Apakah anda merasakan kehidupan anda sangat bererti di bumi kepunyaan Allah.
Sejauh mana kita sedar bahawa kita semua adalah makhluk yg.meminjam dan menumpang
pelbagai kurnia nikmat dari pencipta.
Walau pun kita sedar hakikat kehidupan bertuhan....namun kita masih merasakan bahawa
kehidupan ini adalah suatu alam yang ditentukan oleh kuasa dan usaha manusia.Pelbagai kejadian
dengan sebab kejadiannya,...telah menghijab segala kebesaran Allah.
Sebenarnya tiada suatu yg.dapat menghijabnya...sebaliknya manusia lalai,malas berfikir,hati yg.
tiada cahaya serta menjadikan dunia sebagai keperluan utama yg.sangat bererti.
Manusia yg.tidak mengenal hakikat sebenar...akan lebih bererti hidupnya dengan keselesaan
dunia....dan apabila mereka ditimpa kesusahan.....maka kesedaran pada Maha Berkuasa mula
tersentuh dihati dan fikiran.

