~~~ LiRiK LaGu² NaSYiD ~~~

Untuk nukilan apa-apa karya termasuk tulisan, cerpen, puisi, pengalaman, pemerhatian, nota peribadi, kisah benar, weblog, blog, monolog, dialog dan sebagainya - asalkan tidak lari dari landasan dan akhlak Islam.
Pengendali :: Taiko

~~~ LiRiK LaGu² NaSYiD ~~~

Postby nbinosma on Mon Jan 16, 2006 3:17 am

Assalamu'alaikum.....

Saya ingin mengajak sahabat semua utk sama² berkongsi lirik lagu nasyid.
Boleh le copy/paste lirik lagu & post kat sini.

Ada link website lirik lagu nasyid pun blh jugak dikongsi bersama.

Satu cadangan lagi...
... mungkin blh ceritakan jugak pengalaman untuk dikongsi bersama.

Mungkin ada 1-2 lagu nasyid yg amat menyentuh hati kita...
... yg memberi makna kepada hidup kita
... atau membuatkan kita terkenang pada sesuatu peristiwa
... atau terkenang pada seseorang.

Moga melalui penghayatan pada lirik lagu nasyid...
... dpt menambahkan ilmu kita
... dpt menjadikan kita sbg insan yg lebih baik dari sebelumnya
Dpt membantu kita menuju...
kejayaan hidup di dunia & akhirat.
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

PeLiTa HiDuP - HiJJaZ

Postby nbinosma on Mon Jan 16, 2006 3:51 am

PeLiTa HiDuP - HiJJaZ

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan



NoTa KaKi: Bila saja terdengar atau teringat pada lagu Pelita Hidup, kenangan silam terus menjelma, seolah baru sahaja berlaku. Tahun 1999... final semester sblm grad... di rumah sewa... malam... study ramai² dlm bilik... pasang kaset album ada lagu ni... aku saja tukar nak dgr radio pulak... terus kena marah oleh sorang teman serumah... disuruh pasang semula lagu ni... mungkin sbg pembakar semangat utk belajar... Alhamdulillah berjaya jugak kami dalam final exam... Sahabat yg marah kat aku tu pun grad jugak..... tapi... sekarang dia dah tiada, meninggal dunia setelah koma beberapa hari akibat kemalangan motorsikal beberapa tahun lepas. Al-Fatihah utk arwah.... Mohd Saiful Azri bin Mahamud. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

Destinasi cinta

Postby azneeta on Mon Jan 16, 2006 4:54 pm

Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
azneeta
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 31
Joined: Thu Jan 12, 2006 3:07 pm

Re: Destinasi cinta

Postby nbinosma on Tue Jan 17, 2006 1:22 am

azneeta wrote:Destinasi Cinta


Siapa nyanyi lagu nie ye??? Best jugak baca liriknya.
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

Postby fasihah on Tue Jan 17, 2006 9:40 am

Harapan….

Tangisan penuhi kesunyian
Berlinang airmata ibu
Melihat kau lahir ke dunia

Sejak kecil engkau diasuh
Dibelai dimanja dan disayang
Agar harapan menjadi kenyataan

Betapa besarnya pengorbanan
Jasa mereka tidak ternilai
Kini kau pun telah dewasa
Usah diluka hati yang tua

Tiada yg lebih bermakna
Kecuali sekuntum doa penyeri hidup
Anak yg soleh itulah tandanya
Harta sejati yang amat berharga

p/s: lagu ni besar ertinya bg hamba hina yg sering melakukan kesilapan ini. rasa bersemangat dan sayu bila hayati bait-baitnya. teringatkan mak abah, berbaloikah pengorbanan mereka? mahu jadi yang terbaik utk mereka walau tak sebaik anak org lain :nangis: mak abah, doakan anakmu ini...doakan hidupnya sentiasa dalam redha Illahi...amin..
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) - Hijjaz

Postby nbinosma on Wed Jan 18, 2006 4:48 am

Sumaiyah (Hati Seorang Mujahidah) - Hijjaz

Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

( korus )
Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga di sana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman di dadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh di dunia sementara
Untuk hidup di syurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah


NoTa KaKi: Suka sangat lirik lagu ni... so meaningful... irama pun best... so syahdu... Syabas Hijjaz!!! Moga ku dikurniakan isteri solehah yang punyai ketabahan dan keimanan umpama Sumaiyah. Amin!!!
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

Postby quratul ayuni on Wed Jan 18, 2006 1:10 pm

Assalamualaikum..


'Asyura
Album : Far East
Munsyid : Far East


Lembut tuturmu tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya
Mulia akhlakmu didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan

Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah

Al-Husaini
Kepahitanmu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran
Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Pemuda syurga gelaranmu di dunia
Kau pepohon penyinta ketaqwaan
Zuhud sifatmu redha setiap ketetapan
Pedoman engkaulah tauladan

Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Iringan wangian pengasih


Lagu: Suhaimie
Lirik: Suhaimie
BMG PUBLISHING (M) SDN BHD


Footnote :

Ni antara lagu yang menjadi pembakar semangatku.. aku akan dengar nasyid ni ulang2 kalau aku rasa bosan dan malas... :kenyit:
Image
User avatar
quratul ayuni
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1498
Joined: Fri Feb 23, 2001 8:00 am

Postby fasihah on Wed Jan 18, 2006 6:03 pm

AKU TANPA CINTAMU~MIRWANA~

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
:nangis:


p/s:ana bnr2 sedih bila hayati lagu ni. byk beri kesedaran pd ana dlm melayari kehidupan yg penuh mujahadah ini. biarlah ana teguh dgn bantuan yg Allah nuzulkan buat ana. biarlah mereka bahagia. ana doakan.. ana cuma mengejar kasihnya kini. mg diperkenankan dgn rahmat dan kasihnya jua...ameen.. :nangis:
Last edited by fasihah on Wed Jan 18, 2006 10:24 pm, edited 1 time in total.
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby fasihah on Wed Jan 18, 2006 10:04 pm

Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impian mu
Oh sayang ikhlaskanlah hati mu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah! cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

( korus )
Kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini kau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku cuba akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih
Meniti hari

Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadanya
Di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani
Dalam menggapai cintamu


p/s:ana mahu menjadi permaisuri hatinya...hati seorang kekasih yg turut melabuhkan kasih dan cintanya kepada Allah s.w.t.
(moga diperkenankan segala permintaan, KAU lindungilah kami dengan kasih sayang.....~inayah~) :kenyit:
~23 jun 2004~5 disember 2005~9 julai 2005~

Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby fasihah on Wed Jan 18, 2006 10:18 pm

FAR-EAST (KEMBALI)

“Ya Allah….
‘Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Terangilah daku dgn nur imanMu
Hanyn Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampuni segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu
Hari2 yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi
Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggup kujelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu dosa noda nafsu durjana
Terimalah taubatku ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redhaMu
Moga sinarMu terangi hidupku dlm kegelapan
Aku akan kembali padaMu Rabbi
MenghadapMu Ya Rabbul Izzati
Segala pengharapan kupasrahkan di hujung penghayatan………..”
:oops:

p/s: lagu yg amat memberi kesan pd diri hamba yg alpa ini. moga Allah ampunkan dosa2 yg telah lalu. hadirlah sinar menerangi kehidupan ana lahir dan batin. Allahuakbar....!!!
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby kembara_aqil on Thu Jan 19, 2006 1:27 pm

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinana
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakana rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan kepada
Sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan
Menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaina kepada Tuhan
Lantaran diri hamaba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa ku menhargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajar ku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman...
Image
Sesungguhnya Islam Itu Indah...
kembara_aqil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 550
Joined: Mon Jul 25, 2005 10:18 am
Location: Disini Sementara...

Inspirasi Hati - DeHearty

Postby nbinosma on Tue Jan 24, 2006 1:37 am

Inspirasi Hati - DeHearty :(

Kasih kaulah inspirasiku....

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu..
Dikau tiada lagi di sisiku..
Hatiku sayu bertambah pilu….

Kasih kaulah inspirasiku….
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu..
Kerana ianya berguna untukku….

Seringkali aku berdoa padaNya..
Agar tabah menyusuri hidup ini..
Ya Allah….Berilah ku kekuatan..
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar….

Sekiranya ku mendapat pengganti..
Ku harapkan insan sepertimu….. oh kasih..
Banyak membantu dan mendorongku..
Menjadi hamba yang taat kepadaNya….

Sekiranya ku mendapat pengganti..
Ku harapkan insan sebaikmu….. oh kasih..
Banyak membantu dan mendorongku..
Menjadi hamba yang taat kepadaNya….

Walau dirimu tiada lagi..
Tapi hatiku tetap kepadamu..
Kenangan bersamamu subur mewangi..
Takkan luput dari ingatanku…..
Takkan luput dari ingatanku…..


NoTa Kaki: Malam tadi kali pertama dengar lagu ni. Terasa sgt kat hati ni bila teringat pada si dia yg berada jauh. Tak sanggup rasanya utk berpisah. Perpisahan yg sementara ini sudah terlalu berat dirasakan, apatah lagi perpisahan utk selamanya yg tak mungkin dapat ditanggung oleh hati ini. Semoga Allah bukakan hatinya utk menerima diri ini seadanya sepertimana hati ini redha utk menerimanya seadanya. :(
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

hm

Postby mia-ina on Tue Jan 24, 2006 9:02 am

:gelak: ehem...nbinosma....asyik nmpk. Ni mcm org dilamun cinta...ye ke? he.he..Mia dpt rasakan ye...kerana sakit sgt ble berjauhan ni....Kdg2 rs nk bertemu je dlm jauh ni. apakan daya, suratan x mengizinkan....kdg2 rs hati x tahan menanggung rindu pd si Dia...
User avatar
mia-ina
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 312
Joined: Mon Feb 28, 2005 12:21 am
Location: Batu Pahat

Postby kembara_aqil on Tue Jan 24, 2006 9:48 am

:) :) ragam orang bercinta.....
Image
Sesungguhnya Islam Itu Indah...
kembara_aqil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 550
Joined: Mon Jul 25, 2005 10:18 am
Location: Disini Sementara...

Postby kembara_aqil on Tue Jan 24, 2006 10:19 am

Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

p/s : rindu sangat2 pada mereka...rindu pada yg dekat, terubat juga bila sesekali bertemu..tapi rindu pada yg jauh??...menjadi rindu yg berpanjangan dan tak akan berpenghujung...Tuhan...berkati mereka yg kukasihi itu..
Image
Sesungguhnya Islam Itu Indah...
kembara_aqil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 550
Joined: Mon Jul 25, 2005 10:18 am
Location: Disini Sementara...

Postby kembara_aqil on Tue Jan 24, 2006 10:25 am

Belaian ibu

Tertanam naluri keibuan yang amat mendalam
Dari insan yang menambakan kebahagiaan
Ooh ibu...
Dibahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang sejujur perngorbanan
Tak ku nafikan...

Di saat kita berjauhan..rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh erat..masih kecil kehilangan
Kau insan penyayang...
Betapa ku merindu lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Ku pastikan dikau aman...
Di dunia sejahtera takku lupakan

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Di bumi sejahtera..tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan ..rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh erat..masih kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu..
Hanya kau satu di dunia...bertakhta dikau dijiwaku
Kaulah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa ku mengharap..hadirnya restumu ibu
Membawa ku ke syurga...

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan..anak-anakmu
Ohhh...IBU

p/s....dua-dua saya sayang... :kenyit:
Image
Sesungguhnya Islam Itu Indah...
kembara_aqil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 550
Joined: Mon Jul 25, 2005 10:18 am
Location: Disini Sementara...

Postby kembara_aqil on Tue Jan 24, 2006 10:38 am

Demi Cinta Zainab

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya..

Bukan mudah menjadi puteri Rasullullah
Ketika suamimu masih jahiliyah
Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran..

Takdir menentukannya suamimu tertawan
Di medan badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang..

menitis airmata rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya...Binta rasulallah
Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya..

Bahang panasnya gurun menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah yang di tangguh demi cinta
Tika perjalannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan..

Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

p/s...lagu ni sangat menyentuh hati saya..menitis air mata pertama kali mendengarnya...syahdu..

nbinosma...bersabarlah atas perpisahan yg sementara.... :kenyit:
Image
Sesungguhnya Islam Itu Indah...
kembara_aqil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 550
Joined: Mon Jul 25, 2005 10:18 am
Location: Disini Sementara...

Re: hm

Postby nbinosma on Tue Jan 24, 2006 11:41 pm

mia-ina wrote::gelak: ehem...nbinosma....asyik nmpk. Ni mcm org dilamun cinta...ye ke? he.he..Mia dpt rasakan ye...kerana sakit sgt ble berjauhan ni....Kdg2 rs nk bertemu je dlm jauh ni. apakan daya, suratan x mengizinkan....kdg2 rs hati x tahan menanggung rindu pd si Dia...


:D terima kasih kepada para sahabat yg sudi berkongsi kisah melalui lagu nasyid yg selalu kita dengar. mungkin ramai lagi di luar sana yg ingin berkongsi kisah mereka. moga sudi berkongsi melalui ruangan ini.

mia-nia... emmm :P setiap insan pasti akan punyai rasa rindu (cuba teliti lirik lagu RINDU kat bawah tu)
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

Rindu - Nadamurni

Postby nbinosma on Tue Jan 24, 2006 11:49 pm

Rindu - Nadamurni

Rindu itu adalah… anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani… punyai rasa rindu

Rindu itu adalah… anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani… punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Rindu itu adalah… anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani… punyai rasa rindu

Orang-orang bertakwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Rindu itu adalah… anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani… punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Rindu itu adalah… anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani… punyai rasa rindu

Para pejuang kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Berlandaskan syariat

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Akan datangnya syahid

Rindu itu adalah… anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani… punyai rasa rindu

Dan seluruh umat itu
Merindu akan munculnya
Pemimpin yang dijanjikan Allah
Membawa kemakmuran… Ya Allah (x9)


NoTa KaKi: Disertakan di sini adalah lirik & lagu asal RINDU oleh kumpulan Nadamurni yg popular satu ketika dulu. Salah satu lagu kegemaran... sedap didengar... sedap dinyanyikan... sedap dihayati... Memang terasa sangat dlm hati bila dikenang perasaan rindu ini... rindu pada manusia... rindu pada suasana tenang... rindu pada Yang Maha Esa.
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

he.he..

Postby mia-ina on Wed Jan 25, 2006 12:33 pm

:P 10s nbinosma.....mia memahami sgt lirik lagu ni...
Kdg2 bila dipikikan....mia teringat kat bf mia....Dia pun mcm nbinosma...selalu ckp kalau dgr nasyid ni...lirik lagu nya ada penghayatan & bisa bawa kte muhasabah diri smbil dekat pd DIa.

Tp...bg mia....just be myself....msg2 ada musik kegemaran tersendiri....Cuma, dlm kte menghayati apa jua musik ..... agama tetap di hati.....melagukan apa jua x kisah ..yg ptg, hati lekat pd dia...& x terpesong pd Pencipta yg 1...

Hm,.teringat kenangan kat kampus dulu.....kwn2 selalu berebut nk tau nasyid terbaru.....em..manisnya kenangan 2.... :P
User avatar
mia-ina
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 312
Joined: Mon Feb 28, 2005 12:21 am
Location: Batu Pahat

Fatamorgana - Hijjaz

Postby nbinosma on Sun Jan 29, 2006 3:26 am

Fatamorgana - Hijjaz

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun tergoda
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi

Pulanglah kepada tuhan
Cahaya kehidupan
Keimanan ketaqwaan kepadanya
Senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal selamanya


NoTa KaKi: Salah satu lagu nasyid favorite. 2 sebab - lirik yg menusuk jiwa & irama yg memberi kesan di hati. Dlm menjalani kehidupan yg singkat ni, sering kali hati lalai pada nikmat dunia. Mengejar kejayaan dan kekayaan di dunia. Sering kali leka dan lupa pada nikmat di SANA kelak. Jahat betul diri ni. Hinanya rasa diri kini bila dikenang betapa lalainya hati ni pada suatu ketika dulu. Moga apa yg telah berlaku akan menjadi ingatan pada diri ni, menjadi pedoman pada yg lain. Moga dosa silam tak akan berulang lagi di kala usia dirasakan semakin singkat utk menebus kesalahan silam.
:nangis: Moga Allah ampunkan dosa² ku yg lalu.
:nangis:
nbinosma
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 150
Joined: Tue Dec 27, 2005 10:42 pm
Location: Kulim, Kedah

Postby fasihah on Mon Jan 30, 2006 3:57 pm

khas buat abah, terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yg abah curahkan...

Sentuhanmu ~in-team~

Terpanar aku pd sentuhan keramatmu
Mengheret aku memori kasihmu
Duluku ragu apa terbungkam di benakmu
Kini kutahu apa yg terbuku di hatimu

Surut dedarku pd usapan manteramu
Tunduk ungkalku pd ketegasan dirimu
Terpasak smgt pd keyakinan tekadmu
Keakuranku pd tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah…
Tak pernah kutanya
Ke mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah…
Tak pernah kuhitung
Brp byk kerutan di dahimu
Yg kupinta hanyalah kemahuan hatiku
Yg sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukan
Apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
Apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yg menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yg memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna…..



p/s: Allah mengasihi ana lebih dr abah sayang ana... :oops: terima ksih atas segalanya. terima kasih kerana abah menjadi abah ana. ana akan cuba jadi anak yg cemerlang dengan kudratNya jua. ana perlukan doa sr abah selalu. bahagialah menempuh kehidupan yg makin ke penghujung ini abah. mg anak abah ini kembali membawa hati yg selamat. mg abah sts dlm redhaNya. :oops:
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby fasihah on Mon Jan 30, 2006 4:06 pm

khas buat mak yg tersayang...

Buatmu Ibu ~aeman~

ibu…
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yg redup sayu
Kudusnya kasih yg engkau hamparkan
Bagaikan laut yg tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dpt kubalasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..

Ibu…kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yg amat aku harapkan
Krn di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah tuhan
Ibu yg telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia….dan di akhirat sana..


p/s: doa buat mak takkan putus sebagaimana yg uji tahu doa mak buat anak mak ni jua tak putus2 dr ulas bibir mak stp kali usai solat. penah uji tersedu bila terdengar doa mak utk kami. dlm pekat malam atau cerahnya siang, mak tak jemu mendoakan anak2 mak. mg Allah sts redha kehidupan mak dan abah. terima kasih kerana menjadi mak dan abah kami semua. mg mak dr golongan insan2 yg dikasihiNya.. :oops:
Bismillahirrahmanirrahim.....
~hamba hina lagi faqir~
User avatar
fasihah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 956
Joined: Mon Jun 14, 2004 8:23 pm
Location: bumi Allah

Postby Darwis on Mon Feb 20, 2006 12:31 pm

bleh x kita tak fokuskan pada nasyid je...
Lagu berentak lain pn ok gak...
Ada yang menyentuh perasaan,ada yang memberi keinsafan,ada gak lagu yang kearah ketuhanan...
Darwis
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 458
Joined: Wed Dec 28, 2005 1:38 pm

Postby Darwis on Mon Feb 20, 2006 12:43 pm

ebiet g. ade - perjalanan ini..

Perjalanan ini
Terasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disamping ku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya ku saksikan
Ditanah kering berbatuan

Tubuh ku tergoncang
Dihempas batu jalanan
Hati bergetar
Menampakkan kering kerumputan

Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika daku tanya mengapa
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya dilaut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Merayu meratap langit

Barangkali disana ada jawapnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Cuba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Darwis
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 458
Joined: Wed Dec 28, 2005 1:38 pm

Postby Darwis on Wed Feb 22, 2006 12:36 pm

M.Nasir - Ada


Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua
Darwis
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 458
Joined: Wed Dec 28, 2005 1:38 pm

Postby Darwis on Wed Feb 22, 2006 12:38 pm

M.Nasir - Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu
Darwis
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 458
Joined: Wed Dec 28, 2005 1:38 pm

Postby cikju on Sat Feb 25, 2006 2:30 pm

salam...

ku tercari2 lirik mesra desa by hijjaz...ada sesape yg tau? :matabulat:
walau apapun terjadi...hidup mesti diteruskan...
cikju
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 282
Joined: Tue Nov 29, 2005 4:12 pm
Location: sarawak

Postby baby_cute on Sat Feb 25, 2006 3:50 pm

cikju wrote:salam...

ku tercari2 lirik mesra desa by hijjaz...ada sesape yg tau? :matabulat:



Mesra Desa
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Bila terkenangkan desa
Rindu selalu melanda
Pada ayah dan bonda sanak dan saudara
Kampung halaman nun jauh di mata

Kini tiba ketikanya
Saat kembali ke desa
Indah suasana mesra sambutannya
Rasa gelora di dalam dada

Terimalah buah tanganku
Sekadarnya yang aku mampu
Buatmu ayah dan juga ibu
Tanda ingatan kasihku

Meriahnya suasana desa
Semuanya ramah dan mesra
Dimanakah teman-teman lama
Bertahun tidak bersua

Ketika kenduri kendara
Sekampung bagai berpesta
Bertolong Bantu jiran tetangga
Beramai makan bersama

Berzanji di surau lama
Tak sedar hari dah senja
Begini caranya kemesraan desa
Moga kekal selamanya

Sedang asyik bercerita
Melintas si gadis desa
Manis senyumannya bertudung kepala
Anak saudara sendiri rupanya

Bergurau teruna dara
Pastikan ada batasnya
Adat kesopanan dan budaya bangsa
Agar agama terpelihara

Lagu: Manis Helma
Hijjaz Records Sdn.Bhd.
Lirik: ITO Lara
Gurindam Entertainment

note : nie y dpt ana carikan tuk cikju...eheheh...
baby_cute
Ahli
Ahli
 
Posts: 9
Joined: Thu Feb 09, 2006 12:38 pm

Postby cikju on Sat Mar 04, 2006 11:27 am

syukran jazilan baby...bestnye...terbayang keindahan desa...windunye.... :D
walau apapun terjadi...hidup mesti diteruskan...
cikju
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 282
Joined: Tue Nov 29, 2005 4:12 pm
Location: sarawak


Return to Bicara Karya

Who is online

Users browsing this forum: Yahoo [Bot] and 2 guests