FQ: Bahagian Bahagian Air

Koleksi rujukan & artikel pilihan. Pada anda yang ingin menyumbang artikel sila hantarkan kepada Anjung Siber, Bicara Kita atau mana-mana pengendali, ataupun tuliskan di mana-mana bicara di BMC.

FQ: Bahagian Bahagian Air

Postby Anjung Siber on Mon Feb 09, 2004 9:11 pm

Dari Fiqah Mazhab Syafiee

BAHAGIAN-BAHAGIAN AIR

Air Terbahagi Kepada Empat Bahagian:

1) Suci lagi menyucikan
2) Suci lagi menyucikan tetapi makruh
3) Suci tetapi tidak menyucikan
4) Bernajis

1) Air yang suci lagi menyucikan

Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat kejadiannya yang telah dijadikannya oleh Allah Taala. Air tersebut masih dikatakan air mutlak, walaupun ia sudah berubah dengan sebab lama di tinggal, atau disebabkan tanah, atau tuhlub (sejenis benda hijau yang terapung di atas air disebabkan lama tinggal di dalamnya-kiambang), atau bekas atau tempat mengalir seperti ia berada dalam tanah yang mempunyai belerang atau ia mengalir di atas tanah tersebut, semuanya ini tetap dikatakan air mutlak. Ini kerana air tersebut sukar untuk dielakkan daripada perkara-perkara tersebut.

Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlak ialah hadis riwayat AlBukhari dan lainnya daripada Abi Hurairah r.a. katanya:

Seorang Badwi telah berdiri lalu kencing dalam masjid. Kemudian para sahabat pergi untuk menghalangnya, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia, dan tuangkan di atas air kencingnya sebaldi air, sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk mempermudahkan dan bukan menyusahkan.

Perintah Rasulullah s.a.w supaya menuangkan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai ciri atau sifat menyucikan.

2) Air yang suci dan menyucikan tetapi hukumnya makruh.

Air yang suci dan menyucikan tetapi hukumnya makruh ialah air musyammas. Ia adalah air yang panas disebabkan cahaya matahari dan dihukum makruh apabila memenuhi tiga syarat berikut:

i) la berlaku di negeri yang panas.
ii) Ia diletakkan di dalam bekas yang ditempa daripada selain emas dan perak seperti besi, tembaga dan semua galian yang boleh ditempa (berkarat)
iii) Ia digunakan pada badan manusia walaupun badan mayat, atau pada haiwan yang boleh menyebabkannya ditimpa penyakit sopak seperti kuda.

Imam Syafi'e r.a. meriwayatkan daripada Umar r.a.:

Bahawa beliau (Umar) tidak suka mandi dengan air tersebut dan dia berkata:

Aku tidak suka mandi dengan air tersebut disebabkan masalah kesihatan, kemudian Imam Syafi'e meriwayatkan bahawa air tersebut boleh menyebabkan penyakit sopak.

Ini kerana ketajaman cahaya matahari boleh menimbulkan keadaan berlemin (benda yang seperti minyak) busuk yang terapung di atas air. Sekiranya ia terkena pada badan dalam keadaan air tersebut panas, maka ia boleh memudaratkan badan dan menyebabkan penyakit sopak (sejenis penyakit kulit).

3) Air yang suci tetapi tidak menyucikan.

Air yang suci tetapi tidak menyucikan terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:

Air yang sedikit yang telah digunakan untuk taharah yang wajib, seperti mandi wajib dan wudhuk.

Dalil ianya suci adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w datang menziarahiku untuk bertanyakan keadaanku. Ketika itu aku sakit dan tidak sedar. Lalu Baginda berwudhuk dan mencurahkan air wudhuknya ke atas aku.

Sekiranya air wudhuk tersebut tidak suci, nescaya Baginda tidak akan mencurahkannya ke atas Jabir.

Dalil ia tidak menyucikan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh

Muslim daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Janganlah seseorang kamu mandi dalam air yang bertakung-iaitu air tenang yang tidak bergerak, sedangkan dia berjunub. Lalu para sahabat bertanya kepada Abi Hurairah: Wahai Abu Hurairah, bagaimana ia hendak dilakukan (mandi dengan air tersebut)? Jawab Abu Hurairah: Ia menyelam dalamnya dengan satu selaman (sekaligus).

Hukum berwudhuk adalah sama dengan hukum mandi kerana kedua-duanya mengandungi maknanya yang sama iaitu mengangkat hadas.

Hadis ini menunjukkan bahawa mandi dalam air tersebut menjadikan ia tidak menyucikan lagi. Sekiranya ia tidak memberi makna tersebut, nescaya Rasulullah s.a.w tidak melarang daripada berbuat demikian. Hadis ini difahami untuk air yang sedikit berdasarkan dalil-dalil yang lain.

Kedua:

Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang kebiasaannya air tersebut tidak berhajat kepadanya dan ia tidak boleh dipisahkan setelah bercampur, kemudian ia berubah dengan suatu perubahan yang tidak lagi dipanggil dengan air mutlak, seperti air teh dan air 'arqasus.

Tetapi jika benda suci yang bercampur dengan air tersebut menyerupai air pada sifat-sifatnya (rasa, bau dan warna) seperti air bunga mawar yang sudah hilang sifat-sifatnya, maka ketika itu ;air bunga mawar itu hendaklah diganti dengan bahan lain yang mempunyai sifat berlainan yang sederhana; iaitu digunakan perahan delima untuk menentukan perubahan rasa, perahan tebu bagi menentukan perubahan warna dan al-lazan bagi menentukan perubahan bau.

Sekiranya ditakdirkan berlaku perubahan disebabkan percampuran tersebut, maka ia menjadi air yang suci tetapi tidak menyucikan lagi. Ia tidak menyucikan kerana ketika itu ia tidak lagi dinamakan sebagai air mutlak. Sedangkan syarak mensyaratkan supaya air yang dibuat bersuci adalah air mutlak.

4) Air Mutanajjis

Air Mutanajjis ialah air yang terjatuh najis ke dalamnya. la terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:

Air yang sedikit iaitu kurang dari dua kolah.

Air ini menjadi najis dengan hanya terjatuh najis ke dalamnya walaupun sedikit dan tidak berubah sifat-sifatnya dari segi warna, bau dan rasa. Ukuran dua kolah ialah: 500 kati Baghdadi air dan ia menyamai 192.875 kg. la juga menyamai 1 1/4 hasta empat persegi tinggi, lebar dan dalam.

Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa'ie, Ibnu Majah dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w ditanya tentang air yang terdapat di padang pasir yang luas dan didatangi oleh binatang buas dan haiwan melata.

Baginda s.a.w menjawab:

Jika air tersebut sebanyak dua kolah ia tidak menanggung kekotoran.

Menurut lafaz hadis disisi Abu Daud :

Maka air itu tidak menjadi najis.

Difahami daripada hadis ini, sekiranya air kurang dari dua kolah, maka ia menjadi najis sekalipun tidak berubah sifat-sifatnya. Kefahaman ini dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya, maka janganlah dia menyelamkan (menyelup) tangannya dalam sesuatu bekas, sehinggalah dia membasuh tangannya dahulu sebanyak tiga kali. Sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam (diletakkan).

Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w melarang orang yang bangun dari tidur mencelupkan tangannya ke dalam bekas air kerana dibimbangi tangannya dicemari najis yang tidak kelihatan. Sudah sedia maklum bahawa najis yang tidak kelihatan tidak akan mengubah (keadaan) air. Oleh itu, sekiranya tindakan tersebut tidak menajiskan air disebabkan menyentuhnya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak melarang daripada berbuat demikian.

Kedua:

Air yang banyak iaitu air yang sampai dua kolah atau lebih. Air ini tidak menjadi najis dengan hanya semata-mata terjatuh atau tersentuh najis tetapi ia menjadi najis apabila berubah salah satu sifatnya iaitu warna, rasa atau bau.

Dalilnya ialah ijmak para ulama'

Imam Nawawi r.a. menyebut dalam kitabnya Al-Majmuk :

Ibnu Munzir berkata:

Ulama' telah bersepakat bahawa air yang sedikit atau banyak, apabila jatuh ke dalamnya najis dan berubah rasa atau warna atau bau, maka air itu menjadi najis.

Air yang Boleh Digunakan Untuk Bersuci

Bukan kesemua jenis air ini boleh dibuat bersuci iaitu mengangkat hadas kecil atau besar dan menghilangkan najis. Air yang boleh dibuat bersuci hanyalah dari jenis yang pertama (air mutlak) dan kedua (air musyammas) sahaja. Tetapi air yang kedua ini makruh digunakan pada badan.

Manakala air jenis yang ketiga, ia tidak boleh digunakan untuk bersuci sekalipun ia sendiri adalah suci. la hanya boleh digunakan untuk tujuan selain bersuci seperti minum, memasak dan lain-lain.

Air jenis yang keempat pula, ia adalah air yang najis. Ia tidak boleh digunakan untuk apa-apa kegunaan pun.


Dari Fiqah Sunnah Syed Sabiq

THAHARAH (BERSUCI) AIR DAN MACAM-MACAMNYA:

MACAM PERTAMA : AIR MUTLAK

Hukumnya ialah bahwa ia suci lagi menyucikan, artinya bahwa ia suci pada dirinya dan menyucikan bagi lainnya. Di dalamnya termasuk macam-macam air berikut:

1. Air hujan, salju atau es, dan air embun, berdasarkan firman Allah Ta'ala:

"Dan diturunkan-Nya padamu hujan dari langit buat menyucikanmu. " (Al-Anfal : 11)

Dan firman-Nya:

"Dan Kami turunkan dari langit air yang suci lagi mensucikan. "(Al-Furqan : 48)

Juga berdasarkan hadits Abu Hurairah r.a. katanya :

Adalah Rasulullah saw. bila membaca takbir di dalam sembahyang diam sejenak sebelum membaca Al-Fatihah, maka saya tanyakan: Demi kedua orang-tuaku wahai Rasulullah! Apakah kiranya yang Anda baca ketika berdiamkan diri di antara takbir dengan membaca Al-Fatihah? Rasulullah pun menjawab:

Saya membaca:

"Ya Allah, jauhkanlah daku dari dosa-dosaku sebagaimana Engkau menjauhkan Timur dari Barat. Ya Allah bersihkanlah daku sebagaimana dibersihkannya kain yang putih dari kotoran. Ya Allah, sucikanlah daku dari kesalahan-kesalahanku dengan salju, air dan embun. "

(H.R. Jama'ah kecuali Turmudzi)

2. Air laut, berdasarkan hadits Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang laki-laki menanyakan kepada Rasulullah, katanya: Ya Rasulullah, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa air sedikit. Jika kami pakai air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami akan kehausan, maka bolehkah, kami berwudhuk dengan air laut? Berkatalah Rasulullah saw.:

"Laut itu airnya suci lagi mensucikan dan bangkainya halal dimakan. "(Diriwayatkan oleh Yang Berlima)

Berkata Turmudzi : Hadits ini hasan lagi shahih, dan ketika kutanyakan kepada Muhammad bin Ismail al Bukhari tentang hadits ini, jawabnya ialah : Hadits itu shahih.

3. Air telaga, karena apa yang diriwayatkan dari Ali r.a. Artinya bahwa Rasulullah saw. meminta seember penuh dari air zamzam, lalu diminumnya sedikit dan dipakainya buat berwudhuk." (H.r. Ahmad)

4. Air yang berobah disebabkan lama tergenang atau tidak mengalir, atau disebabkan bercampur dengan apa yang menurut galibnya tak terpisah dari air seperti kiambang dan daun-daun kayu, maka menurut kesepakatan ulama, air itu tetap termasuk air mutlak. Alasan mengenai air semacam ini ialah bahwa setiap air yang dapat disebut air secara mutlak tanpa kait, boleh dipakai untuk bersuci. Firman Allah Ta'ala:

"Jika kamu tiada memperoleh air, maka bertayammumlah kamu!"(Al-Maidah : 6)

MACAM KEDUA: AIR MUSTA`MAL,-YANG TERPAKAI

Yaitu air yang telah terpisah dari anggota-anggota orang yang berwudhuk dan mandi.

Hukumnya suci lagi menyucikan sebagai halnya air mutlak tanpa berbeda sedikit pun. Hal itu ialah mengingat asalnya yang suci, sedang tiada dijumpai suatu alasan pun yang mengeluarkannya dari kesucian itu.

Juga karena hadits Rubaiyi' binti Mu'awwidz sewaktu menerangkan cara wudhuk Rasulullah saw. katanya :

"Dan disapunya kepalanya dengan sisa wudhuk yang terdapat pada kedua tangannya."

Juga dari Abu Hurairah r.a,, bahwa Nabi saw. berjumpa dengannya di salah satu jalan kota Madinah, sedangkan waktu ia dalam keadaan junub. Maka ia pun menyelinap pergi dari Rasulullah lalu mandi, kemudian datang kembali. Ditanyakanlah oleh Nabi saw.; ke mana ia tadi, yang jawabnya bahwa ia datang sedang dalam keadaan junub dan tak hendak menemaninya dalam keadaan tidak suci itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw.:

"Maha Suci Allah, orang Mukmin itu tak mungkin najis. " (H.R. Jama'ah)

Jalan mengambil hadits ini sebagai alasan ialah karena di sana dinyatakan bahwa orang Mukmin itu tak mungkin najis. Maka tak ada alasan menyatakan bahwa air itu kehilangan kesuciannya semata karena bersentuhan, karena itu hanyalah bertemunya barang yang suci dengan yang suci pula hingga tiada membawa pengaruh apa-apa.

Berkata Ibnul Mundzir: "Diriwayatkan dari Hasan, 'Ali, Ibnu Umar, Abu Umamah, 'Atha', Makhul dan Nakha'i bahwa mereka berpendapat tentang orang yang lupa menyapu kepalanya lalu mendapatkan air di janggutnya: Cukup bila ia menyapu dengan air itu. Ini menunjukkan bahwa air musta'mal itu mensucikan, dan demikianlah pula pendapatku."
Dan madzhab ini adalah salah satu pendapat yang diriwayatkan dari Malik dan Syafi'i, dan menurut Ibnu Hazmin juga merupakan pendapat Sufyan As-Sauri, Abu Tsaur dan semua Ahli Zhahir.

MACAM KETIGA: AIR YANG BERCAMPUR DENGAN BARANG YANG SUCI

Misalnya dengan sabun, kiambang, tepung dan lain,lain yang biasanya terpisah dari air.

Hukumnya tetap mensucikan selama kemutlakannya masih terpelihara. Jika sudah tidak, hingga ia tak dapat lagi dikatakan air mutlak, maka hukumnya ialah suci pada dirinya, tidak mensucikan bagi lainnya.

Diterima dari Ummu `Athiyah, katanya

"Telah masuk ke ruangan kami Rasulullah saw. ketika wafat puterinya, Zainab, lalu katanya: "Mandikanlah ia tiga atau lima kali atau lebih banyak lagi jika kalian mau, dengan air dan daun bidara, dan campurlah yang penghabisan dengan kapur barus atau sedikit daripadanya. Jika telah selesai beritahukanlah padaku. "

Maka setelah selesai, kami sampaikanlah kepada Nabi. Diberikannyalah kepado kami kainnya serta katanya:

"Balutkanlah pada rambutnya: " Maksudnya kainnya itu. (H.R. Jama'ah)

Sedang mayat tak boleh dimandikan kecuali dengan air yang sah untuk mensucikan orang yang hidup.

Dan menurut riwayat Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Khuzaimah dari hadits Ummu Hani', bahwa Nabi saw. mandi bersama Maimunah dari sebuah bejana, yaitu sebuah pasu yang di dalamnya ada sisa tepung.

Jadi di dalam kedua hadits terdapat percampuran, hanya tidak sampai demikian rupa yang menyebabkannya tak dapat lagi disebut air mutlak.

MACAM KEEMPAT: AIR YANG BERNAJIS

Pada macam air ini terdapat dua keadaan:

Pertama: bila najis itu merobah salah satu di antara rasa, warna atau baunya.

Dalam keadaan ini para ulama sepakat bahwa air itu tidak dapat dipakai untuk-bersuci sebagai disampaikan oleh Ibnul Mundzir dan Ibnul Mulqin.

Kedua: bila air tetap dalam keadaan mutlak, dengan arti salah satu diantara sifatnya yang tiga tadi tidak berobah. Hukumnya ia adalah suci dan mensucikan, biar sedikit atau banyak.

Alasannya ialah hadits Abu Hurairah r.a. katanya:

"Seorang badui berdiri lalu kencing di masjid. Orang-orang pun sama berdiri untuk menangkapnya. Maka bersabdalah Nabi saw.

"Biarlah dia, hanya tuangkanlah pada kencingnya setimba atau seember air! Kamu dibangkitkan adalah untuk memberi keentengan, bukan untuk menyukarkan. " (Hr. Jama`ah kecuali Muslim)

Juga hadits Abu Said al-Khudri r.a. katanya

"Dikatakan orang :

Ya Rasulullah, bolehkah kita berwudhuk dari telaga Budha`ah?

Maka bersabdalah Nabi saw.:

"Air itu suci lagi mensucikan, tak satu pun yang akan menajisinya. " (H.r. Ahmad, Syafiei, Abu Daud, Nasa'i dan Turmudzi).

Turmudzi mengatakan hadits ini hasan, sedang Ahmad berkata "Hadits telaga Budha `ah adalah shahih. " Hadits ini disahkan pula oleh Yahya bin Main dan Abu Muhammad bin Hazmin.

Telaga Budha'ah ialah telaga di Madinah. Berkata Abu Daud: "Saya dengar Qutaibah Bin Said berkata:

Saya tanyakan kepada penjaga telaga Budha'ah berapa dalamnya.

Jawabnya: Sebanyak-banyaknya air ialah setinggi pinggang.

Saya tanyakan pula: "Bila di waktu kurang?" "Di bawah aurat" ujarnya. "Dan saya ukur sendiri telaga Budha`ah itu dengan kainku yang kubentangkan di atasnya lalu says hastai, maka ternyata lebarnya 6 hasta. Dan kepada orang yang telah membukakan bagiku pintu kebun dan membawaku ke dalam, saya tanyakan apakah bangunannya pernah dirombak, jawabnya: Tidak. Dan dalam sumur itu kelihatan air yang telah berobah warnanya."


Ini adalah pula pendapat dari Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Hasan Basri, Ibnul Musaiyab, `Ikrimah, Ibnu Abi Laila, Tsauri, Daud Azh-Zahiri, Nakha'i, Malik dan lain-lain. Gazzali berkata :

"Saya berharap kiranya madzhab Syafi'i mengenai air, akan sama dengan madzhab Malik."

Adapun hadits Abdullah bin Umar r.a. bahwa Nabi saw.,bersabda :

"Jika air sampai dua kulah, maka ia tidaklah mengandung najis. "(H.r. Yang Berlima), maka ia adalah mudhtharib, artinya tidak keruan, baik sanad maupun matannya.

Berkata Ibnu `Abdil Barr di dalam At-Tahmid.

"Pendirian Syafi`i mengenai hadits dua kulah, adalah madzhab yang lemah dari segi penyelidikan, dan tidak berdasar dari segi alasan."
Anjung Siber
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 151
Joined: Sun Feb 08, 2004 2:51 am

Postby Anjung Siber on Tue Feb 10, 2004 5:25 am

Pada 2002-02-22 08:51, Anjung Siber menulis:
Assalamualaikum...

hemm... bab pembahagian air...:senyum:


Adapun hadits Abdullah bin Umar r.a. bahwa Nabi saw.,bersabda :

"Jika air sampai dua kulah, maka ia tidaklah mengandung najis. "(H.r. Yang Berlima), maka ia adalah mudhtharib, artinya tidak keruan, baik sanad maupun matannya.

Berkata Ibnu `Abdil Barr di dalam At-Tahmid.

"Pendirian Syafi`i mengenai hadits dua kulah, adalah madzhab yang lemah dari segi penyelidikan, dan tidak berdasar dari segi alasan."


Disini prof nak buat sikit ulasan mengenai hadis ini:

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam,selawat dan salam atas junjungan Rasul akhir zaman SAW.


Kata Sheikh Mansur Ali Nasif dalam bab membicarakan hukum-hukum air bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Para Ashabul sunan dengan sanad yang sahih.
( Ghayatul ma'mul syarah at-tajul jami' lil ahadisi Rasul )


Kata imam Termizi:Hadis ini merupakan pendapat Syafie,Ahmad,,ishak kata mereka"Air bila cukup dua qalah tidak menajiskannya sesuatu pun selama mana tidak berubah baunya atau rasanya"

( Sunan Termizi )


Kata Imam Mabakafuri selepas menaqalkan kata-kata Imam Termizi:(Hadis ini...............tidak berubah baunya atau rasanya) ":warnanya" dalil bagi mereka dalam bab ini merupakan hadis yang sahih serta diterima sebagai hujjah.Telah mendhaifkannya oleh sekumpulan ulama' tetapi yang sebetulnya ia adalah hadis sahih.


Kata Hafiz Iraqi dalam "Amalinya" sesungguhnya telah mensahihkan hadis ini sejumlah besar para penghafaz Hadis Syafie,Abu ubaid,Ibnu Khuzaimah,Ahmad,Ishaq,Yahya bin Main, Thabari,Ibnu Hibban,Daraqutni,Ibnu Mandah,Hakim,Khatabi,Baihaqi,Ibnu Hazmin dan lainnya seperti juga yang disebut dalam kitab "Qutul Mugtazi".

Kata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari perawi hadis ini semuanya Thiqah dan disahihkan oleh Para ahli Ilmu dan telah mengi'tirafnya Imam Thahawi dari kalangan ulama Hanafi.

Kata Imam Shana'ni dalam Bulugul Maram:Hadis ini disahihkan oleh Ibnu khuzaimah dan Ibnu Hibban.

Didalam kitab Talkhis kata Hakim:Hadis ini merupakan hadis yang sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim dan merupakan hujjah pada semua rawinya.

Kata Ibnu Mandah sanadnya mengikut syarat Muslim.

Kata Ibnu main :Sanadnya baik.

Kata Ibnu Daqiq Aidi: Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama dan merupakan sahih hukumnya menurut Fuqaha' .Sesungguhnya sekali pun hadis yang muttarib pada sanad dan berbeza sesetengah lafaz matan tetapi telah di jawab dengan jawapan yang diterima pakai sehingga membolehkan ia di himpunkan diantara riwayatnya.

( Tuhfatul Ahwazi )

Kata Imam Syamsul Abadi :Hadis ini dikeluarkan oleh Termizi,Nasai,Ibnu Majah,Syafie,Ahmad,Ibnu Khuzaimah,Ibnu Hibban,Hakim,Darulqutni dan Baihaqi.

Kata Hakim :Sahih dengan syarat Bukhari dan Muslim dan diterima pada semua perawinya.

Kata Ibnu Mandah:Sanadnya sejalan dengan syarat Muslim.Hadis ini berputar pada Walid bin Kathir.
Sesetengah ulama menyatakan ia meriwayatkan daripada Mohammad bin Ja'far bin Zubair.Setengahnya pula menyatakan dari Mohammad bin Abbad Ibnu Ja'far.Sesetengahnya pula menyatakan dari Abdullah bin Abdullah bin Umar.sesetengahnya pula menyatakan dari Ubaidullah bin Abdullah bin Umar.

Ibnu Mandah menjawab persoalan ini dengan katanya:Sesungguhnya ini bukanlah dikira Muttharib yang mencederakan kerana kesemua riwayat terpelihara manakala hadis berpindah dari perawi thiqah kepada perawi yang thiqah yang lain.

Dalam penilitian yang sebetulnya mengenai hadis ini:
1) Yang diriwayat oleh Walid bin Kathir dari Mohammad bin Abbad bin Ja'far dari Abdullah bin Abdullah bin Umar.
2)Yang diriwayatkan oleh Walid bin kathir dari Mohammad bin Ja'far bin Zubair dari Ubaidullah bin Abdullah bin Umar.

Manakala riwayat selain dari dua jalan ini adalah waham.

Kesimpulannya kata Syamsul Abadi bahawa hadis "Qullatain" adalah sahih yang nyata daripada Rasulullah dan di amal dengannya.

( Aunu Ma'but syarah Abi Daud )


Ibnu Qayyim dalam memberi komentar pada hadis ini katanya:Berhujjah denga hadis "Qullatain" berdasarkan sabitnya hadis ini pada beberapa segi( disini disebut empat sahaja yang berkaitan )
1) Sanad yang sahih
2)Nyata bersambung dan mursal yang tidak mencederakan
3)Nyata marfu' sedangkan yang berpegang menyatakan mauquf tidak ada illah
4)Ittirab pada sanad tidak melemahkan hadis ini.

( Ta'liqat sunan Abu Daud bagi Ibnu Qayyim )

Ithirab pada sanad: menurut iman Nawawi bahawa ia bukan Ithirab, kerana perawinya ,Mohammad bin Abbad dan Mohammad bin Ja'far keduanya Thiqah yang diterima,manakala Abdullah dan Ubaidullah anak Abdulah bin Umar keduanya meriwayatkan dari bapa mereka iaitu Abdulah bin Umar keduanya juga Thiqah.

Kata imam Nawawi: Khatabi telah berkata; cukuplah penyaksian kesahihannya dengan apa yang disahihkan oleh bintang-bintang dalam keahlian Ilmu hadis dan berpegang mereka pada masalah ukuran air kerana mereka adalah qudwah, pada mereka kita condong dalam bab ini.

( Majmu' )


Ithirab pada matan:Riwayat yang sahih dan masyhur "dua qullah" ,ada pun riwayat lain menyatakan "Qadar dua qullah atau tiga"tiada dikira kerana dihukum Syaz yang gharib begitu juga riwayat :"satu qullah",adapun riwayat "empat qullah" merupakan apa yang di naqalkan dari Abdullah bin Amr bin A'sh kemungkinan yang dimaksudkan oleh Abdulah bin Amr itu empat qullah yang kecil.


(Fiqh ibadat, Lajnah ulama kuliah syariah Al-Azhar)

kesimpulannya,menurut Dr.wahbah mazhab syafie san hambali mengenai hadis ini adalah nyata sahih walaupun hanafi mendakwa muttharib.

(fiqh islami)


Prof Awatif

wallahua'lam
Anjung Siber
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 151
Joined: Sun Feb 08, 2004 2:51 am


Return to Rujukan & Artikel Pilihan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest