APA ITU JIHAD?

Untuk apa-apa bicara berkaitan ilmu dan amal gerakan Islam.

APA ITU JIHAD?

Postby ABU SIRR on Sat Apr 24, 2004 11:23 am

JIHAD DENGAN LISAN
Jundullah Jihad Fi Sabilillah
Sa’id Hawwa



Pertama

Kandungan pertama sekali dalam bab jihad dengan lisan ialah menyampaikan Islam dengan hujjah kepada orang-orang kafir, munafiq dan fasiq.

Rasulullah Sallllahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat.”

Allah berfirman: Yang bermaksud:

"Dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Qur'an dengan jihad yang besar.” (Surah Al-Furqan: Ayat 52)

Kedua-dua nas ini menunjukkan kepada jihad ke atas orang-orang musyrikin dengan lisan. Juga menunjukkan jihad ke atas orang-orang yang menyeleweng yang perbuatan mereka mencanggahi apa yang dikata oleh mulut mereka; perbuatan mereka mencanggahi perintah Allah 'azzawajalla.

Proses menyampaikan Islam dan menegakkan hujjahnya adalah merupakan langkah pertahanan Islam yang terbesar, kerana kemuncak Islam ialah jihad sedang jihad dengan lisan itu adalah merupakan jihad terbesar di mana maksud atau tujuan jihad dengan tangan tidak akan tercapai kecuali dengan jihad lisan ini. Lagi pun jihad lisan ini tidak boleh dilakukan kecuali oleh seseorang yang tidak takut ancaman manusia ke atas diri, harta dan nama baiknya serta membebaskan diri daripada tekanan masyarakat, pendapat umum dan kerajaan.

Selain daripada itu jihad secara lisan ini menjadi tugas Para Rasul dan menjadi kewajipan asas mereka.

Yang bermaksud:

"(laitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada me-rasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan. “(Surah Al-Ahzab: Ayat 39)

Yang bermaksud:

"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepada-mu, dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu bererti) kamu tidak menyampaikan amanatnya." (Surah Al-Ma'idah: Ayat 67)

Orang-orang Islam dipertanggungjawabkan untuk melakukan jihad dengan lisan ini di semua peringkat. Ini bertujuan supaya da'wah Allah dapat diketahui oleh seluruh manusia di dunia ini sehingga orang-orang kafir baik di negara Islam mahu pun di negara kafir tidak lagi boleh berhujjah bahawa mereka tidak mendengar da'wah.

Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji daripada orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu) hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu (mereka) me-lemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukamya dengan harga yang sedikit, amat-lah buruknya tukaran yang mereka terima. " (Surah Ali 'Imran: Ayat 187)

Penyampaian da'wah ini mesti kita lakukan dengan cara yang paling baik atau paling sempurna. Dan cara yang paling sempurna ini tidak mungkin dicapai kecuali dengan penjelasan yang disokong oleh hujjah yang nyata. Kita disuruh oleh Allah supaya menyampaikan da'wah dengan sejelas-jelasnya.

Allah berfirman: Yang bermaksud:

"Maka tidak ada kewajipan atas para rasul, selain daripada menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (Surah Al-Nahl: Ayat 35)

Yang bermaksud:

“Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa se-sungguhnya kewajipan Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (Surah Al-Ma'idah: Ayat 92)

Yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada mereka perkataan yang ber-bekas pada jiwa mereka.” (Surah Al-Nisa': Ayat 63)

Penyampaian yang berkesan ialah penyampaian yang di-sertakan dengan hujjah yang terang lagi dapat rneyakinkan. Dan ini tidak mungkin dilakukan kecuali oleh orang-orang yang mempunyai keilmuan Islam yang tinggi, kerana Allah ('azzawajalla) mengatakan:

Yang bermaksud:

"Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas.” (Surah Yassin: Ayat 17)

Orang-orang yang berakal akan dapat melihat bahawa agama Islam memiliki penjelasan yang meyakinkan. Di samping keilmuan perlu juga seseorang itu mempunyai hikmah, akhlaq mulia dan kepintaran lidah. Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdebat dengan ahlul kitab, me-lainkan dengan cara yang paling baik." (Surah Al-Ankabut: Ayat 46) dan Firman-Nya lagi: Yang bermaksud:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik.” (Surah Al-Nahl: Ayat 125)

Adalah tidak diragukan lagi yang proses menyampaikan da'wah dengan cara yang paling jelas ini akan menyebabkan penda'wah-penda'wah itu ditentang oleh seisi dunia. Allah telah menyebutkan beberapa contoh ancaman musuh Allah terhadap Rasul-rasul-Nya semasa mereka melakukan proses da'wah:

Yang bermaksud:

"Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, kerana sesungguhnya aku khuatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerosakan di muka bumi.” (Surah Al-Mu'min: Ayat 26)

Yang bermaksud:

"Bunuhlah anak-anak orang-orang yang beriman ber-sama dengan dia dan biarkanlah hidup wanita-wanita mereka.” Dan tipu daya orang-orang kafir itu tak lain hanyalah sia-sia belaka." (Surah Al-Mu'min/Ghafir: Ayat 25)

Yang bermaksud:

"Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.” (Surah Al-A'raf: Ayat 82)

Yang bermaksud:

"Pemuka-pemuka yang kafir daripada kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-A'raf: Ayat 66)

Yang bermaksud:

"Mereka mengatakan: ''Dia (Nuh) seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman.” (Surah Al-Qamar: Ayat 9)

Yang bermaksud:

"Ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu kala.” (Surah Al-Mu'minun: Ayat 83)

Yang bermaksud:

"Orang-orang kafir berkata kepada Rasul-rasul mereka: Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kamu atau kamu kembali kepada agama kami." (Surah Ibrahim: Ayat 13)

Yang bermaksud:

"Mereka berkata: Hai Syu'aib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan se-sungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; kalau tidaklah kerana keluargamu tentulah kami telah merejam kamu, sedang kamu pun bukanlah seorang yang berwibawa disisi kami." (Surah Hud: Ayat 91)

Demikianlah amaran dan ancaman, cacian dan cercaan serta tuduhan-tuduhan palsu ke atas da'wah dan penda'wah.
Tetapi rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah tetap sabar dan tetap menang.

Yang bermaksud:

"Dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakkal itu, berserah din. “(Surah Ibrahim: Ayat 12)

Yang bermaksud:

"Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. “(Surah Al-A'raf: Ayat 128)

Kedua

Termasuk di dalam jihad lisan ialah memberi nasihat dan memberi peringatan. Kedudukan ini sesuai bagi orang-orang mu'min. Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya-nya peringatan itu bermanfa'at bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Dhariyat: Ayat 55)

Yang bermaksud:

"Maka beri peringatanlah dengan al-Qur'an orang yang takut kepada ancaman-Ku." (Surah Qaf: Ayat 45)

Dalam hal ini Al-Ghazali mengatakan iaitu tegahan dengan cara memberi nasihat dan menimbulkan perasaan takutkan Allah. Nasihat ini diberikan kepada seseorang yang hendak melakukan sesuatu perbuatan yang dia mengetahui bahawa perbuatan itu adalah mungkar, atau kepada seseorang yang sentiasa melakukan perbuatan itu sesudah dia mengetahui yang perbuatan itu adalah munkar.

Contohnya seperti seorang yang selalu minum arak, atau melakukan kezaliman, atau merampas harta orang-orang Islam atau seumpamanya, seperti memberi wala' (kepatuhan) kepada orang-orang yang zalim atau orang kafir atau orang munafiq atau berkawan dengan orang-orang fasiq, atau melaksanakan kehendak orang itu semua, atau mematuhi perintah mereka dalam membuat maksiat (mencanggahi perintah Allah).

Jadi hendaklah diberi nasihat supaya mereka jangan melakukan perbuatan-perbuatan itu, ditimbulkan perasaan supaya mereka takut kepada Allah, dinyatakan berita-berita mengenai ancaman siksa, diceritakan apa yang dilakukan oleh orang-orang dahulu serta diceritakan 'ibadat orang-orang yang bertaqwa.

Nasihat ini hendaklah diberikan kepada mereka dengan cara yang lembut dan kasihan, jangan sekali-kali keras dan marah, malah mestilah memandangnya dengan pandangan kasihan, melihat perlakuan maksiat dan mungkar itu sebagai satu kecelakaan yang menimpa dirinya sendiri atas perkiraan yang orang-orang Islam adalah merupakan satu tubuh.

Satu kecacatan di mana seseorang yang 'alim merasa megah dengan 'ilmunya dan merasa orang lain bodoh. Perkara seperti ini mesti dielak semasa memberi penjelasan (al-ta'rif). Jadi dalam memberi penjelasan atau nasihat boleh jadi dia berniat atau bermaksud hendak memberi kehinaan kepada orang berkenaan dan sebaliknya melahirkan keistimewaan dirinya kerana memiliki ilmu.

Kalau inilah dorongannya maka perbuatan itu sendiri adalah lebih keji daripada mungkar yang cuba diselesaikannya. Sebab sifat-sifat besar diri, bangga, riya' megah dan menimbulkan diri sendiri adalah merupakan dosa-dosa besar (kaba'ir). Kita mohon lindung dari Allah daripada mempunyai sifat-sifat akhlaq yang buruk ini).

Ketiga

Termasuk di dalam jihad lisan ialah mencerca dan menolak dengan kata-kata yang kasar lagi keras sesudah gagal proses cegahan secara lembut dan sesudah jelas keras kepala serta mempermain-mainkan nasihat. Contohnya seperti kata-kata Nabi Ibrahim 'alaihissalam:

Yang bermaksud:

"Ah, (celakalah) kamu beserta apa yang kamu sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?".

Cercaan itu bukanlah pula bermaksud cercaan atau tuduhan liar seperti mengatakan anak zina, pelacur dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Cercaan itu juga tidak sampai kepada dusta. la boleh dibuat dalam lengkongan yang tidak di-kira sebagai cercaan liar seperti memanggil wahai orang fasiq, wahai orang bodoh, wahai orang jahil tidakkah kamu takut kepada Allah?

Juga boleh dikata: Wahai orang dungu dan se-umpamanya. Setiap orang fasiq adalah bodoh dan jahil. Kalau dia tidak boleh dipanggil bodoh sudah tentu dia tidak akan mengingkari perintah Allah. Malah setiap orang yang tidak bijak adalah bodoh. Orang yang bijak (al-Kaiyis) ialah orang yang diakui bijak (al-kiyasah) oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam di mana baginda bersabda:

Yang bermaksud:

"Orang yang bijak ialah merendah dirinya dan melaku-kan 'amalan untuk bekalan sesudah mati, sedang orang bodoh ialah orang yang membiarkan dirinya mengikut nafsunya dan kemudian berangan-angan memperolehi sesuatu dari Allah." Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Majah, al-Hakim dan at-Tirmizi.

(Dia mengatakan hadith ini adalah hadith Hasan yang diriwayatkan daripada Shidad bin 'Aus sebagai marfu').

Jadi ada dua adab dalam jihad lisan mengenai bentuk cercaan-an ini:

Pertama:

Tidak boleh digunakan cercaan kecuali apabila perlu dan sesudah gagalnya cara berlembut.

Kedua:

Tidak boleh dituturkan (cercaan itu) kecuali yang sebenar. Tidak boleh merepek dan dipanjang lidah sehingga menyebut perkara-perkara yang tidak perlu. Jadi yang perlu sahaja yang boleh disebut.

Kalau diyakini bahawa kata-kata cerca untuk menghalang ini tidak akan memberikan kesan apa-apa ke arah menghalang perbuatan mungkarya maka kata-kata cerca itu janganlah dikeluarkan tetapi memadailah dengan melahirkan kemarahan, memandang jijik dan menolak dengan cara meninggalkannya kerana maksiat yang dilakukannya.

Jika dia mengetahui sekira-nya dia mengeluarkan cakap dia akan dipukul, atau jika dia mengerutkan muka menunjukkan bencinya terhadap perbuatan maksiat itu dia tidak akan dipukul maka dia hendaklah melahirkan benci dengan mukanya itu; tidak memadai dia mengingkari dengan hati; tetapi mestilah mengerutkan muka membenci-nya."

— Sekian petikan kata-kata Imam Ghazali.

Jadi silsilah jihad lisan mengambil bentuk berikut:

Peringkat Pertama:

Menyampai, memberi penjelasan dan menegakkan hujjah serta menjelaskan hakikat.

Peringkat Kedua:

Memberi nasihat, peringatan dan mengingatkan supaya takut kepada Allah yang kesemuanya dibuat secara lembut dan dengan perasaan kasihan.

Peringkat Ketiga:

Sekiranya (pelaku mungkar) itu seorang Muslim maka kita menolaknya secara keras, dan sekiranya dia bukan seorang Islam seperti seorang kafir dhimmi umpamanya maka hendaklah kita ikuti atau kekalkan batasan hujjah yang perlu kita lakukan sepertimana yang dijelaskan oleh Allah:

Yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik.” (Surah Al-Ankabut: Ayat 46)

Peringkat ketiga ini jelas menampakkan peringkat pengasingan di mana orang-orang Islam tidak boleh bercampur dengan mereka (yakni pelaku-pelaku maksiat).

Kata Ibn Mas'ud (radiyallahu 'anhu):

"Jihadlah ke atas orang-orang munafiq dengan tangan kamu; sekiranya kamu tidak berupaya kecuali hanya dengan menarik atau mengerutkan muka hendaklah kamu lakukan."

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

"Apabila Bani Israiljatuh ke dalam maksiat, 'ulama'-'ulama' mereka telah melarang mereka tetapi mereka tidak juga berhenti. 'Ulama'-'ulama' itu terus duduk bersama mereka, makan bersama mereka dan minum bersama mereka, (dengan perbuatan mereka seperti itu) maka Allah mencampurkan (menyamakan) hati-hati mereka dan melaknatkan mereka atas lidah Nabi Dawud ...... sehingga akhir ayat —

Rasulullah pada mulanya mengiring, bangun duduk dan menambah kata:

Demi Tuhan yang diri aku berada di tangannya: sehingga kamu membengkokkan mereka dengan betul-betul bengkok (memalingkan mereka) kepada kebenaran. "

Dalam proses jihad lisan kita suka menyebutkan beberapa perkara yang mesti diberi perhatian:

Perhatian Pertama:

Ketika kita melakukan proses penyampaian (tabligh) kita hendaklah mengikut prioriti. Kita dahulukan 'aqidah daripada 'ibadah, dahulukan ibadah daripada manhaj (cara) hidup, dahulukan kulliyat (dasar umum) daripada juziyyat (cabang) dan dahulukan yang dekat daripada yang

Dikeluarkan oleh kitab-kitab hadith yang "enam" (Sunan Sittah) kecuali Malik, bahawa Ibn 'Abbas meriwayatkan bahawa semasa Rasulullah mengutuskan Mu’az ke negeri baginda berkata kepada Mu'az:

bermaksud:

"Kamu akan mendatangi suatu kaum yang terdiri daripada Ahlul Kitab, maka tugas seruan kamu yang pertama sekali iaitu menyeru mereka supaya ber'ibadat kepada Allah, sekiranya mereka telah mengetahui, maka beritahu pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka fardu sembahyang sehari semalam lima kali. Sekiranya mereka melakukan maka beritahukan pula kepada mereka yang Allah mewajibkan zakat ke atas mereka yang diambil daripada harta orang kaya dan dikembalikan kepada orang-orang miskin dikalangan mereka.

Sekiranya mereka mentaati perintah itu maka ambillah daripada mereka tetapi jaga-jaga (jauhkan) daripada mengambil harta-harta mereka yang termulia. Takutah do'a orang yang kena aniaya (kena zalim) kerana tidak ada dinding di antara orang yang kena zalim dengan Allah."

Kata Ibn 'Abbas:

"Apa-apa cakapan kamu dengan sesuatu kaum yamng tidak disampai oleh akal mereka (tidak difahami) pasti akan membawa fitnah di kalangan mereka." Dikeluarkan oleh Muslim.

Perhatian Kedua:


Sudan menjadi tradisi musuh-musuh Allah berusaha merosakkan nama baik penda'wah-penda'wah. Mereka lakukan ini kerana mereka mengetahui bahawa serangan ke atas Islam secara terus (direct) tidak boleh dilakukan sebab orang-orang Islam akan menentang dengan hebatnya. Jadi mereka merancang memburukkan nama penda'wah-penda'wah.

Apabila ahli-ahli da'wah ini sudah rosak maka dengan sendirinya Islam menjadi rosak. Dengan sebab itu seseorang penda'wah mestilah membersihkan dirinya dan mestilah berhati-hati dan teliti. Memang pun perkara ini mesti dilakukan oleh penda'wah sebab dia melaksanakan tugas da'wah ini atas dasar ikhlas kepada Allah, tidak ada tujuan atau matlamat lain selain daripada menegakkan perintah Allah dan mengasihi makhluk Allah daripada ditipu oleh syaitan sehingga mereka tersalah daripada jalan Allah ('azzawajalla).

Kalau ada cubaan atau usaha yang dilakukan oleh musuh untuk mengalih atau menghentikan tugas da'wahnya dengan membuka medan pertikaian di antaranya dengan musuh-musuh itu yang disadurkan dalam bentuk seolah-olah pertikaian peribadi, pertikaian untuk mendapatkan kuasa atau sesuatu matlamat maka penda’wah itu mestilah berusaha menggagalkan rancangan mereka.

Teruskan ketetapan bahawa masalah sebenar ialah masalah da'wah kepada Allah dan da'wah kepada Islam, tanpa melihat kepada subjek lain. Sebab, seperti yang pernah kita katakan, musuh-musuh Islam menentang Islam dengan cara menentang ahli-ahlinya. Mereka bermuka-muka dengan melahirkan sikap seolah-olah mereka tidak menentang Islam dan mereka berusaha meyakinkan orang ramai yang mereka sungguh-sungguh jujur tidak menentang Islam. Jadi penda'wah mesti menjelaskan kepada orang ramai dan yakinkan mereka bahawa musuh-musuh itu sebenamya tidak menentang dirinya (penda'wah) kecuali kerana kelslamannya. Dia hendaklah menolak segala hujjah atau tuduhan-tuduhan musuh yang dilemparkan ke atasnya di samping membuktikan yang dia tidak mempunyai tujuan lain selain daripada melaksanakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah 'Az-zawajalla ke atasnya. Sikap dan perbuatan seseorang Muslim sebenamya demikian.

Perhatian Ketiga:

Proses jihad lisan memerlukan kajian tentang tempat yang hendak dilakukan, perlu mengetahui pusat-pusat kesesatan dan bilangan penyelewengan serta perlu juga mengetahui cara bekerja. Sebab setiap tempat punya penyelewengan-penyelewengan khusus, kesesatan-kesesatan khusus, kekufuran-kekufuran khusus dan kejauhannya yang tersendiri daripada Islam. Untuk mengatasi perkara ini semua perlukan pendekatan khusus yang bersesuaian dengan persoalannya.

Umpamanya perlu diketahui adakah negeri itu negeri Shi'ah atau negeri sunni?

Apakah di negara itu ada pengaruh komunis, existentialis dan freemason?
Apakah rakyat di negara itu jahil dengan Islam sehingga berlaku penyelewengan pemikiran dan akhlaq.

Di negara-negara seperti ini, maka segala jenis buku yang patut disebar, jenis ucapan, tempat perbincangan dan cara kunjungan adalah berbeza sekali dengan cara pendekatan di sebuah negara Kristian yang mendukung sistem kapitalis, mengiktiraf kebebasan yang menyeluruh dan mengamalkan pemerintahan demokrasi yang mutlak.

Jadi perlu dipelajari jenis-jenis penyelewengan.
Perlu diketahui siapakah dia orang-orang yang menyeleweng itu.
Perlu dibuat program yang menyeluruh lagi sesuai dengan masalah-masalah itu.

Dan perlu ada kerja yang berterusan untuk mencapai matlamat: menyampaikan Islam secara sempurna kepada semua orang.

Oleh itu kita perlu tahu apakah kekurangan-kekurangan yang ada pada orang-orang Islam di negara berkenaan. Kita juga perlu tahu apakah cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan seluruh orang-orang Islam supaya bergabung tenaga melaksanakan proses jihad lisan.

Mungkin langkah pertama yang perlu dilakukan dalam setiap jihad lisan ialah bersegera memperbaiki kecacatan-kecacatan yang ada pada orang-orang Islam, menyempurnakan segala kekurangan mereka dan menyatukan tenaga mereka.

Cara-cara Jihad Dengan Lisan

Ada banyak cara jihad lisan. Kadang-kadang semua cara itu boleh dilakukan tetapi kadang-kadang tidak boleh. Yang pen-ting apa juga cara jihad lisan yang boleh dilakukan jangan ditinggalkan. Berikut ini kita kemukakan beberapa cara jihad lisan ini untuk panduan:


(a) Menyebarkan Buku Islam

Secara praktisnya buku lebih memberi faedah kepada pembaca berbanding dengan percakapan. Biar berapa baik sekalipun pembentangan idea yang dibentangkan oleh seseorang pemidato, ia tidak akan dapat mencapai taraf pembentangan idea yang dicatatkan dalam buku yang ditulis oleh seseorang 'ulama' Islam yang ulung. Dengan sebab itulah penyebaran buku Islam menjadi satu cara terpenting dalam jihad lisan.

Buku-buku Islam mempunyai isi kandungan yang berbeza. Ada yang hanya memberi penjelasan kepada sebahagian juzu' Islam sahaja, ada yang menolak tuduhan-tuduhan musuh Islam, ada yang mempertahan Islam secara menyeluruh. Dari sudut pendekatan, ada yang tinggi, ada yang sederhana dan ada juga yang mudah.

Setiap orang perlu kepada jenis buku yang sesuai dengan kedudukannya, sesuai dengan bahasanya, sesuai dengan jenis kesesatannya atau sesuai dengan jenis penyelewengannya. Mungkin ada keadaan di mana pemikiran yang sesat telah tersebar dengan luasnya, maka dalam keadaan ini penolakan mesti-lah dilakukan dengan buku khusus. Walau bagaimanapun tugas-tugas yang kita lakukan itu hendaklah dilakukan dengan cermat dan bijaksana. Kita kemukakan buku yang sesuai untuk seseorang. Kita boleh kemukakan buku-buku yang sesuai itu dengan cara jual, hadiah, derma atau pinjam. Bagi setengah-setengah buku yang perlu dicetak untuk diberi percuma perlu kita mencari orang yang membiayainya, yakinkan dia yang 'amalan itu adalah termasuk di dalam jihad.

Kalau kita berjaya mengadakan sebuah maktabah Islam (kutub-khanah Islam) yang sempurna di setiap rumah maka itu merupakan suatu kejayaan yang tidak ada tandingannya. Khusus-nya dalam suasana di mana masyarakat manusia berjalan ke arah menghapuskan buta huruf di kalangan manusia. Dengan cara ini Insya' Allah semua orang akan boleh baca. Tetapi kalau kita dapat menyampaikan buku Islam dan bahan-bahan bacaan Islam yang lain kepada orang ramai kita akan memperolehi keuntungan tetapi jika kita tidak berbuat demikian kita akan rugi. Dalam buku saya "Jundullah Thaqafatan” iaitu buku asas dalam keilmuan Islam, ada saya kemukakan buku-buku utama Islam dalam setiap bidang, di samping buku-buku yang sesuai untuk maktabah Islam.

(b) Majalah, Suratkhabar dan Pamplet


Tidak diragukan yang majalah dan suratkhabar boleh memainkan peranan besar dalam pelaksanaan jihad jika dirancangkan untuk itu. Sebab majalah dan akhbar ini dapat menolak secara terus sesuatu kesesatan dengan berbagai cara. la mengekalkan hubungan dengan peristiwa berkenaan sama ada tiap-tiap minggu ataupun tiap-tiap hari. Dengan cara ini dia dapat menjelaskan kesesatan berkenaan itu sejak dari awal, dapat menjelaskan golongan-golongan yang menyeleweng secara terus dan dapat terus turun berhadapan dengan golongan-golongan yang menyeleweng itu. Harus diingat bahawa akhbar dan majalah hendaklah bermutu (standard) tinggi dan mesti bersungguh-sungguh untuk menyampaikannya kepada semua orang.

Sepatutnya setiap negeri hendaklah mempunyai majalah atau akhbarnya tersendiri sebab setiap negeri itu punya
kedudukannya yang khas.

Sekiranya kemudahan untuk menerbitkan suratkhabar dan majalah tidak ada hendaklah dikeluarkan tulisan- tulisan yang tidak berbentuk berkala secara mingguan atau bulanan (periodical). Jika ini pun tidak ada kemudahan hendaklah dikeluarkan risalah-risalah kecil dan pamplet-pamplet yang menjelaskan kefahaman-an-kefahaman Islam dan menolak kesesatan. Jika ini pun tidak ada kemudahan hendaklah dikeluarkan beberapa risalah kecil dalam semua tajuk. Jika ini pun tidak ada kemudahan hendaklah dibuat majalah gantung. Sebaliknya jika semua perkara ini ada, maka itulah yang sebaik-baiknya.

(c) Syarahan dan Pengajian Umum Di Masjid atau Di Rumah


Kedua-dua ini adalah merupakan cara yang samgat penting. Pensyarah-pensyarah yang berkemampuan boleh membuat bimbingan yang baik. Dengan sebab itulah latihan serta pendidikan untuk melahirkan pensyarah-pensyarah itu penting dan menjadi satu perkara asas. Seseorang pensyarah (khatib) yang berjaya boleh memberangsangkan perasaan orang ramai dan membawanya ke arah yang dikehendakinya.

Khutbah Juma'at telah dijadikan wajib oleh Allah, mana-kala khutbah dua hari raya dijadikan sunat. Ini adalah perkara penting jika digunakan sebagai cara jihad lisan. Malah mesti digunakan sebab khutbah itu wujud memang untuk jihad lisan ini.

Bidang syarahan dan ceramah adalah merupakan bidang yang luas. Masjid sentiasa terbuka, hari orang ramai sentiasa bersedia dan banyak pusat-pusat (pertubuhan) yang bersedia menerima penceramah termasuk kelab-kelab dan sekolah-sekolah. Kita mesti mengambil peluang ini dengan sebanyak-banyaknya. Janganlah kita lupa bahawa ajakan untuk menghadiri ceramah dan syarahan punya kesan yang besar.

Memanglah tidak mungkin yang setiap orang Islam boleh menjadi pensyarah atau penceramah. Sungguh pun saya tidak menjadi penceramah tetapi saya boleh mengajak orang untuk mendengar ceramah. Jadi atas dasar ini hendaklah sentiasa ada kerjasama yang erat di antara penceramah dan saudara-saudara Islamnya. Tetapi jangan sekali-kali penceramah tertipu dengan merasa megah dan merasa dirinya hebat. Sebab sikap ini menjatuhkan dia daripada majlis orang-orang muqarrabin 'hampir diri' kepada Allah, menjatuhkan dia daripada hati orang-orang mu'min dan lebih daripada itu cakapannya tidak memberi faedah.

Pengajian umum di masjid dan di rumah sama ada berbentuk siri atau tidak adalah merupakan alat da'wah yang terbaik dan dapat membersihkan fikiran-fikiran yang sesat.

(d) Dakwah Secara Individu, Ziarah, Kunjungan dan Majlis 'Ilmu.

Allah berfirman:

Yang bermaksud:

"Katakanlah: Sesungguhnya aku hendak memperimgatkan kepadamu suatu hal sahaja iaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan tentang Muhammad tidak ada penyakit gila sedikit pun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu." (Surah Saba'= Ayat 46)

Menerangkan fikiran seseorang secara bersendirian adalah lebih memberi faedah kerana penerangan secara ini tidak terpengaruh dengan tekanan-tekanan lain.

Dengan sebab itu maka perhubungan yang terus kepada orang-orang berkenaan, membuat perbincangan dengan mereka, mengajak mereka kepada kebaikan, atau memberi hadiah buku kepada mereka, membuat kunjungan ke rumah atau ke tempat kerja adalah menjadi perkara yang sangat penting didalam tugas jihad lisan ini kerana perbuatan—perbuatan itu dapat menyampaikan kepada matlamat.

Mengadakan rehlah (berkelah) dalam kumpulan yang kecil dengan aturcara ceramah, da'wah dan perbincangan banyak memberi faedah dalam melahirkan orang-orang Islam yang baik. Jemputan ke majlis makan memberi peluamg yang sangat baik untuk disampaikan sesuatu fikiran. Ini pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam dan menjadi suatu sunnah.

Pertemuan-pertemuan yang diadakan di rumah atau di tempat-tempat lain yang membicarakan tentang Islam dan membersihkan akal manusia supaya menerima Islam yang dibuat secara terbuka dengan dipanggil individu-individu adalah merupakan cara yang baik.

Inilah dia contoh-contoh bagi cara-cara jihad lisan fisabilillah. Walau bagaimanapun cara-caranya tidaklah terhad kepada apa yang kita sebutkan. Menolak seruan-seruan sesat di mana-mana jua tempat dan keadaan adalah merupakan jihad.

Mencipta sya'ir Islam adalah jihad, menulis iklan tentang Islam adalah jihad, guru-guru yang mengajar di sekolah adalah jihad, pekerja dengan kawan-kawannya, doktor dengan pesakitnya semua mereka, termasuk juga pekerja-pekerja lain, adalah memberi sumbangan besar dalam jihad lisan. Sesiapa yang memikirkan terbuka baginya pintu-pintu (yakni akan memperolehi cara-caranya), setiap orang mengetahui kedudukan dirinya, dia mempunyai cara-cara tersendiri untuk menjelaskan tugasnya. Yang penting ialah kita perlu fikir, bekerja dan ikhlas kepada Allah 'Azzawajalla dalam melakukan ini semua.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby ABU SIRR on Sat Apr 24, 2004 11:34 am

JIHAD DI JALAN ALLAH
Syed Qutub
Maalim Fit Tariq


AI-Imam Ibnul Qayyim telah membuat huraian ringkas mengenai masalah jihad di dalam Islam melalui sebuah bukunya yang berjudul Zaadul-Maad dalam fasal yang bernama "Susunan Petunjuk Rasulullah mengenai Orang Kafir dan Munafiq Sejak Mula Nabi Dibangkitkan Sehingga Beliau Wafat."

Huraian itu adalah seperti ini:

"Wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah saw ialah wahyu yang menyuruhnya membaca dengan nama Tuhannya

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, “Al ‘Alaq: 1

Wahyu inilah yang menandakan permulaan kenabian beliau. Dalam peringkat ini beliau disuruh membaca untuk diri beliau sendiri dan belum disuruh menyampaikannya kepada orang lain.

Kemudian turun pula ayat

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) “, Al Muzzammil: 1-2

Allah SWT mengangkat beliau menjadi Nabi melalui surah

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, “Al ‘Alaq: 1

dan mengangkat beliau menjadi rasul (utusan)-Nya melalui ayat

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) “ Al Muzzammil: 1-2

Beliau kemudiannya disuruh menyampaikan berita ancaman kepada kaum keluarganya yang terdekat, diikuti pula dengan penyampaian seruan yang beliau lakukan kepada seluruh kaumnya, kemudian kepada orang-orang Arab di sekelilingnya terus pula kepada seluruh bangsa Arab dan umat manusia.

Beliau tinggal lebih sepuluh tahun sesudah kenabiannya menyampaikan dakwah tanpa kekerasan dan peperangan, juga tanpa pungutan jizyah. Beliau telah disuruh berlembut dan serta tahan menderita. Sesudah itulah baru beliau diizinkan berhijrah ke Madinah dan dibenarkan berperang. Lalu beliau disuruh memerangi orang yang memeranginya dan jangan mengganggu orang yang tidak mengganggu dan tidak memusuhinya.

Sesudah itu pula diperintah memerangi orang musyrikin sehingga agama itu menjadi kepunyaan Allah SWT.


Selepas lahir dan keluarnya perintah jihad ini, orang kafir terbahagi kepada tiga golongan dan kategori:

1. Golongan yang berdamai dan tidak memusuhi Islam.
2. Golongan yang memusuhi dan memerangi Islam.
3. Golongan dzimmi, iaitu golongan yang menyatakan kepatuhannya kepada negara Islam dan mendapat jaminan hidup aman di bawah pemerintahan Islam.


Terhadap golongan pertama iaitu golongan yang berdamai tidak memusuhi Islam, beliau disuruh menunaikan hak mereka, dan diperintah supaya setia memegang janji, sekiranya ada sebarang perjanjian dengan mereka, selama mereka tidak melanggar janji itu. Seandainya dibimbangkan mereka berlaku curang dan khianat maka bolehlah dimansukhkan perjanjian itu dan dilihat dulu sikap mereka dan jangan memerangi mereka sehingga diberitahu bahawa mereka telah bersikap khianat dan melanggar janji, kemudian baru diisytiharkan perang ke atas mereka.

Manakala Surah Baraah (dikenal juga dengan nama Surah At Taubah), maka pada keseluruhannya Surah itu merupakan panduan yang lengkap dalam hal perjanjian damai dan perang.

Beliau telah diperintah memerangi musuhnya dari golongan ahli-kitab sehingga mereka membayar jizyah atau mereka masuk Islam. Beliau disuruh juga memerangi orang kafir yang lain dari ahli-kitab dan kaum munafik dan bersikap keras terhadap mereka.

Lalu beliau pun memerangi orang-orang kafir dengan menggunakan senjata dan menghadapi orang-orang munafiq dengan menggunakan hujjah dan alasan dalam perdebatan.

Beliau juga telah diperintah melepaskan diri dari terikat dengan janji setia terhadap orang-orang kafir dan memansukhkan sebarang perjanjian setia seperti itu.

Di samping itu pula orang-orang kafir yang mengikat perjanjian itu terbahagi kepada tiga golongan:

1: Golongan yang diperintah supaya dimusuhi dan diperangi, iaitu golongan yang sengaja melanggar janji itu. Beliau pun terus memerangi mereka sehingga beliau beroleh kemenangan.

2) Golongan orang kafir yang mengikat perjanjian dengan beliau untuk suatu tempoh tertentu dan mereka tidak melanggar janji itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan tidak menonjolkan sikap permusuhan terhadap beliau. Untuk golongan ini beliau diperintahkan supaya memegang janji itu sehingga habis tempohnya.

3) Golongan yang tidak mengikat sebarang perjanjian dengan beliau dan tidak pula memusuhi beliau. Kepada golongan ini beliau disuruh memberi tempoh sehingga empat bulan, selesai ternpoh empat bulan itu baru beliau memerangi mereka, siapa yang melanggar janjinya akan di perangi dan sesiapa yang hanya mempunyai perjanjian umum sahaja maka bakal diberikan tempoh empat bulan.


Beliau juga diperintah menunaikan, janji kepada golongan yang setia memegang janjinya sehingga selesai tempoh janji itu, lalu mereka semua pun menganut Islam. Setelah selesai masa yang dijanjikan, beliau pun membuat ketetapan bahawa orang-orang yang tidak mahu menganut Islam tapi mahukan perlindungan (dzimmah) supaya membayar jizyah.

Dengan demikian maka selepas turunnya Surah Baraah, orang kafir terbahagi kepada tiga golongan dan kategori:

1) Golongan yang memusuhi beliau (Rasulullah saw)
2) Golongan yang terikat dengan janji
3) Golongan yang memohon perlindungan (dzimmah)

Lalu sebahagian besar golongan yang berdamai dan terikat dalam perjanjian dengan beliau dan golongan yang rnemohon perlindungan itu menganut agama Islam, hingga kemudiannya orang-orang kafir itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu golongan musuh dan golongan yang mohon perlindungan (dzimmi), sedangkan golongan yang bermusuh dengannya senantiasa takut kepadanya.

Jadi penduduk dunia di zaman beliau saw ada tiga golongan sahaja, iaitu:

1) Golongan umat Islam yang percaya kepada ajaran-ajarannya.
2) Golongan kafir yang berdamai dengannya dan memohon perlindungannya. .
3) Golongan kafir yang memusuhinya tapi sentiasa takutkan kekuatannya.

Adapun mengenai sikap dan tindakannya terhadap orang munafiq, maka beliau telah diperintah menerima sahaja sikap lahir mereka dan menyerahkan hakikat rahsia hati mereka kepada Allah, juga supaya menghadapi mereka dengan menggunakan hujjah dan alasan serta kebijaksanaan, seperti mana beliau telah diperintah supaya bersikap keras dan tegas terhadap mereka di mana perlu.

Beliau juga telah diarahkan supaya menjawab dan menangkis kata-kata kesat dan sindiran mereka dengan kata-kata yang setimpal. Malah Allah SWT pernah melarang beliau menyembahyangi dan mendoakan jenazah mereka serta menziarah kuburan mereka malah Allah SWT memberitahu beliau bahawa seandainya beliau (Rasulullah saw) sendiri yang memohon supaya Allah mengampunkan orang-orang munafiq itu, mereka tidak akan diampun. Inilah sikapnya terhadap musuh-musuhnya dari kalangan orang kafir dan munafiq.

Dari keterangan ringkas yang sangat jelas dan tepat mengenai peringkat-peringkat perjuangan (jihad) di dalam Islam itu maka terang dan nyatalah sudah ciri-ciri asli dalam jalannya gerakan agama ini, yang perlu diperhatikan.

Di samping itu kita juga dapat memberi penjelasan dan membuat huraian secara ringkas pula:

Ciri Pertama:
Fakta-fakta yang benar-benar berlaku di dalam gerakan agama ini; gerakan menghadapi realiti hidup manusia, menghadapinya dengan cara yang sesuai dan selaras dengan wujudnya di dalam kenyataan.

la hadapi jahiliyah dalam segi iktikad dan konsep, dan dengan demikian maka gerakan Islam itu menghadapi realiti dengan membawa perkara-perkara yang selaras dengan realiti itu sendiri. la menghadapinya dengan dakwah dan seruan, dengan keterangan dan penjelasan untuk memperbetulkan iktikad dan kepercayaan, ia hadapinya dengan kekuatan dan perjuangan untuk menghapuskan sistem dan kekuasaan yang sedang berkuasa dan merintangi jalannya, yang menghalangnya dari menyampaikan kebenaran kepada umat manusia, yang menekan mereka dengan kekerasan dan paksaan serta penyesatan supaya mereka mengabdikan diri kepada Tuhan yang lain daripada Tuhan mereka yang sebenar.

Gerakan yang tidak cukup dengan keterangan dan penjelasan sahaja dalam menghadapi kekuasaan yang berbentuk benda, seperti juga ia tidak menggunakan kekerasan dan kekuasaan benda dalam menghadapi hati nurani umat manusia dan penjelasan sahaja dalam menghadapi kekuasaan yang berbentuk benda, seperti juga ia tidak menggunakan kekerasan dan kekuasaan benda dalam menghadapi hati nurani umat manusia dan ini semua adalah sama dalam jalan gerakan agama ini untuk mengajak manusia supaya jangan mengabdikan diri kepada sesama manusia dan kembali mengabdikan diri kepada Allah sahaja sebagaimana keterangan yang akan disebutkan nanti.

Ciri Kedua.
Ciri yang kedua dari program agama ini ialah realiti dari sebuah organisasi kerana agama ini adalah merupakan satu gerakan yang punya banyak tahap dan peringkat.

Setiap tahap dan peringkat itu mempunyai jalan dan cara yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya yang sebenar, dan setiap peringkat itu pula adalah berhubung rapat dengan peringkat-peringkat berikutnya.

Agama ini tidak cukup menghadapi realiti itu dengan teori sahaja, seperti juga ia tidak menerima peringkat-peringkat realiti itu dengan cara beku dan kaku. Orang-orang yang membawa, ayat-ayat AI-Quran sebagai dalil mengenai program agama ini di dalam masalah jihad, tanpa mengambil kira akan ciri ini, dan tanpa memberikan perhatian berat kepadanya di dalam tahap-tahap dan peringkat yang dilaIui oleh program itu, serta jalinan hubungan ayat-ayat AI-Quran itu dengan setiap tahap dan peringkat perjuangan orang-orang yang berbuat demikian adalah orang-orang yang mencampur aduk dan memesongkan hakikat agama ini ke arah jalan yang menyesatkan.

Mereka membawa ayat-ayat AI-Quran itu ke arah dasar dan kaedah yang bertentangan dengannya. Mereka beranggapan bahawa setiap patah ayat AI-Quran itu adalah merupakan nas terakhir dan malah merupakan kaedah asasi yang terakhir. Lalu mereka katakan'- sedang mereka adalah orang-orang yang bengkrap jiwa dan fikiran di bawah tekanan dan pengaruh realiti, mereka adalah orang-orang yang lumpuh dan putus asa melihat kelemahan dan kerendahan hidup sebahagian orang-orang Islam yang masih tinggal nama sahaja lagi.

Mereka beranggapan bahawa Islam itu berjuang dan berjihad semata-mata hanya untuk mempertahankan diri sahaja! Mereka menyangka bahawa mereka berbuat bakti kepada agama ini dengan menariknya keluar dari program asalnya iaitu menghapuskan taghut dari bumi Allah ini dan menyuruh manusia mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, menarik umat manusia daripada menyembah dan memuja sesama umat manusia kepada menyembah dan memuja Allah, bukan dengan cara memaksa mereka menganut agama ini, dengan cara memberi peluang kepada mereka mengkaji hakikat akidah agama ini, sesudah sistem politik jahiliyah yang sedang berkuasa itu dihancurkan, atau setelah sistem pemerintahan jahiliyah itu dikalahkan dan menyerah diri kepada akidah ini, dan memberikan kebebasan kepada seluruh umat-manusia untuk menganut atau tidak menganut akidah ini berdasarkan kebebasan dan kemerdekaan yang sebenarnya.

Ciri yang ketiga
ialah bahawa walaupun bentuk gerakan sentiasa berubah dan cara selalu bertukar ganti, tapi tidak boleh menyebabkan agama ini menyeleweng daripada kaedah dan matlamat yang telah ditetapkan. Agama ini - sejak hari-hari pertamanya lagi - sama ada ketiga ia mengarahkan percakapannya kepada keluarga Nabi yang terdekat, atau kepada kaum Quraisy dan seluruh umat manusia di dunia ini, sesungguhnya ia memperkatakan tentang satu kaedah sahaja dan meminta mereka bertumpu kepada satu matlamat sahaja, iaitu memurni dan mengikhlaskan pengabdian mereka kepada Allah sahaja dan keluar sama sekali dari setiap bentuk pengabdian kepada sesama umat manusia, tiada bersikap tolak ansur dan dolak dalik sama sekali. Setelah itu dia hendaklah terus bergerak dan bertindak melaksanakan perancangan yang telah ditetapkan, melalui tahap dan peringkat tertentu, dengan caranya sendiri, seperti telah kita huraikan di atas.


Ciri yang keempat

ialah ketetapan syariat mengenai perhubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat-masyarakat lain, mengikut cara dan dasar dari ringkasan yang telah kita petik dari buku ZAADUL MA'AD dan berjalannya ketetapan itu di atas landasan bahawa penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah itulah paksi berbentuk universal yang seluruh umat manusia mesti berteduh di bawah lindungannya dan janganlah ada sebarang sekatan yang berupa sistem politik dan pemerintahan atau kekuatan mata benda atau suasana yang menghalang terlaksananya penyerahan diri kepada Allah itu dan hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya kepada setiap individu untuk memilih sendiri, sama ada dia mahu atau tidak, tanpa sebarang sekatan dan paksaan. Seandainya ada pihak mana sahaja yang menyekat dan memaksa, maka berkewajipanlah Islam memeranginya hingga ia tewas dan menyerah diri.

Orang-orang yang bengkrap jiwa dan fikiran, yang menulis mengenai masalah JIHAD DALAM ISLAM dengan maksud mempertahankan Islam dari serangan orang; lantas mereka mencampur-adukkan program dan dasar agama Islam mengenai "tiada paksaan dalam beragama" (la iqraha fid deen), dengan dasarnya untuk menghancurkan kekuatan dan kekuasaan politik yang berbentuk benda yang boleh menghalang dan menyekat umat manusia dari menganut Islam, kekuatan dan kekuasaan yang telah menjadi punca umat manusia saling mengabdikan diri kepada sesama umat manusia dan menyekat mereka dari mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, sedangkan keduanya (iaitu program Islam mengenai tiada paksaan dalam beragama dan programnya untuk menghapus segala kuasa yang menyekatnya) adalah merupakan masalah yang berasingan dan tidak boleh dicampur-adukkan.

Oleh kerana campur-aduk dan fikiran seperti itulah juga mereka telah cuba membataskan jihad Islam itu ke dalam lingkungan yang sangat sempit dengan diberi nama "Jihad yang berbentuk mempertahankan diri" sedangkan jihad dan perjuangan Islam itu adalah suatu masalah lain yang tiada sangkut pautnya dengan peperangan umat manusia zaman kini seperti yang dikenal sekarang.

Sesungguhnya sayugia sangat diberikan perhatian tentang sebab musabab jihad Islam diikuti dari ciri perkataan "Islam" yang bererti "penyerahan diri" itu sendiri dan juga dari peranannya dalam dunia ini, dari tujuan dan matlamat tertingginya yang telah ditetapkan oleh Allah yang telah rnenyebutkan bahawa untuk mencapai matlamat itulah maka Rasulullah SAW telah diutus membawa pengajaran dan risalahnya dan dijadikan beliau sebagai penutup segala nabi

Islam adalah merupakan suatu pengistiharan umum untuk membebaskan umat manusia di bumi ini daripada menjadi mangsa pengabdian oleh manusia atas sesama manusia, daripada menjadi mangsa pengabdian kepada hawa nafsu serakahnya, hawa nafsu yang pada hakikatnya adalah sama-sama menjadi hamba Allah.

Pengistiharan itu berbentuk pengakuan ketuhanan Allah Yang Maha Esa.

Pengistiharan ketuhanan Allah itu bererti suatu revolusi sepenuhnya terhadap kekuasaan sesama umat manusia dalam segenap bentuk dan rupa serta dalam apa jua pun bentuk pemerintahan umat manusia di atas muka bumi ini, di mana sahaja umat manusia itu menjalankan pemerintahan berpandu kepada undang-undang bikinan mereka sendiri; atau dengan perkataan lain: KETUHANAN manusia dalam apa jua bentuk pun.

Pemerintahan yang menjadikan manusia-manusia sebagai sumber kuasa dan undang-undangnya dalam mana suatu golongan manusia dianggap sebagai pihak yang berkuasa dan menjadi TUHAN yang berhak menentukan nasib golongan yang lain.

Sesungguhnya pengistiharan itu bererti mengambil balik kekuasaan Allah yang telah dirampas dan diragut itu untuk dikembalikan kepada Allah, juga bererti menghalau dan menghapuskan para perompak yang masih memperkosa kekuasaan Allah itu, yang memerintah umat manusia berdasarkan undang-undang yang mereka buat sendiri. Mereka itu - dengan perbuatan seperti itu - telah meletakkan diri mereka sendiri setaraf dengan Allah dan rakyat yang mereka perintah pula adalah setaraf dengan hamba abdi.

Pengistiharan itu juga bererti menghancurkan pemerintahan manusia untuk digantikan oleh pemerintahan Allah di bumi-Nya, seperti yang digambarkan oleh AI-Quran:

"Dan Dialah (Allah) itu Tuhan yang berkuasa memerintah di langit dan berkuasa juga memerintah di bumi.” Az Zukhruf: 84

dan Firman Nya lagi

"Kekuasaan dan pemerintahan itu adalah kepunyaan Allah. Dia (Allah) perintahkan kamu sekalian jangan mengabdikan din kepada yang lain daripada-Nya (Allah). Itulah agama yang lurus. “Yusuf: 40

dan Firman Nya lagi

"Katakanlah (ajarkanlah) wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita (pegang) satu sahaja (dasar) antara kami dan kamu: (laitu) dasar bahawa kita tidak (akan) menyembah (mengabdikan diri) kepada Tuhan yang lain daripada Allah, dan kita tidak akan sekutukan sesuatu apa pun dengan-Nya (Allah) dan tidak pula setengah kita (orang awam atau rakyat jelata) menganggap setengah yang lain sebagai Tuhan, selain daripada Allah. Dan seandainya mereka (masih) berdegil dan berkeras juga, maka katakanlah kepada mereka: Persaksikanlah bahawa kami semuanya adalah orang Islam (yang menyerah diri sepenuhnya kepada Allah). Ali Imraan: 64

Pemerintahan Allah di bumi-Nya ini tidak mungkin tegak terlaksana dengan cara bahawa pemerintahan itu dikendalikan oleh orang atau golongan tertentu, seumpama para padri dan pendeta dan orang-orang yang menamakan dirinya tokoh-tokoh atau orang-orang agama, seperti yang telah berlaku dalam sistem pemerintahan gereja di Eropah zaman pertengahan; tidak pula dalam bentuk orang atau golongan tertentu bercakap sebagai wakil Tuhan, seperti yang berlaku di dalam sistem pemerintahan THEOCRACY atau "Kerajaan Suci" bukan itu bentuknya tapi ialah dengan melaksanakan syariat Ilahi dan semua urusan hidup dijalankan berpandu kepada ajaran Allah.

Menegakkan Kerajaan Allah di muka bumi ini, melaksanakan syariat dan undang-undang Allah, merebut kembali kekuasaan Allah dari tangan manusia durjana yang merampas hak-hak Allah, memansukhkan undang-undang bikinan manusia tidak akan berhasil hanya dengan berdakwah sahaja, bertabligh dengan berpidato sahaja.

Orang-orang yang ketagih menekan leher sesama manusia, ketagih merampas kuasa Allah, tidak akan menyerahkan kuasa mereka hanya dengan dakwah, tabligh dan penerangan sahaja. Sebab kalau dakwah tabligh dan penerangan sahaja sudah cukup, maka alangkah ringan dan mudahnya tugas itu dan alangkah mudahnya kerja para Rasul menegakkan agama Allah di muka bumi ini sejak zaman berzaman.

Pengistiharan umum untuk membebaskan umat manusia daripada menjadi mangsa pengabdian oleh sesama manusia dan menegakkan kekuasaan Allah sahaja, bukanlah merupakan suatu pengistiharan yang berpandukan teori falsafah yang negatif. la merupakan pengistiharan yang berpijak di bumi nyata dan disertai dengan gerakan yang positif, disertai oleh pelaksanaan yang praktikal dalam bentuk suatu sistem pemerintahan yang berpandukan syariat Allah, menghapuskan pengabdian oleh manusia atas sesama manusia, dan umat manusia mengabdikan diri dan bertuhan hanya kepada Allah sahaja tanpa sebarang sekutu bagi-Nya. Dengan demikian maka hendaklah usaha berdakwah dan memberikan penerangan itu berjalan serentak, dan seimbang dengan gerakan melaksanakan tujuan pengistiharan itu.

Oleh kerana ia suatu pengistiharan umum bagi kemerdekaan dan kebebasan seluruh UMAT MANUSIA di seluruh MUKA BUMI, kemerdekaan dan kebebasan dari sebarang kekuasaan yang lain dari kekuasaan Allah, maka agama Islam, di sepanjang zaman gerakannya, terpaksa berhadapan dengan beraneka ragam rintangan dan halangan, baik yang bentuk akidah dan konsep hidup, mahu pun yang bercorak benda dan realiti, termasuk sistem politik, corak pemerintahan, sosial, ekonomi, pertentangan kelas dan berbagai bentuk ajaran karut.

Kalaulah penerangan (dakwah) terpaksa menghadapi masalah iktikad dan konsep hidup, maka gerakan terpaksa pula menghadapi beraneka halangan berbentuk benda, bermula dari kekuasaan politik (status quo dan vested interest), yang menguasai bidang kepercayaan di samping melindungi faham perkauman, realiti hidup dan organisasi sosial dan ekonomi yang berliku-liku.

Kedua-duanya (penerangan (dakwah) dan gerakan) terpaksa menghadapi realiti KEMANUSIAAN seluruhnya dengan cara yang sesuai dengan peranan dan keadaan masing-masing. Kedua-duanya adalah syarat mutlak untuk memulakan gerakan membebaskan umat manusia di bumi ini, seluruh UMAT MANUSIA dan di seluruh MUKA BUMI. Syarat mutlak yang mesti dilaksanakan!

Sesungguhnya agama Islam bukanlah hanya sekadar suatu pengistiharan kebebasan dan kemerdekaan manusia dan bumi Arab sahaja! Perutusan dan messagenya bukanlah khas untuk orang-orang Arab sahaja, sebab dasar dan tajuk percakapannya ialah "manusia" setiap jenis manusia dan lapangannya ialah "bumi," setiap keping bumi, sebab Allah bukanlah Tuhan bagi prang-orang Arab sahaja dan bukan juga Tuhan untuk penganut-penganut Islam sahaja bahkan Dia adalah Tuhan SERU SEKALIAN ALAM dan agama itu adalah bertujuan mengembalikan "alam" ini seluruhnya ke pangkuan TUHAN-nya, mencegah mereka- daripada menyembah dan mengabdikan diri (beribadat) terhadap yang lain daripada-Nya, sebab penghambaan yang paling besar, dalam pandangan Islam, ialah sifat patuh dan tunduk manusia kepada undang-undang yang dibikin oleh manusia sendiri untuk diterima dan dipatuhi oleh sesama umat manusia.

Inilah dia inti pengertian "ibadat". Yang mereka berikrar bahawa "ibadat" itu hanya untuk Allah sahaja, kepada Allah sahaja, di hadapan Allah sahaja, dan sesiapa sahaja yang melakukan ibadat, menumpukan pengabdian dan kepatuhan kepada yang lain dari Allah, maka bererti dia telah keluar dari agama Allah, walaupun dia mengaku, mendakwa dan menepuk dada bahawa dia adalah seorang Islam.

Rasulullah SAW telah rnembuat penegasan bahawa "kepatuhan" dalam peraturan hidup, undang-undang dan dasar pemerintahan itu adalah merupakan sejenis "ibadat" yang menyebabkan orang-orang Kristian (Nasrani) dipandang sebagai orang musyrikin yang menentang dan mengingkari perintah Allah supaya "ibadat" itu ditumpukan kepada Allah sahaja.

Imam Attirmidzi telah meriwayatkan, dengan sanadnya, mengenai cerita Adi bin Hatim r.a. bahawa setelah sampai kepadanya dakwah Rasulullah saw, beliau tidak mahu memeluk Islam dan terus melarikan diri ke Syam, kerana beliau telah menganut agama Kristian sejak zaman jahiliyah. Seorang saudara perempuannya (barangkali kakaknya) dengan disertai oleh beberapa orang terkemuka kaumnya telah jatuh menjadi orang tawanan tentera Islam; tetapi Rasulullah merasa kasihan kepada saudara perempuannya itu lalu beliau membebaskannya. Setelah dibebaskan, saudara perempuan Adi bin Hatim pulang menemui beliau (Adi) lalu diajaknya beliau menganut Islam dan datang mengadap Rasulullah saw di Madinah. Ketibaan mereka berdua beradik itu rupanya menjadi buah mulut penduduk Madinah, kerana beliau (Adi) masuk menghadap Rasulullah dengan keadaan rnemakai sebatang salib (cross) perak di lehernya.

Kebetulan pada ketika itu Rasulullah saw sedang menyampaikan firman Allah:

“Orang-orang Yahudi dan Kristian telah memandang padri-padri, rahib-rahib pendeta dan ketua agama merekaj sebagai Tuhan selain dari Allah“.

Mendengar bacaan ayat ini Adi pun terus menjawab: "tidak, mereka itu (Yahudi dan Kristian) tidak menyembah dan melakukan ibadat terhadap para padri dan rahib itu," lalu Rasulullah saw pun menjawab dengan tegasnya:

“bahkan! “

ketegasan ini sangat benar, kerana pada padri dan rahib itu telah mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah, mereka menghalalkan perkara-perkara yang Allah, haramkan, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian itu) terima dan patuh sahaja menerima keputusan yang dibuat oleh para padri dan rahib itu. Itulah erti dan maksud ibadat mereka terhadap padri dan rahib itu.

Tafsiran Rasulullah saw atas firman Allah ini adalah merupakan nas dan sandaran hukum yang pemutus, yang memberi kesimpulan bahawa sikap tunduk, patuh dan menerima sahaja dalam masalah perundangan dan pemerintahan adalah juga bererti pengabdian yang boleh menyebabkan individu dan golongan yang berkenaan itu terkeluar dari agama Islam dan juga boleh membawa erti bahawa sikap seperti itu adalah satu bentuk pendewaan dan pemujaan, malah menpertuhankan sesama manusia sendiri, iaitu suatu masalah yang hendak dikikis habis oleh Islam dan malah kehadiran Islam pun adalah bertujuan untuk mengistiharkan kebebasan MANUSIA di muka BUMI daripada mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah.

Dengan demikian maka Islam mesti bergerak di bumi ini untuk menghapuskan realiti yang bertentangan dengan pengistiharan umum itu, menyampaikan penerangan (dakwah) dan menjalankan gerakan sekali gus; juga hendaklah ia (Islam) itu memberikan pukulan balas terhadap segala macam hantaman dan pukulan pihak penguasa politik yang memaksa umat manusia mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, iaitu yang memerintah mereka dengan memakai undang-undang dan syariat yang lain daripada undang-undang dan syariat Allah, dan menyekat umat manusia mendengar penerangan (dakwah) dan menganut akidah dengan aman dan bebas, tanpa dihalangi oleh sebarang kekuasaan yang lain, supaya ia menegakkan suatu sistem sosial, ekonomi dan politik yang membolehkan gerakan pembebasan itu berjalan lancar dan teratur, setelah hapus kekuasaan yang menghalangnya, sama ada kekuasaan itu berbentuk kekuasaan politik sahaja atau disertai dengan dasar-dasar perkauman, pertentangan kelas atau lain-lain unsur lagi.

Islam tidak sama sekali bermaksud memaksa umat manusia menganut akidah atau kepercayaannya tapi perlulah diingat bahawa Islam itu bukanlah hanya suatu akidah sahaja kerana seperti telah kita utarakan tadi Islam juga suatu pengistiharan umum bagi pembebasan umat manusia daripada mengabdikan diri kepada sesama umat manusia. Islam juga mernpunyai suatu tujuan pokok untuk menghapus dan mengikis sistem dan pemerintahan yang berdasarkan penindasan dan pengabdian oleh umat manusia atas sesama umat manusia.

Kemudian, setelah setiap individu diberi kebebasan yang sejati untuk memilih sendiri akidah dan pegangan hidup masing-masing, berdasarkan kehendak dan pilihan sendiri dalam keadaan beroleh kebebasan sepenuhnya, setelah tiada lagi tekanan politik dan ancaman pihak berkuasa ke atas mereka, setelah roh dan jiwa mereka mendapat sinar penerangan yang secukupnya mengenai Islam dan lain-lain agama dan pegangan hidup. Kebebasan itu tidak pula bererti bahawa mereka bebas untuk bertuhankan hawa nafsu dan mereka merelakan diri untuk mengabdikan diri kepada sesama umat manusia, atau untuk menjadikan sesama umat manusia sebagai Tuhan yang dipatuhi segala suruhan dan larangannya, atau juga untuk mengabdikan diri kepada Tuhan yang lain daripada Allah sahaja.

Sesungguhnya sistem yang memerintah urnat manusia di muka bumi ini hendaklah berdasarkan pengabdian diri umat manusia kepada Allah SWT sahaja, iaitu dengan cara menerima undang-undang dan syariat Allah sahaja, dalam mana setiap individu mesti menerima arahan dan perintah Allah sahaja. Sesudah itu bolehlah setiap individu menganut apa tua akidah yang mereka suka. Dengan demikian barulah agama itu menjadi kepunyaan Allah sahaja, sebab perkataan agama "addin" itu sendiri sebenarnya mengandungi pengertian yang lebih luas daripada perkataan akidah, sebab agama" (addin) itu ialah bererti peraturan dan undang-undang yang menguasai sendi-sendi kehidupan dan ia mesti berdasarkan akidah. Di dalam Islam perkataan "addin" mencakup pengertian yang lebih luas daripada "akidah" sebab di dalam Islam sebuah organisasi atau masyarakat majmuk boleh tunduk kepada program dan panduan umum Islam yang berasaskan pengabdian diri kepada Allah sahaja, walaupun ada unit-unit tertentu di dalam masyarakat itu yang tidak menganut akidah Islam.

Orang-orang yang mengerti akan tabiat dan resam agama ini (Islam) - rnengikut cara yang telah dihuraikan tadi - akan mengerti dan faham pula tentang betapa penting dan perlunya sebuah organisasi yang aktif dan dinamis yang dibawa oleh Islam dalam bentuk perjuangan dengan menggunakan kekuatan senjata di medan perang, di samping perjuangan di medan penerangan (dakwah). Mereka juga tentu mengerti dan faham bahawa perjuangan Islam itu bukanlah suatu perjuangan untuk mempertahankan diri sahaja, mengikut pengertian yang sempit, seperti yang dimaksudkan oleh orang-orang yang frust berhadapan dengan tekanan yang kononnya "realiti", atau dengan serangan dan kecaman kaum orientalis pandir yang bermaksud hendak menggambarkan bahawa gerakan jihad di dalam Islam itu adalah semata-mata suatu gerakan mempertahankan diri sahaja.

Seandainya gerakan jihad Islam itu terpaksa dinamakan sebagai "gerakan mempertuhankan diri" maka kita perlu mengubah pengertian perkataan "bertahan" atau "pertahanan". Kita mesti menganggapnya sebagai "pertahanan terhadap manusia" itu sendiri, terhadap segala sebab yang menyekat dan menghalang kebebasannya, baik yang berbentuk konsep atau cara berfikir, atau yang berbentuk susunan ekonomi atau pertentangan kelas yang telah bertapak. Islam datang dan terus sahaja wujud dalam beraneka bentuknya di zaman jahiliyah moden ini.

Dengan meluaskan pengertian perkataan "pertahanan" itu kita akan dapat menghadapi hakikat gerakan Islam di BUMI ini dengan cara berjihad dan kita boleh pula mengerti hakikat Islam itu sendiri sebagai suatu pengistiharan umum yang terbuka ke arah pembebasan umat manusia dan mengabdikan diri kepada sesama manusia dan dari mempertuhankan sesama umat manusia, dan mengakui ketuhanan serta kekuasaan Allah sahaja untuk seluruh alam ini, menghancurkan kuasa hawa nafsu manusia di muka bumi ini, dengan diambil alih oleh kuasa di dalam kehidupan umat manusia.

Adapun usaha untuk menyempitkan pengertian jihad Islam dan memanggilnya sebagai gerakan "bertahan" mengikut pengertian zaman moden ini, juga usaha untuk mencari alasan bagi mensabitkan bahawa peristiwa-peristiwa jihad di dalam Islam itu adalah semata-mata untuk menentang ancaman kuasa luar ke atas negeri Islam, yang oleh setengah orang pula dipandang bahawa yang dimaksud dengan negeri Islam itu Semenanjung Arabia sahaja, maka usaha itu adalah merupakan suatu usaha yang berpunca dari kurang pengertian mengenai tabiat agama ini dan tabiat peranannya dalam seluruh masalah di muka bumi ini, seperti juga usaha itu menekan sikap menyerah kalah berhadapan dengan realiti zaman moden dan kecaman pada orientalis mengertikan pengertian jihad Islam itu.

Cubalah anda lihat dan fikir, seandainya Abu Bakar, Umar dan Osman r.a. merasa bahawa -Semenanjung Arabia itu selamat dari ancaman permusuhan dari kerajaan Romawi dan Parsi, adakah mereka tinggal membungkam sahaja tanpa menjalankan gerakan melebarkan pengaruh agama ini ke seluruh pelosok dunia? Lihatlah lagi bagaimana mereka telah menyebarkan agama ini, sedangkan halangan dan rintangan begitu hebat menyekat mereka, baik yang berbentuk sistem pemerintahan, sosial dan ekonomi, dengan dilindungi dan dikawal oleh negara-negara raksasa itu.

Adalah suatu kebodohan bahawa seseorang itu memikirkan bahawa penerangan dan dakwah yang mengistiharkan kebebasan manusia, semua manusia di muka "bumi" dan negeri di dunia ini, kemudian dakwah itu berdiri tegak di hadapan rintangan dan halangan dengan hanya bersenjatakan lidah dan pena sahaja!

Sesungguhnya dakwah ini boleh berjuang melalui penerangan secara lisan dan pena sahaja ketika ia bebas berbicara dan berdialog dengan setiap orang dalam suasana penuh kebebasan dan kemerdekaan, tanpa dihalang dan disekat oleh sesuatu apa pun ketika itulah baru dianggap berlakunya perintah dan dasar "tiada paksaan dalam beragama

Adapun bila ada halangan berupa benda, maka hendaklah terlebih dahulu halangan itu dihapuskan dengan kekerasan dan paksaan, supaya dakwah boleh mengetuk pintu hati dan fikiran umat rnanusia dengan bebas, tanpa gangguan.

Jihad dan perjuangan adalah syarat utama bagi perjalanan dakwah ini, kerana tujuan dan matlamatnya ialah mengistiharkan kebebasan umum urnat manusia hingga ia mampu menghadapi realiti dari segenap segi. la tidak cukup dengan hanya memberi penerangan dan penjelasan bercorak falsafah sahaja, sama ada tanah air Islam, atau mengikut istilah Islam yang sebenarnya "Negara Islam". (Darul-Islam) itu bebas atau terancam oleh kekuatan negara asing.

Pada ketika Islam mencari perdamaian, maka yang dicarinya bukanlah sejenis perdamaian yang rendah mutu dan nilainya, iaitu semata-mata hendak mengamankan secebis tanah, sekangkang kera, yang didiami oleh kaum muslimin; malah yang dikehendakinya ialah perdamaian yang menjamin bahawa kepatuhan umat manusia itu tertumpu sepenuhnya kepada Allah sahaja, dengan pengertian bahawa ketundukan dan kepatuhan urnat manusia itu tertumpu dan tertumpah kepada Allah sahaja, baik soal ibadat maupun urusan hidup di dunia, tiada sedikit jua pun pengabdian oleh manusia terhadap sesama manusia.


Penentuan jaya atau gagalnya jihad Islam itu tidaklah boleh dilihat dari pusingan pertama, pusingan pertengahan atau pusingan akhir sesuatu perjuangan, tetapi hendaklah dilihat daripada sejauh mana kesan jihad itu terhadap kedudukan orang-orang kafir di dalam sesuatu negara itu; sama ada dapat dijadikan seperti kedudukan mereka sebagaimana yang digambarkan oleh Imam Ibnul-Qayyim di dalam kitabnya Zaadul-Maad dengan erti bahawa akhimya manusia itu terbahagi kepada tiga golongan sahaja, iaitu golongan orang Islam, golongan dzimmi dan golongan harbi yang sentiasa bimbang dan takut kepada orang dan pemerintah Islam, maka jihad Islam berjalan di atas landasan yang sebenarnya; tapi sekiranya kedudukan orang-orang kafir terus menerus dengan kufurnya, tanpa bimbang apa-apa, maka nyatalah jihad Islam itu gagal-p).

Inilah dia sikap penuh logik dari agama ini dan matlamatnya, bukan seperti yang difahamkan oleh orang yang keliru dan bengkrap dalam menghadapi realiti zaman sekarang dan dalam menghadapi para orientalis yang penuh putar belit itu.

Sesungguhnya Allah SWT telah menghindarkan orang-orang Mekah dan dizaman permulaan hijrah ke Madinah daripada kewajipan berjihad. Umat Islam diperintah supaya "genggam tangan kamu dan dirikanlah sembahyang'

Setelah itu baru mereka diizinkan berperang, dengan perintah wahyu:

"Diizinkan kepada orang-orang Islam yang dimusuhi itu untuk berperang kerana mereka telah dizalimi orang, dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menolong dan memberi kemenangan kepada mereka. (laitu) orang-orang yang telah dihalau keluar dari negeri dan kampung halaman mereka dengan cara yang tidak benar, melainkan (semata-mata) disebabkan mereka berkata (menegaskan pendirian mereka "Allah Tuhan Kami.”

Dan kalaulah bukan kerana Allah membuat perimbangan di antara manusia nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan gereja, tempat-tempat sembahyang (Yahudi) dan juga masjid-masjid, tempat dimana nama Allah disebut orang di dalamnya; dan Allah pasti akan menolong sesiapa sahaja (individu dan umat) yang menolong menegakkan agamanya, kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kuat (Berkuasa) dan Maha Mulia, iaitu orang-orang (individu dan umat Islam) yang bila Kami beri keteguhan kepada mereka (beri kekuasaan dan kedudukan yang baik) nescaya mereka menegakkan sembahyang dan membayar zakat, juga mereka memerintah dengan maaruf (dengan berpandu kepada ajaran Allah dan mereka mencegah kemungkaran (sesuatu yang berlawan dengan perintah Allah) dan kepunyaan Allah jualah kesudahan segala masalah. "Al-Haj: 39-41.

Kemudian rnereka diperintah memerangi orang-orang dan atau golongan yang memerangi mereka terlebih dahulu dan dilarang memerangi orang atau golongan yang tidak mula memerangi rnereka.

Firman Allah:

"Dan hendaklah kamu sekaliannya berperang dijalan Allah (melawan)-golongan dan orang yang memerangi kamu.” AI Baqarah: 190

Kemudian baru mereka diperintah memerangi seluruh orang musyrik, melalui Firman yang bermaksud:

"Maka hendaklah kamu sekalian memerangi kaum musyrikin seluruhnya seperti mereka memerangi kamu seluruhnya. Baraah: 36

Mereka juga telah diberi peringatan:

"Hendaklah kamu sekalian memerangi orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan orang-orang yang tidak mengharamkan apa yang Allah dan Rasul-Nya telah haramkan, dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari golongan ahli kitab (Yahudi dan Kristian), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendah diri. " Baraah: 29.

Jadi, berperang itu mengikut pendapat Imam Ibnul-Qayyim pada peringkat pertamanya dilarang, kemudian dibenarkan, kemudian disuruh lakukan ke atas individu dan golongan yang memulakan peperangan itu, kemudian diperintah supaya perang itu dilakukan ke alas seluruh orang musyrikin.

Ketegasan nas-nas AI-Quran yang diturunkan mengenai masalah jihad dan perjuangan, dan ketegasan hadis Nabi yang penuh berisi perangsang untuk berperang dan juga ketegasan peristiwa-peristiwa dan bukti sejarah dari kejadian dan keadaan di zaman kebangkitan Islam dahulu sesungguhnya nas dan bukti yang begitu terang dan nyata itu menyekat otak dan fikiran kita daripada menerima pentafsiran ala orang yang frust dalam menghadapi tekanan realiti zaman kini dan juga dalam menghadapi kecaman para orientalis mengenai pengertian jihad di dalam Islam.

Siapakah gerangan di kalangan orang yang mengenal Allah dan RasulNya dan rnendengar perintah-Nya mengenai hal ini, dan orang yang mengikuti jejak perjuangan Islam, di dalam masalah jihad di dalam Islam yang sampai hati menganggap bahawa perintah jihad di dalam Islam, adalah merupakan perkara sampingan sahaja, yang hanya tertakluk kepada suasana tertentu sahaja untuk sekadar menjaga keselamatan sempadan negeri sahaja?

Sesungguhnya Allah SWT telah menerangkan kepada orang-orang beriman melalui ayat yang julung kali diturunkan untuk memberi lampu hijau bagi melakukan perang, bahawa perkara yang selalu berlaku di dalam resam hidup di dunia ini ialah bahawa Allah sentiasa menjaga perimbangan antara sesama golongan umat manusia itu sendiri supaya terhindarlah kerosakan dan pencabulan di bumi ini, mengikut ayat ..... AI-Haj: 39-40. yang telah dihuraikan tadi maksudnya:

Yang demikian menjadi kelaziman yang terus menerus wujud, bukan suatu kebetulan dan keadaan yang bersifat sementara sahaja. Kebenaran dan kebatilan itu tidak dapat hidup rukun damai bersama-sama dalam bentuk co-existensi di dunia ini. Sesungguhnya bila sahaja Islam mencanangkan supaya ditegakkan kekuasaan Allah di atas muka bumi ini dan dibebaskan urnat manusia itu dari belenggu pengabdian oleh sesama umat manusia, tentunya ia akan dilemparkan dengan berbagai ragam tuduhan oleh orang-orang yang telah merampas dan menyamun kekuasaan Allah dan tentulah ia (Islam) mesti bekerja keras untuk mernbinasakan penyamun yang telah merampas kuasa Allah itu dan membebaskan umat "manusia" daripada dikuasai terus menerus oleh penyamun-penyamun itu; iaitu suatu hal yang tak mengenal kompromi dan damai melainkan apabila sahaja segala kekuasaan ini menjadi kepunyaan Allah SWT sahaja.

Sebenarnya larangan berperang di zaman Mekah itu tidak lain dari suatu peringkat zaman dalam perjuangan yang panjang. Demikian juga halnya dengan larangan berperang di zaman permulaan hijrah. Motif yang mendorong masyarakat Islam di Madinah selepas itu untuk bertindak dengan tujuan untuk mengamankan Madinah sahaja. Memanglah itu menjadi tujuan utama yang tak dapat dihindarkan lagi; tetapi tindakan itu rnempunyai tujuan asas bagi menjamin lancarnya tindakan itu yang akan mengamankan pengkalan pergerakan; pergerakan untuk pembebasan urnat manusia dan menghapuskan "halangan" yang menyekat manusia daripada bergerak bebas dan bertindak mengikut panduan yang telah digaris oleh Islam.

Larangan berperang yang dikenakan ke atas orang-orang Islam di zaman Mekah adalah merupakan suatu perkara yang mudah difaham. Di Mekah terdapat kebebasan berdakwah. Ditambah pula oleh fakta bahawa sebagai pemimpin perjuangan ini Rasulullah saw telah mendapat perlindungan di bawah kawalan senjata Bani Hasyim.

Beliau beroleh perlindungan untuk berdakwah dan mengetuk pintu hati dan fikiran setiap orang, juga untuk menghadapi ancaman daripada orang-orang tertentu; juga kerana di Mekah tiada sebarang kuasa politik yang teratur untuk menyekat beliau dari menjalankan kegiatan dakwah dan menyekat orang dari menadah telinga dan fikiran ke arah dakwah beliau. Dengan demikian tiada sebab, di peringkat ini, untuk menggunakan kekuatan, di samping terdapat juga beberapa faktor lain di peringkat ini.

Saya telah mengupas di dalam buku Tafsir yang diberi nama DI BAWAH BAYANGAN AL-QURAN tentang masalah ini di dalam mentafsirkan ayat dari surah An-Nisa' yang elok juga kiranya disedut sebahagian dari huraian di sini.

"Boleh jadi yang demikian itu kerana peringkat zaman Mekah itu merupakan peringkat zaman pendidikan dan membuat persediaan atau persiapan, di dalam keadaan masyarakat tertentu, untuk golongan kaum tertentu dan di tengah lingkungan keadaan yang tertentu pula. Di antara tujuan utama pendidikan dan persediaan dalam suasana yang sebegini ialah mendidik dan rnelatih jiwa dan semangat orang Arab supaya tabah dan sabar menanggung kesusahan serta tahan menderita, supaya setiap orang itu terlepas dari kongkongan rasa cinta diri, supaya hati mereka tidak lagi terikat dengan kebiasaan mencari sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Untuk mendidik mereka mengawal saraf dan perasaan dari terus mengambil tindakan balas atau sesuatu kejadian, supaya tingkah laku dan tindak tanduknya dibuat dengan penuh teliti dan matang.

Juga untuk mendidiknya hidup dalam masyarakat yang teratur yang tidak akan bertindak kecuali mengikut garis yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya, walaupun garis itu bertentangan dengan kepentingan dirinya, dengan kebiasaan dan adat hidupnya. Ini merupakan batu asas dalam menyebabkan keperibadian masyarakat Islam yang tunduk di bawah satu pimpinan yang tamaddun dan berabad.

"Boleh jadi juga kerana dakwah secara aman damai itu lebih berkesan seperti di dalam masyarakat Quraisy itu, yang terkenal sebagai sebuah masyarakat yang punya kebanggaan sendiri. Dalam peringkat ini, peperangan akan menyebabkan timbulnya kekerasan dan kekacauan seperti yang telah mencetuskan perang DAHIS dan AL GHABRA,' pertempuran AL SABUS, bertahun-tahun lamanya, di mana beberapa suku dan qabilah telah musnah hancur; kekacauan yang masih panas kerana baru sahaja berlaku itu masih besar pengaruhnya di dalam fikiran dan ingatan mereka di zaman permulaan Islam.

Islam sendiri pun mungkin akan menyeleweng daripada suatu bentuk dakwah dan sebuah agama menjadi suatu punca pergaduhan dan perpecahan; sedangkan ia (Islam) itu masih merupakan suatu perkara baru.

Boleh jadi juga yang demikian kerana hendak mengelakkan pertumpahan darah dalam setiap rumahtangga, kerana masih belum wujud lagi suatu kuasa yang teratur dan dipatuhi orang, kuasa yang besar-benar bekerja menyeksa dan menganiaya serta rnenabur fitnah ke atas orang-orang Islam, kerana kerja seperti itu sebenamya adalah kerja-kerja perseorangan, sahaja, pekerjaan individu yang punya ramai hamba sahaya dan pengikut.

Dalam masyarakat seperti ini, peperangan bererti mencetuskan pertumpahan darah dalam setiap rumahtangga, yang menyebabkan orang boleh salah anggap terhadap Islam, lalu mereka katakan: itulah dia Islam!

Memang tuduhan seperti itu telah diluahkan orang walaupun sebenamya Islam telah mencegah dan melarang dilakukan perang dalam suasana seperti itu. Tuduhan seperti itulah yang menjadi modal utama kaum Quraisy dalam gerakan kempen mereka menentang Islam di setiap musim haji. Mereka katakan Muhammad telah memecah-hancurkan kaumnya sendiri. Gambarkanlah sendiri apa yang terjadi seandainya beliau sendiri pula yang menganjurkan peperangan total di kalangan masyarakat kecil seperti itu!


Boleh jadi juga kerana Allah Maha Mengetahui bahawa banyak orang yang degil, keras hati dan suka mengganggu orang Islam generasi pertama, iaitu orang yang mula-mula menganut agama Islam di hari-hari pertama perlantikan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, dengan tujuan memaksa mereka keluar murtad dari agama Islam dan kembali kepada agama syirik.

Gangguan ini dilakukan dengan bermacam cara, dengan ugutan dan seksaan, tapi ternyata kemudiannya, orang-orang itu sendiri pula menjadi tokoh penting dalam perjuangan agama Islam, malah ada pula yang menjadi pemimpin agung agama Islam. Bukankah Sayidina Umar bin AI Khattab salah seorang dari golongan ini?

Mungkin juga perkara ini disebabkan oleh pengaruh sentimen kesukuan Arab dalam sebuah masyarakat yang masih kuat dipengaruhi oleh adat bersuku dan berkabilah. Dalam masyarakat seperti ini perbuatan menolong dan membantu orang teraniaya dan dalam kesusahan, adalah suatu perbuatan yang lumrah; apa lagi kalau penganiayaan itu berlaku ke atas orang yang dihormati dan disegani.

Banyak peristiwa yang mernbuktikan kebenaran pandangan ini. Sebagai contohnya: Ibnud-Daghnah tidak rela membiarkan Sayidina Abu Bakar, seorang hartawan yang disegani, keluar berhijrah ke Madinah dan meninggalkan kota Mekah. Dalam anggapan beliau, berhijrahnya orang seperti Sayidina Abu Bakar adalah bererti aib besar ke atas orang Arab seluruhnya. Oleh kerana itulah beliau telah datang meminta kesudian Sayidina Abu Bakar menjadi jirannya, dengan janji bahawa beliau akan memberikan perlindungan kepadanya.

Di antara peristiwa terakhir yang membenarkan pendapat ini ialah usaha memecahkan kepungan (blokade) ke atas Bani Hasyim dan dikoyaknya surat perisytiharan boikot ke atas Bani Hasyim dari golongan Abu Talib setelah sekian lama mereka menderita lapar dan susah; sedangkan di dalam setengah masyarakat "tamaddun" zaman dahulu yang biasa menentang penindasan, selalu sahaja bersikap masa bodoh sahaja terhadap kesusahan seperti itu. Sikap seperti ini boleh dianggap sebagai suatu sikap yang tercela dan bererti menghormati orang-orang zalim.

Boleh jadi juga kerana sangat kecilnya jumlah orang-orang Islam ketika itu, sebab mereka hidup terkepung dalam kawasan di sekitar Mekah sahaja, kerana dakwah Islamiyah belum sampai lagi ke pelosok lain dan masih belum begitu didengar orang lagi cerita mengenainya. Suku-suku lain tidak mahu carnpur tangan di dalam urusan yang mereka pandang sebagai pertikaian dalam kalangan sama-sama keluarga suku Ouraisy, sehingga pertikaian itu selesai. Seandainya peperangan diizinkan dalam suasana seperti ini, maka ia akan berkesudahan dengan tragedi penyembelihan beramai-ramai ke atas orang-orang Islam yang terlalu kecil bilangannya itu; walaupun mereka akan melawan serangan itu.

Ini akan mengakibatkan musnahnya umat Islam dan menyebabkan ia sukar untuk berkembang, sedangkan Islam itu sendiri adalah suatu panduan hidup untuk seluruh urnat manusia.

Demikianlah seterusnya

Adapun di Madinah - zaman permulaan hijrah - maka sesungguhnya perjanjian yang dimetraikan oleh Rasulullah saw dengan orang Yahudi dan kaum musyrik Madinah dan kawasan-kawasan sekitarnya (terkenal dalam sejarah Islam sebagai PIAGAM MADINAH, sebagai tanda terbentangnya sebuah negara moden di Madinah, (negara yang memenuhi syarat-syarat bernegara mengikut istilah ilmu kenegaraan di zaman moden inn-p), adalah merupakan suatu hal yang sangat kena dan sesuai dengan keadaan dan masa.

Pertama:
Kerana perjanjian itu menjamin kebebasan berdakwah, tidak dihalangi oleh sebarang kuasa politik, sebab mengikut perjanjian itu, semua orang mengiktiraf pemerintahan Islam yang baru muncul di bawah pimpinan Rasulullah saw. Perjanjian itu ada menyebutkan bahawa setiap orang dan setiap golongan tidak boleh membuat sebarang perjanjian damai dan tidak boleh pula mengisytiharkan perang, juga mengadakan sebarang hubungan luar, melainkan terlebih dahulu mesti mendapat persetujuan Rasulullah saw. Ini jelas menunjukkan bahawa pimpinan dan kekuasaan di Madinah sebenarnya terletak di dalam tangan orang Islam dan kesempatan berdakwah adalah terbuka lebar, juga kebebasan asasi umat manusia mengenai masalah ini (akidah), adalah terjamin sepenuhnya.

Kedua:

Di peringkat inn Rasulullah saw bermaksud mencari penyelesaian dengan kaum Quraisy yang terus menerus menentangnya, dan juga merupakan penghalang utama bagi kaum lain masuk menganut Islam. Rasulullah saw juga ingin melihat penyelesaian di antara golongan Ouraisy yang kontra dengan golongan yang pro Islam. Yang demikian beliau telah mengambil tindakan segera mengirim pasukan petroli (saraya jama' sariyyah), rnembawa panji-panji Islam. Petroli pertama yang dikirimnya ialah yang dipimpin oleh Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara kandung Rasulullah sendiri) di dalam bulan puasa menjelang bulan ketujuh hijrah.

Pengiriman petroli atau sariyah itu dilakukan pula menjelang bulan kesembilan hijrah, diikuti pula oleh pengiriman di dalam bulan ketiga belas dan keenam belas hijrah. Kemudian dikirim pulalah petroli di bawah pimpinan Sayidina Abdullah bin Jahsy di awal Rajab bulan ketujuh belas hijrah. Ini sariyah pertama yang mengalami pertempuran sengit.

Pertempuran ini terjadi di dalam bulan haram (bulan suci yang dilarang berperang di dalamnya). Pertempuran inilah menjadi punca dan sebab turunnya ayat Firman Ilahi:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hokum berperang di dalam bulan yang dihormati, Katakanlah: "Berperang di dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan Allah, kafir kepada Allah (menghalang orang Islam masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada berbunuhan (semasa perang dalam bulan haram). Mereka tidak berhenti-hentinya memerangi kamu sampai mereka [dapat) mengembalikan kamu dari agama kamu (kepada kekafiran) seandainya mereka sanggup (berbuat demikian) Al Baqarah: 217.

Kemudian peperangan Besar Badar (Badrul-Kubra) berlaku pada bulan Ramadan tahun itu juga dan peperangan itulah yang menjadi sebab turunnya Surah AI-Anfaal.

Kalaulah suatu sikap itu hendak diambil berdasarkan latar belakang kejadian peperangan ini, maka sama sekali tidak akan berbangkit langsung alasan "mempertahankan diri" mengikut definasinya yang sangat sempit itu, untuk dijadikan asas bagi gerakan jihad Islam; seperti yang selalu dikatakan oleh orang-orang yang bengkrap fikirannya menghadapi realiti yang berlaku dan menghadapi putar belit kaum orientalis.

Orang-orang yang sengaja mencari-cari alasan menjalankan gerakan Islam dalam bentuk "mempertahankan diri" sahaja sebenarnya telah beroleh ilham dan inspirasi dari terlalu hebatnya serangan kaum orientalis, pada ketika orang Islam sedang kehilangan kekuasaan seperti sekarang ini, dan malah ketika orang-orang Islam sedang kehilangan "Islam" itu sendiri, kecuali orang-orang yang masih dipelihara Allah iman dan semangatnya, yang mahu terus melaksanakan pengistiharan umum Islam mengenai kebebasan umat MANUSIA di atas BUMI ini dari sebarang kekuasaan yang lain dari kekuasaan Allah SWT, supaya kekuasaan itu menjadi kepunyaan Allah SWT seluruhnya, lalu mereka berusaha dan berjuang terus meniupkan nafiri jihad dengan menonjolkan nama dan lambang Islam dengan tujuan untuk memenangkan Islam sahaja.

Gerakan dakwah Islam tidak memerlukan sebarang pedoman dan fakta sandaran yang lebih tepat daripada panduan wahyu Ilahi ini:

"Oleh kerana itu, maka hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat (iaitu orang mukmin yang mengutamakan kebahagiaan hidup akhirat atas hidup dunia ini) berperang di jalan Allah. (kerana) Barang siapa yang berperang di jalan Allah lalu terbunuh (syahid) atau beroleh kemenangan, maka kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar. Dan mengapakah kamu tidak mahu berperang dl jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita dan anak-anak yang selalu berdoa dengan berkata "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, " orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang di jalan taghut (syaitan) sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah. An Nisaa': 74-76.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: ' jika mereka berhenti (dari kekafirannya) Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka yang sudah lalu. Dan jika mereka kembali lagi (kembali menjadi kafir semula dan memerangi Nabi maka sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang dahulu. "Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (gangguan terhadap dari agama Islam) dan supaya agama itu bagi Allah semata-mata (supaya orang Islam bebas melaksanakan ajaran agamanya). Jika mereka berhenti (dari kekafiran dan gangguan) maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti menceroboh) ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung mu dan sebaik-baik penolong. AI Anfaal: 38-40.

Dan firman Allah:

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari akhirat dan mereka tidak mengharam apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), yaitu orang-orang(Yahudi dan Kristian) yang diberikan AI-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan keadaan taat dan merendahkan diri. Dan berkata orang-orang Yahudi: "Uzair itu putera Allah" dan orang Nasrani berkata: "AI Masih itu putera Allah." Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu, dilaknat Allah lah mereka. Bagaimana mereka dapat berpaling (dari kebenaran)? Mereka jadikan pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) AI-Masih putera Maryam, pada hal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan selain Dia. Dia Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. At Taubah: 29-31.

Inilah dia fakta-fakta sandaran yang mengesahkan ketuhanan Allah di "bumi" ini, dan melaksanakan panduan Nya di dunia ini, beserta menghalau syaitan serta panduan-panduan syaitan, juga menghancurkan kuasa manusia yang menindas dan menekan sesama urnat manusia sedangkan semua manusia itu adalah hamba Allah Yang Maha Berkuasa tidak boleh dikuasai dan dijadikan abdi oleh sesiapa pun dari kalangan sesama hamba Allah dengan menggunakan kuasa diri mereka sendiri dan dengan undang-undang yang bersumberkan haws nafsu dan pendapat mereka sendiri dan ini pun mencukupi, di samping mengesahkan dasar "tiada paksaan dalam beragama," iaitu tiada paksaan untuk menganut agama Islam dan sebarang akidah, setelah seluruh umat manusia lepas bebas dari pengabdian oleh sesama manusia dan setelah diakui tegaknya suatu dasar bahawa kekuasaan seluruhnya adalah kepunyaan Allah sahaja.

la menjadi fakta sandaran bagi kebebasan umum umat manusia di seluruh dunia, dalam bentuk menarik manusia itu keluar dari kancah pengabdian oleh sesama manusia kepada pengabdian dan kepatuhan kepada Allah SWT; tiada siapa pun yang bersekutu dengan-Nya sedikit pun. Fakta sandaran inilah yang telah bersarang di dalam hati para pejuang Islam. Bila mereka ditanya mengenai apakah motif yang mendorong mereka berjuang, mereka tidak akan pernah menjawab:

"kami berjuang untuk mempertahankan negeri kami yang sedang terancam,"

atau:

"kami berperang untuk menyekat kemaraan musuh dari Parsi dan Romawi yang menceroboh kedaulatan negara kami,"

atau

"kami berjuang untuk memperluas kawasan negara kami dan mengumpul harta rampasan;"

tetapi mereka akan terus menjawab seperti jawapan Sayidina Rab'a bin 'Amir, Huzaifah bin Muhsan dan AI Mughirah bin Syu'bah, kepada Rustam Panglima Angkatan Perang Parsi di Medan Perang Qadisyiah yang telah bertanya kepada mereka seorang demi seorang dalam tempoh tiga hari berturut-turut sebelum berlakunya pertempuran hebat antara tentera Parsi yang cukup lengkap dengan persenjataan, dengan tentera Islam yang kecil jumlah dan sedikit sekali persenjataannya. Rustam bertanya kepada mereka:

"Apakah yang mendorong kamu ke mari untuk berperang dengan kami?"

Jawapan mereka adalah bersamaan antara satu dengan yang lain, Walk berubah dan tidak berbeza. Jawapan rnereka berbunyi begun.

"Bahawa Allah telah mengutus kami untuk mengajak dan menyeru tuan-tuan dan semua orang yang menumpahkan taat setianya kepada sesama manusia untuk bersama-sama dengan kami menyembah dan menumpah pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa, dan menarik mereka keluar daripada kesempitan hidup dunia kepada medan hidup yang lebih selesa di dunia dan akhirat, dari keganasan dan kekejaman agama-agarna kepada keadilan Islam lalu diutus-Nya utusan-Nya kepada seluruh umat manusia.

“Sesiapa sahaja menerima Islam maka kami sambut mereka dan kami akan meninggalkan negeri mereka, kami tinggalkan mereka terus berkuasa di negeri mereka sendiri. Sebaliknya sesiapa sahaja yang angkuh dan enggan menerima Islam maka kami akan memerangi mereka sehingga kami mendapat kurnia syurga Allah atau kami beroleh kemenangan."

Sebenarnya ada tenaga pendorong di dalam tabiat agama ini di dalam pengistiharan umum dan juga di dalam programnya yang berpijak di dalam realiti untuk umat manusia, yang sesuai dengan bentuk hidup umat manusia yang berbagai bentuk dan caranya. Tenaga pendorong utama itu sentiasa hidup tegak, walaupun tiada sebarang bentuk permusuhan atas negeri Islam dan juga terhadap kedaulatan orang-orang Islam di dalam negeri itu, kerana ia adalah tenaga pendorong yang sejati dan asli di dalam program dan realitinya, bukan sekadar berpunca dari maksud mempertahankan diri sahaja, yang sangat sementara bentuknya.

Seorang muslim itu cukup untuk keluar berjuang mempertaruh jiwa raga dan harta bendanya di "jalan Allah" sahaja, di jalan dasar dan nilai Allah sahaja, tiada sebarang keuntungan benda bagi diri dan golongannya, tiada pula sebarang impian kebendaan yang mendorongnya.

Sebelum setiap orang muslim keluar berjuang dan berperang di medan jihad, dia pada hakikatnya telah pun berhasil mengharungi medan jihad yang amat besar di dalam dirinya sendiri, melawan godaan syaitan di dalam hatinya, menentang nafsu dan syahwah keinginan yang beraneka bentuk, menentang rasa haluba dan tamak, menentang rasa cinta diri, cinta kaum kerabat dan anak bangsa sendiri, dan malah menentang sebarang logo yang bukan logo Islam, menentang sebarang dorongan untuk menyembah dan mematuhi sebarang kuasa yang lain daripada Allah dan sebarang halangan dari terlaksananya kekuasaan dan pemerintah Allah di muka bumi ini serta mencabar kekuasaan "TAGHUT" dan syaitan-syaitan ganas yang menyamun kekuasaan Allah.

Orang-orang yang sengaja mencari-cari jalan untuk mendapatkan sebarang fakta sandaran ke arah perjuangan dan jihad Islam dengan tujuan mempertahankan "Negara Islam" sahaja, orang yang seperti itu adalah orang yang suka merendahkan dasar dan program agama dan memandangnya lebih murah nilainya daripada "negeri." Ini bukan konsep Islam yang sebenar, malah ia merupakan suatu teori dan pendapat yang sumbang dan "songsang" sama sekali dari selera Islam; sebab akidah dan program yang mengatur perjalanannya dan masyarakat yang hendak dikuasai oleh akidah dan program itu adalah suatu simpulan kata yang sama dan satu sahaja di dalarn selera Islam.

Adapun "tanah" dan "burni" sahaja maka tiada apa nilai dan harga pun, kerana setiap nilai dan harga bagi "tanah" dan "bumi" dalam pandangan Islam adalah berpunca daripada berkuasanya program dan ajaran Allah di atas "tanah dan "bumi" itu, kerana itulah maka "bumi" itu rnenjadi tapak semaian akidah dan juga program itu di dalam bentuk "Negeri Islam," dan juga merupakan titik permulaan bagi perjalanan ke arah kebebasan umat manusia.

Memang benar bahawa menjaga "Negeri Islam" itu bererti menjaga akidah, program dan masyarakat yang di dalamnya lah akidah dan program itu berkuasa dan berdaulat. Tapi mesti diingat, ini bukanlah tujuan terakhir. Bukanlah tugas menjaga keselamatan menjadi matlamat terakhir bagi gerakan jihad Islam, kerana mengawal keselamatannya adalah merupakan satu jalan sahaja bagi tegak dan terlaksananya perintah Allah di dalamnya, juga dijadikan garis permulaan bertolak, sebab umat manusia adalah merupakan alat dan bahan bagi gerakan agama ini manakala bumi dan tanah pula merupakan tempat ia berpijak dan bercambah.

Kita telah mengatakan bahawa perjalanan membawa dan memikul ajaran agama ini akan disekat oleh berbagai bentuk halangan, baik yang berbentuk kekuasaan negara, sistem sosial dan politik dan juga berbentuk realiti yang menguasai keadaan, sedangkan semuanya adalah bahan-bahan yang hendak dihancurkan oleh Islam dengan menggunakan kekuatan supaya seluruh umat manusia dapat hidup bebas berhadapan dengannya, bebas bercakap dan mengetuk pintu hati dan fikirannya, setelah seluruh umat manusia itu dibebaskan dari belenggu, dan setelah mereka beroleh sepenuh kebebasan.

Kita mestinya tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat kaum orientalis terhadap dasar "jihad" dan kita sekali-kali jangan rela menanggung beban yang ditimbulkan oleh realiti di dalam kekalutan dunia zaman sekarang: lalu kita cuba pula mencari-cari motif lain untuk jihad Islam di luar tabiat asal agama ini sendiri, supaya dapat bertahan untuk sementara, sebab "jihad" akan terus juga berjalan, dengan disertai atau tanpa motif itu.

Di samping itu kita membongkar realiti sejarah, kita tidak boleh lupa pokok dan inti tabiat agama ini, dan jangan sekali-kali kita cuba mencampur-adukkan inti itu dengan realiti yang berbentuk pertahanan yang bersifat sementara itu.

Memang benarlah agama ini mesti mempertahankan diri dari setiap serangan yang datang, kerana justeru wujudnya dalam bentuk pengistiharan umum ketuhanan Allah, Tuhan Seru sekalian alam dan pengistiharan kebebasan umat manusia daripada pengabdian diri kepada sesama umat manusia, dan penjelmaan wujudnya dalam organisasi yang aktif di bawah satu pengarah baru yang bukan pengarah jahiliyah, serta lahirnya sebuah masyarakat bebas yang berlainan bentuknya daripada yang telah sedia ada, yang tidak mengiktiraf kekuasaan sesama umat manusia, kerana kekuasaan yang sebenarnya adalah kepunyaan Allah SWT sahaja.

Ya, memanglah wujudnya agama ini dalam bentuk yang disebutkan tadi dengan sendirinya mengancam masyarakat jahiliyah yang ada di sekitarnya, yang ditegakkan atas dasar pengabdian oleh manusia atas sesama umat manusia. dengan sendirinya pula masyarakat jahiliyah itu akan berusaha menyepak dan menerajangnya dengan tujuan untuk memusnah dan membunuhnya sama sekali, bagi mempertahankan hidup masyarakat jahiliyah itu dan dengan demikian maka masyarakat yang baru muncul itu terpaksa mempertahankan dirinya.

Inilah kesulitan dan keserabutan yang tak dapat dielakkan, sebab ia sama jadi dan sama lahirnya dengan Islam sendiri. Inilah pertarungan yang mesti dihadapi oleh Islam, dan sama sekali tidak dapat ia mengelakkan diri darinya. Inilah peraturan semula jadi yang tak dapat dihindarkan.

Ini semuanya adalah fakta dan kebenaran mengikut pandangan inilah Islam mesti mempertahankan hidup dan wujudnya, dan mesti ia sanggup mengharungi medan perjuangan mempertahankan dirinya. Hal ini pasti dan tidak dapat dielakkan.

Ada satu lagi hakikat yang lebih penting daripada yang telah disebutkan tadi, iaitu telah menjadi sifat semula jadi Islam bahawa ia sentiasa bergerak terus menerus tanpa mempedulikan halangan dan rintangan, untuk menyelamatkan "manusia" di dalam "bumi" daripada terpaksa mengab
=================================== Ada satu lagi hakikat yang lebih penting daripada yang telah disebutkan tadi, iaitu telah menjadi sifat semula jadi Islam bahawa ia sentiasa bergerak terus menerus tanpa mempedulikan halangan dan rintangan, untuk menyelamatkan "manusia" di dalam "bumi" daripada terpaksa mengabdikan dirinya kepada yang lain daripada Allah.

Hal ini tidak terhad dalam lingkungan geografi sahaja, tidak juga terlingkung dalam sempadan golongan dan kaum sahaja, dengan membiarkan "manusia", semua jenis urnat manusia di atas bumi ini seluruh "Pelusuk bumi" merengkok di bawah kuasa kejahatan, kemusnahan dan pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah.

Sesungguhnya kuasa-kuasa yang menentang Islam itu telah pernah membuat keputusan untuk tidak lagi menyerang Islam, seandainya Islam sanggup membiarkan mereka meneruskan sikap dan dasar pengabdian diri kepada yang lain daripada Allah, dalam lingkungan mereka sendiri, dan dalam batas negeri mereka sendiri. Kalaulah Islam sanggup membiarkan mereka menjalankan peranan mereka dengan cara tidak mendakwah Islam dan menyebarkan pengistiharan umumnya itu.

Tetapi Islam tidak pernah mahu bertolak ansur dengan mereka, kecuali setelah mereka mengaku akan tunduk dan patuh di bawah kekuasaan Islam dalam bentuk membayar jizyah, sebagai jaminan bagi terbukanya pintu dakwah Islam tanpa diganggu-gugat oleh apa jua kekuasaan pun di dalam neger
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby ABU SIRR on Mon Apr 26, 2004 5:50 pm

Makna Jihad....

1.Jihad adalah amalan ke arah kebaikan dan menghindari segala kemungkaran.


2.Jihad bukan sahaja bermakna perang suci (Holy war)


3.Ia adalah perjuangan berterusan mengalahkan nafsu jahat dan pengaruh syaitan, untuk mendapatkan keredhaan Allah.


4.Jihad dilakukan melalui kata-kata lembut yang penuh hikmah dan tindakan yang bijaksana.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby ABU SIRR on Sun May 02, 2004 11:16 am

UTAMAKAN SERTA HAYATILAH JIHAD AL-KUBRA.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby fikrul mustanir on Sun May 16, 2004 9:54 pm

Assalamualaikum,

Saya tampalkan semula artikel yang pernah dihantar oleh sdr. Mujhied di sini http://bicaramuslim.com/bicara5/viewtopic.php?t=5362

Pada pendapat saya ia lebih tepat berdasarkan Islam berbanding dengan artikel yang ditampal oleh Abu Sirr.

JIHAD DALAM ISLAM

Telah banyak perbahasan yang membincangkan persoalan JIHAD dan tidak dinafikan ada yang pro dan kontra. Maka sekali lagi AJ ingin membawa para pembaca melihat kembali kepada persoalan JIHAD DALAM ISLAM. Sebelum meneruskan pembahasan AJ akan cuba menerangkan terlebih dahulu Definisi Jihad, Tujuan Jihad dan Sejarah pengeruhan maksud Jihad. Semoga dengan ini, ianya dapat menjelaskan apa yang selama ini ‘malap’ di fikiran kita. InsyaAllah semoga Allah melapangkan dada kita untuk menerima kebenaran.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang mulia yang mafhumnya:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan rasulNya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar (iaitu) di antara ahli kitab kecuali mereka membayar jizyah dengan kepatuhan yang rela dan merasa diri mereka ditawan." (At-Taubah:29)

"Perangilah orang-orang musyrik semuanya, sebagaimana mereka memerangi kamu semua" (At-Taubah: 36) [sila rujuk kembali untuk kepastian]

Definisi Jihad

Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan ISLAM, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah shari’ahnya.

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi shari’ah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da’wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya".

Islam bukan satu agama Arab, dan tidak dikhususkan kepada kaum Arab. Allah SWT.berfirman:

"Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui." (As- Sabak:2

Maka dari ayat di atas telah jelaslah, Islam perlu disebarkan ke seluruh umat manusia; dakwah adalah asas dasar luar negeri bagi daulah Islam semenjak Rasulullah saw mendirikan daulah di Madinah dan akan diteruskan hingga ke akhir zaman dan caranya ialah dengan Jihad. Rasulullah saw bersabda:

"Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata ‘La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah’. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab)."

Dan Rasulullah saw juga bersabda:

"Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya."

Tujuan Jihad

Jihad adalah alat yang digunakan oleh Daulah Islam untuk menyebarkan serta menyampaikan syi’ar Islam. Ianya digunakan sebagai tindakan fizikal menghapuskan segala halangan kepada dakwah Islam dan dengan cara inilah Islam dibawa keseluruh kawasan Daulah Islam baik pada zaman Rasulullah mahupun zaman para sahabat dan begitu juga di zaman khulafa’ yang seterusnya. Ianya mempunyai tiga peringkat. Yang pertama, penduduk disesuatu kawasan itu akan diajak memeluk Islam, dan mereka akan diberi tempoh untuk mengkaji dan memahami Islam; sekiranya mereka menolak mereka akan dipelawa menjadi rakyat Daulah Islam dengan membayar ‘jizyah’ dan Islam akan diimplimentasikan ke atas mereka, dan mereka akan diberikan hak -hak yang sama seperti mana-mana umat Islam. Sekiranya pelawaan ini ditolak juga, maka tatkala itu barulah tentera Islam akan berjihad.

Perlulah difahami bahawa jihad hanyalah untuk menghapuskan rintangan terhadap dakwah kepada Islam; bukan untuk menakluk atau memperhambakan mana-mana kaum dan bukan untuk membina empayar dan tidak sekali untuk memaksa seseorang itu memeluk Islam. Allah SWT berfirman:

"Tidak ada paksaan dlama agama..." (Al-Baqarah: 256)

Jika diteliti setiap satu ‘sariah’ serta ‘ghazwah’ Rasulullah saw, kita dapati kesemuanya merupakan jihad menyerang (offensive) dan hanya satu sahaja yang merupakan defensif (itu pun merupakan satu tindakan yang taktikal sewaktu Perang Khandak). Tetapi dalam konteks masa kini, semua bentuk jihad yang wujud hanyalah jihad defensif berbeza dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

Pengeruhan Maksud Jihad

Askar Daulah Islam, di waktu itu digeruni seluruh dunia; setelah Daulah Islam diruntuhkan, kaum orientalis telah berjaya untuk menanam pemikiran yang karut untuk memastikan supaya umat Islam kekal lemah, mereka berusaha dan berjaya untuk mengeruhkan beberapa konsep ideologi Islam; salah satu daripada konsep yang dikeruhi ialah konsep Jihad.

a. Semasa Inggeris menjajah India (iaitu tanah Islam) mereka telah mendatangkan kumpulan Qadiani, untuk mengelirukan umat serta menghabiskan usaha serta masa umat Islam; kumpulan ini menyarankan fahaman salah bahawa ‘jihad telah dibatalkan’. Perlu dinyatakan di sini bahawa pihak Inggeris memang takutkan kesanggupan umat Islam di wilayah India untuk berjihad menentang mereka sekiranya diarahkan oleh Khalifah di masa itu.

b. Musuh-musuh Islam cuba juga untuk menanamkan fahaman ‘jihad hanyalah untuk bertahan (defensive)’. Antara Ulama-ulama yang menyarankan pendapat begini pada masa itu ialah Muhammad Abduh dari Mesir. Pendapat ini masih disarankan oleh mereka yang telah patah semangat, dan cuba untuk menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman kufur dan thagut.

c. Mereka cuba memberatkan jihad dari segi istilah bahasa dan cuba mengelakkan dari istilah syari’ah. Dengan itu, setiap kali jihad disebut, terus fahaman yang diambil ialah ‘usaha sedaya upaya’ dan ini memadamkan api umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.

d. Fahaman jihad sengaja dialihkan kepada ‘jihad menentang hawa nafsu, atau jihad menentang hasutan syaitan’. Dalil yang mereka bawa ilah riwayat seorang sahabat yang berbunyi: "Kami baru pulang dari suatu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar." Seorang sahabat yang lain bertanya: "Apakah jihad yang lebih besar itu ?" Beliau menjawab, "Jihad menentang hawa nafsu," (dipetik dari ‘Al-Asrar al Marfu’a’-Mulla al Qari’)

o (ibn Hajar) Al Asqalani (kurun ke-12) menyatakan bahawa ini adalah kata-kata Ibrahim b. Abla (yakni bukannya kata-kata Rasulullah saw).

o Hafiz Iraqi menyatakan bahawa isnadnya daif (‘Kanz Al Ummal’ Bab 4, H.616)

o Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa isnadnya daif (‘Al Furqan)

o Lain-lain ulama Islam termasuk Qurtubi dan Suyuti menyatakan hadith ini daif.

Riwayat ini jelas bercanggah dengan ayat-ayat di dalam Al Quran. Terdapat 121 ayat yang menyebut mengenai jihad menentang orang kafir. Ramai ahli hadith menggolongkan ianya sebagai hadith maudu’(palsu). Masalahnya sekarang ada di antara cendiakawan kita yang cuba menyarankan da’yah palsu orientalis. Sebagai contoh: Cik Salina Haji Zainol dalam artikelnya sepanjang 4 halaman bertajuk; Konsep Jihad Menurut Islam di dalam majalah Visi (terbitan IKIM) keluaran Januari-Mac 1995, telah menulis, "Adalah tidak tepat jika jihad disamaertikan dengan perang". Seterusnya artikel itu meneruskan proses mengeruhkan lagi erti kata ‘jihad’, bila dinyatakan jihad dalam Islam melingkungi jihat nafsu dan sebagainya. Begitu jua dengan buku terbitan terbaru Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) yang bertajuk "Ikhtibar Jihad Rasulullah" yang menjelaskan pengertian jihad sebagai "penggemblengan tenaga dengan menggunakan cara-cara yang aman. Peperangan hanya dilancarkan apabila keadaan memerlukan seperti memelihara keselamatan para pendakwah dan demi mempertahankan negara".

e. Jihad dari segi syari’ah terbahagi kepada dua jenis:

o Jihad menyerang (offensive) ini didirikan oleh Daulah Islam

o Jihad mempertahankan (defensive) dilakukan apabila uma/tanah Islam diserang oleh musuh Islam (kafir)

I. Kedua-dua bentuk jihad adalah wajib, tetapi kini, jihad yang pertama tidak didirikan. Musuh Islam tidak henti-henti menyerang umat Muhammad saw dan dengan kehilangan Daulah Islam, akibat mereka sibuk dengan jihad yang kedua sahaja.; ini menghalang umat dari memberi tumpuan kepada masalah dan wajib asasi iaitu penegakkan keseluruhan Islam.

II. Jihad mempunyai fungsi yang khusus dalam Islam, ianya merupakan thariqah ataupun kaedah Daulah Islam menyebarkan syiar Islam. Dengan itu, jihad mempunyai objektif yang khusus. Syuhada (mati syahid) hanyalah ganjaran bagi orang Islam yang terkorban di medan perang, maka mati syahid itu hanyalah hasilan sampingan dari berjihad; tapi kini, umat Islam mengejar syahid, tanpa menghiraukan objektif jihad yang sebenar, seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.

III. Justeru itu juga, umat Islam melalaikan isu rancangan dan persiapan jihad dan era selepas jihad. (Kita menyaksikan keadaan yang sedih di Afghanistan). Akibatnya nasib umat Islam tidak berubah, beredar dalam pusaran pedih yang tidak putus-putus.

f. Jihad disalahgunakan tak mengira Islam atau tidak. Sekiranya kita memahami maksud jihad dari syari’ah Islam, tidak mungkin berlaku ‘jihad menentang sesama Islam’ seperti diAlgeria, Afghanistan dan tidak mungkin juga jihad digunakan sebagai kaedah untuk menegakkan Daulah Islam!.

g. Akhirnya, ada di antara umat Islam yang menganggap jihad meliputi mana-mana perjuangan yang dianggap ‘munasabah’ dari segi fikirannya sendiri; mereka menganggap perjuangan kemerdekaan Amerika, British, Perancis, Komunis sebagai ‘jihad’. Islam langsung tidak diambil kira; kafir dan Muslim tidak dibezakan. Begitu juga berlakunya penyalahgunaan erti jihad oleh pihak ‘Gerakan Islam’ yang menyatakan ‘jihad dalam pilihanraya’ ataupun jihad dalam sistem kufur (demokrasi).

Penutup

Mengikut dalil ayat-ayat Al-Quran yang telah dinyatakan dipermulaan artikel ini, jelaslah bahawa jihad dalam islam tidak langsung menggambarkan bentuk-bentuk jihad yang disebutkan di atas. Jika bentuk-bentuk sebeginilah yang difahami sebagai jihad maka sia-sialah segala pengorbanan Rasulullah dan para sahabat yang disirami dengan titisan air mata dan dibajai dengan darah dalam meninggikan kalimah syahadah di bumi Allah ini. Sekiranya hawa nafsulah yang dijihadkan maka adalah lebih baik Rasulullah duduk diam sahaja di rumah dan mendidik hawa nafsunya sahaja tanpa keluar berperang sehingga menumpahkan darah. Amatlah menyedihkan sekiranya kita merasakan diri kita sebagai golongan yang menyeru kepada Islam tetapi pada waktu yang sama melaungkan fahaman jihad yang begini; tanpa memahami dengan jelas konsep-konsep Islam yang tulen.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata:

"Tiada siapa yang telah memasuki syurga akan mahu pulang ke dunia, walaupun jika ianya diberi segala apa yang dikandungi dunia; kecuali yang syahid, dia akan asyik mengharapkan dapat pulang ke dunia dan disyahidkan 10 kali lagi ‘fi sabilillah’ disebabkan penghormatan yang diberi sebagai balasan syahidnya." [Bukhari dan Muslim]

"'Akan datang segolongan manusia pada hari kiamat di mana iman mereka adalah iman yang dahsyat, cahaya mereka memancar disekeliling mereka. Dikatakan oleh para malaikat pada mereka: 'Khabar gembira buat kalian pada hari ini. Salam sejahtera ke atas kalian. Masuklah ke dalam syurga selama-lamanya'. Para malaikat dan para nabi merasa gembira kerana kecintaan Allah ke atas mereka. Para sahabat bertanya: 'Siapakah mereka itu wahai Rasullullah?'. Dijawab: 'Mereka bukan dari kita. Kalian adalah sahabat-sahabatku. Mereka adalah kecintaanku. Mereka akan datang selepas kalian, yang pada saat itu, mereka dapati Al-Quran telah diabaikan dan As-Sunnah ditinggalkan. Namun mereka kemudian mempelajarinya dan mengajarkannya. Mereka dikepung oleh berbagai siksaan dari setiap tempat dan penjuru lebih dari apa yang menimpa kalian. Iman salah seorang dari mereka sebanding dengan 40 orang dari kalian. Dan syahid seorang dari mereka sebanding dengan 40 syahid dari kalian, sebab kalian mendapat dukungan dalam mempertahankan kebenaran. Mereka dikepung oleh berbagai kezhaliman dari berbagai penjuru. Mereka berada di Baitul Maqdis. Ya Allah, tolonglah mereka, jadikanlah mereka sebagai pengikut-pengikut (teman-temanku) di Al-Haudh (telaga nabi di syurga) (Thabrani)



'Apabila telah bermaharajalela (muncul) dalam diri kalian dua kemabukkan: mabuk kebodohan dan mabuk kecintaan terhadap kehidupan, maka saat itulah kalian tidak memerintah kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Pada waktu itu orang yang terus berpegang dengan Kitabullah baik secara sembunya maupun terang-terang adalah setara dengan para pendahulu dari Muhajirin dan Anshar'

(Na'im bin Hammad dari Ibnu Wadhah)

'Orang yang terus berpegang pada agama dan sunnahku di zaman yang penuh dengan kemungkaran bagaikan orang yang menggenggam bara api. Siapa saja yang melaksanakan sunnahku pada saat demikian itu pahalanya senilai 50 orang dari kalian (sahabat)'

(Ibnu Wadhah dari Abu Tha'labah al-Khusyaini)

Semoga kita terus berjuang mengembalikan kehidupan Islam dimuka bumi ini!

wallahua'alam....ialliqo'
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2441
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby Tok Ledang on Wed May 26, 2004 12:44 am

adakah sama erti/maksud 'berjuang' dan 'berperang'?
Image
User avatar
Tok Ledang
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 932
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: JB mali...

Postby fikrul mustanir on Thu May 27, 2004 5:41 pm

adakah sama erti/maksud 'berjuang' dan 'berperang'?


Tak sama, kerana perang itu hanyalah sub-set dari perjuangan. :)
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2441
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby ABU SIRR on Thu May 27, 2004 7:00 pm

TANGGUNGJAWAB UMAT TERHADAP JIHAD
Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:
“Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah berlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)" *1


SYARAH AL HADIS

Hadith ini memasukkan mereka yang tidak menyertai jihad atau berhasrat menyertai jihad sebagai golongan yang mati di atas satu cabang dari nifaq (sifat munafiq). Ini kerana sifat golongan munafik sejak pada zaman Nabi S.A.W. takutkan dan enggan menyertai perang jihad.
Perkataan jihad di dalam Islam memang luas maksudnya. Ianya merangkumi, jihad harta benda, pendidikan, dakwah dengan lisan, penulisan dan seumpamanya. Namun apabila kita menyebut peperangan atau di dalam bahasa Arabnya al-Harb, atau disebut sebagai al-Jihad al-Qitali iaitu jihad peperangan atau mungkin diterjemahkan sebagai perang jihad maka kita maksudkannya ialah peperangan menentang musuh demi menegakkan al-din dengan senjata. Kata al-Zurqaniy (wafat 1222H):
“Jihad di segi syarak ialah mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kuffar” *2

Islam tidak memerangi golongan kuffar melainkan dengan alasan yang kukuh iaitu pencerobohan atau kemelampauan terhadap umat Islam. Inilah pegangan jumhur (majoriti) ulama bahawa `illah (punca) sebenar mereka diperangi ialah (al-Hirabah) iaitu kerana penentangan dan peperangan yang mereka lancarkan. Oleh itu, bagi golongan non-muslim yang tidak melancarkan peperangan dan permusuhan mereka terhadap umat Islam, maka mereka tidak diperangi dan dibunuh. Antara dalil-dalil dalam perkara ini ialah ayat-ayat berikut:

Firman Allah, maksudnya :

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas” (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Juga ayat 36 daripada Surah al-Taubah, maksudnya:

“Perangi golongan musyrikin itu keseluruhannya seperti mana mereka mereka memerangi kamu keseluruhan”.

Ayat-ayat ini dan beberapa ayat-ayat lain adalah jelas menunjukkan peperangan yang dilancarkan ke atas mereka adalah di atas sikap dan tindakan salah yang dilakukan mereka, bukan kerana kekufuran. Bahkan dalam Surah al-Mumtahanah ayat 8-9 begitu jelas Allah menyatakan (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Al-Imam al-Tabariy (wafat 310H) setelah membentang pendapat-pendapat mengenai ayat di atas, berkata:

“Pendapat yang lebih tepat ialah; ayat ini bermaksud Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan adil kepada sesiapa yang tidak memerangi kamu dari kalangan semua agama. Ini kerana Allah menyebutnya secara umum dengan katanya “orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu” merangkumi sesiapa sahaja yang bersifat demikian” *3

Perang jihad bukanlah fardu `ain pada setiap masa. Pendapat yang kuat ialah jihad hukumnya fardu kifayah. Ini adalah pendapat (jumhur) majoriti para fuqaha. Dalil mereka ialah firman Allah, maksudnya:

“Tidaklah sama kedudukan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) di kalangan orang-orang yang beriman tanpa keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Setiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan al-husna (syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar."

Dalam ayat ini Allah menjanjikan untuk golongan mujahidin dan juga mereka yang tidak pergi berperang dengan balasan al-husna iaitu syurga. Sedangkan tidak mungkin seseorang yang melanggar arahan Allah tidak akan dijanjikan syurga. Ini menunjukkan mereka yang tidak pergi berperang adalah tidak berdosa. *5

Firman Allah juga, maksudnya:

“Dan tidak sepatutnya mereka yang beriman keluar semuanya (pergi berperang), hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga." *6

Di sisi jumhur (majoriti) ulama, dalil-dalil ini menunjukkan bahawa al-jihad al-qitali atau berperang di jalan Allah bukannya fardu `ain, sebaliknya ianya adalah fardu kifayah.
Namun begitu para ulama kesemuanya bersepakat bahawa dalam beberapa keadaan tertentu, jihad yang fardu kifayah tersebut bertukar menjadi fardu `ain. Keadaan-keadaan itu ialah:

Keadaan Pertama

Apabila tanahair umat Islam diserang oleh musuh. Ketika itu jihad menjadi fardu `ain. Tiada beza dalam keadaan ini samada yang tua dan muda. Kewajipan ini terlebih dahulu, mesti dilaksanakan oleh penduduk yang diserang oleh musuh. Kemudiannya ke atas penduduk muslimin yang berjiran dengan mereka -jika pertolongan mereka diperlukan-. Seterusnya ke atas seluruh umat, jika mereka diperlukan untuk menyelamatkan nrgeri tersebut. Kata al-Imam al-Nawawiy (wafat 676H):
“Jihad itu bukan fardu `ain, ianya hanya fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian yang memenuhi tuntutan tersebut, maka gugurlah dosa ka atas yang lain. Jika kesemua mereka meninggalkannya maka kesemuanya berdosa. Kata para ulama mazhab kita (ulama al-Syafi`iy) jihad pada hari ini (pada zaman beliau) adalah fardu kifayah, kecuali jika musuh menyerang sesuatu negeri (umat Islam), maka jihad ketika itu menjadi fardu `ain ke atas mereka. Jika mereka tidak mencukupi, maka wajib ke atas penduduk yang berdekatan untuk menyempurnakannya” *7

Kata al-Jasas (wafat 370H):

“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin” *8
Ini semua di atas dasar umat Islam adalah bersaudara. Sempadan geografi dan politik tidak boleh untuk memisah persaudaraan yang dibina di atas akidah dan tauhid.


Keadaan Kedua

Apabila pemerintah memilih dan menentukan individu atau golongan tertentu untuk pergi berperang, maka wajib mereka mentaatinya. Ianya menjadi fardu `ain ke atas mereka. Ini berdasar firman Allah yang kita sebutkan di awal tajuk (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih sukakan kehidupan dunia melebihi akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi berperang pada jalan Allah (membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” * 9.

Juga dalam riwayat daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiada lagi hijrah (dari Mekah ke Madinah) selepas pembukaan Mekah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu dipanggil oleh pemerintah untuk berperang, maka berangkatlah”. *10

Adalah perlu diingatkan bahawa apabila pemerintah muslim meminta rakyat berjihad bersamanya menghadapi kuffar maka wajib mereka mentaatinya tanpa perlu melihat kepada peribadi pemerintah samada dia seorang yang adil atau zalim. Ini kerana persoalan menentang musuh-musuh Allah demi mempertahankan agama adalah kewajipan yang tidak terhenti atau terbatal hanya disebabkan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah. Apabila rakyat pasti apa yang diajak oleh sesebuah pemerintahan itu benar-benar jihad yang dituntut oleh Islam, maka wajib menyahut seruan tersebut sekalipun sebelum ini pemerintah itu bukan seorang yang baik. Demikian juga apabila pemerintah mengajak kepada sesuatu kebaikan maka tidak perlu dipertikaikan keperibadiannya dalam memberikan ketaatan. Inilah perkara yang diingatkan oleh para ulama sejak dahulu lagi iaitu; umat wajib mentaati pemerintah yang muslim dalam persoalan kebaikan dan kebajikan. Antaranya al-Imam Abu Daud (wafat 275H) memasukkan dalam sunannya iaitu Sunan Abi Daud di dalam Kitab al-Jihad bab Fi al-Ghazw ma`a aimmah al-Jaur (bab mengenai berperang bersama dengan pemimpin-pemimpin yang zalim).

Kata al-Khattabiy (wafat 388H):

“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama-sama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ianya wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” *11.

Demikian juga kata al-Imam Abu Uthman al-Sabuni (wafat 449H):

“Ashab al-Hadith (ulama hadith) berpegang bahawa hendaklah bersolat jumaat, hariraya dan selainnya di belakang pemerintah yang muslim, samada dia (pemerintah tersebut) seorang yang baik atau jahat. Juga ashab al-hadith (ulama hadith) berpegang bahawa kewajipan jihad menentang kuffar bersama dengan pemerintah sekalipun mereka itu zalim dan jahat” *12.

Keadaan Ketiga

Ketika bertembung antara tentera Islam dan kuffar atau apabila tercetus peperangan. Ketika itu haram bagi sesiapa yang berada di medan tempur lari meninggalkan medan. Ianya menjadi fardu `ain ke atas diri tentera yang berada di medan untuk turut berperang bersama dengan para pejuang yang lain. Haram sesiapa pun berpaling dan lari meninggalkan medan perang. Firman Allah, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya." (Surah al-Anfal: ayat 45).

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya:

“Wahai manusia! Janganlah kamu mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kesejahteraan daripada Allah. Namun apabila kamu bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah kamu, sesungguhnya syurga itu berada di bawah bayangan pedang” *13

Sabda baginda juga:

“Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan menuduh zina terhadap perempuan-perempuan yang baik, yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan zina serta beriman." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ternyata lari dari medan tempur adalah kesalahan yang besar di sisi agama kerana meninggalkan jihad. Ini kerana perbuatan lari dari medan jihad ketika peperangan berlangsung adalah pengkhiatan terhadap para pejuang yang lain yang sedang bersabung demi akidah dan maruah. Ianya juga akan merosakkan strategi dan melemahkan semangat para pejuang yang lain. Al-Imam al-Zahabiy (wafat 748H) memasukkan kesalahan ini di dalam senarai dosa-dosa besar di dalam kitabnya al-Kabair. *15

Apabila jihad menjadi fardu `ain ke atas seorang muslim maka dia wajib menyertainya atau berhasrat menyertai jika dia tidak mampu.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H):

“Jihad itu sekalipun fardu kifayah, namun setiap mukmin pada asas diperintahkan dengannya. Maka hendaklah setiap mereka beriktikad tentang kewajipannya serta berazam untuk melakukannya apabila menjadi fardu `ain kepadanya. Justeru itu Nabi S.A.W bersabda: “Sesiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang (jihad) dan tidak pernah terlintas dalam dirinya untuk berperang (berjihad), maka dia mati atas satu cabang nifaq (kemunafikan)”. *16

PENGAJARAN SEMASA

1. Umat Islam hari ini adalah bertanggungjawab untuk membela saudara muslim yang sedang ditindas di serata dunia. Jihad dalam peringkat sebegini boleh mencapai ke peringkat fardu `ain, terutama ke atas bahu para pemerintah umat.

2. Jika kita tidak mampu untuk membela saudara kita kaum muslimin lain yang tertindas disebabkan halangan-halangan yang ada, maka kita hendak berazam satu hari nanti untuk melaksanakan tanggungjawab itu apabila Allah membuka ruang untuk kita.

3. Antara tanda umat Islam berazam membela saudara mereka yang tertindas ialah dengan cara membina kekuatan persenjataan negara-negara umat Islam dan memastikannya berada di tangan mereka yang berhasrat membela umat.

RUJUKAN

*1 - Riwayat Muslim dalam al-Imarah, al-Nasai dalam al-Jihad dan Abu Daud dalam al-Jihad.
*2 - Al-Zurqani, Syarah al-Zurqaniy `ala Muwatta’ al-Imam Malik (Beirut, Dar al-Kutub al-`iIlmiyyah, 1411H) 3/3.
*3 - Muhamamad Ibn Jarir al-Tabariy, Jami’ al-Bayan ‘an Takwil Aiy al-Quran (Dar al-Fikr, Beirut) 28/66.
*4 - Surah al-Nisa’ 95
*5 - Dr. Abu Syariah, Nazariyyah al-Harb, m.s. 109, cetakan: Maktabah al-Falah, Mesir
*6 - Surah al-Taubah: 122.
*7 - al-Nawawiy, Syarh al-Nawawiy `ala Sahih Muslim, jilid 13, m.s. 9, cetakan Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabiy, Beirut
*8 - Ahkam al-Quran, 4/312.
*9 - Surah al-Taubah 38-39
*10 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim
*11 - al-Khattabiy, Ma`alim al-Sunan, 2/ 357, cetakan: Dar al-Ma’rifah, Beirut
*12 - Abi Uthman al-Sabuni, `Aqidah al-Salaf wa Ashab al-Hadith, m.s. 106, cetakan: M. al-Ghuraba` al-Athariyyah, Madinah.
*13 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
*14 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
*15 - lihat: al-Kabair, m.s. 70, cetakan: Dar al-Nadwah, Lubnan
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby ABU SIRR on Sat May 29, 2004 11:40 am

JIHAD BUKAN KEGANASAN
Ustaz Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا بَعَثَ جُيُوشَهُ قَالَ اخْرُجُوا بِسْمِ اللَّهِ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ لَا تَغْدِرُوا وَلَا تَغُلُّوا وَلَا تُمَثِّلُوا وَلَا تَقْتُلُوا الْوِلْدَانَ وَلَا أَصْحَابَ الصَّوَامِعِ

Dari Ibn `Abbas katanya: Rasulullah s.a.w apabila menghantar tenteranya maka baginda bersabda: “Keluarlah kamu (medan jihad) dengan nama Allah, perangilah di jalan Allah sesiapa yang kafir dengan Allah. Jangan kamu melanggar perjanjian, jangan kamu mengkhianati harta rampasan perang, jangan kamu rosakkan mayat, jangan kamu bunuh kanak-kanak dan ahli-ahli rumah ibadat”.
(Riwayat Ahmad)

عن ابن عمر: وُجِدَتِ امْرَأَةٌ مَقْتُولَةً فِي بَعْضِ مَغَازِي رَسُولِ اللَّهِ r فَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ عَنْ قَتْلِ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ

Dari Ibn `Umar r.a. “Seorang wanita di dapati terbunuh dalam satu peperangan (yang disertai Nabi s.a.w) maka baginda pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADITH

Hadith-hadith di atas adalah antara hadith-hadith yang menggariskan disiplin mujahidin Islam ketika berada di medan jihad. Sekalipun Islam mengajak umatnya berperang menegak serta mempertahankan maruah dan harga diri, Islam tidak mengizinkan umatnya bermaharajalela di medan peperangan di atas nama ianya peperangan seperti yang kita lihat apa yang dilakukan oleh kuasa-kuasa jahat terhadap negara-negara yang mereka perangi. Islam mengawal dan mengajar umatnya, sekalipun peperangan itu adalah peperangan, namun nilai-nilai keluhuran dan akhlak tetap wajib dituruti dan dipatuhi. Firman Allah:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas”. *3

Adalah mudah bagi bagi kita untuk mengamalkan sikap yang murni dan akhlak yang mulia dalam keadaan biasa dan aman. Ini kerana suasana aman menjadikan akal dapat berfikir dengan baik serta menguasai diri, tetapi perkara ini menjadi begitu sukar dalam suasana peperangan. Sekalipun begitu Islam tetap dengan kemuliaannya. Islam mewajibkan mereka yang berperang di atas namanya terus beriltizam dengan peraturan dan akhlak sekalipun ketika di medan perang. Peperangan di atas nama Islam adalah demi untuk meninggikan kalimah Allah. Juga supaya manusia dapat menerima dan melihat keindahan Islam. Ini tidak mungkin dengan cara ditumpahkan darah manusia sebanyak-banyak. Sebaliknya Islam meletakkan peraturan agar dikurangkan nyawa yang terkorban dan darah yang tumpah. Inilah lambang peradaban Islam yang tiada tolak bandingnya. Dengan itu, manusia akan menjadi jinak hatinya dengan agama ini. Inilah rahsia bagaimana Islam dapat berkembang pantas pada zaman kegemilangannya. Negara atau wilayah yang dimasuki oleh tentera Islam dengan pantas penduduknya akan beriman dengan ajaran Islam, tanpa sebarang paksaan, sebaliknya akhlak yang dipamirkan oleh tentera Islam. Tiada paksaan di dalam Islam untuk seseorang beriman dengan ajarannya. Kepercayaan dan keimanan sesuatu yang tidak mungkin terhasil dengan paksaan. Keimanan itu bermula dengan hati yang percaya. Sekiranya seseorang yang dipaksa itu mengucapkan sesuatu dengan lidah, namun jika hatinya tidak beriman, dia tetap dianggap tidak beriman. Pedang dan senjata tidak mungkin dapat memasukkan iman ke dalam hati manusia. Namun peranan pedang dan senjata ialah untuk menghapuskan tangan-tangan yang menghalang iman masuk ke dalam hati manusia lain.
Untuk itu Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya dibunuh mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak dibunuh selagi mereka tidak menzahirkan permusuhan dan penentangan bersenjata. Secara terperincinya, mereka ialah:

Pertama: Wanita dan kanak-kanak. Antara dalilnya, hadith daripada Ibn Umar r.a yang disebut di atas.
Kata al-Imam al-Syafi`iy (wafat 204H): “Tidak diharuskan sesiapapun di kalangan muslimin untuk sengaja membunuh wanita dan kanak-kanak (dalam peperangan), kerana Rasulullah s.a.w. melarang membunuh mereka.” *4

Kata Ibn Rusyd (wafat 595H): “Demikian juga tiada khilaf di kalangan ulama mengenai tidak harus membunuh kanak-kanak dan wanita selagi mereka tidak terlibat berperang. Apabila wanita turut berperang, maka dia boleh dibunuh. Ini semua berdasarkan apa yang pasti daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda melarang wanita dan kanak-kanak dibunuh.” *5

Kedua: Orang tua dan orang yang uzur. Jumhur ulama (majoriti), iaitu Abu Hanifah, Malik, Ahmad dan satu dari pendapat al-Syafi`iy, menyatakan mereka ini tidak dibunuh, melainkan jika dikhuatiri terhadap tindakan dan perancangan mereka di dalam peperangan. Dalilnya firman Allah di atas:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Maksudnya: “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas.” *6

Dalam riwayat yang dhaif daripada Abu Daud dikatakan Nabi s.a.w.bersabda:

انْطَلِقُوا بِاسْمِ اللَّهِ وَبِاللَّهِ وَعَلَى مِلَّةِ رَسُولِ اللَّهِ وَلَا تَقْتُلُوا شَيْخًا فَانِيًا وَلَا طِفْلًا وَلَا صَغِيرًا وَلَا امْرَأَةً وَلَا تَغُلُّوا وَضُمُّوا غَنَائِمَكُمْ وَأَصْلِحُوا وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Pergilah kamu (ke medan perang) dengan nama Allah, dengan Allah dan di atas agama Rasullulah!. Jangan kamu membunuh orang tua yang lemah, kanak-kanak, wanita. Jangan kamu mengkhianati harta rampasan, himpunkan harta peperangan kamu, buatlah yang elok dan baik, sesungguhnya Allah sukakan mereka yang berbuat baik.” *7
Sekalipun hadith ini sanadnya dhaif, namun golongan tua yang tidak membantu peperangan sama ada dari segi tenaga atau buah fikiran, tetap tidak wajar dibunuh. Ini dapat diqiaskan kepada wanita yang tidak membantu peperangan. Kata Ibn Daqiq al-`Id ابن دقيق العيد(wafat 702H): “Hukum asalnya ialah tidak boleh membunuh.
Hanya dibolehkan membunuh demi mengelakkan kemerbahayaan. Sesiapa yang pada kebiasaan tidak berperang (menentang tentera Islam) dan tidak berkemampuan untuk berperang maka dia tidak mendatang mudarat seperti mana mereka yang berperang. Maka hukumnya kembali kepada asal iaitu mereka itu tidak boleh dibunuh.” *8

Apa yang penting ialah mereka tidak bertindak membantu peperangan. Oleh itu pasti daripada Nabi s.a.w. juga bahawa baginda memerintahkan supaya dibunuh Zaid bin al-Summah yang berusia 120 tahun atau lebih kerana membantu tentera Hawazin. *9

Ketiga: Mereka yang beribadat di rumah-rumah ibadat. Dalilnya ialah riwayat Ibn `Abbas yang dinyatakan tadi.
Kata al-Syaukaniyالشوكاني (wafat 1250H): “Pada hadith ini dalil bahawa tidak boleh membunuh sesiapa daripada golongan kuffar yang hanya beribadat seperti paderi kerana mereka tidak memudaratkan kaum muslimin.” *10

Keempat: Para pekerja dan petani. Jumhur ulama menyatakan mereka tidak dibunuh. Dalilnya hadith Hanzalah al-Katib r.a., katanya:

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ r فِي غَزْوَةٍ فَرَأَى النَّاسَ مُجْتَمِعِينَ عَلَى شَيْءٍ فَبَعَثَ رَجُلًا فَقَالَ انْظُرْ عَلَامَ اجْتَمَعَ هَؤُلَاءِ فَجَاءَ فَقَالَ عَلَى امْرَأَةٍ قَتِيلٍ فَقَالَ مَا كَانَتْ هَذِهِ لِتُقَاتِلَ قَالَ وَعَلَى الْمُقَدِّمَةِ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ فَبَعَثَ رَجُلًا فَقَالَ قُلْ لِخَالِدٍ لَا يَقْتُلَنَّ امْرَأَةً وَلَا عَسِيفًا

Maksudnya:“Kami bereperang bersama dengan Rasulullah s.a.w. , lalu kami melintasi seorang wanita yang dibunuh. Ketika itu orang ramai berkumpul padanya, lantas mereka memberi ruang kepada baginda (untuk melihatnya). Baginda bersabda: “Dia ini (wanita tersebut) tidak turut berperang”. Kemudian baginda mengarahkan seorang lelaki, sabda baginda: “Pergi kepada Khalid ibn al-Walid, katakan kepadanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkannya dengan sabdanya: Jangan kamu bunuh kanak-kanak (dalam sebahagian riwayat: wanita) dan `asif (pengambil upah).” *11

Kata al-Sindiy (wafat 1138H): “Maksud pengambil upah di sini ialah yang mengambil upah menjaga tunggangan atau seumpamanya, bukan pengambil upah berperang.” *12 Antara tanda pengambil upah ialah mereka tidak bersenjata. *13

Mungkin termasuk juga di dalam pengambil upah ini ialah mereka yang hanya bertugas menyediakan makanan, atau yang membersihkan kem tentera dan seumpamanya. Selagi mereka tidak bertindak membantu peperangan, maka mereka tidak dibunuh.

Kelima: Para perwakilan dan diplomat. Ini berdasarkan hadith Abdullah bin Mas`ud, katanya: Ibn al-Nawahah dan Ibn Uthal datang kepada Nabi s.a.w sebagai perwakilan Musailamah (al-Khazzab). Baginda bertanya:

لَهُمَا أَتَشْهَدَانِ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ قَالَا نَشْهَدُ أَنَّ مُسَيْلِمَةَ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ النَّبِيُّ r آمَنْتُ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ لَوْ كُنْتُ قَاتِلًا رَسُولًا لَقَتَلْتُكُمَا قَالَ عَبْدُ اللَّهِ قَالَ فَمَضَتِ السُّنَّةُ أَنَّ الرُّسُلَ لَا تُقْتَلُ

Maksudnya:“Apakah kamu berdua mengakui bahawa aku ini Rasulullah”. Kata mereka berdua: “Kami menyaksikan bahawa Musailamah rasulullah”. Sabda Nabi s.a.w: “Aku beriman dengan Allah dan para RasulNya. Kalaulah aku ini boleh membunuh para perwakilan, nescaya aku bunuh kamu berdua”. Kata ‘Abdullah bin Mas`ud: “Telah menjadi suatu sunnah bahawa para perwakilan tidak dibunuh.” *14

Kata Syams al-Haq al-Abadi: “Pada hadith ini dalil yang menunjukkan haramnya membunuh para perwakilan.” *15

Demikian tingginya nilai tamadun yang dipegang oleh Islam sejak 1400 tahun lebih yang lalu. Ketika dunia belum lagi celik dan mengenali batasan-batasan peraturan dan hak asasi, Islam telah menggariskan peraturan dan hak dalam persoalan peperangan dan hubungan antarabangsa. Bukan sekadar atas nama kemanusiaan dan ketamadunan, bahkan atas nama agama yang membabitkan persoalan halal dan haram serta perhitungan pada hari kiamat. Ini semua adalah bukti bahawa tuduhan Islam sebagai agama ganas dan tidak berperikemanusiaan adalah palsu dan bohong. Tuduhan yang tidak berpijak di atas teks Islam yang sebenar. Islam sebenarnya telah mendahului tamadun dan peradaban yang wujud pada hari ini.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ عَنِ النَّبِيِّ أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ قَالَ أَقَطْ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَإِذَا قَالَ ذَلِكَ قَالَ الشَّيْطَانُ حُفِظَ مِنِّي سَائِرَ الْيَوْمِ
أخرجه أبو داود وصححه الألباني


RUJUKAN

*1 - Riwayat Ahmad, kata Ahmad Muhammad Syakir ketika mentahqiqkan musnad Ahmad, hadith ke-2728: “Sanad hadith ini hasan”
*2 - Riwayat al-Bukhari dan Muslim
*3 - Surah al-Baqarah: 190
*4 - al-Syafi`iy, al-Umm (Dar al-Ma’rifah, Beirut) 4/239.
*5 - Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid (Dar al-Fikr, Beirut) 1/280.
*6 - Surah al-Baqarah: 190.
*7 - Riwayat Abu Daud sanadnya dha`if.
*8 - Ibn Daqiq al-`Id, Ihkam al-Ahkam إحكام الأحكام (Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut) 4/184.
*9 - Syams al-Haq Abadi, `Aun al-Ma’bud, jld 7, m.s. 196, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut
*10 - Al-Syaukaniy, Nail al-Autar (Dar al-Jil, Beirut) 8/74.
*11 - Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad. Sanad Ibn Majah adalah sanad yang sahih. Al-Albaniy juga di dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah (hadith ke-701) menyatakan sahih. lihat: 2/314, (Maktabah al-Ma`arf li al-Nasyr, Riyadh)
*12 - al-Sindiy, Syarah Sunan Ibn Majah (Dar al-Ma’rifah, Beirut) 3/380.
*13 - `Aun al-Ma’bud, 7/236.
*14 - Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la kata al-Haithamiy (wafat 807H):Sanad-sanad mereka adalah hasan. Lihat: al-Hathaimiy, Majma’ al-Zawaid (Dar al-Rayyan, Beirut) 5/314.
*15 - `Aun al-Ma’bud, 7/314
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby ABU SIRR on Sat May 29, 2004 11:56 am

[quote="fikrul mustanir"]Assalamualaikum,

Saya tampalkan semula artikel yang pernah dihantar oleh sdr. Mujhied di sini http://bicaramuslim.com/bicara5/viewtopic.php?t=5362

Pada pendapat saya ia lebih tepat berdasarkan Islam berbanding dengan artikel yang ditampal oleh Abu Sirr.

Untuk makluman semua, artikel yang ditampal adalah sebagai memudahkan saudara semua yang berminat untuk membuat analisis perbandingan dari bermacam pandangan ulamak. Terpulang kepada saudara semua membuat pemilihan yang mana sesuai atau mana yang lebih kuat hujjahnya. Ini mungkin dapat membantu kita dari gejala taksub yang merosakkan perpaduan ummah.Wassallam. 8)
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1079
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Postby NOOR MISNAH on Thu Aug 26, 2004 10:29 pm

Jihad itu menegakkan Islam setelah usaha dakwah tak dihiraukan bagi menewaskan tembok pengadangnya supaya islam mampu memasuki negara bukan islam untuk menjadikan ianya Islam.
SETIAP YANG HIDUP, PASTI MATI,
SETIAP YANG BERMULA,PASTI ADA AKHIRNYA
NOOR MISNAH
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 78
Joined: Thu Apr 22, 2004 8:14 pm

Baik

Postby Ahdahwahdah on Fri Feb 18, 2005 11:34 pm

Ahdahwahdah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 50
Joined: Fri Feb 18, 2005 10:18 pm
Location: OWN

Postby Biduk on Mon Mar 28, 2005 3:38 pm

Meleret panjang
macam padang ragut di padang pasir
cerita, cerita, cerita, cerita and cerita
1000 tahun lagi pun masih lagi cerita
lembu pun tambah gemuk
and lupa diri
memang nak nahas ini lembu
Biduk
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 327
Joined: Tue Mar 19, 2002 8:00 am

Postby Elrondperedhil on Mon Apr 11, 2005 12:02 pm

bicaranya memang panjang, tapi masalahnya sekarang apa yang kerajaan-kerajaan islam ni buat untuk umat Islam yang tertindas oleh para kuffar?

1. menangkap dan memenjarakan mereka2 yang berpotensi dan berkeinginan untuk berjihad.

2. menyebarkan penafsiran2 yang menyeleweng berkenaan jihad dan memperalatkan hadis2 yang diragui dengan tujuan untuk menekan gerakan jihad.

3. berkerjasama dengan kuasa2 kuffar dalam menghentam sesama umat Islam.
Pandang tak semestinya suka, Suka tak semestinya Cinta. Kesimpulannya, jangan cepat perasan.
Elrondperedhil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 457
Joined: Tue Jul 08, 2003 9:09 am
Location: Dah Pindah PJ

Postby dania_natasya on Tue Apr 12, 2005 8:14 am

Elrondperedhil wrote:bicaranya memang panjang, tapi masalahnya sekarang apa yang kerajaan-kerajaan islam ni buat untuk umat Islam yang tertindas oleh para kuffar?

1. menangkap dan memenjarakan mereka2 yang berpotensi dan berkeinginan untuk berjihad.

2. menyebarkan penafsiran2 yang menyeleweng berkenaan jihad dan memperalatkan hadis2 yang diragui dengan tujuan untuk menekan gerakan jihad.

3. berkerjasama dengan kuasa2 kuffar dalam menghentam sesama umat Islam.



sekadar mencelah,

Sebenarnya di dalam ISLAM jihad offensive atau menyerang hanyalah dibuat setelah Daulah Khilafah wujud, di mana pada zaman Rasulullah, sebelum Negara Islam Madinah belum lagi wujud, baginda tidak pernah cuba untuk menyuruh umatnya melakukan jihad (menyerang mana-mana negara)....dan seingat kawan, ayat-ayat yang berkaitan dengan jihad turun selepas wujudnya negara ISLAM...

so, di sini apa yang dapat kita simpulkan bahawa.....dalam menegakkan negara ISLAM jihad bukanlah caranya.
sebelum kewujudan Daulah Islam, kita hanya dibolehkan untuk berjihad defensive iaitu jihad apabila di serang.

Oleh itu, apa yang penting dalam menegakkan Daulah ISLAM, kita semua perlu mengikut Thariqah RASULULLAH iaitu dengan berdakwah (dakwah pemikiran)

Setakat hari ini, kita masih belum mempunyai khalifah sebuah negara ISLAM, so kewajipan utama kita adalah untuk berusaha mengadakannya mengikut cara RASULULLAH....

so bila suatu hari nanti dah tertegak NEGARA ISLAM......
time tuhlah yang kita tunggu-tunggu untuk kita semua berjihad untuk sama membela nasib kaum muslimin yang ditindas dan melawan musuh ALLAH.........iaitu USA dan sekutu-sekutunya serta yang menentang ISLAM....
dan pastinya mereka akan jatuh jua......
Itu janji ALLAH....



"Ya, Allah jika Engkau mentakdirkan aku mati, maka matikanlah aku sebagai para syuhada' dalam perjuangan Agama-Mu"

Aamiin....

AllahuA'lam...


Wassalam....
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
dania_natasya
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 157
Joined: Mon May 24, 2004 1:20 pm

Postby Elrondperedhil on Thu Apr 14, 2005 3:33 pm

menegakkan khilafah Islamiah memang memerlukan kesedaran dikalangan umat Islam secara menyeluruh. namun begitu, tak dapat dinafikan kekuatan militer menjadi tulang belakang kepada usha menubuhkan sebuah daulah islam yang bersatu. tanpa kekuatan militer sebagai pelindung, adalah umpama mengeringkan kain ditengah hujan tanpa bumbung sebagai pelindung. musuh2 Islam akan sentiasa mengawasi perkembangan umat Islam dan sebarang percubaan membangunkan daulah islam pastinya akan menerima halangan sama ada secara politik atau pun ketenteraan. sejak turunnya wahyu mewajibkan jihad, umat islam tidak pernah berhenti menghayun senjata. peperangan sentiasa berlaku antara umat Islam dan org kafir. hinggalah ke hari ini dimana2 saja ada medan jihad.
Pandang tak semestinya suka, Suka tak semestinya Cinta. Kesimpulannya, jangan cepat perasan.
Elrondperedhil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 457
Joined: Tue Jul 08, 2003 9:09 am
Location: Dah Pindah PJ

Postby dania_natasya on Fri Apr 15, 2005 11:21 am

PERLU DIINGATKAN BAHAWA AYAT BERKAITAN DENGAN JIHAD ADALH TURUN SELEPAS TERBINANYA DAULAH ISLAM...

INI BERMAKNA PEMBINAAN KETENTERAAN YANG KUAT DIPERLUKAN BILA SUDAH WUJUDNYA DAULAH NANTI.....

PADA PENDAPAT ANA, KEKUATAN KETENTERAAN ITU BUKAN SAHAJA DI PANDANG PADA ALATAN DAN PErLATAN YANG DIGUNAKAN.....

TETAPI PADA KEIMANAN YANG ADA ALAM DIRI PEJUANG TERSEBUT.....

MAKSUDNYA DI SINI.....BILA DAULAH DAH WUJUD....MAKA JIHAD OFFENSIVE ADALAH WAJIB.....DAN KALAU ANALAH....ANA SECARA VOLUNTIEERR SANGGUP PEGI BERJUANG.....KERANA KEMATIAN yang ANA RINDUKAN... ADALAH SYAHID DI MEDAN JUANG.....KERANA MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH....

SO, BUAT MASA SEKARANG BAGI ANA, APA YANG PENTING....PEMBENTUKAN AKIDAH YANG PERLU DIBUAT.....
SEHINGGA WUJUDNYA NEGARA ISLAM NANTI....DAN TAK PERLU NAK MENGGUNAKAN KETENTERAAN SEBELUM WUJUDNYA KHILAFAH....
(kerana ITU BUKAN CARA rasulullaH).....

SEMASA BERDAKWAH DI MEKAH (SEBELUM WUJUDNYA NEGARA ISLAM)...BAGINDA TIDAK PERNAH MEMBINA KEKUATAN MILITAN....BAGINDA MEMBINA KEKUATAN AKIDAH.......
SO.....
BILA AKIDAH UMAT DAH MANTAP.....NANTI BILA WUJUD NEGARA ISLAM.....(TAK PERLU NAK DIGAJI....MANA-AMAN ASKAR YANG NAK PI BERPERANG) SEBAGAI IMBUHAN......

SEMUA LELAKI-LELAKI AKAN SECARA SENANG HATI UNTUK BERPERANG....
KERANA RINDUKAN SYAHID DALAM MEDAN PEPERANGAN......


SO....SEKALI LAGIH ANA INGIN TEGASKAN, BAHAWA MEMBINA MILITAN (PASUKAN KETENTERAAN) SEBELUM WUJUDNYA NEGARA ISLAM BUKAN METHOD RASULULLAH.....JADI.....SEMEsTINYA IA TERTOLAK....BUKAN BEGITU???


aLLAHU'aLAM......


p/s : TAK SABARNYA NAK TUNGGU KEDHADIRAN DAULAH KHILAFAH......
SEMOGA DOAKU MENJADI KENYATAANNN....AAMIINN....



WASSALAM...
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
dania_natasya
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 157
Joined: Mon May 24, 2004 1:20 pm

Postby Jamaah on Fri Apr 15, 2005 12:17 pm

Assalamualaikum,

Bila bercakap tentang jihad, beberapa pertanyaan timbul apakah benar JIHAD hari ini merupakan jihad sebagai peperangan (sabil) ketenteraan menentang musuh Islam dibawah Negara Islam pimpinan Khalifah. Sedangkan BILA, DIMANA Negara Islam kita tak tahu? Apakah ini sebenar JIHAD? Apakah ketika zaman Rasulullah berada di Mekah selama 13 tahun untuk membentuk aqidah, mengakui kebenaran ajaranya, dan baginda sebagai Rasul tidak dimanakan JIHAD?

Umat islam perlu sedar dan bangkit dari mimpi, mimpikan sebuah NEGARA ISLAM yang tidak tahu DIMANA dan BILA, sebaliknya berJIHADlah dengan diri sendiri bagi mengenal IMAM untuk umat BAIAH. Selagi umat tidak mengenal IMAM yang hak, yang azali, selagi itulah umat islam tidak dapat melepaskan diri dari fitnah yang sesat lagi menyesatkan. Wassalam
alQuran satu, Rasul satu, Imam (khalifah) satu suk-suk nah sampai kepuncak asal wasilatul qubra Nabi Muhammad solamhu.
Jamaah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 405
Joined: Mon Sep 08, 2003 5:12 pm

Postby dania_natasya on Fri Apr 15, 2005 2:09 pm

Jamaah wrote:Assalamualaikum,


Umat islam perlu sedar dan bangkit dari mimpi, mimpikan sebuah NEGARA ISLAM yang tidak tahu DIMANA dan BILA, sebaliknya berJIHADlah dengan diri sendiri bagi mengenal IMAM untuk umat BAIAH. Selagi umat tidak mengenal IMAM yang hak, yang azali, selagi itulah umat islam tidak dapat melepaskan diri dari fitnah yang sesat lagi menyesatkan. Wassalam



WAALAIKUMSALAM....

INI BUKAN MIMPI.....anta/anti....
INI ADALAH JANJI ALLAH....
SEBELUM KIAMAT AKAN WUJUD SEMULA NEGARA ISLAM YANG MENGIKUT METHOD RASULULLAH....

COME ON LAH BEB..........

ORANG KAFIR DAH JANGKA AKAN KEMUNCULANNYA....

HANG ANGGAP INI MIMPI??/

HANG SEBENARNYA KENA BANGUN DARI MIMPI......
takkan tak PAHAM LAGIH KOT MAKSUD JIHAD YANG SEBENARNYA.....??

DAH BERAPA ARTIKEL YANG DILETAKKAN???
FIKIRLAH SECARA CEMERLANG (FIKRUL MUSTANIR)

Wallahu'ALAM....

wassalam...
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
dania_natasya
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 157
Joined: Mon May 24, 2004 1:20 pm

Postby Jamaah on Fri Apr 15, 2005 3:01 pm

Saudara Dania,

Bila kawan baca tulisan saudara bab jihad ini
Setakat hari ini, kita masih belum mempunyai khalifah sebuah negara ISLAM, so kewajipan utama kita adalah untuk berusaha mengadakannya mengikut cara RASULULLAH....

so bila suatu hari nanti dah tertegak NEGARA ISLAM......
time tuhlah yang kita tunggu-tunggu untuk kita semua berjihad untuk sama membela nasib kaum muslimin yang ditindas dan melawan musuh ALLAH.........iaitu USA dan sekutu-sekutunya serta yang menentang ISLAM....
dan pastinya mereka akan jatuh jua......
Itu janji ALLAH....


Saudara ambil satu hadis akhir zaman, lepas tu dok syarah. Benar hadis ada menegaskan kejayaan umat islam, dan disamping itu jangan lupa jika dimasatulah saudara kata baru nak berjihad....hai umur kita sampai ko masa tu? Tidak tahu bila.....dimana.

Oleh itu kawan rasa kita bolehlah fikirkan, dengan semangat yang ada pada kita, kita buat dulu (implement) yang mana yang boleh kita buat (JIHAD). Pertama BAIAH pada imam dulu. Bila pakat baiah, duduk dalam satu jalan/tariq/sirat,...masanya akan tiba bila.....dah ada majority taktas menuju majoritas stratagas sejajar dengan undang-undang wadii. Wassalam.
alQuran satu, Rasul satu, Imam (khalifah) satu suk-suk nah sampai kepuncak asal wasilatul qubra Nabi Muhammad solamhu.
Jamaah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 405
Joined: Mon Sep 08, 2003 5:12 pm

Postby Elrondperedhil on Sat Apr 16, 2005 9:08 pm

memang kalau nak dikirakan, tak ramai antara kita yang mempunyai kemampuan kewangan utk pergi berjihad (kecuali medan perang jihad cuma kat sebelah rumah je). namun begitu tak semestinya kita lepas tangan begitu sahaja. jika tak dapat keluar berjihad, maka tanamlah cita2 utk berjihad apabila ada kemampuan kelak. sekarang musuh2 Islam tidak akan memberi kita banyak pilihan. seperti yang George W Bush kata,"either you're with us, or against us". bahsa melayunya "sama ada anda bersama kami, atau menetang kami". ini jelas menunjukkan tiada lagi pihak yang boleh kata dia berkecuali. sama ada anda berpegang pada Islam dan berdepan dengan kemarahan USA, atau anda menyokong Bush dan berdepan dengan kemarahan ALLAH S.W.T.
Pandang tak semestinya suka, Suka tak semestinya Cinta. Kesimpulannya, jangan cepat perasan.
Elrondperedhil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 457
Joined: Tue Jul 08, 2003 9:09 am
Location: Dah Pindah PJ

Senjata sebelum Jihad

Postby Ahdahwahdah on Wed Apr 20, 2005 2:17 pm

Sebelum nak gi jihad baik dengan tangan atau dengan lisan ini senjata yang dipelukan.
http://groups.msn.com/JalanKesufian/messages.msnw
Ahdahwahdah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 50
Joined: Fri Feb 18, 2005 10:18 pm
Location: OWN

Khalifah Terakhir Millenium

Postby Ahdahwahdah on Wed Apr 20, 2005 2:44 pm

Teruskan jihad sesebenar jihad atas nama Allah. Baik Jihad pada tangan atau Jihad pada lisan. Kita kuasai ilmu Falasafah dan Teknologi . Kita ambil balik ilmu yang sepatutnya jatuh pada tangan orang Islam sebaliknya pergi pada orang yahudi. kita Cari Ilmu banyak-banyak.

Dan sebaik-baik Jihad adalah Jihadtunafsu.
Ahdahwahdah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 50
Joined: Fri Feb 18, 2005 10:18 pm
Location: OWN

Postby Ahdahwahdah on Wed Apr 20, 2005 2:59 pm

Sila hadir untuk sidang
http://forums.cjb.net/walisufi-post-47.html#47
Sekian
Ahdahwahdah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 50
Joined: Fri Feb 18, 2005 10:18 pm
Location: OWN

Postby WARIS on Wed Dec 28, 2005 4:38 pm

Islam Hadhari juga adalah sebahagian daripada jihad untuk memajukan umat Islam.
Agendanya berupaya membuka minda ortodok bahawa islam itu tak perlukan kemajuan seperti dalam sesetengah pemikiran umat Islam.

Kemajuan pada pandangan sesetengah umat Islam membawa kepada kebendaan yang akan dihisap satu persatu dan lambat nak masuk syurga.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9310
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby GOOKU on Thu Jan 26, 2006 11:27 am

Islam Hadhari juga adalah sebahagian daripada jihad untuk memajukan umat Islam.


Majunye Umat Islam sekarang ini...seperti baling kerusi kepada pelajar sekolah, black metal, mawi world, menyokong Ariel Sharon melakukan keganasan, pembuangan asid di kampung-kampung, dan macam-macam yang dibanggakan oleh mereka yang bangga dalam perjuangan "matlamat menghalalkan cara" (NISTA-itulah yang diucapkan)...
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2281
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Postby refah00 on Tue Mar 07, 2006 9:32 pm

Jihad adalah kewajipan yg berterusan sehingga hari kiamat dan maksud daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yg mati dan tidak pernah berperang(berjihad) dan tidak pernah berperang maka mati dalam keadaan Jahiliyyah".

Martabat jihad paling rendah ialah ingkar dalam hati dan setinggi2nya ialah berperang di jalan ALLAH.Antara jihad ialah jihad melalui perkataan, tulisan dan kekuatan dan mengucapkan kalimah yang hak di depan sultan yang zalim.

Dakwah tidak akan hidup kecuali dengan jihad.Jihad adalah jalan kita umat Islam.
Ibnu Azmi Asy-Syafie
refah00
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 250
Joined: Tue Mar 07, 2006 7:42 pm
Location: Kedah

Postby Elrondperedhil on Fri Mar 10, 2006 4:58 pm

JIHAD LISAN, pada masa ini begitu popular disalahgunakan oleh musuh-musuh Islam dalam usaha mereka menekan pergerakan jihad fisabilillah.
Pandang tak semestinya suka, Suka tak semestinya Cinta. Kesimpulannya, jangan cepat perasan.
Elrondperedhil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 457
Joined: Tue Jul 08, 2003 9:09 am
Location: Dah Pindah PJ

Postby Elrondperedhil on Fri Mar 10, 2006 5:01 pm

Selagi kita takut nak mengangkat senjata berjihad, maka jangan haraplah kita akan dapat mengatasi barat dari segi kamajuan. ini kerana barat akan melakukan apa sahaja, hatta mengancam tindakan ketenteraan untuk menghalang umat Islam mencapai kemajuan teknologi. contoh : Iran dan program tenaga nuklearnya. selagi kita takut nak bergadai nyawa kerana Islam, selagi itulah kita akan menjadi pengguna teknologi barat dan bukan pengasas teknologi.
Pandang tak semestinya suka, Suka tak semestinya Cinta. Kesimpulannya, jangan cepat perasan.
Elrondperedhil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 457
Joined: Tue Jul 08, 2003 9:09 am
Location: Dah Pindah PJ

Postby AbuNawwaz on Mon Mar 13, 2006 11:20 pm

Assalamualaikum wbt,
Ini adalah drpd column jemaah centric, tetapi konsep jihad ada juga diterangkan di sini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd semua.

Mengupas kpd persoalan jemaah centric.
JIM, PAS, ABIM, Hizbut Tahrir, Tabligh dan pelbagai lg jemaah Islam telah wujud di Malaysia bertahun2 lamanya. Persoalannya apakah jemaah yg plg utama utk kita ikuti dan juga wala' kpd pemimpinnya? Baru2 ini saya berjumpa dan bertanya soalan kpd ulama' terkemuka Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail selaku Ketua Dewan Ulama' Melaka.

saya:
Assalamualaikum ustaz, boleh saya bertanya sesuatu?
Ustaz zul:
W'kumussalam wbt. Ye silakan akhi.
saya:
Soalan saya ini berkisar ttg kepelbagaian jemaah di Malaysia.
Ustaz zul:
oh, taadud jemaah? saya suka ditanya soalan sebegitu.
saya:
Ustaz, di sebalik wujudnya PAS, terdapat pelbagai lagi jemaah yg berasaskan Islam di Malaysia ini. kepelbagaian jemaah Islam pada mulanya memberikan satu perspektif yg sihat kepada dunia perjuangan politik di negara kita in, tetapi sejak akhir2 ini bagaikan tiada titik pertemuan di antara setiap jemaah lalu mewujudkan persaingan pula. Lain yg diharapkan lain pula yg jadi. Apa komen ustaz ttg hal ini?
ustaz zul:
emm.. pertama kite kn fahami apa bentuk jihad dlm Islam. Menurut jumhur ulama' jihad terbahagi kpd 2, yakni jihad khas dan juga jihad am. Jihad am lebih kepada kosep berdakwah spt usrah, menegur sahabat, belajar, berdiskusi, dan sebagainya. Manakala jihad khas pula adalah perjuangan menentang kuffar secara berdepan dan kita selaku askar yg berjihad dlm jalan itu. Ulama' juga sepakat mengatakan bahawa hukum bagi jihad am adalah fardhu kifayah dan jihad khas adalah fardhu a'in. Jadi jelas ttg jihad maka kita kembali kepada persoalan tadi.
Apabila kita melihat senario atau waki' Malaysia, apakah caranya untuk kita terlibat dgn kedua2 bentuk jihad? Melihat kpd perspektif jihad am boleh dikata keseluruhan jemaah2 Islam di negara kita ini memenuhi syaratnya kerana ia lebih berpaksikan pentarbiyyahan ahli2 melalui usrah, ceramah dan sebagaiinya. Tetapi apabila merujuk kepada jihad khas, jemaah mana yang benar2 melakukannya? Di sini ditegaskan iaitu Jihad melawan kekufuran secara berdepan2 di negara kita adalah melalui jihad POLITIK, yang mana hanya satu sahaja jemaah yg menepati kriterianya iaitu PAS.
saya:
Syukran ustaz krn memberikan jawapan yg lengkap. Satu lagi soalan, bagaimana pula kita hendak berdepan dgn ahli jemaah Islam lain berkaitan permasalahan jihad ini?
ustaz zul:
tentang cara pula sememangnya kita x perlu bermusuhan dan kita boleh melakuakan kerja Islam masing2, TETAPI kita perlu memperingatkan mereka tentang tugas jihad khas yang sebenarnya iaitu JIHAD POLITIK, yang mana dlm kes ini mereka wajib bersama2 kita tanpa sebarang keingkaran utk membangunkan sebuah kerajaan Islam, demi melawan kekuffaran yang berlaku dlm negara kita ataupun di peringkat antarabangsa.
saya:
Alhamdulillah, terungkai juga persoalan saya selama ini ttg masalah taadud jemaah. Syurkran Jaziilan ustaz. semoga kita berjumpa lagi.
ustaz zul:
Sama2. utk penjelasan yg lebih lanjut nnti buku ttg konsep jihad dlm Islam akan dikeluarkan. semoga akhi dpt memperoleh buku tersebut untuk penjelasan yg lebih mendalam. Ilalliqa'.
saya:
ma'assalamah
AbuNawwaz
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Thu Feb 02, 2006 12:01 am

Next

Return to Bicara Siasah & Haraki

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest