Ini apa yg di tulis oleh si A :
Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang
dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang
telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9.
Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut
memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya
tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama
seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan
email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah
atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira
mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti
berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undan! g-undang Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu
berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum
membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan
pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah
menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan
ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara
main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,'
katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada
dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka
solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan
termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi
Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9
yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak
penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik
dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong
itu. Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan
mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula
daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses
seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka
setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop.
Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita
hari itu.
Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak
tahu ramalan.
'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja.
Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu
benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan
mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan
tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah
mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di
dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai
golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam
lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan
ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.
Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap
tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman
moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,'
katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum
boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara
suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan
bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan
dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang
taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan
tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang,
meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan
bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda
meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui
perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas
dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan
itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara
sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan
secara bertahap.
Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali
sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan
tarikh lahir berpandukan bintang.
Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga
20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing.
Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu
dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan
bercahaya di langit.
Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja.
Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.
Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan
peribadi Muslim.
'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau
lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan
banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan
membaca ramalan bintang atau tukang tilik walaupun untuk suka-suka
kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang
dilaksanakan. ..
Paling ditakuti kalau ianya menyebabkan kita syirik, maupun sengaja atau
tidak.
Tiada maaf untuk mereka yang telah syirik..

