Makanan Halal dan Haram

Untuk apa-apa bicara nasihat, cadangan dan pandangan dalam menghadapi apa jua situasi.
Pengendali :: fikrah_islami, TeYeNunYe

Makanan Halal dan Haram

Postby cahaya_fisabilillah on Sat Aug 02, 2008 5:34 pm

assalam mualaikum.

ingin sekali saya bertanya pendapat saudara saudari sekalian tentang makanan halal dan haram mengikut syariat islam. sekiranya saudara saudari ketahui laman2 web yg memperceritakan perihal makanan halal haram. harap boleh dikongsi bersama. sekian. wsalam.
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Postby WARIS on Wed Aug 06, 2008 12:00 pm

Untuk maksud tersebut puan boleh layari http://www.halal.gov.my


Ucapan KP JAKIM

Assalamualaikum w.b.t


Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Jabatan kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) telah berjaya menyusun dan menerbitkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia ( MPPHM )


Tujuan penerbitan manual ini adalah untuk dijadikan satu garis panduan bagi menyelaras aktiviti perlaksanaan pensijilan halal di negara ini diperingkat JAKIM dahulu dan diharap dapat diselaraskan diperingkat Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN/MAIN). Manual prosedur halal ini mempunyai asas yang seragam untuk digunapakai oleh setiap pemohon dan pemegang sijil halal Malaysia . Manual prosedur ini adalah dokumen pelengkap kepada MS 1500:2004 yang merupakan dokumen piawaian umum pengeluaran makanan halal yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) dengan kerjasama JAKIM.


Manual prosedur ini perlu difahami dan hendaklah dipatuhi oleh setiap pemegang sijil halal yang terdiri daripada pengeluar produk, penguasaha rumah sembelihan dan premis makanan. Secara umumnya skop manual prosedur ini merangkumi proses permohonan, pemeriksaan dan pemantauan serta penguatkuasaan bagi memenuhi syarat-syarat pensijilan halal di Malaysia .


Manual prosedur ini juga secara tidak langsung membantu para pengguna dan penguasaha produk halal memahami sistem pensijilan halal di Malaysia. Ini sekaligus membantu orang ramai dalam memperolehi sumber produk halal di pasaran terbuka.


Diharapkan prosedur pensijilan halal ini dipatuhi dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan oleh pihak-pihak yang berkaitan. Hasil perlaksanaan ini, pengusaha-pengusaha produk halal lebih yakin memasarkan produk mereka sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa sebagai salah satu kegiatan perdagangan yang penting dalam memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih cemerlang.
Pada kesempatan ini juga, bagi pihak JAKIM saya ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada wakil-wakil agensi yang terdiri daripada JAIN/MAIN , Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Institut Pembangunan Dan Penyelidikan Pertanian Malaysia ( MARDI ) yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam sama-sama menjayakan penyusunan manual ini.



Wassalam
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby seraiwangi on Wed Sep 24, 2008 3:54 pm

cahaya_fisabilillah wrote:assalam mualaikum.

ingin sekali saya bertanya pendapat saudara saudari sekalian tentang makanan halal dan haram mengikut syariat islam. sekiranya saudara saudari ketahui laman2 web yg memperceritakan perihal makanan halal haram. harap boleh dikongsi bersama. sekian. wsalam.


Salam Ukhuwwah Filllah..

moga bermanafaat...Laman web pengguna islam...
..boleh di dilawati disini.. MUslim_Consumer
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby seraiwangi on Sun Oct 12, 2008 2:48 pm

Salam Ukhuwwah Fillah...

artikel berikut adalah dr petikan seorang sahabat..moga ada manfaatnya utk semua rakan BMC....InsyaAllah...


MAKANAN HALAL DAN HARAM
Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini perlu makan dan minum. Manusia keluar pagi, balik petang demi mendapatkan sesuap makanan untuk diri dan keluarga. Makan pagi, tengahari dan malam adalah rutin harian. Namun satu persoalan perlu ditimbulkan; adakah manusia hidup untuk makan? Atau manusia makan untuk hidup?
Jawapannya merujuk kepada keyakinan dan kepercayaan setiap orang terhadap hakikat hidup.
Adakah dunia ini satu-satunya kehidupan? Atau di sana, selepas kematian pasti ada alam lain yang kekal abadi?

Mereka yang kufur hidup untuk makan. Ini diterangkan oleh ALLAH menerusi firmanNya bermaksud:
"Dan orang-orang yang kafir makan dan minum serta berseronok sebagaimana berseronoknya binatang, dan nerakalah tempat kembali mereka"...

Realitinya, tanpa sedar kebanyakan manusia hidup untuk makan. Bukan lagi makan untuk hidup!

Justeru itu, manusia boleh membunuh demi untuk mendapatkan sesuap makanan yang boleh mengisi perut yang lapar. Manusia tidak lagi memikirkan tentang dosa membunuh yang pasti diterima selepas mati. Manusia sanggup menipu, menindas, mencuri, meragut, merompak dan menyamun kerana mahu makan. Pokoknya; makan adalah segala-galanya!!
Justeru sepanjang zaman makhluk ALLAH bergelar manusia ini berperang demi untuk mendapatkan tanah yang subur yang boleh membekalkan mereka bahan makanan harian.

Sememangnya makanan merupakan satu nikmat yang diberikan oleh ALLAH di samping nikmat keamanan dan kesejahteraan. ALLAH berfirman bermaksud:
"Dan ALLAH membuat satu perumpamaan, iaitu satu kampung yang asalnya aman dan tenteram, rezkinya datang melimpah ruah dari segenap penjuru, lalu mereka kufur dengan nikmat ALLAH. Justeru itu ALLAH menyeksa mereka dengan pakaian ketakutan dan kelaparan disebabkan perlakuan merekaâ"..

Ayat di atas menjelaskan tentang dua jenis nikmat iaitu nikmat keamanan dan nikmat perut kenyang. Kedua-duanya dikurniakan oleh ALLAH apabila manusia beriman dan ditarik apabila mereka kufur.

Keamanan dan ketenteraman hati serta kekenyangan merupakan kemuncak nikmat yang diberikan kepada manusia. Namun perlu diingat, makanan mengenyangkan yang dikurniakan oleh ALLAH ada yang haram dan ada yang halal. Baginda bersabda bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram, maka nerakalah yang lebih layak untuknya..?

ALLAH memerintahkan manusia untuk mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram menerusi firmanNya bermaksud: "Wahai orang-orang beriman, makanlah makanan halal yang kami kurniakan kepada kamu..." [Al-Baqarah: 172].

Perintah yang sama juga ditujukan kepada para Rasul menerusi firmanNya bermaksud: "Wahai sekelian Rasul, makanlah daripada makanan yang baik (halal) dan lakukanlah amalan solihin.... [Al-Mukminin : 51]

Halal dan haram itu merupakan ketetapan Tuhan yang mencipta manusia bagi menguji sejauh manakah ketaatan mereka kepada Pencipta. Mereka yang berjaya merentasi ujian tersebut, pasti berjaya di alam pasti selepas kematian. Sementara mereka yang gagal pasti ke neraka menjadi makanan api yang telah sedia marak membara.

Justeru itu ada kalanya manusia diuji dengan sedikit ketakutan dan kelaparan. ALLAH berfirman bermaksud:"..Dan Kami pasti akan uji kamu dengan sedikit rasa takut , rasa lapar, kekurangan harta, kekekurangan nyawa dan kekurangan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang sabarân..". [Al-Baqarah: 155]

Orang yang bersabar ialah orang menyakini wujudnya hari pembalasan. Justeru itu ALLAH menjelaskan dalam ayat seterusnya bermaksud: Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka menyatakan; Kita milik ALLAH dan kepada kita pasti kembali.[Al-Baqarah: 156]

Orang yang tidak sabar pasti gagal dalam ujian.
Berapa ramaikah manusia yang mampu bersabar menghadapi ujian ini?
Perut lapar yang perlu diisi menjadikan manusia lupa bahawa dia akan mati. Dia lupa bahawa segala perlakuannya akan dihisab dan dihitung serta dipertanggungjawabkan. Malah dia lupa janji seksa Tuhan iaitu pohon Zakkum yang berduri sebagai makanan dan air panas menggelegak sebagai minuman orang yang berdosa.
Firman ALLAH bermaksud: Sesungguhnya pohon Zakkum merupakan makanan orang yang berdosa, seperti air panas yang menggelegak di dalam perut. Bagaimana pula dengan kita? Adakah telah bersedia untuk ke neraka???
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby WARIS on Tue Dec 02, 2008 12:20 pm

Ada orang kata kadang2 ada makanan halal jadi haram utk dimakan...
Sumber pendapatan halal jadi haram utk berbelanja...

Apa maksudnya tu...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby cahaya_fisabilillah on Sun Aug 30, 2009 12:31 am

assalamaualaikum saudara sekalian.. sudah lama saya x masuk BMC nih bukan krn tidak gemar tetapi sibuk almaklum masih belajar.. alang2 on9 masuk singgah sebentar untuk bertanya kemusykilan ttg satu produk minuman penyejuk badan nih.... atau budak2 gelar 'air cap badak' .. dikatekan halal tp maner logo halalnya?? tp ubat penah ade logo halal keh? panadol.. ham lam alif lam... tp air.. so ape komen saudara sekalian??? can drink diz water o not?? :matabulat:
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby cahaya_fisabilillah on Sun Sep 13, 2009 1:10 am

uiks.. xde sape2 keh yg leh bantu? saya da cek melalui sms.. kalu gne jakim = rakan cop nyew sistem.. tp tiada dalam senarai.. sesiapa yg leh rujuk air cap badak nih pd sesiapa kenalan org jabatan tertentu keh?? plisss... seriusly bende nih penting..
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby Couns on Sun Sep 13, 2009 1:51 am

air yang keluar dari paip rumah kita tu pun tak ada juga logo HALAL..... :gelak:

***ubat2 import yang diberikan oleh doktor di klinik2 swasta tu pun konfirm tak ada logo halal...
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby PenMerah on Mon Sep 14, 2009 7:12 am

air "bio_aura" pon tak der logo halal.. :gelak:
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby WARIS on Mon Sep 14, 2009 9:01 am

call : 83150200 - Cyberjaya
for Halal Cert Extension or Aduan Extension

Member bagitau tempat buat alamat dibawah ni pekerjanya ramai ahso2...
Nama : Air Penyejuk Badan Cap Kuda Laut
Manufactured by : Chong Park Medical Hall Sdn Bhd, 6&8, Jalan Banang Satu, Kawasan Perindustrian Taman Johor , 81200, Johor Bahru, Johor
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: Makanan Halal dan Haram

Postby cahaya_fisabilillah on Sun Sep 20, 2009 11:18 pm

dengar cite cadburry ada unsur 'khinzir' dlm pemrosesannya.. adakah sesiapa tahu hal sebenar? tetapi sijil halal yg diiktiraf oleh JAKIM masih sah sehingga november.. sememangnya shubhah itu tidak baik, namun sekiranya ada org yakin, kerna JAKIM mengiktirafnya, namun mmg benar ada unsur tersebut, pihak manakh yg patut dipertanggungjawabkan??
cahaya_fisabilillah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 453
Joined: Fri Dec 23, 2005 8:54 pm
Location: Ipoh, Perak


Return to Bicara Kaunseling

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests