FQ: Hukum Pendermaan Organ

Koleksi rujukan & artikel pilihan. Pada anda yang ingin menyumbang artikel sila hantarkan kepada Anjung Siber, Bicara Kita atau mana-mana pengendali, ataupun tuliskan di mana-mana bicara di BMC.

FQ: Hukum Pendermaan Organ

Postby Anjung Siber on Mon Feb 09, 2004 6:58 pm

Hukum Pendermaan Organ

Soalan:

Apakah pandangan Islam berhubung dengan pendermaaan organ semasa hidup atau pun ketika seseorang itu telah mati. Adakah ianya sesuatu yang dibenarkan oleh Islam.

Jawapan oleh Muzammil Siddiqi


Soalan sebegini telah banyak diperdebatkan oleh Ahli Ahli Fiqh dalam dua abad yang lalu.

Majlis Tertinggi Ulamak di Riyadh didalam resolusi no 99 bertarikh 6 Dzul Qaidah 1402 mengharuskan pendermaan dan pemindahan organ didalam keadaan yang diperlukan.

Organ tersebut mungkin diambil dari orang yang masih hidup dengan kebenaran nya dan juga dari mana-mana mayat. Bagi penderma yang masih hidup, mereka menetapkan bahawa pendermaan itu bukan pendermaan organ asasi si penderma tadi yang bakal memudaratkan penderma dan berkemungkinan mengancam nyawa mereka.

Akademi Fiqh Muslim World League (MWL) yang berpusat di Mekah juga membenarkan pendermaan organ dan penggunaan organ yang didermakan dalam sessi ke 8 yang dilangsungkan pada 28 Rabiul Thani- 7 Jumadal Awwal 1405.

Akademi Fiqh Organization of Islamic Country ( OIC) dalam satu konferen nya di Jeddah pada tahun 1408 juga mengharuskan pendermaan organ dan penggunaan organ yang di dermakan.

Dr. Syed Al Tantawi, Mufti Mesir, juga menyatakan adalah dibenarkan menggunakan organ yang didermakan dari mayat sekiranya pakar perbuatan Muslim memutuskan adalah perlu pemindahan organ tersebut dilakukan.

Adalah penting untuk di fahami, kebanyakan Ahli Fiqah hanya mengharuskan pendermaan organ dan mengharamkan penjualan organ tubuh manusia.

Ada yang berpandangan sekiranya mudarat itu terlalu besar dan terpaksa membeli organ, maka pembelian organ tersebut adalah sesuatu yang diharuskan, tetapi seorang Muslim adalah diharamkan menjual organ nya..
Anjung Siber
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 151
Joined: Sun Feb 08, 2004 2:51 am

Return to Rujukan & Artikel Pilihan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests