ISLAM MEMUDAHKAN PERKAHWINAN?

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

ISLAM MEMUDAHKAN PERKAHWINAN?

Postby PutriWardah on Mon Jan 24, 2005 5:25 pm

Assalamualaikum

Mohon beri penjelasan berkaitan artikel di bawah.

Jazakallahu khairan kathira.

ISLAM MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

Dalam masyarakat Islam Sunni (Ahlus Sunnah wal Jama`ah), terdapat 4
mazhab yang diterima pakai oleh umat Islam sedunia yang dikira muktabar dan sah iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafi`i dan Hanbali. Mazhab Hanafi diasaskan oleh seorang imam mujtahid mutlaq mustaqill al-Imam Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit r.a. (80H-150H) seorang tabi`i yang pernah belajar dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Mazhab ini adalah mazhab terbesar dalam dunia Islam Sunni. Imam Abu Hanifah disebut oleh Imam al-Shafi`i sebagai imam muslimin dan mengatakan manusia semuanya terhutang budi kepada Abu Hanifah dalam ilmu fiqh. (al-nas ‘iyal fi al-fiqh ‘ala Abi Hanifah). Dalam mencintai Abu Hanifah, al-Shafii telah menggubah sebuah syair untuk beliau;

“Seluruh negeri dan segala penghuni telah disinari Abu Hanifah imam
muslimin, dengan hukum-hakam, hadith-hadith dan fiqh, seperti ayat-ayat
Zabur di atas lembaran-lembaran, tiada di timur dan barat sepertinya, tidak juga di barat dan timur tiada juga di Kufah, kasih Allah ke atasnya selamanya-lamanya, selagi dibaca lembarannya.”
(Diwan al-Shafii, ms 286)

Yang menarik dan mengkagumkan dalam mazhab Hanafi ialah mereka tidak mensyaratkan wali dalam sesebuah perkahwinan. Setiap wanita yang aqil baligh berhak mewalikan dirinya sendiri dan harus mengaqadkan perkahwinannya.
Wanita berhak menikahkan diri mereka sendiri sama ada ia janda atau
dara dengan mana-mana lelaki yang sekufu dengannya tanpa izin sesiapa. Tetapi mahar dan saksi tetap wajib. Manakala mazhab jumhur mewajibkan wali sebagai syarat kesahihan nikah.

Ulama Hanafiyyah berhujah dengan ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith dan
qiyas. Terdapat empat ayat al-Quran yang pada zahir menyandarkan
perkawinan kepada wanita (pengaitin perempuan) tanpa menyebut wali.1

“…Maka sekiranya dia mentalakkannya, maka wanita itu tidak halal
baginya sehingga dia (bekas isteri) menikahkan dirinya dengan suami yang lain…”
(Surah al-Baqarah: 230)

Begitu juga dengan ayat 232,

“…Maka janganlah kamu menghalang mereka berkahwin dengan bekas
suaminya sekiranya mereka saling suka sama suka dengan kemakrufan...”
(al-Baqarah: 232).

“…Maka tiada kesalahan ke atas kamu terhadap apa yang mereka lakukan kepada diri mereka dengan makruf…(seperti menikahi mana-mana lelaki yang solih)”
(al-Baqarah: 234)

Ayat ini menyandarkan aqad nikah kepada wanita secara jelas dan hakiki
(al-isnad al-haqiqi) bukan secara majaz (kiasan). Zahir nas al-Quran
menurut ulama Hanafiyyah amat kuat dalam menentukan hukum dan tidak boleh ditakhsis atau ditafsil oleh mana-mana hadith Ahad. Zahir nas la-Quran lebih kuat dari hadith-hadith sahih bertaraf Ahadiyyah dan zahir nas al-Quran adalah hujah syariah. Hadith Ahad yang bersalahan dengan nas al-Quran adalah dikira sebagai al-ziyadah ‘ala al-nass dan ditolak. (al-Zuhayli, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, ms 981).

Selain itu hadith-hadith yang mensyaratkan wali adalah daif dan
dikritik oleh ahli hadith. al-Imam Abu Hanifah menolak hadith al-Zuhri di atas kerana apabila al-Zuhri ditanya tentang hadith tersebut beliau tidak
mengetahuinya.
Hadith Ibn Majah ada seorang pendusta bernama Jamil ibn Husan al-‘Ataki
Sekiranya sahih, maka wali hanya untuk wanita kecil yang belum aqil
baligh.

Hujah kedua ulama Hanafiyyah ialah hadith sahih iaitu “Wanita al-ayyim
lebih berhak terhadap dirinya daripada walinya.” al-Ayyim ialah wanita dara atau janda yang tidak mempunyai suami.

Ketiga, mereka berhujah dengan qiyas. Apabila wanita baligh dan berakal
itu berhak mengaqadkan jual beli mereka sendiri, mempunyai kewalian
terhadap hartanya, maka begitu juga dalam aqad perkahwinan kerana tiada beza antara satu aqad dengan aqad yang lain.
Kewalian terhadap diri wanita tidak harus kerana bersalahan dengan
al-hurriyyah (kebebasan) yang diberikan oleh Islam untuk setiap orang
yang akil baligh. Ketiga, keharusan itu ialah dengan qiyas ke atas lelaki
yang setelah akil baligh boleh mengakadkan perkahwinan sendiri kerana tiada beza antara lelaki dan perempuan dalam ayat-ayat al-Quran berkaitan hak dan tasarruf.

Bukan al-Imam Abu Hanifah sahaja, bahkan al-Imam Malik ibn Anas
membenarkan wanita yang tidak cantik, tidak berharta, tidak mulia untuk bernikah tanpa wali. al-Imam Dawud al-Zahiri mengharuskan nikah tanpa wali bagi janda dan mensyaratkan wali bagi wanita dara. al-Imam al-Shafi`i sendiri mengatakan bahawa sekiranya seseorang wanita itu dalam safar dan ketiadaan wali, lalu ia menyerahkan perkahwinannya kepada seorang lelaki maka itu adalah harus.
al-Nawawi menyokong perkara itu dengan syarat lelaki itu mesti adil
(iaitu taqwa dan solih).

Dengan itu, jelas bahawa Islam amat luas, mudah amat sesuai di setiap
masa dan tempat. Islam dapat menyelesaikan segala masalah manusia sekiranya difahami dengan betul. Hanya adat manusia yang menyukarkan kehidupan.

Apabila perkahwinan sebegini sah, harus dan halal, mengapa kita perlu
mengikut mazhab yang amat ketat dan susah? Bukankah ini lebih baik
daripada zina hingga melahirkan anak luar nikah, kemudian dibuang atau dibunuh.

Daripada berdating secara haram, penuh nafsu, dimurkai Allah, berzina
hingga membatalkan amalan salih, lebih baik berkahwin segera dengan cara ini.
Caranya mudah dan sah:

i. 2 saksi (yang salih)
ii. Aqad (ijab dan qabul)
iii. Sediakan mahar
iv. wali (pengantin perempuan mewalikan dirinya sendiri)

Syarat: lelaki mesti sekufu dengan perempuan iaitu lelaki mesti
memiliki ilmu agama yang lebih, amalan agama yang lebih, akhlak yang lebih baik dan harta. Kalau tidak sekufu, aqad tidak sah.

Bentuk aqadnya:-
Lelaki berkata: Kahwinilah saya dengan maharnya RM80.00 tunai dan
sebuah buku terjemahan al-Quran.
Perempuan: Saya terima nikahnya.

Keputusan: Sah.

Bukankah ini lebih baik? Ingatlah, sekali zina membatalkan 60 tahun
amalan.
Balasannya kekal dalam Neraka Jahannam yang amat panas, dalam dan tebal dinding penjaranya.!!

Boleh juga pengantin wanita menyerahkan aqad kepada mana-mana lelaki yang solih dan dipercayai agamanya untuk mengaqadkan dirinya. Alangkah mudahnya perkahwinan dalam Islam, alangkah indahnya Islam tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Talfiq. Persoalan di sini adakah orang yang bermazhab Shafi`i boleh
berkahwin mengikut mazhab Hanafi. Perkara ini diharuskan oleh ramai
ulama Islam. Antaranya al-Kamal ibn al-Humam, Ibn Amir al-Haj dalam
al-Tahrir, ibn ‘Abidin dalam Tanqih al-Hamidiyyah, al-Turtusi, Abu al-Sa`ud, Ibn Nujaym, al-‘Adawi dalam Hashiyah al-Dusuqi, Ibn ‘Arafah al-Maliki dalam al-Hashiyah ‘ala al-Sharh al-Kabir, al-Shafshawani, al-Amir al-Bayjuri, dan al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam dalam Fatawa al-Shaykh ‘Ilish (1/78).
Mereka semua berhujah dengan ayat-ayat al-Quran yang menyuruh
memudahkan urusan umat Islam. Ini kerana talfiq termasuk dalam bab al-taysir ‘ala al-nas.

“Tidaklah dijadikan ke atas kamu perkara yang menyusahkan dalam urusan agama” (Surah al Haj: 78)

“Allah sentiasa berkehendak memudahkan kamu dan memang manusia itu
diciptakan bersifat lemah”
(Surah al Nisa’: 28)

“Allah sentiasa berkehendak memudahkan kamu dan tidak sekali
berkehendak menyusahkan kamu”
(Surah al Nisa’: 185)

Dalam hadith Rasul s.a.w telah berpesan agar memudahkan jangan
menyusahkan (yassiru wala tu’assiru). Bu’ithtu bi al-hanifiyyah al-samhah aku diutuskan dengan fitrah yang mudah. Tiada yang memberat-beratkan agama melainkan ia akan tewas. al-Imam Shaykh Muhammad al-Ghazali mengatakan bahawa cara ini lebih dekat kepada fitrah manusia dan lebih jauh dari takalluf dan tannattu`. Beliau menyeru agar umat Islam menerima cara yang mudah ini dalam kebanyakan buku-bukunya kerana Islam itu mudah dan fitrah.

Perkahwinan mengikut mazhab Hanafi ini diguna pakai dalam Undang-undang Keluarga Islam Jordan dan Undang-undang Keluarga Islam Syria. Dalam Undang-undang Keluarga Islam Syria disebutkan bahawa apabila seseorang wanita itu mencapai usia 17 tahun, ia bebas mengaqadkan dirinya dengan mana-mana lelaki yang sekufu.

Di zaman fitnah dan kerosakan ini, ulama perlu mengemukakan
pendapat-pendapat yang memudahkan umat Islam supaya masyarakat tidak menganggap Islam sebagai ‘agama susah’ dan tidak murtad dari agama ini.
Wallau ‘alam.
Budi dalam hati * Ikhlas dalam perbuatan *
Dimana bumi dipijak * Disitu langit
dijunjung *

~PutriWardah~
PutriWardah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 27
Joined: Sun Nov 24, 2002 8:00 am
Location: Bumi Allah

Postby kiethegreat on Wed Jan 26, 2005 12:25 pm

mazhab hanafi paling simple....mazhab syafie paling cermat dan sentiasa berhati hati...

2-2 tak der masalah.....cumer bermasalah pader manusia sebab iman dan amal tak samer....mereka salah guna hukum dan peraturan agama sehingga rosak namer baik agamer atas kepentingan napsu mereka :P

ingat...syafie paling cermat dan paling berhati hati utk elak kesilapan atau kecacatan pada kesempurnaan amal....

contoh...nabi solat tersentuh kaki siti aisyah r.a....solat diteruskan ...alasan syafie ialah ada pelapik kaki anatara mereka.....ini berdasarkan kajian pada pandangan saya,.....kerana pada waktu malam zaman tahun ketika itu cuaca amat sejuk drp sekarang...takat beku air batu tuh orait jer...tak yah ader peti ais....sedangkan mazhab lain... lain citer berdasarkan nas dan sebagainya.
Al Ikhlas..Mengesakan Tuhan
kiethegreat
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2140
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: mana mana laa...janji bahgia

Postby z@yed on Wed Jan 26, 2005 12:31 pm

kiethegreat wrote:mazhab hanafi paling simple....mazhab syafie paling cermat dan sentiasa berhati hati...


kenyataan ni kureng tepat. mazhab syafie paling syadid dlm bab thaharah atau bersuci. mazhab hanafi tidak dikatakan simple. mungkin dlm perkara tertentu dia syadid spt bab orang solat sunat berimamkan orang solat fardu. ada suatu ketika mazhab syafie longgar, ada suatu ketika mazhab lain syadid dsb.
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Postby kiethegreat on Wed Jan 26, 2005 4:43 pm

kalu tak tepat tuh salah laa.... :P
Al Ikhlas..Mengesakan Tuhan
kiethegreat
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2140
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: mana mana laa...janji bahgia

Postby KulopAtoi on Fri Jan 28, 2005 3:20 am

Adoi :) :) :)

Kureng tepat dan tidak tepat... membawakan satu pentafsiran yang tepat :P

Kepada Putri Wardah :)

Atas apa yang saudari tampilkan... maka Pak Ngah secara peribadi.... berlandaskan kepada kesingkatan dan kedaifan ilmu yanga ada.... tidak sesekali dapat mempertikaikan nya.

Walau pong sebegitu, salah seorang dua dari kami, yang gamak nya terlalu sebuk saat saat nie... Insya Allah.. bila berkesempatan ... bakal memberikan komen yang sepatutnya.

Diharap putri dapat bersabar... :)

wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby z@yed on Fri Jan 28, 2005 8:02 am

salam,

semalam belek kitab al-fiqh islami al-juz sabi' sekali lalu. tgk bab wali. memang benar, mazhab hanafi yakni imam hanafi dan imam abu yusuf mengatakan perempuan nak kawin tak perlu wali sbg syarat sah. ttp tambahnya lagi, kalau lelaki yg dikahwini oleh wanita itu tidak sekufu, sang wali berhak mengkritik dan qadhi boleh membubarkan perkahwinan.

tentang hadith wali itu, ada banyak hadith lain yg sahih spt "tiada perkahwinan kecuali dgn wali..." (mafhum hadith). banyak lagi perbahasan lain. di antara mazhab arba'ah, hanya hanafi sahaja tidak mensyaratkan wali. selainnya, mensyaratkan wali.

detail, insyaAllah, minggu depan ke.. :gelak:
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Postby KulopAtoi on Fri Jan 28, 2005 8:26 am

wa alaikum salam :)

Alhamdulillah... sorang dah tampil ke depan... :)... kita tunggu yang sorang lagi :) :)

Saya setuju ngan z@yed... maka sebegitu lah juga pendapat Mazhab Hanafi... dan urusan tidak sekufu membolehkan Qadhi membatalkan pernikahan tersebut mengikut Mazhab Hanafi.

Yang selain nya... wajib berwali... mutlak sebegitu.

Dan point yang tak kurang pentingnya... tempat kita, dalam urusan pernikahan. umumnya mengikut qaidah Syafieeah.. maka apakah bakal diterima dari sudut perundangan, kebiasaan dan kepentingan setempat bila ada yang tampil dan melaksanakan pendekatan Mazhab Hanafi tadi.

Dalam kes mahkamah syariah yang pernah berlaku, satu pasangan pergi menikah ke Thailand... dan akibah tidak sekufu.. Mahkamah Syariah telah membatalkan pernikahan tersebut. Saya rasa saya ada simpan teks perbincangan nya :)

Selain dari itu, kalau ada yang berkeras nak juga menikah mengikut pendekatan Mazhab Hanafi, pastu mak bapak tak setuju, maka kepentingan perkahwinan dan kepentingan anak yang bakal lahir sekiranya wanita tadi telah hamil, mungkin memaksa kita mengubah pendekatan kita :)

Wallahu 'lam... maka kita nantikan jawapan dari sahabat sahabat kita yang dikasihi

wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby mardhiah12 on Fri Jan 28, 2005 9:57 am

assalamu`alaikum

rasanya benda ni dah dibincangkan dulu bawah tajuk 'sah tak kawin camnie" oleh saudari putery..lebih kurang macam nikah syubhah kut kan. kalau ikut mazhab apa tu, langsung tader wali/saksi. nak PutriWardah pening pulak, biarlah moderator jelaskan lebih lanjut :) :)
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby usamahzaitzev on Sun Jan 30, 2005 6:38 am

Askm…

Berkenaan dengan hadith yang menyatakan bahawa tiada nikah melainkan dengan wali, memang ada yang tertolak seperti hadith Ibn Majah (no. 1870):


حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ حَجَّاجٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ و عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ وَفِي حَدِيثِ عَائِشَةَ وَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ

Ini kerana hadith tersebut munqathi’. Tetapi masih ada riwayat daripada Ibn Majah yang sanadnya muttasil, yakni hadith(no. 1871):

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَقَ الْهَمْدَانِيُّ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ

Adapun kritikan terhadap hadith riwayat al-Zuhri, yang mana beliau meriwayatkan hadith dari Urwah dari Aisyah:

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَيَّانَ أَبُو خَالِدٍ حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ وَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ

Mafhumnya: “….. telah berkata Rasulullah saw; Tidak ada nikah melainkan dengan wali dan pemerintah menjadi walinya bilamana tidak ada wali baginya”(Imam Ahmad, no.25035, Hadith ini marfu’, sanadnya muttasil, hanya saja ia diriwayatkan dengan satu jalan yakni gharib).

Al-Zuhri dikritik dimana menurut Ismail bin Iliyah, ketika beliau menanyakan al-Zuhri tentang hadith itu, beliau (al-Zuhri) tidak mengetahuinya. Keterangan ini dibantah oleh as-Shana’ni, beliau menyatakan; “ Bahawa tidak seharusnya kelupaan al-Zuhri tentang keadaan Sulaiman bin Musa itu menjadikan dia diragukan. Lebih-lebih lagi al-Zuhri sudah menyanjung Sulaiman bin Musa itu”. (Subulus salam 3/429).

Hadith sebagaimana yang di atas juga dapat di temukan dalam kitab Nailul Authar (terjemah; Nailul Authar, Jilid 5, m/s 2157) dengan sedikit perbezaan matan.

Dan banyak lagi hadith berkenaan tidak adanya nikah tanpa wali, seperti hadith riwayat ad-Darimi (no.2087, 2088), Abi Daud (no. 1784), Tirmidzi (1020, 1021), juga Imam Ahmad hadith no.18911, 18878, 18697, 25035, 23236, 23074, dan 2148, dimana kebanyakan hadith-hadith berkenaan perlunya wali dalam nikah ini mempunyai matan dan sanad yang baik sehingga ia layak untuk dijadikan hukum.

Dalam masalah yang agak sering di alami yakni di mana wali enggan memberi izin nikah, Perlu dilihat terlebih dahulu. Jika wali berbuat demikian atas alasan yang syar’i yakni seperti pasangan kepada seseorang wanita itu adalah seorang yang fasik seperti sering meninggalkan solat dsgnya, maka disini wali wajib ditaati. Adapun jika wali menolak nikah bukan dengan alasan yang syar’i maka disini seseorang wanita itu boleh mendapatkan khidmat wali hakim, kerana dalam kes ini kewaliannya berpindah kepada wali hakim (Imam Asy-Syirazi, al-Muhadzdzab, 2/37; Abdurrahman Al-Jaziri, Al-Fiqh ‘ala al-Madzahib al-Arba’ah, 4/33). Ini berdasarkan Hadith ( Ahmad no.24162, Tirmidzi no.1021, Abi Daud no.1784) :

فَإِنِ اشْتَجَرُوا فَإِنَّ السُّلْطَانَ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ

Mafhumnya: Jika mereka (wali) berselisih, maka penguasa (as-sulthan) adalah wali bagi orang (wanita) yang tidak punya wali.”

Hadith ini menurut Abu Uwanah, Ibn Hibban, dan Hakim dinilai sahih (Subulus Salam 3/428).

Adapun berkenaan dengan penulis artikel (yang dihantar oleh Putri Wardah) yang serba sedikit mengaitkan kemaslahan yang akan dikecap sekiranya pandangan Madzhab Hanafi di gunapakai seperti dapat mengelak belia berdating atau berzina – ini saya kurang setuju. Sebab mafhum mukhalafatnya, penerapan pandangan selain dari Madzhab Hanafi, seperti madzhab Syafi’i di Malaysia, seakan-akan menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah moral yang di hadapi. Walhal bukanlah sebab penerapan pandangan Syafi’i yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut tetapi sebab i) sistem pendidikan yang tidak menumpukan kearah pembentukan sakhsiah islamiyah yang utuh ii) tiada undang-undang yang ketat berkaitan dengan masalah ikhtilath iii) Tidak terterapnya Had Allah (cth: Zina) yang menjadi jawabir (penebus) bagi pelakunya seperti sebat bagi ghaira muhsan, rejam bagi muhsan dan Zawajir (pencegah) bagi orang-orang lain yakni orang lain akan takut untuk melakukannya ( Abdulrahman al-Maliki, Nizham al-'uqubat). Wallahua'lam.
usamahzaitzev
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 281
Joined: Sat Jun 26, 2004 7:42 am

Postby tytsezh on Wed Feb 02, 2005 4:20 pm

Dalam Hanafi sendiri ada berbagai pandangan ttg wali ni

Dua Riwayat dari Imam Abu Hanifah :

a) Sah jika perkahwinan sekufu b) tidak sah jika sebaliknya dan wali masih hidup.

Imam Abu Yusuf ada tiga riwayat:

a) Sah mutlak b)tidak sah mutlak c) sah jika dizinkan wali

Imam Muhammad ada dua riwayat dan yang mashur nya ialah:

Hak perwalian adalah hak musytarak antara wali dan perempuan,tidak ada kebebasan untuk melakukan aqad jika salahsatu dari keduanya berkehendak .Jika keduanya setuju barulah aqad dapat dilaksanakan.


Ada tiga perkara disana:

Nikah sendiri tapi dengan keizinan wali

Nikah sendiri tanpa perlu wali

Nikah berwali.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Feb 02, 2005 4:31 pm

Huraian hadis dari Nailul Authar


ديث أبي موسى أخرجه أيضا ابن حبان والحاكم وصححاه وذكر له الحاكم طرقا. قال وقد صحت الرواية فيه عن أزواج النبي صلى اللّه عليه وآله وسلم عائشة وأم سلمة وزينب بنت جحش ثم سرد تمام ثلاثين صحابيا وقد طرقه الدمياطي من المتأخرين وقد أختلف في وصله وإرساله فرواه شعبة والثوري عن أبي إسحاق مرسلا ورواه اسرائيل عنه فأسنده وأبو إسحاق مشهور بالتدليس وأسند الحاكم من طريق علي بن المديني ومن طريق البخاري والذهلي وغيرهم أنهم صححوا حديث اسرائيل. وحديث عائشة أخرجه أيضا أبو عوانة وابن حبان والحاكم وحسنه الترمذي وقد أعل بالإرسال وتكلم فيه بعضهم من جهة أن ابن جريج قال ثم لقيت الزهري فسألته عنه فأنكره وقد عد أبو القاسم بن منده عدة من رواه عن ابن جريج فبلغوا عشرين رجلا وذكر أن معمرا وعبيد اللّه بن زحر تابعا ابن جريج على روايته اياه عن سليمان بن موسى وأن قرة وموسى بن عقبة ومحمد بن إسحاق وأيوب بن موسى وهشام بن سعد وجماعة تابعوا سليمان بن موسى عن الزهري. قال ورواه أبو مالك الجنبي ونوح بن دراج ومندل وجعفر بن ورواها مرفوعة في أخرى (وفي الباب) عن ابن عباس عند أحمد وابن ماجه والطبراني بلفظ "لانكاح إلا بولي" وفي إسناده الحجاج بن أرطبرقان وجماعة عن هشام بن عروة عن أبيه عن عائشة. وقد أعل ابن حبان وابن عدي وابن عبد البر والحاكم وغيره الحكاية عن ابن جريج بإنكار الزهري وعلى تقدير الصحة لا يلزم من نسيان الزهري له أن يكون سليمان بن موسى وهم فيه. وحديث أبي هريرة أخرجه أيضا البيهقي قال ابن كثير الصحيح وقفه على أبي هريرة وقال الحافظ رجاله ثقات وفي لفظ للدارقطني كنا نقول التي تزوج نفسها هي الزانية. قال الحافظ فتبين أن هذه الزيادة من قول أبي هريرة وكذلك رواها البيهقي وقوفة في طريق أة وهو ضعيف ومداره عليه قال الحافظ وغلط بعض الرواة فرواه عن ابن المبارك عن خالد الحذاء عن عكرمة والصواب حجاج بدل خالد. وعن أبي بردة عند أبي داود الطيالسي بلفظ حديث ابن عباس. وعن غيرهما كما تقدم في كلام الحاكم. قوله "لا نكاح إلا بولي" هذا النفي يتوجه إما إلى الذات الشرعية لأن الذات الموجودة أعني صورة العقد بدون ولي ليست بشرعية أو يتوجه إلى الصحة التي هي أقرب المجازين إلى الذات فيكون النكاح بغير ولي باطل كما هو مصرح بذلك في حديث عائشة المذكور وكما يدل عليه حديث أبي هريرة المذكور لأن النهي يدل على الفساد المرادف للبطلان. وقد ذهب إلى هذا علي وعمر وابن عباس وابن عمر وابن مسعود وأبو هريرة وعائشة والحسن البصري وابن المسيب وابن شبرمة وابن أبي ليلى والعترة وأحمد وإسحاق والشافعي وجمهور أهل العلم فقالوا لا يصح العقد بدون ولي. قال ابن المنذر إنه لا يعرف عن أحد من الصحابة خلاف ذلك. وحكى في البحر عن أبي حنيفة أنه لا يعتبر الولي مطلق لحديث الثيب أحق بنفسها من وليها وسيأتي وأجيب بأن المراد اعتبار الرضى منها جمعا بين الإخبار كذا في البحر. وعن أبي يوسف ومحمد للولي الخيار في غير الكفء وتلزمه الإجازة في الكفء وعن مالك يعتبر الولي في الرفيعة دون الوضيعة وأجيب عن ذلك بأن الأدلة لم تفصل وعن الظاهرية أنه يعتبر في البكر فقط وأجيب عنه بمثل ما أجيب به عن الذي قبله . وقال أبو ثور يجوز لها أن تزوج نفسها بإذن وليها آخذا بمفهوم قوله "أيما امرأة نكحت بغير أذن وليها" ويجاب عن ذلك بحديث أبي هريرة المذكور والمراد بالولي هو الأقرب من العصبة من النسب ثم من السبب ثم من عصبته وليس لذوي السهام ولا لذوي الأرحام ولاية وهذا مذهب الجمهور وروي عن أبي حنيفة أن ذوي الأرحام من الأولياء فإذا لم يكن ثم ولى أو كان موجودا وعضل انتقل الأمر إلى السلطان لأنه ولي من لا ولي له كما أخرجه الطبراني من حديث ابن عباس وفي إسناده الحجاج بن أرطاة.‏
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Feb 02, 2005 6:02 pm

Hadis-Hadis berkaitan dari KItab Majma` al-Zawaid dan Nasb al-Rayah


]لا نكاح إلا بإذن ولي مرشد أو سلطان".
رواه الطبراني في الأوسط ورجاله رجال الصحيح.‏


لم:
"لا نكاح إلا بولي فإن اشتجروا فالسلطان ولي من لا ولي له". ص.526
رواه الطبراني في الأوسط وفيه عمرو بن عثمان الرقي وهو متروك وقد وثقه ابن حبان.‏


7518-وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"لا تنكح المرأة إلا بإذن ولي".
رواه الطبراني في الأوسط وفيه عمر بن قيس المكي وهو متروك.‏


0-ورواه في الأوسط فقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وسلم:
"البغايا اللاتي يزوجن أنفسهن لا يجوز نكاح إلا بولي وشاهدين ومهر ما قل أو كثر".
وفي إسنادهما الربيع بن بدر وهو متروك.‏


-وعن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم:
"لا نكاح إلا بولي وشاهدي عدل".
رواه الطبراني في الأوسط وفيه سليمان بن أرقم وهو متروك. ص.527‏


-وعن عائشة قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"لا نكاح إلا بولي وشاهدي عدل".
رواه الطبراني في الأوسط وفيه عثمان بن عبد الرحمن الوقاصي وهو متروك.‏


24-وعن أبي موسى قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"لا نكاح إلا بولي وشاهدين".
قلت: رواه أبو داود وغيره خلا قوله: "وشاهدين".
رواه الطبراني في الكبير والأوسط إلا أنه قال: "وشهود". وفيه أبو بلال الأشعري وهو ضعيف.‏


5-وعن عمران بن حصين أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
"لا نكاح إلا بولي وشاهدي عدل".
رواه الطبراني وفيه عبد الله بن محرز وهو متروك.‏



5-وعن أبي أمامة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"لا نكاح إلا بولي".
رواه الطبراني وفيه عمر بن صهبان وهو متروك.‏



وعن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
"لا نكاح إلا بولي والسلطان ولي من لا ولي له".
قلت: رواه ابن ماجة خلا: "قوله والسلطان ولي من لا ولي له".
رواه الطبراني وفيه الحجاج بن أرطاة وهو مدلس، وبقية رجاله ثقات.‏


7513-وعن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
"أيما امرأة نكحت بغير إذن وليها فنكاحها باطل وإن كان دخل بها فلها صداقها بما استحل من فرجها ويفرق بينهما وإن كان لم يدخل بها فيفرق بينهما والسلطان ولي من لا ولي له".
رواه الطبراني وفيه حمزة بن أبي حمزة وهو متروك.‏


7512-وعن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ص.525
"أيما امرأة تزوجت بغير إذن ولي فنكاحها باطل فنكاحها باطل فإن دخل بها فلها المهر بما استحل من فرجها والسلطان ولي من لا ولي له".
رواه الطبراني في الأوسط وفيه يعقوب غير مسمى فإن كان هو التوأم فقد وثقه ابن حبان وضعفه ابن معين وإن كان غيره فلم أعرفه، وبقية رجاله ثقات.‏


11-عن جابر قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
"لا ينكح النساء إلا من الأكفاء ولا يزوجهن إلا الأولياء ولا مهر دون عشرة دراهم".
رواه أبو يعلى وفيه مبشر بن عبيد وهو متروك.‏


باب في الأولياء والأكفاء
Nasbul rayah

الحديث الأول: أحاديث الأصحاب في عدم اشتراط الولي: أخرج الجماعة (1). - إلا البخاري - عن نافع بن جبير عن ابن عباس، قال: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "الأيّم أحق بنفسها من وليها، والبكر تستأذن في نفسها وإذنها صماتها"، انتهى. وفي لفظ لمسلم: الثيب أحق بنفسها من وليها، والبكر تستأمر، وإذنها سكوتها، انتهى. ووجهه أنه شارك بينها وبين الولي، ثم قدمها بقوله: أحق، وقد صح العقد منه، فوجب أن يصح منها، قال ابن الجوزي في "التحقيق": والجواب أنه أثبت لها حقاً، وجعلها أحق، لأنه ليس للوليّ إلا المباشرة، ولا يجوز له أن يزوجها إلا بإِذنها.
[أحاديث مختلفة]:
-حديث آخر: قال ابن الجوزي: قال سعيد بن منصور: ثنا أبو الأحوص عن عبد العزيز ابن رفيع عن أبي سلمة بن عبد الرحمن، قال: جاءت امرأة إلى رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم، فقالت: إن أبي أنكحني رجلاً، وأنا كارهة، فقال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم لأبيها: لا نكاح لك، اذهبي، فانكحي من شئت، انتهى. قال ابن الجوزي: والجواب: إن الموجود في "الصحيح" (2) أن أباها أنكحها، وهي كارهة، فرد رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم ذلك، وهو من حديث خنساء بنت خدام، وأما قوله: أنكحي من شئت، فرواه أبو سلمة مرسلاً.
هذا، والمرسل ليس بحجة، ولو قلنا: إنه حجة، فالمراد تخيير الأكفاء، واللّه أعلم.
-أحاديث الخصوم: أخرج أبو داود، والترمذي وابن ماجه (3) عن إسرائيل عن أبي إسحاق عن أبي بردة عن أبيه عن النبي صلى اللّه عليه وسلم، قال: "لا نكاح إلا بوليّ"، انتهى. قال الترمذي هذا حديث فيه اختلاف، رواه إسرائيل، وشريك بن عبد اللّه، وأبو عوانة، وزهير بن معاوية، وقيس بن الربيع عن أبي إسحاق عن أبي بردة عن أبي موسى عن النبي صلى اللّه عليه وسلم، ورواه (4) أسباط بن محمد، وزيد حباب عن يونس بن أبي إسحاق عن أبي إسحاق عن أبي بردة عن أبي موسى عن النبي صلى اللّه عليه وسلم، نحوه، وروى أبو عبيدة الحداد (5) عن يونس بن أبي إسحاق عن أبي بردة عن أبي موسى عن النبي صلى اللّه عليه وسلم، ولم يذكر فيه عن أبي إسحاق، وقد روي عن يونس بن أبي إسحاق عن أبي بردة عن النبي صلى اللّه عليه وسلم، وروى شعبة، والثوري عن أبي إسحاق عن أبي بردة عن النبي صلى اللّه عليه وسلم - يعني مرسلاً - ، وأسنده (6) بعض أصحاب سفيان عن أبي إسحاق، ولا يصح، ورواية هؤلاء الذين رووا عن أبي إسحاق عن أبي بردة عن أبي موسى عن النبي صلى اللّه عليه وسلم: لا نكاح إلا بولي، عندي أصح، لأن سماعهم من أبي إسحاق في أوقات مختلفة، وإن كان شعبة، والثوري أحفظ، وأثبت من جميع هؤلاء الذين رووا عن أبي إسحاق هذا الحديث، فإن رواية هؤلاء عندي أشبه وأصح، لأن شعبة، والثوري سمعا هذا الحديث عن أبي إسحاق في مجلس واحد، يدل عليه ما حدثنا محمود بن غيلان ثنا أبو داود ثنا شعبة، قال: سمعت سفيان الثوري يسأل أبا إسحاق أسمعت أبا بردة يقول: قال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم: "لا نكاح إلا بولي"؟ قال: نعم، فدل هذا الحديث أن سماع شعبة، والثوري هذا الحديث في وقت واحد، وإسرائيل هو ثبت في أبي إسحاق، انتهى كلام الترمذي. وأخرجه الحاكم في "المستدرك" (7) عن النعمان بن عبد السلام عن شعبة، وسفيان الثوري عن أبي إسحاق عن أبي بردة عن أبي موسى أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم، قال: "لا نكاح إلا بولي"، انتهى. قال الحاكم: وهذا الحديث لم يكن للشيخين إخلاء الصحيحين منه، فإِن النعمان بن عبد السلام ثقة مأمون، وقد وصله عن الثوري، وشعبة جميعاً، وقد رواه جماعة من الثقات عن الثوري، وعن شعبة عن جده، فوصلوه، فأما إسرائيل ابن يونس بن أبي إسحاق الثقة الحجة في حديث جده أبي إسحاق، فلم يختلف عنه في وصله، ثم أخرجه من حديث هشام بن القاسم، وعبيد اللّه بن موسى، وأبي غسان مالك بن إسماعيل، وأحمد بن الخالد الوهبي، وعبد اللّه بن رجاء (8)، وطلق بن غنام، كلهم عن إسرائيل عن أبي إسحاق به سنداً، قال: وهذه الأسانيد كلها صحيحة، وقد وصله عن أبي إسحاق أيضاً جماعة من أئمة المسلمين غير من ذكرناهم، منهم: الإِمام أبو حنيفة النعمان رضي اللّه تعالى عنه، وأبو عوانة، وزهير بن معاوية، ورقبة بن مصقلة، ومطرف بن طريف الحارثي، وعبد الحميد بن الحسن الهلالي، وزكريا بن أبي زائدة، وغيرهم، قال: وقد وصله عن أبي بردة جماعة غير أبي إسحاق، ثم أخرجه عن يونس بن أبي إسحاق به مسنداً، وعن أبي حصين (9) عثمان بن عاصم عن أبي إسحاق به مسنداً، قال: ولست أعلم بين أهل العلم خلافاً في عدالة يونس بن أبي إسحاق، وفيه دليل على أن الخلاف الذي وقع على أبيه من جهة أصحابه لا من جهة أبي إسحاق، قال: وفي الباب عن علي بن أبي طالب، وعبد اللّه بن عباس، ومعاذ بن جبل، وعبد اللّه بن عمر، وأبي ذر الغفاري، والمقداد بن الأسود، وعبد اللّه بن مسعود، وجابر بن عبد اللّه، وأبي هريرة، وعمران بن الحصين، وعبد اللّه بن عمرو، والمسور بن مخرمة، وأنس بن مالك، وأكثرها صحيحة، وقد صحت الرواية فيه عن أزواج النبي صلى اللّه عليه وسلم: عائشة، وأم سلمة، وزينب بنت جحش رضي اللّه عنهم، انتهى كلامه.
-حديث آخر: أخرجه أبو داود (10)، والترمذي، وابن ماجه عن ابن جريج عن سليمان بن موسى عن الزهري عن عروة عن عائشة أن رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم، قال: "أيُّما امرأة نكحت بغير إذن وليها، فنكاحها باطل، فنكاحها باطل، فنكاحها باطل، فإن دخل بها فلها المهر بما استحل من فرجها، فإن اشتجروا فالسلطان ولي من لا ولي له، انتهى. قال الترمذي: حديث حسن، ورواه ابن حبان في "صحيحه" في النوع الثالث والأربعين، من القسم الثالث عن ابن خزيمة، والحاكم في "المستدرك"، وقال: على شرط الشيخين، ورواه ابن عدي في "الكامل - في ترجمة سليمان بن موسى"، ثم قال: قال ابن جريج: فلقيت الزهري فسألته عن هذا الحديث، فلم يعرفه، فقلت له: إن سليمان بن موسى حدثنا به عنك، قال: فأثنى على سليمان خيراً، وقال: أخشى أن يكون وهم عليّ، قال ابن عدي: وهذا حديث جليل، وعليه الاعتماد في إبطال النكاح بغير ولي، وقد رواه عن ابن جريج الكبار من الناس، منهم: يحيى بن سعيد، والليث بن سعد، ولا يعرف من حديث آخر بهذا الإِسناد ابن جريج عن سليمان بن موسى عن الزهري عن عروة عن عائلقيت الزهري فسألته عن هذا الحديث، فلم يعرفه (11)، قال الترمذي: وقد تكلم فيه بعض أهل الحديث من جهة ابن جريج، قال: ثم لقيت الزهري فسألته عنه، فأنكره، فضعفوا الحديث من أجل هذا، وذكر عن يحيى بن معين أنه قال: لم يذكر هذا عن الزهري إلا إسماعيل بن علية عن ابن جريج، وضعف يحيى رواية إسماعيل عن ابن جريج، انتهى. وحكاية ابن جريج هذه أسندها الطحاوي في "شرح الآثار" أيضاً (12)، فقال: وذكر ابن جريج أنه سأل عنه ابن شهاب، فلم يعرفه، حدثنا بذلك ابن أبي عمران حدثنا يحيى بن معين عن ابن علية عن ابن جريج بذلك، انتهى. وقال ابن حبان في "صحيحه": وقد أوهم هذا الخبر من لم يحكم صناعة هذا الحديث أنه منقطع بحكاية حكاها ابن علية عن ابن جريج أنه قال: ثم لقيت الزهري فسألته عن ذلك فلم يعرفه، قال: وليس هذا مما يقدح في صحة الخبر، لأن الضابط من أهل العلم قد يحدث بالحديث ثم ينساه، فإذا سئل عنه لم يعرفه، فلا يكون نسيانه دالاً على بطلان الخبر، وهذا المصطفى صلى اللّه عليه وسلم خير البشر صلى فسها، فقيل له: أقصرت الصلات أم نسيت؟ فقال: كل ذلك لم يكن، فلما جاز على من اصطفاه اللّه لرسالته في أعم أمور المسلمين الذي هو الصلاة حين نسي، فلما سألوه أنكر ذلك، ولم يكن نسيانه دالاً على بطلان الحكم الذي نسيه، كان جواز النسيان على من دونه من أمته الذين لم يكونوا بمعصومين أولى، انتهى. قال الحاكم (13) بعد أن أخرجه عن جماعة عن ابن جريج: وقد صحت الروايات عن الأئمة الأثبات بسماع الرواة بعضهم من بعض، فلا تعلل هذه الروايات بحديث ابن علية، وقول ابن جريج: سألت الزهري عنه فلم يعرفه، فقد ينسى الثقة الحافظ الحديث بعد أن حدث به، وقد اتفق ذلك لغير واحد من الحفاظ، قال: وأخبرنا الحسين بن الحسن بن أيوب ثنا أبو حاتم محمد بن إدريس سمعت أحمد بن حنبل يقول: وذكر عنده حكاية ابن علية في حديث ابن جريج: لا نكاح إلا بولي، فقال: ابن جريج له كتب مدونة، وليس هذا فيها - يعني حكاية ابن علية - ، انتهى. وقال البيهقي في "المعرفة": وقد أعل من يسوي الأخبار على مذهبه هذا الحديث بشيئين: أحدهما: ما رواه بإِسناده عن ابن علية أن ابن جريج سأل الزهري عنه فأنكره، ثم أسند عن أحمد، وابن معين أنهما ضعفا رواية ابن علية هذه، قال: فهذان إمامان قد وهنا هذه الرواية مع وجوب قبول خبر الصادق، وإن نسي من أخبر عنه، الثاني: أن عائشة رضي اللّه عنها روي عنها ما يخالفه، فروي من طريق مالك عن عبد الرحمن بن القاسم عن أبيه عن عائشة أنها زوجت حفصة بنت عبد الرحمن من المنذر بن الزبير، وعبد الرحمن غائب بالشام، فلما قدم عبد الرحمن قال: ومثلي يفتات عليه؟! فكلمت عائشة المنذر بن الزبير، فقال: إن ذلك بيد عبد الرحمن، فقال عبد الرحمن: ما كنت لأرد أمراً قضيته، فاستقرت حفصة عند المنذر، ولم يكن ذلك طلاقاً، انتهى. وكذلك رواه مالك في "الموطأ"، كما تراه، قال البيهقي: ونحن نحمل قوله: زوجت - أي مهدت أسباب التزويج - وأضيف النكاح إليها لاختيارها ذلك، وإذنها فيه، ثم أشارت على من ولي أمرها عند غيبة أبيها حتى عقد النكاح
قال: ويدل على صحة هذا التأويل ما أخبرنا، وأسند عن عبد الرحمن بن القاسم، قال: كنت عند عائشة يخطب إليها المرأة من أهلها، فتشهد، فإذا بقيت عقدة النكاح، قالت لبعض أهلها: زوج، فإن المرأة لا تلي عقد النكاح، وفي لفظ: فإن النساء لا ينكحن، قال: إذا كان مذهبها ما روى، من حديث عبد الرحمن بن القاسم علمنا أن المراد بقوله: زوجت، ما ذكرناه، فلا يخالف ما روته عن النبي صلى اللّه عليه وسلم، قال: والعجب من هذا المحتج بحكاية ابن علية في رد هذه السُّنَّة، وهو يحتج برواية الحجاج ابن أرطاة في غير موضع، وهو يردها ههنا عن الحجاج عن الزهري بمثله، ويحتج أيضاً برواية ابن لهيعة في غير موضع، ويردها ههنا عن ابن لهيعة عن جعفر بن ربيعة عن الزهري بمثله، فيقبل رواية كل واحد منهما منفردة إذا وافقت مذهبه، ولا يقبل روايتهما مجتمعة، إذا خالفت مذهبه، ومعهما رواية ثقة، قال البيهقي: واحتج أيضاً لمذهبه بتزويج عمر ابن أبي سلمة، أمه من رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم، وهو صغير، قال: وليس فيه حجة، لأنه لو كان جائزاً بغير ولي لأوجبت العقد بنفسها، ولم تأمر غيرها، فلما أمرت به غيرها بأمر النبي صلى اللّه عليه وسلم إياها - على ما جاء في بعض الروايات - دل على أنها لا تلي عقد النكاح، وقول من زعم: إنه زوجها بالبنوة يقابل بقول من قال: بل زوجها بأنه كان من بني أعمامها، ولم يكن لها ولي هو أقرب إليها منه، وذلك لأنه عمر بن أبي سلمة بن عبد الأسد بن هلال بن عبد اللّه بن عمر بن مخزوم، وأم سلمة هي هند بنت أبي أمية بن المغيرة بن عبد اللّه بن عمر بن مخزوم، فتزوجه بها كان بولي، وقد قيل: إن نكاح النبي صلى اللّه عليه وسلم لا يفتقر إلى ولي، وتزويج زينب بنت جحش يدل على ذلك، انتهى كلامه. قال ابن الجوزي في "التحقيق": وإنكار الزهري الحديث لا يطعن في روايته، لأن الثقات قد يروي وينسى، قال أحمد بن حنبل (14): كان ابن عيينة يحدث ناساً، ثم يقول: ليس هذا من حديثي ولا أعرفه، ورو&#1609
[size=18
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Thu Feb 03, 2005 8:39 am

.


Kesimpulan:

Hadis mengenai wali adalah sahih.Jika sekalipun terdapat perawi dhaif dalam sesatu hadis ianya saling kuat menguat antara satu sama lain.(al-Muhalla,Ibnu Hazm 466).

Hadis yang ditolak oleh golongan Hanafi dengan alasan al-Zuhri terlupa/tidak mengetahui hadis tersebut.Jawapan dari al-San`ani: Keluapan al-Zuhri tidaklah mencacatkan hadis tersebut.Beliau juga menolak Pandangan Abu Thaur berdasarkan hadis ini(riwayat dari Aisyah) meyatakan wanita boleh nikah dirinyqa dengan syarat izin wali.Pandangan itu adalah mafhum yang tidak kuat berbanding dengan apa yang terserat(mantuk).Subululsalam juz 3 ms.229.

Syarat Wali dalam pernikahan adalah pegangan Jumhur serfta sahabat antaranya.Abu Hurairah,Ibnu Masud,Ibnu Abbas,Ibnu Omar dll,juga Said al-Musayab,Omar Abd Azizi.Inun Abi Laila,Ibnu Syubramah dll(lihat Fiqh Islami juz 7 ms.265)
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby KulopAtoi on Fri Feb 04, 2005 6:26 am

010

Kategori : Munakahat

Tajuk : Hukum Nikah Rakyat Negeri Perlis Di Wilayah Selatan Thailand Tanpa Wali Nasab Sebalikny Memakai Wali A’m / Wali Naib Qadi Syarie Negara Tersebut


Isu :
Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis

Keputusan :
“Ahlli Jawatan Kuasa Syariah Negeri Perlis telah berbeza pendapat mengenai permasalahan tersebut kepada tiga pendapat iaitu :

1. Tiga Ahli Jawatan Kuasa berpendapat Sah nikah pasangan tersebut sekiranya wali yang menikahkan pasangan ini dilaksanakan oleh Qadi yang bertauliah serta berpandukan syarat sah nikah iaitu wali, saksi, lelaki, perempuan, ijab dan qabul.

2. Pendapat yang mengatakan tidak sah nikah tersebut adalah berpandukan kepada Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Tidak sah nikah melainkan dengan wali dan diaqadkan dengan disaksikan oleh dua orang saksi yang adil”.

3. Seorang daripada Ahli Jawatan Kuasa Syariah berkecuali dalam permasalahan tersebut.

http://ii.islam.gov.my/e-fatwa/mufti/fa ... ?keyID=361

:kenyit: :kenyit: :kenyit:
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby azlee81 on Sun Feb 06, 2005 8:28 pm

agak-agak la...sesuai atau tidak jika dilaksanakan juga kaedah perkahwinan menurut mazhab Hanafi (sebagaimana di Jordan tu) di Malaysia kita? :matabulat:
Dimana bumi dipijak...disitu Islam dijunjung
azlee81
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 68
Joined: Tue Aug 03, 2004 12:34 am
Location: KL

Postby limau nipis on Mon Feb 14, 2005 5:19 pm

Tak sesuai.

Rujuk kepada kesimpulan yang telah dirumuskan tytzesh mengenai perlunya kehadiran wali dalam sesuatu pernikahan.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby messtiee on Mon Feb 28, 2005 8:36 am

emm..tumpang tanya macam mana pulak perkahwinan di thailand atau indon?tq
messtiee
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 99
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby tytsezh on Mon Feb 28, 2005 12:09 pm

tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Sekufu?

Postby moonie on Tue Mar 15, 2005 5:51 pm

As-salaamu 'alaykum,

Nak tanya sekufu ni apa sebenarnya? Setaraf ke? Ni syarat nak kahwin ke? Lagi satu..sekufu dlm English apa ye?

-TK-
moonie
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Tue Mar 15, 2005 5:45 pm


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: Bing [Bot] and 2 guests