AQ: Asas Aqidah Muslim Oleh Syed Sabiq

Koleksi rujukan & artikel pilihan. Pada anda yang ingin menyumbang artikel sila hantarkan kepada Anjung Siber, Bicara Kita atau mana-mana pengendali, ataupun tuliskan di mana-mana bicara di BMC.

AQ: Asas Aqidah Muslim Oleh Syed Sabiq

Postby Anjung Siber on Tue Feb 10, 2004 4:41 am

Asas Aqidah Muslim
Syed Sabiq

Membentuk Akidah Manusia


Manusia sebagai makhluk Allah yang mulia mempunyai akal fikiran maka untuk membentuk dan mendisplinkan mereka mestilah berasaskan akidah ketuhanan dan dengan pegangan akidah ketuhanan dapat membendung manusia dan melakukan kejahatan dan harus menyedari bahawa apa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh manusia pada hari ini adalah berpunca tentang akidah ketuhanan.

Umat Islam pada hari ini sangat memerlukan kepada pembinaan akidah dan menamakan rasa kebesaran Allah di dalam hati terutama di saat pembinaan kebendaan yang sangat pesat ini. Sekiranya tidak seimbang dengan pembangunan akidah dengan pembangunan kebendaan maka pembangunan kebendaan akan rosak dan runtuh.

Umat Islam pada hari ini telah hilang pegangan keagamaan. Sehingga mereka yang sering mengerjakan amal ibadat masih juga berterusan melakukan berbagai kemaksiatan hingga sampai ke peringkat mengejek-ngejek dan memperkecil-kecilkan ajaran agamanya sendiri sedangkan perbuatan itti boleh terkeluar dan Islam (murtad) demikian menurut pendapat Imam Malik, Al-Shafie, Ahmad bin Hambal, Imam al dan Ishak.

Fiman Allah: (Surah At-Taubah, ayat: 21)

" Dan jika mereka mencabuli sumpahannya sesudah mereka mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agamamu maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir ".

Apa Erti Akidah Ketuhanan

Akidah ertinya ikatan, pegangan terhadap rukun-rukun iman yang enam :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab-Kitab
4. Beriman kepada Rasul-Rasul
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada' dan Qadar

Ini berdasarkan kepada pertanyaan seseorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w.( Riwayat Muslim )

" Lelaki itu bertanya: Ceritakan kepada ku tentang iman ? Baginda bersabda: Iman itu bahawa engkau beriman kepada Allah, Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya, Hari Akhirat dan Beriman dengan Qadar baik dan buruk ".

Beriman Kepada Allah

Beriman kepada Allah merangkumi dan segi rububiyahnya iaitu beriman bahawa Allah sebagai pencipta alam, pengatur dan penyusuan dan lain-lain. Beriman dan segi uluhiyahnya iaitu mengesakan Allah dalam peribadatannya dan beriman kepada Allah dan segi isma' dan sifatnya iaitu beriman bahawa nama-nama Allah dan sifat-sifatnya sesuai dengan kebesarannya.

Beriman kepada Allah adalah merupakan rukun yang sangat penting dan ia adalah asas akidah, manakala rukun-rukun yang lain itu tertakluk di bawah beriman kepada Allah.

Semua Makhluk Memuji Allah

Seseorang yang beriman harus menyedari bahawa tiada suatu pun makhluk di dalam alam mi yang tidak bertasbih dan memuji Allah.

Firman Allah: (Surah Al-Isra', ayat : 44)

" Tiada sesuatu pun melainkan bertasbih memujinya tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka ".

Semua Makhluk Bersedia Untuk Berkhidmat Bagi Manusia

Allah telah menceritakan bahawa angin dan sebahagian dan jin berkhidmat untuk Nabi Sulaiman a.s.,

Firmannya: (Surah Saba, ayat: 21-31)

" Dan kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanan satu perjalanan adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepanjang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan kami alirkan baginya mata air dan telaga dan kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah kami. Kami akan merasakannya (pukulan) dan azab api neraka gulungan jin ini membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dan bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang seperti kolam serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya ".

Beriman Kepada Malaikat

Beriman kepada Malaikat adalah sebahagian dan akidah. Al-Quran menceritakan kepada kita bahawa para Malaikat di wakilkan oleh Allah untuk menjaga manusia, dan ditugaskan untuk mengira dan memperhitungkan amalan-amalan manusia dan merekodkan di dalam buku catatan peribadi mereka,

Firman Allah: (Surah At-Thariq, ayat : 4)

" Tiada sesuatu diri jua pun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaan serta penyimpan peringatan mengenai segala bauan)".

Firman Allah: (Surah Qaf, ayat: 18)

" Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya atau perbuatan yang dilakukan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas sentiasa sedia menulisnya".

Dan firmannya: (Surah Ar-Ra'ad, ayat:10-11)

"Sama sahaja kepadanya: Sesiapa di antara kamu yang merahsiakan katanya di dalam hati dan menyatakannya juga yang bersembunyi pada waktu malam dan yang keluar beijalan pada waktu siang bagi tiap-tiap seseorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dan hadapan dari dan belakangnya yang mengawas dan menjaga dengan sebab perintah Allah."

Malaikat yang ditugaskan untuk mengira amalan-amalan manusia ia mencatat semuanya kemudian dikemukakan kepada Allah Rabil'alamin untuk diberi balasan yang sewajarnya.

Beriman Kepada Kitab-Kitab ALlah

Beriman kepada kitab-kitab Allah adalah satu juzu dari akidah dan yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi: iaitu Sahaf yang diturunkan kepada Ibrahim,Taurat diturunkan kepada Musa, Injil yang diturunkan kepada Isa, Zabur yang diturunkan Nabi Daud dan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w

Mengenai beriman kepada kitab-kitab, dua perkara yang patut diperhatikan :

1. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada kitab-kitab ialah beriman kepada kitab-kitab yang asal yang diturunkan sebelum dipinda oleh tokoh-tokoh agama dan diketahui bahawa kitab-kitab Allah yang lain dari Al-Quran semua telah dipinda dan ditukar ganti ayatnya,

Firman Allah: (Surah Ah Imran, ayat: 78)

" Dan sesungguhnya di antara mereka (ahli-ahli kitab) ada ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca kitab Taurad dengan mengubah maknanya supaya kamu menyangkanya sebahagian dan kitab (Taurad) pada hal ia bukanlah dan kitab itu, dan mereka pula berkata: bahawa ia adalah dari sisi Allah pada hal ia bukanlah dari sisi Allah dan mereka (tergamak) berkata dusta terhadap Allah sedangkan mereka mengetahui (bahawa mereka adalah dusta)'.

2. Al-Quran adalah kitab Allah yang terakhir diturunkan iaitu diturunkan kepada Nabi Mohammad s.a.w, ia tidak di datangi oleh sebarang kepalsuan ia dijaga oleh Allah s.w.t.,

Firman Allah: (Surah AI-Hajj, ayat: 9)

" Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan Kami-lah yang memelihara dan menjaga ".

Al-Quran merupakan, (manhaj) jalan-jalan diturunkan sebagai pedoman untuk manusia mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Ia menunjuk jalan yang lurus untuk manusia.

Firman Allah: (Surah Al-Isra', ayat : 9)

" Sesungguhnya Al-Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ".

Al-Quran merupakan dastur yang paling baik untuk manusia, kerana ia adalah ciptaan Allah yang lebih mengetahui tentang hal-hal manusia, menolak peraturan al-Quran bermakna menolak peraturan yang lebih baik untuk manusia.

Beriman Kepada Para Rasul a.s.w.

Beriman kepada para Rasul a.s.w. adalah satu juzu' dan akidah. Yang dimaksudkan dengan beriman kepada para Rasul ialah mempunyai bahawa mereka adalah perutusan Allah untuk manusia. Tidak harus di bezabezakan antara seseorang Rasul dengan Rasul yang lain. Mengingkari mana-mana Rasul yang di utuskan bermakna mengingkari risalah-risalah Allah dan mengingkari al-Quran. Kerana al-Quran menyebut nama-nama sebahagian dan mereka.

Firman Allah: (Surah al-Baqarah, ayat : 285)

" Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dan Tuhannya dan juga orang yang beriman semuanya beriman kepada Allah dan malaikat, dan kitabnya dan rasulnya (mereka berkata) kami tidak membeza-bezakan antara seseorang (dengan yang lain) dan Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi, kami dengar dan kami taat (kami pohon) keampunan Mu wahai Tuhan kami dan kepada Kamu jualah tempat kembali ".

Beriman Kepada Hari Akhirat

Beriman kepada adanya Hari Akhirat adalah satu juzu' dan akidah ia memberi kesan yang kuat dalam membentuk manusia dan membendung kejahatan-kejahatan manusia. Orang yang menyedari bahawa ia akan di bawah kehadapan pengadilan Allah pada han akhirat sudah tentu ia akan berfikir terlebih dahulu sebelum ia melakukan suatu kejahatan dan tiada seorang pun yang dapat melarikan diri dan hukum Allah,

Firman Allah: (Surah al-Isra', ayat: 13-14)

"Dan tiap-tiap seorang manusia kami kalungkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada han khiamat kelak dan kami akan keluarkan kepadanya kitab surat-suratan amalan yang akan di dapatinya terbuka untuk di tatap, lalu kami perintahkan kepadanya bacalah suratan amalanmu, cukuplah engkau sendiri pada han itu menjadi penghitung terhadap dirimu tentang segala yang telah engkau lakukan."

Beriman Kepada Qada' dan Qadar Allah

Beriman kepada Qada' dan Qadar adalah satu juzu' dari akidah, erti beriman kepada Qada' dan Qadar ialah menyakini bahawa apa jua yang berlaku di dalam dunia ini termasuk perkara-perkara yang berlaku pada diri manusia adalah telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t tanpa campur tangan manusia. Manusia dituntut supaya meredai apa jua yang ditakdirkan itu. Sama ada baik atau buruk di samping berusaha untuk mengelakkan dan sebarang bala dan berikhtiar untuk mendapatkan rezeki, beriman kepada Qada' dan Qadar bukanlah memberi erti menyerah sesuatu kepada takdir tanpa sebarang usaha dan ikhtiar.

Beriman kepada Qada' dan Qadar mendorong seseorang itu bekerja lebih keras untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Ayat yang mulamula menyentuh tentang Qada' dan Qadar ialah mengenai rezeki dan ajal di mana Allah-lah menyatakan bahawa kedua-duanya tidak akan bertambah atau kurang dengan semata-mata usaha manusia. Seseorang tidak akan mati sebelum tiba ajal yang di tetapkan dan sebelum habis rezeki yang telah Allah tetapkan.

Firman Allah: (Surah Al Imran, ayat: 145)

" Dan tiap-tiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya yang ditetapkan oleh Allah".

Dan Sabda Rasulullah s.a.w.

" Ketahuilah bahawa sekiranya umat manusia semuanya bersepakat untuk memberi manfaat (menolong) engkau dengan sesuatu pertolongan nescaya mereka tidak dapat menolong engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) dan sekiranya mereka bersepakat hendak memudaratkan engkau dengan sesuatu kemudaratan nescaya mereka tidak dapat memberi kemudaratan kepada engkau kecuali apa yang telah dituliskan (ditakdirkan) oleh Allah ke atas engkau, diangkat akan kalam dan keringlah dakwat (ertinya itulah yang ditetapkan oleh Allah)".

Umat Islam pada hari ini perlu menterjemahkan pengertian akidah ini ke dalam penghidupan mereka supaya seimbang antara pembinaan kebendaan dengan pembinaan kerohanian dan semoga akan dapat membendung gejala-gejala yang sedang menimpa masyarakat pada hanri ini, antara gejala-gejala itu ialah:

1. Pengaruh barat yang berteraskan kebendaan yang menguasai masyarakat dan ia adalah utama ke arah kerosakan akhlak.
2.Penumpuan masyarakat ke arah pencapaian akademik yang tinggi sehingga lupa tanggungjawab terhadap Allah.
3. Alat-alat sebaran am, media cetak dan elektronik memberi peluang yang luas kepada peminat-peminat hiburan.
4. Penyelewengan dalam perniagaan dan pembangunan dan memperniagakan hak rakyat.
5. Tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugas harian yang diamanahkan.
6. Pengaruh politik wang yang mempengaruhi sebahagian ahli-ahli politik.
7. Pilih kasih dalam pembahagian jawatan dan pekerjaan kepada pemohon-pemohon yang berkelayakan.
8. Sistem ganjaran yang tidak adil.
9. Pengaruh dadah, arak, rasuah, judi dan lain-lain.

Gejala-gejala seperti ini tidak dapat dihapuskan dengan hanya bergantung kepada ketegasan undang-undang semata-mata tetapi perlu juga kepada kesedaran kerana yang menjadi perakuan ialah pegangan akidali ketuhanan yang mendalam.

Hakikat Iman dan Kesan

Beriman kepada Allah dan segi uluhiyahnya, rububiyahnya dan asmak dan sifatnya adalah merupakan tali yang menghubung antara manusia dengan Allah, kerana makhluk yang paling mulia yang ada atas muka bumi ini ialah manusia dan suatu yang paling mulia yang ada di dalam diri manusia ialah hatinya dan sesuatu yang paling mulia yang ada di dalam hati ialah iman kepada Allah kerana demikian orang yang dikurniakan nikmat iman ialah sebesar-besar nikmat dan semulia-mulianya.

Firman Allah: (Surah al-Hujurat, ayat : v)

" Allah menjadikan iman itu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskan di dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan durhaka itti perkara-perkara yang kamu benci, mereka bersifat demikian ialah orang-orang tetap menurut jalan yang lurus ".

Iman kepada Allah tidak cukup dengan hanya semata-mata ucapan dengan lidah dan dipercayai oleh hati, tetapi iman yang sebenarnya ialah pegangan sepenuhnya dengan hati kemudian akan terbitkan buktinya seperti matahari yang mengeluarkan cahayanya dan bunga mawar yang mengeluarkan baunya yang wangi.

Ciri-ciri Keimanan

Antara ciri-ciri keimanan seseorang itu ialah mencintai Allah dan Rasulnya mengatasi cintanya kepada bapa, anak, isteri, jawatan, pangkat dan apa jua yang ia kasihi dan miliki dan ternampak tanda-tanda cintanya kepada Allah dan Rasulnya pada percakapan, perbuatan dan segala urusan hidupnya.

Firman Allah: (Surah At-Taubali, ayat : 24)

" Katakanlah wahai Mohammad, jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kami dan isteri-isteri (atau suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda kamu yang kamu usahai dan perniagaan yang kamu bimbing akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih dan Allh dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan (azab siksanya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik ".

Dan ayat-ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa mencintai keduniaan mengatasi cintanya kepada Allah dan Rasulnya dan juga cintanya kepada berjihad ke jalan Allah boleh membawa kepada bala bencana di dunia dan di akhirat dan orang yang bersifat demikian adalah fasik. Ia tidak akan mendapat taufik dan hidayah dan Allah selama-lamanya.

Keimanan seseorang tidak akan sempurna selagi tidak merasai benar- benar cinta kepada Allah dan Rasulnya dan cinta syariatnya dan cintakan perjuangan untuk menegakkan syariatnya, Sabda Rasulullah s.a.w.: (Riwayat Muslim)

"Tiga perkara, sesiapa yang mempunyainya akan terasa kemanisan iman : ia kasih kepada Allah dan Rasulnya melebihi kekasihnya kepada selain dan keduanya, dan ia tidak kasih kepada seseorang melainkan kerana Allah, dan ia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah selamat-kannya seperti mana ia benci bahawa dicampak ke dalam api."

Seperti mana cintakan Allah dan Rasulnya merupakan antara ciri-ciri keimanan seseorang itu, maka demikian juga berjihad untuk menegakkan agamanya adalah juga antara ciri-ciri keimanan, dan al-Quran sering menyertakan iman dengan jihad dalam beberapa ayatnya antara:

Firman Allah: (Surah al-Hujurat, ayat: 15)

" Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka terus percaya dengan tidak ragu-ragu lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar-benar (pengakuan imannya) ".

Keimanan seperti ini telah dibuktikan oleh para sabahat Rodhi Allah hu anhum sehingga Allah memuji mereka dan Firmannya: (Surah al-Ahzab, ayat : 23)

" Di antara orang beriman itu ada orang yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjian itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu sedikit pun)."

Orang yang benar-benar beriman kepada Allah sangat jelas takutnya kepada Allah kerana orang yang kenal Allah dan kebesarannya maka akan menyedari kekurangan dan kecuaiannya terhadap perintah Allah.

Firman Allah: (Surah Fathir, ayat : 23)

" Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah dan kalangan hambanya hanyalah orang yang berilmu."

Dan firmannya lagi: (Surah al-Ahzab, ayat : 39)

" (Nabi-nabi yang telah lalu itu) ialah orang-orang yang menyampaikan syariat Allah, serta mereka takut melanggar perintahnya dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun yang lain dari Allah."

Sebagai tanda keimanan yang paling nyata lahirnya pada seseorang itu ialah berpegang teguh kepada ajaran wahyu Allah dan berpegang teguh kepada ajaran Allah, bermakna ia sentiasa berhubung dengan Allah dan mengambilnya ajaran itu dan Allah,

Firman Allah: (Surah an-Nur, ayat: 51-52)

"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika di ajak kepada kitab Allah dan sunah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan perkara-perkara di antara mereka hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan."

Dan firmannya lagi: (Surah an-Nisa, ayat : 65)

"Maka demi tuhan mu (wahai Mohammad) mereka tidak (disifatkan) beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka. Kemudian mereka tidak pula merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima (keputusan itu) dengan sepenuhnya."

Orang yang benar-benar beriman ternampak betapa erat hubungannya dengan Allah dan dengan sesama orang yang beriman, ia sentiasa sujud, rukuk kepada Allah dan mematuhi apa jua larangannya dan berlemah lembut terhadap sesama orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir.

Firman Allah: (Surah al-Fatihah, ayat: 29)

"Nabi Mohammad pesuruh Allah dan orang yang sama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang kafir (musuh Islam) dan (sebaliknya) bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)."

Antara ciri-ciri keimanan seseorang ialah sentiasa mengerjakan amal soleh dan membersihkan dirinya dari kekotoran dosa, kerana demikian kebanyakan ayat-ayat al-Quran menyertakan perkataan iman dengan amal soleh sebagai menyatakan bahawa amal soleh itu adalah buat bagi iman dan juga sebagai menyatakan bahawa iman yang palsu tidak akan melahirkan buahnya iaitu amal soleh dan akan lahir tanda-tanda kepalsuan iaitu nifak dan riak,

Firman Allah: (Surah al-Ashr, ayat : 1-3)

" Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar."

Iman yang sebenar akan lahirlah peribadi yang mulia dan mempunyai kekuatan. Dan berjaya dalam segala urusan dunia dan akhirat kerana mereka sentiasa mendapat pertolongan dan pertunjuk dan Allah.

Firman Allah: (Surah ,ayat : 51)

"Sesungguhnya kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-Rasul kami dan orang yang beriman, dalam kehidupan dunia dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari khiamat)."

dan firmannya: (Surah Ar-Rum, ayat: 47)

" Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab kami menolong orang yang beriman."

Sekiranya orang-orang beriman menyedari serta yakin akan kenyataan-kenyataan di atas maka akan bertambah lagi imannya kepada Allah dan segala gerak-gerinya mestilah menumpu ke arah mencari keredhaan Allah.

Orang yang benar-benar beriman kepada Allah akan dapat merasai :

1. Bebas dari dikuasai oleh orang lain kerana orang yang beriman hatinya sentiasa bergantung kepada Allah yang maha berkuasa, dia yang menghidupkan dan yang mematikan memberi manfaat dan mudarat, muliakan dan menghinakan.

Firman Allah: (Surah Al-A'raf, ayat:188)

" Katakanlah: aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah dan kalau aku mengetahuinya (perkara-perkara yang azab) tentu aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pesuruh Allah yang memberi amaran (bagi orang yang engkar) dan membawa berita gembira bagi orang yang beriman."

Punca-punca kemunduran seseorang atau sesuatu bangsa ialah apabila ia di kuasai atau di tindas oleh orang lain sama ada dan segi politik atau keagamaan. Maka Islam datang untuk membebaskan manusia dan diperhambakan oleh sesama manusia dan di kongkong pemikiran dan peradapannya.

2. Orang yang beriman kepada Allah merasakan dirinya berani dan kuat dan tidak takut kepada mati malah menjadi cita-cita untuk mati syahid dalam membela agama. Kerana orang yang beriman kepada Allah ia menyakini bahawa Allah yang melanjutkan usia seseorang dan memendeknya. Dan bukan kerana sebab-sebab yang lain,

Firman Allah: (Surah Ah Imran, ayat: 145)

" Dan tiap-tiap makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah iaitu satu ketetapan ajal yang tertentu."

dan Firmannya: (Surah Ali Imran, ayat: 154)

" Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang tidak mereka nyatakan kepada mu, mereka berkata (sesama sendiri) kalaulah ada sedikit bahagian kita dan pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang) kita tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Mohammad): kalau kamu berada di rumah kami sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang telah ditakdirkan oleh Allah akan terbunuh itu di tempat mati masing-masing."

dan Firmannya: (Surah An-Nisa, ayat: 87)

" Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu bila sudah sampai ajal, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh."

3. Orang yang beriman menyakini bahawa rezeki adalah datang dan Allah dan bukan datang dan manusia dan tidak pula bertambah dengan hanya usaha manusia semata-mata.

Firman Allah: (Surah Hud, ayat: 6)

" Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak dibumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediaman dan tempat ia simpan."

dan Firmannya: (Surah Al-Ankabut, ayat: 60)

"Dan ingatlah berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama-sama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada mu dan Dialah yang sangat mendengar lagi mengetahui."

dan Firmannya: (Surah Al-Ankabut, ayat: 63)

" Allah memewahkan rezekinya bagi sesiapa yang di kehendakinya di antara hamba-hambanya dan menyempitkan rezekinya itu baginya."

Apabila orang yang beriman menyedari bahawa rezekinya di tangan Allah maka akan terlepaskan ia dari sifat bakhil, tamak haluba dan sebagainya dan bertukar menjadi pemurah dan suka berkorban dengan harta benda.

4. Tentang hati dan tetap jiwanya.

Firman Allah: (Surah ar-Ra'ad, ayat: 28)

" Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir Allah dan ketahuilah dengan zikir Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."

dan Firmannya: (Surah al-Fatihah, ayat : 4

" Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambali iman dan yakin di samping iman dan keyakinan yang sedia ada."

Apabila hati orang beriman sentiasa tenang maka ia menghadapi ujian Allah dengan tabah, dan tidak berputus asa sekiranya tidak tercapai sesuatu yang dikehendakinya.

5. Orang yang beriman mempunyai kekuatan untuk mengalahkan nafsunya dan godaan syaitan,kerana demikian orang yang benar-benar beriman tidak akan terjebak dengan keduniaan yang kotor dan mereka sentiasa mulia di sisi Allah dan pada pandangan manusia, dan itulah merupakan rahsia mengapa Allah selalu menyertakan iman dengan amal soleh kerana amal soleh itu adalah buah bagi iman.

Firman Allah: (Surah Yunus, ayat 9)

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka sempurna."

dan Firmanya: (Surah al-Hajj, ayat: 54)

"Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus."

dan Firmannya: (Surah At-Taghabun, ayat:11)

"Dan sesiapa beriman kepada Allah maka Allah akan memimpin hatinya."

6. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah maka Allah akan memberi penghidupan yang baik semasa di dunia dan di akhirat. Yang dimaksudkan dengan penghidupan yang baik di dunia termasuklah selamat dan kegelinciran akidah, mendapat pertolongan bila berhadapan dengan musuh-musuh, selamat harta benda rumah tangga, anak isteri dan menghadapi cabaran hidup dengan mudah.

Firman Allah: (Surah an-Nahl, ayat : 97)

"Sesiapa yang beramal soleh dan lelaki dan perempuan sedang ia beriman maka sesungguhnya kami akan menghidupkan dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka akan pahala mereka dengan balasan yang lebih baik dan apa yang telah kerjakan."

dan Firmannya: (Surah al-A'raf, ayat : 96)

"Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa tentulah kami akan membukakan kepada mereka itu pintu pengertian yang melimpah berkatnya dan langit dan bumi."

Perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat

Orang Islam yang melafazkan dua kalimah syahadat mestilah menjaga dan berlakunya perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya kerana orang yang bersyahadat adalah seperti orang yang berwudu'. Selagi ia tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wudu' nya maka selama itulah ia berada dalam keadaan suci, demikianlah orang yang bersyahadat; selagi tidak berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya maka selama itulah ia dalam keadaan mukmin. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat adalah seperti berikut:

1:Bertawakal dan Menyerah Diri Kepada Yang Lain Dari Allah

Firman Allah: (Surah al-Maidah, ayat : 23)

"Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah, jika kamu benar orang yang beriman."

Bertawakal kepada Allah bukan bererti meninggalkan sebarang usaha tetapi yang dimaksudkan ialah bertawakal kepada Allah ialah menyerah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar.

Allah menyuruh kita beramal ibadat tetapi tidak seharusnya berpegang dan percaya kepada amalan semata-mata. Kerana seorang mukmin tidak memasuki syurga dengan amalannya semata-mata tetapi memasuki syurga dengan iman serta janji Allah terhadap orang yang beriman dan beramal.

Allah menyuruh kita berusaha bercucuk tanam tetapi tidak seharusnya kita menaruh kepercayaan sepenuh kepada tanaman yang kita usahai itu tetapi kepercayaan sepenuhnya ialah kepada Allah yang memberi rezeki.

Allah menyuruh orang-orang Islam menyediakan alat kelengkapan senjata untuk berperang melawan musuh tetapi tidak seharusnya menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap alat senjata, tetapi kepercayaan untuk mencapai kemenangan ialah dengan pertolongan Allah,

Firman Allah: (Surah al-Anfal, ayat : 60)

"Sediakanlah untuk menentang musuh-musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dan pasukan berkuda yang lengkap."

dan berfirman: (Surah Al Imran, ayat : 126)

"Dan ingatlah bahawa pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari sisi Allah yang maha kuasa lagi maha bijaksana."

2. Tidak Mahu Mengakui Bahawa Segala Rezeki Adalah Datang Dari Allah

Orang yang sengaja tidak mahu mengakui bahawa rezeki yang diterima itu datang dari Allah adalah bertentangan dengan kalimah syahadat yang diucapnya (la illah ha illah) kerana orang yang melafazkan kalimah itu dengan sendirinya mengakui Allah (Allah sebagai pentadbir dan memberi rezeki).

Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa ramai dan kalangan manusia yang kufur yang kedua itu, Firman Allah: (Surah Ibrahim, ayat: 36)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu untuk menentu bilangannya. Sesungguhnya manusia sangat suka meng-ingkarinya lagi tidak menghargai nikmat Allah."

dan firman: (Surah Lokman, ayat: 20)

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan telah melimpah kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan nikmatnya yang batin dalam pada itu ada antara manusia orang yang membantah dalam perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan kepada pengetahuan atau sebarang petunjuk."

3. Beramal Bukan Untuk Allah

Segala pekerjaan yang dilakukan oleh manusia sama ada ia berupa duniawi atau akhirwi adalah untuk dinilai oleh Allah, dan amal ibadat itu tidak tertentu pada solat, puasa, zakat, haji malah setiap amalan yang dilakukan kerana Allah adalah ibadat,

Firman Allah: (Surah al-An'am, ayat : 162-163)

"Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam dan tidak sekutu baginya."

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa apa bentuk pekerjaan yang dilakukan kerana Allah serta tidak berjangkit dengan ajaran Islam adalah dikira sebagai ibadat maka akan terkeluar dan erti ibadat ialah apa bentuk pekerjaan yang bukan khasatkah kerana Allah walaupun ia berupa ibadat seperti:

- Berkhidmat untuk negara (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk negara)
- Berkhidmat untuk masyarakat (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk masyarakat)
- Ilmu untuk ilmu (yang betulnya ilmu untuk diamal dan amal untuk Allah).

Dan seterusnya apa jua amalan pekerjaan yang memalingkan manusia dan berhadap kepada Allah adalah syirik.

4. Memberi Kuasa Kepada Selain Allah

Untuk menetapkan sesuatu hukum sama ada halal atau haram atau memberi kuasa hakim kepada selain Allah sedangkan ia adalah kepunyaan Allah,

Firman Allah: (Surah al-A'raf, ayat : 54)

"Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan mencipta dan urusan pemerintahan."

dan firmannya:

"Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan."

Firman Allah: (Surah at-Taubah, ayat : 31)

"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah."

Termasuk juga dibawah pengertian memberi kuasa menentukan sesuatu hukum ialah melalui dasar demokrasi berparlimen atau apa jua peraturan-peraturan untuk menentukan sesuatu hukum halal atau haram tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil dan al-Quran dan Hadith.

Umat Islam di arah supaya mengikuti hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya.

Firman Allah: (Surah al-Jatsiyah, ayat 18)

"Pada kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Mohammad) dan utuskan engkau menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama maka turutlah jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui."

5. Memberi Ketaatan Kepada Selain Allah Tanpa Keizinannya

Kerana perkataan " la illah ha illah " memberi erti: tiada tuhan yang di taati melainkan Allah. Ketaatan yang dizinkan oleh Allah ialah mentaati Rasulnya.

Firman Allah (Surah An-Nisa, ayat 80)

"Sesiapa yang taat kepada Rasulallah maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah."

Dan mentaati pemerintah, Firman Allah: (Surah An-Nisa, ayat 59)

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALlah dan taatlah kamu kepada RasullAllah dan juga kepada ullul amri (pemimpin)."

Walau bagaimanapun, mentaati pemimpin di syaratkan ia terlebih dahulu mentaati Allah, menyerahkan segala urusan kepada Allah dan Rasulnya dan ketaatan kepadanya adalah di dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syara'. Adapun perkara-perkara yang dilarang oleh syara' maka tidak harus di taati seperti tersebut di dalam hadith, baginda bersabda: (Riwayat Ahmad)

"Tidak harus mentaati makhluk dalam melakukan kemaksiatan terhadap Alkhalid (Allah)."

Firman Allah: (Surah al-An'am, ayat 116)

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah."

Dan firman: (Surah al-Syu'ara, ayat : 151)

"Dan janganlah mentaati perintah-perintah orang yang melampaui batas-batas iaitu orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat."

6. Berhukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah dan Rasulnya

Antara perkara yang membatalkan syahadat ialah berhukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah dalam perkara yang telah di naskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulnya,

Firman Allah: (Surah al-Maidah, ayat : 44)

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir."

Dan firman: (Surah an-Nisa, ayat : 60)

"Maka demi tuhanmu (wahai Mohammad) mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian pula yang merasa di dalam hati mereka satu keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima hukuman itu dengan sepenuhnya."

Dan Firmannya: (Surah An-Nisa, ayat : 60)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum RasulAllah nescaya engkau lihat orang munafik itu berpaling serta menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh daripada menghampiri mu."

Dan firmannya: (Surah An-Nur, ayat 47)

"Dan apabila diajak mereka kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka maka dengan serta merta sepuak dari mereka yang berpaling engkar."

7. Benci Kepada Islam atau Sebahagian Dari Ajarannya

Firman Allah: (Surah Mohammad, ayat 8-9)

"Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah mensia-siakan amalan mereka kerana sesungguhanya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syara' yang diterangkan di dalam al-Quran."

8. Mengutamakan Kepentingan Dunia dan Kepentingan Akhirat

Firman Allah: (Surah Ibrahim, ayat : 2)

"Dan kecelakaan besarlah bagi orang yang kafir ingkar terhadap al-Quran dan azab yang amat berat yang akan menimpa mereka di akhirat kelak iaitulah orang yang mengutamakan dunia lebih dan akhirat."

Firman Allah: (Surah At-Taubah, ayat 27)

"Katakanlah (wahai Mohammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dari perniagaan yang kamu bimbing merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab siksanya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik."

9. Mempersendakan Kita-Kitab Suci Al-Quran dan Sunnah Rasulnya

Firman Allah:

"Patutkah nama Allah dan ayatnya serta Rasul-Nya kami memperolok-olokan dan mengejek-ngejeknya"

Perbuatan mempersenda-sendakan ayat al-Quran atau syiar-syiarnya boleh membatalkan syahadat.

10. Menghalalkan Sesuatu Yang Diharamkan Oleh Allah atau sebaliknya

Firman Allah: (Surah an-Ha, ayat: 105)

"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat Allah dan mereka ialah orang yang bertabiat berdusta."

dan firmannya: (Surah an-Ha, ayat: 117)

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh Iidah kamu, ini halal dan ini haram untuk membuat kata-kata yang dusta berhadap Allah, sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."

11. Tidak Beriman Dengan Nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w.

Firman Allah Taala: (Surah al-Baqarah, ayat : 85)

"Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian dari isi kitab tuhan dan mengikari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari khiamat akan di tolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat."

12. Berkasih Mesra Dengan Orang Kafir dan Munafik dan Di Samping Bermusuh Sesama Orang Beriman

Firman Allah: (Surah al-Maidah, ayat : 51)

" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat; kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain dan sesiapa yang menjadikan mereka teman rapatnya di antara kamu maka sesungguhnya ia adalah dan gulongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

dan firmannya: (Surah an-Nisa, ayat : 138)

"Sampaikan khabar berita baik kepada orang-orang munafik : bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya iaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman."

dan firmannya: (Surah al-Maidah, ayat : 57)

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan dan orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong dan bertakwalah kamu kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman."

13. Tidak Bersopan Terhadap Rasulallah s.a.w.

Firmannya: (Surah al- Hujurat, ayat : 2)

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakapan Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan suara kepadanya. Sebagaimana setengah kami menyaringkan suaranya semasa menghadapkan cakap kepada setengahnya yang lain (larangan demikian supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya."

dan Firman Allah: (Surah al-An'am, ayat : 112)

"Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan, manusia dan jin. Sebahagian dari mereka membisikan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunan untuk memperdaya (pendengarnya) dan jika tuhanmu menghendaki tentulah mereka tidak melakukan, oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka adakan (dan perbuatan yang kufur dan dusta itu)."

14. Hati Merasai Jemu dan Benci Bila Diperkatakan: Allah Yang Maha Esa Alam Adalah Sebagai Bukti Keesaan Allah.

Firman Allah: (Surah az-Zumar, ayat : 45)

"Dan (antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik) apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa atau sebagainya) geli gemanlah serta liar hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja selain dari Allah mereka dengan serta merta riang dan gembira."

15. Mendakwa Bahawa Al-Quran Mempunyai Makna Yang Batin Menyalahi Makna Yang Zahir dan Mendakwa Bahawa Setengah Manusia Memahami Makna Yang Batin Melalui ILham

Firman Allah: (Surah Yusuf, ayat : 2)

"Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa Arab supaya kami (menggunakan) akal kamu memahaminya."

Firman Allah: (Surah ar-Ra'ad, ayat : 37)

"Dan demikian kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya jika engkau wahai Mohammad menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan tentang kebenaran maka tiadalah engkau beroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepada mu dari perkara-perkara yang tidak diingini."

16. Tidak Mempunyai Ma'rifat Tentang Allah Akan Ma'rifat Yang Sebenar Dengan Mengingkari Sebahagian Dan Sifat-SifatNya

Firman Allah: (Surah al-A'raf, ayat : 18)

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik yang mulia oleh itu maka serukanlah dan berdoalah kepadanya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam menggunakan nama-namanya mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."

dan firmanya: (Surah Tha Ha, ayat: :kool:

"Katakanlah wahai Mohammad serulah nama Allah atau nama Ar Rahman yang mana sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu kerana Allah mempunyai nama-nama yang baik serta mulia."

17. Mempercayai Bahawa Kuasa-kuasa Selain Allah Boleh Memberi Kesan Kemudaratan atau Kemanfaatan seperti:

1. Kekuatan api boleh membakarkan dengan sendirinya
2. Kekuatan nasi boleh mengenyangkan dengan sendirinya
3. Iblis dan jin boleh mendatangkan kemudaratan dengan sendirinya
4. Kalau tidak kerana doktor itu, maka saya akan jadi begini atau begitu
5. Kalau tidak kerana ubat itu maka saya sudah mati dan lain-lain lagi.
Anjung Siber
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 151
Joined: Sun Feb 08, 2004 2:51 am

Return to Rujukan & Artikel Pilihan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest