Hadith tentang punca rezeki 9/10 dtg dari perniagaan

Untuk apa-apa bicara berkaitan Al-Qur'an & Hadith.
Pengendali :: nahzaluz, z@yed

Postby Aliyna on Sun Jul 15, 2001 1:23 am

assalamualaikum...

boleh tak sesiapa yg tahu, beritahu lina hadith/ayat yg berkenaan 9/10 punca rezeki itu dtg dari perniagaan?

Terima kasih
aLiyna Mohd
isteri mithali
insya allah!
Aliyna
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby bebudak on Wed Jul 25, 2001 2:24 am

assalammualaikum..

ini adalah aper yang telah di forwardkan daripada email saya, heheeh... kut2 le boleh membantu serba sedikit....heheheheh

-----------------------------------------------------------

MENCARI KEREDHAAN ALLAH DALAM URUS NIAGA DAN PERNIAGAAN
Saudara kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita dari masa ke semasa mempertingkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya, agar dengan mempertingkatkan ketaqwaan itu mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang mendapat rahmat Allah iaitu kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Islam adalah Din al-Muamalah, iaitu agama yang mengatur perhubungan sesama manusia. Antara hukum dan peraturan Islam yang telah menggariskan ketetapan mengenai hal-hal panduan perdagangan dan perniagaan sebagai keperluan umat Islam seharian.

Justeru itu, Islam menganjurkan supaya segala kegiatan urus niaga dan jualbeli bukan hanya sekadar untuk memburu dan mengaut keuntungan komersial semata-mata. Tetapi lebih menitik-beratkan kepada kebajikan dan kepentingan para pengguna. Malahan Islam mengkategorikan urus niaga dan jual beli sebagai fardu Kifayah iaitu tanggungjawab bersama masyarakat Islam. Kadang-kadang fardu Ain iaitu tanggungjawab individu seandainya urusan berjual-beli itu sebagai nafkah hidup diri sendiri dan keluarga.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Muamalah perniagaan dan berjual beli yang halal merupakan ibadat fardu Kifayah yang boleh mendatangkan keuntungan dan meningkatkan harta kekayaan yang diredhai Allah. Malahan amalan yang boleh menyalurkan hubungan antara manusia dengan Allah melalui bayaran zakat perniagaan yang telah menjadi salah satu daripada rukun Islam yang lima. Justeru, sebagai seorang muslim yang mencapai tahap wajib berzakat mereka perlu bertindak sebagai ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya. Hal ini menggambarkan bahawa betapa pentingnya perniagaan di dalam Islam.

Di dalam kebanyakkan kitab-kitab feqah, telah ditulis Kitab al Buyu' iaitu urusan jualbeli yang menghuraikan secara lengkap tentang sistem urus niaga dan jualbeli. Ibnu Hajar al-'Asqolani di dalam Kitabnya Bulughu al-Maram telah mengumpul sebanyak 175 hadith yang khusus memperkatakan tentang perniagaan dan perdagangan serta cara-cara pengendaliannya secara terperinci. Antara lain hadith yang bermaksud:

"Rasulullah bertanya mengenai usaha yang paling baik sebagai sumber pendapatan atau rezeki. Baginda menjawab: Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal. (Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) "

Difahamkan melalui kandungan hadith tadi bahawa segala urus niaga dan jualbeli menurut kacamata Islam, yang tidak berlaku penindasan kepada orang lain. Iaitu pembeli atau pengguna seperti yang dilakukan oleh kaum kapitalis.

Konsep perniagaan dalam Islam berasaskan apa yang ditegaskan oleh Allah S.W.T melalui al-Quran yang bermaksud:

" Urus niaga dan jualbeli yang dilakukan secara suka sama suka iaitu berpuas hati antara penjual dan pengguna. (Surah an-Nisa':29)"

Konsep yang terkandung di dalam ayat ini amat penting didalam sistem ekonomi Islam yang memberi maksud kedua-dua pihak penjual dan pengguna atau pembeli sama-sama merasa rela dan berpaus hati tanpa terdapat penindasan dan penipuan satu sama lain.

Justeru, Islam melarang keras urusan muamalah berunsur riba kerana riba semata-mata memberi keuntungan kepada satu pihak sahaja dan menganiayai kepada pihak penerima. Hal ini Allah Taala berfirman didalam al-Quran yang bermaksud:

" Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba. (Surah al-Baqarah:275)"

" Rasulullah mengutuk pemakan riba, wakilnya, keraninya dan kedua-dua saksinya dan semua mereka yang terlibat dengan riba. (Riwayat Muslim) "

kaum muslimin yang dirahmati Allah,

Islam jelas menuntut agar para peniaga mengamalkan sifat jujur, amanah, ikhlas dan berpandangan jauh serta memerlukan kekuatan ilmu dan kegigihan. Disamping itu juga, menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan dan modal.

Pernigaan dan pengusahaan merupakan sumber rezeki yang lumayan dan menguntungkan, tetapi tidak kurang juga yang membawa kepada risiko kejatuhan yang amat pahit. Disebabkan dorongan nafsu tamak, inginkan keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat. Lalu berlakulah penipuan dengan menaikkan kos harga barangan, menyorok barangan keperluan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah dengan katanya: saya telah pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan. Setelah cukup timbangan tiba-tiba saya melihat peniaga itu dengan sengaja menyisihkan sebiji buah-buahan dari bungkusannya. lantaran itu saya bertanya kepada Rasulullah: Apakah peniaga itu telah beruntung ya Rasulullah? Lalu baginda menjawab: Sesungguhnya peniaga tersebut tidak mendapat apa-apa keuntungan. Sebaliknya tukaran sebiji buah yang disisihkan itu merupakan bahang kepanasan api neraka.

Justeru, bahawa urus niaga dan jualbeli mengikut ketentuan dan saranan Islam kita akan berupaya membentuk sebuah masyarakat peniaga dan pengguna yang sihat dan stabil untuk kemajuan negara. Sebaliknya para peniaga berperasaan tamak dan lupa diri akan menerima risiko yang tinggi sebagaimana yang berlaku kepada seorang sahabat yang bernama Tsa'labah yang sering menjadi bahan cerita kepada peserta-peserta kelas pengajian agama di masjid atau disurau. Iaitu pada mulanya Tsa'labah adalah seorang yang cukup miskin dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Setelah beliau didoa oleh Rasulullah lantas dia menjadi kaya dan milionman. Tetapi disebabkan dikuasai perasaan tamak dan lupa menyebabkan Tsa'labah menjadi bankrap. Apabila sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang ketiadaan Tsa'labah datang ke masjid untuk solat berjamaah, baginda menjawab: kesibukan menguruskan harta kekayaan dan kecintaannya terhadap keduniaan juga perniagaan menyebabkan ia buta mata dan buta hati untuk mencari ! jalan ke masjid.

" Kecelakaan besar bagi mereka yang mencaci dan mengeji, yang mengumpulkan harta serta menghitung-hitung kekayaan, ia beranggapan bahawa harta kekayaan dapat mengekalkannya di dunia, tidak sekali-kali, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka yang bernama Hutamah. (Surah al-Humazah:1-4)"
dah jadi mak budak... hehehe
User avatar
bebudak
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2266
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby Aliyna on Thu Jul 26, 2001 4:06 am

heheheh .. alhamdulillah...
ada gak orang yg menjawab:senyum:

awak pekabar?
Aliyna
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am


Return to Bicara Al-Qur'an & Hadith

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests