IS: MENDZAHIRKAN ISLAM

Untuk apa-apa bicara berkaitan ilmu dan amal gerakan Islam.

IS: MENDZAHIRKAN ISLAM

Postby fikrul mustanir on Wed Feb 18, 2004 5:53 pm

MENDZAHIRKAN ISLAM


Allah berfirman di dalam Al Quran,

“Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama yang haq, supaya Dia dzahirkan agama itu mengatasi sekelian agama yang lain…”

dari ayat yang tersebut kita telah diperintahkan oleh Pencipta manusia dan sekelian alam, akan salah satu dari tugas yang paling asas dipikulkan keatas pundak umat pilihan ini, ialtu mereka mesti berusaha untuk meletakkan agama Islam sebagai agama yang dominan di muka bumi ini. Sehubungan dari ayat di atas, beberapa isu harus diperjelaskan agar kaum Muslimin dapat memahaminya dengan jelas akan perintah tersebut.

Pertama, istilah “deen” , mestilah difahami dengan tepat. Kebanyakan orang memahami Islam sebagai semata-mata agama, seperti Kristian, Yahudi, Hindu, dll. Hakikatnya, Islam itu adalah petunjuk yang jauh berbeza berbanding dengan agama-agama yang tersebut, yang hanya satu akidah berhubung dengan kepercayaan manusia, cara pemujaan yang bersifat individu, dan berkenaan akhlak yang juga bersifat individu. Secara dasarnya, perbezaan tersebut terletak kepada fakta bahawa agama-agama tersebut adalah satu konsep yang hanya berputar didalam ruang-lingkup yang terbatas kepada arena individu; sedangkan “deen” memiliki ruang-lingkup yang lebih luas dari itu. Perkataan “deen” adalah lebih tepat ditafsirkan sebagai “cara hidup”. Didalam kapasiti tersebut, deen menangani bukan hanya isu-isu yang berhubung-kait dengan masaalah individu, tetapi juga berkaitan dengan masaalah masyarakat dan politik. Oleh kerana itulah, maka agama Islam bukan hanya merangkumi peraturan bagi seseorang individu dan peribadatan, tetapi juga soal hal-ehwal permerintahan, ekonomi, perundangan dan semua hal-ehwal kemasyarakatan yang lainnya.

Nabi Muhammad telah diutuskan bukan hanya untuk mengajarkan cara sembahyang, seperti sabdanya, ”Sembahyang lah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang”, dan kod akhlak, sebagaimana perintahnya, “……barang siapa menipu kami, dia bukan daripada kalangan kami….”. Tetapi baginda juga memerintahkan ketaatan kepada Allah didalam urusan ekonomi, sebagai contoh, bila baginda bersabda, “ Orang ramai berkongsi didalam 3 perkara, iaitu, air, padang ragut , dan api,” atau urusan politik apabila dia bersabda, “Jika kamu telah bersatu dibelakang Imam dan datang yang lain cuba memecah belahkan kamu, hendaklah dibunuh orang tersebut,” ataupun urusan perundangan (uqubat), apabila baginda bersabda, “Demi Allah jika Fatimah anak Muhammad mencuri, akan ku potong tangannya,” atau urusan ketenteraan, apabila baginda bersabda, “Jangan ditangguhkan keberangkatan tentera Usamah,” apabila baginda telah memerintahkan pasukan tersebut untuk berangkat menghadapi tentera Rom.

Ini adalah contoh-contoh dari banyak bukti-bukti yang lain dari Al-Quran dan Al-Hadis, yang menunjukan jati diri deen Islam sebagai bukan hanya semata-mata agama, tetapi sebagai suatu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, merangkumi segala urusan hidup manusia, dari peribadatan, kepada moral hingga kepada urusan ekonomi dan pemerintahan.

Aspek keduanya, dari ayat diatas, istilah “dzahirkan” mestilah diperjelaskan definasinya, kerana terdapat perbezaan dikalangan Muslimin didalam memahami maksud sebenar istilah ini. Sebahagian mungkin memahaminya dengan maksud bahawa mestilah ujud kaum Muslimin disetiap pelusuk dunia ini. Atau ia mungkin bermaksud dakwah Islam harus sampai keseluruh pelusuk muka bumi ini, dan setiap manusia harus mendengarnya.

Walaubagaimanapun, seperti setiap perkataan yang tercatit di dalam ayat Al Quran, ianya mesti difahami di dalam konteks Shariah Islam, dan manifestasinya diambil dari contoh tauladan Nabi Muhammad . Penyelidikan terhadap Seerah, menunjukkan dengan jelas maksud “dzahirkan” didalam konteks Islam melebihi dari hanya bertebarnya kaum Muslimin diseluruh pelusuk bumi, atau suara Islam itu boleh didengari oleh seluruh penduduk bumi ini. Tetapi jelas dari mula dilantik menjadi Rasulullah sehingga pada hari kewafatannya, Nabi telah berjuang untuk mengujudkan cara hidup Islam menerusi penubuhan sebuah negara Islam, dimana ianya telah buat pertama kalinya berjaya diujudkan di Kota Madinah, dan seterusnya baginda berusaha meluaskan sempadannya, dengan matlamat akhirnya untuk meluaskan kekuasaan politik Islam ke seluruh pelusuk dunia. Ini sesungguhnya adalah definasi sebenar “dzahirkan” yang disebutkan oleh ayat diatas.

Fakta menunjukan bahawa kekuasaan Islam tidaklah berasaskan kepada pertunjuk yang bersifat individu atau berbentuk peribadi semata-mata, dan tidak juga ianya hanya terhad kepada semenanjung Arab dimana ia diasaskan sahaja ini jelas terlihat dari banyak bukti-bukti, seperti surat-surat yang diutuskan Nabi kepada Pemerintah Parsi, Rom dan Mesir dimana baginda memerintahkan mereka dan rakyat mereka supaya memeluk Islam, atau merelakan diri untuk diperintah oleh Islam dan membayar jizyah, ataupun diperangi sehigga mereka tunduk dan patuh kepada Islam.

Inilah juga yang dilakukan oleh Khalifah Ar Rashidin, sebagaimana yang dilakukan oleh Syaidina Umar, dimana dibawah kepimpinannya lah bumi Parsi, Syam, dan Mesir telah dibuka untuk diperintah oleh Islam.
Dari sini kita lihat bahawa cara yang paling praktikal untuk mencapai hasrat menzahirkan Islam di dunia ini, adalah dengan menegakkan Negara Islam, yang mana ianya akan bertanggung jawab untuk menyebar luaskan seruan Islam kesetiap negara diseluruh dunia dengan kaedah dakwah – Iaitu seruan untuk memeluk Islam, atau tunduk dengan perintahnya dan membayar jizyah. Jika para pemimpin kafir gagal untuk menerima syarat-syarat ini maka Negara Islam akan melancarkan jihad menentang pemerintah yang berkuasa di Negara Kafir tersebut, oleh itu penghalang yang menjadi halangan kepada Islam daripada sampai kepada penduduk negara tersebut dapat dihapuskan.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2441
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby ICT on Wed Feb 18, 2004 6:22 pm

Mendirikan sembahyang adalah "MENZAHIRKAN ISLAM".
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby mujaheid on Fri Feb 20, 2004 6:34 pm

Seqadar peringatan buat yang terlupa...(biasek la, kita kan 'nisyan')

Apabila Rasulullah saw dipujuk rayu oleh bapa saudaranya, Abu Tholib utk meninggalkan dakwah atas permintaan pembesar2 Quraisy baginda saw menjawab dgn sayu sambil berkaca matanya & antara kata2 baginda ialah ".....samada Allah memenangkan saya, atau saya mati kerananya".

Maqsudnya, samada maqsud utama baginda saw diutuskan - iaitu menzahirkan Islam ke seluruh alam - tercapai, atau baginda saw mati kerananya (usaha dakwah tersebut).

Sirah membuktikan,
Nabi saw dilempar najis ke pintu rumahnya oleh Ummu Jamil kerana usaha ini...
Nabi saw ditindih dgn perut kambing di punggungnya sewaktu solat kerana usaha ini...
Nabi saw dilempari batu sehingga darah melekat pada capalnya sewaktu di Thaif kerana usaha ini...
Nabi saw patah giginya dan luka&cedera seluruh badannya dalam beberapa siri peperangan kerana usaha ini...

Berhati2 dalam berhujah & merespons lain kali yek, ya akhi :kenyit:
Either you are a slave to what made man
Or
You are a slave to what man made
mujaheid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 221
Joined: Thu May 29, 2003 10:55 am

Postby ICT on Fri Feb 20, 2004 6:46 pm

Lihatlah cara dakwah Rasulullah tu pulak camana dgn manusia 4 kerat yang mengaku Islam skrg ni. Cara dakwah Rasululah tak menyakiti mana-mana hati dan perasaan....banggg ...malah menyatukan lagi kaum yang ada di madinah dalam membantutkan aktiviti yahudi di sana. tapi skrg ..sama Islam pongg ... bergaduh guna mikrofon banggg....hanya kerana PARTI.
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby Al Khayeir on Sat Feb 21, 2004 2:57 pm

Sekadar menyampuk...

Ya akhi ICT.

Mengapakah hujah-hujah saudara ni asik2 dgn parti (di m'sia)... asik2 dgn parti... apa Islam yg saudara nampak tuh hanya ada pada parti2 itu sajakah... Islam ni kan global... jgnlah 'singkatkan' pandangan dan pemikiran saudara tuh kat m'sia saja... 'celik-celik'lah skit... Walhal umat Islam bukan hanya rakyat Islam m'sia ajer... Ia merangkumi seluruh Umat yg berada di atas muka bumi ini... dari timur hinggalah barat... dari utara hinggalah selatan... maka jika ada satu org islam sekalipun dkt antartika... kita kena ambil tahu hal dia nih... sebab dia ni saudara kita... juga bagaimana nasib saudara kita kat luar sana tue spt Iraq, Palastine dll... tak kan nak pakat tengok jer, tanpa ada sikit rasa ambil berat...

jadi jgn lah sempitkan pandangan kita wahai ICT yea...

Lagi satu yea ker dakwah rasulullah tuh tak nyakitkan hati org ... kalau kamu cakap cam tuh nampak sgtler kamu nih tak 'ambil berat' dan menghayati takbir raya yg tiap-tiap thn kamu dok laungkan tuh... sampai leleh2 air mata (nak lebih dramatis).. sebab... dlm takbir tuhkan ada 'wa lau karihal kafirun'... kat situ kan ada unsur2 yg org nih sakit hati kat dakwah Islam... Lepas tuh lg... masa org2 arab jahiliyah dok menghina, mendengki dan mencela Rasulullah tuh... diaorg pakat sesaja jea ker... suker2.. cam pegi funfare main tembak2 tin oren.... kan kat situ diaorg tuh sakit hati dgn apa yg Rasulullah sampaikan.. tak gitu ker ICT oii... jadi sbgi kata2 hikmat... sila baca balik nasihat dari mujaheid dlm posting dia kat atas nuu...

Sekian...
:D (saya tulis panjang baru letak emotikon tauuu...)
“You are the best of Peoples, brought forth from mankind...”
Al Khayeir
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 103
Joined: Tue Sep 02, 2003 7:10 pm

Postby Tok Ledang on Sat Feb 21, 2004 4:31 pm

kena sungguh-sungguh lagi hebahkan (Islam)
kena kuatkan lagi pejuang-pejuang (dakwah)
prajurit-prajurit, bahkan panglima-panglima yang gagah perkasa (yang terer-terer ler tu, yang berkemampuan... ) juga musti ke medan
bila dah kongker semua pelusuk (dunia), semua seluk (hati)
kitalah khalifahnya
tentang jika diserang

memang Tuhan bagi sedikit kecut (tak tahu ler, rerasa macam banyak)
tapi kita terus jadi pengecut (dengan makhlukNya)

ambek sikit apa yang sabat kita tulis.. (mujaheid)
".....samada Allah memenangkan saya, atau saya mati kerananya".
he..he. .tang ni yang aku lemah ni...

:gelak:
User avatar
Tok Ledang
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 932
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: JB mali...

Postby mujaheid on Tue Feb 24, 2004 4:35 pm

(sori akhi fikrul, lari topik perbincangan sikit)

Jangan takut syeikh ledang.... Kita mati bukan utk sesape, ttp utk Rabb yang nyawa sekalian manusia berada di Tangan-Nya...

Dua 'tips mudah' utk sesape yang mahu mati kerana Allah swt pada saat ini - dgn syarat niat ikhlas limardhotillah- iaitu :-
:) Berjuang secara fizikal bersama bapa2 dan abang2 kita yang berada dalam 'war state' seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan lain2, dan kerananya kita mati.
:) Berjuang secara intelektual(fikriyyah) dgn menegakkan yang haq di depan penguasa2 yang zhalim, dan kerananya kita mati. Gelaran 'Sayyidus Syuhada' (penghulu sekalian orang yang mati syahid) menanti golongan seperti ini.

Ini berdasarkan firman Allah pada lidah suci baginda saw, "Sayyidus Syuhada' ialah Hamzah bin Abdul Mutholib, dan pemuda yang berdiri di depan penguasa yang zhalim*, pemuda tersebut menyuruhnya kepada yang makruf dan mencegahnya (penguasa tsbt) drp yang mungkar, dan (kerana hal tersebut) penguasa tersebut membunuhnya (yakni pemuda tsbt)."

Kita mati hanya sekali, kenapa tidak utk Zat yang Maha Menghidupkan dan Mematikan?¿

*Tidak menerapkan hukum hakam Allah swt etc.
Either you are a slave to what made man
Or
You are a slave to what man made
mujaheid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 221
Joined: Thu May 29, 2003 10:55 am

Postby awang bin ali on Tue Feb 24, 2004 4:43 pm

:)
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7526
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby ICT on Tue Feb 24, 2004 4:46 pm

Al Khayeir wrote:Sekadar menyampuk...

Ya akhi ICT.

Mengapakah hujah-hujah saudara ni asik2 dgn parti (di m'sia)... asik2 dgn parti... apa Islam yg saudara nampak tuh hanya ada pada parti2 itu sajakah... Islam ni kan global... jgnlah 'singkatkan' pandangan dan pemikiran saudara tuh kat m'sia saja... 'celik-celik'lah skit... Walhal umat Islam bukan hanya rakyat Islam m'sia ajer... Ia merangkumi seluruh Umat yg berada di atas muka bumi ini... dari timur hinggalah barat... dari utara hinggalah selatan... maka jika ada satu org islam sekalipun dkt antartika... kita kena ambil tahu hal dia nih... sebab dia ni saudara kita... juga bagaimana nasib saudara kita kat luar sana tue spt Iraq, Palastine dll... tak kan nak pakat tengok jer, tanpa ada sikit rasa ambil berat...

jadi jgn lah sempitkan pandangan kita wahai ICT yea...

Lagi satu yea ker dakwah rasulullah tuh tak nyakitkan hati org ... kalau kamu cakap cam tuh nampak sgtler kamu nih tak 'ambil berat' dan menghayati takbir raya yg tiap-tiap thn kamu dok laungkan tuh... sampai leleh2 air mata (nak lebih dramatis).. sebab... dlm takbir tuhkan ada 'wa lau karihal kafirun'... kat situ kan ada unsur2 yg org nih sakit hati kat dakwah Islam... Lepas tuh lg... masa org2 arab jahiliyah dok menghina, mendengki dan mencela Rasulullah tuh... diaorg pakat sesaja jea ker... suker2.. cam pegi funfare main tembak2 tin oren.... kan kat situ diaorg tuh sakit hati dgn apa yg Rasulullah sampaikan.. tak gitu ker ICT oii... jadi sbgi kata2 hikmat... sila baca balik nasihat dari mujaheid dlm posting dia kat atas nuu...

Sekian...
:D (saya tulis panjang baru letak emotikon tauuu...)









Sebabnyer bang...kalau dilihat dalam bentuk global lagi menakutkan tentang penganut Islam zaman akhir zaman ni....bang. Ada yang ngaku Islam bantu yang bukan Islam tolong RANAPkan negara Islam yang lain. Alasan mereka darah Islam yang begitu dan BEGINI pada taksiran mereka adalah HALAL.

Pasal takbir raya tu banggg....ramai yang pandai hafal takbir tapi tak menghayatinya bangg....mereka umpama si kakaktua yang mengajuk cakap manusia ... begitu juga yang pandai membaca quran...juga tak memahami apa yang dibaca. Saya percaya kalau manusia bergelar Islam memahami apa yang dibaca dalam surah-surah lazim dalam sembahyang sahaja sudah cukup untuk menjadikan mereka mahu bersatu kerana takutkan azab Allah swt.

Abang...ada penjelasan ke bangg...boleh kita tukar-tukarkan demi kebaikan bangg..... ABANG KAN PANDAI...kami ni kurang pandai bangg...tapi suka berfikir
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby Al Khayeir on Tue Feb 24, 2004 5:53 pm

Salam sejahtera....

Sebabnyer bang...kalau dilihat dalam bentuk global lagi menakutkan tentang penganut Islam zaman akhir zaman ni....bang. Ada yang ngaku Islam bantu yang bukan Islam tolong RANAPkan negara Islam yang lain. Alasan mereka darah Islam yang begitu dan BEGINI pada taksiran mereka adalah HALAL.


Wahai saudara ICT... Sungguh 'prihatin' pandangan saudara terhadap Islam secara global nih yea... Sehingga me'nakut'kan saudara yea.. tapi adakah itu alasan yg kukuh utk memalingkan dan tidak memperdulikan urusan mereka... Sehingga saudara terpaksa membuat dasar 'tutup pintu' dan sibuk dgn senario politik m'sia sahaja... Walhal ada maksud hadith yg lbh krg berbunyi 'tidak termasuk golongan org2 beriman bg org2 yg berpagi2an tidak memikirkan urusan saudaranya yg lain'... mcm mana kedudukan hadith ni jika kita dok pandang m'sia jer... Jd tolonglah saudara kaitkan permasalahan umat ini secara global yea saudara...

ICT kata:

Lihatlah cara dakwah Rasulullah tu pulak camana dgn manusia 4 kerat yang mengaku Islam skrg ni. Cara dakwah Rasululah tak menyakiti mana-mana hati dan perasaan


Lps tuh saudara saya rasa tak baik ckp diaorg tuh brg kakatua... sbb saya rasa pun saudara mcm brg kakatua juga... saya citer lain... lain plk perginya... permasalahan yg saya utarakan di posting saya yg di atas ttg dakwah rasulullah itu membawa sakit kepada hati org2 kafir (spt posting saudara).. bkn masalah baca takbir raya mcm burung kakatua... kan ker dlm takbir tuh ada perkataan yg menunjukkan org kafir tuh sakit ati kat dakwah Islam... mana ada kene mengena dgn menghayati takbir raya ke idak... lps tuh huraian2 lain sila tgk posting saya balik... penat nak layan kakatua nih... kekekeke...

Sekian yea kakatua... :D
“You are the best of Peoples, brought forth from mankind...”
Al Khayeir
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 103
Joined: Tue Sep 02, 2003 7:10 pm

Postby ICT on Wed Feb 25, 2004 7:56 am

Itu zaman Rasulullah saudara, semua masyarakat dunia tahu termasuk kaum kafir. Tapi sekarang nampaknya orang Islam seperti saudaralah yang sakit hati dengan PEMBAWAAN KAUM KAFIR.

Apakah itu anggapan global saudara dengan Islam, hanya pandai BERMEGAH DENGAN SEJARAH, tapi bukan BERMEGAH DENGAN CIPTAAN SEJARAH SENDIRI.

SAUDARA HANYA PANDAI BERMEGAH DENGAN SEJARAH SILAM ISLAM untuk membuktikan Islam itu memang BAGUS, Tapi dimana saudara ketika ini, apakah telah membuktikan semula kegemilang itu boleh dicipta semula.
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby awang bin ali on Fri Feb 27, 2004 12:22 pm

Haiya a'la solah, Haiya a'la falah..

dirikan solat, dapatlah kejayaan..
...
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7526
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby ICT on Fri Feb 27, 2004 12:32 pm

Itulah agaknya saudara kita tidak menghayati makna azan kot? 8)
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby alhaq_seeker on Tue Mar 02, 2004 4:06 pm

Apakah itu anggapan global saudara dengan Islam, hanya pandai BERMEGAH DENGAN SEJARAH, tapi bukan BERMEGAH DENGAN CIPTAAN SEJARAH SENDIRI.


Ya syeikh,

Umat Islam silam memimpin dunia kerana mereka berpegang teguh kepada syariat Allah pada setiap perbuatan mereka;
Dalam kehidupan berjama'ah
:kenyit: pemerintahan - Struktur sistem kekhilafahan dan aktiviti bai'at tetap berjalan sesuai dengan kehendak syara'.
:kenyit: ekonomi - Baitul Mal memperoleh harta dan mendistribusinya sesuai dengan kehendak Al-Qur'an dan Sunnah.
:kenyit: Uqubat - Hudud, Ta'zir, Jinayah, Mukhalafah yang sifatnya mencegah(manusia) dan menebus(dosa) diterapkan ke atas masyarakat oleh Khilafah.
:kenyit: Pendidikan - Khalifah mewajibkan ilmu fardhu ain dan kifayah ke atas warganegara dengan menyediakan kemudahan secara percuma.
:kenyit: Polisi luar negara - Islam disebarkan ke seluruh dunia dengan metod dakwah dan jihad(futuhat) oleh Khilafah.
:kenyit: Sosial - Kehidupan bermasyarakat antara lelaki dan wanita berjalan sesuai dengan aturan Islam.

Dalam kehidupan peribadi
:kenyit: Ibadah, akhlaq, pakaian, makanan/minuman, kehidupan berumahtangga

Bukan sahaja diterapkan, malah mereka meyakini dengan sebenar2 keyakinan bahawa tiada sibghah yang terbaik, tercanggih, paling adil dan sesuai ke atas seluruh umat manusia daripada zaman para sahabat sehingga tibanya Hari Qiyamat melainkan sibghah (syariat) Allah swt.

"Patutkah mereka berkehendak lagi (kepada) hukum2 jahiliyyah(yakni ghair Islam)? (Padahal) tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah, bagi kaum yang meyakini. ( TMQ Surah Al-Ma'idah : 50)

SAUDARA HANYA PANDAI BERMEGAH DENGAN SEJARAH SILAM ISLAM untuk membuktikan Islam itu memang BAGUS,


Sejarah kegemilangan Islam akan berulang.. Islam pasti akan bangkit sekali lagi menjadi pemimpin antarabangsa buat kali keduanya.

Demi Zat di mana nyawaku berada di Tangan-Nya, ini bukan janji kosong! Ttp merupakan JANJI YANG PASTI yang disampaikan Allah swt kepada umat akhir zaman melalui lidah suci Rasul-Nya, Nabi Muhammad saw, sebagaimana sabda baginda saw ;

"Zaman kenabian akan berlangsung di tengah-tengah kalian sesuai dgn kehendak Allah dan Dia akan mengangkatnya (bilamana) jika dikehendakiNya. Kemudian, akan datang zaman Kekhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian selama masa yang dikehendaki Allah. Kemudian, Dia akan mengangkat (bilamana) yang Dia kehendaki. Kemudian, akan datang zaman kekuasaan yang zhalim (mulkan 'adhan) selama masa yang dikehendaki Allah. Dan Dia akan mengangkatnya (bilamana) yang Dia kehendaki. Kemudian, akan datang zaman kekuasaan diktator yang mencengkam (mulkan jabariyyan) selama masa yang dikehendaki Allah dan Dia akan mengangkatnya (bilamana) yang Dia kehendaki. Setelah itu akan datang (sekali lagi) zaman keKhilafahan yang mengikuti manhaj kenabian. Kemudian Rasulullah terdiam. (HR Ahmad dan Tirmidzhi)

Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa kemunduran dan keterperosokan umat Islam pada zaman ini adalah kerana mengabaikan keterikatan diri mereka kepada sebahagian besar hukum syara' dalam mengatur kehidupan bernegara dan bermasyarakat - yang wujud disebabkan ketidakyakinan mereka terhadap syariat Allah.

Dan ini merupakan ma'asi ilallah yang terbesar, namun sebahagian besar kaum muslimin tidak menyedarinya.

Tapi dimana saudara ketika ini, apakah telah membuktikan semula kegemilang itu boleh dicipta semula.


Dan tugas kita, umat akhir zaman utk 'membuktikan' bahawa kegemilangan tersebut boleh dicipta semula adalah dengan meyakini dengan sebenar2 yaqin bahawa TIADA YANG MAHA MENCIPTA, MENGATUR, MEMELIHARA & MENGHUKUM ILLA ALLAH. Inilah yang dinamakan sebagai Aqidah Siyasiyyah.

Seterusnya, menyebar luaskan keyaqinan terhadap Aqidah ini ke dalam hati2 umat Islam dalam jama'ah(masy) Islam agar mereka se'fikir', sehati dan sejiwa - atas dorongan taqwa - untuk mengikat kehidupan bermasyarakat dengan aturan daripada Allah swt.

Insya-Allah, kegemilangan Islam pasti akan kembali. Persoalannya, R we part of it?
Mengembalikan Kehidupan Islam Impian kita.... Sayyidus Syuhada' Cita-cita Kita.
alhaq_seeker
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 19
Joined: Mon Dec 01, 2003 6:40 pm

Postby ICT on Tue Mar 02, 2004 4:58 pm

:gelak:

Tin penuh biskut di ketuk kurang bunyi bisingnya.
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby akuumno on Wed Mar 03, 2004 4:05 pm

Dzahirkan Islam... hmmm.... apa kata, seluruh negara Islam bersatu dan tubuhkan sebuah negara Islam. Kemudian adakan pilihanraya bercirikan Islam di bawah sistem Khilafah dan di bawah pemerintahan seorang Khalifah. Dengan penyatuan tersebut, maka kekuatan ketenteraan bertambah kuat, maka kita hantar seorang duta/wakil ke negara2 kafir seperti Amerika, Britain, German dan lain2, sekiranya negara ini tidak tunduk kepada negara Islam, kita akan serang atau nak berdamai sila bayar jizyah... Mudah, tak payah nak pening2 kepala, para ulama pun tak pening kepala nak berijtihad...

maka, bagaimana langkah pertama untuk kita bermula...? :gelak:
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2698
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Postby ICT on Wed Mar 03, 2004 4:56 pm

Setuju gak tu :gelak:
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby fikrul mustanir on Sat Mar 06, 2004 11:17 pm

akuumno wrote:Dzahirkan Islam... hmmm.... apa kata, seluruh negara Islam bersatu dan tubuhkan sebuah negara Islam. Kemudian adakan pilihanraya bercirikan Islam di bawah sistem Khilafah dan di bawah pemerintahan seorang Khalifah. Dengan penyatuan tersebut, maka kekuatan ketenteraan bertambah kuat, maka kita hantar seorang duta/wakil ke negara2 kafir seperti Amerika, Britain, German dan lain2, sekiranya negara ini tidak tunduk kepada negara Islam, kita akan serang atau nak berdamai sila bayar jizyah... Mudah, tak payah nak pening2 kepala, para ulama pun tak pening kepala nak berijtihad...

maka, bagaimana langkah pertama untuk kita bermula...? :gelak:


Assalamualaikum,

Terima kasih kpd sdr. akuxxno kerana sudi bertanya. Jawapan saya, langkah yang pertama yang perlu diambil adalah......jeng....jeng...jeng.....TINGGALKAN UMNO! :)

Itu bukan gurauan tapi itu saya maksudkan sungguh-sungguh. Kenapa bergitu? Kerana jika dilihat kepada institusi yang akan memberi pengaruh yang kepada bentuk kehidupan samada bersesuaian dengan kehendak Allah SWT ataupun tidak adalah 1) institusi masyarakat (kian jamaie) 2) institusi penerapan ( kian tanfiz), 3) institusi pemikiran ( kian fikri)

Institusi masyarakat terdiri dari manusia, pemikiran, perasaan yang berinteraksi berdasarkan peraturan yang bersesuaian dengan pemikiran dan perasaan yang paling dominan dikalangan mereka.

Institusi penerapan adalah negara yang akan menerapkan peraturan (yang bersesuaian dengan pemikiran dan perasaan yang paling dominan dikalangan anggota masyarakat) ke atas institusi masyarakat. Penerapan hukum yang bersesuaiandengan pemikiran dan perasaan yang paling dominan dikalangan anggota masyarakat adalah elemen yang akan menjamin kelestarian sesebuah negara. Jika peraturan yang diterapkan itu berlawanan dengan pemikiran dan perasaan yang ada pada institusi masyarakat maka kemungkinan besar sokongan yang diberikan kepada institusi negara akan ditarik oleh masyarakat ini akan membawa kepada runtuhnya institusi negara tersebut dan diganti oleh masyarakat dengan institusi negara yang baru, yang sudah tentunya institusi yang selari dengan pemikiran dan perasaan mereka.

Institusi pemikiran adalah yang berada diluar institusi negara dan masyarakat. Institusi ini berdiri diatas sebuah pemikiran dan dengan pemikiran inilah ianya akan bergerak didalam masyarakat untuk memindahkan pemikiran yang dibawa oleh mereka kepada anggota masyarakat. Sehingga pemikiran yang ada pada masyarakat sama dengan pemikiran mereka dan pemikiran inilah yang akan mempengaruhi perasaan dan sentimen yang ada pada masyarakat. Sehingga dari aspek pemikiran dan perasaan institusi masyarakat tidak dapat dibezakan dengan ada pada institusi tersebut. Sehingga pemikiran tersebut dan perasaan yang lahir darinya itu memberi tekanan kepada institusi penerapan (negara) supaya tunduk kepadanya.

Oleh itu untuk merubah bentuk negara dari non-Islam kepada Islam, maka diperlukan sebuah institusi pemikiran yang memiliki pemikiran Islam yang jernih dan mendarah-daging dalam tubuh institusi tersebut.

Sekian sebagai pembukaan........saya akan sambung semula selepas "pilihan-raya", sekembali dari mengerjakan ibadah umrah, insya'Allah. Saya ambil kesempatan untuk memohon maaf kepada kawan-kawan jika ada salah dan silap sepanjang kita berkomunikasi dan semoga Allah SWT memudahkan perjalanan saya dan menerima ibadah saya.

Wasalam.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2441
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby ICT on Mon Mar 08, 2004 7:57 am

Wahhhh berdasarkan kenyataan ini:

Terima kasih kpd sdr. akuxxno kerana sudi bertanya. Jawapan saya, langkah yang pertama yang perlu diambil adalah......jeng....jeng...jeng.....TINGGALKAN UMNO!

Saudara kita menyalahkan UMNO :gelak:
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby akuumno on Fri Mar 12, 2004 5:15 pm

Penerapan UMNO dalam melaksanakan tanggung jaawab pd agama dan rakyat bukan dengan air liur dan juga kata-kata mau teori saja, terbuti dah dilaksanakan. :D
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2698
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Postby ICT on Tue Mar 16, 2004 8:04 am

UMNO kan tengah berusaha tuhhh :gelak:
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby danial on Thu Mar 18, 2004 11:55 am

baguslah tu...bagi masa utk UMNO buat islam...
tlg tutup masjid,halang tazkirah kat masjid,buat konsert sana sini..
tunggu UMNO buat islam? cam nak tunggu kucing bertanduk...
danial
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 208
Joined: Fri Sep 12, 2003 10:09 pm

Postby ICT on Thu Mar 18, 2004 1:19 pm

Kalau tak jaga masjid tu ramai ahli parti lain gunakan masjid untuk masukkan unsur gibah dan dusta dalam ceramah bertopengkan agama :R
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby Al Khayeir on Thu Mar 18, 2004 6:10 pm

Salam sejahtera...

Sekadar menyampuk...

Untuk membincangkan tentang 'Kutlah' @ parti dan gerakan hendaklah kita dasari dahlulu kepada inti dan isi yg menjadi tulang belakang atau objektif dan matlamat sesuatu parti... Setelah di kupas maka dari situlah baru kita memutuskan bahawa sesuatu gerakan itu adalah gerakan @ parti yg bersandarkan Islam atau tidak... Kerana untuk mengembalikan Institusi Islam @ khilafah mestilah bermula dari suatu parti yg berteraskan Islam, tidak boleh tidak...

Nasihat yg pertama dari Saudara Fikru adalah meniggalkn UMNO... ini adalah kerana berdasarkan matlamat utama penubuhan UMNO adalah untuk menjaga dan memperjuangkan kepentingan dan hak org2 Melayu...
Ini ternyata sekali salah... Kerana perjuangan untuk membangkitkan umat yg berteraskan perkauman (asobiyah) adalah dilarang sama sekali dalam Islam... seperti maksud hadis "katakan kpd mereka yg ini (asobiyah), perbuatan mereka seperti meggigit kemaluan bapa mereka sendiri" dan "barangsiapa yg memperjuangkan Islam kerna Asobiyah maka ia tertolak"... Perjuangan demi bangsa ini sebenarnya tak kan selesai kerna kita org2 melayu dok kata kita lebih baik dari cina, dari india dari indon dari bangla... walhal indon dan bangla itu juga org2 Islam... dan Indon & bangla juga adalah umat terbaik dari kalangan manusia... Org cina pulak kata dia lebih baik dari org Melayu, sama jugalah dgn India... perjuangan semacam ini tidak akan memberikan penyelesaian... dan ketahuilah bahawa keruntuhan Daulah Islamiah adlah kerana umat ditiupkan dengan semangat Nasionalisme oleh british... Dan sekarang ini UMNO lah yg meneruskan perjuangan yg ditinggalkan oleh British tersebut....

Sekian... :D
“You are the best of Peoples, brought forth from mankind...”
Al Khayeir
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 103
Joined: Tue Sep 02, 2003 7:10 pm

Postby IBIPRO on Fri Mar 19, 2004 8:22 am

Assobiyah perlu dilihat dalam dua-dua parti UMNO dan PAS dan bukan menjuruskan kepada satu parti sahaja kerana ini akan mewujudkan kepincangan dalam menghuraikan kenyataan yang benar.

Kalau kita katakan UMNO bersifat ke melayu maka akan ada orang mengatakan bahawa PAS bersifat ke negerian. Kedua-dua kemelut ini bukankah bersifat assobiyah?
IBIPRO
IBIPRO
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1613
Joined: Fri May 10, 2002 8:00 am

Postby mujaheid on Tue Mar 23, 2004 8:55 am

Parti politik (hizbu siyasi) perlu dilihat dalam skala yang lebih besar, untuk kebaikan manusia seluruh alam. Bukan hanya menjurus kepada dua-dua parti UMNO dan PAS dan bukan menjuruskan kepada satu peratus umat Islam shj (yakni 13 juta di M'sia), kerana ini akan mewujudkan kepincangan dalam menghuraikan kenyataan yang benar mengenai Islam.

Kalau kita katakan UMNO bersifat ke melayu maka akan ada orang mengatakan bahawa PAS bersifat ke negerian. Sdra pula berbicara tentang umat Islam yang berada dalam sempadan M'sia ciptaan manusia. Ketiga-tiga kemelut ini bukankah bersifat assobiyah?

----------------------------------------------
Sebuah warkah daripada seorang sahabat....


Wahai Kaum Muslim ! Sebagai sebahagian daripada propaganda untuk membuat umat Islam ini berpecah belah dan tak terdaya, orang-orang kafir telah membuat persempadan-persempadanan palsu di antara saudara seaqidah dan menciptakan identity-identiti semu di kalangan kaum Muslim. Sepatutnya kita diwajibkan untuk menyatukan diri sebagai satu umat di bawah satu bendera, tetapi hakikatnya kini kita dibahagi-bahagikan kepada Negara-negara, bangsa-bangsa, suku-suku dan kelompok-kelompok.

Sehinggakan kita menjadi terbiasa memanggil diri kita sebagai orang Malaysia, orang Bangladesh, orang Arab, orang Pakistan, orang Jordan atau orang Afrika. Dengan demikian, mereka telah men’campak’kan kita ke dalam perjuangan-perjuangan murahan dengan tujuan-tujuan yang terbatas, sehingga menjauhkan diri kita dari permasalahan yang mendasar, yang akan menentukan hidup dan matinya Islam. Padahal Rasulullah saw bersabda :-
“Perumpamaan kaum mukmin adalah bagaikan satu tubuh. Jika satu anggota menderita, maka menjalarlah penderitaan itu ke seluruh anggota lainnya, hingga tidak dapat tidur dan demam (pula). (HR Bukhari dan Muslim)

Bukankah telah sampai waktunya bagi kita untuk menyingkirkan batas-batas di antara kita kaum Muslim? Bukankah kita wajib mulai berjuang bersama-sama untuk meraih tujuan yang mulia ini? Saya menyampaikan kepada anda semua bahawa Khilafah akan kembali sesuai dengan janji Allah swt kepada kita semua. Putera dan puteri umat ini telah banyak berkorban untuk mengembalikannya. Saya berani mengatakan bahawa kembalinya Khilafah merupakan suatu kepastian. Ketika saat itu tiba, maka kaum Mukminin akan menyaksikan hari-hari yang penuh kebahagian dan kesejahteraan. Mereka akan memuliakan Islam dan mencemoh kekufuran. Sehingga kalimah Allah swt akan mendapatkan kedudukan yang tinggi, sedangkan orang-orang kafir akan dihinakan.

Rasulullah saw bersabda :-
“Perkara ini (sangat jelas) seperti malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan satu rumah yang terbuat dari batu (perkotaan) atau kulit binatang (perkampungan), kecuali Allah akan menjadikan Islam masuk ke dalam rumah-rumah tersebut dengan (cara) yang mulia atau hina. Kemuliaan yang dijadikan Islam untuk mengukuhkan Islam, dan kehinaan yang akan merendahkan kekufuran. (HR Ibnu Hibban, disahihkan oleh al-Miqdad bin al-Aswad)


-----------------------------------------------

Wallahua'alam... 8)
Either you are a slave to what made man
Or
You are a slave to what man made
mujaheid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 221
Joined: Thu May 29, 2003 10:55 am

Postby ICT on Tue Mar 23, 2004 10:00 am

Perkara inilah yang tidak digunaka pakai oleh ummat Islam Malaysia :

Perumpamaan kaum mukmin adalah bagaikan satu tubuh. Jika satu anggota menderita, maka menjalarlah penderitaan itu ke seluruh anggota lainnya, hingga tidak dapat tidur dan demam (pula). (HR Bukhari dan Muslim)


Hingga ujud sikap sakit menyakiti hati manusia lain atas perbezaan pendirian berkiblatkan kepartian.
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby mujaheid on Sun Mar 28, 2004 11:46 am

Umat Islam kini lebih gemar 'thinking inside the box', dlm krangka yg dipaksakan oleh penjajah kuffar ke atas mrk.

Penjajah British memaksakan demokrasi ke atas umat di M'sia dgn harapan umat Islam akan hanya sibuk di dlm sempadan neg yg digazetkan dlm Perjanjian Inggeris-Belanda pd awal tahun 1910-an.

Lihat shj manifesto kedua2 belah parti. Tidak ada satu pun yg mengesyorkan penyelesaian utk mengatasi pergolakan yg berlaku ke atas umat Islam di sempadan Thailand, dgn alasan 'ITU HAL MEREKA'(?). Tambah menyedihkan apabila penguasa2 'muslim' di M'sia hanya mampu seqadar m'cadangkan umat di M'sia tidak mengunjungi lokasi2 di smpadan yg tengah berkocak.

Hingga ujud sikap sakit menyakiti hati manusia lain atas perbezaan pendirian berkiblatkan kepartian.


Ini tidak menghairankan krn British adalah antara peneraju utama dlm konspirasi menjatuhkan sistem Kekhilafahan Islam pd 1924 & mrk jugalah 'mastermind' perancangan demi perancangan utk memastikan sistem Kekhilafahan Islam tidak akan ditegakkan kembali.

Mrk yaqin benar bhw akan wujud di kalangan umat di M'sia yg ingin menegakkan kembali sistem Islam di atas muka bumi ini. Oleh itu, mrk menyediakan suatu 'metod' (yg x akan menang) utk gol. spt ini; iaitu melalui sistem demokrasi.

Niat gol sbgini x dpt dinafikan keikhlasannya. Namun, mrk terikut2 dgn 'permainan' pihak lawan sehingga sanggup melakukan apa saja (dlm krangka demokrasi) utk menggapai cita2 murni mrk, tmasuk menyebarkan kebencian demi meraih majoriti.

Wassalam... 8)
Either you are a slave to what made man
Or
You are a slave to what man made
mujaheid
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 221
Joined: Thu May 29, 2003 10:55 am

Postby ICT on Thu Apr 01, 2004 4:00 pm

Orang lain lagi yg salah.

Mcm la orang Islam tu semua PERFECT.
ICT
ICT
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2916
Joined: Fri May 24, 2002 8:00 am

Postby alhaq_seeker on Thu Apr 15, 2004 6:50 pm

“Kuntum khaira ummatin ukh-rijat lin-naasi ta’ muroona bil ma’roof, watan hauna ‘anil munkari watu’ minoona billaah”.

“You are the best of peoples evolved for mankind, You enjoin what is right and you forbid what is wrong, and you believe in Allah…” (Surah Al ‘Imran: 110)

Tiada manusia yang paling perfect yang pernah di'keluar'kan Allah swt kepada umat manusia melainkan umat Nabi Muhammad saw, selagimana mereka berpegang teguh kepada Kitabullah & Sunnah Rasul-Nya dalam setiap dimensi kehidupan mereka.

Namun begitu, umat Islam akhir zaman yang tetap 'degil' untuk menggigit Kitabullah & Sunnah Nabi-Nya dgn gigi geraham mrk, dipandang ortodoks, kolot dan gila krn sanggup menggenggam bara api walaupun tahu risikonya kadangkala - dgn izin Allah - boleh mendatangkan maut kepada diri mereka.

Beristighfarlah, wahai akhi ICT klw2 kamu terlupa dgn firman Allah di atas.
Mengembalikan Kehidupan Islam Impian kita.... Sayyidus Syuhada' Cita-cita Kita.
alhaq_seeker
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 19
Joined: Mon Dec 01, 2003 6:40 pm

Next

Return to Bicara Siasah & Haraki

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest