resah hati nie sangat memberi pengkhabaran dukacita, berat mulut nie untuk bercerita tp ingin berkongsi pendapat.. Nur pun x sangka ia berlaku pada nur, x tahu harus cara mana untuk di ceritakan tapi harus di lepaskan..Emm di mana harus ku mula kan bercerita, emm biarlah dari awal supaya mudah di fahami..pada hari sabtu 2 minggu yang lepas 02/01/2010,hubby nur dengan suka cite nya telah merasmikan pembukaan opis nur kat parit raja, sambutan yang nur dapat amat meriah, sampai x cukup tempat duduk, harapan nur tinggi sangat agak business dapat berjalan gan lancar, tp dalam masa yang sama nur still keja lagi , keja kerani yelah business baru nak naik mesti ada support..anak pun dah 3 semua still x putus pampers n susu..Malam perasmian tu nur terus tido kat opis coz smpi kul 2, esok pun x blik rumah,kemas opis.. pastu hari isnin mula malapertaka untuk nur bermula..
Setelah untuk sampai rumah mak untuk letakan anak2, nur menerima 1 berita yang amat terperanjat, adik perempuan nur dah lahirkan anak luar nikah, Ya Allah terperanjat nya bile dgr berita tu, kesian kat mak gan ayah..laki memang nak bertanggungjawab tp ..paling cepat pun bln 4, lalu mak merayu gan nur suruh ambik anak tu jadikan anak angkat.. Anak nur pun dah 3 nak plus lagi 4 maknenya makin besarlah expansernya..Suka x suka Nur demi menjaga maruah mak ayah, tepaksalah ambik anak tu, dah lah baru siap uat opis, duit semua dah keluar habis, tinggal lah simpanan nur RM350, Nur terpaksa resign 24hours dengan 100% duit gaji bln disember untuk membeli keperluan anak2, hilang bergitu saja, x dengan itu je duit simpan sepit selit yang kat bank tu RM300 nur terpaksa bagi kat ayah untuk membayar bil hospital swasta yang mencanak bayaran nya, nur dah x de pilihan, tinggal RM50, duit minyak kereta nur untuk hantar pulang ke rumah dari daerah yang berlainan.lag azab bakal laki nya tu cuma dapat kluar rm100, bilnya RM1600, puas nur kerah dia cari dapat tu gak.along keluar rm 300, nur keluar rm 300, dan ayah lagi Rm300 yang lain dia bayar selepas gajinya keluar.. Azab nya nur rasa,
Adik diletakan kat umah nur, yelah nur duduk dirumah kawasan umah cina, rumah nur lebih selamat untk merahsiakan perkara nie..
Keperitan mula terasa yelah dulu cuma 2orang pun kos, bil api x lah tinggi siang x orang, lagipun jarang balik umah, selalu tido opis je, skrg kos nya dah lain, kalau keperluan rumah leh tahan lama, sekarang dah x lagi, dahlah x berduit skrg nie, kena pulak tangung kos x nampak, nasib baik nur dah uat dell dan family nur yang lain, makan minum adik nur bukan tanggungan nur, baby punya expenser bukan nur pun gak, tp itu still x cukup, lari bajet, keperluan anak tetap kena beli tp duit gaji x dapat, duit rumah, keta, dan lain2 kena bayar, biasanya nur akan guna duit gaji, lagipun nur paham, abg baru habis duit untuk pejabat kitaorang, memang dah bajet pun, lebih kurang cukup lah tu untuk menampung kehidupan untuk beberapa hari, NUR pulak terpaksa keluar cari sales bagi menampung keluarga, dari pagi ke malam untuk gan abg keluar cari rezeki, tp x tau ape kurang mungkin kerana baru lepas musim kembali ke sekolah, kami x dapat sales.. Ya Allah berat sungguh dugaan kami, terpaksalah kami kutip duit syiling kat rumah untuk membeli susu anak, sedih sangat nur terasa, setiap malam nur x dapat tido, kekadang x tido pun,
Bukan terus x de tp ngam2 untuk susu anak, nur x dapat byar bil astro, so kena potong, lah.. Mane lagi penting susu anak atau bil astro? mestilah susu anak, agaknya adik uat report gan mak, mak terus berkata kat nur, Hai gaji beribu-ribu x bil astro pun x dapat bayar? peh terbakarnya hati nur, pedih sungguh kata-katanya.. lagi pedih nur dengar dari luahan rasa adik nur yang lain kat facebook ~mlm td cian tgk mama..pnt sgt..org ckp bila ank dh bsr dia leh relaks..tp bila anak dh bsr dia lk btmbh pnt..mendidik cucu smpai parents dorg lik...hmmm cian sgt tgk mke dia kletihan..spttnya dia dh leh relax... kasih syg mama~~ padahal nur ada kat rumah, mak tengok cucu barunya, nur betul-betul x leh telan..
ape nnur terkilan kan budak lelaki tu mcm lepas tangan, yelah hanya satu perkataan dah settle masalah, x de duit, dah ayah kena tanggung, susu, makan minum adik nur ayah kena tanggung, ape masalah anak nya pun ayah gak, ape aja ayah je yang kena tanggung, Nur bising kat adik beradik yang lain, suruh budak lelaki tu tanggung, tapi semua kata x pelah, nur suruh budak lelaki tu business, memang dapat duit harian yang pantas, x nak gak, nur suruh jualkan nasi ayam bahan semua dah bungkus, cuma tunggu org dtg ambik, pun x nak gak, nur pun dah binggung dah bagi kerja dia ape... maka 11.2.10 bini dia habis pantang, nak kawin bln 4, dalam jarak tu mak kata adik nur kerja, baby mak x nak jaga, nur kena jaga, aduh nur kena duduk rumah, orang semua lepaskan masalah kat nur.. nak nagis nur rasa kan.. kata diaorg nur dah senang nur mesti tolong adik beradik yang lain.Maknanya nur full time jaga anak dia kat rumah, pandai uat anak tapi jaga x nak.. tu masalah nya..
x cukup gan tu sekarang adik nur pulak letakan masa kul 9.30mlm ke atas x leh buka tv, kena tutup semua lampu,x leh uat bising coz anak dia nak tido, nie nur astro dah x de so mainkan upin ipin kat laktop, itu pun dia kata nur bising anak nya x dapat tido kerana cahaya laktop nur.lagi binggung 1hari 1 malam dia main surah alquran non stop, Ya Allah bukan x suka tp hormati kat orang lain yang nak tido, perlukan di mainkan sepanjang hari siang dan malam? ayah kata rumah nur nie keras, tapi anak 2 nur kecik2 selama nie ade pun ape2 yang berlaku, sekali sekala tu adalah tp setelah mainkan Ayat kursi dua tiga kali dah ok pun, nie siaplah buat tu lah buat nie lah, cukup sekadar baca yasin kan dah ok.. tu yang nur kecik hati sangat, komplen tu x betul nie x betul,, huhuhu tension nya.rasanya mereka nie x bersyukor nur dah bagi perlindungan kat adik. RUmah nur rumah kos rendah, bilik kat atas, selama nie pun memang nur tido kat bawah coz nak tengok tv gan anak2, oleh krn mak kata dia dalam pantang kami pun tido bersama-sama kat bawahlah,ruang tamu nur x lah besar mane, jadi ia satu masalah yang amat membeban untuk nur, nur menumpang di rumah nur sendiri, waktu malam adalah best time untuk nur bersama anak-anak dan suami, satu hari bekerja malam masa terbaik, tu gak salah satu sebab nur x bayar astro, kalau siang pun remote astro kat tangan dia, dia menentu kan cerita ape yang dia nak.. em nur gigit jari, hubby nur boring dia keluarlah mengeteh, tinggal nur seorang diri memendam rasa, tu sekarang nur dah x kira nur mesti cari duit nak maintainkan balik kehidupan kami..nur dah boring, hampir setiap malam x tido, tekanan darah kejab terlalu tinggi, kejap terlalu rendah.. jdnya ape yang patut nur buat?boring giler nie, nie pun x dapat tido gak walaupun jam dah menunjuk kan kul 1 pgi,ape yang harus nur buat?



