Benarkah 'Monosodium Glutamate' ini merbahaya..?

Untuk apa-apa bicara khusus berkaitan kaum Hawa.
Pengendali :: limau nipis, BALKIS

Postby seraiwangi on Sat Mar 01, 2008 12:29 am

weezah wrote:as'kumm...
weez,, tertarik ngan topik ni..
kemusykilan weez nak tanya, adakah msg ini diperbuat drp bahan bahan haram dan terlarang dlm Islam?
tq


salam ukhuwwah fillah..

weezah....dlm persoalan ini seraiwangi bukanlah org yg berilmu utk menentukan statusnya..

..namun disini..seraiwangi cuba berkongsi info ni....maklumat ni dah lama n pernah menjadi isu hangat suatu masa dulu..


Apa sepatutnya Ajinomoto lakukan di Indonesia
(What Ajinomoto Should have Done In Indonesia)
Warren Caragata: Asiaweek Monday January 15, 2001.

Syarikat gergasi Jepun yang mengeluarkan bahan perasa; AJINOMOTO telah ditangkap menggunakan bahan khinzir untuk mengeluarkan MSG dengan berlabelkan ‘HALAL’ pada produk itu. Sepatutnya syarikat itu telah menggunakan Tylenol untuk meredakan keadaan. Tylenol memang mujarab untuk menenangkan sakit kepala, kesan daripada masalah yang melanda penduduk Indonesia di mana 80% daripada jumlahnya beragama Islam yang menegah umatnya memakan apa juga hidangan yang mengandungi daging jenis itu. Preskripsi Tylenol itu tentu mampu membantu syarikat menangani isu itu dan boleh menjadi satu ingatan kepada semua para eksekutif syarikat di mana juga mereka berada mengenai cara yang sepatutnya dilakukan bila berdepan dengan masalah yang sama.

Sepatutnya mereka meniru tindakan Johnson & Johnson, pengeluar terkenal ubat penahan kesakitan itu ketika syarikat itu menghadapi masalah pada 1982. Ketika itu ramai pembeli yang mati kerana memakan Tylenol yang telah disuntik dengan racun pembunuh. Ketua pegawai operasi, James burke telah mengambil balik semua Tylenol yang dijual di seluruh dunia, bukan sahaja yang terjual di Amerika Syarikat yang ketika itu memang disuntik dengan racun itu. Tindakan itu memang mengakibatkan syarikat kerugian besar. Tetapi ia telah menyelamatkan jenama ubat itu dan menjadikan Johnson & Johnson lebih terkenal kerana bingkas dan berani bertindak ketika diserang krisis.

Dulu, Bridgestone/Firestone dan kini Ajinomoto menunjukkan bahawa mereka belum matang menangani masalah besar seperti yang dihadapi itu. Kalaulah Ajinomoto meniru tindakan Johnson & Johnson dulu, mereka tidak perlu menghadapi sebarang masalah besar. Majlis Ulama Nasional Indonesia, yang memberikan perakuan kepada kesahihan makanan halal, telah menjumpai betapa syarikat itu telah menukar proses pengeluarannya dengan menggunakan enzaim yang diperolehi daripada khinzir – dan tidak lagi daripada lembu- untuk mengeluarkan MSG (Mono Sodium Glutamate). Walaupun tidak ada daging khinzir yang terbabit secara terus dalam pemprosesan itu, Majlis itu telah memberitahu Ajinomoto betapa pengeluarannya tidak lagi sesuai untuk dijual kepada orang Islam.

Sepatutnya di waktu itu, Ajinomoto bertindak ala Johnson & Johnson dan menarik semua barangan yang masih terjual di kedai-kedai. Sebaliknya, syarikat Jepun itu terus mengeluarkan barangnya dan masih melabelkan keluaran itu dengan tanda ‘HALAL’, sedangkan kandungannya memang sah ‘HARAM’ kepada orang Islam.

Akhirnya pada bulan Disember, Majlis Islam itu telah membuat pengumuman yang mengejutkan. Kerajaan bertindak dan mengarahkan syarikat menarik balik sekitar 3,000 ton perasa itu daripada kedai. Enam orang pegawai syarikat ditangkap dan dibebaskan kemudiannya. Mereka berkemungkinan didakwa kerana melanggar undang-undang perlindungan konsumer Indonesia. Kilang itu telah diarahkan tutup dan polis telah diarahkan mengawalnya sebagai berjaga-jaga kalau-kalau ada konsumer Islam yang marah dan menyerang kilang itu. Di Tokyo, saham Ajinomoto terus merudum.

Kini, syarikat itu telah menempah iklan yang luas di semua akhbar di seluruh Indonesia; “PT Ajinomoto Indonesia dengan ikhlasnya memohon maaf kepada rakyat Indonesia keseluruhannya, terutama sekali umat Islam, kerana keluaran kilang, yang telah mencetuskan kegusaran di kalangan rakyat – sesuatu yang kami benar-benar tidak jangkakan,” demikian kata-kata iklan itu. Penjualan MSG yang menggunakan bahan khinzir kini, menekan Ajinomoto sehinggakan imej korporatnya turut tercemar. Semakin banyak syarikat Jepun yang menjadi gusar kalau-kalau masalah Ajinomoto itu merebak menjangkiti syarikat mereka pula. Masalah Ajinomoto mungkin terpalit kepada mereka kalau-kalau sentimen anti-Jepun meledak. Sentimen seperti ini memang mudah meletup di Indonesia.

Jepun merupakan pelabur asing terbesar di Indonesia. Ia sudah dituduh memihak kepada Marubeni, dalam kemelut yang menghantui si pemiutang Chandra Asri, sebuah kompleks petroleum di Jawa barat. Pada tahun yang lalu, bank Agen Pemulihan Indonesia ( Indonesian bank Restructuring Agency) telah menukar perjanjian lama di antara Chandra Asri dengan Marubeni Corp, untuk memihak kepada syarikat Jepun yang memberikan hutang itu. Pengkritik di Indonesia tidak puas hati dengan perjalanan agensi itu. Seorang pegawai tinggi agensi itu telah meletakkan jawatan dengan menuduh kerajaan Indonesia sengaja memihak kepada kerajaan Jepun.

Inilah keadaannya di Indonesia. Politik mudah campur tangan dalam kisah perdagangan seperti yang terjadi kepada Ajinomoto. Presiden Abdulrahman Wahid (Gus Dur) yang merupakan seorang ‘kiai’ telah menyatakan bahawa barangan Ajinomoto adalah halal kerana ia hanya menggunakan enzaim yang diproses daripada khinzir. Majlis agama Islam tidak bersetuju dengan pendapatnya. Wahid juga mengatakan bahawa skandal itu telah digunakan oleh puak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaannya. Keadaan kerajaannya memang sudah tenat, kerana itu dia membuat kenyataan seperti itu setiap hari.

Masalahnya terletak kepada keengganan Ajinomoto menarik balik semua barangannya sebaik sahaja masalah itu tercetus. Ajinomot sepatutnya tidak menunggu untuk menilai dan berharap nasib akan menyebelahinya. Mungkin di satu hari nanti tercetus lagi krisis seperti ini. Semua eksekutif syarikat yang dihantui kemelut begini akan mencari jawapannya mengikut kaedah Tylenol itu.


**********************************************
n menurut sbhagian info yg pernah dibaca... Ajinomoto Malaysia menafikan yg ia menggunakan bahan2 yg tak sepatutnya bahkan menggunkan protein sayuran yang dihidrolis(pati sayuran) di dalam produk keluarannya..

namun....jika pernah membaca mana-mana buku yg dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna-Halal Haram -dr sudut Syariah, kesihatan berdasarkan "halaalan Thoyyiban"..dikatakan bhw MSG ini serbuk perisa yang MERAGUKAN!....


Wallahua'lam
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby akunilah on Mon Mar 10, 2008 1:51 pm

itu cerita aji-no.

bagaimana pula dgn sos tiram? ada sapa2 tahu tak mengenai keburukannya?
BERBAHAGIALAH BG MEREKA2 YG SENTIASA MENCARI KESILAPAN SENDIRI DPD SIBUK MENCARI2 KESALAHAN ORG LAIN
User avatar
akunilah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1600
Joined: Thu Jun 30, 2005 6:26 pm

Postby budakKUiTTHo on Thu Mar 13, 2008 9:02 am

saya rasa sos tiram pun sama kesannya sebab ia menngandungi msg..kat rumah benda yang ada msg yang saya guna cuma sos cili saja...yang leh saya tak guna....nanti saya rasa sakit hati(sedih) bila ada yang sakit kepala.... saya elakkan seboleh2..nak makan bubur..spageti, nasi beriani..tomyam saya akan usahakan buat sendiri tanpa guna perasa dan perencah lam paket tu..... :D alhamdulillah arwah ayah seorang chef..dia banyak ajar masak...leh la takat nak makan....
budakKUiTTHo
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 259
Joined: Thu Nov 14, 2002 8:00 am
Location: kuittho now known as UTHM

Postby akunilah on Mon Mar 17, 2008 10:36 am

itu masih berkenaan msg. maksud akak, ada pernah jumpa tak sos tiram ni kalau banyak sgt boleh menyebabkan kemudaratan pd buah pinggang....? :matabulat:
BERBAHAGIALAH BG MEREKA2 YG SENTIASA MENCARI KESILAPAN SENDIRI DPD SIBUK MENCARI2 KESALAHAN ORG LAIN
User avatar
akunilah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1600
Joined: Thu Jun 30, 2005 6:26 pm

Postby Couns on Mon Mar 17, 2008 1:08 pm

akunilah wrote:itu masih berkenaan msg. maksud akak, ada pernah jumpa tak sos tiram ni kalau banyak sgt boleh menyebabkan kemudaratan pd buah pinggang....? :matabulat:


sos tiram ni, sedikit sebanyak membantu juga pada yg mempunyai penyakit beguk! dan biasalah..apa saja yg melebihi tetap memudaratkan!
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby Couns on Wed Jun 11, 2008 12:18 pm

antara makanan yg MESTI diletakkan MSG untuk mendapatkan kepujian rasanya...

Image
SPEGEHTI SAMBAL KARI UDANG

Image
NASI LEMAK: satu cara untuk menikmati nasi lemak tanpa santan ialah memasak nasi tersebut
dengan dicampurkan minyak masak dan serbuk MSG..
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby budakKUiTTHo on Wed Jun 11, 2008 2:22 pm

tak berkenan/setuju pla dengan perkataan MESTI....kalau tau cara dan kreatif pasti spageti dan nasi lemak tu lebih sedap tanpa guna MSG..ni org yang tak pentingkan kasihatan saja yang suka letak MSG banyak2..jadi jom kita pakat masak kat umah ja...tu satu cra nak elak pengambilan MSG yang banyak....kat rumah masak tak payah pakai MSG jga....
budakKUiTTHo
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 259
Joined: Thu Nov 14, 2002 8:00 am
Location: kuittho now known as UTHM

Postby Couns on Wed Jun 11, 2008 3:47 pm

budakKUiTTHo wrote:tak berkenan/setuju pla dengan perkataan MESTI....kalau tau cara dan kreatif pasti spageti dan nasi lemak tu lebih sedap tanpa guna MSG..ni org yang tak pentingkan kasihatan saja yang suka letak MSG banyak2..jadi jom kita pakat masak kat umah ja...tu satu cra nak elak pengambilan MSG yang banyak....kat rumah masak tak payah pakai MSG jga....


betul tu...tapi yg saya titik beratkan atau maksudkan ialah makanan yg dimakan dikedai, saya yakin tak ada pekedai yg tak meletakkannya dalam setiap masakan mereka kerana ianya bukan sesuatu yg diharamkan, jadi buat apa menanggung risiko untuk sesuatu yg mungkin mengurangkan kedatangan pelanggan ke kedai itu...
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby PenMerah on Wed Jun 11, 2008 5:23 pm

walau macam mana pon saya suka nasik lemak yg dibungkus daun pisang seperti taun 70an...

sambal udang halus..
nasik berlemak...
perghh... sedap harga 5 sen saja.
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby Couns on Mon Jun 30, 2008 12:16 pm

Image
ayam panggang seperti ini selalunya ditabur dengan perencah 'aji-shio'
yg diadun bersama dengan serbuk lada sulah...
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby PenMerah on Mon Jun 30, 2008 12:31 pm

mr coun kasik tunjuk makanan lain selain ayam...
kalau ayam dah tak selera makan ler... :matabulat:
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby WARIS on Fri Jul 04, 2008 5:36 pm

AYAM DAH TAK SELERA YEk...

Image
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Postby PenMerah on Fri Jul 04, 2008 5:53 pm

WARIS wrote:AYAM DAH TAK SELERA YEk...

Image


makanan nko zaman silam....

teruk-teruk melayu...
babi tak main..
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby PenMerah on Fri Jul 04, 2008 6:36 pm

Image
Last edited by PenMerah on Mon Jul 07, 2008 3:19 pm, edited 1 time in total.
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby WARIS on Mon Jul 07, 2008 3:09 pm

Monosodium glutamat (MSG) telah ditunjukkan sebagai mengakibatkan obesiti di kalangan tikus-tikus makmal. Penyelidikan-penyelidikan haiwan itu telah menyebabkan sebilangan penyelidik untuk membuat teori bahawa MSG memainkan peranan dalam wabak obesiti.

Bagaimanapun, kesan yang sama tidak terlihat di kalangan manusia. Sebuah tinjauan epidemiologi yang terdiri daripada 4,938 orang lelaki berbangsa Jepun daripada Rancangan Jantung Honolulu di Hawaii mendapati bahawa pengambilan MSL tidak berkait dengan obesiti. Tambahan pula, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan MSG pada setiap waktu makan tidak berhubung kait dengan kejadian penyakit jantung atau angin ahmar peserta.
WARIS

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/
WARIS
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 9331
Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm

Previous

Return to Bicara Muslimah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest