HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Untuk apa-apa bicara berkaitan ilmu dan amal gerakan Islam.

HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby fikrul mustanir on Sat Dec 05, 2009 9:51 am

Hizbut Tahrir: Kursus BTN 'program maksiat'

kemaskini 5.50pm Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) membantah program Biro Tatanegara (BTN) dengan mendakwa ia satu bentuk "maksiat" kepada Allah apabila kursusnya menjurus kepada unsur mendewa-dewakan pemimpin negara secara "membabi buta".

"Daripada pengakuan dan penjelasan yang diberikan oleh kerajaan sendiri, apatah lagi oleh mereka yang pernah mengikuti program ini, ia jelas menjurus kepada maksiat kerana program ini menyemai rasa cinta kepada bangsa dan negara," satu risalah kumpulan itu dipetik.


"Dengan kata lain menyemai perasaan 'assabiyyah (perkauman) dan wathaniyah (kebangsaan) yang jelas diharamkan oleh Islam.

"Indoktrinasi agar mentaati pemimpin secara membabi buta juga jelas merupakan satu bentuk kemaksiatan kepada Allah, kerana para pemimpin yang ada (kini) memerintah dengan sistem sekular dengan menerapkan undang-undang kufur ke atas kita semua."

Risalah dua halaman bertajuk 'Indoktrinasi Yang Menyimpang Wajib Dibetulkan' diedarkan di beberapa masjid di ibu kota ketika solat Jumaat hari ini, antaranya Masjid Negara, masjid Bangsar dan masjid Kampung Baru.

Malaysiakini menyaksikan kira-kira 20 aktivis perkumpulan Islam antarabangsa itu, yang ditubuhkan pada 1950-an untuk menegakkan sistem khalifah Islam, mengedarkan risalah sehelai itu sebelum dan selepas solat di Masjid Negara.

Memetik tulisan risalah tersebut, HTM berkata kursus BTN sering menaikkan sentimen Melayu dan mendedahkan ancaman terhadap bangsa Melayu, lalu menyeru orang-orang Melayu "memberi ketaatan penuh kepada pemimpin walaupun korup agar tanahair tidak tergadai."

"Pendek kata, dalam (kursus) BTN, semua peserta akan dijelaskan bahawa semua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah betul dan benar belaka, maka semuanya harus taat dan patuh, jangan mengkritik atau melawan! Itulah matlamat agung BTN," risalah itu dipetik.

Dengan menyifatkan BTN "satu senjata perang saraf kerajaan", Hizbut Tahrir berkata perdana menteri sendiri "tidak senang duduk dengan pendedahan (keburukan) ini."

"Siapa tidak tahu tentang propaganda Umno menerusi BTN, apatah lagi para peserta yang pernah mengikuti kursus tersebut?

"Selama ini kerajaan berjaya menutup kebusukan BTN, bukan kerana tidak ada pihak yang bersuara, namun suara mereka tidaklah sebesar suara kerajaan negeri Selangor," kata organisasi itu dalam risalah tersebut.

HTM juga menggesa umat Islam menegur dan membetulkan pemimpin daripada terus melakukan perkara maksiat itu.

"Haram dan berdosa bagi setiap Muslim yang berdiam diri atas kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin.

"Penguasa wajib dimuhasabah apabila mereka menyeru kepada maksiat, merampas hak rakyat, mengabai kewajiban rakyat, melalaikan salah satu urusan rakyat, menyimpang daripada hukum-hukum Islam, atau memerintah dengan hukum selain yang diturunkan oleh Allah".

Risalah Suara Kebangkitan (atau Shoutul Nahdhah), yang mendapat permit penerbitan mingguan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), turut memetik maksud al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah mereka berhubung biro kontroversi bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Sementara itu, Ketua Cawangan HTM Kuala Lumpur Ahmad Kori Shafie, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan risalah tersebut memang diterbitkan oleh kumpulannya Ikatan Intelektual Nusantara (IKIN).

Sebelum ini, tambahnya, HTM juga sering menerbit dan mengedarkan risalah yang menjelaskan pendirian mereka di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan umat Islam ketika hari Jumaat.

Setiap edisi termasuk edisi terbaru ini, kumpulannya sebagai mewakili HTM mengedarkan 10,000 keping risalah, tambahnya

Ahmad Kori, sebagai pengurus IKIN, berkata tiada masalah bagi orang ramai untuk membuat salinan risalah tersebut. "Kita tak akan saman orang yang hendak buat kerja baik," katanya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/119023
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2441
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby Couns on Sat Dec 05, 2009 8:52 pm

orang2 atasan kerajaan kena masuk BTNI(islam) dulu kot..!!
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2467
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby WARIS on Mon Dec 07, 2009 9:28 am

Couns wrote:orang2 atasan kerajaan kena masuk BTNI(islam) dulu kot..!!





Saya sokong pandangan ini...sebab dunia semakin berubah...so silibus pun kena berubah...kumpulan sasaran juga kena berubah...kerana BTN tu guna duit cukai rakyat...kenala minta pandangan rakyat juga...buat poll la...

Mcm selangor buat ada perubahan dan impak pada rakyat dgn pembaharuan dalam kerajaan dgn memperkenalkan slogan dan aktiviti MERAKYATKAN EKONOMI ....

Baru rakyat rasa di hargai...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9310
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby awang bin ali on Fri Dec 11, 2009 12:20 pm

Kena gak buat kursus..apa tu hak pemerintah. Jgn kita sibuk pasal hak rakyat atas pemerintah sampai trlupa hak pemerintah atas rakyat.

Bila masing2 mengenal akan hak masing2..dan tunaikan hak masing2, banyak kebaikan akan diperolehi.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7526
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby Couns on Fri Dec 11, 2009 8:28 pm

awang bin ali wrote:Kena gak buat kursus..apa tu hak pemerintah. Jgn kita sibuk pasal hak rakyat atas pemerintah sampai trlupa hak pemerintah atas rakyat.

Bila masing2 mengenal akan hak masing2..dan tunaikan hak masing2, banyak kebaikan akan diperolehi.


walaupun ianya hanya cerita sebelah pihak, tapi kalau dah babitkan hukum-hakam agama, akta hak mengehak tu dah jadi nombor 2!
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2467
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby WARIS on Tue Dec 15, 2009 6:03 pm

Aku pernah hadir BTN...ada program kiamulai...ada program doa munajat sebelum subuh...ada tazkhirah pagi... ada kawad...ada kelas duniawi...
cuma aku lihat byk rakyat la yg hadir...sbb agaknya pemimpin sibuk mentadbir negara kot...
dalam tu takde la pulak ...basuh otak suruh undi BN...

tp bab cerita perlembagaan mmg la ada cerita pasal hak ketuanan Melayu...
cuma hak orang asli penduduk asal negara ini jer tak diberi ketuanan...malah diabaikan berabab-abab lamanya...
sebenarnya hak ketuanan orang asli yg dirampas oleh Melayu dan cepat2 tulis dalam perlembagaan utk kuatkuasa undang2...

Peliknya orang asli tak bising pun secara rasmi tp kaum lain pula la yg bsing2...kan100x
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9310
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby Couns on Fri Dec 25, 2009 11:38 pm

agaknyalah... isu besarnya ialah, percampuran antara lelaki dan wanita dalam kursus tersebut kot...
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2467
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: HT: Kursus BTN 'program maksiat' (Malaysia Kini)

Postby WARIS on Tue Dec 29, 2009 4:40 pm

Couns wrote:agaknyalah... isu besarnya ialah, percampuran antara lelaki dan wanita dalam kursus tersebut kot...




Kalau kenyataan ini mmg betula ...percampuran antara lelaki dan perempuan dalam aktiviti BTN walaupun bilik penginapan lain-lain... :D
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9310
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm


Return to Bicara Siasah & Haraki

Who is online

Users browsing this forum: MSNbot Media and 1 guest