Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Untuk apa-apa bicara berkaitan Al-Qur'an & Hadith.
Pengendali :: nahzaluz, z@yed

Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Postby mymahdi on Thu Feb 17, 2005 2:55 pm

Assalamualaikum....
Dewasa ini kemunculan Imam Mahdi sedang hebat diperdebatkan oleh masyarakat dunia terutamanya orang Islam. Kemunculannya amat mengelirukan kebanyakan umat yang tandus pengetahuan serta jahil terhadap agama. Bahkan selepas zaman kewafatan baginda Rasullullah saw,ramai sekali yang mengaku bahawa diri mereka adalah ciri2 Imam Mahdi yang disangkakan. Ternyata sangkaan mereka hanyalah tinggal sangkaan sahaja..jauh menyimpang dari fakta kebenaran. Sedangkan Rasullullah saw sendiri telah meyebut bahawa kemunculannya adalah di akhir zaman..bukan di pertengahan zaman! Terdapat beberapa petanda yang dikaitkan dengan kemunculan/kelahiran Imam Mahdi seperti yang disabdakan oleh Rasullullah pada zaman kekhalifahannya.. Antaranya ialah gempa bumi,penindasan umat Islam,kerosakan dan sebagainya yang ada kaitannya dengan kemusnahan..
Tiada seorang pun yang tahu kekuasaan Allah swt melainkan Dia sendiri. Dan Dia mengkehendaki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Cuma orang yang dikehendakiNya sahaja yang dapat merasakan isyarat yang disampaikan olehNya samada melalui bentuk kehidupan ataupun sebagainya. Allahu Akbar!! Walaupun kedatangan Imam Mahdi bukan sebagai seorang nabi dan rasul,tetapi kemunculannya sebagai rahmat sekalian alam amat dinanti-nantikan oleh umat manusia sebagai penerus pemerintahan Rasullullah saw dan pembawa keadilan di atas muka bumi. Namun dalam menanti kemunculannya, berbagai2 karenah yang berlaku seperti perebutan kuasa,pembunuhan,penindasan yang cukup membawa kepada kemusnahan alam manusia di atas muka bumi.
Tanggal 26 Disember 2004 merupakan tarikh keramat buat pasangan yang akan menjadi ayah dan ibu kepada pemimpin akhir zaman ini di mana telah berlangsungnya majlis perkahwinan mereka dengan selamat di salah sebuah tempat terpencil di dalam Sarawak. Sesungguhnya berbagai-bagai fenomena ganjil yang berlaku semasa majlis dilangsungkan tetapi bukan di dalam kawasan majlis dilangsungkan…Pada tarikh tersebut jugalah berlakunya fenomena dahsyat yang menggemparkan dunia kerana kehadirannya banyak mengorbankan nyawa…Tsunami!! Dan sehingga ke hari ini gempa bumi sering berlaku di mana-mana sahaja selepas tanda yang terbesar itu!
Bapa(bongsu) kepada pemimpin ini beradiknya adalah 12 orang dan ibunya merupakan anak kepada seorang perempuan bongsu yang beradiknya juga 12 orang.Apa hikmahnya Allah menemukan keluarga 12 dengan keluarga 12 ini? Mungkin anda tahu jawapannya….(imam terakhir yang dijumlah nabi)
Saya pernah terdengar hadis nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi “Akan muncul pada akhir zaman kelak seorang pemimpin yang seakan-akan daku,nama seakan akan namaku dan berasal seakan akan dari asal negeriku…”
Anda yang taksub dengan imam Mahdi mungkin pernah mendengar hadis yang berbunyi “ akan datang kebenaran dan keadilan yang akan ditegakkan oleh seorang pemuda dari timur@maghrib……”

Pernahkah anda dengar nama kawasan Mukah di negara anda? Apa perbezaannya antara sebutan mekah dan mukah….(nama antara kedua tempat tersebut boleh tafsirkan sebagai seakan-akan(bunyi)…betul tak?)
Ini beerti kelahiran Imam Mahdi akan muncul dari Mukah. Saat gerhana pada bulan Ramadhan 2005 adalah tanda kelahirannya kelak….Sama sama kita tunggu!!!
Wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum….
mymahdi
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Mon Feb 07, 2005 12:41 pm

Postby 515O on Thu Feb 17, 2005 5:03 pm

"Saya pernah terdengar hadis nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi “Akan muncul pada akhir zaman kelak seorang pemimpin yang seakan-akan daku,nama seakan akan namaku dan berasal seakan akan dari asal negeriku…”
Anda yang taksub dengan imam Mahdi mungkin pernah mendengar hadis yang berbunyi “ akan datang kebenaran dan keadilan yang akan ditegakkan oleh seorang pemuda dari timur@maghrib……”

W'salam,

Perkataan yang saya boldkan itu, adalah satu kemusykilan. Boleh beri perawi hadith ini siapa?
Pernahkah pula sdr mendengar hadith bhw Imam Mahdi a.s. itu adalah keturunan Quraisy?

Kedatangannya telah ditunggu dari dulu. Tetapi apabila beliau muncul siapakah kita pada masa itu? Ketika itu kita adalah umat Islam DIBAWAH pimpinannya. Maka tiada bezanya sekarang jika kita sekarang adalah muslimin yang degil untuk patuh pada undang2 Islam. Sedangkan sebelum Imam Mahdi a.s. muncul pun kita dah degil untuk patuh kepada undang2 syariat Islam maka syariat Islam jugalah yang akan dibawa oleh Imam Mahdi a.s. jadi apa yang menjamin kita akan patuh kepadanya dengan taat?

Jadi saya berpesan kepada diri saya terutamanya dan juga kepada sdr agar teruskan proses pembaikan diri zahir dan batin kita dan apabila BENAR beliau muncul maka kita tidak akan "ignorant" atau JAHIL dengan syariat yang dibawanya. Kerana syariat yang akan dibawa oleh Imam Mahdi a.s. ialah Syariat Islam yang Benar jua.

Jadi apa bezanya tunggu atau tidak?

Andaikata dia muncul, tanyalah diri sendiri dan selidikilah dengan syariat Islam dan hadith2 sahih baginda SAW, adakah benar dakwaan-dakwaan orang yang mengaku Imam Mahdi a.s. itu?

Dan lagi satu, umat Islam tak sedar ke bahawa kemunculan Imam Mahdi a.s. itu bermakna KIAMAT atau Hari Pengadilan sudah dekat? Maka perbincangan tentang kemunculannya sepatutnya menjadikan kita takut kepada Allah SWT dan takut kepada azab kehidupan yang kekal selepas kiamat. Kerana kemunculannya bermakna masa untuk memperbaiki diri sudah pendek?

Saya tanya sekali lagi kepada sdr akan soalan ini:

Perkataan yang saya boldkan itu, adalah satu kemusykilan. Boleh beri perawi hadith ini siapa?
Pernahkah pula sdr mendengar hadith bhw Imam Mahdi a.s. itu adalah keturunan Quraisy?

TQ.
Image
FaceBook - Umar Fireblade
515O
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Allah kita datang dankpdNya kita kembali

Re: Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Postby dania_natasya on Thu Feb 17, 2005 5:08 pm

mymahdi wrote:Assalamualaikum....
Tanggal 26 Disember 2004 merupakan tarikh keramat buat pasangan yang akan menjadi ayah dan ibu kepada pemimpin akhir zaman ini di mana telah berlangsungnya majlis perkahwinan mereka dengan selamat di salah sebuah tempat terpencil di dalam Sarawak. Sesungguhnya berbagai-bagai fenomena ganjil yang berlaku semasa majlis dilangsungkan tetapi bukan di dalam kawasan majlis dilangsungkan…Pada tarikh tersebut jugalah berlakunya fenomena dahsyat yang menggemparkan dunia kerana kehadirannya banyak mengorbankan nyawa…Tsunami!! Dan sehingga ke hari ini gempa bumi sering berlaku di mana-mana sahaja selepas tanda yang terbesar itu!
Bapa(bongsu) kepada pemimpin ini beradiknya adalah 12 orang dan ibunya merupakan anak kepada seorang perempuan bongsu yang beradiknya juga 12 orang.Apa hikmahnya Allah menemukan keluarga 12 dengan keluarga 12 ini? Mungkin anda tahu jawapannya….(imam terakhir yang dijumlah nabi)

ni mana mu dapat citer nih??
ada ker dalam hadith citer yang imam mahdi nih lahir kat sarawak??

takkan lah kita nak tunggu IMAM MAHDI tuh bangkit dulu baru nak perjuangkan ISLAM ye tak??
ntah-ntah masa tuh ajal dah menjemput...
apa nak jawab nanti..?!!!!

Allahua'lam.
ISLAM IS THE WAY OF LIFE
dania_natasya
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 157
Joined: Mon May 24, 2004 1:20 pm

Postby fikrul mustanir on Thu Feb 17, 2005 6:00 pm

Satu lagi PENIPUAN dalam pembikinan!! :nangis:
User avatar
fikrul mustanir
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2495
Joined: Wed Aug 13, 2003 5:53 pm
Location: The Future Daulah Khilafah

Postby KulopAtoi on Fri Feb 18, 2005 7:06 am

Assaalamualaikum :)

Hemm... saya memang kagum dengan kemampuan puak puak kita kat nusantara ni ... yang begitu bersungguh untuk mensabitkan kepimpinan atau tok guru atau mursyid, murabbi atau apa saja... sebagai Imam Mahadi... jelmaan Imam Mahdi dan sebagainya :)

Bahkan berbagai pendekatan dalam berbagai medan.. dengan Bani Tamim nya... dengan kewalian nya... dengan petanda itu dan ini... yang semuanya.. bila difikirkan secara ikhlas... hanyalah rekaan mereka mereka yang tertipu dan cuba menipu.

Maka saya menyeru saudara saya .. untuk meninggalkan apa yang sia sia... dan kembali kepada mainstream dan pendapat jumhur yang kita semua sewajarnya mengiktiraf dan berpegang kepadanya.

Saya bakal memerhatikan dan sebarang penulisan yang serupa dan ianya akan dibuang dari indeks BMC.. tanpa notis.. :)

wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

tunggu dan lihat....

Postby mymahdi on Fri Feb 18, 2005 9:19 am

A'kum..
Buat masa ini,kita tunggu sahaja masanya... Dan kita nantikan apakah fenomena ajaib yang akan berlaku dari 9 bulan dari sekarang(sbg bukti kebenaran apa yang saya ceritakan) Menurut cerita nenek moyang saya, keluarga kami asalnya adalah perantau... Terpulanglah pada anda semua..
mymahdi
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Mon Feb 07, 2005 12:41 pm

Re: tunggu dan lihat....

Postby z@yed on Fri Feb 18, 2005 9:40 am

mymahdi wrote:A'kum..
Buat masa ini,kita tunggu sahaja masanya... Dan kita nantikan apakah fenomena ajaib yang akan berlaku dari 9 bulan dari sekarang(sbg bukti kebenaran apa yang saya ceritakan) Menurut cerita nenek moyang saya, keluarga kami asalnya adalah perantau... Terpulanglah pada anda semua..

okay...kita tunggu. itu yg terbaik.

jangan jadi mcm puak syiah dah lah. tahun 2003, gerhana bulan ramadhan. mereka kata imam mahdi akan muncul. tapi sampai sekarang tak muncul.

jadi, kita tunggu..anda akan lihat siapa yg benar.

sekian.
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Re: tunggu dan lihat....

Postby 515O on Fri Feb 18, 2005 4:17 pm

mymahdi wrote:A'kum..
Buat masa ini,kita tunggu sahaja masanya... Dan kita nantikan apakah fenomena ajaib yang akan berlaku dari 9 bulan dari sekarang(sbg bukti kebenaran apa yang saya ceritakan) Menurut cerita nenek moyang saya, keluarga kami asalnya adalah perantau... Terpulanglah pada anda semua..

Ajaib macamanapun, kebenaran itu adalah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Maka Imam Mahdi a.s. yang sebenar pun akan mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah.
Begitu juga dengan Dajjal, dia akan membawa berbagai-bagai fenomena ajaib dengan seizin Allah Azzawajalla, maka ketika itu kebenaran juga adalah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Jika tidak, maka bagaimana kita hendak kenal dengan penipuan-penipuan Dajjal?

Sedar atau tidak, Al-Quran dan As-Sunnah adalah nikmat yang tak terkira tingginya kepada hamba-hamba yang mengikuti kebenaran.

Ramai orang Muslim yang tertipu, menganggap bahawa siapa yang menjadi Imam Mahdi a.s itu ialah seseorang yang mendapat satu "jawatan" atau "gelaran" yang glamour dan elit.

Padahal sebenarnya Imam Mahdi a.s. yang sebenarnya adalah seorang hamba Allah Azzawajalla yang tugasnya di dunia ini sesibuk tugas Rasulullah SAW dahulu. Sifat kehambaan beliau adalah hampir menyamai sifat kehambaan baginda SAW dan tidak cintanya kepada dunia dan hawanafsu, adalah hampir menyamai zuhudnya dan sucinya peribadi Rasulullah SAW.

Semoga Allah Azzawajalla Tuhan Yang Satu memimpin hamba-hambaNya yang berugama Islam di seluruh dunia kepada kebenaran dan kepada menjauhi taghut dan kesesatan serta fitnah Dajjal.

TQ.

p/s - bro KA, diharap jgnlah dibuang post2 sebegini selagi "ada" muslim2 yang meng-counter-nya, supaya kebenaran itu disampaikan kepada kita dan mereka semua. InsyaAllah, muslim-muslim yang benar TIDAK akan mudah tertarik kepada kesesatan.
Image
FaceBook - Umar Fireblade
515O
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Allah kita datang dankpdNya kita kembali

Postby Jamaah on Fri Feb 18, 2005 4:20 pm

Assalamualaikum,

mymahdi boleh ceritakan kaitan diantara perkahwinan pasangan tersebut pada tanggal 26/12/04, kelahiran zuriat tersebut dari segi amalan beliau dan keturunan beliau.
alQuran satu, Rasul satu, Imam (khalifah) satu suk-suk nah sampai kepuncak asal wasilatul qubra Nabi Muhammad solamhu.
Jamaah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 517
Joined: Mon Sep 08, 2003 5:12 pm

Postby KulopAtoi on Sat Feb 19, 2005 2:25 am

Assalamualaikum Saudara 5150 yang dikasihi :)

bro KA, diharap jgnlah dibuang post2 sebegini selagi "ada" muslim2 yang meng-counter-nya, supaya kebenaran itu disampaikan kepada kita dan mereka semua. InsyaAllah, muslim-muslim yang benar TIDAK akan mudah tertarik kepada kesesatan

Tak jadi masaalah kalau saya penuhi permintaan saudara.. bahkan saya yakin.. bakal sentiasa tampil kedepan.. gulungan yang beriman dan beramal dengan ilmu mereka untuk menangkis segala kekeliruan yang didatangkan..

Tapi kengkadang tu .. yang kita risau.. yang dok atas pagar, atau yang tak berapa faham.. atau yang memang ikhlas nak faham.. tapi terkeliru dalam pemahaman.. maka yang kita risaukan.. adalah keharusan berlakunya penzaliman diatas fikrah dan ibadah mereka :)

Yang kita kenali.. kita beberapa kali di datangi oleh syiah... batiniah... anti hadith dan memacam suku sakat dari gulungan ni... dan kita insafi... dengan berat hati.. kengkadang tu kerana lewatnya kita bertindak tegas.. maka ada bakal yang terpalit sedikit kedalam fikrah adik kakak kita.. yang ikhlas mencari jawapan...

Ana sendiri.. dah dipesan berkali kali.. delete ajer.. jangan bagi ruang langsung.. tapi entahler.. ati tu degil gaak... :)

Ala kulli hal... kita di BMC prihatin dan kita berwaspada... dan bersama samalah kita sentiasa bersikap prihatin dan berwaspada.. untuk kebaikan kita semua :)

wassalam
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby Akhiri on Sat Feb 19, 2005 2:09 pm

Saya anjurkan kepada saudara Mymahdi, untuk banyak bertaubat sebelum terlambat.
Syaitan itu cerdik, dan tipu dayanya banyak.
Kemunculan Imam Mahdi dimana,bila dan bagaimana hanya diketauhui oleh Allah.

p/s Sedih saya tengok kepercayaan mysticsism puak Nusantara nie :nangis:
Islam di Alaf Baru
Akhiri
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 601
Joined: Thu Aug 14, 2003 6:20 pm

Postby 515O on Sun Feb 20, 2005 2:17 am

Wa'alaikumussalam bro KA yang dirahmati, dihormati dan dikasihi :D .

Tapi kengkadang tu .. yang kita risau.. yang dok atas pagar, atau yang tak berapa faham.. atau yang memang ikhlas nak faham.. tapi terkeliru dalam pemahaman.. maka yang kita risaukan.. adalah keharusan berlakunya penzaliman diatas fikrah dan ibadah mereka

Yang kita kenali.. kita beberapa kali di datangi oleh syiah... batiniah... anti hadith dan memacam suku sakat dari gulungan ni... dan kita insafi... dengan berat hati.. kengkadang tu kerana lewatnya kita bertindak tegas.. maka ada bakal yang terpalit sedikit kedalam fikrah adik kakak kita.. yang ikhlas mencari jawapan...

Syeikh,

Dari segi kebenaran akan "risau" yang syeikh utarakan itu, memang benar. RISAU itu memang benar dan "justified" tetapi pada saya ITULAH harga untuk melihat adik-adik membesar.

Syeikh ada anak kan? APA yang menjamin bahawa apa yang anta risaukan TIDAK akan menemui anak anta di luar rumah/di sekolah/di mana sahaja?

Ini adalah bukti bahawa ianya DI LUAR kawalan kita. Ini adalah bukti sifat AR-Rahim Allah SWT sahajalah sebenarnya yang menjaga hamba-hambaNya dari kecil hingga besar. Percaya atau tidak, kita TIDAK 100% berada di belakang anak kita setiap saat.

Jadi point saya, INI ADALAH caranya untuk para muslimin dan muslimat untuk matang. Kerana teori2 sesat TIDAK akan kita biarkan (insyaAllah) begitu sahaja ditatapi oleh mereka tanpa di jelaskan oleh mereka yang terbimbing didalam kebenaran.

Jika kita hendak layan "risau" itu dengan bagus, maka solution terbagus ialah hentikan sahaja forum ugama Islam di internet ini. Kerana ia MEMANG akan menjadi medium bagi teori2 sebegini. Tetapi adakah kita hendak mereka membesar dengan MATANG atau pun dengan kebodohan/kejahilan? Lebih baik mereka jumpa perkara2 itu didalam "Controlled Environment" seperti ini. Dan t/jawab terletaklah pada mereka2 yang terbimbing untuk menjelaskan, dan juga atas mereka yang menubuhkan forum ini.

Kita mahu generasi muda muslim/muslimat kita MATANG dan tidak jahil didalam membuat keputusan/conclusion tentang apa yang benar didalam semua perkara. Kita tidak mahu generasi muda muslimin/muslimat kita menjadi takut dengan perkara2 zulmat sebegini apabila kebenaran itu adalah seterang matahari di siang hari. Tidakkah kita mahu mencontohi cara generasi muda Barat dibesarkan? Mereka didedahkan dengan perkara2 yang twisted TETAPI mereka diberi BIMBINGAN yang sepatutnya untuk menghadapinya.

Tetapi kita bersikap "itu tak boleh dengar, ini tak boleh dengar" maka adakah sikap ini 100% akan menjamin bahawa jika mereka tidak mendengarnya di sini, mereka TIDAK akan mendengarnya di tempat lain?

Bimbinglah dan bersabarlah. Itulah tujuan terakhir dlm konteks hubungan manusia bagi mereka yang berilmu, untuk membimbing. Supaya mereka mendapat bekalan secukupnya (insyaAllah) untuk menghadapi cabaran dan ujian yang jauh lebih getir, jauh lebih hebat dan jauh lebih mengelirukan lagi di luar sana. Hidup di dunia ini bukan hanya didalam internet sahaja syeikh...

Kerana itulah, forum2 sebegini must be taken seriously by those who made it. It can either "make or break".

Mengapa harus dibiarkan para pembaca muda sedikitpun takut kepada teori2 zulmat/sesat apabila ianya tidak benar dan apabila kita boleh menunjukkan kepada mereka betapa tidak benarnya teori2 tersebut?

Yang arif dalam feqah jagalah bahagian feqah.
Yang arif dalam Tauhid jagalah bahagian tauhid.
Dan seterusnya.

Jaga, dan bukannya control :kenyit:

Jaga bererti jangan membiarkan teori2 sesat TANPA jawapan/penjelasan yang benar.

Tetapi kefahaman adalah hak masing2, maka kefahaman didalam hal ini bagi anta juga adalah hak anta, maka terpulanglah. Ini adalah hanya pendapat saya yang hina ini sahaja.

Tentang risau takut terpalit juga pada mereka yang ikhlas mencari jawapan, maka ini adalah diluar kawalan anta, malah diluar kawalan makhluk. Ini adalah hak Allah. Dan telah anta nyatakan juga iaitu pada "mereka yang ikhlas" maka InsyaAllah, yakinlah apabila benar-benar mereka ikhlas insyaAllah Allah SWT akan memimpin mereka2 ini dan melindungi mereka2 ini daripada terpalit apajua yang tidak diingini.

Jadi mengapa dirisaukan apa yang diluar kawalan kita?

Kalau nak diikutkan risau ini ini semata-mata dan melupakan penjagaan Allah SWT kepada mereka (dan juga kita sendiri) maka hidup ini MESTI penuh dengan berbillion jenis kerisauan. Kerana tidak ada jaminan langsung pun akan sesuatu yang diluar kawalan kita. Pada mereka yang menggunakan mata hati, ternampaklah "peranan" Allah SWT menjaga kita dan mereka semua.

Anak yang didalam kandungan pun kita tidak menjaga pembesarannya, tidak menjaganya daripada menjadi cacat, semuanya dalam kawalan Allah SWT 100%, tup tup keluar sebagai seorang bayi yang sempurna, sihat malah comel dan cantik lagi.

Itulah Allah SWT sudah berpesan didalam Al-Quran, kalau nak dihitung nikmatNya pada kita, tak termampu kita nak menghitungnya.

Jadi let it flow, with enough guidance, seminimum guidance yang akan ditanya Allah SWT nanti, dan selebihnya berserahlah kepada Allah SWT.

Kerana itu didalam AL-Quran, banyak kali Allah SWT berkata didalam ayat yang berbunyi seperti, "....dan kamu bukanlah penjaga bagi mereka..."

Kerana setiap manusia itu unik, unik dalam ertikata akan menghadap Allah SWT nanti sendiri-sendiri. Apabila dia telah mulai akil baligh maka dia telah berjalan di dalam satu perjalanan yang akan membawa dia bertanggungjawab sendiri2 akan perjalanan itu dengan Allah SWT nanti.

Saya juga, syeikh juga dan begitulah each one of us here, NO EXCEPTION.

WA.
Image
FaceBook - Umar Fireblade
515O
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1206
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Allah kita datang dankpdNya kita kembali

Postby KulopAtoi on Sun Feb 20, 2005 4:07 am

Assalamualaikum kembali :)

Syeikh ada anak kan?

hemmm ... a bit personal here... :) but it is okey..

Anyway..

Memasing bebas mengutarakan pendapat... dan mendaftarnya kita ke sini tentunya dengan persetujuan akan etika yang telah di pamirkan :)

Secara peribadi saudaraku... kalau saya nak pantau kesemua... yang ditulis... maka tidak berkemampuan jua.. dan kalau terlepas dari pemerhatian.. maka persoalan tanggung jawab dan amanah.. bakal di bicarakan nanti di hari akhirat :).

Sesuatu yang mungkin jatuh dalam urusan khilaf dan terletak di ruang berbeza pendapat yang di haruskan.. maka kita tak ambil kisah pun... tetapi sesuatu yang telah nyata silap dan mengundang fikrah yang sesat... tidak mungkin kita dapat bersikap apologetik dan berlepas tangan saja. Menggunakan ruang dan masa sekadar yang mampu.. adalah yang terbaik dan malangnya.. saya tidak punya kemewahan sedemikian.

Umumnya.. apa yang saudara utarakan adalah persoalan uslub dakwah dalam pendekatan amar makruf dan nahi mungkar... dan banyak artikel yang ada di BMC yang saya kira bakal dapat mempertingkatkan kefahaman kita... dalam fokus kita untuk melaksanakan apa yang ditaklifkan keatas kita.. Dan memadai saya katakan... cukuplah pesanan mereka mereka yang fasih dalam amar makruf dan nahi mungkar serta program dakwah.. sebagai rujukan kita bersama

Saya tidak berhasrat untuk menjawab satu persatu.. atas apa yang saudara nukilkan.. walau pun.. saya rasa .. memang ada ruang untuk bertukar fikiran dan ada yang yang sewajarnya di jawab. Tetapi masa seringnya tidak menyebelahi saya :)

Memadai jualah, kebijaksanaan kita meminta kita berlapang dada dan tolong menolong kearah taqwa

Semuga Allah terus membantu saya dan saudara.. meletakkan kita kedalam gulungan yang di pimpini nya dan sentiasa kekal dalam rahmat dan petunjuk Nya..

wassalam :kenyit:
KulopAtoi
K. Pengendali
K. Pengendali
 
Posts: 1848
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Ujung Sana

Postby rosmerah on Mon Feb 21, 2005 9:38 pm

Ado jugo den baco pasal kononnya 2005 nih akan datang macam²....dan hendaklah disediokan macam² sebagai persiapan....Tapi yang den pelik...kat posting tersebut...tak do..lansung..sebut pasal persediaan iman...untuk menghadapi ari ..tuh..macam lah bondo yang di sediokan itu leh menolong mereka, ini lah yang den moskil nih.

Bukannyo den tak pecayo pasal Kelahiran Imam Mahdi nih...Tapi bilo den rujuk kat quran dan hadith....jauh bona lai hari kelahiran Imam
tuh...ngoneng²kito...pon bolom lai.

Yang paling baiknyo sediokan iman berserta tauhid sentiaso....den pasti takkan ado lai was² dan ragu²...macam yang Allah kato dalam quran tuh :gelak: :gelak:

Tapi...pado yang percayo dengan perkaro itu tak lah pulak buleh den sangkal.... lantak eakau lah..

:gelak: :gelak: :gelak: :gelak:
rosmerah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 861
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: seromban

Re: Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Postby tutook on Sun Mar 13, 2005 12:55 pm

mymahdi wrote:
Assalamualaikum....

Pernahkah anda dengar nama kawasan Mukah di negara anda? Apa perbezaannya antara sebutan mekah dan mukah….(nama antara kedua tempat tersebut boleh tafsirkan sebagai seakan-akan(bunyi)…betul tak?)
Ini beerti kelahiran Imam Mahdi akan muncul dari Mukah. Saat gerhana pada bulan Ramadhan 2005 adalah tanda kelahirannya kelak….Sama sama kita tunggu!!!
Wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum….

Wa'alaikumussalam....

Tarikh....bila...tempat....di mana....dll...tu tak yah la nak pening2kan kepala dok pikir...dok kaji....ke hulu ke hilir....aduhhhh.......banyak lagi kerja yang boleh dibikin....., pesan ambo....udah la tu....serahkan aje pd Allah Ta'ala......itu kerja Allah Ta'ala....., kita sebagai hamba nie.....banyak2kanlah muhasabah diri, dan ambo rasa itu lebih baik daripada dok buat kerja2 yg 'misteri nusantara' nie.... :gelak:

Al-maklum ler....ilmu aper ler sangat yg kita tahu....,bab tafsir quran...?????...hadith2...????....,takyah ler ambil sejemput ilmu dari yg kita tahu tu dibuat fakta.....dijadikan dalil2.....semata2 bg membenarkan apa yg kita dakwa tanpa rujukan khas dengan pihak2 tertentu...yg diyakini benar.

Maaflah.......bukan ambo nak menuduh tuan (mymahdi) tak berguru..tak ngaji.....tak berilmu....., sekali lagi bukan sengaja ambo sangkal dakwaan itu....,dan ambo sedar tahap ilmu diri ambo sendiri.....hampehhhh...... :P , cuma sebagai saudara seagama...ambo kuathir...perkara yg sebegini banyak tipu muslihat permainan halus musuh2 Allah s.w.t. yg boleh mengkaburkan akal fikiran kita.

Tuan.......sekali lagi ambo minta maaf bebanyak.....dan berharap moga2 tuan senantiasa di dalam rahmat Allah Ta'ala.....dan mengenali dengan sebenar benarnya mengenali antara Haq dan bathil....

wassalam
_____________________
Awal Akhir Zahir Bathin....
tutook
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 574
Joined: Fri Mar 14, 2003 8:00 am
Location: perak

Re: Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Postby syuk500 on Tue May 24, 2005 12:17 pm

mymahdi wrote:Assalamualaikum....
Dewasa ini kemunculan Imam Mahdi sedang hebat diperdebatkan oleh masyarakat dunia terutamanya orang Islam. Kemunculannya amat mengelirukan kebanyakan umat yang tandus pengetahuan serta jahil terhadap agama. Bahkan selepas zaman kewafatan baginda Rasullullah saw,ramai sekali yang mengaku bahawa diri mereka adalah ciri2 Imam Mahdi yang disangkakan. Ternyata sangkaan mereka hanyalah tinggal sangkaan sahaja..jauh menyimpang dari fakta kebenaran. Sedangkan Rasullullah saw sendiri telah meyebut bahawa kemunculannya adalah di akhir zaman..bukan di pertengahan zaman! Terdapat beberapa petanda yang dikaitkan dengan kemunculan/kelahiran Imam Mahdi seperti yang disabdakan oleh Rasullullah pada zaman kekhalifahannya.. Antaranya ialah gempa bumi,penindasan umat Islam,kerosakan dan sebagainya yang ada kaitannya dengan kemusnahan..
Tiada seorang pun yang tahu kekuasaan Allah swt melainkan Dia sendiri. Dan Dia mengkehendaki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Cuma orang yang dikehendakiNya sahaja yang dapat merasakan isyarat yang disampaikan olehNya samada melalui bentuk kehidupan ataupun sebagainya. Allahu Akbar!! Walaupun kedatangan Imam Mahdi bukan sebagai seorang nabi dan rasul,tetapi kemunculannya sebagai rahmat sekalian alam amat dinanti-nantikan oleh umat manusia sebagai penerus pemerintahan Rasullullah saw dan pembawa keadilan di atas muka bumi. Namun dalam menanti kemunculannya, berbagai2 karenah yang berlaku seperti perebutan kuasa,pembunuhan,penindasan yang cukup membawa kepada kemusnahan alam manusia di atas muka bumi.
Tanggal 26 Disember 2004 merupakan tarikh keramat buat pasangan yang akan menjadi ayah dan ibu kepada pemimpin akhir zaman ini di mana telah berlangsungnya majlis perkahwinan mereka dengan selamat di salah sebuah tempat terpencil di dalam Sarawak. Sesungguhnya berbagai-bagai fenomena ganjil yang berlaku semasa majlis dilangsungkan tetapi bukan di dalam kawasan majlis dilangsungkan…Pada tarikh tersebut jugalah berlakunya fenomena dahsyat yang menggemparkan dunia kerana kehadirannya banyak mengorbankan nyawa…Tsunami!! Dan sehingga ke hari ini gempa bumi sering berlaku di mana-mana sahaja selepas tanda yang terbesar itu!
Bapa(bongsu) kepada pemimpin ini beradiknya adalah 12 orang dan ibunya merupakan anak kepada seorang perempuan bongsu yang beradiknya juga 12 orang.Apa hikmahnya Allah menemukan keluarga 12 dengan keluarga 12 ini? Mungkin anda tahu jawapannya….(imam terakhir yang dijumlah nabi)
Saya pernah terdengar hadis nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi “Akan muncul pada akhir zaman kelak seorang pemimpin yang seakan-akan daku,nama seakan akan namaku dan berasal seakan akan dari asal negeriku…”
Anda yang taksub dengan imam Mahdi mungkin pernah mendengar hadis yang berbunyi “ akan datang kebenaran dan keadilan yang akan ditegakkan oleh seorang pemuda dari timur@maghrib……”

Pernahkah anda dengar nama kawasan Mukah di negara anda? Apa perbezaannya antara sebutan mekah dan mukah….(nama antara kedua tempat tersebut boleh tafsirkan sebagai seakan-akan(bunyi)…betul tak?)
Ini beerti kelahiran Imam Mahdi akan muncul dari Mukah. Saat gerhana pada bulan Ramadhan 2005 adalah tanda kelahirannya kelak….Sama sama kita tunggu!!!
Wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum….

assalamulaikum mymahdi, ape cerite terbaru sekarang ni? ada tanda2 terbaru ke tentang kelahiran dan kemunculan imam mahdi dari kota mukah yang saudara timbulkan disini. kalau ada mimpi ke? dapat firasat ke? dapat alamat ke? atau ape2 lah cerite la boleh kami di sini tahu jugak perkembangannya...
syuk500
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 14
Joined: Wed Apr 27, 2005 2:16 pm
Location: kuala lumpur

Imam Mahdi

Postby Codename47 on Wed Jul 13, 2005 1:10 am

Asallamualaikum,
Saudara mymahdi poskan cerita ini dulu pada 17 Feb 2005. Hari ini sudah 13 Jul 2005, bermakna lebihkurang 2 bulan lagi kita akan memasukki Ramadhan. Saudara mymahdi mendakwa Imam Mahdi akan lahir pada bulan Ramadhan ini. Ini beerti kandungannya ibunya sudah tentu 7 bulan lebihkurang.

Saya pernah 2 ke 3 kali ke Mukah. Ianya sebuah pekan kecil berhampiran laut. Terletak ditengah tengah antara Kuching dan Miri. Kepada Juruterbang pesawat ringan Mukah dikenali sebagai `Bermuda Triangle` Malaysia. Dari segi Meteorologi lain pula alasanya. Entahlah.

Saudara mymahdi masih belum menjawab pertanyaan seorang sahabat tentang ayat yang di`bold`kan tu.

Dulu pada pertengahan tahun 80an Abuya Al-Arqam mendakwa Imam Mahdi akan muncul pada tahun 1994. Imam Mahdi yang dimaksudkan itu (ketika itu) sedang bertapa di kaki Gunung Lawu, Alas Katongo, Magetan, Jawa Timur. Akhirnya bukan sahaja Imam Mahdi yang Abuya maksudkan itu tak muncul malah Al-Arqam di lenyapkan. Kini kita dihebohkan pula oleh Ayah Pin di Besut yang menjadi wakil kepada kerajaan langit. Ayah Pin sudahpun menyediakan prasarana untuk persidangan wakil wakil penduduk dunia dari berbagai bagai agama dan negara.

Apa yang pasti diakhir zaman ini semakin banyak munculnya mereka yang mengaku pemimpin akhir zaman.

Berbalik kepada saudara mymahdi...saya setia menunggu apa yang saudara maksudkan itu.
Hijaukan Bumi Kita
Codename47
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 18
Joined: Sun Sep 26, 2004 12:32 am
Location: Station 5, Spartly Island

menarik.....

Postby kerana_MU on Thu Jul 14, 2005 10:40 am

assalamu'alaikum w.b.t....
janganlah taksub sangat menunggu kelhiran imam mahdi niii..
kita pun dah sedia maklum yg kita skrg berada d akhir zaman...
perbanyakkanlah ibadah dan serulah manusia ke arah jalan kebaikan.
insyaAllah...kalau imam mahdi muncul d saat kita masih hidup,
orang2 yg beriman dan bertaqwa akan setia teguh di belakang beliau..
kerana_MU ALLAH
dulu,kini dan selama-lamanya....:)
alhamdulillah 'ala kulli hal..
kerana_MU
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 15
Joined: Tue May 24, 2005 11:22 am
Location: dah pasti bukan di langit

Postby kiethegreat on Wed Jul 20, 2005 4:50 pm

:P

kalau ikut citer ayah pakcik pun pakcik nih berketurunan dari arab..bau takbau jer ngan ahlul bait....ikut blah mak plak kira pakcik nih dah jadik sultan pesal pewaris kerajaan pasai......baik bela ayam kat reban aman damai :P

ikut kan barang peninggalan datuk memacam senjata ade..pedang bertatahkan AQ...keris bersalut kuning..keris kecik tapak tangan tak der ulu..biasa boleh terbang keris ginih..jin bawak kot :P .....tombak puteri gunung ledang ...ala kira geng kerabat punya persenjataan laa..cumer pakcik malas layan jer..sebab sukakan makan kfc :P ....diberi keris kecik tuh trus jual..malas nak layan...nanti jin tipu..sebelum kene tipu kita jual jin dulu :P ..yeaaa

kesimpulan..kalu takat citer atuk nenek ngko punyer...mereka dah mati..maka citer pun dah berkubur laaa....yg pasti pastikan ngko posa penuh bulan ramadhan ngan solat selalu...jangan jadik cam pakcik yg malas ngan liat skit :P

yg pasti ngko dah jadih bodoh ngan dakwaan ngko..pesal konpim tak betul malah mencarut...ehh mengarut laa :P

setakat keramat nih tak main laa sedara....level bawah jer tuh..tok sami budhha pun boleh main sihir sihir ngan mender pepelik nih...ilmu dunia takat 2 X gunung everest jer...lebih tuh kener tanya pada ahli tauhid laa...

apa pun yg konpim dan benar ialah kamu dah salah....hatta yg lahir itu boleh terbang dan tak makan minum dia tetap bukan imam mahdi...ini konpim :P
Al Ikhlas..Mengesakan Tuhan
kiethegreat
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2140
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: mana mana laa...janji bahgia

Postby kuboooor on Sun Jul 24, 2005 11:54 pm

A'kum..
Buat masa ini,kita tunggu sahaja masanya... Dan kita nantikan apakah fenomena ajaib yang akan berlaku dari 9 bulan dari sekarang(sbg bukti kebenaran apa yang saya ceritakan) Menurut cerita nenek moyang saya, keluarga kami asalnya adalah perantau... Terpulanglah pada anda semua..

Kalu nak jumpa Imam mahdi tak yah tunggu 9 bulan datang je ke Kota BHaru. ramai ada.
yang dah tobat pun ada dan yang masih cari pengikut pun ada.

kalau benar tuan yakin tentang kedatangan Imam Mahdi , apakah persiapan tuan atau amalan tuan sekarang sebagai persiapan? adakah mengikut sunnah atau tidak.

kalau rasa belum, maka belajarlah quran dan hadith-hadith yang soheh dan amalkannya sebagai cara hidup harian.

Yakinlah jika Imam mahdi muncul dia akan bawa syariat Nabi saw. sahaja.

sebanyak mana kita amal kehidupan Nabi saw. maka sebanyak itulah peluang kita akan jadi pengikutnya.

habih dah.....
mati
kuboooor
Ahli
Ahli
 
Posts: 1
Joined: Sat Jul 23, 2005 11:11 pm
Location: kb

Re: tunggu dan lihat....

Postby z@yed on Wed Nov 09, 2005 8:26 am

mymahdi wrote:A'kum..
Buat masa ini,kita tunggu sahaja masanya... Dan kita nantikan apakah fenomena ajaib yang akan berlaku dari 9 bulan dari sekarang(sbg bukti kebenaran apa yang saya ceritakan) Menurut cerita nenek moyang saya, keluarga kami asalnya adalah perantau... Terpulanglah pada anda semua..

masa yg ditunggu hampir tiba....hehehehe...
z@yed
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 641
Joined: Tue Oct 21, 2003 11:28 am

Re: tunggu dan lihat....

Postby mlar on Wed Nov 09, 2005 3:53 pm

z@yed wrote:masa yg ditunggu hampir tiba....hehehehe...

Kata orang penantian sungguh menyeksakan.
Sabar sungguh Ustaz Zayed menunggu "kemunculannya".
mlar
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 48
Joined: Fri Aug 01, 2003 10:09 am

Postby nahzaluz on Thu Nov 17, 2005 1:40 am

dah gerhana dah. selesai. beres. err nak tanya, dah muncul ke belum? :kenyit:
nahzaluz
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 295
Joined: Sun Dec 07, 2003 1:18 pm

Postby tutook on Sat Nov 19, 2005 6:52 am

Assalamua'laikum,

Sekadar pandangan,
Khabar berita sebegitu bukanlah sia-sia bagi siapa yang mengerti....,
Syukur al-hamdulillah....Allah s.w.t. jualah Yang Maha Mengetahui,
"Ya Allah, kami bermohon agar senantiasa tetap di dalam pemeliharaanMu...Ya Allah..."
:nangis:

wallahua'lam.

____________________
Awal Akhir Zahir Bathin....
tutook
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 574
Joined: Fri Mar 14, 2003 8:00 am
Location: perak

Re: Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Postby zulman on Mon Nov 21, 2005 12:11 pm

mymahdi wrote:Assalamualaikum....
Dewasa ini kemunculan Imam Mahdi sedang hebat diperdebatkan oleh masyarakat dunia terutamanya orang Islam. Kemunculannya amat mengelirukan kebanyakan umat yang tandus pengetahuan serta jahil terhadap agama. Bahkan selepas zaman kewafatan baginda Rasullullah saw,ramai sekali yang mengaku bahawa diri mereka adalah ciri2 Imam Mahdi yang disangkakan. Ternyata sangkaan mereka hanyalah tinggal sangkaan sahaja..jauh menyimpang dari fakta kebenaran. Sedangkan Rasullullah saw sendiri telah meyebut bahawa kemunculannya adalah di akhir zaman..bukan di pertengahan zaman! Terdapat beberapa petanda yang dikaitkan dengan kemunculan/kelahiran Imam Mahdi seperti yang disabdakan oleh Rasullullah pada zaman kekhalifahannya.. Antaranya ialah gempa bumi,penindasan umat Islam,kerosakan dan sebagainya yang ada kaitannya dengan kemusnahan..
Tiada seorang pun yang tahu kekuasaan Allah swt melainkan Dia sendiri. Dan Dia mengkehendaki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Cuma orang yang dikehendakiNya sahaja yang dapat merasakan isyarat yang disampaikan olehNya samada melalui bentuk kehidupan ataupun sebagainya. Allahu Akbar!! Walaupun kedatangan Imam Mahdi bukan sebagai seorang nabi dan rasul,tetapi kemunculannya sebagai rahmat sekalian alam amat dinanti-nantikan oleh umat manusia sebagai penerus pemerintahan Rasullullah saw dan pembawa keadilan di atas muka bumi. Namun dalam menanti kemunculannya, berbagai2 karenah yang berlaku seperti perebutan kuasa,pembunuhan,penindasan yang cukup membawa kepada kemusnahan alam manusia di atas muka bumi.
Tanggal 26 Disember 2004 merupakan tarikh keramat buat pasangan yang akan menjadi ayah dan ibu kepada pemimpin akhir zaman ini di mana telah berlangsungnya majlis perkahwinan mereka dengan selamat di salah sebuah tempat terpencil di dalam Sarawak. Sesungguhnya berbagai-bagai fenomena ganjil yang berlaku semasa majlis dilangsungkan tetapi bukan di dalam kawasan majlis dilangsungkan…Pada tarikh tersebut jugalah berlakunya fenomena dahsyat yang menggemparkan dunia kerana kehadirannya banyak mengorbankan nyawa…Tsunami!! Dan sehingga ke hari ini gempa bumi sering berlaku di mana-mana sahaja selepas tanda yang terbesar itu!
Bapa(bongsu) kepada pemimpin ini beradiknya adalah 12 orang dan ibunya merupakan anak kepada seorang perempuan bongsu yang beradiknya juga 12 orang.Apa hikmahnya Allah menemukan keluarga 12 dengan keluarga 12 ini? Mungkin anda tahu jawapannya….(imam terakhir yang dijumlah nabi)
Saya pernah terdengar hadis nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi “Akan muncul pada akhir zaman kelak seorang pemimpin yang seakan-akan daku,nama seakan akan namaku dan berasal seakan akan dari asal negeriku…”
Anda yang taksub dengan imam Mahdi mungkin pernah mendengar hadis yang berbunyi “ akan datang kebenaran dan keadilan yang akan ditegakkan oleh seorang pemuda dari timur@maghrib……”

Pernahkah anda dengar nama kawasan Mukah di negara anda? Apa perbezaannya antara sebutan mekah dan mukah….(nama antara kedua tempat tersebut boleh tafsirkan sebagai seakan-akan(bunyi)…betul tak?)
Ini beerti kelahiran Imam Mahdi akan muncul dari Mukah. Saat gerhana pada bulan Ramadhan 2005 adalah tanda kelahirannya kelak….Sama sama kita tunggu!!!
Wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum….

Kalau saya berkata ia satu pembohongan bagaimana...
Kalau Imam Mahadi berasal keturunan dari Rasulullah memanglah ianya dari keturunan Quraish

Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anh:

"Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Ia adalah dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Ia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku.." (Musnad Ahmad)

gerhana....betul ker

petikan hadith yang diriwayatkan dari Imam Ja'afar Shadiq rahimahullah:

"Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad.." (Ikmal ad-Deen ms 361)

Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi. Tidak kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang, menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.

Pertamanya, harus diingat peristiwa dua gerhana pada bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang lalu, dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi. Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.

Keduanya, hadith tersebut dikatakan adalah dari sumber kaum Syiah yang diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah hadith rekaan kaum Syiah). Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu 'anhum mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim.
sabda Baginda yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar:

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat.." Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: nombor 1521

Hairan baru perkahwinan bapa 'imam mahadi' dah membunuh berpuluh ribu nyawa...kalau 'imam mahadi' lahir emmmm....kiamat separuh dunia agaknya...
In every GooD Deed Allah will Help
zulman
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 22
Joined: Sat Nov 12, 2005 12:27 pm
Location: perak-KL

Postby akuumno on Fri Jan 13, 2006 2:50 pm

Assalamu'alaikum mymahdi... apa khabar...???? Lama tak dengar berita daripada saudara. Nampak dah lebih setahun berlalu, apa yang saudara war-warkan, nampaknya 'tidak' menjadi kenyataan... atau adakah saya terlepas menyaksikan fenomena itu...?

Saya amat berharap jika saudara dapat memberi sedikit respon mengenai perkara ni, supaya ianya tidak menjadi 'fitnah' terhadap diri saudara.

Sekian, terima kasih.

p/s: Apa dah jadi, dik...?????
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2964
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Re: Kelahiran Imam Mahdi di Mukah...

Postby mymahdi on Fri Apr 30, 2010 10:49 am

Salam...
Terima kasih kerana sudi menanti khabar setelah beberapa tahun saya menulis artikel yang berkenaan...Untuk makluman,saya menulis artikel tersebut adalah sebelum lahirnya insan yang dikatakan Imam Mahdi tersebut...wallaahu'alam... Maaf sekiranya artikel yang diceritakan mengundang tanda tanya dan mencetuskan beberapa kontroversi yang menjadi perang artikel di dalam web bicara muslim ini..Saya memohon ampun dan maaf kerana saya hanya seorang hamba Allah yang biasa. Dengan izin Allah,kelahiran anak pertama yang yang dilahirkan oleh 'pasangan tsunami' 26/12/2004 tersebut adalah seorang bayi lelaki comel yang cukup sifatnya yang telah selamat dilahirkan pada 29/09/2005 bersamaan hari khamis malam Jumaat pada jam 2315 di hospital Daerah Mukah. Sungguh tidak disangka kerana penulis tidak mengetahui apa jantina anak kelahiran pertama pasangan tsunami tersebut kerana artikel ditulis sebelum kelahirannya dan hanya berlandaskan firasat dan tawakkal kepada Allah semata2. Walau apapun untuk menceritakan kesinambungan kelahiran yang dinanti2kan ini, bayi tersebut telah pun dinamakan sebagai Muhammad Al Mahdi dan kini telah berumur 5 tahun (kini sedang bersekolah di pra sekolah agama...) Bagi mereka yang taksub yang ingin mengetahui siapa Imam Mahdi,kita hanya berserah kepada Allah kerana hanyalah Dia yang menguruskan makhlukNya dan hanya Dia yang mengetahui kehidupan makhlukNya.Seperti yang kita tahu Imam Mahdi hanyalah merupakan seorang manusia biasa yang lahir seperti kita manusia kerana Nabi Muhammad S.A.W juga lahir seperti kita manusia biasa dan lahir ke dunia bukannya terus menjadi pemerintah dan pejuang agama.(Beliau juga menjalani proses tumbesaran seperti manusia biasa...bukannya lahir kecik2 terus jadi pemimpin) Diharapkan kepada mereka yang taksub,agar bersabar kerana Allah pernah berfirman yang kira2 maksudnya 'janganlah kamu meminta2 menyegerakan hari kiamat....' InsyaAllah insan tersebut akan mencapai umur 7 tahun pada tahun 2012 kelak.. Kesimpulannya,bersama2 lah kita berdoa agar semuanya selamat dalam kehidupan seharian dan bertawakkal kepada Allah menanti apakah kesudahan kehidupan kita yang seperti anda semua tahu zaman kita sekarang kini telah berada di ambang akhir zaman.... :matabulat: Setakat di sini sahaja artikel yang penuh kontroversi ini dapat diceritakan kerana penulis tidak tahu apa akan berlaku seterusnya dan hanya berserah diri kepada Allah menempuh kehidupan yang semakin mencabar dari hari ke hari dan sama2lah kita memohon perlindunganNya...amin...sekian,wassalam.. :)
mymahdi
Ahli
Ahli
 
Posts: 3
Joined: Mon Feb 07, 2005 12:41 pm

Return to Bicara Al-Qur'an & Hadith

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron