.::muHaSabaH DirI.::MOTiVaSi diRI::.

Untuk apa-apa bicara nasihat, cadangan dan pandangan dalam menghadapi apa jua situasi.
Pengendali :: fikrah_islami, TeYeNunYe

.::muHaSabaH DirI.::MOTiVaSi diRI::.

Postby fikrah_islami on Fri Jan 24, 2003 10:52 am

assalamu'alaikum...

Di sini ana harap kita boleh kongsi apa2
article yang boleh tingkatkan motivasi diri
kitaaa..:senyum:

from shukur.jentayu.com..[e-mail]

kadang-kadang ...bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati
ini selalu sahaja merintih...dan pelbagai persoalan timbul dibenak
hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ."

-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??

" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. "

-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

" WAhai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan
), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan ) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan )."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin , diri , harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka......

-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal ."

-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ...... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusof ayat 12


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan.....kerana ialah penawar.....penawar untuk kita.........marilah kita kembali kepada Al-Quran.....kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....

wassalam.....



_________________
di dunya fana sebentar cuma, kubur sedia menanti! Ya ALlah, bimbinglah hambaMu inie melalui jalanMu yg. lurus ituuu. *diriku musafir yang dhaif..diriku milikMU semata2*
Last edited by fikrah_islami on Fri Aug 15, 2008 5:51 pm, edited 3 times in total.
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby fikrah_islami on Wed Jan 29, 2003 10:28 am

Tips untuk jadi cemerlang

Tatacara makan & minum :

Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.

Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi
adalah approaching 0%.

Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch &dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru
telan.Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus
sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.

Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab,bagi yg tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga,kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

Tatacara di bilik air :

Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.


Tatacara didik anak :

Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan develop excellently.

Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active,
kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.


Tatacara didik diri sendiri :

Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, setiap amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam.
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam.
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita"

Semuga mendapat panduan mendidik diri & keluarga, Insya-Allah.


Oleh :Permata Hati

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby saruman on Fri Feb 14, 2003 4:27 pm

thanks...
saruman
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 719
Joined: Tue Jan 21, 2003 8:00 am

Postby Manusia_orang on Fri Feb 14, 2003 4:49 pm

sama-sama....takyah ler ucap thanks kat aku.....lagipun kan untuk paedah bersama.hahaha
Manusia_orang
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Wed Feb 12, 2003 8:00 am
Location: kedah.....

Postby saniyah on Thu Feb 27, 2003 11:47 am

Assalamualaikum ww......
firstly thanks a lot for motivation you hv share with us.... tp saya ada rasa musykil sikit nak tny bole? tuk kaum hawa adaka berdehem tu jg di hrskan..... (maaf sy kurang arif) coz sy ingat adala kurang manis rasanya tuk kaum hawa.....

p/s: hamba lemah lg daif.... hrp blh tolong
saniyah
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Tue Feb 25, 2003 8:00 am
Location: semporna

Postby saruman on Fri Feb 28, 2003 1:26 am

loh...bile masa lak aku ucap thanks kat ko...perasan giler...
saruman
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 719
Joined: Tue Jan 21, 2003 8:00 am

Postby quratul ayuni on Fri Feb 28, 2003 4:40 am

Assalamualaikum|
----------------

puuunnn nak ucap.. "thanks" hi hi :gigi:
User avatar
quratul ayuni
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1498
Joined: Fri Feb 23, 2001 8:00 am

Postby entahler on Fri Feb 28, 2003 8:30 am

Assalamualaikum.. ni nak tambah lagi motivasi ..

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA..

selalu disebut.. tapi ramai ker yg amalkan..

MUDA sebelum TUA
SIHAT sebelum SAKIT
LAPANG sebelum SEMPIT
KAYA sebelum MISKIN
HIDUP sebelum MATI...

Percayalah... hambe sendiri betoi2 terasa tertinggal satu perkara kat atas tu, iaitu LAPANG sebelum SEMPIT..( yg lelain tu.. naúzubillah)

Dulu masa hambe dok kat universiti- kengkononnya sibuk sangat nak belajaq.. jadi tak beraktiviti2 / program2 ilimiah yg belambak2.. peluang punya lah belambak- sebab hamba dulu belajaq kat UIA.. pepaham je laa, betapa belambaknya kuliah2 tafsir, feqah, ceramah, seminar agama bla bla yg bersangkutan ngan agama..

last2.. macam ler hambe ni dapat dean list pun, result cukup makan aje.. dan dah terlepas peluang gi ilmu2 free dan mudah cam kat kampus dedulu.. kalo amek course keagamaan, at least ada formal education gak pasai agama, tapi course hambe, teramatlah jauh dari bab2 agama..

sekarang, bila dah kerja, baru rasa rugi..terkial2 pi cari majlis2 agama dan nak compete ngan masa kerja dan letih kerja lagi.. dan hambe jealous lak tengok bebudak kampus yg boleh je pi program2 cam tuh..

So, come on students.. take any opportunities that you could grab it now.. jgn jadik cam hambe.. kurang ilmu2 berguru ni.. bila dah kerja, everything means money- you have to pay for every single things! so be 'opportunists' to grab the knowledge of Islam before it's too late!!

wallahua'lam..

'kita manusia selalu alpa'
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby fikrah_islami on Sat Mar 15, 2003 4:44 am

assalamu'alaikum...

Hari nie hari Jumaat... semalam 10 Muharam.
Semoga rahmat Allah SWT ke atas kita sumer..
Apa khabar antum sumer??

saruman.., thanks jugak kat anta yea.

manuasia_orang, emm betul jugak kata
anta tu yea.. buat per nak tima kasih kat
ana manusia biasa yang byk buat silap nie
kan??

saniyah, apa khabar?? Orang baru
nampaknya kat sinie. Untuk soalan anti tu,
on my opinion... tu sunnah jer. As pempuan
kena jaga juga la malu tu.. jangan kuat2.
ok tak?

quratul ayuni, thanks juga kat anti..
Kata ustaz, bila orang ucap syukran kita
jawab la syukran 'ala wajib bima'na tak
perlu ucap syukran atas yang wajib..:senyum:

entahler, syukran atas motivasi tu.
Hadis nie kita slalu dengar tapi selalu
lupa.. Dulu masa umur 20 rasa dah tua dah..
La nie nak masuk 25, lagie la rasa tua
sangat.. taktau sampai tak umo 30 tahun
nanti.

Emm betul kata anta tu, bila da kerja,
everything means money.., cam ana.. ana
yang pilih jalan nie so ana perlu terus
-kan perjuangan. Alhamdulillah jumpa
member2 kat internet yang satu arah tujuan.
Boleh ler share 'ilmu. Dulu memang tak
larat sangat.. pagi sampai petang kat
office, malam pi kelas..pukul 11 malam
baru samapi umah. Masa kat kelas selamber
tido kalau dah ngantuk dengar ustaz ajar.
Kat office pun mengantuk. Mana taknya,
3 hari seminggu kelas.. memang penat. Masa
ambik kelas tu tak pk habis2. Ingat nak
'ilmu jerr. entahlah.. akhirnya abis juga
blajar kat intis tu. Blajar kat um lagie
best. InsyaALlah esok sambung pengajian
al-Quran pula kat um[apium]. Blajar kat
um best.. teratur. setiap sabtu jerr..
Janji 'ilmu dapat.. Alhamdulillah..

Salam Maal Hijrah 1424, semoga Allah SWT
permudahkan jalan kita menuju REDHA-NYA..

al-faqir ilAllah

WAllahua'alam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby fikrah_islami on Sat Mar 15, 2003 4:52 am

:senyum: :senyum:

Nie ada tazkirah..

"Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada isteri
kesayangan baginda, Siti Aisyah. Antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah
dulu Al-Quran." Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca tiga kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Quran keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11x, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Saidatina Aisyah menerangkan dari Nabi Muhamad s.a.w, "Siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah Al-Fatihah 7x, surah Al-Ikhlas 7x, surah al-Falaq 7x dan surah An-Naas 7x, maka Allah akan melindunginya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang."

Riwayat dari Saidina Ali r.a : "Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11x sesudah sembahyang subuh, akan syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggoda pada hari itu. "

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : " Surah ini
dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby entahler on Sun Mar 16, 2003 1:12 pm

Assalamualaikum semua..

fuuh fikrah ooiii.. hambe termotivasi lak dengar tuan hambe gi kelas sampai memalam tu..hambe ni sayang tido.. pukul 10.30 tu dah lali daah.. baguihlah lagu tu.. sejuk perut mak mengandung..

cam ner bahagikan masa belajaq dan kerja tu.. ye laa, walaupun tertido dlm kelas at least fikrah abis gak belajaq kat situ..
bukannyer ape, hambe pun planning nak belajaq part-time sambil kerja ni.. nak tau ler gaak OK ker cam tu...

Biarle hambe termotivasi utk menuntut ilmu lagi.. sehingga ke akhir hayat..wallhua'lam

'kita manusia selalu alpa'
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby fikrah_islami on Sat Mar 22, 2003 4:35 am

assalamu'alaikum...

terpana japs baca 'sejuk perut mak
mengandung'
.., harap2nya camtu lah. Tak
tau nak kata sebab ana tak tinggal ngan mak.
Tapi slalu juga balik umah tengok mak ayah.
Harap2 mak redha apa yang ana buat nie. Ana
nie jenis kalau ana nak, ana buat jer..
beritahu kat mak.. Slalu cakap kat mak nak
pi Afghan dulu.., main2 ja tapi teringin
sesangat. Mak jeling jaaa. Cam la ana nie
kuat sangat kan???

Bahagikan masa?? Emmm ana start blajar part
time nie tahun 1999-2003 nie, stay blajar
lagie. Anta percaya tak ana tak pernah ambik
diploma. Semua yang ana ambik, sijil jaaa.

Blajar.. just dengar n ambik nota.. Blajar
kat um, last tetiap sem ada exam. Rajin
baca dapatla markah banyak. Tak rajin baca
dapat merkah sikit.. hehhehh..

Ana nak 'ilmu jaaa. Ana prefer blajar kat um,
sekali seminggu jaaa, ustaz ajar berquality
slalunya.. ada nota, ada exam. Kat uia
kelas malam jaaa. Kalau dah letih, 'ilmu tak
lekat sangat. Sekarang nie ana blajar
tilawah kat uia. Sekali seminggu.. ok la,
taklah letih sangat..

Anta fikirlah habis2. Tu pengalaman ana yang
suka buat benda tu tak fikir panjang.
Lastnya ana juga yang tanggung kesan tindakn
ana tu. Emmm..

Ana sedih sangattttt. Ana dapat tau 75%
bantuan serang iraq drp. kuwait n arab saudi.
Kalau fakta nie betul, alangkah kejamnya
manusia sanggup membantu orang kafir serang
saudara sendiriii. Terasa terlalu hampirnya
qiamat ituuu. Kalau nak bertaubat, bertaubat
-lah sekarang, kalau nak ber'amal, ber'amal
-lah sekarang sebelum matahari terbit dari
barat... Sesungguhnya manusia hari nie
lebih menguatamkan duniawi daripada ukhrawi..
isk.. isk.. isk.. :sedih:

Iraq.. do'a kami buatmu.., semoga pertolongan
Allah SWT bersama antum dan bersama kami...

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby entahler on Sat Mar 22, 2003 8:47 am

Assalamualaikum..

ape, fikrah tepana ngan SEJUK PERUT MAK MENGANDUNG tu.. hehehe, dapat terphysco kan ngko ler ni En. Fikrah ye.
sesame ler kita.
bagi seorg anak- redho Allah terletak pada redho ibunya kan..

alahai anak omak, sijil pun sijil ler, yg penting ada VALUE ADDED.. ni kata2 boss hambe yg hambe, insyaallah akan ingat sampai mati.. sehebat manapun org tu, kalo takdak VALUE ADDED, tak bermakna ler idup.. tapi walau kita ni manusia yg org nampak teruk giler, namun setiap hari masa berlalu kalo ada VALUE ADDED, itulah dinamakan idup yg bermakna- inilah free lecture dari Prof Entahler.

fikrah ada tuleh cam ni:
___________________________________________
Anta fikirlah habis2. Tu pengalaman ana yang
suka buat benda tu tak fikir panjang.
Lastnya ana juga yang tanggung kesan tindakn
ana tu. Emmm..
_________________________________________

mengapa fikrah selalu cakap pasai kesan yg ditanggung sebab belajaq part-time tu? awatnya? hambe ni blurr sket, tak pepaham.. kesan yg cam ner tu? teruk sgt ker?

bukannyer ape, hambe dok nak fikrah kongsi ngan hambe, sebab hambe ni baru dapat first degree, so, nakler sambung second degree atau Master.. bukan takleh sambung belajaq terus dulu tu.. tapi sebab kena bantu sara family, hambe letak tepi dulu cecita hambe tu..(to be frank, ni kira sambung ala2 nak pertingkatkan gaji ler, hambe tak nafikan, itulah yg sebenonya..)

so, kalo hambe nak sambung belajaq, walau hambe ni dapat fully sponsorship ker- scholarship ker (cam ler, result baguih pun hehe)hambe kena ada pendapatan utk kirim kat mak ayah ler.. so, mau tak mau kena laa, buat either- part time keja or part-time balajo.. hambe ni pulak tu, course bukan setakat bace jer.. ada banyak projek based nyer course, so komitmen utk belajo tu tinggi..
ni, memang kena tanya pengalaman org yg pernah buat part-time belajo atau part time kerja.. tu yg hambe nak tau sesangat tu En. Fikrah . benda2 cam ni, cam fikrah kata tu ler, kena pikiaq dalam2.

ooo.. fikrah belajaq tilawah kat UIA, yg pihak masjid anjurkan tu ker.. sape ngajar- ust. hamidon ker?
hambe memang teringin giler nak pi kelas2 tajwid cam tu, tapi tak dapek nak nolong-kalo waktu mlm tu kaan..

IRAQ war..
what to do fikrah, org Islam sendiri yg 'bunuh'saudaranya.. agaknya ape yg kita kat M'sia ni buat.. dok berkonsert je, dok bubuh million signature je.. dapat tolong ker? hmm, mungkin ada org berpendapat, at least show our concern.
Doalah yg selayaknya..

dulu waktu Afghanistan diserang, hambe tak de buat apa2 pun.. hanya kesian, ada laa hambe gi tolong bebudak MERCY M'sia, tolong package kan bebarang nak hantaq ke sana.. tu je yg mampu hambe buat.. masa nak bungkus bebarang tu, perasaan ni rasa hiba yg teramat.. hambe terasa cam ner kalo hambe jadik diaorg?

ni, utk Iraq ni, apa yg patut kita buat? waktu kita bergelak ketawa dlm opis, mereka dibedil.. sungguh bangsat si kafir laknatullah itu..
hmm, ni masih under topik Motivasi diri ke ni?

wallhua'lam
'kita manusia selalu alpa'


<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: entahler pada 2003-03-21 17:51 ]</font>
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby fikrah_islami on Tue Mar 25, 2003 6:53 am

assalamu'alaikum...

Tak faham ker?? Ana rasa ana cakap bm tuuu.
:senyum: .. Sebenarnya ana sendiri tak berapa
faham masalah ana nie.. Hanya DIA Yang Lebih
Mengerti...Apapun bergantung pada individu
la..kalau rasa ana mampu teruskan...

Ok la, antara kesan2nya... 1. tak cukup
tido sebab ana slalu tido lewat, 12 malam
slalunya. 2. Mengantuk kat office.. 3. jadi
tak produktif laaa. 4. pelajar mesti la suka
cakap pasal guru yang mengajar.. kalau kata
.."tak best la ustaz ajar..", dah hilang
berkat blajar tuuu. 5. slalu tak larat..
... lain2 tu ALLAH jua yang Lebih Tahu...

Kawan ana ramai juga yang buat pjj kat upm,
kat um pun ada. Kelas diorang hari sabtu n
ahad. Diorang boleh coop jaaa.. 4 tahun
blajar.

Anta minat blajar lagik yea.. 4 me ana lebih
suka 'ilmu agama kerana dewasa nie ramai
yang blajar tapi agama dikesampingkan takpun
blajar agama tak hayati... ana pun byk
kekurangannya...

Hari tu pi kelas kat um, ustaz hafiz Qur'an..
byk beri tazkirah.. memang bagus la ustaz tu.
insaf dengar dia cakap... Dia nak hantar anak
dia hafaz Qur'an sedari umo 6 taun lagik.
Subject lain biaq dulu..

Rasulullah SAW tak perlu masuk u pun untuk
jadi manusia teragung di mayapada, taktau
membaca dan menulis pun.., para sahabat pun
tak masuk u untuk menjadi insan2 yang
istimewa. Zaman kita..., yang punya ijazah
belum tentu insan istimewa di sisiNYA...

Sekadar mengingatkan diri sendiri...

WAllahua'lam.

_________________
di dunya fana sebentar cuma, kubur sedia menanti! Ya ALlah, bimbinglah hambaMu inie melalui jalanMu yg. lurus ituuu. *diriku musafir yang dhaif..diriku milikMU semata2*

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: fikrah_islami pada 2003-03-24 15:59 ]</font>
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby entahler on Tue Mar 25, 2003 8:42 am

Assalamualaikum..

hmm, En. Fikrah.. cam penat jer menulih :senyum: .. hambe baca pun jadik penat gitu..

entahlah fikrah ooii...
bila fikrah kata fikrah sendiri pun taktau apa masalah tuan hambe tu, hambe rasa seperti sama jer cam fikrah..

kekadang bila terasa penat kerja2 yg berlambak kat opis nih, hamba terpana.. penat sebab bekerja di opis.. bila balik penat, makan, tidoq, bangun balik, pi kerja balik dan tak habis2 cam tu..
apa yg dapat? dapat penat.. dapat gaji ler jugak... tu je ker? dah cukup?

cam ner dgn Hablul minallah.. hubungan ngan Tuhan, adalah seperti berlalunya waktu solat tu, maka berlalulah hati kita dari Tuhan..Sedangkan rahmat Tuhan adalah 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu dan selama KITA DIBERI NAFAS OLEHNYA.. itulah rahmat Tuhan...

kekadang tu hambe rasa cam tak terdaya nak teruskan idup kat dunia ni, dah tu - AKHIR ZAMAN lak tu.. kenapalah agaknya kita tak idup di zaman nabi, tak yah masuk university, tak yah ada degree, tak yah nak kena pikiaq pasai competition in career, tak yah segala2nya..hanya berdekatan ngan nabi dan musuh2 yg tidak sehebat musuh zaman sekarang ni.. kenapa? kenapa kita kena tanggung bebanan akhir zaman ni agaknya fikrah? kenapa?

hambe tak daya nak tanggung rasa takut, dan ketidakpastian setiap hari.. setiap detik berlalu, bila hambe lihat malapetaka akhir zaman ni, perang sana sini.. dan bla bla bla.. hambe takut sungguh.. dulu2 masa bebudak dulu, hambe rasa takut kalo terbunuh dibom, atau dibunuh, atau diseksa. oleh penceroboh2..dan bla bla bla
sekarang ni, (takut seperti itu masih ada lagi la jugak) namun yg lebih hambe takut adalah- DI DALAM GOLONGAN MANAKAH HAMBE INI?
adakah hambe ini termasuk dlm golongan yg benar dlm dunia akhir zaman yg sungguh menipu ini?

memang hambe cukup setuju ngan fikrah- nabi tak masuk universiti pun kan tapi teragung di mayapada..
tapi fikrah itukan seorang rasul yg walaupun ummi namun Allah bagi mukjizah Al-Quran dan dia maksum.. kita ni fikrah terlalu jauh ngan nabi tuu tarafnya.. kena belajaq ABC dan 123 kalo nak idup di dunia akhir zaman ni, kalo idak kita ketinggalan dari umat bangsa lain..yg memang sentiasa mencari kelemahan Islam.. entahlah fikrah..
hambe takut kalo pendapat hambe ni seolah2 menjauhkan hambe dari Rasul, nauzubillah..
siapalah hambe utk dipandang oleh rasul.. agak2 nya kalo Rasululullah masih ada, bagaimanalah pandangan dia pada hambe ni..

memanglah kalo ada ijazah tak semestinya istimewa di sisiNya.. memang betul fikrah..

hambe ni bingung.. antara
1.tanggung jawab,
2.cita2,
3.rasa hati dan
4.keupayaan diri hambe..
mana satukah yg patut hambe turutkan?

Tuhan, maha suci Engkau, tiada kami tahu, melainkan apa2 yg Kau ajarkan kpd kami..
sesungguhnya Engkaulah yg Maha Mengetahui dan Lagi Bijaksana..wallahua'lam

'kita manusia selalu alpa'
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby fikrah_islami on Wed Mar 26, 2003 1:52 am

assalamu'alaikum...

Apa khabar prof??? Anta percaya tak ana nie bukannya lelaki??
Normal la kalau ana kata slalu tak larat kan?? :senyum:

Emmm, salah satu tanda hari qiamat, manusia terlalu sibuk ngan
dunya..ngan kerja hingga tak da masa nak berdakwah.. Kengkadang tu
bukan setakat takde masa nak ingatkan orang lain, diri sendiri pun
tak terbela dan anak2 pun tak dididik ngan akhlaq Islami. Padahal
kat office dialah yang terhebat.. betul kan?

Emmm sibuk tak boleh dijadikan alasan untuk excuse drp.
menjalankan tanggungjawab sbg. muslim kan? Nabi Sulaiman
lagi sibuk drp. kita, tapi dia adalah hamba yang bertaqwa di
sisi ALLAH SWT. Rasulullah SAW, pemimpin teragung.., masih
sempat menjadi suami yang terbaik, bapa yang terbaik, kawan
yang terbaik.. Rasulullah SAW minta untuk dibangkitkan
bersama orang2 fakir.., Baginda SAW boleh menjadi kaya tapi
Baginda SAW memilih untuk hidup susah.. slalu Baginda SAW sedih
mengenangkan ummatnya [kita la] yang cintakan dunya, sibuk
ngan urusan dunya hingga lupakan saudara sendiri yang sengsara
bertahun2 lamanya.. Palestin tu, tanah suci orang Islam.. kerana
sibuk ngan dunya, kita lupakan mereka..

Pernah dengar tak hadis nie.. "kamu akan mengikut jejak langkah
mereka [orang2 kafir] hingga ke lubang biawak.." Betul, tengoklah
cara kita bercakap, cara kita bergaul, cara kita makan... kengkadang
tak faham ana lihat orang makan ngan tangan kiri..

Yup, as manusia kita perlu blajar.. masalahnya kita nie balajar
just 4 kerja. kata Dr. Zaleha.. budak2 law, bila dah kerja
depa buka tudung.. bukan tanggungjawab kita lagi as lecturer..
kita beri 'ilmu n bila dah kerja diorang taknak ikuttt.. Pada ana,
ana suka fikir..kenapa jadi camtu?? Cam kawan ana citer, banyak
budak2 uia kena santau.. why??? uia's students sepatutnya islamic,
right?? So, anta dah ada jawapan?? 4 me, tu sumer kerana
pendidikan. kita diajar blajar lulus untuk periksa.. bukan untuk
di'amalkan.

Yup, ijazah berguna when kita 'amal apa yg kita blajar di u. Kita
sebarkan kepada masyarakat.. massa terbaru [wanita dan masalah
sosial]. Seorang adik, pelajar sekolah agama.. terlanjur ngan boyfriendnya
bukan kes nie ja, banyak lagie kes. Budak uia kerja kat kelab malam,
ada sugar daddy..why, why, why.. kalau bukan kita, siapa lagi
nak concern benda2 macam nie???

WAllahua'lam.

_________________
di dunya fana sebentar cuma, kubur sedia menanti! Ya ALlah, bimbinglah hambaMu inie melalui jalanMu yg. lurus ituuu. *diriku musafir yang dhaif..diriku milikMU semata2*

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: fikrah_islami pada 2003-03-25 11:27 ]</font>
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby entahler on Wed Mar 26, 2003 8:41 am

Assalamualaikum Cik fikrah_Islami..
ooo.. hambe rasa bukan saje pompuan je yg boleh penat, tapi laki pun boleh penat gak kalo setiap hari belajaq kelas malam..normal le tu.. tapi kaum hawa memang secara fitrahnyer sedikit lemah berbanding kaum adam, itu hambe tak sangkal..

hmm, tu ler yg hambe nak tau tu, apa constraint yg Cik fikrah dapat hasil dari belajar part-time tu..

bile fikrah kata pasai kat opis dia yg terhebat tapi bab agama dia yg terkebelakang tu kan, cam ner lah pulak kalo cam hambe ni, kat opis pun dah terkebelakang, belum cakap pasai hubungan ngan Tuhan lagi..

biler fikrah cakap pasai bebudak UIA tu, hambe ni, of course ler terasa serpihan cili tu.. sebab hambe ni graduan UIA kan.. dan memang sedang kerja pun kat UIA ni.. (hambe tak ler tau perihal bebudak UIA yg kerja kat luar- yg dress codenyer bebas dan segala2nya bebas.. tak macam di UIA ni, semuanyer kena ikut undang uiniversiti, tapi kan, undang2 hanyalah undang2.. terpulang pada manusia nak ikut atau tidakan, fikrah..)

tapi hambe tak tau ler pulak pasai bebudak UIA kena santau tu.. kire hambe baru tau ler ni..

fikrah ada tuleh cam ni:
________________________________________
uia's students sepatutnya
islamic, right?? So, anta dah ada jawapan??
4 me, tu sumer kerana pendidikan. kita
diajar blajar lulus untuk periksa.. bukan
untuk di'amalkan.
________________________________________

cumer hambe nak betulkan..
UIA students diajar untuk carry the Islamic morality, tapi tak semestinya mereka tu Islamic.. it really depends on the state of Iman of the individual tu jugak..tak kira ler UIA ker, Azhar ker..

tapi, secara fitrahnya kan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

hambe suka nak bagi contoh global, kenapa Islam dikaitkan dgn terrorism, sedangkan umat Islam yg buat terror tu amatlah sedikit dibandingkan dgn bilangan ummat Islam yg ramai ni.. dan memang tak boleh nak dikatakan terrorist itu adalah penganut Islam yg betul2 memegang ajaran Islam, kerana Islam tak pernah mengajar penganutnya utk terrorise others tanpa sebab munasabah kan.. cam ner org2 luar boleh kata umat Islam tu terrorists? bukankah sepatutnya org Islam tu baik dan Islamik?

Sebabnya... oleh kerana nama Islam dan imej baik yg dikatkan dgn Islam itu dikenali ramai, maka jika terjadinya satu perkara tidak baik (yg melanggari prinsip Islam) yg walaupun melibatkan seorang dua penganut Islam, maka nama Islam seisinya mudah tercemar..

hmmm.. begitulah adanya dgn kes UIA and the students.. org akan sentiasa memandang UIA, pendidikannya, pelajarnya, pensyarahnya, environmentnya dan lain2- dan cuba mengaitkan dgn imej yg cuba UIA bawa.. dan kalo ada yg bertentangan.. cam tu lah jadiknya sekarang kan..

hambe tak berniat sekali menegakkan benang yg basah.. kalo dah betoi pasai keruntuhan akhlak segelintir bebudak UIA tu, memang betullah...bukan juga hambe nak salahkan fikrah cakap cam tu.. terima kasih lah bagi kita muhasabah ni..

cuma hambe suka nak kongsi pendapat hambe ni ngan suma..

bak kata org yg hambe pernah dengaq-tak tau boleh pakai ke tak :senyum:
:lagi panjang lilit serban seseorang tu lagi besaq dan hebatlah setan yg menggodanya..

err fikrah - kita serupa..

wallhu a'lam

'kita manusia selalu alpa'



<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: entahler pada 2003-03-25 17:46 ]</font>
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby fikrah_islami on Thu Mar 27, 2003 8:34 am

assalamu'alaikum...:senyum:

Dah tergantung2 la pulak topik nie. Kita
2 orang jer yang pot pet pot pet, mana
orang lain ek??

Anyway bukan ana nak salahkan sesapa cuma
berfikir why benda2 camtu terjadi. Ana suka
baca kisah sufi n para sahabat. Cara mereka
terima 'ilmu berbeza ngan kita. Guru like
Rasulullah SAW mengajar para sahabat satu
hadis.. Baginda SAW tidak beri banyak2
pada suatu masa.. then sahabat mereka 'amal
-kan benda tu.. emmm ana tak sure sangat la.

Para sufi dulu diorang nie diajar oleh guru
yang betul2 ambil berat tentang diorang.
Guru akan suruh menghafal, menguji n etc
etc.. sampaikan mereka yakin dah serahkan
'ilmu sumer kat anak murid barulah anak
murid boleh pulang ke kampungnya. Camtu la
kehidupan Imam Syafie, Imam hanafi dan
ulama'2 yang lainnya... nampak tak
perbezaannya?? Dan lagi satu perempuan
memang takda dalam sistem pembelajaran tu.

Ingat tak kisah Imam Syafie yang sukar
menghafal satu 'ilmu tu. Guru Imam Syafie
kata 4 sure dia dah buat maksiat, then
Imam Syafie teringat dia terlihat betis
seorang perempuan.. So, our environment now
kat ipt.. memungkinkan dan menggalakkan
hati menjadi hitam ngan maksiat.. so camno
'ilmu nak lekat?

Orang pompuan pulak, diajar untuk menjadi
seperti lelaki. Mencari rezeki cam lelaki.
Jadi engineer, jadi architect n so on.
Sunnahnya pompuan duduk rumah. Zaman Rasul
SAW dulu pompuan buat kerja kat dalam umah,
menjahit baju n so on. Yang sesuai ngan
fitrah pompuan. La nie, kerja lagie.. suami
lagi.. anak lagie, pompuan jadi bionic
woman. Fitrahnya pompuan nie suka melawa.
Kalau tabarruj kira dah berdosa kan, kat
dalam surah An-nur Allah SAW berfirman
jangan kamu menampakkan perhiasan kepada
yang bukan muhrimmu...


Emmm banyak kita nie dah lari drp. prinsip
Islam yang sebenar... Ana pun pernah terpk
gak, kalau hidup kat zaman Nabi SAW kan ker
senang..? Namun Allah SWT mahu uji kita ngan
idop kat zaman yang serba mencabar inie.
Zaman manusia berebutkan harta dan pangkat,
meremehkan ukhrawi. Spiritual gersang dan
kontang..

sms from my friend, Is a coincidence that
War started on the 3rd day of the 3rd week
of the 3rd month of the year of the 3rd millennium.
Is this the start of the 3rd World War???

Oh Allah, please guide us to the right path..

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby fikrah_islami on Fri Mar 28, 2003 7:55 am

assalamu'alaikum...

Ada sedikit motivasi di sinie..

:senyum: from shukur.jentayu.com

Sebagai pelajar or ibu bapa,kita haruslah menjaga adap agar mudah mendapat/mengingat ilmu yg diajar...
Antaranya:

1) Elakkan makan organ dalaman haiwan (otak,ati,limpa n sebagainya)
2) Mengelakkan makan @ minum yg mengandungi semut didalamnya
3) Jgn melihat tulisan pd batu nisan kerana dikhuatiri mematikan kecergasan akal
4) Elakkan dari melihat buih
5) makan makanan yg mengandungan kekacang(soya,kacang panjang.kacang dal n sewaktu dgnnya)-kaya dgn protein utk membantu penghasilan tisu2 baru n aktif
6)Makan madu,kurma,kismis-sbg sumber tenaga pd otak
7) Kurangkan ketawa-elakkan dari mematikan ati

As parent, marilah sama2 kita mengawal corak pemakanan anak kita mudah2an mereka bleh menjadi pelajr cemerlang/hafiz/ah insyaAllah.

-Sewaktu mengandung,pada bulan ketiga n keatas, amalkan rangsangan pd fetus anda (krn pd waktu itu pembentukan otak sedang giat berjalan). Bykkan rangsangan pd fetus samada berckp atau dgrkan ayat suci Al-Quran.
- Ambil makanan yg halal n berkhasiat (makanan yg ibu makan akan dikongsi bersama dgn anak yg dikandung)
- Sewaktu bayi sedang membesar, pastikan anak tidak digalakkan makan terlalu kenyang cz keadaan ini bleh melemahkan otak anak.
- Kiranya ingin anak yg agresig,aktif,ligak,berilah anak anda makan coklat ,utk merangsang otak (tp, jgn keterlaluan krn ia bleh merosakkan gigi anak)

Byk lagi sebenarnya......

Last one, bagi wanita yg blum berkahwin, jagalah pengambilan makanan anda semua .kerana utk mendapatkn anak yg soleh/ah,seorg ibu haruslah menjaga makan minumnya b4 kawin lagi. InsyaAllah keadaan ini akan membentuk keperibadian yg solehah.

-belajar kaedah memask dgn btul (makanan yg dimasak x hilang zatnya selepas dimasak )-cara memotong,tahu sifat2 nutrien yg terkandung dalam sesuatu sumber makanan,either ikan,buah,daging n sebagainya.
- Elakkan membeli makanan ditempat yg terbuka (xpose pd asap n kotoran persekitaran)
- pastikan kebersihan badan dijaga

InsyaAllah, kiranya niat kita utk mendapatkan bdn yg sihat n dpt beribadat pd Allah, ganjaran yg besar akan menanti kita semua insyaAllah

(peringatan utk diri sendiri)

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby mardhiah12 on Sat Mar 29, 2003 11:40 pm

assalamu`alaikum

tertariklah baca kak fikrah dgn entahler tulis. conversation antara dua orang, memula tak lah perasan, tapi bila tergantung nih, terdetik dlm hati-mesti ada pengisian yg buat pengendali tertarik sampai tergantung topik nih :senyum:.

buat kak fikrah, bersabarlah, adatlah belajar penat. ujung minggu, tak ke kelas malam. kekadang balik office rasa nak tumbang. pening pk pasal kerja, nak catch up study lagi. bukan apa, bagi mar sendiri, harapan utk belajar tuh tetap ada. tak le secara formal saja, informal pun boleh. Alhamdulillah, i've come from a secular university, masuk dlm satu environment yg menarik ke arah Islam. kerja kat sini, rata-rata yg tua (baya-baya mak), kekadang tanya, tak gi kelas tu, ke kelas nih ker..bukan kelas apa, kelas fardu ain, kelas mengaji,kelas tarannum, then ceramah hari-hari kat surau lagi (bukan semua pun mar pergi :gigi:). bak kata org hendak seribu daya.

dulu waktu kat university, terkontang kanting & betapa peritnya nak tegakkan cara hidup Islam. kekadang rasa nak menangis bila kita ajak org, jomlah join program ni {usrah ke, tamrin ke] and people will just shrug it off. tapi kata kawan, jalan ibadah nih memang penuh liku. dan bak signature shifak, jalan mujahadah itu berselut..tak usahlah kata, memang mar akui, universiti mar mungkin menghasilkan people yg excellent dr segi akdemik, tapi pembangunan sahsiah tidaklah selari menyebabkan ramai yg tersungkur.. tersungkur dgn masalah sosial :nangis:...berapa ramai yg berzina, berapa ramai yg kena tangkap khlawat, berapa ramai yg dibesarkan environment elok, masuk university terikut yg negatif. dari pakai baju kurung, sekarang pakai skirt pendek dipadankan dengan baju bertali halus. dari pakai tudung, jadi tak pakai. bukan setakat tak pakai, kekadang tu, silap warnakan lagi.

sebab tu bila mar ke IPTA, i expect something much better kat university tu dari tempat mar belajar. mana taknya pergi UUM sejuk mata memandang.

yg tang UIA tu, bukannya apa, betul macam entahler kata, tak semestinya UIA students akan kekalkan peraturan yg dikenakan kat university. tapi sayangnya sebab org luar memandang UIA sebagai satu tempat menimba ilmu yg penuh ciri-ciri Islamic. dan bagi mar, sepatutnya bila kita pergi ke arah itu, kita juga patut uphold values yg diajar di university tu sendiri. sebabnya keadaan uia, yang bagus dari segi banyak pengisian agama..maksudnya ilmu agama tak putus. bagi mar sendiri, mar sentiasa memandang uia sebagai satu tempat yg uphold really good values, dan bagi mar, we should use the opportunity given to us untuk memperbaiki diri kita ni. kalaulah mar diberi peluang belajar di sana, semasa undergrad dulu, mesti mar rasa gembira, sebab sentiasa akan ada kawan yg memperingati & environment yg menarik :senyum:.

besed on my experience, mar rasa yg belajar kat tempat yg penuh islamic values nih shouldn't take it for granted. mar pernah merasa liku hidup di tempat yang sekular. sampai memula masuk university tu, macam berjalan di awangan, kerana begitu terkujutnya dgn suasana [cultural shock] i've never expected malaysia, sebuah negara islam, boleh jadi macam nih. keruntuhan moral..selama 4 tahun, belajar di sana, memang betul-betul bergantung pada diri sendiri dan kita sendiri yg pergi mencari sorrounding utk disesuaikan. dan begitulah hati mar terpaut pada institusi usrah di universiti-kerana dahagakan ilmu agama. dan selama 4 tahun, dapat mar saksikan sendiri ikatan ukhuwwah. setahun tu, terkadang 10 org anak usrah dtg usrah (Alhamdulillah) dan terkadang, anak usrah tinggal 2 org jer. dan at certain times, one whole year, anak usrah semuanya dtg usrah (Alhamdulillah). memanglah perjalanan dakwah nih ada turun naiknya.

tapi satu mar rasa beruntung, bila kat tempat mar belajar tu lah, kita jumpa ramai sgt non muslims yg sentiasa tanya kenapa islam macam tu, kenapa islam mcm ni...& we have to seek answers, dan dlm penemuan itulah, menyebabkan kita lebih tertarik dan makin jatuh hati dgn Islam sendiri :senyum:

dan pada zaman akhir zaman nih, nak buat macam mana kan-kita dah pun Allah tetapkan untuk hidup zaman ni. so, we should make full use of it. dan sepatutnya kita bersyukur, sebab insya Allah sehingga ke hari ini masih dlm nikmat iman dan islam.

teringat satu hadis yang lebih kurang bermaksud yg Rasulullah s.a.w. kagum dgn satu golongan-yakni golongan ikhwan, di mana mereka tidak hidup pada zaman Rasulullah s.a.w., tidak pernah bertemu sahabat yg pernah hidup di zaman Rasulullah s.a.w. tetapi amat menyintai Rasulullah s.a.w.

:senyum:

Ya Allah, jadikanlah kami tergolong dlm golongan ikhwan
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby entahler on Tue Apr 01, 2003 4:18 am

Assalamualaikum, dah berhari2 hambe tak masuk BMC, sibuk sesangat.. masyaallah.. ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara yg diantaranya MASA LAPANG SEBELUM SEMPIT.. memang betullah apa yg Nabi kata itu..

mar.. welcome.. memang topic ni hambe suka sesangat, menambahkan motivasi hambe yg selalu demotivated, kita manusia selalu alpa..

hambe ni dari dulu, sekolah agama dan masuk univesiti yg biah insyaallah, agak terkawal. dan bekerja pun di tempat yg sama.. hambe selalu terfikir, cam ner kalo hambe bekerja di luar? at least mar pernah merasa gak dulu, dah tak culture shock dah kaan.. hambe nih, tak pernah nak terbayangkan.. kalo setakat tercuci mata kat KL tu, biasalah tapi kalau dlm belajar atau bekerja tu, belum pernah lagi.. ya Tuhan kuatkan hati hambamu ini.. takkanlah slamanya hambe nak bekerja di sini, satu hari nanti utk sambung belajar atau kerja lain2, hambe kena gak kerja kat luar kan.. luar dari lembah ilmu dan budi ini..
____________________________________
teringat satu hadis yang lebih kurang bermaksud yg Rasulullah s.a.w. kagum dgn satu golongan-yakni golongan ikhwan, di mana mereka tidak hidup pada zaman Rasulullah s.a.w., tidak pernah bertemu sahabat yg pernah hidup di zaman Rasulullah s.a.w. tetapi amat menyintai Rasulullah s.a.w.
_______________________________________

hambe betul2 tertarik ngan kata2 mardhiah ni.. yg ni hambe selalu sebut2kan dan titipkan dalam hati utk menyejukkan hati hambe yg mencemburui takdir para sahabat di sekeliling Rasul dulu..

fikrah.. hambe ni suka sangat makan organ hati, perut, pedal tu kegemaran hambe tuh. patutler blurr sket hambe ni.. lambat pick up ilmu.. dan agaknya selalu terminum jus semut.. patutla pelupa hambe ni..

hambe tak leh tulis panjang.. nanti laah, lepas keja siap boleh lah..
wallahua'lam

'kita manusia selalu alpa
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby penamerah on Tue Apr 01, 2003 8:44 am

Assalamu’laikum...

Motivasi diri memerlukan diri yang ‘sedar’ dan sahabat yang ‘sedar’ lagi menyedarkan. Bergaullah dengan mereka yang berilmu dan beramal dengan ilmu mereka.

Pandang dan tilik hati sendiri dalam setiap keputusan yang kita lakukan dan bergembiralah dengan taqdir kita sekarang kerana beranggapan apa yang kita miliki sekarang merupakan sesuatu yang terbaik buat kita...

Wassalam...
penamerah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1949
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: selangor

Postby fikrah_islami on Fri Apr 04, 2003 1:45 am

assalamu'alaikum...

Kaifa halukum sahabat2 fillah.. syukran
syukran n ahlan wasahlan kepada mar
n penamerah
:senyum: Thanks atas
pengisian.. Ana ada jerr tapi tak sempat
nak reply..

entahler tulis
kekadang bila terasa penat kerja2 yg berlambak kat opis nih, hamba terpana.. penat sebab bekerja di opis.. bila balik penat, makan, tidoq, bangun balik, pi kerja balik dan tak habis2 cam tu..
apa yg dapat? dapat penat.. dapat gaji ler jugak... tu je ker? dah cukup?

cam ner dgn Hablul minallah.. hubungan ngan Tuhan, adalah seperti berlalunya waktu solat tu, maka berlalulah hati kita dari Tuhan..Sedangkan rahmat Tuhan adalah 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu dan selama KITA DIBERI NAFAS OLEHNYA.. itulah rahmat Tuhan...


>>>Bila Prof. kata gitu ana pun terpk gak..
memang dah lama pun pk camtu, cam sedih jer
tapi tak tau nak buat cammana, seolah2 diri
nie dah diprogramkan pukul 8 to 4.30 kena
kerja. Cam robot pulak, tapi tak ikut pun..terlajak
rehatlah n so on. Sabtu n ahad pun sibuk ngan urusan..,
taktau masa bila nak kuar berdakwah sedangkan tugas
dakwah tu menjadi kewajipan setiap muslim.
Nak dakwah orang perlu 'ilmu n kemahiran..
Sedih memang sedih, bila nampak non-muslim,
nampak minah2 pakai tak cukup kain,
bercouple2.. hanya do'a yang mampu
diucapkan dalam hati.. moga2 mereka kembali
ke landasan iman yang benar. Nak tego tak
berani la pulak. Oh lemahnya iman ana nie.
Kalau ramai2 berani lah sikit nak tego,
bila kita nak buat kerja dakwah nie ek???

entahler tulis
namun yg lebih hambe takut adalah- DI DALAM GOLONGAN MANAKAH HAMBE INI?
adakah hambe ini termasuk dlm golongan yg benar dlm dunia akhir zaman yg sungguh menipu ini?

seorang rasul yg walaupun ummi namun Allah bagi mukjizah Al-Quran dan dia maksum.. kita ni fikrah terlalu jauh ngan nabi tuu tarafnya.. kena belajaq ABC dan 123 kalo nak idup di dunia akhir zaman ni, kalo idak kita ketinggalan dari umat bangsa lain..yg memang sentiasa mencari kelemahan Islam..

hambe ni bingung.. antara
1.tanggung jawab,
2.cita2,
3.rasa hati dan
4.keupayaan diri hambe..
mana satukah yg patut hambe turutkan?

'kita manusia selalu alpa'


>>>Ana pun sama juga ngan prof., banyak
benar rasanya buat dosa, kat akhirat nanti
taktau la boleh masuk syurga terus atau kena
transit dulu kat neraka.. na'uzubillah..,
'amal dah la ciput sangat jika nak bandingkan
ngan selautan rahmat dariNYA..Nak solat
byk2, cepat sangat mengantuknya.. kekasih2
Allah SWT kalau beribadat tu separuh malam
tak tido., siang2 buat kerja excellant
sungguh. Kita nie emmm.. :sedih:

Sama jer lah kita ek.. ana pun bingung
antara impian, harapan, tanggungjawab n
keupayaan diri ana. Kalau ikutkan hati nak
jerr pi join mercy ker, pi Iraq ker...
Oh Allah, tunjukkanlah kami jalan yang
benar, jalan yang ENGKAU redhai..


WAllahua'lam.

_________________
di dunya fana sebentar cuma, kubur sedia menanti! Ya ALlah, bimbinglah hambaMu inie melalui jalanMu yg. lurus ituuu. *diriku musafir yang dhaif..diriku milikMU semata2*

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: fikrah_islami pada 2003-04-03 10:59 ]</font>
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby fikrah_islami on Sat Apr 05, 2003 5:12 am

assalamu'alaikum...

Kaifahalukum wa kaifaimaanukum..?? Moga2
IMAN dan 'AMAL kita kian bertambah buat
bekalan di negeri sana...

Hari nie hari jumaat, hari yang dijanjikan
qiamat akan berlaku.., dulu2 slalu seram
sejuk bila tiba hari jumaat tapi la nie
kurang pulak rasa camtu, sebab IMAN tak
kuat la tuuu.

Kita sambung perbincangan kita ek..
entahler ada berkata, Rasulullah SAW itu
maksum dan diberi al-Quran sebagai mukjizat
.. Ana setuju sesangat n ana berpendapat
kita nie jauh drp. petunjuk al-Quran.
Pengalaman ana blajar dulu, kita ditekankan
untuk blajar tajwid dan pandai baca al-Quran
dan yang lebih malang sekadar cepat khatam
al-Quran.., ana sebenarnya tertanya2 apa
yang diperkatakan al-Quran?? Ana slalu lihat
atuk ana baca al-Quran hari2 terutamanya
lepas solat subuh n isyak. Ana selalu tanya
dalam hati, atuk faham ker apa yang dibaca
nya tu??? Cammana ustazzah kata al-Quran tu
sebagai panduan hidup? Kita sedia maklum
akhlaq Nabi SAW adalah al-Quran, jadi kalau
nak ikuti Nabi SAW ikuti lah al-Quran..

Kasihan kita, betapa berjayanya orang2 kafir
yang cuba menjauhkan kita drp. al-Quran dan
as-Sunnah, kita faham Islam drp. perspektif
yang sempit...

Ana teringat satu cerita, seorang anak raja
yang sukakan duniawi.. suatu hari terdengar
olehnya alunan suara nyanyian seorang pemuda
yang lalu berhampiran istananya. Dia lantas
mengarahkan pengawal mencari pemilik suara
tersebut, seorang pemuda yang berpakaian
tidak kemas dan selekeh. Lantas ditanyakan
apakah yang dinyanyikannya.., pemuda itu
menjawab al-Quran.. anak raja segera
insaf dan kembali ke pangkal jalan...
SubhanALlah!!! So, how about us?

mar tulis
kekadang balik office rasa nak tumbang. pening pk pasal kerja, nak catch up study lagi. bukan apa, bagi mar sendiri, harapan utk belajar tuh tetap ada. tak le secara formal saja, informal pun boleh. Alhamdulillah, i've come from a secular university, masuk dlm satu environment yg menarik ke arah Islam. kerja kat sini, rata-rata yg tua (baya-baya mak), kekadang tanya, tak gi kelas tu, ke kelas nih ker..bukan kelas apa, kelas fardu ain, kelas mengaji,kelas tarannum, then ceramah hari-hari kat surau lagi (bukan semua pun mar pergi :gigi:). bak kata org hendak seribu daya.

Ish, ish..ish kesian kat mar, yea lah..
orangnya kecik jer, mana tak penat kan??
Sabarlah ek. Tu yang bestnya pi kelas tak
formal kan? Jumpa orang2 yang lebih dewasa
dan berpengalaman drp. kita. Ana nie pun
kalau berkawan ngan kawan2 blajar lebih
akrab, walau jarang bersua muka tapi roh
sama2 blajar tu tetap ada.. :senyum:

mar tulis
dulu waktu kat university, terkontang kanting & betapa peritnya nak tegakkan cara hidup Islam. kekadang rasa nak menangis bila kita ajak org, jomlah join program ni {usrah ke, tamrin ke] and people will just shrug it off. tapi kata kawan, jalan ibadah nih memang penuh liku. dan bak signature shifak, jalan mujahadah itu berselut..tak usahlah kata, memang mar akui, universiti mar mungkin menghasilkan people yg excellent dr segi akdemik, tapi pembangunan sahsiah tidaklah selari menyebabkan ramai yg tersungkur.. tersungkur dgn masalah sosial :nangis:...berapa ramai yg berzina, berapa ramai yg kena tangkap khlawat, berapa ramai yg dibesarkan environment elok, masuk university terikut yg negatif. dari pakai baju kurung, sekarang pakai skirt pendek dipadankan dengan baju bertali halus. dari pakai tudung, jadi tak pakai. bukan setakat tak pakai, kekadang tu, silap warnakan lagi.

Itulah masalah kita sekarang nie. Ana takut
sangat, kita nie dah slalu sangat langgar
perintah Allah SWT, tinggal lagie nak tunggu
bala drp. Allah SWT jerr. Kita boleh lah
kata mintak simpang lah, apa lah kan.., tapi
kita tak usaha pun untuk memperbaiki apa
yang telah berlaku. Inilah hasilnya bila
kita tak ikut peraturan Allah SWT. al-Quran
kata.. "kamu adalah makhluq terbaik yang
diciptakan kerana kamu mengajak yang ma'ruf
dan melarang yang mungkar.."
[lebih
kurang yea tafsir ayat tu]
Benar ker kita makluq terbaik, sedangkan
maksiat kat depan mata kita buat dono jerr.
Tu bukan kerja kita, tu kerja jawi n jais..
[ana ler tu, tak berdaya...]

Ok la ek, lain kali kita diskusi lagie..

WAllahua'lam.

________________
di dunya fana sebentar cuma, kubur sedia menanti! Ya ALlah, bimbinglah hambaMu inie melalui jalanMu yg. lurus ituuu. *diriku musafir yang dhaif..diriku milikMU semata2*

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: fikrah_islami pada 2003-04-04 14:17 ]</font>
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby entahler on Tue Apr 08, 2003 3:47 pm

Assalamualaikum..

hmm.. dlm Quran sendir menyebut- org2 berIman itu bila dibacakan ayat2 Allah maka akan bergetarlah hatinya...

boleh kita koreksi tingkatan Iman kita... bila kita baca tafsiran ayat2 Allah itu, bila kita dengarinya, adakah sejuk hati kita dgn alunannya.. atau apakah gementar hati dgn ayat2 yg menunjukkan azab Allah?

nampaknya, kita yg kurang betul ilmu tafsir menafsir ayat ni kena berguru ni.. supaya lebih kita rasai kelazatan ayat2 Allah itu.. wallhua'lam..

(err, kat BMC ni, kat mana thread kelas tafsir ha? ada ker? )

kita manusia selalu alpa



<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: entahler pada 2003-04-08 01:49 ]</font>
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Postby fikrah_islami on Wed Apr 09, 2003 9:52 am

assalamu'alaikum...

:senyum: ada motivasi di sinie.. from my e-mel
friend...

Panduan Hidup...fikirkanlah..!!!

Apabila bersahabat diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjwb &

harapan sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.

Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan di hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan ! cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t..

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan
hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."



wassalam...

Harik Fauzi

--------------------------------------------

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby ucik on Sat Apr 12, 2003 2:39 am

hati-hati dengan fikiran, ia akan menjadi kata-kata..
hati-hati dengan tindakan, ia akan menjadi tabiat.....
hati-hati dengan tabiat ia akan menjadi perwatakan..
hati-hati dengan perwatakan kerana ia akan menjadi masa depan.....
ucik
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 25
Joined: Sun Nov 17, 2002 8:00 am

Postby fikrah_islami on Fri Apr 18, 2003 11:03 am

assalamu'alaikum...

Syukran ucik...input baru tu
..:senyum: Ana tak pernah dengar lagie..

Lama tak posting kat sinie. ana suka
discuss, tapi kalau discuss jer tak
buat apa2 pun tak guna jugak. Yang
penting tindakan. Teringat ana satu
ayat al-Quran nie..Firman Allah SWT
..antara lain Allah SWT beritahu
Allah SWT tidak melihat kepada harta,
pangkat atau 'ilmu [hamba2NYA] tetapi
Allah SWT melihat kepada hati dan
'amal [hamba2NYA]...

WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby fikrah_islami on Tue Apr 22, 2003 6:56 am

assalamu'alaikum...

Berdasarkan kajian 25 tahun

Dato Dr. Fadzilah Kamsah



January

Bercita - cita tinggi dan orangnya serius

Suka mendidik dan dididik

Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik

Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan

Suka smart, kemas dan teratur

Bersifat sensitif , berfikiran mendalam

Pandai mengambil hati orang lain

Pendiam kecuali telah dirangsang

Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi

Mudah mendisiplinkan diri sendiri

Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema

Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya

Cukup sayang pada kanak - kanak

Setia pada segala - galanya

Perlu belajar kemahiran sosial

Sikap cemburu yang sangat tinggi


February

Berfikiran abstrak

Sukakan benda yang reality dan abstrak

Inteligent , bijak dan genius

Berpesonality yang mudah berubah

Mudah menawan orang lain

Agak pendiam . pemalu dan rendah diri

Jujur dan setia pada segalanya

Keras hati untuk mencapai matlamat

Tidak suka dikongkong

Mudah memberontak apabila dikongkong

Suka kegiatan yang lasak

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif

Mudah mempamirkan marahnya

TIdak suka benda yang remeh - temeh

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya

Sangat berani dan suka memberontak

Bercita - cita tinggi dan suka berangan - angan dan ada harapan untuk Merealisasikan impiannya

Pemerhatian yang tajam

Suka hiburan dan sukan

Suka benda yang bersifat seni

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran

Berkecenderungan pada benda yang tahyul

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros

Belajar untuk mempamirkan emosi


Mac

Berpesonality yang menarik dan menawan

Mudah didampingi

Sangat pemalu dan pemendam rasa

Sangat baik secara semulajadi , jujur , pemurah dan mudah simpati

Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan alam persekitaran

Suka pada kedamaian

Sangat peka kepada orang lain

Sesuai dengan kerjaya yang memberi khimat kepada orang lain

Tidak cepat marah dan sangat amanah

Tahu balas budi dan tahu kenang budi

Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam

Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal

Suka berangan - angan

Suka melancong

Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi

Kelam kabut dalam memilih pasangan

Suka dengan hiasan rumahtangga

Punya bakat seni dalam bidang muzik

Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik

Jangan terlalu moody .


April

Sangat aktif dan dinamik

Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal

Sangat menarik dan pandai manjakan diri

Punya daya mental yang sangat kuat

Suka diberi perhatian

Sangat berani dan tiada perasaan takut

Suka adventure pengasih , penyayang , sopan santun dan pemurah

Emosi cepat terusik

Try control the emotion

Kecenderungan bersifat dendam

Agresif , kelam kanut untuk membuat keputusan

Kuat daya ingatan

Gerak hati yang sangat kuat

Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain

Berpenyakit disekitar kepala dan dada

Sangat cemburu dan terlalu cemburu


Mei

Kekerasan hati dan degil

Kuat semangat dan bermotivasi tinggi

Pemikiran yang tajam

Mudah marah apabila tidak dikawal

Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian

Perasaan yang amat mendalam

Cantik dari segi mental dan fizikal

Tidak perlu dimotivasikan

Tetap pendirian tetapi dipengaruhi oleh orang lain

Mudah dipujuk

Bersikap sistematik ( otak kiri )

Suka berangan

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain
tanpa diberitahu

Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit

Daya khayalan yang tinggi

Permikiran yang tajam

Pandai berdebat

Fizikal yang baik

Kelemahan sistem pernafasan

Suka sastera , seni dan muzik serta melancong

Tidak berapa suka duduk dirumah

Tidak boleh duduk diam

Tidak ramai anak

Rajin dan bersemangat

Agak rajin


Jun

Berfikiran jauh dan berwawasan

Mudah ditawan kerana sikap baik

Berperangai yang lemah lembut

Mudah berubah

Idea yang terlalu banyak dikepala

Bersikap sensitif

Otaknya aktif ( sentiasa berfikir )

Sukar melakukan sesuatu dengan segera

Bersikap suka menangguh - nangguh

Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik

Cepat marah dan sejut

Suka bercakap dan berdebat

Suka buat lawak dan bergurau

Otaknya cerdas berangan - angan

Mudah berkawan dan pandai berkawan

Orang yang sangat tertib

Pandai mempamerkan sikap

Mudah kecil hati

Mudah kena selsema

Suka berkemas

Cepat rasa bosan

Sikap terlalu memilih dan cerewet

Kurang mempamerkan perasaan

Lambat nak sembuh apabila terluka hati

Suka kepada barang yang berjenama

Mudah menjadi eksekutif

Kedegilan yang tidak terkawal

Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa

Menegur saya adalah kawan saya.


July

Sangat seronok didamping

Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki

Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki

Agak pendiam kecuali diransang

Ada harga dan maruah diri

Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan

Mudah dipujuk dan bercakap lurus

Sangat menjaga hati orang lain

Sangat peramah

Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya

Berjiwa sentimental

Jarang berdendam

Mudah memaafkan tapi sukar melupakan

Tidak suka benda remeh - temeh

Membimbing cara fizikal dan mental

Sangat peka dan mengasihi serta penyayang

Layanan yang serupa dengan semua orang

Tinggi daya tajam

Suka menilai orang lain dengan pemerhatian

Mudah dan rajin belajar

Suka muhasabah diri

Suka megenangkan peristiwa atau kawan lama

Suka mendiamkan diri

Suka duduk dirumah

Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan

Tak agresif kecuali terpaksa

Lemah dari segi kesihatan perut

Mudah gemuk kawal tak kawal diet

Minta disayangi

Mudah terluka hati tapi lambat pulih

Terlalu mengambil berat

Rajin dalam membuat kerja


August

Suka berlawak

Mudah tertawan kepadanya

Sopan santun dan caring terhadap orang lain

Berani dan tidak tahu takut

Orangnya agak tegas dan bersikap ego

Pandai pujuk orang lain

Nilai harga diri yang sangat tinggi

Dahaga pujian

Semangat juang yang luar biasa

Cepat berfikir

Fikiran yang berdikari

Suka memimpi dan dipimpin

Sifat suka berangan

Berbakat dalam seni lukisan , hiburan dan silat

Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk

Cepat apabila ditimpa penyakit

Belajar untuk relax

Sikap kelam kabut

Romantik pengasih , penyayang

Suka mencari kawan


September

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur

Sangat cermat teliti dan teratur

Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

Pendiam tapi pandai bercakap

Sikap sangat perinhatin dan terperinci , amanah , setia dan jujur

Kerja yang dilakukan sangat sempurna

Sangat sensitif yang tidak diketahui

Orang yang banyak berfikir

Otak bijak dan mudah belajar

Suka mencari maklumat

Kawal diri dari terlalu mengkritik

Pandai mendorong diri sendiri

Mudah memahami orang lain ( daya firasat yang sangat tinggi )

Kerana banyak simpan rahsia

Suka sukan , hiburan dan melancong

Kurang menunjukan perasaan nya

Terluka hatinya sangat lama disimpan

Terlalu memilih pasangan

Sukakan benda yang luas

Bersistematik


October

Suka sembang

Suka orang yang sayang padanya

Suka ambil jalan tengah

Sangat menawan dan sopan santun

Kecantikan luar dan dalam

Tidak pandai berbohong dan berpura - pura

Mudah rasa simpati, baik , pentingkan kawan

Sentiasa berkawan

Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama

Cepat marah

Macam pentingkan diri sendiri

Tidak menolong orang kecuali diminta

Suka melihat dari perspektifnya sendiri

Tidak suka terima pandangan orang lain

Emosi yang mudah terusik

Suka berangan dan pandai cakap

Emosi yang kelam kabut

Daya firasat yang sangat kuat ( terutamanya perempuan )

Suka , melancong , sastera dan seni

Pengasih , penyayang dan lemah lembut

Romantik dalam percintaan

Mudah terusik hati dan cemburu

Ambil berat tentang orang lain

Suka kegiatan luar

Orang yang adil

Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran

Mudah patah semangat


November

Banyak idea dalam perkara

Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya

Berfikiran unik dan bijak

Penuh dengan idea - idea baru yang luar biasa

Pemikiran yang tajam

Daya firasat yang sangat halus dan tinggi

Bagus untuk jadi doktor

Cermat dan teliti

Personality dinamik

Sifat yang berahsia , pandai mencungkil dan mencari rahsia

Banyak berfikir , kurang bercakap tetapi mesra

Berani , pemurah setia dan banyak kesabaran

Terlalu degil dan keras hati

Apabila hendak. diusahakan sehingga berjaya

Tak suka marah kecuali digugat

Mudah ambil berat terhadap orang lain

Pandai muhasabah diri

Cara berfikir lain dari orang lain

Otak yang tajam

Pandai mendorong diri sendiri

Tidak hargai pujian

Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila

hendak sesuatu cuba sampai berjaya

Badan yang tough

Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

Romantik

Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang

Suka duduk dirumah

Sangat rajin dan berkemampuan tinggi

Amanah , jujur setia dan pandai berahsia

Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

Bercita - cita tinggi

Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah - rubah


Disember

Sangat setia dan pemurah

Bersifat patriotik

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

Sikap kurang sabar dan tergesa - gesa

Bercita - cita tinggi

Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi

Seronok didampingi

Suka bercampur dengan orang

Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai

Sangat jujur amanah dan bertolak ansur

Tidak pandai berpura - pura

Cepat marah

Perangai yang berubah - rubah

Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

Benci pada kongkongan

Suka berlawak

Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik



Moral:
Sekadar satu rujukan...jadikan sebagai petua bukan fatwa... untuk suka2 sahaja, jangan percaya sangat!



WAllahua'lam.
Tubna ila ALlah, wa raja'na ila ALlah, wa nadimna 'ala ma fa'alna.....ALlah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan.
Beruntung bagi yang mensucikannya. Merugi bagi yang mengotorinya
User avatar
fikrah_islami
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1911
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: alam ruh ke alam rahim ke alam dunya ke alam barzakh..

Postby entahler on Wed Apr 23, 2003 8:32 am

Assalamualaikum.

err fikrah, cam 90 peratus betoi jer azimat Dr. fadhilah kamsah tu utk hambe.. terkesima hambe.. kena improve diri nih..

benda2 yg dr fadhilah cakap tu, walaupun tak leh nak pegang 100%, tapi boleh menyebabkan kita berfikir gak, kan..

Asyik2 kita nampak perangai dan tatacara org lain, diri yg terhampir dgn kita ni, iaitu DIRI KITA, kita jarang nampak.. itu maknanya kita tak mengenal diri kita sendiri..

Well, org Islam itu bagi hambe kena teliti.. dlm setiap perkara kita kena teliti.. dan BERHALUS.. namun bukan complicated..

Haaa.. bukan org seni sahaja berjiwa halus, tetapi bagi hambe, setiap Mukmin itu harus berjiwa halus, sampaikan begitu berhalus dan teliti dgn dirinya sehingga tiada masa utk berfikir keburukan org lain.. bukanlah maksud hambe mukmin tidak langsung mengendahkan saudaranya, bukan gitu.

kita memperhalusi diri sendiri dahulu, mesti kita tiada masa utk menceritakan keburukan perihal org lain, bukan?
hambe bercakap cam ni sebab hambe sendiri rasa hambe ni dah jauh dok berkisah hal org lain, sampai kelemahan diri hambe, hambe tak nampak.. tapi bila kita muhasabah diri balik, bila kenang2 balik, kita akan rasa malu sendiri dgn perihal kita yg bagaimanalah org sekeliling kita nampak..

Mengendahkan perihal org lain, bukanlah menjaja keburukan atau perihal saudara kita, tetapi seperti dlm satu majalah tu, kita sepatutnya mengamalkan sikap PEDULI UMAT.. bukan busy body..

walau lubang kubur masing2.. namun, soalan2 dlm kubur itu bukan hanya perihal kita dgn diri kita, namun bagaimana kita dgn saudara kita yg lain..

Hmm, hambe sendiri amat lemah, bab2 peduli umat ni.. tulang 4 kerat dan hati hambe ni masih lemah utk itu, kerana hambe rasa terlalu banyak perihal diri sendiri yg harus diperbetulkan.. tetapi sampai kiamat pun kita tidak akan dapat jadi sempurna kan?

Mudah2an dgn peduli umat kita itu, ada insan dan pihak lain yg akan peduli pula dgn perihal kita dalam erti kata sebenar PEDULI UMAT.. wallhua'lam..

-kita manusia selalu alpa-

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: entahler pada 2003-04-22 18:35 ]</font>
User avatar
entahler
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 108
Joined: Wed Feb 05, 2003 8:00 am
Location: KL-N9

Next

Return to Bicara Kaunseling

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest