QURAN DAN SAINS

Untuk apa-apa bicara berkaitan Al-Qur'an & Hadith.
Pengendali :: nahzaluz, z@yed

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Fri Jul 17, 2009 11:25 am

Image
Image
Image
Last edited by ABU SIRR on Sat Sep 18, 2010 10:40 am, edited 2 times in total.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Fri Jul 17, 2009 2:57 pm

Image
Secret Bilderberg Agenda 2008 leaked...

ImageImage

Program Bilderberg ini adalah untuk menanam microchip dalam anggota tubuh badan setiap rakyat Amerika atas alasan untuk memerangi kumpulan pengganas. Teknologi ini memang canggih di mana pihak berkuasa Amerika dapat mengakses maklumat penting dengan pantas hanya menyentuh hujung jari manusia pada alat pengesan berkomputer.

The Baja Beach Club di Barcelona dan klub malam lainnya di seluruh dunia sudah menawarkan implantable microchip untuk pelanggan yang ingin membayar minuman dengan menggunakan gelombang tangan dan juga mendapatkan akses ke VIP lounge. Juga membantu pihak Hospital yang merawat pesakit dalam keadaan darurat kerana teknologi mikrochip ini akan segera menyediakan akses yang terperinci berkenaan kesehatan pesakit.
Last edited by ABU SIRR on Sun Aug 15, 2010 9:36 pm, edited 1 time in total.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Fri Jul 17, 2009 8:06 pm

Image
Nano Robot Dan Projek L.U.C.I.D

Bagi menguasai pemikiran manusia pada jarak jauh, Dajjal melalui agen-agennya telah memperkenalkan sejenis robot paling kecil di dunia yang diberi nama Nano Robot. Saiz robot ini bukanlah sebesar kotak rokok tetapi lebih kecil daripada bakteria. Anda kurang percaya?

Image

Sebelum membangunnya teknologi nano robot, suatu pra-teknologi untuk nano robot telah pun dihasilkan iaitu Nano Transistor. Teknologi nano transistor mula dibangunkan oleh pakar-pakar saintis dari Korea yang mana telah berjaya menukar mitos sains fiksyen ke dalam dunia sains teknologi sebenarnya. Tidak lama kemudian, saiz robot telah berjaya dikecilkan lagi dari bentuk transistor kepada bentuk sel nano.

Menurut Dr. Eric Drexton, “… nanomachines, or biological robots, injected in human bodies, can be programmed to recognize and kill cells,” . Ini bermakna secara tidak langsung ia boleh mengikut saliran darah ke otak dan membentuk suatu arahan dalaman kepada otak seseorang mengikut fail-fail yang di muat naik (upload) ke dalam robot tersebut.

Kenyataan Dr. Eric disokong oleh pakar elektronik dari Hewlett Packard Corp. iaitu Phil Kuekes. Beliau mengatakan, “Intelligent nano-scale devices will, in a few years, be injected into the human body,”. Sekarang nyatalah kawalan ke atas masyarakat tidak hanya melalui dasar-dasar kerajaan dan undang-undang tetapi juga melalui kawalan pemikiran yang siap dirancang.

Image

ARTIKEL LANJUT >>> http://dajjal.wordpress.com/2008/02/15/nano-robot-dan-projek-lucid/
Last edited by ABU SIRR on Sun Aug 15, 2010 9:35 pm, edited 1 time in total.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Sun Jul 19, 2009 10:59 pm

Image

ZON SELESA @ SELAMAT

Masa depan yang berkaitan future phenomenon adalah amat kompleks. Ini kerana perbagai prediction atau ramalan sudah terjadi dan seolah-olah kita dapat meramal apa yang akan berlaku seterusnya. Tapi sebenarnya, manusia tak mungkin dapat meramal keadah sains, teknologi dan perangai manusia untuk masa depan. Manusia hanya dapat meramal tentang kejadian atau event-event yang mungkin akan berlaku sahaja.

Jika sekarang kita melihat teknologi sudah terlampau maju, tapi pernahkah kita berfikir masih ada teknologi yang jauh lebih maju dari ini dan kemajuan kita ini sebenarnya teknologi kuno.

Kedengaran seperti fantasi tapi itulah hakikatnya. Kemajuan yang kita kecapi kini hanya menjurus pada kemajuan material semata-mata. Kemajuan spiritual langsung tidak di endahkan. Dek kerana itu alam dan manusia sering tidak sejalan. Maka, berlakulah bencana di sana sini dek kerana ketidakselarasan ini. Ini semua adalah izin NYA.

Maka, itu mengecapi keselarasan itu, kita harus keluar dari zon selesa @ selamat kita dan berani untuk menongkah arus kerana di ’sana’, terdapat satu lagi zon selesa @ selamat yang lebih maju, lebih selamat dan lebih segalanya.

Ini dapat kita lihat dari petikan ramalan dan hadis-hadis nabi. Antaranya petikan kata Nostrodamos:-

“Akan wujud bandar-bandar di langit”

“Akan wujud manusia seakan malaikat bersayap”


Jika di perhatikan dari hadis pula, sudah pastinya kita pernah mendengar bahawa masa depan, di zon selamat yang lain itu, ketamadunannya amat selamat sehinggakan harimau dan kambing pun berkawan baik, harta berlimpah ruah dan segalanya.

Inilah zon selamat baru yang sudah pun di sediakan di masa depan. Akan tetapi, kini terdapat ramai yang masih mahu tetap tinggal di zon selamat yang sudah ketinggalan zaman ini. Ya, terdapat masih ramai yang mempertahankan zon selamat lama ini dan seringkali mengagalkan mereka yang mahu keluar dari zon ini ke zon yang baru.

Biarpun begitu, seribu usaha mereka, masa tetap akan membuktikan zon selamat yang baru itu wujud. Yang kini, samada mempercayai dan mahu keluar atau tidak sahaja dari zon selesa @ selamat yang sudah pun tidak selamat ini. WALLAHUALAM

DISUNTING DARI BEBERAPA SUMBER YANG TEMAN SENDIRI, UDAH LUPA ASAL NYER, MAAF !!!
Last edited by ABU SIRR on Tue Dec 01, 2009 7:12 pm, edited 1 time in total.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby Tok Syam on Wed Jul 22, 2009 3:45 am

Kepada ahli sain yang telah maju dalam pelbagai kajian dan penemuan serta telah mencipta
banyak perkara,...bagi mereka hal ghaib adalah suatu yang wujud dan boleh ditadbir melalui
kaedah2 tertentu.

Bagi umat Islam yg.tidak memikirkan,..hal ghaib adalah suatu yg.tak dapat diketahui dan tiada
ilmu yg.dapat mencapainya.Itulah keterbatasan umat Islam yg.sebenarnya telah disekat dari
awal lagi untuk menerokai ilmuan tersebut.

Namun tidaklah menjadikan umat Islam itu duduk dalam keadaan tidak selamat sekiranya ia
tau mengambil jalan pintas untuk memperolehi teknologi secara kurnia dari pemilik teknologi
sebenar tanpa mengkaji dan mencipta.

Kaedah inilah yg.tidak dimileki oleh musuh2 Allah dan sangat ditakuti oleh musuh2 Allah.
Orang2 yg.mencapai ilmu kerohanian melalui jalan pembersihan diri kepada Allah akan
sentiada dipantau oleh agen2 perisik yg.terdiri dari jin dan syithan.

Telah terbukti kemampuan kuasa kerohanian pada diri yg.suci itu.Kuasa yg.dapat menentang
segala kuasa ciptaan yg.diusahakan manusia yang menentang Allah.

Tanpa alat manusia boleh berhubung satu sama lain.Boleh mencederakan musuh tanpa senjata
dan pelbagai keajaiban terdapat pada teknologi yg.dianugerahkan Allah.

Maka...untuk mencapai teknologi langsung dari Allah tanpa membuang banyak masa dan perbelanjaan
harta benda dunia,...Allah telah mengajar umat Islam melalui amalan.Namun itu pun tidak
di indahkan oleh umat Islam.Mereka beramal hanya untuk selamat dalam kubur sahaja.
Berusaha dunia pula dijadikan matlamat utama.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: QURAN DAN SAINS

Postby WARIS on Wed Jul 22, 2009 7:46 am

Mati juga telah dinyatakan bahawa tiada ubat...
Terbukti skrg...bukan?
..itu ertinya quran telah mendahului sains...pak
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Thu Jul 23, 2009 1:17 pm

Image
ULANG TAYANG

Image

George W.Bush Kelu Lidah Lepas Kutuk Al-Quran

Mungkin sudah ramai yang pernah tengok video Bush gagap ketika memberi ucapan. Tapi tahukah anda yang dia kelu lidah kerana sebenarnya dia sedang mengutuk Al-Quran dan mengaitkan Quran dan Islam dengan pengganas.Dalam video ini, ketika dia sedang memberi ucapan, tiba-tiba lidahnya terkelu dan tidak dapat mengucapkan apa-apa selain “I’m a” berulang kali. Para wartawan yang melihat hanya terpaku sahaja. Sila lihat video ini.

http://creativeandjokes.multiply.com/video/item/74

Inilah petunjuk kepada kekuasaan ALLAH. Jangan kita sekali-kali mempertikaikannya. Jangan ler kiter cuba nak tiru serta buat-buat BIUT. Di dunia lagi ALLAH udah tunjuk bahana nyer...Subhannallah. Marilah kita berdoa agar kiter diberi petunjuk olehNya.

Image

Padan muka Bush. Kan dah malu. Dah la dekat Iraq pun wartawan baling kasut kat dia. Hahaha.
Last edited by ABU SIRR on Sun Aug 15, 2010 9:34 pm, edited 1 time in total.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby WARIS on Thu Sep 17, 2009 2:02 pm

Manusia di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Manusia di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah
Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Manusia di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya
Yang benar benar sibuk
Untuk mengubah sikapnya
Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Mon Nov 02, 2009 11:07 pm

Image

Misi NASA untuk mengebom Bulan

Image

Misi LCROSS mereka berlepas dari Cape Canaveral, Florida, membawa sebuah rudal yang akan meletupkan sebuah lubang di permukaan bulan pada dua kali kelajuan peluru.

Rudal, roket centaurus, akan dikendalikan oleh sebuah penggembalaan pesawat ruang angkasa yang akan memandu ke arah sasaran di sebuah kawah di kutub selatan Bulan.

Tahun lalu, saintis Inggeris mengenalpasti kawasan-kawasan di mana air boleh ditemui di Bulan dan menganggarkan bahawa mungkin ada cukup bekalan air mentah untuk mengisi salah satu takungan air terbesar di Eropah.

Pesawat tidak akan langsung menuju ke Bulan. Pertama, ia akan mengorbit Bumi beberapa kali sementara sasaran tepat dikenalpasti. Akhirnya, ia akan menghantar rudal ke Bulan pada dua kali kecepatan peluru pada 8 Oktober.

Misi LCROSS itu singkatan dari Lunar Crater Observation dan Sensing Satellite akan dilancarkan pada roket Atlas V bersama-sama dengan pesawat ruangan angkasa lain, yang disebut Lunar Reconnaissance Orbiter.

Lingkaran akan mengorbit Bulan untuk setidaknya satu tahun untuk mencari tempat pendaratan yang berpotensi untuk astronaut ketika saat mereka kembali di sana dalam dekad selepasnya. Juga akan mencari bahan-bahan yang sesuai yang boleh menyokong sebuah tanah jajahan baru.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby WARIS on Wed Dec 02, 2009 8:39 am

Hubungan sains dan Islam telah nyata sejak manusia di cipta...
Cedukan barat dari Tamadun Islam dan apa yg dia orang gelar "kaedah saintifik" dibarat, adalah sebenarnya "kaedah Islam."...
Cthnya terjemahan saintifik al-Quran sebahagiannya adalah melalui Sunnah...
Sumber-sumber melalui sunnah ini telah membuat kenyataan terus mengenai sifat alam, pengembangan biologi dan fenomena lain kemudiannya disahkan oleh kajian sains...

Hanya Umat Islam sering leka walaupun sering memetik ayat 239 dari Surah Al-Baqarah —- Dia yang mengajarmu apa yang kamu tidak ketahui. Ummat Islam leka bahawa al-Quran mempromosikan kemilikan ilmu baru kepada ummatnya.

gitulah ceritanya...
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Re: QURAN DAN SAINS

Postby Tok Syam on Wed Feb 24, 2010 11:36 pm

salam...
misi mengebom bulan tu bukan pasal nak dapatkan air,...tapi
nak mengesahkan mukjizat nabi Muhammad saw.yg.dikatakan
telah membelah dua bulan tu.

Telah disahkan oleh kajian mereka,..tentang terdapatnya kesan terbelah
pada planet bulan.Maka tujuannya untuk letupkan ialah memisahkan
cantuman bagi membuktikan bulan tu pernah terbelah dua.

Agaknya laaa.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Wed Aug 25, 2010 9:59 pm

Image
ABU SIRR wrote:
Ramai sunggoh yg.bersemangat berkobar-kobar melaungkan "TAJDID" Islam. :kenyit:

Wacana Pemikiran Islam : "Perubahan Minda Masyarakat Islam : Ke Mana Arah Tuju". Universiti Utara Malaysia 16 Rabi'ul Akhir 1431H/1 April 2010. Ahli Panel Dr Mohd Asri & Us Uthman Muhammady. Moderator Prof Madya Dr Shukri.

KLIK SINI >>> http://www.youtube.com/watch?v=xBD0CEw0LVY

Perhatikan antara komen2 yg.disuarakan di bawah pd.setiap siri dailog tsb;


amila2910
2 months ago ustaz ini memang hebat dalam konsep falsafah tapi dia sendiri yang terkurung dalam sangkar tak boleh membawa kepada sosilogi agama lain. seperti ada sesuatu yang cuba dilindungkan

amila2910 2 months ago mdshk52
2 months ago @ikahuggies wahab...

mdshk52 2 months ago ikahuggies
3 months ago Dr asri lebih benar....mantap, pintar, kelas, ber Nas, simple, ringkas dan lebih dekat dengan masyarakat

ikahuggies 3 months ago khirul2006
3 months ago HUJJAH Dr.Asri lebih jelas, mantap dan mudah difahami.

khirul2006 3 months ago doubleZ2007
3 months ago tak faham saya hujah ustaz ni..


**************************************

rabundekat
1 week ago @mddi6381

cari lah buku2 pasal pertembungan golongan muda dan tua.

rabundekat 1 week ago yellowfile1
4 weeks ago terpengaruh kepada kebenaran kan bagussss.?????

yellowfile1 4 weeks ago ajohor
1 month ago ini contoh dia....di akhir zaman...ulamak pembodek kerajaan sejahat-jahat mahluk di muka bumi....

ajohor 1 month ago mddi6381
1 month ago ust ni pandai politiklah hahahha

dengar baik2 pada permulaan slot ni

"kelantan tak berkembang fikirannya dihentam oleh ulama terdahulu ... tempat lain berkembang..... "

mddi6381 1 month ago 0502nurul
1 month ago apa maksud ust ni kat masa 2:58 walhal balik pada quran dan sunnah tu mustahil... tak jelaslah hujah dia

0502nurul 1 month ago zamirnoor89
2 months ago lwk ape nk die buat xphm btol...fakta ka auta??


ABU SIRR wrote:Tragedi Pemikiran Melayu

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Sat Mar 12, 2011 5:37 pm

Image
Tok Syam wrote:Kepada ahli sain yang telah maju dalam pelbagai kajian dan penemuan serta telah mencipta
banyak perkara,...bagi mereka hal ghaib adalah suatu yang wujud dan boleh ditadbir melalui
kaedah2 tertentu.

Bagi umat Islam yg.tidak memikirkan,..hal ghaib adalah suatu yg.tak dapat diketahui dan tiada
ilmu yg.dapat mencapainya.Itulah keterbatasan umat Islam yg.sebenarnya telah disekat dari
awal lagi untuk menerokai ilmuan tersebut.

Namun tidaklah menjadikan umat Islam itu duduk dalam keadaan tidak selamat sekiranya ia
tau mengambil jalan pintas untuk memperolehi teknologi secara kurnia dari pemilik teknologi
sebenar tanpa mengkaji dan mencipta.

Kaedah inilah yg.tidak dimileki oleh musuh2 Allah dan sangat ditakuti oleh musuh2 Allah.
Orang2 yg.mencapai ilmu kerohanian melalui jalan pembersihan diri kepada Allah akan
sentiada dipantau oleh agen2 perisik yg.terdiri dari jin dan syithan.

Telah terbukti kemampuan kuasa kerohanian pada diri yg.suci itu.Kuasa yg.dapat menentang
segala kuasa ciptaan yg.diusahakan manusia yang menentang Allah.

Tanpa alat manusia boleh berhubung satu sama lain.Boleh mencederakan musuh tanpa senjata
dan pelbagai keajaiban terdapat pada teknologi yg.dianugerahkan Allah.

Maka...untuk mencapai teknologi langsung dari Allah tanpa membuang banyak masa dan perbelanjaan
harta benda dunia
,...Allah telah mengajar umat Islam melalui amalan.Namun itu pun tidak
di indahkan oleh umat Islam.Mereka beramal hanya untuk selamat dalam kubur sahaja.
Berusaha dunia pula dijadikan matlamat utama.


TAFZIK = TAFAKUR + ZIKIR

ABU SIRR wrote:Allah berfirman dalam Al Qur’an yang maksudnya :

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda(Kebesaran Allah) bagi kalangan Ulul Albab. Iaitu mereka yang hatinya selalu bersama Allah di waktu berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia,Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari azab neraka. (QS Al Imron 190-191)


Image Image
Salinan Halaman Pertama Hikayat Raja Pasai

ABU SIRR wrote:Tragedi Pemikiran Melayu

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.


Ringkasan Sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh
Image


"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexender The Great!" - Ahli Sejarah Byzantine.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan." (Hadis riwayat Ahmad bin Hambal)

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai tujuh bahasa (bahasa Turki, Greek, Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).

Ketika Muhammad lahir, datanglah seorang ulama besar Islam ke istana Sultan dan berkata kepada Sultan Murad, bahawa bukan baginda yang akan menguasai Konstantinople tetapi anaknya yang ketika itu sedang berada dalam buaian itu.

Ulama itu bernama Syeikh Syamsuddin Al Wali dari Khurasan (sekarang Uzbekistan). Beliau adalah seorang syeikh tarekat Naqsyabandiyah. Sultan Murad sangat yakin dengan ilham Syeikh Syamsuddin Al Wali sehingga baginda menyerahkan putera mahkota yang masih kecil kepada Syeikh Syamsuddin untuk dididik.

Beliau mengajar Muhammad Al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

Semenjak kecil, Syeikh Syamsuddin Al Wali berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Kostantinopel berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Syamsuddin Al Wali bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Kostantinope, demi merealisasikan hadis Rasulullah SAW berkenaan.

Sultan Muhammad Al-Fateh sangat menyayangi Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul,

"...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy- Syeikh Syamsuddin Al Wali."

Al Fateh telah melakukan persiapan luar biasa untuk mencapai kemenangan itu. Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Kostantinopel. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan.

Sejarawan Islam, Ismail Hami Danshbund, yang hidup sezaman dengan Sultan Muhammad Al Fateh mencatatkan, sejak menaiki singgasananya Sultan sanggup berjaga setiap malam guna mempelajari peta dan keadaan Kota Konstantinopel bagi mencari strategik yang terbaik untuk penyerangan. Sultan mempelajari lokasi-lokasi mana yang sesuai untuk pertahanan dan mencuba mencari titik-titik kelemahan pihak musuh.

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Kostantinopel setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Peperangan yang maha hebat itu telah memakan masa selama 54 hari.

Image
The Great Bombard yang terdapat di Royal Armouries Fort Nelson
Image
Peluru-peluru raksasa Great Bombard yang beratnya mencapai 1600 Kilogram!
Image

Tentara Kaum Muslimin adalah salah satu pasukan yang paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Bukan hanya dikenal dengan keberaniannya, tetapi juga dikenal dengan strategi perangnya, dan inovasi persenjataan. Misalnya penemuan Bubuk Mesiu (Gun Powder) pada abad ke-12 oleh para ilmuwan Islam. Dan tentu saja yang membuat bangsa Eropa terpukau adalah, kewajiban sholat yang masih dijalankan oleh pasukan kaum muslimin disaat jeda antara peperangan.

Selain penemuan teknologi-teknologi militer lainnya, salah satunya yang termasyur adalah Meriam Raksasa dari zaman Turki Ustmani, atau lebih dikenal dengan sebutan The Great Bombard. Ini adalah teknologi artileri paling maju dan paling kuat saat itu.
FOTO dari>>> http://berita-harian-online.com/meriam- ... -al-fateh/
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Mon Mar 14, 2011 11:03 pm

Image

Teman gabungkan link2 tajuk yg.sama/berkaitan di sini;

1. ISLAM DAN SAINS viewtopic.php?f=3&t=8489

2. Keajaban Al-Quran viewtopic.php?f=3&t=5063

3. AL-Qur'an dan Sains viewtopic.php?f=3&t=2094

4. Quran and Science viewtopic.php?f=3&t=2009

5. Keajaiban Al-quran Dari Segi Sains?? viewtopic.php?f=3&t=9663
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Sun Mar 20, 2011 12:39 am

Image
Perkembangan Ilmu Pengetahuan: Ke Arah Menolak Cengkaman Sekularisme
Dr.Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari

Ringkasan Artikel;

Perkembangan Ilmu Sains: Dari Timur Ke Barat

- agama Islam menyeru ke arah kesepaduan ilmu dengan tidak membezakan antara ilmu keagamaan dan keduniaan melainkan dalam bentuk peringkat-peringkat keutamaan semata-mata. Oleh kerana itu, cabang ilmu duniawi seperti ilmu Matematik, ilmu Sains, ilmu Astronomi, dan sebagainya merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh sesetengah individu dalam kalangan umat Islam.

- Dalam tradisi Islam, setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh manusia akhirnya membawa mereka kepada ma’rifatullah (mengenal Allah s.w.t.)

Perkembangan Ilmu Pengetahuan di Zaman Moden

- orang-orang Yahudilah yang menjadi dalang bagi merosakkan sesebuah tamadun manusia. Mereka telahpun berjaya menjatuhkan peranan dan pengaruh gereja Kristian dalam tamadun Barat. Kini, setelah kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki, tamadun Barat menjadi sumber rujukan utama bagi ilmu pengetahuan. Padahal, ilmu pengetahuan yang mereka kembangkan adalah milik umat Islam suatu ketika dahulu.

- Disebalik berlakunya pertembungan ilmu pengetahuan dengan agama, di dunia Barat, berlakunya proses sekularisasi secara tidak langsung. Ianya bukanlah suatu yang kebetulan, tetapi sebaliknya telahpun dirancang oleh golongan Yahudi. (Dr. Abdul Rahman: 34)

Kebangkitan Umat Islam dalam Menghadapi Ancaman Sekularisme

- Ada juga dari kalangan ilmuan Islam menyeru ke arah agenda Islamisasi Ilmu Pengetahuan, samada ianya versi Dr. Syed Muhammad An-Naquib Al-Attas (dan ISTAC) mahupun versi Dr. Ismail Raji Al-Faruqi.

Dalam lapangan yang lain, ilmu tafsir ilmi (tafsir secara saintifik) muncul secara pesat yang dipopularkan oleh Dr. Zaghlul (dari Mesir), Dr. Zakir Naik dalam dakwah-dakwahnya, serta ahli falsafah Islam terkini, Adnan Octar atau Harun Yahya.

- Namun, sejauh mana keberkesanan kebangkitan umat Islam dalam menghadapi ancaman Sekularisme ini, sedangkan fahaman Sekularisme itu sendiri sudah mendasari metodologi pembelajaran dalam universiti-universiti? Bermula dengan agenda pemansuhan sistem talaqqi bersanad, sehinggalah kelemahan bidang tarbiah ruhiyyah (penyucian jiwa) dalam kampus-kampus moden ini, maka usaha untuk melawan arus Sekularisme memang suatu yang sukar dilaksanakan kerana tradisi pembelajaran Islam sudah semakin dipinggirkan.

- Bahkan, antara agenda buruk Barat adalah dengan menggalakkan mereka yang tidak mempunyai keahlian dan ilmu yang mendalam dalam bidang agama untuk bercakap tentang agama. Ini suatu gejala yang sangat merosakkan umat Islam itu sendiri. Ini natijah daripada terpinggirnya tradisi proses pembelajaran secara bertalaqqi dan bersanad. Akhirnya, semua orang berkata apa sahaja yang ingin dikatakannya.

Artikel Penuh>> http://mukhlis101.blogspot.com/2009/01/perkembangan-ilmu-pengetahuan-ke-arah.html
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Wed Jun 08, 2011 1:32 am

Image
Kebenaran Al Quran tidak bergantung kepada fakta sains. Sebenarnya segala fakta sains dan kaedah saintifik perlu kepada AL Quran. Para saintis islam terulung seperti Al Biruni, Ibn Al Haitham dan ramai lagi telah menjadikan Al Quran sebagai bahan rujukan yang mutlak.

Al Quran mengesa manusia berfikir tentang kejadian alam dan kejadian diri mereka sendiri.

Al Quran sentiasa mengesa manusia memerhati dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi, kejadian siang dan malam, kejadian angin, awan guruh dan petir.

Al Quran juga mahu manusia berfikir tentang kejadian haiwan ,begitu juga tumbuh tumbuhan , bagaimana aliran sungai dan lautan terbentuk.

Al Quran juga mahu manusia mencari jawapan tentang kewujudan manusia dan keajaiban tentang keujudan makhluk di muka bumi ini.

Al Quran bukan kitab saintifik. Al Quran adalah kitab di mana di dalamnya terkandung segala hukum, hidayah dan iradah ALLAH SWT untuk hambaNYA di dunia dan di akhirat .di langit dan di bumi.

Kajian sains sebenar patut disekalikan dengan ilmu tauhid supaya menepati kaedah "Ulil Albab".

Kajian sains juga mampu membuktikan akan kebenaran betapa besarnya mukjizat yang terkandung di dalam Al Quran.

Hasil kajian saintifik terhadap kejadian alam ciptaan ALLAH SWT ini juga sepatutnya akan membolehkankan para saintis mengakui hakikat......

"Maha suci Engkau wahai Tuhanku, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia sia. Justru itu lindungilah aku dari api nerakaMU."
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby ABU SIRR on Wed Jun 08, 2011 1:41 am

Saintis islam seharusnya tidak mengasingkan antara ilmu dan islam,tidak juga memisahkan antara iman dan sains.

Sepatutnya kedua dua ilmu iaitu sains dan tauhid dikaji dan dipelajari dalam kaedah yang sama ,disepadukan dan saling dikaitkan dan tidak dipisahkan dari Al Quran dan sunnah Rasulullah saw dan bukan mencari panduan dari saintis barat dan hasil kajian mereka semata2.

Keharmonian hukum alam adalah simbol kepatuhan dan ketaatan alam terhadap perintah ALLAH SWT. Seluruh jisim langit dan bumi ,seluruh jisim seni seperti elektron yang mengelilingi neukleus ,seluruh cakerawala sentiasa bergerak dengan penuh sistematik setiap masa dengan penuh taat dan patuh tanpa pernah ingkar akan suruhan ALLAH SWT kerana itu alam pada pengertian maknawi adalah muslim.

Islam adalah agama ilmu dan ilmu sains sepatutnya dikaji dalam satu kaedah yang sama oleh pencari ilmu agar kesepaduan ilmu itu adalah untuk mencari dan meyakini akan keagongan dan keesaan serta kekuasaan ALLAH SWT.

Kejadian alam ini bukan secara kebetulan tetapi melalui iradah dan perancangan dari ALLAH SWT.

Kajian sains sepatutnya perlu diselarikan dan dirujuk dari Kitab Al Quran.Hasil kajian saintifik seseorang saintis islam itu seharusnya mampu menjadikan mereka golongan yang lebih bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Kajian sains dalam islam sepatutnya membawa maksud "mengkaji keindahan hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT terhadap alam ini demi untuk meyakini keagongan dan kekuasaan ALLAH SWT sebagai pencipta alam ini."

WALLAHU'ALAM. :matabulat:
SINGKATNYA HIDUP INI.
Image
User avatar
ABU SIRR
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Wed Mar 20, 2002 8:00 am
Location: ATAIH BUMI BAWOH LANGIT

Re: QURAN DAN SAINS

Postby Tok Syam on Wed Jun 08, 2011 4:16 am

Mujur lah ada you tube yg.menyebarkan kebenaran.Sekarang ramai juga posting2
di you tube yg.dapat memberi pengajaran tentang kebesaran Allah dalam sain.

Hai..macamana lah agaknya nak ubah sistem pembelajaran yg.ada sekarang
agar dapat melahirkan umat islam yg.cerdik pandai lagi beriman.
Tok Syam
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1476
Joined: Tue Mar 25, 2003 8:00 am
Location: Negara Kayangan

Previous

Return to Bicara Al-Qur'an & Hadith

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests