:: Sautun Nahdah Minggu Ini ::

Untuk apa-apa bicara berkaitan ilmu dan amal gerakan Islam.

DEMONSTRASI – BENARKAH IA SUATU TINDAKAN BODOH?

Postby fikrul mustanir on Fri May 26, 2006 9:56 am

DEMONSTRASI – BENARKAH IA SUATU TINDAKAN BODOH?

Aktiviti berdemonstrasi (tunjuk perasaan) atau perarakan di jalan-jalan, berkumpul di luar bangunan atau kawasan terbuka dengan membawa sepanduk yang merupakan manifestasi dari rasa tidak puas hati berkenaan sesuatu perkara nampaknya semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Secara sepintas lalu, ia menunjukkan sifat prihatin rakyat terhadap isu-isu semasa yang menyentuh sensitiviti mereka.

Minggu lepas kita telah dikhabarkan oleh media-media massa mengenai demonstrasi yang dilakukan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Badan Anti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) atau BADAI yang dianggotai oleh beberapa NGO. Seramai lebih kurang 500 orang telah berdemonstrasi membantah forum bertajuk `Perlembagaan Persekutuan : Perlindungan Untuk Semua' di hadapan Hotel Cititel, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Aliran dan Article 11, yang dianggotai oleh 14 NGO termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) [Utusan Malaysia 15 Mei 2006]. Tindakan demonstrasi yang dilakukan oleh BADAI itu telah menimbulkan reaksi yang negatif dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan menyifatkannya sebagai salah dan bodoh. "Jika anda bantah dan adakan demonstrasi ketika orang berbincang, ia tindakan bodoh. Saya tidak takut menggunakan ayat itu", katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Pakar-pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia di Sisi Islam (MIEHRI) di Kuala Lumpur. [Utusan Malaysia 16 Mei 2006].

Dilihat dari sudut sejarah, demonstrasi sebenarnya telah lama menular ke negara ini, semenjak Tanah Melayu dijajah oleh British lagi. Ketika itu, kuasa pemerintahan dipegang sepenuhnya oleh British yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat. Rakyat, khususnya orang Melayu bangkit untuk menentang penjajah. Kebangkitan mereka dimanifestasikan oleh tindakan demonstrasi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati kepada British. Para pejuang nasionalis Melayu sebelum zaman merdeka telah beberapa kali melakukan tindakan demonstrasi dan antara yang terbesar adalah demonstrasi yang dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, pada 10 Februari 1946. Dianggarkan seramai 15,000 orang Melayu telah berhimpun menentang penubuhan Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Ini telah menjadi titik tolak kepada beberapa siri demonstrasi orang Melayu, khasnya ahli UMNO selepas itu dalam menentang penjajahan British di Tanah Melayu sehingga berakhirnya penjajahan pada 31 Ogos 1957.

Amat tidak wajar jika kita membuat kesimpulan bahawa demonstrasi yang telah dilakukan ini suatu tindakan bodoh. Adakah pemimpin-pemimpin (khasnya UMNO) dan rakyat yang telah berjuang dengan melakukan demonstrasi untuk mendapatkan kemerdekaan dari British ini telah melakukan suatu kebodohan? Walaupun demonstrasi itu telah dilakukan 'secara haram' (kerana British pada waktu itu tidak memberi permit untuk rakyat mengadakan demonstrasi), tetapi pemimpin dan rakyat pada waktu itu tidak pernah beranggapan ia adalah suatu kebodohan, malah sebaliknya. Walaupun perhimpunan adalah 'haram', rakyat tetap bangkit dan berdemonstrasi tanpa memperdulikan 'keharamannya'. Inilah sejarah yang tidak dapat kita nafikan.

Definisi Demonstrasi

Demonstrasi sebagaimana yang disebutkan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain. Inilah definisi yang menjadi topik perbincangan kita.

Daripada definisi itu sendiri, kita dapat fahami bahawa demonstrasi tidak membawa apa-apa konotasi yang negatif, apalagi yang menjurus kepada kesalahan. Demonstrasi pada hakikatnya merupakan salah satu cara untuk menampakkan aspirasi ataupun pendapat (ta'bir ar-ra'yi) masyarakat secara berkumpulan. Namun demikian, apa yang lebih penting bagi kita sebagai umat Islam adalah untuk memandang pengertian demonstrasi dari perspektif Islam. Secara umum, aktiviti menampakkan aspirasi atau pendapat di dalam Islam adalah perkara yang dibolehkan (mubah). Hukumnya sama seperti kita mengungkapkan pandangan atau pendapat tentang suatu perkara, cuma dalam hal ini ia dilakukan oleh sekumpulan orang.

Di dalam pengistilahan bahasa Arab, demonstrasi boleh dibahagikan kepada dua:

1) Demonstrasi Liar (Muzhaharah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Muzhaharah ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

2) Demonstrasi Aman (Masiirah) : iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan (Masiirah) ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

Hukum Demonstrasi Menurut Islam

Demonstrasi Liar (Muzhaharah) jelas-jelas diharamkan oleh Islam. Ini kerana, di dalam melakukan demonstrasi, ia disertai dengan beberapa aktiviti yang diharamkan seperti mengganggu lalu-lintas, menghancurkan, merosak atau membakar harta benda, mengganggu ketenteraman awam dan sejenisnya. Tidak kurang pula, Muzhaharah ini mengakibatkan rusuhan, pergaduhan, perkelahian, penganiayaan, bahkan pembunuhan. Pengharamannya didasarkan pada fakta bahawa di dalam demonstrasi ini terdapat sejumlah tindakan yang diharamkan oleh Islam.

Sementara itu, Demonstrasi Aman (Masiirah) adalah satu bentuk demonstrasi yang dibolehkan/diharuskan (mubah). Ini berdasarkan kenyataan bahawa ia dilakukan dengan tertib dan aman, dengan memperhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', termasuk berkaitan dengan pendapat atau aspirasi yang disampaikan; ia dilakukan tanpa kekerasan, tidak mengganggu lalu-lintas dan hak-hak umum, tidak membakar, merosak dan menghancurkan barang-barang milik umum, negara atau individu. Oleh yang demikian, Masiirah ini jelas-jelas diperbolehkan oleh Islam.

Perlu difahami bahawa Islam memandang Masiirah sebagai salah satu cara (uslub) di antara berbagai cara pengungkapan aspirasi atau pendapat dan bukan sebagai method (thariqah) di dalam melakukan proses perubahan masyarakat. [Method/Thariqah adalah suatu yang wajib diambil oleh umat Islam di dalam mencontohi Rasulullah. Contohnya, thariqah Rasulullah berdakwah secara aman dan tidak menggunakan kekerasan di dalam menegakkan Daulah Islam. Sedangkan uslub adalah suatu yang boleh berubah-ubah dan pelbagai sifatnya asalkan tidak bertentangan dengan hukum syara']. Apabila keadaan memerlukan, Masiirah boleh dan patut dilakukan dan sebaliknya jika tidak, patut ditinggalkan. Hal ini sesuai dengan hukum kemubahannya.

Jika kita teliti sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam, baginda tidak pernah menjadikan dan menggunakan demonstrasi aman sebagai thariqah mengubah masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah menjadi masyarakat Islam. Namun begitu, baginda pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khaththab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengambil satu cara yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu di dalam rangka menjalankan perintah Allah yakni menzahirkan Islam dengan berdakwah secara terang-terangan. Masiirah ini juga dilakukan oleh baginda untuk menzahirkan kutlah (kelompok) kaum Muslimin yang selama ini telah ditasqif (dibina) oleh baginda secara sembunyi-sembunyi khasnya di rumah Al-Arqam ibnu Al-Arqam.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia. Peristiwa ini sangat terkenal di dalam sirah kerana ia telah menjadi asbab kepada turunnya Surah Al-Lahab di mana Allah telah melaknat Abu Lahab. Perbuatan Rasulullah di dalam menghimpunkan kaum Quraish tadi sememangnya telah dikeji dan diperbodohkan oleh Abu Lahab, dengan berkata "Celakalah engkau wahai Muhammad, adakah semata-mata kerana ini engkau telah menghimpunkan kami?". Inilah kata-kata yang telah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknat Abu Lahab. Wahai kaum Muslimin! adakah kita sanggup untuk mengatakan bahawa semua tindakan Rasulullah dalam berdemonstrasi secara aman itu sebagai suatu tindakan bodoh, sebagaimana Abu Lahab? Na'uzubillahi min zalik.

Demikianlah perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang menjadi petunjuk yang jelas kepada kita bahawa Masiirah dibenarkan oleh Islam. Peristiwa ini merupakan dalil kepada kita bahawa kaum Muslimin dibolehkan menghimpun umat manusia (samada dalam bentuk forum, seminar, Masiirah dan sebagainya) dalam rangka untuk menegakkan Deen Allah.

Demonstrasi Islam –vs- Kapitalis & Sosialis

Islam meletakkan demonstrasi aman sebagai uslub untuk menjelaskan aspirasi dan pendapat. Kedudukan ini amat berbeza sekali dengan pandangan masyarakat Kapitalis atau Sosialis (termasuk di dalamnya Komunis) yang menganggap demonstrasi (samada aman atau liar) sebagai salah satu thariqah dalam melakukan perubahan masyarakat. Bagi masyarakat kufur ini, demonstrasi adalah sebagai proses perubahan masyarakat ke arah yang mereka inginkan. Oleh karena itu, mereka tidak ada peraturan di dalam melakukan demonstrasi. Banyak sekali kejadian di mana mereka sering menimbulkan ketidaktenteraman, merosak, menghancurkan, membakar harta benda dan lain-lain bentuk kemusnahan demi mencapai matlamat dan objektif mereka. Bukti-bukti kepada perkara ini amat jelas dan banyak sekali di mana kita dapat lihat hampir setiap hari di kaca TV mahupun di dada-dada akhbar tentang demonstrasi liar yang dilakukan oleh kaum kafir ini di dalam menuntut apa yang mereka inginkan.

Berlandaskan kepimpinan berfikir (qiyadah fikriyyah) seperti inilah, masyarakat kufur samada Kapitalis atau Sosialis membangun cara hidup mereka. Berasaskan idea 'kebebasan', mereka merasa berhak melakukan apa sahaja untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Dengan kata lain, kaedah yang mereka gunakan semasa berdemonstrasi ialah 'matlamat menghalalkan segala cara'. Islam tidak mengenal konsep kebebasan sebagaimana yang dijaja oleh kafir Barat. Umat Islam bukanlah satu umat yang 'bebas'. Umat Islam adalah umat yang 'terikat' dengan segala perintah dan larangan Allah. Kaum Muslimin adalah terikat dengan segala hukum-hakam, halal dan haram, baik dan buruk hanyalah semata-mata mengikut apa yang Allah telah tetapkan.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, demonstrasi liar seperti yang dilakukan oleh golongan Kapitalis atau Sosialis adalah diharamkan di dalam Islam. Islam mengharamkan menumpah darah sesama manusia kecuali dengan hak. Harta benda yang dimiliki oleh seseorang haram diambil atau dirampas oleh orang lain kecuali dengan hak. Kehormatan setiap orang haram dicabuli atau dirampas oleh orang lain. Syariat Islam menjaga ketiga-tiga perkara tersebut dengan sempurna. Mana-mana individu atau pemerintah yang melakukan pencerobohan terhadap tiga perkara ini akan dikenakan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Islam tidak mengenal prinsip dan kaedah 'matlamat menghalalkan cara' (al-ghaayah tubarriru al­-wasilah), sebagaimana yang dianuti oleh masyarakat Kapitalis atau Sosialis. Tindak-tanduk seorang Muslim samada sebagai individu atau sebahagian dari anggota masyarakat ataupun sebagai penguasa wajib terikat dengan syariat Islam. Di dalam mengungkap aspirasi atau pendapat dengan cara berdemonstrasi mahupun dalam melakukan proses perubahan masyarakat, kaum Muslimin terikat dengan apa yang Rasulullah telah tunjukkan. Demonstrasi mestilah dilakukan dengan cara yang aman.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah! Merubah kemungkaran itu adalah hak dan tanggungjawab kalian, baik kemungkaran itu dilakukan oleh individu atau pemerintah. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Barangsiapa yang menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu, hendaklah dengan lidahnya (perkataan), jika tidak mampu dengan qalbunya. Itu (dengan qalbu) adalah selemah-lemah iman" [HR Muslim].

Mana-mana Masiirah yang dilakukan oleh kaum Muslimin di dalam mengubah kemungkaran adalah hal yang dituntut dan sememangnya sesuatu yang mulia. Tidak lama dahulu kaum Muslimin di seluruh dunia termasuklah di Malaysia melakukan Masiirah sebagai bantahan ke atas karikatur yang menghina Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Parti Islam SeMalaysia (PAS) beserta beberapa pertubuhan Islam lainnya dan umat Islam yang prihatin telah sama-sama bermasiirah membantah penghinaan yang telah dilakukan itu. Hizbut Tahrir Malaysia juga turut melakukan seruan di Masjid Negara mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang telah dilakukan ke atas Rasulullah dan mengajak umat Islam agar bersama-sama mendirikan semula Daulah Khilafah yang hanya dengannya akan 'mengajar' dan menghukum kebiadaban kaum kuffar tersebut. Oleh itu, tindakan-tindakan seumpama ini dan juga bantahan ke atas forum `Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua' di depan Hotel Cititel, Pulau Pinang, patut dipuji, bukannya dikeji. Adakah kita akan sanggup untuk menyatakan bahawa kaum Muslimin yang bermasiirah demi membela Rasulullah, demi membela Deen Allah dari diperlecehkan oleh kaum kuffar sebagai suatu tindakan yang salah dan bodoh?

Betapa mulianya aktiviti amar ma'ruf nahi mungkar ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sabda baginda. Bahkan pahala aktiviti seumpama ini boleh sebanding dengan pahala penghulu syuhada, iaitu Hamzah bin Abdul Muthallib, "Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berhadapan dengan pemerintah yang zalim, lalu dia mengingatkan penguasa tersebut (kepada kemakrufan) dan melarangnya (dari kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya." [HR Al-Hakim].

Wahai Kaum Muslimin! Menasihati dan memuhasabah pemimpin, institusi, organisasi, kelompok atau komuniti tertentu serta mengkritik dasar dan keputusannya yang zalim, termasuk membongkar kemungkaran atau konspirasi jahat terhadap Islam dan kaum Muslimin hukumnya adalah wajib meskipun caranya boleh beragam; boleh dilakukan secara langsung bertemu face to face; atau melalui tulisan, surat, seminar, demonstrasi aman dan lain-lain. Melakukan perkara-perkara tersebut dengan cara yang dibenarkan oleh syara' samada secara langsung maupun tidak, adalah jelas lebih mulia berbanding dengan tidak melakukan apa-apa, apatah lagi dari mengeji dan menghina orang lain yang melakukannya.

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Kalian adalah wakil rakyat yang telah dipilih untuk memimpin umat ini, bukan menyesatkannya. Kalian adalah orang yang diperintah oleh Rasulullah untuk menjadi pelindung kaum Muslimin bukan membinasakannya. Kalian adalah orang yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga agamaNya, bukan menghancurkannya. Umat Islam mengharapkan kalian agar melakukan perubahan, menjadi pemelihara rakyat dan pembela Islam. Umat Islam benar-benar mengharapkan kalian mengembalikan semula kehidupan Islam, mengembalikan sistem Islam, menerapkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, menegakkan semula Daulah Khilafah 'ala minhaj nubuwwah. Jika kalian tidak melakukannya, kaum Muslimin yang benar-benar ikhlas berjuang di jalan Allah akan tetap melakukannya. Sesungguhnya balasan Allah akan pasti tiba bagi mereka-mereka yang ingkar akan perintahNya. Itulah janji Allah dan janji Allah adalah suatu kebenaran yang pasti! Wallahua'lam
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

EMAS DAN PERAK ANTARA MANFAAT DAN TUNTUTAN SYARA’

Postby GOOKU on Wed Jun 14, 2006 10:14 am

EMAS DAN PERAK ANTARA MANFAAT DAN TUNTUTAN SYARA’

[SN721606] Dinar emas dan dirham perak sudah tidak menjadi satu isu yang asing lagi bagi warga Malaysia. Akhir-akhir ini, isu matawang ini kembali mendapat perhatian apabila Negeri Kelantan di bawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah membuat pengumuman untuk melaksanakan penggunaan kedua-dua matawang ini di negeri yang pernah bergelar ‘Serambi Mekah’ itu.

Pada 21 Mei, 2006 yang lalu, media-media massa di negara ini telah melaporkan bahawa Negeri Kelantan akan mula melaksanakan penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam 3 bulan yang akan datang bermula dengan penerimaannya di cawangan kedai pajak gadai ar-Rahnu di seluruh negeri. Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan berkata bahawa kerajaan Negeri juga bercadang untuk menggunakan dinar dan dirham bagi pembayaran gaji penjawat awam negeri.

Berita ini telah mendapat perhatian kerajaan pusat dan tanpa berlengah, terus ditolak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan. Perdana Menteri yang pada ketika itu berada di Sharm El-Sheikh bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia berkenaan Asia Barat telah menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak akan membenarkan kerajaan Kelantan mengeluarkan matawang sendiri. Menjawab reaksi Perdana Menteri itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan bahawa kerajaan Negeri akan menghantar Datuk Husam Musa ke Putrajaya bagi menerang dan membincangkan pelan tersebut dengan lebih lanjut agar perlaksanaannya dapat dilangsungkan. Tambahnya lagi, cadangan perlaksanaan dinar dan dirham bukanlah sesuatu yang baru tetapi perkara ini telahpun diketengahkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penggunaan emas dan perak sebagai matawang bukanlah sesuatu yang baru bagi umat Islam, bahkan dunia sekalipun. Emas memang telah lama digunakan sebagai piawai matawang di seluruh dunia sehinggalah pada 15 Ogos 1971 apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Richard Nixon, mengumumkan bahawa AS membatalkan Perjanjian Bretton Woods yang dibuat pada 1 Julai 1944. Sejak dari itu, emas tidak lagi menjadi piawai matawang dunia dan dunia mula mengamalkan wang ‘fiat’.

Dalam kita ghairah ingin melaksanakan sistem matawang berasaskan emas dan perak ini,
beberapa persoalan perlu diberi perhatian. Yang pertama dan utama, apakah sebab sebenar kita memilih untuk kembali menjadikan emas sebagai piawai kepada matawang? Adakah kita mahu melaksanakan sistem kewangan emas dan perak ini kerana manfaatnya atau sebab-sebab lain?. Inilah yang akan dikupas oleh Sautun Nahdhah pada kali ini di dalam ruang yang serba terbatas ini.

Sekilas Fakta

Sejarah dunia menjadi saksi bahawa sistem emas dan perak telah digunakan sejak sekian lama sehinggalah ia ditinggalkan pada 1914 apabila negara-negara yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama telah sewenang-wenangnya mencetak wang kertas bagi perbelanjaan sewaktu perang. Pada 1933, Amerika Syarikat kerana ‘Great Depression’nya telah membatalkan piawaian emas untuk mengatasi masalah ekonomi ketika itu. Pada Julai 1944, emas kembali diambil menjadi piawai untuk menstabilkan kadar tukaran antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua. Akhir sekali penggunaannya telah dikuburkan pada 1971 dengan pembatalan sistem Bretton Woods.

Jika diteliti, AS memainkan peranan yang paling penting di dalam menghidup dan mematikan sistem emas ini. AS yang telah lahir menjadi gergasi ekonomi dunia setelah Perang Dunia Kedua telah diterima dunia sebagai ‘hakim’ dalam segala hal, termasuk dalam menentukan piawai matawang dunia. ‘Hakim’ ini dengan begitu licik telah berjaya menukar dan menjadikan matawangnya sebagai standard ukuran yang baru. Setelah pertukaran piawai inilah dunia tak habis-habis dilanda krisis matawang. Pemansuhan nilai tara Dolar AS kepada emas dan penggunaan wang ‘fiat’ inilah yang sebenarnya menjadi punca kepada krisis-krisis ekonomi dunia, yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan matawang.

Krisis demi krisis yang berlaku ke atas ekonomi dan matawang telah menyebabkan negara-negara di dunia mencari penyelesaian alternatif. Negara-negara Eropah adalah antara yang sudah tidak tahan dengan ‘karenah’ AS. Mereka mula sedar bahawa AS berjaya menguasai perekonomian dunia kerana kekuatan yang dimilikinya. Menyedari punca kekuatan AS tersebut, negara-negara Eropah ini pun telah mengorak langkah yang sama, mencari kekuatan lain. Mereka sedar bahawa jika mereka bertindak sendirian, AS akan dengan mudah ‘membaham’ mereka. Oleh yang demikian, mereka bersepakat untuk bersatu dan mula berunding untuk mengadakan perjanjian kesepakatan. Setelah melalui beberapa proses yang panjang, maka lahirlah Kesatuan Eropah (EU). Semua bangsa telah mengiktiraf bahawa EU merupakan satu kekuatan baru dunia, bukan setakat di bidang ekonomi sebagaimana matlamat asal penubuhannya, malah telah berkembang kepada lain-lain kekuatan. Mahu tidak mahu, AS juga ‘terpaksa akur’ dengan saingan barunya ini. Dengan gabungan baru ini (sekarang 25 buah negara kesatuan), mereka telah berjaya menundukkan kekuatan AS. Ternyata, gabungan negara-negara Eropah yang didirikan atas dasar manfaat bersama ini, telah membuahkan hasil.

Kekuatan hanya dapat diperolehi sekiranya sesuatu itu dijalankan secara bersama. Belajar dan sedar akan kejayaan yang telah dicapai oleh EU, bekas Perdana Menteri pun mencadangkan perkara yang sama dilakukan oleh negara-negara lain yang bernaung di bawah mana-mana kesepakatan antarabangsa, antaranya ASEAN dan OIC. Semasa menutup ‘Seminar Antarabangsa Dinar Emas Dalam Perdagangan Pelbagai Hala’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 23/10/2002, beliau menegaskan bahawa ‘penggunaan dinar emas akan membentuk sistem pembayaran dan perdagangan mata wang tersendiri yang melindungi negara Islam daripada rejim kewangan antarabangsa yang hanya memberi faedah kepada negara kaya dan berkuasa.’ [Utusan Malaysia 24/10/2002]. Hari ini kita melihat kerajaan Kelantan mula mengambil pendirian yang lebih kurang sama dengan Dr. Mahathir di dalam hal ini.

Persoalannya – adakah emas dan perak hanya perlu digunakan sebagai alternatif kepada sistem matawang sekarang? Atau ternyata kerana kestabilan nilai yang dimiliki oleh kedua-dua bahan logam tersebut, berbanding Dolar AS? Atau ianya adalah kerana ingin mengelak dari ditindas oleh negara-negara Kapitalis yang zalim? Atau kerana terbukti emas dan perak secara fizikal boleh mendatangkan manfaat bila digunakan berbanding wang kertas?

Seputar Sejarah Dinar Dan Dirham

Menurut Syeikh Abdul Qadim Zallum di dalam kitabnya, Al-Amwal Fi Daulatil Khilafah (1983), dinar dan dirham telah dikenali oleh orang Arab sebelum datangnya Islam, kerana aktiviti perdagangan yang mereka lakukan dengan negaranegara sekitarnya. Ketika pulang dari Syam, mereka membawa dinar emas Romawi (Byzantium) dan dari Iraq mereka membawa dirham perak Parsi (Sassanid). Kadang-kadang mereka membawa pula sedikit dirham Himyar dari Yaman. Jadi saat itu banyak matawang asing masuk ke Hijaz; bagaimanapun yang paling banyak adalah berupa dinar emas Romawi dan dirham perak Parsi.

Namun begitu, orang Arab saat itu tidak menggunakan dinar dan dirham tersebut menurut nilai nominalnya melainkan menurut beratnya. Ini adalah kerana matawang yang ada hanya dianggap sebagai kepingan emas atau perak. Mereka tidak menganggapnya sebagai matawang yang dicetak, mengingat bentuk dan timbangannya yang tidak sama dan kerana kemungkinan terjadinya penyusutan berat akibat peredarannya. Kerana itu, untuk mencegah terjadinya penipuan, mereka lebih suka menggunakan piawaian timbangan khusus yang telah mereka miliki iaitu auqiah, nasy, nuwah, mitsqal, dirham, daniq, qirath dan habbah.

Setelah Islam datang, Rasululllah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengakui (men-taqrir) berbagai muamalat yang menggunakan dinar Romawi dan dirham Parsi. Taqrir (pengakuan) dari Rasulullah inilah yang telah memperjelaskan kepada kita bahawa inilah sistem matawang Islam dan sekaligus menjadi hukum syara’ tentang kewajiban penerapannya. Sehubungan dengan dinar dan dirham ini, Rasulullah juga telah mengakui standard timbangan yang wujud pada waktu itu hendaklah diukur dengan menimbang berat dinar dan dirham. Tentang ini Rasulullah bersabda, “Takaran adalah takaran penduduk Madinah dan timbangan adalah timbangan penduduk Makkah” [HR Abu Daud, an-Nasa’i, al-Baihaqi]

Kaum muslimin terus menggunakan dinar Romawi dan dirham Parsi ini di dalam bentuk, cop dan gambar aslinya sepanjang hidup Rasulullah dan dilanjutkan semasa kekhilafahan Abu Bakar As-Siddiq dan awal kekhilafahan Umar Al-Khattab. Pada tahun ke 20 Hijriyyah (tahun ke 8 pemerintahan Umar), Khalifah Umar telah mencetak wang dirham baru berdasarkan bentuk dirham Parsi. Berat, gambar mahupun tulisan Bahlawinya (huruf Parsi) masih tetap ada, hanya ditambah dengan lafaz yang ditulis dengan huruf Arab gaya Kufi, seperti lafaz ‘Bismillah’ dan ‘Bismillahi Rabbi’ yang terletak pada lingkaran tepi. Hal ini diteruskan oleh kaum muslimin berabad-abad kemudian.

Pada tahun 75 Hijriyyah (695M), Khalifah Abdul Malik Bin Marwan mencetak dirham khusus yang bercorak Islam, dengan lafaz-lafaz Islam yang ditulis dengan huruf Arab gaya Kufi. Bentuk dirham Parsi tidak dipakai lagi. Dua tahun kemudian, Khalifah Abdul Malik mencetak dinar khusus yang bercorak Islam setelah meninggalkan dinar Romawi. Selain itu, beliau mengarahkan pula untuk menghapuskan gambar-gambar manusia dan haiwan pada dinar dan dirham dan diganti dengan lafaz-lafaz Islam. Lafazlafaz Islam yan tercetak itu misalnya kalimat ‘Allahu Ahad’ dan ‘Allahu Baqa’’. Ada dinar dan dirham yang ditulis ‘La ilaha illallah’, sedang pada sisi sebaliknya terdapat tarikh cetak serta nama Khalifah atau Wali (Gubenur) yang memerintah pada masa percetakan matawang tersebut. Sejak saat inilah kaum muslimin mempunyai dinar dan dirham yang tersendiri yang digunakan sebagai matawang rasmi negara. Fakta ini terus berlanjutan sepanjang sejarah sehinggalah menjelang Perang Dunia Pertama ketika dunia menghentikan penggunaan emas dan perak sebagai matawang.

Menerapkan Emas Dan Perak Dalam Sistem Kapitalis?

Model perlaksanaan dinar emas yang cuba diketengahkan pada ketika ini masih lagi meletakkan emas dan perak hanya sebagai bentuk fizikal dan bukannya sebagai piawai nilai matawang itu sendiri. Ini bermakna, dinar emas dan dirham perak yang cuba dilaksanakan masih lagi dinilai berdasarkan matawang sedia ada. Sebagai contoh, jika kita ingin membayar gaji RM1,000 kepada seorang pekerja di dalam bentuk emas, maka di dalam mengira gaji ini, jumlah emas akan dikira dan diukur agar bersamaan dengan jumlah RM1,000 tersebut. setelah itu, wang emas akan dibayar kepada pekerja tadi yang mana nilainya sama dengan RM1,000. Isunya di sini ialah, apakah yang telah dijadikan sebagai sandaran, emas atau RM? Jelas sekali bahawa yang dijadikan sandaran (untuk nilai tukar) di sini ialah Ringgit Malaysia (RM1,000 tadi), bukannya emas. Dengan kata lain, jumlah emas akan ditukar agar berjumlah RM1,000. Walhal, di dalam Islam, yang sepatutnya dijadikan sandaran adalah emas, bukannya Ringgit Malaysia. Inilah yang dimaksudkan dan dikehendaki oleh Islam - menjadikan emas dan perak sebagai sandaran, bukan sebaliknya. Ini hanyalah secebis dari contoh betapa rosaknya perlaksanaan Islam apabila ingin diterapkan di dalam Sistem Kapitalis. ‘Sistem’ Islam akan tetap berada di bawah ketiak Kapitalis. Inilah hakikat yang perlu disedari oleh kaum muslimin.

Jika dulu Dr. Mahathir menyarankan supaya emas diperdagangkan di peringkat antarabangsa sahaja, bukan domestik, kerajaan Kelantan sebaliknya ingin melaksanakan sistem emas dan perak ini di peringkat negeri sahaja. Dari perspektif siyasah ekonomi, perlaksanaan yang bersifat setempat semata-mata akan menyebabkan keterbatasan (jika tidak kemustahilan) untuk kita mengawal nilai emas dan perak di dalam pasaran. Kedua-dua faktor ini akan menyebabkan dinar emas dan dirham perak tetap tidak bebas daripada pengaruh nilai matawang seperti Dolar AS, Ringgit Malaysia mahupun matawang-matawang lainya. Ia tetap akan dapat dimanipulasi dengan begitu mudah oleh Sang Kapitalis. Saudaraku! Sistem yang Allah ciptakan ini adalah untuk diterapkan dibumiNya secara menyeluruh. Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak pernah memerintahkan kita untuk menegakkan DeenNya ditempat-tempat tertentu sahaja. Islam bukan agama yang bersifat ‘local’. Islam adalah Deen yang ‘universal’. Allah tidak memberikan hak ke atas manusia untuk memilih tempat penerapannya sesuka hati manusia. Deen Allah ini wajib diperjuangkan dan ditegakkan di mana sahaja penjuru bumi yang kaki kita berpijak di atasnya. Apabila Islam diterapkan sebagaimana yang Allah perintahkan, maka ia akan membawa rahmat, bukan sahaja ke Kelantan malah ke seluruh alam.

Jika Dr. Mahathir disekat oleh undang-undang dan persetujuan Antarabangsa dari menerapkan dinar emas, maka kerajaan PAS Kelantan, sudah terang lagi bersuluh, akan disekat oleh Perlembagaan dan dasar Kerajaan Pusat dari menerapkan perkara yang sama. Wahai kaum muslimin! Mereka yang tidak menjadikan Islam sebagai asas pemikirannya tidak akan berdiam diri, sebaliknya akan bermati-matian menyekat dan menghalang Sistem Islam dari dilaksanakan. Inilah hakikatnya. Sangat aneh sekiranya kalian masih merasakan bahawa terdapat peluang untuk menerapkan Islam di dalam Sistem Kapitalisme yang zalim ini. Pertentangan di antara Ideologi Kapitalis dengan Ideologi Islam saat ini begitu jelas dan ketara sekali. Sistem Sekular yang lahir dari Ideologi Kapitalis inilah yang telah menjerut dunia amnya dan umat Islam khasnya. Sekularisme telah mengajar manusia bahawa hak untuk membuat undang-undang adalah di tangan manusia. Inilah sistem yang telah merosakkan umat Islam. Kita wajib berjuang untuk menukar sistem ini dengan Sistem Islam yang menyatakan bahawa hak untuk membuat undang-undang adalah di tangan Allah. Wahai saudaraku! Sistem Islam tidak akan dapat diharmonikan dengan Sistem Kufur. Yang hak tidak akan dapat bersatu dengan yang batil di mana pun dan sampai bila pun. Kebenaran tidak akan bersatu di dalam kebatilan. Apabila telah datang yang hak, maka lenyaplah segala yang batil!

Sistem Islam adalah sebuah sistem yang sempurna dan berdiri sendiri. Ia adalah sistem ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang tidak ada sedikit pun cacat cela atau kekurangan di dalamnya. Ideologi Islam tidak perlu malah tidak boleh (haram) untuk dicampur adukkan bersama dengan Ideologi Kapitalis. Sistem Ekonomi Islam telah terbukti berjaya membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia dan sebaliknya Sistem Ekonomi Kapitalis telah terbukti ‘berjaya’ menghancur-luluh dan memporak-purandakan umat manusia. Apakah dengan petunjuk yang jelas dari Rabb kita akan kewajipan dan kesempurnaan Sistem Islam masih membuatkan kita memilih untuk bersama bermuafakat dengan Sistem Kapitalis yang kufur di dalam menerapkan Islam?

Dinar Dan Dirham – Manfaat Atau Tuntutan?

Wahai kaum muslimin! Kami ingin memberi peringatan kepada kalian semua bahawa tuntutan agar menjadikan emas dan perak sebagai asas kepada nilai matawang adalah satu tuntutan syara’. Ia tidak boleh sama sekali ditukar ganti dengan sistem yang lain atau diterapkan berdasarkan manfaat atau maslahat yang ada padanya. Kita bukan ingin menerapkannya kerana ia sejajar dengan apa yang telah dipersetujui dan ingin dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri atau lain-lain sebab. Menjadikan emas dan perak sebagai standard matawang adalah perkara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya. Kewajiban penggunaan sistem matawang dinar dan dirham adalah berdasarkan syariat Islam sematamata, bukan atas dasar kestabilan nilai, manfaat dan sebagainya. Benar, emas dan perak mempunyai nilai yang stabil dan banyak manfaatnya, tetapi ingatlah wahai kaum muslimin, bahawa sistem ini datangnya dari aqidah yang kita anuti ini. Zat Yang Maha Agung telah memerintahkan kita untuk menerapkannya. Inilah satu-satunya alasan dan sebenar-benar sebab kenapa kita perlu kembali kepada dinar dan dirham.

Di dalam menerapkan sistem matawang dinar dan dirham ini, perlu diperhatikan bahawa Rasulullah tidak mewajibkan emas atau perak sebagai satusatunya alat tukar dan alat pengukur manfaat di antara manusia. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga membiarkan manusia bebas untuk melakukan tukar-menukar barang (sistem barter). Hanya saja, dalam menukar barang-barang ini kepada satu nilai matawang, Islam menyandarkannya hanya kepada nilai emas dan perak. Peri pentingnya emas dijadikan standard ukuran di dalam Islam dapat diperhatikan berdasarkan ketetapan-ketetapan yang telah digariskan oleh Islam, antara lain adalah seperti berikut:

1. Pada ketika Islam mengharamkan penimbunan harta, Islam secara jelas menetapkan
penimbunan tersebut dalam bentuk emas dan perak biarpun secara amnya harta yang boleh dimiliki manusia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti rumah, kenderaan, makanan, wang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keharaman penimbunan itu hanya terkait dengan penimbunan wang dan bukannya kepada barang atau perkhidmatan. Larangan ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ إِنَّ كَثِيراً مِّنَ الاٌّحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَـطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ


“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi
dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka
menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
(bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih.”
[TMQ at-Taubah:34]

2. Islam telah mengaitkan emas dan perak kepada hukum-hukum yang lain. Sebagai contoh, diyat telah ditetapkan nilainya di dalam takaran emas. Juga di dalam penentuan had memotong tangan bagi pencuri, Islam telah meletakkan nilai minimum yang dicuri berdasarkan emas. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tangan dipotong bagi kecurian suku (satu per empat) dinar atau lebih.” [HR Bukhari]

Khatimah

Wahai kaum muslimin! Kita sememangnya merindukan Sistem Islam. Sesungguhnya sistem inilah yang telah menyelamatkan bukan sahaja umat Islam malah umat manusia secara keseluruhannya. Sistem ini jugalah yang telah menghapuskan segala kekejaman dan kezaliman sistem ciptaan manusia. Sistem inilah yang menjadi satu-satunya harapan
umat Islam dalam memastikan seluruh kehidupan ini dipenuhi dengan berkah dan rahmah. Sedarlah wahai saudaraku, agenda terpenting umat Islam pada ketika ini bukanlah sekadar untuk mengembalikan sistem dinar dan dirham sematamata tetapi lebih daripada itu adalah untuk mengembalikan keseluruhan hukum Islam ke dalam kehidupan dan mempersatukan wilayah-wilayah Islam di bawah satu entiti. Jika Eropah telah sedar dan bersatu di bawah EU untuk membentuk kekuatan, kita wahai saudaraku, perlu bangkit dan bersatu di bawah satu Daulah Khilafah, gabungan yang merupakan penyatuan hakiki umat Islam, dengan kekuatan penyatuan yang dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Wahai kaum muslimin! Kekuatan kita adalah dengan penyatuan kita dan penyatuan kita adalah dengan penyatuan di bawah Daulah Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah.

Petikan dari Sautun Nahdah (Nasyrah Mingguan:Hizbut Tahrir MALAYSIA)
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

BOLA SEPAK - PESONA YANG MELALAIKAN

Postby fikrul mustanir on Thu Jun 22, 2006 8:24 am

BOLA SEPAK - PESONA YANG MELALAIKAN


Tidak seperti bulan-bulan biasa, bulan Jun ini telah dinanti sekian lama oleh para pencinta bola sepak dengan penuh debaran, resah dan gelisah, sehingga ada yang mengalami gejala ‘demam bola’. Ini semua adalah semata-mata disebabkan Pusingan Akhir Piala Dunia 2006 yang ketika ini sedang berlangsung di Jerman. Alangkah baiknya jika penantian bulan Ramadhan al-Mubarak disambut ketibaannya sedemikian juga. Belum pun reda kemeriahan penutup Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan pasukan bolasepak Chelsea dinobatkan selaku juara liga EPL, muncul pula temasya yang dianggap paling berprestij di muka bumi ini.

‘Sebiji bola, satu topik perbualan, satu dunia’ - itulah antara falsafah yang cuba dibawa olehnya. Presiden FIFA, Sepp Blatter di dalam satu wawancara dengan BBC di bawah segmen ‘extratime’ baru-baru ini mengatakan bahawa kesemua 64 perlawanan yang akan berlangsung seharusnya bukan sekadar melibatkan aksi-aksi menarik tetapi ia juga melibatkan emosi semua pihak yang terlibat. Ini termasuklah pihak penganjur, 32 buah negara, pemain dan para penonton. Dunia pada ketika ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa yang menyedihkan. Maka telah tibalah masanya untuk kita melupakan sejenak dan sekurang-sekurangnya di dalam masa sebulan ini, seluruh dunia dapat bersatu dan hidup dengan aman.

Kenyataan yang diluahkan oleh Blatter itu boleh mengundang pelbagai persoalan dan interpretasi. Adakah beliau hanya menghendaki dunia ini hanya bersatu dan hidup aman di dalam masa sebulan? Yang lebih penting, adakah betul Piala Dunia akan dapat menyatu dan mengamankan dunia? Sejarah bola sepak dari peringkat kampung hinggalah ke peringkat dunia selalu menyaksikan pergaduhan, kelakuan liar, pertumpahan darah, rusuhan dan pelbagai keganasan lainnya. Ini belum dikira jenayah-jenayah yang berlaku di dalamnya seperti rasuah, judi, bookie, kecurian, penipuan dan macam-macam lagi. Kita sering mendengar atau menyaksikan perkara-perkara ini. Apakah ini yang dinamakan keamanan? Adakah sebiji benda bulat yangnbergelar ’bola’ dapat mengembalikan keamanan dunia?

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa Sang Kuffar Barat masih belum puas menyembelih umat Islam atas nama perang melawan keganasan (baca : Islam). Mereka tidak akan berhenti selagi seluruh kaum Muslimin, terutamanya penguasa-penguasanya tidak ’menyembah’ mereka. Sedarkah kita bahawa pasukan bolasepak dari Amerika Syarikat (AS) diberi kawalan rapi termasuklah di hotel-hotel penginapan mereka. Kerajaan Jerman memberi jaminan bahawa pasukan AS ini akan sentiasa dikawal ketat semata-mata kerana khuatir adanya bahaya serangan dari para ekstremis Islam. Wolfgang Schauble, Menteri Dalam Negeri dan Sukan, Jerman (yang juga adalah seorang anggota Germany’s Christian Democratic Union) bagaimanapun percaya bahawa pemain bukanlah target tetapi apa yang beliau khuatirkan ialah para penonton yang berkemungkinan menjadi sasaran serangan. Itulah kata-kata beliau apabila ditanya tentang kemungkinan terjadinya peristiwa sebagaimana yang berlaku ke atas pembunuhan 11 orang atlit Israel oleh rakyat Palestin pada Sukan Olimpik Munich 1972.

Dalam keghairahan kita menanti ’kegilaan’ ini, kita mesti sedar bahawa umat Islam tetap menjadi perhitungan utama Barat. Di samping persiapan ke arah perlawanan bola sepak, persiapan menghadapi kaum Muslimin tidak pernah hilang dari pertimbangan Barat. Perang Melawan Keganasan/Islam tidak mengenal tempat dan masa.

Mereka sentiasa ingat akan agenda mereka untuk memburuk dan menghapuskan Islam. Bagaimana pula dengan umat Islam? Umat Islam sebaliknya telah leka dengan pesona dunia, terpukau dengan sebiji bola yang ditendang ke sana-sini dan dikejar oleh 22 orang manusia.

Sejarah Kelam Bola Sepak

Sejarah bola sepak bermula sejak daripada zaman Dinasti Han di China pada kurun ke-2 Sebelum Masehi. Ketika itu ia dimainkan oleh para tentera Dinasti Han sebagai aktiviti untuk mengekalkan kecergasan para tenteranya. Permainan tersebut dimainkan dengan cara menendang bola ke dalam jaring kecil. Orang-orang Greek dan Roman purba juga dicatatkan pernah bermain permainan seumpamanya yang melibatkan 27 orang.

Permainan ’sepak-menyepak’ di England dicatatkan seawal 1300-an, yang ketika itu hanya dimainkan dengan menendang kepala musuh yang dipancung. Pada zaman pertengahan, ia kemudiannya berkembang menjadi permainan bola yang membolehkan pemainnya menendang, menumbuk, menggigit dan memukul. Setelah permainan tersebut menjadi ganas, ia telah diharamkan oleh King Edward ke III, manakala di Scotland, King James I telah mengharamkannya pada 1424.

Pada 1815, sekolah terulung di Britain, Eton College telah memperkenalkan peraturan baru yang kemudiannya telah diikuti oleh semua sekolah dan Universiti di England. Idea ini kemudian telah dikembangkan oleh beberapa kelab bola sepak di London untuk menetapkan peraturan-peraturan baru tersebut di dalam permainan bola sepak. Ini membawa kepada mesyuarat bola sepak pertama di England pada 26 Oktober 1863 di sebuah Ibu pejabat Freemason yang terletak di Great Queen Street, London. Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Bola Sepak British. Sejak itu, pertandingan bola sepak mula diadakan di pelbagai peringkat.

Sehinggalah ke hari ini. England menjadi pusat pertandingan liga bola sepak yang terunggul di dunia. Hampir setiap pemain mengimpikan untuk bermain di sana. Apa tidaknya, di sinilah tempat kegemilangan, kecemerlangan dan keterbilangan bola sepak dunia. Tambahan lagi, negara ini pernah menjadi ’tuan’ kepada banyak negara lain, termasuklah Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika negara ini cukup menarik perhatian ramai pemain mahupun peminat bolasepak, termasuk di tanahair. Yang hairannya, kaum Muslimin semacam lupa bahawa inilah negara pembunuh kedua terbesar umat Islam, selepas AS. Negara penyokong kuat AS dan senantiasa menanti peluang untuk menyembelih umat Islam.

’Bak Sihir yang Memukau’.

Lenggok yang mempersonakan, kehebatan melepasi benteng pertahanan lawan, ketepatan penyudah merupakan aksi yang sentiasa dinanti-nantikan oleh para pencintanya. Penglihatan seolah-olah telah ‘digam’ di kacamTV ataupun skrin lebar. Hanya wisel separuh masa dan penamat sahaja yang dapat ‘menanggalkannya’. Bukan hanya seorang, tetapi berjuta-juta peminat terpukau dek pesona aksi bintang-bintang pujaan masing-masing. ’Benda bulat itu’ tidak mengenal manusia, muda atau tua, miskin atau kaya, hina atau mulia, yang berkulit hitam ataupun sawa, mereka akan setia menunggu setiap perlawanan, tidak kira apa waktunya. Semua kopi cap berjenama pasti laris untuk memastikan mata dapat disengkang di dalam masa sebulan ini, suatu amalan yang amat sukar dilakukan sebelum ini. Kesungguhan berjaga dan bangun malam ini amat menakjubkan! Alangkah baiknya jika senantiasa diamalkan oleh kaum Muslimin untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Rabbnya.

’Aura’ temasya ini sangat berbeza dan jauh lebih hebat dari aura ’Akademi Fantasia’ ataupun ‘Malaysian Idol’. Ia seolah-olah telah berjaya meletakkan dunia di bawah pengaruhnya dengan pesona aksi pemain. Pemain-pemain ini tidak memerlukan mentera keramat untuk memukau. Mereka juga tidak perlu berada di hadapan mata para pencinta. Cukup sekadar menonton aksi menerusi paparan elektronik sudah memadai untuk ‘memukau’ jutaan manusia di seluruh dunia. Setiap mata begitu takut untuk berkelip terutama ketika aksi serangan dilakukan, sematamata khuatir akan terlepas aksi menjaringkan gol. GOOOOOL!!! Itulah kata-kata yang mengakhiri sebuah penantian. Saat yang paling dinanti-nanti! Kata-kata yang menggembirakan hati musuh-musuh Allah dikala melihat dan mendengar ianya dilaungkan oleh umat Islam. Alangkah mulianya jika kaum Muslimin melaungkan takbir penyatuan dan kebesaran Allah, ALLAHU AKBAR!!!, di kala melihat kekejaman yang dilakukan oleh kaum kuffar ke atas saudaranya. Kata-kata yang paling dibenci dan ditakuti oleh musuh-musuh Allah. Itulah saat yang paling digeruni oleh Barat, apabila kaum Muslimin bangkit dari kealpaan mereka dan melafazkan apa yang pernah Rasulullah lafazkan!

Hari ini, fokus perbincangan umat Islam telah bertukar. Di mana-mana orang bercakap tentang bola, dari kedai kopi hinggalah ke pejabat menteri. ’Jatuh standard’ sekiranya tidak ikut serta dalam perbincangan, apatah lagi jika tidak mengetahui perkembangan- berkembangan terkini tentang perlawanan. Kejadian-kejadian lain yang menimpa umat Islam sudah tidak lagi menarik perhatian. Hidangannya telah basi dan perlu diketepikan, jika pun tidak dibuang. Gempa bumi di Yogyakarta, Indonesia, peristiwa pembunuhan di Iraq, Afghanistan, penderaan ke atas tahanan Islam di penjara Teluk Guatanamo, penghinaan ke atas Al-Qur’an, penghinaan ke atas Rasulullah dan banyak lagi peristiwa lainnya semakin pudar dari ingatan. Yang perlu diingat sekarang ialah keputusan-keputusan perlawanan terkini untuk menentukan pasukan mana yang akan berentap pada perlawanan akhir. Inilah yang paling dinanti – kemuncak kepada segala kealpaan. Berapa ramai yang akan mengambil cuti atau MC demi bola tercinta. Jika ada isteri yang ingin melahirkan anak sulung sekalipun, didoakan kepada Tuhan supaya tidak bersalin pada ketika ini, semata-mata tidak mahu terlepas dari ’kenikmatan dunia’ ini Wahai kaum Muslimin! Jangan sekali-kali kamu terpukau dengan ’sihir’ baru ini sehingga melupakan kewajiban kamu, melupakan nasib yang menimpa saudara kamu. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menafikan seseorang itu sebagai sebahagian dari kaum Muslimin jika dia bangun pada pagi hari dan tidak menghiraukan apa yang telah berlaku ke atas saudara-saudaranya. Sabda baginda, “Siapa sahaja yang bangun di pagi hari dan perhatiannya adalah kepada selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka ia tidak berurusan dengan Allah. Dan barangsiapa yang bangun dan tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka ia tidak termasuk sebahagian daripada mereka (kaum Muslimin)” [HR Hakim dan al-Khathib dari Hudzaifah ra]

Hukum ‘Lahwun’ dan ’Lahwun Munadzzomun’

Bola sepak merupakan suatu permainan am iaitu “Lahwun” dalam bahasa Arabnya. Penggunaan kata lahwun terdapat di dalam Al Quran dan Al-Hadis. Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda “Hendaklah kalian sentiasa berlatih memanah kerana ia merupakan sebaik-baik lahwun” [HR. Al-Bazzar, At- Thabrani dan Sa’ad]. Lahwun di sini membawa maksud permainan. Sedangkan dalam surah Luqman:6: “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mempergunakan lahwal Hadis”. Erti lahwun di sini adalah senda gurau (dalam konteks orang kafir yang mengolok-olokkan ayat-ayat Allah) . Erti yang mencakup seluruh makna lahwun di dalam Al-Quran dan Al-Hadis adalah menyibukkan diri dalam mengerjakan sesuatu yang dilarang (haram/makruh) atau melakukan permainan yang mubah (boleh) yang mengakibatkan seseorang menjauhkan diri dari aktiviti melaksanakan perkara yang wajib dan sunnah.

Dalam pandangan Islam, sukan termasuk lahwun yang diperbolehkan. Di dalam masalah ini jenis sukan yang diunjurkan oleh Islam adalah sukan yang tujuannya membina setiap muslim untuk menjadi seorang mujahid, misalnya berkuda, memanah, menembak, merejam lembing, renang, lari, gusti dan silat. Tentu sahaja semua ini dibolehkan selagi ia tidak mengakibatkan tertinggalnya suatu kewajiban. Imam As-Syathibi menyatakan: “Hiburan, permainan dan bersantai adalah mubah atau boleh asal tidak terdapat suatu perkara yang terlarang.” Selanjutnya beliau juga menambahkan: “Namun demikian, perkara tersebut tercela dan tidak disukai oleh para ulama’. Bahkan mereka tidak menyukai seorang lelaki yang dipandang tidak berusaha untuk memperbaiki kehidupannya di dunia dan tempat kembalinya di akhirat kelak, kerana ia telah menghabiskan waktunya dengan berbagai macam kegiatan yang tidak mendatangkan suatu hasil duniawi atau ukhrawi.” Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa Sallam dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dengan sanad yang sahih: “Setiap permainan di dunia ini adalah batil kecuali tiga perkara: memanah, menjinakkan kuda dan bermain dengan isteri.” Yang dimaksudkan dengan batil di sini ialah siasia atau yang seumpamanya, yang tidak berguna serta tidak menghasilkan buah yang dapat dipetik [lihat Al- Muwaafaqaat, Jilid l, m/s 84]. Selain yang dibolehkan, ada juga lahwun yang diharamkan oleh Islam seperti permainan judi dan juga apa-apa permainan mubah yang dibolehkan tetapi mengarah kepada yang haram atau meninggalkan kewajipan. Yang terakhir ini termasuk dalam kaedah syara’: “Setiap sesuatu yang menghantarkan kepada yang haram, hukumnya haram “.

Lahwun munadzzomun (hiburan dan permainan yang terorganisasi) bermaksud suatu hiburan dan permainan yang telah diatur sedemikian rupa dengan pelbagai jenis program serta waktu penyelenggaraannya. Untuk itu maka dilantik beberapa orang pegawai, sehingga menjadi suatu misi penting menurut pandangan para pengaturnya. Cirinya yang paling menonjol adalah bersifat umum dan menyeluruh di pelbagai sektor kehidupan serta melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Ia memiliki tujuan yang dapat menimbulkan berbagai macam bahaya terhadap umat dengan tidak memerhatikan tolok ukur yang benar iaitu halal dan haram. Permainan ini mempunyai pasukan tertentu (misalnya 3, 6 atau 11 orang pemain), pelatih, pengurus pasukan untuk peringkat kampung, mukim, daerah, negeri hingga peringkat kebangsaan bahkan ke peringkat benua dan antarabangsa. Setiap peringkat mempunyai pegawai yang tetap, masa-masa latihan dan jadual pertandingan sesuai dengan turutan di atas. Setiap pasukan mempunyai penyokong yang setia yang akan menghabiskan seluruh tenaga dan wang hanya untuk menyaksikan aksi pasukan idola mereka dan seterusnya mengharap akan kemenangannya. Mereka bermain ataupun menonton tanpa mengendahkan hukum-hukum syara’ baik dalam ucapan, tingkah laku, berpakaian (apatah lagi wanita), mahupun penggunaan waktu.

Yang lebih dasyat, lahwun munadzzomun ini merupakan permainan yang jelas-jelas berasaskan assabiyyah (kebangsaan) dan wathaniyyah (patriotisme). Setiap orang akan bermain mati-matian untuk mempertahankan tempat, negeri, negara atau bangsa masing-masing. Bagi penonton, mereka akan merasa puas dan bangga bila pasukan tempat/negara mereka mengalahkan pasukan dari negara atau bangsa lain. Bagi pemain, perasaan tersebut lebih ketara. Mereka benar-benar berjuang dan merasa puas dengan kemenangan yang dicapai ’demi membela kehormatan bangsa dan negara’. Inilah hakikat lahwun munadzzomun, satu keharaman yang jelas lagi nyata!.

Umat Islam seharusnya menyedari tentang fakta lahwun munadzzomun agar dapat menghadapi bahaya yang tersembunyi. Umat hendaklah menyedari bahawa permainan atau hiburan yang terorganisasi itu telah dirancang oleh musuh-musuh Islam dan memiliki tujuantujuan yang sangat merbahaya yang mengancam nilai kehidupan yang sangat berharga dan mulia iaitu Islam. Umat juga hendaklah mengetahui siapakah di sebalik segala pandangan tersebut serta mengetahui bagaimana cara menghadapinya. Mungkin ada kebenarannya pernyataan dalam Protokol ke 13 dari Protocols of Zion (diterbitkan pertama kali oleh Prof. Sergyei Nihrs di Rusia pada tahun 1902) dengan jelas menyebut bahawa gerakan Zionisme merancang untuk mengundang masyarakat, melalui akhbar-akhbar ketika itu, untuk mengikuti pelbagai perlawanan dalam setiap jenis sukan yang sudah diprogramkan. Kesenangan baru tersebut secara pasti melenakan masyarakat dari masalah-masalah konflik politik dengan orang-orang Yahudi. Secara beransuransur perkara itu akan menghancurkan kekuasaan berfikir masyarakat. Dengan demikian akan menjadikan warga Zionis sebagai anggota masyarakat yang siap dengan konsep-konsep baru.

Khatimah

Wahai mereka yang terpesona! Ingatlah akan firman Allah, “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungjawabannya” [TMQ Al-Israa’:36]. Janganlah kalian terpedaya dengan program-program kaum Kuffar yang cuba untuk melalaikan umat Islam terhadap segala kekejaman, penindasan dan pembunuhan yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam. Sedarlah bahawa sudah sekian lama iaitu kira-kira 82 tahun umat Islam di dunia ini telah diperkotak-katikkan, diperbodoh-bodohkan dan dibunuh habis-habisan tanpa pembelaan akibat lenyapnya satu kekuasaan Islam yang bergelar Khilafah. Inilah kekuatan yang telah runtuh, diruntuhkan oleh kaum Kuffar dan agen mereka.

Wahai kaum Muslimin! Bayangkanlah sekiranya Rasulullah masih bersama kita, adakah Rasulullah akan merestui apa yang kita lakukan. Apakah perbuatan sesetengah kita yang begitu gilakan bola ini akan mendapat pujian dari Rasulullah? Atau adakah Rasulullah akan membiarkan umatnya tenggelam dalam pesona kegilaan ini? Pernahkah kita terfikir tentang apakah harapan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada umatnya di akhir zaman? Adakah baginda mengharapkan umat Islam menjadi ’kaki bola’? Atau sebaliknya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengharapkan umat Islam berjuang untuk menegakkan semula Deen Allah di muka bumi ini? Junjungan kita begitu kasihkan kita dengan meletakkan setinggi- tinggi harapan agar kita benar-benar berpegang kepada Islam. Malangnya, sebahagian dari kaum Muslimin tidak mengasihi baginda sebagaimana yang baginda harapkan. Saudaraku, inilah harapan Rasulullulah kepada kalian semua – mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan mendirikan Daulah Khilafah sebagaimana yang baginda telah wariskan kepada para Khulafa’ur-Rashidun...
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby andukA on Thu Jun 22, 2006 8:36 am

pandai main bola ka tidak?
biar ompong jgn sombong
andukA
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 548
Joined: Wed Apr 19, 2006 4:27 pm

Postby fikrul mustanir on Fri Jun 23, 2006 12:30 am

andukA wrote:pandai main bola ka tidak?


Mengikut rekod manusia yang paling pandai dan handal dalam permainan bola sepak alaf ini adalah orang kafir. :D

p/s: Pelik juga bila ada yang terjemahkan makna 'kafir' itu adalah 'tidak tahu'.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby andukA on Fri Jun 23, 2006 4:49 am

fikrul mustanir wrote:
andukA wrote:pandai main bola ka tidak?


Mengikut rekod manusia yang paling pandai dan handal dalam permainan bola sepak alaf ini adalah orang kafir. :D

p/s: Pelik juga bila ada yang terjemahkan makna 'kafir' itu adalah 'tidak tahu'.


kalau macam tuh soalan lain lak,

pernah main bola tak?

:gelak:
biar ompong jgn sombong
andukA
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 548
Joined: Wed Apr 19, 2006 4:27 pm

Postby fikrul mustanir on Fri Jun 23, 2006 8:23 am

Pernah dulu. :D

Tapi apa salahnya bermain bola (lahwun) sebagai cara nak keluarkan peluh.

Cuma yang haramnya adalah menyertai dan 'memeriahkan' pertandingan bola yang diorganisasikan oleh badan antarabangsa (lahwun munadzzomun). Sebab ada agenda kuffar disebalik tournament tersebut.

Di sini kita seharusnya matang untuk membezakan diantara 'lahwun munadzzomun' (yang diharamkan) dengan 'lahwun' (yang diperbolehkan).
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby andukA on Fri Jun 23, 2006 8:34 am

jika saya memeriahkan tornoment itu dengan beranggapan ' kawan ' dengan mereka, agar mereka menjadi kawan kita macamana pulak yer?

agar kawan2 itu tahu yang si kawan ini adalah TINGGI dari mereka2

tp itu masih dlm angan2....

:gelak:

......
biar ompong jgn sombong
andukA
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 548
Joined: Wed Apr 19, 2006 4:27 pm

Postby fikrul mustanir on Fri Jun 23, 2006 8:37 am

Kawan? Kena pulak tengok hukum 'berkawan' dengan orang kafir pulak ni. :D
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby andukA on Fri Jun 23, 2006 8:58 am

fikrul mustanir wrote:Kawan? Kena pulak tengok hukum 'berkawan' dengan orang kafir pulak ni. :D


jika begitu, sesuatu hukum itu perbuatan itu bergantung juga kepada niat la kan?

kalau hukum tak boleh sebab memeriahkan lahwun= tak boleh la dia
kalau hukum boleh = boleh la kan?

.....

summary nya...


aku tengah terselubung/ter cover dengan hujah kebenaran mu.. tap itu biaasa saja tuh

hehehehe
biar ompong jgn sombong
andukA
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 548
Joined: Wed Apr 19, 2006 4:27 pm

Postby myxzspzlx on Fri Jun 23, 2006 3:21 pm

bangun pukul 2 pagi tengok bola boleh...
bangun 2 pagi untuk sembahyang sunat berat...
myxzspzlx
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 314
Joined: Thu Mar 11, 2004 7:59 am
Location: KL

Postby GOOKU on Fri Jun 23, 2006 3:49 pm

INNA SHOLATII WANUSUKII WAMAHYAAYA WAMAMAATII LILLAHI RABBIL 'ALAMIIN

Sesungguhnya Sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah, Rabb semesta alam.


Inilah petikan yang dibaca (disunatkan) setiap kali solat dilakukan...iaitu doa iftitah.
Itulah pengakuan yang sering kite bacakan....praktiknye.....jangan pula,
"Tidur bola, makan bola, minum bola"...hidup semati bola.....jangan beb,jangan.
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Postby fikrul mustanir on Tue Jul 11, 2006 5:30 pm

JIHAD EKONOMI MELAYU
Kebanggaan Islam Atau Kebanggaan Barat?


"Jihad Ekonomi Melayu" ! Itulah seruan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menghiasi muka depan Utusan Malaysia 7 Jun 2006, yang membawa mesej kepada masyarakat Melayu di rantau ini agar bangkit memajukan status ekonomi Melayu sekarang. Seruan ini telah dikumandangkan oleh Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptamanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekaligus melancarkan penubuhan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem). 'Jihad Ekonomi' ini diseru agar dijadikan agenda utama dalam misi nasional bagi mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai bangsa maju menjelang 2020. Seruan ini dibuat setelah dasar ekonomi yang diamalkan selama ini tidak membawa bangsa Melayu ke tahap yang membanggakan. Sebagai contoh, dalam sektor korporat, penyertaan Bumiputera yang diukur melalui peratusan pemilikan ekuiti tidak mencapai sasaran 30%; kadar capaian paling tinggi setakat tahun 2004 hanyalah 18.9% berbanding pencapaian bangsa-bangsa lain. Nisbah pendapatan kaum Melayu berbanding kaum Cina juga adalah hanya pada kadar 1:1.64 manakala terhadap kaum India, 1:1.27 [Perangkaan tahun 2004].

Dalam kesempatan minggu ini, risalah 'Suara Kebangkitan' akan cuba menghuraikan secara ringkas penggunaan istilah 'jihad' yang digunakan – istilah yang membawa pelbagai konotasi yang acapkali mengelirukan kaum Muslimin. Apakah penggunaan istilah 'jihad' di dalam seruan Pak Lah baru-baru ini benar-benar menepati pengertian syara' ataupun sebaliknya?

Makna Jihad

Berdasarkan nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah, perkataan 'jihad' mengandungi dua makna; Pertama makna bahasa (lughah) dan kedua makna syara'. Pembahasan tentang jihad yang terdapat di dalam kitab-kitab fiqh pun banyak menerangkan tentang kedua makna ini. Secara bahasa, di dalam Kamus al-Muhith, jihad bermakna kesungguhan ( juhd), kemampuan menanggung beban (thaqah) dan kesulitan (masyaqah). Ar-Razi mengatakan, mujahadah asal katanya adalah juhd (kerja keras) yang bermakna kesulitan (masyaqah). Di dalam al-Majmu' juga disebutkan, jihad diambil dari kata juhd (kerja keras) yang bermakna masyaqah. Di dalam Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, dijelaskan bahawa jihad secara bahasa bermakna masyaqah. Dr. Muhamad Khair Haykal mengatakan jihad secara lughawi bermaksud mencurahkan usaha. Selanjutnya Imam an-Naysaburi, dalam kitab tafsirnya menjelaskan erti jihad menurut bahasa adalah mencurahkan segenap tenaga untuk memperoleh maksud tertentu. Itulah pengertian jihad menurut bahasa ( lughah) secara umumnya.

'Jihad' dalam konteks syar'i berbeza maknanya dengan makna bahasa. Al-Qur'an telah mengarahkan makna jihad pada erti yang lebih spesifik, iaitu mencurahkan segenap tenaga untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung mahupun tidak, yakni dengan cara mengeluarkan harta benda, pendapat (idea) dan lain-lain [Ibn' Abidin]. Di dalam kitab Radd al-Mukhtar disebutkan bahawa jihad adalah mengerahkan segenap potensi untuk berperang di jalan Allah, baik secara langsung atau tidak langsung, seperti bantuan material atau pendapat. Di dalam syarah Sahih al-Bukhari dan juga Nail al-Authar, disebutkan bahawa jihad secara syar'i bermakna mengerahkan segenap kesungguhan di dalam memerangi orang-orang kafir. Inilah makna jihad sebagaimana dikehendaki oleh syara' yakni berperang di jalan Allah memerangi orang-orang kafir dengan segenap usaha dari memberikan pendapat sehinggalah ke perang secara fizikal.

Pengertian seperti ini terdapat pada kata jihad yang ada dalam ayat-ayat Madaniyyah. Pengertiannya berbeza dalam ayat-ayat yang terdapat pada ayat-ayat Makkiyyah. Dalam ayat-ayat Makkiyyah, kata jihad mengandung makna bahasa yang bersifat umum, sebagaimana pengertian yang di dapati dalam al-Qur'an surah al-'Ankabut [29] ayat 26 dan 8 serta surah Luqman [31] ayat 15. Lebih dari 26 frasa jihad digunakan dalam ayat-ayat Madaniyyah. Semuanya mengisyaratkan bahawa jihad bermaksud perang menentang orang-orang kafir. Antaranya, firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Berangkatlah kalian, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui ." [TMQ at-Taubah:41]

Jihad dengan makna mengerahkan segenap kekuatan untuk berperang di jalan Allah juga dibincangkan oleh para fuqaha. Menurut mazhab Hanafi, jihad adalah mencurahkan pengorbanan dan kekuatan untuk berjuang di jalan Allah, baik dengan jiwa, harta benda, lisan, idea dan sebagainya. Menurut mazhab Maliki, jihad berarti peperangan kaum Muslimin menentang orang-orang kafir dalam rangka menegakkan kalimat Allah hingga menjadikan kalimatNya yang paling tinggi [Muhammad Ilyas]. Para ulama mazhab Syafi'i juga berpendapat bahawa jihad adalah perang di jalan Allah.

Itulah makna jihad yang telah ditunjukkan oleh nas dan diperjelas dengan sejelas-jelasnya lagi oleh para imam mazhab dan ulama. Para salafus salih tidak pernah terkeliru dan tidak pernah mengelirukan umat dengan istilah tersebut. Para ulama pula memahaminya dan beriman kepadanya dengan makna yang telah dibawa oleh para pendahulu mereka. Sebaliknya sekarang, para pemimpin kaum Muslimin bersandarkan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh mereka yang diberi status ulama, telah melarikan makna sebenar jihad, malah pengertiannya telah dipusingkan sedemikian rupa sehingga hilang makna asalnya. Ini berlaku sehingga ke tahap yang amat parah di mana makna sebenar jihad (makna syar'i) seolah-olah sudah tidak wujud lagi. Yang ada hanyalah makna dari segi bahasa semata-mata, bahkan dikatakan inilah jihad yang sebenar. Walhal, para ulama telah lama menetapkan bahawa di dalam kes yang melibatkan makna bahasa dan makna syara', makna syara'lah yang mesti di dahului. " Makna syariat lebih utama dibandingkan dengan makna bahasa mahupun makna konvensional ('urf)". [Syeikh Atha' ibn Khalil]

Hakikat Jihad

Di dalam membincangkan isu jihad ini, umat Islam mestilah memahami hakikat jihad yang sebenar dari pandangan Islam. Dari sudut hukum, jihad dapat dibahagi kepada dua;

1. Jihad Ibtida'iyyah (Ofensif/Menyerang)

Jihad ofensif bermaksud jihad yang dilaksanakan oleh Negara dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke suatu negara. Aktiviti fizikal (ketenteraan) hanya dilakukan sebagai jalan terakhir setelah usaha ' persuasif'' (mengajak kepada Islam atau menyuruh tunduk kepada pemerintahan Islam dengan membayar jizyah) ditolak oleh kaum (negara) kafir. Ertinya, ketika proses penyebaran risalah Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Negara kepada bangsa atau negara lain mendapat tentangan fizikal dan mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan Islam, maka saat itulah wajib ke atas Negara melancarkan jihad ofensif. Sebaliknya, jika mereka menerima atau memeluk Islam ataupun menolak dari memeluk Islam tetapi bersetuju tunduk kepada pemerintahan Islam, maka jihad ofensif tidak akan dilancarkan. Perlu diingat bahwa taklif hukum untuk melakukan jihad ofensif ini adalah wajib ke atas Negara (Pemerintah) sahaja. Orang perorangan, jemaah, gerakan, parti politik dan sebagainya tidak boleh melakukan jihad jenis ini. Oleh yang demikian, jika pemimpin mengabaikan tanggungjawab ini, mereka telah berdosa besar, apatah lagi fakta pada hari ini menunjukkan kepada kita betapa darah umat Islam ditumpahkan sewenang-wenangnya oleh Sang Kafir, tanpa ada apa-apa pembelaan oleh mereka yang berkuasa (pemimpin) dari kalangan umat Islam. Jihad sebegini ditegaskan oleh Allah dalam al-Qur'an, di antaranya,

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari akhir, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya, dan tidak beragama dengan agama yang haq (Islam), (iaitu orang-orang) yang diberi Al-kitab kepada mereka, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk ." [TMQ at-Taubah:29].

2. Jihad Difa'iyyah (Defensif/Mempertahankan).

Adapun jihad defensif adalah perang untuk membela dan mempertahankan diri dari serangan atau ancaman kafir-musuh. Adalah menjadi kewajipan ke atas setiap individu Muslim untuk mempertahankan dirinya apabila diserang musuh. Dalam keadaan ini, kaum Muslimin tidak perlu menunggu pengisytiharan jihad dari Negara untuk bertindak. Pada saat berlakunya serangan (diserang), maka setiap orang wajib mengangkat senjata dalam mempertahankan dirinya, keluarganya dan harta bendanya demi Islam. Sekiranya suatu tempat atau sebuah negara umat Islam diserang, maka jihad defensif ini wajib dilakukan oleh kaum Muslimin lain yang berada berdekatan dengan tempat atau negara tersebut. Perlu di ingat bahawa apabila melihat keadaan umat Islam diserang sebegini, maka wajib pula ke atas mana-mana penguasa kaum Muslimin (yang berada di negara lain) melancarkan jihad ofensif ke atas musuh yang menyerang tadi. Jihad defensif ini wajib dilaksanakan sebagaimana seruan Al-Quran yang ertinya:

"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu. Dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas ." [TMQ al-Baqarah:190].

Inilah hukum jihad yang berlaku ke atas umat Islam. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dan para khulafa' telah menunjukkan kepada kita bagaimana hukum ini diterapkan di sepanjang pemerintahan masing-masing. Di antara peristiwa yang terkenal di dalam sirah Rasulullah adalah jihad yang dilancarkan oleh Rasulullah sendiri ke atas Yahudi Bani Qainuqa'. Diriwayatkan bahawa seorang Muslimah telah pergi ke kedai emas milik seorang Yahudi. Tiba-tiba si Yahudi tukang emas ini datang dari arah belakang dan mengikat bahagian belakang baju Muslimah tersebut dengan alat pengait. Ketika Muslimah itu berdiri, maka tersingkaplah auratnya dan si Yahudi la'natullah ketawa terbahak-bahak diselangi dengan kata-kata cabul. Seorang Muslim yang kebetulan melihat peristiwa tersebut merasa marah dan terus membunuh Yahudi tersebut. Beberapa orang Yahudi lain yang berada di situ secara beramai-ramai telah membunuh Muslim tadi. Peristiwa ini telah sampai kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dan tanpa berlengah, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam terus melancarkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa', sehingga kaum terkutuk itu berjaya diusir dari bumi Madinah.

Wahai kaum Muslimin! Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Nabi kalian. Hanya kerana tersingkapnya aurat seorang Muslimah dan gugurnya seorang Muslim demi mempertahankan kemuliaan hukum Islam, maka Yahudi Bani Qainuqa' mendapat 'balasan' jihad yang dilancarkan oleh baginda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Itulah secebis dari sirah yang menunjukkan betapa prihatinnya Rasulullah dengan umat Islam, betapa sayangnya baginda dengan kaum Muslimin, betapa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam menjaga hukum Allah (jihad). Subhanallah! Apakah yang telah dilakukan oleh pemimpin kaum Muslimin sekarang? Umat Islam disembelih di Bosnia, dibunuh dengan kejam oleh tentera Israel, diseksa di luar batas kemanusiaan oleh tentera Amerika di Abu Gharib dan Teluk Guntanamo. Umat Islam bermandikan darah di seluruh dunia.....namun apa yang kita lihat adalah pemimpin kaum Muslimin bersalaman dengan George Bush, bergandingan dengan Donald Rumsfeld, menjadi boneka dan tali barut Amerika untuk menindas dan membunuh kaum Muslimin, menyembah Barat serta mengikut segala telunjuknya. Allah sahajalah yang Maha Membalas segala perbuatan mereka.

Jihad Ekonomi –vs- Ekonomi dari Jihad

Di zaman Rasulullah dan para sahabat, perkataan jihad sememangnya tidak asing bagi mereka. Mereka mengenal kalimah jihad sebagaimana yang Rabb mereka wahyukan. Tetapi kita tidak pernah mendengar Rasulullah dan para sahabat mengisytiharkan atau melancarkan jihad ekonomi. Kitab-kitab fiqh para imam mazhab dan ulama silam juga tidak pernah membincangkan masalah Jihad Ekonomi. Mereka hanya mengenal jihad dengan makna perang. Itulah yang mereka imani. Selain itu, jihad dengan makna bahasa tidak pernah diperbincangkan sepopular hari ini. Namun demikian, perlu difahami bahawa perlaksanaan hukum jihad memang terkait rapat dengan ekonomi. Jihad sesungguhnya menyumbang dari aspek penjanaan pendapatan negara kerana beberapa hukum tentang 'ekonomi' muncul hasil dari jihad yang dilakukan. Pendapatan Negara seperti Anfal, Ghanimah, Fa'i dan Khumus diperolehi setelah berlakunya proses jihad.

Anfal juga dikenali dengan nama Ghanimah [TMQ Al Anfal:1]. Ibnu Abbas dan Mujahid berpendapat bahawa anfal adalah ghanimah, yakni segala harta kekayaan orang-orang kafir yang dikuasai oleh kaum Muslimin melalui peperangan atau penaklukan. Pihak yang berhak mengagihkan ghanimah adalah Rasulullah dan para khalifah setelah beliau (sebagai Ketua Negara). Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah membahagikan ghanimah Bani Nadhir kepada kaum Muhajirin dan tidak kepada Anshar, kecuali Sahal bin Hanif dan Abu Dujanah, kerana keduanya fakir. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga memberikan ghanimah kepada muallaf pada perang Hunain dalam jumlah yang besar. Hal tersebut juga terjadi pada zaman Khulafa ar-Rasyidin. Khalifah berhak membahagikan ghanimah kepada pasukan perang, ia juga berhak mengumpulkannya bersama fa'i, jizyah dan kharaj untuk dibelanjakan bagi mewujudkan kemaslahatan rakyat Daulah.

Fa'i adalah segala harta kekayaan orang-orang kafir yang dikuasai oleh kaum Muslimin tanpa peperangan. Seperti yang pernah terjadi pada Bani Nadhir atau kepada orang-orang kafir yang melarikan diri kerana takut terhadap kaum Muslimin dengan meninggalkan rumah dan harta mereka, sehingga harta tersebut dikuasai oleh kaum Muslimin, atau orang-orang kafir takut dan melakukan perdamaian dengan kaum Muslimin serta menyerahkan sebahagian dari harta dan tanah mereka, seperti yang terjadi pada penduduk Fadak. Harta fa'i ini diuruskan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam (sebagai Ketua Negara).

Khumus pula adalah seperlima bahagian yang diambil dari ghanimah dengan dalil firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Ketahuilah sesungguhnya ghanimah yang kalian peroleh dari sesuatu, maka seperlimanya untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul (Bani Hasyim dan Bani Muthalib), anak-anak yatim, dan orang miskin .." [TMQ Al Anfal:41]

Dari sini, jelas bahawa jihad yang dilakukan dengan sebenar-benarnya mengikut tuntutan syara' akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi, sekaligus pendapatan Negara. Melalui perlaksanaan hukum jihad oleh Negara, ekonomi umat Islam secara automatik akan meningkat. Sejarah telah membuktikan bahawa Daulah Khilafah merupakan Daulah yang kekayaannya melimpah ruah, tidak lain tidak bukan, hanya kerana diterapkan sistem Allah di dalamnya, bukan sistem ciptaan manusia. Jihad ekonomi bukanlah seruan sebenar untuk umat Islam di dalam meningkatkan taraf perekonomian, sebaliknya dengan penerapan sistem Islamlah, (dengan penerapan seluruh hukum, termasuk jihad yang akan dilancarkan oleh Negara), umat Islam akan menikmati bukan sekadar kenaikan dalam taraf ekonomi, malah kenaikan taraf kemuliaan umat Islam itu sendiri. Inilah sebenar-benar seruan – kembali kepada kehidupan Islam dengan jalan menegakkan sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah, barulah umat Islam (bukan sekadar Melayu) akan meraih kebangkitan dan mendapat redha Allah.

Bahaya pemesongan kalimah 'Jihad'

Kita mengakui bahawa terdapat jihad dengan makna bahasa. Akan tetapi jihad semacam ini bukanlah jihad yang diperintahkan oleh Allah untuk diperjuangkan. Ia tidaklah utama berbanding dengan jihad memerangi orang-orang kafir. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, " Aku diutus untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah dan aku adalah RasulNya" [HR Bukhari & Muslim]. Pengalihan makna jihad dari pengertian syar'inya kepada makna bahasa sebenarnya mengundang pelbagai bahaya. Umat telah dikelirukan dengan hukum jihad sehingga mendatangkan kefahaman bahawa seolah-olah hukum jihad yang sebenar telah tiada. Bukti begitu jelas di depan mata. Lihat sahaja apa yang terjadi sekarang. Umat Islam diperangi oleh musuh-musuh Allah seperti Israel, Amerika, Britain dan lain-lain. Tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang tampil dan mengisytiharkan jihad ke atas kaum kuffar ini. Yang terjadi malah sebaliknya, mereka bekerjasama dengan musuh-musuh Allah ini dalam memerangi umat Islam. Sebahagian yang lain menyatakan bahawa peperangan di antara Israel-Palestin, Amerika-Afghanistan, Amerika-Iraq bukanlah jihad. Aneh! Ketika Amerika mengisytiharkan bahawa peperangan mereka menentang umat Islam adalah ' crusade' atau 'holy war', pemimpin kaum Muslimin menyatakan bahawa apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam bukanlah jihad, malah sebaliknya, menyerukan perdamaian. Pada masa yang sama makna jihad telah dialihkan kepada makna yang lain.

Jika kaum kuffar yang secara terang-terangan sedang berperang dengan umat Islam pun bukan dikatakan sebagai jihad (seperti di Palestin dan Iraq), entah bilalah agaknya para pemimpin kaum Muslimin akan mengatakan bahawa 'ini barulah jihad'. Mungkin setelah kubur menjemput mereka dan Allah bertanya kepada mereka di Padang Mahsyar tentang persoalan ini, maka barulah mereka mengakui bahawa 'ini sebenarnya jihad'. Pengakuan yang pada masa itu tidak akan menambah apa-apa kepada mereka kecuali azab dari Allah. Sedarlah wahai pemimpin kaum Muslimin!!

Saudaraku! Lafaz 'jihad' adalah satu lafaz yang paling ditakuti dan digeruni oleh kaum kuffar. Dengan laungan jihad inilah Rasulullah berjaya menghapuskan kekuatan kafir Quraish, kekuatan Yahudi dan juga Nasrani. Dengan laungan jihad ini juga para khulafa' umat Islam berjaya mengembangkan Islam sehingga menguasai hampir dua per tiga dunia dan Deen Allah tertegak di muka bumi selama lebih kurang 13 abad. Laungan kalimah inilah yang telah berjaya menyatukan umat Islam di bawah Daulah Khilafah. Perkataan inilah yang telah dan akan merobek jantung dan menggentarkan musuh-musuh Deen Allah ini. Malangnya setelah makna jihad ini dipesongkan, yang terjadi malah sebaliknya. Umat Islam pula yang telah takut untuk menyebut kalimah suci ini, apatah lagi membincangkannya.

Sedarlah wahai saudaraku! Kafir Barat bergembira melihat ketakutan kalian. Mereka begitu berani membunuh umat Islam kerana mereka yakin bahawa laungan 'jihad' tidak akan kedengaran dari mana-mana mulut pemimpin umat Islam hari ini. Sang Kafir bergembira melihat umat Islam merubah hukum Allah, merubah makna sebenar jihad. Hukum jihad yang tak lain tak bukan hanya ditujukan untuk memerangi kaum kuffar, sekarang telah hilang dari pemikiran kaum Muslimin. Laungan jihad ekonomi atau lain-lain jihad yang seumpamanya seperti jihad diri, jihad pendidikan, jihad keluarga hanyalah akan melebarkan lagi senyuman musuh Allah melihat 'karenah' umat Islam. Tiada apa lagi yang perlu ditakuti oleh Barat. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam,

"Akan datang suatu masa di mana orang-orang kafir bersatu mendatangi kalian seperti orang-orang yang lapar merebut hidangannya. Salah seorang bertanya, wahai Rasulullah, adakah kerana bilangan kita (umat Islam) sedikit pada waktu itu? Rasulullah menjawab, bukan, bahkan kalian pada waktu itu sangat ramai, tetapi kalian (pada waktu itu) umpama buih yang dibawa arus, Allah mencabut ketakutan pada hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati-hati kamu 'al-wahn'. Seorang bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan al-wahn itu? Rasulullah menjawab, cinta dunia dan takut mati. " [HR Bukhari & Muslim]

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kembalilah kepada makna jihad yang sebenar - makna jihad yang menjadikan Islam dan umatnya mulia dan digeruni. Kembalilah kepada Deen Allah ini dengan sebenar-benarnya; kembalilah kepada setiap pemikirannya dan tariqahnya dengan kejelasan nas dan kekuatan dalil, dengan keikhlasan serta ketaqwaan, dengan ketegasan dan keberanian. Amat besarlah kemurkaan Allah bagi kaum Muslimin yang tidak merasa senang atau menidakkan pengertian 'jihad' yang sebenarnya atas alasan apa pun. Ingatlah bahawa diri kita adalah milik Allah dan kita akan kembali padaNya. Kita akan disoal tentang setiap perkara yang dilakukan di dunia ini sebelum Allah membenarkan kita melangkah ke syurgaNya atau dicampakkan ke dalam nerakaNya. Na'uzubillahi min dzalik.

Wahai saudaraku! Masihkah lagi kita meraba-raba dalam kecerahan mencari petunjuk untuk keluar dari malapetaka yang melanda kita, sedangkan semua kekaburan telah dihuraikan dengan keterangan yang jelas lagi nyata? Bangkitlah segera wahai umat Islam! Bangkitlah untuk menerapkan semula Deen Allah di muka bumi ini. Kaum kafir begitu takutkan kebangkitan kalian. Kebangkitan yang akan meruntuhkan segala peradaban kufur Barat dan kekuatan mereka. Amat jelaslah ketakutan di wajah-wajah mereka dengan perjuangan menegakkan semula Daulah Khilafah atas jalan kenabian - satu-satunya kekuatan politik Islam yang akan mengisytiharkan JIHAD ke atas mereka. Ya Allah! Kau berkatilah usaha hamba-hambaMu dalam mendirikan Khilafah bagi menegakkan kalimahMu, mengembalikan kemuliaan kepada kaum Muslimin serta menebarkan rahmat Islam ke seluruh alam. Amin ya Rabbal 'alamin.

dapatan maklumat/berita dan artikal terbaru Sautun Nahdhah di www.mykhilafah.com[/b]
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby fikrul mustanir on Thu Jul 20, 2006 7:43 am

DIALOG ANTARA PERADABAN: Umat Islam Terperangkap Dalam Agenda Kufur

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa pemimpin dunia Islam dan Barat memastikan diri, kerajaan dan rakyat masing-masing komited mengadakan dialog bagi menghasilkan tindakan sebenar sebagai cara konkrit untuk menyelesaikan kepincangan dalam hubungan antara mereka. Perdana Menteri berkata, dialog antara Kristian Barat dan dunia Islam mesti dapat menghasilkan bukan sahaja peningkatan kefahaman tetapi juga azam untuk membetulkan apa yang salah. ''Akhirnya, ini bermakna semakan semula di peringkat domestik, sebarang dasar yang menyebabkan ketidaksaksamaan di kalangan penduduk. Dan di peringkat global, sebarang tindakan sebelah pihak yang mencetuskan ketidakadilan terhadap orang lain dan negara lain," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Cendekiawan Islam Antarabangsa di Jakarta anjuran Nahdatul Ulama Indonesia. Menurut Perdana Menteri lagi, bagi memastikan dialog itu mencapai objektifnya, adalah penting bagi Barat untuk terlebih dahulu mengiktiraf Islam bukan hanya sekadar agama semata-mata [UM 21/06/06].

Mengulas kenyataan Perdana Menteri ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, sudah sampai masanya dialog antara Islam dan Barat diadakan ekoran fitnah yang dilemparkan oleh segelintir pemimpin Barat terhadap ajaran Islam. "Diterima atau tidak, itu terpulang pada mereka. Apa yang penting, kita mesti lakukan sesuatu untuk memperjelaskan kepada masyarakat dunia bahawa Islam bukanlah agama yang menggalakkan keganasan seperti yang diwar-warkan oleh segelintir pemimpin Barat,'' Beliau menambah, umat Islam sudah tidak boleh bertangguh lagi untuk memperbetulkan persepsi masyarakat bukan Islam terhadap Islam, khususnya bagi masyarakat bukan Islam di Barat. "Dialog ini amat penting kerana boleh dikatakan hampir 90 peratus masyarakat bukan Islam di Barat tidak tahu dan tidak faham mengenai ajaran Islam,'' [UM 22/06/2006].

Banyak lagi seruan-seruan seumpama ini dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia, malah boleh dikatakan berkumandang setiap kali Barat menyembelih umat Islam. Di kala darah umat Islam membasahi bumi, di kala itulah para pemimpin dan ulama kaum Muslimin menghulurkan tangan untuk berjabat dan berbincang dengan Barat. Setiap kali Barat berpesta membunuh kaum Muslimin, setiap kali itulah kedengaran dan kelihatan sang pemimpin dan ulama mengajak sang pembunuh duduk semeja. Maka bergembiralah sang kuffar dengan seruan untuk 'menikmati teh bersama' ini setelah mereka penat menyembelih mangsanya. Wahai kaum Muslimin yang ikhlas, SN kali ini ingin mengajak kalian merenung sejenak, apakah seruan seperti ini dapat mengubah musuh-musuh Allah ini kepada mengasihi kalian. Apakah cara ini yang diperintahkan oleh Allah kepada kaum Muslimin di dalam menghadapi musuh-musuhNya?

Pertembungan Peradaban Adalah Sesuatu Yang Pasti

Sebagaimana diketahui, era Perang Dingin yang berlangsung sejak 1946 telah berakhir pada awal 1990-an, selepas runtuhnya USSR dan berakhirnya pertembungan Kapitalisme-Sosialisme, yang diikuti dengan terlepasnya wilayah-wilayah negara bekas USSR seperti Azerbaijan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, dan Uzbekistan. Francis Fukuyama, seorang pemikir Amerika berketurunan Jepun, menanggapi peristiwa ini dengan menyebutnya sebagai Babak Akhir Sejarah (The End of History). Menurutnya, pertembungan antara Kapitalisme dan Sosialisme sudah berakhir dan dunia akan terarah kepada sistem demokrasi liberal semata-mata dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai kaptennya. Era ini diwar-warkan oleh George Bush sebagai The New World Order (Tata Baru Dunia) dengan Amerika sebagai single player dan negara lain sebagai buffer-nya.

Namun seiring dengan terpolarisasinya berbagai negara ke dalam jaringan sistem Kapitalisme global, muncul sebuah analisis futuristik dari Samuel P. Huntington tentang masa depan pola hubungan antarabangsa yang menunjukkan kecenderungan antagonistik dan diwarnai konflik. Secara lebih tegas dia mengatakan, konflik itu semakin meningkat antara Islam dan masyarakat Asia di satu pihak dan Barat di pihak lain. Lebih jauh lagi, Huntington meramalkan, tentangan paling serius bagi hegemoni Amerika pada masa mendatang adalah revivalisme Islam dan peradaban Cina (Konfusianisme).

Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang menjadi sekutu kuat Bush secara lantang menyebut ideologi Islam sebagai 'Ideologi Setan'. Dalam pidatonya pada Persidangan Nasional Parti Buruh Inggeris, Blair menjelaskan ciri ideologi setan, iaitu: (1) Menolak kewujudan Israel (2) Memiliki pemikiran bahwa syariat adalah dasar hukum Islam (3) Kaum Muslimin mesti menjadi satu kesatuan di dalam naungan Khalifah (4) Tidak menerima pakai nilai-nilai liberal dari Barat.

Kita tidak patut lupa akan ucapan musuh-musuh Allah terhadap kita, ketika Presiden Bush menyatakan dengan lantang kepada dunia, either you are with us or with the terrorist. Kita juga jangan lupa yang Presiden AS ini menyebut serangan ke atas Afghanistan dengan istilah 'crusade' (Perang Salib). Realiti menunjukkan bahawa setelah serangan ke atas WTC 11 September 2001, secara rasmi Bush telah mengisytiharkan perang Salib ke atas umat Islam, "This crusade, this war on terrorism, is going to take a long time," ujar Bush seperti disiarkan oleh BBC on line pada 16 September 2001. Pernyataan istilah crusade ini sempat diperbetulkan oleh Setiausaha Pertahanan AS. Akan tetapi, apa ertinya pembetulan yang dibuat oleh seorang setiausaha jika dibandingkan dengan pernyataan rasmi oleh seorang presiden. Apalagi pernyataan ini diulanginya lagi pada 16 Februari 2002 "...Kita tidak punya kawan yang lebih baik daripada Kanada yang berpihak kepada kita pada perang Salib ini." Dari pernyataan ini jelas Bush menyatakan bahawa perang Salib dalam bentuknya sekarang adalah perang melawan terrorisme (baca : Islam).

Serangan peradaban kapitalis Barat tidak pernah berhenti. Mereka dari dulu hingga sekarang terus menerus menyebarluaskan Ideologi Kapitalis yang sekular. Mereka membuat undang-undang sendiri dan mengajar kaum Muslimin agar melakukan perkara yang sama. Mereka mencipta sempadan geografi antara negeri-negeri kaum Muslimin. Mereka juga mengangkat para penguasa boneka di negeri-negeri umat Islam sebagai agen mereka, bagi menyebarluaskan pengaruh dan idea-idea kufur mereka, melindungi kepentingan mereka, mempertahankan batas geografi yang mereka ciptakan, menyesatkan kaum Muslimin dari jalan Allah, serta menentang setiap orang yang tulus ikhlas berusaha menegakkan Islam. Mereka juga dibantu oleh para penjilat mereka dari kalangan intelektual, yang sentiasa menyeru, membela dan mengagung-agungkan pemikiran-pemikiran sekular mereka.

Serangan pemikiran ini tidak terhenti di sini. Propaganda kepada peradaban Barat seperti liberalisme, demokrasi, pluralisme, negara bangsa (nation state), hak asasi manusia (HAM), hak-hak perempuan (feminisme), ikatan patriotisme, dialog antara agama, dan sebagainya, terus berjalan dengan lancar. Sesungguhnya hal ini merupakan suatu pertarungan pemikiran yang sangat keras antara dua ideologi, Islam dan Kapitalisme. Pertembungan antara Islam-Barat ini begitu jelas hingga tidak ada lagi bukti yang perlu diungkapkan. Fakta menunjukkan bahawa masing-masing ideologi memandang yang lain sebagai musuhnya. Inilah kenyataan yang tidak dapat dinafikan, kecuali oleh mereka yang 'buta' atau yang menjadi pemuja Barat.

Jangan Terpedaya Wahai Saudaraku

Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa betapa Barat cuba memerangkap umat Islam dengan konsep dialog yang dicanangkan (lihat Sautun Nahdhah bertajuk : Pluralisme – Jerat Makan Tuan). 'Keindahan' konsep ini telah memukau tidak sedikit dari kalangan pemimpin kaum Muslimin. Dari seluruh kata-kata yang diluahkan oleh Barat dan juga para pak turut Barat dari kalangan kaum Muslimin, kita dapat simpulkan bahawa dialog di antara peradaban atau agama ini bertujuan untuk (1) menyeru kesamaan dan kesetaraan antara agama dan peradaban, serta mengakui bahawa tidak ada agama atau peradaban yang lebih baik di atas yang lain (2) menerima keberadaan agama atau peradaban lain sebagaimana adanya, serta mengungkap konsep agama dan peradaban lain tanpa memberikan penilaian salah terhadapnya dengan tujuan agar saling memahami dan mengakui pihak lain tanpa batas atau syarat tertentu. (3) interaksi bagi menciptakan satu peradaban alternatif yang unggul dengan mencari titik temu dan nilai-nilai kemanusiaan yang terkandung di dalam setiap agama atau peradaban.

Wahai kaum Muslimin! Sedarkah kalian bahawa seluruh konsep dan seruan di atas adalah sangat bertentangan dengan Islam. Tidak ada satu dalil pun yang membenarkan apatah lagi memerintahkan seruan seumpama itu. Seluruh konsep itu bukan berasal dari Islam malah merupakan penyimpangan dan penyesatan yang jelas-jelas membahayakan Islam. Konsep persamaan antara agama dan peradaban ini adalah konsep yang lahir dari pemikiran kufur, kerana ini merupakan seruan untuk menyamakan yang benar (haq) dan yang salah (bathil), antara deen yang lurus dan yang menyimpang, antara keimanan dan kekufuran, antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan (dhalalah), antara yang menghapuskan (nasikh) dan yang dihapuskan ( mansukh), antara berhukum dengan hukum Allah dan hukum thaghut, antara konsep peradaban yang bersumberkan wahyu Allah dan bersumberkan hasil buatan manusia, antara Islam dan kafir.

Sungguh 'ajaib' sebahagian dari pemimpin dan ulama kaum Muslimin. Di saat mereka mengajak kita untuk kembali kepada Al-Qur'an, pada saat yang sama mereka lupa kepada ayat-ayat Al-Qur'an. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan kita,

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)' dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" [TMQ al-Baqarah:120].

Adakah kita tidak mengimani peringatan Rabb kita ini? Permusuhan mereka dengan kita teramat jelas, dari dulu, kini dan selamanya. Apakah kita juga telah lupa baru-baru ini ketika bercakap pada Kongres Yahudi Sedunia di Baitulmaqdis, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berikrar tidak ada imuniti terhadap rakyat Palestin yang menyerang Israel, "Saya ingin katakan di sini kepada sesiapa yang mahu menyerang kami, kami akan mengambil tindakan keras dan lebih menyakitkan daripada tindakan yang diambil pada masa lalu," katanya. [UM 22/06/06]

Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian masih mahu berdialog dengan pengganas kejam yang sedang menghalakan senjatanya ke arah kalian? Ataukah kalian masih sibuk melaungkan seruan untuk berdialog ketika senjatanya itu sedang mengerat leher saudara-saudara kalian? Sedarkah apa yang kalian lakukan ini? Lupakah kalian akan firman Allah di dalam Al-Qur'anul Karim,

"..mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka mampu" [TMQ al-Baqarah:217]

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al-Kitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman" [TMQ Ali Imran:100]

"Sebahagian besar ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran (Islam)" [TMQ al-Baqarah:109]

"Mereka ingin supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah pada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong" [TMQ an-Nisa':89]

Itulah di antara peringatan dari Yang Maha Mengetahui kepada kita. Masihkah kita percaya bahawa Barat ingin berdialog dengan kita apabila Kalamullah sendiri menjelaskan sebaliknya? Masihkah kita ingin menyahut seruan kufur ini di kala Al-Qur'an mengajarkan kepada kita bagaimana kita sepatutnya menghadapi dan memerangi musuh-musuh Allah ini?

Hubungan Peradaban Dengan Negara

Peradaban sangat erat hubungannya dengan kewujudan sesebuah negara. Peradaban dapat dianggap sebagai "isi", sedangkan negara adalah "wadah"-nya. Dalam keadaan tanpa "wadah", "isi" akan tercicir dan tercerai-berai tanpa ada ertinya. Hubungan erat peradaban dengan kewujudan negara ini dapat dibuktikan dari fakta sejarah perjalanan umat manusia. Tidak ada satu pun peradaban dapat wujud secara sempurna kecuali jika ianya ditegakkan oleh satu atau beberapa negara yang mendukungnya.

Peradaban Barat sulit dibayangkan dapat melakukan hegemoni seperti sekarang ini kalau tidak adanya negara-negara pendukungnya seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah Barat seperti Inggeris, Perancis dan lain-lain. Demikian pula peradaban Islam pada masa lalu, tidak akan dapat tegak sempurna tanpa kewujudan Daulah Islamiyyah yang berdiri selama 13 abad lamanya, sejak hijrahnya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam ke Madinah hingga berakhirnya Khilafah Uthmaniah di Turki.

Hancurnya Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 telah melenyapkan "wadah" bagi peradaban Islam. Dengan hancurnya Khilafah, peradaban Islam telah kehilangan kekuatan dan kemuliaannya. Dapat dikatakan, peradaban Islam hampir musnah dari realiti kehidupan, kerana Khilafah yang mendukungnya telah tiada. Sebagai gantinya, peradaban Barat sekularlah yang kemudian mendominasi kaum Muslimin saat ini. Maka dari itu, kewujudan Nnegara Khilafah adalah sesuatu yang amat mendesak yang tidak boleh ditawar-tawar lagi agar peradaban Islam dapat mendominasi peradaban Barat. Dan yang pastinya Negara Khilafah yang akan terjun ke kancah pertembungan peradaban itu adalah sebuah Negara yang kuat, yang didukung oleh kekuatan ideologi dan juga ketenteraan.

Khatimah

Apakah dialog antara agama yang disyorkan ini boleh menjadi jalan tengah untuk menyelesaikan pertembungan peradaban Barat dan Islam yang kita saksikan ini? Amat jelas bahawa dialog ini hanya merupakan 'penyelesaian' yang datang dari aqal yang gagal untuk memahami bahawasanya yang hak dan batil itu adalah sesuatu yang secara pastinya akan bertembung. Sedarlah wahai kaum Muslimin, pertembungan peradaban adalah sesuatu yang hakiki. Ianya ada sejak dulu hingga sekarang dan akan tetap ada hingga Hari Akhir. Janganlah kalian terpedaya oleh para penyeru dialog antara agama dan antara peradaban yang tidak mahu menerima kenyataan, membiarkan segala penghinaan dan kekejaman dilakukan oleh kaum kuffar. Siapkanlah diri kalian untuk menghadapi konflik ini kerana peradaban kufur Barat telah, sedang dan akan sentiasa menyerang kalian, baik secara politik, ekonomi, pemikiran mahupun ketenteraan.

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan! Yakinlah bahawa jika kalian berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar, kaum kafir tidak akan mampu mengalahkan kalian. Jangan sekali-kali kalian berkiblatkan Barat. Kehinaan menimpa kalian apabila kalian mengambil jalan hidup sebagaimana Barat. Aqidah kalian adalah aqidah yang benar, maka berjuanglah untuk memurnikannya dan menyingkirkan segala debu dan kotoran yang telah Barat lemparkan. Waspadalah dengan segala laungan yang menyeru kalian kepada kegelapan. Berhati-hatilah dengan segala seruan yang boleh mendekatkan kalian kepada kekufuran. Carilah petunjuk di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Di sana kalian akan menemui cahaya yang akan menerangi hidup kalian.

Ya Allah! Berilah petunjuk kepada umat Muhammad, kepada apa yang Engkau redhai, dan jadikanlah kami kaum yang akan menzahirkan agamaMu di muka bumi ini. Ya Allah! Kami adalah makhluk yang lemah di hadapanMu, yang sentiasa mengharapkan pertolongan dan perlindunganMu, yang berserah diri kepadaMu dan sentiasa berusaha menegakkkan agamaMu. Ya Allah! Turunkanlah kemenanganMu, kembalikanlah Daulah Khilafah 'ala minhaj nubuwwah sebagaimana yang RasulMu telah khabarkan kepada kami. Amin ya Rabbal 'alamin.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby fikrul mustanir on Mon Jul 24, 2006 8:27 am

MAHATHIR VS PAK LAH : IKUTILAH PENYELESAIAN ISLAM

Pada 13hb April 2006 kerajaan telah membatalkan projek pembinaan jambatan 'indah' untuk menggantikan tambak Johor. Kontraktor yang dilantik, Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB), diarah memberhentikan kerja-kerja pembinaan yang telah dimulakan sejak awal tahun. YAB Perdana Menteri dalam kenyataan akhbar menyatakan "Keputusan kerajaan telah dibuat selepas mengambilkira suara dan sentimen rakyat Malaysia secara keseluruhannya terutama berkenaan pembekalan pasir dan ruang udara". Peristiwa ini mendapat berbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia; ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Tengku Razaleigh Hamzah dalam reaksinya kepada Malaysia Today mengatakan - "Memalukan!". Baginya, persoalan ini membabitkan maruah dan kedibiliti sesebuah negara. Beliau mempersoalkan bagaimana keputusan boleh dibuat bagi meluluskan projek tanpa mengambilkira soal perundangan. Keputusan ini juga dikatakan akan merugikan rakyat kerana kerajaan terpaksa membayar gantirugi yang cukup besar kepada kontraktor.


Perkembangan ini menyebabkan Tun Dr. Mahathir memberikan reaksi beliau yang panjang lebar dalam surat terbukanya bertarikh 25hb April 2006. Beliau menyanggah alasan kerajaan dengan mengatakan bahawa ianya telah disalahertikan secara sengaja. Beliau juga mengatakan bahawa Singapura memang pandai berdolak-dalik (merujuk kepada Lee Kuan Yew) dalam rundingan sedangkan persetujuan telah dibuat antara beliau dengan PM Singapura, Goh Chok Tong. Bagi menguatkan ketidaksetujuan beliau, Dr. Mahathir juga menyertakan fakta-fakta yang menyimpulkan bahawa Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat .

Sebagaimana kita tahu, di antara punca 'krisis' antara Mahathir dan Pak Lah ini adalah disebabkan oleh beberapa dasar yang telah ditetapkan oleh PM lama, kini telah 'dirombak' oleh PM baru. Melihat kepincangan beberapa dasar baru yang ditetapkan, maka 'melentinglah' bekas orang nombor satu negara ini, dan sehingga sekarang masih belum reda, malah dilihat semakin parah. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah bertujuan untuk mengulas isu-isu/pertikian di atas tetapi ingin membawa kaum Muslimin sekalian melihat bagaimanakah Islam menyelesaikan masalah sebegini. Kami juga membawakan pedoman yang telah ditunjukkan oleh para Khulafa-ur-rashidun semasa mereka menaungi Daulah Khilafah satu masa dulu. Semoga para pemimpin sekarang dibukakan hati oleh Allah untuk mengikuti 'bintang-bintang' ini dan seterusnya mengambil petunjuk Allah di dalam pemerintahan mereka.

Perubahan Kepimpinan Di Dalam Islam

Merujuk kepada Sistem Pemerintahan Islam yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam dan diwarisi serta diteruskan oleh para sahabat baginda, kita dapati bahawa Sistem Pemerintahan Islam tegak di atas empat prinsip iaitu,

(1) As-siyadah li asy-syar'i (Kedaulatan milik syara') : Maksudnya, segala perkara yang hendak dilakukan hendaklah mengikut hukum syara'. Dalam konteks pemerintahan, undang-undang yang diterapkan hendaklah undang-undang Islam.

(2) As-sulthah li al-ummah (Kekuasaan milik umat) : Maksudnya hak untuk melantik seseorang pemimpin (khalifah) adalah di tangan umat yang dilakukan melalui proses bai'at. Tidak sah naiknya seorang pemimpin jika tidak melalui proses ini.

(3) Mengangkat seorang Khalifah hukumnya fardhu bagi seluruh kaum Muslimin : Maksudnya wajib mengangkat hanya seorang pemimpin (khalifah) bagi umat Islam seluruh dunia dan haram bagi kaum Muslimin mempunyai lebih dari seorang pemimpin (khalifah). Rasulullah bersabda "Jika dibaiat dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir" [HR Muslim]

(4) Hanya Khalifah yang berhak melakukan tabanni (adopsi/terima pakai) hukum-hukum syara' : Maksudnya di atas khalifahlah hak untuk mentabanni hukum mengikut ijtihadnya sendiri atau ijtihad-ijtihad mujtahid lain yang ingin ditabanninya. Dia juga berhak membuat undang-undang dasar (Perlembagaan) dan semua undang-undang lain di dalam mengatur (ri'ayah) Daulah.

Prinsip yang ke-4 di atas sebenarnya menyentuh tetang perubahan kepimpinan. Di dalam sejarah pemerintahan Islam kita menyaksikan bahawa pemimpin datang dan pergi, tetapi Sistem Islam tidak pernah diubah atas alasan apa sekalipun. Allah telah menyempurnakan agama ini sehingga tidak perlu ada tambahan dari manusia untuk melengkapkannya. Walaupun telah berlaku ratusan pertukaran pemimpin (khalifah) di dalam Islam, tidak seorang pun dari mereka merubah undang-undang Allah. Mereka memerintah berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya. Setiap kali berlaku perubahan kepimpinan, para khulafa-ur-rashidun mentabbani hukum mengikut ijtihad mereka. Bagi yang diperintah (rakyat) pula, mereka memahami bahawa mereka perlu taat kepada apa sahaja hukum yang ditabanni oleh khalifah, walaupun bertentangan dengan pendapat/ijtihad mereka. Selagi yang ditabanni adalah hukum syara', maka tidak perlu ada yang menentangnya.

Semasa Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah, beliau telah mentabanni hukum talak dengan menetapkan bahawa apabila seorang suami menjatuhkan talak tiga (pada perceraian pertama) ke atas isterinya, maka yang dikira hanyalah talak satu, bukannya tiga. Tetapi semasa Saidina Umar menjadi Khalifah, ia mentabanni hukum yang lain berkenaan talak, iaitu jika seorang suami menjatuhkan talak tiga (pada perceraian pertama) maka jatuhlah talak tiga. Inilah dua pendapat yang berbeza yang diterapkan di sepanjang pemerintahan masing-masing. Hal ini tidak menjadi masalah kerana semua sahabat adalah mujtahid dan sebagai khalifah, mereka berhak mentabanni hukum mengikut ijtihad masing-masing. Semua pendapat mereka adalah Islami dan bertepatan dengan hukum syara'.

Dalam isu pembahagian harta rampasan perang (ghanimah) pula, Saidina Abu Bakar ketika beliau menjadi Khalifah, membahagi ghanimah secara sama rata di kalangan muharribun (mereka yang menyertai perang). Hal ini sama seperti yang dilakukan di zaman Rasulullah. Tetapi ketika zaman kekhilafahan Saidina Umar, ghanimah tidak diberikan sama rata. Umar memberi bahagian yang lebih banyak kepada sahabat-sahabat yang masuk Islam lebih awal berbanding mereka yang kemudian memeluk Islam. Walaupun hukum yang ditabanni berbeza di kalangan para khulafa', tetapi tidak ada seorang pun dari mereka yang menentang perkara ini. Masing-masing memahami bahawa apa yang ditabanni adalah hukum syara'. Oleh yang demikian hal ini telah menjadi Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat berkenaan suatu hukum) iaitu salah satu sumber hukum di dalam Islam.

Dalam hal ini, Ijma Sahabat menjadi nas kepada kita tentang dua perkara, pertama, mentabanni hukum syara' dalah hak khalifah dan kedua, wajib ke atas seluruh rakyat untuk mentaatinya. Dari sini, para ulama telah mengeluarkan dua qaidah syara' yang masyhur iaitu, "Amru al imam yarfa'u al khilaf" yang bermaksud perintah Imam (Khalifah) menghilangkan perbezaan pendapat dan "Amru al imam naafidzun" yang bermaksud perintah imam wajib dilaksanakan.

Khalifah juga mempunyai hak untuk mentabanni ijtihad orang lain. Mereka dibolehkan untuk tidak mengubah polisi Daulah sebagaimana yang telah ditetapkan atau ditabanni oleh khalifah sebelumnya. Hal seperti ini pernah berlaku di zaman pemerintahan Saidina Uthman ibn Al-Affan dimana semasa beliau menerima bai'at dari Abdurrahman bin 'Auf setelah kewafatan Umar, beliau telah bersetuju untuk meneruskan polisi pemerintahan sebagaimana yang telah dijalankan oleh Umar.

Demikianlah penyelesaian bagi perselisihan pendapat yang melibatkan hukum syara' di mana Khalifah berhak mentabanni hukum untuk diterapkan bersesuaian dengan ijtihadnya sendiri atau ijtihad orang lain. Namun begitu, jika sesuatu perkara itu bukan melibatkan hukum syara' maka ia akan diletakkan di bawah perkara yang memerlukan kepakaran atau pendapat ramai. Ini termasuk isu-isu teknikal dan strategi yang bersifat mubah.

Muhasabah Ke Atas Pemerintah Adalah Kewajipan Yang Utama

Salah satu keindahan di dalam Islam adalah adanya konsep muhasabah. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberikan hak kepada setiap individu muslim mahupun jemaah/gerakan untuk melakukan muhasabah ke atas saudaranya. Dalam konteks ini, muhasabah ke atas pemerintah adalah jauh lebih utama berbanding ke atas individu atau jemaah. Ini adalah kerana pemerintah adalah orang yang diamanahkan oleh Allah untuk menerapkan hukumNya sekaligus menjaga kemaslahatan semua warganegara. Oleh kerana pemerintah adalah orang yang ditugaskan menjaga hak Allah dan juga hak umat, maka sedikit sahaja penyimpangan oleh pemerintah bermaksud ia telah melakukan maksiat/dosa dan pada masa yang sama akan menjejaskan seluruh warganegara. Ini adalah berbeza dengan maksiat yang hanya dilakukan oleh seseorang individu. Oleh yang demikian, Islam telah meletakkan muhasabah ke atas pemerintah sebagai kewajipan yang agung dan sekiranya ia (orang yang melakukan muhasabah) gugur di dalam berbuat demikian, maka gugurnya adalah sebagai Sayyidu as-syuhada' (penghulu para syahid). Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Penghulu para syuhada adalah Hamzah ibn Abdul Muthallib dan seseorang yang berhadapan dengan penguasa yang zalim lalu ia menasihati penguasa tersebut, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)." [HR Hakim]

Wahai kaum Muslimin! Itulah kewajipan dan kemuliaan yang Allah berikan kepada kalian. Wajib bagi kalian untuk menasihati penguasa yang zalim dan ganjaran bagi mereka yang berbuat demikian adalah lebih baik dari seluruh dunia dan seisinya. Inilah janji Allah kepada kalian. Justeru, tegurlah sesiapa sahaja yang berbuat zalim di kalangan kalian. Siapakah orang lebih zalim dari pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Dan barangsiapa yang tidak menerapkan hukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [TMQ al-Maidah:45]. Oleh yang demikian, sekiranya mana-mana penguasa kaum Muslimin yang telah melakukan kesalahan, memaksiati Allah, merampas hak-hak rakyat, mengabaikan kewajipan-kewajipan terhadap rakyat atau memerintah dengan hukum kufur maka wajib hukumnya bagi rakyat atau gerakan Islam untuk bangun menegur seterusnya meluruskan pemerintah tersebut.

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Umi Salamah, bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Akan ada para pemimpin yang kalian mengetahui kemakrufan dan kemungkarannya, maka sesiapa sahaja yang membencinya dia akan bebas (dari dosa), dan siapa sahaja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi siapa sahaja yang redha dan mengikutinya (dia akan celaka)." Mereka bertanya: "Tidakkah kita perangi saja mereka?" Baginda menjawab: "Tidak selama mereka masih menegakkan solat (hukum Islam)".

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain, "Maka, siapa sahaja yang membencinya, dia akan terlepas (dari dosa). Dan siapa sahaja yang mengingkarinya dia akan selamat. Tetapi, siapa sahaja yang rela dan mengikuti (akan celaka)"


Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kepada kita agar mengingkari atau tidak taat kepada pemimpin yang telah melakukan kemungkaran atau maksiat kepada Allah. Sesiapa yang mahu selamat mestilah mengingkari perbuatan pemimpin tersebut, sedangkan yang redha dan mengikuti akan celaka. Untuk tidak mentaati pemimpin yang salah maka wajib dilakukan muhasabah terhadap mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan di dalam firman-Nya:

"Hendaklah ada di antara kalian sekelompok umat yang mengajak kepada kebaikan (Islam) serta menyeru kepada kemakrufan dan mencegah kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang beruntung " [TMQ Ali-Imran: 104]

Ayat ini dan banyak ayat lain juga memerintahkan kita untuk menyeru kepada kemakrufan dan mencegah kemungkaran dan disertai dengan qarinah (indikasi/tanda) yang menunjukkan kepada jazm (ketegasan) yang membawa implikasi wajib, seperti ditunjukkan dalam penghujung ayat "mereka itulah orang-orang yang beruntung". Di dalam ayat lain di gambarkan sebagai "sebaik-baik umat" [TMQ Ali-Imran: 110] dan "gembirakanlah orang-orang mukmin ini" [TMQ At-Taubah:112].

Khatimah

Di dalam Sistem Kapitalis, setiap tindakan yang diambil oleh pemimpin adalah menjurus kepada pemenuhan kehendak peribadi atau kelompok (kroni). Pemikiran sekular yang dibawa oleh Ideologi Kufur ini mengajarkan bahawa tujuan hidup adalah untuk mencapai kepuasan jasmani/material semaksima mungkin. Ideologi Kapitalis tidak pernah memandang bahawa agama adalah sebagai pengatur kehidupan, baik di dunia mahupun akhirat. Mereka mengiktiraf kewujudan agama tetapi agama mesti dipisahkan dari kehidupan (faslu ad-din anil hayah). Wahai kaum muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa agama dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Allah Maha Mencipta dan Maha Mengatur. Dia menciptakan Deenul Islam, mencipta manusia, alam serta kehidupan dan mengatur segala-galanya. Apabila kita meyakini bahawa Allah adalah Maha Pengatur, maka kita wajib mengambil segala peraturan yang Allah cipta.

Sebagai seorang muslim, kita yakin bahawa jika kita mengambil aturan Allah, maka Allah akan redha kepada kita dan InsyaAllah kita akan meraih syurgaNya. Sebaliknya, jika kita tinggalkan aturan Allah, maka murka Allah jualah yang akan menimpa dan nerakalah balasannya. Na'uzubillah min zalik. Oleh itu wahai kaum muslimin, kembalilah kepada aturan Islam, yang penuh dengan kesempurnaan dan keindahan. Sememangnya manusia akan berselisih dan berbeza pendapat, baik itu sesama individu, jemaah/gerakan atau pemimpin sekalipun. Tetapi agama Allah ini diciptakan olehNya untuk menyelesaikan segala masalah manusia. Jika terjadi perselisihan atau perbezaan, ingatlah akan firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qu'ran) dan (sunnah) Rasul(Nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian..." [TMQ an-Nisa':59]

Rasulullah telah mengingatkan kita bahawa jika kita benar-benar berpegang kepada dua perkara yang baginda tinggalkan (kitabullah dan sunnah baginda) nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya. Mafhum mukhalafah (fahaman sebaliknya) dari perkataan Rasulullah ini adalah, jika umat Islam meninggalkan kitabullah dan sunnah baginda, maka umat Islam akan hidup di dalam kesesatan selama-lamanya. Saudaraku, lihatlah di sekitar kalian, adakah umat Islam telah mengambil apa yang Nabi kita tinggalkan? Di Malaysia, setelah hampir 50 tahun kita merdeka dari penjajah kufur, adakah kita benar-benar telah mengikuti Al-Qur'an dan As-Sunnah? Adakah undang-undang Allah yang kita terapkan? Adakah sunnah Rasulullah yang kita amalkan? Atau kita masih terbelenggu dengan undang-undang kufur ciptaan British dan pemikiran-pemikiran kufur mereka? Fikirkanlah wahai kaum muslimin! Kembalilah kepada apa yang Rasulullah telah tinggalkan kepada kalian. Contohilah zaman generasi yang terbaik, generasi khulafa-ur-Rashidun, generasi tabi'in, tabi'it tabi'in dan orang-orang yang mengikuti mereka. Inilah generasi yang menerapkan sistem Islam, yang memerintah dengan Sistem Pemerintahan Islam yakni Sistem Khilafah. Sistem inilah yang kita semua rindui, sistem yang akan kembali menerajui dunia sedikit masa lagi. INSYA-ALLAH!
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby fikrul mustanir on Mon Jul 24, 2006 8:41 am

KEDATANGAN CONDOLEEZZA RICE
Sedar Dan Bangkitlah Wahai Kaum Muslimin


Dunia mengetahui bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush telah mengisytihar perang ke atas kaum Muslimin dengan menyebutnya sebagai sebuah 'crusade' (Perang Salib). Afghanistan diserang pada Oktober 2001 and Iraq pada Mac 2003 atas alasan 'memerangi keganasan'. Kini, setelah beberapa tahun, Amerika mula merasakan bahawa 'rancangan' mereka ini perlu dikaji semula. Pentadbiran Bush mula sedar bahawa 'War on terror' (Perang ke atas keganasan) telah gagal, lalu harus dilancarkan perang baru ke atas 'hati dan pemikiran' musuh-musuhnya (umat Islam). Dahulu Amerika telah berjaya menundukkan Soviet Union melalui peperangan pemikiran tanpa melepaskan se das tembakan pun. Setelah runtuhnya negara pembawa Ideologi Sosialis ini, maka satu-satunya musuh AS yang tinggal ialah Islam. Justeru, AS dengan angkuhnya tak putus-putus berusaha untuk menghancurkan Islam dan kaum Muslimin. Kini, usaha ini dijalankan melalui pelbagai misi dalam rangka untuk mengambil hati dan pemikiran negara-negara umat Islam. Pentadbiran 'koboi' Bush mula mengorak langkah serius untuk menawan 'hati-hati dan pemikiran musuh-musuhnya'.

Kita menyaksikan bahawa beberapa politikus tertinggi Amerika telah melawat kebanyakan negeri-negeri kaum Muslimin sejak serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Setiausaha Rendah AS untuk Diplomasi Umum, Karen Hughes memikul tugas berat di dalam usaha AS untuk mengambil hati Dunia Islam, Karen bagaimanapun dihujani dengan reaksi marah kaum Muslimin pada setiap lawatannya ke negeri-negeri kaum Muslimin tahun lalu. Malaysia, sebagai salah sebuah negeri kaum Muslimin juga tidak dapat lari dari 'senarai' AS ini. Pentadbiran Clinton pernah menghantar Madeline Albright untuk melawat Malaysia pada 1998. Colin Powell juga pernah melawat Malaysia suatu waktu dahulu. Kali ini, Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice (Condi) pula akan melawat Malaysia pada 28hb Julai 2006 [Bernama 4 Julai] .

Sautun Nahdhah pada kali ini akan membincangkan tujuan di sebalik lawatan Condi dan respon yang sepatutnya diberikan oleh kaum Muslimin di Malaysia terhadapnya. Semoga Allah memberi kesedaran kepada semua pembaca SN khususnya dan seluruh kaum Muslimin amnya tentang siapa kawan dan siapakah musuh kita yang sebenarnya. InsyaAllah!

Condi dan Misi-misi Diplomatiknya

Condoleezza Rice telah banyak melakukan misi-misi diplomatik untuk AS. Setelah Hamas memenangi pilihanraya melalui 'proses demokrasi' di Palestin, Condi mengatakan bahawa Mesir, Arab Saudi dan negara-negara Arab yang lain tidak sepatutnya menyokong kerajaan Palestin yang dipegang oleh Hamas selagi Hamas tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menghentikan serangan-serangannya ke atas Israel. ''Saya berharap agar mana-mana negara yang berhasrat untuk membantu kerajaan Hamas secara kewangan berfikir mengenai implikasi bantuan ini ke atas Asia Barat dan proses keamanan Asia Barat'', katanya [http://www.aljazeerah.info, 1 Mac 2006]. Apakah ertinya dari ucapan ini? AS sebagai sebuah Negara pengamal, pendokong dan penjaja demokrasi tidak mengiktiraf dan tidak membenarkan negara-negara Arab lain mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang melalui proses demokrasi? Sebaliknya, Israel yang menduduki Palestin secara haram (tidak melalui proses demokrasi) diarahkan supaya diiktiraf. Menilai apa yang diucapkan ini sahaja telah memberi gambaran kepada kita apakah perempuan ini seorang kawan dan perlu dihormati atau dialu-alukan kedatangannya.

Pertemuan Condi dengan pemimpin Mesir, Arab Saudi dan UAE tidak membuahkan hasil yang diingininya. Selain dari pemimpin UAE, Condi juga mengadakan pertemuan dengan pemimpin Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar. Beliau juga melawat Lebanon secara tidak rasmi bagi menyatakan 'sokongan Amerika terhadap rakyat Lebanon dan kerajaannya'. Condi mengakhiri lawatannya ke Asia Barat dengan kegagalan – gagal mendapatkan sokongan di sana untuk menolak kerajaan Palestin pimpinan Hamas dan Condi juga gagal mengharapkan campurtangan negara-negara Arab terhadap Iran di dalam isu nuklear yang hingga kini masih menemui jalan buntu. Fikirkanlah wahai kaum Muslimin, kenapakah negara-negara umat Islam yang menjadi sasaran utama AS? Kenapa Condi tidak dihantar ke negara-negara bukan Islam yang masih banyak lagi di luar sana?

Fikirkanlah, bagaimana AS boleh melaungkan demokrasi dan kebebasan sedangkan ia sendiri berdiam diri (dan mengiktiraf) akan penjajahan Israel ke atas Palestin? Bagaimana AS boleh mempromosi Hak Asasi Manusia sedangkan ia sendiri membenarkan penahanan tanpa bicara, membenarkan pemerkosaan, kekejaman, kezaliman dan salahlaku yang dahsyat di penjara Guantanamo, Bagram dan Abu Ghareeb? Bagaimana AS boleh mempromosi idea kebebasan beragama sedangkan askar-askarnya sendiri mengoyak dan menghina Al-Quran di hadapan tahanan Muslim di penjara Afghanistan? Bagaimana AS boleh berjuang untuk pengawalan senjata nuklear sedangkan ia sendiri memiliki lebih 10,000 senjata nuklear, membekalkan Israel sebanyak 200 senjata tersebut dan pernah menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) seperti uranium terpakai, napalm serta fosforus putih di Iraq sehingga menyebabkan lebih 100,000 orang (separuh dari mereka wanita dan kanak-kanak) terbunuh? [Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health in Baltimore, Maryland, Lancet journal Oktober 2004].

Inilah sebahagian dari pembohongan dan kejahatan mereka, bak musang berbulu ayam. Slogan-slogan kufur ini disolek indah oleh AS dan dilontarkan kepada kaum Muslimin. Dengan 'keindahan' yang dibawanya, maka kaum Muslimin terpegun dan terus berkata, ''Ahh! Betapa indahnya demokrasi, betapa sucinya ide kebebasan, betapa mulianya perjuangan Hak Asasi Manusia'', dan kaum Muslimin kemudian membuat kesimpulan bahawa ''Islam itu indah dan setiap yang indah itu dari Islam'' - maka semua solekan 'indah' yang dibawa oleh kafir Barat dikatakan berasal dari Islam, tanpa mengkaji dengan mendalam hakikatnya. Justeru bergembiralah simusang melihat ayam masuk ke dalam perangkapnya. Wahai kaum Muslimin! Adakah kalian masih belum sedar bahawa semua yang dilaungkan oleh Barat telah dilanggar sesuka hati oleh mereka sendiri, tetapi telah diambil dan diperjuangkan oleh umat Islam? Atas alasan memerangi pengganas, AS telah mengganas di Afghanistan dan membunuh saudara-saudara kita di sana. Atas alasan menghapuskan diktator dan menerapkan demokrasi, AS telah menceroboh Iraq dan membunuh, memenjarakan serta menyiksa dengan kejam saudara-saudara kita. Apakah ini demokrasi namanya? Apakah kita masih ingin menjilat muntah Barat ini?

Dengan kejadian serangan Israel ke atas Lebanon baru-baru ini (yang masih lagi berterusan hingga kini), bagaimana mungkin 'sokongan AS kepada rakyat dan kerajaan Lebanon' adalah benar sedangkan apabila Israel melancarkan serangannya, kononnya untuk membebaskan dua orang askarnya yang ditangkap, AS berdiam diri terhadap pembunuhan ratusan penduduk Lebanon dan mendiamkan diri terhadap ribuan tahanan Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita yang dipenjarakan oleh rejim Zionis ini? Malah lebih buruk lagi, AS sendiri memveto resolusi untuk mengutuk Israel kerana serangannya ke atas Gaza dan Lebanon!!! Inilah AS. Masihkah kita percaya kepada kata-kata Condi yang kononnya AS menyokong Lebanon? Adakah Allah memerintah untuk kita berbaik dengan orang kafir yang sedang memerangi saudara kita???

Pada awal April tahun ini Condi telah melawat dua buah Bandar di Britain bersama-sama dengan Setiausaha Luar Britain, Jack Straw. Apa yang diterimanya hanyalah kata-kata ''Baliklah Condi!!''. Di Blackburn, sebuah masjid telah menarik balik jemputan mereka kepada Condi. ''Pentadbiran AS ini telah banyak kali menimbulkan kemarahan di kalangan Muslim di sini dan di seluruh dunia, oleh itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan apabila jemputan ini ditark balik'', kata jurucakap Majlis Muslim Britain, Inayat Bunglawala [Reuters]. Ratusan penunjuk perasaan berdiri di luar dewan bandaran Blackburn ketika beliau dan Jack Straw bertemu dengan pemimpin Muslim tempatan. BBC malah melaporkan bahawa para pegawai rasmi menghadapi masalah untuk mengisi tempat kosong bagi menyambut Condi sebagai 'tetamu kehormat'[BBC 2 April]. Di Greece pula, lebih kurang 5000 polis anti-keganasan bertempur dengan para penunjuk perasaan yang membantah kedatangan Condi di sana. ''Kami bukan sahaja memprotes Rice tetapi juga kerajaan AS yang imperialis dan gila perang'' [BBC 25 April].

Condoleezza Rice dibenci bukan sahaja di luar negara, malah di AS sendiri. Para pelajar dan pensyarah di Boston College memprotes penganugerahan Doktor Kehormat ke atasnya [Boston Globe 23 Mei]. Ketika dia menerima anugerah tersebut, teriakan ''Malu! Malu!'' berkumandang, ''Berikan dia perintah sepina dan bukannya ijazah untuk jenayah kemanusiaannya!!!'', laung mereka sambil memegang sepanduk yang berbunyi 'Tiada ijazah untuk keganasan!'

Begitulah realiti Condoleezza yang dibenci dan dihina ke mana sahaja dia pergi, bak pelacur yang membawa siplis. Cuba untuk menjual diri demi 'tauke'nya (Bush) tetapi tiada seorang pun yang sudi mendampinginya. Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Masihkah kalian memandang baik orang seperti ini? Wajarkah dia dibenar datang dan disambut dengan permaidani? Orang-orang yang seagama dengannya pun membenci dan menolaknya, apakah kita kaum Muslimin ingin menatangnya?

Amerika Sedang Kalah

Kita tidak perlu melakukan analisis yang mendalam untuk menyatakan bahawa AS sekarang sedang mengalami kekalahan di dalam perangnya ke atas umat Islam samada secara fizikal atau pemikiran. Sekiranya Amerika sedang memenangi peperangan ini, sudah tentulah ia tidak perlu menghantar wakilnya ke sana-sini bagi mendapatkan sokongan atas rancangannya. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Michael Schuer, penulis buku 'Imperial Hubris : Why the West is Losing the War on Terror' (Mengapa Barat sedang kalah dalam perangnya terhadap keganasan) yang telah bersara dari CIA pada November 2004 mengatakan bahawa ''polisi AS di dunia Islam, terutamanya penjajahannya ke atas Iraq dan Afghanistan, sokongan ekonomi dan ketenteraannya kepada Israel serta sokongan AS yang berpuluh tahun lamanya kepada pemerintah-pemerintah zalim di dunia Islam telah menciptakan kebangkitan Islam sedunia''. Beliau selanjutnya menegaskan, ''...masa bukan lagi bersama kita dan adalah begitu jelas sekali AS sedang mengalami kekalahan'' [http://www.middle-east-online.com 27 April 2006].

Sebuah tinjauan terhadap 116 pakar dan bekas pegawai rasmi AS yang dilakukan oleh majalah Foreign Policy menunjukkan dengan jelas bahawa 84% dari responden menyatakan bahawa AS sedang mengalami kekalahan dalam perangnya terhadap keganasan. Di antara yang disoal selidik adalah bekas Setiausaha Negara, para penasihat keselamatan, komandan tentera, ahli-ahli komuniti risikan, ahli akademik dan para wartawan. ''Adalah begitu jelas bahawa pentadbiran Bush mempunyai pandangan yang begitu tidak realistik akan apa yang mereka boleh capai dengan kekuatan dan ugutan ketenteraan'', kata Leslie Gelb, presiden Majlis Mengenai Hubungan Luar yang berpusat di New York [AFP 5 Julai 2006]. ''Kita mengalami kekalahan dalam 'perang ke atas keganasan' kerana kita menangani simtomnya dan bukan puncanya'', merupakan kata-kata Anne-Marie Slaughter, ketua Woodrow Wilson School of Public and International Affairs di Universiti Princeton di dalam majalah Foreign Policy.

Menyedari dan mengambil kira padangan-pandangan ini, bagi mendidik orang Islam untuk 'menyayangi' Amerika, pentadbiran Bush telah melancarkan pelbagai inisiatif besar dalam penyiaran luar negara – Radio Sawa, sebuah stesyen radio muzik pop dan berita dilancarkan pada tahun 2002 dan Al-Hurra, sebuah rangkaian berita TV satelit, dilancarkan pada Februari 2004. Kedua-duanya bertumpu kepada penonton/pendengar Arab. Al-Hurra mempunyai objektif untuk menjadi alternatif kepada stesyen berita pan-Arab seperti Al-Jazeera dan Al-Arabiyya. Presiden Bush mengatakan bahawa Al-Hurra akan menembusi 'propaganda kebencian yang memenuhi ruang udara dunia orang Islam' dan mempromosikan perdebatan di wilayah tersebut. Namun orang-orang Arab masih terus melekat kepada Al-Jazeera dan Al-Arabiyya dan bukannya kepada rangkaian stesen tajaan AS Al-Hurra. [Gregory D. Johnsen, 30 April 2004, Christian Science Monitor]

AS Mencari 'Kumpulan Berpengaruh Strategik' Di Dunia Islam

Dalam suasana anti-Amerika yang semakin bertambah di dunia Islam, pentadbiran Bush kini merangka strategi yang bertumpu kepada usaha merekrut 'pendorong strategik' di kalangan negara-negara berpotensi tinggi bagi memasarkan nilai-nilai Amerika di negara-negara tersebut. ''Kajian menunjukkan mereka yang pernah datang ke Amerika atau mengenali seseorang yang pernah datang ke Amerika lebih cenderung untuk mempunyai penilaian positif terhadap negara kita (Amerika)'', ungkap Karen Hughes kepada Reuters. Hughes, salah seorang 'penasihat politik sulit' (political confidante) kepada Presiden George W. Bush mengatakan 'pendorong strategik' merangkumi bintang-bintang sukan, ulama' dan individu-individu penting dalam masyarakat yang mampu untuk mempelopor nilai-nilai Amerika di dunia Islam. Hughes mengatakan bahawa pelan strategik sedang dirancang untuk tempoh tiga ke lima tahun yang akan datang. ''Senarai terperinci masih lagi dalam kategori maklumat sulit tetapi ianya termasuk negara-negara yang difikirkan penting untuk melawan sokongan terhadap ideologi ekstremisme'', katanya.

Menurut pegawai-pegawai yang terlibat, senarai tersebut melibatkan Afghanistan, Indonesia, Malaysia, Mesir, Turki dan negara-negara Timur Tengah yang lain. Negara-negara ini dipilih berdasarkan maklumat sulit di dalam mesyuarat di antara Pentagon, Jabatan Negara, agensi perisikan CIA dan lain-lain. [http://www.aljazeera.com Jun 2006]. Jika dipandang sekali lalu, negara-negara yang masuk di dalam pilihan AS adalah negara-negara umat Islam yang moderat yang mana penduduknya suka dan memuji nilai-nilai Barat dan terdiri dari pemimpin-pemimpin yang rata-rata berpemikiran sekular dan pemuja idea-idea Barat. Jadi tidak hairanlah kenapa Condi dihantar ke Malaysia.

Sebuah kumpulan penyelidik AS, Rand Corporation, baru-baru ini telah mengeluarkan hasil kajian bertajuk 'Strategi AS di Dunia Islam Selepas 9/11' (US Strategy in the Muslim World After 9/11). Angel Rabas, ketua pengarang kajian tersebut mengatakan, "Pada ketika orang-orang Islam dengan sendirinya secara efektif mampu untuk menyanggah mesej Islam radikal, masih banyak ruang yang boleh diisi oleh AS dan sekutunya bagi memberi kekuasaan kepada golongan Islam moderat dalam perjuangan ideologi ini. Perjuangan dalam dunia Islam hakikatnya adalah peperangan idea yang mana hasilnya akan menentukan arah tuju dunia Islam dan secara jelas memberi kesan kepada kepentingan keselamatan Amerika Syarikat''.

Paul Reynolds, pegawai perhubungan hal-ehwal dunia BBC News Online telah menulis bahawa strategi Barat untuk melawan ekstrimisme Islam adalah dengan memberi sokongan kepada golongan Islam moderat. Ini telah dicadangkan dalam sebuah laporan yang dibiayai sebahagiannya oleh kumpulan konservatif Amerika. Laporan tersebut menegaskan bahawa Barat perlu membantu modenis agama di dalam dunia Islam. [BBC, 29 Mac 2004]

Amerika mula sedar bahawa 'peperangan anti-keganasan' yang selama ini dilancarkan ke atas dunia Islam kini perlu diperjuangkan dengan pemikiran. Sesiapa sahaja individu, kumpulan atau negara yang menentang rancangan AS akan dilabel sebagai ekstrimis, radikal atau fundamentalis. Cop-cop ini yang dari dulu direka oleh Barat sekarang dipropagandakan dengan lebih efektif untuk dimanipulasikan ke atas kaum Muslimin. Yang nyata, selepas cop-cop ini diperkenalkan oleh AS, maka para pemimpin kaum Musliminlah yang selepas itu akan menggunakannya untuk melabelkan mana-mana individu atau gerakan Islam dengan cop-cop seperti ini. Sesiapa yang tidak sekepala dengan pemimpin akan dicop sebagai radikal, extremis atau fundamentalis, sesuai dengan kehendak AS. Inilah apa yang dirancang oleh AS untuk para pemimpin kaum Muslimin yang mengikut telunjuk mereka dan berfikir sebagaimana mereka (AS) mahukan.

Umat Islam di Malaysia Perlu Menolak Lawatan Condoleezza Rice

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright, yang telah melawat Malaysia pada tahun 1998 pernah menjawab pertanyaan mengenai kematian setengah juta kanak-kanak Iraq sepanjang sekatan PBB sejak 1991 dengan mengatakan, ''Ianya adalah pilihan yang sukar, namun saya fikir, kami fikir, ianya berbaloi''. Kini penggantinya, Condoleeza Rice, salah seorang dari penjenayah perang yang telah melakukan jenayah kemanusiaan yang tidak boleh dimaafkan, ingin datang ke Malaysia. Apakah reaksi yang harus kita tunjukkan? Apakah reaksi kita jika seseorang seperti Hitler, Stalin atau Pol Pot yang telah melakukan pembunuhan dalam magnitud yang sama masih hidup dan akan melawat negara ini? Wajarkah musuh-musuh Allah seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Walid Bin Mughirah, Utbah Bin Rabi'ah, George W. Bush, Ehud Olmert, Tony Blair, Donald Rumsfeld dan Condoleezza Rice yang telah membunuh ribuan umat Islam diterima dan diberi sambutan. Lupakah kita siapa mereka ini? Kawan atau lawan, musuh atau sahabat, penolong Allah atau penolong syaitan?

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengingatkan kita di dalam banayak ayat agar tidak bersekongkol dengan orang-orang kafir yang memusuhi Islam, antaranya,

''Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang orang Yahudi dan Nasrani sebagai wali kamu, sebahagian mereka adalah wali kepada sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai wali, maka sesungguhnya ia termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang orang zalim'' [TMQ Al-Maidah: 51]

''Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." [TMQ an-Nisa':138, 139]

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" [TMQ an-Nisa':144]

Kita perlu memahami bahawa kedatangan Condi bukan untuk melancung, bukan atas urusan perniagaan dan bukan lawatan sambil kerja, tetapi lawatannya adalah untuk 'mengerjakan' kaum Muslimin. Lawatannya bukan untuk mengetahui setakat mana ekonomi Malaysia didominasi oleh kaum Cina, bukan juga untuk bertanya khabar tentang perbalahan Sammy Vellu dan Subramaniam, perempuan ini tidak berminat dengan semua itu! Kedatangannya adalah untuk 'menyucuk hidung' para pemimpin di Malaysia sebagai salah sebuah negara kaum Muslimin agar sentiasa 'istiqamah' di dalam menghapuskan mana-mana individu atau gerakan yang anti-Amerika dan seterusnya memastikan agar agenda mereka ke atas kaum Muslimin dilaksanakan. Personifikasi syaitan ini datang untuk menyiasat kekuatan kaum Muslimin, untuk mengetahui sejauh manakah kekuatan gerakan-gerakan Islam yang ada di Malaysia dalam mewujudkan Islam sebagai sebuah negara super power yang akan melawan, meruntuh dan seterusnya menghancurkan kekuatan AS. Inilah tujuan kedatangan perempuan ini.

Kami dengan ini menyeru agar para pemimpin tidak membenarkan lawatan Condoleezza Rice ke Malaysia. Kami juga ingin mengajak seluruh kaum Muslimin di Malaysia agar menolak sekeras-kerasnya kedatangan musuh Allah ini. Tunjukkanlah penolakan kalian terhadap kedatangan wali syaitan ini dengan setiap cara yang diizinkan syara'. Marilah kita bersama-sama membuktikan bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan umat yang memiliki kekuatan dan kemuliaan. Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa darah saudara-saudara kita masih menitis di bumi Palestin, darah mereka juga sedang membasahi bumi Lebanon, tak lain tak bukan, angkara Israel dan sekutu mereka AS. AS kini menghantar wakilnya untuk memusnahkan kita. Adakah kalian rela bersalaman, bergandingan dan berkongsi satu meja persidangan dengan mereka? Adakah kalian redha melihat pemimpin kalian tersenyum di sebelah wakil syaitan ini setelah tamat melakukan rundingan untuk memusnahkan Islam?

Ya Allah! Binasakanlah segala kekafiran, kemusyrikan dan kemunafikan. Binasakanlah musuh-musuhMu dan musuh-musuh kami. Teguhkanlah kaki-kaki kami. Bantulah kami mengalahkan kaum kafirin. Bantulah kami menegakkan DeenMu. Ya Allah! Kami memohon kepadaMu negara Islam yang mulia iaitu Khilafah Rashidah 'ala minhaj nubuwwah yang dengan negara tersebut Engkau muliakan Islam dan pengikut-pengikutnya dan Engkau hinakan kekafiran dan pengikut-pengikutnya. Dengan negara tersebut juga, maka zahirlah DeenMu dimuka bumi ini di atas semua deen yang lain. Amin ya Rabbal 'alamin.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD!

Postby fikrul mustanir on Sat Jul 29, 2006 12:41 pm

KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD!!!

Ketika makalah ini masih dalam penulisan, tentera Israel terus mengebom Palestin dan Selatan Lebanon. Israel telah mengerahkan beribu-ribu askar simpanannya ke sempadan Lebanon bagi mencari dan memusnahkan kedudukan Hizbullah. Sudah ribuan yang mati dan juga tercedera. Kementerian Kesihatan Awam Lebanon menganggarkan hampir 400 penduduk telah terbunuh sejak kali pertama serangan ke atas Hizbullah. Setakat ini jumlah yang cedera melebihi 1,350 orang. Sebagai reaksi atas apa yang berlaku, pada hari Jumaat yang lepas satu demonstrasi telah diadakan oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) yang berarak dari masjid menuju ke lima pejabat perwakilan negara Anggota Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi menunjukkan bantahan serta menyerahkan memorandum terhadap kekejaman Israel kepada kedutaan Amerika Syarikat, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Kedutaan Perancis, Kedutaan Besar China dan Russia. Perarakan itu turut disertai wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Aman Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). [BH 23/07/06].

Demonstrasi juga telah diadakan di beberapa bandar utama di seluruh negara termasuklah di Kota Bharu yang dihadiri oleh lebih 5,000 orang. Begitu juga di Kuantan dan Ipoh di mana umat Islam telah mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan masjid selepas solat Jumaat. Tunjuk perasaan bagi membantah tindakan ganas Israel diadakan di seluruh dunia samada di negeri-negeri umat Islam mahupun di negara kafir sendiri. Di Dhaka, Bangladesh sekurang-kurangnya 2,000 penduduk berdemonstrasi. Tunjuk perasaan juga diadakan di Kashmir, Islamabad, Jakarta, Amman, Kaherah dan lain-lain lagi yang menyaksikan ribuan orang hadir bagi menyatakan bantahan ke atas keganasan Israel. Di Sydney dan Berlin, lebih 10,000 dilaporkan berhimpun. Ribuan penunjuk perasaan juga berhimpun di Sao Paulo, Copenhagen, Bern (Switzerland) dan Vienna. Sementara itu di kota London beribu-ribu orang bersiap sedia untuk menyertai bantahan besar-besaran di seluruh Britain bagi mengecam keganasan negara Yahudi itu. Bantahan di London sehingga ke Glasgow dan Kirkcaldy, turut dilihat menjadi tekanan ke atas kerajaan Britain. Andrew Burgin, wakil Stop the War Coalition, meramalkan 10,000 orang akan menyertai bantahan di London. [Agensi]

Sedikit Analisis

Krisis ini diwartakan oleh media bermula dengan peristiwa seorang tawanan tentera Yahudi, Koperal Gilad Shalit yang ditahan pejuang Palestin. Dia sebenarnya ditawan dalam peperangan dan bukan diculik dari rumahnya. Dengan kata lain dia merupakan tawanan perang, namun negara Yahudi menggambarkan kepada dunia seolah-olah seperti dia diculik. Bermula dari situ, negara Yahudi tanpa berlengah terus menganggap peristiwa ini sebagai masalah qadhiyyah mashiriyyah (hidup dan mati). Sejak Ahad 2 Julai lalu Israel telah melakukan operasi tentera besar-besaran ke Semenanjung Gaza atas alasan untuk membebaskan tawanan tersebut. Dengan peristiwa ini, Yahudi berjaya menyebabkan dunia lupa bahawa mereka dari dulu sehingga kini masih menahan lebih 9,000 warga Palestin.

Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan krisis di Asia Barat, peristiwa penangkapan tawanan bukan satu perkara asing. Ia sering berlaku sejak dari dahulu lagi dan senario ini biasanya akan diakhiri dengan penyelesaian melalui rundingan pertukaran tawanan. Yang menghairankan, di dalam kes tawanan pada kali ini Israel tidak lagi berminat dengan pertukaran tawanan, sebaliknya mengambil langkah memerangi pejuang Palestin habis-habisan. Mereka menyatakan 'hanya akan berhenti setelah mencapai tujuan yang mereka inginkan'. Bukankah pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa Israel ada objektif tertentu?

Jika diteliti, peristiwa ini sebenarnya telah dirancang sejak lama lama dahulu. Kita tentunya masih ingat peristiwa pembunuhan Rafiq Hariri lebih setahun lepas di Beirut. Tidak semena-mena selepas pembunuhan tersebut, tentera Syria keluar dari bumi Lebanon. Apakah kaitannya? Ini jelas merupakan sebahagian dari perancangan AS dan Israel - mengeluarkan tentera Syria yang selama ini menyokong Hizbullah sehingga Hizbullah berjaya mengusir Israel dari selatan Lebanon. Setelah kekuatan (tentera Syria) di selatan Lebanon berjaya dilumpuhkan, maka sekarang ini (objektif jangka pendek) adalah menundukkan kekuatan Hizbullah serta melemahkan ikatannya dengan Syria dan Iran. Tanpa Hizbullah, lengkaplah penguasaan politik AS ke atas Lebanon. Ini dinyatakan sendiri oleh Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz. Beliau dengan angkuhnya memberi amaran bahawa Israel akan melancarkan pencerobohan darat besar-besaran 'tanpa berfikir dua kali' jika perlu, untuk menghancurkan Hizbullah [BH 23/07/06].

Untuk memastikan negara-negara sekitar tidak campur tangan, Amerika Syarikat (AS) telah pun meletakkan kapal perangnya di Teluk sejak peristiwa ini tercetus. Sebelumnya mereka telah mengadakan latihan tentera bersama dengan Jordan. Britain pula dilaporkan telah menghantar dua kapal perangnya ke sana. AS juga mula menekan Iran dengan menuduh mereka memberi bantuan peralatan kepada Hizbullah dan Syria pula dituduh menjadi pusat menyuburkan kegiatan Hizbullah. Inilah percaturan Israel dan sekutunya AS dengan memberi tekanan kepada musuh-musuhnya. Keadaan ini diparahkan lagi dengan kejahatan dan kezaliman para pemimpin negeri-negeri umat Islam yang selama ini menjadi agen dan boneka AS. Bayangkan wahai kaum Muslimin, Israel hanyalah sebuah negara kecil yang dikelilingi oleh negara-negara umat Islam yang begitu besar. Tetapi apa dah jadi pada umat Islam? Inilah nasib yang menimpa umat Islam apabila mereka dipimpin oleh para penguasa yang menjadi talibarut AS, berpemikiran sekular, takut, sayang dan bekerjasama dengan Bush, tetapi bencikan Islam dan hukum-hukumnya. Natijahnya, negara mereka diserang, saudara mereka dibunuh tetapi mereka masih berdiam diri tanpa ada rasa malu dan bersalah sedikitpun. Lebih buruk, mereka malah membantu Barat membunuh saudara-saudara mereka!

Penyelesaian Yang Tidak Menyelesaikan

Kita semua maklum bahawa krisis Palestin telah berlanjutan puluhan tahun. Peperangan demi peperangan, pembunuhan demi pembunuhan telah berlaku sehinggalah ke hari ini yang menyaksikan sekali lagi peristiwa berdarah melanda bumi yang menempatkan masjid ketiga suci di dalam Islam itu. PBB dan AS sering memainkan peranan penting di dalam merangka pelbagai pelan damai untuk menyelesaikan krisis Palestin. Terbukti, berbagai inisiatif perdamaian yang digagaskan (termasuk yang melibatkan negara-negara Arab) tidak pernah menghasilkan apa-apapun kecuali memperpanjangkan lagi krisis. Sebabnya, setiap inisiatif untuk menyelesaikan persoalan Palestin sering dilepaskan dari akar persoalannya, yakni penjajahan dan perampasan Israel ke atas wilayah Palestin. Bahkan berbagai jalan perdamian itu memang sengaja 'direka' agar krisis Palestin terus berlarutan demi kepentingan negara-negara Barat, khususnya AS, agar Timur Tengah tetap bergolak sehingga Barat dan AS terus boleh melakukan campurtangan di kawasan itu.

Liga Arab dan OIC, seperti biasa, hanya 'pintar' menghasilkan slogan demi slogan, resolusi demi resolusi yang sekadar kecaman dan seruan tidak bermakna. Lebih banyak 'bercakap' dari 'bertindak' menyelesaikan masalah. Para anggota Liga Arab yang mengadakan perjumpaan tergempar bagi membincangkan situasi di Asia Barat malah saling bertengkar mempersoalkan samada tindakan Hizbullah menawan dua orang tentera Israel sehingga membawa kepada serangan Israel ke atas Lebanon adalah tindakan yang sah. Mereka langsung tidak membincangkan bagaimana untuk menghadapi Israel atau sekurang-kurangnya mempersoalkan tindakan kejam Israel yang melakukan serangan ganas ke atas Lebanon, sebaliknya mereka menjadikan Hizbullah sebagai 'mangsa' kesalahan.

Apa yang lebih menyedihkan, kaum Muslimin (terutamanya para pemimpin) hanya menganggap Palestin sebagai masalah bangsa Palestin atau masalah bangsa Arab sahaja. Inilah manifestasi dari pemikiran kufur yang ada pada mereka, menganggap peperangan di Palestin adalah masalah rakyat Palestin. Kerana apa?? Kerana setiap negara kaum Muslimin adalah negara yang berdaulat? Kerana semuanya ada sempadan sendiri? Kerana masing-masing memerintah negara masing-masing? Kerana sempadan geografi mesti dihormati dan dijaga? Masing-masing menyelesaikan masalah masing-masing, jangan campurtangan urusan negara lain? Kerana masing-masing adalah negara berkecuali? Wahai kaum Muslimin!! Inilah pemikiran kufur yang masih menebal dalam para pemimpin dan sebahagian kaum Muslimin!!! Sempadan negara (yang hanya dilakar oleh Barat) yang wajib dihapuskan malah dijaga dan dipertahankan. Darah saudara seagama yang wajib dibela malah dibiarkan. Tentera yang ada di dalam negara 'dimandulkan', hanya semata-mata kerana sempadan geografi!!

Kelompok berpemikiran liberal dan sekular pula menyatakan bahawa ini bukanlah peperangan yang melibatkan agama, tetapi ia adalah pencerobohan terhadap Hak Asasi Manusia. Oleh itu, langkah fizikal diambil dengan membuat gerakan keamanan antarabangsa bagi menimbulkan kesedaran masyarakat, melaungkan Hak Asasi Manusia, mengharap dunia mengembalikan keamanan rantau berkenaan serta menyeru dan menggesa PBB untuk campurtangan dan mengembalikan keamanan sejagat.

Ada pula yang sudah putus harapan dengan PBB (mungkin buat seketika). Mereka menyeru agar umat Islam bersatu menentang pencerobohan Israel. Laungan penyatuan umat Islam bergema di mana-mana, baik oleh rakyat mahupun pemimpin, demi untuk menyelamatkan Palestin dan Lebanon. Namun, persoalannya ialah penyatuan bagaimanakah yang diinginkan? Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut mengajak umat Islam seluruh dunia bersatu membangunkan kekuatan ummah setelah melihat PBB yang sepatutnya berupaya mempertahankan mereka di masa krisis, gagal dan tidak bermaya berbuat demikian. Oleh sebab pertubuhan dunia itu tidak mampu, sudah tiba masanya umat Islam dan negara Islam bersatu, katanya [Utusan 25/07/06].

Mengenai kekuatan yang dimaksudkan beliau itu, katanya, Islam telah menetapkan asas yang kukuh untuk membangunkan kekuatan umat dan ekonomi, sambil memberi contoh mengenai sumber alam yang banyak dan kepelbagaian bangsa penganutnya, yang seharusnya memberi nikmat kesepakatan dan persamaan serta kerjasama. Beliau memberi contoh Indonesia dan Malaysia sebagai dua negara yang mempunyai majoriti umat Islam yang dianugerahkan kekayaan kelapa sawit sebagai satu hasil buminya, yang boleh dimanfaatkan untuk membina kemakmuran dan kekuatan negara. Kelapa sawit kini berhasil diproses menjadi bio-diesel sebagai sumber tenaga baru yang menjadi alternatif kepada minyak yang diperlukan seluruh dunia, katanya, sambil mengajak kedua-dua negara berganding bahu memajukan penemuan itu dan menggembleng sumber untuk pengeluaran bio-diesel [Utusan 25/07/06].

Wahai kaum Muslimin yang dikurniakan Allah dengan pemikiran yang waras!! Fikirkanlah dengan penuh kesedaran dan buatlah keputusan sendiri akan nilai 'laungan penyatuan' oleh Perdana Menteri di dalam menjawab persoalan krisis di Palestin dan Lebanon!!!!!

Ada juga sebahagian dari umat Islam yang ikhlas, tetapi gagal melihat cara penyelesaian yang sebenar. Mereka berkata, "Kekuatan Islam ialah doa. Oleh itu, kami menyeru semua umat Islam berdoa agar kesengsaraan rakyat Palestin dan Lebanon sekarang berakhir segera. Itu saja yang mampu kita lakukan,". Perkataan seumpama ini juga pernah kedengaran suatu ketika dulu semasa AS menyerang dan membunuh umat Islam di Afghanistan dan juga Iraq.

Benar, kita digalakkan berdoa dan doa adalah satu ibadat. Ia dapat memperdekatkan lagi kesedaran akan hubungan kita dengan Allah. Walau bagaimanapun kita wajib memahami dan mengkaji setiap masalah agar dapat memberikan penyelesaian yang sebenar menurut Islam. Sebagai contoh, kita faham bahawa rezeki di tangan Allah, tetapi kita tidak boleh hanya berdoa dan menunggu rezeki datang dari langit. Kita wajib berusaha untuk mendapatkannya. Begitu juga dengan seorang pelajar yang malas dan selalu merosot pelajarannya, tidak akan berjaya dengan hanya menadah tangan berdoa agar Allah menurunkan kejayaan kepadanya. Dia wajib berusaha dan ini harus diiringi dengan doa. Setiap kali darah umat Islam tertumpah, Rasulullah tidak pernah hanya berdoa dan berdiam diri mengharapkan pertolongan Allah ke atas kaum Muslimin. Rasulullah akan terus mengambil tindakan fizikal (ketenteraan) untuk memerangi siapa sahaja yang memerangi umat Islam. Dalam masa yang sama baginda berdoa agar Allah menurunkan kemenanganNya bagi kaum Muslimin.

Umat Islam Sebenarnya Kuat

Sesungguhnya tidak ada alasan bagi Dunia Islam saat ini untuk takut kepada Amerika, apatah lagi Israel. Meskipun ketika ini industri tentera Dunia Islam nampak lebih mundur dari Amerika, secara kuantiti, potensi tentera di Dunia Islam sesungguhnya sangat besar. Mengikut data yang dikeluarkan oleh CIA World Fact Book, potensi kekuatan tentera (military manpower availability) dan kelayakan untuk menyertai tentera (fit for military service) yang dimiliki oleh beberapa negara umat Islam cukup luarbiasa. Dengan gabungan tentera Mesir, Iraq, Iran, Pakistan, Turki dan Indonesia sahaja, potensi pasukan kaum Muslimin yang tersedia berjumlah sekitar 162 juta!!! Jika dibandingkan dengan AS, potensi tenteranya hanya 79 juta, apalagi dengan Israel yang hanya memiliki potensi tentera sekitar 1.5 juta pasukan lelaki dan 1.4 juta pasukan wanita.

Bukti yang ada sekarang sudah cukup menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang kuat. Walaupun Israel (sebuah negara) hanya meghadapi sebuah kumpulan iaitu Hizbullah, beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Hizbullah agak membanggakan. Ternyata Israel tidak dapat mengalahkannya dengan begitu mudah. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja muncul berita mengenai kemusnahan di pihak Israel. Israel mengakui kehilangan 4 tenteranya pada Khamis lalu (20/07/06) Kemudian, 4 orang pasukannya terbunuh, dan 14 lainnya luka parah dalam satu pertempuran lain (http://www.eramuslim.com). Sumber-sumber Israel juga menyebut bahawa pesawat Apache miliknya telah jatuh diserang peluru berpandu Hizbullah. Menurut Hizbullah, mereka juga berjaya meletupkan dua kereta kebal Mirkava milik Israel yang berusaha masuk ke wilayah Marun Ras, pada pagi Khamis. Televisyen Al-Mannar menyebutkan, pasukan Hizbullah berjaya merampas sejumlah peralatan tentera Israel, seperti senjata, teropong infra merah, dan sejumlah peralatan tentera lainnya.

Selain peperangan yang sedang berlaku sekarang, kita juga masih belum selesai menyaksikan AS semakin hilang kekuatan di Iraq. Walaupun perang telah diisytiharkan tamat, angka kematian tentera AS semakin meningkat dari hari ke hari, yang kini mencecah lebih dua ribu orang. AS bukannya berhadapan dengan sebuah negara (Iraq), tetapi hanya berhadapan dengan pasukan-pasukan dari kaum Muslimin yang tidak dapat dikenal pasti oleh mereka. AS, sebagai sebuah negara super power dan mempunyai segala peralatan perang yang canggih, berperang dengan pasukan yang tiada pemimpin dan kekurangan peralatan, tetapi gagal menghapuskannya. Bayangkan wahai saudaraku, jika umat Islam disatukan dengan satu kuasa pemerintahan dan dipimpin oleh seorang Khalifah, maka saat kehancuran Amerika dan sekutunya Israel sudah pasti tidak dapat dielakkan lagi!

AS + Israel vs Khilafah : Buku Dengan Ruas

Wahai kaum Muslimin! Dahulu kalian diperintah oleh Rasulullah yang begitu cintakan kalian, melayan kaum Muslimin dengan penuh kasih sayang, melayan musuh dengan penuh kekerasan. Kekuatan musuh tidak pernah menggentarkan Rasulullah. Rom dan Parsi yang merupakan super power pada waktu itu berjaya dikalahkan. Manusia setelah itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah dan mereka dipersatukan di bawah satu sistem pemerintahan. Kemudian Rasulullah mewariskan Sistem Pemerintahan ini kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka adalah pemimpin yang begitu takutkan Allah dan mengasihi serta menjaga kaum Muslimin. Mereka turut membuka negeri-negeri baru dan sekali lagi manusia beramai-ramai masuk ke dalam agama Allah. Seluruh negeri dipersatukan di bawah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh hanya seorang pemimpin yang bergelar Khalifah. Mereka menjaga darah kaum Muslimin kerana sayangkan kaum Muslimin dan takut kepada Allah.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengisytiharkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa' hanya kerana tersingkapnya aurat seorang Muslimah. Khalifah al-Mu'tasim Billah tanpa berlengah terus membela seorang Muslimah yang dicabul oleh orang Romawi di kota Amuria. Hanya kerana membela seorang rakyatnya yang dinodai, sang Khalifah mengirimkan ratusan ribu pasukan kaum Muslimin hingga berhasil menakluki kota tersebut. Demikian pula Khalifah Abdul Hamid II yang bermati-matian mempertahankan tanah Palestin dari berbagai usaha Yahudi untuk mendudukinya, kerana keyakinan beliau bahawa tanah Palestin adalah tanah umat Islam yang wajib dijaga oleh seorang Khalifah.

Para Khalifah memahami bahawa menjaga rakyatnya adalah tanggungjawab dan amanah yang Allah telah pikulkan ke atas bahu mereka. Mereka sentiasa ingat dan mematuhi perintah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam,

"Imam (Khalifah) adalah laksana perisai (pelindung) di mana orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung kepadanya". [HR Muslim].

Sejarah Islam menjadi bukti yang jelas kepada kita betapa para Khalifah benar-benar menjaga rakyat mereka. Mereka berjuang untuk menyebarluaskan lagi Islam dan seterusnya menzahirkan agama Allah di muka bumi. Sejak dari zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam sehinggalah ke zaman Daulah Khilafah Uthmaniah, para pemimpin kaum Muslimin benar-benar telah menyahut perintah Allah, memerangi orang kafir yang menjadi kewajiban bagi mereka,

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari Kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk" [TMQ at-Taubah (9):29].

Wahai kaum Muslimin! Jenuh sudah kita menyaksikan kegagalan segala penyelesaian yang diambil. Sudah berapa kali umat Islam dipatuk dari lubang yang sama, tetapi masih juga mengulanginya. Tidakkah kalian terfikir bahawa segala cara yang ditempuh selama ini tidak pernah berhasil. Apa sahaja cara yang dilakukan tidak pernah dipedulikan oleh Israel. Mereka kononnya bersetuju berunding, namun pada masa yang sama mereka membunuh kaum Muslimin. Kemudian pemimpin kaum Muslimin duduk semeja lagi, berjabat tangan dan berunding lagi. Selepas itu kaum Muslimin dibunuh lagi. Itulah perkara yang berulang-ulang terjadi. Sedarlah wahai kaum Muslimin bahawa pemimpin kalian hanya bekerjasama dengan Yahudi dan tunduk patuh kepada Amerika dengan pelbagai perjanjian damai. Mereka hidup senang sebagai balasan ketaatan mereka kepada Amerika walhal anak isteri dan saudara-saudara kalian disembelih dan diperkosa oleh musuh-musuh Allah ini. Para pemimpin ini tidak menjaga kalian tetapi menjaga musuh kalian. Musuh-musuh Allah sentiasa bersatu untuk memusnahkan kalian, sebaliknya pemimpin kalian sentiasa bersatu untuk tidak membantu kalian.

Pemimpin yang ada sekarang hanya melaungkan seruan-seruan kosong untuk menyatukan dunia Islam. Dalam masa yang sama mereka bahkan berharap pada PBB untuk bertindak, walhal jelas-jelas PBB hanyalah kuda tunggangan Amerika yang digunakan untuk menghancurkan umat Islam. Mereka langsung tidak kembali kepada Islam dalam menyelesaikan konflik berdarah ini. Wahai para pemimpin! Adakah Allah memerintahkan PBB (organisasi kafir) untuk menyelesaikan masalah umat Islam atau Allah memerintahkan kamu untuk menjaga darah umat Islam? Adakah kamu lebih takut kepada Amerika dari takutkan Allah? Tidak takutkah kamu kepada azab Allah yang akan menimpa kamu kerana pengkhianatan yang telah kamu lakukan ke atas kaum Muslimin? Umat Islam sekarang umpama anak ayam yang kehilangan ibu, tidak tahu di mana tempat bergantung dan arah tuju. Pemimpin mereka mengkhianati mereka dan mengikut telunjuk Barat.

Umat Islam sekarang benar-benar memerlukan pembelaan dari seorang Khalifah, yang akan menyelamatkan mereka dari tentera-tentera kuffar. Hanya Khalifahlah yang akan mengajar segala kebiadaban Israel dan AS ke atas kaum Muslimin. Hanya Khalifahlah yang akan menyeru kepada kesatuan negeri-negeri kaum Muslimin yang ada sekarang untuk bersatu di bawah Daulah Khilafah, seterusnya mengisytiharkan jihad ke atas Israel dan AS. Inilah penyatuan dan kekuatan sebenar umat Islam – bersatunya umat Islam di bawah satu Sistem Pemerintahan (Daulah Khilafah) yang akan menghancurkan kekuatan AS, Israel dan sekutu mereka. Penyatuan dan kekuatan ini telah wujud dahulu dan ia akan kembali wujud untuk menyelamatkan kita semua. InsyaAllah.

Khatimah

Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Sampai bilakah kalian akan sedar dan bertaubat akan dosa-dosa kalian membiarkan Muslim Palestin menderita akibat kekejaman Yahudi Israel? Sampai bilakah kalian akan membiarkan dan mengkhianati saudara-saudara kalian yang sedang dihentam oleh Israel? Sampai bilakah kalian akan sedar kewajiban kalian untuk mengerahkan pasukan tentera yang kalian miliki untuk menyelamatkan saudara kalian? Bagaimana perasaan kalian menyaksikan ayah, ibu, keluarga dan saudara-saudara kalian yang lemah dilanyak oleh musuh, sementara kalian yang mempunyai kekuatan berpeluk tubuh menjadi penonton? Baculkah kalian dalam melindungi saudara-saudara kalian?

Wahai tentera kaum Muslimin! Bukankah saat ini jantung-jantung kalian sepatutnya berdegup kencang, dan darah-darah kesatria kalian mendidih menyaksikan saudara-saudara kalian di Palestin dan Lebanon dibedil dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah? Adakah kalian sanggup hanya menjadi penonton, membiarkan saudara-saudara kalian di tembusi peluru-peluru tentera Israel? Bukankah kalian diasuh dan diajar dengan segala ilmu perang untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kalian? Tidakkah kalian terdorong walau sedikitpun untuk memberikan pertolongan kepada Muslim Palestin, padahal dengan itu kalian akan memperolehi satu di antara dua kebaikan, kemenangan atau mati syahid? Bukankah itu janji Rasulullah kepada kalian? Bahkan, sebagai tentera Muslim, bukankah kalian lebih wajib dan lebih layak membela saudara-saudara kalian yang Muslim, yang sedang menderita dijajah dan dibunuh Yahudi Israel, daripada mendukung para pemimpin kalian yang pengecut dan telah mengkhianati kaum Muslimin?

Wahai kaum Muslimin! Saksikanlah, bahawa para pemimpin kalian tidak pernah memiliki rasa malu atas tindakan mereka selama ini membiarkan rakyat Palestin berjuang sendirian; bahawa mereka sama sekali tidak mahu bergerak untuk menyerang musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka demi menyelamatkan kaum Muslimin. Saksikanlah oleh kalian bahawa pemimpin kalian tidak pernah merasa bersalah tidak memerangi kaum kuffar yang memerangi Islam, walhal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

"Perangilah mereka (orang-orang kafir itu), niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian, menghinakan mereka, menolong kalian terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman". [TMQ at-Taubah (9):14].

Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan.


Sumber: mykhilafah.com
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

PBB – ORGANISASI KUFUR CIPTAAN BARAT

Postby GOOKU on Sat Aug 05, 2006 12:58 pm

PBB – ORGANISASI KUFUR CIPTAAN BARAT
Apakah Kita Masih Mengharapkannya???

Malaysia dan negara-negara sahabat sedang berusaha mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan isu Asia Barat, termasuk melaksanakan segera gencatan senjata di Palestin dan Lebanon. ''Kita telah pun menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin berkenaan (kuasa-kuasa besar) termasuk kepada ahli tetap dan ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi mendapatkan sokongan mereka''. Itulah antara kata-kata Perdana Menteri yang terpampang di muka depan Utusan Malaysia 30/07/06. Beliau juga menolak cadangan menantunya, Khairy Jamaluddin supaya negara-negara anggota OIC menarik diri daripada menjadi anggota PBB kerana badan dunia itu gagal berfungsi melindungi keselamatan penduduk dunia. Abdullah berkata, OIC tidak boleh keluar dari PBB kerana negara-negara anggota OIC boleh mendapat banyak manfaat daripada badan dunia itu. Beliau seterusnya menegaskan, PBB masih merupakan badan yang berfaedah dan negara-negara anggota OIC boleh terus memainkan peranan aktif dalam pertubuhan berkenaan. Dengan terus menyertai PBB, negara-negara anggota OIC boleh membawa banyak isu lain kepada PBB termasuk isu-isu yang melibatkan negara-negara sedang membangun. [UM 30/07/06].

Inilah realiti yang senantiasa melingkari pemikiran pemerintah kaum Muslimin setiap kali dunia dilanda krisis. Ini bukanlah kali pertama, dan bukan juga kali ke seratus kita melihat pemimpin-pemimpin kita bergantung harap kepada badan dunia itu. Sudah jutaan nyawa umat Islam melayang, sudah ribuan wanita dan anak-anak menderita, para pemimpin kaum Muslimin terus bergantung harap kepada PBB seolah-olah inilah satu-satunya 'hero' yang akan menyelamatkan kita semua! Kini, di saat Israel terus menggila melancarkan serangan ke atas umat Islam di Lebanon dengan mendapat sokongan padu dari Amerika Syarikat (AS), sekali lagi kita melihat para pemimpin kaum Muslimin duduk berpangku tubuh di bangku mewah sambil menjerit meminta tolong kepada organisasi yang dikawal oleh Amerika ini.

Hakikatnya kewujudan PBB hanyalah untuk mengekalkan hegemoni Barat ke atas kaum Muslimin dan menjadikan umat Islam terus menerus berada di bawah kekuasaan mereka. Sautun Nahdhah pada minggu ini ingin menjelaskan dan mengingatkan para penguasa kaum Muslimin khasnya dan umat Islam umumnya bahawa tindakan menagih ihsan dan simpati kepada PBB yang sudah terang lagi nyata merupakan sebuah organisasi kufur adalah tindakan yang salah dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Semoga hidayah Allah tercurah kepada para pembaca sekalian.

Sejarah Kewujudan PBB

PBB secara rasminya terbentuk pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II di San Francisco Amerika Syarikat oleh sejumlah 51 buah negara. Pembentukannya didokong oleh lima negara besar saat itu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China, Britain dan Perancis yang berkonflik dengan Jerman dan sekutunya. Negara-negara inilah yang mempersiapkan draf pembentukan PBB dan menjadi penandatangan utamanya. Nama "United Nations" sendiri merupakan usulan dari Presiden Amerika Syarikat ketika itu iaitu Franklin D. Roosevelt. Istilah ini telah dicipta oleh Roosevelt sewaktu Perang Dunia II sedang berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada 26 buah negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kalinya pada 1 Januari 1942 di dalam 'Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu'.

Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama "Angkatan Pertempuran PBB" untuk merujuk kepada perikatan mereka. Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan yang ditandatangani dalam beberapa persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu perang masih berlanjutan pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, China, Britain, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan mereka di Dumbarton Oaks Estate, Washington DC. Perbincangan ini dan perbincangan yang seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan ini, keahlian serta pengurusan untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa. Termasuk yang dibincangkan adalah kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San Francisco. 50 buah negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diperuntukkan kepadanya di mana ia kemudiannya menandatangani piagam tersebut. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas Piagamnya disahkan oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis dan Republik China. Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh kesemua 51 buah negara anggota. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh 192 buah negara.

Sebenarnya kewujudan PBB bukanlah secara kebetulan, bukan pula sekadar memenuhi keinginan negara-negara perintisnya. Ada proses panjang di sebalik bagaimana ianya bermula dan sesungguhnya, ada agenda yang tersembunyi di sebalik kewujudannya. Tidak lama sebelum ia muncul, benih pembentukannya telah dimulai dengan wujudnya Liga Bangsa-Bangsa (The League of Nations). Gagasan pendirian organisasi ini dicetuskan pada tahun 1918, sebelum berakhirnya Perang Dunia I. Di dalam ucapannya kepada Kongres, Presiden AS ketika itu, Woodrow Wilson telah menggariskan beberapa syarat yang dikenali sebagai Fourteen Points For Peace mengandungi 14 butiran untuk mewujudkan perdamaian. Butiran ke 14 dari syarat-syarat tersebut menyebutkan perlunya pembentukan satu kesatuan negara-negara yang akan memberi jaminan keamanan kepada semua negara tanpa membeza-bezakan negara besar atau kecil. Dari sinilah akhirnya lahir kesatuan yang diberi nama The League of Nations pada tahun 1919. Sejak itu, AS mula berperanan di arena antarabangsa sehinggalah seterusnya berjaya mengekalkan kekuasaannya ke atas dunia dengan kewujudan United Nations.

Jauh sebelum kemunculan the League of Nations ini, sudah terdapat sebuah organisasi antarabangsa yang mula digagaskan oleh negara-negara Eropah sejak abad ke 16M lagi. Ketika itu, Daulah Uthmaniah yang memerintah dunia begitu kuat dan tidak dapat dapat dikalahkan oleh mana-mana negara. Angkatan tentera Uthmani berjaya membuka satu demi satu negara Eropah dan membawa Islam ke sana. Daya jelajahnya begitu besar, dari Yunani, Rumania, Albania, Yugoslavia, Hungary hingga hampir menembusi dinding Vienna. Kekuatan tentera Allah ini digeruni dan amat menakutkan musuh (Eropah) ketika itu. Ketakutan dan kebencian Eropah kepada Islam menyebabkan mereka berfikir dan berusaha keras untuk membentuk kekuatan bagi menghambat pasukan tentera Islam. Dari sinilah mereka kemudian membentuk gabungan dalam usaha untuk menghalang kemaraan kaum Muslimin. Gabungan yang terdiri dari negara-negara Kristian Eropah ini mula dikenali sebagai 'Keluarga Eropah'.


Hingga pertengahan abad ke 17M, kekuatan Keluarga Eropah ini belum dapat menandingi kekuatan Daulah Islam. Pada tahun 1648, negara-negara Kristian Eropah mengadakan Persidangan Westphalia dan menetapkan pelbagai aturan untuk mengatur hubungan antara mereka. Sejak saat itu, muncullah apa yang dikenali sebagai 'Komuniti Antarabangsa' dan 'Undang-Undang Antarabangsa'. Komuniti ini terdiri dari negara-negara Kristian tanpa membezakan bentuk negara, samada kerajaan atau rebublik dan sebagainya. Pada mulanya komuniti ini dikhususkan bagi negara-negara Eropah Barat, tetapi kemudian diikuti oleh semua negara Kristian di luar Eropah. Mereka memadu tenaga mempertahankan kesepakatan yang telah mereka bangunkan, khususnya dalam prinsip-prinsipnya yang diambil dari gabungan ajaran Kristian dan Yahudi. Dengan kekuatan baru yang mereka miliki, mereka telah berusaha untuk menghancurkan Daulah Islam. Setelah Daulah Islam semakin melemah, mereka mula membangun imej buruk terhadap Daulah dengan menjolokinya sebagai 'Orang Sakit Eropah' (The Sick Man of Europe).


Dengan kekalahan Jerman, Austria-Hungary dan Daulah Uthmaniyyah pada Perang Dunia I, The League of Nations telah ditubuhkan secara rasmi, selepas Persidangan Keamanan Paris, pada tahun 1920. Semua negara kemudiannya dibenarkan masuk dengan syarat negara-negara tersebut bersetuju dengan prinsip-prinsip mereka. Setelah itu, The League of Nations 'ditukar nama' kepada The United Nations, yang pada awal kemunculannya terbatas kepada negara-negara yang menentang Jerman. Setelah itu, keanggotaan PBB terus dibuka seluas-luasnya, sesuai dengan hasrat AS untuk menyebarkan hegemoninya ke seluruh dunia dan menundukkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah ideologi kufur yang mereka bawa.

Wahai kaum Muslimin! Itulah secebis dari hakikat sejarah kemunculan PBB yang jarang-jarang diketengahkan kepada kalian. Awal kemunculannya adalah sebagai langkah musuh-musuh Islam untuk melawan Islam dengan menghapuskan kekuatan Daulah Islamiyyah yang berpusat di Turki ketika itu.

Setelah kejayaan mereka menghapuskan Daulah Islam, maka agenda seterusnya adalah untuk memastikan agar Daulah Islam tidak akan muncul lagi. Banyak lagi sejarah yang tidak dapat diungkapkan di sini yang menceritakan dengan jelas bagaimana badan dunia itu 'dicipta' dengan begitu licik untuk menghapuskan Islam dan umatnya. Yang selalu ditonjolkan adalah 'fungsi' PBB yang ditubuh untuk menyelamatkan dan menjaga keamanan dunia. Itulah kejayaan Barat dalam usaha mereka melenyapkan Islam melalui PBB yang ditelan bulat-bulat oleh para pemimpin umat Islam hari ini dengan menganggapnya sebagai 'penyelamat' dunia.


AS Pengarah, PBB Pelakonnya

Kebijakan negara-negara kufur Barat khususnya Amerika Syarikat nampaknya telah berhasil menghias PBB menjadi sebuah pertubuhan yang tampil bagaikan seorang 'pendekar' antarabangsa yang datang untuk menyelamatkan dunia. Buktinya, pemimpin-pemimpin dunia termasuklah di dunia Islam memberikan ketaatan dan kepercayaan kepada 'pahlawan agung' ini di dalam menghadapi apa jua masalah antarabangsa, walaupun secara jelas ia telah gagal menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat antarabangsa terutamanya yang melibatkan negeri-negeri umat Islam. Malahan yang lebih menyedihkan, telah terbukti bahawa PBB telah membiarkan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam, tetapi pemimpin kaum Muslimin masih memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada organisasi kafir ini!



Wahai kaum Muslimin! Bukalah mata, pasanglah telinga, fikirkanlah dengan aqal yang Allah anugerahkan kepada kalian, lihatlah dengan mata hati kalian bahwa PBB jelas-jelas membohongi kalian atas nama keamanan dan kesamarataan. Penubuhan PBB ditandatangani oleh 51 buah negara dan sekarang ini dianggotai oleh 192 buah negara, tetapi 5 negara mempunyai kuasa veto. [Majlis Keselamatan PBB yang merupakan badan yang paling berpengaruh di dalam pertubuhan itu terdiri daripada 15 kerusi, lima diduduki secara tetap, oleh anggota yang memiliki kuasa veto (Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis) dan sepuluh yang lain diberi secara bergilir-gilir bagi setiap dua tahun untuk negara-negara anggota lain dan tidak mempunyai kuasa veto]. Hak istimewa yang dikenali dengan kuasa veto ini merupakan hak khusus yang hanya dimiliki oleh lima buah negara kuasa besar sahaja. Kuasa veto ini boleh menghapuskan segala resolusi, peraturan, undang-undang dan apa sahaja yang akan diluluskan, walaupun ia disetujui oleh majoriti negara anggota. Masuk aqalkah kedudukan istimewa ini, apatah lagi AS adalah salah satu darinya? Inikah konsep kesamaan dan keserataan bagi semua anggota sebagaimana yang dilaungkan-laungkan? Inilah kepalsuan terbesar PBB semenjak kelahirannya ke dunia ini yang kononnya akan membawa kesamaan, kedamaian dan keamanan kepada dunia sejagat.

Jauh panggang dari api, itulah pepatah yang tepat bagi PBB. Secara pastinya PBB hanyalah kuda tunggangan yang kewujudannya adalah bagi mengekalkan nafsu buas kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Umum mengetahui bahawa AS adalah dalang di sebalik kebanyakan tindakan PBB. Dominasi AS ke atas PBB telah menjadikan organisasi tersebut sebagai alat yang cukup efektif bagi negara Uncle Sam ini untuk menempatkan dirinya sebagai pencatur politik dunia ketika ini. Oleh kerana itu, adalah sesuatu yang wajar apabila kita melihat polisi-polisi PBB diwarnai oleh cita-cita ideologi Amerika Syarikat sendiri (kapitalisme), yang menggunakan metod (thariqah) penjajahan untuk menyebarluaskan ideologinya. Ada beberapa strategi yang digunakan oleh AS untuk memanfaatkan PBB bagi kepentingan dirinya. Antaranya ialah:-

1. Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi antarabangsa yang berkuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia yang dihadapi oleh berbagai bangsa dan negara.

Strategi ini dilakukan dengan cara membangunkan public opinion (pandangan umum) dunia bahawa PBB merupakan organisasi yang bersifat antarabangsa meskipun tidak semua negara yang ada di dunia ini menjadi anggotanya Dengan sifat ini PBB menjadi satu-satunya pihak yang berkuasa dan dapat diyakini untuk membahas masalah-masalah antarabangsa. Selain itu negara-negara yang dilibatkan di dalam percaturan politik internasional dibatasi hanya bagi mereka yang bergabung menjadi anggota PBB sahaja. Hal ini menjadikan negara-negara yang tidak menjadi negara anggota tersingkir dan tidak mampu memberikan sebarang pengaruh. Fenomena ini pernah dialami oleh Rusia pasca Perang Dunia I dan Sepanyol pasca Perang Dunia II.

2. Mengukuhkan kedudukan PBB sebagai organisasi internasional yang mempunyai kuasa untuk merumuskan undang-undang yang menjadi sumber undang-undang antarabangsa.

Dengan mengeksploitasi sifat 'keantarabangsaannya' PBB dan badan-badan yang berada di bawahnya seperti WB, IMF, UNCR, UNESCO, WHO, ICJ dan lain-lain, dapat meletakkan dirinya sebagai badan yang berkuasa mengeluarkan peraturan, undang-undang, keputusan, piagam, resolusi atau apapun yang dilabelkan sebagai ketetapan masyarakat antarabangsa. Hakikatnya, ketetapan-ketetapan ini rata-rata menguntungkan AS dalam menyebarluaskan lagi ideologi kufur mereka. Segala peraturan, undang-undang, piagam, resolusi dan yang lain-lainnya bukanlah bersifat universal sebagaimana yang mereka laung-laungkan. Akan tetapi ianya rata-rata merupakan produk ideologi Kapitalisme-Demokrasi semata-mata yang tidak lain hanyalah bertujuan untuk meng'kapitalisme'kan dan men'demokrasi'kan semua manusia di dunia (terutamanya dunia Islam) agar mengikut telunjuk AS dalam segenap aspek kehidupan!! Inilah kehendak AS.

3. Memberikan kuasa yang luas kepada Majlis Keselamatan (Security Council).

Majlis yang bertugas menjaga agar tidak berlaku peperangan di antara negara ini berkuasa memberikan keputusan bahkan tindakan apa pun terhadap sebuah negara yang menurutnya layak menerima hukuman. Melalui dominasinya di dalam Majlis Keselamatan ini, AS dapat memaksakan keinginannya dan mengambil segala tindakan atas negara-negara yang dianggap membahayakan kepentingannya. Sebagai contohnya, 'penaklukan' ke atas Kuwait oleh Iraq pada tahun 1990. Akibat kejadian ini, Majlis Keselamatan telah mengeluarkan resolusi 678 yang isi kandungannya memberikan kuasa kepada Amerika dan sekutunya untuk menggunakan apa jua cara bagi mengeluarkan Iraq dari Kuwait. Namun anehnya, sikap yang serupa tidak dilakukan oleh PBB terhadap Israel yang jelas-jelas merampas tanah umat Islam di Palestin. Umat Islam malah dibiarkan dibunuh dengan kejam dan diusir dari rumah-rumah mereka untuk memberi penempatan kepada Yahudi. PBB sebaliknya mengeluarkan resolusi 242 dan 381 yang mengakui sahnya kewujudan negara Zionis Israel la'natullah itu. Si Yahudi terus-terusan membunuh umat Islam dan melebarluaskan lagi tanah jajahannya sehingga sekarang, tetapi PBB tidak pernah sekalipun mengeluarkan resolusi walau untuk sekadar 'mengutuk' tindakan jahat Israel ini. Inilah PBB yang merupakan 'harapan agung' pemimpin umat Islam hari ini yang akan 'menyelamatkan' umat Islam dari terus dibunuh oleh Israel!

4. Membuka kesempatan yang seluas-luasnya bagi negara-negara di dunia untuk menjadi negara anggota.

Dengan semakin banyaknya negara anggota PBB maka kedudukannya sebagai organisasi dunia semakin kukuh. Keadaan ini akan memperkuatkan kewibawaan dan pengaruh PBB di pentas politik antarabangsa, sekaligus mengukuhkan hegemoni AS ke atas dunia. Keterlibatan, kepercayaan dan kesetiaan negara-negara anggota kepada badan dunia ini akan mempermudah dan memperlancarkan segala aktiviti AS menakluki dunia.

5. Mengadakan Persidangan Antarabangsa di dalam berbagai bidang.

Di atas nama PBB, AS menaja berbagai-bagai persidangan peringkat antarabangsa untuk mempropagandakan idea dan pemikiran-pemikiran kufur mereka. Sebagai contoh pada tahun 1994 di Cairo Mesir telah diadakan Persidangan Antarabangsa Kependudukan Dan Pembangunan (International Conference On Population and Development). Persidangan yang dianjurkan oleh PBB ini hampir sepenuhnya dibiayai oleh AS, bertujuan untuk mendapatkan persetujuan masyarakat antarabangsa bagi program tindakan 20 tahun yang akan datang bagi mengawal jumlah kelahiran penduduk dunia. Dalam draf plan tindakannya setebal 113 mukasurat terdapat beberapa usulan untuk mencegah kelahiran penduduk dunia di antaranya ialah membenarkan pengguguran, homoseksual dan seks luar nikah. Inilah di antara contoh bagaimana AS cuba menerapkan pemikiran/nilai mereka kepada dunia umat Islam. Banyak lagi persidangan seumpama ini yang tak putus-putus di adakan atas nama Hak Asasi Manusia dan sebagainya yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam.

Wahai kaum Muslimin! Setelah melihat apa yang berlaku, apakah kita masih mengharapkan PBB dapat menyelesaikan persoalan kita. Apakah kalian lupa bahawa PBB hanya sekadar menyaksikan pembunuhan saudara-saudara kita di Shabra dan Shatilla, juga pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Jenin oleh Yahudi la'natullah? Apakah kalian telah lupa dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia ketika mereka dihabisi oleh pengganas Serbia? Apakah kalian sudah melupakan nasib saudara kita yang terus dibunuh di bumi Iraq oleh syaitan besar Amerika la'natullah? Apakah kalian tidak menyaksikan apa yang sekarang ini berlaku di Lebanon? Apakah yang telah dilakukan oleh PBB??? Masihkah kalian mengharapkannya? Belum sedarkah kalian bahawa PBB adalah satu badan yang diwujudkan bukan untuk menyelamatkan umat Islam, malah untuk menghancurkan agama Allah dan umat Muhammad. Adakah kalian mengharapkan musuh Allah untuk menyelamatkan kita kaum Muslimin? Ingatlah wahai kaum Muslimin, inilah organisasi yang telah banyak bertanggungjawab ke atas berbagai musibah dan bencana yang menimpa umat Islam!!

Sikap Kita Terhadap PBB

Bagaimana pandangan Islam terhadap kewujudan PBB dan hukum bergabung dengannya? Perkara ini adalah penting untuk diketahui oleh umat Islam agar mereka dapat mengambil sikap yang benar sesuai dengan ketentuan hukum syara'. Ditinjau dari segi asasnya, jelas PBB berdiri di atas asas yang bertentangan dengan hukum Islam. Pertubuhan ini didirikan di atas ideologi kufur Barat. Ideologi inilah yang dijadikan sebagai asas dalam pembentukan berbagai peraturan yang selanjutnya dinamakan sebagai Undang-undang Antarabangsa.

Hukum kufur inilah yang digunapakai untuk mengatur hubungan di antara semua bangsa-bangsa di dunia ini. Ideologi kufur Barat ini pulalah yang dijadikan sebagai landasan di dalam menyusun berbagai piagam dan deklarasi. Apa yang dinamakan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia contohnya adalah natijah dari nilai-nilai kufur tersebut. Atas dasar inilah keberadaan PBB adalah haram.

Bergabung dengannya, menjadi anggotanya juga adalah haram. Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya mewajibkan umat Islam untuk berhukum hanya kepada syariatNya semata-mata dan mengharamkan mereka untuk berhukum kepada thaghut. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Apakah engkau tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada engkau dan apa yang telah diturunkan sebelum engkau? Mereka hendak berhukum kepada thaghut padahal mereka telah diperintahkan untuk mengingkari thaghut itu. Syaitan itu bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya" [TMQ an-Nisa'(4):60].

Selain dari itu, ditinjau dari segi peranannya, PBB adalah tidak lebih dari sekadar alat bagi negara kafir Barat khususnya AS untuk mengukuhkan penjajahannya terutamanya ke atas negeri-negeri kaum Muslimim. Organisasi ini telah terbukti menjadi alat yang cukup efektif bagi orang-orang kafir untuk terus menguasai umat Islam. Atas dasar ini bergabungnya negeri kaum Muslimin dengan PBB telah membuka jalan dan kesempatan bagi musuh-musuh umat Islam untuk menguasai mereka. Inilah apa yang berlaku sekarang di mana keseluruhan negeri kaum Muslimin sedang tunduk kepada badan kufur ini. Tindakan ini adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah. Firman Alllah Subhanahu wa Ta'ala: "Allah tidak sekali-kali memberikan jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman" [TMQ an-Nisa'(4):141].


Jelaslah jika ditinjau dari sudut mana sekalipun keberadaan PBB adalah haram dan menjadi anggotanya adalah haram. Adalah suatu kemungkaran yang besar di mana para penguasa kaum Muslimin bergabung dan berhukum dengan apa-apa sahaja yang datang dari PBB. Dengan melihat kepada semua ini, maka umat Islam perlu menyedari bahawa satu-satunya tindakan yang dibenarkan oleh syara' terhadap PBB ialah negeri-negeri kaum Muslimin wajib keluar darinya dan satu-satunya wadah yang wajib dijadikan oleh kaum Muslimin untuk mengikat dan mempersatukan negeri-negeri mereka adalah dengan bersatu di bawah Daulah Khilafah bukannya di bawah naungan PBB. Yakin dan percayalah wahai seluruh kaum Muslimin, hanya Daulah Khilafah sahajalah yang akan dapat membebaskan kalian semua dari terus menjadi mangsa kekejaman dan kebiadaban kuffar Barat. Negeri-negeri kaum Muslimin wajib bersatu di bawah naungan Daulah Khilafah yang akan menjadi penyelamat kita semua. Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Apakah cahaya PBB yang kalian cari, bukannya cahaya Ilahi? Ingatlah, bahawa sesungguhnya segala kemuliaan dan kekuatan itu adalah milik Allah dan RasulNya dan juga seluruh kaum Muslimin, bukannya milik PBB sebagaimana yang kalian harap-harapkan.

Wallahu a'lam.(04.08.06)
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Bendera Kite

Postby GOOKU on Fri Sep 01, 2006 8:41 am

BENDERA KITA

Merdeka! Merdeka! Merdeka! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kewujudan sebuah negara bangsa yang selama ini menjadi agenda perjuangan. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta kakitangan British menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh kebanggaan. Masyarakat Tanah Melayu bangga kerana mendapat sebuah ’kemerdekaan’, British pula bangga kerana dapat secara rasminya, memecahkan sekelompok lagi dari umat Islam berdasarkan racun yang telah mereka tanam, assabiyyah dan wathaniyyah. Bermula dari tarikh 31 Ogos 1957 hinggalah ke hari ini, saban tahun masyarakat Malaysia berpesta menyaksikan upacara penaikan bendera, sempena mengingati tarikh keramat tersebut.

Sejarah Kewujudan Bendera Malaysia

Walaupun setiap warganegara dari anak kecil hinggalah ke warga emas umumnya mengenali bendera Malaysia, tetapi mungkin sebahagian besar sebenarnya tidak menghayati sejarah bagaimana bendera Malaysia boleh wujud. Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dari sini, satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

->Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
->Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut.
->Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

“That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet”.
(Pada pandangan majlis ini, bendera Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:-Sebelas jalur berbelang putih dan merah. Jalur teratas adalah merah dengan sudut berwarna biru yang mengandungi bulan sabit serta bintang pecah sebelas berwarna kuning; saiz rasmi bendera adalah enam kaki kali tiga kaki).

Samada kita sedar atau tidak, satu fakta yang tidak tertulis (atau sengaja tidak ditulis) di dalam sejarah ialah perihal keadaan politik di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu yang begitu ‘aman’ di bawah naungan British!! Dalam keadaan negara sedang dijajah, pertandingan mencipta bendera masih boleh dilakukan. Akhbar pula dengan aman boleh melakukan pungutan suara dan masyarakat juga secara aman boleh memberikan pandangan masing-masing. Keadaan politik nampaknya begitu stabil. Di manakah pejuang-pejuang kemerdekaan, di manakah pemberontakan, di manakah peperangan? Bukankah kita sepatutnya menyaksikan satu ’pertempuran’ sedang berlaku demi sebuah kemerdekaan? Di manakah semua itu? Nampaknya masyarakat sudah berada di dalam sebuah ’kenikmatan’ walaupun tanpa sebuah kemerdekaan.

Berbalik kepada sejarah bendera, tercatat secara rasminya bahawa rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. (King George VI atau nama penuhnya Albert Frederick Arthur George Windsor merupakan Raja yang memerintah United Kingdom of Great Britain pada waktu itu sehingga kematiannya pada tahun 1952). Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengandihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George Vl.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Sebelum itu, satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan bahawa rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka, Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah memberi nama baru kepada Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Wahai kaum Muslimin!
Itulah hakikat sejarah kewujudan dan perkembangan bendera Malaysia. Jika rakyat Malaysia ’dipaksa’ untuk berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi setiap kali menjelang kemerdekaan, lain halnya dengan bendera di mana rakyat dituntut untuk berbangga dengannya pada setiap masa. Saudaraku, pandanglah dengan pandangan Allah, berfikirlah dengan hati yang bersih, jauh dari segala kekotoran duniawi, adakah kalian berbangga dengan bendera Malaysia yang ’diluluskan’ pemakaiannya oleh British? Tidakkah kalian nampak bahawa negara British yang kafir itu tidak akan melepaskan kalian sedikit pun dari genggaman mereka? Mereka menentukan segala-galanya untuk kita dari cara berpakaian, bertingkah laku, bergaul, bermuamalat, penerapan undang-undang, sistem dan sebagainya. Sehingga persoalan bendera yang sebenarnya merupakan salah satu syi’ar Islam pun ditentukan oleh mereka. Di lihat dari aspek manapun, benarlah firman Allah tentang mereka,


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Bendera Dan Panji-Panji Negara Islam

Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing, sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat. Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenarnya.

Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut ‘alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa’ adalah al-’alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:-

1) Bendera (Liwa’) adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, “Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih.
Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, “Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’. Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af ’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya.
Diriwayatkan dari Jabir, “Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa’) berwarna putih.” [HR Ibnu Majah]. An-Nasa’i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih.
Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (samada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, “Akubenar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali.” [HR Bukhari]. Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, “Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: “Ini panji-panjii apa?” Mereka pun menjawab: “(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba
dari peperangan.”


Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, “Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal –ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: “Ada apa dengan orang-orang itu?” Mereka menjawab: “Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat.” Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa’i, dari Anas, “Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi
boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

Wahai kaum Muslimin!
Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah “LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.

Bendera Sebagai Syi’ar Islam

Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.

Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3,000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, “Jika Zaid gugur, maka Ja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika Ja’far gugur, maka
Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat samada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, “Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.

Wahai kaum Muslimin!
Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan bendera kita, bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bendera yang dicipta atas perintah Allah, bukannya ciptaan aqal manusia, apatah lagi dicipta hanya melalui satu pertandingan. Inilah bendera yang selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat Rasulullah, maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada Rasul kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum Muslimin, jika Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah kalian berada di belakang Rasulullah dan mengibarkan bendera selain dari bendera Rasulullah? Walhal dengan bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh umat manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya. Kibaran bendera inilah yang telah membawa risalah Allah ke seluruh pelusuk dunia. Dengan melihat bendera inilah jantung musuh-musuh Islam berdegup kencang menanti saat kehancuran mereka. Bendera ini telah dibawa dan dijulang oleh para pejuang Islam di kala mengembangkan agama Allah. Inilah satu-satunya bendera kita, bendera Rasulullah, bendera Islam, bendera Negara Islam, bendera Daulah Islam!!

Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seiring dengan perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah. Kita juga melihat bendera ini berkibar di Malaysia oleh para pejuang Islam yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan dapat melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah berjaya ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali lagi dikibarkan dengan penuh bangga dan kesyukuran. Air mata terharu dan kegembiraan akan menitis pada hari itu, hari di mana sistem Allah telah kembali ke muka bumi. Bendera ciptaan Allah ini akan kembali meliuk-meliuk ditiup angin di udara dan akan berkibar dengan megahnya. Inilah hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang bersungguh-sunguh berjuang demi menegakkan agamaNya. Inilah hari yang kita berusaha siang dan malam untuk menggapainya dan kita benar-benar menanti akan kedatangannya. Inilah hari Daulah Khilafah ’ala minhaj nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul menerajui dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada kita semua. Amin ya Rabbal alamin.
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Postby GOOKU on Sun Oct 01, 2006 2:47 pm

.................SN - Ramadhan 1427 H - 82 Tahun Tanpa Khilafah !!!....



SATU RAMADHAN... SATU TUHAN... SATU NABI... SATU KITAB... SATU KIBLAT... SATU UMAT... SATU DAULAH... SATU KHALIFAH... SATU MISI ALLAHU AKBAR!!!

[SN] Kini sekali lagi kita berada di bulan Ramadhan al Mubarak 1427 H. Bulan yang dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman, yang sayangkan Allah dan RasulNya, yang takut kepada azab Allah dan merindui syurgaNya, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Allah Maha Penyayang akan melipat gandakan segala amal kebaikan yang dibuat di dalam bulan ini sebagai tanda kasihNya kepada mereka yang ikhlas beribadah kepadaNya. Di bulan inilah Allah membuka semua pintu syurga dan menutup semua pintu neraka serta membelenggu semua syaitan, kecuali 'syaitan manusia'. Syaitan inilah yang akan merosakkan kesucian bulan Ramadhan dengan segala kemaksiatan yang dilakukannya. Syaitan inilah yang tidak pernah berhenti melakukan kerosakan di muka bumi terutamanya segala bentuk kejahatan, kekejaman dan kezaliman ke atas mereka yang benar-benar ikhlas beriman dan berjuang untuk meninggikan kalimah Allah dengan menegakkan DeenNya di dunia ini.

Seperti biasa umat Islam diseluruh dunia menyambut Ramadhan pada kali ini sama seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas, penuh dengan kisah sedih dan memilukan. Umat Islam masih berpecah, negara mereka masih dibatasi sempadan palsu ciptaan penjajah. Kalau pada Ramadhan yang lepas kita menyaksikan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Palestin menjalani ibadah puasa di dalam keadaan berlinangan darah dan air mata kesan dari kebiadaban kaum kuffar yang menjajah dan mengganas di bumi mereka, pada tahun ini umat Islam di Lebanon pula menerima nasib yang sama. Di bahagian lain dunia Islam, sebahagian umat Islam berbangga dengan keamanan yang dikecapi oleh negara mereka dengan hanya berpangku tubuh menyaksi dan membiarkan penderitaan yang dialami saudara segama mereka. Hilang sudah keimanan, lenyap sudah persaudaraan, terhapus sudah segala kasih sayang sesama saudara Islam. Inilah secebis coretan kesedihan yang secara berterusan menimpa umat Islam sehingga saat ini, termasuklah ketika mereka berada di dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini. Dan untuk Ramadhan tahun-tahun hadapan, apakah kita akan terus menyaksikan nasib yang sama menimpa umat Islam?

Ramadhan Di Masa Rasulullah Dan Khilafah

Kita sedia maklum bahawa Rasulullah menganjur agar kita memperbanyakkan pelbagai aktiviti ibadah di bulan yang penuh berkat ini. Setiap tahun kita mendengar nasihat dan seruan tentang keutamaan beribadah di dalam bulan Ramadhan. Tetapi kita jarang dijelaskan dengan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di bulan Ramadhan yang menunjukkan bukti kualiti puasa Rasulullah dan para sahabat yang wajib dicontohi. Rasulullah dan para sahabat menjalani ibadah puasa tidak sekadar menahan diri dari hal-hal yang membatalkannya sahaja, malah baginda dan para sahabat sering menjalani puasa serentak dengan aktiviti tertinggi dalam ibadah, yakni jihad fi sabilillah. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa orang yang berpuasa dalam keadaan jihad fi sabilillah pasti dijauhkan dari api neraka sejauh-jauhnya. Baginda bersabda, "Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari dalam jihad fi sabilillah melainkan pada hari itu Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan." [HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi].

Sejarah telah mencatat bahawa pelbagai peperangan terjadi pada bulan Ramadhan. Perang Badar al-Kubra terjadi pada tanggal 17 Ramadhan tahun ke-2H. Rasulullah dan para sahabat memahami bahawa tidak ada bezanya kewajipan berpuasa dengan kewajipan jihad. Malah puasa yang sedang mereka lakukan benar-benar menjadi penguat ruhiyah yang jauh melebihi kekuatan fizikal. Dengan pertolongan Allah kaum Muslimin berhasil mengalahkan pasukan kafir Quraish meskipun secara fizikal dan material memihak kepada Quraish. Pada bulan Ramadhan tahun 5H pula, Rasulullah dan para sahabat melakukan persiapan untuk Perang Khandak. Persiapan dilakukan dengan menggali parit (khandak) di sekeliling kota Madinah. Taktik yang diusulkan oleh Salman Al-Farisi ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab sebelum ini. Peperangan Khandak akhirnya terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah dengan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin setelah Allah menurunkan bantuanNya. Satu lagi peristiwa penting berlaku pada 21 Ramadhan 8H yakni Fathul (pembukaan) Mekah. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Mereka berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukaddid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum Muslimin tanpa pertumpahan darah. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Peristiwa penting ini telah menyaksikan berapa ramai dari para sahabat khasnya golongan Muhajirin menitiskan air mata gembira kerana kejayaan mereka 'menawan' kembali kota yang dulunya menjadi tempat mereka dihina dan diseksa di dalam perjuangan menegakkan agama Allah.

Pada bulan Ramadhan tahun 91H, pasukan tentera Islam mendarat di selatan Pantai Andalusia (Sepanyol) dan terus berjihad. Kemudian pada Ramadhan tahun berikutnya Panglima Thariq bin Ziyad berjaya mengalahkan Raja Roderick. Ramadhan 584H pula menyaksikan Panglima Islam yang terkenal, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Oleh kerana bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba, tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang kuat. Seterusnya dalam bulan Ramadhan 658H, tentera Mongol berjaya dikalahkan di 'Ain Jalut dan Palestin kembali ke tangan kaum Muslimin.

Banyak lagi peperangan lain yang berlaku di masa Rasulullah dan juga para khulafa' semasa bulan Ramadhan yang tidak dapat diungkapkan di sini. Catatan sejarah membuktikan kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukan sahaja dipenuhi dengan ibadah khusus tetapi juga penuh dengan perjuangan untuk menyebarkan agama Allah dan meninggikan syiar Islam. Beberapa peristiwa yang tercatit juga menunjukkan betapa Rasulullah dan para khalifah sentiasa berusaha menyebarkan rahmat Allah di muka bumi dengan jalan dakwah dan jihad meskipun mereka dalam keadaan lapar dan dahaga. Mereka tidak rela melihat dan membiarkan umat Islam terus berada di bawah kekuasaan musuh mereka. Mereka sentiasa memerangi kaum kuffar demi menjaga nasib umat Islam dari ditindas dan diancam oleh musuh Allah.

Justeru, apakah umat Islam saat ini terfikir akan nasib yang dilalui oleh mereka dan apakah yang perlu mereka lakukan bagi mengangkat dan merungkai penderitaan yang tidak kunjung sudahnya sejak jatuhnya Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924 hinggalah kini. Tahun ini, umat Islam sekali lagi menjalani ibadah puasa Ramadhan di dalam keadaan vakum, tanpa adanya sebuah institusi politik yang pernah menaungi dan melindungi mereka suatu ketika dulu. Sudah 82 tahun Daulah Khilafah dihancurkan oleh musuh-musuh Allah dengan kerjasama oleh sang pengkhianat dari pemimpin-pemimpin umat Islam sendiri. Sekarang ini, muncul pula para pengkhianat lain yang mewarisi dan mempertahankan negara masing-masing yang telah dihadiahkan oleh penjajah kuffar. Mereka bersungguh-sungguh mempertahankan negara masing-masing walhal apa yang sepatutnya mereka pertahankan ialah Islam dan umatnya. Mereka takutkan musuh Allah, Amerika dan sekutunya, walhal apa yang sepatutnya mereka takutkan ialah Allah dan azabNya. Mereka mencari perlindungan, kemuliaan dan kekuatan dari orang-orang kafir yang jelas-jelas merupakan musuh Allah dan musuh mereka sendiri, walhal sepatutnya mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dari Allah. Mereka menjadi lemah dan pengecut dan tunduk kepada kaum kuffar, walhal Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui" [TMQ Al-Munafiqun (63):8].

Perpecahan Umat Islam Menyambut Ramadhan

Lapar dan dahaga adalah satu pakej bagi mereka yang menjalani ibadah puasa di sepanjang Ramadhan. Bagi mereka yang benar-benar ikhlas berpuasa kerana Allah, maka lapar dan dahaganya hanyalah untuk Allah semata-mata dan mereka beroleh pahala kerananya. Bagi yang berpuasa, tetapi dalam masa yang sama memaksiati Allah, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam mengingatkan, "Betapa ramai orang yang puasa, ia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu selain lapar dan dahaga dan berapa ramai orang yang solat (tarawih) tidak mendapatkan apa-apa dari solatnya itu kecuali mengantuk" [HR Ad-Darimi dan Ibnu Majah]. Rasa lapar dan dahaga semasa menjalani ibadah puasa ini sepatutnya menyedar dan menginsafkan kita akan kelemahan kita di hadapan Allah Azza wa Jalla. Kuat, kaya atau berkuasa mana kita sekalipun, tanpa minuman dan makanan (rezeki) dari Allah, maka kita akan binasa. Jika saja Allah menghapuskan sumber air di muka bumi, maka hancurlah manusia! Maka tidak sepatutnya manusia itu tidak mensyukuri nikmat Allah dan menderhaka kepadaNya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji". [TMQ Fatir (35):15].

Rezeki yang Allah curahkan kepada manusia kadang-kadang menyebabkan manusia lupa daratan. Mereka yang memegang kekuasaan dianugerahkan Allah dengan segala kesenangan, tetapi ternyata kesenangan ini telah melupakan mereka. Di saat mereka hanya mengalami lapar dan dahaga di bulan Ramadhan, terdapat ramai rakyat yang mengalami kelaparan dan kebuluran di setiap bulan. Di saat mereka berbuka dengan hidangan yang paling lazat mengikut apa yang mereka kehendaki, terdapat rakyat yang masih ramai berbuka hanya dengan segelas air dan secebis roti. Di tengah-tengah kekayaan hasil bumi yang dianugerahkan Allah kepada negeri mereka, mereka mengautnya sesuka hati dengan membiar dan menyaksikan rakyat mereka menderita dibumi sendiri. Mereka solat dan berpuasa walhal mereka menderhaka kepada Sang Pencipta. Mereka tidak menerapkan hukum mengikut apa yang telah diturunkan oleh Allah, sebaliknya mengambil hukum rimba yang penuh dengan penindasan dan kekejaman.

Perlu kita sedari bahawa sesungguhnya puasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu syiar yang boleh menyatukan kaum Muslimin tanpa mengira warna kulit, bangsa, bahasa dan perbezaan lainnya. Ia juga akan mengingatkan kita bahawa agama kita adalah satu yakni Islam, Tuhan kita adalah satu yakni Allah Subhanahu wa Ta¡¦ala, Nabi kita adalah satu yakni Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam, kitab kita adalah satu yakni Al-Quranul Karim, kiblat kita adalah satu yakni Ka'abah, negara kita adalah satu yakni Daulah Khilafah, pemimpin tertinggi kita adalah satu, yakni Khalifah dan kita adalah umat yang satu, yakni umat Muhammad Sallallahu 'alaihi wa Sallam Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Sesungguhnya (agama tauhid) inilah agama kamu agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku" [TMQ: Al-Anbiya'(21):92]. Oleh kerana itu, adalah suatu keharaman bagi kita kaum Muslimin terpecah belah kepada lebih 50 buah negara, tercerai-berai oleh semangat nasionalisme, patriotisme, dan fanatisme golongan dan mazhab.

Menelusuri Sebab Munculnya Perbezaan Awal Ramadhan.

Apabila ditelusuri dengan saksama, munculnya keragaman penentuan awal Ramadhan itu dapat dikembalikan kepada tiga faktor yang menjadi penyebabnya iaitu:

(i) Hilangnya institusi antarabangsa penyatu umat (Khilafah) yang memegang kekuasaan dalam menentukan dan mengambil keputusan untuk mengatasi perselisihan di antara kaum Muslimin di seluruh dunia.

(ii) Ramainya penguasa kaum Muslimin yang memerintah atas dasar patriotisme dan nasionalisme yang menetapkan tarikh hanya untuk negara mereka.

(iii) Perbezaan metodologi dalam penentuan awal Ramadhan.

Urusan-urusan kaum Muslimin di masa pemerintahan Islam berjalan dengan baik di bawah perlindungan Amirul Mukminin atau Khalifah, samada menyangkut aktiviti yang berhubungan dengan politik, sosial, muamalah dan sebagainya, apatah lagi urusan ibadah. Negara melalui kekuasaan Khalifah menyelenggarakannya secara baik sesuai dengan ketentuan hukum-hukum syariat Islam. Ketidakseragaman di sekitar penetapan awal Ramadhan tidak pernah terjadi.

Setelah runtuhnya Daulah Khilafah, musuh kita telah memecahkan negeri-negeri kita hingga menjadi entiti-entiti kecil yang lemah dan bermusuhan antara satu sama lain. Mereka seterusnya menyerahkan urusan pemerintahan kepada para penguasa yang telah dilatih dan dipercayai oleh mereka untuk menerapkan hukum mereka yang kufur. Mereka kemudian melakarkan kawasan untuk kita dan menanamkan racun nasionalisme dan patriotisme agar kita berpegang teguh kepadanya. Maka setelah itu, kita mendapati orang-orang Syria atau Iran menjadi asing dan tak sah tinggal di bumi Mesir, orang Iraq atau Pakistan menjadi asing di bumi Turki, orang-orang Jordan dan Iran tidak sah tinggal di Lebanon walaupun kita mengucap kalimah tauhid yang sama. Bumi Allah ini telah menjadi sempit bagi kita semata-mata kerana dibatasi oleh sempadan-sempadan geografi yang dibuat oleh musuh Allah ke atas kita, dan dipertahankan oleh penguasa-penguasa boneka yang telah 'disahkan' jawatannya oleh kaum kuffar laknatullah. Walhal Maha Suci Allah yang telah mewariskan bumiNya kepada orang-orang yang beriman agar menjadi Khalifah di dalamnya dan menerapkan hukum-hukumNya.

Apa yang lebih mendukacitakan, setelah wujud negara-negara bangsa ciptaan penjajah ini, umat Islam telah bergaduh dan berperang sesama sendiri hanya kerana ingin mempertahankan batas-batas palsu di antara mereka. Situasi buruk ini juga berlaku pada hukum-hukum ibadah seperti haji, umrah dan juga melihat anak bulan (rukyatul hilal) samada Ramadhan mahupun Syawal. Justeru kita melihat umat Islam di Sudan telah mula berpuasa walhal di Aljazair belum, umat Islam di Indonesia mula berhari raya walhal di Malaysia belum dan begitulah seterusnya. Padahal yang memisahkan mereka hanyalah sempadan-sempadan khayalan yang dicipta oleh golongan kafir penjajah. Fenomena ini bertambah parah dengan munculnya para penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin yang berdiri atas dasar nasionalisme yang menerapkan sistem kufur serta tidak mengendahkan pelaksanaan hukum-hukum syara'. Lebih keji, pemikiran mereka dipenuhi dengan hasad dengki dan kebusukan. Mereka bersungguh-sungguh menghalang dari dilaksanakan hukum Allah di muka bumi kerana kecintaan mereka kepada dunia di dalam rangka mempertahankan kedudukan, ego, harta, pangkat, darjat dan kekuasaan yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan boleh menghapuskan mereka dengan sekelip mata.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Munculnya perbezaan dalam penetapan awal Ramadhan dan Eidul Fitri hanyalah salah satu dari pelbagai masalah perpecahan yang dihadapi oleh umat Islam saat ini. Lenyapnya Daulah Khilafah Islamiyyah yang mengatur dan mempersatukan urusan umat Islam menjadi punca kepada segala permasalahan. Penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan menyebabkan kaum Muslimin berpecah sehinggalah ke hukum-hukum ibadah. Marilah bersatu wahai saudaraku! Tinggalkanlah segala batas sempadan palsu yang dibina di antara kalian, marilah menuju kepada penyatuan dan persaudaraan. Sesungguhnya tidak ada sempadan yang boleh memisahkan umat Muhammad kerana Allah telah menyatukan mereka dengan kalimah yang sama.

Wahai kaum Muslimin! Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah meninggalkan kita hanya dengan satu negara, bukan 57. Rasulullah telah meninggalkan kita dengan sebuah penyatuan, bukan perpecahan. Demi Allah wahai saudaraku! Rasulullah tidak ingin dan tidak redha melihat umatnya berpecah belah. Justeru, marilah kita kembali menggembeling segala usaha dan kekuatan untuk meyatupadukan semula umat Islam di bawah satu kesatuan Daulah Khilafah. Inilah penyatuan hakiki umat Islam. Pada bulan Ramadhan tahun ini, selama 82 tahun kita telah menyambut Ramadhan tanpa Khalifah. Tentunya umat Islam yang ikhlas amat merindukan pidato dan khutbah Ramadhan yang satu untuk seluruh kaum Muslimin sedunia. Untuk membangkitkan kerinduan akan tradisi itu serta menyatukan perasaan dan pemikiran kita, maka kami cuba mengangkat kembali khutbah Ramadhan Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam agar kita dapat menghayatinya. Mengingatkan tidak adanya Khalifah yang dapat kita dengar khutbah Ramadhannya pada hari ini, maka kami paparkan pesanan yang telah dikhutbahkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam lebih kurang 1,300 tahun yang lepas dengan harapan kedatangan Ramadhan kali ini akan memberikan momentum kepada kita untuk terus bergerak menegakkan Daulah Khilafah. Insya Allah.

Khutbah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam

Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan satu hadis dari sahabat Salman r.a yang mengatakan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pada hari terakhir bulan Sya'ban berkhutbah di hadapan kaum Muslimin sebagaimana berikut: "Wahai manusia! Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh satu bulan yang agung lagi penuh berkah, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasa kepadaNya suatu kewajiban dan qiyam (solat) pada malam harinya suatu tathawwu' (ibadah sunat yang sangat dianjurkan). Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunat) di dalamnya (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan. Sesiapa yang melakukan ibadah yang wajib (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain. Ramadhan adalah syurga (al jannah). Ramadhan itu bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga (al jannah). Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya. Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya, kemerdekaan dirinya dari api neraka. Dan ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu". Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa". Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pun menjawab: "Allah memberikan pahala kepada orang yang memberikan sebutir korma sekalipun atau sekadar seteguk air atau sehirup susu. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), nescaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Kerana itu perbanyakkanlah empat perkara di bulan Ramadhan ini. Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian harapkan. Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah: mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepadaNya. Adapun dua perkara yang sangat kalian harapkan adalah kalian memohon syurgaNya dan berlindung dari api neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang bepuasa nescaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk syurga".

SN Keluaran - 29 September 2006
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Harga memecut, gaji mengecut

Postby GOOKU on Sat Oct 07, 2006 12:33 am

SN - Harga Memecut Gaji Mengecut



[SN] Alhamdulillah kita masih lagi diberi keizinan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk hidup dan beribadah kepadaNya di bulan yang penuh keberkatan ini. Kita wajib bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan tidak boleh sekali-kali kufur dengan nikmatNya. Dalam masa yang sama, kita wajib memperbetulkan segala tindak-tanduk manusia yang tidak tunduk patuh kepada perintah dan larangan Allah di dunia ini. Jika tidak, Allah yang Maha Mengazab akan menurunkan azabNya yang akan menimpa tidak hanya mereka yang kufur dan zalim, malah termasuk golongan yang beriman. InsyaAllah, jika kita saling nasihat menasihati dan melakukan kebaikan di bulan yang mulia ini Allah yang Maha Penyayang akan melipatgandakan ganjaranNya kepada kita. Justeru, marilah kita bersama-sama memuhasabah sesama kita agar bumi Allah ini sentiasa dipenuhi dengan segala kata-kata yang baik sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah kepada kita

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan berkata, sesungguhnya aku termasuk orang-orang Muslim” [TMQ Fusilat (41):33].

Selama hampir sebulan yang lepas, isu kenaikan gaji telah menjadi buah mulut rakyat Malaysia khasnya mereka yang berpendapatan rendah. Ia dikatakan bermula dari kenyataan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Musa Hassan yang meminta agar kerajaan menyemak semula gaji anggota polis berpangkat konstabel sehingga Asisten Komisioner (ACP) agar dinaikkan supaya mereka, terutama yang tinggal di bandar besar, tidak berada di bawah garis kemiskinan [Utusan Malaysia 17/09/06]. Idea kenaikan gaji kakitangan awam ini juga dikatakan bermula lebih awal semasa ianya dikemukakan di Parlimen sewaktu perbahasan Bajet 2007[Utusan Malaysia 12/09/06]. Bagaimanapun, pada akhir minggu lepas kerajaan menjelaskan mereka belum bersedia untuk semakan semula gaji [Utusan Malaysia 28/09/06].

Mungkin soal gaji rendah ini semakin diberi perhatian ekoran kenaikan harga barangan seperti petrol dan ayam. Mungkin juga berpunca daripada harapan tinggi golongan pekerja selepas pembentangan bajet negara pada 1 September yang lalu. Mungkin juga ianya berlaku lantaran keadaan hidup yang semakin menghimpit saban tahun. Dari satu sektor ke satu sektor pekerjaan, semakin banyak pekerja merintih meminta gaji yang mereka peroleh dinilai semula agar berpadanan dengan tugas yang dilakukan dan berupaya memenuhi tuntutan asas kehidupan. Bagi segelintir rakyat di negara ini, rintihan sebahagian besar kakitangan perkhidmatan awam dan polis berjawatan rendah memohon kenaikan gaji baru-baru ini mungkin dilihat sebagai perkara biasa yang merupakan reaksi kepada situasi ekonomi semasa. Ada juga yang berpendapat bahawa golongan ini kurang bersyukur dan ada pula yang menyokong usaha agar semakan tangga gaji tersebut dilaksanakan.

Gaji Yang Rendah Hasil Kekejaman Sistem Kapitalis

Umat Islam dituntut untuk mencari pekerjaan yang baik dan halal. Dari pekerjaan yang halal-lah, maka umat Islam akan memperolehi gaji/upah yang halal. Sehubungan dengan adanya tuntutan ini, maka sudah semestinya persoalan kerja dan gaji sememangya dibahas oleh Islam dan merupakan salah satu cabang perbahasan dalam fiqh mu’amalat. Justeru, persoalan kerja dan gaji tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya mesti dilihat secara serius dari sudut Islam sebagai sebuah ideologi yang wajib diterapkan oleh umatnya. Adalah merupakan satu kesalahan apabila memandang isu gaji (dan lain-lain isu) hanya dari aspek keduniaan sahaja tanpa mengaitkannya dengan masalah keakhiratan. Ideologi Islam itu mencakupi persoalan fikrah (thought) dan thariqah (method) yang menyangkut segala urusan dunia dan akhirat. Ini jelas-jelas berbeza dengan ideologi Kapitalis dan Sosialis yang hanya membahas masalah keduniaan. Di sinilah kesempurnaan Islam sebagai sebuah ideologi, berbanding dengan ideologi Kapitalis dan Sosialis (termasuk di dalamnya Komunis) yang penuh dengan kekurangan, kerosakan, penganiayaan dan kezaliman. [Nizam al-Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani]

Tujuan setiap orang bekerja adalah untuk memenuhi keperluan hidup, samada keperluan asas, pelengkap, mahupun sampingan. Jika kos hidup adalah lebih tinggi dari jumlah gaji yang diperolehi, maka sudah semestinya manusia akan memberontak dan gelisah kerana salah satu keperluan tersebut gagal dipenuhi. Oleh itu, dalam keadaan ini adalah wajar bagi seorang yang bekerja untuk menuntut kenaikan gaji. Pada kebiasaannya, tuntutan kenaikan gaji pasti akan disertai dengan sebab-sebab ketidakmampuan gaji yang sedia ada untuk memenuhi perbelanjaan keperluan asas yang semakin meningkat seperti perbelanjaan dapur, sewa rumah, bil-bil, pakaian dan sebagainya. Jarang sekali kita mendengar pekerja menuntut kenaikan gaji kerana ingin memenuhi perbelanjaan sampingan atau perbelanjaan bukan keperluan.

Masalah gaji rendah yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan bukanlah persoalan yang berdiri sendiri. Masalah ini sangat terkait dengan dunia pendidikan dan pekerjaan yang menilai manusia dari aspek ‘keputusan akademik’. Penetapan kadar gaji sangat tergantung kepada tingkat pendidikan yang dicapai oleh seseorang. Oleh itu, rendahnya taraf pendidikan secara automatik akan mengurangkan posisi tawar-menawar yang boleh dilakukan oleh seseorang di dalam pasaran kerja. Ini berdampak kepada rendahnya gaji/upah yang harus mereka terima. Gaji yang rendah mengakibatkan kehidupan pekerja menjadi tertekan. Hal ini sering memicu konflik antara pekerja dan majikan. Keadaan ini bertambah buruk dengan kenaikan harga barang yang semakin meningkat berbanding dengan pendapatan/gaji yang masih di takuk lama. Di dalam keadaan ini (kenaikan harga barang), jika gaji dinaikkan sekalipun, taraf kehidupan seseorang itu tetap tidak berubah, apatah lagi jika gaji masih di tangga yang sama, kehidupan sebenarnya lebih parah.

Kapitalisme, dalam perkembangannya, yakni sejak Revolusi Industri di England dan Perancis, telah terbukti mengorbankan mereka yang berkelas rendah. Perkembangan revolusi industri ini memberikan kesempatan yang luas kepada para pemilik modal untuk mengeksploitasi kaum pekerja di mana mereka betul-betul menggunakan pekerja hanya untuk kepentingan mereka sahaja, yakni untuk tujuan akumulasi kapital (modal). Dengan prinsip kebebasan kepemilikan dan didukung oleh pandangan laissez faire (tidak ada campur tangan pemerintah dalam perekonomian), para pemilik modal dengan bebasnya memanfaatkan tenaga pekerja di luar batas kewajaran dengan upah yang sangat rendah - yang tidak sesuai dengan tenaga yang telah mereka berikan. Golongan pekerja dilayan tak ubah seperti hamba yang tidak mempunyai apa-apa hak terutama di dalam menentukan upah/gaji.

Dalam paradigma kapitalis, buruh atau tenaga kerja (labour) dipandang sebagai faktor ekonomi sahaja sehingga nilainya diserahkan pada mekanisme pasar, yakni pada kekuatan antara jumlah penawaran kerja (supply) dengan permintaan (demand) para pengusaha. Dengan demikian, mekanisme pasar menjadi faktor yang paling dominan dalam penentuan gaji/upah setiap pekerja dibandingkan dengan faktor tenaga, kepakaran dan waktu yang telah dikorbankan oleh pekerja terhadap pengusaha. Upah pekerja sangat rendah, langsung tidak setimpal dengan kos untuk memenuhi keperluan hidupnya. Di dalam sistem kapitalis, pemerintah tidak menjalankan fungsinya sebagai pelayan rakyat tetapi hanya melepaskan kepada rakyat untuk ’pandai-pandai nak hidup’. Oleh itu, sistem Kapitalis secara hakikatnya tidak mengenal tugas negara sebagai 'pengurus dan penanggung jawab memenuhi keperluan pokok rakyatnya'. Rakyat yang ingin memenuhi keperluannya harus bekerja secara mutlak. Jika ia ditimpa bencana atau keperluan hidupnya meningkat, ia harus bekerja lebih keras secara mutlak. Ketika ia sudah tidak mampu bekerja karena usia, kemalangan, kecacatan atau sebab lainnya maka ’pandai-pandailah’ ia mencari jalan untuk hidup. Jika ia gagal, maka itu adalah kesalahan dirinya sendiri atau kesalahan masyarakat yang dikatakan tidak membantu. Di dalam sistem kapitalis yang sedang mendominasi dunia hari ini, negara langsung tidak bersalah dan tidak boleh dipersalahkan.

Masalah ketidakcukupan gaji atau gaji yang rendah sebenarnya merupakan manifestasi dari penerapan Sistem Ekonomi Kapitalis yang bersifat menindas dan menzalimi. Adalah suatu yang lumrah di dalam ekonomi kapitalis bahawa yang kaya akan bertambah kaya dan yang miskin akan bertambah miskin. Manusia hidup hanya untuk mencari sebanyak-banyak harta benda dunia dan menjadikan manfaat sebagai asas ukuran. Halal dan haram bukan merupakan perhitungan. Jika rasuah perlu dilakukan untuk mendapatkan sesuatu projek yang lebih menguntungkan, maka mereka tidak akan segan silu untuk memberi dan menerima rasuah. Ketidakcukupan gaji yang diterima di bawah kekejaman Sistem Kapitalis ini telah menyuburkan lagi amalan keji ini. Jadi tidak hairanlah jika kes rasuah begitu berleluasa kerana pelakunya hanya mementingkan manfaat dunia semata-mata tanpa memikirkan lagi dosa dan azab yang akan diterimanya di akhirat nanti.

Tambahan lagi, segala hak dan kekayaan umat yang dirampas oleh para penguasa kapitalis menjadikan umat terus tertekan dan menderita. Apa yang pasti menjadi punca kepada segala permasalahan adalah kerana diterapkan Ideologi selain Islam di dalam kehidupan. Pendek kata, isu gaji yang kita lihat pada hari ini bukanlah sebenarnya permasalahan tentang sistem penggajian yang lemah atau sudah ketinggalan dan juga permasalahan tentang kenaikan kos taraf hidup; namun, masalah yang sebenarnya adalah kerana tidak diterapkan hukum Allah di dalam kehidupan ini yang menyebabkan ketidaksempurnaan, kegagalan dan ketidakadilan di dalam segala aspek kehidupan samada ekonomi, pemerintahan, sosial dan sebagainya.
Penentuan Gaji dan Tanggungjawab Negara

Hubungan yang wujud di antara majikan dan pekerja adalah melalui aqad Ijarah. Ijarah adalah pemberian jasa dari seorang ajir (pekerja) kepada seorang musta'jir (majikan) serta pemberian harta dari pihak musta'jir kepada seorang ajir sebagai imbalan dari jasa yang diberikan. Oleh karena itu, ijârah didefinisikan sebagai transaksi terhadap jasa tertentu dengan disertai imbalan (kompensasi). Di dalam Islam, suatu transaksi ijarah yang akan dilakukan haruslah memenuhi rukun dan syaratnya. Di dalam menentukan upah/gaji, ia mestilah disepakati bersama oleh ajir dan musta’jir semasa kontrak kerja dilakukan dan mesti ditentukan berdasarkan kadar semasa (market rate) dengan mengambil kira kecil besarnya manfaat (jasa) yang akan dihasilkan oleh ajir. Di dalam hal ini, jika berlaku pertikaian tentang jumlah upah/gaji tersebut, maka ia hendaklah dikembalikan kepada pakar yang akan menentukan kadar semasanya [Nizam al-Iqtisad Fi al-Islam, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani]. Berdasarkan kaedah ini, pasukan keselamatan yang bertungkus lumus bertugas menjaga keselamatan negara sehingga nyawa mereka sendiri turut terancam sepatutnya mendapat gaji yang lebih besar dari kadar yang mereka perolehi sekarang. Oleh itu, keluhan yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara seharusnya dipandang serius dan perlu diselesaikan mengikut kaedah fiqh mu’amalat Islam.

Islam telah mewajibkan negara untuk menjalankan polisi ekonomi secara makro dengan menjalankan apa yang disebut sebagai Politik Ekonomi Islam. Politik Ekonomi Islam adalah penerapan berbagai polisi ekonomi yang menjamin tercapainya pemenuhan semua keperluan pokok (primary) setiap individu masyarakat, disertai dengan adanya jaminan yang memungkinkan setiap individu dapat memenuhi keperluan-keperluan pelengkap dan sampingan (secondary and tertiary) sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki. Hal ini bererti Islam lebih menekankan kepada pemenuhan keperluan secara individu dan bukan secara kolektif. Dengan demikian, aspek distribusi (pengagihan) sangatlah penting sehingga dapat dijamin secara pasti bahawa setiap keperluan hidup individu akan dipenuhi. Dengan kata lain, negara wajib memastikan bahawa setiap warganegara akan dapat memenuhi keperluan asas mereka, jika tidak, pemerintah akan berdosa di atas kelalaiannya. Di dalam memastikan pemerintah bebas dari dosa, maka mereka wajib melakukan perkara-perkara berikut:-

(1) Negara wajib menyediakan peluang pekerjaan agar setiap rakyat yang mampu bekerja dapat memperoleh pekerjaan sekaligus dapat memenuhi keperluan asas mereka.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

”Imam adalah pemelihara dan pengatur urusan (rakyat); ia akan diminta pertanggungjawabannya atas pemeliharaan (rakyat)nya”. [HR al-Bukhari dan Muslim].

Hadis ini menjelaskan tanggungjawab pemerintah secara umum termasuk memastikan keperluan asas rakyatnya dipenuhi. Kisah Umar al-Khattab r.a. memperjelaskan lagi kepada kita akan tanggungjawab seorang pemimpin di dalam hal ini. Suatu ketika Amirul Mukminin Umar bin Khattab memasuki sebuah masjid di luar waktu solat lima waktu. Didapatinya ada dua orang yang sedang berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Umar lalu bertanya, "Apa yang sedang kalian lakukan, sedangkan orang-orang di sana kini sedang sibuk bekerja?" Mereka menjawab, "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bertawakal kepada Allah". Mendengar jawaban tersebut, marahlah Umar ra. seraya berkata, "Kalian adalah orang-orang yang malas bekerja, padahal kalian tahu bahawa langit tidak akan menurunkan hujan emas dan perak." Kemudian Umar ra. mengusir mereka dari masjid seraya memberi mereka setakar biji-bijian. Beliau berkata kepada mereka, "Tanamlah ini dan bertawakallah kepada Allah."

(2) Negara wajib menyediakan jaminan sosial berupa pendidikan, kesihatan dan keamanan.


Pendidikan, kesihatan dan keamanan adalah hak asas setiap warganegara dan harus disediakan oleh pemerintah secara percuma kepada rakyatnya. Hal ini adalah kerana pemenuhan terhadap ketiganya adalah termasuk masalah 'pemeliharaan urusan umat’ (ri'âyah asy-syu'ûnil ummah) dan merupakan kemaslahatan hidup setiap orang. Oleh itu, setiap warganegara tidak perlu membayar satu sen pun untuk ketiga-tiga hak asas tersebut. Dengan perlaksanaan tanggungjawab ini oleh negara, maka jika ada pun warganegara yang berpendapatan rendah, hal ini sudah tidak membebankan mereka lagi.

(3) Negara wajib mengagihkan segala hasil dari kekayaan alam kepada warganegara.

Semua kekayaan alam yang sifatnya ’tidak terbatas’ seperti minyak, gas, emas dan sebagainya adalah menjadi hak milik umum (milkiah al-’ammah) dan haram bagi pemerintah atau mana-mana syarikat/individu menguasai dan mengambil keuntungan darinya. Negara boleh menyelenggarakan hal ini secara sendiri atau melantik mana-mana syarikat untuk berbuat demikian dan setelah ditolak segala kos yang bersangkutan, maka segala keuntungan wajib diagihkan kepada setiap individu warganegara. Abyadh bin Hamal meriwayatkan, ”Bahawa dia telah meminta kepada Rasulullah untuk mengelola galian berupa garam yang terdapat di daerah Ma’rab. Setelah dia pergi ada seseorang bertanya, ’Wahai Rasulullah, tahukah engkau apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan kepadanya sesuatu yang bagaikan air mengalir’. Rasulullah kemudian bersabda, ’Tariklah balik galian tersebut darinya” [HR Abu Daud]. Perkataan Rasulullah ”umpama air yang mengalir” merujuk kepada sifat galian tersebut yang tidak putus-putus keadaannya (tidak terbatas) [Politik Ekonomi Islam, Abdul Rahman al-Maliki].

Bayangkanlah wahai kaum Muslimin, jika pemerintah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang Allah perintahkan, memberikan hak kepada yang berhak, mengagihkan segala hasil kekayaan alam kepada setiap warganegara, maka sudah tentu persoalan gaji rendah tidak akan menjadi masalah kepada umat. Setiap warganegara akan dipelihara dan dijaga. Umat manusia benar-benar akan hidup di dalam keadaan sejahtera.

(4) Negara harus menangani pekerja dan majikan/pengusaha secara adil.

Hubungan majikan-pekerja di dalam pandangan Islam adalah suatu hubungan kontrak yang harusnya saling menguntungkan. Tidak boleh satu pihak menzalimi dan merasa dizalimi oleh pihak lainnya. Oleh kerana itu, kontrak kerja antara pengusaha dan pekerja adalah satu kontrak pekerjaan yang halal dan saling menguntungkan. Majikan untung kerana ia memperoleh jasa dari pekerja untuk melaksanakan pekerjaan tertentu yang diperlukannya. Sebaliknya, pekerja untung kerana ia memperoleh hasil (gaji/upah) sebagai imbalan majikan kepadanya. Agar hubungan ini dapat berjalan dengan baik dan semua pihak yang terlibat saling mendapat keuntungan, maka Islam mengaturnya secara jelas dan rinci dengan hukum-hukum yang berhubungan dengan ijârah. Pengaturan tersebut mencakup penetapan ketentuan-ketentuan Islam dalam kontrak kerja antara majikan dan pekerja; penetapan ketentuan yang mengatur penyelesaian perselisihan yang terjadi antara pengusaha dan pekerja; termasuk ketentuan yang mengatur bagaimana cara mengatasi tindakan kezaliman yang dilakukan salah satu pihak (pengusaha dan pekerja) terhadap pihak lainnya. Negara bertanggungjawab memastikan semua aspek ini berjalan dalam suasana yang adil.

Inilah jawapan Islam kepada masalah gaji rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika hukum Allah diterapkan. Yakinlah wahai kaum Muslimin, selagi hukum Allah tidak dilaksanakan secara kaffah (sepenuhnya), selagi itulah kita akan mendengar keluh kesah insan yang malang dan tertindas oleh sistem kapitalisme. Penderitaan mereka bertambah pilu dan sayu apatah lagi setiap kali menjelang Aidil Fitri, memandangkan banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Walhal Islam sebagai agama yang sempurna tidak pernah mengabaikan golongan ini. Bagi yang benar-benar menderita, maka Allah memerintahkan zakat fitrah diberi kepada mereka untuk mengurangkan beban dan memberi kegembiraan kepada mereka di dalam menyambut Hari Kebesaran Islam ini.

Khatimah


Wahai kaum Muslimin! Kesyukuran kita dalam menjalankan ibadah puasa ini seharusnya menimbulkan kesedaran bahawa satu-satunya sistem kehidupan yang layak bagi kita sebagai umat Islam, ialah sistem Islam. Sesungguhnya menerapkan sistem Islam dan mencabut akar-akar Kapitalisme yang mendominasi kehidupan kita hari ini adalah merupakan suatu kewajiban yang sangat dituntut oleh Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “...dan barangsiapa berhukum dengan apa yang tidak diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim...” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Ayat yang mulia ini menjelaskan bahawa tidak menerapkan hukum Allah adalah merupakan suatu kezaliman. Justeru itu, mengubah kezaliman kepada rahmat melalui penerapan semula sistem Islam adalah suatu kefardhuan ke atas seluruh umat Islam!

Wahai kaum Muslimin! Sebagaimana seruan mulia kami di permulaan nasyrah, kami juga ingin mengakhiri nasyrah ini dengan seruan mulia ke atas kalian. Kami menyeru kepada kalian untuk kembali kepada fitrah yang di atasnya kalian dicipta. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah meniupkan ruh (ciptaan)Nya kepada kita semua dan dengan ruh itu kita hidup. Dan Allah mengingatkan kita bahawa tujuan kita dihidupkan adalah untuk menyembahNya. Penyembahan kepada Allah hanya sempurna bilamana kita tunduk dan patuh kepada segala perintah dan laranganNya. Justeru kami menyeru agar kalian berusaha bersama-sama kami untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah. Hanya dengan jalan ini sahajalah kita akan mengecapi segala keindahan hidup di dalam suasana yang penuh keimanan hasil dari penerapan sistem yang datang dari Zat Yang Maha Sempurna. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang menolong agamaNya dan semoga kita tergolong di dalamnya.

Amin ya Rabbal ‘alamin.

SN Keluaran - 06 Oktober 2006
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

1)NUZUL alquran 2)Rukyah Dan Hisab

Postby GOOKU on Sun Oct 22, 2006 1:44 pm

SN - Nuzul Al-Quran : Kitab Allah Bukan Sekadar Untuk Dibaca




[SN] Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah. Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.
Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)” [TMQ al-Baqarah (2):185].Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya Al-Qur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan apa yang wajib dilakukan, mana yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an. Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.

Justeru, umat Islam wajib mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan. Umat Islam wajib berpegang teguh kepada Al-Qur’an sebagaimana Rasulullah dan para sahabat berpegang teguh dengannya. Sesiapa sahaja yang tidak mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, maka hendaklah ia takut akan diadukan oleh Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan pengaduan seperti dalam firman-Nya, “Berkatalah Rasul, “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan.” [TMQ al-Furqan (25):30].

Maksudnya, mereka menjadikan Al-Qur’an sebagai kitab yang ditinggalkan, diabaikan dan tidak dipedulikan. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya telah merinci hal-hal yang termasuk ke dalam sikap tidak mengacuhkan Al-Qur’an. Di antaranya adalah tidak mengimani dan membenarkannya; tidak mentadabbur (mengkaji) dan memahaminya; tidak mengamalkan dan mematuhi perintah dan larangannya; berpaling darinya dan lebih memilih yang lain, baik berupa syair, ucapan, nyanyian, permainan, atau jalan hidup yang diambil dari selain Al-Qur’an; tidak mahu menyemak dan mendengarkan Al-Qur’an serta membuat kecoh hingga tidak mendengar Al-Qur’an saat ia dibacakan.

Adakah Al-Qur’an Sekadar Untuk Diperingati dan Dibaca?

Sempena Nuzul Al-Qur’an ini, marilah kita dengan penuh iman dan taqwa memuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil Al-Qur’an sebagaimana yang Allah perintahkan, atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari Al-Qur’an atau justru telah mengabaikan Al-Qur’an? Apakah selama iniAl-Qur’an telah benar-benar kita jadikan petunjuk, sumber hukum, sekaligus sebagai penyelesai segala masalah kehidupan kita? Ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya?

Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an. Kita tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak ‘menjaga’Al-Qur’an. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika Al-Qur’an dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian Al-Qur’an dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Namun, kita sering hanya berhenti sebatas ini sahaja. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizik Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk memahami isi kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabilaAl-Qur’an dihina, tetapi mereka sendiri ‘menghina’Al-Qur’an dengan tidak mengamalkan hukum¬hukum yang terdapat di dalamnya. Umat Islam sakit hati apabila Al-Qur’an dikatakan telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri telah berzaman meninggalkan ajaran Al-Qur’an.

Inilah hakikat umat Islam! Mereka mengambil Al-Qur’an hanya sebagai sebuah kitab yang ‘wajib’ dibaca tetapi melemparkan segala hukum-hakam yang ada di dalamnya. Para pemerintah kaum Muslimin membacaAl-Qur’an tetapi mereka mencampakkan segala perintah dan larangan Allah yang ada di dalamnya. Mereka mengadakan pelbagai program untuk membaca Al-Qur’an tetapi dalam masa yang sama mereka tidak berhukum dengan hukum Al-Qur’an, malah lebih buruk mereka memerangi dan menangkap sesiapa sahaja dari golongan umat Islam yang ikhlas berjuang menegakkan hukum Al-Qur’an. Mereka kononnya menyeru kepada Al-Qur’an tetapi mereka sebenarnya cukup anti dan takut kepada golongan yang yang benar-benar berusaha untuk mengembalikan hukum Al-Qur’an. Bukan setakat itu, mereka malah menganggap bahawa golongan yang ingin menegakkan agama Allah sebagai penjenayah yang mesti dihapuskan. Maha Suci Allah yang memuliakan golongan yang berdakwah ke jalanNya dan semoga Azab Allah menimpa golongan yang menghalang penerapan syariatNya.

Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menurunkan Al-Qur’an bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca Al-Qur’an adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah berdosa besar dan Allah jualah yang Maha Membalas segala dosanya. Siapa sahaja yang yang tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka azab Allah menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkanNya melalui Al-Qur’an, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepada mereka Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya (tidak mengamalkan isinya), adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim ”. [TMQ al-Jumu‘ah (62):5].

Melalui ayat di atas, Allah menghina kaum yang tidak memikul wahyu yang diturunkanNya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keledai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu bukanlah manusia, melainkan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang kita harapkan keredhaan dan keampunanNya. Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gentar akan perumpamaan yang dibuat olehNya.

Beberapa Kekeliruan Lain Terhadap Al-Quran

Sebagaimana yang telah diterangkan, di antara kesalahfahaman yang ketara tentang Al-Qur’an oleh umat Islam adalah mereka hanya mengambilnya sebagai bahan bacaan semata-mata tanpa difahami dan diamalkan isi kandungannya. Walhal yang dituntut oleh Islam adalah penerapan atas apa yang dibaca. Al-Quran bukan kitab untuk mendapat ilmu pengetahuan semata, tetapi jauh lebih dari itu, ia mengandungi hukum-hakam yang wajib diamalkan oleh manusia. Al-Qur’an merupakan kitab syariat yang tidak hanya sekadar untuk dibaca dan dihafalkan sahaja, melainkan harus difahami dan diamalkan isi kandungannya dalam kehidupan sehari-hari. Al-Qur’an adalah Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagai petunjuk untuk umat manusia. Apakah sesuatu itu boleh dikatakan sebagai petunjuk jika kita tidak memahaminya, apatah lagi tidak mengamalkannya ? Petunjuk adalah lawan dari kesesatan, maksudnya jika seseorang itu tidak memahami petunjuk, maka ia termasuk di dalam golongan yang sesat. Dengan kata lain, tidak mengambil Al-Qur’an sebagai petunjuk bermakna seseorang itu berada di dalam kesesatan. Di dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan kita,

“Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara; jika kalian berpegang teguh pada keduanya maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah NabiNya” [HR Muslim].

Sebahagian lain kaum Muslimin tidak mengambil A-Qur’an sebagai petunjuk, tetapi menjadikan al-Quran sebagai sebuah ‘kitab mistik’. Al-Quran disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Malangnya Al-Quran tidak dijadikan sebagai ’pengusir’ pelbagai macam sistem kufur yang diterapkan di tengah-tengah umat saat ini seperti Sekularisme, Kapitalisme, Liberalisme, Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan lain-lain lagi. Mereka lebih suka mengambil Al-Qur’an sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai ‘kepentingan peribadi’ lainnya daripada mengambil A-Qur’an sebagai kitabullah yang mengandungi syariat yang wajib diterapkan ke atas umat manusia keseluruhannya serta membawa rahmat ke seluruh penjuru alam.

Umat Islam senantiasa mengatakan bahawa Al-Qur’an adalah pedoman hidup, tetapi pada masa yang sama mereka tidak menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur kehidupan. Umat Islam hanya memilih hukum¬hakam tertentu yang ada di dalam Al-Qur’an untuk diamalkan dan mereka meninggalkan sebahagian besar hukum-hakam yang lain. Mereka mengambil ayat-ayat tentang akhlak tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang mua’malat. Mereka mengambil ayat-ayat tentang wudhu’ tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang hudud. Mereka mengambil ayat-ayat tentang solat tetapi meninggalkan ayat-ayat tentang jihad. Dan begitulah seterusnya. Mereka hanya memilih hukum-hukum yang mereka suka untuk diamalkan. Mereka berusaha menundukkanAl-Qur’an agar sesuai dengan hawa nafsu mereka. Mereka malah mengambil hukum kufur yang dibuat oleh penjajah dan meninggalkan hukum Allah. Dengan sebab inilah Allah menurunkan kehinaanNya ke atas mereka.

“....apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang sangat berat” [TMQ Al-Baqarah (2):85].

Mereka mengambil hukum Barat dan merasa bangga dengannya, lalu hukum Barat ini dipertahankan oleh mereka sebagaimana mereka mempertahankan aqidah mereka. Apabila ditanya kenapa mereka tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka akan memberi seribu satu alasan. Mereka yakin bahawa hukum kufur Barat adalah lebih baik dari hukum Allah, maka hukum Barat diterapkan, hukum Allah dicampakkan. Allah Azza wa Jalla berfirman di dalam Al-Qur’anul Karim,

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Maidah (5):50].

Pada hakikatnya, orang yang menolak aturan-aturan Allah dan menggantinya dengan hukum-hukum buatan Barat adalah orang yang mendustakan dan menyombongkan dirinya di hadapan ayat-ayatNya. Allah Rabbul Izzati mengkhabarkan kepada kita bahawa orang-orang semacam ini mustahil akan masuk syurga Allah, sebagaimana mustahilnya unta masuk ke lubang jarum. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan pintu-pintu langit (ampunan) dan mereka tidak pula akan masuk syurga hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kej ahatan ”. [TMQ al-A‘raf (7):40].

Kembali KepadaAl-Qur’an Dengan Cara Yang Benar

Wahai kaum Muslimin! Marilah kita akhiri sikap yang tidak sepatutnya terhadap Al-Qur’an. Kuburkanlah segala kesalahfahaman kita tentang Al-Qur’an. Mari kita jadikan Ramadhan dan Nuzul Qur’an ini sebagai momentum untuk kembali kepada fahaman yang benar terhadap Al-Qur’an. Mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk meneguhkan tekad kita untuk senantiasa memuhasabah diri kita dengan Al-Qur’an; membaca, memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan isi kandungannya; serta menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur segala urusan kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas seluruh masalah kita; seterusnya menerapkan segala isi kandungannya di dalam bentuk per individu, bermasyarakat dan bernegara.

Al-Qur’an adalah Kalamullah yang mengandungi seluruh hukum-hakam bagi kehidupan manusia. Di dalamnya terdapat hukum-hakam yang mengatur seluruh interaksi samada manusia dengan Al-Khaliq, manusia dengan manusia yang lain mahupun manusia dengan dirinya sendiri. Al-Qur’an mengandungi hukum-hakam tentang aqidah dan ibadah; tentang mua’malat dan uqubat; tentang akhlaq, pakaian dan makanan. Al-Qu’ran adalah cahaya, mengambilnya adalah petunjuk, meninggalkannya adalah sesat. Menerapkan hukum di dalam Al-Qur’an adalah wajib, meninggalkannya adalah berdosa. Sedarlah wahai saudaraku, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan kepada kita, siapa saja yang meletakkan Al-Quran sebagai pemimpin di depannya nescaya ia akan memimpinnya ke syurga, sebaliknya, siapa saja yang meletakkan Al-Quran di belakangnya, nescaya ia menjerumuskannya ke dalam neraka. Na ‘ûdzu billâh min dzâlik!

Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah telah dihancurkan pada 3 Mac 1924. Sejak saat itu, hukum Allah tidak lagi diterapkan di muka bumi, sebaliknya diganti dengan hukum kufur penjajah. Sejak saat itulah manusia telah tidak berhukum dengan apa yang Allah telah turunkan, sebaliknya menggantikannya dengan hukum-hakam buatan tangan manusia. Al-Qur’an bukan setakat diambil acuh tak acuh, malah ditinggalkan terus dan lebih buruk, dipertikaikan kesesuaian hukumnya. Hukum Al-Qur’an telah lenyap seiring dengan lenyapnya Daulah Khilafah. Tanpa ada sebuah negara, mustahil semua ayat Al-Qur’an dapat diterapkan. Benarlah kata Imam Al-Ghazali, “Agama adalah asas dan kekuasaan (negara) adalah penjaganya. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan rapuh; sesuatu yang tidak ada penjaganya, akan hilang.”



Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengakhiri Sautun Nahdhah pada kali ini dengan sebuah Hadis yang mulia yang menceritakan kepada kita semua tentang Al-Qur’an. Semoga kita semua mengambil pengajaran dari Hadis ini demi untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat:

“Dari Ali, radhiaAllahu ‘anhu, katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bersabda: “Awaslah, sesungguhnya akan berlaku fitnah ”. Aku bertanya: “Apakah jalan keluar darinya ya Rasulullah?” Baginda menjawab: Kitabullah. Di dalamnya terdapat kisah-kisah apa yang sebelum kamu dan pengkhabaran apa yang akan datang sesudahmu; dan hukum-hakam di antara kamu; Ia (Al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa sahaja yang meninggalkannya kerana sombong, akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk dari selainnya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran yang bijaksana; Ia adalah As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar atau berputar belit; dan para ulama pula tidak pernah puas darinya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata “Sesungguhnya kami mendengar bacaan Al-Qur ’an yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. ”; sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; dan sesiapa sahaja yang beramal dengannya, pahalalah ganjarannya; dan sesiapa sahaja yang berhukum dengannya, adillah ia; dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya ia menunjuk kepada Siratil Mustaqim (jalan yang lurus).” [HR Tirmizi dan Darimi].


SN Keluaran - 13 Oktober 2006

Sumber - www.mykhilafah.com




----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------


SN - Rukyah Dan Hisab - Matla’ Syar’iyyah Atau Matla’ Assabiyyah?




[SN] Setelah hampir sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa, menggapai segala fadhilat yang ada di bulan Ramadhan, bertungkus lumus sujud ke hadhrat Ilahi dan mencari satu malam yang mempunyai kelebihan 1000 bulan, sekarang kita sedang melangkah untuk meninggal bulan yang mulia ini. Tidak lama lagi Syawal akan menjelang. Umat Islam akan menyambut Eidul Fitri tanda kemenangan. Ramai yang sudah bercakap mengenainya, tidak kurang juga yang tak ambil peduli. Yang pasti, kita akan menyaksikan sekali lagi perpecahan umat Islam di dalam merayakan Hari Kemenangan ini. Sudah sekian lamanya dunia Islam menyambut 1 Syawal tidak secara serentak walaupun Allah menciptakan bumi ini dengan bulan yang satu. Sesetengah dari kaum Muslimin pula langsung tidak mengambil kisah, hanya menurut apa sahaja yang ‘ditetapkan’ ke atas mereka tanpa ada perasaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang Fiqh dan kesatuan umat Islam di dalam menyambut Syawal, mahu pun Ramadhan.

Pembaca yang budiman, sesungguhnya perbezaan permulaan bulan antara dunia Islam adalah kerana adanya perbezaan pendapat tentang kaedah syara’ untuk menetapkan awal Ramadhan dan Syawal, samada kaedah rukyah atau kaedah hisab (Falak). Faktor seterusnya adalah perbezaan dari segi memilih matla’ (tempat terbit anak bulan), sama ada menerima pakai Kaedah Satu Dunia Satu Matla’ atau Kaedah Matla’ Tempatan. Melihat kepada dunia Islam hari ini yang tidak diperintah oleh seorang Khalifah, maka kita menyaksikan matla’ Assabiyyah dan Wataniyyah digunapakai di dalam menentukan permulaan Syawal ini. Justeru, terjadilah perpecahan yang tak berkesudahan. Permasalahan ini sebenarnya ada penyelesaiannya jika kita berpegang kepada hukum syara’ yang kuat berasaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah, bukannya berpegang kepada kaedah yang ditetapkan berasaskan prinsip assabiyyah dan wataniyyah. Semoga perbincangan di dalam Sautun Nahdhah kali ini akan bermanfaat kepada mereka yang rindukan perpaduan umat Islam seluruh dunia di bawah naungan syariat Islam berdasarkan Sistem Khilafah.

Rukyah atau Hisab (Astronomi)?

Persoalan paling asas yang perlu dipecahkan ialah, menentukan kaedah yang paling benar untuk menentukan Takwim Islam, adakah kita menerima pakai kaedah Rukyatul Hilal atau Kaedah hisab (astronomi). Bila kita meneliti hujah tentang rukyah dan hisab, kita akan berkesimpulan bahawa rukyah adalah satu-satu tariqah (jalan) untuk permulaan Taqwim Islam. Perkara ini dapat dibuktikan sebagai berikut:

Hujah Pertama : pengamal kaedah hisab menyandarkan hujah mereka dengan keumuman ayat-ayat Al-Qur’an. Antaranya, firman Allah, “Dialah yang menjadikan matahari bersinar, dan bulan bercahaya, dan ditetapkan manzilah-manzilah bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu.” [TMQ Yunus (10):5]. Pengamal kaedah hisab menyatakan bahawa puasa Ramadhan boleh ditetapkan dengan memperhatikan perjalanan bulan berdasarkan mafhum ayat ini. Mereka menyatakan bahawa diciptakan matahari dan bulan agar kita mengetahui bilangan tahun dan bulan. Atas dasar ini, kita juga boleh menentukan bila masuknya bulan Ramadhan dengan cara perkiraan (hisab). Sebenarnya ayat ini dan ayat-ayat yang hampir sama maknanya, tidak sama sekali menunjukkan perintah untuk memulai puasa Ramadhan dengan hisab. Ayat ini hanya berhubungan dengan kegunaan diciptakan matahari, bulan dan manzilah-manzilahnya (kedudukan), yakni untuk mengetahui bilangan tahun dan waktu.

Pendapat dari Hujah Pertama ini lemah dari dua sisi, (i) Dari segi Takhsis (nas khusus) : Ayat ini umum dan berlaku kaedah usul, al-‘am yabqa fi ‘umumihi ma lam yarid dalil at-takhsis (suatu dalil yang bersifat umum tetap pada kemumumannya, selama tidak ada dalil yang mengkhususkannya). [Dr. Muhammad Husain Abdullah, al-Wadhih fi Ushul al-Fiqh, hal. 318]. Dalam kes penentuan awal Ramadhan, ada nas jelas yang menyatakan bahawa penentuan awal dan akhir Ramadhan harus berdasarkan rukyah bukan dengan hisab. Riwayat ini merupakan pentakhshis (mengkhususkan) keumuman ayat-ayat di atas. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوْا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوْا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلاَثِيْنَ يَوْمًا



"Berpuasalah kalian apabila melihat hilal (anak bulan), dan berbukalah (berEidul Fitri) kalian apabila melihat hilal. Dan jika hilal itu tertutup dari (penglihatan) kalian, maka sempurnakanlah (genapkanlah) bilangan bulan Sya'ban itu 30 hari." [HR Bukhari dari Abu Hurairah].

Banyak lagi hadis lain yang melarang umat Islam untuk memulakan puasa atau Hari Raya, kecuali setelah melihat anak bulan, namun jika tidak kelihatan maka digenapkan bulan menjadi 30 hari. Atas dasar inilah penggunaan hujah dari lafaz umum ditolak dan hujah dari Hadis yang bersifat khusus iaitu teknik rukyah diterima berasaskan kaedah “wajib membawa umum menuju khusus bila ditemukan dalil yang lebih khusus”

(ii) Dari Segi Nas Yang Sorih (jelas): Pengamal hisab menetapkan kesahihan hisab berasaskan kepada mafhum surah Yunus (10):5. Padahal ada nas sorih yang menjelaskan tentang rukyah. Dalam keadaan seperti ini -mafhum bertemu dengan nas sorih-, menurut ulama usul, mafhum harus dikalahkan bila ada nas sorih yang menentangnya. Oleh itu, mafhum bolehnya hisab yang diambil dari surah Yunus (10):5 harus ditinggalkan dan harus mengikuti nas/hadis sorih riwayat Bukhari dan Muslim di atas.

Hujah Kedua : pengamal hisab juga menyandarkan pendapatnya pada hadis, “Sesungguhnya kami ini adalah umat yang ummi, tidak kami menulis dan tidak kami menghisab.” [HR Bukhari]. Berdasarkan hadis ini mereka menyatakan bahawa ‘illat (sebab tasyri’) dilakukan rukyah adalah kerana pada waktu itu kaum Muslimin tidak mengetahui Ilmu hisab (astronomi). Jika mereka telah mengetahui hisab tentunya hisab diperbolehkan untuk mengganti rukyah. Pendapat inipun sebenarnya sangat lemah. Ini adalah kerana Hadis ini adalah hadis berbentuk akhbariyyah (pemberitahuan). Hadis ini menerangkan keadaan generasi pada masa itu yang ummi, bukannya ‘ummi’ yang boleh dijadikan illat syariat untuk menerima hisab (astronomi). Tambahan pula hisab yang digali dari hadis ini didasarkan pada ‘mafhum’ hadis. Padahal mafhum bila bertentangan dengan nas yang sorih, maka mafhum harus dikalahkan. Mafhum kebolehan hisab tentu akan bertentangan dengan makna sorih yang ditunjukkan oleh hadis-hadis yang berbicara tentang rukyah.

Hujah Ketiga : Pengamal kaedah hisab juga menyandarkan pendapat mereka dengan hadis riwayat Imam Muslim, “Sesungguhnya bulan itu ada 29 hari, maka janganlah kalian berpuasa hingga melihatnya. Apabila mendung menutupi kalian, maka perkirakanlah.”. Mereka menyatakan bahawa ‘perkirakanlah’ di sini ertinya hitunglah (hisab), yakni bolehnya menetapkan awal Ramadhan dengan hisab. Pendapat ini pun juga lemah. Jika kita perhatikan nas-nas hadis lain, dapat disimpulkan bahawa ‘faqdurûlahu’ (maka perkirakanlah) bukan bererti merujuk pada perhitungan astronomi (hisab), melainkan artinya adalah ‘sempurnakanlah (genapkan) bilangan bulannya’. Sebagaimana riwayat menyebutkan, “Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian tersamar (terhalang), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari”. [HR. Bukhari 4/106 dan Muslim 1081, dari Abu Hurairah ra]. Banyak lagi hadis lain yang senada, umpamanya riwayat Muslim, “Berpuasalah kerana melihat hilal, dan berbuka (berhari raya)lah kerana melihat hilal, jika mendung, maka perkirakanlah (faqdurulahu) (bulan Sya’ban) 30 hari” menjelaskan makna yang sebenar tentang ‘perkirakanlah’ yakni ‘sempurnakanlah/genapkanlah 30 hari’, bukannya mengikut perhitungan astronomi (hisab).

Hujah Keempat : pengamal kaedah hisab cuba menyelewengkan makna ‘lirukyatihi’ (melihatnya). Mereka menjelaskan kita tidak boleh secara melulu memberi maknanya ‘melihat dengan mata kasar’. Namun kata ra’a (melihat), dapat diertikan berfikir. Oleh kerana itu, mereka menyatakan bahawa riwayat-riwayat yang mencantumkan lafaz ra’a, boleh diertikan dengan memikirkan, atau diertikan bolehnya menetapkan awal Ramadhan dengan hisab. Pendapat ini juga lemah. Bila kita perhatikan keseluruhan nas hadis sangat jelas, bahawa rukyah di sana memang bererti ‘melihat dengan mata kasar’, bukan hisab. Ini jelas dari kata-kata Rasulullah “jika terhalang awan/mendung, maka sempurnakanlah hitungan menjadi 30 hari”. Lafaz ini dengan jelas menunjukkan bahawa rukyah di dalam nas tersebut bererti melihat dengan mata kasar, bukan hisab. Sebab bila lafaz ra’a diertikan dengan hisab, maka apakah mendung (awan) boleh mengganggu perhitungan? [Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, jld. 7I, hal. 192.]. Dan di dalam kitabnya, Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hisab tidak dilakukan di zaman Nabi, dan mereka menggunakan rukyah, bagaimana mungkin lirukyatihi diterjemah kepada berfikir? [Fath al-Baari Bisyarhi Shahih al-Bukhari, jld. 5, hal. 126-127].

Wahai kaum Muslimin! Hadis-hadis Rasulullah tentang permulaan bulan ini mengandungi pengertian (dalalah) yang jelas (sorih) bahawa sebab syar'i untuk kita mula berpuasa dan berhari Raya (Eidul Fitri) adalah dengan melihat anak bulan (rukyatul hilal) dan tidak ada kaedah lain lagi. Perhitungan astronomi (hisab) tidak bernilai apa-apa, jika tidak dibuktikan dengan rukyah dengan penglihatan mata. Sebab perhitungan astronomi tidak memiliki nilai syar'i dalam penetapan puasa (awal Ramadhan) mahupun berbuka (akhir Ramadhan). Kerana sebab syar'i untuk menetapkan 1 Ramadhan dan 1 Syawal hanyalah berdasarkan rukyatul hilal dengan penglihatan mata, bersesuaian dengan hadis-hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Jika seorang Muslim telah melihat hilal untuk bulan Ramadhan mahupun Syawal, maka wajib atas seluruh kaum Muslimin untuk berpuasa ataupun berbuka (ber-Eidul Fitri). Tidak ada bezanya antara satu negara dengan negara lainnya, atau antara seorang Muslim dengan Muslim lainnya. Sebab rukyatul hilal oleh siapa saja dari kaum Muslimin, merupakan hujjah bagi orang yang tidak melihat hilal. Kesaksian seorang Muslim di sebuah negara tidak lebih utama dibandingkan dengan kesaksian seorang Muslim di negara lain. Tidak perlulah berhujah berdasarkan perasaan assabiyyah dan wataniyyah yang telah direkayasa oleh kaum kuffar ke atas kaum Muslimin, yang telah membuatkan kaum Muslimin di Syria memulai puasa, sementara orang-orang di Jordan belum, di Indonesia telah berhari raya manakala di Malaysia belum. Padahal di antara negara-negara tersebut hanya terdapat batas-batas sempadan palsu yang telah digariskan oleh kaum kafir penjajah, yang masih wujud dan terus dipertahankan oleh para penguasa Muslim.


Satu Dunia - Satu Matla’ atau Berbeza Matla’?

Persoalan berikutnya adalah tentang matla’ (tempat terbitnya bulan). Mengenai ikhtilaaful mataali' (perbezaan matla') ­yang digunakan sebahagian orang sebagai alasan (untuk berbeza dalam berpuasa dan ber-Eidul Fitri), ia merupakan manath (fakta untuk penerapan hukum) yang telah dikaji oleh para ulama terdahulu, yang tentunya sesuai dengan perkembangan yang ada pada waktu itu. Faktanya, kaum Muslimin saat itu memang tidak dapat menyebarkan berita rukyatul hilal ke seluruh penjuru wilayah Islam yang amat luas dalam satu hari, kerana sarana komunikasi yang terbatas. Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad tidak menerima hujah perbezaan matla’ kerana penetapan puasa dan hari raya hanyalah dikira berdasarkan sampainya berita tentang rukyatul hilal, tanpa diperhatikan matla’nya. 'Ulama Syafi’iyyah menyatakan bahawa bila satu kawasan melihat bulan, maka daerah dengan lingkungan 24 farsakh (sekitar 120 km) dari pusat rukyah boleh mengikuti hasil rukyah daerah tersebut. Sedangkan daerah di luar radius itu boleh melakukan rukyah sendiri, dan tidak harus mengikuti hasil rukyah daerah tadi [Syeikh Abdurahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘Ala al-Madzhahib al-Arba’ah, jld. 1, hal. 550]. Mereka menyandarkan hujjah berdasarkan riwayat dari Kuraib.

Diriwayatkan dari Kuraib bahawa Ummul Fadl telah mengutusnya untuk menemui Muawiyyah di Syam. Kuraib berkata, “Aku memasuki Syam lalu menyelesaikan urusan Ummul Fadl. Ternyata bulan Ramadhan tiba sedangkan aku masih berada di Syam. Aku melihat hilal (bulan sabit) pada malam Jumaat. Setelah itu aku memasuki kota Madinah pada akhir bulan Ramadhan. Ibnu Abbas lalu bertanya kepadaku dan menyebut persoalan hilal. Dia bertanya, ‘Bila kamu melihat hilal?’ Aku menjawab, ‘Kami melihatnya pada malam Juma’at.’ Dia bertanya lagi, ‘Apakah kamu sendiri melihatnya?’ Aku jawab lagi, ‘Ya, dan orang-orang juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, begitu pula Muawiyyah.’ Dia berkata lagi, ‘Tapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam Sabtu. Maka kami terus berpuasa hingga kami menyempurnakan bilangan tiga puluh hari atau hingga kami melihatnya.’ Aku lalu bertanya, ‘Tidak cukupkah kita berpedoman pada rukyah dan puasa Muawiyyah?’ Dia menjawab, ‘Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah memerintahkan kepada kami’.” [HR Muslim, at-Tirmidzi dan Abu Dawud]

Hadis ini mereka gunakan sebagai sandaran kesahihan matla’. Padahal bila kita meneliti lebih lanjut pendapat para pengamal matla’, kita akan dapati sesungguhnya pendapat mereka adalah lemah. Ini didasarkan kepada beberapa sebab:

Pertama : sebenarnya dalil yang mereka gunakan adalah ijtihad Ibnu ‘Abbas, bukannya hadis yang diriwayatkan secara marfu’ (sanadnya bersambung kepada Nabi). Walaupun hadis ini secara lafziyyah seakan-akan menunjukkan marfu’, yakni perkataan Ibnu ‘Abbas, “Tidak, (sebab) demikianlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah memerintahkan kepada kami”, namun bila kita bandingkan riwayat-riwayat lain yang juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas sendiri, maka terlihatlah bahawa perkataan Ibnu ‘Abbas itu adalah hasil ijtihad beliau sendiri. Ibnu ‘Abbas sendiri banyak meriwayatkan hadis marfu’ yang bertentangan dengan hadis riwayat dari Kuraib di atas. Seperti riwayat dari Ibnu ‘Abbas dari Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam, “Berpuasalah kalian kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kalian kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kalian tersamar (terhalang), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari.” [HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra]. Atas dasar ini, jelas bahawa hadis dari Kuraib adalah ijtihad peribadi Ibnu ‘Abbas pada waktu itu. Ijtihad sahabat tidak layak digunakan sebagai dalil untuk menetapkan hukum. [Imam asy-Syaukani, Nailul Authar, jilid 3 hal. 254-255], kerana hukum wajib diambil dari dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah. Bila ada pertentangan di antara hadis Nabi dan ijtihad sahabat, maka sudah semestinyalah kita wajib mengambil hadis Nabi. Walaubagaimanapun, sahabat tetap mendapat satu ganjaran di atas ijtihadnya.

Kedua : hadis tentang perintah rukyah bersifat umum, dan khithab (seruannya) berlaku bagi seluruh kaum Muslimin. Kata shûmû lirukyatihi adalah lafaz umum. Ertinya, bila satu daerah telah melihat bulan, maka wilayah yang lain harus berpuasa kerana hasil rukyah daerah tersebut. Imam asy-Syaukani menyatakan, “Sabda Nabi ini tidaklah dikhususkan untuk penduduk satu daerah tertentu tanpa menyertakan daerah yang lain. Bahkan sabda beliau ini merupakan khitab (seruan) yang tertuju kepada siapa saja di antara kaum Muslimin yang khitab itu telah sampai kepadanya. Apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal, maka (dianggap) seluruh kaum Muslimin telah melihatnya. Rukyah penduduk negeri itu berlaku pula bagi kaum Muslimin lainnya.”

Imam asy-Syaukani menyimpulkan, “Pendapat yang layak dijadikan pegangan adalah, apabila penduduk suatu negeri telah melihat hilal, maka rukyah ini berlaku pula untuk seluruh negeri-negeri yang lain.” [Lihat pula pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fâth al-Bârî; bab Shiyâm]. Oleh kerana itu bila saja penduduk suatu negeri melihat hilal, maka wajib atas seluruh negeri berpuasa kerana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, “Berpuasalah kalian kerana melihat hilal dan berbukalah kerana melihatnya.” Ucapan ini umum mencakup seluruh umat manusia. Jadi siapa saja dari mereka melihat hilal di manapun tempatnya, maka rukyah itu berlaku bagi mereka semuanya [Sayyid Sabbiq, Fiqh as-Sunnah, jld. 1, hal. 368]. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz menjelaskan masalah ini ketika ditanya apakah manusia harus berpuasa jika matla’nya berbeza? Beliau menjawab, “yang benar adalah bersandar pada rukyah dan tidak menganggap adanya perbezaan matla’ kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan untuk bersandar dengan rukyah dan tidak merinci pada masalah itu. Nabi tidak mengisyaratkan kepada perbezaan matla’ padahal beliau mengetahui hal itu.” [Tuhfatul Ikhwan, hal. 163].

Ketiga : penolakan Ibnu ‘Abbas ra terhadap rukyahnya Mu’awiyyah boleh difahami, bahawa arus maklumat rukyah saat itu memang tidak cepat tersiar ke negeri-negeri kaum Muslimin yang lain. Ini boleh difahami kerana, alat-alat pengangkutan (kenderaan) dan telekomunikasi pada saat itu sangat terbatas dan lambat. Akibatnya, maklumat rukyah di satu daerah kadang-kadang baru sampai sehari atau lebih. Melihat keadaan ini, Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat membiarkan daerah-daerah yang jauh untuk tidak terikat dengan hasil rukyah penduduk Madinah mahupun Mekah, mahupun negeri-negeri yang lain, kerana halangan-halangan jarak. Imam asy-Sya’rani menuturkan, “Para sahabat ra tidak memerintahkan suatu negeri untuk mengikuti hasil rukyah penduduk Madinah, Syam, Mesir, Maghribi, dan sebagainya.” [Imam asy-Sya’rani, Kasyf al-Ghummah ‘An Jami’ al-Ummah, jld. 1, hal. 250.]

Pada saat ini, sarana komunikasi yang ada di seluruh dunia sudah terlalu canggih untuk menyebarluaskan berita rukyatul hilal ke seluruh penjuru dunia hanya dalam beberapa saat sahaja. Oleh kerana itu, kaum Muslimin wajib mula berpuasa ataupun ber-Eidul Fitri pada saat mendengar berita penetapan rukyatul hilal dari daerah mana pun di muka bumi ini. Tidak ada bezanya samada rukyah ini ditetapkan melalui penglihatan langsung, ataupun melalui berbagai alat optik yang dapat memperbesar dan mendekatkan objek (seperti teleskop). Yang penting adalah hilal telah disaksikan oleh kaum Muslimin, tidak kira dari matla’ mana sekalipun.

Keempat : perbezaan matla’ jika ditinjau secara ‘aqli pun adalah sangat janggal. Daerah yang terletak dalam satu garis bujur seharusnya boleh memulakan puasa atau hari raya pada hari yang sama. Ini adalah kerana, daerah yang terletak dalam satu garis, sejauh manapun jaraknya tidak akan berbeza atau berselisih waktu. Namun, faktanya dengan adanya negara-negara bangsa, daerah-daerah yang terletak satu garis bujur mula berpuasa atau berhari raya tidak serentak, padahal secara astronomi seharusnya mereka akan bermula secara bersamaan. Sebagai contoh, Kota Damsyik berada di garis longitud 36º 18’ T, dan Masjid Nabawi di Madinah berada pada 39º 36’ T yang mana secara geografi, waktu Masjid Nabawi lebih cepat selama 3º 18’ (50 minit sahaja) dari Kota Damsyik. Hakikatnya, bagi daerah-daerah di dunia yang berbeza dari segi garis longitudnya, selisih waktu terjauh tidak sampai sehari. Maksudnya, negara-negara tersebut tidak mungkin mengalami selisih waktu lebih dari sehari. Jadi bagaimana mungkin mereka menyambut 1 Ramadhan atau 1 Syawal pada hari yang berbeza? Dengan kata lain, adanya matla’ memungkinkan suatu daerah berbeza dengan daerah lain, bagaimanapun, secara astronomi mustahil terjadi perselisihan dan perbezaan pendapat dalam menentukan 1 Ramadhan atau Syawal. Kenyataan seperti ini membuktikan bahawa kaedah matla’ ini tidak layak dipakai.

Tambahan lagi, jika benar-benar diambil kaedah matla’ dan 24 farsakh (120 km) ini, maka jika di Johor nampak anak bulan, di Kedah tidak sepatutnya berpuasa, jika anak bulan nampak di Terengganu, maka Melaka tidak seharusnya berhari raya dan jika anak bulan nampak di Golok atau Tak Bai (selatan Thai) maka umat Islam di Rantau Panjang (Kelantan) dan sekitarnya sepatutnya berhari raya. Tetapi ternyata tidak demikian halnya. Kenapa? Kerana sempadan negara bangsalah (nation state) yang sebenarnya dijadikan ukuran, bukannya matla’, tetapi mereka berdalih berpegang kepada pendapat Imam Syafie’! Walhal Imam Syafie sendiri tidak pernah membeza-bezakan umat Islam berdasarkan sempadan negara. Jelas bahawa para pemerintah kaum Muslimin menetapkan 1 Ramadhan atau Syawal bukannya berasaskan sempadan matla’ atau mengikut jejari lingkungan matla’ mereka, namun mereka menentukan permulaan puasa dan hari raya hanya berasaskan sempadan Negara Assabiyyah semata-mata. Inilah yang mendukacitakan kita, syara’ hanya dijadikan dalih (bukan dalil) di dalam menetapkan tarikh puasa dan Eidul Fitri.

Dalam sejarah pernah dinukilkan bahawa para khalifah dari Kekhilafahan Utsmaniyyah telah mengambil pendapat madzhab Hanafi yang menyatakan, “Perbezaan matla’ tidak diakui. Penduduk Timur wajib terikat dengan hasil rukyah penduduk Barat, jika rukyah berhasil mereka tetapkan berdasarkan cara-cara yang telah ditentukan.” [al-Darr al-Mukhtar wa Radd al-Muhtar, jld. 2, hal. 131-132]

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Tidak adanya kesatuan rukyatul hilal hanyalah salah satu dari sekian banyak masalah yang dihadapi oleh kaum Muslimin kerana lenyapnya negara Khilafah Islamiyyah, yang mengatur urusan kaum Muslimin dengan hukum Islam, serta menyatukan mereka di bawah panji Laa ilaaha illa Allah Muhammad Rasulullah. Kaum Muslimin wajib mengikatkan diri dengan hukum syara', baik dalam mengawali puasa Ramadhan mahupun Eidul Fitri, serta dalam segala aktiviti mereka, sekalipun penguasa mereka tidak menerapkan hukum syara'. Sebab tidak ada ketaatan kepada makhluk (manusia) dalam perkara maksiat kepada AI Khaliq. Oleh kerana itu, apabila berita rukyatul hilal untuk bulan Ramadhan telah sampai kepada kalian dari tempat mana pun juga di muka bumi, maka kalian wajib berpuasa. Begitu pula apabila berita rukyatul hilal untuk bulan Syawal telah sampai kepada kalian dari penjuru mana pun jua di muka bumi ini, maka kalian wajib ber-Eidul Fitri. Haram hukumnya berpuasa pada Hari Raya.

Sesungguhnya pemecahan mendasar terhadap seluruh masalah kaum Muslimin hari ini berada di tangan kaum Muslimin itu sendiri. Yaitu mereka wajib berusaha secara bersungguh­-sungguh, mengikut jalan kenabian bersama para pengembang dakwah yang ikhlas untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam, dengan jalan menegakkan kembali negara Khilafah Islamiyyah, membai'at seorang Khalifah yang akan mempersatukan kembali negeri-negeri mereka, dan menerapkan syariat Allah سبحانه وتعالى ke atas mereka. Hanya Khalifahlah yang akan mengangkat segala perselisihan umat Islam serta menyelesaikan ribuan masalah kaum Muslimin di dunia saat ini, sekaligus membawa rahmat bagi seluruh alam dengan jalan dakwah dan jihad. Insya Allah.

SN Keluaran - 20 Oktober 2006

Sumber - www.mykhilafah.com
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Hidup Harmoni Hanya Di Bawah Naungan Islam

Postby GOOKU on Fri Nov 03, 2006 6:03 pm

SN - Hidup Harmoni Hanya Di Bawah Naungan Islam




[SN] Sejak beberapa tahun yang lepas, hari-hari perayaan beberapa penganut agama di Malaysia telah jatuh pada tarikh yang sama atau hampir sama. Dari sinilah bermulanya idea ‘kongsi raya’ yang sebelum ini tidak pernah muncul atau diperbincangkan. Dan tahun ini, sekali lagi, dua perayaan masyarakat Malaysia jatuh pada waktu yang hampir sama. Umat Islam menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan masyarakat Hindu pula menyambut Perayaan Deepavali. Dua tahun lepas, persoalan ‘kongsi raya’ ini telahpun dijelaskan kedudukannya oleh Jabatan Mufti Negeri Perak yang mengeluarkan fatwa bahawa hukum mencampuradukkan perayaan Islam dengan perayaan kafir adalah haram [http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm]. Para ulama yang menghadiri satu muzakarah di Ipoh meminta kerajaan mengkaji semula beberapa amalan seperti perayaan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006 Datuk Seri Harussani Zakaria berkata kajian semula itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik [Utusan 14/06/06]. Kenyataan Mufti Perak ini juga telah disiarkan di dalam akhbar The Star bertarikh 14 Jun 2006. Harussani juga meluahkan kebimbangannya tentang ancaman Pluralisme yang ada hubungkait dengan sambutan ‘kongsi raya’ ini.

Baru-baru ini timbul pula isu yang berkaitan dengan perkara yang sama. Sebuah e-mail bertarikh 3 Oktober 2006 telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad yang menyeru agar kakitangan Takaful tidak mengucapkan ‘Selamat Hari Deepavali’ kepada individu beragama Hindu. Di dalam e-mailnya, beliau menekankan implikasi ucapan tersebut terhadap akidah seorang Muslim dan keharaman melakukannya. E-mail ini, yang asalnya hanya ditujukan kepada kakitangan Syarikat Takaful, telah tersebar luas dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat. Persatuan Hindu Sangam telah membuat laporan polis mengenainya dan menganggap e-mail ini sebagai satu hasutan. Dalam komennya terhadap isu yang sama, Datuk Seri Samy Vellu menganggap bahawa pandangan seperti ini adalah pandangan ekstremis yang bertujuan untuk menimbulkan kekacauan di negara ini [NST 15/10/06].

Ekoran dari ini, beberapa orang ulama’ di Malaysia, termasuklah Datuk Seri Harussani telah membuat kenyataan bahawa mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada seseorang individu bukan Islam diperbolehkan selama mana ucapan selamat tersebut tidak ditujukan kepada ‘tuhan’ individu tersebut [NST 15/10/06]. Perdana Menteri sendiri telah campurtangan dan menyatakan aktiviti kongsi raya yang diamalkan oleh rakyat negara ini tidak mencemar kesucian agama Islam.....ia juga tidak ada langsung membabitkan perlanggaran akidah umat Islam. Beliau berkata, memandangkan kedua-dua perayaan itu disambut dalam tempoh yang hampir antara satu sama lain maka bersama-samalah rakyat Malaysia merayakannya [Utusan 19/10/06].

Hukum Meraikan Perayaan Agama Lain

Sekiranya diteliti, kenyataan dan pandangan umum terhadap isu kongsi raya ini banyak disandarkan kepada aspek perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian antara golongan etnik berbeza agama di Malaysia. Sebelum perbincangan mengenai isu ini boleh diteruskan, realiti permasalahan ini perlu difahami terlebih dahulu. Perlu dijelaskan di sini bahawa bagi seorang Muslim, setiap perbuatan kita dipandu sepenuhnya oleh hukum syara’ dan adalah haram bagi kita untuk menjadikan rujukan selain Islam (termasuk pendapat yang tidak disandarkan kepada nas) dalam menentukan hukum bagi sesuatu perbuatan itu. Oleh itu, dalam membincangkan persoalan di atas, hanya pandangan dari Islam sahajalah yang wajib dijadikan sebagai rujukan dalam menentukan sikap kita terhadap isu ini.

Apa yang wajib kita fahami adalah, walau apa jua hukum yang datang dari Islam, sekiranya ia merupakan hukum yang diistinbat (diperoleh) melalui kefahaman yang benar dari Al-Quran, Sunnah, Qiyas mahupun Ijma’ Sahabat, maka ia pasti akan membawa kemaslahatan dan kesejahteraan kepada umat manusia. Dari itu, sekiranya suatu perbuatan itu ‘diperbolehkan’ atas alasan yang datang dari perspektif pemikiran manusia, tanpa disandarkan kepada nas, seperti pemahaman manusiawi terhadap konsep kemaslahatan, keharmonian dan kesejahteraan, maka ia tidak boleh diterima di dalam Islam. Keharmonian dan kesejahteraan yang hakiki hanyalah dapat diperolehi dengan melakukan sesuatu perbuatan yang selari dengan kehendak Islam, bukannya kehendak manusia.

Meraikan perayaan keagamaan kaum bukan Islam tidak kira samada perayaan tersebut disambut oleh golongan Nasrani, Yahudi atau golongan Musyrikin (seperti Hindu, Buddha, Sikh) adalah jelas bertentangan dengan ajaran Islam. ‘Meraikan’ di sini termasuklah mengucapkan selamat atau pun menghadiri majlis-majlis perayaan keagamaan mereka. Perbuatan ini termasuk sebagai mengiktiraf atau redha kepada agama mereka atau dengan kata lain, redha agar mereka kekal dalam agama mereka dan redha Allah disyirikkan (dijadikan gandingan) oleh mereka. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya deen (yang diredhai) di sisi Allah adalah Islam” [TMQ Ali Imran (3):19] dan di dalam firmanNya yang lain, “Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” [TMQ Ali Imran (3):85].

Fahamilah wahai kaum Muslimin bahawa Allah tidak redha kepada mana-mana agama selain Islam. Rasulullah diutus dengan kalimah “La ilaha illallah” (tidak ada Tuhan selain Allah) yang membawa maksud “La ma’buda illallah” (tidak ada Tuhan yang boleh disembah melainkan Allah). Di dalam satu hadis, Rasulullah bersabda “Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah...”. [HR Bukhari dan Muslim]. Semenjak Muhammad di angkat oleh Allah menjadi Rasul, maka baginda tidak pernah berhenti mengajak manusia untuk menyembah Allah semata-mata tanpa mensyirikkanNya dengan suatu apa pun. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah redha terhadap manusia yang menyembah selain Allah dan baginda berusaha berdakwah bersungguh-sungguh agar mereka hanya menyembah Allah yang Satu, walaupun Nabi terpaksa berhadapan dengan penentangan dan penyiksaan yang keras dari golongan musyrikun.

Perlu difahami dengan sejelas-jelasnya bahawa kita umat Islam tidak boleh redha kepada agama selain Islam, kerana Allah sendiri tidak meredhainya. Kita umat Islam tidak boleh redha melihat manusia mempercayai wujudnya tuhan lain (dan menyembah) selain Allah. Allah adalah Tuhan kita, Tuhan bagi semua manusia (termasuk orang-orang kafir) dan Tuhan sekelian alam. Di dalam hal ini, apa yang tidak boleh kita lakukan ialah memaksa mereka untuk memeluk Islam. Tidak boleh memaksa mereka memeluk Islam tidak bermakna kita boleh redha kepada agama mereka atau kita bermusuhan dengan mereka (kecuali kafir yang memerangi Islam). Ia juga tidak bermakna kita melarang mereka merayakan hari agama mereka. Apa yang haram kepada kita adalah memaksa mereka masuk Islam, sebaliknya apa yang wajib kepada kita adalah berdakwah kepada mereka agar masuk Islam. Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah kepada kita. Kita meyakini bahawa aqidah kita (Islam) adalah satu-satunya aqidah yang benar. Maka kita wajib menerangkan kepada mereka tentang aqidah yang benar ini dan menjelaskan kepada mereka kesalahan aqidah mereka.

Wahai kaum Muslimin! Kita haruslah membezakan sambutan keagamaan dan sambutan yang bukan berlandaskan agama. Sambutan Deepavali berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan atau Tahun Baru. Deepavali adalah ‘sambutan agama’. Jika kita kaji sejarah disebalik perayaan ini, kita akan dapati bahawa Deepavali (atau Diwali) di sambut kerana memperingati peristiwa Dewa (Tuhan) Krishna yang telah membunuh syaitan (demon) bernama Narakasura. Diriwayatkan bahawa Narakasura adalah pemerintah sebuah negeri yang bernama Pradyoshapuram. Di bawah pemerintahannya, rakyat menderita pelbagai kesusahan. Dia menzalimi rakyatnya dan menculik wanita-wanita dan memenjarakan mereka di istananya. Melihat kejahatannya, maka Dewa (Tuhan) Krishna lalu turun memusnahkannya dan hari pembunuhan/kematian Narakasura ini diraikan sebagai Deepavali, sebagai kemenangan sebuah kebaikan mengatasi kejahatan. Ada juga beberapa riwayat lain tentang asal-usul perayaan Deepavali. Ada yang berpendapat ia diraikan sempena perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu. Ada juga yang menyatakan hari restu di mana Dewa (Tuhan) Rama kembali ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana dan terdapat beberapa kisah lain lagi. [http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/deepavali.htm]. Inilah kepercayaan penganut Hindu terhadap Deepavali.

Wahai kaum Muslimin, cubalah fikirkan dengan sejernih-jernihnya tentang mengucap selamat atau menghadiri majlis Deepavali. Bukankah ucapan Selamat Menyambut Deepavali bermakna, “Selamat meraikan hari di mana Dewa (Tuhan) Krishna berjaya membunuh syaitan Narakasura” atau “Selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan Lakshmi dengan Dewa (Tuhan) Vishnu”!!! Apakah ini tidak terkait dengan persoalan aqidah? Walaupun kita hanya mengeluarkan ucapan ‘selamat’ kepada ‘individu’ yang beragama Hindu, tetapi terfikirkah kita tentang maksudnya dan kepada ‘siapakah’ ucapan itu pergi? Pernahkan Rasulullah mengucapkan selamat untuk Latta dan Uzza atau kepada penyembah-penyembahnya. Pernahkah Rasulullah mengiktiraf agama penyembah Latta dan Uzza dan meraikan perayaan mereka? Adakah Rasullullah berdiam diri (apatah lagi membenarkan) penyembah-penyembah berhala yang mensyirikkan Allah? Pernahkah Rasulullah berkompromi dengan mana-mana kaum Musyrikin dalam masalah aqidah?

Pernah Abdullah bin Salam dan beberapa sahabat yang lain meminta kepada Rasulullah agar mengizinkan mereka meraikan atau mengagungkan hari kebesaran orang Yahudi (Hari Sabtu) di samping membenci daging dan susu unta. Setelah Rasulullah mendengar permintaan tersebut, maka Rasulullah terus menegur dan memberi peringatan kepada mereka akan keharaman menyertai perayaan seperti itu. Larangan ini dinyatakan dengan jelas oleh junjungan besar kita Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan sabdanya, “Barangsiapa di kalangan kaum Muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan orang kafir, maka dia itu adalah di kalangan mereka (orang-orang kafir)” [HR Abu Daud, Al-Baihaqi, Ibn Majah dan Ad-Daruquthni]

Huraian di atas menjelaskan kepada kita sikap yang sewajarnya ada pada setiap Muslim dalam menangani isu menyambut perayaan keagamaan kaum kuffar. Ada pendapat yang menyatakan kita harus menerima perbezaan pendapat di dalam amalan kongsi raya ini dan semua pendapat perlu dihormati. Pendapat ini sebenarnya muncul berdasarkan ‘kompromi’ semata-mata untuk menjaga sensitiviti umat Islam dan penganut agama lain. Pendapat sebegini adalah keliru kerana perkara yang dibincangkan di sini adalah melibatkan aqidah, bukan masalah furu’ (cabang). Dan (bagi masalah aqidah) jawapan yang ringkas adalah, mesti ‘satu benar dan satu salah’. Tambahan lagi, hukum yang diperbincangkan di sini adalah halal dan haram, bukannya sunat dan makruh. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas dan antara kedua-dua itu ada perkara yang syubhat (samar), maka barangsiapa yang telah menjauhi perkara syubhat tersebut bererti dia telah menjaga agamanya” [HR Bukhari].

Maka oleh itu, janganlah kita mencampur adukkan yang haq dan batil semata-mata kerana tujuan maslahat, yang diukur berdasarkan aqal kita atau aqal manusia lain. Maslahat hanyalah apa yang dikatakan sebagai maslahat oleh Allah. Dengan kata lain, kemaslahatan ini bukanlah ditentukan oleh manusia sebaliknya ia ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai Zat yang Maha Mengetahui yang manakah maslahat untuk hamba-hambaNya. Contohnya, walaupun manusia membenci peperangan kerana (pada pendapat manusia) ia tidak akan mendatangkan maslahat sedikitpun, tetapi ini adalah hukum Allah ke atas umat Islam. Allah-lah satu-satunya Zat Yang Maha Menentukan apakah maksud maslahat dan tugas manusia hanyalah mematuhi perintahNya. Insya Allah, kemaslahatan yang hakiki akan dicapai apabila perintah Allah dipatuhi.

Ukuran Sejahtera Dan Harmoni

Kembali kepada persoalan ‘kesejahteraan dan keharmonian’. Ada yang menganggap bahawa hukum Islam ke atas isu ini langsung tidak membantu dalam mengekalkan ‘kesejahteraan dan keharmonian’ antara kaum di Malaysia dan tidak wajar diberi perhatian. Malah tidak kurang juga yang menganggap bahawa hukum Islam ke atas isu ini boleh merosakkan ‘kesejahteraan dan keharmonian’ sedia ada. Bagi menangani persoalan ini, beberapa perkara yang harus diperhatikan:

Pertama: Keharaman menyambut perayaan orang kafir adalah suatu yang jelas. Sama jelasnya dengan keharaman arak, makan babi, riba dan murtad. Bagi seorang Muslim yang benar-benar mahu menjaga agamanya dan yang takut kepada balasan Allah ke atasnya, keharaman-keharaman ini tidak boleh dikompromi untuk maslahat apa sekalipun. Dan ini merupakan suatu yang seharusnya difahami oleh penganut agama lain. ‘Keharmonian dan kesejahteraan’ hanya akan dapat dikecapi sekiranya umat Islam memahami isu ini dan menjelaskannya kepada penganut agama lain agar menghormati hukum Islam mengenainya. Sebagai contoh, golongan bukan Islam memahami bahawa babi adalah haram ke atas orang Islam dan mereka menghormati hukum Islam dalam hal ini dan tidak pernah timbul soal ketidakharmonian. Begitu juga isu murtad yang sepatutnya tidak akan menjadi suatu ’isu’ pun sekiranya masyarakat bukan Islam memahami dan menghormati hukum Islam mengenai isu tersebut dan tidak mempertikaikannya.

Kesejahteraan dan keharmonian juga akan terealisasi sekiranya kaum bukan Islam memahami dan menghormati hakikat bahawa kaum Muslimin tidak boleh menyertai atau mengucap selamat bagi perayaan keagamaan mereka. Hal ini tidak bermakna kita ingin bermusuh dengan mereka atau ingin mewujudkan keadaan yang hura-hara. Keadaan ini sama sebagaimana mereka harus memahami dan menghormati hukum Islam bahawa kita tidak boleh berkahwin dengan mereka (kecuali ahli kitab). Apakah dengan ini Islam dikatakan ekstremis? Ini bukan soal ekstremis atau ingin memecahkan perpaduan. Ini adalah perintah Allah. Apa yang menjadi pegangan kita adalah perintah dan larangan Allah atau halal dan haram. Kita sebagai umat Islam wajib menjelaskan kepada orang kafir bahawa segala hukum Allah mestilah dihormati oleh mereka dan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun dan atas alasan apa sekalipun!!!

Kedua: Apakah ‘perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan’ hanya akan dapat dicapai dengan meraikan perayaan keagamaan kaum kafir? Dan apakah benar bahawa jika tidak mengucap selamat dan menyertai perayaan tersebut ini akan memecahbelahkan ‘kesatuan dan keharmonian’ yang wujud? Apakah dengan tidak menyambut perayaan keagamaan kaum bukan Islam, bermakna umat Islam menolak ‘keharmonian dan kesejahteraan’ hidup berbilang bangsa dan agama? Adakah belasan atau puluhan tahun yang lepas kita hidup dalam kacau bilau kerana tidak pernah berkongsi raya? Bukankah banyak lagi interaksi yang tidak berkaitan dengan perayaan agama boleh dijadikan asas kepada kehidupan penuh ’keharmonian dan kesejahteraan’? Inilah hasilnya apabila hukum aqal dijadikan panduan, bukannya hukum Allah. Manusia terkeliru dan tersalah di dalam menafsirkan perpaduan dan keharmonian.

Ketiga: Kemaslahatan, yang termasuk di dalamnya perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan antara kaum, dalam bentuk yang hakiki, hanya akan dapat direalisasi sekiranya hukum Allah diterapkan sepenuhnya. Dan dalam aspek ini, hubungan antara kaum Muslimin dan kaum kafir telah digariskan secara menyeluruh dalam Islam. Semua hukum-hakam ini termasuk di dalam hukum bersangkutan dengan Ahlul Zhimmah.

Pemahaman terhadap perkara pertama dan kedua yang telah dibincangkan di atas akan memberikan kepada kita gambaran yang jelas mengenai kekeliruan yang wujud di sekitar hukum kongsi raya dan isu ‘kesejahteraan dan keharmonian’. Ia juga memberikan gambaran tindakan yang seharusnya di ambil agar penyelesaian ‘jangka pendek’ terhadap isu ini dapat diperolehi supaya masalah ini tidak lagi berulang di masa-masa akan datang. Perkara ketiga, yang merupakan perkara yang wajib kita ambil sepenuhnya, adalah penyelesaian hakiki terhadap masalah ini melalui penerapan hukum Ahlul Zhimmah secara menyeluruh yang pasti akan membawa kesejahteraan yang sebenar-benarnya.

Hukum Mengenai Ahlul Zhimmah

Daulah Khilafah Islamiyyah secara berkesinambungan telah memerintah selama lebih 1300 tahun dan wilayah kekuasaannya meliputi hampir dua pertiga dunia. Dalam perjalanannya yang cukup lama ini, Islam telah diterima oleh pelbagai kaum dan keadilannya telah dikecapi oleh pelbagai bangsa di dunia ini. Rahsia kejayaan Islam dalam mengembangkan sayapnya ini terletak pada aqidahnya yang benar dan bertepatan dengan fitrah manusia. Kemurnian aqidah Islam mudah diterima oleh pelbagai bangsa. Setelah menganut Islam, mereka bukan setakat meyakini, malah menjadi pengembang aqidah dan Deen ini. Bagi yang kekal dalam kekafiran, mereka membayar jizyah, sebagai ketundukan mereka kepada Daulah Islam dan mereka mengecapi keadilan Islam sebagai warganegara Daulah. Mereka ini digelar sebagai Ahlul Zhimmah atau kadangkala disebut sebagai kafir zhimmi. Asal katanya adalah azh-zhimmah yang bererti al-‘ahd atau perjanjian. Islam telah banyak menjelaskan tentang hukum Ahlul Zhimmah. Bahkan ada ulama yang menulis kitab khusus mengenai hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan Ahlul Zhimmah. Misalnya Ibn Qayyim al-Jawziyah yang menulis kitab Ahkam Ahlul Zhimmah. Hukum-hukum yang bersangkutan dengan Ahlul Zhimmah merupakan suatu subjek yang luas. Namun di sini kami ketengahkan beberapa hukum utama mengenainya:

(a) Ahlul Zhimmah tidak boleh dipaksa masuk Islam. Rasulullah pernah menulis surat untuk penduduk Yemen, “Siapa sahaja yang beragama Yahudi atau Nasrani, dia tidak boleh dipaksa meninggalkannya dan wajib atasnya jizyah” [HR Abu Ubaid]. Hukum ini berlaku untuk golongan kafir secara umumnya, termasuk yang beragama Hindu, Buddha mahupun Majusi. Mereka bebas menganut aqidah mereka dan menjalankan ibadah menurut keyakinan mereka.

(b) Ahlul Zhimmah wajib membayar jizyah kepada Daulah. Jizyah dipungut dari Ahlul Zhimmah lelaki, baligh dan mampu; Abu Ubaid radhiAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Khalifah Umar al-Khattab pernah mengirim surat kepada Amir al-Ajnad bahawa jizyah tidak diwajibkan ke atas perempuan, anak-anak dan mereka yang belum baligh. Bagi yang tidak mampu kerana cacat atau tua, Baitul Mal akan membantu pembayaran jizyah mereka. Pada saat pembayaran jizyah, Negara wajib melakukannya secara baik dan tidak boleh disertai penyiksaan atau kekerasan.

(c) Dibolehkan bagi kaum Muslimin memakan sembelihan dan bagi seorang Muslim untuk menikahi wanita Ahlul Zhimmah jika mereka adalah ahlul-kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani. Ini adalah berdasarkan firman Allah, “Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan al-Kitab halal bagimu dan makanan (sembelihan) kamu halal bagi mereka. Demikian pula wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan dari orang-orang yang diberi al-Kitab sebelum kamu” [TMQ al-Maidah(5):5]. Namun begitu, jika Ahlul Zhimmah bukannya ahlul kitab, maka sembelihan dan wanita mereka adalah haram bagi seorang Muslim. Sebagai tambahan, adalah haram bagi seorang Muslimah untuk menikahi seorang lelaki ahlul kitab.

(d) Boleh dilakukan muamalah antara kaum Muslimin dengan Ahlul Zhimmah dalam berbagai bentuknya. Ini termasuklah jual beli, sewa menyewa, persyarikatan, pajak gadai dan sebagainya. Rasulullah pernah melakukan muamalah dengan kaum Yahudi di Khaibar di mana kaum Yahudi itu mendapatkan separuh dari hasil kurmanya. Cuma yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa setiap jenis muamalah ini mestilah menurut hukum Islam, bukannya hukum kufur.

(e) Ahlul Zhimmah adalah rakyat Daulah Islamiyyah. Mereka mendapatkan hak sebagaimana rakyat lainnya yang Muslim. Mereka mendapat hak perlindungan, pendidikan, keamanan, kesihatan dan diperlakukan secara baik dalam segala bentuk muamalah. Dilarang menyakiti Ahlu Zhimmah. Kedudukan mereka sama di hadapan penguasa dan hakim. Tidak boleh wujud sebarang perbezaan apa pun antara mereka dengan rakyat yang Muslim, kecuali dalam hal yang telah dijelaskan syara’. Negara Islam wajib berlaku adil kepada mereka sepertimana ia berlaku adil kepada rakyatnya yang Muslim.


Wahai kaum Muslimin! Hukum-hakam ini telah direalisasikan selama 13 abad dan selama itu, kesejahteraan dan keharmonian hakiki telah dikecapi oleh kaum Muslimin dan kafir zhimmi. Pelbagai peristiwa di dalam sejarah telah membuktikan hakikat ini. Ketika kaum Salibiyyin Nasrani ingin menghancurkan kaum Muslimin, mereka mengharapkan dua perkara yang membantu mereka. Salah satu darinya adalah harapan bahawa golongan Nasrani yang tinggal di dalam Daulah akan membantu mereka menghancurkan kaum Muslimin. Namun apa yang berlaku adalah amat memeranjatkan mereka. Golongan Nasrani (yang ada di dalam Daulah) telah bersama-sama dengan kaum Muslimin menentang kaum Salibiyyin. Bagi golongan Nasrani ini, mereka menganggap bahawa Daulah ini adalah tanah tumpah darah mereka, mereka hidup bersama-sama kaum Muslimin dengan kesejahteraan dan keadilan Islam. Mereka yakin hanya Islam sahajalah yang dapat menjamin hak-hak mereka dan mereka benar-benar hidup harmoni bersama kaum Muslimin di bawah naungan Islam. Dalam konteks ini, al-Qurafi menyebut:

‘Adalah wajib bagi kaum Muslimin untuk melayan golongan zhimmi dengan kelembutan, membantu golongan fakir antara mereka, memberi makan bagi yang lapar antara mereka, memberi pakaian bagi yang tidak berpakaian antara mereka dan menyeru mereka dengan kata-kata yang baik. Kaum Muslimin juga harus sama-sama menanggung penderitaan jiran ahlul zhimmah mereka, meskipun sekiranya penderitaan itu berjaya diatasi; ini adalah sebahagian dari sifat pengasih yang perlu ada, bukan kerana mengagungkan mereka. Kaum Muslimin juga haruslah memberikan nasihat yang baik dalam setiap urusan kepada mereka, menghalang sesiapapun yang cuba mencederakan mereka serta menjaga harta benda, keluarga dan kemuliaan mereka. Pertahankan juga segala hak mereka dan layanilah mereka dengan penuh kemuliaan dan akhlak yang mulia’ [Daulah Islamiyyah, Taqiyuddin An-Nabhani].

Wahai kaum Muslimin! Inilah layanan yang dijanjikan Daulah Islam kepada golongan kafir zhimmi. Banyak lagi catatan-catatan sejarah yang membuktikan kemaslahatan hakiki yang dinikmati oleh orang kafir yang hidup di dalam Daulah Khilafah, termasuklah yang ditulis oleh orang kafir itu sendiri, terutamanya para orientalis. Penerapan kaffah Islam oleh Rasulullah dan para Khalifah sesudahnya benar-benar telah membawa rahmat, keharmonian dan kesejahteraan kepada umat manusia sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Inilah rahmat yang datang dari Zat Yang Mencipta manusia, alam dan kehidupan. Pencipta yang sepatutnya dan sewajibnya disembah oleh semua manusia. Barangsiapa yang menyekutukanNya, maka nerakalah tempat kembali yang paling sesuai untuknya. Rahmat yang telah hilang sejak runtuhnya Daulah Khilafah ini Insya Allah, akan kembali diturunkan olehNya, apabila Khilafah memerintah dunia sekali lagi dan menerapkan segala hukum-hakamNya. Di ketika dan saat itu, manusia akan berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah dan meninggalkan segala kekufuran. Semoga Allah menyegerakan kembalinya hari tersebut kepada kita.

Amin ya Rabbal ’alamin.

SN Keluaran - 3 November 2006

Sumber - www.mykhilafah.com
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

EKSTREMIS ISLAM -VS- EKTREMIS SEKULAR

Postby fikrul mustanir on Fri Nov 10, 2006 2:40 pm

EKSTREMIS ISLAM -VS- EKTREMIS SEKULAR

Umat Islam telah lama dilabel oleh Barat sebagai terrorist (pengganas). Ini dilakukan di dalam usaha Barat untuk menghapuskan umat Islam dan menakluk negeri-negeri kaum Muslimin. Mereka 'mencipta' beberapa kejadian dan mencari 'kambing hitam' untuk dijadikan korban. Setelah itu, mereka memaksa dunia menerima bahawa merekalah yang akan menyelamatkan dunia dari ancaman terroris ini. Jika diteliti, selain terroris, banyak lagi cop-cop lain yang digunakan oleh Barat terhadap umat Islam dan perkara ini telah lama dilakukan oleh mereka. Barat melabelkan umat Islam sebagai fundamentalis, ekstremis, moderate dan sebagainya dan istilah-istilah ini telah dipropagandakan oleh mereka agar diterima pakai di seluruh dunia. Oleh itu, adalah suatu perkara biasa apabila istilah-istilah ini digunakan oleh sesiapapun dari kalangan umat Islam, baik dari kalangan rakyat mahupun pemimpin.

Baru-baru ini, kita sekali lagi mendengar istilah ini disebut rentetan dari isu kongsi raya dan ucapan 'Selamat Deepavali'. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsudin, menyatakan, "golongan ekstremis agama yang kini membabitkan golongan bijak pandai adalah ejen pemusnah perpaduan paling berbahaya serta menjadi ancaman kepada keutuhan ikatan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara in i'. Malah golongan esktremis ini menurut beliau bakal menggagalkan RMK-9. [Mingguan Malaysia 22 Oktober 2006]. Begitulah persepsi negatif yang cuba digambarkan ke atas golongan 'ekstremis' ini. Walaupun tidak jelas kepada siapakah ucapan 'ektremis' itu ditujukan, namun mesej yang pasti adalah ' mereka ini sangat merbahaya'.

Sautun Nahdhah kali ini ingin membawa pembaca budiman meneliti penggunaan istilah-istilah seperti ini, yang kerapkali digunakan oleh pihak Barat dalam melabelkan Islam dan umat Islam yang istiqamah dengan Islam. SN juga akan membongkar makar jahat Barat dalam meracuni pemikiran umat Islam dan bagaimana mereka 'memaksa' kita menggunakan istilah-istilah ciptaan mereka ini di dalam rangka memecah belahkan kesatuan kita.

Usaha Barat Dalam Meracuni Pemikiran Umat Islam

Semenjak Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam berjaya menzahirkan Islam di atas segala deen-deen lain, kejayaan ini diteruskan pula dengan gilang-gemilang oleh para khalifah sesudah baginda. Kekuatan Negara Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah memang tiada tolok bandingnya sehingga seluruh penjuru dunia mengetahui dan mengakui bahawa kekuatan Islam adalah kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan. Golongan kuffar cuba untuk mengalahkan Islam dengan peperangan fizikal selama ratusan tahun, namun apa yang mereka perolehi hanyalah kekalahan demi kekalahan. Setelah menyedari bahawa peperangan fizikal tidak membuahkan hasil, maka golongan kuffar ini telah beralih kepada peperangan baru yang lebih dahsyat yakni peperangan pemikiran. Perang ini sebenarnya jauh lebih merbahaya kerana ia dirangka untuk merosakkan aqidah kaum Muslimin dan menghapuskan syariat Islam dari dalam. Melalui perang pemikiran ini jugalah Daulah Khilafah Uthmaniyyah yang begitu besar dan kuat telah berjaya dihancurkan. Racun assabiyyah dan wathaniyyah yang ditanam di dalam benak kaum Muslimin telah menyebabkan mereka terpecah belah kepada negeri-negeri kecil berdasarkan bangsa (nation states).

Walaupun Daulah Khilafah telah berjaya dihancurkan, namun kebencian dan dendam mereka tidak berakhir di situ. Perang pemikiran diteruskan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini dilakukan bagi memastikan kaum Muslimin tetap di dalam perpecahan dan permusuhan dan agama Allah ini tidak akan kembali diamalkan oleh umat Islam. Mereka juga berusaha bagi memastikan agar Daulah Khilafah tidak akan muncul lagi. Mereka merancang dan melaksanakan perang baru ini dengan penuh sabar dan berhati-hati. Mereka telah menggunakan segala sarana yang ada untuk memastikan kejayaan mereka di dalam peperangan ini. Hari ini, kita dapat saksikan bahawa perang ini telah membuahkan hasil yang lumayan bagi kaum kuffar. Umat Islam hari ini bertelagah sesama sendiri dalam hal agama, berpecah dan membenci antara satu sama lain. Para pemimpin mereka pula berjaya dipengaruhi untuk menggunakan kuasa yang ada bagi memerangi dan memusuhi Islam serta umatnya.

Kita mengetahui bahawa buat masa ini Amerika Syarikat (AS) menguasai dunia dengan sejumlah jaringan informasi raksasa yang mereka miliki. Dengan kekuatan ini, mereka berjaya mengawal dunia dan mengarahkan jaringan informasi negara-negara lain agar berkiblat kepada mereka. Tujuannya adalah agar umat Islam tidak mendengar, kecuali apa yang disiarkan oleh mereka; tidak menonton, kecuali apa yang mereka tayangkan; tidak membaca, kecuali apa yang mereka tulis; tidak berbicara kecuali apa yang mereka bicarakan; tidak mengikut, kecuali apa yang mereka arahkan dan tidak berfikir, kecuali menurut sebagaimana yang mereka inginkan. Terhadap Islam, AS menginginkan agar kita memahaminya dengan cara berfikir mereka. Oleh itu, jika ada orang yang menyimpang dari cara pandang mereka, maka AS akan segera menggerakkan media massanya untuk menyerang. Mereka akan menggambarkan orang tersebut sebagai berlawanan dengan Hak Asasi Manusia, tidak demokratik, perosak perpaduan, pengacau keamanan dan sebagainya. Mereka akan menyatakan kepada dunia bahawa ini adalah golongan ekstremis, fundamentalis, terroris, radikal dan merbahaya.

Istilah-istilah sebegini direka dan dimanipulasi oleh AS untuk membawa satu konotasi yang negatif dan buruk. Merekalah yang mula-mula mencipta istilah-istilah ini dan mereka berjaya memaksa dunia menerima makna-makna istilah ini sebagaimana makna yang dimaksudkan oleh mereka. Dahulu, istilah 'Mujahidin' pernah digunakan oleh Amerika Syarikat dengan makna 'pejuang kebebasan'. Akhbar-akhbar di AS dan Britain menonjolkan istilah 'Mujahidin' dengan makna yang positif, sesuai dengan agenda AS dan sekutunya dalam menyekat kemaraan USSR di Afghanistan. Setelah kejayaan kelompok Mujahidin di Afghanistan dan kelompok ini tidak lagi menyebelahi AS, maka AS telah melabelkan golongan ini (Mujahidin) sebagai 'terroris' yang didalangi oleh kelompok Taliban dan Al Qaeda, walaupun pada hakikatnya mereka adalah orang yang sama.

Selain istilah 'terroris', AS dan sekutunya juga telah mempopularkan istilah 'ekstremis' (pelampau), yang tidak lain hanyalah ditujukan kepada umat Islam. Golongan yang berjuang di jalan Allah dicop sebagai ekstremis. Mana-mana orang yang tidak berfikir cara Barat, mana-mana orang yang tidak sehaluan dengan Barat dan mana-mana orang yang ingin mengamalkan ajaran Islam, tetapi tidak sesuai dengan kehendak Barat, maka golongan ini akan dicop sebagai 'ekstremis'. Pada masa yang sama, Barat mempropagandakan istilah 'moderate' (sederhana) dan meracuni pemikiran umat Islam bahawa kelompok Islam yang 'baik' adalah kelompok moderate (sesuai dengan kehendak Barat). Mereka mengheret dunia agar bersetuju dengan mereka melalui istilah-istilah yang dilontarkan. Di dalam hal ini, Menteri luar Australia, Alexander Downer pernah berkata, "Ekstremis Islam mahu menenggelamkan dunia ke dalam era pramoden tanpa teknologi dan tanpa hak untuk wanita. Mereka (kelompok ekstremis) ingin menghapuskan kepentingan Barat dan pengaruh dari negara-negara Islam, dan mereka ingin memusnahkan kerajaan-kerajaan Islam berpendirian sederhana. Dan mereka mahu menggantikannya dengan rejim Islam ekstremis yang ganas, kejam dan tidak bertolak ansur ." [Utusan 02/10/05]

Di dalam sebuah majlis makan malam anjuran Ahli-Ahli Kongres Amerika Berbangsa Yahudi bagi meraikan General Pervez Musharraf, Tom Lantos (salah seorang ahli kongres) melontarkan kata-kata pujian kepada General Pervez Musharraf, "When the civilized world is engaged in a global war against extremist Islamic terrorism, you have emerged as the quintessential Muslim leader of moderation, decency, reason, and acceptance of pluralism" (Apabila tamadun dunia (merujuk kepada AS dan sekutunya) bertembung dalam perang terhadap ekstremis Islam yang ganas, kamu telah muncul sebagai seorang muslim yang sederhana, baik, rasional dan menerima konsep pruralisma) [AFP].

Tidak cukup dengan itu, istilah ekstremis yang telah digandingkan dengan istilah terroris dikaitkan pula dengan cita-cita untuk untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan penerapan syariat melalui Sistem Khilafah Islam. Ini jelas terlihat dari kenyataan Perdana Menteri Britain, Tony Blair pada 16 Julai 2005 di mana beliau telah mengaitkan kelompok ekstremis sebagai kelompok yang ingin menerapkan syariat melalui Sistem Khilafah Islam.

Sesungguhnya cop-cop sebegini dilontarkan oleh Barat kepada umat Islam, agar kita mentafsirkannya mengikut tafsiran mereka. Malangnya sekarang ini, bukan sahaja Barat, kita juga melihat bahawa cop-cop ini telah dilontarkan pula oleh sesetengah kaum Muslimin termasuk para pemimpin, kepada umat Islam, dengan konotasi yang sama. Jika suatu waktu dahulu, di zaman kebebasan individu mula melanda negeri dan tubuh umat Islam, mana-mana perempuan yang memakai tudung labuh akan dianggap sebagai ekstrem. Sesiapa sahaja yang berjubah dan berserban juga dianggap sebagai ekstremis agama. Ringkasnya, sesiapa sahaja yang cuba berpegang teguh dengan ajaran agama akan dilabelkan sebagai pelampau. Golongan yang tidak ekstrem adalah mereka yang tidak bertudung, minum arak, pergi ke pub-pub atau kelab malam, bercampuran lelaki dan wanita (bersosial) dan seumpamanya.

Kedudukan ini masih kekal hingga sekarang, cuma sedikit berbeza dari segi perbuatan yang dipertuduhkan. Sekarang, sesiapa yang tidak mengambil riba dikatakan ekstrem, apatah lagi jika cuba untuk menghapuskan sistem riba, lagilah dikatakan ekstrem. Sesiapa yang tidak mengambil demokrasi juga dicop sebagai golongan yang ekstrem, apatah lagi jika cuba menghapuskan sistem demokrasi untuk digantikan dengan Sistem Khilafah Islam, lagi dahsyat ekstremnya. Pendek kata, sesiapa yang benar-benar berpegang kepada hukum syara', maka mereka in adalah ekstremis. Sesiapa yang cuba untuk mengamalkan ajaran Islam dan menerapkan hukum-hukumnya, ini adalah golongan ekstrem. Sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kehendak Barat dan pemikirannya, maka mereka ini adalah ektremis dan sesiapa sahaja yang berjuang untuk menegakkan agama Allah, maka mereka inilah ekstremis ....

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa golongan yang dicop sebagai ekstrem oleh Barat adalah golongan yang dibenci dan ditakuti oleh Barat kerana ingin menegakkan hukum Allah. Golongan yang dicop sebagai ekstrem oleh para penguasa kaum Muslimin adalah golongan yang benar-benar berpegang teguh kepada agama Allah dan mereka ini adalah golongan yang ikhlas berjuang untuk memastikan agama ini zahir di atas agama-agama lain. Tiada apa yang mereka (yang dicop ekstrem) ini inginkan kecuali melihat agama Allah kembali ke muka bumi. Tidak ada apa-apa habuan dunia yang mereka harapkan, kecuali redha Allah. Tidak ada apa yang mereka kejar, kecuali syurga Allah. Apa yang mereka harapkan hanyalah kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat melalui penerapan Islam yang sepenuhnya. Kenapakah mereka dicop sebagai ekstremis? Kenapakah mereka dimusuhi oleh sesama umat Islam? Kenapakah mereka dibenci dan diburu? Sedarlah wahai saudaraku! Sesunguhnya semua ini adalah manifestasi dari racun kuffar Barat yang telah menular di dalam pemikiran kita agar kita bermusuhan antara satu sama lain serta membenci dan memerangi sesama kita. Pandanglah dengan pandangan Islam, dan Islam semata-mata. Buanglah racun ini sebelum ia membunuh kita ... kalian mampu melakukannya.

Antara Bukti Perancangan Barat

Bukti bahawa Barat sekarang ini sedang memerangi umat Islam secara pemikiran adalah begitu jelas sehingga tidak perlu dilakukan kajian yang mendalam mengenainya. Barat sendiri dengan begitu angkuh dan sombong menyatakan hakikat ini. Bagi mewujudkan 'Muslim' mengikut selera mereka, maka mereka mengetengahkan istilah 'Moderate Muslim' (umat Islam berhaluan sederhana). 'Moderate Muslim' ini merujuk kepada kelompok Islam yang berfikiran selari dengan pemikiran dan nilai-nilai yang dibawa oleh Barat. Kelompok moderate ini disokong oleh AS dan sekutunya dengan harapan agar golongan ini dapat menenggelamkan suara kelompok ekstremis. Bagaikan dipukau, umat Islam kemudian berusaha untuk 'menambat hati' AS bagi mendapatkan gelaran 'kelompok moderate'. Inilah kelicikan AS. AS seterusnya hanya akan menjadi penonton kepada drama pergaduhan serta perpecahan umat Islam. Maka, berebutlah umat Islam, termasuk pemimpin mereka, untuk melabelkan diri sebagai golongan moderate (sederhana). Mereka juga 'bangga' apabila telah dicop oleh Barat sebagai moderate, seolah-olah telah berjaya memenangi anugerah terbaik dari Pihak Penganjur (AS).

Strategi melahirkan kelompok 'sederhana' dan menghapuskan kelompok ekstremis ini telah dikemukakan oleh badan-badan intelektual di Barat. Antaranya adalah sebuah laporan yang dikeluarkan oleh RAND Coporation di bawah tajuk 'The Muslim World After 9/11'. Ketua penyelidik dalam laporan ini, Dr. Angel Rabasa mencadangkan, "While only Muslims themselves can effectively challenge the message of radical Islam, there is much the United States and like-minded countries can do to empower Muslim moderates in this ideological struggle ." (Meskipun hanya umat Islam sahaja yang mampu secara efektif mencabar mesej yang ingin dibawa oleh kelompok radikal Islam, ada banyak sumbangan yang dapat diberikan oleh AS dan negara yang sehaluan dengannya untuk menggerakkan kelompok Islam sederhana dalam perang ideologi ini).

Laporan itu menggesa AS dan sekutunya agar,

(a) Create a strong and vocal network to unite the fractured voices of moderate Muslims. This can provide moderates with a platform for their message and provide alternatives to extremist movements. An external catalyst may be needed to give life to this goal. (Membentuk kerjasama di kalangan kelompok Muslim sederhana untuk menyuarakan pandangan mereka. Ini boleh menjadi platform bagi kelompok ini untuk menyalurkan pandangan mereka dan menyediakan alternatif kepada gerakan ektremis. Bantuan luar mungkin diperlukan untuk menghidupkan matlamat ini)

(b) Support Muslim civil society groups that advocate moderation and modernity. The United States may have to assist in the development of civil society institutions where they do not currently exist. (Membantu kumpulan-kumpulan Islam yang menggalakan kesederhanaan dan kemodenan. AS akan membantu membentuk masyarakat sivil yang selama ini tidak wujud)

(c) Disrupt radical networks. Engage Islamists to participate in the political process, and strengthen relations with the military in Muslim nations. In the war against terror, the U.S. should demonstrate that its efforts are meant to promote democratic change. (Lemahkan jaringan radikal. Galakkan kelompok Islam untuk terlibat dalam proses politik, dan kuatkan hubungan dengan pihak tentera di negara-negara umat Islam. Di dalam perang melawan keganasan, AS hendaklah menggambarkan dirinya sebagai juara dalam mempromosi perubahan demokratik).

(d) Reform Islamic schools. Educational systems have long been a vital component of radical Islamic indoctrination and recruitment. The best way to counter this is to help Islamic schools ensure they are providing modern education and marketable skills for future generations. (Perbaharui sekolah-sekolah Islam. Sistem pendidikan telah lama menjadi unsur terpenting dalam proses indoktrinisasi dan merekrut kelompok radikal. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini (Islam radikal) adalah dengan membantu sekolah-sekolah Islam memastikan bahawa mereka menawarkan pendidikan moden dengan kepakaran-kepakaran yang boleh dipasarkan untuk generasi akan datang).

Cadangan-cadangan di atas tidak hanya berhenti di dewan-dewan seminar, ianya telahpun bermula. Ini dikukuhkan oleh kata-kata Gorge Bush,"Will we support the moderates and reformers who are working for change across the Middle East, or will we yield the future to the terrorists and extremists?" (Adakah kita akan memberi bantuan kepada kelompok sederhana dan kelompok pembaharuan yang berkerja untuk perubahan di Timur Tengah, atau menyerahkan pembentukan masa depan kepada golongan pengganas dan ekstremis?) [CNN].

Ekstremis Sekular

Sebagaimana kita maklum, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang kepada sekularisme. Mereka membunuh, memerangi dan menjajah kita dan menerapkan sistem kufur mereka ke atas kita atas nama sekularisme. Sistem kufur ini adalah sistem yang lahir dari aqidah sekularisme yang diamalkan oleh mereka – aqidah yang memisahkan agama dari kehidupan. Dengan kata lain, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang teguh dengan fahaman sekular mereka. Anehnya, mereka tidak pernah melabel diri mereka atau dilabel oleh mana-mana pihak sebagai ekstrem, namun begitu, umat Islam yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam pula, dicop sebagai ekstrem.

Wahai kaum Muslimin! Tidakkah kalian sedar bahawa dunia Islam seluruhnya adalah dunia yang diterapkan di dalamnya sistem kufur yang berteraskan aqidah sekularisme? Telah bertahun lamanya negara-negara kaum Muslimin diperintah dengan ideologi kufur ini dan para pemerintah di dunia Islam telah berpegang teguh dengannya (sekularisme) , dan tidak menyimpang darinya walau sejengkal. Jika umat Islam yang benar-benar berpegang teguh dengan Islam dicop sebagai ekstremis Islam, bukankah sepatutnya mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan sekularisme dicop sebagai ekstremis sekular? Manakah yang lebih baik di antara ektremis Islam dengan ekstremis sekular? Mana yang lebih baik di antara mereka yang benar-benar ingin menerapkan Islam yang menjanjikan kesejahteraan dan kebaikan dengan mereka yang benar-benar ingin mempertahankan sekularisme yang telah terlalu banyak membawa kehancuran dan kerosakan di bumi Allah ini?? Mana yang lebih baik di antara mereka yang esktrem berdakwah dan berjuang untuk menegakkan Deen Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat yang mulia, dengan mereka yang ekstrem ingin menghapuskan para pejuang ini?

Kebencian dan ketakutan golongan kuffar akan kembalinya Sistem Islam adalah sangat nyata dan mereka tidak mampu menyembunyikannya lagi. Ini jelas terpancar dari kata kata Setiausaha Dalam Negeri Britain, Charles Clark pada 5 Disember 2005 dalam ucapan beliau di 'The Heritage Foundation',

'Apa yang menggerakkan kelompok ini adalah pemikiran. Dan (kelompok ini) bukanlah seperti pergerakan pembebasan selepas Perang Dunia Kedua di kebanyakan tempat di dunia yang mengejar tujuan politik seperti kemerdekaan negara dari penjajah kolonial atau kesamarataan bagi semua penduduk tanpa mengira bangsa mahupun kepercayaan atau perjuangan kebebasan bersuara tanpa penindasan yang bersifat totalitarian. Secara prinsipnya, kita boleh bertolak ansur dalam cita-cita sebegini, dan kita sebenarnya telah pun bertolak ansur dalam kebanyakan kes. Walaubagaimanapun tidak ada tolak ansur tehadap perjuangan menegakkan semula Daulah Khilafah Islam, tidak ada tolak ansur terhadap perjuangan menerapkan Syariah Islam, tidak ada tolak ansur terhadap ancaman kepada kesamaan gender dan tidak ada tolak ansur terhadap sekatan ke atas kebebasan bersuara. Nilai-nilai inilah yang mendukung peradaban kita dan tidak boleh ada tolak ansur ke atasnya'.

Wahai kaum Muslimin! Kafir Barat telah, sedang dan akan bersungguh-sungguh berusaha dengan apa cara sekalipun untuk memecahbelah dan melemahkan persatuan kita. Tuduhan mereka yang palsu dan penuh bias terhadap Islam dan penerapan Islam memanifestasikan kebencian dan dendam mereka terhadap Islam. Hakikatnya, Islam telah selama lebih 1300 tahun memberikan kesejahteraan dan kemajuan untuk umat manusia. Hakikat ini mereka cuba ketepikan, mereka cuba putarbelitkan. Mereka letakkan Islam di kandang pesalah dan mereka lontarkan pelbagai tuduhan sehingga ada di antara umat Islam yang turut sama menuding jari ke arah Islam dan mempersalahkannya . Barat sekali-kali tidak akan berhenti di dalam usaha ini. Mereka akan terus menggunakan kelompok ekstremis sekular untuk cuba melemah dan menghancurkan para pejuang Islam yang ikhlas.

Wahai kaum Muslimin! Kita bersaudara. Kita adalah satu kesatuan. Haram untuk kita berpecah belah dan bermusuhan. Musuh kita adalah mereka yang menolak Allah dan RasulNya, bukan sesama kita. Marilah kita bersatu menunjukkan perpaduan dan kekuatan kita kepada musuh Allah ini. Buktikan bahawa peperangan fizikal mahu pun peperangan pemikiran yang mereka lancarkan ke atas kita adalah lemah berbanding keagungan dan kekuatan Islam; bahawa makar mereka adalah lemah dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas Makar. Sesungguhnya Allah adalah bersama hamba-hambaNya yang ikhlas. Berdoalah akan kemenangan kita wahai saudaraku, sesungguhnya Allah itu adalah dekat dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan. Amin ya Rabbal 'alamin.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

EKSTREMIS ISLAM -VS- EKTREMIS SEKULAR

Postby fikrul mustanir on Fri Nov 10, 2006 2:41 pm

EKSTREMIS ISLAM -VS- EKTREMIS SEKULAR

Umat Islam telah lama dilabel oleh Barat sebagai terrorist (pengganas). Ini dilakukan di dalam usaha Barat untuk menghapuskan umat Islam dan menakluk negeri-negeri kaum Muslimin. Mereka 'mencipta' beberapa kejadian dan mencari 'kambing hitam' untuk dijadikan korban. Setelah itu, mereka memaksa dunia menerima bahawa merekalah yang akan menyelamatkan dunia dari ancaman terroris ini. Jika diteliti, selain terroris, banyak lagi cop-cop lain yang digunakan oleh Barat terhadap umat Islam dan perkara ini telah lama dilakukan oleh mereka. Barat melabelkan umat Islam sebagai fundamentalis, ekstremis, moderate dan sebagainya dan istilah-istilah ini telah dipropagandakan oleh mereka agar diterima pakai di seluruh dunia. Oleh itu, adalah suatu perkara biasa apabila istilah-istilah ini digunakan oleh sesiapapun dari kalangan umat Islam, baik dari kalangan rakyat mahupun pemimpin.

Baru-baru ini, kita sekali lagi mendengar istilah ini disebut rentetan dari isu kongsi raya dan ucapan 'Selamat Deepavali'. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Aziz Shamsudin, menyatakan, "golongan ekstremis agama yang kini membabitkan golongan bijak pandai adalah ejen pemusnah perpaduan paling berbahaya serta menjadi ancaman kepada keutuhan ikatan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara in i'. Malah golongan esktremis ini menurut beliau bakal menggagalkan RMK-9. [Mingguan Malaysia 22 Oktober 2006]. Begitulah persepsi negatif yang cuba digambarkan ke atas golongan 'ekstremis' ini. Walaupun tidak jelas kepada siapakah ucapan 'ektremis' itu ditujukan, namun mesej yang pasti adalah ' mereka ini sangat merbahaya'.

Sautun Nahdhah kali ini ingin membawa pembaca budiman meneliti penggunaan istilah-istilah seperti ini, yang kerapkali digunakan oleh pihak Barat dalam melabelkan Islam dan umat Islam yang istiqamah dengan Islam. SN juga akan membongkar makar jahat Barat dalam meracuni pemikiran umat Islam dan bagaimana mereka 'memaksa' kita menggunakan istilah-istilah ciptaan mereka ini di dalam rangka memecah belahkan kesatuan kita.

Usaha Barat Dalam Meracuni Pemikiran Umat Islam

Semenjak Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam berjaya menzahirkan Islam di atas segala deen-deen lain, kejayaan ini diteruskan pula dengan gilang-gemilang oleh para khalifah sesudah baginda. Kekuatan Negara Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah dan Khilafah Uthmaniyyah memang tiada tolok bandingnya sehingga seluruh penjuru dunia mengetahui dan mengakui bahawa kekuatan Islam adalah kekuatan yang tidak mungkin dikalahkan. Golongan kuffar cuba untuk mengalahkan Islam dengan peperangan fizikal selama ratusan tahun, namun apa yang mereka perolehi hanyalah kekalahan demi kekalahan. Setelah menyedari bahawa peperangan fizikal tidak membuahkan hasil, maka golongan kuffar ini telah beralih kepada peperangan baru yang lebih dahsyat yakni peperangan pemikiran. Perang ini sebenarnya jauh lebih merbahaya kerana ia dirangka untuk merosakkan aqidah kaum Muslimin dan menghapuskan syariat Islam dari dalam. Melalui perang pemikiran ini jugalah Daulah Khilafah Uthmaniyyah yang begitu besar dan kuat telah berjaya dihancurkan. Racun assabiyyah dan wathaniyyah yang ditanam di dalam benak kaum Muslimin telah menyebabkan mereka terpecah belah kepada negeri-negeri kecil berdasarkan bangsa (nation states).

Walaupun Daulah Khilafah telah berjaya dihancurkan, namun kebencian dan dendam mereka tidak berakhir di situ. Perang pemikiran diteruskan dalam pelbagai bentuk dan cara. Ini dilakukan bagi memastikan kaum Muslimin tetap di dalam perpecahan dan permusuhan dan agama Allah ini tidak akan kembali diamalkan oleh umat Islam. Mereka juga berusaha bagi memastikan agar Daulah Khilafah tidak akan muncul lagi. Mereka merancang dan melaksanakan perang baru ini dengan penuh sabar dan berhati-hati. Mereka telah menggunakan segala sarana yang ada untuk memastikan kejayaan mereka di dalam peperangan ini. Hari ini, kita dapat saksikan bahawa perang ini telah membuahkan hasil yang lumayan bagi kaum kuffar. Umat Islam hari ini bertelagah sesama sendiri dalam hal agama, berpecah dan membenci antara satu sama lain. Para pemimpin mereka pula berjaya dipengaruhi untuk menggunakan kuasa yang ada bagi memerangi dan memusuhi Islam serta umatnya.

Kita mengetahui bahawa buat masa ini Amerika Syarikat (AS) menguasai dunia dengan sejumlah jaringan informasi raksasa yang mereka miliki. Dengan kekuatan ini, mereka berjaya mengawal dunia dan mengarahkan jaringan informasi negara-negara lain agar berkiblat kepada mereka. Tujuannya adalah agar umat Islam tidak mendengar, kecuali apa yang disiarkan oleh mereka; tidak menonton, kecuali apa yang mereka tayangkan; tidak membaca, kecuali apa yang mereka tulis; tidak berbicara kecuali apa yang mereka bicarakan; tidak mengikut, kecuali apa yang mereka arahkan dan tidak berfikir, kecuali menurut sebagaimana yang mereka inginkan. Terhadap Islam, AS menginginkan agar kita memahaminya dengan cara berfikir mereka. Oleh itu, jika ada orang yang menyimpang dari cara pandang mereka, maka AS akan segera menggerakkan media massanya untuk menyerang. Mereka akan menggambarkan orang tersebut sebagai berlawanan dengan Hak Asasi Manusia, tidak demokratik, perosak perpaduan, pengacau keamanan dan sebagainya. Mereka akan menyatakan kepada dunia bahawa ini adalah golongan ekstremis, fundamentalis, terroris, radikal dan merbahaya.

Istilah-istilah sebegini direka dan dimanipulasi oleh AS untuk membawa satu konotasi yang negatif dan buruk. Merekalah yang mula-mula mencipta istilah-istilah ini dan mereka berjaya memaksa dunia menerima makna-makna istilah ini sebagaimana makna yang dimaksudkan oleh mereka. Dahulu, istilah 'Mujahidin' pernah digunakan oleh Amerika Syarikat dengan makna 'pejuang kebebasan'. Akhbar-akhbar di AS dan Britain menonjolkan istilah 'Mujahidin' dengan makna yang positif, sesuai dengan agenda AS dan sekutunya dalam menyekat kemaraan USSR di Afghanistan. Setelah kejayaan kelompok Mujahidin di Afghanistan dan kelompok ini tidak lagi menyebelahi AS, maka AS telah melabelkan golongan ini (Mujahidin) sebagai 'terroris' yang didalangi oleh kelompok Taliban dan Al Qaeda, walaupun pada hakikatnya mereka adalah orang yang sama.

Selain istilah 'terroris', AS dan sekutunya juga telah mempopularkan istilah 'ekstremis' (pelampau), yang tidak lain hanyalah ditujukan kepada umat Islam. Golongan yang berjuang di jalan Allah dicop sebagai ekstremis. Mana-mana orang yang tidak berfikir cara Barat, mana-mana orang yang tidak sehaluan dengan Barat dan mana-mana orang yang ingin mengamalkan ajaran Islam, tetapi tidak sesuai dengan kehendak Barat, maka golongan ini akan dicop sebagai 'ekstremis'. Pada masa yang sama, Barat mempropagandakan istilah 'moderate' (sederhana) dan meracuni pemikiran umat Islam bahawa kelompok Islam yang 'baik' adalah kelompok moderate (sesuai dengan kehendak Barat). Mereka mengheret dunia agar bersetuju dengan mereka melalui istilah-istilah yang dilontarkan. Di dalam hal ini, Menteri luar Australia, Alexander Downer pernah berkata, "Ekstremis Islam mahu menenggelamkan dunia ke dalam era pramoden tanpa teknologi dan tanpa hak untuk wanita. Mereka (kelompok ekstremis) ingin menghapuskan kepentingan Barat dan pengaruh dari negara-negara Islam, dan mereka ingin memusnahkan kerajaan-kerajaan Islam berpendirian sederhana. Dan mereka mahu menggantikannya dengan rejim Islam ekstremis yang ganas, kejam dan tidak bertolak ansur ." [Utusan 02/10/05]

Di dalam sebuah majlis makan malam anjuran Ahli-Ahli Kongres Amerika Berbangsa Yahudi bagi meraikan General Pervez Musharraf, Tom Lantos (salah seorang ahli kongres) melontarkan kata-kata pujian kepada General Pervez Musharraf, "When the civilized world is engaged in a global war against extremist Islamic terrorism, you have emerged as the quintessential Muslim leader of moderation, decency, reason, and acceptance of pluralism" (Apabila tamadun dunia (merujuk kepada AS dan sekutunya) bertembung dalam perang terhadap ekstremis Islam yang ganas, kamu telah muncul sebagai seorang muslim yang sederhana, baik, rasional dan menerima konsep pruralisma) [AFP].

Tidak cukup dengan itu, istilah ekstremis yang telah digandingkan dengan istilah terroris dikaitkan pula dengan cita-cita untuk untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan penerapan syariat melalui Sistem Khilafah Islam. Ini jelas terlihat dari kenyataan Perdana Menteri Britain, Tony Blair pada 16 Julai 2005 di mana beliau telah mengaitkan kelompok ekstremis sebagai kelompok yang ingin menerapkan syariat melalui Sistem Khilafah Islam.

Sesungguhnya cop-cop sebegini dilontarkan oleh Barat kepada umat Islam, agar kita mentafsirkannya mengikut tafsiran mereka. Malangnya sekarang ini, bukan sahaja Barat, kita juga melihat bahawa cop-cop ini telah dilontarkan pula oleh sesetengah kaum Muslimin termasuk para pemimpin, kepada umat Islam, dengan konotasi yang sama. Jika suatu waktu dahulu, di zaman kebebasan individu mula melanda negeri dan tubuh umat Islam, mana-mana perempuan yang memakai tudung labuh akan dianggap sebagai ekstrem. Sesiapa sahaja yang berjubah dan berserban juga dianggap sebagai ekstremis agama. Ringkasnya, sesiapa sahaja yang cuba berpegang teguh dengan ajaran agama akan dilabelkan sebagai pelampau. Golongan yang tidak ekstrem adalah mereka yang tidak bertudung, minum arak, pergi ke pub-pub atau kelab malam, bercampuran lelaki dan wanita (bersosial) dan seumpamanya.

Kedudukan ini masih kekal hingga sekarang, cuma sedikit berbeza dari segi perbuatan yang dipertuduhkan. Sekarang, sesiapa yang tidak mengambil riba dikatakan ekstrem, apatah lagi jika cuba untuk menghapuskan sistem riba, lagilah dikatakan ekstrem. Sesiapa yang tidak mengambil demokrasi juga dicop sebagai golongan yang ekstrem, apatah lagi jika cuba menghapuskan sistem demokrasi untuk digantikan dengan Sistem Khilafah Islam, lagi dahsyat ekstremnya. Pendek kata, sesiapa yang benar-benar berpegang kepada hukum syara', maka mereka in adalah ekstremis. Sesiapa yang cuba untuk mengamalkan ajaran Islam dan menerapkan hukum-hukumnya, ini adalah golongan ekstrem. Sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan kehendak Barat dan pemikirannya, maka mereka ini adalah ektremis dan sesiapa sahaja yang berjuang untuk menegakkan agama Allah, maka mereka inilah ekstremis ....

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa golongan yang dicop sebagai ekstrem oleh Barat adalah golongan yang dibenci dan ditakuti oleh Barat kerana ingin menegakkan hukum Allah. Golongan yang dicop sebagai ekstrem oleh para penguasa kaum Muslimin adalah golongan yang benar-benar berpegang teguh kepada agama Allah dan mereka ini adalah golongan yang ikhlas berjuang untuk memastikan agama ini zahir di atas agama-agama lain. Tiada apa yang mereka (yang dicop ekstrem) ini inginkan kecuali melihat agama Allah kembali ke muka bumi. Tidak ada apa-apa habuan dunia yang mereka harapkan, kecuali redha Allah. Tidak ada apa yang mereka kejar, kecuali syurga Allah. Apa yang mereka harapkan hanyalah kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat melalui penerapan Islam yang sepenuhnya. Kenapakah mereka dicop sebagai ekstremis? Kenapakah mereka dimusuhi oleh sesama umat Islam? Kenapakah mereka dibenci dan diburu? Sedarlah wahai saudaraku! Sesunguhnya semua ini adalah manifestasi dari racun kuffar Barat yang telah menular di dalam pemikiran kita agar kita bermusuhan antara satu sama lain serta membenci dan memerangi sesama kita. Pandanglah dengan pandangan Islam, dan Islam semata-mata. Buanglah racun ini sebelum ia membunuh kita ... kalian mampu melakukannya.

Antara Bukti Perancangan Barat

Bukti bahawa Barat sekarang ini sedang memerangi umat Islam secara pemikiran adalah begitu jelas sehingga tidak perlu dilakukan kajian yang mendalam mengenainya. Barat sendiri dengan begitu angkuh dan sombong menyatakan hakikat ini. Bagi mewujudkan 'Muslim' mengikut selera mereka, maka mereka mengetengahkan istilah 'Moderate Muslim' (umat Islam berhaluan sederhana). 'Moderate Muslim' ini merujuk kepada kelompok Islam yang berfikiran selari dengan pemikiran dan nilai-nilai yang dibawa oleh Barat. Kelompok moderate ini disokong oleh AS dan sekutunya dengan harapan agar golongan ini dapat menenggelamkan suara kelompok ekstremis. Bagaikan dipukau, umat Islam kemudian berusaha untuk 'menambat hati' AS bagi mendapatkan gelaran 'kelompok moderate'. Inilah kelicikan AS. AS seterusnya hanya akan menjadi penonton kepada drama pergaduhan serta perpecahan umat Islam. Maka, berebutlah umat Islam, termasuk pemimpin mereka, untuk melabelkan diri sebagai golongan moderate (sederhana). Mereka juga 'bangga' apabila telah dicop oleh Barat sebagai moderate, seolah-olah telah berjaya memenangi anugerah terbaik dari Pihak Penganjur (AS).

Strategi melahirkan kelompok 'sederhana' dan menghapuskan kelompok ekstremis ini telah dikemukakan oleh badan-badan intelektual di Barat. Antaranya adalah sebuah laporan yang dikeluarkan oleh RAND Coporation di bawah tajuk 'The Muslim World After 9/11'. Ketua penyelidik dalam laporan ini, Dr. Angel Rabasa mencadangkan, "While only Muslims themselves can effectively challenge the message of radical Islam, there is much the United States and like-minded countries can do to empower Muslim moderates in this ideological struggle ." (Meskipun hanya umat Islam sahaja yang mampu secara efektif mencabar mesej yang ingin dibawa oleh kelompok radikal Islam, ada banyak sumbangan yang dapat diberikan oleh AS dan negara yang sehaluan dengannya untuk menggerakkan kelompok Islam sederhana dalam perang ideologi ini).

Laporan itu menggesa AS dan sekutunya agar,

(a) Create a strong and vocal network to unite the fractured voices of moderate Muslims. This can provide moderates with a platform for their message and provide alternatives to extremist movements. An external catalyst may be needed to give life to this goal. (Membentuk kerjasama di kalangan kelompok Muslim sederhana untuk menyuarakan pandangan mereka. Ini boleh menjadi platform bagi kelompok ini untuk menyalurkan pandangan mereka dan menyediakan alternatif kepada gerakan ektremis. Bantuan luar mungkin diperlukan untuk menghidupkan matlamat ini)

(b) Support Muslim civil society groups that advocate moderation and modernity. The United States may have to assist in the development of civil society institutions where they do not currently exist. (Membantu kumpulan-kumpulan Islam yang menggalakan kesederhanaan dan kemodenan. AS akan membantu membentuk masyarakat sivil yang selama ini tidak wujud)

(c) Disrupt radical networks. Engage Islamists to participate in the political process, and strengthen relations with the military in Muslim nations. In the war against terror, the U.S. should demonstrate that its efforts are meant to promote democratic change. (Lemahkan jaringan radikal. Galakkan kelompok Islam untuk terlibat dalam proses politik, dan kuatkan hubungan dengan pihak tentera di negara-negara umat Islam. Di dalam perang melawan keganasan, AS hendaklah menggambarkan dirinya sebagai juara dalam mempromosi perubahan demokratik).

(d) Reform Islamic schools. Educational systems have long been a vital component of radical Islamic indoctrination and recruitment. The best way to counter this is to help Islamic schools ensure they are providing modern education and marketable skills for future generations. (Perbaharui sekolah-sekolah Islam. Sistem pendidikan telah lama menjadi unsur terpenting dalam proses indoktrinisasi dan merekrut kelompok radikal. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini (Islam radikal) adalah dengan membantu sekolah-sekolah Islam memastikan bahawa mereka menawarkan pendidikan moden dengan kepakaran-kepakaran yang boleh dipasarkan untuk generasi akan datang).

Cadangan-cadangan di atas tidak hanya berhenti di dewan-dewan seminar, ianya telahpun bermula. Ini dikukuhkan oleh kata-kata Gorge Bush,"Will we support the moderates and reformers who are working for change across the Middle East, or will we yield the future to the terrorists and extremists?" (Adakah kita akan memberi bantuan kepada kelompok sederhana dan kelompok pembaharuan yang berkerja untuk perubahan di Timur Tengah, atau menyerahkan pembentukan masa depan kepada golongan pengganas dan ekstremis?) [CNN].

Ekstremis Sekular

Sebagaimana kita maklum, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang kepada sekularisme. Mereka membunuh, memerangi dan menjajah kita dan menerapkan sistem kufur mereka ke atas kita atas nama sekularisme. Sistem kufur ini adalah sistem yang lahir dari aqidah sekularisme yang diamalkan oleh mereka – aqidah yang memisahkan agama dari kehidupan. Dengan kata lain, kuffar Barat adalah golongan yang benar-benar berpegang teguh dengan fahaman sekular mereka. Anehnya, mereka tidak pernah melabel diri mereka atau dilabel oleh mana-mana pihak sebagai ekstrem, namun begitu, umat Islam yang benar-benar berpegang kepada ajaran Islam pula, dicop sebagai ekstrem.

Wahai kaum Muslimin! Tidakkah kalian sedar bahawa dunia Islam seluruhnya adalah dunia yang diterapkan di dalamnya sistem kufur yang berteraskan aqidah sekularisme? Telah bertahun lamanya negara-negara kaum Muslimin diperintah dengan ideologi kufur ini dan para pemerintah di dunia Islam telah berpegang teguh dengannya (sekularisme) , dan tidak menyimpang darinya walau sejengkal. Jika umat Islam yang benar-benar berpegang teguh dengan Islam dicop sebagai ekstremis Islam, bukankah sepatutnya mereka yang benar-benar berpegang teguh dengan sekularisme dicop sebagai ekstremis sekular? Manakah yang lebih baik di antara ektremis Islam dengan ekstremis sekular? Mana yang lebih baik di antara mereka yang benar-benar ingin menerapkan Islam yang menjanjikan kesejahteraan dan kebaikan dengan mereka yang benar-benar ingin mempertahankan sekularisme yang telah terlalu banyak membawa kehancuran dan kerosakan di bumi Allah ini?? Mana yang lebih baik di antara mereka yang esktrem berdakwah dan berjuang untuk menegakkan Deen Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat yang mulia, dengan mereka yang ekstrem ingin menghapuskan para pejuang ini?

Kebencian dan ketakutan golongan kuffar akan kembalinya Sistem Islam adalah sangat nyata dan mereka tidak mampu menyembunyikannya lagi. Ini jelas terpancar dari kata kata Setiausaha Dalam Negeri Britain, Charles Clark pada 5 Disember 2005 dalam ucapan beliau di 'The Heritage Foundation',

'Apa yang menggerakkan kelompok ini adalah pemikiran. Dan (kelompok ini) bukanlah seperti pergerakan pembebasan selepas Perang Dunia Kedua di kebanyakan tempat di dunia yang mengejar tujuan politik seperti kemerdekaan negara dari penjajah kolonial atau kesamarataan bagi semua penduduk tanpa mengira bangsa mahupun kepercayaan atau perjuangan kebebasan bersuara tanpa penindasan yang bersifat totalitarian. Secara prinsipnya, kita boleh bertolak ansur dalam cita-cita sebegini, dan kita sebenarnya telah pun bertolak ansur dalam kebanyakan kes. Walaubagaimanapun tidak ada tolak ansur tehadap perjuangan menegakkan semula Daulah Khilafah Islam, tidak ada tolak ansur terhadap perjuangan menerapkan Syariah Islam, tidak ada tolak ansur terhadap ancaman kepada kesamaan gender dan tidak ada tolak ansur terhadap sekatan ke atas kebebasan bersuara. Nilai-nilai inilah yang mendukung peradaban kita dan tidak boleh ada tolak ansur ke atasnya'.

Wahai kaum Muslimin! Kafir Barat telah, sedang dan akan bersungguh-sungguh berusaha dengan apa cara sekalipun untuk memecahbelah dan melemahkan persatuan kita. Tuduhan mereka yang palsu dan penuh bias terhadap Islam dan penerapan Islam memanifestasikan kebencian dan dendam mereka terhadap Islam. Hakikatnya, Islam telah selama lebih 1300 tahun memberikan kesejahteraan dan kemajuan untuk umat manusia. Hakikat ini mereka cuba ketepikan, mereka cuba putarbelitkan. Mereka letakkan Islam di kandang pesalah dan mereka lontarkan pelbagai tuduhan sehingga ada di antara umat Islam yang turut sama menuding jari ke arah Islam dan mempersalahkannya . Barat sekali-kali tidak akan berhenti di dalam usaha ini. Mereka akan terus menggunakan kelompok ekstremis sekular untuk cuba melemah dan menghancurkan para pejuang Islam yang ikhlas.

Wahai kaum Muslimin! Kita bersaudara. Kita adalah satu kesatuan. Haram untuk kita berpecah belah dan bermusuhan. Musuh kita adalah mereka yang menolak Allah dan RasulNya, bukan sesama kita. Marilah kita bersatu menunjukkan perpaduan dan kekuatan kita kepada musuh Allah ini. Buktikan bahawa peperangan fizikal mahu pun peperangan pemikiran yang mereka lancarkan ke atas kita adalah lemah berbanding keagungan dan kekuatan Islam; bahawa makar mereka adalah lemah dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas Makar. Sesungguhnya Allah adalah bersama hamba-hambaNya yang ikhlas. Berdoalah akan kemenangan kita wahai saudaraku, sesungguhnya Allah itu adalah dekat dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan. Amin ya Rabbal 'alamin.
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2496
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

SN96: Bersatulah Wahai Umat Muhammad !

Postby GOOKU on Fri Nov 17, 2006 9:16 pm

SN96: Bersatulah Wahai Umat Muhammad !

Setelah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam diangkat menjadi Rasul, maka baginda telah bertungkus lumus dan bermati-matian mendakwahkan agama Allah kepada semua manusia. Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang hanya keseorangan pada waktu itu telah menentang keseluruhan aqidah, agama, kepercayaan, adat-istiadat, dan segala jenis ikatan yang ada di dalam masyarakat Jahiliyyah di kota Makkah. Dengan satu kalimah tauhid, La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang dengannya Muhammad diutus, maka sesiapa sahaja yang memeluk agama Allah disatukan dengan satu ikatan yang kukuh. Ikatan ini tidak lain adalah ikatan aqidah. Ikatan aqidah yang dibawa oleh Muhammad ini tidak lagi mengenal dan mengiktiraf ikatan-ikatan lain yang mengikat manusia pada ketika itu seperti ikatan Qaumiyyah, Assabiyyah, Wathaniyyah dan sebagainya. Setelah manusia mengikat diri mereka dengan ikatan yang baru ini, maka mereka bersatu tanpa mengira kaum, bangsa, pangkat dan darjat. Maka terburailah segala ikatan-ikatan Jahiliyyah yang ada pada manusia, kecuali mereka yang masih kekal di dalam kekufuran.

Setelah memeluk agama Allah yang baru ini, maka orang-orang yang bersama dengan Muhammad ini telah menukar agenda perjuangan mereka. Tiada lagi perjuangan keluarga, kaum, bangsa dan tanahair; agenda perjuangan mereka hanyalah untuk Islam semata. Mereka hidup hanya untuk Islam. Ikatan mereka adalah ikatan Islam walaupun ada yang berkulit merah dan ada yang hitam. Mereka berpegang teguh dan bersatu di bawah kalimah yang sama. Mereka mendengar dan taat akan sabda Nabi mereka bahawa ”Bukanlah dariku orang-orang yang berkata-kata atas assabiyyah, berperang atas assabiyyah dan mati kerana assabiyyah”. Oleh itu, mereka hanya berkata-kata dengan Islam, berperang kerana Islam dan mati kerana Islam. Mereka memahami bahawa Muhammad diutus untuk menghapuskan segala ikatan bangsa dan tanahair dan menggantinya dengan ikatan Islam semata. Oleh itu, mereka telah menjadikan Islam sebagai agama hidup dan mati mereka. Inilah agenda perjuangan mereka.

Setelah Islam menjadi satu-satunya ikatan yang mengikat dan menyatupadukan mereka, hal ini telah menjadi keresahan dan kegelisahan kafir Quraish. Kafir Quraish mula memusuhi Muhammad dan pengikutnya, hanya semata-mata kerana Muhammad menyatukan mereka dengan ikatan yang baru ini, yang tidak membezakan di antara kaya dan miskin, tuan dan hamba, yang berpangkat atau tidak. Semuanya diikat dengan kalimah yang sama. Jika dahulu kaum Jahiliyyah ini bergaduh dan sanggup berperang hanya kerana ikatan kesukuan, setelah kedatangan Muhammad, mereka sekarang bergaduh dan ingin memerangi kelompok yang telah diikat dengan ikatan yang baru ini (ikatan Islam). Begitulah kebencian orang-orang kafir terhadap ikatan yang baru muncul ini. Kebencian ini menyebabkan mereka tidak henti-henti memerangi Muhammad. Kebencian ini wujud hanya kerana Muhammad menyeru agar manusia mengucapkan bahawa ’Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah’. Kebencian inilah yang diwarisi oleh kaum kuffar sekarang. Mereka tidak sanggup dan tidak akan membiarkan umat Muhammad kembali bersatu di atas ikatan ini. Mereka akan memerangi mana-mana kelompok yang berusaha untuk menyatukan semula umat Muhammad di atas asas ini.

Wahai kaum Muslimin! Agenda perjuangan kalian adalah ISLAM! Inilah agenda perjuangan Rasulullah. Tidakkah kalian sedar bahawa Rasulullah itu adalah orang Arab, tetapi baginda tidak pernah menjadikan bangsa Arab sebagai agenda perjuangan? Tidakkah kalian sedar bahawa para sahabat yang mulia juga adalah orang Arab, tetapi mereka tidak pernah memperjuangkan bangsa mereka? Kenapakah kalian masih menjadikan bangsa sebagai agenda perjuangan? Kenapakah kalian masih ingin menjadikan bangsa sebagai ikatan yang mengikat kalian? Kenapakah hanya Melayu yang perlu dibantu, yang perlu diberi perhatian, yang perlu diberi keutamaan, yang perlu diperbincangkan? Kenapa pula bangsa Melayu yang tinggal di selatan Thai tidak pula dibantu atau diperhatikan? Apakah nasib bangsa selain Melayu tidak perlu diperhatikan, walhal mereka adalah saudara seIslam kalian? Inilah racun assabiyyah dan wathaniyyah yang telah menjadi kanser di dalam tubuh kalian. Sedarlah wahai saudaraku, kalian telah kembali ke zaman Jahiliyyah!

Wahai kaum Muslimin! Kaum kuffar berjaya memecahbelahkan kita apabila mereka menghidupkan semula api nasionalisme dan patriotisme di dalam tubuh kita. Ikatan-ikatan inilah yang telah menyebabkan kita terpecah kepada lebih dari 50 buah negara. Ikatan-ikatan inilah yang menyebabkan umat Islam dan para penguasa mereka tidak bersatu, malah sebaliknya mereka bangga dan bermati-matian mempertahankan sempadan negara mereka yang palsu itu. Ikatan-ikatan kufur inilah yang telah menyebabkan hilangnya rasa persaudaraan dan tanggungjawab di dalam diri umat Islam dan para penguasa kaum Muslimin terhadap saudara mereka yang lain. Kerana ikatan Jahiliyyah inilah mereka hanya menjadi penonton kepada pembunuhan dan penganiayaan yang berlaku ke atas saudara-saudara seagama mereka.

Mereka tidak lagi peduli terhadap pembunuhan dan pembantaian ke atas umat Islam di Palestin, Iraq, Kashmir, Chehnya dan lain-lain. Mereka hanya perlu bersyukur dengan kemanan yang dinikmati oleh negara mereka dan berpeluk tubuh menyaksikan darah ibu-ibu, kakak-kakak dan anak-anak mereka membasahi bumi Iraq, Lebanon dan Palestin. Mereka sedikit pun tidak melihat kitab Allah dan Hadis Rasulullah bahawa Allah dan RasulNya MEWAJIBKAN mereka menghantar pasukan tentera yang mereka miliki demi membela dan menjaga darah kaum Muslimin, di mana sahaja darah-darah tersebut ditumpahkan di bumi Allah ini. Para penguasa ini hanya menginginkan keselamatan di dunia semata-mata, tanpa memperhitungkan azab Allah yang pedih yang bakal menunggunya di akhirat hasil pengkhianatan yang mereka lakukan!

Atas dasar ini, Sautun Nahdhah kali ini sekali lagi ingin menyeru dan mengemukakan kepada kalian akan seruan dari Hizbut Tahrir Pusat [Nasyrah asal adalah di dalam Bahasa Arab dan ini merupakan terjemahan yang telah disunting ke dalam Bahasa Melayu]. Seruan ini ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, terutamanya para penguasa mereka dan pasukan tentera umat Islam agar mereka mendengar dan melihat rintihan serta tangisan saudara-saudara mereka yang mengharapkan bantuan dari mereka. Sesungguhnya seruan ini adalah sebagai peringatan kepada mereka yang memegang kekuasaan bahawa Allah mengamanahkan mereka kekuasaan bukan untuk disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, untuk kepentingan bangsa, tanahair, apatah lagi untuk tunduk menyembah musuh Allah, tetapi kekuasaan yang Allah anugerahkan kepada mereka hanyalah untuk mereka tunduk kepada Allah dan menegakkan agama Allah di muka bumi ini, sebelum Allah menjemput mereka bertemuNya pada hari yang tiada seorang pun yang berkuasa kecuali Dia. Maka pada hari itu, hilanglah segala kekuasaan dan kekuatan yang mereka miliki dan Allah akan bertanya mereka, ’Siapakah yang berkuasa pada hari ini?’

WAHAI TENTERA KAUM MUSLIMIN! TIADAKAH DI KALANGAN KALIAN SEORANG PEMBELA PUN TERHADAP ISLAM DAN KAUM MUSLIMIN, KEMULIAAN SERTA KEHORMATAN MEREKA?

Yahudi la’natullah telah menggerakkan Tentera Udara mereka untuk melepaskan beberapa tembakan ke arah wanita Muslimah di Bait Hanun, sehingga ada di antara mereka yang terbunuh dan tercedera. Mereka juga telah menyerang dan memusnahkan beberapa masjid; merosakkan tanam-tanaman dan membunuh kanak-kanak serta orang-orang tua di rumah-rumah mereka……sementara para penguasa kaum Muslimin pula hanya sibuk mengukur setakat manakah kemusnahan yang berlaku dan menghitung berapa ramaikah yang terkorban. Para penguasa ini hanya duduk menonton dengan penuh selesa akan kebiadaban dan kekejaman Yahudi tersebut yang membunuh wanita Muslimah dengan peluru-peluru mereka. Apa yang berlaku ini tidak sedikit pun menarik perhatian dan menyentuh perasaan para penguasa kaum Muslimin. Malah, apa yang keluar dari mulut-mulut mereka hanya berupa kecaman ke atas wanita Muslimah yang memprotes pembunuhan tersebut, tetapi para penguasa kaum Muslimin ini tidak sedikit pun menyalahkan Yahudi yang telah melakukan pembunuhan kejam tersebut.

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!


Masih belum tibakah masanya kalian melepaskan diri dari belenggu para penguasa yang telah menukarkan kemuliaan kalian menjadikan kalian kaum yang hina dan tiada maruah? Walhal apa yang sepatutnya mereka (para penguasa) lakukan ialah menggerakkan kalian menuju medan pertempuran melawan kebiadaban dan kekejaman Yahudi tersebut? Bagaimana mungkin tentera-tentera Mesir, Jordan, Syria dan Lebanon yang mempunyai kem-kem di sempadan Palestin hanya diam terpaku menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri para wanita Muslimah dikejar (untuk dibunuh) oleh kaum Yahudi? Mesir tanpa segan silu telah meminta izin dari Yahudi untuk menghantar pasukan petugas sempadannya ke wilayahnya sendiri, Rafah. Pasukan ini dihantar untuk menghalang penduduk Rafah (sebelah Mesir) dari membantu saudara mereka sendiri yang menetap di wilayah Rafah (sebelah Palestin). Padahal para tentera inilah yang sepatutnya menjaga dan melindungi kedua-dua penduduk dari serangan ganas dan kejam Yahudi!

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!


Apakah tidak ada di antara kalian orang-orang yang sangat mengharap dan merindukan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala serta syurgaNya? Apakah tidak ada di antara kalian orang-orang yang ingin mencari kehormatan di dunia dan kemuliaan di akhirat? Apakah tidak ada di antara kalian orang-orang yang benar-benar ingin menjual dirinya untuk memperoleh keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan bangkit berusaha mengubah kemungkaran dan kezaliman para penguasa itu, sekaligus menolong Allah dan RasulNya sehingga amalnya tercatat di lembaran-lembaran yang putih lagi bersih di sisi Allah? Apakah tidak ada di kalangan kalian seorang Mu'tasim yang akan menolong dan melindungi para wanita Muslimah ini dan menuntut bela di atas kebiadaban, kekejaman dan kezaliman musuh-musuh Allah ini?

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!


Sesungguhnya musuh-musuh kalian tidaklah kuat. ’Kekuatan’ yang ada pada mereka hanyalah disebabkan pengkhianatan para penguasa kalian sendiri yang bukan sekadar berdiam diri terhadap musuh, malah menyokong dan membantu musuh-musuh kalian untuk menghapuskan kalian. Mereka menjadikan kalian umat yang lemah dan takut kepada musuh-musuh kalian. Yahudi sebenarnya tidak pernah mencapai satu pun kemenangan dalam peperangan yang dihadapinya. Kejayaan mereka hanya muncul di dalam beberapa siri peperangan terancang (hasil pengkhianatan dari pemimpin kaum Muslimin sendiri). Kitabullah menjadi saksi akan hakikat ini,



”Dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah), kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.” [TMQ Ali-'Imran (3):111].


Hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana dikeluarkan oleh Muslim, juga menjadi saksi,



”Kamu benar-benar akan memerangi orang-orang Yahudi dan kamu benar-benar akan membunuh mereka.” [HR Muslim].

Dalam riwayat lain disebutkan:



”Orang-orang Yahudi benar-benar akan memerangi kamu, namun, kamu pasti akan mampu menguasai mereka.”

Beberapa fakta peperangan turut menjadi saksi kepada hakikat ini:

Di dalam peperangan pada tahun 1948, sejumlah tentera yang benar-benar beriman kepada Allah menolak dari menyerah diri mahupun berundur dari benteng Al-Quds dan mereka tetap bertahan di sana dan akhirnya mereka menang.

Di dalam Perang al-Karamah tahun 1968, sekumpulan dari tentera kaum Muslimin telah mengengkari arahan penguasa mereka lalu terjun ke kancah peperangan untuk menolong peperangan di Al-Karamah. Mereka mencapai kemenangan dan pasukan musuh cabut lari dengan meninggalkan beberapa buah kereta kebal. Rupanya pemandu kereta kebal ini (tentera musuh) diikat di tempat duduk mereka agar mereka tidak melarikan diri!!

Hal yang sama juga terjadi pada permulaan perang tahun 1973, di mana sekumpulan pejuang dari tentera Mesir menggempur kubu-kubu pertahanan Yahudi di sempadan Bar Lev. Tentera Syria pula berjaya menyusup masuk ke sempadan 48 (Border 48) di Golan, meskipun tentera Yahudi ketika itu dilengkapi dengan persenjataan berat. Seandainya tiada pengkhianatan dari Sadat semasa Perang Dafurs, dan kejahatan Hafidz al-Asad terhadap tenteranya di Golan yang membenarkan Amerika terlibat dengan ’perang melalui meja perundingan’, bukannya di medan perang..... kalaulah bukan kerana ’perundingan pintu belakang’ ini, tentulah hasil perang tersebut akan berbeza sama sekali.

Yang terbaru, serangan Israel pada bulan Julai 2006 di mana sekelompok tentera yang masih memiliki keimanan ternyata mampu menentang keganasan Israel walaupun perbezaan dari segi persediaan dan peralatan ketenteraan amat ketara di antara keduanya.

Sesungguhnya Yahudi akan sentiasa diliputi kehinaan dan kengerian jika mereka menyedari bahawa sebenarnya cukup hanya dengan satu negara sahaja, tidak perlu bantuan negara-negara lain disekelilingnya, negara ini sudah mampu untuk melawan dan mengalahkan mereka. Andai saja negara Yahudi itu membayangkannya, pasti mereka tidak akan berani menyerang kaum Muslimin, bahkan pendudukan mereka di bumi Palestin pun akan turut goyah dan kucar-kacir. Mereka pasti akan mengalami nasib yang sama dengan orang-orang Yahudi sebelumnya. Rumah-rumah mereka telah dirobohkan oleh tangan-tangan mereka sendiri dan juga tangan orang-orang Mukmin; dan golongan yang bernasib baik dan terselamat dari kalangan mereka nescaya akan terusir dan lari dari Palestin.

Sesungguhnya wahai kaum Muslimin, kekuatan musuh-musuh kalian itu adalah disebabkan oleh pengkhianatan para penguasa kalian sendiri. Ini bukan hanya terjadi di Palestin, malah di setiap negeri kaum Muslimin yang diduduki oleh orang-orang kafir. Mereka sebenarnya tidak akan berhasil menguasai suatu negeri pun kecuali dengan sebab pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin dan agen-agennya serta sikap berdiam-diri kaum Muslimin dari memberikan bantuan dan pertolongan kepada saudara seagama mereka. Kashmir contohnya, diduduki oleh orang-orang Hindu di mana Pakistan gagal untuk membebaskannya. Sebaliknya, Pakistan berusaha untuk menghancurkan gerakan Mujahidin di Kashmir sehancur-hancurnya. Manakala Chechnya pula berada di bawah penguasaan Rusia, sementara negara-negara Asia Tengah dan Azerbaijan hanya mengambil sikap berdiam-diri saja, tidak mahu membantu dan membebaskannya dari penguasaan Rusia yang begitu brutal. Adapun Afghanistan pula, tidak akan boleh ditawan oleh Amerika, melainkan dengan sebab pengkhianatan dan konspirasi keji dari penguasa Pakistan. Justeru itu, mungkinkah Amerika dapat menakluki Iraq seandainya Syria, Iran dan Turki bergerak untuk membantu Iraq? Atau seandainya sejumlah negara Teluk yang kecil-kecil itu tidak menjadikan wilayah-wilayah mereka sebagai pangkalan tentera Amerika dan Britain sebagai tempat pelancar serangan mereka ke atas umat Islam?

Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin!


Tentera kaum Muslimin adalah anak-anak kalian; semangat dan kekuatan mereka adalah lahir dari kalian. Mengapa kalian tidak berdiri bersama-sama mereka untuk mengubah para penguasa kalian yang berlutut tanpa maruah di hadapan musuh? Mengapakah kalian tidak bertindak membebaskan tanah-tanah kalian dan mengembalikan maruah kalian serta menjaga kemuliaan kalian? Sesungguhnya keinginan kalian dan kasihnya kalian kepada kehidupan dunia ini, hanyalah akan menjatuhkan kalian ke lembah kehinaan, kesengsaraan dan kepasrahan. Sesungguhnya itu adalah kehidupan yang benar-benar sia-sia jika kalian menyedarinya.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyeru kalian!

Wahai seluruh kaum Muslimin, kami menyeru kalian dengan segala kekuatan yang kami miliki. Hizbut Tahrir menyeru kepada para tentera kaum Muslimin agar menyahut jeritan pertolongan para wanita Muslimah, menyahut tangisan anak-anak dan keluhan orang-orang tua yang tidak berdaya. Sesungguhnya Hizbut Tahrir menyeru kalian agar segera bergerak menuju medan perjuangan untuk menuntut bela terhadap mereka yang bertanggungjawab, di samping menyingkirkan para penguasa kaum Muslimin yang mengongkong kalian dan juga agen-agennya yang menghalangi jalan kalian. Inilah yang akan menyelamatkan kalian dari kemurkaan Allah dan azabNya, pada hari di mana harta kekayaan dan anak-anak tidak lagi bermanfaat kecuali mereka yang datang dengan hati yang tulus dan suci.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir meminta pertolongan kepada kalian agar kalian berdiri bersama-samanya untuk mengembalikan Khilafah ar-rasyidah ’ala minhaj nubuwwah.... . agar kalian menjadi golongan yang terpimpin di atas kebenaran, sebagaimana pimpinan Khulafa' Rasyidin, al-Mu'tasim, Salahuddin al-Ayubi. Di saat inilah, tidak akan ada seorang kafir pun yang menyentuh seorang wanita dan akan terselamat dari perlakuan buruknya (apatah lagi menembak wanita Muslimah). Hanya dengan inilah kalian akan kembali menjadi umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia.


“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan RasulNya apabila Rasul menyeru kamu pada suatu yang memberikan kehidupan kepada kamu.” [TMQ Al-Anfal (8):24].

13 Syawal 1427H / 4 November 2006M
HIZBUT TAHRIR
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Kera Dihutan Disusui Anak Sendiri Diracuni

Postby GOOKU on Fri Nov 24, 2006 10:46 am

Kera Dihutan Disusui Anak Sendiri Diracuni


[SN] Kes ‘tangkap khalwat’ di mana-mana negeri di Malaysia adalah merupakan fenomena biasa. Tidak ada yang ’istimewa’nya dengan kes-kes sebegini kecuali beberapa kes sensasi yang melibatkan artis-artis atau orang-orang kenamaan. Walaubagaimanapun, kes penangkapan khalwat pasangan pelancong di Kuah, Langkawi oleh Jabatan Hal-Ehwal Agama Kedah bulan lepas telah menjadi satu isu dan mendapat liputan meluas media. Ini adalah kerana pasangan yang ditangkap itu merupakan pelancong asing dan bukan beragama Islam (Kristian). Tambahan pula mereka adalah sepasang suami-isteri. Peristiwa ini berlaku pada 12 Oktober lepas di mana seorang pesara polis Amerika Syarikat, Randal Barnhart, 62 bersama isterinya Carol, 61 telah diserbu di kondominium sewa mereka oleh pegawai penguatkuasa agama pada jam 2.00 pagi. Pegawai tersebut menuduh mereka melakukan khalwat serta meminta mereka menunjukkan sijil perkahwinan.

Sehubungan ini, Kementerian Pelancongan telah mengarahkan pegawainya di Kedah untuk menyiasat. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Donald Lim menyatakan bahawa Kementerian memandang serius perkara ini dan akan menghantar laporan kepada Menteri. Katanya, “Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyerahkan laporan berkenaan kepada Kabinet”. Orang ramai dan pihak pembangkang telah melahirkan keprihatinan mereka dan ingin mendapat jawapan dari pihak berkuasa, tambah beliau [The Star Online 03/11/06].

Peristiwa ini turut mendapat tindakbalas, komentar serta cadangan penyelesaian dari pelbagai pihak. Antaranya adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM dilapor akan menjalankan mesyuarat khas menerangkan garis panduan operasi kepada semua Jabatan Agama Negeri pada 23-25 November. Mereka perlu mematuhi Piawaian Prosedur Operasi (SOP) ini. Mengikut SOP yang baru digubal, operasi hanya boleh dilakukan oleh pegawai yang mempunyai surat kuasa daripada Jabatan Agama Islam Negeri atau pemerintah negeri terbabit sahaja [NST, BH 16/11/06]. Persoalannya, apakah isu ini begitu hangat diperbincangkan kerana ia berlaku ke atas pelancong warga Amerika? Bagaimana pula jika ia berlaku ke atas pasangan suami isteri beragama Islam warga Malaysia? Adakah ia akan menjadi isu yang hangat? Sautun Nahdhah akan membicarakan perkara ini serta peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kaum Muslimin di dalam menangani gejala maksiat yang terus bermaharajalela pada hari ini.

Barat Ditatang Islam Ditentang

Wahai kaum Muslimin! Kafir Barat tidak pernah menghormati Islam, malah mereka cukup benci kepada Islam dan berusaha menghapuskannya. Mereka tidak akan senang kepada kita sehinggalah kita mengikuti millah mereka. Walaupun mereka gagal menarik umat Islam agar memeluk agama mereka, tetapi mereka berjaya menarik sebahagian besar dari umat Islam agar mengikuti cara hidup mereka. Mereka memisahkan agama dari kehidupan (sekular), lalu umat Islam mengikutinya; mereka mengamalkan kebebasan, lalu umat Islam mengikutinya; mereka kasihkan dunia dan takutkan mati, lalu umat Islam juga mengikutinya. Yang lebih buruk, mereka bencikan umat Islam dan sistem Islam, lalu umat Islam juga mengikutinya. Oleh itu, kita menyaksikan sudah tiada lagi kehidupan Islam di sekililing kita, kita menyaksikan para pemimpin kaum Muslimin tidak lagi menerapkan Islam, sebaliknya mempertahankan sistem sekular yang mereka warisi dari Barat ini.

Kejayaan kafir Barat di dalam mengubah pemikiran umat Islam agar memisahkan diri dari Islam tidak berhenti di sini; mereka malah berjaya mengubah pemikiran umat Islam agar menyayangi mereka, menghormati mereka dan tunduk kepada mereka. Justeru, kita melihat umat Islam menyanjung tinggi sistem mereka yang kufur, menganggap hebat tamadun liar mereka dan memuliakan kehadiran mereka. Atas kejahilan ini, pelancong asing terutama dari Barat akan diberi layanan ’first class’ oleh kita. Mereka seperti insan yang mulia, berbanding rakyat sendiri. Kita sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat ’menambat hati’ dan memuliakan ’tetamu kehormat’ ini. Sehingga, jika ada undang-undang di dalam negeri yang menyusahkan mereka, maka undang-undang ini perlu dipinda agar ’tetamu’ ini dapat menikmati hidup dengan selesa di sini. Umat Islam seolah-olah sudah ’hilang punca’ bahawa kita adalah umat yang terbaik dan sistem kita adalah sistem terbaik yang datang dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Tidak lama dahulu ada cadangan supaya dilanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, pusat beli-belah dan restoran sehingga jam 5.00 pagi. Kementerian Pelancongan pernah mencadangkan kawasan hiburan khas diwujudkan sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengimbangi keselesaan pelancong selepas keputusan dibuat untuk tidak melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan di beberapa tempat tertentu di negara ini. Para pemimpin kita berusaha untuk memberi keselesaan kepada pelancong asing ini tanpa memikirkan bahawa usaha ini hanya akan menyuburkan lagi aktiviti maksiat di dalam negara. Mereka memandang penting akan keselesaan dan apa-apa aduan dari pelancong asing. Jika ada sedikit sahaja aduan, maka ia akan terus dilayan dengan sungguh-sungguh. Namun jika aduan tersebut datang dari rakyat sendiri, maka ia seolah-olah tak perlu disegerakan. Jika kita tersilap tangkap pasangan Barat sedang berkhalwat, maka undang-undang perlu dipinda agar perkara ini tidak berulang. Tetapi jika yang tersilap tangkap itu adalah pasangan tempatan, maka ini soal kecil sahaja, tak perlu dibincangkan! Pendek kata apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan ’ketidakselesaan’ atau ’kemarahan’ orang-orang Barat, maka ini adalah isu penting dan perlu ditangani segera, apatah lagi jika isu-isu tersebut membabitkan soal keselamatan.

Lihat sahaja kedatangan Presiden rejim ganas AS, George Bush ke Indonesia baru-baru ini yang disambut baik oleh sang pemimpin, seolah-olah si laknatullah ini seorang hero penyelamat umat. Ribuan polis dikerah berjaga-jaga, bukan semasa kedatangan, malah sebulan sebelum kedatangannya!! Begitu juga kita melihat kedatangan Condoleeza Rice ke Malaysia tidak lama dulu yang disambut dengan ‘permaidani merah’, walaupun pada hakikatnya tangan rejim ganas AS ketika itu masih berlumuran darah dengan pembunuhan yang mereka lakukan ke atas saudara-saudara kita. Sama juga halnya dengan delegasi-delegasi atau pelancong-pelancong dari Barat di mana layanan yang diberikan kepada mereka sangat luarbiasa. Para pemimpin kaum Muslimin sudah tidak lagi membezakan kawan atau lawan, musuh atau sahabat, golongan yang mulia atau yang hina, musuh Allah ataupun tidak.

Wahai kaum Muslimin! Janganlah sekali-kali kalian lupa akan kebiadaban Barat ke atas kalian dan ke atas agama Allah. Barat sentiasa memandang serong ke atas semua orang yang pada namanya ada ’bin’ atau ’binti’. Di lapangan terbang, nama-nama sebegini akan diperiksa habis-habisan dan akan diberi ’perhatian istimewa’. Bukan diperhati untuk dijaga keselamatannya, tetapi untuk ditembak seperti anjing jika perlu. Dari mula menjejakkan kaki di lapangan terbang, umat Islam terus menjadi ’pesalah’ sehinggalah kita menaiki kapal terbang semula untuk pulang. Bahkan, umat Islam yang telah lama berada di negara mereka atau yang telah menjadi warganegara mereka sekalipun, turut dilayan dengan ’kurang ajar’ oleh mereka. Mereka tidak membenarkan kita mengamalkan cara hidup kita, walhal mereka mendakwa mereka adalah negara yang mengamalkan kebebasan. Mereka mahu kita berfikir sebagaimana mereka dan tunduk kepada mereka.

Jika Bush menyatakan (tuduhan liar) bahawa Arab Saudi, Syria, Indonesia atau Malaysia adalah sarang pengganas, maka kita akan melihat betapa para pemimpin kaum Muslimin akan kelam kabut berusaha untuk membuktikan bahawa negara mereka bukan sarang pengganas. Kita melihat seolah-olah kenyataan Bush itu adalah hasil dari analisis yang mendalam dan disertai bukti-bukti yang tidak dapat disangkal. Pokoknya, hanya dengan satu tuduhan, kita terus menjadi bersalah sehinggalah kita membuktikan sebaliknya. Yang menuduh (Bush) seolah-olah tidak bersalah dan tidak perlu membuktikan apa-apa; sebaliknya, yang dituduh mesti mendatangkan bukti. Demi untuk membuktikan bahawa tuduhan Bush itu tidak berasas, maka rakyat sendiri menjadi mangsa. Maka lahirlah pemimpin-pemimpin yang membenci dan memusuhi rakyatnya, terutama gerakan Islam yang ikhlas berjuang menegakkan hukum Allah, meskipun mereka (gerakan-gerakan ini) tidak menggunakan kekerasan dalam dakwah. Golongan ini akan dicop sebagai ekstrem, radikal, pengganas dan sebagainya. Pemuja Barat disanjung, pejuang Islam dibendung. Musuh Allah dianggap dan dilayan sebagai sahabat, golongan yang menolong agama Allah dianggap dan dilayan seperti musuh. Ibarat kata, kera di hutan disusui, anak sendiri diracuni.

Wahai kaum Muslimin! Wahai para pemimpin kaum Muslimin! Lupakah kalian akan segala kejahatan yang telah dilakukan Barat ke atas kalian dan saudara-saudara kalian? Saudara kalian diseksa, disembelih dan dibunuh dengan kejam oleh mereka. Anak-anak perempuan dan wanita-wanita dirogol dan ditembak sesuka hati. Di dalam pemikiran Barat, umat Islam adalah umat yang hina, umat Islam adalah musuh, jahat, terroris dan sebagainya. Mereka betul-betul menganggap kita sebagai penjenayah yang perlu dihapuskan, kecuali golongan yang tunduk kepada Barat dan mengamalkan nilai-nilai mereka. Atas dasar ini, mereka memerangi kita habis-habisan.

Tidak lama dahulu di Perancis, pelajar perempuan Islam dilarang memakai tudung ke sekolah. Baru-baru ini, isu tudung sekali lagi dibangkitkan oleh Menteri Luar Britain, Jack Straw. Britain yang kononnya sebuah negara yang memperjuangkan demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan, tidak membenarkan umat Islam mengamalkan cara hidup Islam. Kita tidak boleh mengamalkan cara hidup kita di tempat mereka, tetapi mereka bebas mengamalkan cara hidup mereka di tempat kita. Mereka bebas memakai bikini di negara mereka dan melakukan perkara yang sama di negara-negara kita. Mereka berjemur di pantai tanpa seurat benang pun di negara mereka dan mereka dibiarkan melakukan hal yang sama di negara kita. Apabila kita ingin menyekat perkara ini, maka kita akan dikatakan menolak idea kebebasan. Inilah sikap hipokrit Barat yang memperjuangkan kebebasan. Takut dicop oleh Barat sebagai golongan yang menolak kebebasan, maka para pemimpin dan ulama kita hanya membiarkan sahaja mereka bertelanjang di negara kita. Undang-undang kita digubal dan dijaga agar tidak menyekat konsep kebebasan seperti ini.

Wahai kaum Muslimin! Sedarkah kalian bahawa golongan kuffar tidak pernah mengambil kira sensitiviti umat Islam di dalam apa-apa hal sekalipun. Sebaliknya, para pemimpin dan ulama’ kalian terlalu menjaga dan mengambil kira sensitiviti Barat di dalam segenap hal. Penjagaan rapi terhadap sensitiviti kaum kuffar ini menyebabkan mereka meletakkan Islam di belakang. Hukum syara’ diketepikan hanya semata-mata kerana takut mengguris atau melukakan hati penganut agama lain, seolah-olah Islamlah yang bersalah. Mereka yang bersuara menegakkan hukum syara’ terus dicop sebagai ekstremis dan radikal. Islam seolah-olah sudah menjadi musuh di dalam selimut!!

Amar Makruf Nahi Mungkar – Tugas Siapa?

Banyak pihak hanya meletakkan urusan amar makruf nahi mungkar di tangan orang-orang atau agensi-agensi tertentu sahaja. Atas dasar ini, jika aktiviti amar makruf nahi mungkar ini gagal, maka jari boleh dituding kepada pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan. Akibatnya, pihak-pihak lain, termasuk para pemimpin dan kerajaan adalah tidak bersalah. Justeru, JAKIM, sebagai pihak yang diberi tanggungjawab selalu dipersalahkan apabila banyak kegiatan negatif gagal dibendung. Semua pihak terus-terusan menyerang JAKIM di atas kegagalan ini, sekaligus berjaya menutup kelemahan-kelemahan ’pihak lain’ dan ’sistem’ yang ada. JAKIM dikritik hebat dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. JAKIM juga sebenarnya telah dikritik dalam perhimpunan-perhimpunan yang lepas. Mungkin ramai yang berpendapat JAKIM wajar membela diri di atas setiap pertuduhan meskipun ia turut mengakui kelemahan yang ada dan berusaha untuk memperbaikinya. Persoalannya, adakah JAKIM benar-benar bersalah dan jika ya, adakah langkah-langkah yang diambil untuk memperbaikinya sesuai dengan Islam?



Tugas kami di sini bukanlah untuk menghukum siapakah yang bersalah tetapi kami bertanggungjawab untuk merungkai segala kebatilan dan menjelaskan segala kebenaran, agar cahaya kebenaran akan melenyapkan segala kebatilan. Ketahuilah wahai kaum Muslimin bahawa kegiatan amar makruf nahi mungkar diwajibkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada setiap individu, masyarakat dan juga gerakan-gerakan Islam. Ia bukan hanya tugas orang atau pihak tertentu sahaja. Oleh itu, kita tidak boleh menghadkan aktiviti amar makruf nahi mungkar bagi pihak-pihak tertentu sahaja.



Untuk setiap individu Muslim, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HR Muslim]. Menurut Qadi Iyadh, hadis ini berkaitan dengan sifat-sifat seseorang ketika mengubah kemungkaran. Orang yang hendak mengubah kemungkaran boleh dengan berbagai cara, samada melalui perkataan mahupun tangan (perbuatan). Jika dia menduga bahawa sekiranya kemungkaran tersebut diubahnya dengan tangan akan muncul kemungkaran yang lebih besar lagi, seperti risiko akan dibunuh atau orang lain akan terbunuh kerana perbuatannya, cukuplah ia mengubahnya dengan lisan seperti nasihat dan peringatan. Jika ia bimbang ucapannya itu boleh mengakibatkan risiko yang sama, cukuplah diingkarinya dengan hati (tidak redha akan maksiat tersebut). Itulah maksud hadis tersebut [An-Nawawi, Syarh Sahîh Muslim, jilid II/25].



Berdasarkan hal ini, semua orang pada hakikatnya mampu dan berhak mengubah kemungkaran. Tidak kira siapakah dia, samada pegawai kerajaan atau orang awam. Ini jelas telah dilaksanakan oleh Daulah Islamiyyah sebagaimana yang digambarkan oleh Abu Ya’la Muhammad al-Farra’ di dalam kitab Al-Ahkam as-Sulthaniyyah ketika menceritakan peristiwa hisbah yang mana ianya melibatkan pegawai Negara dan sukarelawan yang terdiri daripada rakyat tempatan [Al-Farra, Al-Ahkam as-Sulthaniyyah, 1983].

Masyarakat secara keseluruhan juga diperintahkan oleh Rasulullah agar melakukan aktiviti amar makruf nahi mungkar ini. Perumpamaan yang tepat telah digambarkan oleh Rasullullah di dalam sebuah hadis yang lebih dikenali sebagai ‘hadis kapal’ di mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang mencegah maksiat dan melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki sebuah kapal. Sebahagian mereka berada di atas dan yang lain berada di bawah. Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka terpaksa melalui orang-orang yang di atasnya. Lalu mereka berkata: ‘Jika kami tebuk sahaja lubang pada bahagian kami ini, tentu kami tidak perlu menyusahkan orang-orang di atas kami’. Tetapi jika yang demikian itu dibiarkan oleh orang-orang yang berada di atas (walhal mereka tidak menghendakinya), maka binasalah seluruhnya. Dan jika dikehendaki dari tangan mereka keselamatan, maka akan selamatlah kesemuanya.” [HR Bukhari].

Begitulah perumpamaan jelas yang dibuat oleh Junjungan kita. Jika masyarakat membiarkan aktiviti maksiat berlaku di dalam lingkaran mereka, maka keseluruhan masyarakat itu disifatkan oleh Rasulullah akan binasa. Idea ’kebebasan’ yang dianut oleh masyarakat pada hari ini menyebabkan mereka tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka, yang penting mereka tidak diganggu. Oleh itu, kita menyaksikan segala kerosakan berlaku di dalam masyarakat kita sebagai natijah dari tidak wujudnya di kalangan kita yang menegur atau mengubah kemungkaran sebagaimana yang Rasulullah perintahkan. Justeru, masyarakat secara umumnya haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencegah dan menghalang segala aktiviti maksiat agar kita semua terselamat dari bencana.

Bagi gerakan-gerakan Islam pula, Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan melalui FirmanNya, ”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mereka itulah orang-orang yang menang.” [TMQ Ali Imran (3):104]. Ayat yang mulia ini merupakan perintah Allah yang sangat jelas kepada kelompok-kelompok Islam bahawa mereka wajib melakukan aktiviti amar makruf nahi mungkar dan ini adalah asas kepada kegiatan mereka.



Seperkara lagi yang perlu difahami dengan benar adalah maksud kemungkaran atau maksiat itu sendiri. Ramai di kalangan umat Islam yang menganggap perkara-perkara maksiat adalah zina, khalwat, berdua-duaan dan seumpamanya. Fahaman sebegini jelas keliru dan mengelirukan. Maksiat bermaksud melakukan apa-apa sahaja perkara yang haram atau meninggalkan yang wajib. Oleh itu mengambil riba adalah maksiat, begitu juga dengan makan rasuah, berjudi, tajassus (mengintip sesama umat Islam), tidak solat, tidak puasa dan seumpamanya. Adapun melakukan perkara yang mubah, tidak melakukan perkara yang sunat atau melakukan perkara yang makruh tidaklah dikategorikan sebagai maksiat. Oleh itu, tidak berpuasa hari Isnin dan Khamis, tidak bersedekah atau memakan bawang tidaklah dikategorikan sebagai maksiat. Oleh yang demikian, yang dimaksudkan dengan mencegah kemungkaran di sini adalah mencegah segala perkara yang haram (maksiat).



Sehubungan dengan ini, Negara adalah satu-satunya entiti pelaksana (kiyan tanfizi) dalam membendung aktiviti maksiat yang dilakukan oleh mana-mana individu atau kumpulan. Maksudnya, Negara wajib menghukum semua pelaku maksiat dengan hukum Allah. Oleh itu, para pelaku maksiat wajib dihukum samada dengan jinayat (qisas), hudud, ta’zir mahupun mukhalafat. Inilah sistem ’uqubat (hukuman) di dalam Islam ke atas mereka yang memaksiati Allah. Sehubungan dengan ini juga, kita harus sedar bahawa maksiat terbesar yang dilakukan oleh manusia terhadap Allah adalah tidak menerapkan hukum Allah itu sendiri. Menerapkan hukum selain hukum Allah adalah sebesar-besar kemungkaran yang dilakukan oleh manusia kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Begitu besar dosa mereka yang melakukan perkara ini di sisi Allah sehingga Allah mengkategorikan mereka ini sebagai kafir, zalim dan fasik. [lihat Al-Qur’anul Karim Surah Al-Maidah (5): 44, 45 dan 47]



Justeru, wajib ke atas setiap individu Muslim, gerakan-gerakan Islam dan mana-mana agensi Islam sekalipun mencegah segala maksiat yang berlaku di sekeliling mereka. Kewajiban ini tidak boleh diletakkan di bahu pihak tertentu sahaja dan tidak dibolehkan mana-mana pihak menyekat mana-mana individu atau kelompok Islam dari melakukan amar makruf nahi mungkar. Kewajiban ini datangnya dari Allah dan Rasul, bukannya datang dari manusia. Sama sebagaimana kewajiban solat dan puasa, di mana kita melakukannya tanpa perlu izin dari mana-mana pihak, maka hal yang sama hukumnya wajib ke atas setiap kaum Muslimin untuk melakukan amar makruf nahi mungkar tanpa perlu terlebih dahulu meminta izin dari mana-mana pihak. Namun begitu, yang perlu dibezakan di sini ialah dari segi hukuman. Hanya Negara yang berhak menjatuhkan hukuman, itu pun wajib dijatuhkan hukum Allah, bukan hukum manusia. Sekiranya hukum manusia yang dijalankan, maka semua pihak (termasuk JAKIM) wajib pula mencegah kemaksiatan terbesar ini. Dengan kata lain, para pemimpin yang telah melakukan maksiat terbesar ini wajib dimuhasabah.



Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengakhiri risalah ini dengan satu kata-kata yang mulia, yang keluar dari mulut seorang yang mulia, dari peribadi seorang yang mulia, dari semulia-mulia makhluk, agar kalian benar-benar mengambil peringatan darinya dan takut akan azabNya ke atas kalian jika kalian tidak melakukan amar makruf nahi mungkar.



“Demi jiwaku yang ada dalam genggamanNya, (hendaklah) kalian memerintahkah kemakrufan dan mencegah kemungkaran atau Allah akan menimpakan azab atas kalian, kemudian kalian berdoa kepadaNya, lalu doa kalian tidak akan dikabulkan.” [HR at-Tirmidzi].




Ya Allah! Saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan...



SN Keluaran - 24 November 2006

Sumber - www.mykhilafah.com
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Kontrak sosial

Postby GOOKU on Sat Dec 02, 2006 1:06 am

Kontrak Sosial : Kembali Kepada Sejarah atau Kembali Kepada Islam?



Pada persidangan Agung UMNO ke-57 baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga merupakan Presiden UMNO menegaskan dalam ucapannya, bahawa kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang ke atas pihak yang terus mempertikaikan kontrak sosial yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan ini kemudiannya disambut secara positif oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman yang menyatakan, kontrak sosial itu telah diterima sekian lama oleh rakyat Malaysia dan tidak wajar ia diperbahaskan. ``Kontrak sosial tersebut memberi ketenteraman sekian lama hingga Malaysia menjadi contoh bagi sesetengah negara lain.....Ia tidak patut dipertikai oleh mana-mana pihak'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas perasmian Sekretariat Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Tambahnya, seandainya pertikaian berterusan, ia akan menggugat perkembangan dan kemajuan Malaysia. [UM 18/11/06].

Isu Kontrak Sosial ini sebenarnya telah pun hangat pada tahun lepas, tatkala Mingguan Malaysia pada 14/08/05 menyiarkan laporan yang memetik ucapan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik di negara ini melupakan formula kontrak sosial antara kaum kerana ia didakwa membuatkan masyarakat Cina dan India merasa `kecil hati'. Berikutan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan tersebut dengan mendakwa ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Reaksi serupa dari beberapa pemimpin UMNO turut disiarkan di media. Selepas beberapa orang pemimpin campur tangan, maka seperti biasa, semua pihak yang berani bersuara terus menutup mulut dan memendam segala rasa tidak puas hati.

Meskipun istilah `Kontrak Sosial' bukan merupakan sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia dan telah menjadi bualan dan perbincangan pada mesyuarat agung UMNO yang lepas, tidak dapat dinafikan bahawa masih ramai di kalangan rakyat yang kurang faham ataupun langsung tidak memahami maksudnya. Sautun Nahdhah kali ini akan menyongsong sejarah tentang kedudukan Kontrak Sosial (The Social Contract) ini, seterusnya memaparkan perbincangan tentang Piagam Umat (Mitsaq al-Ummah) menurut perspektif Islam.

`Du Contract Sosial'

Ketika Eropah masih di zaman kegelapan (dark ages), gereja bersikap keras terhadap sains dan akan menghalang apa sahaja teori yang bercanggah dengan dogmanya. Ini menyebabkan wujudnya ahli fikir dan ahli falsafah (golongan intelektual) yang amat tidak berpuas hati dan mengambil keputusan untuk menggulingkan kuasa gereja/ agama. Setelah itu, terjadi pertembungan yang begitu hebat di antara gereja dan kelompok intelektual ini. Krisis berdarah ini berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil jalan tengah (kompromi) di mana kuasa pemerintahan yang ada pada gereja dihapuskan dan diserahkan kepada golongan intelektual. Gereja hanya dibenar menguruskan hal-hal agama sahaja. Agama tidak dinafikan tetapi mesti dipisahkan dari kehidupan atau pemerintahan. Setiap orang adalah bebas untuk percaya kepada agama atau tidak (kebebasan beraqidah). Yang penting, agama mesti dipisahkan dari urusan kehidupan. Inilah peristiwa yang membidani lahirnya `Sekularisme' .

Golongan Intelektual ini kemudian berfikir keras tentang cara untuk mewujudkan sebuah negara yang ideal (sempurna). Mereka sebenarnya tidak mempunyai idea untuk membina sebuah Negara pun, apatah lagi yang ideal. Dari sini, lahirlah para pemikir atau cendekiawan Barat yang cuba membina suatu persepsi baru untuk memulakan sebuah Negara. Selama ini mereka jauh ketinggalan dari segala aspek tentang kenegaraan berbanding umat Islam, yang diterajui oleh Khilafah Uthmaniah yang mendominasi politik dunia pada ketika itu. Beberapa perkara tentang Negara mula difikirkan oleh pemikir-pemikir Eropah yang akhirnya meletuskan Revolusi Perancis sebagai manifestasi dari proses Renaissance (pencerahan dari aspek pemikiran). Para pemikir ini kemudian melahirkan pelbagai teori bagaimana untuk mengatur urusan sebuah negara. Oleh kerana tiada apa-apa yang boleh menjadi pegangan mereka, tiada kitab sebagai rujukan, tiada hukum-hakam yang menjadi pegangan, tiada ajaran agama yang boleh memandu mereka, maka mereka hanyalah menggunakan kecerdasan akal semata-mata di dalam mencipta setiap teori. Pada peringkat ini, apa yang mereka boleh kemukakan hanyalah teori semata-mata, dengan beberapa istilah yang digunakan untuk menjelaskan teori tersebut.

Istilah asal Kontrak Sosial (the social contract) telah dikemukakan oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, lebih 2,500 tahun yang lalu dalam tulisannya `The Republic'. Namun begitu beliau tidak memberikan penjelasan secara terperinci mengenainya. Setelah itu datang ahli falsafah yang menerangkan konsep Kontrak Sosial ini; antaranya adalah Hugo Grotius, Kant, Rousseau dan Hobbes. Ahli-ahli falsafah ini bersetuju tentang wujudnya Kontrak Sosial antara pemerintah dengan rakyat. Idea Kontrak Sosial ini diasaskan atas premis bahawa kuasa terletak pada rakyat. Tiga orang ahli falsafah yang banyak menghidupkan dan mewarnai teori Kontrak Sosial dalam sains politik moden Barat, ketika zaman pencerahan dan Revolusi Industri adalah Thomas Hobbes [Leviathan, 1651M], dikuti oleh John Locke [Two Treaties of Goverment, 1690M] dan Jean Jacques Rousseau [Du Contrat Social 1762M]. Karya Rousseau, Du Contrat Social, dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.

Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosial ini ialah:-

Code: Select all
•Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah `Negara' di mana setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanya kepada 'kehendak umum'.

•Negara diwujudkan ekoran dari sebuah `perjanjian' .

Namun ada beberapa persoalan yang sering menjadi perselisihan di kalangan mereka - mengapakah manusia mewujudkan negara? Siapakah yang akan menganggotai pakatan yang kemudiannya mewujudkan negara? Apakah syarat-syarat perjanjian tersebut? Persoalan-persoalan sebegini telah menjadi perdebatan oleh mereka di dalam perjalanan mewujudkan `negara idaman' mereka. Sebenarnya semua persoalan ini muncul hasil dari ketidakjelasan dan kecelaruan mereka di dalam berfikir yang tidak dipandu oleh suatu aqidah yang benar, yang gagal menjawab dan memuaskan akal si pemikir dan manusia secara umumnya. Inilah manifestasi dari kegagalan aqidah Sekularisme yang memberikan penyelesaian berdasarkan akal manusia, bukannya wahyu. Di dalam Islam, persoalan-persoalan sebegini telah lama dijawab oleh Rasulullah di dalam perjalanan dakwah baginda mewujudkan Negara Islam di Madinah.

Piagam Umat

Sebelum kedatangan Islam lagi telah ada satu kesepakatan seakan-akan `Kontrak Sosial' antara dua kaum Aus dan Khazraj dalam hal kepimpinan dan kenegaraan, namun ianya berlegar atas dasar perkauman. Telah wujud satu kesepakatan di antara mereka bahawa kepimpinan Yathrib (Madinah) mestilah terdiri dari kalangan dua kaum itu sahaja. Namun kesepakatan ini telah terungkai setelah mereka memeluk Islam dan disusuli dengan peristiwa Bai'ah Al-Aqabah II. `Kontrak Sosial' yang wujud sejak sekian lama di negara mereka (Madinah) telah diubah oleh mereka sendiri apabila mereka memeluk Islam dan berbai'ah kepada Rasulullah. Hal ini jelas terlihat dari ucapan mereka kepada Nabi Sallallahu `alaihi wa Sallam tatkala proses bai'ah berlangsung. Asy-Sya'bi meriwayatkan bahawa As'ad bin Zararah (pemimpin suku Khazraj) berkata kepada Rasulullah,

".....engkau telah meminta kepada kami (untuk menyerahkan kekuasaan milik kami), walhal kami adalah satu kelompok masyarakat yang hidup di dalam negara dalam keadaan mulia dan kuat di mana di dalamnya tidak ada seorang pun yang rela dipimpin oleh orang dari luar suku kami........ .permintaan tersebut adalah suatu hal yang sukar sekali, tetapi kami ini (telah sepakat) memenuhi permintaan engkau." Begitulah para sahabat yang mulia telah melepaskan segala ikatan yang ada pada mereka hanya semata-mata untuk mengikat diri mereka dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam. Mereka meninggalkan ikatan sejarah mereka dan mengikat diri dengan ikatan Islam. Setelah Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam hijrah ke Madinah, maka baginda terus menggubal piagam yang dinamakan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) sebagai asas kepada pembentukan sebuah negara baru, yakni Daulah Islamiyyah. Sahifah yang menjadi dokumen asas negara ini digubal berdasarkan wahyu semata-mata. Antara kandungan yang jelas adalah unsur pembentukan Negara, hubungan antara orang Islam dan kafir serta hubungan luar negara. Yang paling penting sekali adalah jika wujud sebarang persengketaan, hendaklah ia dirujuk kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam.

Sekiranya kita mengkaji khazanah Islam tentang sains politik, maka kita akan menjumpai jawapan yang jelas tentang ilmu politik Islam. Kita pasti akan menemui dengan mudah apa yang dinamakan oleh Barat, Kontrak Sosial ini, bahkan penjelasannya adalah jauh lebih terperinci. Di dalam keadaan Barat terkial-kial mencari jawapan yang benar, di dalam keadaan mereka meraba-raba untuk keluar dari kegelapan, Islam telah lama memberi cahaya petunjuk kepada kita semua. Sebagai contoh, persoalan ahli falsafah Barat berkenaan apakah `kontrak' yang perlu wujud antara pemimpin dan yang dipimpin? Islam telah lama menjelaskan bahawa "Imam (Khalifah) itu adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas apa yang dipeliharanya (rakyatnya). ...." [HR Bukhari dan Muslim]. Islam juga menjelaskan bahawa "Imam itu adalah perisai, yang mana dibelakangnya umat berperang." [HR Muslim]. Hadis-hadis ini dan yang senada dengannya menjelaskan tentang tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya.

Syeikh Abu Ubaid Al-Qasim, salah seorang ulama Islam yang meninggal tahun 224H (884M), hampir seribu tahun mendahului Rousseau, telah meletakkan bab Haqqul Imam 'ala Ra'iyyat, Wa Haqqul Ra'iyyat 'ala Imam (tanggungjawab rakyat terhadap pemimpin dan tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat) sebagai bab pertama di dalam kitab tulisannya berkenaan harta, Al- Amwal. Beliau memuatkan hadis-hadis dan atsar berkenaan dengan dua identiti penting dalam negara iaitu rakyat dan pemerintah. [Kitab Al-Amwal, Abu Ubaid Al- Qasim Bin Salam, ms 10].

Imam Marwardi (meninggal 450H/1058M) dan Imam Abu Ya'la (meninggal 458 H/1065M) telah menulis kitab kenegaraan yang sama judulnya, iaitu Al-Ahkam Al- Sulthaniyyah mengikut pandangan Mazhab Syafie dan Hambali. Kalau kita mengkaji kitab-kitab ini nescaya kita akan dapat menjawab semua permasalahan asas yang dilontarkan oleh pelopor teori Kontrak Sosial Barat. Hukum-hakam bernegara di dalam Islam telah selesai lebih dari 1400 tahun yang lepas. Barat yang telah lama hidup di dalam kegelapan dan jahil tentang ilmu pemerintahan berusaha merangkak keluar darinya dengan mencari-cari alasan yang rasional dan logik terhadap keperluan penubuhan sebuah negara, Hasilnya, mereka menemukan teori Kontrak Sosial yang dilihat sebagai jalan keluar, hal yang telah lama diselesaikan oleh Islam dengan jalan wahyu. Malangnya, pemimpin umat Islam sekarang telah kembali semula ke zaman kegelapan dengan menelusuri sejarah kelam Eropah untuk membentuk sebuah negara berdasarkan kontrak sosial ala Barat. Walhal yang sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin ialah mengikuti sejarah pembentukan Negara Islam Madinah yang dirintis oleh Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wa Sallam. Inilah KEWAJIBAN yang sebenar-benarnya.

Di sini kami ingin utarakan dua isu sebagai kajian perbandingan, kerana ruangan ini semestinya terlalu sempit untuk membicarakan satu kritikan yang komprehensif. Persoalan Pertama, mengapakah manusia mewujudkan negara? Persoalan ini sebenarnya telah dijawab oleh kedua-dua Imam tentang peri pentingnya Imam (Ketua Negara) dalam Islam. Al-Mawardi dan Abu Ya'la mengatakan bahawa WAJIB secara Ijma' untuk melantik Imam (Khalifah), di mana mereka beristidlal dengan surah Al-Nisa ayat 49 [Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, Mawardi, ms 5, Abu Ya'la ms 19]. Ulama kontemporeri, Syeikh Taqiuddin Al-Nabhani menerangkan dengan jelas tentang kewajiban menubuhkan sebuah Negara Islam (Negara Khilafah) sebagai pimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia yang akan menerapkan hukumhakam syara' dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Beliau telah mengambil dalil dari Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' Sahabat dan kaedah usul untuk menerangkan secara syar'i, mengapa umat Islam wajib mendirikan sebuah Daulah Islam. [Al-Khilafah, Taqiuddin Al-Nabhani, ms 1-14]. Justeru, jawapan ringkas kepada persoalan kenapa kita perlu kepada negara adalah ia merupakan suatu KEWAJIBAN yang telah ditetapkan Allah Subhanahu wa Ta'ala ke atas kita.

Persoalan Kedua ialah, apakah boleh berlaku pembaharuan Kontrak Sosial jika rakyat menginginkannya? Persoalan ini dijawab oleh Rousseau dalam bab `Bagaimana Menyekat Rampasan Kuasa Kerajaan'; beliau menyatakan "...bahawa dalam negara, tidak ada undang-undang asas apapun yang boleh ditarik balik, termasuk perjanjian sosial itu sendiri..". Persoalan ini juga telah lama terjawab di dalam khazanah politik Islam dengan jawapan yang benar-benar memuaskan akal, di mana `Piagam Umat' yang wujud adalah merupakan suatu perkara yang baku, yang tidak dapat diubah kerana ianya bersumber dari wahyu. Perubahan hanya boleh berlaku jika ada nas yang menjelaskan kebolehannya. Rampasan kuasa haram dilakukan sama sekali, selama mana pemerintah memerintah dengan kitabullah dan sunnah RasulNya. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam tentang seorang pemimpin yang berbuat zalim, "Apakah kami diperbolehkan untuk memerangi mereka, ya Rasulullah?" , jawab Nabi, "Jangan, biarkan mereka selama mereka masih mendirikan puasa dan solat." [HR At-Thabrani dalam Al-Kabir juga Ibnu Hajar Al-Haitsami dalam Majma Al-Zawaid, V/224]. Puasa dan solat di dalam hadis tersebut merupakan kinayah (kiasan) kepada `penerapan syariat Islam' oleh Ketua Negara.

Dalam riwayat lain: "Dan agar kami tidak merampas urusan (pemerintahan) itu dari pemegangnya, kecuali (kata Nabi): "Jika kalian melihat kekufuran yang nyata, dimana kalian mempunyai bukti yang jelas di sisi Allah." [HR Bukhari dan Muslim].
Semuanya ini menjelaskan larangan yang nyata untuk merampas atau mengguling pemerintahan selama mana pemerintah masih menerapkan hukum-hukum Islam [Muqadimah Al-Dustur, Taqiuddin Al-Nabhani, ms 8]. Manakala jika ada pihak pemberontak (bughat) cuba untuk merampas kuasa, Islam telah memerintahkan pihak yang memegang tampuk pemerintahan untuk memerangi mereka sehingga mereka tunduk. Peperangan ini adalah peperangan berbentuk ta'dib (pengajaran) bukannya sebuah perang untuk membunuh musuh [Nizhamul Uqubat, Abdurahman Al- Maliki]. Jika kita kaji dengan teliti, nescaya kita akan dapati bahawa hukum-hakam Islam telah pun menjawab seawal satu abad (1,000 tahun) persoalan-persoalan yang baru muncul di Barat tentang kenegaraan, dengan jawapan yang jauh lebih jitu, terperinci dan sempurna.

Kontrak Sosial Di dalam Penubuhan Malaysia

Apabila negara-negara Komunis menyerang Ideologi Kapitalis dengan mengatakan bahawa kemuncak kepada Kapitalisme adalah penjajahan, ini menyebabkan berlaku beberapa perubahan yang mendasar dalam polisi luar British di tanah jajahan mereka. Mereka mula berfikir untuk memerdekakan negara-negara jajahan mereka. Oleh itu, mereka mula menanamkan asas-asas pemikiran Negara Ideal yang menjadi imaginasi tokoh-tokoh Renaissance mereka. Mereka telah meletakkan bahawa untuk mencapai apa yang mereka sebut sebagai sebuah `kemerdekaan' , penduduk negara tersebut mestilah mengadakan apa yang mereka namakan sebagai Kontrak Sosial, sebagai prasyarat untuk kemerdekaan. Dr Chandra Muzaffar mengulas dalam temubual bertajuk `Kembali Kepada Sejarah' "Tanpa kontrak sosial tidak ada Perlembagaan. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan kerana British menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak Sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Kontrak Sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. Atas sekurang-kurangnya empat perkara ini - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan - Kontrak Sosial telah memainkan peranan yang penting." [UM 28/08/05].

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkaitan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orangorang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
[http:// ms.wikipedia. org/wiki/ Kontrak_Sosial_ di_Malaysia]

Begitulah liciknya British, semasa mereka memerintah (sebenarnya menjajah) negara umat Islam (termasuk Tanah Melayu). Mereka tidak pernah memperkenal atau mengamalkan konsep Kontrak Sosial ini di dalam pemerintahan mereka malah hanya menerapkan sistem kufur mereka ke atas kita secara paksa. Namun, bila mereka ingin meninggalkan negara dengan `memberi' sebuah `kemerdekaan' , mereka mencari jalan supaya `legacy' (warisan) mereka terus tertanam dalam negara umat Islam. Maka, mereka `mencipta' satu konsep yang menurut mereka kononnya `baik' untuk kita, lalu mereka meletakkan Kontrak Sosial sebagai pra-syarat kemerdekaan. Seterusnya, untuk mengukuhkan lagi cengkaman mereka ke atas kita, dimasukkan pula konsep ini ke dalam Perlembagaan, dan mereka menetapkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara yang mesti `dijunjung'. Inilah di antara kejayaan kafir British, dengan kerjasama, secara sedar atau tidak, bonekaboneka mereka – kaum Muslimin telah benar-benar berjaya dikongkong oleh mereka, sehingga umat Islam menganggap seolah-olah apa yang ditinggalkan oleh sang kafir ini sebagai suatu yang `suci' dan tidak boleh dipermainkan. Hukum Allah boleh ditukar ganti tetapi hukum British tidak boleh!

Inilah hakikat Kontrak Sosial yang telah ditetapkan oleh British di negeri-negeri kaum Muslimin, termasuk Malaysia.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam. Agama Allah ini telah sempurna diturunkan untuk mengatur segala hubungan di antara manusia sesama manusia. Apa yang wajib kita lakukan hanyalah kembali kepada Islam di dalam menyelesaikan segala masalah yang muncul. Rasulullah telah mengatur urusan dunia dengan Islam. Baginda telah merubah sistem masyarakat dengan sistem Islam. Oleh yang demikian adalah suatu yang tabi'i dan patut disedari oleh umat Islam bahawa untuk mengatur hubungan masyarakat di dalam negara secara benar, kita perlu kembali kepada Islam, bukan kepada sejarah, apatah lagi sejarah penjajahan Barat. Umat Islam wajib beriman dengan Kitab dan Sunnah dan wajib menjadikan keduanya sebagai Piagam Umat, sebagai sumber rujukan tertinggi untuk Perlembagaan dan Undang-Undang.

Di dalam melaksanakan aktiviti ini, umat Islam memerlukan `Kerangka Kerja' yang jelas bagaimana untuk mengaplikasikan Al-Quran dan Sunnah sebagai Piagam Umat, seterusnya memastikan kelicinan perjalanannya. Penjelasan tentang cara untuk memahami Al-Qur'an dan Sunnah serta bagaimana keduanya ini menjadi sumber Perlembagaan dan Undang-Undang, pencerahan tentang konsep negara dan asas-asasnya, juga dari aspek perlaksanaannya, perlu dikaji dengan mendalam. Oleh sebab itu Al-Quran dan Sunnah hendaklah diambil sebagai Piagam Umat di dalam bentuk `blue print' yang bersifat praktikal, yang menjadi kerangka dasar Piagam ini. Sehubungan dengan ini, Syeikh Abdul Qadim Zallum telah menulis sebuah kitab untuk kaum Muslimin yang begitu baik bagi menggambarkan sebuah Piagam Umat [Mitsaqul Ummah, Abdul Qadim Zallum].

Wahai kaum Muslimin! Di dalam membincangkan isu Kontrak Sosial ini dan juga lain-lain permasalahan, kita tidak boleh melihatnya dari aspek sejarah dan berpegang dengan apa yang British (dan Perlembagaan mereka) telah `tetapkan' ke atas kita, tetapi kita wajib melihat dan mengembalikan segala persoalan yang ada hanya kepada Islam semata. Ingatlah Firman Allah, ".....kemudian jika kamu berbantah-bantah (berlainan pendapat) tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul(Nya).. .." [TMQ An-Nisa (4):59]. Sejak kejatuhan Daulah Khilafah, segala keburukan dan kehinaan tidak putus-putus menyelimuti umat yang digelar oleh Allah sebagai sebagai umat yang terbaik ini, umat yang suatu ketika dulu pernah menakluk hampir dua pertiga dunia, dan memerintah dunia dengan hukum dari tujuh petala langit. Umat ini pada hari ini cukup menderita, menggelupur kesakitan, mengalami pelbagai siksaan dan penghinaan setelah mereka memerintah dengan hukum keji ciptaan mereka sendiri, malah lebih buruk, ciptaan musuh-musuh mereka, musuh Rasul dan musuh Allah.

Apa sudah jadi???

Wahai kaum Muslimin! Saat ini, beberapa negeri umat Islam telah mengambil sistem Sosialisme dan yang selebihnya menerapkan sistem Kapitalisme di dalam negara masing-masing. Tidakkah kalian saksikan bahawa kesemua sistem yang diterapkan ini gagal menjadikan kalian umat yang terbaik? Malah sistem yang lahir dari ideologi kufur inilah yang sebenarnya telah menjadikan kalian umat yang hina. Ini adalah kerana kalian dipimpin dengan hukum kufur yang meninggikan akal manusia dan merendahkan ayat Allah. Oleh itu, bersaksilah kalian bahawa satu-satunya jalan untuk mengembalikan kemuliaan kalian adalah dengan mengembalikan semula kehidupan Islam melalui penegakan semula Khilafah `ala minhaj nubuwwah yang akan menerajui dunia dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Bersaksilah wahai saudaraku...
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Sautun Nahdhah - Dakwah Hizbut Tahrir

Postby GOOKU on Sat Dec 16, 2006 8:47 pm

Sautun Nahdhah - Dakwah Hizbut Tahrir



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wa Sallam, penghulu segala Nabi dan pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa, juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda.



Kaum Muslimin yang dimuliakan! Kali ini genaplah siri ke-100 nasyrah Sautun Nahdhah (Suara Kebangkitan) keluaran Hizbut Tahrir Malaysia.

Kami bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah izinNya, kami masih dapat meneruskan usaha dakwah ini. Kami sentiasa berdoa kepada Zat Yang Maha Kuasa agar kami sentiasa istiqamah di dalam perjuangan menegakkan agamaNya ini dan jika ada halangan-halangan yang melanda, maka kepadaNya jualah kami memohon agar dihapuskan segala halangan tersebut. Tiada apa yang kami harapkan dengan penulisan dan usaha dakwah ini kecuali untuk meraih redha dan syurgaNya. Bersempena keluaran ke-100 SN kali ini, kami ingin memaparkan sedikit penjelasan tentang dakwah Hizbut Tahrir agar bergembiralah golongan yang inginkan kebaikan, lembutlah hati orang-orang yang keras memfitnah sesama Islam dan gentarlah jantung orang-orang yang memusuhi Islam. Jika pun selepas ini keluaran Sautun Nahdhah akan terhenti atas apa sebab sekalipun, kami akan teruskan doa kepada Allah agar sentiasa ada di luar sana hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas, yang akan meneruskan perjuangan ini, yang tidak takut kecuali kepada Allah semata, yang akan berusaha siang dan malam untuk memastikan hukum Allah tertegak di muka bumi ini.


Latar Belakang Berdirinya Hizbut Tahrir



Di sini kami hanya akan menjelaskan serba sedikit sahaja tentang Hizbut Tahrir kerana bukanlah niat kami untuk mempromosikan HT. Para pembaca boleh membacanya dengan lebih terperinci di dalam laman web rasmi kami (www.mykhilafah. com) ataupun lain-lain laman web rasmi HT di seluruh dunia. Selain penerangan di laman web, Hizbut Tahrir Pusat ada mengeluarkan sebuah buku khusus yang bertajuk "Hizbut Tahrir" (telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia) yang boleh didapati di mana-mana kedai buku, khususnya di Lembah Kelang. Bagi yang masih inginkan penjelasan, bolehlah berjumpa terus dengan anggota-anggota kami yang boleh ditemui dengan mudah di seluruh Malaysia dan juga lain-lain negara di mana Hizbut Tahrir bergerak di dalamnya.



Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya, dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat, dan bersama-sama mereka berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya, serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali Daulah Khilafah dan menegakkan hukum yang diturunkan Allah di dalam realiti kehidupan. Hizbut Tahrir didirikan di dalam rangka memenuhi seruan Allah Subhanahu wa Ta'ala:



"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (Islam), memerintahkan kepada yang ma'ruf dan melarang dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung." [ TMQ Ali Imran ( 3 ) :104 ].




Hizbut Tahrir berjuang untuk membangkitkan kembali umat Islam dari kemerosotan yang amat parah, membebaskan umat dari idea-idea, undang-undang dan hukum-hukum kufur, serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara-negara kafir. Hizbut Tahrir juga berjuang untuk membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyyah di muka bumi, sehingga hukum yang diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dapat dilaksanakan kembali.



Kembali Kepada Islam Dengan Jalan Menegakkan Khilafah



Ada segelintir yang masih keliru dengan perjuangan Hizbut Tahrir beranggapan bahawa tujuan (ghayah) Hizbut Tahrir adalah untuk menegakkan Khilafah. Di sini kami ingin menjelaskan bahawa tujuan Hizbut Tahrir adalah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam (isti'naf al-hayah al-Islamiyyah), memikul dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dan memimpin serta mengawal pemikiran dan perasaan masyarakat. Kita semua maklum bahawa hukum Islam telah ditinggalkan oleh umat Islam, samada secara individu, bermasyarakat mahupun bernegara. Oleh itu, di dalam dakwahnya, Hizbut Tahrir menyeru agar umat Islam (termasuk pemimpin mereka) agar kembali menerapkan Islam di dalam kehidupan. Tujuan ini bererti mengajak kaum Muslimin kembali hidup secara Islami di dalam semua aspek. Seluruh kegiatan kehidupan hendaklah diatur sesuai dengan hukum-hukum syara' dan pandangan hidup yang wajib dijadikan pegangan adalah halal dan haram.



Di samping itu, ghayah (tujuan) Hizbut Tahrir juga adalah untuk membangkitkan kembali umat Islam dengan kebangkitan yang benar, melalui cara berfikir yang cemerlang. Hizbut Tahrir berusaha untuk mengembalikan posisi umat ke masa kejayaan dan keemasannya seperti dahulu, di mana umat Islam merupakan umat yang sangat maju, dengan pemikiran yang sangat tinggi. Hizbut Tahrir juga berusaha untuk mengembalikan umat Islam sehingga dapat mengambil alih kendali negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini, dan Negara Khilafah akan kembali menjadi negara superpower di dunia (sebagaimana pada masa silam) serta memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.


Adapun thariqah (metod) Hizbut Tahrir dalam rangka merealisasikan tujuan (ghayah) di atas adalah dengan menegakkan Daulah Khilafah dan melantik seorang Khalifah yang akan dibai'ah oleh umat Islam untuk memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Hizbut Tahrir yakin bahawa hanya dengan tertegaknya Daulah Khilafah, barulah keseluruhan hukum Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Khalifahlah nanti yang akan menyelamatkan umat ini dari segala penderitaan dan kesengsaraan, menyatupadukan umat Islam di seluruh dunia, mengisytiharkan jihad ke atas musuh-musuh Islam dan menghancurkan segala kezaliman. Khalifah jualah yang seterusnya akan menzahirkan Deen Allah ini di atas segala deen yang lain, sekaligus membawa rahmat ke seluruh alam.



Perjuangan Hizbut Tahrir Di seluruh Dunia



Hizbut Tahrir (HT) merupakan sebuah parti politik yang bergerak di seluruh dunia untuk membangkitkan umat Islam melalui perubahan pemikiran. HT ada di lebih kurang 40 buah negara di dunia, termasuk di negara kaum kafir sekalipun. Seluruh dunia mengenali HT dan mengetahui bahawa dakwah HT adalah secara fikriyyah (pemikiran), bukan kekerasan/fizikal. HT mengambil thariqah dakwah Rasulullah semasa di Makkah yang tidak pernah menggunakan kekerasan sehingga tertegaknya Daulah Islam di Madinah. Secara ringkasnya, perjuangan dakwah Rasulullah semasa di Makkah ialah melalui sira'ul fikri (pergolakan pemikiran – pemikiran kufur vs pemikiran Islam), kifahu siyasi (perjuangan politik) dan juga thalabun nusrah (mendapatkan perlindungan) . Bagi yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah mengakses laman web rasmi HT di pelbagai negara dan melihat sendiri dakwah HT di seluruh dunia. HT selalu muncul di kaca TV di Indonesia, Britain, Australia dan lain-lain negara. Wakil HT juga sering diwawancara di BBC [sila ke www.youtube. com dan taip perkataan " Hizbut Tahrir"].

Di Malaysia, dari masa ke semasa, TV3 dan NTV7 turut membuat liputan tentang aksi-aksi HT yang berlaku di luar negara. Berita Harian dan Utusan Malaysia juga telah beberapa kali menyiarkan gambar dan berita tentang aktiviti dakwah HT di seluruh dunia.



HT bergerak aktif di banyak bahagian di dunia ini, dari Timur Tengah, Eropah, Asia Tengah hinggalah ke Asia Tenggara. HT berjuang di Palestin, Mesir, Iraq, Jordan, Syria, Lebanon, Kuwait, UAE, Yemen, Oman, Maghribi, Turki, Perancis, Jerman, Denmark, Belgium, Azerbaijan, Tajikistan, Uzbekistan, Kazakhstan, Turkmenistan, Algeria, Kenya, Sudan, China, Amerika, Rusia, India, dan banyak lagi negara.

HT merupakan antara gerakan Islam yang terbesar dan menonjol di Britain, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Palestin dan beberapa negara lain lagi. Di Palestin sebagai contoh, HT mengadakan kuliah setiap minggu di Masjidil Aqsa selepas Solat Jumaat yang dihadiri oleh ribuan umat Islam. Di Indonesia, kuliah dan ceramah HT diadakan di masjid-masjid di seluruh Indonesia. Begitu juga di beberapa negara lain, termasuk Malaysia.



Di sebalik perjuangan mulia HT untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia, sememangnya HT tidak dapat lari dari tohmahan dan fitnah. Segala halangan dan fitnah yang dilontarkan ini sebenarnya muncul dari beberapa hal:



1. Halangan dan fitnah dari Barat. Fitnah dari Barat sememangnya wajar berlaku kerana mereka adalah musuh Islam. Barat benar-benar takut dengan perjuangan menegakkan Khilafah kerana Negara Khilafah nanti bakal menghancurkan segala ideologi kufur dan dominasi mereka ke atas umat Islam, seterusnya menamatkan segala hegemoni mereka ke atas kaum Muslimin. Negara Khilafah nanti juga akan mengisytiharkan jihad untuk melawan segala kejahatan dan kekejaman yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam. Jadi tidak hairanlah jika Barat menggunakan segala cara yang ada untuk menakut-nakutkan dan menghapuskan HT dan lain-lain gerakan Islam yang tidak sehaluan dengan mereka. Kembalinya Daulah Khilafah ke arena politik antarabangsa merupakan mimpi ngeri dan ketakutan Barat dan InsyaAllah, hal ini sesungguhnya akan pasti berlaku, sesuai dengan janji Allah dan RasulNya.



2. Halangan dan fitnah dari penguasa kaum Muslimin. Di seluruh dunia, HT sering difitnah dan dilabel dengan pelbagai label negatif oleh pemerintah yang ada. Hal ini berlaku biasanya bagi negara yang pemerintahnya adalah agen atau talibarut Barat. HT juga sering mendapat tentangan dari pemerintah yang berpemikiran sekular yang berusaha menghapuskan HT kerana ingin mengekalkan status quo mereka di bawah sistem sekular ciptaan penjajah. Hal ini amat menyedihkan kerana mereka (pemerintah) sepatutnya menerapkan hukum Islam, menjaga rakyatnya, menunaikan amanah Allah ke atas mereka, menerima muhasabah dari rakyat dan menjadi pemerintah yang bertakwa. Malangnya mereka menjadi golongan yang sekadar mementingkan diri sendiri dan ingin kekal berkuasa. Tambah menyedihkan lagi, pemerintah ini mempergunakan ulama yang digaji oleh mereka untuk memfitnah dan memburuk-burukkan HT dan juga gerakan-gerakan Islam lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Secara sedar atau tidak, ulama murahan yang diberi sedikit jawatan ini bersekongkol dengan pemerintah zalim ini untuk menghambur fitnah terhadap HT. Tentang mereka ini (pemerintah dan ulama), Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam mengingatkan kita,



"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rusaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [Hadis Riwayat Abu Na'im]



"Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga." [Hadis Riwayat Tirmizi]



Dalam hadis di atas Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su`). Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu `alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su' ini adalah seburuk-buruk manusia,



Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu `alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [Hadis Riwayat al-Baihaqi]



3. Dari gerakan-gerakan Islam yang lain. HT turut ditohmah dan dilempar dengan pelbagai fitnah oleh gerakan-gerakan Islam yang tidak sehaluan dengannya. Hal ini berlaku kerana mereka menganggap bahawa kewujudan HT akan menggugat pengaruh dan kedudukan mereka. Juga, kerana ada di kalangan mereka yang mendapat informasi yang salah tentang HT sehingga mereka menganggap HT sebagai saingan atau musuh. Walaubagaimanapun, sebahagian dari mereka telah pun bersama-sama dengan HT setelah menyedari kesilapan dan kesalahfahaman mereka selama ini terhadap HT. Bagi yang masih termakan fitnah terhadap HT, kami berdoa kepada Allah agar menghilangkan segala prasangka buruk yang ada pada mereka. Kami juga berdoa semoga Allah melapangkan dada-dada mereka agar memandang HT dan juga gerakan-gerakan Islam yang lain dengan pandangan ukhwah, sebagaimana HT memandang mereka.



4. Dari umat Islam. Keadaan umat Islam yang tidak memahami dakwah HT serta tidak jelas dengan perjuangan HT menyebabkan segelintir masyarakat memandang negatif pada HT. Walaubagaimanapun, ini hanya berlaku pada sebahagian kecil masyarakat sahaja. Bagi golongan yang lebih ikhlas, mereka telah mendekati HT dan mendapat gambaran yang sebenar dari sumber yang sebenar. Sebilangan besar ingin bergabung dengan HT setelah menghadiri dan mendengar sendiri tentang HT melalui seminar, forum dan juga dialog-dialog yang dianjurkan oleh HT. Banyak juga permohonan yang kami terima samada secara individu, melalui e-mail atau sms dari mereka yang menyatakan sokongan padu dan ingin berjuang bersama-sama HT. Semoga Allah memberkati mereka dan memasukkan mereka sebagai para pejuang di jalan kebenaran.



Wahai kaum Muslimin! HT berusaha di seluruh dunia untuk menyatukan semula umat Islam dengan aqidah Islam. HT cuma ingin melihat umat Islam di satukan atas dasar aqidah ini, bukannya bersatu atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah. HT ingin menghapuskan segala ikatan kebangsaan dan negara bangsa demi untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia (sebagaimana dahulunya) di bawah payung pemerintahan Khilafah. Oleh itu, dakwah HT di mana-mana bahagian dunia ini adalah sama. HT berjuang untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan Daulah Khilafah yang akan menyatukan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan sahaja. HT yakin bahawa hanya dengan Khilafah, barulah Deen Allah ini akan zahir di atas segala deen yang lain dan dengannya rahmat Allah tersebar ke seluruh alam. Tanpa Khilafah, siapakah yang akan menjadikan Islam ini superpower? Siapakah yang akan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam?



Umat Islam Wajib Bersatu Di Bawah Khilafah




Wahai kaum Muslimin! Kami selalu menegaskan bahawa menegakkan Khilafah adalah suatu kewajiban yang dibebankan ke atas setiap individu Muslim. Mengembalikan semula hukum Allah ini bukannya tanggungjawsab HT semata-mata tetapi merupakan taklif yang Allah telah tetapkan ke atas seluruh kaum Muslimin. Hukum tentang wajibnya kaum Muslimin memiliki hanya seorang Khalifah bukanlah di-istinbathkan oleh HT sahaja, malah ia merupakan pandangan imam-imam dan ulama muktabar. Syeikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh `Ala Al Madzahib Al Arba'ah, jilid V, hal. 416: "Seluruh imam madzhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini.... Para imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi'i, dan Ahmad) --rahimahumullah- - telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya. ..."



Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan, "Menurut golongan Syiah, minoriti dari Mu'tazilah, dan Asya'riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara'. Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa' Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan: "Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji`ah, seluruh Syi'ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah (Khilafah). Bahawa Khilafah adalah sebuah ketentuan hukum Islam yang WAJIB (bukan haram, radikal atau ekstrem, apalagi bid'ah) dapat kita temukan dalam khazanah tsaqafah Islam yang sangat kaya seperti Imam Al Mawardi (Al-Ahkam al-Shulthaniyah, hal. 5 ), Abu Ya'la Al Farraa' ( Al-Ahkam al-Shulthaniyah, hal.19), Ibnu Taimiyah ( As-Siyasah Asy Syar'iyah, hal. 161 ), Ibnu Taimiyah (Majmu'ul Fatawa, jilid 28 hal. 62 ), Imam Al Ghazali ( Al-Iqtishaad fil I'tiqad, hal. 97 ), Ibnu Khaldun (Al-Muqaddimah, hal. 167 ), Imam Al-Qurthubi ( Tafsir Al-Qurthubi, juz 1 hal. 264 ), Ibnu Hajar A1-Asqallany ( Fathul Bari, juz 13 hal. 176 ), Imam An-Nawawi ( Syarah Muslim, juz 12 hal. 205 ), Abdul Qadir Audah (Al-Islam Wa Audla'una As Siyasiyah, hal. 124) dan banyak lagi.



Wahai kaum Muslimin! Kami ingin mengingatkan kalian bahawa Khilafah bukan hak Hizbut Tahrir, tetapi ia adalah hak umat Islam. Hizbut Tahrir hanya berjuang untuk menegakkannya, sesuai dengan perintah Allah, yang mana kalian juga wajib memperjuangkannya. Sistem pemerintahan Khilafah adalah sistem pemerintahan Islam, bukan sistem pemerintahan Hizbut Tahrir. Khalifah tidak semestinya datang dari anggota Hizbut Tahrir. Kami akan berbai'ah kepada sesiapa sahaja yang dilantik secara sah oleh umat sebagai Khalifah, tidak kira samada dia berasal dari Hizbut Tahrir atau tidak, selama mana Khalifah tersebut memerintah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. Justeru itulah, Hizbut Tahrir senantiasa menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar bersama-sama dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah. Ia adalah tannggungjawab dan hak kita semua. Kami sentiasa berdoa kepada Allah agar seluruh kaum Muslimin sedar dan bangkit serta bersegera kepada tugas yang mulia ini.



Inilah tugas Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir akan menyeru dan terus menyeru kaum Muslimin dan pemimpin mereka agar kembali kepada hukum Islam, agar kita sama-sama berusaha untuk mendirikan Daulah Khilafah, satu-satunya entiti yang akan mengembalikan kemuliaan dan kekuatan kita serta menyatukan kita di dunia ini. Hizbut Tahrir akan terus berusaha dan berusaha, tanpa mengira penat dan lelah, siang atau malam, senang atau sukar demi untuk menegakkan Deen ini. Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya bahawa ia akan menjadi penjaga agama Allah yang amanah. Kami akan berjuang dan terus berjuang sehinggalah Allah memanggil kami pulang. Kami hidup hanya untuk Islam dan kami mati hanya untuk Islam. Semoga Allah membuka hati kalian untuk kita bersama-sama memikul kemuliaan ini, wahai saudaraku... ..



Khatimah



Memandangkan taklif utama adalah terhadap para pemerintah yang sepatutnya menggabungkan seluruh negeri kaum Muslimin di bawah satu pemerintahan, kami akhiri penulisan ini untuk bertanya kepada mereka yang berkuasa, sebelum tibanya hari di mana hanya milik Allahlah kekuasaan itu. Demi Allah wahai para pemimpin kaum Muslimin! Kenapakah kalian sekarang berpecah-pecah dan tidak bergabung mewujudkan Daulah Khilafah? Apakah kalian tidak pernah terfikir sedetik pun bahawa kalian sekarang memerintah dengan undang-undang kufur bukannya undang-undang Allah? Apakah tidak pernah terlintas di hati kalian bahawa kalian sekarang menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah? Kalian menerapkan hukum ciptaan sendiri bukan hukum ciptaan Allah! Apakah kalian fikir bahawa segala alasan yang kalian nyatakan untuk tidak menerapkan hukum Allah akan diterima oleh Allah? Pernahkah Rasulullah yang sepatutnya kalian ikuti itu, memberikan alasan kepada Allah sebagaimana alasan kalian? Atau apakah Rasulullah berusaha bermati-matian untuk menegakkan hukum Allah tanpa sebarang alasan? Bagaimana dengan kalian? Tidak takutkah kalian kepada murka dan azab Allah? Tidak adakah di kalangan kalian walau seorang yang benar-benar ikhlas di dalam menjaga agama Allah ini? Tidak adakah di kalangan kalian walau seorang pun yang sedar akan amanah yang Allah letakkan di atas bahu kalian? Apakah kalian tidak sedar bahawa Allah berkuasa untuk mencabut pemerintahan kalian dengan sekelip mata? Apakah di benak kalian tidak pernah terlintas bahawa Allah berkuasa untuk menyentap nyawa kalian dalam sesaat sahaja? Apakah kalian tidak berfikir tentang semua itu? Takutlah kalian kepada Allah wahai mereka yang memegang kekuasaan!! Satukanlah kami di bawah Khilafah.... . amin
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
User avatar
GOOKU
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2342
Joined: Wed Jan 28, 2004 12:14 am

Previous

Return to Bicara Siasah & Haraki

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests