..himpunan sajak..

Untuk nukilan apa-apa karya termasuk tulisan, cerpen, puisi, pengalaman, pemerhatian, nota peribadi, kisah benar, weblog, blog, monolog, dialog dan sebagainya - asalkan tidak lari dari landasan dan akhlak Islam.
Pengendali :: Taiko

Postby mardhiah12 on Sat Feb 23, 2002 4:22 am

assalamu'alaikum
sape ada sajak best-best, boleh lah kongsi kat sini :senyum:

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: mardhiah12 pada 2002-04-12 13:09 ]</font>
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mardhiah12 on Sat Feb 23, 2002 4:28 am

okeylah, mar mulakan dulu..

KALAULAH KALAU

Kalaulah aku pohon merimbun
akan kupayungi insan kerdil
dari panas, hujan dan embun

Kalaulah aku pohon berbuah lebat
akan kugugurkan buah manis dan lazat
untuk insan kerdil yang memang berhajat

Kalaulah aku air mengalir tiada putusnya
akan kubiarkan insan kerdil kehausan
meneguk daku sepuas-puasanya
dan
kalaulah aku hailintar ganas
akan kulibas semua insan
kejam yang selama ini menindas
agar hancur berkecai ditelan bumi

Alangkah bahagianya kehidupan
kalau semuanya saling bergandingan
tiada penindasan
tiada pertelingkahan
tiada penipuan

Kalaulah keamanan dan keadilan
dapat ditegakkan
nescaya bersinarlah cahaya kedamaian

Puteh Hashim
Kajang, 1 Mac 1998


_________________
Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Teguhkan hatiku menuju jalan keredhaan-Mu

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: mardhiah12 pada 2002-02-22 13:28 ]</font>
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mardhiah12 on Sat Feb 23, 2002 4:30 am

CINTA

Cinta pada harta bererti bakhil
Cinta pada perempuan bererti alam
Cinta pada diri bererti bijaksana
Cinta pada mati bererti hidup
Cinta pada Tuhan bererti takwa

Majalah Anis
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mardhiah12 on Sat Feb 23, 2002 4:34 am

LUKISAN HIDUP

Di galeri kehidupan
jalinan rasa
menusuk
suci hati
murni jiwa
lalu mencarikkan kanvas hidup
pada tepi-tepi yang terkopak jua
dilanda resah ngilu
kemanusiaan yang memburu

Pada kolam warna itu
kucelupkan kekapas putih
biar bersebati dengan warnaku
menjaring pelangi hari muka
menyeri kaki langit dunia
agar biasa menyembuh luka
dan ria melakar garis hidup
di senjakala..

Lalu,
kutaburkan kelopak mawar
harum
indah
menjadi sulaman hiasan
pada carik-carik kanvas hidup
lalu kujerumati
dengan duri kesabaran
agar tidak bisa dipuput bayu emosi
mendinginkan pinggiran lukisan hidupku..

Hany Fariza Fuad
Arau, Perlis
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby limau nipis on Sat Feb 23, 2002 5:07 am

KEKASIH

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi

Usman Awang
Firzanah Amni, Fawwaz Amin, Fahri Ahmad dan Fateh Aqmar; permata hati kami

Fahri stops lactating at 2 years, 2 weeks and 1 day old <-phew, what an achievement!
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby akmal_ot on Sat Feb 23, 2002 8:04 am

asalamualikum..
rancak nampak berpantun tak pe nanti akmalberi akmal punya tunggulah nanti ye..........:gigi: :gigi: :gigi:
bermula hidup anda di dunia maka bermulalah kehidupan yang mencabar buat anda...
akmal_ot
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 117
Joined: Tue Jan 01, 2002 8:00 am
Location: pulau pinang

Postby akmal_ot on Sat Feb 23, 2002 8:04 am

asalamualikum..
rancak nampak berpantun tak pe nanti akmalberi akmal punya tunggulah nanti ye..........:gigi: :gigi: :gigi:
bermula hidup anda di dunia maka bermulalah kehidupan yang mencabar buat anda...
akmal_ot
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 117
Joined: Tue Jan 01, 2002 8:00 am
Location: pulau pinang

Postby mardhiah12 on Sat Feb 23, 2002 10:10 am

assalamu'alaikum
akak tgh tunggu sajak aidiladha dari akmal_ot nih :gigi: hehe
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby akmal_ot on Sat Feb 23, 2002 12:04 pm

asalamualikum..
ni akmal punya ..
jap nak pikir..:gigi: :gigi:

aidil adha disambut meriah,
oleh pelajar universiti multimedia,
marilah kita ke rumah mardiah,
merasa hidangan yang menyelera.

ahh dah siap...sorilah tak sedap sebab akmal nie bukan budak sastera :gigi: jangan lupe buat rendang.......

wassalam
bermula hidup anda di dunia maka bermulalah kehidupan yang mencabar buat anda...
akmal_ot
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 117
Joined: Tue Jan 01, 2002 8:00 am
Location: pulau pinang

Postby mardhiah12 on Tue Feb 26, 2002 6:09 am

assalamu'alaikum
amboi akmal_ot, sedapnya dia karang pantun untuk kite org yg tak balik kampung nih! :gigi: ..akak pun baru jumpa ngan kakak awak, dia pun sedih tak beraya di rumah sendiri. tapi, ramai betul budak MMU tak balik, meriah jugak solat raya di sini :gigi:

another poem by one of my favourite poet..

KURANG AJAR

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar.

Usman Awang
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mardhiah12 on Tue Feb 26, 2002 6:29 am

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman awang
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Nur_An_Nur on Tue Feb 26, 2002 6:45 am

Assalamualaikum...

mar..awat tak turunkan sajak dalan al-amin ..?? semenya menarik tau..ari tu mula2 kuar..ada gak pegi carik kat kedai..tegok kulitnya jer(hard cover)cam tau jer regenya...:senyum:nanti ada masa kita turunkan kat sini..

wassalam

_________________
"Hidup memerlukan banyak pengorbanan..."

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: Nur_An_Nur pada 2002-02-25 15:46 ]</font>
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Postby mardhiah12 on Tue Feb 26, 2002 8:07 am

wa'alaikumussalam warahmatullah nur

mane jumpe buku tuh? berminat jugak nak beli no..harga dia berapa? :gigi: bolehlah nur turunkan sajak-sajak dari buku tuh. tak kisahlah tema apa pun.. asal sedap dibaca & sampai maksudnya.

lagi satu, ada jumpa buku himpunan sajak Allahyarham Usman Awang tak? :senyum: mar berminat nak beli.
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Nur_An_Nur on Wed Feb 27, 2002 1:12 am

assalamualaikum mar...

nur tak beli buku tu...mahal agaknya..:senyum:covernya menarik..himpunan sajak Allahyarham Usman Awang tu..tak der laa...:senyum:Mar, kite nih satu kepala ah...nak berseni tak pandai lak..setakat nak menghayati tu boleh laa..ye tak..??

okey, nih sajak yg nur dah turunkan dulu dan nilah sajak yg paling nur minat..tp background penulisnya tak tahu sangat...

APA YANG KUPINTA
oleh:Fadwa Touqan (sasterawan Palestin)

Tiada lain yg kupinta
selain mati dinegaraku
Hancur menjadi tanah
Menyuburkan rumpai
Memberi nyawa
kepada sekuntum bunga
Yang akan dipetik
seorang kanak-kanak negaraku

apa yang kupinta
Adalah untuk terus
Bersama negaraku
sebagai tanah
rumpai
sekuntum bunga....


:senyum: :senyum: :senyum:
kalo diteliti betapa murninya hasrat sipenulis yg ingin terus berbakti pada tanah airnya walaupun dia dah tiada...chewwaah..:senyum:

wokey.wassalam



_________________
"Hidup memerlukan banyak pengorbanan..."

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: Nur_An_Nur pada 2002-02-26 10:14 ]</font>
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Postby Nur_An_Nur on Wed Feb 27, 2002 1:48 am

Assalamualaikum mar...
sory tumpang board..
ni bukannya sajak ..tapi cerpen yang ditulis oleh Zaid Akhtar...saja nak paste kat sini..:senyum:
rupa2nya dah banyak cerpen yg dia hasilkan...
kalo rasa berminat..surf jer..:senyum:
penulis muda yang tengah mencipta nama katakan..


Daripada: nurain7@alumni-hira.org
From: "zaid akhtar" <akhtarzaid@h...>
Date: Thu Jun 28, 2001 11:18 am
Subject: Rintih Bosphorus (sebuah perjuangan hijab)

Cerpen ini telah tersiar dalam MUSLIMAH bulan Mac 2001.

RINTIH BOSPHORUS

Oleh Zaid Akhtar


I

MELIHAT pasangan lain berjalan berpimpinan tangan di pinggir Selat Bosphorus kala matahari hampir jatuh di
horizon, membibit rasa iri yang bukan kepalang di hati saya. Bukan kerana saya masih belum bersuami. Bukan
juga kerana saya belum punya kekasih. Tetapi, kerana saya tiada ‘teman’ yang begitu memahami untuk diajak
berbicara seperti masa-masa lalu.

Saya berasa benar-benar kehilangan sejak beberapa bulan lalu. Tiada senyum ceria, gurau senda, yang upaya saya ukirkan bila mengenangnya. Derita
kehilangan ini bermula sejak tiga wanita sekeluarga ditahan atas tuduhan yang tidak mampu saya fikirkan
logiknya, dan baru-baru ini menemukan khatimahnya yang begitu tragis. Vonnis hakim terlalu kejam untuk kami
terima.

Ya, apabila Merve Kavakci terusir dari parlimen seawal majlis persidangan pertamanya - bahana protes terhadap
hijab yang dipakainya, saya masih dapat mengawal diri. Namun, apabila Hanan Suleymanoglu, dan dua anak
gadisnya ­ Fetima dan Emine ­ menerima padah selepas tragedi Taksim tegal mempertahankan hijab, getaran
dalam tubuh saya semakin menjadi-jadi. Batin saya menjerit tidak percaya ia terjadi di negara ini!

Dan Emine, sahabat karib saya, seorang penulis berbakat yang sedang meningkat naik, yang saya temui
seminggu sebelum pemergian abadinya, sempat menitipkan catatan peribadi berbentuk semi-biografi hayatnya
kepada saya. Beliau, yang dikatakan punya hari depan yang cerah dalam penulisan, turut memohon maaf dan
berkirim salam kepada sesiapa jua yang mengenali dirinya.

Di sini saya siarkan (dipetik daripada Majalah Ehemmiyet terbaru) sebahagian tulisan terakhir beliau di penjara.

II

Bagaimana ya, mahu kumulakan catatan terakhir ini?

Sewajarnya pada hari-hari terakhir ini, sementara menanti algojo datang, zikrullah sentiasa basah di
bibir. Umi dan Fetima kulihat tidak lekang solat taubat dan istighfar. Tapi, aku menyedari, menulis
juga suatu ibadah jika niatnya betul. Bahkan Sayyid Qutb sempat menulis sebuah syiir beberapa detik
sebelum as-syahid digantung pada 30 Ogos 1966. Dan ada hadis Nabi yang berbunyi: Tinta ulama itu akan
ditimbang dengan darah syuhada’ di akhirat nanti.

Lantas, kuteruskan juga titipan ini.

Aku lahir dari usrah yang serba sederhana ­ terdiri daripada abi, umi, Necmi, Hakan, Fetima, dan aku. Abi
imam sebuah masjid di pinggir Istanbul. Umi tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz. Necmi ­ seorang
doktor ­ sudah berumahtangga dan menetap di Bursa. Hakan sedang menyambung sarjana di al-Azhar. Fetima
pula siswazah perakaunan yang belum dilamar kerja. Dan aku, yang bongsu, pelajar tahun akhir (mungkin bukan
lagi berstatus pelajar) jurusan sastera di Universiti Istanbul.

Apalah yang dapat kupaparkan tentang usrah kami selain ceritera pedih dan duka. Sebuah keluarga Kurdis yang
punya sejarah perjuangan yang panjang ­ sejarah yang sering diselewengkan faktanya zaman berzaman. Tidak
pernah terlintas di nubariku untuk berbangga dengan nasab keturunanku yang kononnya berdarah pejuang,
apalagi mendedahkan secara rinci tawarikhnya yang bersimpang siur, sedang diri ini sekadar insan lemah
yang kadangkala khauf untuk berjihad.

Justeru, sekadar catatan, cukuplah jika kunyatakan betapa leluhur datuk sebelah abiku, Irfan Sahinoglu
syahid dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Ataturk sekitar 1925. Datuk - sahabat karib
Bediuzzaman Said Nursi musuh nombor satu Kamal Ataturk kala itu. Lalu nenek membesarkan abi dalam kepayahan
tangan kirinya yang lumpuh diseksa semasa dalam tahanan. Sementara di sebelah umi, datuk dan nenekku -
Haydar Suleymanoglu dan Huda ­ mati dalam penjara setelah penangkapan beramai-ramai pendokong gerakan
Nursi menegakkan semula khilafah yang jatuh diroboh Ataturk. Mereka dituduh Kurdis yang memberontak
mahukan kuasa. Umi dibesarkan ibu saudara di Konya sebelum bertemu abi yang juga hafiz al-Quran, mereka
menikah dan mengikutnya ke Istanbul.

Dipendekkan catatan; timbullah persoalan ­ mengapa kami dihukum?

Ya. Itu pertanyaan yang begitu subversif. Maha sensitif. Tapi apalah hukuman yang lebih berat yang
mampu mereka jatuhkan ke atasku? Sesungguhnya azab Allah itu lebih pedih ke atas orang-orang fasiq dan
munafiq!

Aku bersama ibu dan Fetima di dataran Taksim pagi itu. Kami berkereta dari Istanbul seawal dhuha. Memang kami
telah jangkakan demonstrasi akan berlaku, dan semestinya secara aman, bukannya seperti yang
digembar-gemburkan media. Ribuan muslimat datang berkumpul membantah penangkapan Husna Dahinoglu
wartawan pejuang hijab yang sedang hamil tujuh bulan. Muslimin juga hadir kerana ia bukan isu mainan, tetapi
agama. Seorang demi seorang wakil-wakil pertubuhan Islam dan orang perseorangan tampil memuntahkan
ucapan. Suasana masih aman dan terkawal biarpun takbir acapkali bergema menggegarkan kedai-kedai dan
pusat-pusat tarian gelek di sekitar dataran.

Seorang teman sempat berbisik, inilah Turki kita! Turki yang menjadi medan tempur antara barat dan
timur; antara Islam dan jahiliah; antara sekularisme dan ajaran Rasulullah SAW; antara tudung dan parlimen;
antara segala-galanya!

Pertanyaan: Inikah Turki yang kalian mahu?

Di tangan ketika itu, memang telah kusiapkan puisi terbaru yang dikarang malam sebelumnya. Umi kata,
puisi itu terlalu kritis, seeloknya saya deklamasikannya di Taksim. Sejurus ucapan umi, aku
lantang meluahkan "Rintih Bosphorus". Ia hampir saja selesai tatkala polis anti-rusuhan mula menembak bom
pemedih mata ke arah kami.

Suasana mula tidak terkawal. Orang ramai mula bertempiaran dan ada yang merusuh kerana dikasari
selain lebih ramai yang lari ketakutan. Pertempuran pun tercetus dan yang tidak bersenjata pastinya
menjadi mangsa keganasan. Segalanya berlaku di depan mata. Sungguh, bukanlah mereka yang memulakannya!

Setiap yang berucap hari itu menerima akibat apabila kami ditahan atas tuduhan mencetuskan ketegangan. Dan
kami bertiga, tidak akan mendengar suara mersik abi mengimami solat berjamaah di masjid lagi, apalagi
bebas berulang-alik dari Eropah ke Asia macam dulu. Keranda barangkali sudah ditempah, lalu kami menanti
tiket perjalanan yang abadi.

Sekularisme ala-Ataturk yang tertanam dalam jiwa sebahagian rakyat Turki rupanya sudah mengakar kukuh
dan dalam. Tempiasan modenisme Eropah kononnya menjadikan agama candu masyarakat. Beberapa generasi
terdahulu ­sejak runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah pada 1924 ­ ada yang tidak mengenali al-Quran, jauh sekali
mengenakan tudung sebagai pakaian wanita Islam.

Lebih malang lagi, tidak semua arif dengan sejarah anti-hijab ini. Pengharaman yang dimulakan Ataturk,
kemudian disambung oleh Ismet Inonu, jelas sudah dirangka Barat sejak awal lagi. Maruah wanita Turki
tergadai dilelong oleh pemimpin-pemimpin kita sendiri!

Firman Tuhan:
"Tidak akan reda Yahudi dan Nasrani terhadap engkau, hatta engkau mengikut agama meraka."

Nah, sekarang siapa yang bertepuk tangan melihat ilustrasi memalukan wanita kita berbogel di muka depan
akhbar-akhbar harian?

Al-Quran sebenarnya telah dipijak-pijak. Suruhannya diperlekeh, dipersenda. Walhal itulah manhaj kita yang
paling agung.
Dan firman-Nya lagi dalam Surah An-Nur ayat 31,
"dan hendaklah kamu melabuhkan tudungmu hingga ke dadamu."


Jelaslah. Hijab itu wajib. Wajib itu taklif. Bukan main-mainan, bukan ikut-ikutan, tetapi itulah ‘fesyen’
khusus untuk muslimah yang telah Allah tetapkan.

Fesyen yang akan memelihara dan terus dipelihara!

Semakin hayat ini menuju ke klimaksnya, semakin terasa kebenaran tulisan Syeikh Muhammad Ahmad Rashid dalam
bukunya Al-Muntola’: "Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan, sesaat pun tidak pernah
berhenti dan tidak berubah. Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Allah, kerana jihad pada kebenaran
tidak pernah lenyap biarpun sehari."

Pertanyaan: Inikah jalan yang kalian lalu?

Intiha’nya, suka aku memetik kata-kata mahal Sayyid Qutb. Jadikan ia renungan sepanjang zaman, lantaran
jalan jihad kita masih panjang. "Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula
dari hari kelahirannya, dan tamat ketika disapa Sakaratul Maut. Akan tetapi, bagi yang hidup untuk
perjuangan ... usianya panjang - sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari Allah mencipta Adam, berakhir
tatkala Dia memusnahkan alam!"


Mudah-mudahan malaikat di kiri kananku menghitung tulisanku ini sebagai amalan baik, lantas aku akan
menerima buku rekod amalanku dengan tangan kanan.

Amin.

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas dan beroleh keredhaan-Nya. Maka
masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan
masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al-Fajr : 27-30 )

III

Majalah Ehemmiyet edisi Mac terlalu laris malah terpaksa diulangcetak tiga kali. Ketua Editor tidak
habis-habis memuji saya, dan seringkali pula tersenyum panjang. Namun detik ria di wajahnya itu tidak panjang
apabila media kami diancam akan ditarik permit sekiranya menyiarkan lagi kisah Hanan Suleymanoglu,
Fetima, dan Emine, atau yang diklasifikasikan boleh mencetus huru-hara.

Sedih sungguh. Demokrasi sebenarnya telah mati. Suara rakyat dibisukan - tanpa membenarkan mereka melaungkan
kebenaran. Islam pula ditelan sekularisme yang semacam sudah sebati dalam jiwa muslimin. Masjid Biru yang
gagah cuba menandingi Aya Sofya, dan Top Kapi yang sarat khazanah, rupanya masih belum mampu mengembalikan kegemilangan Islam silam.

Saya kekal mengunjungi tebing Selat Bosphorus seperti dahulu. Melihat bot-bot kecil kembali ke Pelabuhan
Karakoy di sisi Jambatan Galata, sambil bercakap dengan angin dan laut waktu menjelang senja.
Sebolehnya saya tidak mahu kenangan dan semangat jihad Emine terpadam pupus. Dia mesti hidup terus dalam jiwa
saya. Kadang-kadang, kala mengelamun begitu, saya terbayangkan Emine dalam kerudung putihnya, berdiri di
atas air seraya tangannya melambai saya. Di telinga, bagai terngiang-ngiang suara muluk Emine membaca
puisinya yang tidak sempat habis:

Bosphorus

Tenggelamkanlah Istanbulmu

Agarku bukan lagi

Menjadi saksi bisu

Pemerkosaan milik suci Tuhanmu….


amacam mar...menarik tak..??:)





_________________
"Hidup memerlukan banyak pengorbanan..."

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: Nur_An_Nur pada 2002-02-26 10:52 ]</font>
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Postby mardhiah12 on Wed Feb 27, 2002 1:50 am

wa'alaikumussalam warahmatullah nur

oo..susah lah nak cari buku himpunan sajak nih..tang tang, org yg kita minat.. hehe..merata cari pun tak jumpe gak. **sigh**

memang pun, mar pun tader bakat tulis sajak nih. jadi tukang baca sajak boleh ler :gigi:

okey, another poem by Usman Awang :senyum:

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "


Usman Awang

er, nur, buku cerita tulisan Abdullah Hussin tuh, nak pinjam boleh tak?
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mardhiah12 on Wed Feb 27, 2002 1:52 am

hah, nak tambah cerpen ke ape ker, boleh gak!
boleh numpang baca..hehe
cerpen sendiri tader ker? :gigi:
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Anis Wardah on Wed Feb 27, 2002 4:40 am

Assalamualaikum..

maaf tumpang lalu...hmm..mar ngan nur suka baca sajak ngan novel ker..anis pun suka gak..bolehlah kita kongsi buku ngan sajak yer..InsyaAllah...wassalam
Anis Wardah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 703
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: dunia yg fana...

Postby limau nipis on Wed Feb 27, 2002 5:44 am

ok, nak paste cerpen a.. tapi cerpen makcik tak best. menang pertandingan penulisan cerpen sempena Ihya' Ramadhan pun sebab 2 orang je hantar cerpen.. nih macik paste sikit² :gigi:. biasa² jerr..

KAK LONG

Semalam, umur Kak Long sudah masuk 30 tahun. Kak Long termangu di tepi tingkap rumah.Terfikir pula Kak Long, bukan senang untuk mencari seseorang yang sudi untuk meringankan bebannya. Ditambah pula dengan umur Kak Long yang sudah melepasi had umur gadis-gadis yang sudah berkahwin, dan bebanan membesarkan adik-adik Kak Long. Siapalah yang sanggup apabila terpaksa mencari nafkah bukan sekadar untuk Kak Long, tetapi untuk adik-adik Kak Long?

Seelok selepas subuh tadi, Nida sudah mula menyebut-nyebut untuk membantu Kak Long menambah duit simpanan. Alasannya tidak mahu membebankan Kak Long. Kak Long buat tak endah mula-mula. Dicium berkali-kali pipi adik bongsunya, Amir yang duduk di atas riba. Bila Nida semakin bersungguh menyebut tentang mencari kerja sampingan, Kak Long menggelengkan kepala. Biarlah dia sahaja yang bekerja untuk menampung pengajian adik-adik. Dia tidak mahu adik-adiknya bersusah payah mencari duit. Semenjak kematian ibu bapa mereka dua belas tahun yang lalu,Kak Long sudah faham bahawa dia perlu menjaga dan membesarkan adik-adiknya. Kerja sebagai pembantu di kedai runcit Cik Su sudah cukup untuk menampung duit poket Nida dan yuran sekolah Nisa dan Amir.

Terasa ada tangan seseorang memegang bahu Kak Long dengan lembut.Kak Long menoleh ke belakang. Nisa tersenyum dan memeluk Kak Long dari belakang.

'Kak Long tak apa-apa?' tanya Nisa lembut.
Kak Long diam.Nisa mengusap pipi Kak Long. Baru tersedar manik-manik jernih yang mengalir di pipi Kak Long.

'Nisa nak minta duit PMR, kan?'

'A'ah', jawab Nisa sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Cepat-cepat Kak Long masuk ke bilik dan menarik laci sebuah meja usang. Nisa membuntuti Kak Long daripada belakang. Diberinya Nisa duit yang dikumpulkan semenjak lima bulan dahulu untuk menampung yuran PMR Nisa.

'Nisa kata pada cikgu, setakat ini saja yang Kak Long mampu bayar. Minggu depan Kak Long akan cuba selesaikan bayaran yuran PMR Nisa.'

Nisa membatu di situ. Hanya anggukan kepala Nisa sahaja yang menjawab permintaan Kak Long. Nisa melangkah keluar dari bilik Kak Long. Kak Long mula hendak menutup laci apabila matanya terpaku kepada sekeping gambar pasport seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 17 tahun. Itulah Lee Ting Wai, kawan karib Kak Long semasa di sekolah dahulu. Ketika Kak Long dicemuh orang kerana kedaifan keluarga, Lee merupakan satu-satunya kawan Kak Long yang tidak mengambil kira mengenai latar belakang Kak Long. Dia membelek belakang gambar, tulisan tangan Lee membakar semangat Kak Long untuk meneruskan kehidupan - 'Langit takkan tercapai jika memikirkan rintangan.'

[bersambung]

:gigi:
Firzanah Amni, Fawwaz Amin, Fahri Ahmad dan Fateh Aqmar; permata hati kami

Fahri stops lactating at 2 years, 2 weeks and 1 day old <-phew, what an achievement!
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Nur_An_Nur on Wed Feb 27, 2002 7:44 am

aisehh..limau..tengok khusyuk baca...sambung lak..?? Ermm..ada bakat gak ruponya macik kite nih erk...:gigi: wish u all the best...

anis..kiteorg minat membaca novel..sajak..dan seumpama dgnnya..kadang2 org seni nih cam 'semacam'jer ...pernah gak tengok deklamasi sajak...sayembara...cam pak Marzuki..kadang2 seram gak tengok gaya depa deklamasi nih...cam tenggelam dalam dunia sendiri..seolah2 tak der audien kat depan..:senyum:kadang2 nak tergelak gak..eheheh

org seni nih menarik kadang2 tu...satu objek boleh dikaitkan dgn pelbagai cerita..contohnya..katakan karya seorang pelukis yg menjadikan tempayan sbg matlamat utama yg ingin disampaikannya...dia kendian mengaitkan tempayan tu dgn disiplin org melayu yg amat menitip beratkan soal kebersihan iaitu biasanya tempayan diletakkan disebelah tangga..dan seseorangtu kenalah basuh kakinya sebelum naik atas rumah..
tak ker menarik bunyinya tu..?? :gigi: tu jer lah yg nur tahu...
tapi mar setakat nih tak pernah buat cerpen sendiri...tak pandai nak berimiginasi panjang2..pastu mati tengah jalan...:senyum:
never ask for things to be easier..ask yourself to be better!
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Postby Nur_An_Nur on Wed Feb 27, 2002 8:12 am

aa..satu lagi kalo kenkawan nak baca cerpen online..bukak ler website nih(yg disediakan oleh Kelab Maya sastera Malaysia)..seme penulis yang dikira bagus berkumpul kat situ..:0

http://members.tripod.com/~sasteramaya/CerpenOnline.htm

kalo tak dapat..pi type kat yahoo tu..cinta kala gegar jakarta...and then klik search..pasti jumpanye..:lidah:
never ask for things to be easier..ask yourself to be better!
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Postby limau nipis on Wed Feb 27, 2002 8:26 am

ala cik nur.. atas permintaan cik nur, nih macik pes lagik.. sabo² yerk membaca, jangan gelojoh nooo :gelak: :gelak:

KAK LONG -part 2

Semasa di sekolah dahulu, Lee dan Kak Long sudah berangan-angan untuk menjejakkan kaki di universiti. Harapan mereka ingin menempa kejayaan bagi menempah tiket kemenara gading.

'Lee kena pindah, Azlina,' sayup kedengaran suara Lee satu tika selepas mereka sama-sama menduduki SPM.

Tika itu terpaku Kak Long apabila mengetahui kawan karibnya ingin berpindah.

'Pindah mana?' tanya Kak Long sambil pandangannya jatuh ke bawah. Daun-daun kering yang bertaburan di perkarangan ditenungnya dalam-dalam.

'Kedah.'

Jauhnya, detik hati Kak Long.

'Jangan lupa saya, Lina.'

Kak Long tidak pernah lupa kepada kawan karibnya yang hanya seorang itu. Kawan yang tidak pernah membeza-bezakan kedaifan Kak Long dengan kedudukannya.Tahu-tahu, dua hari selepas itu, keluarga Lee sudah sibuk mengangkat barang-barang untuk dimasukkan ke dalam sebuah lori sewa. Kak Long pun datang menolong. Lee mula-mula membantah dengan alasan tidak mahu menyusahkan Kak Long.

Semasa Lee menaiki kereta ayahnya, Kak Long mengayuh basikal sambil melambaikan tangan ke arahnya.

Sebulan dua selepas itu, Kak Long ditimpa lagi peristiwa sedih.Ayah dan ibu Kak Long meninggalkan Kak Long dan adik-adik sendirian. Mereka dipanggil ke rahmatullah apabila ditimpa kemalangan ketika ke bandar untuk menjual sayur-sayuran di pasar.

Harapan Kak Long untuk menjejakkan kaki ke menara gading tiba-tiba hancur seperti kaca yang berkecai di lantai. Ketika itulah azam Kak Long semakin kuat untuk melihat adik-adik Kak Long berjaya. Cukuplah Kak Long saja yang terkandas belajar di tengah jalan. Cukuplah sekiranya adik-adik Kak Long lebih berjaya daripada Kak Long. Cukuplah… Tambah-tambah Nida sudah berjaya menggapai mimpi Kak Long untuk memasuki universiti.

Tersentak Kak Long dari lamunan, dia menutup laci yang tersimpan gambar Lee dan sedikit duit simpanannya. Dihatinya, dipanjatkan kesyukuran kepadaNya Yang Pemurah kerana adik-beradiknya dapat meneruskan kehidupan hasil penat lelahnya.

[bersambung lagi...]

sabar nur, sabar... :gigi:
Firzanah Amni, Fawwaz Amin, Fahri Ahmad dan Fateh Aqmar; permata hati kami

Fahri stops lactating at 2 years, 2 weeks and 1 day old <-phew, what an achievement!
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mardhiah12 on Wed Feb 27, 2002 10:51 am

assalamu'alaikum
hulamak mar pun tak sabar nak baca sampai abis nih hah :gigi:..eheh

anis, jomlah join geng kami nih. kalau ada sajak best-best tuh, apa salahnya paste kat sini :senyum:

_________________
Ya Allah, ampunilah segala dosaku. Teguhkan hatiku menuju jalan keredhaan-Mu

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: mardhiah12 pada 2002-02-26 19:58 ]</font>
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby yidin on Wed Feb 27, 2002 2:40 pm

satu sajak yg bertajuk:

MUFIS
(baca ikut rentak lagu "jasnita")

mufis,
kali pertama,
terpandang wajah,
terpegun aku,
dan tergezuttttt.
dgn motormu,
dan keretamu,
membuat aku telah jatuh tersungkur.

mufis,
mungkinkah dikau,
cekodok yg kucari dalam jagaku,
selalu terbayang termimpi2,
hingga terbawa kedalam BMC.

andainya diri mu sudi mengutukku,
kan ku karate tengkuk mu,
6 ribu kati,

biarpun berjuta,
blakang nko aku pijak,
rela ku belanjer ayam ku,
utk mengutuk mu.

kau mufis,
setinggi 180 cm,
bukalah yahoo messenger,
sebab aku boring.

biar berkurun lama dikau ku nantikan,
semoga impian ini kan menjadi nyata,
bersama mu mufis... keh keh keh :gigi: :gigi: :gigi:

*boring giler nih.
Yidin vs. Mufis
yidin
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2586
Joined: Fri Jun 08, 2001 8:00 am
Location: sini

Postby mardhiah12 on Wed Feb 27, 2002 4:04 pm

assalamu'alaikum
inisiatif terbaik dari pacik badai :lidah:
okey lah sajak tuh, rating : tak berani nak bagi, nanti kena karate ngan abg mufis :gelak:
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby mufis on Thu Feb 28, 2002 12:37 am

Ces... aku baru nak buat aa. Dah kena dulu.. :lidah:
mufis
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2702
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Kg Lapan

Postby akufakir on Thu Feb 28, 2002 5:42 am

asalamualikum semua...
ni satu sajak lagenda yg diadmire oleh ribuan manusia kat mukabumi nih:

AKU oleh Chairil Anwar

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Maret 1943
akufakir
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 197
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am
Location: melaka

Postby akufakir on Thu Feb 28, 2002 5:43 am

asalamualikum
cayalah pakcik badai sajak itu amat menarik sekali....

saya bagi berjuta2 bintang
wasalam
sang hawa..
akufakir
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 197
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am
Location: melaka

Postby yidin on Thu Feb 28, 2002 5:56 am

mekasehhhhhhh...
malam karang, pakcik ada satu sajak baru lak.
khas utk mufisfffff :gigi: :gigi: :gigi:
tunggu yaaaa :gigi: :gigi: D:
Yidin vs. Mufis
yidin
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2586
Joined: Fri Jun 08, 2001 8:00 am
Location: sini

Postby Nur_An_Nur on Thu Feb 28, 2002 6:16 am

assalamualaium..
akufakir..

best ler sajak tu...:senyum:
mana ler cik limau yg budiman ni.., menyorok2 lak...:senyum: biler nak sambung...best gak citer tuh..
never ask for things to be easier..ask yourself to be better!
Nur_An_Nur
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1895
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Ampang

Next

Return to Bicara Karya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron