayan seruan-seruan yang bertindak mengungkit-ungkit masalah khilafiyah. Seruan yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan umat. Mereka ini mengatakan bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, dan orang yang melakukannya itu adalah ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu di dalam agamanya. Seruan ini adakalanya keterlaluan. Mereka seolah-olah tidak mengakui langsung adanya perselisihan pandangan di kalangan para ulamak di dalam menafsirkan nash-nash syarak.

Gelaran ahli bid’ah yang dilemparkan kepada mereka yang mengamalkan qunut subuh telah meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam hubungan sesama muslim. Kami merasa amat sedih sekali. Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mengerti samasekali adab-adab berikhtilaf di dalam masalah-masalah furuk. Mereka ini jauh sekali dari tradisi yang diamalkan oleh para ulamak turun-menurun ketika berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Melayan bicara mereka hanya akan menyebabkan kita ini lemah dan membodohkan diri sendiri.

Dalam masalah qunut ini, kami berpegang kepada prinsip bertasamuh di dalam masalah khilafiyah. Kami berpandangan, sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah. Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik.

Tidak ada masalah samasekali, samada mahu berqunut subuh ataupun tidak. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat qunut subuh itu disunatkan, sila melakukannya. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, tidak perlulah melakukannya.

Yang akan menjadi masalah ialah jika kita bersikap taksub dalam masalah khilafiyah tanpa memperdulikan pendapat yang dipegang oleh orang lain. Yang akan menjadi bercelaru ialah jika kita mengatakan orang yang melakukan qunut itu sebagai ahli bid’ah yang disesatkan Allah. Atau kita mengatakan orang yang tidak berqunut itu sebagai menyalahi sunnah.

Berikut ini adalah pendirian Syeikh Jadul Haq yang kami terjemahkan dari kitab fatwanya, dan inilah juga pegangan kami:

Maka inilah yang telah dikatakan oleh para ulamak terbilang, iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim mengenai masalah qunut. Itulah yang kami pilih. Dan kami cenderung untuk berpegang dengannya. Iaitu, barangsiapa yang berqunut di dalam sembahyang subuh selepas rukuk, maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah yang datang dari Rasulullah s.a.w., mengikut para sahabatnya dan ia diamalkan oleh para imam mujtahidin, fuqahak dan ahli hadis. Dan, barangsiapa yang berqunut sebelum rukuk di dalam sembahyang subuh dan sembahyang witir, maka dia juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Qunut itu bukanlah bid’ah yang dilarang. Ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan oleh para fuqahak yang dapat dipercayai dan para hali hadis. Begitu juga, qunut bukanlah khusus ketika terjadi bencana sahaja. Ia dapat dilihat dengan jelas berdasarkan nukilan para fuqahak dari kalangan imam-imam dan ahli hadis bahawa qunut telah dilakukan walaupun tidak berlaku bencana.

Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.

Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]

Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.

Begitu juga, mereka tidak mengengkari orang yang orang yang mengengkari qunut ketika terjadi bencana. Mereka tidak menganggap orang yang tidak berqunut sebagai bid’ah. Juga tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan para ulamak ini beranggapan bahawa barangsiapa yang berqunut, maka itulah yang paling baik, dan barangsiapa yang meninggalkan qunut, maka sesungguhnya itulah yang paling baik.]

Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.

Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid’ah’ atas sesuatu yang diterima oleh umat Islam sebagai sunah yang diikuti.
(Buhuth Wa fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Muashirah, Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, hal.107-108)
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Fri Jun 25, 2004 9:22 pm

F_ sujud sahwi dengan membaca
SUBHANA MALLA YANAMU WA LA YASHU
MENURUT BELIAU BACAAN INI BERSUMBER DARI MIMPI SEORANG SUFI
Beliau cadangkan agar baca bacaan biasa dalam sujud.


Bacaan yg sebenar di dalam sujud sahwi adalah sepertimana bacaan dalam sujud biasa. Tidak ada dalil mengenai baaan sujud sahwi yg biasa kita pelajari. Sesungguhnya bacaan 'SUBHANA MALLA YANAMU WA LA YASHU ' tiada sumber dan tiada asalnya.
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Fri Jun 25, 2004 9:26 pm

A- mengangkat tangan ketika berdoa.

Menurut beliau nabi berdoa dihujung wirid tanpa mengangkat tangan
Tanngan hanya diangkat ketika beliau melakukan solat-solat sunat.


Banyak hadith sahih menceritakan perihal Nabi S.A.W berdoa dengan mengangkat kedua tangannya, ini memang sudah betul dan tepat. Bahkan hadith2 tersebut mencapai taraf mutawwatir.

Disertakan hadith yg diriwayatkan oleh para imam hadith

1. Oleh Abu Humaid R.A(Riwayat Bukhari & Muslim).
2. Oleh Abdullah bin Amr bin Ash R.A (Riwayat Bukhari & Muslim).
3. Oleh Anas bin Malik R.A (Riwayat Bukhari) tentang Nabi berdo'a di waktu perang Khaibar dengan mengangkat kedua tangannya.
4. Oleh Abu Musa Al-Asy'ari R.A (Riwayat Bukhari dan lain-lain).
5. Oleh Ibnu Umar R.A (Riwayat Bukhari).
6. Oleh Aisyah R.A (Riwayat Muslim).
7. Oleh Abu Hurairah R.A(Riwayat Bukhari).
8. Oleh Sa'ad bin Abi Waqqash R.A(Riwayat Abu Dawud).

Dan sahabat2 R.A yang meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W, ada berd'a dengan mengangkat kedua tangannya di pelbagai tempat. Semua riwayat di atas (yakni tentang Nabi S.A.W berdo'a mengangkat kedua tangannya) adalah merupakan FI'IL (perbuatan) Nabi S.A.W. Adapun yang merupakan QAUL (perkataan/sabda) Nabi S.A.W, ada diriwayatkan oleh Malik bin Yasar R.A, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W :
"Apabila kamu meminta (berdo'a) kepada Allah, maka mintalah kepadaNya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang tapak tangan". (hadith sahih riwayat Abu Dawud No. 1486).

Kata Ibnu Abbas R.A:
"Permintaan (doa) itu, yakni : Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua tapak tanganmu." (Riwayat Abu Dawud).

Mengenai mengusap muka selepas berdoa, hadith2 tersebut adalah dha’if (lemah) (Fatwa Ibn Taimiyyah). Sungguhpun begitu, perkara ini adalah khilaf. Tak wajar digembar-gemburkan.

Berdoa dgn suara lemah lembut
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan penuh harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Al-A'raaf: ayat 55 -56).

Wallahualam

P/S: Jwpn oleh Ust Ziy@d dari al-ahkam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby saf_malam on Mon Jun 28, 2004 8:15 am

terima kasih atas penerangan saudara.
kini keraguan saya terjawab sudah.
saya bersyukur kerana tidak sia-sia memiliki buku ini.
Satu lagi yang saya cari adalah laman yang memaparkan cara terperinci solat nabi Muhammad S.A.W.
Saya mendapat klip animasi cara solat nabi tapi satu yang saya masih ragu ialah animasi tersebut menunjukkan selepas rukuk karektor orang yg bersolat itu bangun angkat takbir dan memeluk badannya seperti lepas takbiratulihram lepas tu baru sujud!!!!

betul ke lepas rukuk kita bangun angkat takbir ..peluk tubuh sekejap baru sujud?

MINTA PENJELASAN.

SEKIAN.
hatiku berdetik
menelitiku sedetik
ulik iman ku ulik
ulik dengan amal dan ihsan
moga jadi semolek insan
sampaikan jalanku kepada Tuhan..
saf_malam
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 11
Joined: Mon Apr 19, 2004 2:00 am
Location: johor

Postby g@y@t on Thu Jul 01, 2004 2:06 pm

betul ke lepas rukuk kita bangun angkat takbir ..peluk tubuh sekejap baru sujud?


Betul atau salah, hanya Allah yg Maha mengetahui. Pendpt yg sdr kemuakan adalah pendpt yg diutarakan oleh ulama' Saudi spt Sheikh Bin Baz rhm. Namun, para ulama' muhaqqiq apabila mentahqiq pendpt ini mengatakan pendapat ini adalah lemah. Pendpt yg rajih berdasarkan jumhur ulama' adalah meluruskan tangan sptmana yg kita lakukan kini. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby saf_malam on Fri Jul 02, 2004 3:08 pm

terima kasih

semoga pengendali bicara muslim dot com dapat kiranya mencita satu laman khas khusus mengenai solat nabi untuk rujukan sekelian ahli berdasarkan pendapat yang rajih.

laman percuma aje dan kalau tak dapat animasi atau gambarajah dapat data terpeinci satu persatu setiap rakaat dari wuduk sehingga ke doa pun jadilah.

kerana solat ini tiang agama dan disitulah punca segala sesuatu yang menerbit dan menterjemahkan keimanan bagi mewarnai kehidupan setiap muslim ke arah mukmin mendaki tingkat demi tingkat ke arah ketakwaan sejati pentauhidan (unity) kesatuan dalam mengenal Yang Maha Esa.(oneness)

setelah mengetahui rangka solat itu kita isikan demgan kekhusyukkan yang sebenar setelah rangkanya kita bina sesuai dengan plan yang dilukis oleh nabi.

isinya akan meneguhkan menara solat itu dan kita aktifkan pemancar dua hala antara kita dan Ilahi serta kerlipan lampu pennyuluh jahiliah yang bersinar bagi menanda kewujudan soleh menarik malaikat dud-dua,tiga-tiga dan empat-empat menghampiri kita InsyaAllah

So saya minta rangka terperinci buat permulaan sebagai perbandingan dan tambahan ilmu jika ada kesudian.

mudahan kan tercipta solatud daim yang diidam-idamkan.

segala bakti yang mulia akan dibalas oleh Allah jua.

wassalam.
hatiku berdetik
menelitiku sedetik
ulik iman ku ulik
ulik dengan amal dan ihsan
moga jadi semolek insan
sampaikan jalanku kepada Tuhan..
saf_malam
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 11
Joined: Mon Apr 19, 2004 2:00 am
Location: johor

Postby g@y@t on Sat Jul 03, 2004 10:08 pm

as'kum,

Cdgn sdr adalah satu cdgn yg amat baik. Kami mmg mengimpikan utk melakukan sedemikian rupa. Namun. kami tak dapat menunaikan permintaan sdr krn tugasan tersebut lebih kpd penulisan sebuah kitab. Adapun kami di internet adalah sekadar membantu menyelesaikan sbrg kekeliruan jika timbul hasil dari pembelajaran/pembacaan pengunjung. WA.

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron