KISAH-KISAH WANITA TELADAN

Untuk apa-apa bicara khusus berkaitan kaum Hawa.
Pengendali :: limau nipis, BALKIS

KISAH-KISAH WANITA TELADAN

Postby seraiwangi on Sun Jun 08, 2008 10:55 am

Salam Ukhuwwah Fillah.... :P

seraiwangi ingin mengajak rakan2 BMC sekalian utk berkongsi kisah-kisah wanita-pejuang islam sbg contoh n panduan untuk kita sebagai muslimah di abad ini....

..sesungguhnnya cabaran dunia akhir zaman ini sungguh mencabar..hanya mereka yg kuat iman shj yg mampu mengharungi cabaran getir kehidupan ini.....jesteru itu marilah kita berkongsi2 cerita..sbg panduan utk semua....
kerana dalam sejarah perjuangan islam....nama-nama pejuang islam seperti Zainab Al-Ghazali
Khadijah binti Khuwailid,
Fatimah binti Muhammad,
Maryam binti Imran dan sbgainya byk memberikan sumbangan dalam perkembangan islam.....

sesungguhnya keyakinan..kekuatan n keimanan mereka semua dalam mengharungi kehidupan dunia layak dijadikan contoh n panduan utk kita semua.....

Wallahu'alam...
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby seraiwangi on Sun Jun 08, 2008 11:05 am

pertama sekali...seraiwangi mulakan dgn kisah muslimah ulung ini...

Zainab al-Ghazali
Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang wanita Islam yg paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.

Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.

Zainab Al Ghazali dilahirkan di Al-Bihira, Mesir; berketurunan drp Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dgn mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya.
Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar.

Zainab berasal drp keluarga yg aktif berpolitik dan disegani. Semasa muda, beliau merupakan seorang ahli Gabungan Feminis Mesir yg aktif, tetapi pada tahun 1936, semasa berusia 18, beliau menubuhkan persatuan beliau sendiri; Persatuan Wanita Islam, utk mengurus kerja2 wanita2 Islam bersesuaian dgn ajaran Islam.

Semasa disinilah beliau bertemu dgn Imam Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin). Al-Banna mengajak beliau supaya mengetuai cabang wanita Ikhwan dan menggabungkannya dgn Persatuan Wanita Islam. Beliau menolak tetapi akhirnya memberikan bai’ah secara rahsia kpd Al-Banna untuk membantu perjuangan Ikhwan.

Selepas kematian Al-Banna dan keberikutan drp pemenjaraan dan pembunuhan pimpinan Ikhwan, Zainab bersama2 dgn Syed Qutb dan Abd al-Fattah Ismail berpadu sebagai pemandu yg baru kpd gerakan Ikhwan dan mencapai orgramai melalui penulisan mereka dan ceramah. Rumah Zainab pula dijadikan medan utk golongan muda bertemu dan mendalami kecintaan mereka kpd ilmu Islam dan idaman mereka utk memperbaiki keadaan masyarakat mereka, serupa dgn rumah Al-Arqam semasa dijadikan sebagai medan pertemuan generasi Islam pertama 1400 tahun yg lalu.

Tetapi, mana2 gerakan yg inginkan perubahan sudah tentu akan bertemu dgn mehnah dan ujian drp golongan yg takut dgnnya; kerajaan. Dgn beberapa pimpinan Ikhwan, Zainab ditangkap oleh presiden Jaml’ Abd Al-Nasr pada 1965, dibicarakan pada 1966 dan dijatuhi hukuman sangat keras selama 25 tahun. Sebelum pembicaraan dan sepanjang menjalani hukuman, beliau telah disiksa dgn sgt hina, seperti yg dirakamkan beliau dlm bukunya, ‘The return of the Pharoah’ (saya tidak ingat tajuk buku ini dlm bahasa Melayu walaupun pernah membacanya dlm kedua2 bahasa).

Tetapi beliau kuat dan beristiqamah, tidak mahu utk menanda-tangani pengakuan palsu atau menipu mengenai aktiviti sahabat2 seperjuangnnya. Beliau kemudiannya dilepaskan pada 1971 ketika president Anwar Sadat (selepas kematian Nasr).

Setelah beliau dibebaskan dr penjara, Zainab kembali mengajar dan berjuan sebagai pembakar semangat kpd generasi pejuang Islam, lelaki dan wanita. Beliau menunjukkan contoh kpd wanita Islam bagaimana boleh mereka boleh memenuhi tanggungjwab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi dlm masa yg sama memberikan sumbangan kpd masyarakat dan dakwah, mengajar dan memanggil manusia kpd ajaran Islam. Beliau seorang penulis yg disanjung tinggi, kerap menulis utk journal2 Islam, selain menerajui ajaran tafsir al-Quran.

Barangkali, pelajaran yg paling baik utk kita pelajari drp Zainab adalah kekuatan beliau didlm menjalani ibadah kpd Allah.
Beliau menjadikan kehambaannya kpd Allah yg mengatasi segala2nya dlm hidup beliau seperti ucapan beliau yg sgt terkenal kpd suami beliau sebelum berkahwin:

‘…. Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yg pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya utk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dlm diriku…’

Zainab meninggal dunia pada usia 88, semoga perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kpd wanita muslimah kini.
Al-Fatihah....
:nangis:
Last edited by seraiwangi on Sun Jun 08, 2008 11:17 am, edited 2 times in total.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby seraiwangi on Sun Jun 08, 2008 11:13 am

Image

‘Hari-hari dalam hidupku’

merupakan tajuk buku karangan Almarhamah Zainab Al-Ghazali.
Buku ini menceritakan pahit getir perjalanan seorang jundullah dalam tahanan rejim Jamal Abdul Naser.
Penyeksaan yang diterima sungguh melewati batas kemanusiaan.
Dan alhamdulillah beliau berjaya melaluinya tanpa menggadaikan aqidahnya.

:nangis:

p/s...siapa dah pernah baca buku ni?..komen la sikit.. :kenyit:
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm


Return to Bicara Muslimah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests