Tazkirah untuk para Muslimah

Untuk apa-apa bicara khusus berkaitan kaum Hawa.
Pengendali :: limau nipis, BALKIS

Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:29 am

norll_uiks wrote:Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah ...

Yang istimewa ustazah bagi amalan untuk menjaga
keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam "abqaro" menurut ayat dalam surah Al Waqi'ah. Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan.


Haa... tu dia. Ayat ni untuk jaga luar dalam atas
Dan bawah (oopps...censorred). Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.


Caranya : 1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah
sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum.
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri
kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
[56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
[56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang
sebaya umurnya.
[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Wallahuwa'lam. :kenyit:
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Fahaman Permissivisme

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:33 am

GOOKU wrote:Kemerosatan taraf berpikir umat dan keberpalingan mereka dari pemahaman yang benar sesungguhnya merupakan akibat dari serangan kebudayaan barat kepada kita, kaum muslim. Orang-orang barat benar-benar telah menguasai cara berpikir dan selera kita. Akibatnya,mereka dengan mudah mampu mengubah cara pandangan kita tentang kehidupan. Menggantikan tolok ukur kita terhadap segala sesuatu, bahkan menggoncang keyakinan yang telah terpatri di dalam jiwa kita sekalipun, seperti ghirah (semangat) kita terhadap islam atau penghormatan kita terhadap tempat-tempat suci kaum muslim. Agaknya kemenangan kebudayaan barat atas kita telah merubah ke seluruh aspek kehidupan, tidak terkecuali aspek interaksi atau pergaulan antara lelaki dan wanita.

Semua ini terjadi kerana kebudayaan barat yang dimunculkan di negeri-negeri kaum muslim, dengan segala produknya, termasuk kemajuan mereka secara material, banyak membuat sebahagian besar mata kaum muslim terbeliak. Dengan serta merta, mereka lantas menirunya. Mereka berusaha mengambil kebudayaan ini kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa berbagai produk kemajuan fizikal telah dihasilkan oleh barat selaku pemilik kebudayaan yang selalu memprogandakannya. Oleh kerana itulah kaum muslim kemudian mengikut kebudayaan barat tanpa berusaha memilih dan memilih, mana yang termasuk kebudayaan (hadharah) barat dan mana yang hanya termasuk produk fizik (madaniyah) yang lahir dari perkembangan sains dan teknologi.

Pendapat mereka seperti inilah yang menjadikan mereka meyakini bahwa, wanita harus tampil sejajar dengan lelaki, tanpa mempertimbangkan akibat-akibatnya. Pendapat seperti ini jugalah yang menjadikan mereka meyakini bahwa kaum muslimah,mau tidak mau, harus tampil dan menampilkan produk kebudayaan barat tanpa mempedulikan mara bahaya yang akan timbul.
Selanjutnya mereka menyarankan keharusan adanya jaminan kebebasan bagi wanita muslimah dan pemberian hak penuh kepada wanita untuk melakukan apa saja yang diinginkannya. Seruan mereka ini segera diikuti dengan propaganda kepada wanita untuk bergaul secara bebas dengan lelaki, bersolek dan menonjolkan perhiasan mereka. Mereka juga mengajak para wanita muslimah untuk mengendalikan pemerintahan. Mereka menyatakan bahwa semua yang mereka propagandakan itu merupakan bentuk kemajuan dan simbol kebangkitan.
Satu hal yang menjadikan persoalan ini semakin pelik adalah dengan adanya fakta para penyokong dan pemikul kebudayaan barat yang dengan sengaja telah mengaku diri mereka sebagai orang yang sangat mengambil berat terhadap kebebasan individu secara mutlak. Bahkan seorang wanita dengan mudah berhubungan dengan seorang lelaki hanya untuk bersenang-senang atau menikmati kebebasan peribadi. Padahal, tidak ada keperluan apa pun yang mengharuskan adanya hubungan itu, dan tidak ada kepentingan sosial apa pun yang menyebabkan mereka harus hidup berbaur semacam ini. Apatah lagi hubungan ini menjadi hubungan seksual pula.

Demikianlah, para penyokong kebudayaan barat tidak lagi memperhatikan perbezaan antara masyarakat islam dan masyarakat barat. Khususnya berkaitan tata-aturan dalam berinteraksi/ bergaul. Mereka juga tidak lagi mempedulikan apa yang telah diwajibkan dalam kehidupan islam dan apa yang diperintahkan oleh syariat islam. Oleh kerana itu, dengan dalil meniru dan mengikuti barat, mereka sampai meyerukan kebangkitan wanita melalui Fahaman Permissivisme (Serba Boleh), tanpa mempedulikan lagi nilai akhlak. Begitulah, mereka telah merosak sistem interaksi dalam masyarakat islam dengan mengatakan kemajuan atau kebangkitan kaum wanita, yang popular dengan istilah Emansipasi Wanita.

Kekacauan pemahaman masyarakat,tidak terkecuali kaum muslim, terhadap tata aturan atau sistem sosial antara lelaki dan wanita dalam Islam telah sangat parah. Apa yang mereka pahami jauh dari hakikat Islam sebenarnya dari idea-idea dan hukum Islam. Mereka terdiri dari kelompok liberalis yang memberikan ruang kebebasan yang terlalu berlebihan kepada wanita. Sistem Kapitalis dan komunis berusaha menciptakan segala hal yang dapat membangkitkan nafsu seksual dengan tujuan dinikmati secara bebas. Pada Islam memandang hubungan lelaki dan wanita hanya terbatas untuk memelihara keturunan, manakala sistem kapitalis dan komunis memandang hubungan lelaki dan wanita bersifat seksual semata. Sistem Kapitalis sebenarnya menjatuhkan martabat wanita yang beranggapan wanita hanya alat melepaskan nafsu sahaja. Setidak-tidaknya sebagai alat untuk melariskan perniagaan dan perkhimatan seperti pelayan bar, GRO di Disco, Pramugari kapal terbang dan sebagainya. Namun sistem kapitalis kononnya mengambil berat hal-hal ehwal wanita dengan menyamakan hak lelaki walaupun dalam urusan tertinggi pemerintahan seperti ketua memimpin negara. Itulah yang terjadi pada hari ini.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Sistem Sosial Kemasyarakatan Islam

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:34 am

GOOKU wrote:Sistem Sosial Kemasyarakatan Islam


Sistem Sosial-kemasyarakatan Islam (An-Nizam Al Ijtima’i) adalah sistem yang mengatur pertemuan lelaki dengan wanita serta mengatur hubungan yang timbul di antara mereka kerana pertemuan tersebut.
Termasuklah hal-hal yang menjadi natijah daripada adanya hubungan tersebut. Sedangkan hukum-hukum yang berkenaan dengan masalah sosial-kemasyarakatan yang diatur oleh Islam adalah:-

1. Bahawa hukum asal bagi wanita adalah menjadi ibu dan pengurus rumah. Wanita merupakan kehormatan yang mesti dijaga. Beza dengan konsep Kapitalisme ataupun yang lain, bahawa wanita merupakan barangan yang dapat dirasai oleh sesiapa sahaja. Sehingga kehormatan mereka tidak dapat dipertahankan, malah dicabuli di mana-mana. Hal ini nampak daripada adanya hukum seperti kewajiban menutup aurat wanita, berjilbab dan tidak bertabarruj.
2. Bahawa hukum asal wanita wajib dipisahkan dengan lelaki. Mereka tidak boleh bertemu kecuali kerana adanya hajat yang dibenarkan oleh hukum syarak. Seperti haji dan jualbeli. Hal ini juga nampak dari adanya hukum seperti larangan berkhalwat antara lelaki dengan wanita, perbezaan hukum antara kehidupan am dan khas.
3. Bahawa wanita diberi hak yang sama lelaki serta mempunyai kewajiban yang sama kecuali yang dikhususkan kepada lelaki atau dikhususkan kepada wanita berdasarkan dalil syarak. Wanita dan lelaki, sama-sama dibenarkan melakukan urus niaga, pertanian, membuat kilang serta melakukan akad dan mu’amalah yang lain. Ia juga dapat memiliki berbagai-bagai jenis pemilikan. Juga dibenarkan untuk mengembangkan harta dan membelanjakannya, serta mengurus semua urusannya sendiri. Wanita juga dibenarkan untuk diangkat menjadi pegawai negara, serta dipilih menjadi anggota majlis ummat ataupun memenuhi haknya untuk memilih dan membai’at Khalifah. Akan tetapi, wanita tidak boleh menjadi Al Hakim (Khalifah, wakil atau pembantu khalifah [mua’win], Wali, ketua Qadi dan Amil) atau memangku tugas-tugas yang berkenaan dengan pemerintahan, seperti menjadi qadhi mazalim.
4. Wanita hidup dalam kehidupan am (luar rumah) dan kehidupan khas (dalam rumah, kenderaan peribadi ataupun yang sejenis dengannya) Dalam kehidupan am, ia dibenarkan untuk bersama dengan lelaki mahram, ataupun lelaki asing dengan syarat tidak menampakkan anggota badan, kecuali wajah dan tapak tangan. Juga tidak memakai pakaian menjolok mata, menarik perhatian (tabarruj) atau menampakkan bentuk tubuh (Mutabazilah). Sedangkan dalam kehidupan khas, ia tidak dibenarkan bersama orang lain, kecuali sesama wanita, atau mahramnya. Dalam masing-masing kehidupan ini, ia wajib terikat dengan hukum syarak secara mutlak. Sedangkan yang dimaksudkan dengan tempat khas disini adalah tempat tertentu untuk memasukinya, orang lain memerlukan keizinan daripada penghuninya. Ini diambil daripada firman Allah:
”Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memasuki rumah orang lain sehingga kamu mendapatkan izin dan kamu mengucapkan salam kepada penghuninya” [Surah An-Nur:ayat 27]
5. Bahawa wanita juga dilarang dengan lelaki yang bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan lelaki yang bukan mahramnya, menarik perhatiannya dengan bertabarruj (memakai wangi-wangian, memakai make-up yang menonjolkan kecantikannya dan sebagainya) termasuklah membuka aurat dihadapan orang ramai atau lelaki asing. Berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah atau ditempat khas sahaja tetapi berkhalwat juga boleh berlaku di tempat am seperti stadium kosong, taman bunga, kampus, ruangan belajar, tanjung lama, shopping komplek yang lengang. Kerana khalwat adalah mengasingkan diri daripada orang ramai dengan cara berdua-duaan iaitu diantara lelaki dengan wanita.
6. Bahawa antara lelaki dengan wanita sama-sama diharamkan untuk melakukan aktiviti yang dapat secara langsung merosakkan akhlak atau melakukan kerosakkan pada masyarakat. Seperti diharamkannya wanita untuk bekerja menjadi pramugari, kerana digunakan sebagai daya tarikan seksual bagi lelaki. Ataupun bekerja di pusat barangan beli belah, dengan tujuan menarik pelanggan lelaki atau bekerja di pub-pub, kelab malam ,disco, dang dut club, kasino dan sebagainya. Termasuklah lelaki yang bekerja di salon kecantikan yang digunakan untuk menarik daya seksual wanita.
7. Bahawa kehidupan suami-isteri adalah kehidupan yang penuh ketenteram. Kehidupan suami-isteri adalah kehidupan persahabatan. Bukannya kehidupan dua orang yang berkongsi hidup. Oleh kerana itu, maka suami-isteri wajib saling bantu-membantu dalam perkerjaan rumah. Suami mestilah berusaha untuk mengambil pembantu untuk meringankan beban isterinya. Sedangkan kepimpinan suami dalam rumah tangga, tidak sama dengan model kepimpinan yang bersifat penguasa keatas rakyatnya. Melainkan kepimpinan yang bersifat riayah (mengurus).Dan juga isteri diwajibkan untuk taat, sedangkan suami diwajibkan untuk memberikan nafkah kepada isterinya dengan kadar yang lazim dan wajar sebagaimana yang berlaku di dalam masyarakat.
8. Bahawa mengasuh budak/anak merupakan hak dan kewajiban wanita, samada muslimah ataupun bukan. Namun apabila anak/budak tersebut tidak memerlukan lagi asuhan ibu, maka apabila ibunya muslimah, budak/anak tersebut diberi pilihan untuk memilih ayah atau ibunya. Apabila salah seorang daripada orang tuanya bukan muslim, maka budak/anak tersebut wajib diasuh oleh orang tuanya yang beragama islam. Ini berlaku dalam kes penceraian sahaja.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

FIKRAH: Tutup aurat sambil lewa undang bahaya

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:40 am

IBIPRO wrote:FIKRAH: Tutup aurat sambil lewa undang bahaya


GANGGUAN seksual kerap menjadi trauma kepada wanita berkerjaya. Mangsa dikatakan sering menjadi sasaran lelaki tidak bertanggungjawab untuk kepuasan hawa nafsu sendiri.


Bagi wanita yang berdepan masalah itu dengan rakan sekerja, ia umpama mimpi ngeri apabila setiap kali kaki melangkah tempat kerja.

Mereka bimbang dan takut apabila teringatkan sikap rakan sekerja yang mengganggunya, sama ada dengan melontarkan kata-kata atau perkataan tidak disenangi atau menunjukkan isyarat dan visual berbentuk seksual.

Malangnya, dilema itu sukar dihindarkan, terutama jika membabitkan seseorang yang berkedudukan kukuh dan mempunyai pengaruh kuat di tempat kerja.

Akhirnya, dalam kebanyakan kes gangguan seksual di tempat kerja, wanita yang menjadi mangsa membuat pilihan mendiamkan diri tanpa membuat apa-apa tindakan terhadap perbuatan menjijikkan itu.

Gangguan seksual bukanlah masalah baru yang menimpa golongan wanita. Sebaliknya jenayah itu berlaku sekian lama, samalah dengan kejadian rogol, cabul kehormatan dan pembunuhan kejam yang rata-rata membabitkan mangsa wanita.

Senario jenayah sosial yang berlaku kebelakangan ini sepatutnya difikirkan bersama oleh seluruh masyarakat tanpa mengira pangkat, kedudukan, agama dan bangsa.

Dalam mencari jawapan terhadap kemelut itu, banyak cadangan dikemukakan, termasuk mewujudkan pelbagai peraturan bagi membendung sebarang peri laku yang boleh mengancam kedudukan wanita.

Bagaimanapun, di sebalik menghukum dan mengkaji peri laku penjenayah itu, setiap wanita tidak terkecuali untuk memikirkan beberapa faktor yang mendorong berlakunya jenayah berkenaan.

Sebenarnya, sikap segelintir wanita juga memberi ruang kepada berlakunya jenayah terbabit.

Umpamanya, ada segelintir wanita yang sengaja mempertontonkan tubuh mereka kepada umum atau dalam erti kata lain mendedahkan aurat. Ini kerana wanita berkenaan tidak menyedari had atau batasan di sisi agama serta pantang larang adat dalam sesebuah masyarakat.

Sungguhpun menutup aurat, masih ada juga yang tidak memahami konsep sebenar menutup aurat seperti mana yang dianjurkan syarak. Mereka menutup aurat pada bahagian tertentu tetapi, pada masa sama mendedahkan pula bahagian anggota tubuh lain. Ada yang mendakwa menutup aurat tetapi masih memakai pakaian ketat hingga menampakkan susuk tubuh.

Perubahan masa turut mengubah trend menutup aurat di kalangan wanita ketika ini. Pelbagai jenis tudung, baju dan jubah diperagakan, tetapi adakah ia memenuhi tuntutan sebenar menutup aurat menurut Islam?

Sebenarnya suasana seperti ini sudah pun dijelaskan Rasulullah saw mengenai keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menghayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta.

“Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium wangiannya. Sesungguhnya bau wangian syurga itu sudah tercium dari perjalanan sangat jauh daripadanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebenaran hadis yang diucapkan Rasulullah ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat hari ini, terutama terhadap golongan kedua iaitu ramai perempuan berpakaian tetapi bertelanjang.

Maknanya, golongan ini, jika hendak dikatakan berpakaian pun boleh kerana masih ada pakaian yang menutupi badannya. Jika hendak dikatakan bertelanjang pun boleh kerana walaupun berpakaian, tetapi hanya dengan secebis kain saja.

Golongan kedua ini juga termasuk mereka yang berpakaian sangat nipis hingga menampakkan warna kulit badan.

Sesungguhnya, sikap segelintir wanita yang tidak memahami tuntutan dalam menutup aurat ini tentu akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya lelaki bersifat kehaiwanan yang sentiasa mencari peluang untuk memuaskan nafsu.

Yang pasti, menutup aurat mengikut kehendak Islam adalah langkah pencegahan yang digariskan Islam bagi membendung jenayah seksual.

Kita perlu sedar, untuk memantau jenayah dan gangguan seksual secara menyeluruh adalah satu tindakan sukar. Ini kerana pihak berkuasa tidak mampu menempatkan pegawainya untuk memerhati seseorang di setiap tempat dan sepanjang masa, demi mengelak berlaku sesuatu jenayah.

Pelbagai cara sudah diambil oleh kerajaan untuk mencegah kejadian ini. Namun, apalah gunanya jika wanita sendiri tidak mengambil kisah untuk menjaga penampilan diri demi maruah serta harga diri.

Paling penting, amalan menutup aurat hendaklah digalakkan dalam sebarang kempen pencegahan jenayah dan gangguan seks di kalangan kaum wanita.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

SURAT BERAHSIA

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:42 am

khaulah_azwari wrote:Assalamua'laikum,
untuk sahabat2 semua, ini adalah e-mail yg saya terima drp sahabat lama. Moga ia boleh beri iktibar n peringatan kpd kita. wallah hua'lam.


What do you think about this??? are we Beleivers
(Muslim's) like this?

"A LETTER FROM SATAN
ADDRESS: HELLFIRE
DATE: STARTING TODAY AND EVERYDAY


DEAR BELIEVERS,

I saw you yesterday as you began your daily chores.
You woke up without a
prayer. As a matter of fact, you didn't even bless
your meals, or pray before going to bed last night.
You are so unthankful, I like that about you. I cannot
tell you how glad I am that you have not changed your
way of living. Fool, you are mine. Remember, you and I
have been going steady for years, and I still don't
love you yet. As a matter of fact, I hate you, because
I hate what Allah made out of dirty clay and told us
to bow it. How could I bow a dirty clay, when I am
made from fire. “I” am more superior then you. “I”
don’t make mistakes. Whatever “I” do, is right. I am
only using you to prove Allah (God) is wrong.

He kicked me out of Jannah (Heaven), and I'm going to
use you as long as possible to prove I am right and I
am better then you fools, in every sense. My life (my
last resting place) is Hell, but what ever time Allah
(God) has granted me, I will do my best to take as
many of you fools as possible with me, to Hell.

You see, Fools, ALLAH LOVES YOU and HE has great plans
in store for you. I know that I have no power on you if you haven’t
yielded your life to me and don’t forget that I made a
promise to Allah (God) that I'm going to make your
life a living hell. That way we'll be together twice.
This will really hurt Allah (God). Thanks to you. I'm
really showing Him who's better from us, and Allah
(God) has made a mistake.
With all of the good times we've had... We have been
watching dirty movies, cursing people out, partying,
going to discos, staying out late with friends,
stealing, lying, being hypocritical, indulging in
fornication, overeating, telling dirty jokes,
gossiping, back stabbing people, disrespecting adults
and those in leadership position, NO respect for the
mosque, bad attitudes: SURELY you don't want to give
all this up!
Come on, Fools, let's burn together forever.
I've got some really hot plans for us.

This is just a letter of appreciation from me to you.
I'd like to say "THANKS" for letting me use you for
most of your foolish life. You are so gullible, I
laugh at you. When you are tempted to sin, you give in
HA HA HA, you make me sick. Sin is beginning to take
its toll on your life. You look 20 years older, I need
new blood. So go ahead and teach some children how to
sin. All you have to do is smoke, drink alcohol,
cheat, gamble, gossip, fornicate, and listen and dance
to the top 10 jams.
Do all this in the presence of children too, and they
will do it too. Kids are like that. Your children will
be with us in Hell too. That’s the best you and I can
give to your children.

Well, Fool, I have to let you go for now. I'll be back
in a couple of seconds to tempt you again.

If you don’t get smart, you wouldn’t run somewhere,
confess your sins, live for Allah (God) with what little
bit of life that you have left. It's not my nature to warn anyone,
but to be your age and still sinning, it's becoming a bit
ridiculous. Don't get me wrong, I still hate you ...
and I wont go to Hell alone!

Always waiting for you,

Shaytan .. Devil .. Iblis

P.S. -And if you really love me, you won't share this
letter with anyone! "

*********************************
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:43 am

IBIPRO wrote:Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SYURGA

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:44 am

Antapanis wrote:Assalamu'alaikom Wahai Kaum Muslimah,
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Di samping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.

Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyeleweng setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang di antara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

HANTARAN KAHWIN SITI FATIMAH

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:47 am

IBIPRO wrote:HANTARAN KAHWIN SITI FATIMAH

Ketika Rasulullah S.A.W. menikahkan Siti Fatimah (anaknya) dengan Sayidina Ali Ibni Abi Talib, baginda mengundang sahabatnya Abu Bakar, Umar, Othman dan Usamah r.a. untuk membawakan perbekalan Fatimah r.a. Mereka membawa alat penggiling (penumbuk) gandum, kulit yang disamak, sebuah bantal yang isinya sabut dan biji kurma, sebuah kendi dan sebuah piring. Maka Abu Bakar menangis dan berkata: "Wahai Rasulullah, inikah perbekalan anakmu Fatimah?" Rasulullah S.A.W. menjawab; "Wahai Abu Bakar, inipun adalah cukup banyak bagi orang yang masih berada di dunia." Maka Siti Fatimah binti Rasulullah pun keluar sebagai mempelai dengan mengenakan pakaian dari bulu yang sudah bertampal sebanyak duabelas tempat. Demikianlah sederhananya hidup keluarga Rasulullah S.A.W.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Istimewanya wanita...

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:49 am

ibnfaldan wrote:Istimewanya Wanita
Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita

Istimewanya Wanita Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.

Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihatisterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tolaemas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak"Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan. 43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi." 46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wakai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil * Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah

wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama. * Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.

b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.

c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.

d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.

e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.

f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.

g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.

j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.

k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukaioleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Nota dari penyusun :
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dariAllah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita.

6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping itu hendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapat mengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halamankita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita. Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah. Waallahu'alam. Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Renungan buat kaum Hawa

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:52 am

rabiatuladawiyah wrote:Assalamualaiku..wth.

Saudariku... .. Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sangkumbang untuk mendekatimu; namun... ... tidak semua bunga senang untuk didekatioleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , darikejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancarindah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ... ... . tapi awas duri yang
melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya... ...
Saudariku... .. Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap
mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ... .. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ... ... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ... ..sudah pastinya keinginan untuk
melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam... ...
Namun ... ... ... ... . ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamumencabar rasa keimanan yang ada ...
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah... ... ... .
Saudariku... .. Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca
daripada wanita"... ..
Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu... .. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu... ..
Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu... ... ... ...
Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu... ..
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA... ... "
WASSALAM..

User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

TIPS KECANTIKAN UNTUK MUSLIMAT

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 9:58 am

rabiatuladawiyah wrote:Assalamualaiku..wth.

Saudariku... .. Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sangkumbang untuk mendekatimu; namun... ... tidak semua bunga senang untuk didekatioleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , darikejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancarindah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ... ... . tapi awas duri yang
melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya... ...
Saudariku... .. Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap
mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ... .. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ... ... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ... ..sudah pastinya keinginan untuk
melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam... ...
Namun ... ... ... ... . ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamumencabar rasa keimanan yang ada ...
sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah... ... ... .
Saudariku... .. Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca
daripada wanita"... ..
Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu... .. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu... ..
Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta...
Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...
Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu
mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu... ... ... ...
Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu... ..
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama :
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."
"ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA... ... "
WASSALAM..

User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Redha dan Sabar

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:04 am

Fariq Anuz wrote:Sungguhnya manusia tidak dapat lari dari ujian dan penderitaan di dalam kehidupan dunia ini. Silih bergantinya cubaan dan penderitaan itu akan dihadapi dengan sabar oleh orang-orang yang beriman sebagai rencah kehidupan sementara di dunia. Hidup tanpa menderita merupakan perkara yang jarang berlaku, walau bagaimana kecil pun penderitaan yang dialami maka ia tetap dikira sebagai cubaan.

Sabar merupakan kunci utama menuju kejayaan. Orang yang ingin menjadi ilmuan, jutawan atau pemimpin masyarakat, syarat utama yang dikehendaki ialah kesabaran. Tanpa kesabaran semua cita-cita yang diharapkan hanya menjadi bayang yang tidak mungkin wujud.

Islam menganjurkan agar umatnya bersabar. Sabar di dalam menerima ujian, sabar menghadapi penderitaan dan sabar menghadapi ringantan. Dengan kesabaran, nescaya ujian, penderitaan dan segala rintangan akan dapat diatasi dengan sendirinya.

Firman Allah SWT:

" Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. "
(al-Baqarah:155)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa manusia tidak akan terlepas dari cubaan yang menyebabkan penderitaan. Mungkin kerana selalu ditindas oleh orang-orang yang zalim sehingga sentiasa berada dalam ketakutan dan kesempitan. Mungkin diuji oleh Allah dengan kekurangan rezeki sehingga usaha yang dilakukan sering menemui kegagalan, hampir-hampir diancam kebuluran setiap hari. Mungkin juga pada suatu ketika harta yang kita miliki selama ini musnah terbakar sehingga hidup dalam serba kekurangan. Mungkin juga keluarga atau kaum kerabat yang sangat dicintai mati. Semua itu adalah cubaan dan ujian yang boleh menimpa seseorang tanpa dapat diduga terlebih dahulu. Ujian dan cubaan itu tidak dapat diatasi kecuali dengan kesabaran, sabar menderita. Jika seseorang itu dapat bersabar di setiap kali ia menerima ujian, pasti ujian itu akan berakhir dengan kebaikan.

Sabda Rasulullah SAW:

" Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan (keuntungan), maka diberinya ia penderitaan."
(Bukhari dari Abu Hurairah)

Dalam sebuah hadith yang bersumber dari Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

" Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya, nescaya Dia mempercepat siksa (penderitaan) kepadanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki kebinasaan kepada hambaNya, nescaya Dia akan menahan pembalasan dosa daripadanya hingga akan dilakukan kelak pada hari kiamat. "

Dari hadith di atas, jelaslah bahawa suatu penderitaan adalah merupakan batu ujian bagi setiap orang yang akan mencapai kemuliaan. Sebaliknya. orang yang selalu bernasib baik di dalam hidupnya, kadang-kadang merupakan suatu kesengajaan yang dikehendaki oleh Allah. Jika kesengajaan itu tidak diimbangi dengan rasa syukur, pasti kebinasaanlah yang akan menimpanya. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW selalu memberi nasihat kepada para sahabat agar teguh dan sabar menderita. Kesabaran itu bhkan hanya merupakan tutur kata baginda sahaja, melainkan benar-benar baginda mengalaminya. Betapa penyiksaan orang-orang kafir Quraisy pada dirinya setelah baginda menyeru mereka kepada Islam. Sungguh berat sekali, namun baginda tetap bersabar.

`Uqbah bin Abi Mu'aith, salah seorang pengikut Abu Jahal adalah orang yang paling banyak menyakiti Rasulullah SAW. Pada suatu hari, Abu Jahal mendesak para pengikutnya agar melakukan sesuatu yang boleh menyakiti baginda.

"Mengapa kamu mendiamkan saja najis unta si Fulan?" kata Abu Jahal.

Mendengar sindiran Abu Jahal itu, `Uqbah bin Abi Mu'aith segera bangun mengambil segenggam najis unta yang kemudian dicampakkan kepada Rasulullah SAW yang kebetulan pada waktu itu sedang sujud di depan Ka'bah. Tetapi perbuatan kejam itu tidak dihiraukan oleh Nabi SAW. Baginda tetap bersujud dengan khusyu' mengadap Allah SWT. Apabila Fatimah mengetahui peristiwa tersebut, ia segera datang menghampiri ayahnya dan membersihkan najis yang bergelumang di seluruh tubuh ayahnya itu. Penghinaan `Uqbah ini tetap dihadapi dengan sabar dan tawakkal kepada Allah.

Firman Allah SWT:

" Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya: `Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan.' (Allah berfirman): Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahkan dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Shad:41-43)

Kisah Nabi Ayyub di atas adalah sebagai contoh terhadap orang-orang yang sabar. Bahawasanya kesabaran itu pasti ada hasilnya. Orang yang sabar menanggung penderitaan pada akhirnya akan menemui kebahagiaan.

Allah berfirman di dalam al-Qur'an:

" Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar. "
(al-Baqarah:153)

Menurut Rasulullah SAW, ada empat jenis sabar iaitu:

i.Sabar menanggung beratnya melaksanakan kewajipan. Kewajipan di dalam Islam itu ada banyak sekali seperti kewajipan mengerjakan solat lima waktu, membayar zakat, menunaikan haji apabila mampu, berpuasa di bulan Ramadhan, berjihad dan lain-lain lagi. Bagi mu'min yang sabar, betapa berat sekali pun kewajipan itu, tetap dilaksanakannya denan hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, tanpa peduli dalam keadaan sakit, melarat atau sibuk. Orang yang sabar melaksanakan kewajipan bererti mendapat taufiq atau pertolongan dari Allah.

ii.Sabar menanggung musibah atau ujian. Terdapat pelbagai ujian yang silih berganti menimpa orang mu'min. Namun, jika mu'min itu bersabar menanggung musibah dan ujian disertai tawakkal kepada Allah, pasti jalan menuju kebahagiaan akan terbuka luas. Orang yang sabar menanggung musibah pasti memperolehi pahala yang besar dari Allah.

iii.Sabar menahan kezaliman orang terhadap dirinya. Di akhir zaman kini, kezaliman telah berleluasa menguasai umat Islam di mana-mana bahagian dunia ini. Terdapat banyak kezaliman yang dikenakan ke atas orang-orang mu'min yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran. Tetapi bagi mu'min yang sabar menahan kezaliman orang demi untuk melihat tertegaknya keadilan dan kebenaran, pasti dia termasuk di kalangan orang-orang yang dicintai Allah SWT.

iv.Sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan. Banyak berlaku orang-orang yang diliputi kemiskinan akhirnya menjadi putus asa. Ada yang mengambil jalan mudah tanpa mempedulikan arahan agama dengan melakukan pekerjaan haram seperti merompak, mencuri, memeras-ugut, menipu dan lain-lain lagi. Ada pula yang menjadikan pekerjaan mengemis sebagai kariernya dan meminta sedekah setiap hari, tanpa ada usaha untuk bekerja kerana di dalam jiwanya telah diliputi rasa putus asa dan kecewa. Sebaliknya, mu'min yang sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan dengan cara qanaah (cukup) dengan apa yang didapatinya dari pemberian Allah serta mensyukurinya, maka dia adalah orang yang kehidupannya sentiasa dilimpahi keredhaan dari Allah SWT.

Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sabar itu ada empat jenis iaitu sabar menjalankan kewajipan-kewajipan, sabar menanggung kemiskinan, musibah dan penganiayaan. Sabar menjalankan kewajipan bererti mendapat taufiq (dari Allah), sabar menanggung musibah bererti mendapat pahala (dari Allah). Sabar menahan penganiayaan orang bererti dicintai (Allah). Dan sabar menanggung kemiskinan bererti mendapat keredhaan (Allah). "
(al-Hadith)

Di dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pada zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang isteri sahabat yang sangat sabar. Beliau ialah Ummi Sulaim isteri Abu Talhah. Mereka berdua mempunyai seorang anak yang sangat dikasihi. Pada suatu hari ketika Abu Talhah sedang berpergian, anaknya yang sedang sakit itu meninggal dunia. Pada hari Abu Talhah kembali ke rumah, beliau terus bertanya keadaan anaknya, tetapi Ummi Sulaim menyatakan bahawa anaknya telah sihat. Ia pun menyuruh suaminya makan dan setelah itu mereka pun tidur bersama. Selepas itu, barulah Ummi Sulaim menyusun kata-kata untuk memberitahu suaminya keadaan sebenar anak mereka.

Berkata Ummi Sulaim:

"Wahai Abu Talhah, bagaimanakah pendapatmu jika seseorang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga, tiba-tiba diminta kembali. Apakah keluarga yang meminjam itu berhak menolaknya?"

Abu Talhah menjawab: "Tidak boleh."

Ummi Sulaim pun berkata: "Kalau begitu, relakanlah puteramu kepada Allah."

Abu Talhah merasa marah kerana isterinya tidak memberitahu perkara sebenar itu terlebih dahulu. Keesokan harinya beliau pergi bertemu Rasulullah SAW untuk menyampaikan berita tersebut.

Sesampainya kepada Rasulullah SAW, baginda pun menegurnya: "Hai Abu Talhah, berpengantinkah kamu semalam?"

Jawab Abu Talhah: "Benar, ya Rasulullah."

Baginda bersabda: "Semoga Allah memberkati kamu berdua."

Mengikut tradisi jahiliyah, apabila seseorang anggota keluarga yang disayangi meninggal dunia, seperti anak misalnya, lalu yang masih hidup di antara mereka akan mengalami tekanan jiwa terutamanya si ibu yang kurang daya tahan diri. Biasanya, oleh kerana terlalu sedih, ibu itu akan meronta-ronta sambil menangis semahu-mahunya, bahkan kadang-kadang melakukan perbuatan yang dilarang syara' seperti merobek-robek pakaian, mencakar muka dengan kuku sendiri dan lain-lain lagi. Biasanya, perbuatan sedemikian dilakukan oleh orang-orang yang belum mengetahui hakikat sebenar faedah dan manfaat ujian Allah. Akibatnya, mereka tidak dapat menahan kesabaran.

Berlaku sabarlah setiap kali menerima ujian dan penderitaan. Berserahlah kepada Allah, sebagaimana firmanNya:

" (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). "
(al-Baqarah:156)

Sebagaimana kesabaran Rasulullah SAW dan para sahabat baginda mengharungi segala jenis ujian, mehnah, tribulasi dan penderitaan dari golongan musuh, kita juga mestilah meniru mereka agar menjadi ummah yang tidak mudah berputus asa.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Muslimah Harapan

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:08 am

iihito wrote:Muslimah Harapan

Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang
Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman
itulah muslimah harapan muslimah harapan...

Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan
keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan
Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan
itulah muslimah haraapan

Muslimah puteri harapan
dikaulah harapan membela Islam yang mulia
muslimah puteri harapan dikaulah cahaya
menjadi lambang Islam yang gemilang...

Puteri harapan serikandi Islam
tetaplah kau dalam perjuangan
menjadi sayap kiri di medan
meneguhkan benteng pertahanan Islam

Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu
kau sematkan kecintaan yang mendalam
terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang
kau didik generasi mendatang
untuk agama tercinta.....



-------------------------
dipetik dari Laman Web SK Darau.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Tips isteri solehah

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:10 am

Anis Wardah wrote:Assalamualaikum...

Sebagai santapan rohani dan panduan untuk dikongsi bersama...

Tips isteri solehah

Salah satu rahsia kebahagiaan dalam rumahtangga adalah rasa kasih sayang seorang suami kepada isteri. Bukanlah mudah untuk mewujudkan rasa kasih itu kerana rasa kasih ini bukan boleh dibuat-buat sendiri oleh manusia melainkan ia adalah suatu yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati manusia.

Jalan yang perlu ditempuh oleh isteri hanyalah mempertingkatkan ketakwaannya kepada Allah, iaitu benar-benar mencintai Allah. Kecintaan itu hendaklah benar-benar dibulatkan kepada Allah, bukan kepada manusia, walaupun suami yang kita mahu dia mengasihi kita. Apabila kita dapat meletakkan sebulat kecintaan kepada Allah, pasti Allah tidak akan menolak dan akan membalas cinta kepada hambaNya itu. Bila Allah sudah menyayangi dan cinta kepada kita bererti seluruh makhluk turut menyayangi kita termasuk suami kita yang akan meletakkan kecintaannya kepada isteri. Itulah rahsia kecintaan suami kepada isteri.

Isteri-isteri yang pandai adalah mereka yang pandai dan tepat layanannya kepada suami. Layanan itu akan membawa kesan besar pada hati suami. Sebaliknya bukanlah dikatakan seseorang isteri itu pandai kerana mempunyai degree/ijazah dan kelulusan yang tinggi tetapi tidak pandai melayani suami. Di antara sikap-sikap isteri dalam melayani suami adalah seperti berikut :-

1. Isteri hendaklah melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.

2. Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu kerja dan perjuangan suami.

3. Jangan sekali-kali isteri menjadi penghalang kepada kerja dan perjuangan suami.

4. Isteri hendaklah menjadikan dirinya teman bercakap suami dengan melayani fikiran suami. Lelaki yang akalnya tumpul akan lumpuhlah seluruh hidupnya.

5. Isteri hendaklah memberi sepenuh perhatian apabila suami bercakap atau bercerita. Sikap acuh tak acuh akan menyebabkan hati suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.

6. Jangan biarkan suami mengelamun dan termenung seorang diri, ambilah hatinya dan jadilah teman berbual.

7. Elakkan dari berkata hal-hal yang tidak menyenangkan hati suami.

8. Cepatlah ubah tajuk jika menyedari suami tidak suka kepada cerita kita.

9. Berusahalah untuk memberikan pandangan yang baik dan bernas apabila suami meminta pandangan kita.

10. Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan hidup dan keperluan seharian. Lelaki akan menderita jika orang yang dibawah tadbirnya tidak berpuas hati dengannya.

11. Jangan api-apikan ketika suami dalam keadaan marah kerana akan mengakibatkan suami bertindak ganas kepada ahli keluarganya atau ia akan bertindak ganas di luar rumah pula.

12. Ketika suami marah, banyakkan menyebut-nyebut kalimah Allah kerana ia akan melunakkan hati suami.

13. Para isteri hendaklah menjadi pelayan suami dalam menyelesaikan urusan-urusannya. Kalau dilayan dengan baik akan menimbulkan rasa tanggungjawab kepada keluarga dihatinya dan melahirkan para suami yang gigih dan hebat dalam kerja dan perjuangan mereka.

14. Isteri-isteri yang tidak pandai melayani suami akan menyebabkan jiwa suami mati.

15. Suami akan merasa senang dan gembira jika dilayan makan dan minumnya.

16. Pelajari dan kenali selera suami, walaupun hukumnya bukan fardhu tetapi ini akan menyenangkan hati suami.

17. Pekerjaan isteri yang boleh mengembirakan hati suami hinggalah kepada perkara yang kecil-kecil seperti menyediakan berus gigi dan ubatnya, sabun mandi, tuala, pakaian persalinan dan bentangkanlah sejadah ketika suami hendak bersolat.

18. Bila suami hendak pergi bekerja atau bermusafir, sediakanlah peralatan dan bekalan-bekalan yang biasa dibawanya.

19. Layanlah tuntutan tabii manusia yang berupa keinginan jimak kerana dengannya akan melepaskan sebahagian dari ketegangan dan kekusutan fikiran suami.

20. Hiasilah diri ketika sudah diketahui suami hampir pulang ke rumah dengan jelita. Bermekaplah secara sederhana dan memakai pakaian yang boleh menarik hati suami. Berdandanlah dan berwangi-wangianlah ketika suami ada di rumah.

21. Tautkan hubungan hati dengan suami yang sedang keluar rumah dengan membanyakkan wirid dan doa untuk keselamatan dan kejayaan suami.

22. Apabila suami bermusafir, digalakkan isteri berpuasa (qada' atau sunat).

23. Elakkanlah dari melakukan sebarang perkara yang boleh menimbulkan rasa cemburu dan rasa sakit hati suami seperti berbual-bual dengan lelaki lain.

24. Laksanakanlah sungguh-sungguh penutupan aurat, suara wanita juga dikira sebagai aurat.

Andaikata para isteri dapat berusaha berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang dibentangkan di atas, maka ia akan kelihatan sentiasa cantik dan menarik hati suami walaupun rupa parasnya kurang cantik. Dengan itu akan lahirlah para suami yang kuat jiwanya untuk memimpin rumahtangga ke jalan yang diredhai Allah dan berjuang di jalan Allah

"Ya Allah kurniakanlah pdku cinta org yg mencintaiMU"

wassalam
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Saat Kematian Yang Pasti Menjenguk Kita Semua

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:11 am

puterinisa wrote:Semoga kita insaf dan menjadi ia satu pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang....mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu di bisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita
perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....

Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....akutidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu
suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetiklagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.

Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

Ayah.......kau datang ayah.......
"Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu di
ajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu.
Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.
"Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang.

>"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.

Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....


Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk kehidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah
apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku
rasa........teramat loya melihatnya.
"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan
segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk
bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!!

Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu.....malu.....malu......!!!!!!".

>Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Laludiletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah>badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatusudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.

Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar
aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku', sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di
>dalam kotak kayu. Kotak apa ini? "Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku di usung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun
jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz denganjasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam
liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam
barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,
>syurga dan neraka itu juga benar........".

>Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lamamakin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur
dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

yang dikatakan CINTA

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:13 am

muthiah wrote:...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
nafsu...

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku
melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu...

....Amin.....
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Kisah Rasullulah Berbicara tentang Dajjal

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:18 am

paya wrote:
Kisah Rasullulah Berbicara tentang Dajjal

Pada suatu pagi Rasullullah berbincang dengan para sahabatnya mengenai Dajjal, kadang kala beliau meninggikan suaranya dan kadang kala merendahkan suaranya, sehingga kami merasa seolah-olah kami berada di dalam kelompok lebah.

Petang hari kami yang mendengar cerita Rasullullah pergi ke rumah Rasullullah, beliau telah tahu tentang soalan kami. Tanya Rasullullah; "Apa khabar kamu semua", jawab kami "Baik", tapi kami hendak bertanya mengenai Dajjal, dan mengapa apabila Rasullullah berbicara, kadang kala suara Rasullullah tinggi dan kadang kala rendah ?. Jawab Rasullullah; "Bukan dajjal yang mengkhutirkanku terhadap kamu semua, jika dia muncul dan aku masih berada di antara kamu tentu aku akan membela kamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku tidak berada disamping kamu, maka umat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala pengantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim".

Dajjal pemuda berambut kerinting, matanya sepet, aku lebih suka mengatakannya serupa dengan Abdul Uzza bin Qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya, hendaklah dibacakan padanya permulaan surah Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia akan merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah kerana itu teguhkan pendirian kamu!.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi ?", jawab Rasullullah : "Selama empat puluh hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang". Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. Berapakah kecepatannya di bumi ?" jawab Rasullullah; Seperti hujan ditiup angin.

Dia mendatangi suatu, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman kepadanya dan mematuhi segala perintahnya. Di perintahkan langit supaya hujan, maka turunlah hujan. Maka diperintahkan bumi supaya subur, maka suburlah tumbuhan-tumbuhan. Bila hari sudah petang, ternakan mereka akan pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar kerana cukup makan.

Kemudian didatangi kaum yang lain dan diajaknya supaya mereka beriman kepadanya tetapi mereka menolak ajarannya, maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan habis semua kekayaan mereka. Kemudian katanya; "Keluarkan perbendaharaanmu!" maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dipanggilnya seoarang pemuda remaja lalu dibelah dengan pedangnya sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya itu di lempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubh yang terbelah itu kembali, dia datang seutuhnya dan dengan wajah yang berseri-seri sambil ketawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatannya yang merosak, maka Allah Taala menurunkan Nabi Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara Putih sebelah timur Damsyik dengan memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada dua sayap malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan akan turun, dan apabila dia mengangkat kepala, berjatuhan daripadanya biji-bijik perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak boleh mencium bau nafasnya, sesiapa yang kena bau nafasnya akan terus mati. Bau nafasnya boleh dirasa sejauh mata memandang, maka Nabi Isa a.s. akan mencari Dajjal. Dan Isa bertemu Dajjal di pintu gerbang kota lid (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal tersebut.

Kemudian Isa menghampiri kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkan kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s. "Aku akan mengelurkan hamba-hambaku yang tidak terkalah oleh sesiapa pun, kerana itu selamatkanlah hamba-hambaku yang soleh ke bukit", lalu Allah Taala mengeluarkan Ya'juj dan Ma'juj.

Mereka turun melanda dari tempat tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis telaga tersebut. Kemudian datang pula satu kumpulan yang lain, kata mereka; "Sesungguhnya dahulu ada air di sini". Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung, sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu pada hari ini (kerana kekurangan makanan).

Maka nabi Isa a.s. dan pengikutnya memohon kepada Allah s.w.t semoga Allah Taala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka Allah s.w.t mengirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti ada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya.

Kemudian Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun di dapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. nabi Isa dan para sahabatnya mendoa kepada Allah s.w.t semoga sudi menghilangkan bangkai-bangkai yang busuk itu. Maka Allah s.w.t mengirimkan burung-burung sebesar unta lalu di angkut bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkan ke tempat yang diperintahkan Allah s.w.t.

Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga walaupun rumah-rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca, kemudian Allah perintahkan kepada Bumi; "Tumbuhkan tumbuhan-tumbuhan dan kembali keberkatan mu!"

Ketika itu sekumpulan keluarga, kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu unta cukup untuk orang sekampung, susu sesekor sapi cukup untuk orang satu kabilah, susu seekor kambing cukup untuk sekeluarga terdekat.

Ketika itu mereka berada dalam keredaan Allah Taala. Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik memasuki ketiak mereka, maka tercabutlah roh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, mereka bercampur baur seperti kaldai, maka dengan itu terjadilah hari kiamat.

Dipetik dari buku "Himpunan Cerita-Cerita Wanita dan Laki-Laki Dalam Al-Quran dan Hadis", Jilid 1, ms. 52. © Hakcipta Terpelihara 1991, Syarikat Nurulhas.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Poligami, poligami atau perempuan simpanan

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:21 am

puterinisa wrote:POLIGAMI

Orang-orang Kristen dan Orientalis menjadikan tema poligami ini seakan merupakan syi'ar dari syi'ar-syi'ar Islam, atau salah satu perkara yang wajib, atau minimal sunnah untuk dilaksanakan. Yang demikian ini tidak benar alias penyesatan, karena dalam praktek pada umumnya seorang Muslim itu menikah dengan satu isteri yang menjadi penentram dan penghibur hatinya, pendidik dalam rumah tangganya dan tempat untuk menumpahkan isi hatinya. Dengan demikian terciptalah suasana tenang, mawaddah dan rahmah, yang merupakan sendi-sendi kehidupan suami isteri menurut pandangan Al Qur'an.

Oleh karena itu ulama mengatakan, "Dimakruhkan bagi orang yang mempunyai satu isteri yang mampu memelihara dan mencukupi kebutuhannya, lalu dia menikah lagi. Karena hal itu membuka peluang bagi dirinya untuk melakukan sesuatu yang haram. Allah berfirman:

"Dan kamu sekali-kali ridak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.." (An-Nisa': 129)

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang mempunnyai dua isteri, kemudian lebih mencintai kepada salah satu di antara keduanya maka ia datang pada hari kiamat sedangkan tubuhnya miring sebelah. " (HR. Al Khamsah)

Adapun orang yang lemah (tidak mampu) untuk mencari nafkah kepada isterinya yang kedua atau khawatir dirinya tidak bisa berlaku adil di antara kedua isterinya, maka haram baginya untuk menikah lagi, Allah SWT berfirman,

"Jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja..." (An-Nisa': 3)

Apabila yang utama di dalam masalah pernikahan adalah cukup dengan satu isteri karena menjaga ketergelinciran, dan karena takut dari kepayahan di dunia dan siksaan di akhirat, maka sesungguhnya di sana ada pertimbangan-pertimbangan yang manusiawi, baik secara individu ataupun dalam skala masyarakat sebagaimana yang kami jelaskan. Islam memperbolehkan bagi seorang Muslim untuk menikah lebih dari satu (berpoligami), karena Islam adalah agama yang sesuai dengan fithrah yang bersih, dan memberikan penyelesaian yang realistis dan baik tanpa harus lari dari permasalahan.

Utk lebih lengkap, sila kunjungi:-
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/M ... igami.html


puterinisa wrote:Poligami atau perempuan simpanan?
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

MARILAH kita mulakan dengan satu petikan ayat al-Quran yang bermaksud: "Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja." (Sebahagian dari maksud Surah An Nisa': Ayat 3)

Jelaslah di sini bahawa agama Islam satu agama fitrah. Ia praktikal. Islam menyediakan ruang yang sah untuk mengiktiraf kehendak hambanya yang berkemampuan. Penyediaan alternatif menggambarkan sikap keterbukaan agama termulia ini untuk sesuai diamalkan dalam apa jua keadaan, masa dan ketika di mana-mana.
Bagaimanapun, ia disediakan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah zahir dan batin, makan, pakai, jaminan keselamatan dan tempat tinggal.

Selaras dengan inilah saya menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan poligami yang sememangnya dihalalkan ini. Saya ada tekankan keperluan suami memberikan keadilan yang secukupnya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2003 pada 27 Oktober 2002.

Ia keluar dalam akhbar-akhbar perdana. Jika perlu saya petik ia berbunyi: "Saya bersetuju sangat kalau undang-undang yang dibuat ini berbentuk rotan dan bukan denda sahaja supaya dia berfikir dua kali. Berpoligami dalam Islam bukan untuk memuaskan nafsu."

"Beliau menegaskan, undang-undang sebatan itu perlu diadakan kerana golongan terbabit berpoligami bukan kerana menolong janda atau isteri kedua, tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu. "Orang macam ini tidak boleh dibiarkan hukumannya serupa dengan orang yang berpoligami dengan baik."

"Beliau banyak terdengar rayuan daripada saudari baru berkahwin dengan lelaki yang sudah berkahwin, dan selepas itu mengalami nasib ibarat 'madu habis sepah dibuang'. "Lelaki macam ini kena ada hukuman sebat mandatori selain denda." (Lihat Utusan Malaysia 28 Oktober 2002)

Saya percaya ini adalah satu pembelaan terhadap kaum wanita. Semoga saya diberikan keadilan dalam ulasan oleh mana-mana pihak walau pun saya sudah mulai melihat tulisan-tulisan nakal yang suka mencari peluang dan mencuri-curi pukul dari belakang.

Jika itu sahaja yang dicari, dia akan dapat apa yang dicarinya. Misalnya Dato' Dr Rais Yatim yang cuba menganggap cadangan saya sebagai melucukan. Dato' Mustapa Mohamed pula menganggap itu remeh temeh manakala sahabat mereka yang bernama Astora pula membesar-besarkan unsur tidak lojiknya merotan sampai mati pucuk.

Buat Dato' Rais, apa pula yang melucukan (Berita Harian 29 Oktober 2002). Jika tiada undang-undang, mari kita wujudkan. Perkara amalan poligami yang terseleweng perlu ditangani. Ia serius. Perihal pentingnya isu di sekitar wanita ditangani turut diwajarkan oleh kewujudan Kementerian Pembangunan Wanita.

Tidak ada yang remeh apabila menyentuh soal wanita. Ia melibatkan rumah tangga, masa depan keluarga, zuriat, anak cucu, penyakit sosial dan acuan pembentukan generasi yang akan datang.

Oleh kerana itulah ia diperbincangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri pada 25 Oktober 2002. Kita dapat lihat respon Dato' Shahrizat yang segera dari cadangan saya ini. Semua ini adalah jawapan kepada Dato' Mustapa dan Dato' Rais... itu pun jika mereka mahu faham.

Kita pun bukan setakat bahaskan penyelewengan poligami, malah seluruh sektor pembangunan yang mencakupi segala aspek Belanjawan Negeri. Remeh temeh macam mana apabila Dewan bergema dengan pelbagai perkara serius yang mendengar kritikan, muhasabah, menilai perancangan, mengikuti status pelaksanaan projek, mengenal pasti kelemahan dan berazam azam bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri untuk membawa Kelantan Darulnaim ke satu tahap pencapaian yang lebih gemilang pada tahun 2003.

Mengenai 'merotan sampai mati pucuk', ini dipanggil orang sebagai unsur mahu mengukuhkan hujah. Ia cuba serius untuk mempertegaskan lagi keperluan dengan ditambah elemen sebatan.

Ia berunsur cadangan awal untuk disusuli oleh sama ada peringkat negeri atau Pusat. Saya amat jelas. Sebagaimana tidak perlu diambil kapak untuk dibelah dada bagi membuktikan kesetiaan cinta, begitulah juga maksudnya.

Kadang kala ada perkara yang tidak membawa makna yang sesungguhnya. Ia cuma penegasan. Misalan lain ialah seperti "hidup berdua mati bersama" atau "biar mati anak jangan mati adat". Demikianlah juga istilah "sampai mati pucuk".

Kita kena faham yang setiap dasar awam memerlukan tinjauan, kajian, penyertaan orang ramai dan penelitian terlebih dahulu. Sama ada memadai dengan hanya mendenda atau disertai dengan sebatan. Bukan main pakai isytihar dalam Perhimpunan Agung lalu terus mahu dilaksanakan.

Jika mahu tahu lebih lanjut, sila semak bagaimana keputusan untuk memaksa penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains atau pengisytiharan Malaysia Negara Islam. Saya bukan begitu. Ini lontaran awal.

Belum perlu lagi untuk kononnya sedemikian pro-aktif hinggakan mahu analisa bagaimana pula mahu merotan dan pastikan pesalah dibelasah hingga mati pucuk.

Cuba-cubalah matang sedikit dan memahami cadangan utama yang menjadi maudhu' untuk mengenakan penalti tambahan dengan merotan selain dari denda. Lihat isu dan cadangan penyelesaian yang dikemukakan secara keseluruhan. Kata orang Inggeris "look at the trees." Saya kira setakat itulah dahulu buat sementara waktu.

Sehubungan dengan ini, orang Eropah secara terbuka, sangat tidak bersetuju dengan poligami. Terdapat pelbagai alasan dan ulasan negatif yang boleh kita ikuti dalam pelbagai majalah, makalah dan buku-buku tulisan mereka.

Ada juga kadangkalanya mereka disertai sama oleh ahli-ahli sosiologi tempatan. Bagaimanapun, masalah manusia tetap tidak selesai. Naluri semula jadi ini akhirnya tidak dapat dikekang.

Ia mencari pintu belakang lalu tercetuslah skandal-skandal hubungan luar nikah dalam bentuk perempuan simpanan. Jalinan cinta rahsia segi tiga atau kadang-kadang bersegi-segi kemudian berakhir dengan kelahiran gejala anak haram.

Dalam merahsiakan hubungan sulit ini banyak pulalah wang saku kedua-dua pihak yang dibazirkan. Belanja hotel, rumah sewa/apartment, duit poket, alat make up, bil elektrik, air dan telefon tambahan adalah di antara sebahagian daripadanya.

Mungkin penyediaan kereta 'sport' menjadi keperluan "mandotary" bagi perempuan simpanan yang berkelas tinggi. Huruhara yang bermula dari amalan berbohong dengan isteri, telah merebak kepada pembaziran wang untuk mencapaikan hajat.

Akibatnya, timbullah gejala zina, pelacuran, anak haram, amalan pengguguran, tidak mengaku anak, pembuangan bayi, pembunuhan berikutan dendam dan dengki serta berbagai-bagai penyakit kelamin seperti siplis, HIV dan AIDS.

Wanita yang bersedia menjadi perempuan simpanan kadang kala menjadi simpanan dalam amalan bersilang pasangan pada satu-satu masa. Ini lebih mendatangkan kegawatan. Dalam kes-kes yang lebih kronik, amalan ini turut terbongkar di gereja-gereja yang boleh kita ikuti kisah-kisah kejinya dalam akhbar dan majalah.

Presiden AS seperti Clinton dan PM Britain seperti John Major tidak terkecuali dari terseret dalam kancah ini. Saya melihat poligami dalam seribu satu macam keindahan.

Ia menyediakan segala-galanya secara halal melalui peraturan syariat. Tentunya segala syarat dan rukunnya wajib dipatuhi. Bagi mereka yang berkemampuan, Allah S.W.T sentiasa membuka ruang poligami dalam pengertian ibadah yang luas.

Keadilannya boleh disaksikan dan dicontohi melalui setiap amalan Rasulullah S.A.W. Tetapi awas! Jangan sampai melakukan kezaliman kepada kaum wanita. Ini yang saya cadangkan supaya disebat bagi mereka yang cuma mahu gunakan poligami untuk memuaskan hawa nafsu berkelamin semata-mata.

Ambilah wanita dua, tiga atau empat mengikut kemampuan dengan melaksanakan keadilan yang dituntut oleh syariat dengan sepenuhnya.

Berpoligamilah jika mampu tetapi jika kamu khuatir (takut) tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja. Menternak 'mistress' akan menelurkan maksiat dan menetaskan seribu satu macam malapetaka yang membinasakan seluruh umat manusia.
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Ingatan buat kaum Hawa

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:23 am

ieda77 wrote:Anda ingin lebih cantik dan menarik ???
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan
pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan
kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang dibuat dari salon Iman.

# pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan
yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang
Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang
Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung
"kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu"
nescaya akan bercahaya di akhirat kelak.

Di mana cantiknya seorang muslimah?
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan
manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada
hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk
mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu.
Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan
keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun
dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba
masanya segalanya akan pergi jua.

Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,
sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman
dan ibadah.
Sama-samalah kita hayati, dan memperbaiki diri kita....Insya'Allah...
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

PERANAN MUSLIMAH SEBAGAI DAIEAH

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:24 am

KulopAtoi wrote:wa alaikum salam...

Semuga sedikit maklumat dibawah membantu kita bersama mempertingkatkan kefahaman...

PERANAN MUSLIMAH SEBAGAI DAIEAH

Penglibatan muslimah di dalam gerakan dakwah adalah merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi. Contoh yang dibuktikan oleh muslimah yang terdahulu seperti saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai manusia pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam, saiyidatina Aisyah sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahid adalah bukti yang jelas bahawa peranan muslimah adalah jauh lebih luas dari hanya sekadar beroperasi di dalam rumahnya.

Fenomena yang mengancam pemikiran ramai manusia dalam memisahkan peranan muslimah di dalam medan perjuangan Islam adalah merupakan sebahagian dari gejala rawathib al jahiliyyah (karat-karat jahiliyyah) dan juga rawathib al isti'mariyah (karat-karat penjajahan) yang begitu dominan di seluruh pelusuk dunia Islam. Akibat dari gejala ini, salah faham terhadap Islam berlaku dan Islam ditohmah sebagai satu ajaran agama yang menindas danmemperlekehkan kaum wanita.

Sifat Islam sebagai Deen ul Fitrah (agama fitrah) yang datang untuk menjadi panduan kepada manusia samada lelaki mahupun perempuan adalah merupakan satu bukti yang nyata bahawa tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini dipikul bersama oleh muslimin dan muslimat. Kebanyakan perintah-perintah yang terdapat di dalam Al-Quran adalah bersifat umum yang merangkumi lelaki dan perempuan dan Islam tidak sama sekali pun membezakan antara mereka dari segi tanggungjawab di atas muka bumi mahu pun pembalasan di akhirat nanti.

Setelah kita berusaha untuk membentuk diri kita dengan sesempurna mungkin untuk memikul tanggungjawab ini, setiap individu muslimah mestilah berusaha untuk memanggil ke arah perlaksanaan cita-cita Iman dan Islam tadi ke dalam realiti. Keindahan dan kesempurnaan Islam tidak akan terbukti kalau hanya setakat teori dan cita yang tidak dicernakan ke dalam waqi' (realiti). Tugas mencernakan ajaran Islam dan mengajak manusia bersama untuk beriman inilah yang dikenali sebagai da'wah.

Di dalam konteks da'wah, di sana ada 3 marhalah (peringkat) yang mesti dilalui untuk menjamin keberkesanan usaha yang dilakukan. Marhalah2 tersebut adalah marhalah ta'rif (pengenalan), marhalah takwin (pembentukan), marhalah tanfiz (perlaksanaan). Di sini kita akan cuba menghuraikan peranan muslimah sebagai da'ieah dalam mengisi ketiga-tiga marhalah tadi.

1. Marhalah Ta'rif

Yang dimaksudkan sebagai ta'rif adalah pengenalan dalam konteks penyediaan individu muslimah yang faham, beramal dengan apa yang difahaminya dan seterusnya berjihad dan beristiqamah pula dalam jihadnya. Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap muslimah tadi berusaha untuk:

1.1) Melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah azza wa jal dengan pembentukan iman dan aqidah yang benar. Proses ini berlaku apabila muslimah tadi berusaha dan bersungguh dalam ibadat dan hubungannya dengan Allah azza wa jal melalui ibadat dan ketaatan seperti yang telah diwajibkan.

1.2) Melahirkan insan yg faham akan konsep Iman dan Islam yg menyeluruh sepertimana firman Allah azza wa jal:

"Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak-jejak syaitan". Surah Al Baqarah ayat 208.

1.3) Melahirkan insan yang memiliki as syakhsiyah al islamiyyah (personaliti sebagai seorang Muslim) yg contoh ikutannya adalah Rasulullah SAW. Syakhsiyah ini adalah berbentuk kamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) dan setiap penda'wah hendaklah menyedari bahawa kita sekarang sedang membawa risalah dan setiap gerak geri kita adalah diperhatikan. Pastikanlah bahawa syakhsiyah kita tadi tidak akan menimbul fitnah terhadap Islam yang hendak kita bawa dan tarbiyyah yang sedang kita lalui.

2. Marhalah Takwin

Setelah menjalani proses ta'rif, muslimah hendaklah berpindah pula kepada marhalah takwin. Di dalam marhalah ini mad'u (mereka yang dida'wahkan) hendaklah dibawa mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jamaah). Islam tidak pernah dan tidak akan dapat ditegakkan oleh individu atau pengasingan diri dari masyarakat. Individu tadi hendaklah memiliki dan mengujulkan intima' dan iltizam (commitment) yang menyeluruh terhadap Islam, da'wah dan harakah Islamiyyah (gerakan Islam).

Dalam peringkat ini hendaklah dibentuk sifat masuliyah fardiyah (tanggungjawab) yang tinggi. Masuliyah ini adalah masuliyah yang melahirkan sifat muraqabah (merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikannya) yang akan mengakibatkan individu tadi jujur pada dirinya, jujur pada Allah dan jujur pada perjuangan yang didokonginya. Kita tidak mahu dalam marhalah ini akan timbul permasalahan furu' (cabang) dibawa menjadi isu yang mengakibatkan kita menjadi golongan al mutasaqitin (golongan yang gugur).

Dalam marhalah ini keujudan baitul muslim (rumah tangga Islam) sebagai nucleus terpenting dalam gerakan Islam adalah merupakan satu tuntutan. Muslimah berperanan untuk memastikan rumahtangganya hidup dalam suasana Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan ini Muslimah berperanan untuk menjadi zaujah as solehah (isteri yang solehah), yang taat dan pendorong utama kepada perjuangan Islam suaminya dan juga berperanan besar untuk memastikan tarbiyatul aulad (pendidikan anak-anaknya) berjalan dalam suasana yang Islamik.

3. Marhalah Tanfiz

Marhalah ini adalah marhalah yang terpenting yang merupakan ujian sebenar terhadap commitment seseorang muslimah terhadap pengisian dan kefahamannya terhadap Islam. Islam yang hanya sekadar diteorikan tidak akan mendatangkan sebarang hasil. Dalam marhalah ini, 3 unsur utama yang harus diperhatikan adalah:

3.1 Al Iman al 'amiq: Iman yang mendalam.

3.2. Tanzim ad daqiiq: Penyusunan organisasi gerak kerja yang teratur lagi menyeluruh.

3.3. Al amal mutawasil: Kerja dan komitmen yang dibuat berterusan dan bukan hanya kerana masa yang tertentu, kawan atau suasana.

Dalam marhalah ini, muslimah tidak lagi dapat menyendirikan diri untuk membawa risalah Islam. Panduan Al Quran dengan jelas memerintahkan pejuang Islam untuk berada dalam satu saf yang tersusun rapi:

"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berjuang di jalanNya dalam satu saf seolah-olah batu-bata yang tersusun rapi..." AS SAFF: 3.

Marhalah ini mengajak muslimah untuk keluar di tengah-tengah medan dan bersamamengangkat panji-panji Islam untuk ditegakkan di tengah-tengah kejahilan ummah.

Marhalah ini adalah marhalah muwajahah (berdepan) dengan realiti perjuangan da'wah yang akan mengajak kepada pengorbanan yang sebenarnya. Tidak ada di sana sebarang perjuangan yang tidak ada pengorbanan. Pengorbanan dalam da'wah adalah terlalu luas dan banyak bidangnya yang mengajak kita untuk mengurus dan mentadbir diri kita ini dengan sebaik-baik tanzim.

Penutup

Setelah kita melihat segala tuntutan ini dengan jelas menunjukkan bahawa tanggung jawab yang ada di bahu kita adalah lebih banyak dari kemampuan yang kita miliki, maka dengan demikian hadith Rasulullah SAW: "Ilzim jama'tul muslimin wa ima mahum"; Lazimkanlah diri kamu dengan jemaah Islam dan Imam (pimpinan) mereka, adalah merupakan satu komitmen yang jelas mengajak kita semua untuk bersatu bersama jemaah.

Ikrar sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah akan hanya teruji kalau kita bersama dengan harakah Islamiyyah. Perjuangan yang tidak bersifat haraki adalah perjuangan yang tidak menepati contoh yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan cita-cita Islam tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak kita jihadkan dan kita da'wahkan.

UST NASARUDDIN MAT ISA
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

MUSLIMAT DAN JIHAD

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:25 am

KulopAtoi wrote:MUSLIMAT DAN JIHAD

Jihad bermaksud pengorbanan yang ditumpahkan oleh setiap Muslimin/Muslimat untuk menegakkan Islam semata-mata kerana Allah S.W.T. Jihad dan pengorbanan yang disebutkan itu mempunyai ciri-ciri keistimewaan, yang menampakkan perbezaan pokok antara pengorbanan seorang Muslim/Muslimah dengan pengorbanan seorang kafir, munafiq dan fasiq.

Ayat Allah menjelaskan kandungan pengertian tersebut dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang- yang kafir pula berperang pada jalan taghut." (Surah an-Nisa': 76)

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. ada dinyatakan bahawa; ertinya

"Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai seorang lelaki (termasuk juga
wanita sekiranya dia terlibat dalam perjuangan fi sabilillah) yang berperang semata-mata kerana keberanian, atau semangat 'asabiyyah kaumnya atau riya'; mana satukah yang termasuk dalam peperangan fi sabilillah? Maka Rasulullah menjawab: Barangsiapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah, maka itulah dia peperangan fi sabilillah."

Jihad bagi sesebuah organisasi Islam yang bersifat pergerakan adalah merupakan salah satu rukun bai'ah bagi memperlengkapkan pembinaan Peribadi Muslimin/Muslimah. Jama'ah al-Ikhwanu'l-Muslimin telah menjadikan "jihad" sebagai rukun yang keempat dari rukun-rukun bai'ah yang sepuluh:

1: Kefahaman Islam yang betul.
2: Ikhlas
3: 'Amal
4: Jihad
5: Pengorbanan
6: Tetap teguh dalam sikap dan pendirian
7: Menjadikan Islam satu-satunya wadah perjuangan
8: Taat kepada pimpinan
9: Kepercayaan penuh kepada perjuangan Islam dan kepada pimpinan
10: Persaudaraan yang erat

Penyusunan yang dibuat secara rapi dan terperinci ini bukan didasarkan kepada suatu ijtihad bebas tanpa mempunyai sebarang sandaran, malah ianya berpandukan kepada bentuk perjuangan yang telah diabadikan oleh Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabat-sahabat Baginda ridhwanullahi 'alaihim ajma'in.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh dan ikutan dalam semua bidang penghidupan. Baginda sama ada sebagai seorang mukallaf, suami, bapa, pendidik, penda'wah, pejuang, negarawan dan tokoh politik. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh teladan yang elok, iaitu bagi mereka yang mengharapkan Allah dan hari akhirat dan menyebut kebesaran Allah." (Surah al-Ahzab: 21)

Memang benar bahawa selama 23 tahun, iaitu sejak Baginda diutuskan menjadi Rasul hingga Baginda wafat, tidak ada suatu detik pun dalam kehidupan Baginda, melainkan semuanya penuh dengan jihad dan perjuangan. Apa sahaja rupa bentuk kehidupan Baginda, sama ada semasa damai atau perang semuanya merupakan jihad dan pengorbanan.

Kedudukan yang serupa ini menggambarkan betapa sepadunya jihad dengan semua segi kehidupan ummat dalam usaha untuk mempernyatakan kewujudannya sebagai masyarakat yang memiliki peraturan dan peradaban yang kukuh dan murni.

ORGANISASI ISLAM DAN CABARAN MASAKINI

Sebagai sebuah organisasi Islam yang mempunyai ciri-ciri pergerakan, di mana anggota-anggota Muslimat juga terlibat secara langsung, adalah menjadi tanggungjawabnya menegakkan Islam dan mempertahankannya daripada sebarang ancaman semata-mata kerana Allah. Tanggungjawab ini dilaksanakan dengan mengambil kira semua kedudukan dan kekuatan yang dimiliki oleh pihak musuh yang selama-lamanya mencari jalan untuk memusnahkan Islam serta melumpuhkan penganut dan pendokong-pendokong.

Terlibatnya kita dalam suatu organisasi Islam yang sebegini akan meyakinkan kita, bahawa kita sentiasa diburu dan diperangi dalam semua bidang penghidupan sama ada secara peribadi, di dalam keluarga, tempat kita bekerja dan sebagainya, malah secara khusus organisasi kita juga turut menjadi mangsa buruan. Hal-hal yang serupa inilah yang memerlukan kepada pengisian-pengisian yang secukupnya agar kita menjadi manusia waja dan tahan lasak dalam menghadapi sebarang kemungkinan, kita akan tetap dengan pendirian kita.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Di kalangan orang-orang mu'min di sana ada lelaki (termasuk juga wanita-wanita yang mengabdikan kehidupan mereka kepada perjuangan Islam) yang telah membenarkan janji mereka terhadap Allah. Untuk itu ada di antara mereka yang mati syahid; dan mereka sama sekali tidak mengubah janji mereka terhadap Allah." (Surah al-Ahzab: 23)

Apa yang mesti kita sedari bersama ialah bahawa pihak musuh menguasai semua kekuatan yang diperlukan untuk menegakkan kebatilan yang mereka perjuangkan. Secara kasar dapat kita simpulkan sesungguhnya pihak mereka memiliki dan menguasai bidang-bidang yang di bawah ini:

1: Media massa yang amat luas dan berpengaruh.
2: Pendidikan (melalui pusat-pusat pengajian), semuanya membantu ke arah menjayakan program yang dirancangkan.
3: Kekuatan tentera dan pasukan keselamatan.
4: Politik - di mana corak perjuangannya membantu supaya polisi-polisi mereka terus berkekalan.
5: Ekonomi yang kukuh untuk membiayai segala program yang dirancangkan.

PERSIAPAN JIHAD ORGANISASI

Menyedari hakikat inilah maka penglibatan semua anggota jama'ah dalam sebuah organisasi Islam (termasuk Muslimat) adalah suatu kewajipan yang tidak dapat dielakkan, supaya semua jentera kerja organisasi berjalan secara bersepadu dan berjaya menunjukkan keupayaan kemantapannya dalam urusan-urusan pengendalian dalaman dan juga penglibatan di luar.

Hakikat ini tidak dapat dilahirkan melainkan dalam bentuk jihad dan pengorbanan yang penuh ikhlas kerana Allah. Kita amat memerlukan persiapan yang sama seperti yang dimiliki oleh pihak musuh. Oleh itu jihad yang akan kita laksanakan bersama adalah meliputi bidang-bidang yang di bawah ini:

1: Jihad lisan
2: Jihad di bidang pelajaran dan pendidikan
3: Jihad dengan kekuatan
4: Jihad politik
5: Jihad ekonomi

Kesemua bidang jihad ini mempunyai sandaran yang kukuh daripada al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Mengenai jihad di bidang pelajaran dan pendidikan, Allah S.W.T. berfirman yang bemaksud:

"Maka tidak semestinya semua orang-orang Islam keluar berjuang di medan perang; apakah tidak ada (mencukupilah) satu kumpulan daripada mereka mempelajari dan mendalami agama, dan mereka inilah yang bertanggungjawab mengajar kaum mereka (yang pergi berjuang) bila mereka pulang dari peperangan, semoga mereka mengambil pengajaran." (Surah at-Taubah: 22)

Sabda Rasulullah s.a.w. ertinya:

"Perangilah orang-orang musyrikin itu dengan harta benda kamu, dengan jiwaraga kamu dan dengan lisan kamu."

Dan sabda Rasulullah lagi ertinya:

"Sebaik-baik jihad ialah menyatakan kebenaran di hadapan seorang pemerintah yang zalim."

1. Jihad Lisan

Jihad lisan merupakan langkah pertama untuk menyampaikan Islam dan menegakkan hujjah-hujjah kebenaran di hadapan musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang kafir, munafiq dan fasiq. Dalam hal ini Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Hendaklah kamu (Ya Muhammad) berjihad terhadap mereka itu (Musyrikin dan termasuklah orang-orang munafiq dan orang-orang fasiq) dengan al-Qur'an, dengan jihad yang sepenuh-penuhnya." (Surah al-Furqan: 52)

Firman Allah lagi, yang bermaksud:

"Wahai Rasul (Muhammad, dan termasuklah ummat Baginda), hendaklah kamu sampaikan apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan sekiranya kamu tidak melaksanakannya, maka kamu tidak menyampaikan risalah-Nya (Allah)." (Surah al-Maidah: 67)

Menyampaikan dan mengembangkan fikrah Islam yang betul tidak akan terlaksana melainkan berdasarkan hujjah yang nyata dan jelas; dan inilah yang sebenarnya cara yang dilaksanakan oleh Baginda s.a.w. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan tidaklah ditugaskan ke atas Rasul melainkan untuk menyampaikan pernyataan yang jelas." (Surah an-Nahl: 35)

Banyak ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang meminta supaya penyampaian ini diberikan dengan jelas. (Sila rujuk; al-Maidah ayat 92, an-Nisa' ayat 63, Yaasin ayat 17, al-Ankabut ayat 46, an-Nahl ayat 125, Ghafir ayat 25 dan 26 dan banyak lagi ayat-ayat yang lain.)

Dalam jihad lisan ini, apa yang mesti menjadi perhatian kita, Muslimin dan Muslimat begitu juga sebuah organisasi Islam, ialah perkara-perkara seperti berikut:

1: Memberi keutamaan kepada perkara -perkara yang memerlukan keutamaan, di mana 'aqidah adalah perkara paling penting, kemudian disusuli dengan 'ibadah, kemudian barulah di dalam soal-soal sistem kehidupan. Dalam ertikata lain, kita mestilah memberi keutamaan kepada masalah-masalah kulliyyah (pokok) sebelum daripada masalah-masalah juziyyah (cabang).

Walaubagaimanapun, ini tidak bererti bahawa kita hanya melaksanakan tuntutan nas di zaman Makkiyah (sebelum hijrah) sahaja dan meninggalkan hukum-hukum Madaniyyah (selepas hijrah); malah sudah menjadi ketetapan bahawa kita mesti melaksanakan kedua-dua tuntutan itu demi memenuhi pengertian ayat (yang bermaksud):

"Pada hari ini, Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan telah Aku redha akan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah al-Maidah: 3)

Perlaksanaan kedua-dua tuntutan itu menunjukkan bahawa Islam adalah sempurna dan syumul. Ibnu 'Abbas meriwayatkan, ertinya:

"Bahawa Rasulullah s.a.w. ketika Baginda mengutuskan Mu'az ke Yaman, Baginda berkata: Wahai Mu'az! Sesungguhnya kamu diutuskan kepada kaum Ahli Kitab, maka awal pertama yang akan kamu lakukan ialah menyeru mereka supaya ber'ibadat kepada Allah, setelah mana mereka mengetahui demikian, maka beritahulah bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka sembahyang lima waktu; sekiranya mereka melakukan suruhan itu, maka beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan zakat ke atas harta kekayaan mereka untuk diberi kepada orang-orang fakir miskin, kalau mereka mentaati kamu maka peliharalah kehormatan harta benda mereka; dan jaga-jagalah doa orang yang kena zalim, kerana sesungguhnya tidak ada sebarang hijab (tutupan) antara orang yang kena zalim dengan Allah."

2. Pejuang-pejuang di dalam pergerakan Islam, Muslimin dan Muslimat, mesti memiliki persiapan-persiapan peribadi yang secukupnya demi untuk mengelakkan kelemahan dan keburukan yang tidak baik, yang akan membabitkan perjuangannya secara langsung. Taktik yang digunakan oleh musuh-musuh Islam sekarang ialah menggunakan kelemahan-kelemahan peribadi atau sengaja memburukkan imej peribadi pejuang-pejuang Islam yang dengan sendirinya akan mengancam perjuangan Islam itu sendiri.

3. Jihad lisan juga memerlukan kita mengenal pasti suasana tempat dan peringkat penyelewengan yang berlaku dalam masyarakat; inilah sebenarnya yang akan menentukan cara yang kita pilih untuk bekerja.Semasa bekerja dalam suatu pergerakan, kita akan mendapati bahawa kita tidak dapat menguasai kesemua wasilah jihad lisan, walaupun pada setengah-setengahnya kita dapat menguasai sepenuhnya. Yang penting ialah apa sahaja yang diharuskan untuk dijadikan wasilah, maka tidaklah harus kita meninggalkannya.

Antaranya:

1: Mengeluarkan buku-buku Islam atau terjemahan dalam berbagai-bagai corak, antaranya mengenai pembentangan Islam secara menyeluruh; ada pula untuk menolak dan menangkis serangan pemikiran musuh, ada di antaranya untuk mempertahankan Islam. Semua ini mengikut peringkat pembaca yang berbeza. Adalah amat digalakkan sekiranya setiap buah rumah dapat mengadakan bacaan Islam untuk menampakkan suatu peningkatan dalam penghidupan kita, atau sekurang-kurangnya kita memiliki bilik bacaan secara berjama'ah untuk merangsangkan lagi semangat membaca di kalangan kita.

2: Mengeluarkan majalah-majalah, warta-warta dan penerbitan-penerbitan kita. Sebenarnya majalah dan yang seumpama dengannya mengandungi polisi jihad secara tersusun. Keluarannya sama ada secara harian, mingguan atau bulanan adalah amat berkesan untuk menjawab semua persoalan dasar dan masalah-masalah semasa. Perlu dilipatgandakan lagi suatu kepastian bahawa keluaran-keluaran tersebut selamat sampai kepada setiap anggota jama'ah secara khusus dan masyarakat secara umum.

3: Ucapan-ucapan, ceramah-ceramah dan kelas-kelas umum masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah. Apa yang sedang berjalan sekarang ini amat membanggakan, cuma yang diharapkan bahawa kaum Muslimat akan turut memberi sumbangan yang lebih dalam usaha kita menseimbangkan tenaga-tenaga kerja dalam organisasi dan jama'ah. Kesan-kesan positif melalui cara dan wasilah ini begitu menonjol sekali. Yang perlu difikirkan sekarang ialah penyusunan yang rapi dan teratur dalam semua bidang yang diperlukan bagi memperlengkapkan wasilah ini.

4: Da'wah secara peribadi, kunjungan-kunjungan, perkelahan-perkelahan dan majlis-majlis halaqat. Wasilah ini akan turut membantu memperkemaskan lagi kedudukan kita. Kaum Muslimat juga mesti memainkan peranan penting dalam soal ini. Sebenarnya banyak lagi wasilah-wasilah lain yang ada kaitan dengan jihad lisan yang perlu difikirkan dari masa ke semasa. Malah penglibatan Muslimat dari semua bidang ikhtisas juga akan turut memperluaskan lagi bidang jihad lisan itu.

2. Jihad Di Bidang Pelajaran dan Pendidikan

Jihad di bidang pelajaran dan pendidikan termasuklah:

Pengetahuan-pengetahuan mengenai al-Qur'an dan al-Hadith seperti soal-soal 'aqidah, fiqh, akhlaq dengan ilmu-ilmu yang bersangkutan dengannya. Sejarah Ummat Islam terutama sejarah Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda serta keluarga Baginda.

Kedudukan alam Islam kini dari semua segi.

1: Pengetahuan mengenai pakatan jahat musuh-musuh Islam terhadap Islam dan Ummat Islam, supaya kita sentiasa dalam keadaan waspada dan siapsedia.
2: Pengetahuan umum mengenai bahasa 'Arab memandangkan bahawa bahasa 'Arab adalah satu-satunya anak kunci bagi memahami agama Islam dan al-Qur'an sendiri.
3: Pengetahuan mengenai pengajian Islam moden.
4: Pengajian secara mendalam mengenai tiga prinsip terpenting iaitu: Allah, Ar-Rasul s.a.w. dan Al-Islam, dan hubungannya dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang lain.

Menyedari hakikat ini dan betapa keperluan kita yang amat sangat, maka suatu perencanaan secara tersusun dalam bidang ini hendaklah disegerakan. Seterusnya pelancaran secara menyeluruh mestilah dibuat untuk menampakkan beberapa pencapaian yang diperlukan di kalangan anggota jama'ah secara khusus. Ini kerana kita memerlukan kepada anggota-anggota yang matang dalam bidang-bidang tersebut, supaya terhindarlah daripada sebarang kecuaian dalam perlaksanaan dasar dan program dan kekeliruan yang kadang-kadang sengaja ditimbulkan melalui isu-isu semasa.

Di antara wasilah yang boleh digunakan dalam jihad pendidikan ini ialah seperti:

1: Kelas-kelas atau siri-siri pengajian, di mana melalui pengajian ini anggota-anggota dapat mengambil faedah seberapa banyak yang boleh, lebih-lebih lagi di bidang pendidikan dan kerohanian. Ini boleh dilaksanakan mengikut keperluan sama ada seminggu sekali, atau dua kali atau tiga kali.
2: Melalui pembacaan secara peribadi, iaitu bagi mereka yang memiliki tingkat pencapaian kefahaman Islam yang baik.
3: Melalui halaqat pengajian terbuka di mashid-masjid dan di surau-surau. Dalam hal ini tentu kita akan menerima orang ramai dalam berbagai-bagai peringkat kefahaman dan kebolehan. Penyusunan pengajian amat diperlukan bagi membolehkan semua yang hadir dalam halaqat-halaqat tersebut dapat mengambil faedah dari penyertaan mereka.
4: Perkelahan juga patut digalakkan untuk mengenal dari dekat tentang keadaan dan masalah yang dihadapi oleh anggota jama'ah di tempat-tempat lain; ini juga mesti disertai dengan pertemuan mahabbah untuk merapatkan hubungan ukhuwwah Islamiyyah yang sedia terjalin.

Jihad kita di bidang pelajaran dan pendidikan mestilah dilancarkan melalui perencanaan ilmu yang menyeluruh, agar kelahiran generasi kita juga dalam bentuk pencapaian ilmu yang menyeluruh.

3. Jihad Melalui Kekuasaan

Sebagai sebuah jama'ah atau organisasi yang bersifat pergerakan, persiapan di bidang ini mestilah dilakukan, kerana kadang-kadang kehormatan Islam terpaksa dipertahankan melalui kekuatan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai Nabi (termasuklah Ummat Islam); perangilah orang-orang kafir yang memusuhi kamu dan orang-orang munafiq, dan hendaklah kamu berlaku keras dan bengis terhadap mereka." (Surah at-Taubah: 73)

Persiapan dalam soal ini mestilah juga bersifat menyeluruh di mana semua yang terlibat dalam pergerakan mestilah menurunkan saham mengikut kemampuan masing-masing.

Kaum Muslimat tidak terkecuali dalam soal ini. Walaubagaimanapun hendaklah diambilkira dari semua sudut agar penglibatan mereka tidak menimbulkan sebarang fitnah yang akhirnya boleh menjejaskan kedudukan pergerakan.

Pada pendapat penulis, bahawa jihad seperti ini belum lagi boleh dianggap suatu keperluan (dharurah) memandangkan banyak lagi ruang-ruang yang masih kosong yang perlu diisi dengan jihad-jihad lain. Lagi pun jihad lebih merupakan perlaksanaan tahap terakhir dalam peringkat-peringkat kerja 'amal Islam. Ia merupakan hasil atau natijah pengenalan seseorang itu terhadap Islam dan pembentukannya.

Pada keseluruhannya, kedudukan organisasi masih lagi dalam peringkat permulaan pergerakan yang amat memerlukan kepada beberapa penelitian semasa kita berjalan menuju kepada matlamat terakhir.

Walaubagaimanapun, fikrah dan ruh serta semangat jihad kekuatan ini perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa, supaya setiap anggota jama'ah merasakan bahawa kewujudannya dalam jama'ah adalah sebagai seorang petugas 'amil) yang benar-benar berpotensi dan berperanan.

Dari satu segi, dapat diyakinkan bahawa dalam usaha sebuah organisasi Islam untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran diambilkira tentang kemampuan-kemampuan dan kesediaan-kesediaan yang dimiliki olehnya.

Malah selama mana pihak musuh meningkatkan kekuatannya, maka organisasi Islam berkewajipan memperlengkapkan dirinya dengan semua kekuatan yang diperlukan.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Dan persediakanlah bagi (menentang) mereka (musuh) apa yang terdaya oleh kamu daripada semua kekuatan yang diperlukan." (Surah al-Anfal: 60)Dalam hal ini, pihak pimpinan organisasi mestilah mengenal pasti tentang bentuk-bentuk penentangan yang sedang berlaku, sama ada ianya bersifat tempatan atau sedunia. Untuk itu, suatu penentuan mengenai rangka penyatuan tempatan atau antarabangsa perlu disusuli dalam semua bidang perhubungan yang diperlukan.

4. Jihad Politik

Jihad dalam bidang ini memerlukan kepada penentuan asasi yang menyeluruh terhadap kedudukan negara di mana negara Islam itu berada. Negara-negara di dunia ini mengikut kacamata Islam terbahagi kepada tiga kumpulan:-

1: Negara Islam yang adil.
2: Negara Islam yang menyeleweng.
3: Negara kafir.

1: Negara Islam Yang Adil

Negara Islam yang adil ialah negara di mana pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai tadbirnya (pemegang-pemegang polisi) kesemuanya beragama Islam. Di samping itu mereka menghayati Islam sepenuhnya. Kesemua mereka sentiasa bekerja ke arah menjayakan Islam sama ada di peringkat negara atau antarabangsa. Sikap dalam dan luar negeri kesemuanya Islam. Semua urusan negara tunduk sepenuhnya kepada hukum-hukum Allah. Matlamat dalam dan luar negara kesemuanya Islam.

Syi'ar Negara Islam ialah untuk menegakkan kerajaan Allah di atas muka bumi. Tindakan pertamanya ialah menyatukan ummat Allah, menghidupkan Sunnah Rasulullah s.a.w., menyokong dan mendaulatkan syari'at Allah dan berjihad fi sabilillah sehingga tertegak Kalimatullah di atas muka bumi ini dan semua rakyat jelata terdidik dengan didikan Islam yang tulen.

Sikap organisasi Islam terhadap kerajaan ini ialah menyampaikan nasihat ikhlas dan menunjukkan rasa mesra. Di samping itu ketaatan hendaklah diberikan kepada perkara-perkara ma'ruf. Negara yang seperti inilah yang mesti dipertahankan kehormatannya dan dipelihara keamanannya semata-mata kerana Allah. Di sinilah sebenarnya ketaatan yang disebutkan dalam ayat Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman taatlah Allah dan taatlah Rasul (Nya) dan ulil 'amri di antara kamu." ( Surah An-Nisa': 59)Dan di sinilah duduknya kandungan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti:-"Barangsiapa yang keluar daripada ketaatan terhadap jama'ah kemudian dia mati, maka matinya sebagai mati jahiliyyah." (Riwayat Muslim, an-Nisa'i daripada Abu Hurairah)

2: Negara Islam Yang Menyeleweng

Di antara tanda-tandanya ialah:

Pemerintahnya seorang yang zalim atau fasiq; atau Pemerintah yang menggunakan pegawai-pegawai yang tidak layak dalam pentadbiran, atau pun melantik orang-orang bukan Islam; atau Negeri itu pula tidak memberi iltizam sepenuhnya kepada Islam sama ada di dalam atau di luar negeri.

Sering kita dapati, kecacatan yang berlaku bukannya pada Syari'at dan undang-undang negara tersebut bahkan pada pemimpinnya. Pemimpin serupa ini dikatakan pemimpin yang fasiq.

Sikap organisasi Islam terhadap kerajaan seperti ini; jika pemimpinnya yakni pemimpin kerajaan tersebut masih mendirikan sembahyang, maka kerajaan itu haram diperangi. Tetapi sekiranya dapat disingkirkan secara aman, maka eloklah dilakukan. Sekiranya pemimpin tidak beriltizam dengan sembahyang, maka 'bolehlah' ditentangi pemimpin tersebut dan ditegakkan hukum Allah ke atasnya. Sikap yang diambil terhadap pemimpin serupa ini hendaklah sikap negatif.

Tindakan-tindakan serupa itu sebenarnya hendaklah diukur dengan kemampuan-kemampuan dan suasana-suasana sekeliling, supaya ianya tidak mendatangkan bebanan dan fitnah ke ats Islam itu sendiri.

3: Negara Kafir

Negara kafir ialah negara yang diperintahkan oleh orang-orang kafir, sama ada mereka itu murtad atau penjajah dan sebagainya. Boleh juga dimasukkan ke dalam kumpulan ini mana-mana negara yang masih menjalankan dasar-dasar dan sistem-sistem penjajah sama ada dari segi ideologi, undang-undang, politik, ekonomi atau kemasyarakatan.

Secara umum, sikap organisasi atau jama'ah Islam terhadap kerajaan ini ialah berkewajipan ke atasnya menumbangkan kerajaan tersebut dan mengikis semua sistem-sistem kafir yang masih terpakai.

Berhadapan dengan realiti ini, maka selagi mana hukum-hukum Allah masih belum tertegak di atas muka bumi ini, jihad juga tidak dilaksanakan, dan kesatuan Islam tiada dapat ditegakkan melainkan dengan adanya Kerajaan Islam di setiap buah negara di dunia ini, maka pada peringkat ini seluruh Ummat Islam berkewajipan menegakkan Kerajaan Islam di negara
masing-masing.

Di dalam hal ini, suasana setiap negara itu mesti juga diambil kira berlandaskan kepada usaha memperlengkapkan diri di dalam bidang-bidang lain bagi suatu kebangkitan Islam yang menyeluruh.

Dalam beberapa keadaan, usaha mendirikan Kerajaan Islam menjadi fardhu kifayah, iaitu bila mana usaha itu dapat dijayakan oleh sebahagian rakyat.

Tetapi, di dalam beberapa keadaan lain yang memerlukan kepada penyertaan-penyertaan (Muslimin dan Muslimat), maka ketika itu hukumnya ialah fardhu'ain.

Kita mempunyai tugas dan tanggungjawab yang begitu besar, kedudukan kewangan yang kukuh merupakan suatu keperluan asasi. tanpanya segala program jihad, sama ada jihad lisan, pendidikan, kekuatan dan politik akan terbengkalai. Pemimpin dalam jama'ah hari ini mestilah memikirkan secara serius tentang masalah yang dihadapi. Tenaga-tenaga kerja yang mempunyai kebolehan dan kematangan dalam urusan ini dapat digembelingkan melalui suatu perancangan ekonomi Islam yang tersusun dan teratur.

Sesungguhnya banyak peluang dan kesempatan yang dapat dimanfaatkan melalui kerja-kerja jama'ah ini di mana kita memiliki asas-asas untuk terbinanya kedudukan ekonomi yang kukuh. Kita boleh mendapat dan mengumpulkan modal-modal yang cukup untuk mentadbir dan bekerja. Apa yang penting ialah pengurusan yang betul dan meyakinkan.

Peri pentingnya jihad di bidang ekonomi ini dapat dilihat bila Allah menyebutkan selepas daripada jihad dengan jiwaraga, dan Allah memberikan hukuman yang sama ke atas kedua-duanya. Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah membeli (menukar) daripada orang-orang Mu'min (termasuklah Mu'minah) jiwaraga mereka dan harta benda mereka dengan dikurniakan kepada mereka Syurga." (Surah at-Taubah: 111)

Bekerja untuk memantapkan kedudukan ekonomi bukannya sebagai matlamat, malah ianya sebagai wasilah atau jalan untuk mencapai cita-cita Islam yang lebih besar yang memerlukan kedudukan kewangan dan ekonomi yang kukuh dan kemas. Organisasi Islam hari ini mempunyai tugas-tugas yang besar yang mempunyai kemampuan-kemampuan yang besar juga.

Menyedari hakikat inilah maka suatu perancangan ekonomi tetap mestilah difikirkan secara serius oleh pemimpin jama'ah Islam. Keutamaan yang mesti dilakukan ialah memperkemaskan perancangan demi menjadi suatu tenaga penggerak yang benar-benar berfungsi.

PERANAN MUSLIMAT DALAM GERAKAN ISLAM

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penyertaan Muslimat dalam Gerakan Islam merupakan suatu keperluan (dharurat) yang dimestikan. Melalui bidang-bidang jihad yang disebutkan di atas, kita mendapati bahawa masih banyak ruang-ruang yang kosong yang mesti diisi dengan kegiatan-kegiatan Muslimat. Untuk meyakinkan bahawa penyertaan Muslimat menjadi suatu keperluan, dan kegiatan-kegiatannya dapat memberi kesan posiitif kepada jama'ah; maka suatu perencanaan yang tersusun perlu diperkemaskan.

Suatu perkembangan baru yang amat menggalakkan berlaku dalam gerakan Islam hari ini ialah kita mudah merasakan betapa perlunya anggota jama'ah kepada suatu bentuk pentarbiyyahan yang tersusun dan teratur yang mencakupi bidang-bidang pemikiran, ruhani (akhlaq), tubuh badan dan pergerakan.

Melalui suatu program tarbiyyah yang tersusunlah maka kita dapat mengenali dan memahami Islam sejelas-jelasnya. melaluinya juga maka dapat mengadakan pengisian-pengisian dan peningkatan-peningkatan dan pembentukan Islam, melaluinya juga kita dapat mengenal pasti tugas-tugas dan peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap peribadi, dan melaluinyalah pula maka kita dapat memberikan sumbangan kerja maal yang betul-betul berkesan.

Sesungguhnya melalui program tarbiahlah maka semua bentuk jihad dan pengorbanan dapat dilaksanakan dengan jayanya; dan penglibatan anggota jama'ah (Muslimin dan Muslimat) di dalam program jihad ini dengan sendirinya akan menjadikan mereka benar-benar faham dan mengerti tentang peranan tugas yang akan dimainkan selaras dengan tuntutan suatu gerakan Islam yang serba tercabar ini.

Oleh: Dr. Hj. Abdul Aziz Hanafi
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Kisah Benar - 6 Alasan Mengapa Saya Berzina

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:28 am

puterinisa wrote:Info ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan dan kepada mereka yang baru nak berkenalan.
Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti -ve seperti memandang, sentuhan, bersolek, haruman, duduk dan hiburan.

Puteri surf dalam internet dan terjumpa info ini yang amat menarik sekali supaya menjadi pengajaran kepada diri yang sering alpa.


MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat
penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Kewajipan menutup aurat

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:29 am

IBIPRO wrote:KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya. Antaranya ialah sebagaimana berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


fikrah_islami wrote:assalamu'alaikum...

Ana share article nie ngan antum..

:senyum: from msm-net..

Burka Vs Bikini - The Debauchery Of American Womanhood
By Henry Makow, Ph.D.
9-18-2

On my wall, I have a picture of a Muslim woman shrouded in a burka.
Beside it is a picture of an American beauty contestant, wearing
nothing but a bikini.

One woman is totally hidden from the public; the other is totally
exposed. These two extremes say a great deal about the clash of so-
called "civilizations."

The role of woman is at the heart of any culture. Apart from stealing
Arab oil, the impending war in the Middle East is about stripping
Arabs of their religion and culture, exchanging the burka for a
bikini.

I am not an expert on the condition of Muslim women and I love
feminine beauty too much to advocate the burka here. But I am
defending some of the values that the burka represents for me.
For me, the burka represents a woman's consecration to her husband
and family. Only they see her.

It affirms the privacy, exclusivity and importance of the domestic
sphere.

The Muslim woman's focus is her home, the "nest" where her children
are born and reared. She is the "home" maker, the taproot that
sustains the spiritual life of the family, nurturing and training her
children, providing refuge and support to her husband.

In contrast, the bikinied American beauty queen struts practically
naked in front of millions on TV. A feminist, she belongs to herself.

In practice, paradoxically, she is public property. She belongs to no
one and everyone. She shops her body to the highest bidder. She is
auctioning herself all of the time.

In America, the cultural measure of a woman's value is her sex
appeal. (As this asset depreciates quickly, she is neurotically
obsessed with appearance and plagued by weight problems.)

As an adolescent, her role model is Britney Spears, a singer whose
act approximates a strip tease. From Britney, she learns that she
will be loved only if she gives sex. Thus, she learns to "hook up"
rather than to demand patient courtship and true love. As a result,
dozens of males know her before her husband does. She loses her
innocence, which is a part of her charm. She becomes hardened and
calculating. Unable to love, she is unfit to receive her husband's
seed.

The feminine personality is founded on the emotional relationship
between mother and baby. It is based on nurturing and self-sacrifice.
Masculine nature is founded on the relationship between hunter and
prey. It is based on aggression and reason.

Feminism teaches woman that feminine nature has resulted
in "oppression" and that she should convert to male behavior instead.
The result: a confused and aggressive woman with a large chip on her
shoulder, unfit to become a wife or mother.

This, of course, is the goal of the social engineers at the NWO:
undermine sexual identity and destroy the family, create social and
personal dysfunction, and reduce population.

(See http://www.inoohr.org/worldpopulationcontrolpromote.htm) In
the "brave new world," women are not supposed to be nest makers, or
progenitors of the race. They are meant to be neutered autonomous
creatures that indulge in sex for physical pleasure, not for love or
procreation.

At his press conference on Sunday, Donald Rumsfeld said that Iranian
women and youth were restive under the rule of the Mullahs. He
implied that the US would soon liberate them. To Britney Spears? To
low-rise "see-my-thong" pants? To the mutual masturbation that passes
for sexuality in America?

Parenthood is the pinnacle of human development. It is the stage when
we finally graduate from self-indulgence and become God's surrogates:
creating and nurturing new life. The New World Order does not want us
to reach this level of maturity. ****ography is the replacement for
marriage. We are to remain stunted: single, sex-starved and self-
obsessed.

We are not meant to have a permanent "private" life. We are to remain
lonely and isolated, dependent on consumer products for our identity,
in a state of perpetual courtship.

This is especially destructive for woman. Her sexual attraction is a
function of her fertility. As fertility declines, so does her sex
appeal. If a woman devotes her prime years to becoming "independent,"
she is not likely to find a permanent mate.

Her long-term personal fulfillment and happiness lies in making
marriage and family her first priority.

Feminism is another cruel New World Order hoax that has debauched
American women and despoiled Western civilization. It has ruined
millions of lives and represents a lethal threat to Islam.

I am not advocating the burka but rather some of the values that it
represents, specifically a woman's consecration to her future husband
and family, and the modesty and dignity this entails.

The burka and the bikini represent two extremes. The answer lies
somewhere in the middle.

Henry Makow, Ph.D. is the inventor of the board game Scruples and the
author of "A Long Way to go for a Date." His articles on feminism and
the New World Order are found at http://www.savethemales.ca He welcomes your
comments at henrym@mts.net


Allahua'lam.

User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

syair

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:34 am

majdah wrote:assalamu'alaikum.......
syair yang dipetik dari buku TIPS UNTUK MENJADI WANITA SYURGAWI

"Berbekalkan ketakwaan,
kau tak tahu saat malam berlalu,
adakah ia menyisakan umur bagimu,
hingga fajar datang menjelang,

berapa banyak orany yang sihat,
meninggal tanpa ada penyakit,
berapa banyak orang yang sakit,
hidup lama sepanjang hayat,

berapa banyak anak-anak belia,
memotong perjalanan umurnya,
jasad mereka terbujur lelap,
di kuburnya yang hitam dan gelap,

berapa banyak mempelai wanita,
berhias untuk suami tercinta,
ajal tak lagi datang ditunda,
pada saat malam pertama,

berapa banyak muda dan mudi,
pagi berasmara petang bersenang hati,
tiada pengetahuan yang terpaut,
kain kafannya sedang dirajut (jahit)".

wallahua'lam...

ma'assalamah...
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Minda lelaki: Wahai lelaki, fahamilah wanita...

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:36 am

IBIPRO wrote:NABI ADAM, lelaki pertama diciptakan Allah swt. Ternyata Adam sering dihimpit kesunyian kerana keseorangan. Pemerhatian Adam membuktikan bahawa makhluk lain diciptakan berpasangan. Lalu Adam memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan hidupnya. Lalu dianugerahkan Hawa sebagai teman hidupnya.

Lelaki dan wanita saling memerlukan. Tanpa wanita seseorang lelaki dianggap belum sempurna hidupnya. Oleh itu, Islam mewajibkan perkahwinan bagi lelaki yang cukup syarat-syaratnya. Alam rumah tangga pula menuntut seorang lelaki memiliki ilmu secukupnya bagi mengemudi sebuah keluarga agar mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, rumah tangga yang terbina mudah saja runtuh biarpun disebabkan permasalahan kecil.

Sebenarnya dalam melayari alam berumah tangga, soal memahami hati budi isteri adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap mudah. Kadang kala seorang suami belum mengenali siapa isterinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Oleh itu, saling memahami antara satu sama lain, salah satu kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.

Satu sifat utama yang sering dimiliki oleh golongan wanita ialah suka berleter. Kebanyakan wanita yang bergelar isteri memang suka berleter terutamanya apabila sesuatu perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh suami atau anak. Oleh itu bagi lelaki yang panas baran pasti tidak dapat menahan kesabaran maka berlakulah pertengkaran.

Jika pertengkaran kecil dapat dikawal mungkin menyelamatkan berlakunya perceraian. Namun, jika kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah maka terjadilah perceraian. Perceraian pula mengundang pelbagai masalah terutama kepada masa depan anak.

Sepatutnya. suami seharusnya memahami bahawa sifat semula jadi wanita ialah suka berleter. Jika leteran yang keluar daripada mulut wanita itu ternyata ada kebenarannya maka suami hendaklah banyak berdiam diri. Apabila isteri puas berleter maka terlepas segala yang dipendamnya. Suami seharusnya mendiamkan diri — mendiamkan diri mendengar setiap leteran bukanlah sesuatu yang mudah bagi lelaki terutama bagi lelaki kuat egonya. Berdiam diri bukan bererti kalah terutama jika apa yang dileterkan itu ternyata ada benarnya.

Sejarah membuktikan bahawa Sayyidina Umar as, lelaki yang bengis. Ketika menjadi khalifah pernah terjadi isterinya sedang berleter tetapi beliau tetap berdiam diri. Ketika itu secara kebetulan seorang hamba Allah datang ke rumahnya untuk mengadu bahawa isterinya juga kuat berleter. Tetapi apabila didengarnya seorang khalifah juga dileteri oleh isterinya maka dia pun berpatah balik.

Kedatangan hamba Allah itu disedari Amirul Mukminin lalu bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu menjawab: “Saya ingin mengadu kepada Amirul Mukminin bahawa isteri saya yang mempunyai sikap kuat berleter. Tetapi apabila saya mendengar bahawa isteri Amirul Mukminin juga suka berleter sebab itulah saya berpatah balik dan tidak jadi untuk mengadu hal kepada Amirul Mukminin,” jelas lelaki itu.

Cerita lain yang berkaitan ialah seorang suami yang beristerikan seorang gadis cantik tetapi bisu. Lelaki itu cuba berjumpa wali Allah untuk memohon agar dimakbulkan doanya agar isterinya dapat bercakap. Wali Allah bertanya adakah dia tidak akan menyesal nanti jika isterinya dapat bercakap. Dia berjanji bahawa dia tidak akan menyesal malah akan berbangga memiliki isteri yang bukan saja cantik tetapi dapat berkomunikasi dengannya.

Doa itu dimakbulkan. Isteri cantik itu dapat bercakap. Lama-kelamaan orang itu datang pula berjumpa Wali Allah untuk mengadu agar isterinya dibisukan semula kerana tidak tahan dengan leteran isterinya.

Itulah dua kisah yang boleh dijadikan pengajaran berkaitan dengan sikap wanita bergelar isteri yang suka berleter. Oleh itu kepada lelaki, fahami isteri anda. Anggaplah setiap leteran itu, sifat semulajadi yang dimiliki oleh kaum wanita. Leteran juga ada kebaikannya jika direnungkan terutamanya apabila kita sebagai lelaki yang mencetuskan punca kepada berlakunya leteran itu.

User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

syarat² menutup aurat

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:42 am

honnney_mk wrote:assalamualaikum....

mesej nie saya dapat drpd seorang kawan...
tentang syarat2 menutup aurat dan yg dikatakan jilbab sebenar dalam Islam :

1) Jilbab tersebut hendaklah MENUTUP SELURUH TUBUH BADANNYA kecuali muka dan dua telapak tangan.
-rujuki Surah Annur, 24:31
-serta Surah Al-Ahzab, 33:59

2) Jilbab tersebut mestilah TIDAK NIPIS DAN TIDAK JARANG... faham-fahamla yer setakat mana nipis dan jarangnya tu..
-terdapat pada hadith Rasulullah.. di mana sabdanya
" Terdapat di kalangan umatku di akhir zaman wanita yang berpakaian tetapi bogel, rambut mereka ditinggikan seumpama bonggol unta. Laknatilah mereka kerana sesungguhnya mereka dilaknat. Mereka tidak dapat memasuki syurga dan tidak juga dapat mencium baunya."
riwayat At-Tabarani dalam mu'jam As-Sagheer. Imam Al-Albani menegaskan di dalam bukunya Al-Jilbab bahawa hadith tersebut adalah sahih.

3) Jilbab tersebut mestilah LABUH, LONGGAR, DAN MESTILAH TIDAK KETAT ATAU SEMPIT sehingga menampakkan bentuk atau ukuran tubuh badan.
- Usamah Bin Zaid berkata " Rasulullah memakaikan saya sehelai pakaian Qubtiyyah ( pakaian dr Mesir yg diperbuat dr kain kapas) yang nipis, pakaian tersebut dihadiahkan kepada baginda oleh Dahiyyatul-qalbi. Lantas saya berikan pakaian tersebut kepada isteri saya untuk memakainya. Rasulullah bersabda: Apakah yang menyebabkan kamu tidak memakai Qubtiyyah tersebut. Saya berkata: Saya memberikannya kepada isteri agar ia memakainya. Sabda Rasulullah : Perintahkan isterimu agar ia memakai pakaian dibawah Qubtiyyah itu kerana aku khuatirkan Qubtiyyah tersebut akan mendedahkan bentuk tubuh badan isterimu."
diriwayatkan oleh Ad-Diya' Al-Maqdissi, Imam Ahmad, At-Tabarani, Ibnu Said dan Al-Haithami.

- di sini saya dijelaskan bukti di mana seluar adalah tidak dibenarkan dan tidak sesuai sebagai hijab di depan lelaki ajnabi. Kerana ia tetap menampakkan potongan kaki walaupun tidak ketat.
- Saya turut dijelaskan bahawa Ibnu Abbas menjelaskan bahawa potongan tangan pada baju juga sepatutnya tidak dinampakkan kepada lelaki ajnabi. (bukan tangan kita .. baju kita punya tangan pun tak boleh).. that's why memakai tudung labuh adalah salah satu cara menepati syarat yg ditetapkan.
- Ibnu Abbas juga menjelaskan bahawa para Sahabiat di zamannya adalah seperti khemah-khemah yg bergerak. Dan hanya sebelah mata saja yg dapat dilihat.

4) Jilbab tersebut mestilah TIDAK MENYERUPAI PAKAIAN LELAKI.
- Rasanya ramai yg maklum tentang hadith ni
" Bukanlah dr kalangan kami perempuan yg menyerupai lelaki dan lelaki yg menyerupai perempuan."
diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Naeim dan Al-Hakim.

5) Jilbab tersebut mestilah TIDAK DIHIASI DENGAN PERHIASAN seperti corak, lukisan, manik-manik.
- Berdasarkan firman Allah
" Dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka"
Surah AnNUr 24;31
- di sini jelas Allah menggunakan perkataan zinah yg mana kalau dirujuk dalam kamus sekalipun zinah ialah perhiasan luaran bukannya aurat tubuh badan sepertimana yg dita'wil oleh sesetengah pihak.
- so.. even kalau seseorang tu pakai jubah,, tapi corak berpetak.. atau ada sulaman. bunga, masih belum menepati syarat yg ditentukan.

6) Jilbab mestilah TIDAK DISAPU DENGAN WANGI-WANGIAN.
- rasanya juga ramai yg maklum ttg hadith ni.
" Mana2 wanita yg memakai wangian & b'lalu di hdpn s'kelompok lelaki dan lelaki t'sebut dapat m'cium bau wangiannya maka wanita t'sebut adalah p'zina."
d'riwayatkan oleh Imam Ahmad, An-Nasaie dan Al-Hakim.

7) Jilbab tersebut mestilah tidak melambangkan PAKAIAN KEBUDAYAAN ATAU AGAMA SELAIN ISLAM>
- Sabda Rasulullah
" Sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka dia tergolong dr kaum itu"
Hadith Hassan riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad.

:kool: Jilbab tersebut mestilah BUKAN DR JENIS PAKAIAN UTK M'NUNJUK ATAU LAMBANG KEMEGAHAN DAN KEMASYHURAN.
-Rasulullah bersabda.
" brgsiapa yg m'makai pakaian k'masyhuran utk m'nunjuk dan b'megah di dunia, Allah akan m'makaikannya dgn pakaian yg hina di Akhirat dan kemudian dicampakkan ke dlm neraka."
Hadith Hassan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah.

drpd apa yg tertulis di atas... rasa2 tak ramai drpd kita yg dapat memenuhi sepenuhnya syarat2 menutup aurat dan yg dikatakan jilbab sebenar dalam Islam ... saya sendiri pun... belum dapat nak penuhi sepenuhnya... insyaallah... kalau kita tetap hati... kita dapat penuhi sprt di atas...

wassalam...

:senyum: :senyum: :senyum: :senyum: :senyum:

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: honnney_mk pada 2002-11-10 17:32 ]</font>
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Aku yang mereka panggil wanita Muslimah...

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:43 am

sevenheaven wrote:keimananku hanya
1. kepada ALLAH
2. Kepada Malaikat
3.Kepada Kitab
4.Kepada Rasul
5.Hari Kiamat
6.Qadak dan Qadar

Akhlakku
1.Mencintai ALLAH
2.Cintai Rasul
3. Bersifat benar
4. Bertaubat
5.Bersyukur
6.Bertaqwa
7.Jauhi takabur

Amalan anggotaku
1. Mengucap syahadah
2. Membaca Al-quran
3.Belajar Ilmu
4.Zikrullah
5.Menjaga lidah lidah dan anggota
6.Berdoa
7.Beristighfar

Tugas untuk diriku
1.Bersuci
2.Tutup Aurat
3.Solat lima waktu
4.Tidak syirik
5.Membayar hutang
6.Beribadah

Untuk keluargaku
1.Bernikah
2.menjaga hak keluarga
3.hormat ibu bapa
4.mendidik keluarga
5.Bersilaturrahim
6.sayang-menyayangi
7.memberi nafkah


'Setiap orang dilahirkan dengan keunikan-kenikan tersendiri.'
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Kelebihan wanita

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:45 am

IBIPRO wrote:Kelebihan Wanita

Assalamualaikum.

Sebenarnya rumah adalah pusat kegiatan para wanita. Rumah adalah syurga dan medan jihad serta gelanggang bagi kaum wanita menumpukan masa bagi menyelesaikan tugas dan tanggungjawab mereka yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul.

Berbeza dengan kaum lelaki, gelanggang perjuangan mereka di luar. Segala pahala mereka ada di luar rumah. Tetapi sebaliknya bagi kaum wanita, mereka dengan mudah sahaja memperolehi pahala di rumah dan di sekitar perkarangan rumah mereka sendiri.

Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. pernah bersabda, maksudnya:

" Wanita yang tinggal di rumah bersama-sama (mendidik dan mengurus) anaknya, maka ia di akhirat akan tinggal bersama-sama dengan aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga." Seorang wanita mempunyai nilai yang amat tinggi yang Allah letakkan di sisinya dengan diberinya ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada suatu perkara yang mudah dilaksanakan sesuai dengan sifat sebagai seorang wanita. Peruntukan ganjaran pahala seperti mana yang tidak ada untuk kaum lelaki. Tersebut di dalam sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya redha pula kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan anak, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap seteguk susunya, Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana mengawasi (menjaga) anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya, maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas."

(H.R. Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir)

wasalam.



User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Syurga

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 10:46 am

IBIPRO wrote:Syurga merupakan satu tempat yang amat dirindui oleh setiap mereka yang mengaku beriman dengan Allah Taala . Ia dijanjikan oleh Allah kepada orang yang bertakwa dengan sebenar takwa . Nabi S.A.W telah menyuruh umatnya sentiasa berdoa memohon kepada Allah agar ditempatkan didalam Syurga dengan firmannya " Apabila kamu memohon kepada Allah akan Syurga , pohonlah Syurga Firdaus yang tinggi"

Sebelum kita melihat nikmat yang akan diperolehi oleh wanita didalam Syurga , terlebih dahulu kita mengakui bahawa nikmat yang akan diperolehi oleh setiap ahli syurga adalah sama samada lelaki ataupun perempuan . Cuma timbul persoalan , apakah yang akan diperolehi oleh wanita sedangkan orang lelaki mendapat bidadari syurga?

Jika kita merujuk kepada kepada Ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah nescaya kita akan melihat nikmat yang bakal diperolehi oleh kaum wanita juga tidak kurang hebatnya .

Saya ingin mengajak kepada saudara/ri kepada kenyataan yang diberikan berdasarkan tafsiran Ayat Al-Quran dan terjemahan hadis supaya ianya lebih diyakini.

1) Isteri bagi orang mukmin sekiranya dia beriman adalah isteri baginya didalam syurga . Ini tidak bermakna apabila orang mukmin dikurniakan bidadari syurga maka isteri mereka tidak diendahkan . Ini berdasarkan Firman Allah taala didalam ayat yang kelapan dari surah al mukminun yang bermaksud "Ya tuhan kami masukkanlah mereka itu kedalam syurga yang kekal yang telah engkau janjikan kepadamereka dan masukan pula orang –orang salih diantara bapa-bapa, isteri-isteri dan anak-anak cucu mereka &ldots;..". Manakala yang tidak berkahwin mereka akan dikahwnkan dengan ahli syurga.

2) Didalam sepotong hadis Rasulallah bersabda (apabila ditanya oleh Ummu Salamah dengan katanya : Ya Rasulullah perempuan duniakah (yakni isteri-isteri ) lebih baik ataupun bidadari syurga ? maka baginda menjawab :bahkan perempuan dunia lebih baik daripada bidadari syurga sepertimana (pandangan) zahir lebih baik daripada (pandangan ) batin –ini kerana pandangan zahir dapat dilihat- maka dia bertanya lagi: Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah . Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna puteh, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata ,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga- dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah , kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami . Lalu Ummu Salamah bertanya lagi : Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari .

3) Didalam surah Al-Waqiah kita akan dapati dengan jelas kelebihan wanita antaranya Allah berfirman :

A) "Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung ". (ayat 35 )Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya " dan kami jadikan mereka itu gadis perawan " (ayat 36) . Manakala Hadis Rasullullah menyebut ketika baginda berkata kepada seorang yang tua : sesungguhnya di syurga tidak terdapat orang tua , maka orang tua ini menangis lalu Rasullallah menyuruh sahabatnya memberitahu kepada orang tua ini maksud sabda baginda iaitu mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan perawan . Disamping itu dalam hadis yang lain pula Rasulullah bersabda " ahli Syurga ,apabila mereka mendatangi ahli mereka –isteri- maka isteri mereka ini kembali menjadi anak dara (perawan ) ". Apakah disana nikmat yang lebih diharapkan oleh orang wanita?Bukankah kejelitaan menjadi suatu idaman /impian semua wanita ? bukankah "ketuaan" itu sering dibimbangi oleh semua orang ? Namun kuasa Allah mengatasi segalanya .

B) Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi " (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami mereka- ) lagi sebaya umur " (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas) . Bukankah ini sebaik-baik wanita ? . Manakala tafsiran mengenai " lagi sebaya umur" ,ramai para penafsir mengatakan mereka itu –wanita- "mutasawiyah" yakni sama keadaan mereka itu dengan bidadari syurga dari segi kejadian ( iaitu mereka dijadikan oleh Allah dan dalam keadan perawan ) akan tetapi wanita ini lebih cantik dan akan menjadi ketua kepada bidadari di syurga ..

C) Mereka juga akan dibangkitkan dalam keadaan mereka itu suci daripada haid dan benda lain yang kotor serta tidak akan melahirkan anak lagi.

Kesimpulannya:

Wanita yang merupakan ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik lelaki atau pun perempuan , apakah yang amat dihajati oleh mereka dan sekiranya mereka diberi peluang nescaya mereka akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga ?

Satu perkara lagi yang harus diingat ialah , didalam syurga segala perasaan buruk seperti hasad , dengki dan lain-lain lagi tidak wujud lagi dalam perasaan manusia bahkan mereka bagaikan bersaudara .

Sama-samalah kita berdoa agar kita tergolong dalam golongan ahli syurga . Amin.

Wallahu A'lam.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby limau nipis on Wed Jul 06, 2005 11:00 am

wani_mz wrote:Kata-kata dari seorang wanita kepada wanita yang lain:
WANITA sebagai ibu, teriktiraf di setiap dada
WANITA sebagai isteri, terkenang di setiap lubuk manusia
WANITA sebagai kekasih, terbayang pada setiap mata
WANITA sebagai wanita, terukir di dalam kitabullah
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Penyair menggubah bait syahdu wanita dalam rindu
Penyanyi berdendang, memuji wanita dalam lagu
Pelukis mengabadikan keindahan dengan mata sayu
Islam mengangkat darjat wanita setelah mengalami pasang surut dan terbelenggu"
Begitulah wanita dikaji dan ditelaah dengan begitu hebat sekali. Wanita memang penuh rahsia.
Disanjung dan disayang di sejagat maya sepenuhnya. Namun rentetan silam telah membuktikan wanita sendiri terbelenggu dan dibelenggu oleh tangan-tangan ciptaan manusia sendiri. Justeru, Islam datang bagaikan sinaran cahaya membawa seribu kerahmatan sekaligus memartabatkan kaum wanita setinggi-tinggi darjat.
"Kerana wanita untuk dihargai, bukan disakiti"
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

PreviousNext

Return to Bicara Muslimah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron