kegunaan herba

Untuk apa-apa bicara khusus berkaitan kaum Hawa.
Pengendali :: limau nipis, BALKIS

Postby Couns on Sat Jan 27, 2007 11:33 am

Image

Nama Tempatan: Ati-ati
Nama Saintifik: Coleus Blumei
Nama Lain: Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Famili: Labiatae
Lokasi dijumpai:
Asal:

keterangan:
pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.
kegunaan:
daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari.selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim.Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secaan, campurkan sedikit gula batu dan minum.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

BERITA : 140 hektar sesuai ditanam SERAI WANGI

Postby seraiwangi on Thu Feb 01, 2007 11:47 am

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pertanian negeri mengenal pasti kawasan seluas 140 hektar di seluruh negeri untuk projek tanaman serai wangi yang mempunyai nilai komersial tahun ini.




Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Mohd Yusof Maiden, berkata langkah itu diambil kerana tanaman serai yang diusahakan 10 peserta di kawasan seluas 10 hektar di Taman Pertanian Sekayu, Kuala Berang, sudah menunjukkan hasil.

Katanya, pemilihan peserta untuk menyertai projek yang diilhamkan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh di semua daerah sedang dilakukan.

"Seluas 20 hektar tanah sesuai untuk tanaman serai wangi secara berkelompok sudah dikenal pasti dan akan dilaksanakan selepas pemilihan peserta.

"Tanaman pokok serai wangi mudah dan tidak memerlukan penjagaan rapi," katanya pada Majlis Penyerahan Benih Pisang Biotek C kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Cawangan Umno di Parlimen Kuala Terengganu di Dewan Sivik Pasir Panjang, di sini.

Majlis perasmian dan penyerahan benih pisang biotek C itu dilakukan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hadir sama pada majlis anjuran Jabatan Pertanian negeri dan Biro Pertanian dan Asas Tani Umno Bahagian Kuala Terengganu itu ialah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail.

Mohd Yusof berkata, jabatan juga meluluskan peruntukan RM300,000 untuk membeli mesin perahan serai wangi yang akan ditempatkan di tiga kawasan iaitu utara, selatan dan tengah negeri.

.......sambungan sila klik pada http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Mon ... 4/Article/
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby Couns on Thu Feb 01, 2007 3:11 pm

Image

Nama Tempatan: Serai Wangi
Nama Saintifik: Cymbopogon nardus
Nama Lain: citronella
Famili: Poaceae
Lokasi dijumpai:
Asal:
keterangan:
Famili: Poaceae/Gramineae
kegunaan:
daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatansistem dalaman badan.membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby PenMerah on Thu Feb 01, 2007 5:36 pm

COUNSELLOR....

Saya setuju sangat bila anda postingkan jenis-jenis HERBA-HERBA di ruangan ini. Saya sedang jadikan pokok-pokok herba sebagai bunga hiasan di premis saya mengantikan pokok bunga. :D

Tetapi saya pon bukan tau sangat nama-nama herba. Saya cuma tanam saja :gelak: . Yang saya tau pokok herba tapi nama saitifik mmg saya tak tau...hehehhe... :gelak:

Terima kasih... pokok ati-ati tuh mmg saya tanam, lain-lain misalnya Misai Kucing, herba pengalak anak pon ada, Mas Kelo. Kalau sesiapa yang tak beranak-anak tuh insyaAllah... Pokok tuh sedang diusahakan untuk ditanam. :gelak: :gelak:

wah!!! pokok SERAIWANGI... :gelak: :gelak:
Tanpa SERAIWANGI raya tak bererti... :kenyit:
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby Couns on Sat Feb 03, 2007 2:32 pm

Sama samalah kita memanafaatkannya tuan!

Image

Nama Tempatan: Belimbing Pasir
Nama Saintifik: Oxalis corniculata
Nama Lain: Indian sorrel, amboti-ki-patti (india),creeping wood sorrel, yellow wood sorrel, weedy oxalis (english)
Famili: OXALIDACEAE
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal: Tumbuhan tempatan

keterangan:
Tumbuhan dari jenis dikotiledon ini mudah dijumpai tumbuh liar dikawasan lapang yang berpasir.Ia mudah menguasai sesuatu kawasan dan merupakan rumpai yang perlu dikawal dikawasan pertanian. Ia merupakan tumbuhan yang kecil dan menjalar dan boleh menjalar spenajang 12 hingg 30 cm dari akarnya. Batangnya kecil , rapuh dan mudah patah serta mempunya bulu-bulu halus.Ia mempunya bunga berwarna kuning terang manakala buahnya pula berbentuk silinder dan mempunyai banyak biji benih yang halus.Ia selalunya tumbuh dikawasan yang agak lembat dan mempunyai air yang mencukupi. Di Malaysia tumbuhan ini banyak didapati tumbuh ketika musim hujan.Bunganya mempunyai rasa yang masam kerana ia mengandungi asid oksalik. Selain daripada itu ia juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan kalsium. Ia juga kaya dengan kalium oksalat.Daunnya pula mengandungi sedikit selulos.
kegunaan:
Belimbing pasir banyak digunakan dalam perubatan tradisional melayu dan india untuk mengubati demam. Air rendaman daunnya yang diramas-ramas dapat menurunkan suhu badan.untuk penyakit skurvi, ia digunakan untuk rawatan dan pencegahan.air rendaman daunnya digunakan untuk tujuan ini. Untuk senak perut pula, daunnya yang disegar dimakan. Daunnya juga boleh dijadikan appetizer atau pembuka selera.Daunnya yang direbus bersama bersama mentega dan susu digunakan untuk menangani masalah berak berdarah (disentri) dan enteritis yang tidak terlalu teruk. Daun segar yang ditumbuk bersama madu atau gula juga boleh digunakan untuk tujuan ini.selain daripada itu ia juga digunakan untuk merawat penyakit kuning, dahaga melampau yang disebabkan oleh diabetis atau bahang cuaca yang terlalu panas (keadaan ini sering dialami dibeberapa tempat diindia pada musim kemarau). Ia juga digunakan untuk penyakit lain seperti masalah kulit,insomnia dan masalah mata. Oleh kerana ia mengandungi asid oksalik yang berkepekatan tinggi, pesakit gout,athritis dan rheumatik dilarang dari mengambil persediaan herba dari tumbuhan ini.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

KECUBONG

Postby seraiwangi on Sun Feb 04, 2007 10:55 pm

Kegunaannya :
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby seraiwangi on Sun Feb 04, 2007 10:59 pm

Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby PenMerah on Mon Feb 05, 2007 8:35 am

bagi pihak seraiwangi :)



Image
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby Couns on Mon Feb 05, 2007 11:55 am

Maaf!! Saya tambah sikit lagi Info pasal Kecubung ni... :gelak:

Image

Nama Tempatan: Kecubung
Nama Saintifik: Datura Metel Linn
Nama Lain: Horn Of plenty,angel"s trumpet,Downy thorn apple,Devil"s trumpet,
Famili: Solanaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:

Sinonim:Datura fastuosa, Linn. D. alba, Ness. D. fasttuosa, Linn. var alba C.B. Clarke.

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang banyak.Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun.Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik.Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.Kandungan kimia dalam kecubung ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid.Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

kegunaan:
Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik,sakit pinggang dan bisul. Untuk asma,10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung.Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.
Last edited by Couns on Tue Feb 06, 2007 11:27 am, edited 1 time in total.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby seraiwangi on Mon Feb 05, 2007 5:40 pm

..........
Last edited by seraiwangi on Wed Jul 01, 2009 11:00 pm, edited 1 time in total.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby Couns on Mon Feb 12, 2007 11:49 am

Image

Nama Tempatan: Hamba Raja
Nama Saintifik: Croton argyratum
Nama Lain: merlokan, cenderai gajah, ceret budak, tahi budak, daun mamluk
Famili: Eurphobiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:
Species lain yang turut digunakan dalam perubatan traditional adalah Croton tiglium atau nama tempatan cemkian. Bijinya dibuat croton oil dan croton resin yang terkenal tu. Buah (dan bijinya) kalau dimasukkan dengan niat khianat dalam kawah gulai orang kenduri nescaya habis satu kampung cirit birit. Di Kelantan terdapat pengamal perubatan yang menggunakan daun Croton tiglium sebagai salah satu ramuan untuk ubat sakit urat untuk orang lelaki (fungsinya juga mungkin sebagai pelawas). Ia juga digunakan bagi mengatasi masalah sembelit wanita lepas bersalin. Daunnya memberikan rasa pedas/panas jika dimamah. Penggunaan sebarang bahan daripada pokok ini adalah merbahaya kerana sifatnya yang sangat aktif. Cuma sedikit sahaja diperlukan bagi mendapatkan khasiatnya. Perlu tanya orang yang biasa menggunakannya sebelum nak cuba-cuba. Selain dipanggil dengan nama cemkian, nama tempatan lain yang digunakan di Kelantan adalah pokok tuba sembelit.


Kegunaan:

merawat cirit birit, meroyan, colics, demam, ulcers dan seriawan
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby Couns on Wed Feb 14, 2007 3:42 pm

Image

Nama Tempatan: Akar Pontianak/chinese honeysuckle
Nama Saintifik: quisqualis indica L.
Nama Lain: dani,udani,aradani,setanduk, rangoon creeper


keterangan:

chinese honeysuckle ataupun dikenali juga dengan nama rangoon creeper, vermifuge atau nama indonesianya wudani. nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah quisqualis indica L. saya tengok ramai gak orang kat msia n yang tanam tumbuhan jenis vine ni especially kat pergola mungkin sebab bunganya yang cantik dan struktur pokoknya yang memang menarik. Bunganya juga berbau wangi
kegunaan:
Tapi saya rasa tak ramai yang tahu pokok ni juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi esp untuk merawat kecacingan(ascaris).Bahagian yang digunakan adalah biji buahnya (kernels). caranya bijinya hendaklah dimakan 2 jam selepas supper. dosage yang ditetapkan untuk orang dewasa 7 hingga 8 biji, untuk kanak2 12 higg 8 thn 6 hingg 7 biji, 8 hing 5 thn 4 hing 5 biji dan 3hing5 tahun 3hing4 biji. Buah ni menurut buku tu ada rasa macam rasa almond (saya tak pernah makan lagi), sebab tu kena hati2 sikit bila bagi pada kanak-kanak takut kalau dah sedap sangat diorang nak makan lebih pulak nanti overdose. kalau overdose ia boleh menyebabkan sedu (hiccup). dos yang sama boleh diulang selepas seminggu kalau perlu.satu lagi, daunnya juga boleh digunakan untuk mengubat sakit kepala. caranya mudah, ambik sehelai daun, tapal kat dahi atau pelipis, lepas tu letak kain untuk melekatkannya pada kedudukannya.bijinya yang telah dipanggang (roasted) ni juga boleh digunakan untuk mengubati cirit birit dan demam.boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit seperi kurap dan panau dengan cara menghancurkan bijinya dalam minyak(apa2 minyak yang boelh dimakan) dan disapu pada bahagian bermasaalah. untuk sakit perut, ekstrak dari daunnya boleh disapu pada perut.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby Couns on Tue Feb 20, 2007 6:34 pm

Image

Nama Tempatan: Bunga melur
Nama Saintifik: Jasminum Sambac
Nama Lain: bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin
Famili: Oleaceae


keterangan:
Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian.

kegunaan:
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby Couns on Sat Feb 24, 2007 8:46 pm

Image
Nama Tempatan: Bunga lawang
Nama Saintifik: Illicium verum Hooker fil.
Nama Lain: Star anise,Indian anise, Chinese anise, Badian anise (English),Fructus Anisi stellati(nama farmaseutikal),Ba jiao, Pak kok, Baat gok (cina),Adas china, bunga lawang(Malaysia),
Famili: Illiciaceae/ Magnoliaceae
Lokasi dijumpai: Rempah


keterangan:
Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.

kegunaan:
Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk.Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

CEKOR

Postby PenMerah on Sun Feb 25, 2007 11:18 am

Image

Nama saintifik: Kaempferia galanga Linn
Famili: Zingiberaceae

BOTANI TANAMAN

Pokok: Cekur ialah sejenis herba yang renek yang tumbuh melebar di atas tanah.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daun licin dan berbentuk bujur-tirus. Hujung daun agak runcing. Daun berukuran lebih kurang 16 cm panjang dan 8 cm lebar.
Daun atasan membesar sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales. Daun mempunyai sedikit aroma.

Batang: Cekur tidak mempunyai batang.

Bunga: Bunga berwarna putih-ungu tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok.

Akar/rizom: Rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning-oren. Ubi akar yang
keluar dari rizom adalah panjang, berisi, beraroma dan tidak bercabang.
BAKematangan: 6 bulan

Cara mengutip hasil: Rizom dituai secara manual apabila daun-daun mula kering. HAGIAN YANG DIGUNAKAN: rizom

KEGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

Kentut berlebihan: Rizom disapukan pada perut

Bahan perisa: Rizom dimasak bersama nasi untuk menambah rasa

Tonik: Air rebusan rizom diminum
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Khasiat LALANG

Postby seraiwangi on Wed Dec 12, 2007 10:32 pm

Image

LALANG -Imperata cylindrica

lalang merupakan sejenis tumbuhan liar yang terdapat banyak di kawasan tanah terbiar dan di tepi parit, di kebun-kebun dan juga tumbuh liar di tepi jalan. Sebenarnya lalang hanya menjadi tumbuhan yang di anggap pengacau dan tidak mempunyai faedah.
Tetapi, menurut kajian yang dibuat, didapati lalang tidaklah seperti yang disangkakan bahkan mempunyai faedah yang banyak daripada segi perubatan dan kesihatan.

LALANG yang hidup meliar telah digunakan sebagai ubatan yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Seluruh pokok dari akar, batang, daun sehinggalah bunganya mempunyai khasiat.
Akarnya dapat digunakan untuk mengubati bengkak pada bahagian bawah usus yang menyebabkan pendarahan dan kesakitan semasa membuang air besar serta dapat meredakan rasa tidak selera perut akibat terlalu penuh atau angin tidak keluar. Akarnya juga boleh digunakan untuk meredakan batuk dengan dicampur bahan-bahan lain seperti madu dan daun pudina.
Batang lalang boleh dijadikan tonik dan digunakan sebagai bahan pemulih untuk penyakit-penyakit dalaman serta dapat meningkatkan aliran air kencing dan mengatasi masalah jangkitan saluran kencing.

LALANG juga dapat digunakan untuk mengubati sakit lelah, sakit kuning, hidung berdarah, busung dan lenguh sendi. Daripada kajian terbaru yang dilakukan oleh ahli sains mendapati lalang boleh digunakan utk mengatasi masalah tekanan darah tinggi, mencegah pembengkakan otot ,mengurangkan demam serta boleh dijadikan sebagai anti-virus dan anti-kulat.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby Couns on Wed Dec 19, 2007 10:16 pm

lalang saja hampir ada 300 spesis, ada jenis yg total tak boleh di gunakan langsung utk apa2 tujuan oleh manusia, tapi manafa'at pula pada binatang!
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

Postby PenMerah on Fri Dec 21, 2007 8:07 am

"lalang tak ader macam manusia tapi manusia ada macam lalang".. :gelak: :gelak:
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby seraiwangi on Fri Dec 21, 2007 11:14 pm

INFO....
perkongsian bersama....
[url=http://fazlisyam.com/2007/09/17/keladi-sebaring-mengeluarkan-peluh-kotor/]SEGALANYA TENTANG TUMBUHAN!
[/url]
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

KHASIAT BUNGA SERUNI

Postby seraiwangi on Tue Dec 25, 2007 11:05 pm

BUNGA SERUNI (Chrysanthemum morifolium)

Image

Bunga nasional Jepun ini disebut sebagai 菊花 (kikuka).
Bunga seruni, krisan, atau krisantemum adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pohon hiasan.
Bunga ini sukar n jarang ditemui...

Khasiat : untuk memperlancar proses pencernaan dan juga sistem pembuangan.
Bahkan bunga seruni jenis ini berkhasiat membantu gangguan yang terjadi pada Usus.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

KHASIAT POKOK MISAI KUCING

Postby seraiwangi on Fri Dec 28, 2007 10:44 pm

MISAI KUCING...

seraiwangi wrote:POKOK MISAI KUCING...

Image

Image

Info Kesihatan(petikan)"Bahagian yang digunakan ialah Keseluruhan pokok kecuali akarnya Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan.Ia juga dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing.Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang.Ia juga dpat mencegah pembentukan batu karang.Ia juga terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi."

jua boleh klik pada http://www.misaikucing.com/
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

POKOK LIDAH JIN

Postby seraiwangi on Sun Dec 30, 2007 11:05 pm

LIDAH JIN(Sansevieria trifasciata)

Image

Spesis ini mempunyai daun yang panjang, tebal dan runcing. Terdapat dua varieti Sanseivera yang lazimnya ditemui.
1.berdaun kelabu berbelang hijau tua
2.berdaun kelabu kekuningan dan berbelang hijau tua. Varieti kedua ini juga mempunyai jalur kuning di sekeliling tepi daunnya.

Image

Bunganya berwarna putih, berjambak dengan tangkai yang panjang dan tegak.

Sanseviera merupakan tumbuhan hiasan yang mudah ditanam dan mudah hidup. Ia boleh tumbuh dengan baik di atas tanah atau di dalam pasu. Benihnya boleh didapati melalui belahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun.

Kegunaan:

**Bahagian yang di gunakan adalah DAUN

- daunnya dipanaskan dan jusnya dititiskan ke dalam telinga untuk merawat sakit telinga.
-Ramuan Sanseviera dijadikan ramuan panas untuk mengubat gatal.
-Jusnya juga dipakai di kepala untuk merangsang pertumbuhan rambut..
-Jusnya yang suam juga digunakan bagi mengubati sakit gigi.

Ringkasnya :khasiat daun lidah jin ini adalah utk
1. Flu, Batuk
2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)
3. Bengkak Akibat Terseliuh
4. Di Gigit Ular Berbisa
5. Bisul
6. Penyubur Rambut
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

pokok KUCING GALAK

Postby seraiwangi on Sun Dec 30, 2007 11:15 pm

KUCING GALAK(Acalypha Indica )

Image


Famili: Euphorbiaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan Liar

Keterangan :
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh meliar
dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India. Ia sejenis
herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 - 1m. Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya. Ianya di biakkan melalui biji benih dan memerlukan siraman yang cukup untuk memelihara kelembapan tanah, baja yang sesuai ialah baja organic.

Kucing Galak mempunyai rasa pahit dan bersifat sejuk.
Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan untuk mengubati penyakit.

Kandungan Kimia :
Kandungan kimia di dalam kucing galak mangandungi antibiotic,
antiradang, pelawas kencing, sebagi anstrigen dan menghentikan
pendarahan.

Kegunaan:
Digunakan dengan meluas dalam perubatan haemopati. Dalam perubatan
tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.

Penyakit yang di ubati
1. Disentri
2. Batuk
3. Muntah Darah
4. Pendarahan & Luka Luar
5. Asma
6. Bronkitis
7. Menambahkan Tenaga Batin.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

TULANG-TULANG

Postby seraiwangi on Wed Jan 02, 2008 11:48 pm

TULANG-TULANG(Euphorbia tircalli )

Image

TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya.
Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tircalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar.

Keunikan tumbuhan ini turut diakui oleh pegawai dan Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap. Menurutnya, bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.

Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.

“Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah,” katanya.

Beliau menjelaskan, khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.

Tetapi untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.
“Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah tadi.
Kemudian balutlah dengan kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang,” katanya....….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby ila on Thu Jan 03, 2008 10:18 am

kalau nak buang2 angin dlm badan elok amalkan minum air ape yerr..bukan ape air halia dah buat tak berapa nak jalan lah.... :-?
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
ila
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 557
Joined: Thu Jan 25, 2007 5:11 pm
Location: BUMI TUHAN

Postby PenMerah on Thu Jan 03, 2008 10:23 am

ENNO..

air halia tuh mesti halia sebenar bukan pati halia..
PenMerah SeOrang Lelaki..
1.Tukang Nasihat... Boleh....2.Tukang Kutok Pon...Boleh...
3.Tukang Buat Kecoh... Boleh gak..
User avatar
PenMerah
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4234
Joined: Thu Mar 08, 2001 8:00 am

Postby seraiwangi on Thu Jan 03, 2008 12:03 pm

ila wrote:kalau nak buang2 angin dlm badan elok amalkan minum air ape yerr..bukan ape air halia dah buat tak berapa nak jalan lah.... :-?


acctually...popular memang minum air halia (asli)....
tapi andai x berkesan...
boleh cuba pula dgn pokok buas-buas..
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby seraiwangi on Thu Jan 03, 2008 12:07 pm

POKOK BUAS-BUAS/SINGKIL(Premma Cordiflora)

Image

Daunnya tumbuh tunggal dari batang dan dahan, bersaiz sederhana berbentuk hati dan warnanya hijau muda.

Pokok yang kecil atau batang yang masih muda berwarna coklat, sementara pokok yang sudah tua batangnya berwarna keputihan tetapi dahan yang muda tetap berwarna cokelat.

Pucuk yang muda boleh dimakan begitu saja, tetapi sedikit getir serta berbau langu. Justru itu para penggemar biasanya menjadikannya sebagai sayur bening atau dicelur pada air panas terlebih dahulu sebelum dimakan bersama pencecahnya.

Mereka yang mengamalkan memakan daun buas-buas, selain boleh membuang angin dalam badan dan mengatasi cacing dalam perut, ia juga boleh membanyakkan susu ibu, terutama bagi wanita yang menyusukan anak.

Selain dari itu rebusan daun, akar dan kulit batangnya juga boleh dijadikan sebagai mandian bagi wanita selepas bersalin. Ia dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dan air rebusan itu juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby seraiwangi on Fri Jan 04, 2008 5:04 pm

POKOK EKOR KUCING(Acalypha hispida Burm. F)

Image

Bahagian tanaman yang digunakan :
Untai bunga dan daun.

antara khasiatnya :-

1. MUNTAH DARAH : Bunga di kunyah mentah bersama pinang putih, kalau perlu tambah jahe sedikit, kencur, daun pule yang masih muda. Lakukan sepanjang hari. Atau bunga dilumatkan bersama gula sama banyak, n dimakan.
2. RADANG USUS : Untai bunga 10-30 gram, direbus, minum.
3. CACINGAN : Untai bunga 10-30 gram, direbus, minum.
4. KUSTA : Daun secukupnya di cuci bersih, tambahkan kencur secukupnya, ditumbuk halus sampai jadi seperti bubur. Di pakai untuk mengoles bagian badan yang luka.
Last edited by seraiwangi on Fri Jul 11, 2008 10:09 pm, edited 1 time in total.
Image
User avatar
seraiwangi
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1974
Joined: Wed Mar 22, 2006 3:54 pm

Postby Couns on Sat Jan 05, 2008 12:10 am

Image

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,india,indonesia
Asal:

keterangan:
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
kegunaan:
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.
User avatar
Couns
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2468
Joined: Thu Nov 16, 2006 2:41 pm

PreviousNext

Return to Bicara Muslimah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest