Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Untuk apa-apa bicara berkaitan ilmu dan amal gerakan Islam.

Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Postby GOOKU on Sat Feb 06, 2010 4:18 pm

Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street
KUALA LUMPUR 5 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini dengan petunjuk utama turun ke paras paling rendah sejak 4 Nov tahun lepas, diseret oleh kerugian dalam saham wajaran tinggi, kata para peniaga.

Mereka berkata sentimen dipengaruhi oleh kerugian ketara di Wall Street dan bursa serantau.Wall Street mengalami kerugian paling teruk dalam masa sembilan bulan semalaman setelah data pekerjaan yang lemah di Amerika Syarikat menimbulkan minat terhadap aset selamat dan menurunkan harga saham serantau dan Eropah.

Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 17.13 mata kepada 1,247.90 selepas dibuka 16.88 mata lebih rendah pada 1,248.15.

Indeks Kewangan susut 176.439 mata kepada 10,942.73, Indeks Perusahaan rugi 30.08 mata kepada 2,575.68 dan Indeks Perladangan turun 87.03 mata kepada 6,149.05.

Indeks FBM Emas berkurangan 117.29 mata kepada 8,405.53, Indeks FBM70 susut 132.2 mata kepada 8,240.68 manakala Indeks FBM Ace jatuh 51.08 mata kepada 4,314.63. Saham rugi mengatasi untung pada 587 berbanding 162 manakala 180 kaunter tidak berubah, 399 tidak didagangkan dan 26 yang lain digantung. Jumlah dagangan naik kepada 918.215 juta saham bernilai RM1.522 bilion daripada 620.729 juta saham bernilai RM992.189 juta semalam.

Konglomerat Sime Darby turun sembilan sen kepada RM8.36, Maybank susut lapan sen kepada RM6.81, CIMB Group jatuh 28 sen kepada RM12.42 dan Maxis berkurangan dua sen kepada RM5.36.

Antara saham aktif, KNM Group naik 6.5 sen kepada 81.5 sen, Talam Corporation kekal pada 12 sen, Genting rugi 17 sen kepada RM6.78 manakala LCL Corporation naik satu sen kepada 25 sen.

Petra Perdana merupakan antara saham untung ditutup 12 sen lebih tinggi pada RM1.57.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 776.764 juta saham bernilai RM1.492 billion daripada 517.09 juta saham bernilai RM976.95 juta semalam.

Di pasaran Ace, jumlah dagangan berkurangan kepada 49.643 juta unit bernilai RM11.003 juta daripada 79.16 juta units bernilai RM10.95 juta. Waran menambah kepada 57.859 juta unit bernilai RM8.807 juta daripada 19.52 juta units bernilai RM2.99 juta.

Barangan pengguna menguasai 34.97 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 265.6 juta, pembinaan 64.3 juta, dagangan dan perkhidmatan 215.6 juta, teknologi 25.9 juta, infrastruktur 12.5 juta, kewangan 66.6 juta, hotel 313,900, hartanah 71.9 juta, perladangan 16.9 juta, perlombongan 0, REIT 1.8 juta, dan dana tertutup 52,500.

- Bernama

---------
Wahai penjilat kapitalisme...Selamat masuk ke dunia kegelapan...dalam lubang biawak.
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2281
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Re: Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Postby WARIS on Sun Feb 07, 2010 9:29 am

Inilah erti kemerdekaan negara2 ketiga dan sedang membangun yg membangun yg terpaksa BOW pada barat...
Nama je merdeka tp ekonomi masih BOW pada barat...
Gaya pentadbiran/politik/kewangan/perundangan berkiblatkan barat sbb ramai pentadbir negara2 tersebut adalah student asuhan barat..

Itulah kita...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9310
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Postby fikrul mustanir on Mon Feb 08, 2010 8:47 am

Eropah alami krisis ekonomi terbesar
BRUSSELS 7 Feb. - Defisit sektor awam yang semakin meningkat di Portugal, Sepanyol dan Greece menjerumuskan zon euro ke dalam krisis ekonomi terbesar sejak kewujudannya 11 tahun lalu.

Penganalisis memberi amaran keadaan itu menandakan negara-negara dalam zon euro perlu mengambil langkah berjimat-cermat selama bertahun-tahun akan datang.

Mereka menyifatkannya sebagai satu 'putaran ganas' kewangan kerana semakin meningkatnya kebimbangan mengenai defisit dan hutang, semakin sukar untuk negara-negara zon euro yang bermasalah meminjam wang bagi mengelakkan kemuflisan.

Masalah itu kini merebak di seluruh blok itu memandangkan 16 negara Kesatuan Eropah (EU) kini menggunakan euro sebagai mata wang tunggal.

Euro jatuh ke bawah paras AS$1.36 (RM4.62) kelmarin, paras terendah dalam tempoh lebih lapan bulan.

Satu risiko ialah kesan 'parasit', kata pakar ekonomi bank pelaburan Perancis, Natixis, Patrick Artus.

Perkara itu berlaku apabila negara-negara lain terpaksa menghulurkan bantuan kepada sebuah negara anggota zon euro yang tenat 'bagi mengelakkan risiko kegagalan membayar hutang yang sangat berbahaya bagi seluruh zon euro', katanya.

Sebaliknya jika pasaran kewangan tidak yakin negara-negara bermasalah akan diselamatkan, premium risiko iaitu pulangan tambahan yang dituntut oleh pelabur bagi memegang aset berisiko akan meningkat.

Kerajaan negara-negara terlibat berusaha sedaya upaya untuk menjauhkan 'pemangsa kewangan' yang mahu membeli aset kerajaan dengan harga yang rendah.

Sepanyol dan Portugal tentunya tidak mahu digolongkan sekali dengan Greece yang menanggung hutang melebihi 294 bilion euro (RM1.4 trilion) dan defisit 12.7 peratus, jauh melebihi had tiga peratus daripada output yang dikenakan oleh EU ke atas anggota zon euro. - AFP
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2441
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Re: Bursa lemah seiring kejatuhan di Wall Street

Postby WARIS on Mon Feb 08, 2010 10:35 am

Husam Musa bersama Prof. Umar Vadillo


Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negera barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis- editor) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?

Dinar emas dan Dirham perak adalah mata wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai dibangkitkan semula. Kerana, dianggap mampu melawan sistem ekonomi yang berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah menyebar ke berbagai negara.

Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal dari Sepanyol. anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Dalam satu kesempatan kunjungannya ke Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara, petikannya:

Apa urgensi Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?

Kita sebagai bangsa muslim telah memiliki sistem mata wang sendiri . Dinar emas dan Dirham perak. Mata wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang stabil.

Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?

Bila anda memonopoli mata wang dan hal itu menekan pada semua orang, maka anda merusak perekonomian dan nilai dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas diproduksi terus menerus dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan tereduksi(menurun) dan kehilangan atas nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, berarti terjadi pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.

Mengapa disebut sebagai perompakan ?

Inflasi hanya menguntungkan segelintir orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti, anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah. Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada di dompet kita sudah tergerus nilainya.

Bank ikut selesa dalam sistem ini?

Ketika berbicara mengenai wang kertas, tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik. Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang kertas, sisanya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki kemampuan dan kapasiti unik yaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam bentuk fisik, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka? Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai keinginan mereka.

Mengapa umat Islam justru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?

Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme. Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank, maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya. Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada tataran internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru yaitu US Dollar, dan Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat demi memperoleh wang tersebut.

Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?

Allah swt telah menekankan bahwa riba itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam. Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu Dinar di Maroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia. Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam satu sistem nilai mata wang.

Nilai emas pernah terguncang ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini berarti emas juga tak stabil ?

Tentu ada kesah historis seperti hal itu, sama ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu. Produksi emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak bisa diregulasi seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh peratus nilainya dari Dinar Dirham.

Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?

This is completely nonsense. Ini seperti anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda. Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai 200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar, maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian. Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi, pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa muslim.

Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?

Dinar dan Dirham adalah sebagian dari perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima pilar/rukun ; Dinar dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan atau distribusi, guilds sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul raksasa peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40 hektaran. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang. Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak ada infrastruktur untuk anda.

Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?

Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan Dirham akan melahirkan akselerasi pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen, tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini. Kita harus keluar dari omong kosong yang berwujud islamisasi kapitalisme. Lihatlah sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di Madinah. Satu ayam jaman Nabi di Madinah satu Dinar, satu ayam di Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun, inflasi adalah kosong.

Caranya ?

Langkah pertama adalah pencetakan mata wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan kembali caravan untuk memutus monopoli dan membolehkan para pedagang untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa hidup dalam taifa.

Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?

Kita mengerti bahwa tidak ada yang menghentikan kita dari meninggalkan praktek riba ini kecuali diri kita sendiri. Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh karenanya jika kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama, beberapa hari kemudian kita membuthkan pembentukan bank lain. Tidak ada yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.

Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?
Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak Dolar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka 800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun. Artinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi perdagangan sektor sebenarl. Kondisi ini jelas mencemaskan, kerana transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri.Dalam lima tahun terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan uang sebanyak ini mereka bisa membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar dirham, maka ketergantungan dapat dihentikan
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9310
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Siasah & Haraki

Who is online

Users browsing this forum: MSNbot Media and 1 guest