3:56 pm pun dia buat posting, 3:56 am pun dia buat posting juga.
Dari sudut ilmu ketuhanan, Wujud adalah sifat Nafsiah bagi Dzat Allah Ta'ala. Ia adalah satu istilah @ terminologi, dan bukan satu perkataan yang lazim kita fahami. AdaNya Allah Ta'ala bukan boleh disamakan dengan adanya kita. Tegas, istilah Wujud adalah untuk Allah Ta'ala sahaja. Sifat berlawanannya ialah tiada. Too acedemic kan? kan? kan?.
Isunya disini, apakah yang hendak diwahdatkan atau disatukan jika Wujud itu sendiri adalah cuma Satu? Dari sudut ini, maka wahdatul Wujud adalah mustahil.
Pun bagitu dan masaalah yang kita hadapi dalam mentauhidkan Tuhan dan mengukuhkan keimanan ialah kita sedar kita ada, alam ini ada dan berdasarkan dalil dan burhan, alam ghaib juga ada sepertinya jin dan malaikat disamping alam akhirat seperti syurga, neraka, Arasy dan Kursi.
Dari sudut ini pula Wujud juga dikenali sebagai Wujud Hakiki, apabila istilah wujud itu dipecah menjadi tiga termasuk wujud majazi dan wujud ardy. Tegasnya dari sudut istilah sifat 20 yang wajib bagi Dzat Allah Ta'ala, maka wujud majazi dan ardy ialah tiada.
1. Wujud Haqiqi, ialah Dzat Allah Ta’ala. Wujud-Nya itu
tiada permulaan dan tiada kesudahan.
2. Wujud Majazi, ialah dzat segala makhluk maka wujudnya itu
ada permulaan dan ada kesudahan tiada bersifat Qadim dan Baqa’, sebab wujudnya itu dinamakan wujud majazi karena wujudnya itu bersandarkan Qudrat Iradat Allah Ta’ala.
3. Wujud ‘ardy, ialah dzat ‘arodul wujud maka wujudnya itu
ada permulaan dan tiada kesudahan seperti ruh, syurga, neraka, Arasy, Kursi.
Ilmu sifat 20 mengkelaskan wujud kepada di ataspun berdasarkan dalil dan burhan juga, untuk mencirikan sifat perbezaan wujud itu.
Wahdatul Wujud adalah mustahil, sebaliknya wahdatul wujud adalah tidak mustahil. (Kalau tak berapa nampak, yang pertama mengunakan huruf besar, yang akhir mengunakan huruf kecil

) Dengan kata lain, wahdatul Wujud Hakiki adalah mustahil, kerana tidak ada dua atau tiga atau lebih atau berbagai untuk disatukan. Sebaliknya wujud majazi dan wujud 'ardy tidak mustahil disatukan kembali kepada Yang Wujud. Tegas, wahdatul wujud.
Ringkasan:
1. Dari sudut ilmu ketuhanan, Wujud adalah sifat Nafsiah bagi Dzat Allah Ta'ala. Ia adalah satu istilah @ terminologi, dan bukan satu perkataan yang lazim kita fahami. AdaNya Allah Ta'ala bukan boleh disamakan dengan adanya kita. Tegas, istilah Wujud adalah untuk Allah Ta'ala sahaja. Sifat berlawanannya ialah tiada.
2. Wujud juga dikenali sebagai Wujud Hakiki, apabila istilah wujud itu dipecah menjadi tiga termasuk wujud majazi dan wujud ardy. Tegasnya dari sudut istilah ilmu sifat 20, maka wujud majazi dan ardy ialah tiada.
3. Tegasnya, dari sudut tasawwuf, dalam mentauhidkan Allah, wujud majazi dan wujud ardy hendaklah diletakkan pada sifat tiada. Wahdatul syuhud dan wahdatul wujud ialah menTIADAkan yang tiada.
Allahu a'lam.
Apa bezanya antara wahdatul syuhud dengan wahdatul wujud?
Wahdatul syuhud, seperti yang saya huraikan sebelum ini bersumberkan seperti berikut:
1. (Al-Quran 2:115) Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah Wajah Allah (
WajhulLah ); sesungguhnya Allah Maha Luas, lagi sentiasa Mengetahui.
2. (Al-Quran 6:52) Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki WajahNya (
Wajhu ) semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim.
3. (Al-Quran 18.28 ) Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan WajahNya (
Wajhu ) semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
4. (Al-Quran 13:22) Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan Wajah Tuhan mereka semata-mata, (
Wajhi Robbihim ) dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -
Dari sudut orang sufi, Wajah Allah tu bermaksud SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya BUKAN Dzat yang bersifat laisa ..... Bagi dalil 2-3, ialah Sifar Qudrat dan Iradat yang khusus lagi iaitu keredhaanNya. Pada ayat yang akhir diatas menegaskan bahawa orang sufi yang syuhud tu tak abaikan solat, kebajikan dan tanggunjawab.
Sebaliknya wahdatul wujud pula:
1. (Al-Quran Surah Ar-Rahman:26-27) Kullu man 'alaiha fani, wa yabqoo Wajhu Robbi Zul Jalali wal Ikrom. (Segala yang ada pada keadaan itu akan fana, dan yang kekal ialah Wajah Tuhanmu Zat yang Jalal lagi Ikrom) -
2. (Al-Quran 28.88 ) Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan WajahNya (wajhu). BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan(segala perhitungan).
Pada pendapat saya, wahdatul syuhud telah memfanakan alam termasuk dirinya sendiri dengan ilmu, keyakinan, pegangan, tanggapan, kesedaran dan sebagainya dengan usahanya sendiri. Ini adalah pada tahap Ilmal yakin.
Sebaliknya, wahdatul wujud pula ialah memfanakan dzat dirinya kembali kepada Dzat. Tegasnya inna lilLahi, wa inna ilaihi Roojiun.

Dengan fananya dzat dirinya, maka tiada lagi segala ilmu, keyakinan, pegangan, tanggapan, kesedaran dan sebagainya maupun terhadap alam atau apa-apa sekalipun. Ini adalah pada tahap 'ainul yakin. Tiada ilmu maupun keupayaan yang boleh meletakkan seseorang pada makam ini melainkan atas Kehendak Allah s.w.t saja dan semata-mataNya sahaja.
Bila boleh sampai ke wahdatul wujud?
Yang bertanya adalah sama dengan yang ditanya. Rasanya pada hadith jibrail berkenaan Ehsanpun, ada Rasulullah s.a.w cakap macam tu.
Wahdatul wujud adalah mustahil dilaksanakan maupun diusahakan, ia adalah atas Kehendak Allah s.w.t semata-mata. Dari sudut tasawwuf, ia diformalkan sebagai satu subjek, kerana untuk tidak menidakkan bahawa ada yang lebih luas dari batas ilmu dan kemampuan manusia. Inilah ketuhanan dan ilmu ketuhanan bukan kemakhlukan. Inilah kekuatan muslimin yang sejati.
Dalam prespektif keilmuan untuk mentauhidkan Tuhan dan mengukuhkan keimanan, sekopnya adalah lebih luas dari batas ilmu dan tak sepatutnya dibatasi oleh had ilmu. Keilmuan dan keupayaan kita dan kemakhlukan kita sendiri seharusnya tidak menidakkan Ketuhanan dan Tuhan itu sendiri. After all that is what tauhid is all about. Saya yakin kita bukan dari kalangan itu, insyaAllah, amin.
................. insyaAllah bersambong.