Anda juga boleh menjadi seorang Hafiz!

Untuk apa-apa bicara, berita dan pengumuman berkaitan aktiviti masjid, surau dan komuniti anda.
Pengendali :: miftahul sudur

Postby relief on Fri Jul 27, 2001 4:16 pm

diambil dari shukur.com>

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dari Muaz Juhani r.a beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya, kedua ibu-bapanya akan dipakaikan dengan mahkota pada hari Pengadilan , yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada didalam rumah-rumah kamu didunia ini.
Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri beramal dengannya " H.R Ahmad & Ibn Majah.

"Seminar Kaedah Terkini Menghafaz Al-Quran Kaedah Al-Huffaz"

Tarikh: 29 Julai 2001 (AHAD)
Masa: 8:30pagi – 1:15 petang
Tempat: Auditorium SIRIM Berhad,
Tingkat 1, Blok 5,
Persiaran Datuk Menteri,
Seksyen 2, Shah Alam.

Yuran: RM50 (individu), RM80 (suami/isteri)

Mengapa Anda Mesti Hadir Seminar Ini?

Anda akan dibimbing bagaimana menggunakan masa 5-10 minit sahaja sehari untuk pandai membaca dan menghafal Al-Quran.

Bagaimana kaedah Al-Huffaz memahirkan anda membaca dan sekaligus menghafaz al-Quran dengan betul dan kukuh dalam ingatan.

Al-Quran benteng paling teguh mencegah maksiat dalam diri serta melawan pengaruh gejala sosial di sekeliling anda.

Menghafaz Al-Quran juga akan mencerdaskan minda serta mengelakkan daripada sifat nyanyuk di hari tua.

Membaca dan menghafaz al-Quran akan meningkatkan prestasi kerjaya dan menjana produktiviti pekerjaan anda.

Menghafaz al-Quran akan mempertajamkan minda anda.

Diterangkan kaedah untuk menjaga hafazan dan mengukuhkan ingatan.

Kaedah ini akan mewujudkan program maahad tahfiz di dalam rumah sendiri.

Memperkasakan jiwa dan jati diri menerusi hafazan al-Quran.

Pelaburan yang tidak rugi demi membasmi gejala buta al-Quran di negara ini.

Biodata Pengasas Kaedah Al-Huffaz

USTAZ HJ MOHD SHAFIE HJ MOHD AMIN AL-HAFIZ, pengasas SISTEM Al-HUFFAZ ini adalah seorang akauntan, berkelulusan Association Chartered of Certified Accountant (ACCA), daripada United KIngdom. Sebelum ini pernah berkhidmat sebagai akauntan di beberapa buah firma dan pensyarah sambilan di UKM dan ITM.

Di peringkat awal, beliau menceburi hafazan al-Quran serta kursus Bahasa Arab hanya secara sambilan. Meskipun mula menghafaz di usia 27 tahun, namun akhirnya berjaya menamatkan 30 juzuk, dalam masa 3 tahun.

Dari seorang lepasan akademik yang tidak pandai membaca al-Quran, akhirnya beliau berjaya menjadi seorang hafiz serta mampu mencipta suatu formula pembelajaran al-Quran yang efektif dan kaedah menghafaz yang sistematik. Format ini jugalah yang telah
menempah nama beliau bersama tiga orang anaknya sebagai johan dalam Majlis Menghafaz Al-Quran di Peringkat Negeri dan Kebangsaan yang sering diadakan pada setiap tahun.

Di antara guru-guru beliau di dalam ilmu Tajwid ialah YBhg. Datuk Ustaz Haji Hasan Azhari. Manakala guru al-Hafiz yang beliau bertalaqi hafazan al-Quran ialah Ustaz Asmungi al-Hafiz, Ustaz Jim al-Hafiz (Mali, Afrika) dan Ustaz Abdul Rauf al-Hafiz (Univ Al-Azhar, Mesir)

Jawatan beliau kini ialah sebagai Ahli Lembaga Pengarah & Ketua Perunding Al-Huffaz Consulting. Penasihat Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Itqaan, Maahad Tahfiz Lilbanat, Bukit Naga Kelang dan Maahad Tahfiz al-Akhyar Johor Bahru. Beliau juga adalah Pensyarah di Seminar Motivasi Al-Quran - Kaedah Sistematik Membaca dan Menghafaz Al-Quran Menurut Kaedah Al-Huffaz disamping menjadi Pembimbing Kursus Menghafaz Al-Quran di Syarikat Takaful Malaysia, Kursus Tahsinul Quran di Pejabat Pengarah JAIS, Kursus di Perdana Technology Venture dan Kelas Tahsinul Quran di Masjid Negara.

Pencapaian dan Kejayaan

Berikut adalah contoh kejayaan anak-anak beliau yang dibimbing menggunakan kaedah Al-Huffaz:

- Adik Muhammad, 15 tahun - JOHAN menghafaz Al-Quran (1-15 juzuk) Peringkat Wilayah Persekutuan 1999.
- Adik Siti Hajar, 13 tahun - JOHAN menghafaz Al-Quran (1-15 juzuk) Peringkat Kebangsaan Tahun 2000.
- Adik Rabea, 14 tahun - peserta termuda dan JOHAN menghafaz Al-Quran (1-30 juzuk) Peringkat Kebangsaan, 1999 dan 2000.

Komen Pakar Al-Quran

Komen 1: Dato' Ustaz Haji Hasan Azhari
"Sistem al-Huffaz memberi manfaat kepada sesiapa sahaja, bukan hanya untuk menghafaz tetapi juga bagi mereka yang baru belajar al-Quran atau ingin memperbaiki kelancaran dan mendapat kemahiran dalam hukum tajwid."

Komen 2: Ustaz Pirdaus Hj Ismail al-Hafiz
"Kaedah ini adalah suatu sistem yang telah disusun berdasarkan pengalaman pengasasnya sendiri, yang asalnya tidak boleh membaca al-Quran sehinggalah berjaya menjadi hafiz. Kaedah ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mendekati al-Quran, dapat membantu keluarga dan masyarakat menghayati al-Quran."

Komen Peserta

Komen 1: Pemandu Teksi KL
"Setelah menghafal Yasin mengikut kaedah ini, saya yakin boleh menghafaz seluruh al-Quran. Kini saya menghafaz Surah al-Waqiah, as-Sajdah dan lain-lain sambil memandu kereta."

Komen 2: Pengarah Syarikat
" Sebelum ini, saya terlalu sukar untuk menghafaz surah as-Sajdah. Alhamdulillah, dengan kaedah ini, saya mampu menghafalnya"

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Tuan Syed Omar (03-5128163), En Fauzi Sain (019-3344983),
En Abd Razak (019-3843363), En Ridzuan (016-2167790)

*****************************************************


~LizaMA:senyum:

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : relief pada 2001-07-27 02:19 ]</font>
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby azlis79 on Fri Jul 27, 2001 8:45 pm

wa'alaikum salam.

banyak isi berguna dipaparkan disini.
Insya Allah akan diusahakan menghubungi yg berkenaan.
Terima kasih atas daya usaha relief ni..

wassalam

Lis79
azlis79
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 917
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am
Location: sini ...Selatan M'sia

Postby BALKIS on Fri Aug 10, 2001 12:53 pm

Assalamu`alaikum...

Best juge method tuu....
Mmm...kalau ada dalam bentuk CD ke video buleh juge juga beli...
BALKIS
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 321
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Utagha

Postby mardhiah12 on Tue Aug 14, 2001 12:39 pm

Assalamu'alaikum
bile lagi kursus cam nih nak dianjurkan???
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Tahirah on Tue Aug 14, 2001 3:24 pm

assalamualaikum warahmatullah...
erm..dgr citer relief (more to facts i would say)ni...teringat lak ana kat kisah ana masa kanak² ribena dulu. pernah gak teringin nak jadi tahfiz tapi, tak kesampaian. maybe sbb tak bersungguh atau pon, ader hikmah disebaliknyer...ana pon tak pasti...hanya Allah yg Maha Mengetahui..
tapi kan..seronok gak kalau time² dah tua camni dpt blajar lagi benda² berguna camni..tul tak?? :sengih:
Tahirah
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 133
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Puchong

Postby Kernel on Thu Aug 16, 2001 3:01 pm

Hmm.. best jugak kalau urusetia HBM boleh arrange kan program ni dalam the next HBM kan?????.............
Kernel
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 22
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby putrikembara on Sun Aug 19, 2001 1:30 pm

erk..kernel.:senyum:

that's good idea.
-sabar itu indah-
putrikembara
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 658
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby relief on Sun Aug 19, 2001 2:09 pm

program selanjutnya yg saya tahu akan diadakan sebelum puasa. Kalau nak tahu lebih lanjut, leh call them :senyum:
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby BALKIS on Wed Aug 22, 2001 1:38 am

emm...kalau buleh ...dan kalau dapat
nak tengok dulu Relief jadi seorang hafiz..:senyum:
BALKIS
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 321
Joined: Sat Feb 24, 2001 8:00 am
Location: Utagha

Postby Zikri9815 on Sun Sep 16, 2001 4:11 am

assalamualaikum

ana nak namakan anak ana Al- Hafiz - insyaallah
Zikri9815
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 164
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Kuala Lumpur

Postby relief on Fri Sep 21, 2001 11:19 pm

inshaALlah semua di BMC akan jadi hafiz & hafizah.. Amin
Image
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby balqis isyqee on Thu Oct 04, 2001 2:53 am

Assalamualaikum..

Ana doakan mudah2an segala usaha kalian diberkati olehNya...Hidup perlukan perubahan..apa salahnya kita mulakan hidup kita dgn membaca ayat2Nya...sedikit demi sedikit InsyaAllah kita semua boleh...
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yg
mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"
Tiada yg mustahil dlm dunia ini...MAlaysia Boleh kita juga boleh....yg penting usaha yg tidak pernah kenal erti jemu....teruskan usahamu ... Mudah2an Allah kan mempermudahkan dirimu...InsyaAllah...

wassalam..
balqis isyqee
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby jihak on Wed Oct 17, 2001 2:56 am

as'kum

terkini kursus ini akan diadakan pada ahad 21/10 di PKNS.
wassalam..
Naluri boleh menjadi anugerahNya yang bermakna berkeyaqinan...
jihak
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 21
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am


Return to Bicara Masjid, Surau & Komuniti

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron