Nak beli tafsir al quran..

Untuk apa-apa bicara berkaitan Al-Qur'an & Hadith.
Pengendali :: nahzaluz, z@yed

Postby HeaLogiX on Fri Mar 01, 2002 4:29 am

As'salamu'alaikum Warahmatullah'i Wabarakat'uh,

Saya berminat nak beli tafsir al quran. Antara yg utama sekali tafsir Al Azhar karangan prof Hamka, berkulit keras berwarna hijau (RM 250 satu set). Adakah tafsir ini cukup berbaloi dengan harganya. Adakah penjelasan surah didalamnya cukup lengkap ?

Tujuan ana membeli tafsir ni untuk membuat pemahaman tafsir bagi sesetengah ayat yg sukar difahami.

Kalau saudara/i ada cadangan tafsir lain, review-kanlah sikit ntok ana. Antara pentafsir yg ana minat yelah Abdullah Yusuf Ali tapi tak tahu dimana & berapa harganya,


wassalam
HeaLogiX
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Mon Dec 17, 2001 8:00 am
Location: ampang

Postby z7 on Fri Mar 01, 2002 5:21 am

Wa3alaikumsalam,

akhie, nak ana kata berbaloi ke idak ntah ler. Tapi suka untuk ana berikan sedikit pandangan ..

Tiada ilmu yang tercela, yg celanya manusia yang tidak bersyukur dalam mengamalkan ilmu

Ana lebih suka untuk tidak berkira dalam hal ilmu. Memang kekadang kita fikirkan berbaloi atau tidak. Tetapi kekadang dan seharusnya selalu kita kena tengok nun jauh ... dari mana asalnya ilmu.

Allahu yarzuku man ya sya'u
wayahdi man ya sya'

Dan andai terbukanya 'channel' ilmu ... maka si pokok kan jadi guru yang arif, semut menjadi tauladan dan muhasabah, sekali pun anjing dan khinzir akan 'datang' membawakan suatu pengajaran... tiada persoalan berbaloi atau tidak.

Ntah la... tetapi manusia juga diberi Allah kuasa memilih. Maka pilihlah ... dan mungkin sahabat lain boleh lebih membantu dalam pemilihan anta ya akhie.

wallahua3lam.
z7
z7
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 456
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am
Location: Subang

Postby mardhiah12 on Sat Mar 02, 2002 9:19 am

assalamu'alaikum

boleh rujuk kat tajuk nih,
apa tafsir yg lengkap...???bantulah saya

tafsir al-Qur'an by Abdullah Yusuf Ali, boleh cari kat Saba' Islamic Media
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Baiduri Othman on Thu Mar 21, 2002 2:12 pm

Assalamua'laikum wrt.,

Hi Healogix! Rupa2nya Healogix pun lepak kat sini jugak ya. Padanlah cerita pasal dinasour keluar kat Cari Forum.

Okaylah. Pasal nak beli tafsir Al Quran tu, tak payahlah berkira sangat. Beli je w/p mahal terutama yg berkulit keras. Berbaloi utk jangka masa yg panjang dan mencari ilmu. Seelok2nya beli versi Inggeris dan Bahasa Melayu. Tahun lepas ada beli "The Meaning of the Holy Quran" Abdullah Yusuf Ali. Kalau yg kulit tebal tu, harganya cuma RM100 lebih macam tu.

Healogix dah beli ke?

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: Baiduri Othman pada 2002-03-20 23:13 ]</font>
Baiduri Othman
Ahli
Ahli
 
Posts: 8
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby HeaLogiX on Sat Mar 23, 2002 4:24 pm

asssalamualaikum, Baiduri :senyum:

Saya memang betul nak beli tafsiran yg berbaloi, kalau bawah RM 300 tu mampu jugak,. Baru hari tu, Rabiatuladawiyah kater RM 30 aje ? tapi Baiduri kater RM 100 pulak ?

Jadi yg maner satu ?

Tafsir tu berjilid ke satu set ?

Yg paling penting tafsir yg nal dibeli tu dalam bahasa melayu,

bagitau sekali name kedai buku tu,

Trimas Baiduri,

wassalam



<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: HeaLogiX pada 2002-03-23 10:13 ]</font>
HeaLogiX
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Mon Dec 17, 2001 8:00 am
Location: ampang

Postby Baiduri Othman on Sun Mar 24, 2002 2:44 pm

Waa'laikum salam,

Alamak, kalau tafsir dlm Bahasa Melayu tu, tak taulah berapa harga dia. Sebab yg ada kat rumah tu collection ayah dan emak saya. Ada yg berjilid ada pulak satu set.

Tafsir dlm Bahasa Inggeris tu (oleh Abdullah Yusuf Ali) berkulit tebal, bukan satu set. Harga dlm RM100 plus. Tu saya beli kat sebuah kedai buku di Kuching, Sarawak. Tentu harga kat Semenanjung dan Sarawak berbeza.

Healogix tau tak kisah di sebalik "The Sun sets in a murky water" tu? Kalau menurut tafsir Al-Quran oleh Abdullah Yusuf Ali, Dzulkarnain adalah Alexander the Great. Tetapi menurut penemuan terbaru, Dzulkarnain adalah Cyrus the Great bukan Alexander the Great dan pernah dipostkan oleh Billionaire di Cari Forum. Kisah Dzulkarnain dan Cyrus the Great pernah disiarkan dlm satu majalah.

Wassalam.

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: Baiduri Othman pada 2002-03-23 23:46 ]</font>
Baiduri Othman
Ahli
Ahli
 
Posts: 8
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby relief on Thu Apr 04, 2002 5:30 pm

Enta berminat nak beli buku Tafsiran Al-Quran 30 juz oleh Ust Sonhadji? harga biasa RM180 satu set(30 buku) ana jual RM150
Image
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby HeaLogiX on Sat Apr 06, 2002 7:30 am

Baiduri,
Berkenaan dengan kisah Zulkarnain ni saya pun tak pasti. Tetapi mengenai "The Sun sets in a murky water" tu adalah Teluk Izmir. Nama buku tu saya dah lupa pulak.

Berkenaan dengan Cyrus the Great tu andaian pihak ulama ke missionaries ?

Relief,
Kalau boleh ana nak tafsir yg membuat kesimpulan tafsiran ayat DAN perbandingan dengan kisah Wasiat Lama & Baru.
HeaLogiX
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Mon Dec 17, 2001 8:00 am
Location: ampang

Postby hakim133 on Thu May 09, 2002 4:55 am

Assalamualaikum wbth...

Saya pun teringin nak beli tafsir Al-Quran tp boleh ker kalo membaca tanpa merujuk kepada sesapa pun? Niat saya teringin sangat nak memahami apa yang terkandung didalam tafsir Al-Quran tu. Saya harap korang semua dapat membantu saya.

Wassalam.
"Sifat Anak Yang Soleh..Mentaati Ibu Ayah_UNIC"
hakim133
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 20
Joined: Sun May 05, 2002 8:00 am
Location: ampang

Postby zamzah on Wed May 15, 2002 1:22 am

Assalamu'alaikum,

Nak baca tafsir al-Quran lebih bagus disertakan dengan belajar bayan al-quran. Memang lengkap tetapi perlu berguru dan tak ramai yang memiliki kitab Bayan al-quran sebab ia menceritakan lebih terpeinci kandungan tafsiran kitab al-Quran yang sedia ada. Sebagai pengetahuan lebih carilah guru yang mengajar Bayan Al-Quran sebagai tokok tambah tafsiran Al-Quran kini.

Wassalam
zamzah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Fri Mar 30, 2001 8:00 am
Location: Gunung Qaf

Postby HeaLogiX on Wed May 15, 2002 11:57 pm

Assalamu'alaikum

Saya telahpun menjumpai tafsir yg saya cari selama ni,

Tafsir karangan Maulana Abdullah Yusuf Ali dalam bahasa melayu. Ada 5 jilid, setiap satu RM25, satu set RM 120.

Tafsir ini mempunyai perbandingan terus dengan Taurath, Wasiat Lama & Baru,

sangat menarik !
HeaLogiX
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Mon Dec 17, 2001 8:00 am
Location: ampang

Postby HeaLogiX on Wed May 15, 2002 11:58 pm

Pada 2002-05-15 09:57, HeaLogiX menulis:
Assalamu'alaikum

Saya telahpun menjumpai tafsir yg saya cari selama ni,

Tafsir karangan Maulana Abdullah Yusuf Ali dalam bahasa melayu. Ada 5 jilid, setiap satu RM25, satu set RM 120.

Tafsir ini mempunyai perbandingan terus dengan Taurath, Wasiat Lama & Baru,

sangat menarik !



Boleh didapati di Pustaka Mukmin, & boleh dibeli satu demi satu,
HeaLogiX
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Mon Dec 17, 2001 8:00 am
Location: ampang


Return to Bicara Al-Qur'an & Hadith

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest