22 April 2011, Opis, 1.00 pm[1]
Alhamdulillah...mudah2an aku dipanjangkan umur dan murah rezeki..
Aaamiin...
[2]
Masa kecik-kecik dulu, ada la dlm 2 bln sekali gitu...mak aku akan bawa kami semua ke rumah kakaknye di Kg Pandan. Bawak bakul, bawak beg baju sikit nak overnite kat umah makcik tu.
Aku ingat lg, yg kita org naik bas Mini dr Kg Baru ke Kg Pandan masa tu. Tp aku tak hingat nombo bape. Bess naik bas mini ke sana. Laju sioot. Berangin sebab bukak tingkap semuanya. Masa tu, pemandangan kat Kg. Pandan adalah bekas-bekas lombong biji timah. Bila sampai kat Kg Pandan, semuanya rumah setinggan...termasuklah rumah makcik aku.
W'pun rumah setinggan, makcik aku yg kita org panggil Wak Jak, kaya orgnya. Dia meniaga satey dgn suami dia, Wak Leman. Perabot kat umah dia semuanya up to date. TV dia memula yg mcm
brader zamj cakap tu la. Tp dia dah beli TV Phillips colour yg besar punye. Sofa warna merah, empuk dan ada roda lg. Tak macam rumah kami, perabot rotan dan kusyen pon mcm dah lusuh. Anak-anak makcik aku semuanya mewah. Ape ndak semuanya bg.
Masa kita org datang tu sebenonye, harijadi yg ke 16 tahun sepupu aku yg aku panggil Cik Ani . Mak aku jugak yg jadi mangsa tolong kat dapur. Bila kita org duduk kat sofa dia...sepupu aku tu tepuk-tepuk , gebuk2 sofa yg kita org duduk nie macam tak bagi kita org duduk. Nak taknak aku kena duduk kat lantai

. Lantai dia pakai tikar getah dan ada sikit ruang berkarpet merah. Kita org sedar kitaorg ni sape

. Dia takmo sofa dia busuk nanti malu dgn kengkawan dia

.
So, acara harijadi pon berlangsung. Fuhh. Dasat. Ada belon dan kertas hiasan yg gantung2 tu. Radio pulak pasang lagu "Saturday Nite Fever" lagi. Lepas acara potong kek dan makan2, ada acara tari menari pulak. Cik Ani ada boyfriend. Namanya Dino. Dia menari dgn boyfriend dia ala-ala "Saturday Nite Fever"gitu . Memang meriah. Makcik aku senyum bangga je.
Bila dah malam, Wak Leman & Wak Jak hantar kami balik Kg Baru naik kereta wagon Dutsun mereka. Kami pun pulang kepenatan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kini, rumah2 setinggan Kg Pandan dah jadi premis-premis perniagaan dan rumah2 flat kos rendah. Perniagaan Wak jak dan Wak Leman dah merudum disebabkan byk persaingan. Mereka tiada rumah. Meraka dapat bahagian mereka rumah flat Kg Pandan tu..tp dia org serahkan kunci rumah tu kepada anak2 mereka.
Cik Ani? Dino tinggalkan Cik Ani. Dino yg masuk universiti masa tu dpt awek baru. Cik Ani frust tonggeng sgt2. Last2 dia kawen dgn Abg Mail yg kije sbg wireman aje. Tak hensem langsung. Hitam kulitnye dan kurus kering orgnye...pernah dihina oleh Cik Ani lg. Tp setelah dia bersabar ngorat Cik Ani yg lawa nie...akhirnya...dialah suami yg terbaik utk Cik Ani. Cik Ani dan Abg Mail skrg tinggal kat Flat DBKL Bandar Tun Razak. W'pon rumah kecik...dgn 3 org anak teruna lelaki, mereka bahagia. Abg Mail dari baru kawen sampai sekarang...rajin buat kije rumah, kemas rumah dan memasak.
Buat Cik Ani, telahku buang jauh2 semua perasaan dendamku padanya disebabkan sikapnya yg sombong masa aku kecik2 dulu. Aku patut berterima kasih padanya. Disebabkan dialah aku berazam untuk belajar sungguh2 sampai berjaya dan ingin menjadi org senang sptnya.
Sungguhpun kini... dia bukan org senang lgi...tp sehingga kini, aku tetap ziarah Cik Ani setiap kali Hari Raye.